You are on page 1of 2

MUHAMMAD AZRI ZAIDI BIN MOHD ZAMRI

L20222014529

KUMPULAN I

DR. SUZYANTY BINTI MOHD SHOKORY

Berdasarkan video yang telah ditonton, penyampai menyampaikan cara-cara untuk


menghafaz Al-Quran dengan menggunakan kaedah Hijaazie.

Didalam kaedah hijaazie ini mengandungi 4 item utama. Pertama, Sistem ( Proses
Penghafaz), yang kedua ialah Pendekatan ( Mudah Menghafaz ), yang ketiga ialah Teknik
( Membantu supaya menghafaz tidak terasa beban dan akan menyeronokkan ), dan yang
terakhir, Cara untuk mencapai objektif, contohnya di dalam kaedah hijaazie penghafaz
dikehendaki untuk menghafaz 1 muka surat Al-Quran selama 10 minit sahaja.

Selain itu, kaedah hijaazie yang dimaksudkan ini merangkumi cara untuk menghafaz
alquran dalam masa yang singkat dan memastikan hafazan yang cepat dapat dikekalkan
selama-lamanya dengan lancar dan baik. Kaedah hijaazie ialah satu kaedah yang disusun
khas untuk membantu para penghafaz Al-Quran untuk menghafaz Al-Quran dari zero to hero
bermaksud daripada asas sehingga dapat menghafaz dengan baik dan lancar (mutqin).

Pengasas kaedah Hijaazie ini meletakkan terma-terma tertentu bagi peringkat hafazan
yang bermula daripada peringkat Al-Hifz, Tikror, Ar-Rabthu, dan Al-Murajaah. Pada
peringkat Al-Hifz, penghafaz dikehendaki menghafaz dan setelah itu penghafaz dikehendaki
memperdengarkan hafazan kepada guru, kemudian guru akan menentukan bacaan penghafaz
tersebut lulus atau pun tidak. Pada peringkat Tikror pula, penghafaz diminta untuk membuat
pengulangan berterusan bagi hafazan yang telah dihafaz. Pada peringkat Ar-Rabthu, kaedah
yang diterapkan ialah kaedah mengulang hafazan juga, tetapi ia berbeza cara pengulanganya
jika dibandingkan kaedah Tikror. Peringkat terakhir ialah peringkat Al-Murajaah, peringkat
ini ialah peringkat yang akan memastikan hafazan yang telah dihafaz dapat diingati, dengan
mengubah ingatan dari short term memory kepada long term memory.

Kesimpulannya, kaedah Hijaazie ini menerapkan prinsip pedagogi yang diguna pakai
oleh ilmuan islam tersohor iaitu Ibnu Khaldun dan Imam Syafie’e. Ibnu Khaldun dan Imam
Syafie’e menerapkan kaedah ( Takrar ) iaitu hafazan secara pengulangan.
SUMBER VIDEO:

You might also like