You are on page 1of 3

Kepentingan Rakyat Menghayati Rukun Negara

Berikutan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dengan rasminya tertubuhlah


Majlis Perundingan Negara oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29
Januari 1970. Mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970 yang
dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN Allahyarham Tun Abdul Razak
bin Dato’ Hussein telah merumuskan agar satu ideologi negara yang
mampu mengatasi garis pemisah antara kaum dibentuk. Berasaskan
keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh
Yang di-Pertuan Agong ke-Empat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Lima prinsip Rukun Negara, iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan


kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-
undang serta Kesopanan dan Kesusilaan seharusnya dijunjung oleh
rakyat Malaysia pada setiap masa. Terdapat pelbagai kepentingan rakyat
menghayati Rukun Negara.

Prinsip Rukun Negara yang pertama; Kepercayaan kepada Tuhan;


menjadi asas kepada pembentukan identiti Malaysia. Hal ini demikian
kerana pengwujudan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu
bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan. Malah, sahsiah diri setiap
insan dapat dibentuk hanya jika individu tersebut mempercayai
kewujudan Tuhan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ajaran
setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang
berlainan. Namun begitu, jika diteliti, ternyata ajaran setiap agama
menjurus kepada pembentukan manusia yang sempurna, terutamanya
dari segi rohani dan sahsiah diri. Maka, sekiranya hendak melahirkan
masyarakat Malaysia yang bersahsiah unggul, kita harus mengamalkan
prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Seterusnya, prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan
Negara. Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia
supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa
terpelihara. Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan
warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era
kemerdekaan. Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia
kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang
tidak diingini berlaku di Malaysia. Situasi ini membuktikan betapa
pentingnya penghayatan terhadap prinsip kedua Rukun Negara.

Prinsip Rukun Negara yang ketiga berbunyi Keluhuran Perlembagaan.


Prinsip ini penting kerana perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan
setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa.
Walaupun perlembagaan Malaysia meletakkan agama Islam sebagai
agama rasmi, tetapi agama-agama lain masih boleh dianuti oleh
penduduk di Malaysia. Begitu juga dengan pelbagai aspek lain seperti
bahasa rasmi negara serta ketuanan masyarakat Melayu. Kebebasan
setiap aspek tersebut masih terpelihara dan disebut dengan jelas dalam
perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kemurniaan perlembagaan Malaysia
sememangnya penting dan bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang
ketiga.

Prinsip Rukun Negara yang keempat dan kelima pula ialah Kedaulatan
Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Ketamadunan sesebuah
masyarakat tidak harus diukur berdasarkan pencapaian lahiriah semata-
mata, tetapi harus disertai dengan pencapaian rohaniah dan kesusilaan
yang tinggi. Oleh itu, wujudlah prinsip Rukun Negara yang keempat dan
kelima. Pada masa yang sama, keharmonian dan perpaduan masyarakat
di Malaysia hanya dapat dipelihara jika setiap rakyat di negara ini
bersopan-santun, berbudi bahasa dan bertoleransi. Maka, suasana
harmoni di negara kita dapat dikekalkan sekiranya kita mengamalkan
undang-undang dan etika-etika yang positif. Keadaan ini sesungguhnya
membuktikan kepentingan kedua-dua Prinsip Rukun Negara yang
terakhir.

Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan


masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi
itu dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai


kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza.
Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam
setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah
kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini
boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara
rusuhan, pergaduhan kaun dan sebagainya.

Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat:


warganegara Malaysia. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai.
Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah
satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-
kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika
seseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia.
Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang
jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu
negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam
jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan
secara ilmiah.

Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri


dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan
untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.
Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah
tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara
aman dan harmoni.

Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara
kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa. Keamanan,
kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil
daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh
pelbagai pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan
kerajaan (NGO).

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak


mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan bekerjasama. Kita
harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh
menyinggung perasaan kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam
keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita
menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. Rakyat yang
bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh
negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng
untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam
kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita.

You might also like