You are on page 1of 11

Bahagian A [15 Markah]

Jawab semua soalan.

 Jata Negara
 Lagu Negaraku

1 Pernyataan di atas melambangkan Malaysia sebuah negara yang


A bebas
B beridentiti
C berwibawa
D berkuasa sendiri

2 Konsep Ketertinggian Perlembagaan merujuk kepada


A Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi
B Perlembagaan mengandungi senarai perundangan
C Perlembagaan tidak boleh dipinda
D Perlembagaan diluluskan oleh Yang di Pertuan Agong

3 Yang manakah kebebasan diri rakyat Malaysia?

i Mendapat layanan sama rata di sisi undang-undang.

ii Dibicarakan di mahkamah dengan segera apabila ditangkap

iii Boleh berunding dengan peguam apabila ditangkap

iv Perlu diberitahu kesalahannya apabila ditahan oleh pihak berkuasa


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Yang manakah benar tentang kuasa Sultan dalam sistem perundangan?


A Membentuk dasar-dasar negeri
B Melantik Ketua Kerajaan negeri
C Menjadi Pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri
D Memperkenankan rang undang-undang pentadbiran Islam

5 Peranan Ketua Setiausaha Negara ialah


A Pengerusi Mesyuarat Jemaah Menteri.
B Setiausaha kepada Majlis Parlimen.
C Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri.
D Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan.

6 Yang manakah benar tentang fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam?


i Melaksanakan promosi sistem penyampaian perkhidmatan awam
ii Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam
iii Mengadakan Dasar Latihan kakitangan awam
iv Merancang pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi perkhidmatan awam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Yang manakah benar tentang Ketua Negeri?


A Ketua agama Islam negeri
B Anggota Lembaga Pengampunan Negeri
C Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D Ahli Majlis Raja-Raja

8 Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri?


A Bayaran lesen memandu
B Terimaan bekalan air
C Cukai perkhidmatan
D Kompaun kesalahan lalu lintas

9 Yang manakah fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

I Membayar gaji kakitangan awam


II Mengesahkan jawatan kakitangan awam
III Menyediakan rekod perkhidmatan kakitangan awam
IV Mengenakan tindakan tatatertib kepada kakitangan awam
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10 Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan raya?

A Terdiri daripada kalangan Ahli Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri
B Memegang jawatan berpendapatan tetap dan berpencen
C Kabinet melalui undang-undang membuat peruntukan saraan Ahli Suruhanjaya
Pilihanraya
D Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

11 Yang manakah antara berikut benar tentang kuasa Ketua Negara dalam pentadbiran?
A Mengisytiharkan darurat di seluruh Persekutuan
B Menjadi Ketua Agama Islam Persekutuan
C Menghadiri persidangan Majlis Parlimen
D Melantik ahli Dewan Rakyat

12 Undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan disahkan oleh

A Pihak Berkuasa Negeri


B Sultan atau Yang Dipertua Negeri
C Menteri Besar atau Ketua Menteri
D Penasihat Undang-undang Negeri

13  Majlis Tindakan Negara


 Majlis Ekonomi Negara

Pernyataan di atas merupakan badan penyelaras yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan
bagi menyelaraskan antara
A Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Negeri
B Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Tempatan
C Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
D Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Tempatan

14 Yang manakah benar tentang prinsip tadbir urus baik?


A Beretika
B Berwibawa
C Berdisiplin
D Bertanggungjawab

15 Yang manakah faktor yang menjejaskan integriti dalam sesesuah organisasi kerajaan?

I Strata pekerja
II Sikap pemimpin
III Sikap masyarakat
IV Sistem dan prosedur
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

Bahagian B [15 Markah]


Jawab semua soalan.
16 Nyatakan empat Suruhanjaya Perkhidmatan yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan (4)

(a) ………………………………………………………………………………………

(b) ………………………………………………………………………………………

(c) ………………………………………………………………………………………

(d) ……………………………………………………………………………………….

