You are on page 1of 31

Nota Fakta Khusus Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM 2024.

BAB 1:PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA


1.Jenis-jenis faktor pengeluaran
1. Bahan mentah
- input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi mengasilkan sesuatu produk
2. Modal insan
-Individu yang menyumbangkan tenaga/keupayaan dalam bentuk fizikal, mental dalam aktiviti
perniagaan/proses pengeluaran
-Terdiri daripada buruh mahir atau kurang mahir/pengurus atau pekerja
3. Modal
-Sebarang bentuk pelaburan yang menghasilkan pulangan/keuntungan kepada organisasi
perniagaan ,pemilik,pemodal dan pembiaya [
-Pelaburan dalam bentuk wang atau aset bagi menghasilkan pulangan kepada organisasi perniagaan
4. Keusahawanan
-Keupayaan seseorang membentuk perniagaan dan mengabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan output /produk.
-Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan
5. Teknologi
-Peralatan atau kaedah yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan
- Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan kecekapan,meningkatkan
daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan

2.Proses perniagaan:input,proses tambah nilai,output,pemasaran,untung/rugi


1. Input
- faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran/produk
- Faktor-faktor pengeluaran terdiri daripada bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan
keusahawanan
-Contoh input yang terlibat untuk perniagaan kedai kek adalah bahan mentah seperti tepung, gula,
majerin, telur, pewarna, serbuk penaik

2. Proses tambah nilai


- proses pengeluaran yang menukarkan input kepada output
-Transformasi input kepada output dalam proses pengeluaran yang menambah nilai kepada produk
yang dihasilkan.
-Contoh: Pekerja pengeluaran kek menggunakan bahan mentah yang diproses dengan mesin bagi
menghasilkan kek yang nilainya melebihi nilai bahan-bahan mentah
3.output
-Merujuk kepada hasil akhir dalam bentuk barangan atau perkhidmatan daripada proses
pengeluaran
- Contoh: barangan akhir bagi kedai kek adalah kek yang siap dihias dengan pelbagai hiasan
4.pemasaran
- usaha mengagihkan produk kepada pengguna dengan mengambil kira elemen-elemen campuran
pemasaran
- Pemasaran adalah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan.
Contoh: Pengeluar akan menawarkan kek dengan harga yang telah ditetapkan
Cth 2:pengeluar menawarkan produk kek dengan reka bentuk yang memenuhi cita rasa pengguna;
5.untung/rugi
-untung diperolehi jika hasil jualan melebihi kos jualan
Contoh: Jika harga kek yang dijual melebihi kos pengeluaran, maka peniaga akan memperolehi
keuntungan

1
3.Cabaran perniagaan masa kini (Fakta Umum)
1. Globalisasi
-Peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan didalam negara dan luar negara tanpa sekatan.
-menyebabkan persaingan sengit dari segi kualiti,harga,mobiliti pekerja

2.Peningkatan kemajuan teknologi


-Sebarang perubahan terhadap produk dapat dilakukan dengancepat bagi pengeluaran produk
- ini memerlukan kemahiran teknologi , modal yang tinggi,perubahan produk,tempoh ke pasaran
semakin pendek
3.Perubahan faktor persekitaran
-merujuk perubahan persekitaran persaingan dan perundangan
3.perubahan demografi penduduk
-dimana kebanjiran tenaga wanita memerlukan kemudahan dan suasana kerja yang berbeza
4. Peningkatan tanggung jawab sosial
-Kewajiban atau tanggungjawab perniagaan menjaga kebajikan seperti pihak berkepentingan seperti
melindungi persekitaran dari pencemaran.
5. Sumber semakin berkurangan-
Menyebabkan pengeluaran terbatas dan memerlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi

4.Faktor-faktor persekitaran umum


1.Ekonomi
-merujuk keadaan dan sistem perdagangan sesebuah negara yang melibatkan penggembelengan
sumber bahan mentah,modal insan dan kewangan.
-keadaan ekonomi sesebuah negara yang mempengaruhi kuasa beli penduduk.
Contoh: ekonomi berkembang menyebabkan kuasa beli pengguna naik dan aktiviti perniagaan
berkembang.
2.persaingan dan jaringan
-persaingan merujuk ancaman yang diberikan perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang
sama dalam pasaran yang sama.
-jaringan merujuk kepada hubungan formal atau tidak formal antara peniaga dengan pihak lain
seperti pembekal.
3.Persekitaran sosiobudaya
-Interaksi/hubungan antara ahli-ahli dalam masyarakat yang berkongsi nilai budaya
-Kepercayaan ,pegangan agama mempengaruhi keputusan syarikat mengeluarkan produk
4.politik dan perundangan
-politik merujuk dasar kerajaan yang memerintah.
- kestabilan politik sesebuah negara akan menjamin kelangsungan sesebuah perniagaan.
-perundangan merujuk kepada pelaksanaan peraturan dan undang-undang yang ada dalam
sesebuah negara.
5.Teknologi
-merujuk kaedah atau peralatan untuk melaksanakan akitiviti perniagaan
-Perkembangan teknologi menyebabkan masa pembuatan/pengeluaran produk dapat dipercepatkan
6.prasarana
-merujuk kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan untuk menyokong aktiviti
perniagaan
-Ini memudahkan pengagihan produk kepada pengguna.
7.antarabangsa
ialah faktor-faktor yang wujud dalam perniagaan yang melibatkan dua buah Negara atau lebih
- melibatkan aktiviti eksport dan import barangan.

2
5. Pengaruh pihak berkepentingan/persekitaran tugas terhadap perniagaan
1. Pelanggan
- ialah Pembeli produk perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak.
- Perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti yang dikeluarkan
oleh pengguna.
2. Pekerja
- Tenaga buruh yang menyumbangkan dalam bentuk fizikal atau mental
-Pekerja yang berkemahiran tinggi akan meningkatkan produktiviti pengeluaran
3.pembekal
-pihak yang membekalkan input, bahan mentah,peralatan ,barang separuh siap dan barang siap
kepada perniagaan
- Bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaa
4. Pembiaya
-Pihak yang memberi pinjaman untuk perniagaan .
- pinjaman tinggi membolehkan pembesaran perniagaan
5. Pemodal
-pihak yang menyumbangkan modal dalam perniagaan .
-Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan perniagaan
6.Pesaing
- Syarikat yang menjual produk serupa dalam pasaran/industri yang sama .
-Memaksa perniagaan membuat inovasi /persaingan harga dan kualiti produk organisasi
menentukan tingkat harga dan kualiti produk / persaingan sihat.
7. Kerajaan
- Pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
-Cukai tinggi mengurangkan keuntungan perniagaan dan jualan
8. Masyarakat
- Sekelompok orang yang berada di persekitaran perniagaan /Komuniti setempat yang membeli atau
bukan pembeli produk yang dikeluarkan oleh peniaga
-Perniagaan perlu menjalankan tanggungjwab sosial untuk memastikan sokongan yang berterusan
dari masyarakat.

6. Tanggungjawab Perniagaan terhadap Pihak berkepentingan


1. Pelanggan
-peniaga mesti mengeluarkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan kepada pelanggan
-Menyesuaikan barangan dengan keperluan dan kehendak pelanggan
2. Pekerja:
-Perniagaan perlu menyediakan faedah kerja seperti tempat kerja yang sihat dan selamat.
-Menyediakan program Latihan dan pembangunan kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran
3. Pembekal:
-pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya.
-Bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik dengan pembekal
4. Pembiaya
-Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan .
-Membekalkan maklumat perniagaan yang benar dan tepat pada pembiaya.
5. Pemodal
-Perniagaan memberikan pembahagian keuntungan /bayaran dividen secara adil kepada
pemodal/pelabur.
- Membekalkan maklumat perniagaan yang benar dan tepat pada pemodal.
6. Pesaing:
-Firma seharusnya mengamalkan etika persaingan secara sihat dengan pesaing.
-Persaingan oleh perniagaan lain akan mendorong pesaingnya membuat inovasi.

3
7. Kerajaan
-perniagaan bertanggungjawab membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan.
-Perlu mematuhi undang-undang ditetapkan kerajaan.
8. Masyarakat
-perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat memastikan sokongan yang
berterusan dari masyarakat.
-menyediakan kemudahan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

6.Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran


1. Ekstraktif
- Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi.
-Contoh aktiviti carigali petroleum oleh syarikat Petronas
2. Barangan pengguna
-Aktiviti pengeluaran barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau
kegunaan organisasi.
Contoh aktiviti membuat kek oleh kedai kek untuk untuk dibeli oleh pengguna .
3. Barangan industri
-aktiviti pengeluaran barangan untuk dijual kepada syarikat lain dan syarikat tersebut
menggunakan barangan itu untuk memproses bagi menghasilkan barangan baru .
Contoh Syarikat A mengeluar dan menjual mesin jahit kepada syarikat membuat pakaian untuk
menjahit pakaian sekolah
4. Pembuatan
-Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses bahan mentah menjadi barang siap
- menggunakan sumber-sumber seperti bahan mentah, manusia, mesin dan teknologi untuk
memenuhi kehendak pelanggan.
5.pemasangan;
-Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagian atau komponen produk untuk menghasilkan
barangan siap untuk dipasarkan.

7.Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan


1. Peruncitan
-Aktiviti menjual pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang kecil.
-Menjual menjual barangan keperluan harian seperti beras,garam,gula
- Contoh kedai runcit yang menjual pelbagai jenis barang keperluan kepada pengguna
2. Pemborongan
- Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak oleh pemborong dan
kemudian menjualkan semula kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.
- Contoh pasar raya borong mydin menjual barang secara kuantiti banyak kepada pelanggan
3. Kewangan
- Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya untuk tujuan perniagaan ataupun
persendirian.
- Contoh Bank Islam Malaysia Berhad meyedia pinjaman pribadi kepada peniaga.
4. Profesional
- Kepakaran dan kemahiran khusus yang ditawarkan oleh sesebuah syrikat perniagaan
- Contoh syarikat perundangan dan guaman telah menyediakan perkhidmatan guaman kepada
pelanggan
5. Perhotelan
-Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan reakrasi kepada pelangn mengikut
kadar yang tertentu serta kemampuan pelanggan
- Contoh Home stay menyediakan tempat penginapan kepada pelancung.

