You are on page 1of 21

CADANGAN PEMBANGUNAN EKO PELANCONGAN

DI TAMAN BULUH,
PENGKALAN HULU,
PERAK DARUL RIDZUAN

Untuk:
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

1. NAMA PROJEK :Cadangan Pembangunan Eko Pelancongan Di Taman Buluh Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan

2. CADANGAN ANGGARAN KOS


2.1 Kos : RM 5,000,000.00
2.2 Tempoh Pelaksanaan : 3 Tahun

3. AGENSI
3.1 Penyelaras Projek : Majlis Daerah Pengkalan Hulu
3.2 Pemilik Projek : Majlis Daerah Pengkalan Hulu
4. Lokasi Projek
- Taman Buluh Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

5. Status Tanah
- Tapak bagi pembangunan Taman Buluh Pengkalan Hulu telah diluluskan di dalam
Perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Bil.1781 bertarikh 18 Jun
2014 semasa menimbangkan kertas mesyuarat Bil.1086/18/06/2014 bagi kelulusan
perizaban seluas lebih kurang (20.234) hektar (50 ekar) di Wilayah Jalan Bukit
Buluh , Mukim Pengkalan Hulu, Daerah Hulu Perak untuk Tujuan Taman Buluh.

6. Keluasan Tanah
- 50 ekar
Salinan surat perizaban Taman
Buluh
Cadangan Pembangunan
Eko PelanconganTaman
Buluh ini juga telah di
masukkan Di dalam
Rancangan Tempatan
Daerah Hulu Perak 2030
PENYATAAN MASALAH / ISU
Tapak bagi Cadangan Pembangunan Eko Pelancongan Taman Buluh ini telah lama
dirizabkan iaitu pada tahun 2014 lagi.
Pada masa ini hanya terdapat papan tanda Taman Buluh sahaja di naikkan di lokasi
tapak. Manakala kerja-kerja sukat perimeter keluasan tapak, pembinaan sebahagian
pagar dan penyediaan jalan tanah di pintu masuk keTaman Buluh telah disediakan sejak
dari tahun 2016.
Walaubagaimana pun, di sebabkan tiada peruntukan bagi pembangunan keseluruhan
taman ini maka ianya terbengkalai dan tidak dapat dibangunkan dengan pelbagai
komponen yang dapat melengkapkan taman tersebut seperti infrastruktur, uitliti,
kemudahan riadah dan sebagainya.
Hanya Papan tanda Taman Buluh dinaikkan Sebahagian Jalan pintu masuk ke Taman Buluh yang diletak
hamparan baru crusherun sahaja untuk laluan.

Kemudahan Jalan Tanah lebih kurang 0.5 kilometer yang disediakan pada Tahun 2016
OBJEKTIF PROJEK

Menjadikan salah satu produk Eko Pelancongan Taman Buluh yang pertama di
Malaysia untuk diketengahkan oleh pentadbiran daerah khususnya Majlis Daerah
Pengkalan Hulu dan Kerajaan Negeri Perak.
SKOP PROJEK
ANGGARAN
BIL KOMPONEN PROJEK
KOS
1 Kerja-kerja Permulaan 300,000.00
2 Penyediaan Jalan Masuk 200,000.00
3 Kompleks Taman Buluh

