You are on page 1of 4

JABATAN LAUT MALAYSIA

Ibu Pejabat Laut


Peti Surat 12, Jalan Limbungan
42007 Pelabuhan Klang
SELANGOR DARUL EHSAN Tel : 603-3346 7777
MALAYSIA Faks : 603-3168 5289
Laman Web : www.marine.gov.my

Ruj Kami: ( 32 )IPL 2738-B/3


Tarikh : 3 Mac 2021
SEPERTI DI SENARAI EDARAN

YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan,

PERLAKSANAAN PEROLEHAN TENDER LEMBAGA DIUS API DI PERINGKAT


WILAYAH, JABATAN LAUT MALAYSIA

Adalah dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Selaras dengan tadbir urus yang baik, perancangan perolehan perlu disediakan
bagi membantu perlaksanaan perolehan secara terancang dan teratur. Perancangan
perolehan merupakan salah satu mekanisma untuk memantau perolehan yang akan
dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kelewatan dan perolehan di luar
aturan supaya Lembaga Dius Api, Jabatan Laut Malaysia berupaya mendapat nilai faedah
terbaik dalam memenuhi peranan sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Adalah menjadi
tanggungjawab LDA untuk memastikan setiap perancangan yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan teratur selaras dengan tempoh yang ditetapkan dan dirancang
dengan peruntukkan yang telah diluluskan.

3. Lembaga Dius Api (LDA) di dalam Mesyuarat Lembaga Dius Api ke 224 Bil 2/2021
telah memutuskan untuk proses perolehan secara tender akan dilaksanakan di peringkat
wilayah, Jabatan Laut Malaysia. Untuk memastikan perlaksanaan perolehan tender di
peringkat wilayah dilaksanakan dengan baik, dikemukakan bersama surat pemakluman ini
proses perlaksanaan perolehan tender di peringkat wilayah di Lampiran 1 untuk rujukan
pihak wilayah.

4. Sehubungan dengan itu juga, pihak wilayah adalah sentiasa diingatkan agar
melaksanakan semua perolehan yang telah dirancang dengan teratur dan mematuhi
tatacara dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

5 Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah amat diperlukan dan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( DATO’ BAHARIN BIN DATO’ ABDUL HAMID )


Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Malaysia
“Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas”

CERTIFIED TO ISO 9001:2015


CERT. NO.: QMS 03602
S.k

Wakil Pengurusan,
Lembaga Dius Api

SENARAI EDARAN

Pengarah Laut Wilayah,


Jabatan Laut Wilayah Utara,
Jabatan Laut Wilayah Utara, Jalan Akuarium,
11700 Gelugor, Pulau Pinang

Pengarah Laut,
Jabatan Laut Wilayah Selatan,
Ibu Pejabat Laut Wilayah Selatan,
84560 Gelang Patah, Johor

Pengarah Laut,
Jabatan Laut Wilayah Tengah,
Peti Surat 268, Jalan Foreshore,
42007 Pelabuhan Klang, Selangor

Pengarah Laut,
Jabatan Laut Wilayah Timur,
Jalan Hiliran,
20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Pengarah Laut,
Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan dan Laut Cina Selatan,
Box 81005, Jalan Merdeka,
87012 Wilayah Persekutuan Labuan

“Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas”

CERTIFIED TO ISO 9001:2015


CERT. NO.: QMS 03602
PROSES PERLAKSANAAN PEROLEHAN TENDER DI PERINGKAT WILAYAH

No. Aktiviti Huraian


1. • PERLANTIKAN JAWATANKUASA • Pengarah wilayah hendaklah
SPESIFIKASI melantik jawatankuasa spesifikasi

• Perlantikan ahli jawatakuasa


spesifikasi boleh melibatkan
kakitangan dari Ibu Pejabat /
Wilayah / Agensi berkaitan dengan
kelulusan penyelia pegawai atau
ketua agensi yang dicadangkan

2. • PENGIKLANAN • Pihak wilayah hendaklah


menyediakan deraf iklan dan
mengemukakan deraf iklan kepada
Unit Perolehan LDA untuk diiklankan
di akhbar yang terpilih.

3. • TAKLIMAT TENDER DAN • Urusetia Perolehan Wilayah


LAWATAN TAPAK hendaklah menguruskan dan
mengadakan taklimat tender serta
lawatan tapak yang akan
disampaikan oleh Jawatankuasa
Spesifikasi

4. • PERLANTIKAN JAWATANKUASA • Pengarah Wilayah hendaklah


PEMBUKA & PENILAIAN melantik jawatankuasa Pembuka
dan penilaian

5. • PENILAIAN • Ahli jawatankuasa penilaian yang


dilantik melaksanakan penilaian
penyertaan tender
• Laporan penilaian hendaklah
dihantar kepada urusetia perolehan
LDA untuk penyediaan kertas syor
kepada Pihak Berkuasa Melulus

6. • PENYEDIAAN KERTAS SYOR • Urusetia perolehan LDA akan


menyediakan kertas syor untuk
diangkat kepada Pihak Berkuasa
Melulus

7. • PIHAK BERKUASA MELULUS • Pihak berkuasa melulus untuk


tender adalah Jawatankuasa
Perolehan Tender Lembaga Dius
Api

“Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas”

CERTIFIED TO ISO 9001:2015


CERT. NO.: QMS 03602
8. • SURAT SETUJU TERIMA • Surat Setuju Terima akan
dikeluarkan oleh Urusetia Perolehan
LDA dan salinan kepada pihak
wilayah yang berkaitan.

9. • PERLANTIKAN WAKIL PEGAWAI • Urusetia Perolehan LDA akan


PENGUASA mengeluarkan surat lantikan wakil
pegawai penguasa berdasarkan
cadangan dari pihak wilayah.

10. • MESYUARAT • Mesyuarat pra perlaksanaan akan


PRA-PERLAKSANAAN dilaksanakan oleh Jabatan Laut
Wilayah

11. • PENYEDIAAN KONTRAK • Urusetia Perolehan LDA akan


menyediakan deraf kontrak dan
disemak oleh panel guaman yang
dilantik

12. • PEMBAYARAN • Kewangan wilayah akan


menguruskan pembayaran untuk
kontrak / projek yang dilaksanakan
oleh wilayah.

“Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas”

CERTIFIED TO ISO 9001:2015


CERT. NO.: QMS 03602

You might also like