You are on page 1of 658

KETUA AUDIT NEGARA

LAPORAN 2019
SIRI 1 DAN BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
2019 SIRI 1
www.audit.gov.my

AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
ARAS 1-9, BLOK F2 & F3, KOMPLEKS F
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62000 PUTRAJAYA

JABATAN AUDIT NEGARA


MALAYSIA

COVER PERSEKUTUAN NEW 1.indd 1 02/12/2020 9:55 AM


LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
2019 SIRI 1
AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN
BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

JABATAN AUDIT NEGARA


MALAYSIA

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 1 02/12/2020 11:11 AM


1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 2 02/12/2020 11:11 AM
KANDUNGAN

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 3 02/12/2020 11:11 AM


1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 4 02/12/2020 11:11 AM
RAHSIA LKAN2019 Siri 1

KANDUNGAN
Muka Surat

PENDAHULUAN A-1

1 JABATAN PERDANA MENTERI


 Unit Penyelarasan Pelaksanaan
TW - Pengurusan Program Pembangunan Hartanah Bumiputera 1-1
Pulau Pinang

2 KEMENTERIAN KEWANGAN
TW - Sistem ePerolehan Baharu 2-1

3 KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN


 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
 Unit Kerjasama Awam Swasta
TW - Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, 3-1
Kuching, Sarawak

4 KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI


Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
TW - Pengurusan Tanah Persekutuan 4-1

5 KEMENTERIAN KERJA RAYA


 Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah
TW - Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah 5-1
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

 Jabatan Kerja Raya Sarawak


TW - Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke 5 - 37
Simpang Bakun di bawah Projek Pembangunan dan Naik
Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

6 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
TW - Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh 6-1
MIMOS Berhad

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 v


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 v
Kandungan RAHSIA
Kandungan

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 5 02/12/2020 11:11 AM


RAHSIA LKAN2019 Siri 1

7 KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


TW  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja 7-1
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

8 KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


 Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
TW - Pengurusan Pelupusan Sisa Pepejal di Tapak Pelupusan 8-1
dan Loji Insinerator

9 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA


- Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia 9-1
TW - Penyenggaraan In-Service Support dan Refit Aset Tentera Laut 9 - 29
Diraja Malaysia
- Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/ 9 - 59
Unit Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia
di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TW - Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar 10 - 1
Bandar Sabah dan Sarawak

11 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


TW - Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia 11 - 1

 Universiti Kebangsaan Malaysia


 Unit Kerjasama Awam Swasta
- Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak Secara Kerjasama 11 - 45
Awam Swasta Melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

PENUTUP B-1
AKRONIM C-1

vi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


vi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Kandungan RAHSIA
Kandungan

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 6 02/12/2020 11:11 AM


PENDAHULUAN

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 7 02/12/2020 11:11 AM


1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 8 02/12/2020 11:11 AM
RAHSIA LKAN2019 Siri 1

PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957
menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan
kewangan, aktiviti kementerian/jabatan/agensi serta pengurusan syarikat Kerajaan
Persekutuan. Laporan mengenai pengauditan yang dijalankan hendaklah disediakan dan
dikemukakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di
Dewan Rakyat. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara (JAN) telah
menjalankan empat (4) jenis pengauditan seperti berikut:

1.1. Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada


Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan
kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan
mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini;

1.2. Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan


kewangan di kementerian/jabatan/agensi telah dilaksanakan mengikut undang-
undang dan peraturan kewangan yang berkaitan;

1.3. Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti


kementerian/jabatan/agensi dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan
bagi mencapai objektif yang ditetapkan; dan

1.4. Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada


pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur.

2. Pengauditan Prestasi dijalankan selaras dengan Seksyen 6(d), Akta Audit 1957
serta berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan
oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Laporan pada
kali ini mengandungi perkara yang telah dibangkitkan hasil daripada pengauditan
terhadap 15 program/projek/aktiviti di 12 kementerian. Pengauditan yang dijalankan
antara lain meliputi aspek pengurusan program/aktiviti, pengurusan sistem/ICT, dana,
penyenggaraan, projek dan perolehan.

3. Secara umumnya, program/projek/aktiviti Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan


mengikut tujuan yang ditetapkan. Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan seperti
sasaran output dan outcome yang ditetapkan tidak dapat dicapai atau tidak boleh dinilai

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara Tahun2019
2019Siri
Siri 11 A - 1A - 1
P ePendahuluan
ndahuluan RAHSIA

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 1 02/12/2020 11:11 AM


RAHSIA LKAN2019 Siri 1

kerana sasaran kuantitatif, mekanisme dan indikator tidak ditetapkan, serta data
berkaitan tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini. Daripada Laporan Ketua
Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri 1, didapati kes pembayaran tidak teratur,
kelemahan pentadbiran kontrak, kerja/bekalan/perkhidmatan tidak mengikut
spesifikasi/tidak berkualiti, pembaziran serta ketidakcekapan dalam pengurusan aset dan
pungutan hasil Kerajaan. Selain itu, masih berlaku juga kelemahan di peringkat
perancangan dalam menentukan skop dan kos projek terutama bagi projek PPP/PFI.

4. Kelemahan tersebut antara lain disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi


peraturan/prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan serta kurang teliti semasa merancang
program/projek/aktiviti dan menetapkan skop serta spesifikasi kontrak. Selain itu, ia juga
disebabkan pemantauan yang tidak dijalankan dengan konsisten dan teliti terhadap kerja
kontraktor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek dan kurang memberi
perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/projek/aktiviti. Ia juga
menyumbang kepada kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan dalam LKAN Tahun 2019
Siri 1.

5. Seperti tahun yang lalu, Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan/Ketua


Pengarah Badan Berkanun Persekutuan selaku ketua jabatan yang berkenaan telah
dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam laporan ini untuk
tujuan pengesahan. Pemerhatian Audit telah dikemukakan kepada ketua jabatan terlibat
dan mereka juga telah dimaklumkan mengenai isu yang dibangkitkan semasa Mesyuarat
Penutup (Exit Conference) diadakan. Penemuan Audit yang penting sahaja telah
dilaporkan dalam laporan ini untuk memaklumkan kepada stakeholders mengenai
kelemahan yang dikesan. Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau
mengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 62
syor untuk diambil tindakan oleh kementerian/jabatan/agensi berkenaan.

6. Untuk LKAN Tahun 2019 Siri 1, Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan LKAN
dalam format digital, iaitu format Card Drive dan juga QR Code untuk tujuan
pembentangan di Parlimen dan edaran kepada kementerian/jabatan/agensi dan
stakeholders setelah mendapat maklum balas affirmative dari segi perundangan.

7. Saya juga bersyukur kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
semasa pandemik Covid-19, Jabatan Audit Negara masih meneruskan pelaksanaan
pengauditan walaupun terpaksa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP)
Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga SOP Kerja Pasca PKP Covid-19 bagi Tahun
2020 untuk pelaksanaan Audit telah diperkenalkan. Penggunaan teknologi ICT dalam
pendekatan dan pengurusan Audit telah dioptimumkan terutama Mesyuarat Penutup
(Exit Conference) diadakan secara maya.

A - 2A - 2 Laporan
Laporan Ketua Audit Negara
Ketua Audit NegaraTahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pendahuluan
Pendahuluan RAHSIA

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 2 02/12/2020 11:11 AM


RAHSIA LKAN2019 Siri 1

8. Saya berharap laporan ini akan digunakan sebagai asas untuk memperbaiki segala
kelemahan dan memantapkan usaha penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti
Kerajaan. Selain meningkatkan akauntabiliti dan integriti penjawat awam, laporan ini juga
diharap dapat membantu menimbulkan kesedaran melalui lessons learnt bagi
membolehkan Kerajaan mendapat value for money untuk setiap perbelanjaan yang
dibuat. Saya juga ingin memaklumkan bahawa dari segi format LKAN Tahun 2019 Siri 1,
perenggan 5 di bawah tajuk ‘Rumusan Audit’ dalam siri LKAN sebelum ini telah
dipindahkan di bawah ‘Ringkasan Eksekutif’.

9. Status isu dan tindakan terkini Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1, boleh
diakses oleh auditi dan orang awam melalui Auditor General’s Dashboard di Portal
Jabatan Audit Negara. Mekanisme ini telah berjaya membantu kementerian/
jabatan/agensi Kerajaan untuk menyalurkan maklum balas dengan cepat, pantas serta
meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. Hal ini membuktikan komitmen dan
keprihatinan Kerajaan dalam menjelaskan kedudukan terkini isu yang dibangkitkan dalam
LKAN serta menyalurkan status tindakan yang telah diambil.

10. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai
kementerian/jabatan/agensi Kerajaan yang telah memberi kerjasama kepada pegawai
saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan
terima kasih kepada semua pegawai Jabatan Audit Negara yang telah berusaha gigih
serta memberi sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.

(DATUK NIK AZMAN NIK ABDUL MAJID)


Ketua Audit Negara
Malaysia

Putrajaya
20 November 2020

Laporan KetuaKetua
Laporan AuditAudit
Negara Tahun
Negara 2019
Tahun Siri
2019 11
Siri A -A3- 3
PPendahuluan
endahuluan RAHSIA

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 3 02/12/2020 11:11 AM


A-4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pendahuluan

1. T.page AKTIVITI PERSEKUTUAN.indd 4 02/12/2020 11:11 AM


1
JABATAN PERDANA MENTERI
UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN
– Pengurusan Program Pembangunan
Hartanah Bumiputera Pulau Pinang

2. Teks 1 - 3.indd 1 02/12/2020 11:12 AM


2. Teks 1 - 3.indd 2 02/12/2020 11:12 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

JABATAN PERDANA MENTERI


UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN
PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN HARTANAH
BUMIPUTERA PULAU PINANG

Perkara Utama
Apa yang  Program Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang
diaudit? merupakan salah satu inisiatif Pelan Strategik Pembangunan
Bumiputera Pulau Pinang. Inisiatif ini lebih tertumpu kepada
pelaksanaan projek perumahan dan hartanah yang memberi
manfaat kepada Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, perolehan
tanah di lokasi yang strategik juga turut dijalankan.
 Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada Pengurusan
Program Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang telah
dirancang dan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan
berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
 Pengauditan meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan
pengurusan program bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).
 Prestasi program dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu
pencapaian output dan pencapaian outcome. Pengurusan program
pula meliputi dua (2) aspek iaitu pencapaian kewangan dan
pengurusan projek.
 Terdapat lima (5) agensi pelaksana yang terlibat dalam
pelaksanaan program ini iaitu Syarikat JKP Sdn. Bhd. (JKPSB),
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Perda
Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB), UDA Land (North) Sdn.
Bhd. (UDA Land) dan Co-opbank Pertama.

Mengapa ia  Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM280.14 juta dalam


penting tempoh sembilan (9) tahun bermula tahun 2011 sehingga 2019
untuk bagi pelaksanaan program ini.
diaudit?
 Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan
pembangunan hartanah dan perumahan Bumiputera Pulau Pinang
dengan menambah bank tanah untuk pembangunan,
membangunkan tanah-tanah dalam bank tanah dengan projek
perumahan mampu milik, mewujudkan pusat pertumbuhan baharu
dan meningkatkan keupayaan Bumiputera Pulau Pinang untuk
memiliki rumah dan hartanah.

Apa yang  Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, dapat


ditemui dirumuskan bahawa pelaksanaan Program Pembangunan
Audit? Hartanah Bumiputera Pulau Pinang masih belum dapat
menyumbang secara signifikan kepada peningkatan pemilikan di
kalangan Bumiputera di Pulau Pinang. Bagi tempoh tahun 2014
hingga 2019, walaupun sebahagian besar KPI yang ditetapkan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 - 11 - 1
P e n g u r u s a n P r o g r a m P e m b a n g u n a n HHartanah
Pengurusan Program Pembangunan a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 1 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA

telah tercapai, namun program ini hanya menyumbang 2.9%


pemilikan rumah kos kurang RM300,000 di kalangan Bumiputera
atau 1.0% daripada keseluruhan pemilikan rumah kos kurang
RM300,000 di Pulau Pinang. Setakat 31 Disember 2019, kelemahan
yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
- Sasaran KPI tahun 2014 hingga 2016 tidak dapat diukur kerana
sasaran KPI yang ditetapkan tidak memperincikan keluasan
tanah yang perlu diperoleh.
- Sasaran KPI tahun 2017 hingga 2020, iaitu pembangunan
penempatan baharu dan kelulusan permohonan tabung
perumahan bagi setiap tahun belum tercapai.
- Penilaian outcome terhadap program tidak dijalankan. Selain
itu, perancangan atau rangka kerja yang jelas terutamanya dari
segi pengumpulan data dan maklumat yang perlu dikumpul
juga tidak diwujudkan untuk menjalankan penilaian outcome.
- Baki pinjaman setiap projek yang belum dibelanjakan tidak
dapat disahkan.
- Tunggakan 14 pinjaman yang belum dijelaskan oleh JKPSB dan
PERDA adalah berjumlah RM78.30 juta. Empat (4) daripada
pinjaman telah tamat tempoh pembayaran balik.
- Hak milik lot tanah di Mukim 12, Tasek Gelugor, Seberang Perai
Utara belum ditukar kepada PVISB walaupun bayaran
berjumlah RM36.65 juta telah dijelaskan sepenuhnya pada
27 April 2015 dan 10 September 2015.
- Empat (4) projek yang dilaksanakan oleh JKPSB dan PVISB
melibatkan pembiayaan Akaun Khas berjumlah RM49.31 juta
masih belum dilaksanakan sepenuhnya.
- Enam (6) perolehan tanah yang dibeli oleh JKPSB dan PERDA
masih belum dibangunkan bagi tempoh 27 hingga 72 bulan.
- Hotel Bajet di Sungai Nibong yang siap dibina pada 9 Oktober
2014 masih belum beroperasi kerana tiada penyewa.
- Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan [Certificate of
Completion and Compliance (CCC)] untuk bangunan di
Kompleks Perniagaan Mid Town PERDA masih belum diperolehi.
- Sebanyak 133 (44.6%) daripada 298 bilangan akaun yang
masih aktif telah tertunggak. Tempoh tunggakan adalah antara
satu (1) hingga melebihi 13 bulan melibatkan tunggakan
berjumlah RM0.34 juta.

1 - 21 - 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProgram
P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 2 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JABATAN PERDANA MENTERI


UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN
1. PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN HARTANAH BUMIPUTERA
PULAU PINANG

FAKTA UTAMA PROGRAM PEMBANGUNAN


HARTANAH BUMIPUTERA PULAU PINANG
RM200.14 Juta RM80 Juta RM263.24 Juta
 Jumlah peruntukan RMKe-10  Jumlah peruntukan  Jumlah perbelanjaan
(2011 - 2015) yang disalurkan RMKe-11 (2016 – 2019) Akaun Khas program
melalui Akaun Khas program yang disalurkan melalui setakat 31 Disember 2019
Akaun Khas program

Bahagian Penyelarasan Penyertaan  Urus Setia Program Pembangunan Hartanah Bumiputera


Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) Pulau Pinang

Majlis Pembangunan Bumiputera  Merancang, merangka dan memutuskan dasar, strategi serta
Pulau Pinang (MPBPP) projek pembangunan Bumiputera di Pulau Pinang
 Memastikan semua keputusan berkaitan dasar, strategi dan
projek diambil tindakan oleh agensi pelaksana persekutuan di
Pulau Pinang
 Menyelaras pelaksanaan projek pembangunan Bumiputera di
peringkat agensi pelaksana persekutuan di Pulau Pinang
 Memantau pelaksanaan dasar, strategi dan projek
pembangunan Bumiputera yang telah diputuskan
Akaun Khas Program Pembangunan  Akaun Khas yang ditubuhkan untuk pembiayaan Program
Hartanah Bumiputera Pulau Pinang Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang
 Diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA)

1. LATAR BELAKANG

1.1. Majlis Tindakan Negara (MTN) telah melantik Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji
masalah sosioekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 9 September 1975. Sehubungan
itu, Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP) telah ditubuhkan
diikuti dengan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP)
pada 23 Jun 1977. BPPBPP ini diletakkan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),
Jabatan Perdana Menteri dan bertindak sebagai urus setia dan juga staf agensi kepada
JKP.

1.2. Pada 31 Januari 2009, JKP telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Majlis
Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP). Fungsi MPBPP antaranya adalah
seperti berikut:

a. merancang, merangka dan memutuskan dasar, strategi serta projek


pembangunan Bumiputera di Pulau Pinang;
b. memastikan semua keputusan berkaitan dasar, strategi dan projek diambil
tindakan oleh agensi pelaksana persekutuan di Pulau Pinang;
c. menyelaras pelaksanaan projek pembangunan Bumiputera di peringkat agensi
pelaksana persekutuan di Pulau Pinang; dan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
1-3
1-3
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 3 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

d. memantau pelaksanaan dasar, strategi dan projek pembangunan Bumiputera


yang telah diputuskan.

1.3. Program Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang merupakan salah satu
inisiatif Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang. Inisiatif ini lebih
tertumpu kepada pelaksanaan projek perumahan dan hartanah yang memberi manfaat
kepada Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, perolehan tanah di lokasi yang strategik juga
turut dijalankan. Setiap projek dan perolehan tanah yang dirancang akan dibawa untuk
kelulusan MPBPP terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

1.4. Peruntukan kewangan bagi pembiayaan program ini disalurkan oleh Unit Perancang
Ekonomi (UPE) dan ICU melalui Akaun Khas Program Pembangunan Hartanah
Bumiputera Pulau Pinang. Akaun Khas ini ditubuhkan pada 4 November 2011 dan
diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Pembiayaan bagi
projek yang menggunakan Akaun Khas ini dibuat sama ada secara geran atau pinjaman
bagi membiayai sebahagian atau sepenuhnya daripada kos projek. Setakat 31 Disember
2019, peruntukan berjumlah RM280.14 juta telah disalurkan ke dalam Akaun Khas ini.
Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM263.24 juta (94%) telah dibelanjakan. Carta 1
menunjukkan proses penyaluran peruntukan.

CARTA 1
PROSES PENYALURAN PERUNTUKAN

MULA

Kelulusan Majlis dari Bahagian Penyelarasan dan Penyertaan


Bumiputera Pulau Pinang

Jawatankuasa Akaun Khas Bermesyuarat

Semak untuk proses bayaran


Senarai Semak Kelulusan Majlis:
1. Cabutan Minit Mesyuarat Majlis/Arahan/Keputusan Kerajaan
2. Perjanjian yang telah ditandatangani

Tidak Lengkap
Lengkap
Proses bayaran cek (Tabung Perumahan)

Cek diserahkan kepada pemohon dan perbelanjaan dilakukan


mengikut peraturan dan tatacara kewangan berkuatkuasa

Kutipan/bayaran balik diterima dan dikreditkan ke bank

Semak slip masuk bank dan rekod buku Akaun Amanah dan hantar
laporan ke UPE, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

TAMAT

Sumber: Surat Ikatan Amanah UPE, JPM

1 - 41 - 4 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 4 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

1.5. Terdapat lima (5) agensi pelaksana yang terlibat dalam pelaksanaan Program
Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang seperti dalam Jadual 1.

JADUAL 1
SENARAI AGENSI PELAKSANA
PROGRAM PEMBANGUNAN HARTANAH BUMIPUTERA PULAU PINANG
BIL. AGENSI PELAKSANA

1. JKP Sdn. Bhd. (JKPSB)

2. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

3. Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB)

4. UDA Land (North) Sdn. Bhd. (UDA Land)

5. Co-opbank Pertama
Sumber: BPPBPP

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada Program Pembangunan Hartanah
Bumiputera Pulau Pinang telah dirancang dan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan
berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh BPPBPP iaitu:

a. menambah bilangan pemilikan tanah ke dalam bank tanah untuk dibangunkan;


b. membangunkan tanah dalam bank tanah untuk projek perumahan mampu milik;
c. mewujudkan pusat pertumbuhan baharu; dan
d. meningkatkan keupayaan Bumiputera Pulau Pinang untuk memiliki rumah dan
hartanah.

3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan
Program Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang bagi Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Prestasi program
dinilai berdasarkan pencapaian output dan pencapaian outcome. Pengurusan program
pula dinilai berdasarkan aspek pencapaian kewangan dan pengurusan projek.

3.2. Pengauditan telah dijalankan di BPPBPP, JKPSB, PERDA, PVISB, UDA Land dan
Co-opbank Pertama. Daripada keseluruhan 29 projek, pemeriksaan fizikal Audit telah
dibuat terhadap 19 sampel projek (65.5%) yang dipilih. Daripada jumlah tersebut,
12 sampel adalah merupakan projek perumahan dan pembangunan yang melibatkan
rumah yang bernilai kurang RM300,000 iaitu bagi perumahan kos rendah dan mampu
milik. Selain itu, baki tujuh (7) sampel adalah merupakan perolehan tanah. Butiran sampel
projek yang dipilih adalah seperti dalam Jadual 2.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
1-5
1-5
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 5 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 2
SENARAI SAMPEL PROJEK YANG DIPILIH
AGENSI
BIL. PROJEK LOKASI
PELAKSANA
1. Projek Perumahan Sungai Nibong Sungai Nibong, DTL

2. Hotel Bajet Sungai Nibong, DTL

3. Projek Perumahan Kampung Bagan Serai Permatang Pauh, SPT


1. JKPSB
4. Projek Perumahan Kampung Pisang Awak Jelutong, DTL

5. Projek Perumahan Seri Putri, Taman Seri Guar Perahu Guar Perahu, SPT

6. Projek Perumahan Taman Seri Saujana, Bukit Panchor Nibong Tebal, SPS

7. Projek Perumahan Kos Rendah (PPKR) Tok Alang &


Tasek Gelugor, SPU
Peruntukan Tambahan
8. Projek Perumahan Jalan Lama, Sebahagian Lot 1026, Mukim
Nibong Tebal, SPS
2. PERDA 8, Bukit Panchor
9. PERDA Food Park Fasa 1D Tasek Gelugor, SPU

10. Projek Perumahan Mukim 5 Sungai Bakap, SPS

11. Projek Pembangunan Midtown Tasek Gelugor, SPU


3. PVISB
12. Projek Pembangunan Kompleks Rakyat Jalan Berlian Telok Ayer Tawar, SPU

13. Perolehan Tanah Lot 1254 dan 1268, Mukim 7 Jawi, SPS

4. JKPSB 14. Perolehan Tanah Lot 576, 578, 579, 580 dan 581, Mukim C Permatang Pasir, DBD

15. Perolehan Tanah Lot 122, Mukim G Balik Pulau, DBD

5. PERDA 16. Perolehan Tanah Lot 416, Mukim 6 Pongsu Seribu, SPU

17. Perolehan Tanah Lot 2770, 2771, 2772, 2773, 2776, 2777
Tasek Gelugor, SPU
6. PVISB dan 2480, Mukim 12

18. Perolehan Tanah Lot 1287, Mukim 13, Padang Menora Tasek Gelugor, SPU

7. UDA Land 19. Perolehan Tanah Lot 42 dan 43, Seksyen 1 Bandar Batu Feringghi, DTL
Sumber: BPPBPP
Nota : SPT – Seberang Perai Tengah
SPU – Seberang Perai Utara
SPS – Seberang Perai Selatan
DBD – Daerah Barat Daya
DTL – Daerah Timur Laut

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen, fail dan minit mesyuarat.
Selain itu, lawatan ke projek yang terlibat dengan Pegawai ICU dan wakil agensi
pelaksana serta temu bual dengan pegawai yang berkaitan juga telah dilaksanakan.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan pada bulan Januari hingga Mac 2020. Perkara yang ditemui
serta maklum balas telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup (Exit Conference) pada
18 Jun 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan Audit adalah seperti dalam
perenggan berikut:

1 - 61 - 6 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 6 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.1. Prestasi Aktiviti

5.1.1. Pencapaian Output

a. Berdasarkan Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, objektif


yang ditetapkan bagi pelaksanaan Program Pembangunan Hartanah Bumiputera
Pulau Pinang adalah seperti berikut:

i. menambah bilangan pemilikan tanah ke dalam bank tanah untuk


dibangunkan;

ii. membangunkan tanah dalam bank tanah untuk projek perumahan mampu
milik;

iii. mewujudkan pusat pertumbuhan baharu; dan

iv. meningkatkan keupayaan Bumiputera Pulau Pinang untuk memiliki rumah dan
hartanah.

b. Sehubungan itu bagi mencapai objektif yang ditetapkan, BPPBPP telah


menetapkan Key Performance Indicator (KPI) yang perlu dicapai. Berdasarkan
Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, KPI yang perlu dicapai
bermula pada tahun 2014 sehingga 2020 adalah seperti dalam Jadual 3.
Terdapat dua (2) KPI yang perlu dicapai bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016,
manakala lima (5) KPI bagi tempoh tahun 2017 hingga 2020.

JADUAL 3
KPI PROGRAM PEMBANGUNAN HARTANAH BUMIPUTERA PULAU PINANG
TEMPOH PENCAPAIAN KPI
SASARAN KPI
(Tahun)
100% hartanah diperoleh untuk pembangunan Bumiputera
2014 - 2016
80% rumah dibina dan dijual kepada Bumiputera
50 ekar jumlah keluasan tanah meningkat
Dua (2) projek perumahan mampu milik dibangunkan
2017 - 2020 Satu (1) penempatan baharu dibangunkan
Tiga (3) pusat pertumbuhan sedia ada ditambah baik
20 kelulusan permohonan tabung perumahan bagi setiap tahun
Sumber: Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang

c. Analisis Audit terhadap projek yang dilaksanakan untuk mengukur pencapaian


sasaran KPI yang ditetapkan setakat 31 Disember 2019 mendapati perkara seperti
dalam Jadual 4.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
1-7
1-7
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 7 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 4
STATUS PENCAPAIAN KPI SETAKAT 31 DISEMBER 2019
TEMPOH KPI STATUS
PENCAPAIAN KPI PENCAPAIAN
(Tahun) SASARAN PENCAPAIAN KPI

Tidak dapat ditentukan


100% hartanah diperoleh
Sebanyak 40.83 ekar tanah telah kerana sasaran
untuk pembangunan
diperoleh. keluasan tanah tidak
Bumiputera
ditetapkan
 Tiga (3) projek pembinaan
2014 - 2016 melibatkan 357 unit rumah telah
disiapkan.
80% rumah dibina dan
 Daripada jumlah tersebut, Tercapai
dijual kepada Bumiputera
sebanyak 348 unit rumah (97.5%)
dijual kepada Bumiputera Pulau
Pinang.
50 ekar jumlah keluasan
88.25 ekar tanah telah diperoleh. Tercapai
tanah meningkat
Dua (2) (100%) projek pembinaan
Dua (2) projek perumahan
berjaya disiapkan melibatkan Tercapai
mampu milik dibangunkan
pembinaan 116 unit rumah.
 Satu (1) penempatan baharu iaitu
Kompleks Rakyat Jalan Berlian di
Satu (1) penempatan Telok Ayer Tawar.
Belum Tercapai
baharu dibangunkan  Bagaimanapun projek ini
2017 - 2020 ditangguhkan kerana mendapat
bantahan daripada penduduk.

Tiga (3) pusat Empat (4) (133.3%) pusat


pertumbuhan sedia ada pertumbuhan sedia ada ditambah Tercapai
ditambah baik baik.

42 (70%) kelulusan bagi tempoh


20 kelulusan permohonan tahun 2017 hingga 2019 iaitu:
tabung perumahan bagi 2017 – 17 kelulusan Belum Tercapai
setiap tahun 2018 – 22 kelulusan
2019 – 3 kelulusan
Sumber: BPPBPP

d. Merujuk kepada Jadual 4, terdapat dua (2) KPI yang perlu dicapai sepanjang
tempoh tahun 2014 hingga 2016. Semakan Audit mendapati sasaran 80%
rumah yang dibina dapat dijual kepada Bumiputera Pulau Pinang
telah tercapai. Bagaimanapun, sasaran 100% hartanah tidak dapat
diukur kerana sasaran KPI yang ditetapkan tidak menyatakan
keluasan tanah yang perlu diperoleh. Namun begitu, bagi tempoh
tersebut tanah dengan keluasan 40.83 ekar telah diperoleh.

e. Bagi KPI untuk tempoh tahun 2017 hingga 2020, terdapat lima (5) KPI perlu
dicapai. Tiga (3) KPI yang disasarkan telah tercapai, iaitu melibatkan
sasaran perolehan 50 ekar tanah, pembinaan dua (2) projek perumahan mampu
milik dan tambah baik tiga (3) pusat pertumbuhan sedia ada. Bagaimanapun,
sasaran pembangunan satu (1) penempatan baharu dan 20
kelulusan permohonan tabung perumahan bagi setiap tahun
belum tercapai setakat 31 Disember 2019.

1 - 81 - 8 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 8 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

f. Bagi sasaran satu (1) pusat penempatan baharu, pembinaan Kompleks


Rakyat Jalan Berlian di Telok Ayer Tawar telah diluluskan pada tahun 2015 untuk
dibangunkan. Bagaimanapun projek ini ditangguhkan pada tahun 2017 kerana
terdapat bantahan daripada penduduk seperti dinyatakan dalam minit mesyuarat
Akaun Khas Bilangan 2 Tahun 2017 bertarikh 30 November 2017. Susulan isu
tersebut, due diligence projek telah dilaksanakan dan berdasarkan laporan
tersebut, penilaian semula terhadap pelaksanaan projek akan dibuat selepas
mendapat kelulusan daripada MPBPP.

g. Semakan Audit selanjutnya terhadap agensi pelaksana yang terlibat dengan


program ini mendapati sepanjang tempoh tahun 2011 hingga 2019, 29 projek
melibatkan peruntukan pembiayaan berjumlah RM247.81 juta telah dilaksanakan.
Pelaksanaan 24 projek didapati bersesuaian dengan objektif program manakala
lima (5) projek tidak bersesuaian dengan objektif program. Namun, projek
tersebut telah diluluskan berdasarkan Perenggan 5.2 (vii) Surat Ikatan Amanah
Akaun Khas iaitu pembiayaan bagi lain-lain perkara yang berkaitan dengan
pembangunan Bumiputera Pulau Pinang seperti yang diluluskan MPBPP. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
PROJEK PEMBANGUNAN HARTANAH BUMIPUTERA PULAU PINANG
JUMLAH
KOS
AGENSI PEMBIAYAAN
BIL. PROJEK LOKASI PROJEK
PELAKSANA AKAUN KHAS
(RM Juta)
(RM Juta)
Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Tasek Gelugor,
1. 0.42 0.42
Kompleks Tasek Gelugor SPU
Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Kepala Batas,
2. 0.48 0.48
Kompleks Dato’ Kailan SPU
Sungai Nibong,
3. Projek Perumahan Sungai Nibong 18.70 10.00
DTL
Permatang
4. Projek Perumahan Kampung Bagan Serai 17.37 12.09
Pauh, SPT
5. Projek Perumahan Kampung Pisang Awak Jelutong, DTL 27.95 18.36
Projek Perumahan Seri Putri, Taman Seri Guar Perahu,
6. 18.02 13.86
Guar Perahu SPT
Projek Perumahan Taman Seri Saujana, Nibong Tebal
7. 4.19 4.97
Bukit Panchor SPS
Perolehan Tanah Lot 1254 dan 1268
8. Jawi, SPS 5.37 5.37
Mukim 7 JKPSB
Perolehan Tanah Lot 576, 578, 579, 580 Permatang Pasir,
9. 9.10 9.10
dan 581, Mukim C DBD
10. Perolehan Tanah Lot 122 Mukim G Balik Pulau, DBD 3.40 3.40
Perolehan Tanah Lot 884 dan 885, Mukim Ampang Jajar,
11. 2.43 2.43
9 SPS
Perolehan Tanah Lot 57, 83 dan 273, Jawi,
12. 10.00 10.00
Sungai Duri SPS
13. Penyenggaraan 6 Rumah Pangsa TM 3.80 3.80
Penang Bumiputera Property Expo Tasek Gelugor,
14. 0.50 0.50
(PROBEX) SPU
Butterworth,
15. Perolehan Bangunan 9.70 6.90
SPU
16. Pengambilalihan Kolej ICT Balik Pulau, DBD 8.90 8.90

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
1-9
1-9
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 9 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JUMLAH
KOS
AGENSI PEMBIAYAAN
BIL. PROJEK LOKASI PROJEK
PELAKSANA AKAUN KHAS
(RM Juta)
(RM Juta)
Sungai Nibong,
17. Hotel Bajet 2.15 2.15
DTL
Projek Perumahan Kos Rendah (PPKR) Tasek Gelugor,
18. 5.14 2.03
Tok Alang dan Peruntukan Tambahan SPU
Tasek Gelugor,
19. PERDA Food Park Fasa 1D 3.75 3.57
SPU
Projek Perumahan Jalan Lama, Sebahagian Nibong Tebal,
20. PERDA 15.73 14.71
Lot 1026, Mukim 8, Bukit Panchor SPS
Sungai Bakap,
21. Projek Perumahan Mukim 5 28.86 6.34
SPS
Pongsu Seribu,
22. Perolehan Tanah Lot 416, Mukim 6 6.84 6.84
SPU
Projek Pembangunan Midtown dan Tasek Gelugor,
10.12 10.12
PENBEX SPU
23.
Tasek Gelugor,
Projek Pembangunan Midtown 3.62 3.62
SPU
Penambahbaikan Kompleks Perniagaan Tasek Gelugor,
24. 2.80 2.80
Midtown SPU
PVISB
Projek Pembangunan Kompleks Rakyat Telok Ayer
25. 29.27 5.00
Jalan Berlian Tawar, SPU
Perolehan Tanah Lot 2770, 2771, 2772, Tasek Gelugor,
26. 38.15 38.00
2773, 2776, 2777 dan 2480, Mukim 12 SPU
Perolehan Tanah Lot 1287, Mukim 13, Tasek Gelugor,
27. 0.58 0.58
Padang Menora SPU
Bandar Batu
28. Perolehan Tanah Lot 42 dan 43, Seksyen 1 36.27 36.27
Feringghi, DTL
UDA LAND
Perolehan Tanah Lot 394 – 397 dan 407, Tasek Gelugor,
29. 5.20 5.20
Mukim 6, Jalan Pokok Machang SPU
JUMLAH 328.81 247.81
Sumber: BPPBPP
Nota: TM - Tiada Maklumat

Maklum balas BPPBPP yang diterima pada 30 Mei 2020

BPPBPP mengambil maklum akan pandangan dan syor pihak Audit. Bagaimanapun,
pencapaian output mengambil kira keadaan semasa dan pelbagai faktor yang
memberikan kesan seperti kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri; kedudukan
kewangan agensi pelaksana; perubahan Kerajaan Negeri; dan peruntukan
pembangunan yang diluluskan dan diterima pada setiap Rolling Plan (RP).

Pendapat Prestasi pelaksanaan program adalah memuaskan mengikut


Audit KPI yang telah ditetapkan, kecuali bagi penempatan baharu
dan permohonan pinjaman perumahan.

5.1.2. Pencapaian Outcome

a. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012 mengenai Garis Panduan Penilaian


Program Pembangunan menetapkan Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun
Persekutuan membuat penilaian outcome dan impak terhadap sesuatu program
yang dilaksanakan. Selain itu berdasarkan Arahan No.1 Tahun 2010 Majlis
Tindakan Negara, penilaian outcome adalah sebagai sistem amaran awal untuk
1-1
10- 10 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 10 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

membantu Kementerian menyelaras semula strategi-strategi pelaksanaan


program atau projek agar mencapai sasaran outcome yang dihasratkan.

b. Semakan Audit mendapati penilaian outcome terhadap Program


Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang tidak
dijalankan. Selain itu, perancangan atau rangka kerja yang jelas terutamanya
dari segi pengumpulan data dan maklumat yang perlu dikumpul juga tidak
diwujudkan untuk menjalankan penilaian outcome. Ketiadaan perancangan
terhadap penilaian outcome menyebabkan program ini tidak dapat dinilai dari segi
keberkesanan dan impak sebenar terhadap golongan sasaran yang terlibat.

c. Sehubungan itu untuk mengukur outcome program, Jabatan Audit Negara telah
menganalisis data pemilikan rumah yang diperoleh daripada Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengukur pemilikan rumah di
Pulau Pinang. Berdasarkan data tersebut, jumlah pemilikan rumah kos kurang
RM300,000 bagi tempoh tahun 2014 hingga 2019 adalah sebanyak 45,386 unit.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15,970 unit (35.2%) adalah
pemilikan Bumiputera dan baki 29,416 unit (64.8%) adalah
pemilikan bukan Bumiputera. Butiran terperinci adalah seperti dalam
Jadual 6.

JADUAL 6
PEMILIKAN RUMAH KOS KURANG RM300,000 DI PULAU PINANG
BAGI TEMPOH TAHUN 2014 HINGGA 2019
PEMILIKAN RUMAH KOS KURANG RM300,000

TAHUN BUMIPUTERA BUKAN BUMIPUTERA JUMLAH


(Unit) (%) (Unit) (%) (Unit)

2014 3,317 31.6 7,175 68.4 10,492

2015 2,718 33.4 5,430 66.6 8,148

2016 2,431 34.3 4,665 65.7 7,096

2017 2,251 36.5 3,910 63.5 6,161

2018 2,420 37.1 4,107 62.9 6,527

2019 2,833 40.7 4,129 59.3 6,962

JUMLAH 15,970 35.2 29,416 64.8 45,386


Sumber: KPKT

d. Bagi tempoh 2014 hingga 2019 juga, sebanyak lima (5) daripada lapan (8) projek
perumahan telah siap dibina di bawah Program Perumahan Pembangunan
Hartanah Bumiputera Pulau Pinang. Melalui kelima-lima projek perumahan
tersebut, sebanyak 464 unit rumah (98.1%) yang siap dibina adalah pemilikan
Bumiputera, manakala sembilan (9) unit rumah (1.9%) adalah pemilikan bukan
Bumiputera (penduduk asal). Butiran terperinci adalah seperti dalam Jadual 7.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -111
- 11
P ePengurusan
n g u r u s a n PProgram
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 11 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 7
STATISTIK PEMILIKAN RUMAH BUMIPUTERA PULAU PINANG
SETAKAT 31 DISEMBER 2019
BILANGAN
PEMILIKAN RUMAH
RUMAH
AGENSI
BIL. PROJEK LOKASI YANG BUKAN
PELAKSANA BUMIPUTERA
DIBINA BUMIPUTERA
(Unit) (Unit)
(Unit)
Projek Perumahan Sungai Sungai Nibong,
1. 160 151 9
Nibong DTL
JKPSB
Projek Perumahan Taman
Nibong Tebal,
2. Seri Saujana, Bukit 44 44 -
SPS
Panchor

Projek Perumahan Jalan


Lama, Sebahagian Lot Nibong Tebal,
3. 140 140 -
1026, Mukim 8, Bukit SPS
Panchor

Projek Perumahan Kos PERDA


Tasek Gelugor,
4. Rendah (PPKR) Tok Alang 57 57 -
SPU
& Peruntukan Tambahan
Sungai Bakap,
5. Projek Perumahan Mukim 5 72 72 -
SPS
JUMLAH 473 464 9
Sumber: JKPSB dan PERDA

e. Pada keseluruhannya, daripada 15,970 pemilikan Bumiputera rumah kos kurang


RM300,000 bagi tempoh tahun 2014 hingga 2019 di Pulau Pinang, hanya 464
pemilikan (2.9%) disumbangkan oleh Program Pembangunan
Hartanah Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, jika dibandingkan dengan
keseluruhan 45,386 pemilikan, program ini menyumbang sebanyak 1.0% (464
pemilikan) daripada keseluruhan pemilikan rumah kos kurang RM300,000 di Pulau
Pinang.

f. Hal ini menunjukkan pencapaian pemilikan rumah kos kurang


RM300,000 di kalangan Bumiputera melalui pelaksanaan program
ini masih rendah. Namun begitu, peratus pemilikan ini dapat ditingkatkan
sekiranya projek perumahan yang dirancang oleh agensi pelaksana dapat
disiapkan sepenuhnya. Senarai projek perumahan yang masih belum disiapkan
adalah seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8
SENARAI PROJEK PERUMAHAN YANG MASIH BELUM DISIAPKAN
TARIKH PATUT
BIL. PROJEK LOKASI STATUS SEMASA
SIAP
Projek Perumahan Kampung Permatang Pauh, Masih dalam peringkat kelulusan
1. Tidak Berkaitan
Bagan Serai SPT Pelan Kebenaran Merancang (PKM)
Projek Perumahan Kampung Membincangkan pembangunan
2. Jelutong, DTL 01.11.2017
Pisang Awak semula
Projek Perumahan Seri Putri,
3. Guar Perahu, SPT Tidak Berkaitan Masih di peringkat kerja-kerja tanah
Taman Seri Guar Perahu
Sumber: JKPSB

1-1
12- 12 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 12 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

g. Selanjutnya, analisis pemilikan tanah Bumiputera Pulau Pinang tidak dapat


dilaksanakan kerana permohonan data pemilikan tanah kepada Pejabat Tanah
dan Galian Pulau Pinang tidak diterima oleh pihak Audit.

Maklum balas BPPBPP yang diterima pada 30 Mei 2020

BPPBPP merancang melaksanakan penilaian outcome bersama-sama agensi


pelaksana selepas mendapat kelulusan pembangunan daripada Pihak Berkuasa
Negeri. Penilaian outcome tertangguh kerana berdasarkan permohonan peruntukan
Rolling Plan RMKe-11, program ini merupakan program pembangunan kategori bukan
fizikal.

Pendapat Penilaian outcome perlu dibuat bagi mengukur keberkesanan


Audit program selaras dengan objektif yang ditetapkan. Selain itu,
walaupun sebahagian besar sasaran KPI yang ditetapkan
tercapai, namun program ini masih belum dapat menyumbang
secara signifikan kepada peningkatan pemilikan di kalangan
Bumiputera Pulau Pinang khususnya bagi pemilikan rumah kos
kurang RM300,000.

5.2. Pengurusan Program

5.2.1. Pencapaian Kewangan

a. Peruntukan program ini disalurkan melalui Akaun Khas Program Pembangunan


Hartanah Bumiputera Pulau Pinang. Perenggan 5, Surat Ikatan Amanah Akaun
Khas menetapkan sumber kewangan Akaun Khas ini adalah seperti berikut:

i. peruntukan daripada Kerajaan;


ii. bayaran balik pinjaman yang diberikan;
iii. faedah dan keuntungan daripada simpanan tetap dan pelaburan yang
diluluskan MPBPP; dan
iv. sumber-sumber lain yang diluluskan MPBPP.

b. Semakan Audit mendapati proses penyaluran peruntukan melibatkan dua (2)


peringkat. Peringkat pertama melibatkan penyaluran peruntukan oleh
Kementerian Kewangan (MoF) melalui UPE/ICU kepada PERDA. Peringkat kedua
penyaluran peruntukan oleh PERDA kepada agensi pelaksana yang terlibat.
Pelaksanaan program termasuk penyaluran peruntukan Program Pembangunan
Hartanah Bumiputera Pulau Pinang adalah tertakluk kepada kelulusan MPBPP.
Selain itu, MPBPP bertanggungjawab memutuskan sama ada peruntukan
disediakan dalam bentuk geran atau pinjaman kepada agensi pemohon. Bagi
penyaluran peruntukan secara pinjaman, peruntukan akan disalurkan selepas
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -113
- 13
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 13 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

termeterainya perjanjian pinjaman di antara Pegawai Pengawal Akaun dan agensi


pelaksana. Seterusnya bagi penyaluran peruntukan secara geran, kelulusan
daripada MPBPP perlu diangkat kepada UPE, JPM untuk pertimbangan dan
kelulusan Ketua Pengarah UPE, JPM.

c. Bagi tempoh RMKe-10 (2011 hingga 2015) dan RMKe-11 (2016 hingga 2019),
peruntukan berjumlah RM280.14 juta telah diterima oleh PERDA untuk
pembiayaan projek di bawah Program Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau
Pinang. Selain itu bagi tempoh yang sama, sejumlah RM263.24 juta (94%)
telah dibelanjakan. Baki Akaun Khas mengikut penyata kewangan PERDA setakat
31 Disember 2019 yang belum diaudit adalah berjumlah RM16 juta. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HARTANAH
BUMIPUTERA PULAU PINANG BAGI TEMPOH TAHUN 2011 HINGGA 2019
PERUNTUKAN PERBELANJAAN
RMK TAHUN
(RM Juta) (RM Juta) (%)
2011 40.31 3.80 9.4
2012 59.69 48.63 81.4
RMKe-10 2013 100.14 19.71 19.7
2014 46.18 -
Tiada Peruntukan Diterima
2015 63.29 -
JUMLAH 200.14 181.61 90.7
2016 20.00 18.59 93.0
2017 20.00 18.25 91.3
RMKe-11
2018 20.00 10.58 52.9
2019 20.00 34.21 171.1
JUMLAH 80.00 81.63 102.0
JUMLAH KESELURUHAN 280.14 263.24 94.0
Sumber: Laporan Peruntukan dan Perbelanjaan ICU dan PERDA

d. Berdasarkan Jadual 9, analisis Audit selanjutnya terhadap prestasi perbelanjaan


dari tahun 2011 hingga 2019 mendapati peratus perbelanjaan tahunan adalah
antara 9.4% hingga 171.1%. Perbelanjaan bagi tahun 2011 lebih rendah
berbanding dengan tahun-tahun yang lain kerana hanya satu (1) projek sahaja
yang diluluskan oleh MPBPP dalam tahun tersebut. Bagaimanapun, perbelanjaan
bagi tahun 2019 melebihi peruntukan yang diterima kerana perbelanjaan yang
dibuat turut melibatkan perbelanjaan bagi projek terdahulu.

e. Semakan Audit turut dibuat di peringkat agensi pelaksana untuk mengesahkan


perbelanjaan yang dibuat terhadap peruntukan yang diterima melalui Akaun Khas.
Hasil semakan Audit mendapati perkara berikut:

1-1
14- 14 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 14 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2.1.1. Baki Pinjaman Tidak Dapat Disahkan

Berdasarkan laporan projek pembangunan, JKPSB mempunyai empat (4) projek


yang belum disiapkan setakat 31 Disember 2019. Kos bagi keempat-empat projek
bernilai RM65.49 juta dan pembiayaan secara pinjaman yang diluluskan oleh
MPBPP berdasarkan kertas cadangan projek oleh agensi pelaksana untuk kesemua
projek tersebut adalah berjumlah RM46.46 juta. Semakan Audit selanjutnya
mendapati sejumlah RM49.06 juta telah dibelanjakan untuk pelaksanaan kesemua
projek sehingga 31 Disember 2019. Namun begitu, baki pinjaman setiap projek
yang belum dibelanjakan tidak dapat disahkan. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 10.

JADUAL 10
PERBELANJAAN PROJEK JKPSB SEHINGGA 31 DSEMBER 2019
KOS PEMBIAYAAN JUMLAH
BAKI
PROJEK SECARA PERBELANJAAN
BIL. PROJEK LOKASI (RM Juta)
(RM Juta) PINJAMAN (RM Juta)
(a–b)
(a) (RM Juta) (b)
Projek Perumahan Permatang Pauh,
1. 17.37 12.09 0.01 17.36
Kampung Bagan Serai SPT
Projek Perumahan
2. Jelutong, DTL 27.95 18.36 46.65 (18.70)
Kampung Pisang Awak
Projek Perumahan Seri
Guar Perahu,
3. Putri, Taman Seri Guar 18.02 13.86 0.81 17.21
SPT
Perahu
Sungai Nibong,
4. Hotel Bajet 2.15 2.15 1.59 0.56
DTL
JUMLAH 65.49 46.46 49.06 16.43
Sumber: Laporan Perbelanjaan Pembangunan JKPSB

Maklum balas BPPBPP yang diterima pada 30 Mei 2020

Mengambil maklum atas teguran Audit.

Maklum balas JKPSB yang diterima pada 30 Mei 2020

Pengurusan JKPSB sedang menyediakan daftar berasingan bagi perbelanjaan yang


melibatkan peruntukan Akaun Khas Program Pembangunan Hartanah Bumiputera
Pulau Pinang seperti saranan pihak Jabatan Audit Negara.

5.2.1.2. Pinjaman Pembiayaan Agensi Pelaksana Masih Belum


Dijelaskan Sepenuhnya

a. Merujuk kepada klausa 1.4 perjanjian pinjaman, setiap peminjam dikehendaki


membayar balik pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu,
klausa 1.3 dalam perjanjian pinjaman yang sama menyatakan tindakan
prosiding boleh diambil jika peminjam tidak membayar balik pinjaman.
Sekiranya peminjam gagal membayar dalam tempoh 30 hari, pemberi

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -115
- 15
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 15 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

pinjaman boleh menuntut bayaran pinjaman tersebut mengikut klausa 6


perjanjian pinjaman.

b. Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2019, sejumlah RM145.76 juta


telah disalurkan secara pinjaman bagi tujuan pelaksanaan 18 projek kepada
tiga (3) agensi pelaksana iaitu JKPSB, PERDA dan UDA Land. Daripada jumlah
tersebut, 14 pinjaman berjumlah RM82.52 juta kepada JKPSB dan PERDA telah
mencapai tempoh matang dan perlu dibuat bayaran balik. Namun begitu
setakat 31 Disember 2019, hanya sejumlah RM4.22 juta (5.1%) sahaja yang
telah dijelaskan oleh kedua-dua agensi pelaksana tersebut. Hal ini menjadikan
keseluruhan tunggakan pinjaman yang belum dijelaskan adalah berjumlah
RM78.30 juta. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
KUTIPAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MENGIKUT
AGENSI PELAKSANA SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
PINJAMAN (RM Juta)
AGENSI BILANGAN PERLU TELAH
PELAKSANA PROJEK BAKI
DILULUSKAN DIJELASKAN* DIJELASKAN
(a – b)
(a) (b)
JKPSB 12 100.62 65.17 2.22 62.95
PERDA 3 27.90 17.35 2.00 15.35
UDA Land 3 17.24 - - -
JUMLAH 18 145.76 82.52 4.22 78.30
Sumber: PERDA
Nota: (*) – Pinjaman yang Mencapai Tempoh Matang untuk Dijelaskan

c. Analisis Audit selanjutnya terhadap 14 pinjaman yang tertunggak


mendapati tunggakan pinjaman telah bermula sejak tahun
2015 bagi JKPSB dan 2016 bagi PERDA. Sehingga 31 Disember 2019,
jumlah tunggakan ini semakin meningkat menjadikan jumlah tunggakan
keseluruhan bagi JKPSB berjumlah RM62.95 juta, manakala
PERDA berjumlah RM15.35 juta. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 12.

JADUAL 12
TUNGGAKAN PINJAMAN MENGIKUT AGENSI PELAKSANA
SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
TAHUN JUMLAH
AGENSI
2015 2016 2017 2018 2019 KESELURUHAN
PELAKSANA
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

JKPSB 2.19 9.90 18.80 15.70 16.36 62.95

PERDA - 2.94 5.89 5.20 1.32 15.35

JUMLAH 2.19 12.84 24.69 20.90 17.68 78.30


Sumber: PERDA

1-1
16- 16 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 16 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

d. Selain itu setakat 31 Disember 2019, julat tunggakan adalah antara


RM1.47 juta hingga RM44.28 juta seperti dalam Jadual 13. Empat (4)
daripada 14 pinjaman telah tamat tempoh pembayaran balik.
Satu (1) daripadanya iaitu pinjaman bagi Projek Perumahan Jalan Lama,
Sebahagian Lot 1026 Mukim 8, Bukit Panchor, Nibong Tebal telah diluluskan
untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman. Kelulusan ini diberikan
dalam mesyuarat MPBPP Bilangan 1 Tahun 2016 pada 28 Mac 2016.
Bagaimanapun, penjadualan semula tersebut juga telah tamat tempoh dan
baki pinjaman masih tertunggak oleh pihak PERDA. Butiran lanjut seperti
dalam Jadual 14.

