You are on page 1of 24

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.

2/2023

TARIKH : 3 Julai 2023


HARI : Isnin
MASA : 2.15 petang
TEMPAT : Makmal Komputer 2

KEHADIRAN:
1. Cikgu Linda Liau - Penolong Kanan Pentadbiran/ Naib Pengerusi 1
2. Cikgu Moureen anak Sibat - Penolong Kanan Kokurikulum
3. Cikgu Alex Rasidin
4. Cikgu Angela Anak Mang
5. Cikgu Angela Candy
6. Cikgu Aslindah Binti Rizal
7. Cikgu Audryana Latai Anak Gramong
8. Cikgu Charles Mechris Anak Ijau
9. Cikgu Elmi Suzieyana Anak Jelias
10. Cikgu Herbson Anak Sungong
11. Cikgu Joe Anak Joreng
12. Cikgu Junaidi Bin Samail
13. Cikgu Lin Cherida Anak Lampas
14. Cikgu Lu Hung Yung
15. Cikgu Mawar Shatika Lo Phea Nie
16. Ustaz Mohammad Aizuddin Bin Rashid
17. Cikgu Mohd Kamil Bin Kasim
18. Cikgu Nur Nadia Binti Mohamad Nasir
19. Cikgu Nur Syamimi Binti Rashid
20. Cikgu Nur Zaara Lee Binti Abdullah
21. Cikgu Nurul Anisah Binti Abdul Rohim
22. Cikgu Nurul Faziela Binti Mat Idris
23. Cikgu Raymond Ato James
24. Cikgu Reslynna Anak Sawing
25. Cikgu Rozica Sanga Ak Jantan
26. Cikgu Santhia A/P Letchuman

1
27. Cikgu Siti Normala Binti Jemli
28. Cikgu Siti Sufia Binti Saibi
29. Cikgu Steveson Steward Anak Patrick
30. Cikgu Teresa Anak Suduk
31. Cikgu Terry Anak Richard
32. Cikgu Thommity Anthony Jek
33. Cikgu Yusri Hafizzan Bin Suip

KETIDAKHADIRAN DENGAN IZIN:

1. Cikgu Casimir @ Igat anak Ato – Pengetua (Program Jelajah Strategik Perkhidmatan Psikologi dan
Kaunseling)
2. Cikgu Peter Roe anak Julop - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Bengkel Penulisan Kesarjanaan)
3. Cikgu Muhammad Hasim Bin Morni (Cuti Sakit)
4. Cikgu Stella Ho (Urusan Peribadi)

AGENDA:
1. Kata alu-aluan Naib Pengerusi 1
2. Pengesahan Minit Mesyuara Kurikulum Bil. 1 Sesi 2023/2024
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Perbincangan/Pembentangan
4.1 Pelaporan Analisis
4.1.1 SPM 2022
4.1.2 AR1 2023
4.1.3 ETR SPM 2023
4.2 Perancangan Program Kecemerlangan Akademik
4.2.1 Laporan KBMP (Audit Akademik : Fail Panitia &Buku Latihan Murid, PCG, Program
Peningkatan kualiti PdPc Guru (SKPM), Program Peningkatan Pencapaian Murid
(SKPM)
4.2.1.1 Jabatan Sains dan Matematik
4.2.1.2 Jabatan Vokasional dan Teknik (VokTek)
4.2.1.3 Jabatan Bahasa
4.2.1.4 Jabatan Kemanusiaan
4.2.1.5 Program Peningkatan Pencapaian Murid (SKPM)
2
4.2.2 Latihan dalam Perkhidmatan
4.3 Perancangan Pelaksanaan Program TS25
4.3.1 Coaching & Mentoring : PInTas & OPPM
4.3.2 Pelan Pembangunan Berterusan (CPD) : PLC, LDP & Penanda Arasan
4.3.3 Pembudayaan KBAT/PAK21/HEBAT
4.3.4 Pembudayaan Amali Sains Ting. 1- Ting 5
4.3.5 PIBK
4.3.6 Kejayaan dan Kemandirian Murid
4.3.7 Keceriaan Kelas
4.3.8 Projek Based Learning
4.3.9 Dokumentasi / Pembangunan Laman Web
4.3.10 Kolokium / Pameran
4.3.11 Kajian Tindakan
4.4 Pelaporan Pelaksanaan Program Sekolah/PPD/JPN/KPM 2021
4.4.1 PBPPP - Pencerapan/Penilaian
4.4.2 SKPMg2 standard 4
4.5 Pelaporan Pelaksanaan Peperiksaan/Pentaksiran
4.5.1 Pentaksiran Dalaman
4.5.1.1 AR2
4.5.1.2 AR3
4.5.1.3 PBD
4.5.1.4 SEGAK
4.5.1.5 Psikometrik
4.5.2 Pentaksiran Pusat
4.6 Pelaporan Pelaksanaan Program di bawah MBMMBI
4.6.1 CEFR
4.6.2 PKJR
4.7 Pelaporan Pelaksanaan Program PSS
4.7.1 Guru Perpustakaan Dan Media
4.7.2 NILAM
4.8 Pelaporan Pelaksanaan Pengurusan Pembelajaran Bestari
4.8.1 Penggunaan Pelantar DELIMa
4.8.2 Penyelenggaraan ICT
4.8.3 Program Pembestarian sekolah
3
4.9 Pelaporan HIP
4.10 Pelaporan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
5 Hal-hal lain

1. Kata Alu-aluan Pengerusi


1.1 Cikgu Linda Liau mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru pada
mesyuarat kali ini serta berharap agar apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ini memberi manfaat
kepada kita semua.
1.2 Cikgu Linda Liau yakin bahawa semua guru boleh melakukan yang terbaik ke arah kecemerlangan
kurikulum sekolah mengikut tempoh dan bidang tugas masing-masing.

