You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PEMBELIAN
OVEN DAN PETI SEJUK
1.0 Pengenalan
Panitia Sains telah meninjau kemudahan yang terdapat dalam makmal sains. Hasil
daripada pemantauan tersebut didapati bahawa terdapat beberapa peralatan
elektrik iaitu oven yang telah mengalami kerosakan yang tidak dapat dibaik pulih
(usia 20 tahun). Makmal sains juga memerlukan peti sejuk bertujuan menyejukkan
bahan bagi melakukan eksperimen tertentu. Sangat sukar bagi pembantu makmal
menggunakan kemudahan peti sejuk yang terdapat di pejabat sekolah apabila
melibatkan penggunaan peti sejuk dalam eksperimen.

2.0 Rasional
Rasional pembelian Oven dan Peti Sejuk ialah bagi memenuhi keperluan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek sains teras, bioloogi dan kimia.

3.0 Objektif
3.1 Objektif pembelian alatan elektrik oven dan peti sejuk ini ialah :
3.1.1 Memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains, biologi
dan kimia berjalan dengan lancar
3.1.2 Memudahkan pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan aktiviti
pemanasan dan penyejukkan sampel ujikaji dalam melakukan
eksperimen.

4.0 Alatan (detailkan nama jenama)


Bil Alatan Kategori Jenama Kuantiti Harga seunit Jumlah
(RM) (RM)
1. Oven Elektrik 1 499.00 499.00
2. Peti Sejuk Elektrik 1 999.00 999.00
JUMLAH 1498.00
7.0 Senarai Pembekal (alamat penuh)
7.1 S. Sandhu Sports Sdn. Bhd
7.2 Alee Sport Sdn. Bhd
7.3 Syarikat Ahmad Bersaudara Sdn. Bhd
7.4 G.S Sports Equipments Sdn. Bhd

8.0 Sumber Kewangan / Peruntukan


8.1 Unit Panitia Sains

9.0 Penutup
Diharapkan menerusi pembelian alatan baru ini, peralatan di dalam makmal sains akan
lebih lengkap serta dapat membekalkan alatan-alatan mengikut keperluan dan silibus
pembelajaran murid. Selain itu, murid akan dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik serta dapat mengalami pengalaman yang sebenar ketika
melakukan eksperimen.

Yang benar, Di semak oleh :

.................... ..................................
Disediakan oleh,

..................................
(ALBERT CHI HUA HWA)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani,
SK Seri Tanjung.

Disemak oleh,

.................................
(HADI BIN ABU BAKAR)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani,
SK Seri Tanjung.

Diluluskan oleh,

.................................
(TUAN HJ. AHMAD FAIZ BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Seri Tanjung.

You might also like