You are on page 1of 32

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 2
1.1 Refleksi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Yang Lalu 3
1.2 Isu Dan Permasalahan Kajian 3
1.3 Fokus Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Sokongan literatur 5

METODOLOGI KAJIAN

2.1 Peserta kajian 6


2.2 Tatacara Pengumpulan Data Kajian 6
2.3 Tatacara Penganalisisan Data Kajian 6-12
2.4 Dapatan Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos 12-13
2.5 Model Kajian Tindakan 13-16
2.6 Intervensi/ Pelan Tindakan/ Sokongan Literatur 14-16

DAPATAN KAJIAN

3.0 Dapatan Kajian 16-17


4.0 Kesimpulan 17

RUJUKAN 19
LAMPIRAN 20-23
SENARAI SEMAK 24
UJIAN PRA & POS 25

1|P age
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH MODEL DAN VISUAL
BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK TITIK
REFLEKSOLOGI KAKI KANAN DAN KIRI

NOORFARISHAYUSNIDA BINTI YUSOF

SITI NAJIBAH BINTI MOHD NOR

SMK TAMAN TASIK

Bea4601@moe.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Model dan Visual untuk
menyelesaikan masalah kurangnya penguasaan murid PK Ikhlas dalam topik titik atau daerah refleksologi kaki.
Umumnya telah mengetahui bahawa kaedah pengajaran yang berkesan dan efektif secara tidak langsung banyak
menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, peranan seseorang
guru amat penting dalam menyumbang kepada kecemerlangan dan kejayaan murid. Refleksologi merupakan suatu
bidang kajian dan amalan untuk perawatan yang menggunakan “reflex points” dan kawasan-kawasan tertentu, di
tapak kaki yang dikaitkan dengan bahagian-bahagian badan dan organ yang tertentu. Ia menggunakan teknik yang
memerlukan pergerakan tangan dan jari yang jitu untuk meningkatkan peredaran darah. Kaedah pemerhatian dan
ujian pra dan pos dijalankan bagi menganalisis maklumat untuk mengetahui apakah cara terbaik bagi seorang guru
untuk meningkatkan kaedah pdpdc yang berkesan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kaedah model dan visual
banyak menyumbang kepada penyelesaian masalah murid. Oleh itu, bakal guru atau guru perlulah bersiap sedia dari
semua sudut iaitu rohani, jasmani, emosi dan intelek bagi menghadapi segala cabaran dan halangan dalam dunia
pendidikan kini yang penuh pancaroba.

Kata kunci : kaedah model dan visual , titik refleksologi kaki, berkesan

2|P age
1.0 PENGENALAN

Penggunaan model dan visual secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid tentang proses pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Menurut
Ainulshahman (2012), telah menyatakan bahawa penggunaan Model dan Pengajaran juga
merupakan salah satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini
digunakan dan dilaksanakan oleh guru untuk menjadikan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan lebih mudah dan difahami oleh murid.
Sehubungan dengan itu, penggunaan model dan visual bukan sesuatu yang baru
dalam proses pembelajaran, bagaimanapun ia jarang digunakan dan diaplikasikan kepada
murid pendidikan khas. Malahan penggunaan model dan visual tersebut lebih digunakan
oleh murid kelas arus perdana sahaja berbanding dengan murid pendidikan khas. Oleh
kerana model dan visual dapat membantu memberi kesan yang positif ke atas pembelajaran
bagi murid pendidikan khas, maka guru hendaklah mencari alternatif model dan visual
yang sesuai dengan murid pendidikan khas, bagi membantu murid-murid pendidikan khas
ini mudah untuk mengenal dan mengingat titik refleksologi dengan baik. Oleh itu, guru
pendidikan khas haruslah bersedia untuk menghadapi segala perubahan dalam proses
pengajaran iaitu untuk menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar yang
berkonsepkan model dan bagi memastikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dapat
menghasilkan kualiti yang terbaik.
Dalam kajian ini, kami menumpukan kepada masalah murid sukar untuk mengingat
carta daerah atau titik refleksologi pada tapak kaki kiri dan kanan. Oleh yang demikian,
kami telah mengkaji dan memilih satu strategi pembelajaran yang bersesuaian untuk
meningkatkan minat dan semangat ingin belajar dalam kalangan murid. Strategi yang telah
dipilih untuk kajian ini adalah pembelajaran visual iaitu para murid menerima isi pelajaran
dalam kelas dengan berpandukan bahan-bahan visual yang menarik dan merangsangkan.
Hasil daripada tinjauan kajian lepas ada menyatakan bahawa proses pembelajaran
dan pemudahcaraan seharusnya setanding dengan arus perkembangan teknologi sekarang,
ini kerana dengan melalui teknologi tersebut dapat membantu guru dalam
menginterpretasikan sesuatu pengajaran dengan lebih mudah kepada murid. Oleh itu,
menurut Zaidatun Binti Tasir dan Norhayati Binti Rahmat (2003), telah menyatakan
bahawa hasil pengajaran akan berubah sekiranya proses pembelajaran dan pemudahcaraan
menggunakan pelbagai model dan terutamanya multimodel dan audio.
Begitu juga, Gan Siwock Lee (1996), ada menyatakan bahawa penghasilan model
dan audio dalam pengajaran adalah sangat digalakkan dan ia merupakan salah satu kaedah
yang boleh membawa kepada kejayaan dalam pendidikan masa kini dan pada masa yang
akan datang. Melalui penggunaan model dan visual dapat membantu guru untuk
menjalankan pengajaran dengan lebih baik serta dapat memotivasikan dan menarik minat
murid untuk terus mengikuti proses pembelajaran dan pemudahcaraan hingga ke akhir
waktu.