Makluman/Tindakan: Semua guru

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas:

Dicadang: Cikgu Siti Sufia binti Saibi


Disokong: Cikgu Herbson anak Sungong
Makluman: Semua guru

3. Perkara-perkara Berbangkit:
3.1 Tiada hal-hal berbangkit.

Makluman: Semua Guru

4. Perbincangan/Pembentangan
4.1 Pelaporan Analisis
4.1.1 SPM 2022
1. Cikgu Alex Rasidin membentangkan analisis SPM 2022 merangkumi jumlah murid yang menduduki
SPM 2022, murid gagal Bahasa Melayu, murid gagal Sejarah, murid yang layak dan tidak layak sijil
dan GPS sekolah seperti dalam Rajah 4.1.

4
Rajah 4.1
2. Cikgu Alex Rasidin memaklumkan peratus murid yang lulus semua matapelajaran ialah 37%
daripada 92 calon yang hadir.
3. Cikgu Alex Rasidin membentangkan jumlah murid lulus semua subjek dan jumlah murid
memperoleh sijil berdasarkan kelas di mana seorang murid 5 Alfa tidak layak mendapat sijil atas sebab
berhenti sekolah, 6 orang murid 5 Gamma dan 5 orang murid 5 Delta tidak layak mendapat sijil yang
seorang daripadanya (Iq’bal Harriz bin Bujang) tidak layak mendapat pernyataan menduduki SPM
kerana gagal semua subjek.
4. Cikgu Alex Rasidin mengucapkan tahniah kepada 5 Beta kerana semua layak mendapat sijil.
Makluman/Tindakan: Semua guru

5. Cikgu Alex Rasidin membentangkan isu / punca dua orang murid gagal Bahasa Melayu dan 11 orang
murid yang gagal Sejarah bagi SPM 2022 dan intervensi yang telah dibuat kepada mereka.
Makluman/Tindakan: Guru Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah

6. Cikgu Alex Rasidin memaklumkan peningkatan prestasi GPS SPM 2022 (5.77) berbanding SPM
2021 (5.79) tetapi berlaku penurunan mendadak peratus lulus SPM 2022 (88.04%) berbanding SPM
2021 (94.5%).
7. Cikgu Alex Rasidin membentangkan perbandingan GPMP SPM 2022 dengan 2021 bagi semua
subjek seperti dalam Rajah 4.2 dan mengucapkan tahniah kepada semua Cikgu Steveson, ketua panitia
KMK dan Jabatan Kemanusiaan atas peningkatan tertinggi bagi GPMP KMK.

5
Rajah 4.2
8. Cikgu Alex Rasidin membentangkan perbandingan peratus lulus SPM 2022 dengan 2021 bagi semua
subjek seperti dalam Rajah 4.3.

Rajah 4.3
9. Cikgu Alex Rasidin memaklumkan dua subjek yang lulus 100% iaitu Kimia dan Prinsip Perakaunan.
10. Cikgu Alex Rasidin membentangkan perbandingan GPMP dalam tempoh 5 tahun bagi setiap
subjek.
11. Cikgu Alex Rasidin membentangkan analisis pencapaian layak sijil dan lulus mata pelajaran antara
sosioekonomi (SES) bagi SPM 2022 seperti dalam Rajah 4.4.

6
Rajah 4.4
12. Cikgu Alex Rasidin membentangkan analisis pencapaian layak sijil dan lulus mata pelajaran antara
jantina bagi SPM 2022. Seperti tahun lepas dan tahun tahun sebelum ini, perempuan lebih ramai yang
layak sijil berbanding lelaki.
13. Cikgu Alex Rasidin membentangkan 10 murid terbaik SPM seperti dalam Rajah 4.5.

Rajah 4.5
Makluman/Tindakan: Semua guru

4.1.2 AR1 2023


1. Cikgu Linda Liau meminta semua guru bersedia untuk membentangkan intervensi yang dibuat bagi
subjek masing-masing.
2. Cikgu Alex Rasidin membentangkan keputusan AR1 bagi Tingkatan 5 GPS bagi AR1 Tingkatan 5
ialah 7.01.
7
3. Cikgu Alex Rasidin membentangkan calon lulus dan gagal bagi setiap subjek seperti berikut:
Bil. Subjek Calon Lulus Calon Gagal GPMP
1. Bahasa Melayu 89 20 5.83
2. Bahasa Inggeris 48 61 7.14
3. Pendidikan Islam 11 7 6.11
4. Pendidikan Moral 34 53 6.84
5. Sejarah 59 50 6.47
6. Matematik 4 105 8.95
7. Sains 47 51 7.99
8. KMK 10 6 6.62
9. Geografi 15 20 7.69
10. PSV 88 10 5.89
11. Matematik Tambahan 1 10 8.91
12. Prinsip Perakaunan 6 1 6.00
13. Kimia 8 3 7.18
14. Biologi 6 5 8.008
15. Bahasa Iban 14 0 4.64
16. Perniagaan 12 2 7.07
17. Ekonomi 4 0 6.00
Makluman / Tindakan: Semua Guru

4.1.3 ETR SPM 2023


1. Cikgu Alex Rasidin membentangkan ETR SPM 2023 iaitu GPS sekolah 5.06.
2. Cikgu Alex Rasidin membentangkan cadangan ETR GPMP subjek-subjek SPM 2023 seperti berikut:
Bil. Subjek ETR GPMP
1. Bahasa Melayu 4.56
2. Bahasa Inggeris 5.90
3. Pendidikan Islam 3.00
4. Pendidikan Moral 4.23
5. Sejarah 5.20
6. Matematik 5.80
7. Sains 5.43
8. KMK 3.38
8
9. Geografi 6.74
10. PSV 3.40
11. Matematik Tambahan 7.45
12. Prinsip Perakaunan 6.50
13. Kimia 6.00
14. Biologi 6.18
15. Bahasa Iban 4.30
16. Perniagaan 7.29
17. Ekonomi 5.00