4
6. Pendidikan
- Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat bagi menyediakan
sumber tenaga manusia/modal insan.
- Cth: Kolej swasta menyedia pengajian peringkat diploma dan ijazah kepada pelajar.

8.Peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi Negara (Fakta Umum)


1. Menyediakan kemudahan Infrastruktur
-Kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan ,elektrik,air ,telekomunikasi ,perkhidmatan
keselamatan dan perkhidmatan pendidikan

2. Mengamalkan monopoli semula jadi


-Melaksanakan projek berisiko ,projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi
-ini mengelakkan persaingan yang merugikan.
3. Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan
-Menetukan kaedah percukaian yang sesuai,memberi bantuan subsidi dan membentuk dasar
belanjawan yang fleksibel.
4. Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan
-Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam
-Menjamin kepentingan pengguna
Contoh: penetapan harga maksimum bagi barang kawalan untuk mengelakkan inflasi/ kuasa beli
5. Mewujudkan peluang pekerjaan
-Ini mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan taraf hidup
Contoh :mewujudkan skim jawatan sementara/kontrak di jabatan kerajaan bagi memberi
pendapatan kepada lepasan universiti untuk mengurangkan pengangguran

9.Tahap-tahap perniagaan
1. Primer
Ialah pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang diperoleh dari alam semula jadi.
2. Sekunder
Ialah aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah yang didapati daripada aktiviti
peringkat premier.
3. Tertier
Ialah perkhidmatan atau produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi
ContohPerkhidmatan langsung seperti doktor dan pendandan rambut
4. Huluan
-ialah aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat
dijalankan.
- perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah.
5. Hiliran
-ialah aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi memproses bahan mentah menjadi
barangan siap untuk dipasarkan.
6 Domestik
-Perniagaan yang beroperasi dalam negara yang menggunakan matawang yang sama
7. Antarabangsa
- aktiviti perniagaan melibatkan negara luar dan terlibat aktiviti import dan eksport.

5
BAB 2:PENGELUARAN
2.1 Skop dan proses pengeluaran
1.Evolusi pengeluaran
1.revolusi industri
2.pendekatan saintifik
3.hubungan manusia
4.penyelidikan operasi
5. kualiti
6. globalisasi
7. revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);

2.Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran (Fakta Umum)


1. Peningkatan teknologi
- kaedah dan peralatan baru yang membolehkan proses pengeluaran yang lebih cepat
-Pengurus perlu lebih peka terhadap persekitaran akibat perubahan teknologi ini.
- Pengurus perlu menggantikan mesin lama dengan mesin yang berteknologi baru.

2. Penekanan pada kualiti


-Pengurus pengeluaran perlu memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang baik
secara berterusan kerana pengguna kini menitikberatkan aspek ini dalam produk yang dibeli oleh
mereka.
- Pengurus perlu memastikan produk yang dikeluarkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh
industri seperti pematuhan kepada SIRIM, ISO dan sebagainya.

3. Isu penjagaan alam sekitar


-Pengurus pengeluaran perlu sentiasa peka dengan kesan pengeluaran ke atas alam sekitar di
samping objektif syarikat untuk mendapat keuntungan.
- Pencemaran alam perlu dielakkan sebaliknya mengambil langkah pemuliharaan alam sekitar.

4. Sumber semakin berkurangan


-Sumber manusia semakin berkurang dan pengurus perlu memastikan pekerja sentiasa mencukupi
.untuk mengelakkan proses pengeluaran tergendala.
- Sumber bahan mentah semakin berkurang dan pengurus pengeluaran perlu memastikan bahan
mentah sentiasa mencukupi supaya proses pengeluaran tidak tergendala

2.Proses pengeluaran
1. Input
- faktor pengeluaran yang digunakan semasa proses pengeluaran
- Iaitu bahan mentah, mesin, peralatan, modal insan, teknologi, dan modal.
2. Proses Transformasi
-aktiviti mengubah input kepada output
-Proses mengubah input pengeluaran kepada produk siap dan separuh siap melalui proses tambah
nilai ke atas input menggunakan teknologi dan modal insan
3. Output
-Hasil akhir sama ada produk siap ataupun produk separa siap
- yang dipasarkan kepada pengguna industri atau pengguna akhir

6
2.2 Perancangan Pengeluaran
1.Reka bentuk pengeluaran
1. Simplification
-Reka bentuk pengeluaran yang mengurangkan kuantiti bahagian, komponen, atau proses
pemasangan dalam pengeluaran produk
-menjadikan sesuatu proses pengeluaran lebih mudah dan banyak peringkat atau langkah
kepada beberapa langkah yang digabungkan.

2. Standardization
-Reka bentuk pengeluaran yang menggunakan bahagian yang seragam dan biasanya boleh
ditukar ganti dengan mudah.
-merujuk kepada proses penyediaan satu piawaian yang perlu diikuti sepanjang proses
pengeluaran seperti Standard teknikal dan prosedur

3. Modular
-Reka bentuk pengeluaran yang menggabungkan blok pembinaan yang standard untuk mencipta
produk siap yang unik.
-Reka bentuk pengeluaran ini menggunakan komponen-komponen prasiap yang disediakan di
kilang, diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual untuk menghasilkan produk siap.

2.Jenis-jenis pengeluaran
1. Mengikut tempahan
-melibatkan pengeluaran dan penghasilan produk mengikut spesifikasi dan ciri yang dipersetujui
oleh pelanggan.
Contoh pengeluaran : Pembinaan rumah, tempahan makanan katering.

2. Secara massa
- merujuk kepada pengeluaran secara berterusan, berulangan, dan secara besar-besaran dengan
volum pengeluaran yang besar.
Contoh: Pengeluaran barang keperluan seperti beras,garam,gula

3. Secara kelompok
-melibatkan proses pengeluaran produk yang dihasilkan mengikut kehendak dan spesifikasi yang
ditentukan oleh pengguna atau pelanggan.
-Pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan kelompok yang lain.
. Contoh : Percetakan buku dan majalah, pemasangan barangan elektronik, penghasilan kek di
kedai kek dan sebagainya.

3.jenis-jenis susun atur proses pengeluaran


1.Tetap
-Proses pengeluaran adalah kekal di satu lokasi dari awal hingga siap
- Semua input pengeluaran akan dibawa ke lokasi pengeluaran
- Contoh pengeluaran : Pembinaan lebuh raya

2. Proses
- Input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan disusun mengikut
fungsi kerja.
-Penghasilan produk adalah tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti keluaran.
Contoh:perkhidmatan hospital yang melalui 1.proses pendaftaran dikaunter
pendaftaran,2.mendapat rawatan di klinik/bertemu doktor dan 3. proses mengambil ubat

7
3. Produk
- Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan akan
disusun khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.
- Pengeluaran melibatkan penghasilan produk yang seragam.
- Contoh: Pengeluaran kereta oleh syarikat Perodua

4. selular
- kaedah membina produk dengan hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit.
- Melibatkan produk yang memerlukan banyak gabungan komponen
Contoh:Pengeluaran cip computer oleh syarikat Acer

4.faktor-faktor pemilihan lokasi kilang:


1.Bekalan tenaga buruh
-Lokasi perlu membolehkan syarikat mendapat bekalan tenaga buruh untuk menjalankan proses
pengeluaran
- Pengeluar harus memastikan lokasi kilang yang hendak dibina memenuhi pertimbangan kos buruh,
kuantiti penawaran buruh, dan kualiti/tahap kemahiran buruh
2. Sistem pengangkutan dan logistik [1]
- Kemudahan pengangkutan dan sistem jalan raya yang baik seperti lebuhraya / kemudahan
pengangkutan udara termasuk lapangan terbang
-perlu diambil kira bagi memastikan bahan mentah dan produk yang siap dihantar dengan mudah
dan segera
-7-
3. Pengguna/Pelanggan sasaran [1]
-Pengeluar perlu memastikan kedudukan kilang yang berhampiran dengan pengguna/pelanggan
supaya produk mudah sampai kepada pengguna/pelanggan [1]
4. Pembekal bahan mentah [1]
-Pengeluar juga harus memastikan kilang yang akan dibina adalah berdekatan dengan pembekal
bahan mentah bagi memastikan proses pengeluaran sentiasa lancar dan tidak tergendala
-Pembekal yang cekap dan dapat memenuhi jadual proses pengeluaran harus dipertimbangkan
sebelum pembinaan sesebuah kilang
5. Faktor geografi
-Iklim yang sesuai dan bebas dari bencana alam seperti banjir dan kemarau membolehkan
pengeluaran berjalan dengan lancar
- Muka bumi yang sesuai dan bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi membolehkan
pengeluaran berjalan dengan lancar
6. Kemudahan infrastruktur/prasarana
-Kos utiliti seperti tarif air, elektrik dan gas yang berpatutan mengurangkan kos pengeluaran

7.Proses kawalan kualiti


1.Rancang – Aktiviti mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti masalah, penentuan
matlamat dan membangunkan perancangan untuk penambahbaikan.
2. Buat - Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang dan mengukur
pencapaian
3. Semak - Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan dan
mengenal pasti segala kecacatan atau pelanggaran piawaian yang telah ditetapkan untuk
tindakan seterusnya.
4. Tindakan – Proses terakhir ialah proses mengambil segala tindakan penambahbaikan atau
pembetulan di atas semua kecacatan dan kesilapan yang dilaporkan.

