You are on page 1of 7

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

KERTAS 1
1 Jam 30 Minit
[60 markah]
BAHAGIAN A

Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,
iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas objektif
yang disediakan.

Soalan 1 hingga Soalan 5 Soalan 6 hingga Soalan 7


Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.
jawapan yang paling sesuai. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C
1 Cikgu Zaimah meja untuk menyuraikan jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
murid-muridnya yang bising. jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
A menampar
B menepuk 6 Bilakah kamu yakin bahawa lelaki itulah yang
C menetak A B
D menendang menyamar sebagai pegawai polis? Tiada kesalahan
C D
2 Pertambahan bilangan pengawal menunjukkan pihak
sekolah sentiasa mengutamakan murid- 7 Kamil menarik balik kata-katanya yang kuat terhadap
murid. A B
A keriangan pengerusi mesyuarat itu. Tiada kesalahan
B kebahagiaan C D
C keutamaan
D keselamatan Soalan 8 hingga Soalan 9
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf
3 Dalam kesibukan menguruskan syarikatnya, sesekali condong dengan betul.
Haji Safuan membawa keluarganya ke
tempat-tempat yang menarik di negara ini. 8 I Haji Hambali bekerja sebagai pencari akal kayu
A menjalani di hutan.
B melancong II Cerita komedi itu tidak masuk akal langsung.
C menginap III Azam sedang mencari akal untuk meleraikan
D menetap pergaduhan itu.
IV Sang Kancil itu ada sahaja akal untuk melepaskan
4 Cikgu Siti Hajar bilangan murid yang diri.
akan menyertai rombongan ke Pulau Langkawi A I dan II sahaja
setakat tiga puluh lima orang sahaja. B I dan III sahaja
A membuka C I, III, dan IV sahaja
B menghalang D II, III, dan IV sahaja
C mengehadkan
D menganggarkan 9 I Alamat yang diberikannya tidak tepat.
II Langit mendung alamat hari akan hujan.
5 Saroja merupakan yang sering III “Alamatlah perkara itu betul-betul sebelum
memperagakan pakaian yang direka oleh pereka membuat keputusan,” nasihat ayah.
fesyen terkenal. IV Akmal mempunyai alamat pada bahu kanannya.
A pramugari A I dan II sahaja
B seniwati B II dan III sahaja
C peragawati C III dan IV sahaja
D biduanita D I dan IV sahaja

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1

06_OPS A+ BM F1 ((KM 2)(Ed 2023)Latest.indd 1 28/10/2022 10:01 AM


Soalan 10 hingga Soalan 11 13 Perniagaan secara francais telah berkembang
Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. pesat ekoran daripada usaha gigih yang
Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi dilakukan oleh kerajaan.
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga A Kerajaan melakukan perniagaan francais ekoran
tidak. daripada usaha gigih yang telah berkembang
Jika anda menganggap bahawa bahagian yang pesat.
bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah B Usaha gigih yang dilakukan perniagaan secara
menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan francais telah berkembang pesat ekoran daripada
anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. kerajaan.
C Ekoran daripada kerajaan yang mengembang
10 Encik Loqman menghadiahi isterinya sebentuk pesat perniagaan secara francais usaha gigih
cincin sempena hari ulang tahun perkahwinan telah dilakukan.
mereka. D Telah berkembang pesat perniagaan secara
A Encik Loqman terhadiah isterinya francais ekoran daripada usaha gigih yang
B Encik Loqman menghadiah isterinya dilakukan oleh kerajaan.
C Encik Loqman menghadiahkan isterinya
D Encik Loqman menghadiahi isterinya Soalan 14 hingga Soalan 15
Pilih ayat-ayat yang betul.
11 Syarikat itu memberi tumpuan kepada niaga alat
ganti jentera berat dari dalam dan luar negara. 14 I Murid itu menerangkan tentang punca-punca
A memberi tumpu kepada perniagaan berlakunya kemalangan di jalan raya.
B terberikan tumpuan kepada perniagaan II Dia pergi ke kedai alat tulis-alat tulis di Taman
C memberikan tumpuan kepada perniagaan Tun Dr. Ismail dengan menunggang basikal.
D memberi tumpuan kepada niaga III Stesen televisyen itu akan menyiarkan filem-
filem bertemakan patriotik sepanjang bulan
Soalan 12 hingga Soalan 13 Ogos nanti.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang IV Ahmad selalu dimarahi oleh gurunya kerana
paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. dia tidak menyiapkan kerja-kerja sekolah yang
diberikan.
12 Peperangan bukan sahaja menghancurkan A II dan III sahaja C III dan IV sahaja
sesebuah negara, malahan mengorbankan B II dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
banyak nyawa.
A Bukan sahaja sesebuah negara hancur, malahan 15 I Alia mendengar radio di dalam biliknya sambil
banyak nyawa terkorban akibat peperangan. membaca buku.
B Sesebuah peperangan negara menghancurkan II Emak sedang menyediakan sarapan di dapur.
dan mengorbankan banyak nyawa. III “Tolong kalian dapat memenangi pertandingan
C Banyak peperangan nyawa telah menghancurkan itu,” kata Cikgu Hayati.
sesebuah negara yang terkorban. IV Ainon tersedak kerana dia minum terlalu gopoh
D Bukan sahaja peperangan yang menghancurkan kerana kedahagaan.
negara malahan banyak nyawa terkorban. A I dan II sahaja C II dan III sahaja
B I dan IV sahaja D II dan IV sahaja