3. Cikgu Linda Liau bertanya jika ada guru yang ingin membuat perubahan terhadap cadangan ETR
GPMP yang dibuat.
4. Cikgu Linda Liau mengingatkan supaya tidak meletakkan gred gagal kepada murid dalam
menentukan ETR GPMP, sebaliknya cuba menurunkan gred lain tanpa meletakkan murid gagal.
5. Cikgu Linda Liau mengingatkan semua guru untuk sentiasa bersedia untuk menghantar apa-apa data
walaupun pada waktu cuti.
6. Cikgu Junaidi bin Samail menerangkan rasional mengapa murid tidak sepatutnya ditarget gagal bagi
menentukan ETR GPMP.
7. Cikgu Junaidi bin Samil berkongsi maksud dan cara menetapkan TOV iaitu 40% daripada AR1 dan
60% daripada AR2. Beliau juga menerangkan secara terperinci maksud dan keperluan OT1, AR1, OT2,
AR2 dan ETR.
Makluman / Tindakan: Semua Guru

8. Cikgu Junaidi bin Samail mengingatkan semua guru subjek agar menetapkan murid dan gred mereka
bagi setiap subjek masing-masing secara terperinci.
Makluman / Tindakan: Semua Guru Subjek SPM

8. Cikgu Alex anak Rasidin menetapkan semula ETR GPMP Matematik kepada 6.01.
9. Cikgu Linda Liau mencadangkan agar diturunkan lagi ETR GPMP Perniagaan.
10. Cikgu Alex anak Rasidin menetapkan semula ETR GPMP Perniagaan kepada 6.90.
Makluman / Tindakan: Semua Guru

11. Cikgu Linda Liau meminta guru subjek menetapkan murid dan gred mereka bagi setiap subjek
masing-masing secara terperinci sebagaimana yang diingatkan oleh Cikgu Junaidi.
Makluman / Tindakan: Semua Guru Subjek SPM
9
12. Cikgu Linda Liau memaklumkan bahawa perbincagan hari ini adalah sebahagian daripada PLC.
Makluman / Tindakan: Semua Guru

4.2 Perancangan Program Kecemerlangan Akademik


4.2.1 Laporan KBMP
4.2.1.1 Jabatan Sains dan Matematik
1. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memaklumkan bahawa pangauditan fail panitia-panitia di bawah
Jabatan Sains dan Matematik telah dibuat sebanyak sekali pada bulan Jun secara kendiri.
2. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memaklumkan semakan buku latihan Sains dan Matematik bagi
murid Tingkatan 1 telah dibuat pada bulan Mei yang lepas.
3. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memaklumkan bahawa hanya Panitia Kimia yang telah
menggunakan PCG panitia, manakala PCG bagi panitia-panitia lain akan menggunakan PCG
sebelum bulan Ogos ini untuk membeli barang yang telah disenaraikan semasa mesyuarat Jabatan
Sains dan Matematik tempoh hari.
4. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memaklumkan mesyuarat jabatan telah dilaksanakan sekali iaitu
pada 5 April 2023 berserta mesyuarat yang melibatkan pengurusan makmal Sains.

Makluman: Semua Guru dan AKP Jabatan Sains dan Matematik

4.2.1.2 Jabatan Vokasional dan Teknik (VokTek)


1. Cikgu Junaidi bin Samail memaklumkan bahawa pangauditan fail panitia-panitia di bawah
Jabatan Vokasional dan Teknik telah dibuat sebanyak sekali pada bulan April secara kendiri.
2. Cikgu Junaidi bin Samail memaklumkan semakan buku latihan RBT bagi murid Tingkatan 1
telah dibuat pada bulan Mei yang lepas.
3. Cikgu Junaidi bin Samail memaklumkan bahawa semua panitia di bawah Jabatan Vokasional
dan Teknik masih belum membelanjakan PCG masing-masing.
4. Cikgu Junaidi bin Samail memaklumkan mesyuarat jabatan telah dilaksanakan sekali iaitu pada
18 Mei 2023 dan Karnival Akademik telah dilaksanakan pada 20 Jun 2023.

Makluman: Semua Guru Jabatan VokTek

4.2.1.3 Jabatan Bahasa


1. Cikgu Angela Candy memaklumkan bahawa pangauditan fail panitia-panitia di bawah Jabatan
Bahasa telah dibuat sebanyak sekali pada bulan April secara kendiri.

10
2. Cikgu Angela Candy memaklumkan semakan buku latihan murid Tingkatan 1 bagi panitia di
bawah Jabatan Bahasa telah dibuat pada bulan Mei yang lepas.
3. Cikgu Angela Candy memaklumkan bahawa hanya panitia Bahasa Melayu sahaja yang telah
menggunakan PCG sebanyak 40% (RM 402.00).
4. Cikgu Angela Candy memaklumkan mesyuarat jabatan telah dilaksanakan sekali iaitu pada 13
April 2023 dan Karnival Akademik telah dilaksanakan pada 21 Jun 2023.

Makluman/Tindakan: Semua Guru Jabatan Bahasa

5. Cikgu Angela Candy mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua
guru yang telah terlibat dalam menjayakan Karnival Akademik di bawah anjuran Jabatan Bahasa.

Makluman: Semua Guru

4.2.1.4 Jabatan Kemanusiaan


1. Cikgu Siti Normala binti Jemli memaklumkan bahawa pangauditan fail panitia-panitia di bawah
Jabatan Kemanusiaan belum dibuat dan akan dibuat pada pertengahan Julai untuk semakan kendiri
dan semakan Ketua Bidang.
2. Cikgu Siti Normala binti Jemli memaklumkan semakan buku latihan murid Tingkatan 1 bagi
panitia di bawah Jabatan Kemanusiaan telah dibuat pada bulan Mei yang lepas.
3. Cikgu Siti Normala binti Jemli memaklumkan bahawa semua panitia di bawah Jabatan
Kemanusiaan belum membelanjakan PCG panitia masing-masing.