8
8.Kaedah pemeriksaan kawalan kualiti
1.Pemeriksaan menyeluruh
- di mana semua produk yang dikeluarkan akan melalui proses pemeriksaan.
- sesuai dilaksanakan bagi pengeluaran produk secara tempahan di mana unitnya adalah kecil.

2.Pelan persampelan
-merujuk kepada pemeriksaan ke atas beberapa sampel yang diambil secara rawak dalam satu
kumpulan atau lot produk.
-Sampel tersebut akan mewakili kumpulan atau lot produk yang telah diperiksa.
- Lot atau kumpulan produk akan diterima sekiranya sampel yang diambil dan diperiksa telah
mematuhi piawaian dan standard pengeluaran yang telah ditetapkan.

9.Alat-alat kawalan kualiti


1. Kawalan proses secara statistik
-Mengambil sampel secara berkala semasa proses kerja pengeluaran dan memeriksa sampel
tersebut berada dalam had kawalan statistik atau sebaliknya
-Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi
bagi suatu produk yang telah dikeluarkan.
2. Carta Kawalan
- Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang sedang dijalankan, memantau sejauh
mana produk memenuhi spesifikasi bagi kualiti dan hasil pemantauan direkodkan dalam bentuk
carta
3. Kajian Kualiti/Kos
-Menjalankan kajian ke atas kualiti produk berbanding dengan jumlah kos yang terlibat.
4. Pasukan Penambahbaikan Kualiti
- merujuk kepada kumpulan pekerja yang terdiri daripada pelbagai peringkat dalam unit
pengeluaran untuk membuat proses kawalan kualiti
5. Penanda Aras
-Organisasi yang mempunyai amalan dan kaedah pengurusan kawalan terbaik akan dijadikan contoh
rujukan untuk menanda aras prestasi organisasi tersebut.
6. Analisis Tambah Nilai
- ialah satu proses mengeluarkan ciri-ciri dalam suatu produk bagi menghasilkan produk mengikut
spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan tanpa menjejaskan kualiti produk tersebut.
- Dalam analisis tambah nilai juga, suatu produk akan diberi ciri-ciri tambahan untuk kepuasan
pelanggan tanpa melibatkan penambahan kos pengeluaran yang tinggi.

9. Pendekatan kawalan kualiti : Kawalan Input,Kawalan proses, Kawalan Output


1. Kawalan Input
- Merujuk kepada kawalan ke atas semua input pengeluaran .
- Kawalan sebelum aktiviti proses pengeluaran dilaksanakan .
2. Kawalan Proses
-Merupakan kawalan semasa proses pengeluaran berlaku
- memastikan proses pengeluaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
3. Kawalan Output
-ialah kawalan selepas sesuatu proses pengeluaran selesai.
- Pengurus akan memantau kualiti produk secara pelan persampelan atau kaedah pemeriksaan
menyeluruh sebelum produk yang dikeluarkan dipasarkan.

9
10.Jenis-jenis inventori
1.bahan mentah
-Input yang digunakan dalam proses pengeluaran.
2.kerja dalam proses
-Produk separuh siap yang masih dalam proses transformasi
3.produk siap;
-keluaran akhir yang bersedia untuk dipasarkan iaitu boleh dijual dan diguna oleh pengguna.

11.ALAT /KAEDAH KAWALAN INVENTORI


1. Kuantiti Pesanan Ekonomi .
merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang akan
meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan.
2. Titik Pesanan Semula (Reorder Point)-ROP
- ROP merujuk kepada keputusan untuk menentukan masa yang sesuai untuk memesan semula
inventori dalam suatu kuantiti tertentu.
3. Sistem Tepat Pada Waktu ( Just In Time ) -JIT
- JIT merujuk kepada satu sistem yang memastikan pembekal perlu menghantar bekalan inventori
kepada pelanggan atau organisasi tepat pada masa yang diperlukan dalam satu jumlah minimum
yang mungkin.

4.Analisis ABC
- merujuk satu kaedah kawalan inventori menggunakan pengelasan tahap penggunaan
inventori mengikut nilai ringgit penggunaan.
- Semakin tinggi nilai ringgit penggunaan suatu inventori, semakin tinggi tahap
kepentingannya.

12.Konsep sistem pengeluaran


1.merekayasa ( Reengineering)
- Proses membentuk semula proses-proses utama yang penting, proses yang kritikal yang melibatkan
sistem, struktur organisasi secara radikal dan besar-besaran untuk mencapai kemajuan besar dalam
perniagaan.

2.Reka Bentuk berbantu Komputer (Computer Aided Design(CAD)


- CAD adalah sejenis program komputer yang dicipta membolehkan pengguna untuk memberi
dengan arahan yang menyerupai pen dan kertas.
-CAD sering digunakan oleh jurutera, arkitek dan profesional reka bentuk yang lain untuk mencipta
objek 2D dan 3D untuk menggambarkan projek.

3. Pembuatan berbantu Komputer (Computer Aided Manufacturing ) (CAM)


-CAM melibatkan penggunaan komputer dan robot untuk kawalan proses transformasi dan kualiti

4.Pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated manufacturing (CIM)]


- CIM merujuk kepada satu sistem pembuatan dengan menggunakan peruntukan bantuan komputer
sebagai kawalan dan automasi yang menggunakan teknologi tinggi pada semua peringkat
pembuatan dengan tujuan mengurangkan pembaziran dalam aspek tenaga kerja, kewangan, masa,
peralatan dan perkakasan jentera, tenaga dan sebagainya.

5. Sistem Pembuatan Luwes (Fleksibel Manufacturing System)


-Sistem pembuatan Luwes merujuk kepada satu sistem yang boleh mengawal sistem pengeluaran
yang menggunakan mesin yang akan membolehkan mesin tersebut mengeluarkan pelbagai produk
dengan cepat seperti satu sistem dengan beberapa komputer yang digunakan untuk mengawal
mesin-mesin dalam operasi tertentu dikawal oleh sebuah komputer pusat.
10
BAB 3:PEMASARAN(Bab paling penting )
1.Pendekatan pemasaran :
1.Pengeluaran
-Tumpuan diberi kepada pengeluaran produk secara besar-besaran.
-Kesannya kos pengeluaran menurun dan pengeluar dapat mengaut keuntungan yang tinggi. [1] /
Contohnya:Syarikat F&N mengeluarkan susu pekat manis secara besar-besaran kerana mendapat
permintaan yang tinggi.

2.Produk
-Tumpuan pemasaran diberi kepada kualiti produk. Kualiti produk amat dipentingkan dan diberi
keutamaan.
-Perniagaan percaya pelanggan hanya membeli produk yang paling berkualiti, berprestasi tinggi dan
mempunyai ciri-ciri inovatif.
Contohnya:Syarikat Perodua mengeluarkan kereta MYvi yang berkualiti, berinovatif serta
berteknologi tinggi. [1]

3.Penjualan
-Tumpuan diberi kepada kaedah, teknik dan cara menjualkan sesuatu produk untuk meningkatkan
jualan.
- Promosi agresif dan kreatif diamalkan
-Contohnya: Syarikat insurans menggunakan jurujual terlatih untuk mencari pasaran atau pelanggan [

4. Pemasaran
-Tumpuan diberi kepada keperluan dan kehendak pengguna. Berusaha memenuhi kepuasan pengguna.
Pengguna adalah raja. [1]
-Pengeluar menggunakan strategi campuran pemasaran iaitu menggunakan harga, produk, promosi
dan pengedaran untuk memasarkan produk.
Contohnya:Syarikat Honda menggunakan strategi campuran pemasaran untuk memasarkan kereta
Honda .

5. Pemasaran Kemasyarakatan
-Pendekatan yang memuaskan keperluan dan kehendak pengguna dengan menitikberatkan kebajikan
sosial pengguna.
-Pemasaran memberi tumpuan kepada keperluan dan kehendak pengguna jangka panjang. [1]
-Contohnya :Syarikat Honda mengeluarkan kereta Hybrid yang mengurangkan penggunaan petrol
dan diesel dan mengurangkan pencemaran udara.

2. Proses pemasaran:
1) Menilai peluang-peluang pemasaran
-Mengenal pasti produk dan potensi pasaran terhadap produk
- Pemasar mengambil kira faktor persekitaran seperti demografi, ekonomi, teknologi, sosio-budaya,
, pesaing dan Membuat ramalan permintaan
2) Memilih sasaran pasaran
-Membuat segmentasi dan mengenal pasti segmentasi yang ingin ditumpu perhatian
– pemasar akan memilih segmen pasaran yang menjanjikan keuntungan untuk ditembusi

11
3) Membina campuran pemasaran
-Merancang dan membentuk strategi pemasaran yang sesuai dengan produk dan segmen pasaran
yang dipilih
-Pemasar membentuk campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, penentuan harga,
pengedaran dan promosi
4) Mengurus usaha pemasaran
- Melaksanakan aktiviti pemasaran yang melibatkan pembangunan produk, penetapkan harga,
promosi dan pengedaran.
-Membentuk belanjawan yang mengandungi anggaran sumber wang masuk dan perbelanjaan bagi
aktiviti pemasaran
• Mengurus hubungan pelanggan seperti membuat pameran jualan,mengambil tempahan

3. pendekatan strategi pemasaran


i) Analisis portfolio perniagaan (BCG)

Keluaran Bintang Keluaran tanda tanya


Lembu kontan Keluaran Anjing
Tinggi Rendah
Syer pasaran Relatif

1. Keluaran bintang
1. Kadar pertumbuhan pasaran tinggi dan syer pasaran yang tinggi
2. Mempunyai potensi berkembang
3. Memerlukan banyak pelaburan
4. Mendapatkan keuntungan yang tinggi