3|P age
1.1 Refleksi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Yang Lalu
Saya telah mengajar di SMK Taman Tasik selama 3 tahun. Semasa tempoh tersebut, saya
mengajar subjek Refleksologi juga selama 3 tahun. Masalah utama yang saya hadapi ialah
murid-murid sukar mengingat dan memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru.
Masalah ini wujud terutama semasa tema baru disampaikan. Murid-murid berasa keliru
semasa guru menyampaikan pembelajaran dan pemudahcaraan secara lisan sahaja. Selain
itu, murid-murid juga berasa segan dan tidak yakin apabila guru bersoal jawab dengan
mereka. Pada pendapat saya, saya berasa saya perlu bersikap mesra untuk meningkatkan
motivasi mereka untuk bersoal jawab dengan guru.
Apabila pembelajaran dan pemudahcaraan disampaikan secara lisan, ia cuma
mampu menarik minat murid pada tempoh yang amat singkat. Selepas itu, murid murid
akan mula berbual-bual dengan kawan, main dengan kawan, tengok tempat lain dan lain-
lain lagi. Proses pembelajaran dan pemudahcaraan tidak akan berjalan dengan lancar dan
objektif pembelajaran yang ditetapkan juga tidak akan tercapai. Dengan itu, kawalan kelas
turut menjadi tidak efisyen. Saya mendapati kebanyakkan murid mempunyai masalah
dalam memahami satu tema baru yang diperkenalkan. Murid-murid amat memerlukan
gambaran awal untuk memahami sesuatu yang disampaikan. Jika guru mengajar secara
lisan, maka murid-murid tidak akan memahami apa yang disampaikan oleh guru..
Sebagai contoh, bagi topik mengenal bahan dan peralatan refleksologi sekiranya
guru hanya menjelaskan dengan lisan, maka murid-murid kurang memahami fungsi bahan
dan peralatan yang ingin disampaikan oleh guru. Dari pengalaman yang saya lepas, saya
dapati murid-murid akan lebih minat dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh saya
sekiranya saya menunjukkan bahan dan peralatan yang maujud kepada mereka.

1.2 Isu Dan Permasalahan Kajian


Sepanjang tempoh saya mengajar, saya telah mendapati ada beberapa isu dan permasalahan
yang telah mendorong untuk saya menjalankan kajian ini. Murid – murid saya, iaitu murid
berkeperluan pendidikan khas (MBPK) kurang menguasai pembelajaran dan
pemudahcaraan yang disampaikan oleh saya dalam topik titik refleksologi pada tapak kaki
kanan dan kaki kiri. MBPK seharusnya menguasai topik ini kerana penguasaan dalam titik
refleksologi ini sangat penting dalam menjalankan amali urutan refleksologi pada tapak
kaki kanan dan kiri. Penjelasan saya terhadap sesuatu kandungan pembelajaran mungkin
kurang jelas dan tidak menepati tahap MBPK. Ini telah mengurangkan penglibatan murid-
murid di dalam kelas. Saya telah mendapati bahawa pembelajaran dan pemudahcaraan
yang saya sampaikan tanpa menggunakan model dan visual kurang berjaya. Hal ini
meyebabkan murid-murid akan hilang tumpuan dan minat untuk mendengar apa yang
disampaikan oleh guru kerana mereka sukar untuk menguasai kandungan pembelajaran.
Masalah yang amat ketara ialah MBPK sukar untuk mengingat organ dan anggota
tubuh badan pada setiap titik refleksologi tapak kaki kanan dan kiri. Murid keliru untuk
mengenalpasti organ tubuh yang betul pada setiap titik refleksologi apabila disoal serta

4|P age
tidak mengingat nombor yang betul. Hal ini menyebabkan murid melakukan urutan pada
tapak kaki dengan tidak megikut urutan yang betul.

1.3 Fokus Kajian


Fokus utama dalam kajian saya adalah untuk menguji keberkesanan cara pembelajaran
visual berpandukan gambar dalam membantu murid-murid berkeperluan pendidikan khas
(MBPK) dalam pembelajaran titik refleksologi pada tapak kaki kanan dan kiri.
Pembelajaran melalui penggunaan visual ini dikaji sama ada dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid-murid dalam mengingat rajah daerah atau titik refleksologi kaki kanan
dan kiri. Selain itu, penggunaan grafik dan gambaran visual berpandukan gambar dapat
digunakan untuk mengawal kelas. Murid-murid akan mempunyai minat dan memberi
tumpuan terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan yang disampaikan oleh guru.
Berdasarkan pembelajaran yang telah dijalankan, saya telah dapati bahawa
penggunaan bahan bantu pembelajaran saya tidak sesuai dengan murid-murid pendidikan
khas, ini kerana penggunaan bahan bantu pembelajaran yang telah saya gunakan tidak
menarik. Secara tidak langsung, ia menyebabkan ada di antara murid-murid tersebut tidak
mendapat gambaran yang jelas. Oleh yang demikian, penggunaan model dan visual semasa
proses pembelajaran merupakan salah satu bahan bantu pembelajaran yang terbaik untuk
membantu murid-murid yang bermasalah tersebut serta dapat menjadikan proses
pembelajaran menjadi lebih lancar. Seperti mana yang telah diketahui, murid pendidikan
khas ini cepat berasa bosan untuk belajar, jadi dengan penggunaan model dan visual ini
dapat membantu untuk menarik perhatian murid serta dapat mengatasi masalah kebosanan,
mengantuk dan lemah untuk belajar.

1.4 Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan pembelajaran berpandukan model dan
visual dalam usaha mengatasi masalah kurang penguasaan terhadap pembelajaran dan
pemudahcaraan yang disampaikan. Saya telah menjalankan kajian tindakan ini berdasarkan
objektif berikut, iaitu:
i. Untuk mengenalpasti hubungan antara penggunaan model dan visual dalam
meningkatkan penguasaan murid dalam mengenal titik refleksologi pada tapak kaki
kiri dan kanan.
ii. Untuk mengenalpasti perbezaan penggunaan kaedah model dan visual dalam
pembelajaran titik refleksologi berbanding kaedah lain.