JADUAL 13
TUNGGAKAN PINJAMAN PERDA DAN JKPSB YANG BELUM BERBAYAR
SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
TUNGGAKAN BILANGAN JUMLAH TUNGGAKAN
(Bulan) PINJAMAN (RM Juta)
1 – 12 - -
13 – 24 3 4.46
25 – 36 2 3.01
37 – 48 4 44.28
> 49 1 1.47
Tempoh Bayaran Balik Telah Tamat Tempoh 4 25.08
JUMLAH 14 78.30
Sumber: PERDA

JADUAL 14
PINJAMAN YANG TELAH TAMAT TEMPOH PEMBAYARAN BALIK
SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
JUMLAH BAKI TEMPOH TEMPOH
AGENSI
BIL. PROJEK LOKASI PINJAMAN PINJAMAN BAYARAN PENJADUALAN
PELAKSANA
(RM Juta) (RM Juta) BALIK ASAL SEMULA

Projek Perumahan
Jalan Lama, Dis. 2015 Jun 2016
Nibong
1. Sebahagian Lot PERDA 14.71 12.71 hingga hingga
Tebal, SPS
1026, Mukim 8, Julai 2017 Jun 2018
Bukit Panchor

Perolehan Tanah April 2014


2. Lot 1254 dan Jawi, SPS 5.37 5.35 hingga Tiada
1268, Mukim 7 April 2017

Sungai Jan. 2015


3. Hotel Bajet Nibong, 2.15 2.15 hingga Tiada
JKPSB
DTL Julai 2016

Projek Perumahan
Sept. 2015
Taman Seri Nibong
4. 4.97 4.87 hingga Tiada
Saujana, Bukit Tebal, SPS
Mac 2018
Panchor

JUMLAH 27.20 25.08


Sumber: PERDA

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -117
- 17
P ePengurusan
n g u r u s a n PProgram
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 17 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

e. Semakan Audit selanjutnya mendapati PERDA sebagai pemberi


pinjaman gagal menguatkuasakan syarat kontrak. Kelemahan ini
menyebabkan kesukaran dalam melaksanakan pusingan modal terhadap
Akaun Khas bagi projek baru.

Maklum balas JKPSB yang diterima pada 30 Mei 2020

Kekangan kewangan disebabkan kelewatan memperolehi kelulusan pembangunan


telah menyebabkan aliran tunai JKPSB menjadi lemah. Justeru, pengurusan JKPSB
bercadang untuk pertimbangan MPBPP untuk menstrukturkan semula bayaran balik
pinjaman dan mengubah status pinjaman kepada geran yang melibatkan pinjaman.

Maklum balas PERDA yang diterima pada 30 Mei 2020

Pihak PERDA mengambil tindakan terhadap semua pinjaman yang diperolehi melalui
MPBPP termasuk melaksanakan bayaran balik. Bagaimanapun, PERDA telah
mengemukakan kertas pertimbangan bagi permohonan mengubah status daripada
pinjaman kepada geran dan memohon penstrukturan semula bayaran balik pinjaman
untuk pertimbangan dan kelulusan MPBPP.

Pendapat Kegagalan mengambil tindakan ke atas tunggakan pinjaman


Audit mengikut klausa perjanjian pinjaman yang telah ditetapkan
menyebabkan kesukaran dalam melaksanakan pusingan modal
terhadap Akaun Khas bagi projek baru.

5.2.2. Pengurusan Projek

5.2.2.1. Pertukaran Hak Milik Tanah Belum Selesai

a. Menurut Perjanjian Jual Beli, Klausa 5, Jadual 2 Perenggan A3 menetapkan


setelah penyerahan pindah milik untuk pendaftaran, baki harga yang belum
dibayar hendaklah dibayar kepada tuan tanah pada atau selepas tarikh siap
pendaftaran iaitu empat (4) bulan dari tarikh perjanjian.

b. Cadangan perolehan tanah Lot 2770, 2771, 2772, 2773, 2776, 2777 dan 2480,
Mukim 12, Tasek Gelugor, SPU berkeluasan 45.50 ekar telah diluluskan dalam
mesyuarat MPBPP Bilangan 2 Tahun 2014 yang diadakan pada 28 Jun 2014.
Peruntukan secara geran yang diluluskan adalah berjumlah RM38 juta
daripada Akaun Khas. PERDA bertanggungjawab terhadap perolehan ini yang
bertujuan untuk menjamin pegangan Bumiputera dalam pemilikan tanah.

1-1
18- 18 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 18 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

c. Bagaimanapun, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Perumahan


dan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang Bilangan 3 Tahun 2015 pada 8 April
2015, mesyuarat telah bersetuju untuk melantik Perda Ventures Incorporated
Sdn. Bhd. (PVISB). PVISB adalah merupakan anak syarikat PERDA yang akan
menguruskan perolehan tanah ini bagi menggantikan PERDA.

d. Semakan Audit mendapati PVISB telah membayar sejumlah RM38.15 juta


kepada firma guaman dilantik. Bayaran tersebut adalah terdiri daripada
bayaran 10% deposit berjumlah RM3.66 juta yang dibayar pada 24 Mac 2015.
Baki 90% daripada harga belian berjumlah RM32.99 juta dan kos guaman
berjumlah RM1.5 juta dibayar pada 28 Ogos 2015. Perjanjian Jual Beli
antara pemilik tanah dan PVISB telah dimeterai pada 29 April
2015. Semakan selanjutnya mendapati bayaran penuh perolehan
tanah tersebut telah dibuat oleh firma guaman kepada pemilik
tanah pada 27 April dan 10 September 2015. Selain itu, pihak Audit
juga mendapati PVISB tidak membuat susulan terhadap proses
pertukaran hak milik tanah selepas perjanjian jual beli
disempurnakan pada 28 Ogos 2015 sehingga bulan Mac 2018
(2 tahun 7 bulan).

e. Namun demikian, pihak Audit mendapati bahawa melalui Mesyuarat Lembaga


Pengarah PVISB Bilangan 3 Tahun 2018 bertarikh 23 Mac 2018 yang
dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah PERDA
memutuskan urusan pindah milik tanah daripada pemilik asal
kepada PVISB ditangguhkan sehingga permohonan Pelan Kebenaran
Merancang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PVISB
melalui surat bertarikh 15 Mei 2018 pula telah meminta pihak firma guaman
menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pindah milik tanah.

f. PVISB hanya mengarahkan firma guaman meneruskan urusan pindah milik


tersebut melalui surat rujukan bilangan (14) dlm PVI:PL/H/2 bertarikh
4 September 2018. Seterusnya, satu laporan polis telah dibuat oleh PVISB
terhadap firma guaman dilantik pada 12 Mac 2019 kerana gagal membuat
pendaftaran pindah hak milik dan menyerahkan dokumen. Selanjutnya, pada
24 September 2019 hasil keputusan penyiasatan polis mengenai kes ini
mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah telah berlaku.

g. Semakan Audit sehingga tarikh akhir pengauditan mendapati


tanah tersebut masih belum dipindah milik.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -119
- 19
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 19 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas PVISB yang diterima pada 18 Jun 2020


Pihak PVISB menjelaskan bahawa mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan
pada 17 Julai 2020 untuk pihak-pihak plaintif dan memaklumkan penyelesaian
sekiranya ada. PVISB memberi akujanji dan komitmen untuk melaksanakan urusan
pindah milik setelah kes selesai di mahkamah.

Pendapat Pengurusan pindah milik tanah adalah tidak teratur kerana


Audit pihak PVISB cuai dalam mengurus proses pindah milik tanah.
Hal ini kerana PVISB memohon proses pertukaran hak milik
tanah ditangguh sehingga kebenaran merancang diperoleh
daripada PBT walaupun bayaran penuh telah dibuat.
Kegagalan menukar hak milik menyebabkan pembangunan
tidak dapat dilaksanakan dan kepentingan pemilik tidak
terpelihara.

5.2.2.2. Projek Perumahan dan Pembangunan Belum Dilaksanakan


Sepenuhnya

Agensi pelaksana telah merancang pelbagai projek perumahan dan pembangunan


yang dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran serta membantu
Bumiputera Pulau Pinang memiliki rumah dan hartanah. Sehingga 31 Disember
2019, sebanyak tiga (3) projek perumahan dan satu (1) projek
pembangunan masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Butiran
terperinci adalah seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15
SENARAI PROJEK BELUM DILAKSANAKAN SEPENUHNYA
SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
TARIKH KOS JUMLAH
AGENSI KAEDAH TARIKH STATUS
BIL. PROJEK KELULUSAN PROJEK PEMBIAYAAN
PELAKSANA PEMBIAYAAN SIAP SEMASA
MPBPP (RM Juta) (RM Juta)
Projek Perumahan
Masih dalam
Kampung Bagan Tidak
1. 14.04.2012 17.37 12.09 Pinjaman peringkat
Serai Permatang Berkaitan
kelulusan PKM
Pauh, SPT
Projek Perumahan
Membincangkan
Kampung Pisang
2. 28.06.2014 JKPSB 27.95 18.36 Pinjaman 01.11.2017 pembangunan
Awak, Jelutong,
semula
DTL

Projek Perumahan
Masih di
Seri Putri, Taman Tidak
3. 28.06.2014 18.02 13.86 Pinjaman peringkat kerja-
Seri Guar Perahu, Berkaitan
kerja tanah
Guar Perahu, SPT
Projek
Menunggu
Pembangunan
keputusan
Kompleks Rakyat Tidak
4. 26.02.2015 PVISB 29.27 5.00 Geran MPBPP terhadap
Jalan Berlian, Berkaitan
Laporan Due
Telok Ayer Tawar,
Diligence
SPU
JUMLAH 92.61 49.31
Sumber: JKPSB, PVISB

1-1
20- 20 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 20 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

a. Penangguhan Proses Kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Projek


Perumahan Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh, Seberang Perai
Tengah (SPT)

i. Projek Perumahan Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh, SPT yang


dilaksanakan oleh JKPSB diluluskan pada 14 April 2012 dalam mesyuarat
MPBPP Bilangan 2 Tahun 2012. Projek ini melibatkan pembinaan sebanyak
400 unit rumah pangsa kos rendah dengan kos projek berjumlah
RM17.37 juta. Daripada jumlah ini, sejumlah RM12.09 juta telah dibiayai
melalui pinjaman daripada Akaun Khas, manakala baki selebihnya adalah
daripada peruntukan pembangunan JKPSB.

ii. Sehingga 31 Disember 2019, projek ini masih belum dibangunkan oleh
JKPSB walaupun pengurusan kawasan setinggan di kampung tersebut
telah selesai. Bilangan keluarga yang telah dipindahkan adalah seramai
216 keluarga. Penduduk yang telah dirobohkan rumahnya telah diberi
pampasan dan sewa bulanan untuk menampung kos sewaan rumah setiap
bulan sehingga pangsapuri kos rendah didirikan. Seramai 94 keluarga
telah menerima pampasan daripada JKPSB berjumlah RM4 juta, manakala
122 keluarga menerima bantuan sewa bulanan berjumlah RM350 sebulan.
Kos bayaran sewaan yang telah dibayar oleh pihak JKPSB sehingga
31 Disember 2019 adalah seperti dalam Jadual 16.

JADUAL 16
BAYARAN SEWA YANG DIBAYAR OLEH JKPSB
JUMLAH BANTUAN SEWA YANG
BILANGAN ISI RUMAH/PENDUDUK
TAHUN TELAH DIBAYAR OLEH JKPSB
YANG DIPINDAHKAN
(RM)
2012
2013 Tiada
5,512,812
2014 Maklumat

2015
2016 119 435,750
2017 122 491,400
2018 122 491,400
2019 122 491,400
JUMLAH 7,422,762
Sumber: JKPSB

iii. Pelan tatasusun bagi cadangan pembangunan projek tersebut telah


dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
[kemudiannya pada 16 September 2019 dikenali sebagai Majlis Bandaraya
Seberang Perai (MBSP)] pada bulan Mac 2012 untuk kelulusan.
Permohonan Kebenaran Merancang telah dikemukakan kepada pihak
MBSP pada 29 Julai 2013 dan pihak arkitek dalam tindakan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -121
- 21
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 21 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

mengemukakan tunai syarat sebelum dibentangkan dalam mesyuarat


Jawatankuasa One Stop Centre (OSC). Namun begitu, Kelulusan
Kebenaran Merancang telah diluluskan secara bersyarat di peringkat
Jawatankuasa OSC. Selain itu, sebanyak sembilan (9) surat
peringatan bagi Permohonan Pelan Kebenaran Merancang
telah dikeluarkan oleh JKPSB kepada MBSP bagi tempoh
tahun 2015 hingga 2016, namun tiada maklum balas yang
diterima.

iv. Kesannya JKPSB terpaksa menanggung jumlah kos


sewaan yang tinggi berjumlah RM7.42 juta setakat 31
Disember 2019. Kronologi penangguhan kelulusan adalah seperti
dalam Jadual 17. Keadaan terkini kawasan tersebut adalah seperti
dalam Gambar 1.

JADUAL 17
KRONOLOGI PENANGGUHAN KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG
TARIKH PERKARA

21.06.2017 One Stop Centre (OSC) MPSP Bilangan 12 Tahun 2017 telah menangguh kelulusan.
Jawatankuasa OSC MPSP menangguhkan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM)
13.07.2017
(Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 13 Tahun 2017).
Perbincangan dengan YB. Exco serta Pengarah Perancangan MPSP dan secara dasarnya
24.08.2017
menyokong rayuan JKPSB menggunapakai garis panduan semasa PKM dikemukakan.
OSC MPSP Bilangan 18 Tahun 2017 telah menangguh kelulusan sehingga rayuan JKPSB
20.09.2017
diputuskan dalam Mesyuarat State Planning Committee (SPC).
Maklum balas daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
26.04.2018
Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai status permohonan.
Sokongan peringkat SPC telah diperolehi bagi mengguna pakai garis panduan semasa PKM
06.03.2019
dikemukakan.
13.12.2019 JKPSB telah mengemukakan Pelan Tunai Syarat kepada Jabatan Perancang MBSP.
16.01.2020 PKM telah dibentang didalam mesyuarat OSC dan telah diluluskan secara bersyarat.

JKPSB mengemukakan rayuan permohonan pengesahan sebagai pemaju tempatan kepada


13.03.2020
pihak PBT.

16.06.2020 Perbincangan dengan Pegawai Daerah SPT berkenaan Enakmen Air.


Sumber: JKPSB

GAMBAR 1

Kampung Bagan Serai


- Tapak Pembangunan yang Belum Dilaksanakan
(20.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

1 -122
- 22 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n PProgram
rogram P e m b a n g u n a n Hartanah
Pembangunan H a r t a n a h Bumiputera
B u m i p u t e r a Pulau
P u l a uPinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 22 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas JKPSB yang diterima pada 18 November 2020

Pihak JKPSB telah mendapat Kelulusan Enakmen Air pada 24 Jun 2020 dan telah
mengemukakan rayuan bayaran sumbangan pada 21 September 2020 sebagai
pemaju tempatan, namun sehingga kini tiada maklum balas.

b. Projek Perumahan Kampung Pisang Awak, Jelutong, Daerah Timur Laut


(DTL) Dirobohkan Atas Faktor Keselamatan
i. Projek ini telah diluluskan di dalam mesyuarat MPBPP Bilangan 2 Tahun 2014
bertarikh 28 Jun 2014. Projek ini melibatkan pembinaan dua (2) blok
bangunan iaitu Mutiara Ria (Pangsapuri Kos Sederhana Rendah dan Kos
Rendah) dan Mutiara Rini (Pangsapuri Kos Sederhana) dengan anggaran kos
projek sejumlah RM27.95 juta. Daripada kos projek tersebut sejumlah
RM18.36 juta adalah peruntukan daripada ICU, JPM yang melibatkan
pembinaan bagi Mutiara Ria. Projek ini mula dibina pada 9 April 2015 dan
tarikh sepatutnya siap pada 1 November 2017.

ii. Semakan Audit mendapati pembinaan dua (2) blok bangunan


tersebut telah siap sepenuhnya dan perlu dirobohkan atas
faktor keselamatan kerana kegagalan konkrit. Merujuk laporan
penyiasatan forensik yang dikeluarkan oleh pihak Institut Kerja Raya Malaysia
(IKRAM) pada 29 Jun 2017, rekahan berlaku di setiap tingkat bangunan
disebabkan material yang digunakan oleh kontraktor untuk membina
bangunan ini tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Seterusnya pada
15 Januari 2018, Ahli Lembaga Pengarah JKPSB telah memutuskan bangunan
Mutiara Ria dan Mutiara Rini dirobohkan.

iii. Hasil analisis Audit terhadap kelulusan perobohan sejak pelaporan


IKRAM diperoleh mendapati proses tersebut mengambil masa
hampir 24 bulan (29 Jun 2017 sehingga 4 Jun 2019) seperti dalam
Jadual 18. Selain itu, kegagalan memantau projek menyebabkan perobohan
perlu dilaksanakan. Sehingga 31 Disember 2019, kerja-kerja perobohan tidak
dapat disiapkan dan permohonan Extension Of Time (EOT) telah dibuat
sehingga 27 Jun 2020. Keadaan terkini kawasan tersebut adalah seperti dalam
Gambar 2 hingga 5.
JADUAL 18
KRONOLOGI PROSES PEROBOHAN PROJEK PERUMAHAN KG. PISANG AWAK
TARIKH PERKARA
29.06.2017 Laporan Audit Pembinaan daripada pihak IKRAM diperolehi.
Keputusan Ahli Lembaga Pengarah JKPSB (MLP Bilangan 1 Tahun 2018) berdasarkan 4 opsyen
15.01.2018
cadangan pembangunan semula yang dibentangkan.
05.04.2018 Perlantikan kontraktor perobohan dibuat (MLP Khas Bilangan 1 Tahun 2018).
Perjumpaan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai status perobohan dan cadangan
28.11.2018
pembangunan semula.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -123
- 23
P ePengurusan
n g u r u s a n PProgram
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 23 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

TARIKH PERKARA
29.11.2018 Pembentangan kaedah perobohan dan cadangan pembangunan semula kepada Kerajaan Negeri.
Mengemukakan kaedah perobohan kepada Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang
05.12.2018
(MBPP).
14.12.2018 Surat susulan mengenai cadangan konsep pembangunan semula.
Surat daripada Jabatan Kejuruteraan, MBPP mengambil maklum kaedah kerja-kerja perobohan
18.01.2019
diterima untuk digunapakai.
Pembentangan kepada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) mengenai
30.01.2019
kaedah perobohan.
Surat daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memberi kebenaran khas untuk
19.03.2019
menjalankan kerja-kerja perobohan bangunan.
Pembentangan kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) mengenai status
25.03.2019 perobohan dan cadangan pembangunan semula. Pihak MPBPP telah bersetuju dan menyokong
cadangan tersebut.
05.04.2019 Surat makluman keputusan MPBPP dikemukakan kepada Kerajaan Negeri.
Perjumpaan susulan dengan YB Exco Perumahan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau secara
22.04.2019 dasarnya menyokong kertas cadangan untuk pembentangan kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau
Pinang.
23.04.2019 Perjumpaan susulan dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diadakan namun, YB SUK telah
24.04.2019 menangguhkan pembentangan dengan alasan pihak JKPSB diminta untuk mematuhi surat pihak
SUK bertarikh 19 Mac 2019.
16.05.2019 Pemilikan tapak kepada kontraktor perobohan.
04.06.2019 Kerja-kerja perobohan Mutiara Ria selesai.
05.07.2019 Surat mengenai cadangan dan tawaran pembangunan semula JKPSB kepada Kerajaan Negeri.
05.08.2019 Pihak JKPSB mengeluarkan arahan penggantungan kerja-kerja perobohan kepada Perunding.
05.08.2019 Arahan penggantungan kerja-kerja perobohan kepada pihak kontraktor.
08.08.2019 Surat maklum balas berkenaan penggantungan kerja-kerja perobohan projek Mutiara Rini.
03.12.2019 Surat daripada pihak SUK memaklumkan keputusan Mesyuarat Exco pada 22 November 2019.
Perjumpaan dengan YB Exco Perumahan bagi membincangkan mengenai cadangan
14.01.2020
pembangunan semula.
Surat makluman kepada pihak Kerajaan Negeri mengenai alternatif cadangan kajian
07.02.2020
kedayahidupan pembangunan semula.
Mesyuarat bagi membincangkan komponen pembangunan semula bersama pihak Exco
22.06.2020
Perumahan Kerajaan Negeri.
Sumber: JKPSB

GAMBAR 2 GAMBAR 3

Kampung Pisang Awak, Jelutong, Pulau Pinang


- Bangunan yang Masih dalam Proses untuk Dirobohkan
(20.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

1-1
24- 24 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 24 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GAMBAR 4 GAMBAR 5

Kampung Pisang Awak, Jelutong, Pulau Pinang


- Bangunan yang Masih dalam Proses untuk Dirobohkan
(20.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas JKPSB yang diterima pada 30 Mei 2020

Pihak JKPSB telah menjelaskan kerja-kerja keseluruhan perobohan Projek Perumahan


Mutiara akan diselesaikan pada penghujung bulan Jun 2020. Satu perbincangan akan
dilaksanakan bagi membincangkan pembangunan semula projek perumahan tersebut
memandangkan tapak pembangunan adalah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan
Negeri Pulau Pinang.

c. Kelewatan Kerja-Kerja Tanah bagi Projek Perumahan Seri Putri, Taman


Seri Guar Perahu, Guar Perahu, Seberang Perai Tengah (SPT)

i. Projek ini telah diluluskan di dalam mesyuarat MPBPP Bilangan 2 Tahun 2014
bertarikh 28 Jun 2014. Projek ini melibatkan pembinaan 132 unit rumah
kluster kos rendah dua tingkat dengan kos berjumlah RM18.02 juta. Daripada
kos projek tersebut, ICU menyalurkan peruntukan berjumlah RM13.86 juta
dalam bentuk pinjaman.

ii. Sehingga 31 Disember 2019, projek tersebut masih belum


dibangunkan kerana terdapat masalah dalam kerja-kerja
tanah. Lawatan fizikal Audit ke tapak pembinaan pada 12 Mac 2020
mendapati projek masih belum dibangunkan dan dimaklumkan kerja-kerja
tanah masih dijalankan. Kontrak kerja tanah telah diluluskan kepada kontaktor
bernombor pendaftaran 300849-T pada 9 April 2013 dan sepatutnya siap pada
8 April 2015 iaitu selama 104 minggu (24 bulan). Namun, kelewatan bagi
kerja-kerja tanah berlaku disebabkan terdapat batu granit di
tapak pembinaan berdasarkan laporan Soil Investigation bertarikh 30 Januari
2019.

iii. Selain itu, pihak Audit mendapati sebanyak dua (2) EOT telah dikeluarkan
kepada kontraktor bagi kerja-kerja tanah seperti dalam Jadual 19. Selain

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -125
- 25
P ePengurusan
n g u r u s a n PProgram
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 25 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

daripada EOT, pihak kontraktor juga telah menerima tiga (3) kali Notis
Berhenti Kerja Tanah oleh MBSP kerana terdapat limpahan air lumpur di Jalan
Guar Perahu 2 dan Lorong 41 di Taman Guar Perahu akibat kegagalan sistem
kawalan hakisan, perlindungan dan penyenggaraan terhadap kerja tanah dari
tapak yang berada di bawah tangggungjawab pihak kontraktor.

JADUAL 19
LANJUTAN MASA KERJA TANAH
BILANGAN EOT TEMPOH EOT BILANGAN HARI

EOT No. 1 09.04.2015 – 26.11.2018 1,328

EOT No. 2 26.11.2018 – 03.02.2020 434


Sumber: JKPSB

iv. Pada 10 Januari 2020, pihak kontraktor telah mengemukakan surat


permohonan lanjutan masa kali ketiga sehingga 16 April 2024 (1,532 hari).
Walau bagaimanapun permohonan tersebut tidak diluluskan dan pada
18 Februari 2020, perunding dengan nombor pendaftaran 306148-T telah
mengeluarkan Perakuan Kerja Tidak Siap kepada kontraktor kerana gagal
menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun lanjutan
masa telah diberikan sehingga 3 Februari 2020. Pihak kontraktor telah
diarahkan untuk membayar gantirugi sejumlah RM3,258.86 sehari seperti
yang ditetapkan dalam kontrak perjanjian. Keadaan terkini tanah di kawasan
tersebut adalah seperti dalam Gambar 6 dan 7.

GAMBAR 6 GAMBAR 7

Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang


- Keadaan Tanah Semasa Lawatan Audit
(12.03.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas JKPSB yang diterima pada 30 Mei 2020

Pihak JKPSB menjelaskan Laporan Penyiasatan Kerja Tanah oleh Syarikat 210351-V
mengesahkan tapak pembangunan tersebut terdiri daripada batu granit.
Sehubungan itu, kaedah letupan batu (soil blasting) perlu dibuat bagi memastikan
perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar. Selain itu, JKPSB
menjelaskan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah akan memutuskan tindakan
1-1
26- 26 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 26 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

yang akan dikenakan kepada pihak kontraktor kerja tanah iaitu kontraktor
bernombor pendaftaran 300849-T. Pihak kontraktor boleh diambil tindakan sama
ada penamatan kontrak atau dikenakan bayaran gantirugi dengan pelanjutan kerja
LAD.

d. Projek Pembangunan Kompleks Rakyat Jalan Berlian, Telok Ayer Tawar,


Seberang Perai Utara (SPU) Ditangguhkan

i. Perancangan PVISB membangunkan Kompleks Rakyat Jalan Berlian, Telok


Ayer Tawar, SPU adalah untuk memberi manfaat kepada usahawan
Bumiputera. Anggaran perbelanjaan projek ini adalah sejumlah RM29.27 juta.
Cadangan projek ini diluluskan pada 26 Februari 2015 dalam mesyuarat
MPBPP Bilangan 1 Tahun 2015.

ii. Sehingga 31 Disember 2019, pihak ICU telah menyalurkan peruntukan melalui
Akaun Khas Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang sejumlah RM5
juta berbentuk geran di mana RM1 juta disalurkan kepada PERDA untuk kerja-
kerja pajakan tanah. Sejumlah RM4 juta pula telah disalurkan kepada PVISB
bagi kerja-kerja awal pembangunan. Sehingga kini, sejumlah RM0.44 juta
telah dibelanjakan bagi kajian impak lalulintas [Traffic Impact Assessment
(TIA)], yuran perunding, yuran proses kebenaran merancang dan lain-lain.

iii. Selanjutnya, analisis Audit terhadap minit Mesyuarat Akaun Khas Bilangan 2
Tahun 2017 bertarikh 30 November 2017 mendapati projek ini
ditangguhkan dan akan dikaji semula. Ini berikutan daripada
beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan dan bantahan dari
penduduk setempat. Selain itu, mesyuarat juga bersetuju agar perkara
ini dikemukakan dalam Mesyuarat Focus Group dan disyorkan untuk ditarik
balik geran dan dimasukkan kembali ke dalam Akaun Tabung Khas.

iv. BPPBPP memohon PVISB memulangkan baki geran berjumlah RM3.56 juta
melalui surat bertarikh 17 April 2019. Maklum balas PVISB melalui surat
bertarikh 22 April 2019 menyatakan bahawa pemulangan tidak dapat
dilaksanakan kerana ketiadaan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga
Pengarah untuk kelulusan.

v. Merujuk kepada minit mesyuarat MPBPP Bilangan 1 Tahun 2019 bertarikh


25 Mac 2019 mesyuarat telah bersetuju supaya kajian semula pembangunan
dilakukan dengan mengambilkira isu bantahan daripada penduduk sekitar.
PVISB telah melantik Syarikat 588639-A untuk melaksanakan kajian due
diligence ke atas cadangan pembangunan projek di Kompleks Jalan Berlian.
Kajian yang dilaksanakan untuk mengetahui jenis pembangunan yang sesuai
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -127
- 27
P ePengurusan
n g u r u s a n PProgram
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 27 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

dijalankan dengan menggunakan peruntukan yang telah diterima. Laporan


kajian ini telah diterima pada 28 Februari 2020 dan akan dibentangkan kepada
MPBPP.

Maklum balas PVISB yang diterima pada 30 Mei 2020

Pihak PVISB menjelaskan Laporan Due Diligence Cadangan Pembinaan Kompleks


Jalan Berlian akan dibentangkan kepada MPBPP untuk pertimbangan dan kelulusan.

Pendapat Pengurusan PVISB dalam membuat perancangan, pelaksanaan


Audit dan pemantauan terhadap projek perumahan dan
pembangunan adalah tidak memuaskan. Ini mengakibatkan
masalah projek berlarutan. Selain itu, terdapat kerenah
birokrasi dalam pengurusan projek, masalah kontraktor dan
kegagalan pelaksanaan due diligence pada peringkat
perancangan. Keadaan ini menyebabkan PVISB terpaksa
menanggung kos yang tinggi. Selain itu, penduduk lewat
mendapat pemilikan rumah dan memberi kesan kepada
usahawan dan peluang pekerjaan adalah kurang.

5.2.2.3. Pembangunan Belum Dilaksanakan Terhadap Tanah yang Telah


Lama Diperoleh

a. Berdasarkan Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, KPI


untuk pemilikan Hartanah Bumiputera adalah dengan mengadakan Program
Perolehan Tanah untuk pembangunan Bumiputera. Perolehan ini melibatkan
tanah-tanah strategik, tanah-tanah milik Bumiputera yang dilelong, digadai
dan dipajak, hartanah (lot rumah dan premis perniagaan Bumiputera)
daripada pemaju swasta dan tanah-tanah milik individu di sekitar bank tanah
untuk menambah keluasan tanah. ICU, JPM melalui BPPBPP telah
menyalurkan dana tambahan kepada JKPSB dan PERDA untuk menyokong
usaha yang telah dirancang.

b. Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2019, sebanyak enam


(6) perolehan tanah yang dibeli oleh JKPSB dan PERDA masih
belum dibangunkan bagi tempoh 27 hingga 72 bulan. Butiran
terperinci adalah seperti dalam Jadual 20.

1-1
28- 28 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 28 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 20
TANAH YANG MASIH BELUM DIBANGUNKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
CADANGAN
BIL. LOKASI PEROLEHAN MAKLUM BALAS PADA 30 MEI 2020
PEMBANGUNAN
PERDA

Lot 416, Mukim 6, Pongsu Seribu,


Projek ini ditangguhkan kerana bercadang
SPU Mengusahakan
memajukan tanah ini bersama-sama
 Keluasan Tanah: 10.47 ekar tanaman nanas jenis
1. pembangunan tanah PERDA yang
 Kos Tanah: RM6.84 juta MD2 dengan kadar
bersebelahan. Ini adalah untuk menangani kos
 Tahun Perolehan: 2014 sewa.
infrastruktur yang tinggi.
 Tempoh Perolehan: 72 Bulan

JKPSB

Lot 122, Mukim G, Balik Pulau,DBD


Permohonan Pelan Kebenaran Merancang telah
 Keluasan Tanah: 1.92 ekar Berhasrat membina 36
diluluskan dalam Mesyuarat Pusat Setempat
2.  Kos Tanah: RM3.40 juta unit rumah teres 1
(OSC) pada 11 Februari 2020 bagaimanapun,
 Tahun Perolehan: 11.06.2015 tingkat.
PKM tersebut belum diterima.
 Tempoh Perolehan: 55 Bulan

Perolehan tanah dibuat bagi membantu


Lot 884 dan 885, Mukim 9, Ampang Mengekalkan hak milik
mengekalkan hak milik Bumiputera dan
Jajar, SPS Bumiputera dan
mengelakkan penduduk sedia ada dari diusir
 Keluasan Tanah: 3.74 ekar mengukuhkan
3. keluar. JKPSB tidak berhasrat untuk
 Kos Tanah: RM2.43 juta kedudukan geopolitik
membangunkan tanah tersebut sebaliknya akan
 Tahun Perolehan: 16.04.2015 Bumiputera di kawasan
mencadangkan kaedah penyelesaian lain yang
 Tempoh Perolehan: 56 Bulan tersebut.
bersesuaian.

Lot 1254 dan 1268, Mukim 7, Jawi, Tanah dirancang untuk dibangunkan dalam
Membina rumah
SPS tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun yang
berkembar 1 tingkat,
 Keluasan Tanah: 17.92 ekar akan datang. Selain itu untuk memastikan
4. rumah teres 1 tingkat
 Kos Tanah: RM5.37 juta tanah tidak terbiar, pihak agensi bercadang
dan rumah kos rendah 1
 Tahun Perolehan: 18.01.2016 tanah tersebut dipajak bagi tujuan pertanian
tingkat.
 Tempoh Perolehan: 47 Bulan dan penternakan.

Lot 576, 578, 579, 580 dan 581,


Berhasrat untuk
Mukim C, Permatang Pasir, DBD
membina rumah teres 2 Pembangunan tanah akan dibuat setelah
 Keluasan Tanah: 6.78 ekar
5. tingkat, pangsapuri kos pertambahan keluasan tanah dan kemudahan
 Kos Tanah: RM9.10 juta
sederhana dan rumah akses selesai dibuat di kawasan tersebut.
 Tahun Perolehan: 06.04.2016
pangsa kos rendah.
 Tempoh Perolehan: 45 Bulan

Lot 57, 83 dan 273, Sungai Duri,


Daerah SPS Perolehan tanah adalah sebagai bank tanah dan
Membuat tawaran
 Keluasan Tanah: 27.37 ekar pembangunan tanah dirancang dalam tempoh
6. pajakan kepada
 Kos Tanah: RM10.0 juta tiga (3) hingga lima (5) tahun yang akan
pemajak Bumiputera.
 Tahun Perolehan: 05.10.2017 datang.
 Tempoh Perolehan: 27 Bulan
Sumber: JKPSB dan PERDA

Pendapat Kelewatan pembangunan tanah memberi kesan kepada


Audit ekonomi dan kesejahteraan Bumiputera Pulau Pinang.

5.2.2.4. Hotel Bajet Masih Belum Beroperasi

a. Cadangan pembangunan Hotel Bajet diluluskan oleh MPBPP pada 14 April


2012. Pembangunan dilaksanakan menggunakan peruntukan daripada Akaun
Khas secara pinjaman berjumlah RM2.15 juta. Pembangunan Hotel Bajet ini
melibatkan pembinaan bangunan lima (5) tingkat dengan anggaran kos
awalan berjumlah RM0.05 juta, kos pembinaan berjumlah RM1.14 juta, kos
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -129
- 29
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 29 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

pengubahsuaian berjumlah RM0.72 juta dan kos hiasan dalaman berjumlah


RM0.24 juta. Tarikh milik tapak bagi projek ini adalah pada 10 Februari 2014
dan tarikh siap adalah pada 9 Oktober 2014. JKPSB akan menyewakan
bangunan hotel ini kepada syarikat Bumiputera yang berminat untuk
menguruskan Hotel Bajet ini.

b. Lawatan Audit di Hotel Bajet pada 20 Januari 2020, mendapati ruang di


dalam hotel tersebut masih belum diubah suai serta hiasan
dalaman masih belum dibuat. Pihak Audit dimaklumkan bahawa JKPSB
memberi peluang kepada penyewa hotel ini untuk mengubah suai susun atur
hotel mengikut citarasa penyewa itu sendiri dan pengecualian bayaran
penyewaan selama enam (6) bulan pertama akan diberikan. Gambar 8 dan
9 menunjukkan lokasi dan keadaan bangunan Hotel Bajet semasa lawatan
fizikal Audit pada 20 Januari 2020.

GAMBAR 8 GAMBAR 9

Pembangunan Hotel Bajet, Sungai Nibong, Pulau Pinang


- Bangunan Hotel Bajet yang Masih Belum Beroperasi
(20.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

c. Setakat 31 Disember 2019, JKPSB telah membuka tender kepada tiga (3)
syarikat Bumiputera untuk menyewa dan menguruskan Hotel Bajet ini. Kadar
sewaan yang ditetapkan oleh JKPSB adalah berjumlah RM12,500 sebulan.
Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat ini kemudiannya tidak meneruskan
penyewaan dan pengurusan hotel tersebut menyebabkan
hotel masih belum beroperasi.

Maklum balas JKPSB yang diterima pada 30 Mei 2020

Pihak JKPSB membuat tawaran semula penyewaan Hotel Bajet Sungai Nibong kepada
syarikat Bumiputera yang berminat melalui kaedah Request for Proposal (RFP).

1-1
30- 30 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 30 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Pendapat Pembangunan Hotel Bajet tidak dilaksanakan mengikut


Audit cadangan asal yang diluluskan. Keadaan ini menyebabkan
pelaburan ini belum dapat memberi pulangan hasil dan
seterusnya bayaran balik pinjaman tertangguh.

5.2.2.5. Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan [Certificate of


Completion and Compliance (CCC)] Kompleks Perniagaan
Midtown PERDA Masih Belum Diperolehi

a. Merujuk kepada Risalah Pengenalan mengenai CCC yang dikeluarkan oleh


KPKT pada 12 April 2007, sesuatu bangunan yang didirikan perlu mempunyai
perakuan yang mengesahkan ia selamat dan layak diduduki. Perakuan ini
hanya dikeluarkan setelah pembinaannya mematuhi peruntukan undang-
undang, pelan bangunan yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat kelulusan pelan.
Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu menduduki sesuatu
bangunan, samada bangunan komersial atau bangunan kediaman yang tidak
memiliki CCC.

b. Semakan Audit mendapati Kompleks Perniagaan Midtown PERDA ini telah


dibangunkan pada bulan November 2012. Projek ini terletak di Lot PT 711,
Mukim 12, Jalan Kubang Menerong, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai
Utara, Pulau Pinang yang turut menempatkan pejabat PVISB. Midtown adalah
sebuah kompleks yang menyediakan ruang niaga yang lengkap dan selesa
untuk dikomersialkan oleh peniaga-peniaga yang berpotensi. Kemudahan
yang terdapat di kompleks ini adalah seperti dewan berhawa dingin yang
mampu memuatkan lebih 3,000 orang, dewan seminar, dataran terbuka,
tapak parkir berturap dan luas serta kemudahan asas yang lain.

c. Semakan selanjutnya mendapati CCC untuk bangunan di Pusat


Perniagaan Midtown masih belum diperolehi. MPSP telah
mengenakan syarat untuk memperolehi CCC iaitu semua simpang
tiga yang sedia ada perlu dinaik taraf, pondok bas perlu disediakan, box culvert
sedia ada perlu dinaik taraf, longkang parit perlu dinaiktaraf, railing perlu
disediakan di sepanjang longkang u-drain, jalan sedia ada perlu diturap, kerb
perlu dibuat semula merujuk kepada pelan lulus dan lain-lain kerja infra yang
berkaitan. Sehingga kini, bangunan ini telah dijadikan pejabat PVISB manakala
bangunan di sekitar Kompleks Perniagaan Midtown telah disewakan kepada
orang awam untuk majlis rasmi dan perkahwinan walaupun CCC masih belum
dikeluarkan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -131
- 31
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 31 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas PERDA yang diterima pada 30 Mei 2020

Pihak PERDA menjelaskan kerja mendapatkan CCC sedang dilaksanakan oleh


perunding yang dilantik. Selain itu, pengurusan PVISB mengambil insurans Plate
Glass, Fire dan Burglary untuk keseluruhan kawasan kompleks Midtown bagi tempoh
9 Ogos 2019 hingga 8 Ogos 2020 sebagai langkah-langkah keselamatan.

Pendapat Pengurusan projek adalah kurang memuaskan kerana gagal


Audit mematuhi syarat kelulusan CCC. Keadaan ini menyebabkan
tiada jaminan terhadap keselamatan dan kelayakan
menduduki.

5.2.2.6. Pengurusan Tabung Pembiayaan Perumahan Bumiputera Pulau


Pinang oleh Co-opbank Pertama

Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 9 November


2011. Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk membantu Bumiputera yang
kurang berkemampuan untuk memiliki rumah bagi meningkatkan hartanah di
Pulau Pinang. Sejumlah RM14.59 juta dari ICU, JPM melalui Akaun Khas telah
disalurkan ke dalam tabung ini. Untuk memastikan pelaksanaannya mencapai
objektif yang telah ditetapkan, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
telah melantik Co-opbank Pertama (dahulu dikenali sebagai Bank Persatuan)
untuk menguruskan tabung ini.

a. Tunggakan Pembiayaan Perumahan

i. Klausa 21.0 perjanjian menyatakan pihak bank berhak memulakan


tindakan undang-undang terhadap peminjam jika Akaun Pembiayaan
Pelanggan menunjukkan tunggakan bayaran ansuran yang melebihi
satu (1) bulan. Peminjam perlu menjelaskan amaun tertunggak dan caj
gantirugi dalam tempoh tujuh (7) hari dari notis tuntutan dikeluarkan oleh
panel peguam bank. Jika peminjam gagal mematuhi notis tuntutan
tersebut bank berhak mengemukakan atau mengarahkan panel peguam
mengemukakan notis penamatan untuk menuntut keseluruhan baki
terhutang.

ii. Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2019, seramai 300


pemohon telah berjaya mendapat pembiayaan sejumlah
RM14.59 juta daripada tabung ini. Daripada jumlah tersebut, seramai
239 pemohon (79.6%) mendapat pembiayaan di bawah RM50,000,
36 pemohon (12%) antara RM50,000 hingga RM100,000, 17 pemohon
1-1
32- 32 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 32 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

(5.7%) antara RM100,000 hingga RM150,000 dan lapan (8) pemohon


(2.7%) melebihi RM150,000. Butirannya adalah seperti dalam Carta 2.

CARTA 2
PECAHAN KELULUSAN PEMBIAYAAN
TABUNG PERUMAHAN BUMIPUTERA

5.7% 2.7%

12%

79.6%

< RM50,000 RM50,000 - RM100,000 RM100,000 - RM150,000 > RM150,000

Sumber: Co-opbank Pertama

iii. Semakan selanjutnya mendapati setakat 31 Disember 2019 sebanyak


133 (44.6%) daripada 298 bilangan akaun yang masih aktif
telah tertunggak. Tempoh tunggakan adalah antara satu (1) hingga
melebihi 13 bulan melibatkan tunggakan berjumlah RM0.34 juta. Pihak
Audit dimaklumkan bahawa pihak bank ada mengeluarkan surat
peringatan kepada peminjam yang terlibat. Bagaimanapun tindakan
susulan tidak diambil ke atas peminjam tersebut. Butiran terperinci
tunggakan adalah seperti dalam Jadual 21.

JADUAL 21
TUNGGAKAN PEMBIAYAAN YANG BELUM BERBAYAR
SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
TEMPOH TERTUNGGAK JUMLAH TUNGGAKAN
BILANGAN AKAUN
(Bulan) (RM)

1-3 61 29,322

4-6 24 27,092

7-9 12 24,859

10 - 12 13 37,565

>13 23 219,417

JUMLAH 133 338,255


Sumber: Co-opbank Pertama

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1 -133
- 33
P ePengurusan
n g u r u s a n P Program
r o g r a m PPembangunan
e m b a n g u n a n HHartanah
a r t a n a h BBumiputera
u m i p u t e r a Pulau
P u l a u Pinang
Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 33 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas PERDA yang diterima pada 30 Mei 2020

BPPBPP akan mengaturkan perbincangan dengan CO-OPBank Pertama pada bulan


Jun 2020 bagi meneliti tindakan bersesuaian ke atas akaun-akaun tertunggak.

Pendapat Kegagalan pihak bank mengambil tindakan ke atas tunggakan


Audit pembiayaan akan menyukarkan pusingan modal terhadap
tabung pembiayaan perumahan. Selain itu, peluang
Bumiputera Pulau Pinang yang layak untuk mendapatkan
pembiayaan adalah terhad.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya berdasarkan sampel Audit, pelaksanaan Program Pembangunan


Hartanah Bumiputera Pulau Pinang masih belum dapat menyumbang secara signifikan
kepada peningkatan pemilikan di kalangan Bumiputera di Pulau Pinang. Bagi tempoh
tahun 2014 hingga 2019, walaupun sebahagian besar KPI yang ditetapkan telah tercapai,
namun program ini hanya menyumbang 2.9% pemilikan rumah kos kurang RM300,000
di kalangan Bumiputera atau 1.0% daripada keseluruhan pemilikan rumah kos kurang
RM300,000 di Pulau Pinang. Selain itu terdapat kelemahan dari segi pengurusan projek,
seperti baki pinjaman yang belum dibelanjakan oleh agensi pelaksana tidak dapat
disahkan, pinjaman belum dijelaskan oleh agensi pelaksana, pertukaran hak milik tanah
masih belum selesai, projek belum dibangunkan dan disiapkan serta pemantauan yang
kurang berkesan.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan pelaksanaan Program


Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang mencapai objektif yang ditetapkan,
adalah disyorkan tindakan penambahbaikan seperti berikut:

7.1. mewujudkan mekanisme penilaian outcome dan melaksanakannya dalam masa


terdekat supaya pencapaian keberkesanannya dapat diukur. Selanjutnya, penyelarasan
dan penambahbaikan boleh dibuat untuk mencapai keberkesanan program;

7.2. memastikan pengurusan pelaksanaan program dengan mengkaji dan menilai


semula projek-projek yang belum siap atau dilaksanakan serta menangani kekangan-
kekangan yang timbul; dan

7.3. memastikan pemantauan adalah menyeluruh dan berkesan supaya pelaksanaan


program berjaya dicapai mengikut objektif yang telah ditetapkan.

1-1
34- 34 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
P e n g u r u s a nProgram
Pengurusan P r o g r a mPembangunan
P e m b a n g u n a nHartanah
H a r t a n a hBumiputera
B u m i p u t e rPulau
a P u l aPinang
u Pinang RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 34 02/12/2020 11:12 AM


2
KEMENTERIAN KEWANGAN
– Sistem ePerolehan Baharu

2. Teks 1 - 3.indd 35 02/12/2020 11:12 AM


2. Teks 1 - 3.indd 36 02/12/2020 11:12 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN KEWANGAN
SISTEM ePEROLEHAN BAHARU

Perkara Utama

Apa yang  Sistem ePerolehan Baharu dibangunkan sebagai transformasi


diaudit? kepada sistem Perolehan sedia ada. Semua urusan perolehan
bekalan dan perkhidmatan bukan perunding Kerajaan
Persekutuan hendaklah dilaksanakan melalui sistem ePerolehan
Baharu mulai tahun 2018. Sistem ini turut membolehkan proses
perancangan perolehan Kerajaan dilaksanakan dengan lebih
berkesan serta pemantauan perolehan lebih terperinci bagi
mengawal selia aktiviti pembekal. Sistem ini mempunyai lima (5)
Modul Utama dan 10 Modul Sokongan.
 Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan
sistem ePerolehan Baharu telah dilaksanakan dengan berhemat,
cekap dan berkesan untuk mencapai objektif berikut:
- membolehkan pembekal menawarkan produk dan
perkhidmatan kepada Kerajaan melalui internet;
- bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal
mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan;
dan
- mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep
paperless atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya.

 Pengauditan meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi


dan pengurusan pembangunan sistem ePerolehan Baharu.
Prestasi pembangunan sistem dinilai berdasarkan dua (2) perkara
iaitu pencapaian output dan pencapaian outcome.
- Pencapaian output merangkumi prestasi pembangunan sistem
ePerolehan Baharu semasa Fasa Pembangunan dan Fasa
Operasi.
- Pencapaian outcome berdasarkan keberkesanan penggunaan
sistem ePerolehan Baharu oleh pengguna, tahap
kebolehpercayaan (reliability) sistem, data yang lengkap serta
pengurusan Identifier Pengguna (ID) dan peranan pengguna.

 Pengurusan pembangunan sistem merangkumi prestasi


kewangan, pengurusan perolehan, pentadbiran kontrak dan
pengurusan aduan berdasarkan Perjanjian Tahap Perkhidmatan
[Service Level Agreement (SLA)].
 Pengauditan melibatkan Bahagian Perolehan Kerajaan,
Kementerian Kewangan (MoF) yang merupakan bahagian yang
bertanggungjawab untuk mengawal selia pembangunan,
pelaksanaan dan pemantauan sistem ePerolehan Baharu.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 - 12 - 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 1 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA

Mengapa ia  Pembangunan sistem ePerolehan Baharu bertujuan memastikan


penting pelaksanaan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding
untuk memenuhi peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan untuk semua
diaudit? agensi Persekutuan.
 Sistem ePerolehan Baharu membolehkan pembekal menawarkan
produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui internet; medium
kepada pembekal untuk mendaftar atau memperbaharui Sijil
Kementerian Kewangan; serta menjimatkan kos, masa dan tenaga
apabila konsep paperless atau bebas kertas diaplikasikan
sepenuhnya.

Apa yang  Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pembangunan


ditemui sistem ePerolehan Baharu tidak dilaksanakan dengan cekap dan
Audit? berkesan memandangkan sistem lewat disiapkan selama tiga (3)
tahun. Kos tambahan berjumlah RM28.27 juta telah dibayar oleh
Kerajaan kepada kontraktor, manakala pada masa yang sama denda
kelewatan berjumlah RM16.30 juta belum dikenakan terhadap
kontraktor. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan sistem dari segi
kawalan aplikasi yang membenarkan perolehan dilaksanakan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kelemahan yang perlu diberi
perhatian adalah seperti berikut:
- Pembangunan sistem ePerolehan Baharu tidak disiapkan mengikut
tempoh yang ditetapkan akibat kelewatan go-live selama tiga (3)
tahun daripada tarikh perancangan asal. Kesannya, kos tambahan
berjumlah RM28.27 juta telah dibayar kepada kontraktor pada 14
September 2018 berdasarkan kelulusan daripada Jawatankuasa
Perolehan Menteri Kewangan II walaupun klausa kos tambahan
tidak dinyatakan dalam dokumen kontrak.
- Modul Sokongan iaitu Modul Audit bagi sub modul Jejak Audit dan
Laporan belum dibangunkan manakala Modul Business Intelligence
perlu dibangunkan semula kerana terdapat perubahan dasar
Kerajaan.
- Modul Pengurusan Katalog turut mengambil kira maklumat
perolehan kerja.
- Terdapat tawaran harga yang tidak munasabah dikemukakan oleh
pembekal.
- Mekanisma kawalan yang disediakan dalam sistem ePerolehan
Baharu adalah tidak cekap bagi memantau dan menyekat aktiviti
perolehan yang dibuat tanpa mematuhi peraturan Kerajaan.
- Liquidated and Ascertained Damages (LAD) berjumlah
RM16.30 juta lewat dikenakan terhadap kontraktor bagi
pembangunan sistem yang melebihi tempoh.
- Dokumen kontrak telah ditandatangani pada 23 Januari 2015,
iaitu lewat 717 hari dari tempoh sepatutnya ditandatangani.
Selain itu, tiada sebarang perjanjian tambahan ditandatangani
terhadap penangguhan tempoh menyiapkan pembangunan sistem
ePerolehan Baharu.
- Kontraktor lewat mengambil tindakan terhadap aduan berdasarkan
SLA. Penalti berjumlah RM34,870 disebabkan ketidakpatuhan
kepada SLA belum dikenakan terhadap kontraktor.

2-2
2-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 2 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

KEMENTERIAN KEWANGAN
1. SISTEM ePEROLEHAN BAHARU

FAKTA UTAMA SISTEM ePEROLEHAN BAHARU

1 Januari 2018 RM1.83 Bilion Kontraktor


 Sistem ePerolehan Baharu  Kos kontrak ditanggung oleh  Service provider yang dilantik
mula go-live kontraktor bagi tempoh konsesi secara rundingan terus melalui
2012 – 2029 kaedah Outsourcing of Services
Kementerian Kewangan Mengawal selia pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan sistem
ePerolehan Baharu

Kaedah Pelaksanaan Outsourcing of Services (OOS)

Agensi Kerajaan Pengguna sistem ePerolehan Baharu


Persekutuan
Jenis Perolehan  Bekalan dan perkhidmatan bukan perunding
 Tidak termasuk perolehan kerja
Fi Perkhidmatan  0.4% setiap transaksi kontrak bermasa yang melibatkan beberapa kali
bayaran dengan kenaan maksimum RM4,800
 0.8% setiap transaksi bagi one time payment dengan kenaan maksimum
RM9,600
Fi Pendaftaran Pembekal  RM450 dikenakan kepada pembekal dengan Kerajaan mengutip RM350
manakala kontraktor mengutip RM100
 Tiada kenaan fi bagi tambah bidang

1. LATAR BELAKANG

1.1. Kementerian Kewangan (MoF) telah membangunkan sistem ePerolehan pada tahun
2000 bagi urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding untuk semua
agensi Kerajaan Persekutuan. Namun begitu mulai tahun 2018, sistem ini kemudiannya
telah digantikan dengan sistem NextGen Electronic Procurement Services, yang juga
dikenali sebagai sistem ePerolehan Baharu.