Makluman: Semua Guru Jabatan Kemanusiaan

4.2.1.5 Program Peningkatan Pencapaian Murid (SKPM)


1. Cikgu Linda Liau berharap bahawa kesemua guru subjek telah merancang program untuk
meningkatkan pencapaian murid untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Tindakan: Semua Guru

4.2.2 Latihan dalam Perkhidmatan


1. Cikgu Muhammad Hasim bin Morni memaklumkan penggunaan kod QR dalam merekod kehadiran
guru-guru dalam bengkel/mesyuarat/PLC.
2. Cikgu Muhammad Hasim bin Morni mengingatkan semua guru yang menghadiri
bengkel/mesyuarat/PLC untuk terus mengimbas kod QR dan mengisi kehadiran melalui kod QR

11
tersebut kerana kod QR tersebut hanya dapat dijana pada hari semasa bengkel/mesyuarat/PLC
dijalankan sahaja.
3. Cikgu Muhammad Hasim bin Morni memberitahu bahawa setiausaha berkenaan boleh meminta
senarai guru yang hadir dalam bengkel/mesyuarat/PLC yang telah dijalankan daripada beliau selaku
SU LDP untuk direkodkan di dalam minit mesyuarat/curai.
4. Cikgu Muhammad Hasim bin Morni bertanya persetujuan semua guru untuk hanya menggunakan
kod QR bagi merekodkan kehadiran dan tidak lagi menggunakan Google Form.
5. Cikgu Muhammad Hasim bin Morni meminta semua guru dan AKP menyemak SPLKPM masing-
masing dan memaklumkan kepada beliau sekiranya terdapat bengkel/mesyuarat/PLC yang dihadiri
guru dan AKP tetapi tidak direkodkan sebagai hadir.
6. Cikgu Muhammad Hasim bin Morni memaklumkan bahawa selain Cikgu Siti Norhidayah (nama
beliau masih berada di dalam rekod staf sekolah), semua guru telah mencapai 5 hari berkursus dan 42
mata kredit PPB.
7. Cikgu Muhammad Hasim bin Morni mamklumkan bahawa nama Ustazah Noor Faizzah binti Mokhti
sudah dikeluarkan daripada rekod staf sekolah, manakala En. Abang Azahar masih belum dikeluarkan
daripada staf SMK Bakong.

Makluman/Tindakan: Semua Guru dan AKP

4.3 Perancangan Pelaksanaan Program TS25


4.3.1 Coaching & Mentoring : PInTas & OPPM
1. Cikgu Siti Normala binti Jemli memaklumkan bahawa bengkel PInTas akan diadakan dalam masa
terdekat dan akan disampaikan oleh Cikgu Linda Liau, manakala bengkel OPPM pula akan
dilaksanakan selepas bengkel PIntas dijalankan.
Makluman: Semua Guru

2. Cikgu Siti Normala binti Jemli mengingatkan semua ketua panitia untuk mengemaskini pelan
strategik, pelan taktikal dan pelan operasi serta analisis SWOT panitia masing-masing sebelum
menghadiri bengkel PInTas tersebut.
3. Bagi analisis SWOT, Cikgu Siti Normala binti Jemli mengingatkan agar memilih isu yang mampu
diselesaikan antara 3 hingga satu tahun.
4. Cikgu Linda Liau memohon agar semua panitia menyediakan Carta Gant panitia masing-masing
untuk memudahkan ketua panitia memantau status pelaksanaan perancangan panitia masing-masing.

12
Tindakan: Semua Ketua Panitia

4.3.2 Pelan Pembangunan Berterusan (CPD) : PLC, LDP & Penanda Arasan
1. Cikgu Reslynna anak Sawing berkongsi kod QR yang digunakan untuk ketua panitia menghantar
laporan panitia melalui kod QR tersebut.
2. Cikgu Reslynna anak Sawing memaklumkan 4 panitia telah menghantar laporan PLC iaitu panitia
Bahasa Melayu (2 laporan), panitia Matematik (4 laporan), panitia Pendidikan Moral (1 laporan) dan
panitia Pendidikan Seni Visual (1 laporan).
3. Cikgu Reslynna anak Sawing memaklumkan setiap panitia perlu menghantar sekurang-kurangnya 2
laporan PLC setiap tahun.

Makluman/Tindakan: Semua Ketua Panitia

4. Cikgu Thommity Anthony Jek memaklumkan bahawa akan ada lawatan penanda arasan ke SMK
Bekenu kelak selepas mendapat persetujuan pihak pengurusan sekolah. Aktiviti yang akan dijalankan
semasa lawatan tersebut ialah perkongsian daripada pihak SMK Bekenu berkenaan program akademik,
kokurikulum, HEM, UBK dan pengurusan fail untuk AKP yang mereka jalankan.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

4.3.3 Pembudayaan KBAT/PAK21/HEBAT


1. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memaklumkan aktiviti yang dijalankan pada tahun ini iaitu yang pertama
ialah Bengkel Penataran KBAT untuk Penyelaras KBAT Sekolah, Ketua Panitia Sains dan Ketua
Panitia Matematik melalui Google Meet pada 13 April 2023 anjuran PPD Subis.

Makluman: semua guru

2. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memberitahu bahawa LDP Pemetaan Modul KBAT ke dalam RPT telah
dibuat oleh Penyelaras KBAT Sekolah, Ketua Panitia Sains dan Ketua Panitia Matematik kepada semua
guru di bawah Jabatan Sains dan Matematik. Pemetaan Modul KBAT ke dalam RPT telah dibuat
dengan menggunakan sumber modul KBAT yang terdapat di dalam laman web Baruk Ilmu (laman web
JPN Sarawak) (RPT-RPT tersebut telah dimuatnaik ke dalam pautan Google Drive yang disediakan
oleh PPD Subis).