2.Keluaran Lembu kontan


1. Kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran yang tinggi
2. Mempunyai kedudukan yang stabil dalam pasaran
3. Memerlukan sedikit pelaburan

3.Keluaran tanda tanya


1. Kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran yang tinggi
2. Potensi keluaran belum diketahui
3. Memerlukan usaha pemasaran untuk berkembang
4. Keuntungan belum pasti dapat

4.Keluaran Anjing
1. Kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran yang rendah
2. Tidak berpotensi berkembang. Keluaran dihentikan atau tidak dikeluarkan
3. Memerlukan banyak penyelidikan dan pembangunan ( R&D) untuk mendapat pasaran
4. Mendapatkan pulang modal atau kerugian

4. Pendekatan strategi pemasaran analisis SWOT


1.kekuatan
- Faktor dalaman organisasi yang membantu pencapaian objektif organisasi
-seperti Pekerja mahir,teknologi moden,modal banyak, jenama yang sudah dikenali
2.kelemahan
- Faktor dalaman organisasi yang menghalang mencapai objektif organisasi.
seperti modal syarikat yang terhad,pekerja kurang pengalaman,telknologi lama

12
3.peluang
-persekitaran luaran yang membantu pencapaian objektif organisasi
-Seperti ekonomi berkembang, politik stabil,persaingan terhad
4.ancaman
-persekitaran luaran yng menghalang pencapaian objektif organisasi
-Seperti ekonomi meleset,peperangan, kemasukan pesaing baru yang kuat

5.Model Gelagat Pengguna


Elemen ialah
1.Rangsangan pemasaran dan persekitaran
-rangsangan pemasaran melalui strategi produk,Harga,promosi dan pengedaran
- rangsangan persekitaranmelalui persekitaran ekonomi ,politik ,teknologi dan sosiobudaya .
2.Kotak Hitam pembeli
-Ialah minda pengguna yang menentukan keputusan membuat pembelian
3.Respon pembeli
-Ialah tindakan pengguna membuat keputusan membeli atau tidak.

6.Strategi pemasaran
1.penembusan pasaran
– memasarkan produk sedia ada ke pasaran sedia ada
2 .pembangunan pasaran
– mengenal pasti dan membangun pasaran baru untuk produk sedia ada
3. pembangunan produk
- memasarkan produk baru atau produk yang ditambahbaikkan ke pasaran sedia ada
4 pempelbagaian
–memasarkan produk baharu atau memulakan perniagaan dalam pasaran baru

7.Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna


1.sosial:
merujuk ahli keluarga ,status sosial dan kumpulan rujukan yang akan mempengaruhi keputusan
pembelian
-Contoh 1: pengguna yang berpendapatan rendah lebih gemar mengunjungi kedai yang mengadakan
jualan murah .
-Contoh 2: golongan berpendapatan tinggi akan mengunjungi kedai berjenama
2.budaya:
Merujuk norma, amalan masyarakat setempat dan kelas sosial yang mempengaruhi pengguna
membuat keputusan membeli sesuatu produk.
-cth 1: pengguna berbangsa Melayu membeli baju melayu apabila tiba musim perayaan.
Cth 2:Pengguna dalam kelas sosial tinggi lebih suka membeli barang mewah .
3.individu
merujuk faktor demografi seperti umur,pendidikan,bangsa,jantina yang mempengaruhi gelagat
pengguna membuat pembelian.
Contoh 1: Individu berumur dewasa membuat pembelian keatas barang-barang keperluan
Contoh2: Orang perempuan lebih suka membuat pembelian keatas alat solek dan penjagaan diri.

4.psikologi
merupakan faktor dalaman pengguna iaitu motivasi, persepsi, personaliti, pembelajaran dan sikap
akan mempengaruhi tindak balas pengguna terhadap sesuatu produk di pasaran
-Contoh 1:Pengguna berpendapatan tinggi lebih suka membeli barang luar negara kerana
menganggap lebih berkualiti .
Contoh 2:Pengguna yang telah membeli ubat gigi colgate telah membuat pengulangan pembelian
kerana ubat gigi tersebut dapat memutihkan gigi

13
5.Situasi
merujuk masa pembelian, tujuan pembelian, cara membeli/kaedah pembayaran yang
mempengaruhi gelagat pembelian pengguna.
Contoh 1: Pengguna akan berbelanja lebih apabila tiba musim perayaan seperti membeli perabut
baru.
Contoh 2: Pengguna cenderung berbelanja lebih apabila membuat pembayaran dengan kredit kad.

1.Mengenalpasti keperluan
-Pengguna mengkaji jenis keperluan yang akan dipenuhi kerana wujud perbezaan antara keinginan
dan keadaan sebenar.
-Pengguna akan mengkaji barang yang hendak dibeli bagi memenuhi keperluan,kehendak ,citarasa
dan kepuasannya
Contoh:

2.Mencari maklumat
-Pengguna akan mendapatkan maklumat seberapa banyak barang yang hendak dibeli seperti
harga,jenama ,spesifikasi
-Maklumat boleh diperolehi daripada ahli keluarga,rakan,jurujual atau media massa
Contoh:

3.Menilai alternatif
-Pengguna akan menganalisis pilihan barang yang ada dipasaran
-Pengguna membuat perbandingan dari segi harga,manafat yang diperolehi
Contoh

4.Membuat keputusan pembelian


-pengguna mengambil keputusan dengan membuat pilihan jenama yang akan dibeli.
-Pengguna memilih alternatif /barang terbaik yang memberi kepuasan
Contoh:
5. Gelagat selepas pembelian
-Pengguna bertindak balas selepas membeli produk berdasarkan tahap kepuasan atau
ketidakpuasan pembelian
-Jika pengguna berpuashati, maka tidak balas positif keatas barang tersebut berlaku seperti
membuat pengulangan pembelian
Contoh:

9.Proses pembelian produk baru


1.Menyedari
-Pengguna baru mengetahui kewujudan barang baru
-tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang barang tersebut
Contoh:

2.Meminati
-Pengguna akan mencari maklumat terkini dan terperinci tentang barang
-Maklumat boleh diperolehi daripada ahli keluarga,rakan,jurujual atau media massa
Contoh:
3.Menilai
-Pengguna akan mengkaji,menganalisis samada barang tersebut dapat memenuhi keperluan,citarasa
atau kehendak
-membuat pertimbangan samaada untuk membeli barang itu atau tidak
Contoh:

14
4.Mencuba
-Pengguna akan menguji barang tersebut sebelum membuat keputusan pembelian
- untuk memastikan barang tersebut dapat memenuhi keperluan,kehendak
Contoh:

5.Menerima
-Pengguna membuat keputusan untuk membeli barang itu.
-Barang tersebut dapat memenuhi keperluan dan kehendak
Contoh

10.proses pembelian produk industri


1. Mengenal pasti masalah
-Pengeluar seharusnya mengenalpasti masalah terhadap keperluan produk industri yang diperlukan
dalam proses pengeluaran
- Pengeluar mengkaji kelemahan yang berlaku dalam proses penghasilan sesuatu produk
Contoh: Pengusaha kilang sos cili menghadapi masalah pengeluaran yang didapati berpunca
daripada mesin pengisar cili yang sudah usang dan sering kali rosak

2.Mengenalpasti keperluan organisasi


-Pengeluar memastikan apa yang diperlukan untuk mengatasi masalah yang sering dihadapinya
-Menyediakan senarai semak barang yang diperlukan oleh organisasi dan membuat analisis untuk
memastikan ia menepati keperluan tersebut
Contoh: Pengusaha kilang sos cili memerlukan mesin pengisar yang baharu untuk menggantikan
mesin lamanya yang usang
3.Menentukan spesifikasi produk
-Pengeluar memastikan ciri-ciri produk yang dikehendaki untuk memastikan supaya produk yang
dibeli nanti dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
- Menyenaraikan secara perinci dan membuat perbandingan antara keperluan produk yang hendak
dibeli
-Contohnya: Pengusaha kilang sos cili memastikan mesin yang akan dibeli mempunyai tempoh hayat
yang panjang

4.Mencari pembekal
-Mencari maklumat pembekal produk industri melalui rakan dan media massa.
5.membuka tender
6.memilih pembekal
7.memesan produk
8.menilai prestasi pembekal

11.langkah-langkah/proses penyelidikan pemasaran:


1.mengenalpasti masalah dan menetapkan objektif:
-Mengkaji masalah yang mungkin wujud dari dalam organisasi
-Menentukan matlamat penyelidikan yang hendak dicapai
Contoh :Syarikat MAS mengkaji masalah penurunan jumlah penumpang bagi penerbangan domestik

2.membentuk rancangan penyelidikan:


-membuat dan membina satu kaedah kajian secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca
masalah dan mengenal pasti penyelesaian yang mungkin
Contoh : MAS merancang kajian untuk mendapatkan maklum balas darpada penumpang dan semua
pelanggan yang pernah menggunakan khidmat MAS

15
3.melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data:
-Membuat kajian dengan mengumpul maklumat dari sumber primer dan sekunder
-Memproses ,menilai maklumat yang diperolehi untuk mengatasi masalah organisasi
Contoh :syarikat MAS mengumpul maklumat daripada maklum balas pelanggan melalui soal selidik .

4.menginterpretasikan dan melaporkan penemuan:


- Mentafsir data untuk membuat satu rumusan
-Mengemukakan hasil dapatan kajian dan cadangan berdasarkan dapatan kepada pihak pengurusan
Contoh:MAS mendapati salah satu punca penurunan bilangan penumpang ialah saingan tambang
murah daripada syarikat penerbangan lain .