1.2. Kontraktor yang dilantik sebagai service provider bagi kedua-dua sistem ini
merupakan kontraktor yang sama iaitu Syarikat 486495V. Syarikat ini ditubuhkan pada
21 Jun 1999 dan merupakan 100% milik Bumiputera. Pelantikan semula syarikat yang
sama untuk membangunkan sistem ePerolehan Baharu adalah berdasarkan kepada
prestasi syarikat semasa membangun, melaksana dan mengoperasikan sistem
ePerolehan terdahulu.

1.3. Sistem ePerolehan Baharu yang dibangunkan menggantikan proses perolehan


secara operasi di sistem ePerolehan lama dengan mengekalkan ciri terdahulu. Sistem
ePerolehan Baharu turut membolehkan proses perancangan perolehan Kerajaan
dilaksanakan dengan lebih berkesan serta pemantauan perolehan lebih terperinci bagi
mengawal selia aktiviti pembekal. Perbezaan utama antara sistem ePerolehan lama dan
baharu adalah seperti dalam Rajah 1.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
2-3
2-3
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 3 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

RAJAH 1
PERBEZAAN SISTEM ePEROLEHAN LAMA DAN BAHARU

SISTEM ePEROLEHAN SISTEM ePEROLEHAN


PERKARA LAMA BAHARU

Tiada modul untuk kaedah Melibatkan semua kaedah


Kaedah Perolehan
perolehan sebut harga dan tender perolehan

Penilaian Jawatankuasa Penilaian secara manual Penilaian secara atas talian


Perolehan

Pelaksanaan Perolehan Dibenarkan secara luar talian Sepenuhnya atas talian

Ada (sub modul Diari


Jejak Audit Tiada
Pengesanan)

Sumber: Bahagian Perolehan Kerajaan, MoF

1.4. Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK) di MoF merupakan bahagian yang


bertanggungjawab untuk mengawal selia pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan
sistem ePerolehan Baharu. Sektor khusus yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan
tersebut ialah Sektor Sistem Perolehan dan Pendaftaran (Sektor S), BPK.

1.5. Pada 25 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan I (JPMKI) yang
dipengerusikan oleh YB Menteri Kewangan I (merangkap Perdana Menteri pada ketika
itu) telah meluluskan pembangunan sistem ePerolehan Baharu secara rundingan terus
dengan Syarikat 486495V. Pelaksanaan kontrak adalah melalui konsesi dengan kaedah
Outsourcing of Services (OOS) untuk tempoh 15 tahun bermula 5 Disember 2012 hingga
4 Disember 2027. Surat Setuju Terima (SST) telah ditandatangani pada 5 Disember 2012.
Bagaimanapun, tempoh konsesi tersebut ditambah selama dua (2) tahun sehingga tahun
2029 apabila tarikh go-live sistem ePerolehan Baharu ditangguhkan dari 1 Januari 2015
ke 1 Januari 2018. Perincian kos projek berjumlah RM1.83 bilion adalah seperti dalam
Jadual 1.

JADUAL 1
KOS KONTRAK SISTEM ePEROLEHAN BAHARU
KOS
BIL. PERIHAL
(RM Juta)

1. Fasa Pembangunan (CAPEX)

a. Hardware 53.02
b. Software 117.93
c. Lain-lain Operasi 1.43
d. Pentadbiran Am 0.53

JUMLAH 172.91

2 - 42 - 4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 4 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

KOS
BIL. PERIHAL
(RM Juta)

2. Fasa Operasi (OPEX)

a. Perbelanjaan Modal 140.67

b. Kos Penyenggaraan 344.98

c. Perbelanjaan Operasi 1,172.43

JUMLAH 1,658.08

JUMLAH KESELURUHAN 1,830.99


Sumber: Kontrak Sistem ePerolehan Baharu

1.6. Di bawah kaedah OOS, kos pembangunan dan pelaksanaan sistem ePerolehan
Baharu ditanggung oleh kontraktor, manakala kontraktor diberi hak untuk memungut
pembayaran fi dalam tempoh konsesi selama 17 tahun dari tarikh go-live. Berdasarkan
surat Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) kepada MoF bertarikh
10 Oktober 2007, projek ini tidak mengikut konsep Public Private Partnership (PPP). UKAS
berpandangan projek ePerolehan berasaskan teknologi maklumat (ICT) seumpama ini
tidak sesuai dilaksanakan secara PPP yang melibatkan konsesi yang panjang serta tidak
mendapat value for money berdasarkan teknologi yang sering berubah dengan pantas.

1.7. Objektif utama sistem ePerolehan Baharu adalah seperti berikut:

a. membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan


melalui internet;

b. bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar atau


memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan; dan

c. mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep paperless atau bebas
kertas diaplikasikan sepenuhnya.

1.8. Arkitektur sistem ePerolehan Baharu adalah seperti dalam Rajah 2.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
2-5
2-5
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 5 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

RAJAH 2
ARKITEKTUR SISTEM ePEROLEHAN BAHARU

Sumber: Taklimat sistem ePerolehan Baharu kepada Jabatan Audit Negara pada 25 Oktober 2018
Nota: GPKI - Government Public Key Infrastructure
SPKI - Supplier’s Public Key Infrastructure
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

1.9. Sistem ePerolehan Baharu mempunyai lima (5) Modul Utama dan 10 Modul
Sokongan seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2
MODUL-MODUL SISTEM ePEROLEHAN BAHARU
BIL. MODUL KETERANGAN
MODUL UTAMA
1. Pengurusan Pembekal Proses pendaftaran pembekal dengan MoF
2. Perancangan Perolehan Agensi merancang perolehan dan perbelanjaan
Proses pemilihan pembekal sama ada melalui pembelian terus, sebut harga
3. Pemilihan Pembekal
atau tender
4. Pengurusan Kontrak Pentadbiran kontrak agensi dengan pembekal
Proses pesanan dan bayaran melalui pengeluaran permintaan, pesanan
5. Pemenuhan
Kerajaan, pesanan penghantaran dan invois
MODUL SOKONGAN
Pengurusan semua profil dan data dalam sistem ePerolehan Baharu
1. Pengurusan Profil
termasuk tetapan (setting) berkaitan sistem dan polisi
2. Pengurusan Katalog Kemudahan kepada pembekal untuk memasarkan produk kepada agensi
3. Pengurusan Pembelajaran Modul permohonan kursus dan pembelajaran secara atas talian
Laporan, diari pengesanan dan jejak audit berkaitan semua transaksi dalam
4. Audit
sistem ePerolehan Baharu
Laporan berkaitan perolehan secara dinamik meliputi laporan secara
5. Business Intelligence
descriptive dan predictive

2 - 62 - 6 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 6 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

BIL. MODUL KETERANGAN


Pengurusan template dokumen kontrak dan storan dokumen yang dimuat
6. Document Repository
naik semasa proses perolehan
Kod standard digunakan untuk mengekalkan keseragaman dan integriti data
7. Coding Management di seluruh sistem dan semua sistem luaran yang akan diintegrasikan dengan
sistem ePerolehan Baharu
Platform web portal untuk membina laman web dan aplikasi web yang
8. Portal menyediakan rupa bentuk yang konsisten dengan kawalan akses untuk
pelbagai aplikasi

Integration to Internal and


9. Rangka kerja integrasi yang standard dengan sistem dalaman dan luaran
External Systems
Menyediakan tahap keselamatan maksimum semasa mengakses aplikasi
10. SPKI dan GPKI
kepada pembekal dan Kerajaan
Sumber: Kontrak sistem ePerolehan Baharu

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan sistem ePerolehan
Baharu telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan untuk mencapai
objektif berikut:

a. membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan


melalui internet;
b. bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar atau
memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan; dan
c. mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep paperless atau bebas
kertas diaplikasikan sepenuhnya.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan
pembangunan sistem ePerolehan Baharu. Prestasi pembangunan sistem dinilai
berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian outcome.

a. Pencapaian output merangkumi prestasi pembangunan sistem ePerolehan Baharu


semasa Fasa Pembangunan dan Fasa Operasi.

b. Pencapaian outcome berdasarkan keberkesanan penggunaan sistem ePerolehan


Baharu oleh pengguna, tahap kebolehpercayaan (reliability) sistem, data yang
lengkap serta pengurusan Identifier Pengguna (ID) dan peranan pengguna.

3.2. Pengurusan pembangunan sistem merangkumi prestasi kewangan, pengurusan


perolehan, pentadbiran kontrak dan pengurusan aduan berdasarkan Perjanjian Tahap
Perkhidmatan [Service Level Agreement (SLA)].

3.3. Pengauditan telah dilaksanakan di BPK MoF, premis kontraktor dan 49 Pejabat
Pusat Tanggungjawab (PTJ) di lapan (8) negeri iaitu Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
2-7
2-7
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 7 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Pemilihan sampel adalah


berdasarkan hasil analisis terhadap data ePerolehan Baharu berkaitan risiko
ketidakpatuhan pengurusan perolehan Kerajaan seperti pecah kecil perolehan, tawaran
harga yang tidak munasabah dan pengurusan aduan berdasarkan SLA yang kurang
berkesan.

3.4. Semakan terhadap dokumen sistem ePerolehan Baharu meliputi tempoh 2013
hingga bulan Disember 2019, manakala analisis data dibuat dari tahun 2018 hingga bulan
Disember 2019. Selain itu, pengauditan juga meliputi lima (5) Modul Utama dan tiga (3)
dari 10 Modul Sokongan sistem ePerolehan Baharu.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod, minit mesyuarat, dokumen


kontrak di MoF, premis kontraktor dan PTJ. Selain itu, analisis data daripada sistem
ePerolehan Baharu dan walkthrough sistem di MoF serta PTJ juga dilaksanakan.
Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat, pengguna serta pembekal di
49 PTJ yang dilawati serta pemeriksaan fizikal terhadap aset yang diguna pakai turut
dijalankan.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan antara bulan Disember 2018 hingga Disember 2019.
Perkara yang ditemui serta maklum balas BPK MoF telah dibincangkan dalam Mesyuarat
Penutup (Exit Conference) pada 15 Mei 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan
Audit adalah seperti dalam perenggan berikut:

5.1 Prestasi Pembangunan Sistem

5.1.1. Pencapaian Output - Fasa Pembangunan

Merujuk kepada Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ePerolehan [ePerolehan


Steering Committee (ePSC)] Bil. 1/2018, pembangunan dan pelaksanaan sistem
ePerolehan Baharu terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu Fasa Pembangunan dan Fasa
Operasi.

Penilaian prestasi semasa Fasa Pembangunan sistem ePerolehan Baharu melibatkan


penilaian terhadap pembangunan Modul Utama dan Modul Sokongan, pengujian dan
migrasi data. Hasil semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

a. Pembangunan Modul Utama dan Modul Sokongan

i. Klausa 4.1 kontrak menetapkan sistem ePerolehan Baharu perlu disiapkan


sebelum atau pada 1 Januari 2015. Klausa tersebut turut menetapkan
pembangunan dan ujian aplikasi, perkakasan, migrasi data, penggunaan dan

2 - 82 - 8 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 8 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

pelancaran serta pengurusan perubahan dilaksanakan ketika Fasa


Pembangunan sistem.

ii. Berdasarkan Mesyuarat JPMKI Bil. 8/2014 bertarikh 21 November 2014,


kelulusan penangguhan pelaksanaan sistem telah diberikan dari 1 Januari
2015 kepada 1 Januari 2016 atau sehingga sistem beroperasi sepenuhnya.
Semakan Audit mendapati sistem gagal untuk go-live pada 1 Januari 2015
disebabkan pengujian sistem belum dilaksanakan iaitu Functional Test (FT)
dan System Integration Test (SIT), User Acceptance Test (UAT), Latihan
Pengguna, Operational Readiness Test (ORT) serta Performance and
Security Test.

iii. Seterusnya, sistem juga gagal untuk go-live pada 1 Januari


2016 dan 1 Januari 2017 disebabkan ketidaksediaan
Integrated Government Financial and Management
Accounting System (iGFMAS), Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(JANM). Sistem ini perlu dilaksanakan serentak dengan iGFMAS
supaya proses integrasi dapat dibuat untuk tujuan bayaran
dan bagi memenuhi keperluan perakaunan akruan. Sistem
ePerolehan Baharu hanya go-live pada 1 Januari 2018, iaitu
lewat tiga (3) tahun daripada perancangan asal. Butiran lanjut penangguhan
go-live sistem ini adalah seperti dalam Rajah 3.

RAJAH 3
PENANGGUHAN GO-LIVE SISTEM ePEROLEHAN BAHARU

Tangguh Tangguh Tangguh


Pertama Kedua Ketiga

1 Januari 1 Januari
1 Januari 1 Januari
2015 2016 2018
2017

Tarikh Go-Live
Tarikh Go-Live
Mengikut
Sebenar
Kontrak

PUNCA
KELEWATAN

Tangguh Kedua dan Ketiga


Tangguh Pertama
Ketidaksediaan Integrated Government Financial and
Aktiviti pembangunan dan pengujian sistem
Management Accounting System (iGFMAS) untuk proses
belum selesai.
integrasi bagi tujuan bayaran.

Sumber: Rekod Bahagian Perolehan Kerajaan, MoF


Nota: Tangguh Pertama, Kedua dan Ketiga dengan Kelulusan Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan
Menteri Kewangan I Bil. 8/2014 Bertarikh 21 November 2014

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 - 92 - 9
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 9 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

iv. Semakan Audit berhubung prestasi pembangunan Modul Utama dan Modul
Sokongan sistem ePerolehan Baharu mendapati kesemua lima (5) Modul
Utama telah siap dibangunkan sebelum go-live. Bagaimanapun bagi Modul
Sokongan, hanya lapan (8) daripada 10 modul sahaja telah siap dibangunkan
sebelum go-live. Modul Sokongan iaitu Modul Audit bagi sub modul Jejak Audit
dan Laporan belum siap dibangunkan, manakala modul Business Intelligence
perlu dibangunkan semula kerana terdapat perubahan dasar Kerajaan. Status
pembangunan Modul Utama dan Modul Sokongan adalah seperti dalam
Jadual 3.

JADUAL 3
STATUS PEMBANGUNAN MODUL UTAMA DAN MODUL SOKONGAN
PEMBANGUNAN MODUL
TARIKH SIAP
BIL. MODUL TARIKH CATATAN
SEBENAR SELEPAS
STATUS PATUT SIAP
KELULUSAN
(KONTRAK)
PENANGGUHAN
MODUL UTAMA
1. Pengurusan Pembekal Siap 5 Ogos 2016 -
2. Perancangan Perolehan Siap -
31 Disember
3. Pemilihan Pembekal Siap 7 April 2016 -
2014
4. Pengurusan Kontrak Siap -
5. Pemenuhan Siap 5 Ogos 2016 -
MODUL SOKONGAN
1. Pengurusan Profil Siap -
7 April 2016
2. Pengurusan Katalog Siap -
3. Pengurusan Pembelajaran Siap 16 Jun 2014 -
 Sebelum go-live hanya sub
modul Diari Pengesanan telah
disiapkan pada 7 April 2016
 Pembangunan sub modul
4. Audit Belum Siap -
Jejak Audit dan Laporan
dibawa ke Fasa Operasi
 Jangkaan siap pada 30 Jun
2021

 Dibawa ke Fasa Operasi


Dibangunkan
 Sehingga 15 Mei 2020, status
semula kerana
pembangunan adalah
5. Business Intelligence perubahan -
31 Disember sebanyak 45%
dasar
2014  Jangkaan siap pada 31
Kerajaan
Disember 2020

6. Document Repository Siap -


7 April 2016
7. Coding Management Siap -
8. Portal Siap 5 Ogos 2016 -

 Integrasi dengan sistem


MyCOID dan MyGPIS telah
selesai pada bulan Januari
Integration to Internal 2020
9. Siap 7 April 2016
and External Systems  Integrasi dengan Electronic
Government Procurement
Application (eGPA) dibawa ke
Fasa Operasi

10. SPKI dan GPKI Siap 19 Ogos 2016 -


Sumber: Rekod Bahagian Perolehan Kerajaan, MoF serta Minit Mesyuarat ePSC Bil. 1/2016 dan 2/2016

2-2
10- 10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 10 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

v. Semakan Audit selanjutnya terhadap status pembangunan Modul Business


Intelligence mendapati modul tersebut telah dibawa ke Fasa Operasi dan
dijangka akan disiapkan pada 31 Disember 2020.

vi. Bagi pembangunan Modul Audit pula, penjelasan adalah seperti berikut:

 Appendix 3 Scope of Development Works menyatakan Modul Audit


menyediakan platform untuk Juruaudit atau pengguna generik
(berkaitan dengan urus niaga) untuk melihat, mengesan dan memantau
aktiviti perolehan dalam sistem serta memastikan bahawa dasar dan
prosedur Kerajaan dipatuhi. Semua tindakan yang dibuat akan
direkodkan dalam sistem untuk pengesanan dokumen dan proses.
Terdapat tiga (3) sub modul dalam Modul Audit iaitu Diari Pengesanan,
Jejak Audit dan Laporan seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
KANDUNGAN MODUL AUDIT
BIL. SUB MODUL KETERANGAN
Merekodkan aktiviti atau tindakan yang dilakukan oleh pengguna kepada
1. Diari Pengesanan
dokumen secara automatik dengan tarikh dan masa yang betul
Merekodkan aktiviti pengguna yang membuat perubahan kepada medan
2. Jejak Audit
rekod (menambah, mengemas kini atau memadam) secara automatik
Mekanisme untuk membolehkan Juruaudit menghasilkan laporan piawai
3. Laporan
atau laporan dinamik
Sumber: Functional Requirements Blueprint, Modul Audit

 Semakan Audit mendapati sub modul Diari Pengesanan telah digunakan.


Bagaimanapun, sub modul Jejak Audit dan Laporan yang sepatutnya
disiapkan pada 31 Disember 2014 masih dalam pembangunan dan
dijangka akan disiapkan pada 30 Jun 2021.

Maklum balas MoF yang diterima pada 16 November 2020

Bahagian Perolehan Kerajaan, MoF telah memutuskan untuk membangunkan


modul-modul utama dan menambah baik defect yang lebih memberi impak kepada
pengguna sistem ePerolehan Baharu yang merupakan teras kepada pelaksanaan
proses perolehan Kerajaan. Pembangunan modul sokongan telah dirancang untuk
dilaksanakan di bawah penambahbaikan Fasa Operasi yang akan disiapkan seperti
berikut:

 Modul Business Intelligence – 31 Disember 2020; dan


 Modul Audit (Jejak Audit dan Laporan) – 30 Jun 2021.

Pendapat Prestasi pembangunan sistem adalah kurang cekap kerana


Audit terdapat dua (2) Modul Sokongan yang gagal disiapkan
walaupun terdapat tiga (3) kali pelanjutan masa.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2-2
11- 11
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 11 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

b. Pengujian

Klausa 4.3 Scope of Development Works menyatakan kontraktor hendaklah


melaksanakan pengujian terhadap sistem ePerolehan Baharu bagi tujuan
pematuhan fungsi (functional compliance) dan kesediaan pengguna (deployment
readiness). Klausa 1.1.3 Appendix 3 (Application Test) pula menyatakan
pengujian sistem merangkumi Component Test (CT), Functional Test (FT),
System Integration Test (SIT) dan User Acceptance Test (UAT). Selain itu, Klausa
1.1.4 Appendix 3 (Technical Test) menyatakan keperluan pengujian termasuk
Performance Test sebelum sistem go-live. Semakan Audit berhubung UAT dan
Performance Test yang dilaksanakan mendapati perkara seperti berikut:

i. User Acceptance Test (UAT)

UAT telah dilaksanakan sebanyak dua (2) kali, iaitu bagi go-live bulan Januari
2017 dan go-live pada 1 Januari 2018. UAT telah dilaksanakan bagi kesemua
lima (5) Modul Utama, lapan (8) Modul Sokongan dan integrasi sistem dari 13
Jun 2017 hingga 15 Disember 2017. Selain itu, UAT telah dijalankan secara
berasingan bagi Modul Business Intelligence dan Modul Pengurusan
Pembelajaran.

 UAT bagi Modul Utama, Modul Sokongan dan Integrasi Sistem

- Berdasarkan UAT 2017 Closure Report Version 1.0 Disember 2017,


kontraktor dan BPK MoF telah mengumpul sebanyak 935 System
Investigation Report (SIR) hasil daripada pengujian tersebut.
Antaranya adalah mengenai defect, clarification, cosmetic dan
penambahbaikan. Rumusan bilangan SIR adalah seperti dalam
Jadual 5.

JADUAL 5
RUMUSAN BILANGAN SYSTEM INVESTIGATION REPORT
SEMASA USER ACCEPTANCE TEST
BIL. UAT TARIKH PENGUJIAN BILANGAN SIR JUMLAH SIR

Functional - 508
1. eP-eSPKB 4 Julai - Oktober 2017 519
Non-Functional - 11
Functional - 413
2. eP-iGFMAS 27 Julai - November 2017 416
Non-Functional - 3

JUMLAH 935
Sumber: User Acceptance Test (UAT) 2017 Closure Report Version 1.0 Disember 2017

- Semakan Audit mendapati SIR telah ditutup dan UAT telah diluluskan
oleh pegawai BPK Gred 54 dan ke atas pada 31 Disember 2017.

2-2
12- 12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 12 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

 UAT Modul Pengurusan Pembelajaran dan Modul Business


Intelligence
- Pengujian UAT bagi Modul Pengurusan Pembelajaran telah dibuat
pada 16 Jun 2014 melibatkan 52 senario dan didapati lulus
kesemuanya.

- Modul Business Intelligence (Cycle 1) telah diuji pada 27 Oktober


hingga 4 November 2014 melibatkan 101 senario dan lulus 93%.
Modul tersebut telah diuji semula pada 6 Februari 2015 serta didapati
telah lulus dan selesai. Bagaimanapun, modul Business Intelligence
perlu dibangunkan semula kerana terdapat keperluan baharu dan
proses kerja berubah yang menyebabkan perubahan kepada struktur
data. Keputusan ini dibuat semasa mesyuarat ePSC Bil. 3/2016. Modul
Business Intelligence dijangka siap pada 31 Disember 2020. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
KEPUTUSAN USER ACCEPTANCE TEST BAGI
MODUL BUSINESS INTELLIGENCE DAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TARIKH STATUS HASIL
BIL. MODUL SENARIO CATATAN
PENGUJIAN PERCUBAAN PENGUJIAN

Business Intelligence 27 Okt. – 4 Nov.


101 94 93% lulus 7 gagal (7%)
(Cycle 1) 2014

1. Ujian Semula 6 Februari 2015 7 7 100% lulus -

Pembangunan baharu bagi modul Business Intelligence kerana terdapat keperluan baharu dan proses kerja
berubah yang menyebabkan perubahan kepada struktur data. Jangkaan siap pada 31 Disember 2020.

Pengurusan
2. 16 Jun 2014 52 52 100% lulus Selesai
Pembelajaran

Sumber: User Acceptance Test, Certificate of Acceptance

Pendapat Proses pengujian UAT untuk Modul Utama dan Modul


Audit Sokongan telah dilaksanakan dengan lengkap.

ii. Performance Test

 Performance Test merangkumi baseline test, load test, soak test


dan stress test. Performance Test telah dilaksanakan pada 3 hingga 13
Oktober 2017. Selain itu, ujian semula telah dilaksanakan antara 13
hingga 17 November 2017. Hasil rumusan pelaksanaan Performance Test
dan pelaksanaan pengujian semula adalah seperti dalam Jadual 7.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -213
- 13
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 13 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

JADUAL 7
RUMUSAN PELAKSANAAN PERFORMANCE TEST
BIL. BUTIRAN BASELINE TEST LOAD TEST SOAK TEST STRESS TEST
1. Tarikh Pelaksanaan 3 & 4 Okt. 2017 5 & 6 Okt. 2017 11 - 13 Okt. 2017 9 & 10 Okt. 2017

3 Test of
2. Bil. Test/Scenario 27 Scenarios 3 Test 3 Test
23-hours cycle

3 Test completed 3 Test of 23-hours 3 Test completed


22 Lulus/ with errors dengan cycle with errors with errors dengan
3. Hasil Pelaksanaan
5 Gagal sasaran kualiti dengan sasaran sasaran kualiti
melebihi 85% kualiti melebihi 85% melebihi 85%

Tarikh Pengujian 13, 15 & 17 Nov.


4. 16 & 17 Nov. 2017 17 Nov. 2017 -
Semula 2017

1 Test of
5. Bil. Test/Scenario 9 Scenarios 3 Test -
23-hours cycle

3 Test completed 1 Test completed


with errors dengan with errors dengan
6. Hasil Pengujian 9 Selesai -
sasaran kualiti sasaran kualiti
melebihi 85% melebihi 85%

7. Status Selesai Selesai Selesai Selesai


Sumber: Performance Test Report 2017, Baseline 1.0 December 2017
Nota:  Baseline test – ujian untuk menyemak response time sistem.
 Load test – untuk menguji purata production workload.
 Soak test – untuk menguji sistem abnormalities apabila berlakunya continuous load dalam tempoh
tertentu.
 Stress test – untuk menguji capaian di waktu puncak.

 Berdasarkan Performance Test Report 2017, terdapat error yang berlaku


di load test, soak test dan stress test tetapi tidak mengganggu fungsi
sistem ePerolehan Baharu. Pengujian dianggap selesai kerana keputusan
melebihi 85% sasaran kualiti.

 MoF memaklumkan hasil pelaksanaan Performance Test


bagi
yang melibatkan error telah direkodkan dalam sistem Redmine.
Redmine adalah tool untuk merekod dan memantau semua log aduan
(bug) serta penambahbaikan sistem ePerolehan Baharu.

 Sijil Performance Test telah dikeluarkan dan disahkan oleh pegawai BPK
Gred 54 dan ke atas pada 31 Disember 2017. Selain itu, berdasarkan
laporan Forensik Prestasi sistem ePerolehan oleh Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), keputusan
stress test bagi keupayaan sistem ePerolehan Baharu adalah minima
60 pengguna per minit dan terdapat peningkatan 13 kali ganda menjadi
800 pengguna per minit semasa sesi pengujian dilaksanakan.

Pendapat Proses pengujian UAT dilaksanakan dengan berkesan dan


Audit Performance Test telah dilaksanakan secara holistik sebelum
sistem go-live.

2 -214
- 14 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 14 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

c. Migrasi

i. Klausa 4.3 Scope of Development Works menghendaki supaya syarikat


hendaklah menukar dan memindahkan data ke dalam sistem ePerolehan
Baharu. Selain itu, Appendix 3 Scope of Development Works menyatakan data
migrasi merangkumi aktiviti pembersihan data, convert, migrasi dan
pengujian.

ii. Migrasi data telah dilaksanakan sehingga Fasa (Wave) 10. Semakan Audit
mendapati jumlah rekod bagi Modul Contract yang dinyatakan dalam Data
Reconciliation Report Wave 10 berbeza dengan jumlah rekod dalam sistem
ePerolehan Baharu pada 31 Disember 2017. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 8.

JADUAL 8
PERBEZAAN JUMLAH REKOD BAGI MODUL CONTRACT ANTARA
SISTEM ePEROLEHAN LAMA DAN BAHARU
WAVE 10 - TARIKH
DATA ePEROLEHAN
BIL. TARGET TABLE KEMAS KINI BEZA
SEHINGGA 31.12.2017
31.12.2017

1. CT_WORKFLOW_STATUS 73,252 73,199 (53)

2. CT_CONTRACT_ZONE_DTL 2,736 2,735 (1)

3. CT_AGENCY 1,188,105 1,188,006 (99)

4. CT_CONTRACT_ITEM 532,791 532,775 (16)

5. CT_ITEM_PRICE 570,025 568,083 (1,942)

6. CT_ITEM_MAX_QTY 565,373 613,934 48,561

7. CT_ACTOR 143,004 142,980 (24)


Sumber: Data Reconciliation Report Wave 10, Baseline 1.0, Disember 2017 dan Data ePerolehan Baharu

Maklum balas MoF yang diterima pada 16 November 2020

Berdasarkan dokumen Wave 10, laporan mengenai migrasi data daripada sistem
ePerolehan lama ke sistem ePerolehan Baharu telah menerangkan punca
pengurangan atau lebihan data yang dikenal pasti. Perbezaan bilangan rekod adalah
disebabkan terdapat transaksi yang masih dijalankan oleh PTJ selepas tarikh cut-off
bagi setiap Wave menyebabkan berlaku pertambahan bilangan rekod. Terdapat juga
pengurangan bilangan atas sebab-sebab perubahan pada sumber data asal semasa
proses migrasi berlaku berbeza semasa pengiraan awal yang direkodkan.

Pendapat Proses migrasi adalah kurang teliti kerana terdapat perbezaan


Audit data selepas migrasi ke sistem ePerolehan Baharu. Keadaan
ini menjejaskan kesahihan dan ketepatan rekod untuk
memastikan tiada duplikasi data atau kehilangan data.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -215
- 15
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 15 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

5.1.2. Pencapaian Output - Fasa Operasi

Selepas Fasa Pembangunan, sistem ePerolehan Baharu mula digunakan oleh PTJ
dalam Fasa Operasi. Output dalam Fasa Operasi merangkumi aktiviti
penambahbaikan, enhancement atau change request apabila terdapat keperluan
segera oleh agensi Kerajaan melibatkan dasar, peraturan dan aliran kerja yang perlu
ditambah baik. Fasa Operasi juga melibatkan pindaan data sekiranya berlaku
kesilapan ketika PTJ mengunci masuk data, overwrite rules yang disediakan dalam
sistem dan pembetulan disebabkan perubahan dasar Kerajaan. Hasil semakan Audit
mendapati perkara seperti berikut:

a. Enhancement atau Change Request

i. Klausa 4.3 kontrak menyatakan keperluan enhancement atau change request


boleh dilaksanakan case-by-case apabila terdapat cadangan
secara
penambahbaikan daripada pengguna. Keperluan enhancement atau change
request ini dilaksanakan dalam Fasa Operasi secara berperingkat.

ii. Berdasarkan Minit Mesyuarat ePSC Bil. 1/2019, Modul Utama yang
memerlukan enhancement adalah seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
PERANCANGAN DAN STATUS PELAKSANAAN MODUL UTAMA
BILANGAN TEMPOH BILANGAN BELUM
BIL. FASA OPERASI
ENHANCEMENT SELESAI SELESAI

Release 1 (R1) 103 31 Disember 2018 - 1 April 2019 11


1. Contract Management, Direct Purchase, Fulfilment, Payment Gateway, Quotation/Tender, Report -
Quotation/Tender, Report - Supplier Management, SPKI - eP dan Supplier Management

Release 2 (R2) 62 April - Jun 2019 14


2. Contract Management, Direct Purchase, Fulfilment, Procurement Plan, Quotation/Tender, Report -
Direct Purchase, Report - Procurement Plan, Report - Quotation/Tender, Report - Supplier Management

Release 3 (R3) 58 Julai - September 2019 36

3. Contract Management, Direct Purchase, Fulfilment, Procurement Plan, Quotation/Tender, Report -


Procurement Plan, Report - Quotation/Tender, Report - Supplier Management, Supplier Management
dan Tracking Diary – Direct Purchase

4. Release 4 (R4) 26 Oktober - Disember 2019 24

5. Release 5 (R5) Januari - Mac 2020 -

6. Release 6 (R6) Item belum dikenal April - Jun 2020 -


pasti untuk
7. Release 7 (R7) dimuktamadkan Julai - September 2020 -

8. Release 8 (R8) Oktober - Disember 2020 -


Sumber: Minit Mesyuarat ePSC Bil. 1/2019 dan Mesyuarat Status Item Fasa Operasi

iii. Berdasarkan Jadual 9, didapati 85 item belum selesai. Kesemua item yang
belum selesai ini akan dibawa ke release seterusnya. Selain itu, item change
request bagi R5 hingga R8 masih belum dikenal pasti untuk dimuktamadkan.

2-2
16- 16 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 16 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

b. Integrasi dan Enhancement Item yang Dibangunkan Secara Berasingan

i. Semakan Audit selanjutnya mendapati lima (5) item yang berasingan telah
dikenal pasti untuk dibangunkan dalam Fasa Operasi. Dua (2) item telah
selesai pada bulan Januari 2020 iaitu integrasi ePerolehan-MyCoID dan
integrasi ePerolehan-MyGPIS. Sistem ePerolehan Baharu tidak berintegrasi
dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan kerana ianya merupakan salah
satu penambahbaikan (enhancement atau change request) yang akan
dibangunkan di dalam Fasa Operasi dan dijangka siap pada tahun 2020.

ii. Pelaksanaan United Nations Standard Products and Services Code (UNSPSC)
Mapping dengan kod bidang ditangguhkan kerana Kerajaan Malaysia masih
lagi dalam tempoh ratifikasi perjanjian The Comprehensive and Progressive
Agreement for Trans-Pacific Partnership.

iii. Integrasi ePerolehan-eGPA belum dimulakan kerana skop atau hala tuju
proses sistem eGPA memerlukan keputusan daripada Sektor Dasar Perolehan
Kerajaan atau Sektor Operasi BPK terlebih dahulu. Lantikan vendor untuk
penambahbaikan sistem eGPA juga belum dimulakan. Spesifikasi keperluan
asal kedua-dua sistem juga telah berubah berikutan perubahan dan
penambahbaikan yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 dan 2019. Butiran
mengenai perancangan integrasi dan status enhancement item yang
dibangunkan secara berasingan adalah seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
PERANCANGAN INTEGRASI DAN STATUS ENHANCEMENT ITEM
YANG DIBANGUNKAN SECARA BERASINGAN
MESYUARAT STATUS
ITEM FASA OPERASI TARIKH GO-LIVE /
BIL. INTEGRASI/ENHANCEMENT PEMILIK
(TARIKH JANGKA STATUS
SIAP)
Suruhanjaya
1. ePerolehan-MyCoID 1 Januari 2020 11 Januari 2020
Syarikat Malaysia

2. ePerolehan-MyGPIS MoF 1 Januari 2020 7 Januari 2020

Dalam pembangunan dan


Cukai Jualan dan Cukai Jabatan Kastam
3. 2020 dijangka siap dalam tahun
Perkhidmatan Diraja Malaysia
2020

UNSPSC Mapping dengan kod


4. MoF 2020 Pelaksanaan ditangguhkan
bidang

5. ePerolehan-eGPA MoF 2020 Belum mula

Sumber: Mesyuarat Status Item Fasa Operasi

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -217
- 17
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 17 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Maklum balas MoF yang diterima pada 25 Februari dan 13 Mei 2020

Perancangan mengenai pelaksanaan Fasa Operasi belum dimuktamadkan


sepenuhnya. Perbincangan untuk mengenal pasti keperluan telah diadakan melalui
Bengkel Perbincangan Keperluan untuk Pembangunan sistem ePerolehan Fasa
Operasi Tahun 2020 yang diadakan sebanyak empat (4) siri.

Pendapat Pelaksanaan enhancement atau change request adalah


Audit memuaskan bagi tujuan penambahbaikan operasi sistem.

c. Pindaan Data

i. Berdasarkan surat BPK MoF kepada kontraktor bertarikh 15 Ogos 2018,


pindaan data dibuat oleh kontraktor selepas permohonan rasmi dikemukakan
oleh Ketua Jabatan dan diluluskan oleh BPK MoF. Kelulusan pindaan data yang
diberikan adalah disebabkan kesilapan pengguna atau kekangan sistem.
Contoh pindaan data adalah seperti berikut:

 kesilapan ketika PTJ mengunci masuk data;


 overwrite rules yang disediakan dalam sistem; dan
 pembetulan disebabkan perubahan dasar Kerajaan [Cukai Barang dan
Perkhidmatan (CBP) dan Sales and Service Tax].

ii. Setiap permohonan pindaan data perlu dikunci masuk ke dalam Sistem Aduan
(sistem berasingan di luar sistem ePerolehan Baharu) oleh PTJ. Timbalan
Setiausaha BPK atau Ketua Seksyen Perolehan Kerajaan, Seksyen
Pemantauan, Penyelarasan dan Pendaftaran berperanan untuk meluluskan
permohonan pindaan data. Setelah diluluskan permohonan tersebut,
kontraktor akan membuat pindaan data secara terus di pangkalan data.

iii. Hasil semakan Audit mendapati sebanyak 767 kes pindaan data seperti dalam
Jadual 11 telah diluluskan oleh Timbalan Setiausaha BPK melibatkan 22
Kementerian/Jabatan bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 30 November 2019.
Kesemua permohonan pindaan data tersebut adalah disebabkan kesilapan
pengguna mengunci masuk tarikh, amaun, pelanjutan, jenis pemenuhan dan
juga atas sebab masalah teknikal iaitu amaun CBP berganda. Semakan Audit
juga mendapati semua aktiviti kontraktor terhadap pindaan yang dibuat
kepada pangkalan data direkodkan secara manual kerana mekanisme
kawalan dalaman secara elektronik tidak disediakan dalam sistem. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 11.

2-2
18- 18 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 18 02/12/2020 11:12 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

JADUAL 11
STATISTIK PINDAAN DATA PADA 1 JANUARI 2018
SEHINGGA 1 DISEMBER 2019
TAHUN JUMLAH
BIL. KEMENTERIAN/JABATAN
2018 2019 KESELURUHAN

1. Jabatan Perdana Menteri 10 60 70

2. Kementerian Kewangan 16 22 38

3. Kementerian Dalam Negeri 24 66 90

4. Kementerian Pertahanan 5 32 37

5. Kementerian Pengangkutan 0 18 18

6. Kementerian Pendidikan Malaysia 52 87 139

7. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 5 10 15

8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia 0 13 13

9. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 7 27 34

10. Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2 2 4

11. Kementerian Sumber Manusia 3 11 14

12. Kementerian Kesihatan Malaysia 27 147 174

13. Kementerian Luar Negeri 2 2 4

14. Kementerian Wilayah Persekutuan 1 3 4

15. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia 5 16 21

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar


16. 6 12 18
dan Perubahan Iklim
17. Kementerian Belia dan Sukan 0 3 3
18. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 0 2 2
19. Kementerian Kerja Raya 2 15 17
20. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli 11 30 41
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
21. 1 7 8
Masyarakat
22. Kementerian Pembangunan Usahawan 1 2 3

JUMLAH 180 587 767


Sumber: Fail Perubahan Data, MoF

Maklum balas MoF yang diterima pada 25 Februari dan 21 Mei 2020

Pindaan data pada sistem ePerolehan Baharu dipantau dan dibentangkan melalui
Mesyuarat Operasi mengikut modul. Modul Jejak Audit tidak disediakan buat masa
ini. Bagaimanapun, semua pindaan data tersebut direkodkan secara manual.

Untuk mengelakkan manipulasi data, MoF telah mengeluarkan surat prosedur kepada
kontraktor bertarikh 15 Ogos 2018 memaklumkan prosedur yang perlu dipatuhi oleh
PTJ sekiranya pindaan data perlu dibuat di dalam sistem ePerolehan Baharu. Pindaan
data oleh kontraktor hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan MoF.
Permohonan dan kelulusan perubahan data dicetak dan direkodkan di dalam fail
secara manual di MoF. Semua proses perubahan data sistem ePerolehan Baharu juga
direkodkan secara manual oleh kontraktor melalui borang Change and Release
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -219
- 19
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 19 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Request Form. Kedua-dua perkara di atas disediakan untuk tujuan rekod dan juga
tujuan audit untuk mengelakkan risiko manipulasi data.

Kontraktor juga adalah tertakluk dan perlu mematuhi ISO 27001 berkenaan prosedur
Information Security Management System (ISMS) termasuk pegawai dan kakitangan
kontraktor yang dilantik perlu lulus Tapisan Keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia melalui sistem e-Vetting.

Pendapat Kawalan secara manual dalam perubahan atau pindaan data


Audit mendedahkan risiko manipulasi data ePerolehan Baharu
diperingkat PTJ, BPK MoF dan kontraktor terutamanya
kawalan ID yang kurang efektif dan ketiadaan jejak audit.
Peranan untuk perubahan atau pindaan data tidak seharusnya
diberi kepada pihak kontraktor.

5.1.3. Pencapaian Outcome – Keberkesanan Penggunaan Sistem


ePerolehan Baharu

Pencapaian outcome sistem ePerolehan Baharu dinilai berdasarkan keberkesanan


penggunaan sistem oleh pengguna, kebolehpercayaan (reliability) sistem, data yang
lengkap dan pengurusan profil. Hasil semakan Audit mendapati perkara seperti
berikut:

a. Modul Pengurusan Katalog

i. Katalog elektronik adalah repositori yang mengandungi senarai produk atau


perkhidmatan berdasarkan sistem kodifikasi unik. Item yang terdapat dalam
katalog menggunakan format standard yang mematuhi kodifikasi UNSPSC.
Pembekal membuat dan menyiarkan barang-barang bersama dengan harga
standard, tarikh mula dan tarikh akhir, zon dan harga promosi yang mereka
tawarkan dalam kandungan katalog untuk barangan tidak berkontrak.

ii. Katalog elektronik dapat membantu PTJ membuat keputusan pembelian yang
lebih baik. Bagi aktiviti perolehan berjumlah kurang daripada RM20,000,
pengguna PTJ boleh melakukan perbandingan harga bagi kod atau jenis item
yang sama dengan melihat harga berperingkat, harga zon, harga peringkat
zon atau harga promosi yang berkenaan. Dengan maklumat ini, PTJ dapat
melakukan carian katalog untuk item yang mereka ingin perolehi.

iii. Analisis Audit terhadap data ePerolehan dalam Modul Pengurusan Katalog
mendapati perkara seperti berikut:

2-2
20- 20 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 20 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

 Pembekal Menawarkan Perolehan Kerja

Sistem ePerolehan Baharu dibangunkan untuk perolehan bekalan dan


perkhidmatan bukan perunding sahaja tanpa mengambil kira perolehan
kerja. Analisis Audit mendapati 320 item adalah perolehan kerja dengan
harga seunit antara RM100,000 dan RM17.000 bilion.

 Tawaran Harga yang Tidak Munasabah Dalam Katalog

Sistem ePerolehan Baharu tidak menyediakan pengesahan sebagai


kawalan sebelum harga ditawarkan. Semakan Audit mendapati harga
yang ditawarkan oleh pembekal bagi 1,363,725 item tidak munasabah,
iaitu RM-0.25, RM0.00 dan RM0.01 hingga RM0.04. Hal ini menunjukkan
harga yang ditawarkan bukan harga sebenar dan menyukarkan pengguna
dari PTJ mendapatkan harga terbaik bagi item yang ditawarkan. Tindakan
ini memberikan kesan kepada Kerajaan dari segi kos dan masa kerana
pengguna di PTJ perlu mendapatkan sebut harga daripada pembekal
melalui pelawaan tawaran harga bagi mendapatkan harga yang lebih
tepat. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
HARGA DITAWARKAN TIDAK MUNASABAH
HARGA
BIL. BILANGAN ITEM
(RM)
1. -0.25 1
2. 0.00 1,323,517
3. 0.01 hingga 0.04 40,207
JUMLAH 1,363,725
Sumber: Analisis Audit Terhadap Data Sistem ePerolehan Baharu

Maklum balas MoF yang diterima pada 21 Mei dan 16 November 2020

Berdasarkan definisi Perolehan Kerajaan dalam Pekeliling Perbendaharaan (PP) PK


1.1 (Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan), fungsi dalam Modul
Pengurusan Katalog perlu membenarkan pembekal memasukkan perkhidmatan kerja
di bawah kategori item perkhidmatan.

Selain itu, item perkhidmatan juga boleh digunakan dalam perolehan kerja dan juga
perolehan perkhidmatan. Sebagai contoh item pendingin hawa, skop pemasangan
pendingin hawa yang berkapasiti rendah, sederhana atau split unit boleh dibuat
sebagai perolehan perkhidmatan. Sebaliknya bagi pemasangan pendingin hawa yang
berkapasiti tinggi atau centralised aircond yang memerlukan pecah struktur
bangunan, ia perlu dibuat sebagai perolehan kerja.

Hasil semakan lanjut ke atas 1,323,517 data item yang berharga RM0.00 mendapati
data-data tersebut berada di dalam beberapa mode atau status berbeza seperti

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -221
- 21
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 21 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Publish, Draft, Approved dan Expired. Berdasarkan semakan lanjut BPK MoF
mendapati tidak ada data item berstatus Publish yang berharga negatif.
Bagaimanapun, terdapat 108 data item yang berstatus Publish berharga RM0.00.
Kontraktor akan membuat siasatan bagi mengenal pasti punca perkara ini berlaku
memandangkan price validation control telah dibangunkan di dalam sistem
ePerolehan Baharu.

Bagi item yang berharga RM0.01 hingga RM0.04 adalah penetapan harga yang
ditentukan sendiri oleh pembekal. Tiada asas kawalan untuk menentukan harga
tersebut adalah munasabah.

Nilai harga pada katalog tidak menyebabkan sebarang gangguan kepada sistem
kerana pihak PTJ akan meminta harga sebenar daripada pihak pembekal sebelum
sesuatu tawaran dikeluarkan.

Pendapat Sistem ePerolehan Baharu yang dibangunkan kurang berkesan


Audit kerana item bagi perolehan kerja turut direkodkan dalam
medan item_name. Selain itu, price validation control yang
diwujudkan di dalam sistem didapati tidak efektif untuk
mengenal pasti harga yang tidak munasabah, mengakibatkan
maklumat yang dipaparkan kurang reliable.

b. Modul Pemilihan Pembekal

i. Kod kaedah perolehan direkodkan dalam Modul Pemilihan Pembekal


berdasarkan Harga Indikatif Jabatan. Kod tersebut menentukan kaedah
perolehan sama ada secara sebut harga atau tender. Bagi perolehan yang
telah selesai, kod kaedah perolehan berdasarkan amaun kontrak akan
direkodkan dalam Modul Pengurusan Kontrak.

ii. Semakan Audit mendapati kod kaedah perolehan berbeza bagi kontrak di
Modul Pemilihan Pembekal, table SC_QT dengan Modul Pengurusan Kontrak,
table CT_CONTRACT. Semakan Audit seterusnya mendapati tiada exceptional
report disediakan dalam sistem atau indikator dalam table yang terlibat bagi
menunjukkan perubahan tersebut.

iii. MoF memaklumkan kod berbeza kerana terdapat perubahan perolehan yang
dilaksanakan di PTJ iaitu dari tender ke sebut harga dan sebaliknya.
MoF memaklumkan data yang menunjukkan kontrak prefix “Z” dan “M”
merupakan kontrak dari sistem ePerolehan lama selepas migrasi ke sistem
ePerolehan Baharu. Sistem ePerolehan lama tidak membuat semakan
kemasukan data oleh pengguna.

2-2
22- 22 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 22 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

iv. Selain itu, sistem tidak menyediakan indikator apabila berlaku pindaan data.
Kelemahan ini menyebabkan data yang dimasukkan dalam sistem ePerolehan
Baharu, iaitu prefix “M” tidak menyatakan dengan jelas perubahan kaedah
perolehan daripada rundingan terus ke sebut harga atau sebaliknya. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13
KOD KAEDAH PEROLEHAN BERBEZA ANTARA MODUL PEMILIHAN PEMBEKAL,
TABLE SC_QT DENGAN MODUL PENGURUSAN KONTRAK, TABLE CT_CONTRACT
MODUL PEMILIHAN MODUL PENGURUSAN
ID ID PEMBEKAL KONTRAK
BIL. NOMBOR KONTRAK
KONTRAK QT KOD KAEDAH TARIKH KOD KAEDAH TARIKH
PEROLEHAN DICIPTA PEROLEHAN DICIPTA

1. 29404 Z0311020111120017 1181 Sebut harga 21.06.2013 Tender 21.07.2009

2. 13367 Z0111240101160004 914 Tender 22.05.2016 Sebut harga 31.07.2015

3. 34180 Z0191360000140007 166 Sebut harga 01.05.2014 Tender 13.03.2014

4. 30976 Z0143010200120095 311 Sebut harga 28.06.2013 Tender 10.04.2012

5. 26677 Z0281401010120002 1900 Sebut harga 23.07.2012 Tender 06.08.2009

6. 24959 Z0232010101120017 26 Sebut harga 30.08.2012 Tender 18.01.2010

7. 36655 Z0251154901170016 2054 Sebut harga 03.08.2017 Tender 05.06.2017

8. 52316 Z0114160000120007 306 Tender 29.11.2011 Sebut harga 26.08.2011

9. 62124 Z0291022202120001 1564 Sebut harga 13.10.2011 Tender 14.02.2011

10. 60764 Z0211220329120001 1930 Sebut harga 26.01.2012 Tender 04.10.2011

11. 67461 Z0251154901170021 1429 Sebut harga 29.09.2017 Tender 02.08.2017

12. 66036 Z0266100300170001 430 Sebut harga 22.01.2017 Tender 28.11.2016

13. 46337 Z0251154901170019 457 Sebut harga 23.08.2017 Tender 13.06.2017


Rundingan
14. 111242 M4160J701190001 199127 21.02.2019 Sebut harga 21.02.2019
terus
Sumber: Analisis Audit Terhadap Data Sistem ePerolehan Baharu

Maklum balas MoF yang diterima pada 21 Mei dan 16 November 2020

Sistem ePerolehan lama memperkenalkan proses mengkomputerkan pengurusan


kontrak yang mana agensi dibenarkan untuk mencipta kontrak dengan mengunci
masuk data di Modul Kontrak Kementerian. Data adalah bergantung kepada apa yang
dikunci masuk oleh pengguna di dalam sistem ePerolehan lama atau template migrasi
yang disediakan untuk tujuan migrasi data.

Pada pandangan MoF, perkara ini hanya melibatkan kontrak yang dimigrasi daripada
sistem ePerolehan lama yang mana kontrak tersebut dikunci masuk oleh pengguna
di PTJ. Bagaimanapun, isu ini tidak berlaku di dalam sistem ePerolehan Baharu. Bagi
item nombor 14, di mana perubahan yang dilakukan adalah berdasarkan permohonan
daripada PTJ dan perubahan ini direkodkan di dalam Customer Relationship
Management.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -223
- 23
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 23 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Pendapat Proses migrasi data adalah kurang efektif mengakibatkan


Audit perubahan atau pindaan data tidak dapat dikenal pasti dengan
jelas disebabkan ketiadaan indikator. Keadaan ini
mengakibatkan integriti dan reliability data sukar dipastikan.

5.1.4. Pencapaian Outcome - Kebolehpercayaan (Reliability) Sistem

a. Kebolehpercayaan sistem bermaksud sistem berkebolehan untuk mengesan


ketidakpatuhan perolehan Kerajaan. Antara ketidakpatuhan perolehan Kerajaan
adalah aktiviti pecah kecil perolehan dan melantik syarikat tanpa merujuk Kontrak
Panel Berpusat yang disediakan dalam sistem ePerolehan Baharu.

b. Berdasarkan PP PK 2.1 (Kaedah Perolehan Kerajaan) menyatakan agensi dilarang


memecahkecilkan perolehan tahunan untuk mengelakkan daripada pelawaan
secara sebut harga dan tender. Perolehan bagi had nilai melebihi RM20,000
hingga RM50,000 setahun atau sesuatu kontrak perlu dilaksanakan secara sebut
harga mengikut tatacara sedia ada.

c. Pihak Berkuasa Melulus adalah merupakan Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH)


seperti dalam peraturan sedia ada atau menubuhkan JKSH baharu untuk
meluluskan perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM20,000 hingga
RM50,000 yang dikenali sebagai JKSH B.

d. Dalam sistem ePerolehan Baharu, notifikasi pop-up dipaparkan apabila jumlah


nilai perolehan baharu dan nilai perolehan sebelum ini melebihi RM20,000.
Bagaimanapun, pengguna masih boleh meneruskan transaksi perolehan baharu
tersebut.

e. Analisis Audit mendapati berlaku perolehan secara pecah kecil di satu (1) PTJ
berjumlah RM29,250. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 14.