5|P age
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk menjawab dan menjelaskan dua persoalan berikut
:
i. Apakah hubungan penggunaan kaedah modul dan visual dalam meningkatkan
penguasaan enam orang murid dalam kelas PK Ikhlas?
ii. Apakah perbezaan penggunaan kaedah model dan visual berbanding kaedah lain?

1.6 Sokongan Literatur


Sokongan literatur adalah berkenan dapatan daripada pelbagai sumber penulisan yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Perkara yang dihuraikan adalah berkenaan
konsep asas dan teori – teori yang berkaitan dengan kajian ini. Beberapa kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji lain tentang pengunaan model dan visual dalam membantu murid
pendidikan khas mengingat titik refleksologi pada tapak kaki kanan dan kiri.

1.6.1 Pendidikan Khas


Pendidikan Khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan
pendidikan murid – murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk
pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan Teknik untuk
mengajar murid – murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai
target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana (Ghani & Aznan,
2011). Oleh itu, Pendidikan khas diwujudkan bagi memenuhi keperluan pendidikan
bagi murid yang kurang upaya bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dalam
pendidikan. Murid – murid pendidikan kha tidak terikat dengan silibus seperti aliran
perdana kerana perbezaan keupayaan murid – murid ini.

1.6.2 Murid Kategori Bermasalah Pembelajaran


Terdapat beberapa kategori bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), iaitu
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Namun, dalam kajian ini hanya melibatkan murid kategori bermasalah pembelajaran.
Murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang bermasalah dari segi social dan
masalah intelek yang terhad. Menurut Ghani dan Aznan (2011), kebolehan intelek
yang terhad bermaksud, murid – murid dalam kategori ini adalah tergolong dalam
golongan yang rendah kebolehan intelek mereka.

6|P age
1.6.3 Pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Refleksologi
Menurut Ghani & Aznan (2011), guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada
murid atau kemahiran prasyarat yang perlu dikuasai oleh murid sebelum merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, amat penting untuk guru mengkaji
tahap penguasan murid dan menetapkan kandungan yang perlu dikuasai oleh murid
bagi merancang aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkesan bagi murid,
terutamanya bagi murid berkeperluan Pendidikan khas (MBPK) yang mana tahap
mereka adalah berbeza dengan kebolehan yang pelbagai.
Mata pelajaran Refleksologi ialah salah satu mata pelajaran Kemahiran
Vokasional Spesifik (KVS) bagi MBPK berkefungsian sederhana yang mengikuti
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK).

1.6.4 Kaedah model dan visual.


Kaedah pembelajaran menggunakan model dan visual ini ialah kaedah yang
berpusatkan murid. Kaedah ini boleh dilaksanakan mengunakan gambar rajah, kad
imbas, model atau replika dan sebagainya. Menurut Hanim (2015), pembelajaran
visual yang menarik dapat mempercepatkan daya serap pelajar dalam memahami
pelajaran yang disampaikan.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


2.1 Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan 6 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK
Taman Tasik kefungsian sederhana dari kelas PK Ikhlas.

2.2 Kaedah Pengumpulan Data


Pengumpulan data yang sahih dan tepat amat penting dalam membuat kajian tindakan. Bagi
mengumpul data dalam kajian ini, saya telah menggunakan data kuantitatif dan data
kualitatif. Dalam kajian ini, data-data ini dikumpulkan melalui instrumen ujian awal dan
ujian akhir dan pemerhatian.

2.2.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang
ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temuduga. Kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid
berdasarkan aspek-aspek yang terlebih dahulu dikenalpasti. Semasa menjalankan
7|P age
kaedah pemerhatian ini saya telah menyediakan satu borang pemerhatian berbentuk
senarai semak yang telah direkod oleh guru responden bagi merekod tingkah laku
responden semasa aktiviti dijalankan.
Untuk menjalankan aktiviti pemerhatian ini, saya telah meminta kerjasama dari dua
guru responden untuk membantu saya membuat pemerhatian ke atas responden yang
dipilih. Hasil pemerhatian ini telah dikumpul, untuk dibuat analisis dan perbandingan
tingkah laku serta kefahaman murid terhadap topik mengenal daerah atau titik
refleksologi.
Pemerhatian akan dinilai melalui senarai semak yang telah dibina. Pemerhatian ini
akan dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Responden
akan diperhati selama tiga minggu iaitu dalam tempoh aktiviti intervensi dijalankan.
Hasil pemerhatian akan dianalisis untuk melihat keberkesanan aktiviti intervensi
yang dijalankan terhadap responden. Analisis data bagi pemerhatian akan dibuat
menggunakan data kualitatif berdasarkan borang senarai semak pemerhatian
responden.