Makluman/Tindakan: Semua Guru Jabatan Sains dan Matematik

3. Cikgu Siti Sufia binti Saibi berkongsi Training of Trainers (ToT) Perluasan KBAT bagi
matapelajaran Sains telah dilaksanakan yang jurulatih utamanya ialah Cikgu Peter Roe anak Julop
13
sebagai persediaan untuk guru-guru Sains menjadi fasilitator bagi Bengkel Perluasan KBAT peringkat
Daerah Subis pada 23 Mei 2023.

Makluman/Tindakan: Semua Guru Sains Teras

4. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memaklumkan bahawa Sesi Perkongsian Ilmu PLC PAK-21 yang
diwakili oleh 5 orang guru SMK Bakong telah berlangsung baru-baru ini dan bengkel perkongsian
berkenaan PLC PAK-21 telah dilaksanakan bersama semua guru SMK Bakong pada 19 Jun 2023 di
Makmal Komputer 2 (laporan telah dihantar ke PPD Subis).

Makluman/ Tindakan: Semua Guru

4.3.4 Pembudayaan Amali Sains Ting. 1- Ting 5


1. Cikgu Siti Sufia binti Saibi memaklumkan semua guru Sains termasuk Sains tulen (Kimia dan
Biologi) telah mensasarkan pelaksanaan amali Sains mengikut takwim pelaksanaan amali Sains
(takwim pelaksanaan akan disemak dua kali setahun iaitu pada bulan Ogos 2023 dan Februari 2024).

Makluman/Tindakan: Semua Guru Sains, Kimia dan Biologi

4.3.5 PIBK
1. Cikgu Audryana Latai anak Gramong memaklumkan bahawa Program Kesedaran Pendidikan
Yayasan Sarawak akan diadakan pada 29 Julai 2023 di Dewan Serbaguna SMK Bakong.
2. Cikgu Audryana Latai anak Gramong memohon jasa baik semua guru untuk melihat skop kerja
masing-masing memandangkan gerak kerja setiap AJK perlu dibentangkan pada 18 Julai 2023.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

4.3.6 Kejayaan dan Kemandirian Murid


1. Cikgu Linda Liau berharap bahawa kesemua guru subjek telah merancang program untuk
meningkatkan pencapaian murid untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Tindakan: Semua Guru


4.3.7 Keceriaan Kelas
1. Cikgu Mawar Shatika Lo Phea Nie memaparkan senarai semak kelas TS25 yang perlu ada di dalam
setiap kelas. Senarai semak tersebut akan dikongsikan di dalam grup WhatsApp sekolah.

14
2. Cikgu Mawar Shatika Lo Phea Nie memaklumkan guru tingkatan perlu memastikan perkara yang
disenaraikan di dalam senarai semak diadakan di dalam kelas masing-masing. Learning Walk akan
diadakan pada 27 Julai 2023.
3. Cikgu Herbson anak Sungong berbincang permasalahan kelas yang berkongsi kelas dengan murid
sekolah rendah yang merosakkan kelas yang telah dibuat.
4. Cikgu Junaidi bin Samail dan Cikgu Linda Liau mencadangkan solusi bagi permasalahan tersebut.

Makluman/Tindakan: Semua Guru Tingkatan

5. Cikgu Linda Liau mencadangkan agar kelas Tingkatan 5 menjadi showcase room untuk kelas TS25
memandangkan kelas Tingkatan 5 tidak berkongsi kelas dengan murid sekolah rendah.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

6. Cikgu Siti Normala binti Jemli menyarakan guru i3k untuk memperhalusi semua kesesuaian untuk
pengawas mengambil markah kerana terdapat pengawas yang mengambil markah semasa PdPc
walaupun sudah dimaklumkan untuk mengambil markah pada waktu rehat.

Makluman/Tindakan: Penyelaras i3k

7. Cikgu Siti Normala binti Jemli mencadangkan kawasan yang bersesuaian untuk murid yang
menjalankan kerja amal untuk mengutip sampah iaitu di antara blok menengah rendah dan menengah
atas.

Makluman/Tindakan: Guru Bertugas Mingguan

4.3.8 Projek Based Learning


1. Cikgu Linda Liau menyarankan agar Cikgu Herbson anak Sungong dan Cikgu Kamil mencari
maklumat berkaitan PBL di laman sesawang.

Makluman/Tindakan: Penyelaras/ Penolong Penyelaras PBL

4.3.9 Dokumentasi / Pembangunan Laman Web


1. Cikgu Terry anak Richard memohon bantuan setiausaha Kurikulum, HEM dan Kokurikulum
membantu beliau untuk memuatkan bahan-bahan berkenaan di dalam laman web sekolah.
2. Cikgu Terry anak Richard memaklumkan setakat ini Cikgu Yusri Haffizan bin Suip ada memuat
naik laporan dan poster pertandingan yang disertai oleh sekolah ke dalam laman web sekolah.

Makluman/Tindakan: Setiausaha Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

15
3. Cikgu Terry anak Richard memberitahu guru-guru lain juga boleh memuatnaik bahan yang
bersesuaian ke dalam laman web sekolah mengikut bidang tugas masing-masing.

Makluman/Tindakan: Semua guru

4.3.10 Kolokium / Pameran


1. Cikgu Linda Liau memaklumkan bahawa kolokium dan pameran ini boleh diwujudkan di dalam
bilik Akses TS25.
Makluman/Tindakan: Penyelaras/Penolong Penyelaras Kolokium/Pameran

4.3.11 Kajian Tindakan


1. Cikgu Lin Cherida anak Lampas memaparkan keputusan Google Form berkenaan tinjauan pilihan
fasa untuk panitia menjalankan kajian tindakan. Panitia Kimia dan Matematik memilih Fasa 1 manakala
4 panitia (panitia KMK, Geografi, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam) memilih Fasa 2.
2. Cikgu Lin Cherida anak Lampas memaklumkan setakat ini, panitia Matematik sahaja sudah
memulakan kajian tindakan.

