You are on page 1of 5

ESSAY QUESTION 1 KURSUS: DCG6202 - LAND MANAGEMENT AND DEVELOPMENT

KELAS: DGU 5D SESI JUN 2020 MARKAH: 60


ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN
TARIKH HANTAR:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DISEDIAKAN OLEH: …………………………….. DISAHKAN OLEH:………………………………

Nama & Tandatangan (JASNI BIN MD ZAIN) Tandatangan dan Cap Ketua Program

…………………………………………………………………………………………………………………………
SOALAN 1

(a) Jelaskan mengenai istilah-istilah berikut mengikut peruntukan Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985

i. Petak
ii. Petak Aksesori
iii. Blok Sementara
iv. Harta Bersama

(b) Akta Hakmilik Strata telah dipinda beberapa kali sehingga kini.Terangkan intisari pindaan tahun 2007 Akta
Hakmilik Strata 1985 tersebut.

(c) Mengapakan pentingnya unit syer dinyatakan dalam dokumen hakmilik strata?
(10 markah)

SOALAN 2
(a) Nyatakan orang atau badan yang layak untuk memohon hakmilik tanah bawah tanah.

(b) Terangkan LIMA (5) hak-hak sebagai pemilik tanah bawah tanah.

(c) Berdasarkan Panduan Pelupusan Tanah Bawah Tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965, jelaskan DUA
(2) keistimewaan penggunaan tanah bawah tanah berbanding dengan tanah biasa.
(10 markah)

1
SOALAN 3

(a) Permohonan perlombongan memerlukan ulasan daripada agensi-agensi lain. Senaraikan agensi-agensi lain
yang terlibat dengan perlombongan.

Application for mining needs the comments from other agencies. List the other agencies involved with
mining.

(b) Pada pendapat anda apakah kebaikan-kebaikan perlombongan kepada Negara.


In your opinion what are the advantages of mining to the country.

(c) Terangkan prosedur mengeluarkan sijil perlombongan.


Describe the procedures of issuing of mining certificate.
(10 markah)

SOALAN 4

(a) Terangkan istilah Bayaran Tahunan Disatukan mengikut seksyen 20 Akta Tanah (Kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960.

Explain the term Consolidated Annual Charges (CAC) in accordance with Section 20 of the Land Group
Settlement Areas) Act 1960.

(b) Beberapa sekatan dimasukkan dalam Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 bertujuan
bagi menjamin pembangunan tanah pertanian dilaksanakan secara berterusan dan memberi keuntungan
kepada peneroka. Jelaskan ENAM (6) sekatan-sekatan tersebut dan nyatakan nombor seksyen berkenaan.

Some restrictions include in the land Land Group Settlement Areas) Act 1960 aim to ensure the
development of agricultural land is an ongoing processand providebenefits to the settlers. Explain FOUR
(4) restrictions and state the relevant section numbers.

(10 markah)

SOALAN 5

(a) Apakah maksud Piawaian Perancangan dan seterusnya jelaskan tujuannya.

(b) Bincangkan mengenai kepentingan Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur dan Rancangan
Tempatan dalam pembangunan Negara.

(10 markah)

SOALAN 6

Terangkan mengenai penyatuan tanah dari aspek berikut:

i. Kuasa melulus oleh Pentadbir Tanah

ii. Kuasa melulus oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG)

2
iii. Syarat-syarat kelulusan tanah menggunakan Borang 9C KTN
(10 markah)
JAWAPAN
SOALAN 1
i. Petak
 "petak", berhubung dengan sesuatu bangunan yang dipecah bahagi, ertinya salah satu
daripada unit individu yang terkandung dalamnya yang (kecuali dalam hal suatu petak
aksesori) dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan dan berhubung dengan
suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit-unit individu petak tanah;
ii. Petak Aksesori
 "petak aksesori" ertinya mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan strata
sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan bersama-
sama dengan suatu petak;
iii. Blok Sementara
 Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan “blok sementara” sebagai
suatu blok berkenaan dengan sesuatu bangunan yang dicadang untuk, atau
sedang didirikan atas bangunan atau tanah, yang baginya suatu hakmilik strata
sementara yang berasingan telah dipohon.
iv. Harta Bersama
 Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung
dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip
utama dan pondok pegawai keselamatan

b) Akta Hakmilik Strata telah dipinda beberapa kali sehingga kini.Terangkan intisari pindaan tahun 2007 Akta
Hakmilik Strata 1985 tersebut.