Skema Jawapan
Bil Idea
1 Majlis Angkatan Tentera
2 Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
3 Surujanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan
4 Suruhanjaya Pasukan Polis
5 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Jawapan mana-mana empat idea

17. Kemukakan empat sebab seseorang individu hilang kelayakan sebagai calon dalam
pilihan raya di Malaysia. [4]
(a) ………………………………………………………………………………………..

(b) ………………………………………………………………………………………..

(c) ……………………………………………………………………………………….

(d) ………………………………………………………………………………………..

Skema Jawapan

Bil Idea/isi
1 Didapati tidak siuman/ gila
2 Memegang jawatan berpendapatan
3 Didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari 1 tahun
4 Mendapat kewarganegaraan asing
5 Bankrap/muflis yang belum dilepaskan oleh mahkamah
6 Didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan denda tidak kurang RM2000.00
Jawapan mana-mana empat idea
18. Terangkan dua majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan untuk menyelaraskan
pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri? [4]
(a) ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

(b) ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

Skema Jawapan
Bil Idea Huraian
a) Majlis Kewangan Negara Menyelaraskan peruntukan kewangan, pinjaman, pemberian
royalti kepada setiap negeri
b) Majlis Tanah Negara Menyelaraskan dan menyeragamkan undang-undang dan dasar
tanah di seluruh persekutuan. Mengawal penggunaan tanah
untuk pertanian, perlombongan dan perhutanan, serta
penggunaan lain.

c) Majlis Negara bagi Menyeragamkan undang-undang dan dasar pihak berkuasa


Kerajaan Tempatan Tempatan.

d) Majlis Raja-raja Menyelaraskan dasar-dasar kerajaan, menyelaraskan upacara


agama Islam seluruh Persekutuan.

Jawab mana-mana 2 idea

19. Kemukakan tiga kesan negatif globalisasi terhadap sosiobudaya masyarakat


Malaysia. [3]
(a) ………………………………………………………………………………………..

(b) ………………………………………………………………………………………..

(c) ……………………………………………………………………………………….

Skema Jawapan

Bil Idea
1 Mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia
2 Meminggirkan warisan budaya tradisional
3 Menjejaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan
4 Membudayakan henonisme dalam kehidupan
5 Masyarakat terpengaruh dengan budaya Barat
6 Menjejaskan perpaduan kaum
Jawab mana-mana 4 idea

Bahagian C [50 markah)]

20 Pelbagai faktor menyumbang kepada kenaikan harga barang. Oleh itu, kerajaan
perlu memainkan peranan penting bagi menanganinya. Bincangkan. [25]

Pendahuluan:
Kenaikan harga barang mempengaruhi kehidupan rakyat. Fenomena ini disebabkan
pelbagai faktor dan kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam mengawal
kenaikan harga barang.
Bil Idea Huraian
Faktor kenaikan
harga barang:

1. Sikap negatif  Menaikkan harga barangan sesuka hati bagi mengaut


peniaga keuntungan yang tinggi
 Peniaga juga menyorokkan barangan sehingga
menyebabkan penguna membeli barangan secara panik.

2. Kejatuhan nilai  Malaysia banyak mengimport barangan dari luar negara


mata wang dengan mata wang asing
negara  Apabila nilai mata wang negara mengalami penurunan,
harga barang akan menjadi mahal

3. Permintaan  Permintaan terhadap barangan meningkat berbanding


melebihi penawaran
penawaran  Penjual menaikkan harga untuk memperoleh lebih banyak
keuntungan

4. Kenaikan kos  Kos bahan mentah meningkat menyebabkan kos produk


pengeluaran juga meningkat
 Pengeluar menaikkan harga barang untuk menampung kos
tambahan

5. Bencana alam  Pengeluaran terjejas akibat bencana alam di negara


pengeluar.
 Harga akan meningkat kerana bekalan berkurangan

6. Peningkatan  Peniaga tidak mempunyai pilihan kerana terpaksa membeli


harga bahan bahan mentah daripada pembekal dengan harga yang tinggi
mentah  Contoh kos penghantaran bahan mentah yang meningkat