Makluman/Tindakan: Semua Ketua Panitia

3. Cikgu Lin Cherida anak Lampas memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah akan
menyertai kajian tindakan peringkat daerah Subis.

Makluman/Tindakan: Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah

4. Cikgu Junaidi binti Samail mencadangkan Cikgu Lin Cherida anak Lampas untuk membuat takwim
pelaksanaan setiap bab atau perkara dalam kajian tindakan bagi membantu rakan-rakan ketua panitia.

Makluman/Tindakan: Penyelaras Kajian Tindakan

4.4 Pelaporan Pelaksanaan Program Sekolah/PPD/JPN/KPM 2021


4.4.1 PBPPP - Pencerapan/Penilaian
1. Cikgu Linda Liau mengingatkan semula bahawa bagi pencerapan, selain pihak pengurusan, Tuan
Pengtua, PK1, PK HEM, PK Kokurikulum, semua KB dan Cikgu Thommity Anthony Jek (KP yang
senior) ialah pencerap. Bagi penilaian, pengetua akan menjadi penilai kedua untuk semua guru. PK 1,
PK HEM dan PK Kokurikulum pula akan menjadi penilai pertama untuk guru-guru.

16
2. Cikgu Linda Liau memaklumkan bahawa untuk penghantaran fail RPH adalah kepada pencerap
masing-masing.
3. Cikgu Lin Cherida memaklumkan status pencerapan kendiri guru iaitu 33 orang guru menghantar
dan 3 orang guru tidak menghantar termasuk Cikgu Siti Norhidayah.
4. Cikgu Lin Cherida anak Lampas membentangkan hasil pencerapan kendiri iaitu seorang guru
mendapat cemerlang, baik 29 orang, sederhana 3, lemah dan sangat lemah 0 dan tidak hantar termasuk
GBK ialah 5 orang.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

4.4.2 SKPMg2 standard 4


1. Cikgu Siti Normala binti Jemli memaklumkan bahawa ketua-ketua panitia telah diminta untuk
mengisi SKPMg2 bagi panitia masing-masing.

Makluman/Tindakan: Semua Ketua Panitia

2. Cikgu Siti Normala binti Jemli memaparkan layout untuk pengisian SKPMg2 dan membacakan
senarai nama guru yang perlu mengisi borang SKPMg2 mengikut bidang tugas masing-masing sama
ada dalam standard 1, 2 atau 3.
3. Cikgu Siti Normala binti Jemli memaklumkan bahawa pengisian borang SKPMg2 adalah
berdasarkan bulan Mac hingga Jun 2023.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

4. Cikgu Siti Normala binti Jemli meinta bantuan penyelaras GerKo (unit beruniform, kelab dan sukan
dan permainan) untuk mengingatkan unit di bawah seliaan penyelaras masing-masing untuk mengisi
borang berkenaan.

Makluman/Tindakan: Penyelaras Unit Beruniform, Kelab dan Sukan dan Permainan

5. Cikgu Siti Normala binti Jemli mengingatkan guru-guru untuk menyediakan borang SKPMg2
standard 4 setiap kali dicerap dan diberi kepada pencerap untuk diberikan markah.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

6. Cikgu Siti Normala binti Jemli memberitahu bahawa penilaian kendiri untuk sekolah perlu dibuat
sekitar bulan Julai dan menyeru PK Kurikulum, PK HEM dan PK Kokurikulum untuk menyelia
pengisian SKPMg2 bagi bidang masing-masing.

17
Makluman/Tindakan: PK Kurikulum, PK HEM dan PK Kokurikulum

7. Cikgu Siti Normala binti Jemli akan mengongsikan semula borang-borang SKPMg2 bagi standard-
standard berkenaan di grup Telegram SMK Bakong Official.
8. Cikgu Siti Normala binti Jemli mencadangkan agar semua borang-borang yang telah diisi tersebut
dicetak, dikompilkan dan dimuatkan di dalam satu fail sebagai bukti pelaksanaan SKPMg2 2023 di
peringkat sekolah.
Makluman/Tindakan: Semua Guru

4.5 Pelaporan Pelaksanaan Peperiksaan/Pentaksiran


4.5.1 Pentaksiran Dalaman
4.5.1.1 AR2
1. Cikgu Linda Liau memaklumkan bahawa ujian bertulis AR2 akan dijalankan bermula 14 hingga
25 Ogos 2023.
Makluman/Tindakan: Semua Guru

2. Cikgu Linda Liau memohon Cikgu Terry anak Richard untuk merancang awal tarikh
pelaksanaan ujian bertutur dan mendengar bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Cikgu Terry anak Richard memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan bagi ujian tersebut sudah
dirancang.
Makluman/Tindakan: S/U Peperiksaan Dalaman

4.5.1.2 AR3
1. Cikgu Linda Liau memaklumkan bahawa ujian bertulis AR3 akan dijalankan bermula 14 hingga
24 November 2023.
Makluman/Tindakan: Semua Guru

2. Sehubungan dengan itu, Cikgu Linda Liau berharap agar silibus Tingkatan 5 diselesaikan pada
akhir bulan Oktober 2023 dan dapat memberi tumpuan kepada pelaksanaan kelas Speed-up yang
akan berjalan pada November 2023.
Makluman/Tindakan: Semua Guru Subjek Tingkatan 5

4.5.1.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

18
1. Cikgu Lu Hung Yung memaklumkan bahawa pelaporan PBD seterusnya adalah pada bulan
Ogos.
2. Cikgu Lu Hung Yung memaklumkan bahawa pengisian pelaporan PBD di peringkat sekolah
ialah pada hujung bulan Julai ini.
Makluman/Tindakan: Semua Guru

4.5.1.4 SEGAK
1. Cikgu Raymond Ato James memaklumkan bahawa pelaksanaan ujian SEGAK telah selesai
dijalankan.
2. Cikgu Raymond Ato James memaklumkan intervensi bagi murid yang mempunyai masalah
obesiti ialah Panitia Pendidikan Jasmani telah menjalankan kolaborasi bersama Penyelaras Angkat
Berat untuk mengikuti program angkat berat untuk memberi pendedahan kepada murid amalan
pemakanan sihat dan amalan hidup sihat. Tarikh pelaksanaan akan dimaklumkan semula.