2.2.2 Ujian Awal


Ujian awal telah dijalankan kepada responden pada awal kajian ini dan dilaksanakan
bagi mengesan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengira serta
mendapatkan data bagi membuat perbandingan sebelum dan selepas aktiviti
intervensi dijalankan. Ujian awal ini dijalankan pada responden sebelum intervensi
dilaksanakan pada minggu pertama. Ujian awal menggunakan senarai semak yang
telah dibina pada awal minggu pertama. Ujian yang telah dijalankan itu merupakan
ujian bertulis bertujuan untuk menguji dan mengesan sama ada murid kelas PK Ikhlas
boleh melukis dan melabel titik utama refleksologi kaki dengan teratur. Ujian awal
adalah sama seperti ujian akhir yang akan dijalankan selepas aktiviti intervensi
dilaksanakan. Soalan ujian pra di lampirkan. Penyelidik menggunakan responden
yang sama dalam instrumen ujian bertulis ini dengan kumpulan responden dalam
instrumen pemerhatian, iaitu pelajar PPKI Kelas PK Ikhlas SMK Taman Tasik,
Ampang. Bilangan responden yang mengambil bahagian dalam ujian bertulis ini
adalah seramai 6 orang. Instrumen ini adalah bertujuan mengenalpasti bentuk
kekeliruan serta kesilapan yang sering dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan
yang berkaitan dengan topik daerah atau titik refleksologi kaki kanan dan kiri.
Dapatan daripada instrumen ini adalah dalam bentuk data kualitatif yang dianalisis
dalam bentuk jadual. Instrumen ujian bertulis ini meliputi 3 bahagian utama iaitu;

a) Bahagian A: Maklumat diri responden.


b) Bahagian B: Pengetahuan konsep asas.
c) Bahagian C: Bentuk item pentaksiran.

8|P age
Dengan menjalankan pentaksiran dua bentuk instrumen ini kepada kumpulan sampel
yang mengambil bahagian dalam kajian ini, penyelidik dapat mengumpul data
samada dalam bentuk data kualitatif serta membuat rumusan terhadap dapatan kajian
bertepatan dengan objektif kajian ini. Berikut adalah yang menunjukkan dapatan dari
kajian ini selaras dengan objektif kajian yang digariskan.
2.2.3 Ujian Akhir
Ujian akhir adalah untuk menguji tahap penguasaan kemahiran murid sasaran selepas
menjalankan program intervensi. Melalui ujian akhir ini, responden dikehendaki
menjalani ujian yang sama yang sama sebelum program intervensi ini dijalankan. Ini
bertujuan untuk mengesan tahap pencapaian kumpulan sasaran sama ada meningkat
atau tidak. Ujian akhir ini telah dijalankan pada minggu ketiga program intervensi
ini dilaksanakan. Responden telah menjalani ujian akhir pada akhir proses pengajaran
dan pembelajaran tersebut. Markah ujian akhir ini telah digunakan untuk membuat
analisis perbandingan untuk melihat peningkatan kumpulan sasaran selepas
intervensi dijalankan.
Instrumen Kajian

Senarai semak

Bahagian A : Maklumat diri responden Kekerapan

Bahagian B Murid PK Ikhlas boleh melukis rajah tapak


kaki kiri dan kanan.

Murid PK Ikhlas dapat melukis pemetaan


refleksologi kaki kanan dan kiri yang terdapat
62 titik utama.

Murid PK Ikhlas dapat melabel 62 titik utama


refleksologi kaki kiri dan kanan.

Murid PK Ikhlas dapat melabel nama organ atau


anggota tubuh badan pada setiap titik
refleksologi.

Murid PK Ikhlas boleh mengenakan tekanan


pada daerah atau titik reflek kaki dengan tepat.

Bahagian C Catatan pemerhatian

Tidak tepat – 20 ke bawah


Kurang tepat- 21 hingga 40
Tepat – 41 hingga 62

9|P age
Jadual di atas menunjukkan bahagian item pentaksiran yang terdapat di dalam
instrumen kajian iaitu senarai semak yang digunakan bagi mengukur respon dari
sampel selaras dengan objektif kajian yang ditetapkan pada awalnya. Dari taburan
bahagian item pentaksiran ini, dapat dirumuskan bahawa ia meliputi kesemua sasaran
yang digariskan dalam objektif kajian serta turut menjawab soalan kajian.

2.3 Kaedah Analisis Data


Seterusnya penyelidik membentangkan dapatan kajian dengan merumuskan data serta
maklumat yang diperolehi dari kajian yang dijalankan bagi mencapai sasaran yang
ditetapkan dalam objektif kajian.

2.3.1 Pemerhatian
a) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melukis rajah tapak kaki kiri dan
kanan)

Dalam item pentaksiran senarai semak ini, penyelidik mengukur pengetahuan murid dalam
menguasai konsep asas melukis rajah tapak kaki kiri dan kanan dengan betul. Penyelidik
meminta murid melukis rajah tapak kaki kiri dan kanan tanpa bantuan dan bimbingan guru
serta pembantu pengurusan murid (PPM). Berikut adalah dapatan dari ujian yang
dijalankan berkenaan dengan pemahaman murid terhadap kaedah melukis rajah tapak kaki
kiri dan kanan dengan betul. 6 orang murid boleh melukis gambar rajah tapak kaki kiri dan
kanan dengan tepat.

Soalan 1 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

melukis rajah tapak kaki kiri dan 6 0 0


kanan

10 | P a g e
b) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melukis pemetaan refleksologi
tapak kaki kiri dan kanan yang mengandungi 62 titik utama)

Dalam item pentaksiran senarai semak ini, penyelidik mengukur pengetahuan murid dalam
menguasai konsep melukis pemetaan refleksologi tapak kaki kiri dan kanan yang
mengandungi 62 titik utama. Berdasarkan kepada bentuk item ujian yang dijalankan dalam
bahagian ini, penyelidik membentangkan analisis dapatan yang diperolehi dalam bahagian
ini kepada dua peringkat iaitu analisis pemetaan refleksologi kaki kanan dan kaki kiri.
Dalam item kedua ini, pengkaji melihat murid tidak jelas dan keliru dengan pembahagian
pemetaan tapak kaki kepada 3 bahagia utama iaitu bahagian atas tapak kaki, tengah tapak
kaki dan bawah tapak kaki. Ketiga-tiga bahagian ini mewakili keseluruhan organ atau
tubuh badan manusia. Pengkaji melihat, hanya seorang murid yang mendapat skor tepat,
iaitu murid boleh melukis pemetaan tapak kaki bahagian atas, tengah dan bawah dengan
baik. Manakala 3 orang murid mendapat skor kurang tepat dengan hanya mampu melukis
sama ada Bahagian tapak kaki atas dan bawah atau tapak kaki tengah dan bawah dengan
baik, dan 2 orang lagi tidak tepat dengan tidak dapat melukis mana-mana bahagian
pemetaan dengan baik. Ini menunjukkan penguasaan murid terhadap pemetaan tapak kaki
masih lagi rendah.