12.Asas-asas segmentasi pasaran


1.geografi
-pemasar membahagikan pasaran mengikut kawasan spt,zon,negeri.daerah dan bandar
2.demografi
-Pemasar membahagikan pasaran mengikut tingkat pendapatan,tahap pendidikan,kaum
3.psikografi
-membahagikan pasaran berdasarkan kelas sosial,personaliti dan gaya hidup pengguna.
4.gelagat pengguna
-pemasar membahagikan pasaran berdasarkan tabiat pembelian,tabiat memilih,kesetiaan kepada
sesuatu jenama

11. Strategi menyasarkan pasaran (market targeting)


1.pemasaran tidak dibezakan:
- Produk yang sama dipasarkan kepada semua segmen pasaran .
-pemasarmenggunakan strategi pemasaran yang sama kepada semua segmen dalam pasaran
Contoh:Produk gula telah dipasarkan kepada pelanggan dengan mengunakan harga yang sama.

2.pemasaran dibezakan
-Beberapa segmen pasaran dipilih untuk dipasarkan produk.
-Menggunakan strategi pemasaran yang berbeza untuk segmen pasaran yang berlainan.
Contoh :Mesin pencuci kain 6kg dipasarkan kepada isi rumah, manakala mesin pencuci 15kg
dipasarkan kepada kedai-kedai dobi.

3.Pemasaran Tertumpu:
-Hanya satu segmen pasaran dipilih.
-Strategi pemasaran tertumpu kepada demografi atau geografi tertentu.
- Kereta Mercedes hanya dipasarkan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi.

4.pemasaran mikro
-Satu segmen pasaran yang spesifik dipilih.
-Pemasaran dibuat dengan menyesuaikan produk mengikut cita rasa individu, keperluan dan
kehendak, atau pengguna tempatan secara spesifik.
Contoh: Kerusi roda dipasarkan kepada golongan OKU dan golongan yang lumpuh

12.Proses peletakan pasaran


1.menentukan pasaran sasaran
-mengenalpasti bakal pelanggan yg akan dijual produk .
-mengenalpasti dan memilih segmen pasaran yang menguntungkan untuk ditembusi.
2.menyesuaikan produk dengan pasaran
-mengeluarkan produk mengikut keperluan, citarasa dan kehendak pengguna
-pemasar pelu mengetahui dan memahami keperluan , kehendak dan citarasa pengguna

16
3.mengkomunikasikan ciri-ciri produk.
-pengeluar akan menyampaikan maklumat mengenai produk melalui pengiklanan,promosi jualan
dan jualan bersemuka.

13.Strategi peletakan pasaran


1.atribut produk
- adalah ciri produk yang ketara dan tidak ketara.
- Atribut produk merangkumi sifat ketara seperti bahan, wama, jenama, saiz dan
bentuk;
- Juga merangkumi sifat tak ketara seperti kualiti produk seperti ketahanan,
ketepatan, keberkesanan , jaminan dan khidmat lepas jualan.
2.manfaat:
faedah yang boleh diperoleh daripada penggunaan produk berbanding dengan
produk pesaing

3.kekerapan penggunaan:
--Kekerapan pengunaan produk yang tinggi menunjukkan produk pengeluar
amat baik digunakan oleh pengguna.
.
4.Pengguna
-individu yang membeli dan menggunakan produk perniagaan
-Pengguna membeli produk yang dapat memenuhi keperluan dan bersesuaian dengan kehendak.
5.klasifikasikan produk
-Produk organisasi boleh dibahagikan kepada produk pengguna dan produk perindustrian
-Produk pengguna boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu produk mudah beli,produk beli belah
,produk istimewa dan produk tidak dicari.
-Produk perindustrian dibahagi tiga kategori iaitu produk bahan dan komponen,barang modal , dan
produk bekalan dan perkhidmatan.

14. Jenis-jenis campuran pemasaran


1. Penetapan harga
-harga yang ditetapkan oleh peniaga untuk menarik pelanggan membeli.
- Strategi harga campuran produk digunakan ialah harga pakej dan harga promosi
2. Promosi
-ialah aktiviti menarik, memujuk dan mempengaruhi pelanggan membeli barang syarikat.
- menggunakan campuran promosi seperti jualan bersemuka, pengiklanan, publisiti, perhubungan
awam, promosi jualan .
3. Pengedaran
-ialah aktiviti memindahkan produk dari tempat pengeluaran ke tangan pengguna di lokasi dan masa
yang dikehendaki oleh pelanggan.
-melibatkan saluran pengedaran seperti pemborong, peruncit dan ejen penjualan
4. Produk
-ialah strategi penawaran barang dan perkhidmatan oleh peniaga kepada pelanggan.
- Strategi produk seperti pembungkusan, penjenaman dan pembentukan atribut produk yang
menarik.

15. Klasifikasi produk pengguna


1.Produk mudah beli
-barangan yang dibeli dengan masa dan usaha paling minimum
- produk ini kerap dibeli
- harga produk adalah murah dan konsumer tidak membuang masa untuk membuat perbandingan
harga dan kualiti

17
2.Produk beli-belah
-merupakan barangan yang jarang dibeli – mungkin sebulan sekali atau setahun sekali
- pembelian dibuat selepas dibuat tinjauan dan perbandingan harga dan kualiti untuk mengelak
risiko tersilap membeli
3.Produk Istimewa
- barangan yang mempunyai ciri yang unik yang disukai konsumer dari aspek jenama,gaya.
- konsumer sanggup habiskan masa/berusaha untuk mencari dan mendapatkan barangan ini
4.Produk tidak dicari
-barangan yang tidak diketahui kewujudannya oleh pembeli di pasaran
-konsumer (manfaat) tidak merasa desakan untuk memilikinya.

2. produk industri
Merupakan produk yang dibeli kilang bagi memproses bahan mentah untuk menghasilkan barang
siap atau separuh siap seperti mesin dan jentera.

16. Strategi produk


1.Atribut produk
- adalah ciri produk yang ketara dan tidak ketara. Atribut produk merangkumi
a)sifat ketara seperti bahan, wama, jenama, saiz dan bentuk;
b) sifat tak ketara seperti kualiti produk seperti ketahanan, ketepatan, keberkesanan
, jaminan dan khidmat lepas jualan.

2.Penjenamaan
-proses menggunakan simbol, tanda nama dan istilah untuk memberi identiti kepada sesuatu
produk.
-Jenama menggambarkan kualiti sesuatu produk dan jenama yang dikenali ramai boleh
menambahkan nilai kepada produk tersebut.
3.Pembungkusan
-dilakukan untuk melindungi produk, membezakan produk daripada produk pesaing, menarik
pelanggan dan menambahkan nilai produk.
-Reka bentuk pembungkusan yang menarik dapat meningkatkan daya saing dan jualan.

4.Pelabelan
-merupakan penerangan ringkas dalam bentuk nota atau grafik mudah yang dilekatkan pada
bungkusan produk.
·-Pelabelan membolehkan produk digredkan. Label memuatkan maklumat penting tentang sesuatu
produk seperti tarikh luput, kandungan produk, cara penggunaan dan cara simpanan

5.Khidmat sokongan
- meliputi perkhidmatan pelanggan dan jaminan produk.
-Perkhidmatan pelanggan diberi seperti menguruskan aduan pelanggan , mengumpul idea dan
cadangan pelanggan dan mengesahkan tentang kualiti dan prestasi produk

17. Lini Produk


1.Kelebaran produk.
-Bilangan lini/barisan produk dalam sesebuah syarikat yang ditawarkan kepada pelanggan.

2.Kedalaman produk
-merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu barisan produk yang ditawar
kepada pengguna.

18
18.Kitaran hayat produk ( Fakta Umum)

Empat peringkat kitaran hayat produk


1. Peringkat pengenalan
-Produk baru diperkenalkan kepada pengguna/pelanggan
-Jualan adalah sedikit.
-Harga dan kos seunit barang tinggi
- Keuntungan syarikat adalah sedikit, sifar atau mengalami kerugian.

2. Peringkat Pertumbuhan
- Produk mula dikenali ramai.
-Jualan meningkat dan jualan bertambah pada kadar menaik
-Harga dan kos seunit barang menurun
-Keuntungan syarikat adalah positif dan semakin menambah.
3. Peringkat Kematangan
-Produk sudah dikenali ramai.
- Jualan meningkat ,mencapai maksimum dan mula menurun
-Harga dan kos seunit barang pada tingkat yang paling rendah
-Keuntungan syarikat adalah maksimum.

4. Peringkat kemerosotan
-Pengguna telah bosan/jemu terhadap produk syarikat
-Jualan menurun dengan mendadak
-Harga dan kos seunit barang meningkat
-Keuntungan syarikat adalah sifat atau negatif

19 Jenis saluran agihan


1.Pengeluar → pengguna (sesuai untuk perkhidmatan langsung)
2.Pengeluar → Ejen → Pengguna
3. Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna
4. Pengeluar → Peruncit → Pengguna
5. Pengeluar → Pemborng → Pengguna
6. Pengeluar → Pemborng → Peruncit → Pengguna

19.Perantaraan dalam saluran agihan produk


1.Pemborong
-Pihak yang membeli produk secara pukal/besar-besaran daripada pengeluar dan mengagihkannya
dalam kuantiti kecil kepada peruncit.
2. Peruncit
-Pihak yang menjual produk dalam kuantiti kecil kepada pengguna
3. Ejen
-Orang tengah yang membantu dan menemukan pembeli dengan pengeluar/penjual dalam
urusniaga.

20. Faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga.

A. Faktor-faktor dalaman
1. Kos.
-peniaga mestilah meletakkan harga yang dapat meliputi/menampung kos.
-Kos merangkumi kos tetap dan kos berubah.

19
2. Strategi pemasaran.
- Peniaga meletakkan harga produk dengan mengambilkira reka bentuk produk, cara pengedaran,
dan jenis promosi yang dilakukan.
-Produk yang berkualiti & berjenama diletakkah harga tinggi.
-Contoh produk yang diedarkan tanpa kedai diletakkan harga yang rendah.
3.Objektif pemasaran adalah penakatan.
-Syarikat meletakkan harga yang rendah untuk produk bagi memastikan perniagaan terus
beroperasi .