Makluman/Tindakan: Guru Subjek Pendidikan Jasmani dan Penyelaras Angkat Berat

4.5.1.5 Psikometrik
1. Cikgu Rozica Sanga anak Jantan membentangkan analisis Inventori Minat Kerjaya oleh semua
murid kecuali Tingkatan 4. Tingkatan 4 hanya mengisi ITP.
2. Cikgu Rozica Sanga anak Jantan memperkenalkan 6 elemen yang dilihat di dalam IMK iaitu
Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional. Kebanyakan murid
(Tingkatan 1, 2, 3 dan 5) terdorong kepada elemen sosial.
3. Cikgu Rozica Sanga membentangkan keputusan ITP. Elemen menolong adalah yang paling
tinggi dan elemen kepimpinan adalah yang paling rendah.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

3. Cikgu Linda Liau bertanya berkenaan bagaimanakah cara guru mengimplementasikan


keputusan tersebut di dalam RPH.
Makluman/Tindakan: Penyelaras ujian Psikometrik

4.5.2 Pentaksiran Pusat


1. Cikgu Alex anak Rasidin memaklumkan bahawa soalan kerja kursus bagi subjek Prinsip
Perakaunan dan PSV sahaja sudah keluar. Soalan kerja kursus bagi Perniagaan dan KMK belum
keluar setakat ini.

19
Makluman/Tindakan: Guru Subjek Prinsip Perakaunan, PSV, Perniagaan dan KMK

4.6 Pelaporan Pelaksanaan Program di bawah MBMMBI


4.6.1 CEFR
4.6.2 PKJR
1. Cikgu Aslindah Binti Rizal memaklumkan bahawa sasaran PKJR ialah semua murid Tingkatan 1, 2
dan 3 sahaja (316 orang).
2. Cikgu Aslindah Binti Rizal memaklumkan bahawa buku panduan guru sudah diedarkan kepada guru
Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga 3. Salinan lembut (digital) buku panduan guru juga telah
dikongsikan oleh Cikgu Reslynna.
3. Cikgu Aslindah Binti Rizal memberitahu bahawa semua buku aktiviti murid PKJR telah diedarkan.
Cikgu Aslindah berterima kasih kepada Cikgu Nur Syamimi binti Rashid yang telah berusaha
mendapatkan bekalan buku murid Tingkatan 2 daripada SMK Subis.
4. Bagi buku aktiviti murid Tingkatan 1, Cikgu Aslindah Binti Rizal memaklumkan bahawa guru
subjek menggunakan stok buku pada tahun 2022 yang baru sampai pada tahun ini. Stok 2023 akan
digunakan pada tahun hadapan.
5. Cikgu Aslindah binti Rizal membentangkan status pelaksanaan topik dalam pengajaran PKJR.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.7 Pelaporan Pelaksanaan Program PSS


4.7.1 Guru Perpustakaan Dan Media
1. Cikgu Elmi Suzieyana anak Jelias memaklumkan SMK Bakong telah mendapat sijil penghargaan
daripada pihak PPD Subis di atas peningkatan dalam Purata Bacaan Sekolah (Program Galakan
Membaca).
2. Cikgu Elmi Suzieyana anak Jelias memaklumkan sebanyak RM 5248.20 telah dibelanjakan untuk
membeli buku rujukan KSSM yang baharu.
3. Cikgu Elmi Suzieyana memaklumkan tarikh-tarikh penting bagi pertandingan berkaitan pusat
sumber sekolah iaitu Bicara Buku peringkat Daerah, Pengkarya Muda (cerpen), TV PSS dan Anugerah
NILAM peringkat daerah. Adik Darrell Eleazer Anak Jerow telah berjaya terpilih dan melayakkan diri
ke Pertandingan Bicara Buku Peringkat Negeri 2023.
4. Cikgu Elmi Suzieyana anak Jelias memaklumkan nama 18 orang murid yang merupakan pengawas
pusat sumber sekolah 2023.
Tindakan: Guru PSS dan Guru NILAM
20
4.7.2 NILAM
1. Cikgu Audryana Latai Anak Gramong memaklumkan cara data NILAM dikutip adalah melalui E-
Rekod NILAM dan buku NILAM. Buat masa sekarang, data NILAM belum boleh diisi untuk peringkat
sekolah.
2. Cikgu Audryana Latai Anak Gramong memaklumkan kaedah peningkatan bacaan iaitu dengan
mencipta group Telegram NILAM SMKB. Di dalam grup tersebut, guru akan berkongsi bahan bacaan
dan aktiviti NILAM.
3. Cikgu Audryana Latai Anak Gramong memaklumkan peratusan jumlah bacaan murid bagi semua
kelas. Pembaca terbanyak ialah Jeff Freddy anak Mekal Samat (4B) iaitu 86 buah buku dan kedua
terbanyak ialah Presca Manty anak Edwin (3B) iaitu 61 buah buku.
4. Cikgu Audryana Latai Anak Gramong memaklumkan aktiviti-aktiviti NILAM iaitu taklimat NILAM
Tingkatan 1, Majlis Pelancaran NILAM, JOM Baca Bersama 10 Minit, Bicara Buku, Pertandingan
Melukis Poster dan Pengkarya Muda (BM dan BI) peringkat daerah dan negeri.
Tindakan: Guru PSS dan Guru NILAM