Soalan 2 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

Melukis pemetaan refleksologi 1 3 2


tapak kaki kiri dan kanan yang
mengandungi 62 titik utama

11 | P a g e
c) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melabel 62 titik utama refleksologi
kaki kiri dan kanan)

Daripada data yang ditunjukkan di dalam jadual di atas, maka dapat dirumuskan bahawa
majoriti pelajar yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini iaitu seramai 6 orang, 1
orang murid boleh melabel 41 hingga 62 titik utama refleksologi kaki kanan dan kiri
dengan tepat dengan rujukan jawapan daripada guru, manakala 4 orang murid kurang tepat
dalam melabel tititk utama iaitu melabel 21 hingga 40 titik dengan betul. Seterusnya 1
orang murid hanya dapaat melabel 20 titik dengan betul.

Soalan 3 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

Melabel 62 titik utama refleksologi 1 4 1


kaki kiri dan kanan

d) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melabel nama organ atau anggota
tubuh badan pada setiap titik refleksologi)
Dapatan dari instrument melabel nama organ atau anggota tubuh badan pada setiap titik
refleksologi menunjukkan hanya seorang murid sahaja yang boleh melabel 50 hingga 62
organ atau anggota tubuh badan dengan tepat. Manakala 4 orang murid boleh melabel 21
hingga 40 organ atau tubuh badan dengan tepat manakala hanya seorang sahaja yang
boleh melabel 20.

Soalan 4 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

melabel nama organ atau anggota 1 4 1


tubuh badan pada setiap titik
refleksologi

12 | P a g e
e) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (mengenakan tekanan pada daerah
atau titik reflek kaki dengan tepat)

Merujuk kepada dapatan daripada instrument mengenakan tekanan pada daerah atau titik
reflek kaki dengan tepat menunjukkan 2 orang murid boleh mengenakan tekanan pada
daerah atau titik reflek yang menghubungkan ke anggota tubuh badan atau organ tubuh
dengan tepat sekali. Manakala 3 orang murid masih kurang tepat dalam mengenakan
tekanan pada titik reflek dan seorang murid masih tidak tepat apabila mengenakan
tekanan pada titik reflek.

Soalan 5 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

mengenakan tekanan pada daerah 2 3 1


atau titik reflek kaki dengan tepat

2.4 Dapatan Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Responden Ujian Pra Ujian Pos % Peningkatan


1 20 70 50

2 30 70 40

3 50 100 50

4 50 90 40

5 40 80 40

6 45 80 35

13 | P a g e
Dari jadual di atas, menunjukkan perolehan peratus markah yang diperolehi oleh keenam-enam
responden dalam ujian Pra dan Ujian Pos. Dalam ujian Pra,responden pertama mendapat 20
markah dan menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 50 markah menjadi 70
markah.Manakala bagi responden yang kedua juga menunjukkan peratus peningkatan sebanyak
40 markah iaitu dari 30 markah meningkat kepada 70 markah.Bagi responden ketiga pula
menghasilkan markah penuh dalam ujian Pos iaitu semua soalan yang dijawabnya ,semua betul
yang menghasilkan 100 markah dan responden yang keempat juga menunjukkan peningkatan
yang sangat ketara iaitu dari 50 markah dalam ujian Pra meningkat kepada 90 markah dalam
ujian Pos, bagi responden kelima membawa peningkatan sebanyak 40 markah iaitu dari 40
markah ke 80 markah, dan terakhir sekali responden keenam membawa peningkatan sebanyak
35 markah iaitu daripada 45 markah ke 80 markah. Ini menunjukkan keberkesanan kaedah
pembelajaran yang digunakan iaitu menggunakan kaedah Model dan Visual untuk topik titik
refleksologi kaki kanan dan kiri. Sekaligus, menunjukkan minat dan kefahaman murid terhadap
matematik bertambah dan sekaligus objektif pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan
jayanya.

2.5 Model Kajian Tindakan


Model kajian yang telah saya aplikasikan dalam kajian ini adalah model Stephen Kemmis.
Model ini memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri. Persamaan yang terdapat dalam dua
model ini adalah dua kitaran kajian akan dijalankan untuk mendapatkan data atau
maklumat yang tepat.
Pelaksanaan tindakan saya dalam kajian ini adalah berdasarkan dengan satu sesi
pengajaran yang menekankan kaedah Pembelajaran Model dan visual. Sesi pengajaran ini
diharapkan dapat mempertingkatkan minat dan semangat belajar dalam kalangan murid.
Di samping itu, kaedah pengajaran ini membolehkan pencapaian murid dalam topik ini
dipertingkatkan. Model yang telah saya aplikasikan dalam kajian tindakan ini adalah
model Stephen Kemmis. Stephen Kemmis dan Robin Mctaggart (1988) telah
memperkenalkan pendekatan ini untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan
yang diutarakan terdiri daripada empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
refleksi. Dalam kajian ini, saya telah mengikut langkah-langkah yang terdapat dalam model
Stephen Kemmis untuk menjalankan kajian tindakan saya di sekolah. Pada peringkat
mulanya, saya telah membuat perancangan yang rapi untuk memulakan kajian tindakan ini.
Selepas itu, saya akan bertindak mengikut perancangan. Saya akan memerhati dan
membuat refleksi berdasarkan tindakan yang dilakukan.