JADUAL 14
PEROLEHAN SECARA PECAH KECIL OLEH PTJ
NO. DOKUMEN NO. ARAHAN NO.
ITEM NILAI
BIL. PTJ PESANAN PEMBAYARAN/ PENDAFTARAN
PEROLEHAN (RM)
KERAJAAN TARIKH PEMBEKAL

12002789/
PO180000000005301 IP0215387-M 14,460.00
27.03.2018
Hospital
1. Bekalan Toner
Ipoh
12014265/
PO180000000257930 129091-V 14,790.00
28.09.2018

JUMLAH 29,250.00
Sumber: Analisis Audit Terhadap Data Sistem ePerolehan Baharu

2-2
24- 24 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 24 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Maklum balas MoF yang diterima pada 25 Februari, 21 Mei dan


16 November 2020

Sistem ePerolehan Baharu menyediakan notifikasi kepada Agensi sekiranya sesuatu


perolehan untuk sesuatu item yang sama telah melebihi RM20 ribu setahun untuk
sesuatu PTJ. Notifikasi ini dipaparkan kepada dua (2) peringkat pengguna iaitu
Peminta dan Pelulus semasa penciptaan Nota Minta. Namun demikian, sistem ini tidak
menyekat jika agensi meneruskan perolehan tersebut. Perolehan boleh diteruskan
(walaupun notifikasi telah diberikan kepada agensi) berdasarkan kelulusan Pelulus di
agensi masing-masing. Rekod kelulusan Pelulus ini boleh dirujuk di rekod tracking
diary.

Sekiranya PTJ memutuskan untuk meneruskan juga sesuatu perolehan, walaupun


telah diberikan alert status semasa perolehan (contoh: perolehan telah melebihi had
nilai yang dibenarkan) maka ia adalah menjadi tanggungjawab PTJ untuk memberi
justifikasi yang munasabah ke atas perolehan yang dijalankan tersebut.

Penambahbaikan sistem sedang dijalankan yang mana sistem menyediakan ciri


kawalan untuk mengelakkan unsur pecah kecil, iaitu agensi dikehendaki untuk
mendapatkan kelulusan MoF (melalui sistem eGPA) terlebih dahulu untuk
membolehkan perolehan ke atas sesuatu item yang sama.

Pendapat Mekanisme kawalan yang disediakan dalam sistem ePerolehan


Audit Baharu adalah tidak cekap kerana sistem alert yang disediakan
masih membenarkan perolehan diteruskan.

f. Berdasarkan PP PK 2.1 (Kaedah Perolehan Kerajaan), semua agensi hendaklah


menggunakan Kontrak Panel sepenuhnya dan tidak dibenarkan membeli dari
punca lain. Senarai item dan syarikat di bawah Kontrak Pusat Sistem Panel
dilampirkan dalam PP PK 2.1.

g. Lawatan ke PTJ mendapati tiga (3) PTJ telah melaksanakan perolehan dengan
pembekal bukan lantikan Kontrak Panel Berpusat. Butiran PTJ yang terlibat adalah
seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15
PEROLEHAN DI LUAR KONTRAK PANEL BERPUSAT
JUMLAH
BIL. PTJ PEROLEHAN
(RM)

1. Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah Bekalan Ayam Segar 16,575.00

2. Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara Perabot 12,050.00

3. Kolej Komuniti Chenderoh Bekalan Ayam Segar 3,616.50

JUMLAH 32,241.50
Sumber: Semakan Fizikal di PTJ

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -225
- 25
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 25 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Maklum balas MoF yang diterima pada 21 Mei 2020

MoF tidak menerima permohonan dari PTJ untuk mengeluarkan SST secara manual
melalui menu Cipta SST di dalam sistem ePerolehan Baharu. Ketiga-tiga perolehan
ini tidak tertakluk dengan surat pengecualian MoF bertarikh 2 Julai 2018. Surat
Tunjuk Sebab telah dikeluarkan kepada agensi yang berkenaan kerana
ketidakpatuhan kepada tatacara perolehan Kerajaan.

Pendapat Tiada mekanisme kawalan yang efektif dalam sistem


Audit ePerolehan Baharu bagi mengenal pasti perolehan yang dibuat
tanpa mematuhi peraturan. Apabila pengguna boleh mencipta
dokumen SST dengan pembekal bukan lantikan Kontrak Panel
Berpusat, ia memberi risiko pengguna memanipulasi sistem
bagi kepentingan peribadi.

5.1.5. Pencapaian Outcome - Data yang Lengkap

a. Dokumen eP Database Reference Version 1.11, March 2018 memberikan


maklumat mengenai pangkalan data ePerolehan. Ia menggariskan table dan field
yang dicipta dan digunakan dalam sistem ePerolehan Baharu. Terdapat kriteria
yang wajib diisi (mandatory field) bagi setiap field untuk memudahkan carian dan
menghubungkan data dengan table lain. Keseluruhan pangkalan data ePerolehan
dikategorikan seperti dalam Jadual 16.

JADUAL 16
BILANGAN MODUL DAN TABLE BAGI PANGKALAN DATA
SISTEM ePEROLEHAN BAHARU
BIL. MODUL BILANGAN TABLE

1. PM (Profile Management) 120

2. PP (Procurement Plan) 10

3. CM (Catalogue Management) 17

4. SM (Supplier Management) 84

5. SC (Sourcing) 97

6. CT (Contract Management) 51

7. FL (Fulfilment) 36

8. PY (Supplier Payment) 7

9. TPL (Template) 13

JUMLAH 435
Sumber: eP Database Reference Version 1.11, March 2018

b. Semakan Audit berdasarkan maklumat data ePerolehan dari 1 Januari 2018


hingga bulan Julai 2019 mendapati mandatory field yang tidak diisi adalah antara
dua (2) hingga 9.36 juta rekod. Selain itu, 100% (656 rekod) yang tidak diisi

2-2
26- 26 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 26 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

adalah dalam Modul Sourcing (SC) bagi table SC_PURCHASE_INQUIRY untuk


field DATE_TO_RESPON iaitu Date given to the supplier to response for the
Purchase Inquiry.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati maklumat Letter of Acceptance (LOA)


Acknowledge Date from the supplier (mandatory field) tidak diisi oleh pembekal
bagi dua (2) daripada 48,145 rekod dalam Modul Contract Management (CT) bagi
table CONTRACT field ACK_DATE. Maklumat tersebut adalah sangat penting bagi
sesuatu kontrak. MoF memaklumkan keadaan ini adalah disebabkan data yang
tidak diisi dalam mandatory field semasa proses migrasi. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17
MANDATORY FIELD TIDAK DIISI
BIL. REKOD JUMLAH PERATUS
MODUL TABLE NAME FIELD NAME DESCRIPTION
TIDAK DIISI REKOD (%)
The first mandatory line of the
ADDRESS ADDRESS_1 2 139,510 0
address

DESCRIPTION Description of the Sub Setia 1,566 13,514 11.6

PROJECT_
Project code 1,566 13,514 11.6
CODE
MODUL
SUB_SETIA_
PM Sub Setia code 1,566 13,514 11.6
SUB_SETIA CODE

Financing type e.g.


P - Dibiayai melalui pinjaman
FINANCING_
Kerajaan 11,810 13,514 87.4
TYPE
S - Projek adalah di bawah
pembiayaan PFI

The first line of supplier


ADDRESS ADDRESS_1 161 207,895 0.1
address

Doc Type: FD - Fulfilment


Details Creation FA - Fulfilment
Details Amendment FU -
Fulfilment Details Update FT -
Contract Termination FS -
Contract Suspension/
Activation CB - Change
Supplier Bank Account RF -
APPROVER DOC_TYPE 21,240 169,553 12.5
Request Factoring AC -
Agreement SA - Supplemental
Agreement PC - Panel Circular
Creation P U - Panel Circular
MODUL Update CC - Central Contract
CT Circular Creation CU - Central
Contract Circular Update CR -
Cancel Circular Request

LOA Acknowledge Date from


CONTRACT ACK_DATE 2 48,145 0
the supplier
Default to Contract Start Date.
CONTRACT_
EFF_DATE Used when user change max 62 2,363,101 0
ITEM
ceiling quantity

CONTRACT_ Supplier acknowledge date for


ACK_DATE 1 130,181 0
VALUE LOA as per contract version

DEDUCTION_ CLAUSE_
Clause Description 6,386 77,218 8.3
CLAUSE DESCRIPTION
FACTORING AUTH_REF_NO Authorized Reference Number 124 973 12.7

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -227
- 27
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 27 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

BIL. REKOD JUMLAH PERATUS


MODUL TABLE NAME FIELD NAME DESCRIPTION
TIDAK DIISI REKOD (%)
Price Effective Date - Default to
ITEM_MAX_QTY EFF_DATE 63 2,759,912 0
Contract Effective Date
ITEM_PRICE EFF_DATE Price Effective Date 26 2,969,026 0
Supplier DO Number which
identified the physical DO
submitted by Supplier. Will be
defaulted based on
DELIVERY_ SUPPLIER_DO_
DELIVERY_ORDER_NO. In 5 1,549,197 0
ORDER REF
Next-GEN the number should
be 17char but to support
migrated data, this field is
extended to 35char.
MODUL Referring to a specific
FL DOC_NO DOC_TYPE document type such invoice, 31,554 129,858 24.3
delivery order, etc.
FULFILMENT_
TITLE Title for the Fulfilment Request 9 1,809,012 0
REQUEST

PAYMENT_ Description for the payment


DESCRIPTION 266 1,381,178 0
ADVICE advice
Referring to Fulfilment
WORKFLOW_
DOC_TYPE Documents which can be PR, 9,358,110 32,151,131 29.1
STATUS
CR, PO, CO, etc.

The first line of supplier


address. Only address 1 to 3
are used and their size on UI is
SM_ADDRESS ADDRESS_1 181 8,061,301 0
limit to 10 0 characters. Some
migrated data having length
more than 100 characters

COMPANY_
Associate company name. 6,533 14,757 44.3
SM_ASSOCIATE_ NAME
COMPANY Registration no. of the
REG_NO 6,533 14,757 44.3
associate company.
Address type of the supplier
SM_COMPANY_ ADDRESS_ company. The possible values
191,018 443,491 43.1
ADDRESS TYPE are: C - Company address M -
MODUL Mailing address
SM COMPANY_ The name of the equity
3,166 27,578 11.5
NAME company
SM_EQUITY_
COMPANY Company/business Registration
REG_NO 3,166 27,578 11.5
No of the equity company

Address type: I - Per IC


SM_PERSONNEL ADDRESS_ address R - Residential address
2,074,038 4,773,646 43.4
_ADDRESS TYPE O - Office address M - Mailing
address
SM_STAFF_ INSTITUTE_
The name of the institution 4 1,763,480 0
ACADEMIC NAME
SM_SUPPLIER_
OWNER_NAME Owner name 27,150 50,883 53.4
OWNER
MODUL
PP_REMARK REMARK Remark 13 1,436 0.9
PP
Status from payment gateway
MODUL PY_PAYMENT_ PAYMENT_
00 - Success 11 - Fail 22 - 152,324 1,266,436 12
PY RESPONSE STATUS
Pending

SC_ADDRESS ADDRESS_1 The first line of the address 161 2,680,588 0

Date given to the supplier to


SC_PURCHASE_ DATE_TO_
MODUL response for the Purchase 656 656 100
INQUIRY RESPON
Inquiry
SC
The title of the Quotation/
SC_QT QT_TITLE Tender. Display in notice board, 1 87,693 0
dashboard, etc.

2-2
28- 28 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 28 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

BIL. REKOD JUMLAH PERATUS


MODUL TABLE NAME FIELD NAME DESCRIPTION
TIDAK DIISI REKOD (%)
The attendance's IC or Passport
SC_QT_BSV_ IC_PASSPORT 117,510 1,149,074 10.2
No.
ATTENDANCE
NAME The attendance's name 156,690 1,149,074 13.6
SC_QT_SAMPLE_
LABEL_NO The label no. of the sample 77,253 208,325 37.1
LABEL
SC_QUOTE TITLE Title of the simple quote 8 1,265,526 0

The type of criteria to invite


suppliers for Simple Quote
SC_QUOTE_ CRITERIA_ participation: BN- Business
3,299,166 7,843,121 42.1
CRITERIA TYPE Nature LD - Location by District
LS - Location by State LV -
Location by Division

SC_REMARK REMARK A remark makes by the user 65 2,261,482 0

SC_REQUEST_
TITLE Title of Request Note 15 1,392,226 0
NOTE

JUMLAH 80,423,054
Sumber: Data Sistem ePerolehan Baharu - Tarikh Muat Turun Pada 26 Jun 2019 Hingga 15 Julai 2019

Maklum balas MoF yang diterima pada 13 dan 21 Mei 2020


BPK MoF memaklumkan field tersebut mengandungi space kerana ia merupakan
draft address yang dimasukkan oleh pengguna tetapi tidak dihantar sebagai final
application. Semakan juga mendapati tiada rekod yang mempunyai link dengan
mana-mana transaksi utama. Aktiviti pembersihan data dijalankan setiap hari, namun
keutamaan adalah diberikan kepada table yang mempunyai data yang besar dan
memberikan impak kepada sistem ePerolehan Baharu. Daripada 2.3 megabyte jumlah
storan sistem ePerolehan Baharu yang mempunyai 21 juta rekod, hanya 73 ribu rekod
sahaja bagi address_1 yang mempunyai space.

Pendapat Aktiviti pembersihan data adalah kurang efektif kerana


Audit mengakibatkan ketidakcekapan penggunaan storan.

5.1.6. Pencapaian Outcome - Pengurusan ID dan Peranan Pengguna

a. Sistem ePerolehan Baharu menyediakan kawalan akses dan pengasingan tugas


iaitu penetapan ID dan peranan pengguna. Kawalan akses dan pengasingan
tugas dibuat bagi memastikan pegawai yang bertanggungjawab sahaja mendapat
akses ke skrin dan tugasan yang dibenarkan.

b. Analisis Audit mendapati enam (6) Pesanan Kerajaan disedia dan diluluskan oleh
pegawai yang sama. MoF memaklumkan perkara ini berlaku disebabkan oleh
butiran pengguna tersebut diambil atau dipindahkan melalui aktiviti PTJ
onboarding bagi migrasi maklumat pengguna dari sistem ePerolehan lama kepada
sistem ePerolehan Baharu. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 18.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -229
- 29
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 29 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

JADUAL 18
PESANAN KERAJAAN DISEDIA DAN DILULUSKAN OLEH PEGAWAI YANG SAMA
NOMBOR AMAUN
ID BUTIRAN
BIL. PTJ PESANAN DOKUMEN
PEGAWAI PEROLEHAN
KERAJAAN (RM)
Apron Kakitangan Perubatan
atau Bib Plastik Pakai Buang
Pusat Pergigian PO180000000095039 266.00
Meditex 1400mm X 800mm X
Kanak-kanak dan 0.02mm White
1. 65977 Kolej Latihan
Sarung Tangan Pemeriksaan
Pergigian
Perubatan Atau Bukan Kegunaan
Malaysia PO180000000095086 5,750.00
Pembedahan Disp Latex Exam
Glove Powder Free
Cawan-cawan Pergigian Tempa
PO180000000102451 656.00
Atau Bekas Berwarna
Pejabat Kesihatan
Pergigian Daerah Cawan-cawan Pergigian Tempa
2. 8875 PO180000000102455 57.60
Seberang Perai Atau Bekas Berwarna
Tengah Borang Kawalan Atau Buku
PO190000000601956 300.00 Kawalan LP.8_A Kad Sambungan
KKM Pink
Jabatan
Perkhidmatan Memasak Atau
3. 46626 Kemajuan Islam PO180000000225945 378.00
Penyediaan Makanan
Malaysia
Sumber: Analisis Audit Terhadap Data Sistem ePerolehan Baharu Dari 1 Januari 2018 Hingga 31 Oktober 2019

Maklum balas MoF yang diterima pada 25 Februari, 8 Mei dan


16 November 2020

Proses onboarding dilaksanakan oleh PTJ dalam memastikan maklumat pengguna


dapat dimigrasi ke sistem ePerolehan Baharu. Semasa pelaksanaan proses
onboarding tersebut, terdapat Agensi yang tidak mengunci masuk maklumat
pengguna dan data tersebut turut dimigrasikan ke dalam sistem ePerolehan Baharu
bagi membolehkan PTJ tersebut bertransaksi semasa sistem ePerolehan Baharu
go-live.
Aktiviti pemurnian perlu dilakukan oleh PTJ sendiri memandangkan hanya PTJ itu
sahaja mempunyai maklumat pengguna dan boleh dipinda berdasarkan keperluan
semasa.

Dalam sistem ePerolehan Baharu, matrik profil disemak dalam Modul Pengurusan
Profil (Modul PM). Peranan Peminta dan Pelulus tidak dibenarkan ke atas ID
Pengguna yang sama. Memandangkan semakan pengesahan pengguna telah dibuat
di Modul PM, tiada semakan matrik profil dibuat semasa di peringkat transaksi. PTJ
tidak menyemak profil sebelum proses migrasi profil untuk diguna pakai dalam sistem
ePerolehan Baharu. Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan
datang, proses kawalan peranan bagi setiap ID pengguna telah dibangunkan dalam
Modul PM mengikut matrik Segregation of Duty.

Pendapat Pengurusan proses onboarding bagi migrasi maklumat


Audit pengguna dari sistem ePerolehan lama kepada sistem
ePerolehan Baharu adalah kurang efektif kerana tiada aktiviti
pemurnian ke atas pangkalan data dilaksanakan.
2-2
30- 30 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 30 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

5.2. Pengurusan Pembangunan Sistem

5.2.1. Prestasi Kewangan

a. Tuntutan Kos Tambahan oleh Kontraktor

i. Klausa 8.7 kontrak menyatakan “The Company may, as and when necessary
and subject to prior approval of the ePerolehan Steering Committee, carry
out at its own costs and expenses the incorporation of any additional
features, functions, capabilities or templates to enhance the NextGen
ePerolehan throughout the Concession Period”.

ii. Semakan Audit mendapati tiada klausa berkaitan kos tambahan dinyatakan
dalam dokumen kontrak. Bagaimanapun, kontraktor telah memohon kos
tambahan pada 1 Julai 2015, 31 Oktober 2017 dan 2 Februari 2018.
Seterusnya, melalui surat bertarikh 14 Mac 2018 kontraktor telah
mengemukakan keseluruhan jumlah tuntutan kos tambahan sebanyak
RM227 juta disebabkan penangguhan sistem ePerolehan Baharu dari
1 Januari 2015 ke 1 Januari 2018.

iii. MoF telah meluluskan permohonan tuntutan kos tambahan daripada


kontraktor berjumlah RM228.42 juta pada 3 April 2018. Kos ini terdiri
daripada kos tambahan berjumlah RM227 juta akibat penangguhan
pelaksanaan sistem ePerolehan Baharu, manakala baki RM1.42 juta pula
adalah tuntutan kos pelan kontigensi sistem tersebut. Beberapa siri
perbincangan antara MoF dengan kontraktor berkenaan tuntutan kos
tambahan oleh kontraktor telah diadakan sejak tahun 2016 sehingga tarikh
kelulusan oleh MoF. Butiran kos tambahan adalah seperti dalam Jadual 19.

JADUAL 19
TUNTUTAN KOS TAMBAHAN KONTRAKTOR YANG DILULUSKAN OLEH MoF
BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2015 HINGGA 31 DISEMBER 2017
TAHUN
JUMLAH
PERKARA 2015 2016 2017 (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Kos Tambahan 58.40 56.30 40.10 154.80

Cost of Fund @ 6% p.a


72.20 72.20
(tahun 2015 sehingga 2027)

Kos Pelan Kontigensi - - 1.42 1.42

JUMLAH 228.42
Sumber: Surat Kelulusan MoF Bertarikh 3 April 2018

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati tuntutan kos tambahan tersebut


diluluskan oleh Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan II (JPMKII) Bil.
4/2018 pada 28 Mac 2018 dengan syarat berikut:

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2-2
31- 31
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 31 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

 kos tambahan dan kadar mandays bagi tahun 2015 hingga 2017
berjumlah RM154.88 juta perlu diperhalusi dan dirundingkan ke paras
terendah yang boleh menguntungkan Kerajaan;

 bayaran secara lump sum bagi tuntutan kos tambahan berjumlah


RM30 juta, iaitu 13.2% daripada jumlah nilai siling RM227 juta dan kos
pelan kontigensi sistem ePerolehan Baharu berjumlah RM1.42 juta;

 kontraktor dibenarkan untuk mengutip fi permohonan pendaftaran


pembekal (permohonan baharu dan pembaharuan) sebanyak RM400 bagi
tempoh empat (4) tahun bermula 1 April 2018 berdasarkan semakan
semula bayaran balik tuntutan bagi setiap tiga (3) tahun; dan

 kontrak konsesi dilanjutkan selama dua (2) tahun sehingga tahun 2029.

v. Kos tambahan ini wujud disebabkan penangguhan tarikh go-live sistem


ePerolehan Baharu dari 1 Januari 2015 kepada 1 Januari 2018. Kos yang
terlibat meliputi kos penyenggaraan infrastruktur, sumber projek,
penyelesaian tambahan, pengurusan dan perubahan pengurusan logistik. Ia
turut melibatkan penambahbaikan sistem ePerolehan Baharu disebabkan
keperluan pematuhan kepada CBP dan sebagainya.

vi. Berdasarkan surat kontraktor kepada BPK MoF bertarikh 17 November 2014,
punca kelewatan go-live pada 1 Januari 2015 adalah disebabkan kontraktor
mengakui bahawa sistem ePerolehan Baharu tidak dapat disiapkan mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Mesyuarat ePSC Bil. 3/2016 pada 22 Disember
2016 pula telah memutuskan untuk melaksanakan satu pelan kontigensi
sekiranya iGFMAS belum bersedia untuk go-live.

vii. Sistem ePerolehan Baharu akan berintegrasi dengan Sistem Perancangan dan
Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) bagi tujuan go-live pada 1 Januari
2018. Pelan kontigensi ini telah siap dibangunkan dan berjaya diuji pada bulan
Julai 2017. Namun, pihak Audit mendapati pelan kontigensi ini akhirnya tidak
dilaksanakan memandangkan iGFMAS telah sedia untuk go-live pada 1 Januari
2018.

viii. JPMKII Bil. 4/2018 pada 28 Mac 2018 telah memutuskan supaya permohonan
peruntukan bayaran secara lump sum dibawa dalam peruntukan Bajet
Tambahan 2018. BPK MoF telah membuat permohonan semula kepada
YB Menteri Kewangan pada 9 Julai 2018 memandangkan terdapat perubahan
pucuk pimpinan Kerajaan.

2-2
32- 32 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 32 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

ix. Kelulusan telah diberikan oleh YB Menteri Kewangan pada 20 Julai 2018
dengan syarat kos pembayaran dikurangkan sebanyak 10 peratus, iaitu
berjumlah RM28.27 juta. Semakan Audit mendapati tuntutan kos tambahan
dan pelan kontigensi berjumlah RM28.27 juta tersebut telah dibayar kepada
kontraktor pada 14 September 2018.

Maklum balas MoF yang diterima pada 25 Februari, 13 dan 21 Mei 2020

Bahagian Undang-undang MoF melalui memo bertarikh 17 November 2017


berpandangan Kerajaan perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam
menyebabkan pertambahan kos. Sekiranya Kerajaan terpaksa menanggung kos
tambahan tersebut, setiap kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor perlu diperincikan
dalam invois dan disahkan oleh Kerajaan.

BPK MoF telah mengadakan Mesyuarat Perincian Kos Tambahan Sistem ePerolehan
Baharu pada 4 Disember 2019 dan Mesyuarat Susulan bertarikh 27 Februari 2020
untuk mendapatkan pengesahan amaun sebelum dikemukakan kepada kontraktor
untuk pertimbangan. Sekiranya pihak kontraktor tidak bersetuju dengan amaun
tersebut, Jawatankuasa Rundingan Harga akan ditubuhkan untuk menilai dan
menetapkan amaun bagi memastikan Kerajaan mendapat nilai terbaik dan
menguntungkan.

BPK MoF telah memohon kepada pihak kontraktor untuk mengemukakan beberapa
dokumen yang diperlukan bagi menyemak semula dan mengesahkan tuntutan kos
tambahan terutamanya melibatkan kaedah pengiraan kadar mandays.

Pendapat Pengurusan kewangan adalah kurang cekap kerana Kerajaan


Audit dikenakan kos tambahan walaupun tiada klausa berkenaan
dalam syarat kontrak. Kos tambahan ini memberi implikasi
kewangan sebanyak RM28.27 juta kepada Kerajaan.

b. Liquidated and Ascertained Damages (LAD)

i. Klausa 10.1 kontrak menyatakan “If due to its default, the Company fails to
complete the Development works within the development period or within any
extended period as may be granted by the Government, then the Government
shall entitled to recover from the company, the LAD for each day of the delay
calculated from the date on which such development works is supposed to be
completed until the date the development works is actually completed”.

ii. Berdasarkan tarikh SST ditandatangani pada 5 Disember 2012, aktiviti


pembangunan sistem perlu bermula dari tarikh tersebut. Semakan Audit
mendapati pada 5 November 2014, terdapat aktiviti pembangunan yang

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -233
- 33
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 33 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

belum dilaksanakan iaitu Functional Test (FT) dan System Integration Test
(SIT), User Acceptance Test (UAT), Latihan Pengguna, Operational Readiness
Test (ORT) serta Performance and Security Test.
iii. Kontraktor telah memohon pelanjutan masa pada 5 November 2014
disebabkan aktiviti pembangunan yang belum selesai. Berdasarkan keputusan
Mesyuarat JPMKI Bil. 8/2014 bertarikh 21 November 2014, sistem ePerolehan
Baharu ditangguhkan daripada 1 Januari 2015 kepada 1 Januari 2016 atau
sehingga sistem ePerolehan Baharu beroperasi sepenuhnya mengikut mana
yang terkemudian. Mesyuarat ini juga bersetuju LAD dikenakan bermula
1 Januari 2015 kerana kegagalan menyiapkan sistem ePerolehan Baharu.
Bagaimanapun, tiada tuntutan LAD dikenakan terhadap kontraktor.

Maklum balas MoF yang diterima pada 25 Februari dan 6 Julai 2020

Mesyuarat Jawatankuasa LAD Bil. 1/2019 yang dilaksanakan pada 4 Disember 2019
telah bersetuju untuk mengenakan LAD dari tahun 2015 sehingga 30 Jun 2018
(kecuali tahun 2017 dan 1 Januari hingga 14 Februari 2018) dengan jumlah sebanyak
RM16.30 juta.

Surat LAD berjumlah RM16.30 juta telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 25 Jun
2020 selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perolehan
pada 22 Jun 2020.

Pendapat Pengurusan LAD adalah kurang cekap kerana terdapat


Audit kelewatan mengenakan tuntutan berjumlah RM16.30 juta
kepada kontraktor.

5.2.2. Pengurusan Perolehan

a. Merujuk Surat Edaran Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertarikh 10 Oktober 2007
mengenai Proses Mendapatkan Kelulusan Bagi Melaksanakan Projek Penswastaan
Melalui Kaedah Outsourcing dimaklumkan perkara seperti berikut:

i. Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Kementerian tidak dibenarkan


secara bersendirian outsource perkhidmatan kepada syarikat swasta tanpa
melalui UKAS dan persetujuan Jemaah Menteri; dan

ii. projek bernilai sekurang-kurangnya RM25 juta dan tempoh konsesi sekurang-
kurangnya tujuh (7) tahun adalah tertakluk kepada keputusan ini.

b. Mengikut Pekeliling UPE, JPM Bil. 3/2009 bertarikh 29 Disember 2009, semua
projek bernilai RM50 juta dan ke atas hendaklah melalui proses Makmal
Pengurusan Nilai [Value Management Lab (VM Lab)].

2-2
34- 34 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 34 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

c. Surat Pekeliling Am Bil. 4/2004 Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon


Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan menetapkan agensi Kerajaan
Persekutuan hendaklah mendapatkan kelulusan perolehan ICT daripada
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) peringkat Kementerian.

d. Semakan Audit mendapati Mesyuarat JPMKI Bil. 5/2012 pada 25 Jun 2012 telah
meluluskan pembangunan dan pelaksanaan sistem ePerolehan Baharu melalui
kaedah OOS untuk tempoh 15 tahun secara rundingan terus dengan kontraktor.
Kelulusan tersebut mengambil kira perkara seperti dalam Jadual 20 dan
dikecualikan daripada melalui UKAS berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa
Kerjasama Awam Swasta (JKAS) pada 4 Oktober 2012 yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah UKAS.

JADUAL 20
KAEDAH PEROLEHAN SISTEM ePEROLEHAN BAHARU YANG DILULUSKAN
BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Kaedah Pelaksanaan Outsourcing of Services (OOS)


2. Tempoh Pelaksanaan 15 tahun
 0.4% setiap transaksi kontrak bermasa yang melibatkan beberapa kali
Fi Perkhidmatan yang Akan bayaran dengan kenaan maksimum RM4,800
3.
Dikutip oleh Kontraktor  0.8% setiap transaksi bagi one time payment dengan kenaan maksimum
RM9,600
 RM450 dikenakan kepada pembekal tetapi Kerajaan akan mengutip RM350
4. Fi Pendaftaran Pembekal manakala kontraktor akan mengutip RM100
 Tiada kenaan fi bagi tambah bidang

5. Fi Sijil Digital Ditanggung oleh kontraktor

Kerajaan diberi hak “license to use” sistem ePerolehan Baharu selepas tamat
6. Hak License to Use konsesi selagi tiada perubahan kepada sistem tanpa dikenakan sebarang caj
bagi tempoh yang dipersetujui
Sumber: Mesyuarat JPMKI Bil. 5/2012 Pada 25 Jun 2012

e. Selain dikecualikan daripada UKAS, pihak Audit mendapati perolehan sistem ini
juga tidak melalui VM Lab. Kelulusan JPICT di peringkat MoF juga tidak diperoleh
semasa pengauditan.

Maklum balas MoF yang diterima pada 13 Mei dan 16 November 2020

Pembangunan sistem ePerolehan Baharu diluluskan berdasarkan penilaian


Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Kewangan (JPTK) dan hasil penilaian,
harga serta syor diangkat kepada JPMKI untuk keputusan. Mesyuarat JPMKI pada
18 Oktober 2011 telah meluluskan perolehan sistem ePerolehan Baharu secara
rundingan terus dengan Syarikat 486495V. Sehubungan itu, perolehan sistem ini
tidak diangkat untuk kelulusan JPICT di peringkat MoF dan melalui VM Lab
memandangkan keputusan yang diberikan semasa Mesyuarat JPMKI seperti yang
dinyatakan di atas.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -235
- 35
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 35 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Satu sesi Mesyuarat Membincangkan Keperluan Value Management Lab Bagi Projek
Sistem ePerolehan Baharu Kementerian Kewangan telah dilaksanakan pada 17 Julai
2020 yang lalu.

Susulan daripada mesyuarat tersebut, Unit Perancang Ekonomi melalui surat no.
rujukan EPU.37/1/39(10) bertarikh 24 Ogos 2020 telah memutuskan bahawa:

a) Sebarang pengecualian VM Lab adalah berdasarkan surat yang diluluskan oleh


Ketua Pengarah UPE, JPM;
b) Tiada pengecualian VM Lab diberikan bagi projek ini kerana projek telah berjalan
(go-live) pada 1 Januari 2018; dan

c) Cadangan agar VM Lab dilaksanakan untuk melihat semula (review) charges


seperti klausa 11.3-Review di dalam kontrak Sistem ePerolehan Baharu di antara
pihak Kerajaan dan kontraktor serta keputusan makmal yang dicadangkan boleh
ditambah baik dalam kontrak sedia ada melalui Perjanjian Tambahan
(Supplementary Agreement).

Maklum balas MAMPU yang diterima pada 20 Mei 2020

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2015 (Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal
dan Pemantauan Projek ICT Sektor Awam) terpakai kepada semua agensi Sektor
Awam bagi semua projek ICT yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Persekutuan
atau projek ICT yang dilaksanakan melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI)
atau Public Private Partnership (PPP) mula berkuat kuasa 11 November 2015. Oleh
itu, projek ePerolehan Baharu yang bermula pada 5 Disember 2012 tidak terpakai
kepada pekeliling ini. Bagaimanapun, JPICT Kementerian bertanggungjawab menilai
dan meluluskan semua perolehan projek ICT Kementerian dan semua agensi di
bawahnya berdasarkan kepada keperluan sebenar.

Pendapat Perolehan pembangunan sistem ePerolehan Baharu adalah


Audit tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu tiada
pengecualian VM Lab oleh UPE dan kelulusan JPICT di
peringkat MoF.

5.2.3. Pentadbiran Kontrak

PP PK 4.1 (Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan) menetapkan agensi


dikehendaki mengambil perhatian terhadap pengurusan dan pentadbiran kontrak
bagi menjaga kepentingan Kerajaan dan melicinkan pelaksanaan perolehan.
Semakan Audit mendapati perkara berikut:

2-2
36- 36 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 36 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

a. Kontrak Lewat Ditandatangani

i. PP PK 2.1 (Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan) menetapkan agensi


hendaklah memastikan kontrak ditandatangani antara Kerajaan dan syarikat
dengan segera tidak melebihi tempoh dua (2) bulan bagi perolehan bekalan
dan perkhidmatan dari tarikh SST ditandatangani oleh syarikat.

ii. Semakan Audit mendapati SST ditandatangani pada 5 Disember 2012.


Bagaimanapun, dokumen kontrak telah ditandatangani pada 23 Januari 2015,
iaitu lewat 717 hari dari tempoh sepatutnya ditandatangani. Menurut pegawai
BPK MoF, draf kontrak yang dikemukakan semula oleh kontraktor tidak
mengikut klausa kontrak yang telah dipersetujui menyebabkan kelewatan
menandatangani kontrak tersebut. Selain itu, terdapat kesukaran
memuktamadkan kontrak disebabkan MoF tidak mempunyai pengalaman
dalam mengikat perjanjian melibatkan kaedah OOS. Kronologi kelewatan
menandatangani kontrak adalah seperti dalam Jadual 21.

JADUAL 21
KRONOLOGI KELEWATAN MENANDATANGANI KONTRAK
BIL. TARIKH BUTIRAN CATATAN

11-13 Disember Bengkel Memuktamadkan Kontrak ePerolehan Baharu di Tiada laporan bengkel dikepilkan
1. dalam fail.
2013 Hotel Avillion Legacy Melaka

Tiada minit mesyuarat disertakan


2. 24 Januari 2014 Mesyuarat berkaitan kontrak ePerolehan Baharu dalam fail.

Mesyuarat berkaitan kontrak ePerolehan Baharu Tiada minit mesyuarat disertakan


Perbincangan berkaitan: dalam fail.
i. Konsep Outsourcing of Services
3. 11 Jun 2014 ii. Intellectual Property Rights (IPR)
iii. Pelaksanaan Escrow Agent
iv. Kaedah Pengiraan LAD dan SLA

Penyelesaian Segera Perkara-perkara Berbangkit Projek Surat MoF dikeluarkan kepada


ePerolehan Baharu kontraktor.
Kandungan Surat:
Pihak pengurusan Sektor S, BPK MoF telah menerima
maklum balas daripada pegawai Seksyen ePerolehan
4. 19 September 2014 bahawa terdapat aktiviti tertentu tidak diselesaikan
mengikut jadual oleh pihak kontraktor. Sebagai
contoh, dokumen kontrak masih tertangguh kerana didapati
pihak kontraktor tidak mengemas kini beberapa
klausa yang telah dipersetujui semasa perbincangan
bersama Kerajaan.


Penyelesaian Segera Perkara-perkara Berbangkit Projek Surat jawapan kontraktor kepada
ePerolehan Baharu Seksyen ePerolehan.

Kandungan Surat:
25 Julai 2014: Pihak kontraktor telah menyerahkan draf Minit mesyuarat akhir kontrak
kontrak kepada Seksyen ePerolehan. bersama YBhg. Dato’ SBPK pada
5. 26 September 2014 28 Jun 2014 tiada di dalam fail.
21 Ogos 2014: draf berikutnya.
22 September 2014: draf kontrak yang berulang ini adalah
disebabkan maklum balas perubahan daripada Seksyen
ePerolehan termasuk permintaan perubahan terbaru.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -237
- 37
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 37 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

BIL. TARIKH BUTIRAN CATATAN


Penyelesaian segera perkara-perkara berbangkit Projek Surat jawapan MoF kepada
ePerolehan Baharu kontraktor.
Kandungan Surat:
BPK MoF mendapati maklum balas pihak kontraktor terhadap
pihak Kerajaan di dalam surat bertarikh 19 September 2014
adalah tidak wajar dan tidak tepat seperti berikut:
i. Permasalahan yang ditegur bukanlah kepada isu
6. 8 Oktober 2014 kekerapan perubahan pada draf kontrak kerana perkara
ini sememangnya wajar berlaku dalam perbincangan
untuk memuktamadkan kontrak.
ii. Isu berkenaan perkara ini adalah berkaitan setiap draf
yang dikemukakan semula oleh kontraktor tidak
dikemas kini selaras dengan klausa kontrak yang
telah dipersetujui. Perkara ini telah menyulitkan dan
melewatkan proses memuktamadkan kontrak ePerolehan
Baharu.
Sumber: Rekod Bahagian Perolehan Kerajaan, MoF

Maklum balas MoF yang diterima pada 21 Mei dan 16 November 2020

BPK MoF mengakui akan kelewatan menandatangani dokumen kontrak. Kontrak


lewat ditandatangani memandangkan kaedah OOS merupakan kaedah yang pertama
kali dilaksanakan dalam kontrak Kerajaan. Sehubungan itu, proses rundingan untuk
memuktamadkan klausa kontrak mengambil masa bagi menjaga kepentingan kedua-
dua pihak yang berkontrak.

b. Perubahan Kepada Kontrak

i. Klausa 30.11 kontrak memperuntukkan bahawa tiada pengubahsuaian,


pindaan atau pengecualian peruntukan perjanjian ini akan berkuat kuasa
melainkan jika dibuat dengan persetujuan bersama secara bertulis dan
ditandatangani oleh pihak kepada perjanjian ini.

ii. Semakan Audit mendapati berlaku perubahan kepada tempoh pembangunan


sistem ePerolehan Baharu, iaitu daripada dua (2) tahun (siap 1 Januari 2015)
kepada lima (5) tahun (siap 1 Januari 2018). Bagaimanapun, tiada sebarang
perjanjian tambahan dibuat oleh MoF. Perjanjian tambahan ini hendaklah
dibuat bagi mengelakkan apa-apa komplikasi, masalah atau pertikaian yang
mungkin timbul pada masa hadapan terutamanya yang melibatkan penentuan
kos dan kerja sebenar yang telah dilaksanakan.

Maklum balas MoF yang diterima pada 21 Mei 2020

Kontrak tambahan masih dalam penyediaan dan dijangka akan diselesaikan selewat-
lewatnya bulan Disember 2020. Ia sedang dalam tindakan pihak kontraktor sebelum
dikemukakan kepada MoF untuk semakan.

2-2
38- 38 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 38 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

Pendapat Pentadbiran kontrak adalah kurang cekap kerana terdapat


Audit kelewatan menandatangani kontrak menyebabkan
kepentingan Kerajaan tidak terjamin dalam tempoh tersebut.
Selain itu, tiada perjanjian tambahan dibuat untuk perubahan
kepada kontrak.

5.2.4. Pengurusan Aduan Berdasarkan Perjanjian Tahap Perkhidmatan

a. Merujuk kepada Appendix 11 Service Level Agreement (SLA), define the Nextgen
Electronic Procurement Services, service quality requirement, performance index
identification and penalty if non-compliance. The objective of the SLA is to
measure the performance of the Nextgen Electronic Procurement Services and
shall be outlined as a way of avoiding disputes between the two parties. Item SLA
dibahagikan kepada tujuh (7) perkara iaitu ePerolehan Overall Availability, System
Security, Data Integrity, System Performance, Customer Service Management,
Incident Management dan Service Request. Butiran lanjut SLA yang telah
ditetapkan untuk setiap item adalah seperti dalam Jadual 22.

JADUAL 22
SLA YANG TELAH DITETAPKAN
BIL. ITEM SLA THRESHOLD

1. ePerolehan Overall Availability 10.00%

2. System Security 0

3. Data Integrity 0

4. System Performance >95.00%

5. Customer Service Management


5.1. Call Center

5.1.1. Answered Called (within 10 seconds) >80.00%

5.1.2. Abandoned Called <10.00%

5.2. Other Channels

5.2.1. Letters (working days) 2

5.2.2. Facsimile (working days) 2

5.2.3. Telephone (minutes) 15

5.2.4. Online (minutes) 15

5.2.5. Email (minutes) 15

6. Incident Management
6.1. IT - Coordinator (minutes) 15

6.2. IT - Specialists (hours) 4

6.3. RT - Resolution Time (agreed by both parties) Varies


7. Service Request (agreed by both parties) Varies
Sumber: Concession Agreement (In Relation To The Supply of The NextGen Electronic Procurement Services)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -239
- 39
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 39 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

b. Merujuk kepada Jadual 22, SLA berkenaan Customer Service Management dan
Incident Management yang dinyatakan dalam kontrak hanya merujuk kepada
Response Time dan Resolution Identification Time. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 23.

JADUAL 23
UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENILAI SLA
ITEM PERIHAL UKURAN INDEKS UKURAN

Customer The average time to answer


1 Service Response Time
Management The abandonment rate
From the ticket raised by the contact center to assign and acknowledged
Response Time
by the technical support team
Incident
2
Management Resolution Time taken to identify the resolution to resolve the incident or problem
Identification Time starting from acknowledgement by the technical support team
Sumber: Concession Agreement (In Relation to The Supply of The NextGen Electronic Procurement Services)

c. Analisis Audit terhadap data aduan bagi tempoh bulan Januari 2018 hingga Mei
2019 mendapati aduan berstatus Resolved mengambil masa antara 51 hingga
280 hari untuk diselesaikan oleh kontraktor. Kelewatan ini tidak dikenakan penalti
walaupun pengguna PTJ dan pembekal tidak menerima perkhidmatan yang
pantas dan terbaik. Pihak Audit mendapati perkara ini berlaku disebabkan klausa
kontrak tidak menyatakan mengenai tempoh SLA dan aduan perlu diselesaikan.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 24.

JADUAL 24
BILANGAN ADUAN YANG DISELESAIKAN MENGIKUT HARI
TEMPOH SELESAI BILANGAN ADUAN
(Hari) JANUARI - DISEMBER 2018 JANUARI - MEI 2019

51 - 100 18,108 215


101 - 150 4,853 31
151 - 200 1,694 1
≥201 91 0
JUMLAH 24,746 247
Sumber: Data Aduan

d. Semakan Audit selanjutnya terhadap laporan SLA dari bulan Julai 2018 hingga
Disember 2019 mendapati ketidakpatuhan kontraktor terhadap SLA boleh
dikenakan penalti berjumlah RM34,870. Butiran lanjut jumlah penalti yang boleh
dikenakan terhadap kontraktor adalah seperti dalam Jadual 25. Bagaimanapun
sehingga bulan Disember 2019, masih tiada pemotongan dibuat terhadap
ketidakpatuhan SLA. Sebaliknya BPK MoF masih dalam proses untuk
memuktamadkan penalti yang perlu dikenakan terhadap kontraktor.

2-2
40- 40 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 40 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

JADUAL 25
JUMLAH PENALTI YANG BOLEH DIKENAKAN
KEPADA KONTRAKTOR KERANA KETIDAKPATUHAN SLA
JUMLAH PENALTI
BIL. TEMPOH BULAN
(RM)
1. Julai – Disember 2018 34,200.00

2. Januari – Disember 2019 670.00

JUMLAH KESELURUHAN 34,870.00


Sumber: Laporan Bulanan SLA

Maklum balas MoF yang diterima pada 16 November 2020

BPK MoF telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja SLA dan lantikan ahli-ahli terlibat
pada 12 Februari 2019. Semakan berkenaan SLA serta pematuhan terhadap elemen
SLA yang telah ditetapkan dalam kontrak juga telah dilaksanakan. Berdasarkan
mesyuarat yang telah dijalankan, kenaan SLA yang diputuskan terhadap kontraktor
adalah sebanyak RM7.48 juta. Jumlah kenaan SLA ini adalah sehingga bulan Disember
2019 dan telah dibentangkan dalam Mesyuarat SLA Bil. 1/2019 (20 Mac 2019), Bil.
2/2019 (17 Julai 2019) dan Bil. 3/2019 (12 November 2019).

Laporan kenaan SLA ini telah dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek
(ePSC) Bil. 1/2020 untuk tindakan lanjut bagi elemen yang tidak mencapai SLA
sepertimana yang dinyatakan dalam kontrak. Berdasarkan laporan yang dibentang,
Mesyuarat ePSC Bil. 1/2020 telah bersetuju supaya semakan dibuat terhadap implikasi
perundangan terhadap cadangan kenaan SLA yang tidak dinyatakan di dalam kontrak.

BPK MoF telah mengadakan mesyuarat SLA Bil. 1/2020 bertarikh 7 Julai 2020 bagi
memutuskan kenaan penalti serta pengesahan elemen SLA yang dibangunkan pada
POMS 2.0 berdasarkan Appendix 11. Mesyuarat bersetuju bahawa kenaan penalti
yang dibangunkan di dalam POMS 2.0 akan bermula mengikut tarikh pindaan kontrak.

Sektor S BPK telah mengeluarkan Surat Tuntutan Bayaran bagi kenaan penalti SLA
untuk tempoh 2018 hingga bulan Jun 2020 bertarikh 4 September 2020 berjumlah
RM37,010. Surat Pengesahan Penerimaan Bayaran Tuntutan SLA sistem ePerolehan
Baharu bagi tahun 2018 hingga bulan Jun 2020 berdasarkan terma kontrak bertarikh
8 Oktober 2020 telah dihantar kepada kontraktor.

Mesyuarat SLA Bil. 2/2020 bertarikh 1 Oktober 2020 berhubung kenaan bagi bulan
Julai hingga Ogos 2020 kontraktor bersetuju untuk melaksanakan pembayaran SLA
selaras dengan klausa kontrak sedia ada yang melibatkan elemen dan kenaan yang
telah dipersetujui pada Appendix 11 dalam Kontrak.

Pendapat Pengurusan aduan SLA adalah kurang berkesan kerana


Audit kontraktor lewat mengambil tindakan terhadap aduan yang
dikemukakan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -241
- 41
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 41 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.7.2020

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pembangunan sistem ePerolehan


Baharu tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan memandangkan sistem lewat
disiapkan selama tiga (3) tahun. Kos tambahan berjumlah RM28.27 juta telah dibayar
kepada kontraktor, manakala LAD berjumlah RM16.30 juta dan SLA berjumlah RM34,870
lewat dikenakan terhadap kontraktor. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan sistem
dari segi kawalan aplikasi yang tidak selaras dengan peraturan yang ditetapkan. Namun,
sistem ePerolehan Baharu telah memberi manfaat kepada Perkhidmatan Awam berikutan
proses perolehan yang tidak terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan bermula
18 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak
berulang di masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan tindakan seperti berikut:

7.1. sub modul Jejak Audit dan Laporan perlu disiapkan segera dan diberi keutamaan
dalam Fasa Operasi bagi merekodkan aktiviti pengguna yang membuat perubahan
kepada medan rekod iaitu menambah, mengemas kini atau memadam secara automatik
serta mekanisme untuk membolehkan Juruaudit menghasilkan laporan yang diperlukan;

7.2. sistem ePerolehan Baharu boleh ditambah baik dengan menambah fungsi sekatan
terhadap perolehan yang tidak mengikut prosedur kewangan;

7.3. klausa yang ditetapkan dalam dokumen kontrak berkenaan LAD dan SLA
hendaklah dikuatkuasakan terhadap kontraktor untuk mengelakkan kelewatan kenaan
LAD berjumlah RM16.30 juta dan SLA berjumlah RM34,870 kepada kontraktor; dan

7.4. MoF perlu mendapatkan kelulusan daripada UPE bagi pengecualian VM Lab dan
kelulusan JPICT di peringkat MoF untuk melaksanakan sistem ePerolehan Baharu melalui
kaedah Outsourcing of Services.

2-2
42- 42 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Sistem ePerolehan Baharu
Sistem ePerolehan Baharu RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 42 02/12/2020 11:13 AM


3
KEMENTERIAN PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
– Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan
LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak

2. Teks 1 - 3.indd 43 02/12/2020 11:13 AM


2. Teks 1 - 3.indd 44 02/12/2020 11:13 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN


INDUSTRI MAKANAN
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
PENGURUSAN PROJEK PELABUHAN PERIKANAN
LKIM TANJUNG BAKO, KUCHING, SARAWAK
Perkara Utama

Apa yang  Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako (PPLTB) dibina bagi
diaudit? menggantikan Kompleks Perikanan LKIM Bintawa yang telah
dibina pada tahun 1973. Model Inisiatif Pembiayaan Swasta
[Private Finance Initiative (PFI)] yang digunakan untuk
pembangunan PPLTB ialah Bina-Pajak-Senggara-Pindah [Build-
Lease-Maintain-Transfer (BLMT)]. Kos pembinaan projek
berjumlah RM247.84 juta. Projek ini telah berjaya disiapkan pada
22 Julai 2017.
 Pengauditan ini merangkumi dua (2) bidang utama Audit iaitu
prestasi projek dan pengurusan projek.
 Bagi prestasi projek, dua (2) perkara yang dinilai merangkumi
pencapaian output dan pencapaian outcome.
 Pengurusan projek pula dinilai melalui prestasi kewangan,
perancangan projek, penetapan caj/bayaran PFI, pengurusan
pembinaan, pengurusan penyenggaraan oleh syarikat konsesi,
pengurusan bayaran kepada syarikat konsesi dan pengurusan
hasil PPLTB.
 Pengauditan melibatkan pihak yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan projek penswastaan iaitu Unit Kerjasama Awam
Swasta (UKAS), pemilik projek iaitu Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM). Lawatan fizikal juga telah dibuat di PPLTB.

Mengapa ia  Berdasarkan Perjanjian Konsesi, komitmen Kerajaan di sepanjang


penting tempoh konsesi berjumlah RM906.21 juta. Sehingga 31 Disember
untuk 2019, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM120.09 juta
diaudit? untuk bayaran projek ini.
 Tempoh konsesi yang panjang iaitu selama 30 tahun merangkumi
tiga (3) tahun pembinaan dan 27 tahun Tempoh Perkhidmatan
Pengurusan Aset. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan
pembinaan dan penyenggaraan dilaksanakan dengan cekap,
berhemat dan kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara.
 Pengauditan ini dijalankan untuk memastikan objektif pembinaan
PPLTB telah berjaya dicapai dan memberi impak kepada golongan
sasar.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 3 - 13 - 1
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 1 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Apa yang  Secara keseluruhannya, walaupun PPLTB telah disiapkan dalam


ditemui tempoh masa yang ditetapkan, PPLTB masih belum berjaya
Audit? mencapai sasaran pemusatan bagi 224 bot tempatan dan
pendaratan ikan sebanyak 29,661 tan metrik (mt) setahun.
Antara kelemahan utama dalam pengurusan projek ialah
ketiadaan parameter kewangan bagi penetapan Availability
Charges (AC), Maintenance Charges (MC) dan Maintenance
Reserve Fund (MRF); kelemahan dalam aspek pembinaan; sistem
yang dibangunkan tidak reliable; kelemahan dalam pengurusan
bayaran; dan kelemahan dalam kutipan hasil.
 Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian oleh UKAS,
MAFI dan LKIM adalah seperti berikut:
- Tiada unjuran peningkatan kapasiti disediakan sebagai
justifikasi PPLTB dibina dengan kapasiti pendaratan ikan
sebanyak 1,340% lebih tinggi berbanding Kompleks
Pendaratan Ikan LKIM Bintawa. Kesannya, PPLTB tidak
digunakan secara optimum yang mana pada tahun 2019
jumlah pendaratan ikan di PPLTB adalah sebanyak 2,584.5 mt
iaitu 3.6% sahaja berbanding kapasitinya sebanyak 72,000 mt
setahun.
- Pencapaian pendaratan ikan dan bot nelayan bagi tahun 2017
hingga 2019 ialah antara 1.8% hingga 47.1% sahaja
berbanding sasaran yang ditetapkan. Antara faktor kegagalan
pencapaian outcome ialah ketiadaan kilang air batu, jarak
PPLTB yang jauh dari Bandaraya Kuching, ketiadaan
penempatan yang sempurna untuk nelayan dan ketiadaan
aktiviti penguatkuasaan.
- Kajian kemungkinan tidak dilaksanakan menyebabkan lima (5)
kemudahan dengan keluasan 57,135 kaki persegi tidak
digunakan. Kelemahan ini menyebabkan berlaku pembaziran
dan kerugian kepada Kerajaan kerana sejumlah RM13.22 juta
bayaran AC telah dibayar untuk kemudahan yang tidak
digunakan bagi tempoh 22 Julai 2017 sehingga 31 Disember
2019.
- Mekanisme penilaian value for money yang objektif tidak
disediakan menyebabkan kesukaran untuk menentukan sama
ada keputusan Kerajaan untuk melaksanakan projek secara
PFI adalah lebih menguntungkan berbanding secara
konvensional.
- Proses penilaian Request for Proposal (RFP) (penilaian teknikal
dan kewangan) tidak dikemukakan untuk penilaian Audit
kerana dokumen tawaran RFP daripada lima (5) syarikat tiada
dalam simpanan UKAS.
- Laporan hasil Makmal Pengurusan Nilai [Value Management
(VM)] tidak dikemukakan kepada pihak Audit.
- LKIM terlebih bayar AC berjumlah RM2.28 juta bagi tempoh
22 Julai 2017 sehingga 31 Disember 2019 kerana bayaran
dibuat berdasarkan kadar AC asal dan bukannya kadar baharu.