Langkah kerajaan:

7. Melaksanakan  Menguatkuasakan kawalan harga sepanjang


kawalan harga masa/bertempoh terhadap barangan tertentu
 Kawalan terhadap harga siling barangan dan perkhidmatan

8. Memperkasa  Memantau dan memastikan tidak ada pihak yang


penguatkuasaan
undang-undang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya
berkaitan harga  Mengambil tindakan/denda/hukuman selaras dengan Akta
barangan Kawalan Harga dan Antipencatutan.

9. Memberikan  Memberikan kesedaran tentang hak pengguna


Pendidikan  Memberikan pendidikan untuk menjadi pengguna bijak dan
Kepenggunaan perbelanjaan berhemat

10 Pemberian subsidi  Kerajaan perlu meneruskan pemberian subsidi kepada


. kawalan harga barangan tertentu
 Dapat memastikan rakyat tidak terlalu terkesan dengan
kenaikan harga

11 Meningkatkan  Kerajaan boleh meningkatkan pengeluaran bekalan


. pengeluaran makanan tempatan
bekalan makanan  Hal ini dapat mengurangkan pergantungan kepada import
tempatan bekalan makanan dari luar negara

Kesimpulannya, kenaikan harga bukanlah isu yang mudah untuk diatasi, tetapi
memerlukan semua pihak berganding bahu untuk membendung kenaikan ini demi
kemaslahatan rakyat.

Jawapan: Mana-mana 2+3 atau 3+2 idea

21 Perkembangan sains dan teknologi memberi sumbangan besar kepada kemajuan


bidang perubatan. Namun terdapat juga beberapa kesan sampingan yang
memudaratkan penggunanya. [25]
Pendahuluan:
Perkembangan sains dan teknologi memajukan bidang perubatan, namun terdapat
pelbagai kesan sampingan terhadap pengguna. Teknologi dalam bidang perubatan telah
pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang
menderita.

Bil Idea Huraian


Sumbangan

1. Peralatan  Pelbagai peralatan perubatan dicipta.


perubatan  Peralatan ini digunakan untuk merawat dan mengesan
penyakit.
 Alat-alat ini mampu mengesan sesuatu penyakit dengan
tepat dan merawat dengan berkesan.

2. Ubat-ubatan  membantu bidang perubatan mencipta pelbagai ubat


moden.
 pelbagai vitamin untuk pertumbuhan dan kesihatan
manusia.
 Penemuan-penemuan ini memberi sumbangan besar
dalam bidang perubatan.
 Membantu menyembuhkan penyakit dengan lebih cepat
dan mengurangkan kesakitan kepada pesakit.

3. Penyelidikan dan  Pelbagai peralatan sains digunakan secara meluas


Pembangunan dalam R&D bidang perubatan.
 Banyak peralatan ICT digunakan secara meluas dalam
R&D.
 Pelbagai jenis penyakit dan kaedah rawatan dicipta.

4. Kaedah rawatan  Pelbagai prosedur rawatan telah diperkenalkan dengan


kemajuan sains dalam bidang perubatan.
 Pesakit dirawat dengan pelabagai kaedah mengikut
kesesuaian.
 Rawatan dibuat melalui pengambilan ubat,
pembedahan, pemindahan organ, penggunaan organ
tiruan dll.

5. Pencegahan  Pelbagai vaksin diberikan bagi mengelakkan jangkitan


penyakit penyakit
 Mencegah penyebaran penyakit yang dapat
membahayakan kesihatan awam
 Meningkatkan kualiti hidup masyarakat

6. Kesan
sampingan:
 Pelbagai bentuk kesan sampingan dialami oleh pesakit.
Kerosakan organ/  Ubat-ubatan yang berasaskan bahan kimia akan
kecacatan memberi kesan sampingan kepada seseorang jika
digunakan dalam jangka masa yang lama.
 Seseorang akan terdedah kepada kerosakan organ-
organ badan lain seperti hati dan buah pinggang.
 Alat-alat dan prosedur rawatan moden rawatan seperti
x-ray dam kimoterapi turut memberi kesan sampingan.