2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

06_OPS A+ BM F1 ((KM 2)(Ed 2023)Latest.indd 2 28/10/2022 10:01 AM


Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuingin Berterima Kasih

1 Sesekali kuingin berterima kasih


kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah pun terpadam.

2 Sesekali kuingin menyemai budi


kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.

3 Sesekali kuingin berbisik kepadamu


ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan derita
nelayan tua di pondoknya.

4 Sesekali kuingin kalungkan kagum


kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.

5 Sesekali kuingin pula menjadi bunga


menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada keangkuhan perang.

6 Alangkah indahnya dunia


andai semua merenung
kekosongan hidup ini.

Ihsan Noorzali
Antologi Kuingin Berterima Kasih, 2014.

16 Apakah yang dirasakan oleh penyajak apabila 19 Perkataan “bagai” dalam baris “kepadamu hujan
berterima kasih kepada hujan? bagai tetamu” merupakan gaya bahasa
A Kebasahan A simile.
B Berjiwa tenang B anafora.
C Hilang keresahan C metafora.
D Menyejukkan perasaannya D personifikasi.

17 Penyajak berasa kagum terhadap perjuangan 20 Penyajak menekankan kepentingan mengamalkan


A nelayan kecil. KBAT sikap berterima kasih.
B perajurit negara. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi
C petani desa yang berkebun. sekiranya manusia tidak mengamalkan sikap tersebut
D masyarakat yang memajukan negara. dalam kehidupan seharian?
A Akan wujudnya perasaan tidak berpuas hati
18 Penyajak beranggapan dunia akan menjadi aman B Perasaan manusia tidak akan tenteram
sekiranya manusia C Ramai yang akan bersyukur
A bersikap baik. D Menyebabkan rasa sedih
B tidak bermusuhan.
C berfikir secara mendalam.
D sedia membantu golongan yang susah.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3

06_OPS A+ BM F1 ((KM 2)(Ed 2023)Latest.indd 3 28/10/2022 10:01 AM


BAHAGIAN B

Soalan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Negara kita boleh maju jika semua rakyat meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang.

(ii) Sultan Ahmad masih gering dan dirawat di unit rawatan rapi oleh ramai doktor-doktor peribadi baginda.

(iii) Rozita menasihati adiknya agar belajar untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka.

(iv) Aida tidak akan mensiakan hidup anak tirinya walaupun suaminya telah meninggal dunia.

(v) Di antara punca pencemaran udara di Malaysia disebabkan oleh pertambahan kenderaan di jalan raya.

[5 markah]

Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bahan 1 Bahan 2
Sajak Sesekali Mengumpul Kenangan Pertanian merujuk kepada pengeluaran makanan
dan barangan melalui perladangan, penternakan,
Sesekali pulang ke desa dan perhutanan. Penanaman dan penternakan
padi menguning menyambut kedatangan yang dijalankan secara moden telah mewujudkan
desis angin menyapa kenangan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan
terkenang tempat kelahiran. pembangunan masyarakat yang lebih padat.

Di sinilah tempat aku dilahirkan Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan


berselut dengan lumpur teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk
keli, pusu dan sepat habuan harian bercucuk tanam dengan membina terusan air dan
nasi sesuap mengenyangkan tubuh. bentuk pengairan yang lain. Ekoran kehendak hasil
pertanian yang semakin meningkat, pertanian moden
Alam terbentang luas terus diperkenalkan.
menarik layang-layang terbang di awan
menjunam di celah dahan Kini hasil pertanian seperti padi boleh
jolok sama setangkai rambutan dikeluarkan setahun tiga kali. Begitu juga hasil
menikmati hasil bumi penternakan, pelbagai kaedah diperkenalkan agar
penuh keriangan. baka haiwan ternakan menghasilkan daging dan
susu yang lebih banyak. Semuanya dilakukan untuk
Di sini aku terus membesar memastikan manusia memperoleh makanan yang
di sini tempat mengumpul kenangan mencukupi.
sebelum musafir di kota membawa harapan
tetap pulang melihat hasil bumi yang terus menghijau.

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah yang dilihat dan dirasakan penyajak apabila pulang ke kampung halaman?

[3 markah]

4 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

06_OPS A+ BM F1 ((KM 2)(Ed 2023)Latest.indd 4 28/10/2022 10:01 AM


(ii) Berdasarkan Bahan 2, apakah kelebihan apabila pertanian dijalankan secara moden?