14 | P a g e
Rajah 2 Menunjukkan dua kitaran tentang model kajian Stephen Kemmis dan Robin
Mctaggart (1988)

2.6 Intervensi/ Pelan Tindakan/ Sokongan Literatur

Gelungan 1.

2.6.1 Merancang.
Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, guru telah berbincang dan mendapati punca
masalah timbul adalah disebabkan oleh faktor guru yang tidak ada inisiatif untuk
mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM). Kami mendapati penggunaan bahan bantu
mengajar ialah faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Melalui pembacaan dan analisis yang dibuat juga,
penggunaan visual dan model mempunyai keberkesanan yang tinggi dalam pdp.

Antara aspek yang dirancang:


a) Masa kajian.
Menetapkan masa untuk melakukan proses pembelajaran semula iaitu selama 1 jam,
dengan melakukan penambahbaikan dari permasalahan yang dikenal pasti, iaitu

15 | P a g e
penggunaan kaedah model dan visual dalam mendalami topik daerah atau titik refleksologi
kaki.
b) Murid yang terlibat.
Murid yang terlibat ialah seramai 6 orang iaitu murid dari kelas PK Ikhlas.
c) Kemahiran fokus.
Guru mengfokuskan kepada cara untuk memperbaiki kemahiran murid dalam memahami
secara menyeluruh bagi topik daerah atau titik refleksologi kaki kerana perkara ini penting
untuk mencapai objektif pembelajaran.
d) Kaedah pengajaran.
Kaedah model dan visual merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi
memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal,
menyeronokkan dan bebas. Murid yang melalui proses belajar sambil bermain akan
mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran
yang mantap dan berkesan. Bermain merupakan satu laluan yang membolehkan mereka
belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan,
proses cuba-jaya dan manipulasi bahan dan alatan.
e) Alat bantu.
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti model organ atau anggota badan yang
sebenar sebagai bahan rangsangan. Kesemua bahan bantu mengajar juga adalah jelas dan
menarik. Sebagai contoh, untuk flash card yang digunakan pada pengajaran lalu ditukar
kepada model yang sebenar di samping memudahkan murid lebih memahami. Melalui
model visual yang menarik guru sekali gus dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih
seronok dan tidak membosankan.
Alat yang digunakan untuk memungut data ialah melalui senarai semak. Berdasarkan
keputusan tersebut kami telah sama-sama membina borang penilaian yang akan digunakan
sebagai bukti pembentangan nanti.

2.6.2 Melaksanakan pengajaran dan mencerap.


Setelah merancang aktiviti yang sesuai saya mengajar seperti yang telah dirancang.
Rakan saya duduk di bahagian belakang bilik darjah untuk menilai kaedah yang saya
gunakan untuk menilai pengajaran saya. Beliau menggunakan borang penilaian yang
telah sama-sama kami bina. Mula-mula saya meminta murid melukis rajah tapak kaki
kiri dan kanan dengan bimbingan guru mengikut masa yang telah diperuntukkan
tanpa murid merujuk rakan sekelas yang lain. Murid hanya boleh merujuk kepada
guru mata pelajaran sahaja. Kemudian sertelah selesai murid perlu melukis pemetaan
refleksologi kaki kanan dan kiri yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian atas
tapak kaki, bahagian tengah tapak kaki dan bahagian bawah tapak kaki. Kemudian

16 | P a g e
murid juga perlu melabel 62 titik utama refleksologi kaki kiri dan kanan dan
seterusnya melabel nama organ atau tubuh mengikut label yang telah dibuat tadi.

2.6.3 Pemerhatian

Pemerhatian ini telah dijalankan semasa fasa tindakan berjalan. Pada peringkat ini,
saya telah meminta seorang orang guru membantu membuat pemerhatian terhadap
kesemua responden di sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Pemerhatian ini adalah untuk merekod sejauh mana kefahaman responden
semasa kajian dijalankan. Satu senarai semak telah disediakan dalam tujuan
pemerhatian ini.

2.6.4 Analisis Data dan Merefleks

Setelah aktiviti dijalankan, saya telah membuat penambahbaikan terhadap hasil


daripada pemerhatian yang dijalankan serta tahap pencapaian responden. Hasil
daripada penambahbaikan, kaedah model dan visual ini telah dilaksanakan dalam
kitaran kedua.

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini hanya melibatkan murid KSSMPK yang mengambil mata pelajaran KVS
Refleksologi dari kelas 3 KR Ikhlas sahaja kerana durasi kajian, ruang dan sumber yang
terhad. Dengan itu, hanya 6 orang murid PK Ikhlas sahaja yang berpeluang untuk cuba
menjawab soalan pra dan pos dan melengkapkan aktiviti dengan menggunakan kaedah
model dan visual yang telah dirancangkan. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan,
didapati penguasaan murid dalam mengenal refleksologi kaki kanan dan kiri telah
meningkat dengan penggunaan model dan visual. Penggunaan visual yang menarik dapat
mempercepatkan daya serap murid dalam memahami pembelajaran yang disampaikan.
Selain itu, pembelajaran melalui visual juga menggalakkan mereka untuk mengingat apa
yang disampaikan oleh guru. Kaedah ini juga berpusatkan murid, jadi murid tidak mudah
berasa bosan atau mengantuk. Aktiviti menggunakan model dan visual ini juga boleh
diubahsuai mengikut kesesuaian murid dan menggalakkan penglibatan aktif murid.

17 | P a g e
Penggunaan kaedah biasa iaitu secara lisan, di mana guru menerangkan dan murid
menyalin nota adalah pembelajaran berpusatkan guru. Murid hanya mendengar dan
menelaah isi pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran, dan hanya sedikit
melibatkan aspek psikomotor. Oleh yang demikian, ternyata kaedah model dan visual
dalam pembelajaran ini lebih berkesan berbanding pembelajaran yang biasa berpusatkan
guru.

