You are on page 1of 6

SYARAT DAN PERATURAN

KEJOHANAN CATUR MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN SEMPENA


ULANGTAHUN PEMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN KALI KE 22/2024

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

a) Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Catur Antarabangsa


(Federation Internationale Des Echecs – FIDE)
b) Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah berhak
meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat
penganjuran kejohanan.

2. KATEGORI

a) Kejohanan ini terbuka kepada peserta dan pasukan di Negeri Terengganu sahaja. Penyertaan
terhad kepada 50 pasukan/peserta bagi setiap kategori. “First come, first served basis”.
b) Kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Sekolah Menengah (Berpasukan), Kategori
Sekolah Rendah (Berpasukan) dan Terbuka (Individu)
c) Bagi penyertaan Kategori Sekolah Menengah, setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar
peserta atau pelajar yang berumur 13 hingga 17 tahun.
d) Manakala bagi penyertaan Kategori Sekolah Rendah, setiap pasukan dibenarkan untuk
mendaftar peserta atau pelajar yang berumur 7 hingga 12 tahun.
e) Tiada bilangan had umur yang ditetapkan bagi setiap pasukan.
f) Bagi penyertaan Kategori Terbuka (Individu) dibuka kepada setiap peringkat umur. Tiada had
umur ditetapkan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

a) Bagi Kategori Sekolah Menengah dan Rendah, setiap sekolah dibenarkan mendaftar
maksima lima (5) orang pemain dan (1) orang pengurus pasukan bagi setiap kategori.
b) Borang Pendaftaran Pemain yang muktamad hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur
mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu sebelum atau pada 22 Februari 2024.
c) Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui WhatsApp di talian 014-
5179676 (Shamil) atau 019-9538644 (Sharifah).
d) Sebarang pertukaran pemain selepas masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tidak
akan diterima.
e) Hanya pemain yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran Pemain sahaja yang dibenarkan
bermain dalam kejohanan ini.
f) Bayaran yuran penyertaan boleh dibuat kepada nombor akaun Affin Bank Berhad
105110001564 (KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN)
g) Butiran pembayaran perlu dinyatakan sebagaimana berikut:

KATEGORI SEKOLAH KATEGORI TERBUKA


Reference 1: Jenis aktiviti / nama pasukan Reference 1: Jenis aktiviti / nama peserta
Reference 2: Nombor telefon Reference 2: Nombor telefon

CONTOH CONTOH
Reference 1: Catur/ Pasukan X Reference 1: Catur/ Ali bin Abu
Reference 2: 012-3456789 Reference 2: 012-3456789

h) Yuran penyertaan ini perlu dijelaskan sebelum hari kejohanan.

4. PAKAIAN/ALATAN

a) Pemain hendaklah berpakaian kemas, tidak menjolok mata serta tidak mengganggu pihak
lawan.
b) Bagi pelajar sekolah, pemain boleh memakai pakaian identiti pasukan / sekolah masing-
masing
c) Bagi peserta kategori terbuka, pemain mestilah memakai baju T-shirt berkolar dan memakai
seluar panjang serta berkasut.
d) Selipar dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN.
e) Pemain hendaklah menggunakan borang catat pergerakan (score sheet) yang disediakan
oleh Urusetia.
f) Pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu seperti jam
tangan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.

5. JUMLAH PUSINGAN / KAWALAN MASA

a) 7 pusingan Swiss
b) Kawalan masa 20 minit setiap pemain
c) Pemenang ditentukan melalui Checkmate atau tamat masa.
• Pemenang – 1 mata, seri – ½ mata, kalah – 0 mata
• Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan
• Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah seri akan digunakan.
i. Mata Solkoff / Buchholz
ii. Mata Sonneborn-Berger
iii. Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

6. TOUCH-MOVE RULE

a) Pemain yang telah menyentuh suatu buah, dengan maksud menggerakkannya, maka
buah tersebut wajib digerakkan kecuali ianya Illegal Move.
b) Pemain yang telah menyentuh suatu buah, menggerakkannya ke suatu petak tapi belum
melepaskan pegangan/sentuhan keatas buah tersebut, maka pemain tersebut boleh
menukar/memilih petak yang lain yang sah untuk pergerakan buah tersebut.
c) Ini bermaksud gerakan buah ke petak tersebut dikira sah dan muktamad setelah pemain
melepaskan pegangan/sentuhan keatasnya.

7. ILLEGAL MOVE

a) Pemain akan diberikan amaran pertama jika melakukan illegal move yang pertama dan
akan dikira kalah jika melakukan Illegal Move yang kedua.
(Contoh Illegal Move…….)
i. Gerakan yang menyalahi hukum pergerakan buah catur. Contoh – Bishop dijalankan
seperti Kuda
ii. Castling guna 2 tangan
iii. Membuat Open Check pada buah sendiri
iv. Lawan membuat Check, Raja tidak lari atau ditutup, tetapi menjalankan buah lain.
v. Menekan jam terlebih dahulu sebelum menggerakkan buah catur

b) Illegal Move dikira terjadi


i. Setelah pemain yang melakukannya menekan jam dan;
ii. Sebelum pemain lawan menggerakkan buah catur.