[3 markah]
(iii) Mengusahakan pertanian amat menguntungkan tetapi kurang digemari oleh anak muda.

KBAT Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan anak muda menceburkan
diri dalam bidang pertanian?

[4 markah]

Soalan 3
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia


(ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.

Persoalan dalam sesebuah novel amat penting untuk dikaji.


Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, tulis persoalan novel tersebut.
[10 markah]

BAHAGIAN C
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

Soalan 1
Lihat grafik di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PEMBELIAN SECARA DALAM TALIAN

Membeli-belah secara dalam talian semakin


popular pada era teknologi maklumat ini.

ELAKKAN PENIPUAN
• Jangan beli jika harga barang terlalu
murah
• Mengkaji latar belakang penjual
• Pembayaran setelah menerima barang

ATAU

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 5

06_OPS A+ BM F1 ((KM 2)(Ed 2023)Latest.indd 5 28/10/2022 10:01 AM


Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor remaja
berlumba motosikal di jalan raya. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Anak muda sememangnya mahukan keseronokan. Mereka mahu kehidupan yang lebih mencabar
walaupun berisiko tinggi. Gejala lumba motosikal secara haram yang semakin berani dilakukan
oleh golongan remaja amat membimbangkan. Kini, kanak-kanak juga sedang berjinak-jinak
berlumba dengan basikal yang diubah suai. Perbuatan yang sukar ditangani ini cuba dibanteras oleh
5 pelbagai pihak daripada terus menular dan membahayakan orang ramai.

Pelbagai aksi ekstrem dan berbahaya menjadi kemestian bagi mereka yang berlumba ini. Prinsip
mereka hanya untuk memberitahu orang ramai bahawa mereka tidak takut melakukan sesuatu yang
berbahaya. Sakit, terjatuh, patah, cedera parah, dikejar polis, atau kehilangan nyawa sekalipun
10 tidak menggentarkan jiwa. Golongan ini mahu menunjukkan kehebatan di jalan raya kepada rakan lain.
Sudah banyak kajian dibuat mengenai psikologi remaja dan golongan yang terbabit dengan
masalah sosial menunjukkan bahawa kebanyakannya berpunca daripada faktor persekitaran yang
mewujudkan rasa ingin hidup bebas kerana kemungkinan duduk di rumah seperti berada di dalam
penjara.
15
Selain itu, masalah ini disebabkan oleh faktor kekosongan jiwa kerana mereka tidak ada aktiviti lain
menyebabkan kehadiran diri kurang diberi perhatian. Jadi untuk menghilangkan kekosongan jiwa
itulah mendorong mereka untuk berkumpul bersama-sama rakan untuk melakukan aksi
menyeronokkan. Jika berani menonjolkan aksi maka mereka akan menerima sanjungan daripada rakan.
Apabila mereka berjaya memenangi perlumbaan tersebut mereka akan mendapat ramai kenalan. Dari
20 sudut psikologi, mereka ini bukan orang bermasalah, tetapi jiwa mereka memerlukan satu terapi
pendidikan untuk mengatasinya. Ibu bapalah paling bertanggungjawab dalam memberikan nasihat
dan pemantauan terhadap kelakuan anak mereka di luar rumah.

Selain itu, mereka juga merasakan satu pengalaman mencabar lagi menarik apabila ditangkap
25 oleh polis. Mereka boleh berkongsi pengalaman dengan ahli kumpulan. Sememangnya, mereka
tidak melawan di hadapan ibu bapa, tetapi perasaan memberontak ini diluahkan ketika berada di jalanan
untuk memberitahu isi hati mereka yang tidak suka diperleceh. Nyata, golongan ini berlumba motosikal
untuk menyatakan mereka tidak suka dengan peraturan yang menyekat kebebasan hidup mereka.

6 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

06_OPS A+ BM F1 ((KM 2)(Ed 2023)Latest.indd 6 28/10/2022 10:01 AM


KERTAS 2
1 Jam
BAHAGIAN A
[10 markah]
[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah
perkataan.

mengenang jasa tokoh mengukuhkan jati diri

Kelebihan Sambutan
Hari Kebangsaan
mengekalkan perpaduan kaum melahirkan semangat patriotik

BAHAGIAN B
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah
perkataan.

(i) Anda bertugas sebagai seorang pemberita di sebuah syarikat akhbar tempatan. Anda telah diminta untuk menulis
berita tentang kejadian kemalangan jalan raya.
Sediakan berita itu selengkapnya.

(ii) Kesedaran tentang pentingnya budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
negara ini masih belum memuaskan.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membaiki keadaan ini.

(iii) Pasukan unit beruniform sekolah anda telah mengadakan suatu perkhemahan di pinggir hutan. Selaku setiausaha
perkhemahan, anda dikehendaki menyediakan laporan lengkap tentang perkhemahan tersebut.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 7

06_OPS A+ BM F1 ((KM 2)(Ed 2023)Latest.indd 7 28/10/2022 10:01 AM

You might also like