3-2
3-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 2 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

- Kelemahan Computerised Maintenance Management System


(CMMS) menyebabkan bayaran MC berjumlah RM239,150
sebulan telah dibuat berdasarkan maklumat Key Performance
Indicators (KPI) yang tidak sah.
- Bayaran balik kos pengambilalihan tanah berjumlah
RM3.44 juta bercanggah dengan Klausa 52.2 (b) Perjanjian
Konsesi yang menetapkan kos yang boleh dibayar balik adalah
berjumlah RM1.34 juta sahaja. Selain itu, bayaran berkenaan
tidak dapat disahkan oleh pihak Audit kerana baucar bayaran
hilang.
- Bayaran MC berjumlah RM0.98 juta tidak dapat disahkan
kerana ketiadaan dokumen sumber mengenai pencapaian KPI
dikemukakan oleh syarikat konsesi kepada LKIM.
- LKIM telah terkurang potong MC berjumlah RM1.74 juta.
- Kadar caj penggunaan kemudahan dan perkhidmatan yang
dikutip di PPLTB berbeza dengan yang ditetapkan dalam
Kaedah-Kaedah LKIM. Perkara ini memberi risiko ketirisan
hasil.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 3 - 33 - 3
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 3 02/12/2020 11:13 AM


3-4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak

2. Teks 1 - 3.indd 4 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN


LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
1. PENGURUSAN PROJEK PELABUHAN PERIKANAN LKIM TANJUNG BAKO,
KUCHING, SARAWAK

FAKTA UTAMA PROJEK PELABUHAN


PERIKANAN LKIM TANJUNG BAKO, KUCHING, SARAWAK

RM906.21 Juta Tempoh Konsesi: PFI - BLMT


30 Tahun
 Jumlah komitmen Kerajaan  Pembinaan – tiga (3) tahun  Projek dibina secara PFI melalui
mengikut Perjanjian Konsesi  Perkhidmatan Pengurusan Aset – kaedah Build-Lease-Maintain-
27 tahun Transfer (BLMT)
Tarikh Siap Projek 22 Julai 2017

Tarikh Tamat Konsesi 21 Julai 2044

Objektif  Menggantikan Kompleks Perikanan LKIM Bintawa


 Memenuhi piawaian pemasaran antarabangsa
 Meningkatkan kapasiti pendaratan ikan
 Mengurangkan penggunaan baraj

1. LATAR BELAKANG
1.1. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang diperbadankan di bawah Akta
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 (Akta 49) merupakan badan berkanun di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) [sebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA)]. Objektif utama penubuhan LKIM
adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi nelayan dengan penumpuan kepada
peningkatan pendapatan serta memperkembangkan dan memajukan perusahaan
perikanan negara.

1.2. Berdasarkan keterangan di Memorandum daripada Perdana Menteri bertarikh


25 Februari 2013, Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako (PPLTB) perlu dibina bagi
menggantikan Kompleks Perikanan LKIM Bintawa yang dibina pada tahun 1973. Selain
itu, PPLTB dibina kerana Kompleks Perikanan LKIM Bintawa tidak memenuhi piawaian
pemasaran antarabangsa; untuk menampung permintaan jangka panjang kapasiti
pendaratan ikan; dan memindahkan tempat pendaratan ikan ke luar kawasan baraj1.

1.3. Pada 22 Februari 2011, Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju memperuntukkan
tanah seluas 64.22 ekar di Kampung Tanjong Bako sebagai lokasi baharu Kompleks
Perikanan LKIM Kuching atau dikenali sebagai PPLTB. Lokasi ini terletak 25 km dari
Bandaraya Kuching dan berada di luar kawasan baraj. Tapak projek ini telah dipersetujui

1
Pada tahun 1989, Kerajaan Negeri Sarawak telah membina baraj merentasi hilir Sungai Sarawak Kanan untuk tujuan
kawalan banjir dan penyediaan bekalan air di Bandaraya Kuching.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 3 -35- 5
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 5 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) pada 26 Mac 2011.
Seterusnya pada 7 Mac 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya projek
ini dilaksanakan secara Public Private Partnership (PPP). Tapak projek PPLTB adalah
seperti dalam Gambar 1 manakala projek yang telah siap dibina adalah seperti dalam
Gambar 2.

GAMBAR 1
TAPAK PROJEK PPLTB

Sumber: Kertas Taklimat LKIM

GAMBAR 2
PPLTB YANG SIAP DIBINA

Sumber: LKIM

1.4. PPP merupakan satu bentuk kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta di
mana satu stand-alone business diwujudkan, dibiayai dan diuruskan oleh sektor swasta.
PPP merupakan satu (1) pakej yang merangkumi pembinaan, pengurusan,
penyenggaraan, pembaikan dan penggantian aset sektor awam meliputi bangunan,
infrastruktur, peralatan dan kemudahan. Sehubungan itu, program Inisiatif Pembiayaan
3 - 36 - 6 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 6 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Swasta [Private Finance Initiative (PFI)] telah diumumkan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMKe-9) bertujuan untuk memudahkan lebih banyak penyertaan sektor
swasta dalam meningkatkan penyampaian kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan
awam. Dalam konteks Malaysia, PFI merupakan subset kepada prinsip-prinsip PPP.

1.5. Model PFI yang digunakan untuk pembangunan PPLTB ialah Bina-Pajak-Senggara-
Pindah [Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT)] yang mana syarikat konsesi akan
membina kemudahan dan infrastruktur di atas tanah Kerajaan menggunakan dana
syarikat terlebih dahulu. Selepas projek disiapkan dan sedia untuk digunakan, projek
berkenaan akan diserahkan kepada LKIM. Selanjutnya, LKIM akan memajakkan tanah
tapak projek kepada syarikat konsesi dengan bayaran sewa pajak tanah. Syarikat konsesi
akan memajakkan semula tanah dan projek yang telah disiapkan kepada LKIM dengan
kadar bayaran sewa pajak atau Availability Charges (AC) yang dipersetujui dalam
Perjanjian Konsesi.

1.6. Tempoh pajakan dinamakan sebagai Tempoh Perkhidmatan Pengurusan Aset iaitu
selama 27 tahun. Di sepanjang tempoh ini, syarikat konsesi adalah bertanggungjawab
untuk menyenggara kemudahan dan infrastruktur yang telah dibangunkan. Sebagai
balasan kepada perkhidmatan penyenggaraan tersebut, LKIM akan membuat bayaran
Maintenance Charges (MC) kepada syarikat konsesi secara bulanan. Selain itu, LKIM juga
akan membuat caruman ke akaun Maintenance Reserve Fund (MRF) yang dibuka atas
nama LKIM dan syarikat konsesi bagi perbelanjaan life cycle costing. Butiran jenis bayaran
yang terlibat dalam projek PPLTB adalah seperti dalam Jadual 1.

JADUAL 1
JENIS BAYARAN TERLIBAT DALAM PROJEK PPLTB
KEKERAPAN
JENIS BAYARAN PENERANGAN BAYARAN
BAYARAN
 Bayaran balik (reimbursable cost) untuk kos urusan pinjaman,
penyediaan perjanjian dan lain-lain yang telah dibelanjakan oleh
PFI Related Cost syarikat konsesi
 Jumlah maksimum tuntutan ialah 2.5% daripada jumlah kos
pembinaan Sekali sepanjang
tempoh konsesi
 Bayaran balik kos perolehan tanah yang telah dibayar oleh syarikat
Perolehan Tanah
konsesi kepada Kerajaan Negeri Sarawak
 Bayaran balik kos perunding bagi pelaksanaan preliminary feasibility
Kos Perunding
study yang telah dibayar oleh syarikat konsesi
Availability Charges  Bayaran sewa pajak bagi penggunaan kemudahan dan infrastruktur
(AC) yang telah dibangunkan oleh syarikat konsesi
 Bayaran untuk perkhidmatan penyenggaraan yang dilaksanakan oleh
Setiap bulan mulai
Maintenance syarikat konsesi
Tempoh
Charges  Bayaran ini boleh dipotong jika syarikat konsesi gagal menjalankan
Perkhidmatan
(MC) perkhidmatan mengikut Asset Management Services Manual yang
Pengurusan Aset
ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi
sehingga tamat
 Caruman ke akaun bersama MRF tempoh konsesi
Maintenance
 Wang daripada akaun MRF akan digunakan untuk membiayai kos
Reserve Fund
penggantian dan penyenggaraan aset seperti yang telah ditetapkan
(MRF)
dalam Asset Management Services Manual
Sumber: Perjanjian Konsesi

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 3 -37- 7
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 7 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

1.7. Perjanjian Konsesi telah ditandatangani antara MoA, LKIM dan syarikat konsesi
pada 7 Mei 2013. Tempoh konsesi adalah selama 30 tahun yang merangkumi tiga (3)
tahun tempoh pembinaan dan 27 tahun Tempoh Perkhidmatan Pengurusan Aset.
Kos pembinaan projek berjumlah RM247.84 juta. Projek ini telah berjaya disiapkan pada
22 Julai 2017. Berdasarkan Perjanjian Konsesi, jumlah komitmen Kerajaan sepanjang
tempoh konsesi adalah berjumlah RM906.21 juta. Sehingga 31 Disember 2019, sejumlah
RM132.78 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk perbelanjaan projek ini. Daripada
peruntukan berkenaan, sejumlah RM120.09 juta (90.4%) telah dibelanjakan. Ringkasan
mengenai projek PPLTB adalah seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2
RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK PPLTB
PERKARA KETERANGAN
Model Penswastaan Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT)
Tarikh Perjanjian 7 Mei 2013
Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian (Effective Date) 22 November 2013
Tarikh Mula Pembinaan (Construction Commencement Date) 22 Julai 2014
Tarikh Certificate of Acceptance (COA) 22 Julai 2017
Tempoh Konsesi 30 Tahun (22 Julai 2014 – 21 Julai 2044)
Tempoh Pembinaan Tiga (3) Tahun (22 Julai 2014 – 21 Julai 2017)
Kos Pembinaan RM247.84 juta
Jumlah Komitmen Kerajaan (mengikut Perjanjian Konsesi) RM906.21 juta
Sumber: Perjanjian Konsesi

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan projek PPLTB telah
diuruskan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif dan outcome
berikut:

a. empat (4) objektif yang telah ditetapkan iaitu menggantikan Kompleks Perikanan
LKIM Bintawa, memenuhi piawaian pemasaran antarabangsa, menampung
permintaan jangka panjang pendaratan ikan dan mengurangkan penggunaan baraj;
b. outcome projek iaitu pemusatan pendaratan bot nelayan tempatan dan pendaratan
ikan; dan
c. outcome sebagai projek PFI.

3. SKOP PENGAUDITAN

Pengauditan ini merangkumi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan
pengurusan projek. Prestasi projek dinilai melalui pencapaian output dan pencapaian
outcome. Pengurusan projek pula dinilai melalui prestasi kewangan, perancangan projek,
penetapan caj/bayaran PFI, pengurusan pembinaan, pengurusan penyenggaraan oleh

3 - 38 - 8 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 8 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

syarikat konsesi, pengurusan bayaran kepada syarikat konsesi dan pengurusan hasil
PPLTB. Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan
projek bagi tempoh tahun 2017 hingga 2019. Bagaimanapun, semakan terhadap rekod
perancangan telah dibuat mulai tahun 2008.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dilaksanakan dengan menyemak fail, minit mesyuarat dan rekod kewangan
serta mengadakan perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat. Pengauditan
telah dijalankan di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), MAFI dan LKIM. Maklumat dan
dokumen juga telah diperoleh dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sarawak dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak.
Lawatan fizikal serta semakan dokumen turut dilaksanakan di PPLTB. Analisis telah dibuat
terhadap 480 data Work Order (WO) dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.
Selain itu, borang soal selidik telah diedarkan kepada kakitangan LKIM, penyewa premis
dan nelayan untuk menilai tahap perkhidmatan penyenggaraan di PPLTB. Sesi town hall
Audit bersama wakil persatuan nelayan sekitar Daerah Kuching, peniaga dan pengusaha
di PPLTB serta wakil syarikat konsesi telah diadakan pada 7 Ogos 2019 bertujuan
mendapatkan maklum balas dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna
PPLTB.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan pada bulan Ogos hingga Oktober 2019. Perkara yang
ditemui serta maklum balas daripada UKAS, MAFI dan LKIM telah dibincangkan dalam
Mesyuarat Penutup (Exit Conference) pada 19 Mei 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap
penemuan adalah seperti dalam perenggan berikut:

5.1. Prestasi Projek

5.1.1. Pencapaian Output

Pencapaian output projek dinilai berdasarkan pencapaian fizikal projek, penggantian


Kompleks LKIM Bintawa dan pematuhan piawaian pemasaran antarabangsa.
Penemuan Audit berkaitan perkara ini adalah seperti berikut:

a. Pencapaian Fizikal Projek


Klausa 1.1 Perjanjian Konsesi menetapkan tempoh pembinaan dan penyiapan
semua kemudahan dan infrastruktur adalah dalam tempoh 36 bulan daripada
Construction Commencement Date (CCD) atau dalam tempoh lanjutan yang
dibenarkan. Semakan Audit mendapati PPLTB telah disiapkan pada 22 Julai 2017
iaitu dalam tempoh 36 bulan daripada CCD (22 Julai 2014).

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 3 -39- 9
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 9 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

b. Penggantian Kompleks Perikanan LKIM Bintawa

Berdasarkan Memorandum daripada Perdana Menteri bertarikh 25 Februari 2013,


PPLTB perlu dibina bagi menggantikan Kompleks Perikanan LKIM Bintawa.
Semakan Audit terhadap surat Ibu Pejabat LKIM kepada LKIM Negeri Sarawak
bertarikh 31 Oktober 2017 mendapati LKIM telah memutuskan supaya
pengoperasian pendaratan ikan dan perjanjian pengurusan
Kompleks Perikanan LKIM Bintawa ditamatkan berkuat kuasa
pada 1 November 2017. Keputusan ini dibuat berikutan pengoperasian
PPLTB yang telah bermula pada 1 Ogos 2017. Lawatan Audit pada
7 Ogos 2019 ke Kompleks Perikanan LKIM Bintawa juga mendapati kompleks ini
tidak lagi beroperasi sebagai tempat pendaratan ikan.

c. Pematuhan Piawaian Pemasaran Antarabangsa

i. Bagi memenuhi piawaian pemasaran antarabangsa, PPLTB turut dilengkapi


ruang kualiti European Union (EU). Ruang ini dibina selaras dengan
keputusan Mesyuarat Pengeksportan Hasilan Ikan ke EU pada
14 Mei 2009 yang bersetuju supaya kompleks pendaratan
LKIM dibina atau dinaik taraf mengikut keperluan EU. Mesyuarat
ini telah dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani dengan YB Menteri Kesihatan pada ketika itu.

ii. Semakan Audit mendapati ruang kualiti EU di PPLTB hanya diiktiraf oleh
Bahagian Kawal Selia Pendaratan Ikan, LKIM sebagai tempat pendaratan ikan
bagi tujuan pengeksportan ke EU pada 28 Januari 2020 iaitu 30 bulan selepas
PPLTB beroperasi. Pengiktirafan ini adalah bagi tempoh 1 Februari 2020
hingga 31 Januari 2021. Semakan Audit selanjutnya mendapati berlaku
kelewatan dalam proses permohonan mendapatkan pengiktirafan oleh
syarikat konsesi. Borang permohonan pengiktirafan ruang kualiti EU hanya
dikemukakan kepada Bahagian Kawal Selia Pendaratan Ikan, LKIM pada
29 Ogos 2019, iaitu selepas dua (2) tahun PPLTB beroperasi.

5.1.2. Pencapaian Outcome


Pencapaian outcome dinilai berdasarkan lima (5) perkara iaitu peningkatan kapasiti
pendaratan ikan, pengurangan penggunaan baraj, pemusatan pendaratan bot dan
ikan, penilaian outcome projek PFI serta tahap kepuasan pengguna. Secara
keseluruhannya, projek ini masih belum berjaya mencapai semua outcome yang
ditetapkan. Sehubungan itu, sesi town hall Audit telah diadakan pada 7 Ogos 2019
bagi mengenal pasti faktor penyebab outcome tidak berjaya dicapai. Penemuan Audit
berkaitan pencapaian outcome adalah seperti berikut:

3 -310
- 10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 10 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

a. Peningkatan Kapasiti Pendaratan Ikan

i. Berdasarkan Memorandum daripada Perdana Menteri bertarikh 25 Februari


2013, PPLTB perlu dibina kerana Kompleks Perikanan LKIM Bintawa tidak
dapat menampung permintaan jangka panjang pendaratan dari vesel nelayan
yang semakin meningkat. LKIM dalam maklum balasnya telah mengesahkan
bahawa kapasiti pendaratan ikan di Kompleks Perikanan LKIM Bintawa adalah
sebanyak 5,000 mt setahun. Kapasiti PPLTB adalah sebanyak 72,000 mt
setahun dan ini bermakna PPLTB telah dapat meningkatkan kapasiti
pendaratan ikan sebanyak 1,340%.

ii. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap data pendaratan ikan kompleks


perikanan LKIM bagi tempoh tahun 2014 hingga 2019 mendapati jumlah
pendaratan ikan menurun sejak penutupan Kompleks Perikanan LKIM Bintawa
pada bulan Ogos 2017. Pada tahun 2016, jumlah pendaratan ikan adalah
sebanyak 7,858.3 mt dan menurun kepada 2,584.5 mt pada tahun 2019.
Maklumat lanjut berkaitan jumlah pendaratan ikan adalah seperti dalam
Jadual 3.

JADUAL 3
JUMLAH PENDARATAN IKAN DI KOMPLEKS PERIKANAN LKIM
BINTAWA DAN PPTLB BAGI TEMPOH TAHUN 2014 HINGGA 2019
KOMPLEKS PERIKANAN LKIM BINTAWA PPLTB

BULAN TAHUN (mt) TAHUN (mt)

2014 2015 2016 2017 2017 2018 2019

Januari 22.5 52.5 376.6 278.4 TB 304.5 230.6

Februari 48.8 61.0 329.2 236.9 TB 83.1 104.1

Mac 74.1 467.7 636.4 463.9 TB 281.0 184.9

April 96.5 483.6 1,026.8 663.2 TB 399.7 232.4

Mei 96.6 728.0 946.2 617.1 TB 320.6 306.6

Jun 92.6 598.3 806.3 477.7 TB 171.9 174.1

Julai 798.0 719.1 405.5 TB 435.4 247.3


148.4
Ogos 1,083.2 816.2 455.1 2.6 506.5 289.7

September 93.2 923.8 670.8 TB 0 394.8 273.5

Oktober 85.6 993.6 502.6 TB 31.1 448.7 205.6

November 61.7 761.6 620.7 TB 192.5 255.4 206.4

Disember 70.7 602.2 407.4 TB 47.0 352.9 129.3

JUMLAH 890.7 7,553.5 7,858.3 3,597.8 273.2 3,954.5 2,584.5


Sumber: Laporan Pendaratan Ikan bagi Tahun 2014 hingga 2019
Nota: TB - Tidak Berkaitan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--11
11
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 11 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

iii. Penurunan dalam jumlah pendaratan ikan ini menunjukkan bahawa PPLTB
tidak digunakan secara optimum. Pada tahun 2019, jumlah
pendaratan ikan di PPLTB adalah sebanyak 2,584.5 mt sahaja
iaitu 3.6% berbanding kapasitinya sebanyak 72,000 mt
setahun. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada unjuran
peningkatan kapasiti pendaratan ikan disediakan semasa
perancangan projek. Sehubungan itu, pihak Audit tidak dapat
menentukan justifikasi PPLTB dibina dengan kapasiti 1,340%
lebih besar berbanding Kompleks Perikanan LKIM Bintawa.

iv. Bagi mendapatkan gambaran mengenai industri perikanan di kawasan sekitar


PPLTB, pihak Audit telah mendapatkan maklumat pendaratan ikan di Daerah
Kuching dan Santubong daripada Jabatan Perikanan Laut Sarawak. Semakan
Audit mendapati jumlah pendaratan ikan di Daerah Kuching dan Santubong
adalah semakin meningkat sejak tahun 2010. Pada tahun 2018 jumlah
pendaratan ikan telah meningkat sehingga 72,389 mt setahun. Maklumat
lanjut mengenai jumlah pendaratan ikan Daerah Kuching dan Santubong
adalah seperti dalam Jadual 4. Berdasarkan maklum balas Jabatan Perikanan
Laut Sarawak pada 17 Julai 2020, vesel dari Daerah Kuching dan Santubong
perlu mendaratkan ikan di PPLTB mulai 1 Januari 2018. Syarat ini telah dicap
dalam buku lesen pemilik vesel. Sehubungan itu, jika semua nelayan di Daerah
Kuching dan Santubong mematuhi syarat ini, kapasiti PPLTB sebanyak 72,000
mt setahun akan digunakan sepenuhnya.

JADUAL 4
JUMLAH PENDARATAN IKAN DI DAERAH KUCHING DAN SANTUBONG
BAGI TEMPOH TAHUN 2010 HINGGA 2019
DAERAH
DAERAH KUCHING JUMLAH
TAHUN SANTUBONG
(mt) (mt)
(mt)

2010 22,107.3 2,336.3 24,443.6

2011 21,966.9 3,688.3 25,655.2

2012 25,968.7 7,843.4 33,812.1

2013 29,135.2 7,601.6 36,736.8

2014 29,660.8 7,555.9 37,216.7

2015 27,519.7 8,947.5 36,467.2

2016 26,265.6 8,440.1 34,705.7

2017 28,715.1 10,265.3 38,980.4

2018 56,514.9 15,874.3 72,389.2

2019 48,396.8 14,540.4 62,937.2


Sumber: Jabatan Perikanan Laut Sarawak

3 -312
- 12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 12 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

b. Pengurangan Penggunaan Baraj

i. Memorandum daripada Perdana Menteri bertarikh 25 Februari 2013


menyatakan Kompleks Perikanan LKIM Bintawa terletak di kawasan hulu baraj
yang dibina bagi tujuan kawalan banjir. Memandangkan bot-bot nelayan perlu
melalui baraj untuk mendarat di Bintawa, maka pintu baraj perlu dibuka bagi
laluan bot tersebut. Situasi ini menjejaskan operasi baraj kerana kekerapan
baraj dibuka menyumbang kepada peningkatan kos operasi serta
penyenggaraan baraj. Oleh itu, pembinaan PPLTB dijangka dapat mengatasi
isu ini kerana lokasi PPLTB terletak di luar kawasan baraj.

ii. Namun begitu, lawatan Audit pada 7 Ogos 2019 mendapati baraj masih dibuka
untuk laluan bot nelayan. Berdasarkan statistik dari LSS, kekerapan bot
nelayan melalui pintu baraj bagi tahun 2015 hingga 2019
adalah semakin meningkat. Pada tahun 2015, kekerapan bot nelayan
yang melalui pintu baraj adalah sebanyak 6,380 kali. Kekerapan ini meningkat
kepada 6,495 kali (1.8%) pada tahun 2019. Selain itu, pihak LSS juga
mengesahkan bahawa mereka belum mempunyai
perancangan untuk menutup baraj bagi laluan kapal (amnya)
dan bot nelayan (khususnya).

Maklum balas LKIM yang diterima pada 10 Mac, 13 Mei dan 29 Mei 2020

Isu penggunaan baraj turut melibatkan agensi lain yang berkaitan. Bagi meningkatkan
jumlah pendaratan ikan di PPLTB, LKIM melaksanakan strategi seperti berikut:
i. pembinaan kilang air batu yang termasuk dalam pembangunan Fasa 2 PPLTB
telah mula dibina pada 27 November 2019;
ii. sebanyak 12 sesi engagement bersama nelayan, peniaga, pemborong, pengilang
air batu dan pemilik jeti swasta dilaksanakan secara berterusan sejak tahun 2016
hingga 2020; dan
iii. kerjasama strategik bersama semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri Sarawak. Jawatankuasa akan ditubuhkan selepas lawatan Setiausaha
Tetap Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan
Wilayah Sarawak. Lawatan dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2020.

Maklum balas LSS yang diterima pada 13 November 2020

Pihak LSS mengesahkan bahawa sehingga kini baraj masih lagi dibuka untuk
membenarkan pergerakan kapal keluar dan masuk. Ini adalah kerana tiada
peruntukan perundangan di bawah Sarawak Rivers Ordinance, 1993 dan The Sarawak
Rivers (Sungai Sarawak Barrage) Regulation, 1997 yang melarang atau tidak
membenarkan kapal melalui baraj kecuali kapal yang melebihi 500 gross tonnage atau

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--13
13
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 13 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

mempunyai dimensi melebihi 23 meter lebar dan 95 meter panjang serta 15 meter
air draught dan tujuh (7) meter water draught.

Pendapat Objektif pembinaan PPLTB masih belum tercapai sepenuhnya


Audit kerana PPLTB tidak digunakan secara optimum oleh nelayan di
Daerah Kuching dan Santubong. Selain itu, pembukaan baraj
kepada bot nelayan telah menyumbang kepada kurangnya
jumlah pendaratan ikan di PPLTB.

c. Pemusatan Pendaratan Bot dan Ikan


i. Berdasarkan Sistem Pemantauan Projek II (SPPII), sasaran outcome bagi
projek PPLTB adalah pemusatan pendaratan bagi 224 buah bot nelayan
tempatan dan pendaratan ikan sebanyak 29,661 mt setahun. Bagi mencapai
outcome tersebut, pihak LKIM telah menyediakan unjuran lima (5) tahun
seperti yang dibentangkan kepada pihak Audit semasa taklimat awal
pengauditan. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan asas yang
digunakan oleh LKIM dalam penetapan unjuran berkenaan. Tiada dokumen
atau minit mesyuarat dikemukakan untuk semakan pihak Audit.

ii. Bagi menilai pencapaian outcome projek, semakan telah dibuat terhadap
Laporan Harian Pendaratan Ikan PPLTB. Hasil semakan Audit mendapati
kedua-dua outcome yang disasarkan tidak berjaya dicapai bagi tahun 2017
hingga 2019. Status pencapaian pendaratan bot dan ikan adalah seperti
berikut:
 pendaratan bot nelayan tempatan adalah antara 38.6% hingga 47.1%;
dan

 pendaratan ikan adalah antara 1.8% hingga 16.7%.

Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 5 serta Carta 1 dan 2.


JADUAL 5
PENCAPAIAN PENDARATAN IKAN DAN BOT NELAYAN TEMPATAN
BAGI TEMPOH TAHUN 2017 HINGGA 2019
TAHUN 2017 2018 2019
Pendaratan Bot Nelayan Tempatan
Sasaran (kuantiti) 88 140 176
Pencapaian (kuantiti) 36 66 68
Peratus Pencapaian (%) 40.9 47.1 38.6
Pendaratan Ikan
Sasaran (mt) 14,830 23,728 29,700
Pencapaian (mt) 273.3 3,954.5 2,584.5
Peratus Pencapaian (%) 1.8 16.7 8.7
Sumber: Slaid Taklimat LKIM dan Laporan Harian Pendaratan Ikan PPLTB

3 -314
- 14 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 14 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

CARTA 1
BILANGAN BOT NELAYAN TEMPATAN YANG MENDARAT DI PPLTB
BAGI TEMPOH TAHUN 2017 HINGGA 2019
Sasaran Pencapaian
200
176
180
160 140
140
Bilangan Bot

120 38.6%
100 88 47.1%
80 66 68
40.9%
60
36
40
20
0
2017 2018 2019
Tahun

Sumber: Slaid Taklimat LKIM dan Laporan Harian Pendaratan Ikan PPLTB

CARTA 2
JUMLAH PENDARATAN IKAN DI PPLTB
BAGI TEMPOH TAHUN 2017 HINGGA 2019
Sasaran Pencapaian
40,000
Pendaratan Ikan (mt)

29,700
30,000
23,728

20,000
14,830 8.7%
16.7%
1.8%
10,000
3,954.5
2,584.5
273.3
0
2017 2018 2019
Tahun

Sumber: Slaid Taklimat LKIM dan Laporan Harian Pendaratan Ikan PPLTB

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati sebahagian data pendaratan ikan yang
direkodkan oleh LKIM adalah berdasarkan data anggaran. Analisis Audit
terhadap sampel 11 bulan Laporan Harian Pendaratan Ikan PPLTB mendapati
214 (46.1%) daripada 464 rekod dengan berat ikan berjumlah 1,452,333 kg
merupakan data anggaran. Penggunaan data anggaran telah menyebabkan
maklumat pendaratan ikan yang dilaporkan tidak tepat. Maklumat lanjut
adalah seperti dalam Jadual 6.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--15
15
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 15 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

JADUAL 6
ANALISIS TERHADAP SAMPEL 11 BULAN
LAPORAN HARIAN PENDARATAN IKAN PPLTB
DATA SEBENAR DATA ANGGARAN JUMLAH
(a) (b) (c = a + b)
BIL. BULAN
BIL. BERAT JUMLAH BIL. BERAT JUMLAH BIL. BERAT JUMLAH
REKOD (kg) (RM) REKOD (kg) (RM) REKOD (kg) (RM)

November
1. 23 168,309 434,474 4 24,207 54,461 27 192,516 488,935
2017
Disember
2. 8 37,395 99,197 4 9,268 28,091 12 46,663 127,288
2017

3. April 2018 23 280,715 567,710 14 118,950 255,233 37 399,665 822,943

4. Julai 2018 30 308,007 738,779 21 127,352 541,788 51 435,359 1,280,567

5. Ogos 2018 41 353,466 901,932 24 153,064 398,172 65 506,530 1,300,104

Oktober
6. 36 251,484 691,190 24 197,238 478,336 60 448,722 1,169,526
2018
Januari
7. 18 108,310 290,032 28 122,320 341,730 46 230,630 631,762
2019

8. April 2019 23 88,558 346,471 20 141,386 550,969 43 229,944 897,440

9. Mei 2019 21 84,855 348,847 31 222,119 859,678 52 306,974 1,208,525

10. Jun 2019 7 46,281 152,426 17 127,769 472,895 24 174,050 625,321

11. Ogos 2019 20 81,085 336,381 27 208,660 790,690 47 289,745 1,127,071

JUMLAH 250 1,808,465 4,907,439 214 1,452,333 4,772,043 464 3,260,798 9,679,482

Sumber: Laporan Harian Pendaratan Ikan PPLTB

iv. Temu bual dengan pegawai PPLTB menjelaskan bahawa semasa pendaratan,
berat ikan akan dianggarkan mengikut jumlah bekas yang didaratkan.
Bagaimanapun, pihak PPLTB tidak menyenggara sebarang rekod mengenai
bilangan bekas ikan yang didaratkan. Semakan Audit selanjutnya mendapati
anggaran berat ikan yang telah direkod semasa hari pendaratan akan dikemas
kini kepada rekod sebenar apabila nelayan menyerahkan penyata jualan ikan.
Namun begitu, semakan Audit terhadap Laporan Harian Pendaratan Ikan
PPLTB mendapati tidak semua rekod anggaran telah dikemas kini kepada
rekod sebenar. Perkara ini berlaku kerana hanya nelayan yang menerima
minyak bersubsidi datang semula ke PPLTB untuk menyerahkan penyata
jualan ikan.

v. Amalan ini tidak selaras dengan Proses Kerja Pelepasan Ikan ke Luar Kompleks
yang menghendaki supaya berat ikan sebenar direkodkan sebelum konsaimen
dibenarkan dibawa keluar dari kawasan kompleks. Carta Aliran Kerja
Pelepasan Ikan ke Luar Kompleks adalah seperti dalam Rajah 1.

3 -316
- 16 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 16 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

RAJAH 1
CARTA ALIRAN KERJA PELEPASAN IKAN KE LUAR KOMPLEKS

Terima maklumat daripada pengguna, jumlah ikan yang hendak dibawa keluar
dari pintu keluar Kompleks LKIM.

Periksa kuantiti ikan dan destinasi yang hendak dibawa keluar dan
tentukan cajnya.

Isikan maklumat yang dikehendaki dalam Dokumen Membawa Ikan.

Terima bayaran caj ikan yang tidak dilelong dari pengguna dengan kadar yang
telah ditetapkan.

Sahkan bayaran dan serahkan satu salinan Dokumen Membawa Ikan kepada
pengguna.

Benarkan kenderaan keluar daripada kawasan Kompleks.

Rekodkan semua kutipan dalam Borang Kawalan Terimaan.

Serahkan semua kutipan kepada Pembantu Akauntan.

Kemukakan salinan Dokumen Membawa Ikan kepada Pembantu Ehwal Ekonomi


untuk masukkan data ke dalam komputer.

Sumber: Manual Prosedur Kerja LKIM

Maklum balas LKIM yang diterima pada 13 dan 29 Mei 2020

Surat teguran dari Ketua Pengarah LKIM bertarikh 12 Mei 2020 telah dikeluarkan
kepada Pengurusan PPLTB untuk mengambil tindakan supaya mematuhi Prosedur
Kerja Pelepasan Ikan ke Luar Kompleks.

Pendapat Setakat tarikh laporan Audit, PPLTB belum mencapai outcome


Audit yang telah ditetapkan dari segi pemusatan pendaratan bot dan
ikan.

d. Penilaian Outcome Projek PFI

i. Berdasarkan Perenggan 2.1 Garis Panduan PPP yang dikeluarkan oleh UKAS,
sesebuah projek PPP/PFI dilaksanakan dengan mengambil kira manfaat dari
segi impak terhadap sosioekonomi; value for money dan penjimatan kos
kepada Kerajaan; penyampaian projek dalam masa yang lebih singkat dan
peningkatan tahap perkhidmatan; serta peningkatan tahap
kebertanggungjawaban, kecekapan dan keberkesanan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--17
17
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 17 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

ii. Semakan Audit mendapati tiada penetapan mengenai tanggungjawab dan


keperluan untuk melaksanakan penilaian outcome projek PFI ditetapkan
dalam mana-mana garis panduan/prosedur kerja. Selain itu, semakan Audit
juga mendapati tiada mekanisme/indikator pengukuran yang ditetapkan bagi
mengukur sejauh mana sesuatu projek telah mencapai objektif PFI. Perkara
ini telah menyebabkan pencapaian manfaat projek PFI seperti yang
dinyatakan dalam Garis Panduan PPP tidak dapat ditentukan.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 28 Mei 2020

Mengambil kira kekangan dari segi peruntukan kewangan dan tenaga kerja, UKAS
berpandangan kajian impak bagi mengukur pencapaian outcome projek secara
keseluruhan sewajarnya dilaksanakan oleh kementerian/agensi berkaitan. Skop kajian
perlu meliputi sama ada objektif PFI telah tercapai atau tidak. Hal ini kerana
pelaksanaan projek secara PPP/PFI telah dicadangkan oleh kementerian/agensi
sendiri yang mempunyai data dan maklumat yang tersedia meliputi pelaksanaan
projek secara PFI dan juga konvensional. Jangka masa munasabah bagi menilai
sesuatu projek PFI adalah sekurang-kurangnya lima (5) tahun setelah projek tersebut
siap dan mula beroperasi.

Pendapat Penilaian outcome adalah penting bagi menilai sama ada


Audit projek yang dilaksanakan secara PFI telah mencapai manfaat
PFI yang ditetapkan. Hasil penilaian ini juga dapat membantu
Kerajaan dalam menilai sama ada pelaksanaan PFI telah
memberikan value for money dan penjimatan kos kepada
Kerajaan.

e. Tahap Kepuasan Pengguna

i. Tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan yang disediakan dan aktiviti


penyenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi telah dikaji bagi
memberi gambaran terhadap pencapaian outcome projek ini. Pihak Audit telah
mengedarkan sebanyak 69 soal selidik kepada responden yang terdiri daripada
34 kakitangan LKIM/penyewa premis dan 35 nelayan untuk menilai tahap
kepuasan pengguna di PPLTB.

ii. Sebanyak dua (2) set soal selidik yang berlainan telah disediakan untuk
kakitangan LKIM/penyewa premis dan nelayan. Soal selidik yang diedarkan
untuk kakitangan LKIM/penyewa premis merangkumi lima (5) item utama iaitu
bangunan; kantin; landskap dan persekitaran; keselamatan; dan khidmat
pelanggan. Soal selidik untuk nelayan pula terbahagi kepada dua (2) bahagian
3 -318
- 18 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 18 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

iaitu tahap perkhidmatan oleh syarikat konsesi dan penyediaan kemudahan.


Tahap kepuasan pengguna diukur dengan meminta responden memberi
persepsi sama ada mereka bersetuju terhadap kenyataan/perkara yang
dinyatakan. Skala yang ditetapkan adalah seperti dalam Jadual 7.

JADUAL 7
SKALA PENGUKURAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA
SKALA KRITERIA PENERANGAN

Sangat tidak setuju bahawa kemudahan di PPLTB adalah dalam keadaan baik
1 Sangat Tidak Setuju
dan telah disenggarakan dengan baik

Tidak setuju bahawa kemudahan di PPLTB adalah dalam keadaan baik dan
2 Tidak Setuju
telah disenggarakan dengan baik

Setuju bahawa kemudahan di PPLTB adalah dalam keadaan baik dan telah
3 Setuju
disenggarakan dengan baik

Sangat setuju bahawa kemudahan di PPLTB adalah dalam keadaan baik dan
4 Sangat Setuju
telah disenggarakan dengan baik
Sumber: Borang Soal Selidik Jabatan Audit Negara

iii. Analisis deskriptif menunjukkan pengguna bersetuju bahawa kemudahan di


PPLTB adalah dalam keadaan baik, boleh digunakan dan bersih. Purata skor
bagi kakitangan LKIM/penyewa premis ialah 3.06 manakala
nelayan 3.21 yang memberi indikator bahawa kualiti
perkhidmatan dan kerja penyenggaraan yang diberikan oleh
syarikat konsesi adalah baik.

iv. Semakan lanjut terhadap skor bagi kakitangan LKIM/penyewa


premis mendapati item skor tahap keselamatan telah
merekodkan purata skor terendah iaitu 2.7. Ini menunjukkan
perhatian terhadap aspek keselamatan PPLTB perlu dipertingkatkan dari aspek
sistem Closed Circuit Television (CCTV), kawalan serangga dan kawalan
terhadap haiwan liar. Semakan terhadap responden nelayan
mendapati mereka berpendapat bahawa kemudahan di PPLTB
masih belum lengkap yang mana item ini telah merekodkan
purata skor terendah iaitu 2.72.

Pendapat Pengguna di PPLTB bersetuju bahawa kemudahan di PPLTB


Audit adalah dalam keadaan baik dan telah disenggarakan dengan
baik. Bagaimanapun, tahap keselamatan masih boleh
dipertingkatkan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--19
19
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 19 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

f. Faktor Penyebab Outcome Tidak Berjaya Dicapai

Bagi membolehkan pihak Audit bertemu dan mendapatkan maklum balas daripada
pengguna PPLTB berkaitan pembinaan dan pengurusan PPLTB, sesi town hall
Audit telah diadakan pada 7 Ogos 2019. Sesi tersebut dihadiri pegawai LKIM dan
MoA, persatuan nelayan di sekitar Kuching, peniaga dan pengusaha di PPLTB serta
wakil syarikat konsesi. Hasil maklum balas semasa sesi town hall Audit dan analisis
Audit mendapati antara sebab PPLTB tidak digunakan secara optimum
adalah kerana ketiadaan kilang air batu; jarak PPLTB yang jauh
dari Bandaraya Kuching iaitu sejauh 25 km; ketiadaan
penempatan yang sempurna untuk nelayan; dan ketiadaan
aktiviti penguatkuasaan. Penjelasan lanjut adalah seperti dalam perenggan
berikut:

i. Ketiadaan Kilang Air Batu

 LKIM pada 18 April 2011 telah mengemukakan Statement of Needs projek


PPLTB kepada UKAS. Antara komponen yang dicadangkan sebagai
keperluan dalam pembinaan PPLTB adalah termasuk pembinaan kilang air
batu. Selain itu, semasa Mesyuarat Pelarasan Cadangan Projek Pembinaan
Kompleks Pendaratan Ikan LKIM pada 1 Jun 2012 yang dihadiri oleh
pegawai LKIM dan syarikat konsesi, LKIM telah menyatakan bahawa
komponen kilang air batu amat diperlukan bagi melancarkan
pengoperasian sesebuah kompleks pendaratan ikan.

 Bagaimanapun, semakan Audit terhadap dokumen Request for Proposal


(RFP) yang disediakan oleh UKAS pada bulan Ogos 2011 mendapati skop
projek telah dibahagikan kepada dua (2) komponen iaitu komponen
Kerajaan dan komponen swasta. Semakan Audit mendapati antara
kemudahan dalam komponen swasta yang dicadangkan ialah kafeteria,
kompleks Industri Kecil dan Sederhana serta kilang air batu. Pembinaan
kilang air batu tidak termasuk dalam komponen projek yang dibiayai oleh
Kerajaan kerana pihak swasta boleh menjana pulangan pelaburan secara
komersial daripada pembinaan tersebut.

 Semakan Audit selanjutnya mendapati sejak tahun 2017, LKIM telah


mengambil tindakan untuk membina kilang air batu dalam pembangunan
Fasa 2 PPLTB bagi mengatasi masalah ini. Perjanjian penyewaan tanah
bagi tujuan pembinaan kilang air batu dengan dua (2) syarikat dan satu
(1) persatuan nelayan telah ditandatangani pada bulan Oktober dan
November 2018 serta Januari 2019. Bagaimanapun sehingga tarikh
pengauditan pada 4 Oktober 2019, tiada aktiviti pembangunan
dilaksanakan dalam Fasa 2.

3 -320
- 20 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 20 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Maklum balas UKAS yang diterima pada 3 Mac dan 28 Mei 2020

Komponen kilang air batu telah dikeluarkan dari skop projek semasa siri perbincangan
dan mesyuarat rundingan harga untuk mengurangkan kos projek serta dirancang
untuk dilaksanakan di bawah pembangunan Fasa 2 PPLTB.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 5 Jun 2020

Pembinaan kilang air batu dengan kapasiti 30 mt telah dimulakan pada


27 November 2019 dan sepatutnya siap pada 20 Mei 2020. Sehingga 17 Mac 2020,
kemajuan fizikal di tapak ialah sebanyak 37.5% berbanding jadual 76.5%.

ii. Jarak PPLTB dari Bandaraya Kuching

 Selain daripada ketiadaan kilang air batu, faktor jarak antara PPLTB
dengan Bandaraya Kuching yang jauh juga menyumbang kepada
kegagalan pencapaian outcome projek ini. Berdasarkan Google Maps,
jarak antara PPLTB dengan Bandaraya Kuching ialah sejauh 25 km dengan
masa perjalanan selama 33 minit. Jarak antara Kompleks Perikanan LKIM
Bintawa dengan Bandaraya Kuching ialah tujuh (7) km dengan masa
perjalanan 12 minit. Semasa Mesyuarat Pembukaan (Entrance
Conference) pada 6 Ogos 2019, pihak Kementerian Pembangunan
Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak menyatakan sedang menjalankan
kajian pembinaan Second Kuching-Samarahan Trunk Road bagi
memendekkan jarak perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Tanjong Bako.

 Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh UPEN Sarawak, projek ini


telah ditender secara berperingkat mulai bulan Disember 2019. Projek ini
dibahagikan kepada tiga (3) sub-projek iaitu pembinaan jambatan, naik
taraf jalan sedia ada sepanjang sembilan (9) km dan juga pembinaan jalan
baharu sepanjang tujuh (7) km. Kelulusan pertapakan telah diperoleh
melalui State Planning Authority pada 27 Mac 2019. Menurut Jabatan Kerja
Raya (JKR) Sarawak, pembinaan Second Kuching-Samarahan Trunk Road
akan mengurangkan jarak dari Bandaraya Kuching ke Tanjong Bako
sebanyak 17 km. Lokasi projek adalah seperti dalam Gambar 3.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--21
21
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 21 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

GAMBAR 3
CADANGAN PEMBINAAN SECOND KUCHING-SAMARAHAN TRUNK ROAD

PPLTB

Cadangan Jambatan
Sungai Sarawak di
Sejingkat (1.4 km)

Naik Taraf Jalan R3


hingga R5, (9 km)

Jalan Baharu R5,


(7 km)

Sumber: Project Brief, Pembinaan Second Kuching-Samarahan Trunk Road

Maklum balas UPEN Sarawak yang diterima pada 29 Mei 2020

Makmal Pengurusan Nilai [Value Management (VM)] telah dijalankan pada bulan
Januari dan Mac 2020. Pada masa ini, JKR Sarawak sedang mengkaji pilihan
pembangunan berkenaan ketinggian jambatan yang memberi kesan kepada kapal
untuk melalui Sungai Sarawak.

iii. Penempatan untuk Nelayan

 Semasa sesi town hall Audit pada 7 Ogos 2020 diadakan, wakil nelayan
telah mengutarakan masalah ketiadaan penempatan nelayan di kawasan
Tanjong Bako. Perkara ini menyukarkan nelayan untuk berulang alik dari
kediaman mereka. Sehubungan itu, pihak Audit telah mendapatkan
maklumat mengenai cadangan pembangunan kawasan Tanjong Bako
daripada UPEN Sarawak.

 Berdasarkan cadangan pembangunan kawasan Tanjong Bako, UPEN


Sarawak mempunyai perancangan untuk mewujudkan kawasan bandar
baharu yang akan dibina oleh pihak swasta. Bandar baharu ini terdiri
daripada kawasan kediaman, premis perniagaan dan pembangunan
bercampur yang akan dilaksanakan dari tahun 2020 hingga 2030.

Maklum balas UPEN Sarawak yang diterima pada 29 Mei 2020

Proses pengambilan balik tanah belum dilaksanakan.

3 -322
- 22 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 22 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

iv. Ketiadaan Aktiviti Penguatkuasaan

 Pada 24 November 2017, Jabatan Perikanan Malaysia telah mengeluarkan


Pekeliling Pelesenan Bil. 9/2017 yang menetapkan:

- semua vesel penangkapan ikan Zon B, C dan C2 di Daerah Kuching,


sebanyak 172 buah akan disyaratkan untuk mendaratkan ikan di
PPLTB secara serta-merta dari tarikh surat ini dikeluarkan.
Pengambilan air batu, minyak dan bekalan lain masih dibenarkan di
luar PPLTB sehingga dimuktamadkan kelak;

- mulai 1 Januari 2018, semua vesel Zon B, C dan C2 yang berpangkalan


berhampiran PPLTB termasuk vesel yang mendapat kelulusan
pangkalan tambahan di Kuching dikehendaki untuk mendaratkan ikan
di PPLTB; dan

- syarat-syarat ini akan dicap dalam buku lesen sebagai syarat lesen.

 Semakan Audit terhadap sampel sepuluh (10) buku lesen pemilik vesel
mendapati syarat tambahan tersebut telah dicap dalam buku lesen mulai
bulan Januari 2018. Selain itu, pada 17 Julai 2020, Jabatan Perikanan Laut
Sarawak telah mengesahkan bahawa syarat lesen ini telah dicap dalam
buku lesen bagi 158 vesel dari Daerah Kuching dan 34 vesel dari Daerah
Santubong.

 Selain itu, Mesyuarat Isu Perikanan Laut Dalam di Tanjong Bako Bersama
YB Timbalan Menteri, Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan
Pembangunan Wilayah Sarawak pada 26 Januari 2018 telah memutuskan
supaya semua pendaratan ikan hendaklah dibuat di PPLTB mulai 24
November 2017. Semakan Audit mendapati keputusan ini adalah selaras
dengan Pekeliling Pelesenan Bil. 9/2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perikanan Malaysia. Bagaimanapun, semakan Audit di LKIM mendapati
tiada aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan untuk memastikan syarat lesen
dan keputusan mesyuarat dipatuhi.

 Berdasarkan maklumat dari LSS, terdapat 12 jeti pendaratan ikan


komersial dan persendirian di sekitar Kuching, Sarawak bagi tempoh tahun
2015 hingga 2019. Daripada jumlah ini, sepuluh (10) jeti berada di dalam
kawasan baraj dan baki dua (2) jeti di luar kawasan baraj. Pengoperasian
jeti pendaratan ikan komersial dan persendirian ini boleh menyebabkan
nelayan tidak mendaratkan ikan di PPLTB. Hal ini juga bertentangan
dengan syarat lesen yang menetapkan mulai 1 Januari 2018, semua vesel
Zon B, C dan C2 yang berpangkalan berhampiran PPLTB dikehendaki untuk
mendaratkan ikan di PPLTB.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--23
23
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 23 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Maklum balas Jabatan Perikanan Laut Sarawak yang diterima pada


7 Julai 2020

Jabatan Perikanan Laut Sarawak berpandangan bahawa syarat lesen mengikut


Pekeliling Pelesenan Bil.9/2017 hanya merupakan syarat yang dikenakan secara
umum. Pematuhan syarat ini masih bergantung kepada kemudahan asas di PPLTB
yang diperlukan oleh nelayan. Program engagement dan penguatkuasaan secara
berfasa melibatkan pelbagai agensi diperlukan supaya apabila penguatkuasaan
dibuat tidak akan menimbulkan isu-isu lain berbangkit yang memberikan kesulitan
dan kerugian di pihak nelayan. Jabatan Perikanan Laut Sarawak akan
mengadakan mesyuarat bersama dengan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia, LKIM, persatuan nelayan, LSS dan semua agensi lain yang berkaitan
bagi membincangkan isu pendaratan dan penguatkuasaan vesel penangkapan
ikan yang telah disyaratkan di PPLTB.

Pendapat Penyediaan justifikasi Statement of Needs bagi menentukan


Audit skop projek adalah kurang memuaskan. Pihak Audit juga
berpendapat bahawa faktor kurang koordinasi dan susulan
terhadap keputusan agensi Persekutuan dan Negeri,
ketiadaan kilang air batu, jaringan jalan raya yang belum
dibina dan kelemahan aktiviti penguatkuasaan telah
menyumbang kepada kurangnya sambutan nelayan dalam
menggunakan kemudahan di PPLTB.

5.2. Pengurusan Projek

5.2.1. Prestasi Kewangan

a. Berdasarkan Perjanjian Konsesi, jumlah komitmen yang perlu ditanggung oleh


Kerajaan/LKIM di sepanjang tempoh konsesi adalah berjumlah RM906.21 juta.
Komitmen ini termasuk bayaran AC berjumlah RM645.60 juta, bayaran MC
berjumlah RM197.47 juta dan caruman MRF berjumlah RM55.33 juta. Kerajaan
juga membuat bayaran balik PFI related cost berjumlah RM6.19 juta, kos
perolehan tanah berjumlah RM1.34 juta dan kos perkhidmatan perunding
berjumlah RM0.28 juta yang telah dibayar terlebih dahulu oleh syarikat konsesi.
Selain itu, berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari
2013, kos pengurusan PPLTB yang diperuntukkan kepada LKIM sepanjang tempoh
konsesi adalah berjumlah RM63.61 juta. Ringkasan komitmen kewangan bagi
projek PPLTB adalah seperti dalam Jadual 8.