7. Alahan  Ramai pesakit mempunyai ketahanan yang yang rendah


terhadap tindak balas yang terhasil akibat penggunaan
sesuatu ubat.
 Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah kesihatan
yang lain seperti gatal-gatal.

8. Kebergantungan  Hilang kemampuan untuk mengatasi masalah kesihatan


kepada teknologi secara semula jadi
perubatan  Pesakit tidak mampu merawat diri sendiri daripada
sumber alam semula jadi

9. Menanggung kos  Peralatan yang mahal


perubatan yang  Harga ubat-ubatan yang sukar diperoleh menyebabkan
tinggi kos meningkat
 Kepakaran yang tinggi

Kesimpulannya, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memajukan bidang


perubatan, khususnya meningkatkan inovasi teknologi dalam bidang ini.

Jawapan: Mana-mana 5 idea

22 Rakyat memainkan peranan penting bagi memelihara keamanan dan kesejahteraan


negara. Huraikan. [25]

Pendahuluan
Bil Idea Huraian
1. Menjalin perpaduan  Rakyat Malaysia perlulah memecahkan tembok
yang erat antara satu perbezaan kaum antara satu sama lain demi
sama lain membentuk perpaduan
 Rakyat haruslah mengetepikan segala isu sensitif yang
boleh menyebabkan renggangnya hubungan kaum
2. Menerapkan sikap  Rakyat dapat menyemarakkan semangat patriotisme
patriotik rakyat
 Rakyat akan mencuba sedaya upaya untuk
membangunkan negara demi kesejahteraan negara
3. Menumpukan taat  Rakyat yang tidak taat setia akan mengakibatkan
setia kepada raja dan kedaulatan negara akan tergadai.
negara  Rakyat seharusnya sanggup mengorbankan diri demi
kepentingan kepada negara
4. Menyokong dasar-  Pelbagai dasar yang telah dirangka oleh kerajaan
dasar yang telah bertujuan untuk memacu negara ke arah kemajuan
digubal oleh kerajaan  Sokongan rakyat yang padu dan penglibatan rakyat
yang aktif dalam pembangunan negara akan menjamin
kesejahteraan negara
5 Meningkatkan  Rakyat dapat meningkatkan kesedaran dan
kesedaran tentang pemahaman tentang isu-isu perpaduan melalui
keamanan pendidikan dan pengetahuan
 Dengan meningkatkan kesedaran, mereka dapat
memahami impak negatif dari konflik dan perpecahan,
serta mendorong sikap saling bekerjasama
6. Menerapkan sikap  Penting untuk memiliki sikap toleransi terhadap
toleransi perbezaan dalam budaya, agama, dan kepercayaan
 Rakyat harus berusaha untuk memahami pandangan
orang lain tanpa mengkritik, dan berinteraksi dengan
saling hormat
 Memahami kebudayaan dan tradisi kaum lain
7 Berpegang teguh  Mengamalkan ajaran agama yang sebenar
kepada ajaran agama/  Meningkatkan pengamalan nilai murni dalam
nilai-nilai murni/moral kehidupan

8. Mematuhi undang-  Rakyat tidak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi


undang/ undang-undang negara
Perlembagaan negara  Tidak membangkitkan isu-isu sensitif
10. Berfikiran rasional/  Tindakan rakyat tidak mengugat ketenteraman awam
matang  Menjaga sensitiviti kaum
Kesimpulannya, semua rakyat perlu memainkan peranan penting dalam menjamin
perpaduan.
Jawapan: Mana-mana 5+0 idea

You might also like