3a Struktur bangunan berasaskan Buluh 150,000.00


3b Tempat Letak Kerata Dan Bas 250,000.00

Kemudahan Surau, Tandas, dewan dan lain2


3c
Cafeteria, Toilets & Souvenir Shop. 250,000.00
4 Bamboo Trekking

4a Bamboo Groove Trekking Lane 3 KM 800,000.00


4b Wakaf dan Laluan berbumbung 100,000.00

5 Tapak Perkhemahan Dan Kemudahan Asas


5a Tapak Perkhemahan 50,000.00
5b Tandas 100,000.00
5c Wakaf/Shelter 80,000.00
5d Rubbish Collection Point (RCP) 8,000.00
6 Taman permainan kanak-kanak
6a Terbuka dan Berbumbung 150,000.00
6b Alat permainan kanak-kanak 150,000.00
SKOP PROJEK
BIL KOMPONEN PROJEK ANGGARAN KOS
7 Bamboo Village
7a Dewan serbaguna 150,000.00
7b Kafeteria 50,000.00
7c Pusat Pembuangan sampah 8,000.00
7d Dataran buluh 200,000.00
8 Galeri pendidikan buluh dan kraftangan
8a Galeri dan mini pembuatan kraf 250,000.00
8b Bamboo working tools for mini workshop 100,000.00
8c Pusat Pembuatan Arang Buluh 20,000.00
8d Pusat rawatan Buluh 74,000.00
8e Training Shelter 60,000.00
9 Pusat pemeliharaan buluh dan Nursery

9a
Pusat penanaman spesis Buluh tempatan dan luar negara 50,000.00
9b Tapak Nursery berbumbung 100,000.00
9c Pagar 50,000.00

10 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Pokok Buluh Sediada 1,000,000.00


11 Mekanikal Dan Elektrikal 300,000.00
JUMLAH PERUNTUKAN 5,000,000.00
OUTCOME PROJEK
LOGICAL FRAMEWORK MATRIX (LFM)

Keterangan Projek Petunjuk Utama Prestasi Kaedah Pengesahan Andaian


Matlamat
Mewujudkan Taman Buluh Peningkatan jumlah Berdasarkan jumlah Kemasukan lebih ramai
yang pertama di Malaysia pelancong ke daerah pengunjung yang berkunjung pengunjung dan pelancong
yang terdapat di Pengkalan Pengkalan Hulu dan Negeri di Pengkalan Hulu ke Pengkalan Hulu
Hulu Perak. Perak sekiranya taman ini
diwujudkan.
Tujuan
Dapat meningkatkan sumber Pertambahan jumlah peniaga Rekod pengeluaran jumlah Jumlah pelancong yang
ekonomi masyarakat di Pengkalan Hulu lesen perniagaan oleh Majlis semakin meningkat akan
setempat, negeri dan Negara Daerah Pengkalan Hulu menggalakan peningkatan
dengan kemasukan pelancong ekonomi dan perniagaan

Output
Peningkatan jumlah Pertambahan perkhidmatan Jumlah peniaga bertambah Apabila jumlah
perkhidmatan yang diberikan yang disediakan dengan kedatangan ramai perkhidmatan yang
hasil daripada permintaan pengunjung ke Taman Buluh diberikan semakin
yang tinggi pengunjung ke meningkat ini menunjukkan
Taman Buluh jumlah kedatangan
pengunjung semakin tinggi.

Aktiviti Pra Syarat


Beriadah, Jogging, alatan Pembekalan bahan mentah seperti bahan makanan, air dan Tiada halangan
permainan kanak-kanak dan elektrik , upah pekerja, dan lain-lain. pelaksanaan projek
perkhemahan
PELAN KONSEP CADANGAN
PELAN CADANGAN

JUMLAH PERUNTUKKAN
RM 5,000,000.00
PELAN CADANGAN
TAPAK CADANGAN
JANGKAAN KEDATANGAN PENGUNJUNG

Sekiranya Cadangan Pembangunan Eko Pelancongan Taman Buluh ini di bangunkan,


dijangkakan kedatangan pengunjung ke Pengkalan Hulu dan Negeri Perak akan semakin
meningkat .
Sumbangan peningkatan kemasukan pelancong ke Pengkalan Hulu Dan Negeri Perak juga
boleh di perolehi daripada program-program pelancongan yang telah pun dikenali di Negeri
Perak seperti Karnival Pengkalan Hulu, Pesta Rakit Berhias yang sentiasa diadakan pada
setiap tahun di daerah ini. Secara tidak langsung Taman Buluh ini akan dapat di kenali ramai.

PENINGKATAN SUMBER EKONOMI


Dengan pewujudan produk Eko pelancongan yang baru di daerah ini, ia akan dapat
menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat seperti peluang
pekerjaan, kutipan hasil dan jualan seperti produk kraftangan berasaskan buluh dan
sebagainya.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like