3 -324
- 24 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 24 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

JADUAL 8
RINGKASAN KOMITMEN KEWANGAN PPLTB SEPANJANG TEMPOH KONSESI
(22 JULAI 2014 HINGGA 21 JULAI 2044)
KLAUSA
JUMLAH
BIL. JENIS BAYARAN PERJANJIAN
(RM Juta)
KONSESI
1. Availability Charges (AC) 5.2.1 645.60

2. Maintenance Charges (MC) 5.3.1 197.47

3. Maintenance Reserve Fund (MRF) 5.3.1 55.33

4. PFI Related Cost (2.5% daripada kos pembinaan) 52.2 (a) 6.19

5. Perolehan Tanah daripada Kerajaan Negeri Sarawak 52.2 (b) 1.34

6. Perkhidmatan Perunding 52.2 (c) 0.28

JUMLAH KOMITMEN MENGIKUT PERJANJIAN KONSESI 906.21

Kos Pengurusan Pelabuhan (berdasarkan keputusan


7. - 63.61
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2013)

JUMLAH KESELURUHAN KOMITMEN KERAJAAN 969.82

Sumber: Perjanjian Konsesi dan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Pada 27 Februari 2013

b. Semakan Audit mendapati jumlah peruntukan pembangunan yang telah diterima


LKIM daripada MoA bagi tahun 2017 hingga 2019 adalah berjumlah RM110.37
juta. Selain itu, LKIM juga menerima peruntukan mengurus dari tahun 2018 dan
2019 berjumlah RM22.41 juta yang menjadikan jumlah peruntukan yang telah
diterima oleh LKIM adalah berjumlah RM132.78 juta. Sehingga bulan Disember
2019, perbelanjaan yang telah dibuat oleh LKIM adalah berjumlah RM120.09 juta
iaitu 90.4% daripada jumlah peruntukan yang diterima. Butiran lengkap adalah
seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
PRESTASI PERBELANJAAN BAGI TEMPOH TAHUN 2017 HINGGA 2019
PERUNTUKAN DITERIMA PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
(RM Juta) (RM Juta)
TAHUN KESELURUHAN
(%)
PEMBANGUNAN MENGURUS JUMLAH PEMBANGUNAN MENGURUS JUMLAH

2017 22.19 - 22.19 12.37 - 12.37 55.7

2018 47.05 7.35 54.40 49.02 7.40 56.42 103.7

2019 41.13 15.06 56.19 44.02 7.28 51.30 91.3

JUMLAH 110.37 22.41 132.78 105.41 14.68 120.09 90.4


Sumber: Maklumat Peruntukan dan Baucar Bayaran Bagi Projek PPLTB

Maklum balas LKIM yang diterima pada 29 Mei 2020

Bagi tahun 2018, perbelanjaan adalah daripada kelulusan penggunaan peruntukan


open budget dari tahun 2017.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--25
25
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 25 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

5.2.2. Perancangan Projek

Semakan Audit mendapati perancangan projek pembangunan PPLTB telah bermula


seawal tahun 1989. Maklumat mengenai perancangan awal projek sehingga Surat
Niat dikeluarkan kepada syarikat yang berjaya adalah seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
KRONOLOGI PERANCANGAN PROJEK
TARIKH PERKARA

Kerajaan Negeri Sarawak meminta LKIM mencari tapak baharu untuk memindahkan Kompleks
1989
Perikanan LKIM Bintawa

15.05.2008 Statement of Needs dikemukakan oleh LKIM kepada YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Surat Cadangan Pembinaan Pelabuhan Pendaratan Ikan LKIM di bawah Pembiayaan PFI oleh LKIM
05.04.2010
kepada UKAS
Jawatankuasa Pertapakan Negeri Sarawak telah meluluskan sebidang tanah di Kampung Sambir
26.06.2009
(Asajaya) Samarahan, Sarawak seluas 38 ekar
Surat sebuah parti politik di Negeri Sarawak kepada YAB Perdana Menteri ketika itu untuk memberi
18.01.2010 peluang kepada lima (5) syarikat untuk menyertai tender terhad Projek Pelabuhan Perikanan
Kuching
27.01.2010 Minit YAB Perdana Menteri menyokong permohonan sebuah parti politik di Negeri Sarawak
MoA maklumkan hasil kajian terperinci mengenai lokasi di Kampung Sambir (Asajaya) mendapati
12.08.2010 laluan sungai di kawasan berkenaan adalah cetek dan bot C dan C2 tidak dapat memasuki
kawasan tersebut ketika air surut (low tides)

MoA kemukakan rayuan untuk mendapatkan lokasi baharu projek memandangkan lokasi yang
14.12.2010 dicadangkan sebelum ini di Kampung Sambir (Asajaya) Samarahan tidak sesuai dijadikan
kompleks perikanan

Syarikat konsesi kemukakan cadangan kepada Ketua Pengarah LKIM mengenai tapak baharu di
12.01.2011
sebelah Tanjong Bako, Kuching bersama susun atur bagi projek tersebut

14.02.2011 Majlis Perancangan Negeri Sarawak meluluskan permohonan tanah di Tanjong Bako

Surat syarikat konsesi kepada UKAS memaklumkan bahawa permohonan tanah di Tanjong Bako,
Kuching telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri Sarawak. Syarikat berharap agar pihak
15.02.2011
UKAS dapat memberi kelulusan untuk cadangan projek ini dilaksanakan secara kaedah PFI kepada
syarikat

Mesyuarat JKAS memutuskan pelaksanaan pembangunan Kompleks Perikanan LKIM Kuching


26.03.2011 dilaksanakan secara tender terhad kepada lima (5) syarikat yang telah dikenal pasti (seperti surat
dari sebuah parti politik di Negeri Sarawak)

16.06.2011 UKAS melantik perunding untuk melaksanakan kajian impak alam sekitar

19.08.2011 Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi/RFP di UKAS

Surat Pelawaan RFP oleh UKAS kepada lima (5) syarikat seperti yang dicadangkan oleh sebuah
25.08.2011
parti politik di Negeri Sarawak

29.11.2011 Tawaran RFP ditutup

29.11.2011 Pelantikan Jawatankuasa Pembuka Tender dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan

Februari 2012 Laporan Penilaian Teknikal dan Kewangan (Laporan tidak ditandatangani)

Pembentangan Laporan Jawatankuasa Penilaian Komersial dan Teknikal RFP di Mesyuarat JKAS
23.02.2012
Bilangan 11/2012

07.03.2012 Jemaah Menteri bersetuju untuk memberi kelulusan prinsip kepada syarikat konsesi

29.03.2012 Surat Niat dikeluarkan oleh UKAS kepada syarikat konsesi

Sumber: Jabatan Audit Negara

3 -326
- 26 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 26 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

a. Kajian Kemungkinan

i. Perenggan 3.1 Garis Panduan PPP menetapkan cadangan projek PPP haruslah
dikemukakan terus kepada kementerian/agensi yang berkaitan. Antara
maklumat yang diperlukan untuk cadangan projek PPP ialah kajian
kemungkinan ekonomi, kewangan dan kejuruteraan termasuk socio-economic
cost benefit analysis. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2
Tahun 1992 pula menetapkan supaya kajian kemungkinan hendaklah
dilaksanakan untuk mempertimbangkan sama ada satu-satu projek itu
berdaya maju. Analisis yang boleh dibuat ialah analisis pasaran/permintaan,
penilaian terhadap alam sekitar, analisis teknikal, analisis kewangan, analisis
ekonomi dan analisis sosial/politik.

ii. Semakan Audit mendapati tiada kajian kemungkinan dilaksanakan


oleh LKIM terutama bagi aspek analisis pasaran/permintaan,
analisis kewangan, analisis ekonomi dan analisis sosial/politik
sebelum projek ini diluluskan. Tanpa kajian kemungkinan, pihak Audit
tidak dapat menentukan sama ada skop, reka bentuk dan saiz
PPLTB telah dirancang dengan teliti dan mengambil kira
keperluan pengguna.

iii. Sehubungan itu, lawatan Audit telah dibuat untuk menentukan sama ada
semua kemudahan yang dibina di PPLTB telah digunakan secara optimum.
Lawatan Audit pada 30 September hingga 4 Oktober 2019 mendapati ruang
kualiti EU, pasar nelayan dan kotak ikan tidak digunakan. Selain itu, ruang di
dealers’ office dan net loft juga tidak digunakan sepenuhnya. Secara
keseluruhan, keluasan ruang ini adalah berjumlah 57,135 kaki persegi.
Maklumat lanjut seperti dalam Gambar 4 hingga 8.

GAMBAR 4 GAMBAR 5

Ruang Net Loft, PPLTB Pasar Nelayan, PPLTB


- Net Loft yang Tidak Digunakan - Pasar Nelayan yang Tidak Digunakan
(03.10.2019) (03.10.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--27
27
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 27 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

GAMBAR 6 GAMBAR 7

Ruang Kualiti EU, PPLTB Kotak Ikan, PPLTB


- Ruang Kualiti EU yang Tidak Digunakan - Kotak Ikan yang Tidak Digunakan
(03.10.2019) (03.10.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 8

Kotak Ikan, PPLTB


- Kotak Ikan yang Digunakan Sebagai Ruang
Penyimpanan Aset Untuk Pelupusan
(03.10.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

iv. Perkara ini menyebabkan pembaziran dan berlaku kerugian kepada Kerajaan
kerana bayaran AC dibuat sepenuhnya dan tidak dipengaruhi oleh tahap
penggunaan kemudahan tersebut. Mengikut pengiraan Audit, jumlah bayaran
AC bagi ruang yang tidak digunakan ialah RM450,794 sebulan. Maklumat
lanjut adalah seperti dalam Jadual 11. Semakan Audit selanjutnya mendapati
bagi tempoh 22 Julai 2017 sehingga 31 Disember 2019, LKIM telah membuat
bayaran penuh AC berjumlah RM96.81 juta. Jumlah ini adalah termasuk
bayaran bagi ruang tidak digunakan berjumlah RM13.22 juta (13.7%).

JADUAL 11
BAYARAN AC SEBULAN BAGI RUANG YANG TIDAK DIGUNAKAN
LUAS
BIL. LOKASI
(KAKI PERSEGI)
1. Ruang EU 13,562.53
2. Pasar Nelayan 3,831.95
3. Dealers’ Office 5,812.51
4. Kotak Ikan 31,516.73
5. Net Loft 2,411.14

JUMLAH 57,134.86

KADAR AC SATU KAKI PERSEGI SEBULAN MENGIKUT PERJANJIAN KONSESI RM7.89

JUMLAH PEMBAYARAN AC SEBULAN BAGI RUANG/


RM450,794
KEMUDAHAN YANG TIDAK DIGUNA
Sumber: Jabatan Audit Negara

3 -328
- 28 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 28 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Maklum balas UKAS yang diterima pada 3 Mac dan 28 Mei 2020

Kajian berkaitan analisis pasaran/permintaan/teknikal/kewangan/ekonomi/sosial/


politik sewajarnya dilaksanakan oleh kementerian/jabatan pengguna (project owner)
sebagai sebahagian daripada aspek perancangan projek. Bagi projek PPLTB,
disebabkan faktor masa dan projek PFI pertama LKIM, UKAS telah mengambil inisiatif
untuk membantu dalam melaksanakan kajian alam sekitar dan kesesuaian tapak.

Pendapat Kajian awal yang komprehensif untuk justifikasi projek,


Audit analisis pasaran dan permintaan adalah sangat penting supaya
unjuran yang munasabah disediakan dan projek dibangunkan
mengikut keperluan. Ini untuk mengelakkan skop projek
melebihi keperluan yang mengakibatkan komitmen kewangan
yang tinggi kepada Kerajaan.

b. Penilaian Cadangan Projek PPP/PFI

i. Perenggan 2.2 Garis Panduan PPP menyatakan pemacu utama projek PPP
ialah value for money yang ditakrif sebagai gabungan optimum kos sepanjang
hayat aset dan kualiti bersesuaian dengan kehendak pengguna.

ii. Sebagai asas perbandingan pihak Audit merujuk Value for Money Assessment
Guidance oleh HM Treasury, United Kingdom yang dikeluarkan pada bulan
November 2006. Mengikut panduan tersebut, penilaian value for money untuk
projek PPP/PFI boleh dilaksanakan di tiga (3) peringkat iaitu di peringkat
penilaian program, projek dan perolehan. Proses penilaian di ketiga-tiga
peringkat menggabungkan penilaian kuantitatif (penggunaan standardised
spreadsheet-based model) dan kualitatif (penggunaan set soalan yang perlu
dipertimbangkan oleh Kerajaan berkaitan daya maju, kebaikan dan kebolehan
projek). Selain itu, pihak Audit juga ada membuat semakan terhadap The
Public Sector Comparator and Quantitative Assessment, A Guide for Public
Sector Entities, The Treasury New Zealand Government yang dikeluarkan pada
bulan September 2015. Panduan ini menyatakan bahawa Public Sector
Comparator (PSC) boleh digunakan sebagai asas penilaian kuantitatif untuk
menilai value for money bagi pelaksanaan projek secara PPP/PFI berbanding
dengan pelaksanaan secara konvensional.

iii. Pihak UKAS tidak mengemukakan garis panduan atau kriteria terperinci
mengenai bagaimana proses penilaian value for money dilaksanakan terhadap
satu-satu projek untuk semakan Audit. Pihak Audit telah menyemak tiga (3)
minit mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek (JPP) yang diadakan bagi

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--29
29
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 29 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

tempoh 23 April 2012 hingga 21 November 2018 dan lima (5) minit mesyuarat
JKAS yang diadakan bagi tempoh 26 Mac 2011 hingga 3 Jun 2015. Semakan
Audit mendapati antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan lokasi
berserta status tanah dan skop projek. Bagaimanapun, berdasarkan
minit/catatan mesyuarat dan dokumen yang dikemukakan, tiada bukti
menunjukkan penilaian value for money ada dilaksanakan.

iv. Semakan Audit selanjutnya terhadap Memorandum daripada Perdana Menteri


juga mendapati justifikasi melaksanakan PPLTB secara PPP/PFI tidak
dinyatakan. Pihak UKAS juga tidak mengemukakan apa-apa bukti
menunjukkan bahawa analisis kuantitatif dan kualitatif telah dibuat untuk
menjustifikasikan projek lebih sesuai dilaksanakan secara PFI daripada kaedah
konvensional.

Pendapat Tanpa penilaian yang menyeluruh maka justifikasi projek dari


Audit segi skop, kos, viability dan sustainability projek tidak dapat
ditentukan.

c. Pelantikan Syarikat Konsesi

i. Perenggan 4.0 Garis Panduan PPP menetapkan supaya cadangan projek perlu
mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum
proses pelantikan syarikat konsesi atau RFP dimulakan. Kemudian, syarikat
yang layak akan disyorkan untuk kelulusan Jemaah Menteri. Setelah
keputusan diperoleh, terma dan syarat perjanjian akan dirunding dengan
syarikat yang diluluskan dan dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.

ii. Semakan Audit mendapati pihak UKAS telah melaksanakan RFP pada
25 Ogos 2011 iaitu enam (6) bulan sebelum kelulusan prinsip diperoleh
daripada Jemaah Menteri. Semakan Audit selanjutnya di UKAS mendapati
pelantikan syarikat konsesi telah dilaksanakan secara RFP
tender terhad. Pada 18 Januari 2010, sebuah parti politik di Negeri
Sarawak telah mendapatkan sokongan YAB Perdana Menteri ketika itu untuk
memberi peluang kepada lima (5) syarikat bagi menyertai tender terhad
tersebut. Semakan Audit terhadap surat pelawaan RFP oleh UKAS
pada 25 Ogos 2011 mendapati lima (5) syarikat yang dipelawa
adalah seperti yang dicadangkan oleh sebuah parti politik di Negeri
Sarawak. Tawaran RFP telah ditutup pada 29 November 2011, iaitu sebelum
kelulusan prinsip diperoleh.

3 -330
- 30 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 30 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

iii. Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan sama ada proses
penilaian RFP (penilaian teknikal dan kewangan) telah dilaksanakan dengan
berkesan dan berhemat. Perkara ini kerana dokumen tawaran RFP
daripada lima (5) syarikat tersebut tidak dikemukakan untuk
semakan Audit. Laporan Penilaian Teknikal dan Kewangan
yang dikemukakan juga tidak ditandatangani oleh ahli
jawatankuasa. Maklumat lengkap mengenai kronologi projek PPLTB
berbanding proses kerja yang ditetapkan dalam Perenggan 4.0 Garis Panduan
PPP adalah seperti dalam Rajah 2.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 3 Mac 2020


Syor untuk kelulusan prinsip dan syarikat pembida berjaya yang dipilih melalui proses
RFP tender terhad telah dilaksanakan secara bersekali bagi mempercepat
pelaksanaan projek ini.

Walaupun laporan penilaian RFP tidak bertandatangan, hasil penilaian Jawatankuasa


Teknikal dan Komersial dalam pemilihan pembida berjaya telah dimaklumkan dalam
Memorandum daripada Perdana Menteri yang dibentangkan dan diluluskan semasa
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Mac 2012. Hasil yang dikemukakan tersebut adalah
sama dengan laporan penilaian RFP (teknikal dan komersial tanpa tandatangan) yang
dikemukakan oleh UKAS.

Pendapat Kegagalan mematuhi prosedur pelantikan syarikat konsesi


Audit yang telah ditetapkan memberi kesan kepada penilaian value
for money projek. Laporan Penilaian RFP yang tidak
bertandatangan juga adalah bertentangan dengan Perenggan
39.4, Garis Panduan Pelawaan Cadangan RFP di bawah Unit
Perancang Ekonomi (UPE), JPM. Kelemahan ini juga
menggambarkan tadbir urus projek yang lemah dan tidak
cekap.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--31
31
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 31 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

RAJAH 2
PERBANDINGAN PROSES KERJA PROJEK PPP MENGIKUT
GARIS PANDUAN PPP DENGAN KRONOLOGI PROJEK PPLTB
Proses Kerja Projek PPP Mengikut Garis Panduan PPP Kronologi Projek PPLTB

Menerima cadangan projek yang lengkap


05.04.2010
Cadangan pembinaan pelabuhan pendaratan ikan LKIM
daripada kementerian/agensi
di bawah PFI dikemukakan kepada UKAS

Meneliti dan menilai cadangan projek yang sesuai Tiada Minit Mesyuarat JPP/JKAS dikemukakan
dilaksanakan secara PPP berdasarkan kriteria PPP kepada pihak Audit

26.03.2011
Mengesyorkan cadangan projek
JKAS memutuskan pelaksanaan projek
untuk keputusan JKAS/JTAS
dilaksanakan secara tender terhad*

Memperakukan cadangan projek kepada Jemaah Menteri


untuk kelulusan prinsip
Tidak dilaksanakan

Melaksanakan Makmal VM Tidak dilaksanakan

Menyediakan dokumen RFP Dokumen RFP disediakan oleh UKAS

25.08 - 29.11.2011
Mempelawa tawaran RFP RFP dipelawa kepada lima (5) syarikat yang dicadangkan
oleh sebuah parti politik di Negeri Sarawak

Menilai tawaran RFP 29.11.2011


Jawatankuasa Pembuka Tender dan Penilaian Kewangan dilantik

Mengesyorkan syarikat yang layak untuk keputusan JKAS/JTAS 23.02.2012


JKAS peraku syarikat yang memperoleh penilaian tertinggi

Memperakukan syarikat yang layak untuk kelulusan 07.03.2012


Jemaah Menteri Mesyuarat Jemaah Menteri memberi kelulusan prinsip
dan kelulusan kepada syarikat yang terpilih

Memaklumkan keputusan Jemaah Menteri kepada 29.03.2012


syarikat yang berjaya Surat Niat dikeluarkan kepada syarikat yang terpilih

Merundingkan dan memuktamadkan terma dan syarat perjanjian Rundingan harga/skop melalui JPP dan JKAS

Memperakukan terma dan syarat perjanjian untuk 27.02.2013


kelulusan Jemaah Menteri Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan terma dan syarat perjanjian

Perjanjian ditandatangani 07.05.2013


(Antara agensi bertanggungjawab dan syarikat) Perjanjian Konsesi ditandatangani

Sumber: Garis Panduan PPP dan Analisis Jabatan Audit Negara


Nota: (*) - Tender Terhad di Kalangan Lima (5) Syarikat yang Dicadangkan oleh Sebuah Parti Politik di Negeri Sarawak

d. Makmal Pengurusan Nilai [Value Management (VM)]

i. Pekeliling UPE, JPM Bilangan 3 Tahun 2009 bertarikh 29 Disember 2009


menetapkan supaya semua projek bernilai RM50 juta dan ke atas perlu melalui
proses Makmal VM. Pelaksanaan Makmal VM bertujuan untuk mengenal pasti,
menyediakan pilihan dan mengeluarkan komponen serta kos yang tidak
menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa
menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.
3 -332
- 32 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 32 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

ii. Semakan Audit mendapati surat panggilan Mesyuarat Pra-Pengurusan Nilai


Pembangunan Kompleks Perikanan LKIM Kuching dan Sandakan secara PFI
telah dikeluarkan oleh UKAS pada 25 Mei 2012. Bagaimanapun, pihak Audit
tidak dapat memastikan sama ada Mesyuarat Pra-Pengurusan
Nilai dan Makmal VM telah dilaksanakan kerana tiada minit
mesyuarat atau laporan berkaitan dikemukakan kepada pihak
Audit. Menurut pihak MoA melalui surat bertarikh 10 Mac 2020,
tiada maklumat atau rekod di MoA mengenai pelaksanaan
Makmal VM yang dijalankan oleh pihak UKAS bersama Seksyen
Pengurusan Nilai UPE, MoA dan LKIM.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 14 Mei 2020

Minit mesyuarat Pra-Pengurusan Nilai tiada dalam simpanan UKAS.

Pendapat Kegagalan melaksanakan Makmal VM telah menjejaskan


Audit penentuan skop dan kos PPLTB. Selain itu, pihak Audit juga
tidak dapat mengesahkan sama ada projek ini telah dinilai dan
dikaji dengan teliti bagi memenuhi keperluan stakeholders
dan pengguna serta justifikasi projek dari segi value for money
telah diberi perhatian.

5.2.3. Penetapan Caj/Bayaran PFI

a. Penetapan Availability Charges

i. Perenggan 2, Appendix F Perjanjian Konsesi menetapkan parameter


kewangan yang diambil kira untuk pengiraan AC ialah kos pembinaan; kadar
faedah pada 7.5% setahun sepanjang tempoh pembiayaan 15 tahun; faedah
sepanjang tempoh pembinaan akan dipermodalkan; kadar Equity Internal
Rate of Return (EIRR) pada 13.3%; dan nisbah hutang kepada ekuiti (debt to
equity) ialah 85:15.

ii. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati UKAS tidak mempunyai garis panduan
mengenai parameter kewangan yang sepatutnya diambil kira dalam
penetapan AC. Perkara ini boleh menyebabkan penetapan AC dimanipulasi dan
akhirnya merugikan Kerajaan. Ini adalah kerana kadar maksimum/minimum
bagi setiap parameter kewangan yang digunakan semasa rundingan bersama
syarikat konsesi seperti faedah pinjaman, EIRR dan debt to equity tidak
ditetapkan. Perkara ini dibuktikan melalui surat Kementerian Kewangan (MoF)
kepada UKAS bertarikh 21 Februari 2014 yang menyatakan analisis MoF ke

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--33
33
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 33 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

atas financial model projek BLMT mendapati syarikat konsesi ketika ini
memperoleh keuntungan berlebihan. Purata EIRR adalah antara 15%
hingga 20% berbanding EIRR projek penswastaan lain antara
8% hingga 9.9%.

b. Perubahan Kadar Availability Charges

i. Perenggan 3.1, Appendix F Perjanjian Konsesi menyatakan pengiraan AC


akan dibuat semula pada kadar faedah sebenar jika kadar
faedah yang ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah
daripada kadar dalam Perjanjian Konsesi. Perenggan 3.2, Appendix
F Perjanjian Konsesi menyatakan jika berlaku perubahan kadar faedah, jumlah
AC yang baharu akan dibayar oleh LKIM kepada syarikat konsesi.

ii. Semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat JKAS Bilangan 41 Tahun 2013 pada
12 November 2013 mendapati kadar faedah pinjaman yang
ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah daripada yang
dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi. Semasa pengiraan awal, kadar
faedah yang digunakan ialah 7.5%. Bagaimanapun pada 29 Julai 2013, bank
telah menawarkan tiga (3) kadar faedah yang lebih rendah iaitu antara 6.05%
hingga 6.55%. Perbandingan kadar faedah dalam Perjanjian Konsesi dan
sebenar adalah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
KADAR FAEDAH DALAM PERJANJIAN KONSESI BERBANDING SEBENAR
TAHUN KADAR FAEDAH DALAM PERJANJIAN KONSESI KADAR FAEDAH SEBENAR

1–5 7.5% 6.55%

6 – 10 7.5% 6.30%

11 – 15 7.5% 6.05%

Sumber: Surat Tawaran Bank dan Perjanjian Konsesi

iii. Kadar faedah pinjaman sebenar ini telah mengurangkan sejumlah


RM40.96 juta bayaran AC yang perlu dibiayai oleh Kerajaan di sepanjang
tempoh 27 tahun. Jumlah AC yang baharu ialah RM604.64 juta
berbanding yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi
berjumlah RM645.60 juta. Maklumat lanjut adalah seperti dalam
Jadual 13.

3 -334
- 34 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 34 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

JADUAL 13
KADAR AC ASAL DAN BAHARU
AVAILABILITY CHARGES KADAR ASAL KADAR BAHARU PERBEZAAN
(AC) (RM) (RM) (RM)

Kadar Bayaran Bulanan Per Kaki Persegi

Tahun 1 – 12 7.89 7.71 0.18

Tahun 13 – 27 2.44 2.03 0.41

Kadar Bayaran Bulanan Berdasarkan Jumlah Keluasan Keseluruhan (GFA = 409,559 kaki persegi)

Tahun 1 – 12 3,233,000 3,157,250 75,750

Tahun 13 – 27 1,000,000 833,333 166,667

Kadar Bayaran Tahunan

Tahun 1 – 12 38,800,000 37,887,000 913,000

Tahun 13 – 27 12,000,000 10,000,000 2,000,000

JUMLAH AC DI SEPANJANG
645,600,000 604,644,000 40,956,000
TEMPOH KONSESI
Sumber: Surat MoA Kepada Syarikat Konsesi Bertarikh 22 November 2013

iv. Lanjutan daripada keputusan Mesyuarat JKAS Bilangan 41 Tahun 2013, MoA
telah mengeluarkan surat kepada syarikat konsesi pada 22 November 2013
memaklumkan kadar AC yang baharu. Surat tersebut juga telah disalinkan
kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, UKAS dan LKIM. Bagaimanapun,
sehingga kini tiada Perjanjian Tambahan ditandatangani bagi
perubahan kadar AC tersebut.

v. Semakan Audit selanjutnya mendapati sehingga 31 Disember 2019, LKIM


telah membuat bayaran AC berjumlah RM96.81 juta termasuk Government
Service Tax (GST). Bagaimanapun, bayaran AC tersebut telah dibuat
berdasarkan kadar AC asal dan bukannya kadar baharu seperti surat MoA
kepada syarikat konsesi bertarikh 22 November 2013. Perkara ini telah
menyebabkan LKIM terlebih bayar AC berjumlah RM2.28 juta.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 3 Mac 2020

Isu berkaitan bayaran AC ini telah dibincangkan semasa mesyuarat Project


Monitoring Committee LKIM pada 20 Disember 2019. Mesyuarat telah memutuskan
supaya bayaran AC dibayar mengikut kadar yang telah dimuktamadkan seperti
dalam Perjanjian Konsesi terlebih dahulu sehingga Perjanjian Tambahan dan kadar
baharu dimuktamadkan dalam Mesyuarat JKAS. UKAS sedang dalam tindakan untuk
memuktamadkan Perjanjian Tambahan. Pihak syarikat juga telah bersetuju dan
akan membayar balik lebihan bayaran kepada Kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 3 -3 35
- 35
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 35 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Pendapat Kelewatan UKAS dalam menyediakan Perjanjian Tambahan


Audit telah menyebabkan sejumlah RM2.28 juta bayaran AC terlebih
bayar.

c. Penetapan Maintenance Charges

i. Berdasarkan Appendix G Perjanjian Konsesi, caj bulanan MC dikira dengan


formula [MC = R x jumlah kaki persegi]. Semakan Audit terhadap perkara ini
mendapati kadar R yang ditetapkan adalah berbeza pada setiap tiga (3) tahun
iaitu antara RM0.97 hingga RM2.13 per kaki persegi sebulan. Kadar R ini juga
tertakluk kepada kajian semula yang boleh dibuat pada setiap tiga (3) tahun
seperti kehendak Perjanjian Konsesi.

ii. Pihak Audit tidak dapat mengenal pasti asas yang digunakan
dalam penetapan kadar R tersebut. Hal ini disebabkan kertas
kerja berkaitan pengiraan jumlah MC tidak dikemukakan
kepada pihak Audit. UKAS dalam maklum balasnya menyatakan bahawa
pengiraan R adalah berasaskan prinsip kekerapan untuk servis pembaikan dan
pengendalian kemudahan. Secara amnya, kadar R akan meningkat setiap
tahun memandangkan penyenggaraan aset yang semakin berusia.
Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan maklum balas ini kerana
ketiadaan dokumen yang menunjukkan jumlah kekerapan aset perlu
disenggara dan kaitannya dengan penetapan kadar R.

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati pengiraan MC dalam Perjanjian


Konsesi adalah tidak tepat. Berdasarkan pengiraan Audit dengan
menggunakan kadar R yang dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi, jumlah
keseluruhan MC di sepanjang tempoh konsesi adalah RM197.28 juta. Jumlah
ini berbeza dengan yang dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi iaitu RM197.47
juta. Jumlah perbezaan adalah sejumlah RM0.19 juta.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 10 Jun 2020

Berdasarkan semakan, didapati perbezaan dalam pengiraan bayaran MC adalah


disebabkan oleh rounding up effect pada kadar R dalam Perjanjian Konsesi.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 15 Julai 2020

Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi Projek Pembangunan PPLTB pada 19 Jun 2020
di UKAS telah bersetuju supaya kadar R diselaraskan mengikut kadar R dalam
Perjanjian Konsesi yang telah dipersetujui Jemaah Menteri pada tahun 2013

3 -336
- 36 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 36 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

(menggunakan pembundaran dua (2) titik perpuluhan sahaja). Pengiraan semula


bayaran MC mengikut formula dan pindaan jadual pembayaran yang baharu akan
dibuat melalui Perjanjian Tambahan.

Pendapat Kelemahan dalam penyediaan Perjanjian Konsesi telah


Audit menyebabkan kadar R yang dinyatakan tidak menunjukkan
jumlah bayaran MC yang sepatutnya.

d. Penetapan Maintenance Reserve Fund

i. Berdasarkan Klausa 17.2.5, Perjanjian Konsesi, caruman MRF akan digunakan


untuk membiayai kos penggantian dan penyenggaraan aset seperti yang telah
ditetapkan dalam Asset Management Service Manual. Semakan Audit terhadap
Appendix G Perjanjian Konsesi mendapati kadar MRF per kaki persegi atau
kadar R adalah berbeza mengikut tahun iaitu antara RM0.06 hingga RM2.44.
Kadar MRF bagi tahun ke-15 adalah yang paling tinggi iaitu RM2.44 per kaki
persegi sebulan. Jumlah bayaran MRF sepanjang tempoh konsesi adalah
berjumlah RM55.33 juta.

ii. Namun begitu, pihak Audit tidak dapat menentukan faktor asas yang
digunakan dalam penetapan kadar MRF per kaki persegi
kerana dokumen/kertas kerja berkaitan tidak dikemukakan
untuk semakan Audit. UKAS dalam maklum balasnya menjelaskan bahawa
faktor asas pengiraan kadar R adalah berdasarkan keperluan penggantian aset
mengikut jadual life cycle costing di Appendix E Perjanjian Konsesi.
Bagaimanapun, pihak Audit mendapati pada tahun ke-11, tiada aset
yang perlu diganti, namun kadar MRF telah ditetapkan pada
kadar RM0.82 per kaki persegi sebulan.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 14 Mei 2020

Kertas kerja bagi pengiraan R tiada dalam rekod UKAS dan tiada asas kiraan kadar R
dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi.

Pendapat Tanpa kertas kerja yang terperinci adalah sukar untuk


Audit menentukan penetapan caj AC, MC dan MRF telah
dilaksanakan secara berekonomi dan menjamin harga terbaik
untuk Kerajaan. Kelemahan ini juga boleh menyebabkan kos
berkenaan dimanipulasi oleh syarikat konsesi dan tidak
menggambarkan tadbir urus pengurusan projek yang baik.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--37
37
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 37 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

5.2.4. Pengurusan Pembinaan

a. Lukisan As-Built Tidak Sama Dengan Pemasangan di Tapak

Semakan Audit terhadap Lukisan As-Built di PPLTB dan lawatan fizikal pada
6 dan 7 Ogos 2019 mendapati kelemahan seperti berikut:

i. Pemasangan High Density Polyethylene (HDPE) Pipe Sleeve

 Lawatan fizikal Audit di sub switchboard (SSB) tangki air utama mendapati
HDPE pipe sleeve bagi kabel bawah tanah dipasang merentasi longkang.

 Semak silang dengan Lukisan As-Built pula mendapati ia tidak sama seperti
pemasangan di tapak. Butiran lengkap adalah seperti dalam Gambar 9
hingga 11.

GAMBAR 9 GAMBAR 10

SSB di Tangki Air Utama, PPLTB SSB di Tangki Air Utama, PPLTB
- HDPE Pipe Sleeve Dipasang Merentasi Longkang - Lukisan As-Built Menunjukkan HDPE Pipe Sleeve
dan Tidak Sama Seperti As-Built Dipasang di Bawah Longkang
(06.08.2019) (06.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 11

SSB di Tangki Air Utama, PPLTB


- HDPE Pipe Sleeve Dipasang pada 440mm
Dari Dasar Permukaan Longkang
(06.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

ii. Pemasangan Perimeter Earth Tape

Lawatan fizikal Audit di kawasan bangunan pentadbiran mendapati perimeter


earth tape yang dipasang pada dinding bagi Lightning Protection System
menggunakan bahan aluminium. Pemasangan ini didapati tidak selaras
dengan Lukisan As-Built yang menyatakan perimeter earth tape ialah daripada
bahan kuprum. Butiran lengkap adalah seperti dalam Gambar 12 hingga 14.

3 -338
- 38 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 38 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

GAMBAR 12 GAMBAR 13

Blok Pentadbiran, PPLTB


- Lukisan As-Built Menunjukkan Perimeter Earth Tape Menggunakan Bahan Kuprum
(06.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 14

Blok Pentadbiran, PPLTB


- Perimeter Earth Tape Dipasang pada Dinding Adalah
Bahan Aluminium dan Tidak Sama Seperti pada Lukisan
As-Built yang Menggunakan Bahan Kuprum
(06.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

iii. Acoustic Wall

Lawatan fizikal Audit di Dewan Serbaguna mendapati acoustic wall tidak


dipasang di tapak sepertimana Lampiran B di Lukisan Konsep: Acoustic Wall
to Manufacturer’s Detail & Specification. Ketiadaan acoustic wall telah
menyebabkan keadaan gema ketika sistem pembesar suara digunakan.
Butiran lengkap adalah seperti dalam Gambar 15 dan 16.

GAMBAR 15 GAMBAR 16

Dewan Serbaguna, PPLTB


- Tiada Elemen Acoustic Wall Dijumpai di Tapak Walaupun Lukisan Konsep
Menunjukkan ‘Acoustic Wall to Manufacturer’s Detail & Specification’
(07.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas LKIM yang diterima pada 29 Mei 2020

LKIM mengambil maklum akan penemuan Audit dan pada 20 Mei 2020 LKIM telah
menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemeriksaan Fizikal bagi meneliti dan membuat
pemeriksaan semula atas teguran ini.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--39
39
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 39 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

b. Kualiti Pembinaan

Semakan Audit terhadap aspek kualiti pembinaan di PPLTB telah dibuat dengan
merujuk kepada Lukisan Pembinaan, Lukisan As-Built dan perbandingan dengan
keadaan fizikal projek. Lawatan fizikal Audit pada 7 Ogos 2019 mendapati keadaan
paver tidak seragam dan rosak di sepanjang walkway dari jalan masuk PPLTB.
Semasa lawatan Audit, didapati pasir keluar melalui weepholes ke longkang dan
longkang dipenuhi pasir. Keadaannya adalah seperti dalam Gambar 17 dan 18.

GAMBAR 17 GAMBAR 18

Sepanjang Walkway Dari Jalan Masuk PPLTB Sepanjang Walkway Dari Jalan Masuk PPLTB
- Keadaan Paver yang Tidak Seragam dan Rosak - Pasir Keluar Melalui Weepholes ke Longkang
(07.08.2019) dan Longkang Dipenuhi Pasir
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (07.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas LKIM yang diterima pada 13 Mei 2020

Kerosakan interlock pathway berlaku disebabkan oleh pemendapan tanah. Isu ini
telah dibincangkan bersama syarikat konsesi. Kerosakan seperti dalam Gambar 17
telah dibaiki oleh syarikat konsesi. Bagaimanapun, kerosakan yang sama telah berlaku
pada 7 Januari 2020 dan WO telah dibuka oleh Unit Pengurusan Fasiliti PPLTB.

Pendapat Kelemahan dalam pengurusan pembinaan telah menyebabkan


Audit bangunan dan kemudahan di PPLTB tidak dibina mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, lukisan As-Built juga
tidak menggambarkan pemasangan di tapak.

5.2.5. Pengurusan Penyenggaraan oleh Syarikat Konsesi

Klausa 16, Perjanjian Konsesi menetapkan syarikat konsesi bertanggungjawab untuk


menguruskan penggantian aset di bawah Asset Management Programme selaras
dengan Asset Management Services Manual di sepanjang Tempoh Perkhidmatan
Pengurusan Aset. Syarikat konsesi juga perlu menjalankan perkhidmatan
penyenggaraan kemudahan dan infrastruktur seperti yang ditetapkan dalam Asset
Management Services Manual. Semakan Audit terhadap pengurusan penyenggaraan
dan pematuhan kepada Asset Management Services Manual mendapati perkara
seperti berikut:

3 -340
- 40 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 40 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

a. Sumber Manusia, Pengurusan Kualiti dan Polisi

i. Appendix E, Asset Management Services Manual, Perjanjian Konsesi


menggariskan tanggungjawab umum syarikat konsesi dalam melaksanakan
perkhidmatan pengurusan aset. Semakan Audit mendapati wujud kelemahan
dalam pengurusan sumber manusia; jaminan kualiti dan penilaian risiko; serta
penyediaan polisi oleh syarikat konsesi. Butiran lengkap adalah seperti dalam
Jadual 14.

JADUAL 14
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN TANGGUNGJAWAB UMUM SYARIKAT KONSESI
BIL. PERKARA PENEMUAN
i. Semakan Audit terhadap carta organisasi syarikat konsesi
Sumber Manusia mendapati hanya 15 kakitangan dilantik. Selain itu, syarikat
i. Perenggan 6.1 Appendix E, Asset konsesi juga tidak pernah mengemukakan salinan Curriculum
Management Services Manual Vitae (CV) kepada LKIM seperti yang telah ditetapkan.
menetapkan syarikat konsesi perlu ii. Semakan Audit terhadap Perjanjian Konsesi mendapati
melantik 16 kakitangan pelbagai kelayakan akademik atau pengalaman yang diperlukan tidak
jawatan untuk menjalankan dinyatakan. Perkara ini menyebabkan kesukaran bagi pihak
penyenggaraan bagi memastikan PPLTB LKIM/Kerajaan untuk menentukan sama ada syarikat konsesi
sentiasa berfungsi 24 jam sehari. telah melantik kakitangan yang berkelayakan, cekap dan
1. berkemahiran. Pelantikan kakitangan yang tidak kompeten boleh
ii. Perenggan 7.6 Appendix E, Asset
Management Services Manual memberi kesan kepada kualiti kerja penyenggaraan dan
menyatakan syarikat konsesi perlu pemantauan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi.
melantik kakitangan yang berkelayakan
Maklum balas UKAS yang diterima pada 3 Mac 2020
dan berkemahiran untuk menjalankan
kerja mengikut spesifikasi dan keperluan Pelantikan kakitangan yang tidak kompeten adalah di bawah bidang
Kerajaan. Semua kerja yang dibuat kuasa wakil Kerajaan di mana LKIM adalah bertanggungjawab untuk
perlu dipantau oleh kakitangan yang memastikan pelantikan yang dilaksanakan selari dengan keperluan
berkelayakan, cekap dan mahir. LKIM.

Semakan Audit mendapati sehingga bulan Oktober 2019, syarikat


Pensijilan ISO9001:2008 konsesi masih belum memperoleh Pensijilan ISO9001:2008.
Pensijilan ISO adalah penting bagi membantu meningkatkan
Perenggan 7.1 Appendix E, Asset kecekapan perkhidmatan syarikat konsesi.
Management Services Manual menetapkan
2. syarikat konsesi hendaklah memperoleh Maklum balas LKIM yang diterima pada 29 Mei 2020
Pensijilan ISO9001:2008 Quality
Management System yang berkaitan Sehingga kini, pihak konsesi masih dalam proses mendapatkan
dengan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat pensijilan ISO bagi mematuhi kehendak Perjanjian Konsesi. Pada 23
konsesi. Disember 2019, syarikat konsesi telah melantik perunding untuk
proses pensijilan ISO.

Penilaian Risiko (Risks Assessment)


Perengan 7.11 Appendix E, Asset Semakan Audit mendapati syarikat konsesi masih belum
Management Services Manual menyatakan membangunkan analisis pengurusan risiko seperti yang digariskan
pengurusan risiko adalah aspek penting dalam Perjanjian Konsesi. Pembangunan analisis pengurusan risiko
dalam penyampaian perkhidmatan adalah penting bagi mengurangkan kebarangkalian, memindah,
pengurusan aset. Program Pengurusan mengelak dan penerimaan risiko yang akan dihadapi oleh pengguna
Risiko akan membolehkan syarikat konsesi PPLTB.
3. menguruskan PPLTB dengan kondusif dan
selamat tanpa menjejaskan prestasi dan Maklum balas LKIM yang diterima pada 29 Mei 2020
kecekapan perkhidmatan. Syarikat konsesi
perlu membangunkan analisis pengurusan Pihak konsesi masih dalam proses pembangunan dokumen Risk
risiko yang komprehensif dan perlu Assessment. Penilaian risiko akan dibuat setelah dokumen Risk
dikategorikan kepada bidang manusia, Assessment dimuktamadkan. Anggaran selesai penilaian risiko ialah
fizikal, persekitaran, organisasi dan pada akhir suku tahun ketiga tahun 2020.
kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--41
41
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 41 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

BIL. PERKARA PENEMUAN

Semakan Audit mendapati Polisi Persekitaran, Polisi Keselamatan


dan Kesihatan serta Polisi Penyenggaraan Fasiliti ada disediakan dan
telah dikemukakan kepada LKIM. Bagaimanapun, ketiga-tiga polisi
Integrated Fishery Complex tersebut bukan hak milik syarikat konsesi. Semakan Audit
Facilities Policy selanjutnya mendapati polisi yang dikemukakan juga tidak disahkan
dan ditandatangani oleh penyedia polisi. Empat (4) polisi yang lain
Perenggan 8.1 Appendix E, Asset tidak dikemukakan kepada LKIM.
Management Services Manual menerangkan
Integrated Fishery Complex Facilities Policy Ketiadaan Polisi Kualiti, Polisi Penyenggaraan Kawasan EU, Polisi
4. adalah panduan untuk mengoperasi Pengurusan Khidmat Pelanggan dan Polisi Kelangsungan Perniagaan
kemudahan di PPLTB. Polisi ini akan boleh menyebabkan pengguna PPLTB dan Pengurus Fasiliti tidak
digunakan sebagai panduan kepada mempunyai panduan yang jelas dalam perancangan, pelaksanaan,
pengguna PPLTB dan Pengurus Fasiliti pemantauan dan penambahbaikan keadaan fizikal PPLTB.
dalam perancangan, pelaksanaan,
pemantauan dan penambahbaikan keadaan Maklum balas LKIM yang diterima pada 10 Mac 2020
fizikal PPLTB.
Pihak konsesi memaklumkan bahawa Integrated Fishery Complex
Facilities Policy akan dibangunkan selaras kehendak pensijilan ISO.

Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara

ii. Kelemahan yang dibangkitkan boleh memberi kesan kepada kualiti


perkhidmatan pengurusan aset yang diberikan oleh syarikat konsesi. Semakan
Audit selanjutnya mendapati pihak LKIM tidak pernah memantau perkara ini
bagi memastikan syarikat konsesi sentiasa mematuhi kehendak Perjanjian
Konsesi dan kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara.

b. Computerised Maintenance Management System

i. Perenggan 7.3 Appendix E, Asset Management Services Manual, Perjanjian


Konsesi menyatakan semua aduan hendaklah direkodkan ke Computerised
Maintenance Management System (CMMS). Maklumat/data dari CMMS ini
digunakan untuk mengukur pencapaian Key Performance Indicators (KPI)
bulanan syarikat konsesi bagi menentukan jumlah potongan bayaran MC yang
perlu dibuat.

ii. Semakan Audit mendapati syarikat konsesi telah membangunkan CMMS untuk
kegunaan PPLTB. Sistem ini boleh dimuat turun oleh pengguna pada telefon
pintar. Pengguna CMMS terdiri daripada kakitangan PPLTB dan syarikat
konsesi sahaja. Bagi pelanggan lain di PPLTB seperti nelayan dan penyewa
premis, mereka dikehendaki melaporkan aduan kepada kakitangan LKIM
untuk dikunci masuk ke dalam aplikasi CMMS. Semakan Audit terhadap senarai
WO dalam CMMS mendapati sistem ini telah digunakan sepenuhnya di PPLTB
sejak bulan Januari 2018. Sebelum CMMS digunakan, semua aduan direkod
menggunakan borang manual.

3 -342
- 42 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 42 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

iii. Walkthrough test oleh pasukan Audit bersama pihak PPLTB dan syarikat
konsesi pada 5 Ogos 2019 mendapati CMMS telah diguna untuk merekodkan
aduan pengguna terhadap kerosakan yang berlaku di PPLTB.

iv. Untuk memastikan CMMS berfungsi dengan baik, semakan Audit telah dibuat
terhadap kawalan input, output, master files dan standing data serta system
administrator. Penemuan Audit adalah seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN CMMS
BIL. KAWALAN PENEMUAN

Berdasarkan walkthrough test, pembatalan WO akan dilakukan oleh pengadu berdasarkan


penilaian oleh juruteknik. Semakan Audit mendapati setakat 31 Julai 2019, sebanyak 12
daripada 480 (2.5%) WO telah dibatalkan. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati proses
Kawalan Input –
1. pembatalan WO ini tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen atau
Pembatalan WO
Manual Prosedur Kerja (MPK) Bahagian Pembangunan Infrastruktur
LKIM. Kelemahan ini boleh menyebabkan WO dibatalkan tanpa kelulusan dan memberi kesan
kepada keberkesanan kerja pembaikan di PPLTB.

Semakan Audit semasa walkthrough test mendapati CMMS tidak dapat menjana
sebarang laporan. Bagi tujuan pengiraan KPI, syarikat konsesi akan menyalin data WO
dari CMMS ke Microsoft Excel mengikut bulan. Kemudian, syarikat konsesi akan menyediakan
laporan WO secara manual untuk dikemukakan kepada pihak LKIM.
2. Kawalan Output
Maklum balas LKIM yang diterima pada 10 Mac 2020

Pihak LKIM mengambil maklum hal tersebut dan akan meminta pihak konsesi untuk
menambah baik sistem sedia ada supaya data WO dapat dijana terus dari CMMS bagi tujuan
penyediaan laporan WO.

Semakan Audit semasa walkthrough test mendapati laporan audit trail tidak dapat
dijana daripada CMMS. Syarikat konsesi hanya mengemukakan
tangkapan skrin audit trail daripada laman web untuk semakan Audit.
Semakan Audit terhadap tangkapan skrin audit trail yang dikemukakan
mendapati audit trail tersebut tidak mengandungi maklumat seperti
perubahan yang dibuat, maklumat asal dan terkini serta rangkaian dan
Kawalan Master
aplikasi yang digunakan. Maklumat audit trail yang tidak lengkap memberikan risiko
3. Files dan Standing kerosakan, kehilangan, penghapusan, pemalsuan dan pengubahsuaian data sistem CMMS
Data tanpa kebenaran.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 10 Mac 2020

Pihak LKIM mengambil maklum hal tersebut dan akan meminta pihak konsesi untuk menambah
baik sistem sedia ada agar sebarang perubahan yang dibuat, maklumat asal dan terkini,
rangkaian dan aplikasi yang digunakan dapat dikesan.

Berdasarkan walkthrough test yang dijalankan, pihak PPLTB tidak mempunyai akses/peranan
sebagai system administrator CMMS. CMMS telah diuruskan sepenuhnya oleh syarikat konsesi.
Selain itu, PPLTB juga tidak diberikan peranan untuk view sistem ini bagi tujuan semakan.
System PPLTB hanya diberikan peranan sebagai pengguna untuk membuat
4.
Administrator aduan. Tanpa semakan oleh PPLTB, maklumat/data sistem ini terdedah kepada manipulasi
oleh syarikat konsesi. Memandangkan maklumat CMMS digunakan sebagai sumber pengiraan
KPI dan seterusnya menentukan jumlah pemotongan bayaran MC, adalah penting untuk
memastikan integriti CMMS berada pada tahap maksimum.
Sumber: Jabatan Audit Negara

v. Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada bukti menunjukkan


pihak LKIM pernah membuat semak silang maklumat WO
dalam Laporan Bulanan Penyenggaraan berbanding maklumat
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--43
43
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 43 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

yang direkodkan dalam CMMS. Ketepatan maklumat WO adalah


penting kerana maklumat tersebut akan memberi kesan kepada pengiraan KPI
dan jumlah potongan MC yang dikenakan kepada syarikat konsesi. Selain itu,
LKIM juga tidak pernah menyemak audit trail CMMS bagi memastikan integriti
dan kesahihan data yang dikemukakan oleh syarikat konsesi.

vi. Pihak Audit mendapati kelemahan CMMS adalah disebabkan Perjanjian


Konsesi tidak menetapkan syarat spesifikasi sistem yang perlu dipatuhi dalam
pembangunan CMMS. Kelemahan ini telah memberi kesan kepada data yang
digunakan dalam pengiraan tujuh (7) KPI. Selanjutnya, ia telah menyebabkan
bayaran MC berjumlah RM239,150 sebulan telah dibuat berdasarkan
maklumat KPI yang tidak sah.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 13 November 2020

Mulai bulan Julai 2020, PPLTB telah membuat semakan silang antara WO dalam
Laporan Bulanan Penyenggaraan dengan WO dalam aplikasi CMMS. Setiap penemuan
dalam semakan silang itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Teknikal PPLTB.

Pendapat Ketiadaan spesifikasi pembangunan CMMS yang jelas telah


Audit menyebabkan sistem yang dibangunkan oleh syarikat konsesi
tidak reliable. Selain itu, kegagalan LKIM membuat semakan
dan pemantauan terhadap sistem menimbulkan isu kredibiliti
sistem dan integriti data.

c. Penyenggaraan Pencegahan Berjadual

i. Perenggan 3.2 Appendix E, Asset Management Services Manual, Perjanjian


Konsesi menyatakan penyenggaraan pencegahan berjadual [Planned
Preventive Maintenance (PPM)] merupakan perkara utama dalam aspek
penyenggaraan. Semakan Audit terhadap pengurusan PPM mendapati
kelemahan seperti berikut:

 empat (4) daripada lapan (8) spesifikasi kerja yang ditetapkan tidak
disediakan checklist. Checklist bagi tiga (3) spesifikasi kerja yang telah
disediakan adalah tidak lengkap. Kegagalan menyediakan
checklist yang lengkap boleh memberi risiko PPM yang
dilaksanakan tidak mengikut kehendak Asset Management
Services Manual;
 syarikat konsesi tidak mengemukakan cadangan Jadual PPM kepada LKIM
dalam tempoh enam (6) bulan sebelum Construction Completion Date;

3 -344
- 44 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 44 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

 Jadual PPM bulanan bagi bulan Julai hingga November 2017 tidak
dikemukakan kepada Pejabat Pengurusan Fasiliti PPLTB. Jadual PPM
tahunan bagi tempoh tahun 2017 sehingga 2019 juga tidak pernah
dikemukakan kepada PPLTB;

 analisis Audit terhadap Jadual PPM bagi bulan Ogos 2018 hingga Julai 2019
mendapati sebanyak 37 kerja PPM telah dijadualkan kurang
daripada kekerapan yang ditetapkan dalam checklist kerja
PPM. Perbezaan kekerapan adalah antara satu (1) hingga 38 kali. LKIM
dalam maklum balasnya menjelaskan perkara ini berlaku kerana syarikat
konsesi telah membuat perubahan terhadap Standard Delivery Manual
tanpa kelulusan LKIM;

 tiada bukti menunjukkan pihak PPLTB pernah membuat


pemantauan terhadap kerja PPM yang dilaksanakan oleh syarikat
konsesi; dan

 hasil semakan silang terhadap sampel 495 borang checklist bagi bulan Mei
2019 menunjukkan semua kerja PPM telah disahkan oleh Technician
Executive atau Facility Supervisor syarikat konsesi. Namun begitu, tiada
pengesahan dibuat oleh pihak pengurusan PPLTB.

ii. Kelemahan yang dibangkitkan boleh memberi risiko penyenggaraan berkala


tidak dilaksanakan ke atas aset yang akhirnya memberi kesan kepada tahap
boleh guna dan usia guna aset yang terlibat. Selain itu, tanpa pemantauan
yang optimum menyebabkan pihak LKIM tidak dapat mengesahkan kualiti
kerja yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 10 Mac, 13 dan 29 Mei 2020
Empat (4) checklist telah dikemukakan oleh syarikat konsesi kepada PPLTB. Pihak
pengurusan PPLTB telah memohon syarikat konsesi mengemukakan Jadual PPM
tahunan pada 19 Disember 2019. Bermula bulan Januari 2020, pengurusan PPLTB
telah membuat pengesahan pada borang checklist semasa pemeriksaan fizikal
dilakukan.