4.0 KESIMPULAN

Kajian ini telah menunjukkan bahawa, kaedah pengajaran model dan visual seharusnya
perlu dimiliki dan dipraktikkan oleh guru kerana penguasaan murid dalam sesuatu topik
salah satu proses yang penting dalam mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. Kaedah
ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan kefahaman murid dalam
mendalami topik titik atau daerah refleksologi kaki dan juga meningkatkan minat murid-
murid terhadap pengajaran saya. Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kajian-kajian
seperti ini perlu diteruskan oleh guru kerana melalui kajian sebegini, guru dapat menilai
keupayaan mereka sendiri dalam memastikan hasil pengajaran mereka tercapai.

Guru merupakan tunggak utama dalam menghasilkan kejayaan murid. Maka, untuk
memperbaiki kelemahan ini, kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan dan semoga kajian
seperti ini akan mendapat sokongan dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan
mutu pendidikan negara sentiasa dipertingkat selaras dengan hasrat kerajaan. Guru yang
berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala
perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran
waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.

Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik
darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah
memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas
guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang
ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya di dunia dan
akhirat.

18 | P a g e
4.1 Implikasi Kajian
Kajian ini mendapati bahawa kaedah pengajaran yang dirancang tidak dapat disertai oleh
semua murid kerana guru hanya menggunakan murid PK Ikhlas sahaja sebagai responden
kerana kekangan masa kajian dan juga sumber yang terhad. Oleh itu, tidak semua murid
dapat menjalani aktiviti menggunakan kaedah model dan visual ini. Selain itu, hanya murid
yang boleh menulis dan membaca sahaja dipilih bagi melancarkan lagi kajian tindakan ini
dijalankan. Manakala murid yang tidak boleh menulis dan membaca hanya melihat
jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas yang lain dan menyalin semula. Oleh itu,
penambahbaikkan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang telah dapat dikenal pasti
apabila kaedah model dan visual diguna pakai oleh guru.

4.2 Cadangan Penambahbaikan

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasan-
batasan kajian yang wujud tersebut, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan :

(a) Kajian ini melibatkan satu kelas sahaja iaitu PK Ikhlas iaitu kumpulan kawalan
yang diajar oleh pengkaji, walaupun sebenarnya terdapat 5 kelas refleksologi tetapi kaedah
penggunaan model dan visual ini hanya disasarkan pada murid kelas PK Ikhlas. Kajian
lanjutan dicadangkan supaya melibatkan semua murid yang mengambil mata pelajaran
refleksologi untuk mendapatkan data yang lebih sempurna.

( b ) Kajian ini hanya menggunakan kaedah model dan visual, selepas ini boleh cuba
unutk penggunaan perisian Power Point Interaktif dilaksanakan. Ini menyebabkan
keterlibatan murid tidak berlaku secara menyeluruh. Kajian lanjutan dicadangkan agar
setiap murid diberi satu set komputer semasa pembelajaran dan semua murid dapat
menjawab soalan serta menjalani aktiviti yang direkabentuk dalam perisian Power Point
Interaktif tersebut secara individu.

19 | P a g e
RUJUKAN

Adibah Abdul Latif dan Azizah Binti Abu Hanifah (2010:1). Penguasaan dan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam jalangan pelajar-pelajar pkpg kemahiran hidup Universiti
Teknologi Malaysia(PDF).Diperoleh pada April 26,2012 daripada
http://eprints.utm.my/10799/1/

Ghani Mohd Zuri, Azman Che Ahmad (2011). Kesan dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak
Bekeperluan Khas (Penerbit USM) ms 48

Ghani Mohd Zuri, Azman Che Ahmad (2011). Pengantar Pendidikan Khas (Penerbit USM) ms 2

Masri baharom (2007). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Pendekatan Kualitatif


(Blog). Diperoleh pada April 30,2012 daripada
http://masribaharom.blogspot.com/2013/01/kesahan-dan-kebolehpercayaan-dalam.html

Hanim Binti Jamaludin (2012). Mengenal Nombor Berdasarkan Gambar Objek Bagi Tahun
(Blog). Diperoleh pada April 29,2012 daripada
http://transformasiguru1malaysia.blogspot.com/2012/09/mengenal-nombor-berdasarkan-
gambar.html

Khairul Anuar Bin Abdul Rahman dan Norazrena Binti Abu Samah (2011). Perisian Matematik
Bagi Tajuk Pecahan Pelajar Berkeperluan Khas (PDF).Diproleh pada April 28,2012
daripada http://www.slideshare.net/hudaliciouss/perisian-matematik-bagi-tajuk-pecahan-
untuk-pelajar-berkeperluan-khas

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2003). Satu Kajian Mengenai Bahan Bantu
Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik (PDF).Diperoleh pada April
29,2014 daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/2001/2001_10_Laikl.pdf

20 | P a g e
LAMPIRAN

21 | P a g e
22 | P a g e
23 | P a g e
24 | P a g e
Borang Pemerhatian

Senarai Semak Individu


Instrumen Penilaian Murid Dalam Kelas PK Ikhlas
Arahan: Tandakan (/) bagi perkara yang anda perhatikan.