4.8 Pelaporan Pelaksanaan Pengurusan Pembelajaran Bestari


4.8.1 Penggunaan Pelantar DELIMa
1. Cikgu Terry anak Richard membentangkan peratus log masuk DELIMa iaitu seramai 91.5% individu
termasuk murid, guru, makmal dan sekolah telah mengelog masuk email DELIMa.
2. Cikgu Terry anak Richard memaklumkan bahawa Cikgu Stella sudah mempunyai akaun DELIMa.
3. Cikgu Linda Liau memohon guru Bestari untuk meminta murid yang belum mengelog masuk akaun
DELIMa untuk berbuat demikian di makmal komputer.
4. Cikgu Terry anak Richard menggesa guru-guru untuk mencuba menggunakan akaun DELIMa dalam
menjalankan PdPc.
Makluman/Tindakan: Semua guru

4.8.2 Penyelenggaraan ICT


1. Cikgu Terry anak Richard memaklumkan bahawa penyelenggaraan peralatan ICT sekolah telah
berlangsung pada 23 Mei 2023.
2. Cikgu Terry anak Richard mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Lin Cherida anak Lampas kerana
membantu dalam proses pelupusan peralatan ICT yang telah rosak.
Makluman: Semua guru
21
4.8.3 Program Pembestarian Sekolah
1. Cikgu Terry anak Richard membentangkan program pembestarian sekolah iaitu yang pertama ialah
PLC Pengintegrasian Aplikasi Google dalam PdP / Pengurusan (Google Sites) yang telah
dilangsungkan pada 20 Jun 2023.
2. Cikgu Terry anak Richard seterusnya memaklumkan bahawa beliau dan Cikgu Reslynna anak
Sawing telah membimbing 6 orang murid bagi Pertandingan Digital Story-Telling. Ini merupakan
penyertaan pertama sekolah bagi pertandingan ini.
3. Cikgu Terry anak Richard memaklumkan beliau telah menjadi guru pembimbing bagi 4 orang murid
dalam Pertandingan We Think Digital.
Makluman: Semua guru

4.9 Pelaporan HIP


1. Cikgu Angela Candy mengingatkan para guru untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa membuat
pengumumam semasa roll-call pada hari Isnin memandangkan hari Isnin merupakan hari berlangsungnya
Assembly in English.
Makluman: Semua guru

2. Cikgu Angela Candy mengingatkan ketua-ketua panitia agar menyelitkan penggunaan Bahasa Inggeris
pada poster atau nota ringkas yang ditampal pada papan notis di lorong ilmu.
Makluman: Semua Ketua Pantia

3. Cikgu Angela Candy memohon guru Tingkatan untuk melekatkan idioms dan bahan-bahan yang
bersesuaian pada papan notis di belakang kelas untuk meningkatkan keupayaan murid dalam mempelajari
Bahasa Inggeris.
Makluman: Semua guru Tingkatan

4.10 Pelaporan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


1. Cikgu Moureen anak Sibat menjelaskan bahawa pelaksanaan pendidikan sivik dan kewarganegaraan masih
berlangsung pada minggu keempat setiap bulan bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam, Sejarah dan Pendidikan Moral.
2. Cikgu Moureen anak Sibat mengingatkan bahawa pengajaran tersebut hanyalah sisipan dan bukan sebagai
elemen utama. Beliau memaklumkan sisipan pelaksanaan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tersebut
perlu dirancang di dalam RPH pada minggu keempat bagi matapelajaran yang berkenaan.
22
3. Cikgu Moureen juga memaklumkan bahawa pendidikan sivik dan kewarganegaraan turut perlu disisipkan
semasa pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
4. Cikgu Moureen anak Sibat berkongsi Manual Sivik Sekolah Menengah dan Pendidikan Sivik dan
Kokurikulum di grup Telegram sekolah. Beliau meminta guru-guru merujuk manual tersebut sekiranya perlu.
5. Bagi perhimpunan, perkongsian berkenaan sivik dan kewarganegaraan perlu dilaksanakan iaitu berkaitan
nilai-nilai teras (kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan).
6. Cikgu Moureen anak Sibat memaklumkan bahawa pemantauan pelaksanaan pendidikan sivik dan
kewarganegaraan akan dibuat dengan menyemak RPH guru matapelajaran berkenaan oleh Ketua Bidang
masing-masing.

5. Hal-hal lain
5.1 Cikgu Linda Liau memohon semua ketua Panitia melihat semula intervensi yang perlu dibuat berdasarkan
AR1.
Makluman: Semua Ketua Panitia

5.2 Cikgu Alex anak Rasidin memaklumkan berkenaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
di mana pada Jumaat ini, beliau akan menghadiri taklimat bersama JPN untuk penentuan bilangan bilik
yang digunakan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Cikgu Alex memohon ketua
Panitia bagi Panitia Bahasa Melayu untuk mencadangkan nama bagi pentaksir pusat ujian, pentaksir
pusat, pengawas bilik menunggu, pengawas bilik kuarantin dan bagi Bahasa Inggeris untuk menyediakan
cadangan interlocutor, pengawas bilik menunggu, pengawas bilik kuarantin.

Makluman/ Tindakan: Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

5.3 Cikgu Linda mengingatkan semua guru subjek Tingkatan 5 untuk menyelesaikan ETR sebelum 15 Julai
2023 dan meminta Cikgu Alex anak Rasidin membuat TOV.

Makluman/ Tindakan: Semua guru subjek SPM

5.4 Cikgu Linda memaklumkan bahawa sekolah akan mewakilkan Cikgu Mawar Shatika Lo Phea Nie untuk
menjadi emcee bagi program yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Beluru Pada Sabtu ini.

Makluman: Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan jam 5.24 petang.

23
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… ……………………
(CIKGU NUR NADIA BINTI MOHAMAD NASIR) (CIKGU LINDA LIAU)
Setiausaha 1 Mesyuarat Kurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Bakong. SMK Bakong.

Disahkan oleh,
……………………
(CIKGU CASIMIR @ IGAT AK ATO)
Pengetua,
SMK Bakong.

24

You might also like