c) Untuk claim Illegal Move….


i. Pemain perlu hentikan masa jam catur;
ii. Pemain perlu memaklumkan kepada arbiter dengan mengangkat tangan;
iii. Pemain tidak menjalankan buah catur sendiri.
8. PERKARA YANG DILARANG SEMASA BERMAIN

a) Pemain dilarang membuat apa-apa isyarat, tanda dan gaya yang boleh menimbulkan syak
penipuan.
b) Alatan elektronik seperti Telefon dan Tablet dilarang untuk dibawa masuk ke kawasan
pertandingan atau diwajibkan dalam mod senyap. (Nota:Jika terdapat deringan atau bunyi
hand phone tersebut dan diprotes oleh pihak lawan maka secara automatik pemain itu dikira
kalah pada perlawanan tersebut)
c) Pemain dilarang bercakap dengan lawan dan pemain lain yang berada di dalam kawasan
pertandingan (sama ada pemain yang sedang bermain atau telah selesai bermain) dan juga
orang lain yang dikira sebagai penonton
d) Pemain dilarang membuat apa-apa kelakuan yang boleh menimbulkan gangguan
(distraction) kepada lawan atau pemain lain semasa permainan berlangsung seperti bersiul,
menyanyi kecil dsb.
e) Pemain dilarang makan semasa bermain. Botol minuman hendaklah diletakkan dibawah
meja semasa bermain.
f) Pemain hendaklah sentiasa menunjukkan rasa hormat dan sikap professional semasa
bermain terhadap lawan, pemain lain, Arbiter para AJK dan orang lain sepanjang
kejohanan/pertandingan berlangsung.
g) Nota:Jika hal-hal diatas diprotes /dibantah oleh pihak lawan kepada Arbiter, tindakan amaran
yang pertama akan dikenakan.

9. BANTUAN ARBITER

• Sewaktu permainan berlangsung, jika berlaku sebarang isu, permasalahan atau ingin
mendapatkan bantuan Arbiter yang bertugas, pemain perlulah menekan butang pause pada
jam dan mengangkat tangan dengan tinggi bagi menarik perhatian Arbiter

10. HADIAH KEJOHANAN

a) Kategori Sekolah Menengah (Berpasukan)


 Johan : Wang tunai RM2,000.00 + (Piala & Medal)
 Naib Johan : Wang tunai RM1,500.00 + (Piala & Medal)
 Tempat Ketiga : Wang tunai RM1,000.00 + (Piala & Medal)
 Tempat Ke-4 – Tempat Ke-10 : Wang tunai RM250.00 + (Medal)
 Tempat Ke-11 – Tempat Ke-20 : Wang tunai RM150.00
b) Kategori Sekolah Rendah (Berpasukan)
 Johan : Wang tunai RM1,000.00 + (Piala & Medal)
 Naib Johan : Wang tunai RM800.00 + (Piala & Medal)
 Tempat Ketiga : Wang tunai RM600.00 + (Piala & Medal)
 Tempat Ke-4 – Tempat Ke-10 : Wang tunai RM150.00 + (Medal)
 Tempat Ke-11 – Tempat Ke-20 : Wang tunai RM100.00

c) Kategori Terbuka (Individu)


 Johan : Wang tunai RM1,000.00 + (Piala & Medal)
 Naib Johan : Wang tunai RM800.00 + (Piala & Medal)
 Tempat Ketiga : Wang tunai RM600.00 + (Piala & Medal)
 Tempat Ke-4 – Tempat Ke-10 : Wang tunai RM100.00 + (Medal)
 Tempat Ke-11 – Tempat Ke-20 : Wang tunai RM50.00

11. ATURCARA

a) Kategori Terbuka (2 Mac 2024) Sabtu


 7.30 am Ketibaan/Pendaftaran Peserta
 8.00 am Pendaftaran
Sarapan Pagi
 8.30 am Taklimat Ringkas : Peraturan & Undang-undang Kejohanan
 9.00 am Pusing 1 Bermula
 10.00 am Pusingan 2
 11.00 am Pusingan 3
 12.00 pm Pusingan 4
 1.00 pm Rehat – Makan Tengah hari / Solat Zohor
 2.00 pm Pusingan 5
 3.00 pm Pusingan 6
 4.00 pm Upacara Penyampaian Hadiah
 5.00 pm Bersurai
b) Kategori Sekolah (3 Mac 2024) Ahad

 7.30 am Ketibaan/Pendaftaran Peserta, Guru Pengiring & Ibubapa


 8.00 am Pendaftaran
Sarapan Pagi
 8.30 am Taklimat Ringkas : Peraturan & Undang-undang Kejohanan
 9.00 am Pusing 1 Bermula
 10.00 am Pusingan 2
 11.00 am Pusingan 3
 12.00 pm Pusingan 4
 1.00 pm Rehat – Makan Tengah hari / Solat Zohor
 2.00 pm Pusingan 5
 3.00 pm Pusingan 6
 4.00 pm Upacara Penyampaian Hadiah
 5.00 pm Bersurai

12. URUSETIA

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh hubungi nombor talian:

 014-5179676 (SHAMIL)
 019-9538644 (SHARIFAH)

You might also like