You are on page 1of 3

MASYARAKAT

Definisi Masyarakat
Masyarakat didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang tinggal bersama dalam satu
kawasan untuk tempoh tertentu. Kelompok manusia ini juga mempunyai kegiatan
ekonomi,nilai-nilai dan norma-norma serta mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Setiap
masyarakat mempunyai budaya dan identiti tertentu yang terbentuk melalui proses sosialisasi.

Rumusnya, masyarakat merangkumi individu-individu atau kelompok manusia yang


berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam satu
kawasan tertentu dan bersatu dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada
kumpulan manusia yang lain.

Ciri-ciri masyarakat:

Wujud jaringan hubungan. Ianya berasaskan interaksi sosial.

Wujud kesedaran untuk bekerjasama di kalangan ahli dalam masyarakat.

Masyarakat hanya wujud jika manusia bertingkah laku.

Masyarakat adalah individu kompleks yang saling bergantung di antara satu individu dengan
yang lain. Tanpa individu, kita tidak boleh bayangkan kewujudan masyarakat begitu juga
sebaliknya tanpa masyarakat kita tidak boleh bayangkan kewujudan individu.

Masyarakat berdasarkan perspektif Sosiologi, terdapat dua konsep penting tentang


masyarakat yang di perkenalkan oleh Ferdinand Tonnies (1855-1936) iaitu 1.Gemeinschaft
2.Gesellschaft

Konsep ini merujuk kepada jenis-jenis masyarakat, susunan sosialnya (bentuknya) dan juga
hubungan-hubungan sosial yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Gemeinschaft Ianya
juga dikenali sebagai the society of tradition yang merujuk kepada sistem sosial di mana
perhubungan ahli-ahlinya berbentuk dan berasaskan ikatan kekeluargaan dan bersifat
personal.
Ciri-ciri utama gemeinschaft adalah: Ahli-ahlinya mempunyai hubungan yang rapat dan
bersemuka. Individu dalam kelompok dikumpulkan melalui perkongsian idea yang sama dan
ingin mencapai matlamat yang sama seperti ikatan keagamaan. Setiap individu dalam
kumpulan akan berkongsi untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang diperlukan termasuklah
dalam kegiatan ekonomi (sifat saling membantu di antara satu sama lain yang seterusnya
menguatkan lagi ikatan di kalangan ahli-ahli). Gesellschaft - Ianya juga dikenali sebagai the
society of contract di mana hubungan di kalangan ahli-ahli dalam masyarakat ditentukan oleh
perhubungan yang jelas berasaskan perjanjian dan lebih berbentuk formal.

Ciri-ciri utama gesellschaft adalah: Hubungan antara ahli tidak ada ciri-ciri kemesraan seperti
dalam masyarakat gemeinschaft (sebab iakatan berasaskan perjanjian). Perhubungan sosial
yang dibentuk bersifat khusus dan impersonal. Bermakna interaksi ahli-ahlinya adalah
individualistik dan saling tidak percaya. Interaksi dan tanggungjawab berasaskan syarat-
syarat yang terdapat dalam perjanjian yang dipersetujui. Wujudnya pembahagian tugas dan
peranan khas yang perlu dipenuhi oleh individu untuk mencapai matlamat orgnisasi. Setiap
tingkah laku dibentuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan sebagai satu unit
kawalan sosial. Individu dalam masyarakat saling bersaing antara satu sama lain dan
persaingan ini untuk kepentingan sendiri. Interaksi dan tanggungjawab berdasarkan
perjanjian. Ini menjadikan mereka lebih bersifat individualistik. Kedua-dua bentuk
masyarakat ini dibezakan berdasarkan kepada hubungan sosial yang terdapat dalam kedua-
dua masyarakat ini. Lazimnya masyarakat berbentuk gemeinschaft akan berubah ke bentuk
gesellschaft apabila berlakunya proses perindustrian di kawasan tersebut sehingga
terbentuknya masyarakat yang bersifat lebih kompleks.

Terdapat tiga peringkat bentuk/ jenis masyarakat iaitu:

1.Masyarakat memburu dan meramu (hunter and gatherer)

2. Masyarakat bertani

3.Masyarakat industri.

Masyarakat Memburu Dan Meramu. Aktiviti ekonomi utama, memburu dan mengumpuil
makanan di hutan. Aktiviti ekonomi untuk sara diri/ kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga
sahaja. Tidak ada lebihan makanan (surplus), makanan adalah untuk secukup hidup. Unit
sosial yaang penting adalah isi rumah dan klan yang berasaskan ikatan kekeluargaan dan
persanakan. Saiz klan dalam lingkungan 50 orang dan cenderung untuk berpindah randah.
Penentuan dalam pembahagian tenaga kerja adaalah ringkas; berasaskan umur dan jantina.
Ahli memiliki sedikit harta.
Masyarakat Bertani. Kewujudan masyarakat ini berkait rapat dengan revolusi dalam
pertanian dan pengeluaran yang efisien disebabkan adanya teknologi yang lebih baik.
Masyarakat bertani juh lebih maju berbanding masyarakat berburu dan meramu. Masyarakat
bertani pandai menternak binatang, menggunakan peralatan daripada logam, menggunakan
roda dan berpengetahuan tentang sistem pengairan & baja. Kemajuan dalam penggunaan
teknologi menjadikan ahli-ahlinya lebih bebas untuk mengusahakan pertanian. Masyarakat
ini ramai yang tidak terikat secara langsung dengan tanah tetapi bertumpu di pusat bandar dan
akhirnya membawa kepada pembahagian buruh yang kompleks. Ramai yang berpeluang
menikmati teknologi lebih baik, terlibat dalam perdagangan, boleh membaca dan menulis,
mengenali sains dan seni. Aktiviti ekonomi masyarakat lebih khusus dan wujud pelbagai
pekerjaan telah mewujudkan ketidakseimbangaan yang lebih luas dalam masyarakat. Wujud
sistem kelas yang kompleks. Terdiri daripada pedagang, tentera, sarjana, pegawai, raja dan
golongan petani miskin yang bergantung kepada tenaga semata-mata (tulang empat kerat).
Golongan petani ini menurut Sjoberg (1960) adalah 90% daripada populasi masyarakat jenis
ini. Penggunaan kuda dan roda menjadikan bidang teknologi ketenteraan lebih maju dan
efisien. Ketenteraan digunakan untuk mendapatkan lebihan makanan menerusi penaklukan ke
atas orang yaang lebih lemah. Contoh kerajaan Rome yang berjaya menakluki sebahagian
besar Eropah untuk menyokong kehidupan masyarakat elit di Itali.

Masyarakat Industri. Kewujudan masyarakat industri bermula ekoran daripada berlakunya


revolusi industri di Eropah Barat. Penggunaan tenaga elektrik dan gas menggantikan tenaga
manusia dan binatang telah menyebabkan pertumbuhan pesat dalam pengeluaran tidak sahaja
barangan tetapi juga pengetahuan dan teknologi. Masyarakat pertanian telah berubah dan
mula terlibat dalam pengeluaran industri dengan bekerja di kilang-kilang. Wujud ekonomi
pasaran, sistem perbankan, insuran dan perkhidmatan. Politik, sosial dan ekonomi telah
berubah sesuai dengan perkembangn perindustrian.

You might also like