4. Pertimbangan organisasi.
- Dalam organisasi besar, harga ditentukan oleh pengurus jualan, manakala organisasi kecil, harga
ditentukan oleh pemilik perniagaan.

B. Faktor luaran
1.Keadaan pasaran dan permintaan.
- Keadaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membenarkan pemasar meletakkan harga
yang bersesuaian dengan kuasa beli pengguna.
2.Persaingan.
-Persaingan merujuk firma yang mengeluar produk yang sama dalam pasaran yang sama.
-Tindakan pesaing dalam menetapkan harga dikaji sebelum pemasar menetapkan harga produk .
3.Faktor persekitaran.
-Persekitaran sosiobudaya dan perundangan menentukan tingkat harga yang boleh ditetapkan oleh
pemasar.
- Kawalan kerajaan terhadap harga produk kawalan mempengaruhi harga yang ditetapkan oleh
pemasar

21.Pendekatan penentuan harga secara umum


1.kos:
Harga yang diletakkan oleh peniaga mestilah dapat menampung kos iaitu kos tetap dan kos
berubah.dan mendapat keuntungan.
a) Penentuan Harga Tokokan-Kos
-Pemasar meletakkan harga produk dengan mengambilkira kos pengeluaran produk.
-Harga ditentukan dengan menambahkan margin untung yang dikehendaki ke atas kos pengeluaran.
- Harga Tokokan kos
= kos seunit
(1 – pulangan yg dingini ke atas jualan)

2. nilai
- Pemasar meletakkan harga produk berdasarkan persepsi pembeli tentang nilai produk
- Jika pemasar meramal nilai persepsi bakal pelanggan terhadap sesuatu produk itu tinggi, harga
yang tinggi akan diletakkan
3. Persaingan
-Persaingan merujuk ancaman firma yang mengeluar produk yang sama dalam pasaran yang sama.
-Pemasar menetapkan harga produk mengikut harga pesaing iaitu harga yang sama, lebih tinggi atau
kurang daripada harga pesaing

22. Penentuan Harga Produk baru


1. Harga penarahan pasaran
-merupakan strategi harga yg diletakkan tinggi pada permulaan memasuki pasaran atau pada awal
Kitaran hayat produk.
-Tujuan harga penarahan pasaran adalah untuk mendapat keuntungan dan menjaga imej barang.
-Harga penarahan pasaran diletakkan bagi barang mewah dan barang istimewa.

20
2.Harga penembusan pasaran
- merupakan strategi harga yang diletakkan rendah pada permulaan memasuki pasaran atau pada
awal Kitaran hayat produk.
-Tujuan harga penembusan pasaran untuk mendapat menembus pasaran dan mendapat pasaran
yang luas

23. Campuran promosi


1. Pengiklanan
-cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan oleh penjual kepada pengguna
secara berbayar melalui pelbagai jenis media massa .
- Iklan dibuat secara berulangkali untuk mewujdkan permintaan, mengekalkan permintaan dan
meluaskan permintaan.

2. Promosi Jualan
- cara penyampaian maklumat tentang barang dan perkhidmatan oleh penjual kepada pengguna
melalui teknik-teknik jualan dalam jangka masa pendek.
-Jenis promosi jualan ialah kupon, rebat, potongan harga, peraduan dan barang sampel.
3. Publisiti
- cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan yang tidak berbayar dari
pengeluar kepada pengguna melalui sebaran media komunikasi .
-Publisiti boleh dibuat dalam bentuk-bentuk berikut : liputan berita, rencana berita, penyuntingan
rekod dan filem, persidangan akhbar.

4. Perhubungan awam
- untuk menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat umum khasnya pihak berkepentingan
perniagaan seperti pembekal, pelanggan dan kerajaan.
- Jenis perhubungan awam ialah mengeluarkan buletin/majalah, mewujudkan laman web, melantik
pegawai perhubungan awam untuk meningkatkan imej syarikat di kalangan masyarakat umum

5. Jualan bersemuka
-satu cara menyampaikan maklumat barang dan perkhidmatan dari pengeluar atau firma kepada
pengguna melalui jurujual yang terlatih dan berkebolehan.
-maklumat mengenai kelakuan membeli dan cita rasa pengguna dapat diperolehi secara langsung
oleh firma kerana jurujual berhadapan dengan pengguna-pengguna.

BAB 4;KEWANGAN

1.Pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan:


1.pemilik syarikat /pelabur
-penyata kewangan digunakan untuk memastikan modal mereka dilaburkan dengan cekap
-untuk melihat perkembangan syarikat
2..Pengurusan syarikat
-Digunakan untuk membuat keputusan seperti pembiayaan aktiviti syarikat,jenis kegiatan dan
pembahagian dividen
3..agensi kerajaan;
-Lembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan penyata kewangan sebagai asas pengiraan cukai
keuntungan perniagaan dan pembayaran cukai oleh syarikat.
4.pembekal:
-penyata kewangan diperlukan untuk menilai kemampuan syarikat membayar balik kredit /hutang
pembekal

21
2.Jenis penyata kewangan
1.Penyata pendapatan
- Penyata yang menunjukkan ringkasan hasil, belanja, dan untung rugi sesebuah syarikat dalam
tempoh masa tertentu

2.Kunci kira-kira
-Menunjukkan kedudukan aset semasa,aset tetap , liabiliti semasa ,liabiliti jangka Panjang dan Ekuiti
pemilik firma pada satu tarikh yang ditentukan

3.Penyata aliran tunai


-Penyata yang menunjukkan sumber wang tunai dan penggunaan tunai bagi satu tempoh tertentu –
- Jumlah sumber kewangan bersamaan dengan jumlah penggunaan kewangan.

2.Jenis nisbah kewangan


1. Nisbah kecairan
- Mengukur keupayaan firma membayar tuntutan dan belanja pada waktu yang diperlukan
- Nisbah semasa = Aset semasa
Liabiliti semasa
2.nisbah kecekapan.
-Menunjukkan kecekapan pengurus dalam mengurus aset firma
-Nisbah kecekapan boleh dihitung melalui pusing ganti inventori
-Pusing ganti
Inventori = kos barang dijual
inventori
3.Nisbah keberuntungan
- Menunjukkan aras keuntungan setelah ditolak belanja-belanja tertentu.
-Rumus ;margin untung kasar = Untung kasar
Jualan bersih
4.Nisbah penggearan
- Mengukur sejauh mana firma menggunakan pinjaman untuk membiaya aktiviti dan keupayaan
membayar hutang.
-Rumus ;nisbah hutang = Jumlah liabiliti
Jumlah aset
5 Nisbah pasaran
- Menunjukkan perhubungan antara prestasi firma dengan harga saham di pasaran.
- Nisbah harga
perolehan = Harga sesaham
Perolehan sesaham

3.Sumber dana jangka masa panjang


1. Bon
- Merupakan sekuriti jangka panjang
-Dikeluarkan oleh pihak swasta atau awam
- kadar faedah yang tetap bila tempoh matang

2. Ekuiti
- Pelaburan pemilik
- Saham biasa menunjukkan pemilikan syarikat dan tiada tempoh matang
-Hak pemegang saham: hak mengundi, hak ke atas aset, hak ke atas pendapatan

22
3. Saham keutamaan
- Aset kewangan tiada tempoh matang dan dibayar dengan kadar faedah yang tetap
- Menggabungkan ciri-ciri saham biasa dan bon
- Dividen saham utama di bayar terlebih dahulu berbanding saham biasa

4.Sumber dana jangka masa pendek:


1. Overdraf
- Pengeluaran wang daripada akaun semasa melebihi baki wang yang ada dalam akaun.
-Tujuan penggunaan membayar perbelanjaan, hutang dan pembelian barangan
-Kadar bunga yang tinggi dikenakan ke atas overdraf yang dikeluarkan mengikut hari.

2. Pemfaktoran
- Satu urusniaga yang melibatkan pembelian akaun belum terima oleh syarikat pemfaktor
- Pemfaktor terdiri daripada institusi kewangan yang menjalankan kegiatan pemfaktoran
-Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun belum terima dan aktiviti
pengutipan hutang.

3. Penerimaan jurubank
-Pembiayaan perdagangan oleh pihak bank dalam aktiviti eksport dan import
-Bil pertukaran dikeluarkan oleh pelanggan dan diterima oleh bank untuk membuat bayaran pada
tarikh dan masa tertentu .
Contoh: Maybank memberikan jaminan kepada pengekport untuk membuat pembayaran bagi
syarikat yang membeli barang import

.4. Trust receipt


-Jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada peniaga daripada dalam dan luar negara
-Peniaga mendapat barangan belian walaupun belum membuat bayaran
-Bank akan membuat bayaran dahulu bersandarkan kepada nilai bil
5. Pinjaman berjangka
-Bank memberi kemudahan pinjaman untuk tempoh singkat
-Mengenakan kadar faedah megikut bulanan
-Kos pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman.