Tarikh

Kelas

Nama guru

Bil Item Kekerapan


1. Murid PK Ikhlas boleh melukis rajah tapak kaki kiri dan kanan.

2. Murid PK Ikhlas dapat melukis pemetaan refleksologi kaki kanan dan kiri yang
terdapat 62 titik utama.

3. Murid PK Ikhlas dapat melabel 62 titik utama refleksologi kaki kiri dan kanan.

4. Murid PK Ikhlas dapat melabel nama organ atau anggota tubuh badan pada
setiap titik refleksologi.

5. Murid PK Ikhlas boleh mengenakan tekanan pada daerah atau titik reflek kaki
dengan tepat.

Catatan pemerhatian :

_____________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Disahkan oleh: Tarikh:

25 | P a g e
KERTAS LATIHAN KSSMPK ASAS REFLEKSOLOGI

NAMA : ___________________________________

TARIKH : _________________

HARI : _________________

STANDARD KANDUNGAN : 1.1 Menyenaraikan maksud refleksologi

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.1.1 Menerangkan maksud refleksologi

Arahan : Jawab soalan-soalan dibawah ini.

1. Refleksologi berasal dari perkataan bahasa ________________________

2. Refleksologi adalah gabungan dua perkataan iaitu

a. _____________________

bermaksud _______________________________________

b ______________________

bermaksud ______________________________________

3. Tiga anggota refleksologi adalah

a. ________________________

b. ________________________

c _________________________

4. Apakah perbezaan antara refleksologi dengan urutan

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

26 | P a g e
STANDARD KANDUNGAN: 1.2 Memerihalkan sejarah perkembangan refleksologi

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.2.1 Menceritakan sejarah perkembangan refleksologi

Arahan : Jawab soalan-soalan dibawah ini.

1. Di manakah bukti kewujudan refleksologi yang pertama ditemui sebelum masehi ?

__________________________________________________________________

2. Penemuan Refleksologi sebelum masehi adalah di negeri

___________________________ dan _____________________________

3. Susun negara yang telah memperkenalkan Refleksologi mengikut urutan tahun

400- 700 1582 1913

1977 1957 1938

27 | P a g e
STANDARD KANDUNGAN : 1.2 Memerihalkan sejarah perkembangan refleksologi

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.2.2 Menceritakan tokoh dalam bidang refleksologi

Arahan : Jawab soalan dibawah ini .

1.Pengamal perubatan China telah mengenalpasti berapa saluran dalam tubuh manusia?

_______________________________________

3. Apakah maksud Sokushindo yang diperkenalkan oleh Dr Kada , Jepun ?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

4. Padankan nama tokoh dengan penemuan masing-masing:

Dr. Willian Hope Memetakan titik refleksi pada


tapak kaki yang digunakan
hingga hari ini.

Dr. Joe Shelby Riley Menjalankan kajian selama 15


tahun dan memperkenalkan
Carta Telinga.
Eunice D.Ingham Memperkenalkan satu sistem
yang terdiri daripada 10 zon
bermula dari kepala ke kaki
yang dinamakan Zon Terapi
Dr. Paul Nogier Membuat kajian ke atas
ketiga-tiga pemetaan iaitu
kaki,tangan dan telinga.

Bill Flocco Memperkenalkan lapan


garisan melintang pada zon
terapi dan teknik urutan
hookwork

28 | P a g e
STANDARD KANDUNGAN : 1.3 Mengenal pasti jenis-jenis refleksologi

SSTANDARD PEMBELAJARAN : 1.3.1 Menyenaraikan jenis-jenis refleksologi

1.3.2 Menerangkan jenis-jenis refleksologi

Arahan : Jawab soalan dibawah ini

1. Nyatakan tiga jenis refleksologi

a. _________________________

b. _________________________

c. _________________________

2. Refleksologi tersebut yang mana paling digemari oleh pelanggan dan mengapa ?

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

3. _________________ merupakan bahagian tubuh yang paling kompleks dan sangat

sensitif menyebabkan ia amat sesuai dipraktiskan.

4. Mengikut pemetaan refleksologi bahagian manakah yang mempunyai paling banyak titik

refleksologi ?

____________________________________________________________________

5. Apakah tandanya bila titik refleksologi yang ditekan oleh jururefleksoligi berasa sakit ?

____________________________________________________________________

6. Sekiranya kaki pesakit cedera, refleksologi boleh dibuat pada _________________

atau ________________________

29 | P a g e
STANDARD KANDUNGAN : 1.4 Mengenal pasti daerah / titik refleksologi

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.4.1 Menerangkan maksud daerah/ titik refleksologi

1.4.2 Menunjukkan daerah/ titik refleksologi

Arahan : Jawab soalan di bawah ini.

1. Daerah atau titik refleksologi ialah __________________________________________

____________________________________________________________________

2. Apakah faedahnya membuat urutan refleksologi ?

_____________________________________________________________________

3. Bagi refleksologi kaki bahagian atas refleksologi mewakili organ di bahagian ________.

Bahagian bawah refleksologi mewakili organ bahagian _____________.

4. Kedudukan daerah/titik refleksologi telinga adalah terbalik. Titik refleksologi telinga


bahagian atas mewakili organ bahagian _________________. Manakala titik refleksologi
telinga bahagian bawah mewakilil organ bahagian __________________.

5. Anggota refleksologi sebelah kanan memantulkan organ badan sebelah ___________

Anggota refleksologi sebelah kiri memantulkan organ badan sebelah _____________

30 | P a g e
KERTAS LATIHAN KSSMPK ASAS REFLEKSOLOGI

NAMA : ____________________________________

TARIKH :_____________________________

HARI : _____________________________

STANDARD KANDUNGAN : 2.1 Mengenal bahan dan peralatan yang digunakan


dalam refleksologi

STANDARD PEMBELAJARAN : 2.1.1 Menerangkan dan menyenaraikan jenis bahan


serta kegunaannya dalam refleksologi

Arahan : Tuliskan nama dan Fungsi Bahan-Bahan Refleksologi Kaki

Bil. Bahan-bahan Fungsi

.
1.

2.

3.

31 | P a g e
5.

6.

7.

8.

9.

32 | P a g e

You might also like