Pendapat Pengurusan penyenggaraan PPLTB adalah kurang memuaskan.


Audit Pemantauan tidak menyeluruh telah menyebabkan LKIM tidak
menyedari ketidakpatuhan syarikat konsesi terhadap syarat
yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--45
45
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 45 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

5.2.6. Pengurusan Bayaran kepada Syarikat Konsesi


a. Kos Perolehan Tanah
i. Klausa 52.2 (b) Perjanjian Konsesi menyatakan kos berkaitan pengambilalihan
tanah yang dibayar oleh syarikat konsesi untuk tujuan projek dengan jumlah
RM1.34 juta perlu dibayar balik kepada syarikat konsesi. Klausa 52.3 (b) pula
menetapkan bayaran balik perlu dibuat dalam tempoh tiga (3) tahun daripada
Effective Date.

ii. Semakan Audit terhadap salinan baucar bayaran di LKIM mendapati bayaran
berjumlah RM3.44 juta telah dibuat pada 6 Januari 2015 bagi
tujuan membayar balik kos tanah yang ditanggung oleh
syarikat konsesi. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan
bayaran tersebut disebabkan baucar bayaran asal berserta dokumen
sokongan tidak dikemukakan untuk semakan Audit. Bahagian
Kewangan dan Akaun LKIM mengesahkan baucar bayaran asal telah hilang
dari simpanan LKIM dan laporan polis berkenaan kehilangan tersebut telah
dibuat pada 20 November 2019.

iii. Semakan Audit selanjutnya terhadap memo daripada Bahagian Infrastruktur


LKIM kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM bertarikh
31 Disember 2014 mendapati bayaran RM3.44 juta dibayar berdasarkan
Klausa 52.2 Perjanjian Konsesi. Namun, semakan Audit mendapati bayaran
ini bercanggah dengan Klausa 52.2 Perjanjian Konsesi yang
menyatakan kos pengambilalihan tanah yang boleh dibayar
balik adalah berjumlah RM1.34 juta sahaja.

iv. Selain daripada bayaran berjumlah RM3.44 juta, pihak Audit mendapati pada
26 Ogos 2015 LKIM telah membuat bayaran tambahan pampasan tanah
berjumlah RM765,836 kepada Pejabat Tanah dan Survei Kuching. Bayaran ini
dibuat selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 24 Oktober
2014. Secara keseluruhan, LKIM telah membayar sejumlah RM4.20 juta bagi
perolehan tanah.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 15 Julai 2020

Perkara ini telah dibincangkan semasa Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi Projek
Pembangunan PPLTB pada 19 Jun 2020 di UKAS. LKIM memaklumkan terdapat
keperluan untuk meminda Klausa 52.2 (b) Perjanjian Konsesi yang berkaitan dengan
bayaran kos tanah memandangkan terdapat tambahan kos pengambilalihan tanah.
Mesyuarat telah bersetuju supaya LKIM mengemukakan semua surat dan dokumen
berkaitan dengan kos pengambilalihan tanah berjumlah RM3.44 juta untuk
penelitian UKAS.

3 -346
- 46 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 46 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Pendapat Pembayaran berjumlah RM3.44 juta merupakan improper


Audit payment kerana semasa bayaran dibuat LKIM tidak
mempunyai punca kuasa untuk membuat bayaran melebihi
amaun RM1.34 juta yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.

b. Availability Charges

i. Availability Charges (AC) merupakan caj sewa bulanan yang perlu dibayar oleh
LKIM kepada syarikat konsesi. Merujuk kepada Klausa 5.2.1 Perjanjian
Konsesi, tuntutan pertama bayaran AC hendaklah dibuat selepas sebulan
daripada tarikh Asset Management Service Commencement Date (22 Julai
2017) dan pada tarikh yang sama setiap bulan di sepanjang Tempoh
Perkhidmatan Pengurusan Aset.

ii. Semakan Audit terhadap baucar bayaran AC bagi tahun 2017 sehingga 2019
mendapati tempoh tuntutan adalah dari 1 hingga 30 hari bulan dan bukannya
22 hingga 21 hari bulan berikutnya setiap bulan. Perkara ini bercanggah
dengan Klausa 5.2.1 Perjanjian Konsesi dan boleh menyebabkan kekeliruan
semasa pembayaran AC bagi tahun ke-13 memandangkan kadar bayaran AC
akan berubah pada tahun tersebut.

c. Maintenance Charges

i. Klausa 18.1.2 Perjanjian Konsesi menyatakan sekiranya syarikat konsesi gagal


dan/atau cuai untuk menjalankan sebarang perkhidmatan pengurusan aset
atau pengurusan aset yang dijalankan tidak mengikut Asset Management
Services Manual dalam mana-mana bulan, LKIM berhak untuk mengenakan
hukuman nilai demerit yang berkaitan; dan memotong amaun tersebut
daripada caj perkhidmatan pengurusan aset untuk bulan tersebut. Perenggan
9.0 Appendix E Asset Management Services Manual menyatakan KPI akan
digunakan untuk memantau prestasi dalam penyampaian perkhidmatan.

ii. Semakan Audit terhadap proses bayaran MC mendapati pengiraan jumlah


pemotongan MC dibuat secara manual. LKIM telah menubuhkan
Jawatankuasa Teknikal PPLTB dan Jawatankuasa Pelulus Bayaran Konsesi
PPLTB sebagai kawalan dalaman untuk mengesah, mengesyor seterusnya
meluluskan jumlah bayaran serta pemotongan MC.

iii. Semakan Audit terhadap baucar bayaran MC bagi bulan Julai 2017 hingga
Disember 2019 mendapati sejumlah RM11.91 juta telah dibayar kepada
syarikat konsesi setelah mengambil kira pemotongan berjumlah RM388,864.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--47
47
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 47 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada pemotongan dibuat pada


bulan Julai hingga Oktober 2017 kerana Penasihat Undang-
undang LKIM berpandangan pemotongan tidak boleh dibuat
selagi Service Level Agreement (SLA) tidak dimuktamadkan.
Bengkel Asset Management Service (AMS) bagi memuktamadkan SLA hanya
dibuat pada 8 dan 9 November 2017. Pihak Audit mendapati pembayaran MC
bagi bulan Julai hingga Oktober 2017 tidak disemak semula selepas penetapan
KPI dibuat semasa bengkel AMS pada bulan November 2017.

v. Pihak Audit telah membuat semakan terhadap setiap pencapaian KPI dan
kesannya kepada jumlah pemotongan MC untuk menentukan bayaran MC bagi
bulan Julai 2017 hingga Julai 2019 telah dibuat dengan teratur. Pihak Audit
telah membuat semak silang antara maklumat pencapaian KPI yang
dilaporkan oleh syarikat konsesi dengan dokumen sokongan dan data CMMS.
Analisis Audit mendapati sejumlah RM0.98 juta bayaran MC tidak
dapat disahkan kerana ketiadaan dokumen sokongan
mengenai pencapaian KPI dikemukakan oleh syarikat konsesi
kepada LKIM. Selain itu, berdasarkan pengiraan Audit, LKIM telah
terkurang potong MC berjumlah RM1.74 juta. Maklumat lanjut
seperti dalam Jadual 16.

JADUAL 16
PERBEZAAN PEMOTONGAN MC OLEH LKIM BERBANDING PENGIRAAN AUDIT
PEMOTONGAN MC

PENGIRAAN AUDIT
PENERANGAN PENGUKURAN DILULUSKAN
KPI CATATAN
PERKHIDMATAN PRESTASI PEMOTONGAN TIDAK DAPAT
LKIM
(RM ’000) MC DISAHKAN
(RM ’000) (RM ’000)

Tidak dapat disahkan


kerana:
Availability of All Pematuhan 100%  Tarikh penghantaran
Management kepada tarikh laporan mingguan
2 0.00 0.00 139.50
Services and penyerahan laporan tidak ditetapkan
Systems penyenggaraan  Laporan setengah
tahun tidak
dikemukakan

Jumlah WO tidak
General
boleh melebihi 25% -
3 Complaint on 76.64 76.64 0.00
daripada populasi
Service
pengguna
 Perbezaan disebabkan
jumlah WO yang
dilaporkan dalam
laporan bulanan tidak
Resolving 80% WO hendaklah sama dengan yang
4 General Service ditutup pada hari yang 5.32 15.83 0.00 dimuat turun dari
Complaint sama CMMS
 Penentuan turnaround
time oleh LKIM tidak
seperti dalam
Perjanjian Konsesi

3 -348
- 48 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 48 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

PEMOTONGAN MC

PENGIRAAN AUDIT
PENERANGAN PENGUKURAN DILULUSKAN
KPI CATATAN
PERKHIDMATAN PRESTASI PEMOTONGAN TIDAK DAPAT
LKIM
(RM ’000) MC DISAHKAN
(RM ’000) (RM ’000)

Perbezaan disebabkan
Effectiveness of
Tempoh masa respons jumlah WO yang
Customer Care
diberikan oleh syarikat dilaporkan dalam laporan
6 Centre Regarding 24.70 20.00 0.00
konsesi terhadap bulanan tidak sama
Requests and
setiap aduan/WO dengan yang dimuat
Complaints
turun dari CMMS

Sifar downtime bagi


perkhidmatan utama
di kawasan
perkhidmatan 24 jam
Availability of
7 dan 10% (daripada 139.50 139.50 0.00 -
Major Services
normal working hour)
downtime bagi
perkhidmatan utama
di kawasan pejabat

Suhu penyaman udara Tidak dapat disahkan


Availability of perlu dikekalkan pada kerana dokumen
Comfortable suhu 24°C±1°C DB pemeriksaan suhu
8 0.00 0.00 418.51
Working dan tahap kelembapan penyaman udara tidak
Environment pada tahap RH dilampirkan bersama
55%±5% laporan bulanan

Terdapat perbezaan
daripada jumlah sebenar
Pelaksanaan PPM
Execution of PPM dan di jadual bagi bulan
9 perlu mencapai 100% 0.00 15.76 0.00
as per Schedule Mac, April, Julai,
mengikut jadual PPM
September 2018 dan Mac
2019
Tempoh masa
Penentuan execution
Execution of pelaksanaan
time oleh LKIM tidak
10 Corrective penyenggaraan 60.78 109.59 0.00
seperti dalam Perjanjian
Maintenance pembaikan oleh
Konsesi
syarikat konsesi

Tidak dapat disahkan


kerana Laporan Bulanan
Penyenggaraan tidak
disertakan dengan
dokumen sokongan yang
Compliance to 100% pematuhan terperinci untuk
12 Statutory terhadap undang- 0.00 0.00 418.51 membuktikan
Requirement undang pematuhan syarikat
konsesi terhadap arahan
lapan (8)
kementerian/agensi/
badan berkanun yang
dipersetujui

Compliance to
100% pematuhan
European Union’s EU Committee hanya
terhadap keperluan EU
13 Requirement for 5.31 1,674.05 0.00 ditubuhkan pada
berdasarkan laporan
EU-Compliant 1 Februari 2020
EU Committee
Area

JUMLAH 312.25 2,051.37 976.52

Sumber: Analisis Audit

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--49
49
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 49 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Maklum balas LKIM yang diterima pada 10 Mac dan 29 Mei 2020

LKIM mengambil perhatian mengenai bayaran MC bulan Julai hingga Oktober 2017
yang tidak disemak semula. Perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal dan Pelulus yang akan diadakan pada bulan Jun 2020. Tindakan pembetulan
akan dibuat dengan memastikan syarikat konsesi menyertakan maklumat yang
lengkap dalam laporan bulanan.

Pendapat Pengiraan pemotongan MC secara manual telah memberi


Audit kesan kepada kecekapan pengurusan bayaran MC. Kegagalan
LKIM menyemak kesahihan pencapaian KPI dan dokumen
sokongan yang tidak lengkap telah menyebabkan pemotongan
MC tidak dibuat mengikut Perjanjian Konsesi.

5.2.7. Pengurusan Hasil PPLTB

Berdasarkan Summary Trial Balance Report, hasil yang dikutip oleh PPLTB bagi tahun
2017 sehingga 31 Disember 2019 adalah berjumlah RM646,492. Sejumlah RM183,922
dikutip daripada caj perkhidmatan manakala RM462,570 dikutip daripada sewaan
kemudahan di PPLTB. Semakan Audit terhadap pengurusan hasil di PPLTB adalah
seperti berikut:

a. Penurunan Kuasa Mengutip Hasil

i. PK 005-1 (Perenggan 1) Manual Kewangan dan Perakaunan Am LKIM Versi


Kedua menetapkan semua penerimaan sama ada dalam bentuk wang tunai
atau cek hendaklah diakui terima dengan mengeluarkan resit rasmi dan
ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa pada masa urusan dibuat.

ii. Semakan Audit mendapati sehingga 4 Oktober 2019, 14 pegawai di PPLTB


masih belum diberi penurunan kuasa menerima wang awam walaupun
pegawai tersebut terlibat dengan penerimaan wang. Selain itu, lawatan Audit
pada 8 Ogos 2019 mendapati pengawal keselamatan swasta yang dilantik oleh
LKIM telah membuat kutipan bayaran caj kenderaan masuk bagi pihak PPLTB.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 13 dan 29 Mei 2020

Teguran kepada PPLTB berkaitan kutipan caj kenderaan masuk yang dibuat oleh
pengawal keselamatan swasta telah dikeluarkan pada 12 Mei 2020. Penurunan kuasa
penerimaan wang telah dikeluarkan kepada 12 pegawai PPLTB pada 28 Mei 2020.

3 -350
- 50 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 50 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

b. Penetapan Caj/Kadar Hasil

i. Kaedah-Kaedah LKIM2 telah menetapkan caj-caj yang perlu dikenakan kepada


pengguna kompleks perikanan antaranya caj ke atas kenderaan masuk, caj
penggunaan kemudahan di kompleks perikanan dan caj perkhidmatan bagi
ikan yang dipindahkan. Perenggan 16 Kaedah-Kaedah LKIM menyatakan
Lembaga boleh mengecualikan mana-mana orang daripada kesemua atau
mana-mana peruntukan di bawah Kaedah ini.

ii. Semakan Audit terhadap kadar caj penggunaan kemudahan dan perkhidmatan
di PPLTB dalam Maklumat Asas Komponen-Komponen PPLTB mendapati
kadar caj adalah berbeza dengan yang ditetapkan dalam
Kaedah-Kaedah LKIM. Hanya caj bagi permit masuk dan caj ke atas
kenderaan masuk (kecuali motosikal) didapati mengikut Kaedah-Kaedah LKIM.
Maklumat lanjut mengenai kadar caj yang berbeza adalah seperti dalam
Jadual 17.

JADUAL 17
KADAR CAJ YANG DITETAPKAN MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH LKIM
BERBANDING CAJ SEBENAR YANG DIKUTIP DI PPLTB
CAJ MENGIKUT KAEDAH-
BIL JENIS CAJ CAJ DIKUTIP DI PPLTB
KAEDAH LKIM
1. Permit masuk RM5 setahun RM5 setahun
CAJ KE ATAS KENDERAAN MASUK
Kereta, van, station-wagon,
motosikal dengan kereta sisi atau
2. RM1 RM1
pick-up (tidak melebihi 1,500 kg
berat tanpa muatan)
Lori, bas atau trak (melebihi 1,500
3. RM2 RM2
kg berat tanpa muatan)

4. Motosikal RM0.50 Percuma


CAJ BAGI PENGGUNAAN KEMUDAHAN ATAU RUANG KOMPLEKS PERIKANAN
Cold storage - RM2,700
Melalui tender atau perundingan
Ice storage – RM4,600
5. Bilik sejuk atau sewa tetap yang ditentukan
Blast freezer – RM2,600
oleh Lembaga
Ice crusher machine – RM500
RM54.00 bagi satu meter persegi
6. Dewan pemasaran Tidak dinyatakan
sebulan

RM22.00 bagi satu meter persegi


7. Pejabat niaga – struktur konkrit RM300 sebulan
sebulan

Melalui tender atau perundingan


8. Kantin atau sewa tetap yang ditentukan RM1,000 sebulan
oleh Lembaga
 Sehingga tiga (3) hari selepas
permit dikeluarkan, pada kadar
RM1 bagi satu meter persegi
sehari
9. Bangsal pembetulan jaring Tidak dinyatakan
 Dari empat (4) hingga 15 hari
selepas permit dikeluarkan, pada
kadar RM3 bagi satu meter
persegi sehari

2
Kaedah-Kaedah LKIM (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Perikanan Ikan) 2010
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--51
51
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 51 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

CAJ MENGIKUT KAEDAH-


BIL JENIS CAJ CAJ DIKUTIP DI PPLTB
KAEDAH LKIM
 Dari 16 hingga 30 hari selepas
permit dikeluarkan, pada kadar
RM5 bagi satu meter persegi
sehari
RM150 sebulan – unit simpanan
RM2.00 sehari bagi satu meter kecil (6m X 4m)
10. Bangsal penstoran jaring
persegi selepas permit dikeluarkan RM300 sebulan – unit simpanan
besar (8m X 6m)
Caj bagi tambatan – satu trip
di bawah 9.9 grt Percuma Percuma
10 grt hingga 39.9 grt RM3 RM3
11.
40 grt hingga 69.9 grt RM10 RM10
70 grt hingga 99.9 grt RM30 RM30
100 grt dan ke atas RM100 RM30
RM3 bagi satu palet
12. Fork lift RM3 bagi satu palet RM30 sehari
RM500 sebulan

Pejabat Operasi - RM4,000


Penggunaan ruang kompleks
Mengikut tender atau perundingan Jeti Minyak Diesel - RM2,500
perikanan untuk apa-apa tujuan
13. atau sewa tetap yang ditentukan Penyimpanan Kotak Ikan - RM70
selain daripada yang dinyatakan
oleh Lembaga Dewan Serbaguna - RM500 sehari
dalam Jadual ini
Pasar Nelayan - RM100

CAJ PERKHIDMATAN BAGI IKAN YANG DIPINDAHKAN MELAINKAN MELALUI SESUATU ACARA LELONG
(i) Bekas atau simpanan lain yang
mengandungi tidak lebih RM0.50 setiap bekas
daripada 50kg ikan

(ii) Bekas atau simpanan lain yang


14. mengandungi tidak lebih RM1.00 setiap bekas RM0.01 setiap kg ikan
daripada 50kg ke 100 kg ikan
(iii) Bekas atau apa-apa tempat
simpanan lain yang
RM0.10 setiap kg ikan
mengandungi lebih daripada 100
kg ikan
Sumber: Kaedah-Kaedah LKIM dan Kadar Caj Penggunaan Kemudahan & Perkhidmatan di PPLTB

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada bukti pengecualian caj telah
diperoleh daripada Lembaga bagi caj-caj yang berbeza tersebut. LKIM hanya
mengemukakan surat daripada Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan
Infrastruktur kepada Pengarah LKIM Negeri Sarawak bertarikh 11 Oktober
2017 yang memaklumkan bahawa Ketua Pengarah LKIM bersetuju dan
meluluskan cadangan caj dan sewaan komponen di PPLTB. Caj tersebut
adalah caj ke atas kenderaan masuk, caj pengisytiharan dan caj perkhidmatan
bagi ikan yang dipindahkan.

iv. Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan sama ada LKIM telah
melaksanakan tender atau rundingan bagi penetapan kadar caj yang
dikenakan oleh PPLTB bagi sewaan kemudahan di PPLTB seperti bilik sejuk,
kantin dan penggunaan ruang kompleks perikanan.

v. Semakan lanjut Audit terhadap kutipan caj perkhidmatan bagi ikan yang
dipindahkan mendapati PPLTB telah mengutip caj berkenaan pada

3 -352
- 52 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 52 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

kadar RM0.01 bagi setiap kg ikan sejak bulan Januari 2018.


Perkara ini didapati bercanggah dengan kadar yang ditetapkan
dalam Kaedah-Kaedah LKIM yang menetapkan tiga (3) kadar berbeza
mengikut bekas yang digunakan. Semakan Audit terhadap rekod pendaratan
ikan di PPLTB mendapati semua pendaratan ikan direkod menggunakan berat
ikan. Tiada rekod mengenai bekas ikan disenggara oleh PPLTB. Selain itu,
pihak Audit juga mendapati caj perkhidmatan bagi ikan yang dipindahkan pada
tahun 2017 tidak dikutip walaupun terdapat rekod pendaratan ikan sebanyak
273,304 kg.

vi. Perkara ini menyebabkan PPLTB terkurang kutip caj perkhidmatan bagi ikan
yang dipindahkan. Mengikut pengiraan Audit, PPLTB telah terkurang kutip
hasil berjumlah RM559,857 bagi tempoh tahun 2017 sehingga bulan Ogos
2019. Pengiraan ini dibuat berdasarkan kadar RM0.10 bagi setiap kg ikan
didaratkan kerana LKIM tidak menyenggara sebarang rekod mengenai bekas
yang digunakan. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18
ANALISIS TERHADAP CAJ YANG SEPATUTNYA DIKUTIP
BERBANDING CAJ SEBENAR YANG DIKUTIP OLEH PPLTB
CAJ YANG DIKUTIP
KUANTITI IKAN
TAHUN DIDARATKAN* LEJER PERAKAUNAN
SEPATUTNYA
(KG) PPLTB
(RM0.10/KG)
(RM)

2017 273,304 27,330 -


2018 3,954,512 395,451 31,415

2019** 1,769,629 176,963 8,472

JUMLAH 5,997,445 599,744 39,887

JUMLAH CAJ YANG TIDAK DIKUTIP 559,857


Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara
Nota: (*) - Laporan Harian Pendaratan Ikan PPLTB
(**) - Sehingga Bulan Ogos 2019

vii. Selain penetapan kadar yang tidak tepat, perkara ini berlaku kerana PPLTB
tidak mematuhi Proses Kerja Pelepasan Ikan ke Luar Kompleks. Proses
kerja ini menetapkan caj perkhidmatan bagi ikan yang dipindahkan perlu
dikutip sebelum konsaimen boleh dibawa keluar dari kompleks perikanan.
Bagaimanapun, di PPLTB caj berkenaan hanya dikutip apabila nelayan
datang semula ke PPLTB untuk membuat pengisytiharan. Amalan ini telah
menyebabkan PPLTB tidak mengutip caj perkhidmatan bagi ikan yang
dipindahkan bagi nelayan yang tidak membuat pengisytiharan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--53
53
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 53 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

Pendapat Pelaksanaan kutipan caj perkhidmatan bagi ikan yang


Audit dipindahkan adalah tidak selaras dengan Kaedah-Kaedah
LKIM dan telah menyebabkan ketirisan hasil Kerajaan.

c. Sewaan Kemudahan dan Hartanah

Semakan Audit terhadap Perjanjian Sewa dan pengurusan kutipan hasil sewa di
PPLTB mendapati perkara berikut:

i. sehingga 3 Oktober 2019, sejumlah RM40,011 tunggakan deposit masih belum


dikutip oleh LKIM walaupun tempoh sewaan telah bermula sejak 1 Oktober
2018;

ii. sehingga 4 Oktober 2019, sejumlah RM97,200 tunggakan sewa kemudahan


masih belum dikutip yang mana tempoh tunggakan antara 28 hingga 332 hari;

iii. bayaran sewa lewat dibayar antara tiga (3) hingga 322 hari; dan

iv. lawatan Audit ke PPLTB pada 3 Oktober 2019 mendapati lima (5) net loft telah
digunakan tanpa perjanjian sewaan yang menyebabkan kerugian hasil
berjumlah RM750 sebulan. Keadaan net loft yang digunakan tanpa kebenaran
adalah seperti dalam Gambar 19 dan 20.

GAMBAR 19 GAMBAR 20

Ruang Net Loft, PPLTB


- Net Loft Digunakan Tanpa Kebenaran
(03.10.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas LKIM yang diterima pada 10 Mac dan 13 Mei 2020

Mulai tahun 2020, pihak PPLTB telah menambah baik kaedah tuntutan sewa selaras
dengan Manual Kutipan dan Pelupusan Hutang (Sewaan) Kompleks LKIM. Sehingga
akhir tahun 2019, hanya tiga (3) penyewa yang masih mempunyai tunggakan sewa
berjumlah RM22,480. Semua net loft yang tidak disewa telah dikunci.

3 -354
- 54 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 54 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

d. Caj Penggunaan Kemudahan dan Perkhidmatan (Harian)

i. Berdasarkan Proses Kerja Mengurus Pendaratan Ikan Vesel Tempatan,


pegawai operasi akan merekod maklumat pendaratan vesel termasuk masa
tiba, pemilik vesel dan nombor vesel. Pegawai operasi juga akan menerima
permohonan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan di PPLTB seperti
bekalan air, tambatan dan fork lift daripada ejen/pemilik vesel. Setiap
permohonan tersebut akan direkodkan oleh pegawai operasi dalam Borang
Penggunaan Kemudahan dan Perkhidmatan Pelabuhan.

ii. Semakan Audit terhadap sampel 601 Borang Penggunaan Kemudahan dan
Perkhidmatan Pelabuhan mendapati 568 borang tersebut telah dibuat bayaran
berjumlah RM31,064 manakala 33 borang masih belum dibuat bayaran
berjumlah RM5,091. Untuk mengesahkan semua bayaran ini telah dikeluarkan
resit rasmi, pihak Audit telah membuat semak silang terhadap borang yang
telah dibuat bayaran dengan salinan resit rasmi. Bagaimanapun, daripada
568 borang yang telah dibuat bayaran, hanya 153 borang
berjumlah RM7,729 dapat disuaikan dengan resit rasmi.
Sehubungan itu, pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada hasil
berjumlah RM23,335 telah dikeluarkan resit rasmi dan diakaunkan ke Akaun
Hasil LKIM.

iii. Seterusnya, semakan Audit terhadap 153 resit rasmi tersebut mendapati
hanya 61 terimaan berjumlah RM928 telah dikutip pada hari yang sama.
Sebanyak 92 terimaan dengan hasil berjumlah RM6,801 pula telah dikutip
dalam tempoh antara satu (1) hingga 276 hari daripada tarikh kemudahan
digunakan.

Maklum balas LKIM yang diterima pada 29 Mei 2020

Mulai 1 Jun 2020, semua caj perkhidmatan pelabuhan dan caj ikan dipindahkan
hendaklah dibayar serta merta. Notis pemberitahuan mengenai perkara ini telah
ditampal di jeti PPLTB.

Pendapat Kawalan dalaman kutipan hasil di PPLTB adalah lemah.


Audit Kegagalan LKIM mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan
telah mendedahkan LKIM kepada risiko salah guna kuasa dan
ketirisan hasil Kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 33--55
55
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak
Pengurusan Projek Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, Kuching, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 55 02/12/2020 11:13 AM


RAHSIA

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, walaupun PPLTB telah disiapkan dalam tempoh masa yang
ditetapkan, PPLTB masih belum berjaya mencapai sasaran pemusatan bagi 224 bot
nelayan tempatan dan pendaratan ikan sebanyak 29,661 mt setahun. Kelemahan utama
dalam pengurusan projek ialah tiada mekanisme penilaian value for money; ketiadaan
parameter kewangan bagi penetapan AC, MC dan MRF; kelemahan dalam aspek
pembinaan; sistem yang dibangunkan tidak reliable; kelemahan dalam pengurusan
bayaran; dan kelemahan dalam kutipan hasil. Kelemahan dalam pengurusan projek yang
dibangkitkan mengakibatkan projek ini tidak diuruskan dengan cekap dan berhemat.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak
berulang dalam pelaksanaan projek pada masa hadapan, adalah disyorkan supaya pihak
terlibat mengambil tindakan penambahbaikan terhadap perkara seperti berikut:

7.1. LKIM perlu mengambil langkah untuk meningkatkan penggunaan kemudahan


PPLTB dengan menyediakan kemudahan kilang air batu;

7.2. LKIM perlu berbincang dengan pihak agensi negeri iaitu LSS, JKR Negeri dan UPEN
Sarawak untuk menguatkuasakan keputusan mengenai penggunaan PPLTB, penyediaan
kemudahan seperti jalan raya dan penempatan nelayan serta penutupan baraj;

7.3. UKAS perlu menjalankan semakan menyeluruh terhadap semua perjanjian konsesi
bagi projek PPP/PFI untuk memastikan kadar AC telah mengambil kira kadar faedah
pinjaman sebenar yang diberikan oleh pihak bank. Parameter kewangan yang boleh
diambil kira dalam pengiraan AC, MC dan MRF hendaklah ditetapkan bagi memastikan
kadar yang dipersetujui adalah munasabah dan menjaga kepentingan Kerajaan;

7.4. LKIM perlu mempertingkatkan pemantauan terhadap pematuhan terma dan syarat
Perjanjian Konsesi, melakukan due diligence terhadap CMMS bagi memastikan CMMS
adalah credible, reliable dan data berintegriti untuk mengukur pencapaian KPI. Selain itu,
Unit Audit Dalam LKIM hendaklah menjalankan pengauditan pematuhan untuk
memastikan kawalan dalaman operasi pelabuhan dipatuhi sepenuhnya bagi mengelakkan
ketirisan hasil Kerajaan; dan

7.5. UKAS perlu mengkaji semula garis panduan dan proses kerja terutama bagi aspek
penilaian cadangan projek PFI supaya elemen value for money dinilai secara objektif.
Selain itu, UKAS juga hendaklah mengkaji keperluan pelaksanaan kajian outcome bagi
projek PPP/PFI supaya impak pelaksanaan projek secara PPP/PFI dapat diukur.

3 -356
- 56 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kPelabuhan
P e l a b u h a nPerikanan
P e r i k a n a LKIM Tanjung
n LKIM T a n j u nBako,
g B a k oKuching,
, K u c h i nSarawak
g, Sarawak RAHSIA

2. Teks 1 - 3.indd 56 02/12/2020 11:13 AM


4
KEMENTERIAN TENAGA DAN
SUMBER ASLI
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN
GALIAN PERSEKUTUAN
– Pengurusan Tanah Persekutuan

3. Teks 4 - 5.indd 1 02/12/2020 11:14 AM


3. Teks 4 - 5.indd 2 02/12/2020 11:14 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI


JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN
GALIAN PERSEKUTUAN
PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN

Perkara Utama

Apa yang  Tanah Kerajaan Persekutuan bermaksud kesemua tanah yang


diaudit? diperuntukkan bagi kegunaan kementerian/jabatan persekutuan.
Tanah tersebut terdiri daripada tanah milik dan tanah rizab.
Setakat 31 Disember 2019 sebanyak 38,704 lot tanah telah
didaftarkan di atas nama PTP dengan jumlah keluasan
327,351.63 hektar.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap semua tanah
Kerajaan Persekutuan setakat bulan Disember 2019 yang meliputi
dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi aktiviti dan pengurusan
aktiviti tanah Persekutuan.
 Bagi prestasi aktiviti, pencapaian output dinilai terhadap prestasi
pembangunan tanah secara keseluruhan dan prestasi
pembangunan tanah dalam tempoh lima (5) tahun manakala
pencapaian outcome dinilai terhadap penggunaan tanah sama
ada telah digunakan secara optimum melalui tukar guna tanah,
land swap, sewaan, pajakan dan penjualan tanah.
 Pengurusan aktiviti pula dinilai terhadap tiga (3) perkara iaitu
rekod tanah, pajakan dan sewaan tanah serta pelupusan tanah
melalui pindah milik.
 Pengauditan melibatkan pihak yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP),
iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG),
25 Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP), Kementerian
Kewangan (MoF) serta Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),
Jabatan Perdana Menteri.

Mengapa ia  PTP bertanggungjawab menjaga keseluruhan 38,704 lot tanah


penting milik Persekutuan yang berkeluasan 327,351.63 hektar
untuk melibatkan 25 Kementerian. Kelemahan dalam menguruskannya
diaudit? boleh menyebabkan:
- penggunaan tanah yang tidak optimum.
- peningkatan kos kepada Kerajaan dari segi pembayaran cukai
dan pencerobohan.
- pengurangan kutipan hasil daripada aktiviti pajakan dan
sewaan.
- kerugian kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya tanah
dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 - 14 - 1
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 1 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA

Apa yang  Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pengurusan


ditemui tanah Persekutuan adalah kurang cekap. Hal ini kerana maklumat
Audit? berkaitan penggunaan terkini tanah tidak diselenggara dengan
sempurna.

 Selain itu, tiada pemantauan yang menyeluruh dibuat terhadap


tanah yang belum dibangunkan. Kelemahan dalam pengurusan
pajakan dan sewaan menyebabkan berlaku tunggakan dalam
tempoh yang panjang. Proses pelupusan tanah dilaksanakan
tanpa justifikasi dan prosedur yang jelas serta di bawah harga
rizab boleh merugikan Kerajaan. Kelemahan yang perlu diberi
perhatian adalah seperti berikut:

- Sebanyak 1,065 lot tanah (5.6%) masih belum dibangunkan.


Daripada jumlah tersebut, 61 lot tanah (5.7%) dipegang oleh
KJP dalam tempoh lima (5) tahun, pemilikan bagi 727 lot
tanah (68.3%) adalah melebihi lima (5) tahun manakala
tarikh pemilikan bagi 277 lot tanah (26%) tidak dapat
ditentukan. Cukai tanah yang dibayar oleh JKPTG terhadap lot
tanah yang belum dibangunkan pada tahun 2019 adalah
berjumlah RM21.59 juta.
- Sejumlah 19,729 lot tanah (50.9%) yang berkeluasan
183,202.21 hektar tidak diketahui status pembangunannya.
- Kelemahan dalam pengurusan rekod data tanah yang tidak
tepat dan selaras antara JKPTG dan PTG yang mana sejumlah
16,469 lot tanah PTP (121,178 hektar) tidak direkodkan
dalam SPTB. Sejumlah 2,642 lot tanah PTP (63,764 hektar)
pula tidak direkodkan dalam e-Tanah. Sejumlah 11,655 lot
tanah PTP (53,038.23 hektar) ada direkodkan dalam SPTB/
e-Tanah tetapi tidak direkodkan dalam MyeTaPP.
- Penjagaan dan pengawalan tanah kurang cekap. Berlaku
pencerobohan terhadap tanah yang belum dibangunkan.
- Kelemahan dalam pengurusan pajakan dan sewaan yang
menyebabkan berlaku tunggakan dalam tempoh yang
panjang, kelewatan menamatkan perjanjian dan hasil sewaan
tidak dipungut.
- Kelemahan dalam proses pelupusan tanah yang mana tanah
dijual lebih rendah daripada kadar rizab/penilaian JPPH yang
ditetapkan.

4-2
4-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 2 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI


JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN
PERSEKUTUAN
1. PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN

FAKTA UTAMA TANAH PERSEKUTUAN

25 327,351.63 hektar 38,704


 Kementerian Pengguna  Keluasan tanah Persekutuan  Lot tanah didaftarkan atas nama
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Objektif Penggunaan tanah dapat dioptimumkan melalui pengurusan tanah yang cekap
dan berkesan

Peranan Pesuruhjaya Custodian kepada tanah Kerajaan Persekutuan; mengurus perolehan dan
Tanah Persekutuan (PTP) pelupusan tanah; mengurus pembayaran cukai tanah; membantu KJP dalam
perancangan guna tanah serta mengurus penyimpanan, penyelenggaraan dan
pengemaskinian rekod tanah

Peranan Kementerian/ Mengenal pasti, membangun dan mengawal tanah Kerajaan Persekutuan
Jabatan Pengguna (KJP)

1. LATAR BELAKANG

1.1. Seksyen 425 (2) Kanun Tanah Negara memperuntukkan takrif tanah Kerajaan
adalah termasuk tanah Kerajaan Persekutuan. Tanah Kerajaan Persekutuan bermaksud
kesemua tanah yang diperuntukkan bagi kegunaan Kementerian dan Jabatan
persekutuan. Tanah tersebut terdiri daripada tanah milik dan tanah rizab. Tanah milik
Persekutuan didaftarkan hak miliknya atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)
manakala tanah rizab Persekutuan merupakan tanah yang diperuntukkan bagi maksud
Persekutuan di bawah Perkara 85(5) Perlembagaan Persekutuan. PTP diperbadankan di
bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Pemerbadanan) 1957 (disemak 1988)
[Akta 349] bagi menjalankan kuasa memiliki dan melupuskan tanah Kerajaan
Persekutuan. Oleh itu, segala harta tanah kepunyaan Kerajaan Persekutuan adalah
didaftarkan atas nama PTP.

1.2. Bagi melaksanakan tanggungjawab mengurus tanah Kerajaan Persekutuan


terdapat sekurang-kurangnya dua (2) pihak yang terlibat iaitu PTP dan Kementerian
dan Jabatan Pengguna (KJP). Secara amnya, peranan kedua-dua pihak ini adalah
seperti dalam Jadual 1.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 - 34 - 3
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 3 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 1
PERANAN PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
DAN KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA
PIHAK PERANAN
 Custodian kepada tanah Kerajaan Persekutuan
 Mengurus perolehan tanah untuk kegunaan KJP
 Mengurus penyimpanan, penyelenggaraan dan pengemaskinian rekod-rekod tanah
Kerajaan Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah  Mengurus pelupusan tanah Kerajaan Persekutuan melalui penyewaan, pajakan, pindah
Persekutuan (PTP) milik dan lain-lain urus niaga tanah termasuk pelepasan atau penyerahan balik
 Mengurus pembayaran cukai tanah ke atas semua tanah milik Kerajaan Persekutuan (cukai
semasa)
 Membantu KJP dalam perancangan guna tanah yang belum dibangunkan melalui
pendekatan tukar guna tanah

Kementerian/Jabatan  Mengenal pasti (termasuk memohon tanah melalui PTP), membangun dan mengawal tanah
Pengguna (KJP) Kerajaan Persekutuan
Sumber: JKPTG

1.3. Di JKPTG, bahagian yang terlibat dengan pengurusan tanah Kerajaan Persekutuan
ialah Bahagian Harta Tanah Persekutuan (BHTP), Bahagian Penguatkuasaan dan Hasil
Persekutuan (BPHP) serta Bahagian Pengurusan ICT Pentadbiran Tanah. Selain itu,
Bahagian Pengurusan Aset Awam (Bahagian PAM) dan Bahagian Syarikat Pelaburan
Kerajaan (GIC), Kementerian Kewangan (MoF) serta Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut terlibat dalam proses pelupusan tanah
selain JKPTG. Peranan dan tanggungjawab bahagian yang terlibat seperti dalam
Jadual 2.

JADUAL 2
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN YANG TERLIBAT
BAHAGIAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

 Menggubal, mengurus dan menyelaras  Menyediakan draf Memorandum/ulasan


permohonan pajakan/penswastaan tanah/ Memorandum Jemaah Menteri
bangunan milik PTP oleh pihak KJP/pihak  Menguruskan dan memantau Akaun
swasta Belum Terima bagi syarikat yang
Bahagian Harta  Mengurus proses perolehan tanah untuk tertunggak
Tanah Persekutuan KJP melalui proses permohonan  Merancang dan menguruskan Mesyuarat
(BHTP) pemberimilikan dan perizaban Jawatankuasa Pemantauan Tanah
 Menguruskan proses perletakhakan tanah Persekutuan, Mesyuarat Pengurusan
kepada PTP Seksyen
 Menguruskan pembayaran cukai tanah
milik PTP kepada Pihak Berkuasa Negeri

 Mengawal selia, memantau dan  Bekerjasama dengan JKPTG Negeri untuk


memastikan rekod tanah Kerajaan mengklasifikasikan tanah-tanah Kerajaan
Bahagian Persekutuan Persekutuan yang masih kosong, terbiar
Penguatkuasaan dan  Menguruskan tindakan penguatkuasaan ke dan diceroboh
Hasil Persekutuan atas pencerobohan tanah rizab dan milik  Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa
(BPHP) Persekutuan Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta
 Menyelia dan memantau kutipan hasil Tanah Persekutuan
Persekutuan

Bahagian Pengurusan  Menguruskan Sistem Tanah Persekutuan:


ICT Pentadbiran i. Pengurusan hasil Persekutuan iii. Harta tanah Persekutuan
Tanah ii. Pengambilan tanah Persekutuan iv. Pusaka

4 - 44 - 4 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 4 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

BAHAGIAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


Kementerian Kewangan

Bahagian Pengurusan
Aset Awam Menguruskan proses pelupusan tanah kepada individu dan syarikat swasta
(Bahagian PAM)

Bahagian Syarikat
Pelaburan Kerajaan Menguruskan proses pelupusan tanah kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan
(GIC)

Jabatan Perdana Menteri

Unit Kerjasama
 Menguruskan proses pelupusan tanah secara land swap
Awam Swasta
 Penilaian projek land swap
(UKAS)
Sumber: JKPTG, MoF dan UKAS

1.4. Bagi mendapatkan tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan, PTP akan
menguruskan perolehan tanah melalui beberapa kaedah. Kaedah tersebut adalah melalui
permohonan pemberimilikan atau perizaban tanah kosong daripada Kerajaan Negeri dan
pengambilan tanah secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Selain itu,
tanah PTP juga diperoleh melalui pembelian tanah secara rundingan daripada pemilik
tanah sama ada orang perseorangan, syarikat dan perbadanan.

1.5. Di peringkat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG),
maklumat tanah Persekutuan disimpan secara berkomputer dalam sistem Pengurusan
Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka (MyeTaPP). JKPTG telah membangunkan
sistem MyeTaPP pada tahun 2007 bertujuan untuk merekodkan maklumat dan lokasi
tanah Persekutuan. Sistem ini digunakan di Ibu Pejabat JKPTG dan JKPTG Cawangan
Negeri. Terdapat empat (4) fasa penambahbaikan dan naik taraf MyeTaPP sehingga
tahun 2017 melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM26.74 juta.

1.6. Bagi agensi di bawah Kerajaan Negeri iaitu Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri,
Sistem e-Tanah dan Sistem Pengurusan Tanah Bersepadu (SPTB) digunakan dalam
pengurusan pentadbiran tanah di negeri. Tiga (3) PTG Negeri menggunakan e-Tanah
iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur. SPTB pula
digunakan oleh sebelas (11) PTG negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan,
Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, WP Labuan dan WP Putrajaya. Kedua-dua
sistem yang digunakan oleh PTG Negeri ini iaitu e-Tanah dan SPTB tidak berintegrasi
dengan MyeTaPP. Keadaan ini kerana SPTB merupakan sistem yang beroperasi sendirian
(stand alone) dan bukan berasaskan web (web-based). Bagi sistem e-Tanah pula, hanya
PTG WP Kuala Lumpur mempunyai integrasi dengan MyeTaPP bagi Urusan Pusaka.

1.7. Setakat 31 Disember 2019 sebanyak 38,704 lot tanah yang terletak hak di atas
nama PTP dengan jumlah keluasan 327,351.63 hektar telah direkodkan dalam MyeTapp.
Maklumat tanah Persekutuan yang direkodkan di bawah kawalan KJP adalah seperti
dalam Jadual 3.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 - 45 - 5
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 5 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 3
MAKLUMAT TANAH PERSEKUTUAN MENGIKUT
KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA SETAKAT BULAN DISEMBER 2019
MyeTaPP MyeTaPP
BIL. KJP BIL. KELUASAN BIL. KJP BIL. KELUASAN
LOT TANAH (ha) LOT TANAH (ha)

1. KPM 9,556 91,747.20 14. MESTECC 182 4,864.02

2. JPM 4,996 7,331.53 15. KPWKM 154 519.78

3. MinDef 4,727 37,247.16 16. MITI 146 73.76

4. KDN 4,206 71,564.98 17. KBS 84 840.66

5. KKM 3,984 9,637.45 18. KPDNHEP 7 54.49

6. KATS 2,913 6,956.03 19. KSM 58 655.81

7. KPLB 1,719 6,301.48 20. KWP 33 176.77

8. KKMM 1,665 2,757.57 21. MOTAC 45 94.80

9. MoF 1,132 1,599.09 22. KIU 20 147.51

10. KPKT 977 1,561.82 23. MEA 11 140.13

11. MoA 950 62,473.72 24. KLN 8 9.97

12. MOT 810 19,556.12 25. MED 1 1.74

13. KKR 320 1,038.04

JUMLAH KESELURUHAN 38,704 327,351.63


Sumber: MyeTaPP

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan bertujuan untuk menilai sama ada tanah Kerajaan Persekutuan
telah diuruskan dengan berhemat, cekap dan berkesan supaya digunakan secara
optimum.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan
tanah. Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian output dan
outcome. Pencapaian output melibatkan penilaian terhadap prestasi pembangunan tanah
secara keseluruhan dan prestasi pembangunan tanah dalam tempoh lima (5) tahun.
Pencapaian outcome pula dinilai sama ada tanah PTP telah digunakan secara optimum.

3.2. Pengurusan aktiviti merangkumi pengurusan rekod tanah, pengurusan pajakan dan
sewaan tanah serta pelupusan tanah melalui pindah milik.

3.3. Pengauditan merangkumi penilaian terhadap semua tanah Kerajaan Persekutuan


bagi tempoh tahun 2016 hingga Disember 2019. Pengauditan ini tidak melibatkan tanah
Kerajaan di luar negara. Pengauditan telah dijalankan di Ibu Pejabat JKPTG melibatkan
Bahagian Harta Tanah Persekutuan, Bahagian Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan

4 - 64 - 6 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 6 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

serta Bahagian Pengurusan ICT Pentadbiran Tanah. Selain itu, pengauditan turut
dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Aset Awam (Bahagian PAM), Bahagian Syarikat
Pelaburan Kerajaan (GIC), Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) serta Unit Kerjasama
Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

3.4. Semakan terhadap dokumen meliputi tempoh 2016 hingga Disember 2019. Analisis
data tanah daripada MyeTaPP turut dibuat sehingga 31 Disember 2019. Sejumlah 38,704
lot tanah daripada MyeTaPP dianalisis untuk mengesahkan ketepatan rekod tanah
Kerajaan Persekutuan. Pemilihan sampel bagi menilai prestasi dan pengurusan tanah
Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

a. daripada jumlah keseluruhan 38,704 lot tanah, sejumlah 18,975 lot tanah (49%) telah
dianalisis bagi menilai prestasi pembangunan tanah Persekutuan sama ada telah
dibangunkan atau belum dibangunkan mengikut kegunaan asal tanah;

b. lawatan Audit telah dijalankan di lima (5) negeri iaitu Wilayah Persekutuan (WP) Kuala
Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Johor melibatkan 130 sampel lot tanah;

c. bagi menilai elemen pengurusan hasil tanah, kesemua 11 fail pajakan (ABT) dan
38 (12.7%) daripada 300 fail sewaan (ABT) telah disemak; dan

d. sebanyak 16 (37%) daripada 43 lot tanah yang dibatalkan milikan PTP dalam tempoh
tahun 2016 hingga 2019 telah dipilih bagi menilai elemen pelupusan tanah melibatkan
proses pindah milik tanah.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen serta menganalisis
data yang berkaitan. Selain itu, temu bual/perbincangan serta pemeriksaan fizikal Audit
turut dilaksanakan untuk menentukan sama ada tanah tersebut telah diuruskan dengan
cekap dan digunakan secara optimum.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan dari bulan November 2018 hingga Disember 2019.
Penemuan Audit dan maklum balas daripada JKPTG, KJP dan MoF telah dibincangkan
dalam Mesyuarat Penutup (Exit Conference) pada 9 Oktober 2019. Penjelasan lanjut
adalah seperti dalam perenggan berikut:

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 - 47 - 7
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 7 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

5.1. Prestasi Aktiviti

5.1.1. Pencapaian Output

Tanah yang dimiliki oleh PTP diperoleh melalui pelbagai kaedah seperti permohonan
pemberimilikan atau perizaban tanah kosong daripada Kerajaan Negeri serta
pengambilan tanah secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Selain itu,
tanah PTP juga diperoleh melalui pembelian tanah secara rundingan daripada pemilik
tanah sama ada orang perseorangan, syarikat dan perbadanan. Perolehan tanah ini
diuruskan oleh PTP untuk kegunaan KJP. Sehubungan itu, KJP bertanggungjawab
membangunkan tanah selaras dengan kegunaan asal tanah yang telah dipohon.

a. Prestasi Pembangunan Tanah Secara Keseluruhan

i. Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PPTP) Bilangan 3 Tahun 2008


menetapkan KJP berperanan untuk mengenal pasti, membangun dan
mengawal tanah Kerajaan Persekutuan. KJP juga bertanggungjawab untuk
merancang penggunaan tanah yang telah diperoleh mengikut tujuan yang
telah ditetapkan.

ii. Semakan Audit terhadap maklumat tanah dalam MyeTaPP setakat bulan
Disember 2019 mendapati, sebanyak 38,704 lot tanah (berkeluasan
327,351.63 hektar) telah diperoleh untuk kegunaan 25 KJP. Bagaimanapun,
status pembangunan tanah tidak diketahui kerana maklumat
tersebut tidak direkodkan dalam MyeTaPP. Ini kerana medan khas bagi tujuan
merekod status pembangunan tanah tidak diwujudkan. MyeTaPP hanya
merekodkan tujuan asal semasa perolehan tanah dipohon oleh KJP. Selain itu,
KJP juga tidak mempunyai capaian bagi mengemas kini status pembangunan
tanah di bawah kawalan masing-masing. Keadaan ini boleh menyukarkan
perancangan, kawalan dan pemantauan terhadap tanah Kerajaan
Persekutuan.

iii. Pihak Audit telah membuat pengesahan dengan 25 KJP yang terlibat untuk
menentukan status pembangunan bagi 38,704 lot tanah. Berdasarkan
pengesahan daripada 25 KJP, Audit mendapati:

 sebanyak 17,910 lot tanah (46. 3%) telah dibangunkan melibatkan 25 KJP;

 sebanyak 1,065 lot tanah (2.8%) masih belum dibangunkan melibatkan


21 KJP;

 sebanyak 19,729 lot tanah (50.9%) tidak dapat disahkan oleh


KJP sama ada telah dibangunkan mengikut kelulusan asal
penggunaan tanah. Antaranya disebabkan KJP tidak mempunyai
maklumat/rekod berkaitan lot tanah berkenaan.

4 - 84 - 8 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 8 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Maklumat lanjut seperti dalam Carta 1 dan Jadual 4.