Peruntukan baru dan pindaan melalui Akta A1290 yang berkaitan adalah
seperti berikut:-
1. Seksyen 2 bertujuan meminda tajuk panjang AHS 1985 bagi
membenarkan tanah dipecahbahagikan kepada petak tanah.

2. Seksyen 5 bertujuan meminda seksyen 4 AHS 1985 untuk


menggantikan takrif tertentu dan memasukkan takrif baru.

3. Seksyen 6 bertujuan memasukkan seksyen baru 4A ke dalam AHS


1985 yang memperuntukkan mengenai permulaan kuat kuasa Sistem
Pengkomputeran Hakmilik Strata di Pejabat Pendaftaran Tanah.

4. Seksyen 7 bertujuan meminda tajuk Bahagian II AHS 1985 untuk


memasukkan perkataan ‘tanah’. Pindaan ini membolehkan tanah
bersama dengan bangunan dipecahbahagikan kepada petak tanah.

5. Seksyen 8 bertujuan meminda seksyen 6 AHS 1985 untuk


membolehkan bangunan berbilang tingkat atau dua atau lebih
bangunan yang mempunyai tidak lebih daripada empat tingkat di atas
lot yang sama untuk dipecahbahagikan kepada petak tanah bagi
pengeluaran hakmilik strata. Pindaan ini dapat memenuhi keperluan
3
konsep pembangunan perumahan Skim Komuniti Berpagar.

6. Seksyen 11 bertujuan meminda subseksyen 9(1) AHS 1985 untuk


membenarkan suatu permohonan dibuat untuk mendapatkan hakmilik strata bagi
bangunan yang telah diklasfikasikan di bawah Akta itu sebagai bangunan khas.

7. Seksyen 12 bertujuan meminda seksyen 10 AHS 1985 berhubung dengan


pecah bahagi bangunan atau tanah berbangkit daripada pindaan seksyen 6
AHS 1985. Pindaan ini untuk membolehkan tanah
bersama dengan bangunan dipecah bahagikan kepada petak tanah.

8. Seksyen 13 bertujuan meminda seksyen 10A AHS 1985 untuk menghalang


tanah dimasukkan dalam permohonan bagi pengeluaran hakmilik strata
sementara.

9. Seksyen 15 bertujuan meminda seksyen 13 AHS 1985 yang antara lainnya


memperuntukkan mengenai penandaan sempadan bagi petak tanah.

10. Seksyen 48 bertujuan meminda Jadual Pertama AHS 1985 iaitu antara lain
menggantikan Borang 1, memasukkan borang baru iaitu Borang 1A dan juga
menggantikan Borang 4 dan 4A.

c) Mengapakan pentingnya unit syer dinyatakan dalam dokumen hakmilik strata?

4
SOALAN 2
a) Nyatakan orang atau badan yang layak untuk memohon hakmilik tanah bawah tanah.

 Orang sebenar yang telah mencapai umur dewasa (menurut Akta Umur
Dewasa, 1971)
 Perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaannya untuk
memiliki tanah
 Perbadanan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat, 1965 yang diberi
kuasa memiliki tanah di bawah memorandum persatuannya.
 Raja pemerintah, kerajaan, pertubuhan dan orang-orang lain yang
dibenarkan memiliki tanah di bawah undang-undang yang pada masa ini
berkuatkuasa berhubung dengan hubungan diplomatik,hubungan konsular
dan pertubuhan antarabangsa.

b) Terangkan LIMA (5) hak-hak sebagai pemilik tanah bawah tanah.


 Hak untuk pecah bahagi,pecah sempadan dan penyatuan tanah .
 Hak untuk pecah bahagi bangunan diuruskan di bawah skim strata dengan syarat
memenuhi AHS 1985
 Hak membuat urusniaga seperti pindahmilik,gadai,pajak dan lain lain
 Hak melupuskan tanah atau mana-mana bahagian yang tidak dipecah bahagi melalui
wasiat
 Perlu membayar cukai dan lain-lain tanggungjawab seperti pemilik tanah permukaan.

c)Berdasarkan Panduan Pelupusan Tanah Bawah Tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965,
jelaskan DUA (2) keistimewaan penggunaan tanah bawah tanah berbanding dengan tanah biasa.

You might also like