5.Jenis-jenis penggunaan dana


1. Keperluan semasa
-Keperluan tunai membiaya aktiviti urus niaga harian
-Memastikan operasi perniagaan harian berjalan dengan lancar
2. Jangka masa pendek
- Keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang daripada setahun
-Melibatkan pembiayaan pengurusan modal kerja
3. Jangka masa panjang
- Keperluan dana dalam membuat pelaburan modal
- Melibatkan jangka masa melebihi setahun

6. Elemen Bajet tunai


1. Aliran masuk tunai
-Ramalan aliran masuk berdasarkan unjuran jualan yang melibatkan jualan kredit dan jualan tunai
2. Aliran keluar tunai
- Kegunaan tunai dalam sesebuah firma termasuklah akaun belum bayar, upah/gaji, kos pentadbiran,
perbelanjaan modal, pembayaran dividen, cukai pendapatan dan faedah.
3. Aliran tunai bersih
- Perbezaan jumlah aliran masuk dengan jumlah aliran keluar setiap tempoh

23
7.Jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh sesebuah organisasi perniagaan.
1.Risiko tulen
-Merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi yang mengalami kerugian atau tidak mengalami
kerugian dan terus berada dalam keadaan yang sama
Contoh risiko tulen: Risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya ,Risiko kilang terbakar
2.Risiko spekulatif
-merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi menghadapi kemungkinan
-kemungkinan: memperoleh keuntungan, mengalami kerugian dan masih berada dalam keadaan
yang sama.

6.Prinsip-psinsip insurans **
1. Gantirugi
-Pampasan insurans setakat nilai kerugian sahaja
-Pemegang polisi tidak boleh membuat keuntungan ke atas risiko yang dilindungi
Prinsip tambahan gantirugi
i. Subrogasi
- Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans
ii. Caruman
-Pemegang insurans mengambil beberapa syarikat insurans untuk melindungi harta yang sama
-Syarikat-syarikat insurans tidak akan membayar pampasan melebihi daripada jumlah ganti rugi
-Syarikat-syarikat insurans membayar gantirugi sama rata ke atas kerugian yang dialami
iii. Limpah
- Nilai perlindungan insurans lebih besar daripada nilai harta yang sebenar.

2. Doktrin punca terdekat


-Pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku secara langsung daripada
risiko yang diinsuranskan
3. Kepentingan boleh diinsuranskan
- Seseorang yang mempunyai kepentingan ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan untuk
mendapat perlindungan daripada menghadapi sebarang risiko.
4. Penuh percaya mutlak
-Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa yang
diinsuranskan
-Pemyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans

7.Prinsip -prinsip takaful


1.Kepatuhan syariah
i. Gharar
-Bermaksud ketidakpastian
-Terdapat sesuatu yang disembunyikan dan boleh menimbulkan ketidakadilan serta penganiayaan
kepada pihak lain.
ii. Maisir
-Bermaksud perjudian
-Transaksi yang mengandungi unsur gharar secara tidak langsung melibatkan unsur perjudian
-Kemungkinan premium yang dibayar akan diganti dengan ganjaran kewangan yang besar atau kecil.
iii. Riba
-Syarikat insurans mengenakan faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman
-Unsur faedah dalam penjanaan untung yang digunakan pembayaran pampasan
iv. Akad Jual beli
- Persetujuan bersama dikalangan peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat takaful) dalam
menjalankan peranan masing-masing.

24
2. Menanggung risiko bersama
-Peserta takaful yang mengalami risiko akan menerima bantuan daripada peserta lain dalam
menghadapi sebarang risiko
-Mengamalkan konsep kerjasama, tolong menolong dan bermuafakat pihak lain yang mengalami
kerugian
3.tabarru
-Bermaksud sedekah iaitu peserta takaful akan menyumbang dengan ikhlas untuk membantu
peserta lain yang ditimpa musibah.
4.Simpanan atau pelaburan
-Sumbangan peserta dalam takaful merupakan milik peserta
- Fungsi utama pelaburan untuk mendapatkan keuntungan
-Syarikat takaful pemegang amanah memastikan bidang dan kegiatan pelaburan selamat dan selaras
dengan syariah

8.Elemen-elemen Kepatuhan syariah


1. Gharar
-Bermaksud ketidakpastian
-Terdapat sesuatu yang disembunyikan dan boleh menimbulkan ketidakadilan serta penganiayaan
kepada pihak lain.
2. Maisir
-Bermaksud perjudian
-Transaksi yang mengandungi unsur gharar secara tidak langsung melibatkan unsur perjudian

3. Riba
-Syarikat insurans mengenakan faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman
-Unsur faedah dalam penjanaan untung yang digunakan pembayaran pampasan

4. Akad Jual beli


- Persetujuan bersama dikalangan peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat takaful) dalam
menjalankan peranan masing-masing.

BAB 5:SUMBER MANUSIA


1. Cabaran pengurusan sumber manusia (Fakta Umum)
Cabaran pengurusan sumber manusia ialah
1.Peningkatan bilangan pekerja wanita
-Peningkatan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan meningkatkan jumlah pekerja wanita
- perlu disediakan pusat penjagaan anak bagi pekerja wanita yang mempunyai anak kecil
- cuti yang panjang terutama cuti bersalin
-Disediakan juga tempat kemudahan penyusuan bayi
2. Globalisasi
- Organisasi perniagaan beroperasi di luar lingkungan sempadan negara.
- Oleh itu pekerja perlu didedahkan dengan keperluan, sikap dan budaya luar /negara luar
-Syarikat perlu meningkatkan daya saing dengan mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti agar
dapat bersaing dengan syarikat antarabangsa lain dan meneroka pasaran luar yang lebih luas.

3. Perkembangan teknologi
- Memerlukan latihan dan kemahiran tinggi untuk mengendalikannya
- menyediakan pekerja dengan pengetahuan dan kemahiran baharu

4. Penguatkuasaan undang-undang buruh yang ketat


-Caruman KWSP yang perlu dipatuhi untuk simpanan masa depan pekerja
-Penetapan gaji minimum pekerja yang perlu dipatuhi majikan
25
5. Peningkatan buruh asing
- Mereka membawa budaya luar yang kadangkala tidak sama dengan budaya tempatan seperti suka
berpuak dan bergaduh.
-Untuk membantu tenaga buruh asing menyesuaikan diri dengan budaya asing.
-pengurus menyediakan persekitaran kerja yang saling memahami, menghormati masyarakat
setempat .

2.Pengurusan sumber manusia strategik


1.Menarik
-menerusi perancangan rekrut dan pemilihan pekerja yang sesuai
2. Membangun
- menerusi program penilaian, latihan, dan meningkatkan produktiviti.
3. Mengekal sumber manusia
- Pekerja yang produktif perlu diberi ganjaran, hubungan pekerja dan penyelenggaran pekerja
supaya pekerja terus kekal dalam organisasi.

3.Proses perancangan sumber manusia


1.Analisis Kerja
- Satu teknik mengkaji sesuatu kerja untuk mengenalpasti kemahiran,pengetahuan,
pengalaman dan keperluan lain yang penting untuk melaksanakan sesuatu tugas.
-Merangkumi penghuraian kerja dan spesifikasi kerja
-Penghuraian kerja ialah Satu profil bertulis mengenai sesuatu kerja yang mengandungi
nama jawatan, lokasi, pengredan, senarai tugas dan tanggungjawab
-Spesifikasi kerja mengandungi aspek individu yang sesuai untuk sesuatu kerja seperti
faktor fizikal, pencapaian, kecenderungan, kebijaksanaan, keadaan, minat dan sifat
semulajadi pemikiran serta sikap.
2.Menentukan keperluan
-Membuat anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa
depan.
3.Memenuhi keperluan
-Memastikan matlamat organisasi untuk mendapatkan pekerja dikehendaki tercapai

4.kaedah menentukan keperluan sumber manusia


1.Meramal sumber dalaman dan sumber luaran
-Merupakan suatu anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa
depan.
- Sumber dalaman terdiri dari daripada pekerja organisasi yang sedia ada dan boleh dinaikkan
pangkat, diturunkan pangkat atau dipindahkan ke bahagian lain untuk memenuhi kekosongan
jawatan yang ada.
- Sumber luaran pula terdiri daripada individu di luar organisasi seperti penganggur dan pekerja
organisasi lain.
2.Carta penggantian
-Senarai pemegang jawatan semasa dan mereka yang berkemungkinan boleh menggantikan tempat
jika jawatan tersebut dikosongkan.
3.Inventori kemahiran
-Fail peribadi pekerja yang mengandungi maklumat tentang pendidikan, pengalaman, minat dan
kemahiran yang membolehkan pengurus memadankan dengan cepat jawatan yang sesuai dengan
latar belakang pekerja.

26
5.Faktor-faktor penentuan keperluan sumber manusia
1.Perubahan teknologi
- Pengurus sumber manusia perlu menyediakan sumber manusia/pekerja yang berkebolehan serta
cekap dan berkesan supaya dapat disesuaikan dengan perubahan semasa
- Kemahiran sumber manusia sesebuah syarikat perlu sesuai dengan jenis dan tahap teknologi yang
digunakannya
2.Perubahan sosioekonomi
-Perkembangan ekonomi akan menggalakkan permintaan kepada lebih ramai sumber manusia
-Kemelesetan ekonomi akan menyebabkan pengurangan permintaan kepada sumber manusia
3.Pertumbuhan perniagaan
- Perniagaan berkembang maka keperluan sumber manusia juga bertambah.
-Mementingkan kewujudan pekerja berpengetahuan (knowledge workers) dalam organisasi
4.penamatan perkhidmatan
-Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan staf atas sebab persaraan apabila telah mencapai umur
bersara wajib
-Pekerja mungkin berhenti secara sukarela kerana telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik
daripada syarikat lain

6.Proses pengambilan sumber manusia


1. Menarik minat
-Melibatkan usaha mencari dan menarik sekumpulan calon-calon yang berpotensi dan berkelayakan
untuk memenuhi sesuatu jawatan kosong dalam organisasi.
- Tindakan menarik minat melalui Iklan,hebahan umum,head –hunting dan walk in
2. Pemilihan
- Satu proses untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelayakan yang relevan untuk mengisi
kekosongan jawatan sedia ada atau jawatan yang bakal wujud melalui :
-proses yang terlibat ialah borang permohonan,semakan rujukan,temuduga dan ujian
3. Penawaran kerja
-Calon yang berjaya dalam proses pemilihan akan ditawarkan kerja dengan syarat-syarat
perkhidmatan
- Semua pekerja dilindungi oleh Akta Pekerjaan diberi dalam suatu kontrak pekerjaan bertulis
4. Induksi
- Proses pekerja baru dibiasakan/orientasi dengan persekitaran kerja

