You are on page 1of 5

Rujukan Kami : UMT/PPPL/100-52

Tarikh : 22 Februari 2024


Bersamaan : 12 Syaaban 1445H

Kepada,
Rector/Director/Pimpinan University di Indonesia.

JEMPUTAN BAGI PRANATA LABORATORIUM PENDIDIKAN (PLP) / LABORAN / TEKNISI


LABORATORY MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL LABORATORY INNOVATION
SEMINAR (NALIS) 2024, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT).

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
dengan berbesar hati ingin mempelawa warga Pranata Laboratorium Pendidikan (PLP) / Laboran/
Teknisi Laboratory bagi menyertai program International Laboratory Innovation Seminar (NALIS) seperti
butiran berikut:-

Tarikh : 6-7 Mei 2024


Lokasi : UMTCC, Universiti Malaysia Terengganu,
Terengganu, Malaysia

3. Seminar ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan hasil inovasi dari kalangan kakitangan
atau kumpulan bukan akademik dalam sektor berikut (rujuk Lampiran 1):-
i. Kualiti makmal
ii. Analisis, Teknik dan Teknologi Makmal
iii. Operasi dan Pengurusan Makmal
iv. Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran

4. Semoga pihak YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan, dapat memanjangkan jemputan ini kepada


warga IPTA universiti masing-masing. Perincian lanjut maklumat seminar boleh dilayari menerusi
https://labmas.umt.edu.my/. Sebarang pertanyaan sila hubungi secretariat NALIS UMT, Encik Nik Mohd
Hafiz bin Abdullah (+6011-29203697) atau wakil PPLPI, Tuan Eka Fitrianto (+6281363467202 /
+6285132543667).

Segala perhatian dan kerjasama amatlah dihargai. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

CHM ASRUL AZANI BIN MAHMOOD


Pengarah Program,
International Laboratory Innovation Seminar (NALIS)
Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
Universiti Malaysia Terengganu

s.k 1) Fail Edaran

You might also like