You are on page 1of 1

Berdasarkan kuliah topik 12, teknik reinforcement yang saya pernah lakukan terhadap

diri saya adalah saya setiasa bagitahu kepada ibubapa saya supaya memberikan hadiah yang
saya mahu jika saya mendapat markah yang tertinggi dalam semua ujian saya pada masa
sekolah rendah sampai saya habis belajar STPM Semasa saya pertama kali memberitahu
ibubapa saya perkara ini mereka bersetuju supaya memberi motivasi kepada saya agar belajar
bersungguh-sungguh. Selepas saya mendapat hadiah untuk pertama kali, saya sentiasa belajar
bersungguh-sungguh untuk sering mendapat hadiah daripada ibubapa saya. Kalau saya tidak
dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan saya, saya tidak akan dapat apa-apa hadiah
daripada ibubapa saya. Benda ini membuatkan saya, meluangkan banyak masa untuk belajar
bersungguh-sungguh dan setiap kali dapat markah tertinggi dalam semua peperiksaan saya.
Hasil daripada reinforcement positif ini saya sentiasa dapat markah tinggi dalam peperiksaan
dan juga mendapat hadiah daripada ibubapa saya.

Berdasarkan kuliah topik 12, ada juga teknik punishment yang digunakan dalam
kehidupan saya tetapi bukan saya lakukan tetapi ibubapa saya lakukan kepada saya adalah
apabila saya dapat markah yang rendah dalam peperiksaan, ibubapa saya terhadkan beberapa
perkara. Contohnya, ibubapa saya akan merampas telefon bimbit saya, menggurangkan masa
menonton televisyen, dan sebagainya. Mereka akan terhadkan semua benda yang mereka rasa
benda itu akan ganggu saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Apabila ibubapa saya
merampas telefon bimbit saya, saya rasa sebagai satu benda yang paling penting sudah hilang
daripada saya dan saya juga tidak boleh meluangkan masa dengan ahli keluarga saya semasa
menonton televisyen. Oleh itu, saya sentiasa bersungguh-sungguh belajar untuk mendapatkan
markah yang terbaik dalam peperiksaan dan boleh mendapatkan telefon bimbit saya semula.
Bukan itu sahaja, saya juga dapat meluangkan masa dengan keluarga saya semasa menonton
televisyen. Walaupun ini adalah punishment yang negatif, hasilnya memang terbaik. Saya
rasa punishment ini, meningkatkan fokus saya dalam pelajaran berbanding memberi
perhatian kepada benda-benda yang ganggu saya daripada focus dalam pembelajaran.

You might also like