7.Tindakan menarik minat


1.iklan
-pengumuman jawatan kosong untuk mendapatkan calon pekerja melalui media massa elektronik
dan media cetak
2.hebahan umum
-menyebarkan kekosongan jawatan kepada orang ramai melalui media massa
3.head-hunting
-Proses mendapat calon pekerja berpotensi melalui teman,rakan sekerja dan rujukan.
4.Walk in
-calon terus menghadiri temuduga disesuatu tempat tanpa temujanji dengan membawa sijil-sijil asal
dan dokumen sokongan

27
8.Aspek pemilihan sumber manusia
1. Borang permohonan
-Mengandungi maklumat peribadi tentang nama calon,alamat untuk dihubungi,latar belakang
pendidikan, kelulusan akademik, pengalaman kerja dan maklumat kesihatan diri individu
2. Semakan rujukan
-Semakan dilakukan tentang calon bagi mengetahui maklumat calon daripada mereka yang kenal
rapat dengannya
3. Temuduga
-Melibatkan sesi perbualan yang selalunya formal bagi membolehkan penemuduga menilai calon
yang ingin dipertimbangkan bagi mengisi sesuatu jawatan.
4. Ujian
- Pemeriksaan terhadap kualiti sumber manusia yang berkaitan dengan kerja atau jawatan yang akan
diisi. Ujian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu ujian kecenderungan, pencapaian, minat
vokasional dan personaliti.

9.Syarat-syarat perkhidmatan (nama jawatan,senarai tugas,gaji)


1.Nama jawatan yang ditawarkan
2.Senarai tugas yang dipertanggungjawabkan
3.Gaji dan elaun serta kenaikan gaji
4.Faedah-faedah yang akan didapati oleh pekerja
5.Tempoh percubaan dan pengesahan jawatan

10.Aspek-aspek induksi
1.Tujuan:
1. Memudahkan pekerja baru menyesuaikan diri dengan suasana organisasi.
2. Mengurangkan kebimbangan dalam pekerjaan
3. Memberi keyakinan kepada pekerja baru
4. Menggambarkan imej dan status organisasi

2.Kandungan program
1. Maklumat umum organisasi. Cth: Sejarah, misi, visi
2. Dasar dan peraturan. Cth: Etika kerja, disiplin dalam pekerjaan
3. Ganjaran. Cth gaji, bonus, faedah lain
4. Persekitaran fizikal tempat kerja. Cth: peralatan pejabat, mesin-mesin berkaitan kerja, bilik-bilik
pejabat

3.Masalah Pelaksanaan:
1. Penggunaan program yang tidak dikemaskini mengikut perubahan organisasi
2. Menggunakan hanya satu kaedah program untuk semua jenis pekerjaan
3. Pegawai yang terlibat dalam kursus induksi ini tidak berpengalaman atau berkemahiran

11.Jenis-jenis latihan:
1.Latihan sambil kerja
-Pekerja dilatih sambil menjalankan tugas di tempat pekerjaan sebenar dengan bimbingan daripada
penyelia atau jurulatih yang berpengalaman.
2.Latihan di luar kerja
-Latihan diberikan di lokasi yang lain daripada tempat kerja sebenar melalui kursus dan sminar
3.Pembelajaran kendiri
-Pembelajaran yang memerlukan penglibatan secara peribadi, berinisiatif, penilaian
kendiri dan memberi kesan yang berterusan. Pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman
kerja dan kehidupan melalui brosur,Internet dan menghadiri kursus-kursus

28
12. kaedah penilaian prestasi (Fakta Umum)
1.Skala pekadaran
-Digunakan dengan menggunakan borang yang diformatkan bagi membolehkan penilai
mcnilai kualiti dan ciri-ciri lain pekerja .
-berdasarkan skala contohnya dari 1 (sangat memuaskan) kc 7 (sangat tidak memuaskan)
2.Perbandingan pekerja
-Pegawai penilai terlebih dahulu mengkelaskan pekerja berdasarkan factor-faktor seperti
prestasi kerja dan nilainya kepada organisasi.
3.Esei
-Penilai menghuraikan prestasi pekerja yang merangkumi kelebihan dan kelemahan
pekerja dalam bentuk esei.

13.Jenis-jenis ganjaran
1. Gaji
- Dinyatakan dalam bentuk bulanan atau tahunan.
- Contohnya, Abu mendapat gaji sebanyak RM1,000 sebulan atau RM12,000 setahun
2. Upah
-Dibayar mengikut jam bekerja.
-Contohnya Halim dibayar sebanyak RM50 sejam untuk kerja mengecat bangunan tinggi
3. Elaun
-Bayaran tambahan supaya pakej ganjaran lebih menarik seperti Elaun sara hidup COLA, elaun
khidmat awam ,elaun perumahan

14.Faedah berbentuk wang


1. Insurans pekerja
-majikan hendaklah mencarum pekerja mereka dalam insuran PERKESO
-kadar caruman ialah 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji bulanan
- Pekerja dijamin rawatan perubatan percuma dan faedah kewangan sekiranya pekerja mengalami
hilang upaya semasa kemalangan ditempat kerja.

2. Caruman KWSP
-Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh pekerja mengambil pekerja.
Kadar caruman syer pekerja warganegara ialah 9% daripada gaji bulanan dan majikan 13% pada
tahun 2021
- menyediakan faedah persaraan untuk ahlinya

15.Faedah bukan wang


1.kemudahan kesihatan
-Menyediakan faedah perubatan dan penjagaan kesihatan./mendapat rawatan percuma di klinik
swasta
-kos perubatan ditanggung oleh majikan

2.percutian
-Pekerja yang mencapai sasaran syarikat diberi cuti tahunan untuk melancong
-kos penginapan ,pengangkutan ditanggung oleh majikan

3.tempat penjagaan kanak-kanak:


-memudahkan pekerja menghantar anak
-Dapat menjimatkan kos penjagaan dan pendidikan awal anak
-pekerja dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja tanpa rasa bimbang terhadap anak.

4.keahlian badan professional dan kelab:


-untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan kelab spt kelab golf
29
5.Kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja
-Syarikat menyediakan kemudahan untuk meningkatkan kebajikan pekerja
- Contoh : kemudahan penginapan ,pengangkutan dan makanan percuma kepada pekerja.
-Syarikat juga mengutamakan keselamatan pekerja supaya tiada kemalangan ditempat kerja

16.Penentu-penentu pampasan
1.Pasaran buruh
-Menunjukkan hubungan penawaran dan permintaan tenaga kerja yang berkelayakan.
Contoh:Jika penawaran tenaga kerja lebih rendah dari permintaan maka ganjaran lebih
tinggi ditawarkan
2. Jenis pekerjaan
-Jika nilai sesuatu pekerjaan itu penting kepada sesebuah organisasi maka ganjaran adalah
lebih tinggi
3. Pekerja itu sendiri
-pekerja mempunyai pengalaman, kemahiran dan tahap pendidikan tinggi maka ganjaran
juga lebih menarik dan tinggi
4.Faktor organisasi
Jika organisasi mendapat keuntungan yang tinggi dan berkemampuan ,maka organisasi
memberikan ganjaran tinggi.

16.Proses tindakan disiplin


1. Amaran lisan,
-Diberi terhadap kesalahan ringan yang dilakukan bagi pekerja melakukan kesalahan pertama
-Tidak direkodkan dalam fail pekerja
Contoh: Kesalahan pekerja yang datang lewat
2. Amaran bertulis,
-Tindakan disiplin yang direkodkan dalam fail peribadi pekerja
-Diberi kepada pekerja yang sama kerana masih mengulangi kesalahan walaupun telah diberi
amaran lisan.
Contoh:Pekerja tidak datang kerja berturut-turut tanpa alas an munasabah.

3. Surat tunjuk sebab


-Surat tunjuk dijawab oleh pekerja sebab mengapa tindakan disiplin tidak harus dikenakan
terhadapnya.
-Contoh:Pekerja yang sentiasa datang lewat menulis surat bela diri kepada majikan.
4. Inkuiri,
-Jawatankuasa disiplin yang akan menjalankan penyiasatan ke atas pekerja setelah menerima surat
tunjuk sebab
- majikan dan pekerja yang dituduh mengemukan bukti kepada jawatankuasa disiplin
Contoh
5. Hukuman
-Tindakan disiplin terhadap pekerja berkenaan bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan.
-Jenis hukuman ialah gantung kerja,pemecatan dan turun pangkat
Contoh

30
17.Jenis-jenis hukuman berkaitan Disiplin
1. Turun pangkat
- mengurangkan tanggungjawab dan autoriti sedia ada pekerja serta diturunkan ganjaran yang
diterima

2. Gantung kerja
- pekerja tidak dibenarkan bekerja suatu tempoh tertentu sementara siasatan dijalankan ke atas
untuk mengesahkan perlanggaran disiplin

3. Pemecatan
- memberhentikan pekerja daripada bekerja dalam organisasi

18.Skim kemudahan penamatan perkhidmatan:


1. Wajib
- seseorang pekerja telah mencapai peringkat umur persaraan

2. Sukarela
- Berhenti daripada terus berkhidmat dalam sesebuah organisasi secara sukarela

3. Diberhentikan
- Berlaku perlanggaran syarat kontrak perkhidmatan antara pekerja dengan majikan

ALHAMDULILLAH NOTA TAMAT.SELAMAT MENGHAFAL ..SEMOGA CEMERLANG PP STPM 2024.

31

You might also like