You are on page 1of 6

LAPORAN UNTUK MEDIA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


SDG 4 PENDIDIKAN BERKUALITI

“READ & REVIEW 2023”

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS


JENGKA
Bersama
BANK KERJASAMA RAKYAT CAWANGAN JENGKA & PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH MARAN
PAHANG DARUL MAKMUR

UITM CAWANGAN PAHANG TERUS PROAKTIF DALAM MEMPERKASAKAN


PENDIDIKAN KOMUNITI SETEMPAT

Disediakan oleh: Nurul Akmal Awang, Nurul Jannah Ahmad Ghulamuddin &
Farahiya Zalikha Zakaria

JENGKA – UiTM Cawangan Pahang terus proaktif dalam memperkasakan komuniti


setempat apabila Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cph sekali lagi telah berjaya
menganjurkan program berkonsepkan pembudayaan aktiviti membaca di kalangan pelajar
yang dikenali sebagai program Read & Review 2023, baru-baru ini.

Program yang berpaksikan Matlamat Pembangunan Lestari ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti
“Quality Education” ini mengangkat objektif penyuburan semangat amalan membaca bahan
bacaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar sekolah rendah di Daerah Maran dan
meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Program
usahasama pintar yang telah ditandatangani antara Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cph
dan Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Jengka beserta Pejabat Pendidikan Daerah Maran ini
telah diadakan di UiTM Cph yang mana ia disempurnakan oleh Rektor UiTM Cph; Ybhg.
Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Bin Adenan. Program ini disifatkan sebagai program cemerlang
kerana sambutan yang diterima daripada para pelajar sekolah adalah sangat
memberangsangkan.
Ia menyaksikan sejumlah 28 sekolah rendah sekitar Daerah Maran diwakili 2 orang pelajar
bagi setiap sekolah untuk turut serta dalam program ini. Para pelajar yang terdiri daripada
tahun 4 hingga 6 telah membuat ulasan daripada bahan bacaan Bahasa Inggeris dan telah
dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada para Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Cph berserta 4 orang juri jemputan iaitu Puan Intan Shuhada Masri dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Jengka 2, Puan Noor Azima Abdullah dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 12, Puan Wan Fariha Wan Azami dan Puan Nur Assyura Abdul Rahim
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat.

Bertepatan dengan slogan “Membaca Jambatan Ilmu”, UiTM Cph secara amnya dan
Akademi Pengajian Bahasa secara khususnya optimis dengan penganjuran program Read &
Review 2023 dalam memberikan nilai tambah kepada kompetensi komuniti setempat
khususnya para pelajar di sekitar Maran. Tidak hanya memfokus ke arah pertandingan
berbentuk ulasan buku Bahasa Inggeris sahaja, pihak universiti juga turut menyumbangkan
kepakaran dengan menyediakan bengkel persediaan buat para peserta bagi mempersiapkan
mereka dengan tips penting sebelum perbentangan lisan dimulakan. Dalam masa yang sama,
UiTM Cph berazam untuk terus proaktif dalam memperkasakan komuniti setempat dengan
pengajuran program-program berimpak tinggi di masa hadapan.

Berikut merupakan senarai nama para pemenang yang telah berjaya sekaligus membawa
pulang hadiah berbentuk wang ringgit dan juga bahan bacaan. Johan adalah milik Alya
Batrisyia Binti Azrizul dari Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Jempol diikuti Orchid Qaisara
Ariana Binti Zulkifli dari Sekolah Kebangsaan Seri Keramat sebagai naib johan manakala
tempat ketiga jatuh kepada Chai Jing Zac dari Sekolah Jenis Kebangssan Cina Maran. Selain
itu, anugerah khas berupa sekolah terbaik adalah milik Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 1.
Tahniah kami ucapkan!
Poster Program Read & Review 2023

Penganjur, para guru dan peserta yang menyertai program Read & Review 2023
Bengkel persediaan para pelajar untuk perbentangan ulasan buku bacaan Bahasa Inggeris

Salah seorang peserta sedang menyampaikan ulasan buku dari bahan bacaan Bahasa
Inggeris
Pemenang tempat pertama; Alya Batrisyia binti Azrizul dari SK LKTP Ulu Jempol (ketiga
dari kiri) diikuti pemenang tempat kedua; Orchid Qaisara Ariana binti Zulkifli dari SK Seri
Keramat (keempat dari kiri) dan Chai Jing Zac dari SJKC Maran (keempat dari kanan)
selaku pemenang tempat ketiga program Read & Review 2023.

SK Felda Jengka 1 muncul sekolah terbaik program Read & Review 2023.
Para peserta tekun mendengar ulasan daripada para peserta mengenai buku yang telah
dibaca.

You might also like