CARTA 1
MAKLUMAT TANAH PERSEKUTUAN MENGIKUT
KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA SETAKAT BULAN DISEMBER 2019

JADUAL 4
MAKLUMAT TANAH PERSEKUTUAN MENGIKUT
KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA SETAKAT BULAN DISEMBER 2019
MyeTaPP PENGESAHAN KJP
TELAH BELUM TIDAK DAPAT
BIL. KJP BIL. DIBANGUNKAN DIBANGUNKAN DISAHKAN KJP
KELUASAN
LOT
(ha) BIL. KELUASAN BIL. KELUASAN BIL. KELUASAN
TANAH
LOT (ha) LOT (ha) LOT (ha)
1. KPM 9,556 91,747.20 3,205 11,720.23 409 1,227.42 5,942 78,799.55

2. JPM 4,996 7,331.53 1,715 2,267.04 7 48.48 3,274 5,016.01

3. MinDef 4,727 37,247.16 4,455 27,061.91 118 3,770.88 154 6,414.37

4. KDN 4,206 71,564.98 257 46,631.82 12 84.16 3,937 24,849.00

5. KKM 3,984 9,637.45 3,385 7,274.03 194 345.81 405 2,017.61

6. KATS 2,913 6,956.03 20 26.4 12 32.56 2,881 6,897.07

7. KPLB 1,719 6,301.48 140 88.508 13 8.94 1,566 6,204.04

8. KKMM 1,665 2,757.57 1,063 1,051.39 71 116.57 531 1,589.61

9. MoF 1,132 1,599.09 970 1,468.67 49 44.93 113 85.49

10. KPKT 977 1,561.82 568 1,253.99 53 105.42 356 202.41

11. MoA 950 62,473.72 736 22,816.38 32 227.56 182 39,429.78

12. MOT 810 19,556.12 586 12,311.39 29 441.74 195 6,802.99

13. KKR 320 1,038.04 263 894.71 9 4.66 48 138.67

14. MESTECC 182 4,864.02 118 597.09 23 89.85 41 4,177.08

15. KPWKM 154 519.78 108 264.42 18 52.14 28 203.23

16. MITI 146 73.76 135 59.52 2 1.16 9 13.08

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 - 94 - 9
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 9 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

MyeTaPP PENGESAHAN KJP


TELAH BELUM TIDAK DAPAT
BIL. KJP BIL. DIBANGUNKAN DIBANGUNKAN DISAHKAN KJP
KELUASAN
LOT
(ha) BIL. KELUASAN BIL. KELUASAN BIL. KELUASAN
TANAH
LOT (ha) LOT (ha) LOT (ha)
17. KBS 84 840.66 74 825.48 2 2.31 8 12.87

18. KPDNHEP 7 54.49 1 1.98 0 0.00 6 52.51


19. KSM 58 655.81 48 529.88 6 85.02 4 40.91
20. KWP 33 176.77 21 122.78 4 2.62 8 51.37
21. MOTAC 45 94.80 25 43.29 1 4.76 19 46.75
22. KIU 20 147.51 11 99.1091 1 16.11 8 32.29
23. MEA 11 140.13 1 16.33 0 0.00 10 123.80
24. KLN 8 9.97 4 8.25 0 0.00 4 1.72
25. MED 1 1.74 1 1.74 0 0.00 0 0.00

JUMLAH
38,704 327,351.63 17,910 137,436.34 1,065 6,713.10 19,729 183,202.21
KESELURUHAN
Sumber: MyeTaPP dan Pengesahan KJP

Maklum balas JKPTG yang diterima pada 4 Oktober dan 18 Disember 2019

Cadangan penambahbaikan bagi pengemaskinian rekod:

 Menggunakan platform Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Induk dan


Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Peringkat JKPTG Negeri yang diadakan
pada setiap tahun.

 KJP mengemukakan senarai tanah di bawah kawalannya untuk semakan PTP.

 Cadangan supaya KJP membuat rekod berasingan bagi tanah yang mempunyai
hak milik dan aset atas tanah yang bukan milik PTP. Ini bagi memudahkan
perbandingan rekod dalam MyeTaPP.

JKPTG telah melaksanakan Bengkel Penyelarasan Pemantapan Pengurusan Tanah


Milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 24 Oktober 2019 melibatkan KJP dan
JKPTG Negeri. Bengkel ini bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai
pengurusan tanah Persekutuan dan membolehkan Jabatan membuat semakan
semula Standard Operating Procedure (SOP) pengurusan tanah Persekutuan. Sesi
engagement bersama KJP juga telah diadakan pada 21 Oktober 2019 bagi tujuan
advokasi pengurusan tanah Persekutuan dan pengemaskinian rekod.

JKPTG juga sedang mengemas kini data secara manual bagi setiap kementerian dan
agensi berdasarkan Akta Fungsi Menteri yang baharu. Proses ini akan mengambil
masa yang lama dan dijangka akan selesai dalam tempoh enam (6) bulan.

4 -410
- 10 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n TTanah Persekutuan
anah P ersekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 10 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Ketiadaan maklumat lengkap mengenai status pembangunan


Audit tanah menyebabkan JKPTG tidak mengetahui bilangan dan
maklumat sebenar tanah yang belum dibangunkan oleh KJP.
Keadaan ini boleh memberi impak terhadap keberkesanan
perancangan, kawalan dan pemantauan terhadap tanah
Kerajaan Persekutuan.

b. Prestasi Pembangunan Tanah dalam Tempoh Lima (5) Tahun

i. Pekeliling JKPTG Bilangan 2 Tahun 2007 menetapkan KJP hanya boleh


memiliki dan memegang tanah Kerajaan Persekutuan yang belum dan tidak
dimajukan dalam tempoh lima (5) tahun. Bagi tanah yang tidak dibangunkan
melebihi lima (5) tahun, akan terserah tersendirinya kembali kepada PTP bagi
membolehkan tanah berkenaan ditawarkan kepada KJP yang lain melalui
kaedah pemadanan.

ii. Analisis Audit terhadap maklumat tanah yang dikemukakan oleh KJP
mendapati sebanyak 17,910 lot tanah (46.3%) daripada 38,704 lot tanah telah
dibangunkan dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan Kerajaan
Persekutuan. Antaranya pembinaan sekolah, hospital, balai polis, kompleks
bangunan Kerajaan, kuarters kakitangan awam dan kompleks sukan. Pihak
Audit telah membuat pemeriksaan dan lawatan terhadap 30 sampel lot tanah
yang dibangunkan pada bulan Julai 2019. Sampel lawatan Audit merangkumi
tanah di bawah kawalan KPM, MESTECC dan KATS seperti dalam Jadual 5.
Antara lot tanah yang telah dibangunkan adalah seperti dalam Gambar 1
dan 2.

JADUAL 5
SAMPEL LAWATAN AUDIT TERHADAP LOT TANAH YANG DIBANGUNKAN
NEGERI KPM MESTECC KATS BIL. LOT

Selangor 14 3 0 17

WP Kuala Lumpur 0 12 1 13

JUMLAH 14 15 1 30
Sumber: Jabatan Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 11
- 11
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 11 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 1 GAMBAR 2

Fasal 166(4) Lot 35, Kajang, Selangor GRN 169494 Lot 33074, Sepang, Selangor
Keluasan Tanah 0.74 Hektar Keluasan Tanah 1.97 Hektar
- Lot Tanah untuk Kegunaan SK Bandar Kajang - Lot Tanah untuk Kegunaan Tapak Cybersecurity
KJP: KPM KJP: MESTECC
(22.07.2019) (22.07.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

iii. Selain itu, semakan Audit terhadap maklum balas status pembangunan tanah
yang diterima daripada KJP mendapati sebanyak 1,065 lot tanah
(5.6%) daripada keseluruhan 18,975 lot tanah (yang disahkan
oleh KJP) masih belum dibangunkan oleh KJP.

● Analisis Audit selanjutnya mendapati, sebanyak 61 lot tanah (5.7%)


dipegang oleh KJP tidak dibangunkan dalam tempoh lima (5) tahun.
Manakala selebihnya iaitu 727 lot tanah (68.3%) dipegang oleh KJP
melebihi lima (5) tahun tanpa dibangunkan. Seterusnya daripada jumlah
ini, sebanyak 144 lot tanah dipegang KJP antara enam (6) hingga 10
tahun, 261 lot tanah dipegang antara 11 hingga 19 tahun dan 322 lot
dipegang melebihi 20 tahun. Sejumlah 277 lot tanah (26%) pula tidak
dapat ditentukan tarikh pemilikan.

● Berdasarkan maklum balas daripada pelbagai KJP, antara sebab lot tanah
tidak dibangunkan adalah kerana dalam perancangan pembangunan
(16.4%), tiada peruntukan (15.1%), projek terbengkalai (5.8%), projek
tidak diluluskan (2.4%), tiada perancangan (1.8%) dan lokasi tapak tidak
sesuai (1.7%). Sebanyak 505 lot tanah (47.4%) daripada 1,065 lot tanah
tersebut tiada justifikasi penggunaan tanah diberikan oleh KJP. Butiran
lanjut seperti dalam Jadual 6.
JADUAL 6
SEBAB TANAH BELUM DIBANGUNKAN
BIL. JUSTIFIKASI BIL. LOT PERATUS (%)
1. Tiada justifikasi diberikan oleh KJP 505 47.4
2. Dalam perancangan pembangunan 175 16.4
3. Tiada peruntukan 161 15.1
4. Projek terbengkalai 62 5.8
5. Tidak sesuai dengan keperluan semasa 45 4.2
6. Projek tidak diluluskan/dibatalkan/tidak diteruskan 26 2.4

4-4
12- 12 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 12 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

BIL. JUSTIFIKASI BIL. LOT PERATUS (%)


7. Sewa/pajak/land swap/serah balik/tukar guna dan jualan 24 2.3
8. Tiada perancangan 19 1.8
9. Lokasi tidak sesuai 18 1.7
10. Tiada maklumat 17 1.6
11. Telah berhenti operasi 7 0.7
12. Lot tanah bertindih 3 0.3
Lain-lain (contoh: bangunan usang, tapak masih
13. 3 0.3
menempatkan blok kuarters, rizab jalan)
JUMLAH KESELURUHAN 1,065 100
Sumber: Pengesahan KJP

 Semakan Audit juga mendapati, Kerajaan perlu menanggung kos


cukai tanah bagi tanah kosong yang belum dibangunkan oleh KJP.
Pada tahun 2019, cukai tanah yang dibayar oleh JKPTG terhadap 1,263 lot
tanah yang belum dibangunkan adalah berjumlah RM21.59 juta.
Amaun pembayaran ini merangkumi lot tanah yang dikeluarkan notis
pembayaran cukai pada tahun semasa dan tahun sebelum.

 Selain itu, tanah yang tidak dibangunkan oleh KJP untuk satu tempoh yang
lama boleh menyebabkan tanah terbiar dan meningkatkan risiko tanah
diceroboh. Lawatan fizikal Audit terhadap sampel 100 lot tanah yang tidak
dibangunkan bagi KPM (87 lot), KATS (7 lot), MESTECC (2 lot) dan tiada
KJP (4 lot) mendapati kurangnya pengawalan terhadap tanah yang belum
dibangunkan menyebabkan 44 lot tanah yang dilawati telah terbiar.
Keadaan ini boleh menjejaskan imej Kerajaan seperti dalam Gambar 3
hingga 6.

GAMBAR 3 GAMBAR 4

GRN 37215 Lot 28281, Bera, Pahang GM550 Lot 1007, Larut Matang, Perak
Keluasan Tanah 0.7935 Hektar Keluasan Tanah 4.223 Hektar
- Terdapat Rumah Lama dan Terbiar - Lot Tanah Tidak Berpagar dan Terbiar
KJP: Tiada KJP: KATS
(13.11.2018) (13.02.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 13
- 13
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 13 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 5 GAMBAR 6

GRN 16118 Lot 5002, Jerantut, Pahang Fasal 166(4) Lot 4191, Larut Matang, Perak
Keluasan Tanah 1.75 Hektar Keluasan Tanah 0.1568 Hektar
- Bangunan Sekolah Terbiar dan Dipenuhi Semak - Bekas Tapak Bangunan Sekolah Usang dan Terbiar
KJP: KPM KJP: KPM
(15.01.2019) (19.02.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

 Pihak Audit juga mendapati berlaku pencerobohan terhadap 22


daripada 100 sampel lot tanah tersebut. Contoh lot tanah yang
diceroboh adalah seperti dalam Gambar 7 hingga 12.

GAMBAR 7 GAMBAR 8

Ceroboh Tanaman Kontan


dan Bengkel Traktor

GRN 28536 LOT 26552, Bera, Pahang


Keluasan Tanah 7.326 Meter Persegi
- Lot Tanah untuk Kegunaan SMK Sri Buntar Diceroboh dengan Tanaman Kontan dan Bengkel Traktor
KJP: KPM
Satelit: SPOT-6 (1.5m) & Pleiades (0.5m)
Tarikh Cerapan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA): 21.03.2017
(13.11.2018)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 9 GAMBAR 10

Ceroboh Pokok Getah dan


Kawasan Cerang

GRN39255 Lot 15323, Jerantut, Pahang


Keluasan Tanah 6.09 Hektar
- Lot Tanah Untuk Kegunaan SK Kg. Padang Diceroboh dengan Tanaman Pokok Getah oleh Penduduk
KJP: KPM
Satelit: Spot-7 (1.5m)
Tarikh Cerapan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA): 03.05.2019
(18.01.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

4-4
14- 14 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 14 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 11 GAMBAR 12

GRN 24800 Lot 15089, Bentong, Pahang QTR 1685 Lot 228, Labis, Johor
Keluasan Tanah 0.506 Hektar Keluasan Tanah 0.22005 Hektar
- Diceroboh oleh Penduduk Dijadikan Tempat Barang Kitar Semula - Terdapat Binaan yang Didirikan di atas Lot Tanah
KJP: KPM KJP: KPM
(12.11.2018) (05.03.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

 Selain itu, pihak Audit juga mendapati enam (6) lot tanah
mempunyai kesan cerang akibat penerokaan tanah seperti
dalam Jadual 7 dan Gambar 13 hingga 16.

JADUAL 7
LOKASI CERAPAN IMEJ YANG MEMPUNYAI KESAN PENEROKAAN TANAH
NO. HAK MILIK/ DAERAH/ KELUASAN PENEMUAN BERDASARKAN
BIL. LOKASI
NO. LOT/NO. PT NEGERI (ha) MAKLUMAT MYSA
HSD 14038 Bentong/
1. 0.809 Tambahan SMK Bentong Belukar/Kawasan Cerang
PT 17039 Pahang
HSD 14855 Bentong/ Sek. Berasrama Penuh Belukar/Kawasan Cerang
2. 24.28
PT 18754 Pahang Intergrasi di Janda Baik (Gambar 13)
GRN 31618 Jerantut/ Belukar, Kolam dan Kelapa Sawit
3. 7.659 SK/SMK Jerantut Indah
Lot 16679 Pahang (Gambar 14)
GRN 25187 Temerloh/ Tapak SMK Agama Belukar/Kawasan Cerang
4. 15.28
Lot 20191 Pahang Temerloh, Pahang (Gambar 15 dan 16)
GRN 27672 Kuantan/ Tapak SK Kampung
5. 4.065 Belukar/Kawasan Cerang
Lot 10977 Pahang Tuan
GRN 39255 Jerantut/ Tapak SK Kampung
6. 6.09 Belukar/Kawasan Cerang
PT 15323 Pahang Padang
Sumber: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

GAMBAR 13 GAMBAR 14

Kawasan Cerang Kolam

HSD 14855 PT 18754, Bentong, Pahang GRN 31618 Lot 16679,Jerantut, Pahang
Keluasan Tanah 24.28 Hektar Keluasan Tanah 7.659 Hektar
- Lot Tanah untuk Kegunaan Sek. Berasrama Penuh Intergrasi - Lot Tanah untuk Kegunaan Tapak SK/SMK Jerantut Indah
Janda Baik Telah Diceroboh di Bahagian Utara ke Timur Didapati Ada Kolam, Belukar dan Kelapa Sawit
KJP: KPM KJP: KPM
Satelit: Spot-6 (1.5m) Satelit: Spot-7 (1.5m) & Pleiades (0.5m)
Tarikh Cerapan Oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA): Tarikh Cerapan Oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA):
20.10.2018 03.05.2019 dan 16.04.2017
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 15
- 15
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 15 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 15 GAMBAR 16

Belum Tanda Cerang


Diceroboh Kerana Diceroboh

GRN 25187 Lot 20191, Jerantut, Pahang


Keluasan Tanah 15.28 Hektar
- Lot Tapak SMKA Temerloh Mempunyai Tanda Cerang Kerana Telah Diceroboh
KJP: KPM
Satelit: Spot-7 & Spot-6 (1.5m)
Tarikh Cerapan Oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA): 01.10.2018 dan 03.05.2019
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

 Semakan Audit terhadap sampel 100 lot tanah yang belum dibangunkan
juga mendapati perkara berikut:

- 44 lot tanah telah dipagar, manakala 46 lot tanah tidak dipagar


dan 10 lot tanah hanya dipagar sebahagian.

- 35 lot tanah dipasang papan tanda, manakala 65 lot tanah tidak


dipasang papan tanda sebagai pemberitahuan tanah milik
Kerajaan. Hal ini disebabkan oleh KJP tidak mempunyai peruntukan
kewangan yang mencukupi di samping kurang kesedaran pengetahuan
mengenai kewujudan tanah di bawah kawalannya. Maklumat lanjut
seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8
STATUS PENGAWALAN TANAH SEMASA LAWATAN AUDIT
STATUS TANAH KPM MESTECC TIADA KJP KATS JUMLAH LOT
Telah Dipagar 37 1 2 4 44
Tidak Dipagar 40 1 2 3 46
Dipagar Sebahagian 10 0 0 0 10
JUMLAH 87 2 4 7 100
Dipasang Papan Tanda 30 0 2 3 35
Tidak Dipasang Papan Tanda 57 2 2 4 65
JUMLAH 87 2 4 7 100
Sumber: Bahagian Harta Tanah Persekutuan, JKPTG

 Berdasarkan maklum balas penilaian daripada JPPH yang diterima pihak


Audit, Kerajaan berpotensi kehilangan hasil tambahan disebabkan
pencerobohan tanah tanpa disewakan atau dipajakkan. Adalah
dianggarkan nilai hasil bagi 14 daripada 22 lot tanah yang telah diceroboh

4-4
16- 16 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 16 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

sekiranya disewakan atau dipajak masing-masing berjumlah RM0.75 juta


setahun dan RM12.08 juta bagi tempoh 30 tahun.

Maklum balas JKPTG yang diterima pada 29 Jun 2020

Mesyuarat KSU Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2019


bertarikh 10 September 2019 bersetuju supaya tanah yang belum dibangunkan dikaji
untuk pajakan atau sewaan bagi sektor pertanian. Senarai 242 lot tanah yang belum
dibangunkan telah dikemukakan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk
tujuan kajian awal. Mesyuarat yang sama juga bersetuju supaya KJP memastikan
tanah dijaga dan dipagar bagi mengelakkan implikasi negatif.

Sehingga 18 Jun 2020 sebanyak 324 lot tanah dengan anggaran keluasan 1,458
hektar telah dilaksanakan tukar guna antara KJP. Proses tukar guna bukan sahaja
bagi menangani isu tanah Persekutuan yang belum dibangunkan tetapi dalam masa
yang sama dapat menjimatkan peruntukan untuk perolehan tanah baru bagi
pembangunan projek Persekutuan.

Pendapat Prestasi pembangunan tanah adalah kurang cekap


Audit memandangkan terdapat tanah yang tidak dibangunkan
untuk tempoh masa yang lama selepas diperoleh. Kerajaan
juga perlu menanggung kos cukai tanah setiap tahun bagi
tanah kosong yang belum dibangunkan oleh KJP.
Pencerobohan ke atas tanah yang belum dibangunkan juga
menunjukkan pemantauan dan kawalan terhadap tanah
adalah kurang berkesan.

5.1.2. Pencapaian Outcome

Berdasarkan Arahan No.1 2010, Majlis Tindakan Negara, penilaian outcome adalah
sebagai early warning system, membantu Kementerian menyelaras semula strategi
pelaksanaan program atau projek agar mencapai sasaran outcome yang dihasratkan.
Bagi menilai pencapaian outcome pengurusan tanah Persekutuan, pihak Audit telah
melaksanakan penilaian terhadap penggunaan tanah untuk menentukan sama ada
tanah tersebut telah digunakan secara optimum.

a. Tukar Guna Tanah

i. Pekeliling JKPTG Bilangan 2 Tahun 2007 menetapkan bahawa tanah yang


tidak dibangunkan melebihi lima (5) tahun, boleh ditawarkan oleh PTP kepada
KJP yang lain melalui kaedah pemadanan. Kaedah ini dilaksanakan secara
proses tukar guna tanah antara KJP berdasarkan keperluan semasa.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 17
- 17
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 17 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ii. Semakan Audit mendapati setakat Jun tahun 2020, JKPTG telah
melaksanakan proses tukar guna tanah antara KJP melibatkan 324 lot tanah
dengan keluasan 1,457.61 hektar seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.
Proses tukar guna tanah dapat menangani isu tanah yang belum
dibangunkan dan dapat menjimatkan peruntukan untuk perolehan tanah
baharu bagi pembangunan projek Persekutuan. Selain itu, KJP dapat
meneruskan pembangunan dengan berkesan tanpa perlu menunggu
kelulusan pemberimilikan tanah.
JADUAL 9
TANAH BELUM DIBANGUNKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN
PROSES TUKAR GUNA ANTARA KJP
BIL. LOKASI LOT TANAH JUMLAH LOT KELUASAN (ha)
1. Pahang 70 247.44
2. Wilayah Persekutuan KL 37 103.94
3. Johor 30 195.66
4. Kedah 28 60.28
5. Kelantan 27 49.14
6. Perak 22 81.47
7. Sabah 18 181.04
8. Selangor 17 64.85
9. Terengganu 17 83.55
10. Negeri Sembilan 16 267.73
11. Pulau Pinang 13 50.54
12. Melaka 13 5.54
13. Perlis 7 9.61
14. Sarawak 5 12.38
15. Wilayah Persekutuan Labuan 3 32.04
16. Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 12.40
JUMLAH 324 1,457.61
Sumber: Bahagian Harta Tanah Persekutuan, JKPTG

b. Land Swap
i. Salah satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan projek
pembangunan tanpa melibatkan implikasi dan peruntukan kewangan secara
langsung kepada Kerajaan adalah dengan melaksanakan projek secara land
swap. Land swap adalah satu mekanisme yang diguna pakai dalam
pelaksanaan projek secara kerjasama awam swasta (Public Private
Partnership-PPP).

ii. Melalui kaedah ini, projek pembangunan dibiayai dengan menggunakan nilai
tukaran tanah milik Kerajaan yang tidak dibangunkan kepada syarikat yang
dipilih. Sekiranya nilai tukaran tanah melebihi kos projek, perbezaan nilai
akan diimbuh oleh kontraktor kepada Kerajaan. Bagi tempoh tahun 2017
hingga 2019, sebanyak 21 lot telah dipindah milik bagi melaksanakan projek
pembangunan secara land swap. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 10.
4 -418
- 18 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n TTanah Persekutuan
anah P ersekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 18 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 10
LOT TANAH PTP YANG DIPINDAH MILIK BAGI TUJUAN LAND SWAP
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
KJP TAHUN PROSES BIL. LOT LUAS
NAMA PROJEK
ASAL PINDAH MILIK TANAH (ha)
Perumahan Awam Sri Rampai Fasa 1 4 3.56
2017
Perumahan Awam Sri Rampai Fasa 2 2 2.52
JPM
Pembangunan Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan
2018 1 4.96
Bersepadu
Pembangunan Semula Kemudahan Sedia Ada di
KBS 2018 3 30.81
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Projek Penswastaan Pembinaan Kompleks 1 Divisyen dan
2018 2 216.07
Kem 4 Renjer di Muara Tuang Samarahan, Sarawak
MinDef Projek Cadangan Mereka Bentuk, Membina dan
2019 Menyiapkan 60 Unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera 8 34.68
di Kem Slim, Mukim Tanah Rata

KWP 2016 Cadangan Pembangunan Projek Little India 1 0.61

JUMLAH 21 293.21
Sumber: Bahagian Harta Tanah Persekutuan, JKPTG

iii. Semakan Audit terhadap 12 sampel lot tanah yang terlibat dalam tiga (3)
projek pembangunan secara land swap mendapati nilai tukaran tanah tersebut
telah mengambil kira kadar nilaian tanah yang dikemukakan oleh Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Nilai keseluruhan projek
pembangunan adalah berjumlah RM2.059 bilion, dibiayai melalui balasan atau
tukar tanah dengan nilai tukaran tanah berjumlah RM2.432 bilion. Sejumlah
RM373.83 juta merupakan imbuhan balik kepada Kerajaan. Butiran lanjut
seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
SAMPEL PROJEK PEMBANGUNAN YANG DILAKSANAKAN SECARA
LAND SWAP BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
LOT TANAH IMBUHAN
DIPINDAH TAHUN
NILAI NILAI BALIK
KJP MILIK PROSES
PROJEK PROJEK TUKARAN KEPADA
ASAL PINDAH
LUAS TANAH KERAJAAN
BIL. MILIK
(ha) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Projek Cadangan Merekabentuk,


Membina dan Menyiapkan 60 Unit
MinDef 8 34.68 2019 10.99 56.20 45.21
Rumah Keluarga Angkatan Tentera
di Kem Slim, Mukim Tanah Rata

Projek Pembangunan Kompleks


JPM Institut Kesihatan Bersepadu, Setia 1 4.96 2018 845.00 1,033.36 188.36
Alam

Projek Cadangan Pembangunan


Semula Kemudahan Sedia Ada di
KBS 3 30.81 2018 1,203.00 1,343.26 140.26
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

JUMLAH 12 70.45 2,058.99 2,432.82 373.83


Sumber: Bahagian Harta Tanah Persekutuan, JKPTG dan UKAS

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 19
- 19
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 19 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

c. Sewaan, Pajakan dan Penjualan Tanah

i. PPTP Bilangan 3 Tahun 2008 menetapkan supaya tanah yang diperoleh perlu
diuruskan dengan cekap dan berkesan supaya penggunaannya dapat
dioptimumkan. Selain itu, pekeliling yang sama menerangkan bahawa salah
satu bentuk pengawalan tanah Persekutuan yang boleh digunakan adalah
dengan menyewa atau memajak tanah yang belum dibangunkan kepada pihak
yang berminat.

ii. Pada 29 Januari 2016 semasa mengumumkan Langkah Pengubahsuaian Bajet


2016, Kerajaan telah menggariskan langkah bagi mempertingkatkan jumlah
dan kecekapan kutipan hasil Kerajaan. Antaranya adalah membangunkan
tanah di lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur melalui proses bidaan bagi
merancakkan lagi kegiatan ekonomi.

iii. Semakan Audit terhadap Laporan Kutipan Hasil Tahunan mendapati pelbagai
usaha telah dilaksanakan oleh JKPTG bagi mengoptimumkan penggunaan
tanah yang belum dibangunkan. Antaranya melalui aktiviti menyewa dan
memajak tanah kepada individu atau syarikat yang berminat. Pelupusan tanah
melalui pindah milik pula dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Aset Awam
(Bahagian PAM) dan Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, MoF bagi
merancakkan lagi kegiatan ekonomi. Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019,
sejumlah RM4.017 bilion telah diperoleh hasil daripada sewaan, pajakan dan
pelupusan tanah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
HASIL SEWAAN, PAJAKAN DAN PELUPUSAN TANAH YANG DIPEROLEH
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
SEWAAN PAJAKAN PELUPUSAN JUMLAH
TAHUN
KJP PENYEWA (RM Juta) KJP PEMAJAK (RM Juta) KJP LOT (RM Juta) (RM Juta)

2016 20 317 13.96 12 124 66.88 3 7 2,000.00 2,080.84

2017 15 387 13.26 16 150 62.30 2 7 1,511.35 1,586.91

2018 18 347 12.92 25 163 64.49 4 7 192.34 269.75

2019 23 337 18.57 19 176 60.98 1 1 0.00* 79.55

JUMLAH 58.71 254.65 22 3,703.69 4,017.05


Sumber: Laporan Kutipan Hasil Pajakan dan Sewaan yang disediakan oleh JKPTG dan Lampiran Pengesahan Maklumat
Pelupusan Tanah Secara Pindah Milik oleh JKPTG dan MoF
Nota: (*) - Dijual pada Harga Nominal RM1,000

4-4
20- 20 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 20 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Kaedah pengawalan tanah melalui aktiviti tukar guna tanah,


Audit land swap, sewaan dan pajakan kepada pihak yang berminat
telah berupaya mengawal tanah yang belum dibangunkan
daripada terbiar dan diceroboh di samping mendapat
pulangan hasil. Melalui kaedah ini penggunaan tanah boleh
dioptimumkan.

5.2. Pengurusan Aktiviti

5.2.1. Pengurusan Rekod Tanah

a. PPTP Bilangan 3 Tahun 2008 menetapkan KJP mempunyai maklumat lengkap


mengenai semua tanah di bawah kawalannya dengan membina pangkalan data
tanah Persekutuan sama ada secara manual atau komputer.

b. JKPTG menggunakan Sistem MyeTaPP bagi merekod maklumat tanah


Persekutuan. Semakan Audit mendapati Sistem MyeTaPP mempunyai empat (4)
modul utama iaitu Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan (PHP), Harta Tanah
Persekutuan (HTP), Pengambilan Tanah (PPT) dan Pembahagian Pusaka. Pihak
Audit telah menilai dua (2) modul utama iaitu PHP dan HTP berdasarkan skop
Audit seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13
FUNGSI MODUL PHP DAN HTP
MODUL SUB MODUL FUNGSI

Hasil Merekod maklumat pungutan sewaan bulanan


Merekod maklumat mengenai penyewaan tanah Persekutuan, bermula
Penguatkuasa dan
Penyewaan daripada proses permohonan hingga perjanjian ditandatangani oleh PTP
Hasil Persekutuan
dengan penyewa
(PHP)
Pelepasan Merekod maklumat mengenai permohonan dan urusan pelepasan/tukar
Tanah guna tanah
Pajakan Merekod maklumat urusan pajakan
Harta Tanah
Persekutuan (HTP) Merekod tanah milik pesuruhjaya tanah persekutuan dan maklumat
Rekod
urusan tanah (penyewaan, pajakan dan penswastaan)
Sumber: Bahagian Pengurusan ICT Pentadbiran Tanah, JKPTG

c. Hasil semakan Audit terhadap sistem pengurusan rekod tanah PTP mendapati
perkara seperti berikut:

i. Kawalan Input

- Pengesahan Kemasukan Data

 Kawalan input diwujudkan bagi memastikan kemasukan data adalah


betul dan tepat serta mempunyai kawalan yang mencukupi. Selain itu,
ia memastikan tiada data yang tertinggal, proses kemasukan input

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 21
- 21
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 21 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

mengikut prosedur yang ditetapkan serta dapat memberi jaminan


terhadap kebolehpercayaan dan integriti data.

 Semakan Audit mendapati peranan pegawai penyemak telah


diwujudkan bagi kesemua Modul PHP yang disemak dan Sub Modul
Pajakan HTP. Bagaimanapun, peranan ini didapati tidak diwujudkan
bagi kemasukan data dan rekod maklumat tanah dalam Sub Modul
Rekod HTP. Kelemahan ini menyebabkan tiada semakan atau
pengesahan oleh pegawai atasan terhadap pindaan atau tambahan
maklumat yang dibuat oleh pegawai.

- Input Data Tidak Lengkap

 Maklumat pegangan hak milik, nombor hak milik, nombor warta dan
nombor lot, nama negeri, nama kementerian dan nama agensi
merupakan maklumat rujukan utama sesuatu tanah. Maklumat rujukan
utama tersebut merupakan mandatori yang perlu diisi dengan lengkap
bagi memudahkan pencarian, penyelenggaraan dan pengemaskinian
rekod-rekod tanah Persekutuan.

 Analisis Audit mendapati maklumat utama bagi 1,263 rekod lot tanah
(4,221.3 hektar) tidak dimasukkan dalam sistem. Maklumat yang tidak
diisi meliputi nombor hak milik dan nombor warta bagi 53 lot tanah,
nombor lot bagi tiga (3) lot tanah serta maklumat cukai dan cukai
terkini bagi 1,207 lot tanah PTP berstatus hak milik.

 Selain itu, sebanyak 338 lot tanah (10,540.09 hektar) didapati


mempunyai nombor hak milik dan nombor lot yang bertindan.
Terdapat juga 19 lot tanah (19.55 hektar) yang mempunyai nombor
warta bertanda ‘-’, ‘0000000’ dan ‘0’. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 14.

JADUAL 14
SENARAI REKOD PTP TIADA MAKLUMAT RUJUKAN UTAMA
BILANGAN JUMLAH KELUASAN
BIL. PENEMUAN AUDIT
REKOD (ha)
MAKLUMAT RUJUKAN UTAMA TIDAK DIMASUKKAN DALAM SISTEM
1. No. Hak Milik atau No. Warta 53 0.14
2. No. Lot 3 Tiada rekod
3. Cukai dan Cukai Terkini 1,207 4,221.16
MAKLUMAT REKOD PTP YANG MERAGUKAN
1. No. Hak Milik dan No. Lot Bertindan 338 10,540.09
2. No. Warta Bertanda ‘-’, ‘0000000’ dan ‘0’ 19 19.55
JUMLAH 1,620 14,780.94
Sumber: Analisis Data MyeTaPP

4-4
22- 22 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 22 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

 Maklumat mandatori yang tidak diisi menyebabkan data dalam sistem


MyeTaPP tidak lengkap dan tidak boleh menjadi sumber rujukan yang
tepat oleh KJP. Selain itu, maklumat meragukan mengenai rekod
tanah PTP menjejaskan integriti data dan kebolehpercayaan terhadap
rekod sistem.

 Analisis Audit juga mendapati salinan dokumen hak milik tanah PTP
tidak dimuat naik sepenuhnya dalam MyeTaPP. Setakat bulan
Disember 2019, hanya 8,370 salinan hak milik (21.6%) telah dimuat
naik daripada jumlah keseluruhan 38,704 salinan.

ii. Kawalan Proses


- Proses pemberimilikan tanah milik Kerajaan Negeri kepada PTP
melibatkan penggunaan sistem pengurusan tanah. JKPTG dan PTG
Negeri merekodkan maklumat pemberimilikan tanah negeri kepada PTP
dalam sistem masing-masing. Permohonan pemberimilikan tanah dan
kelulusan pemberimilikan tanah daripada JKPTG kepada PTG Negeri dan
dari PTG Negeri kepada JKPTG dibuat secara manual menggunakan surat
rasmi. Proses perekodan maklumat tanah milik PTP di negeri adalah
seperti dalam Carta 2.

CARTA 2
PROSES PEREKODAN MAKLUMAT TANAH PTP DI JKPTG DAN PTG NEGERI

1
Permohonan
JKPTG Pemberimilikan PTG
Tanah Negeri Negeri
SECARA MANUAL
– SURAT RASMI
2
Kelulusan
Pemberimilikan
Tanah Negeri

3
Rekod Maklumat
MENGGUNAKAN
Pemberimilikan
SISTEM
Tanah Negeri MASING-MASING
MyeTaPP Kepada PTP SPTB atau e-TANAH

Nota : MyeTapp - Kerajaan Persekutuan


SPTB - Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, WP Labuan
dan WP Putrajaya
e-Tanah - Melaka, Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur

- Analisis Audit telah dibuat terhadap data MyeTaPP dan perbandingan


dengan rekod daripada sistem SPTB dan e-Tanah bagi memastikan rekod
tanah PTP dalam MyeTaPP adalah lengkap dan meliputi semua tanah
PTP yang berada di negeri.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 -423
- 23
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 23 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

- Hasil analisis Audit tersebut mendapati sejumlah 16,469 lot tanah PTP
(121,178 hektar) tidak direkodkan dalam SPTB dan sejumlah 2,642 lot
tanah PTP (63,764 hektar) tidak direkodkan dalam Sistem e-Tanah. Selain
itu, semak silang dengan SPTB dan e-Tanah yang diselenggara oleh
sepuluh (10) PTG Negeri mendapati sejumlah 11,655 lot tanah PTP
(53,038 hektar) tidak direkodkan dalam MyeTaPP.

- Analisis Audit tidak dapat dibuat terhadap Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya kerana maklumat rekod
tanah tidak dikemukakan. Bagi PTG Negeri Perak, analisis tidak dapat
dilaksanakan kerana terdapat perbezaan format bagi nombor hak milik
antara rekod MyeTaPP dan SPTB. Analisis Audit juga tidak dapat dibuat
terhadap data PTG Negeri Sabah dan Sarawak kerana tiada data
berkenaan nombor hak milik dalam rekod PTG yang dikemukakan. Butiran
lanjut seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15
PERBEZAAN BILANGAN REKOD TANAH PTP ANTARA
MyeTaPP DENGAN SPTB DAN e-Tanah SETAKAT DISEMBER 2019
REKOD MyeTaPP REKOD SPTB/ TIADA REKOD DI TIADA REKOD DI
(JKPTG) e-Tanah (PTG) SPTB/e-Tanah MyeTaPP
BIL. NEGERI
Luas Luas Bil. Luas Luas
Bil. Lot Bil. Lot Bil. Lot
(ha) (ha) Lot (ha) (ha)
PTG NEGERI YANG MENGGUNAKAN SPTB

1. Johor 3,711 52,128.24 2,952 39,526.73 2,465 12,883.76 1,749 17,976.28


2. Kedah 3,167 60,565.53 2,026 1,307.07 2,447 59,056.57 1,315 1,501.10
3. Kelantan 1,974 6,812.84 1,705 1,899.87 1,144 2,265.85 890 763.76
4. Perlis 1,009 1,869.94 931 1,740.83 249 1,270.31 173 1,144.33
5. Selangor 3,872 41,809.56 3,180 19,316.94 3,066 11,916.03 2,394 9,218.51
6. Terengganu 1,605 15,727.88 1,315 8,241.49 1,469 14,104.29 1,180 7,069.84
7. Pahang 4,061 25,981.83 2806 14,394.18 3,655 11,330.07 2,388 9,519.00
Negeri
8. 2,727 11,411.55 1,189 3,044.67 1,974 8,351.51 438 922.15
Sembilan
Analisis tidak dapat dilaksanakan kerana
9. Perak 4,308 12,910.74 619 2,453.68 terdapat perbezaan format bagi nombor hak
milik antara rekod MyeTaPP dan SPTB.
10. WP Labuan 460 1,531.65 TM TM Analisis tidak dapat dibuat kerana tiada
11. WP Putrajaya 4,038 3,270.34 TM TM maklumat rekod tanah dari PTG terbabit

JUMLAH KECIL 30,932 234,020 16,723 91,925 16,469 121,178 10,527 48,115

PTG NEGERI YANG MENGGUNAKAN SISTEM eTANAH

12. Melaka 1,406 17,442.22 832 4,861.44 1,044 16,282.62 478 3,716.80
13. Pulau Pinang 2,005 50,581.67 1,040 2,486.58 1,598 47,481.14 650 1,206.46
WP Kuala Analisis tidak dapat dibuat kerana tiada
14. 1,500 6,417.17 TM TM
Lumpur maklumat rekod tanah dari PTG terbabit

JUMLAH KECIL 4,911 74,441 1,872 7,348 2,642 63,764 1,128 4,923

4-4
24- 24 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 24 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

REKOD MyeTaPP REKOD SPTB/ TIADA REKOD DI TIADA REKOD DI


(JKPTG) e-Tanah (PTG) SPTB/e-Tanah MyeTaPP
BIL. NEGERI
Luas Luas Bil. Luas Luas
Bil. Lot Bil. Lot Bil. Lot
(ha) (ha) Lot (ha) (ha)
PTG NEGERI YANG MENGGUNAKAN SISTEM LAIN-LAIN

15. Sabah 1,133 4,873.09 1,020 11,186.15 Analisis tidak dapat dilaksanakan kerana tiada
data berkenaan nombor hak milik dalam rekod
16. Sarawak 1,728 14,017.39 1,963 15,566.33 PTG yang dikemukakan
JUMLAH KECIL 2,861 18,890 2,983 26,752 - - - -

JUMLAH 38,704 327,352 21,578 126,026 19,111 184,942 11,655 53,038


Sumber: JKPTG, PTG Negeri dan Analisis Data
Nota: TM - Maklumat Tidak Dikemukakan oleh PTG

- Analisis Audit terhadap data tanah hak milik yang direkodkan dalam SPTB
negeri Selangor mendapati wujud 92 jenis nama PTP yang berbeza.
Sebanyak 2,204 daripada 3,180 rekod di SPTB didaftarkan sebagai nama
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Baki 976 rekod didaftar dengan pelbagai
nama antaranya Persuruhjaya Tanah Persekutuan, Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan, Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Federal Lands
Commisioners, Federation of Malaya. Perbezaan catatan nama PTP
menyukarkan carian maklumat mengenai keseluruhan tanah milik PTP.

iii. Kawalan Output

- Kawalan Output diwujudkan bagi memastikan output yang dikeluarkan


daripada sistem adalah lengkap, tepat serta mengikut tempoh, terkawal
dan diedarkan dengan betul. Selain itu, ia bagi memastikan laporan yang
dijana mengikut peraturan atau laporan manual dan tepat pada masanya.

- Sub Modul Penyewaan PHP merekod maklumat mengenai penyewaan


tanah Persekutuan, bermula daripada proses permohonan hingga
perjanjian ditandatangani oleh PTP dengan penyewa. Sub Modul Hasil PHP
pula merekod pungutan sewaan bulanan, manakala Sub Modul Pelepasan
Tanah PHP merekod maklumat mengenai permohonan dan urusan
pelepasan atau tukar guna tanah.

- Semakan Audit mendapati Sub Modul Penyewaan dan Pelepasan Tanah


tidak mempunyai fungsi penjanaan laporan. Hanya Sub Modul Hasil
didapati boleh menjana 10 menu laporan meliputi laporan Kutipan Deposit
Sewa, Perjanjian Sewa Hampir Tamat, Perjanjian Sewa Tamat, Kutipan
Deposit Pasir, Kutipan Fi Lesen, Kutipan Fi Permohonan, Kutipan Royalti
Pasir, Kutipan Pampasan Pelepasan, Laporan Senarai Akaun Belum Terima
dan Laporan Keseluruhan Hasil.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 25
- 25
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 25 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

- Pemeriksaan Audit mendapati tiada kemudahan penjanaan laporan


penting yang diperlukan dalam urusan pemantauan berkaitan penyewaan
dan pelepasan tanah seperti yang berikut:

 laporan status terkini penyewaan tanah Persekutuan;


 laporan rumusan keseluruhan berkenaan penyewa yang mempunyai
tunggakan sewa; dan
 laporan permohonan pelepasan tanah yang tertunggak dan belum
diluluskan.

- Ketiadaan janaan tersebut menyebabkan rekod telah diselenggara secara


berasingan atau manual (perisian Microsoft Excel). Sharing file diwujudkan
bagi menyimpan rekod dan memantau urusan berikut:

 kutipan dan tunggakan sewaan tanah;


 proses pengeluaran notis tunggakan sewa terhadap penyewa;
 akaun subsidiari penyewa tanah;
 permohonan pelepasan dan tukar guna tanah; dan
 kelulusan permohonan pelepasan tanah yang masih tertangguh.

- Selenggaraan data secara berasingan mempunyai risiko terhadap


ketepatan rekod sekiranya proses penyesuaian tidak dilaksanakan secara
konsisten.

- Selain itu, semakan lanjut Audit mendapati maklumat dalam Sub Modul
Penyewaan tidak dapat dikemas kini secara auto dalam Sub Modul Hasil
walaupun berada di bawah modul yang sama iaitu Modul PHP. Maklumat
dalam Sub Modul Penyewaan perlu dikunci masuk semula dalam Sub
Modul Hasil oleh pegawai Unit Hasil. Konsep island system iaitu tiada
integrasi antara modul dalam MyeTaPP menyebabkan maklumat yang
sama bagi sesuatu rekod tanah perlu dimasukkan semula secara
berasingan dalam beberapa Modul yang berbeza.

iv. Pemantauan Tunggakan Hasil Secara Perakaunan

- Integrated Government Financial Management Accounting System


(iGFMAS) adalah sistem perakaunan kerajaan yang menghasilkan Penyata
Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP). Hasil sewaan dan pajakan tanah
akan direkodkan dalam sistem iGFMAS di bawah kod H0274199 Sewa
Pelbagai Tanah.

4-4
26- 26 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 26 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

- Di bawah Modul Accounts Receivable (AR) dalam sistem iGFMAS, invois


dikeluarkan oleh Kerajaan kepada pelanggan untuk menuntut bayaran
bagi perkhidmatan, contohnya sewaan bangunan, mengikut ketetapan
tempoh yang dinyatakan dalam kontrak. Penggunaan invois ini
memudahkan jabatan untuk memantau jumlah hasil yang belum diterima
pada setiap bulan dalam sistem iGFMAS.

- Semakan Audit mendapati penyewa membayar sewa kepada JKPTG dan


resit dijana menggunakan sistem iGFMAS. JKPTG menyediakan laporan
hasil sewaan dan pajakan yang diterima tersebut dalam bentuk Microsoft
Excel. Proses terimaan hasil sewaan dan pajakan di JKPTG adalah seperti
dalam Carta 3.

CARTA 3
PROSES TERIMAAN HASIL SEWAAN DAN PAJAKAN DI JKPTG

Penyewa JKPTG iGFMAS Resit


Bayar sewa Key-in dalam Jana resit
sistem

Rekod dalam
Microsoft Excel

Sumber: Jabatan Audit Negara

- Semakan lanjut Audit mendapati pada setiap enam (6) bulan, JKPTG akan
menghantar penyata tunggakan atau Laporan Akaun Belum Terima (ABT)
kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Jumlah tunggakan ini
tidak disediakan (embedded) dalam sistem MyeTaPP. Laporan tunggakan
secara manual dihantar ke JANM untuk direkodkan dalam sistem iGFMAS
sebagai Laporan ABT. Dalam sistem iGFMAS, tunggakan hasil atau ABT
bagi keseluruhan Kementerian/Jabatan Persekutuan ini dilaporkan dalam
PKKP sebagai Penghutang di bawah Nota Kepada Akaun. Proses
penghantaran laporan tunggakan atau ABT oleh JKPTG adalah seperti
dalam Carta 4.

CARTA 4
PROSES PENGHANTARAN LAPORAN ABT

JKPTG JANM iGFMAS PKKP


Laporan Key-in
ABT Manual dalam sistem

Sumber: Jabatan Audit Negara


Nota: PKKP - Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 27
- 27
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 27 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Perbezaan data/maklumat tanah antara MyeTaPP dengan


Audit sistem e-Tanah dan SPTB serta pemantauan ABT masih dibuat
secara manual menunjukkan pengurusan rekod tanah yang
tidak cekap dan berkesan. Keadaan ini boleh menjejaskan
kebolehpercayaan terhadap data/maklumat tanah yang
dihasilkan dari sistem.

5.2.2. Pengurusan Pajakan dan Sewaan Tanah

a. Prosedur dan Pengurusan Pajakan serta Sewaan

i. Perenggan 5.5 Lampiran I PPTP Bilangan 3 Tahun 2008 menyatakan antara


bentuk pengawalan tanah Persekutuan yang boleh digunakan adalah dengan
menyewa atau memajak tanah yang belum dibangunkan kepada pihak yang
berminat.

ii. Semakan Audit mendapati, pengurusan pajakan dan sewaan diletakkan di


bawah tanggungjawab Bahagian Harta Tanah Persekutuan serta Bahagian
Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan, JKPTG. Bagaimanapun JKPTG tidak
mempunyai peraturan atau prosedur bagi menetapkan proses yang perlu
dilaksanakan terhadap pengurusan pajakan dan sewaan termasuk
pemantauan kutipan hasil. Hal ini disebabkan aktiviti pajakan dan sewaan
hanyalah sebagai salah satu langkah pengawalan terhadap tanah dan bukan
merupakan core business JKPTG atau bertujuan mengaut keuntungan.

b. Tunggakan Hasil Pajakan

i. Perenggan 9 1PP WP 10.6 (Pengurusan Akaun Belum Terima) mengenai


Pemantauan dan Penguatkuasaan Terhadap Tunggakan ABT menetapkan
Pegawai Pengawal hendaklah mewujudkan Garis Panduan Dalaman. Garis
panduan tersebut antara lainnya menyatakan perlu mengambil kira
mekanisme pemantauan di peringkat Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

ii. Selain itu, Seksyen 20 Akta Had Masa 1953 menetapkan tiada sebarang
tindakan boleh dibuat untuk mendapatkan kembali tunggakan sewa atau
ganti rugi selepas tamatnya tempoh enam (6) tahun dari tarikh tunggakan
tersebut perlu dibayar.

iii. Berdasarkan Penyata Kutipan Hasil dan ABT yang diselenggara secara
manual bagi tahun 2016 hingga 2019, jumlah tunggakan hasil pajakan
adalah antara RM5.90 juta hingga RM18.56 juta. Jumlah ini meningkat pada
tahun 2017 dan 2018 masing-masing sebanyak 4.2% dan 20.1% berbanding
tahun sebelumnya. Bagaimanapun, terdapat penurunan ABT pajakan
4 -428
- 28 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n TTanah Persekutuan
anah P ersekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 28 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

sebanyak 68.2% pada tahun 2019. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 16.

JADUAL 16
JUMLAH TUNGGAKAN PAJAKAN TANAH
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
PENINGKATAN/
TUNGGAKAN TAHUN JUMLAH TUNGGAKAN
(PENURUNAN)
TAHUN SEMASA DALAM LAPORAN ABT
TUNGGAKAN
(RM Juta) (RM Juta)
(%)
2016 0.26 14.84 -

2017 0.56 15.46 4.2

2018 1.88 18.56 20.1

2019 1.89 5.90 (68.2)


Sumber: Penyata Kutipan Hasil dan ABT, Bahagian Harta Tanah Persekutuan, JKPTG

iv. Semakan lanjut terhadap kesemua 11 sampel fail pemajak yang mempunyai
tunggakan pada tahun 2017 mendapati jumlah keseluruhan amaun ABT
yang tertunggak melebihi enam (6) bulan adalah berjumlah
RM4.15 juta dengan nilai tunggakan antara RM12,830 hingga RM1.92
juta. Tempoh tunggakan berlaku antara 515 hingga 4,105 hari. Butiran
terperinci mengenai tunggakan pajakan seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17
TUNGGAKAN PAJAKAN TANAH SETAKAT DISEMBER 2019
TEMPOH
NO. DAFTAR TARIKH TEMPOH JUMLAH TUNGGAKAN
BIL. TUNGGAKAN
PEMAJAK TUNGGAKAN (RM Juta)
(Hari)
1. 50945-P 30.06.1996 - 25.09.2007 4,105 1.21

2. 467433-A 07.02.2005 - 26.11.2012 2,850 0.05

3. 763762-D 15.10.2007 - 22.05.2015 2,777 0.04

4. 574882-U 22.10.2007 - 22.05.2015 2,770 0.04

5. 418398-X 07.02.2009 - 29.07.2015 2,364 0.69

6. 755715-M 07.01.2014 - 31.12.2019 2,185 1.92

7. 5718882-W 07.02.2009 - 09.09.2014 2,041 0.05

8. 301908-K 07.06.2013 - 20.09.2018 1,932 0.11

9. 623516-V 22.10.2007 - 11.01.2011 1,178 0.03

10. 475291-P 11.08.2011 - 10.07.2014 1,065 0.00*

11. 578819-V 07.02.2006 - 06.07.2007 515 0.01

JUMLAH 4.15
Sumber: Pengiraan Audit berdasarkan dokumen pajakan yang diterima daripada Bahagian Harta Tanah
Persekutuan (BHTP), JKPTG
Nota: (*) – Hapus kira berjumlah RM9.18 juta telah diluluskan pada 21 Disember 2018

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 -429
- 29
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 29 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

v. Kelemahan pengurusan tunggakan hasil pajakan disebabkan oleh kelemahan


pemantauan tunggakan. Tiada bukti surat peringatan dikeluarkan dalam
tempoh tunggakan melibatkan tiga (3) pemajak. Sebaliknya, tempoh yang
diambil untuk mengeluarkan surat peringatan dibuat antara 324 hingga 1,564
hari daripada tarikh tunggakan bermula.

vi. Implikasi kelemahan pengurusan tunggakan hasil telah menyebabkan


tunggakan bagi dua (2) syarikat berjumlah RM9.2 juta tidak
dapat dikutip semula. Hal ini disebabkan kerana syarikat telah digulung
dan tunggakan selama 12 tahun telah melebihi Akta Had Masa 1953. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18
SENARAI TUNGGAKAN YANG TIDAK DAPAT DIKUTIP
NO. DAFTAR JUMLAH TUNGGAKAN
CATATAN
PEMAJAK (RM)

 Syarikat digulungkan
475291-P 9,183,759  Hapus kira berjumlah RM9.18 juta telah diluluskan pada
21 Disember 2018
 Tunggakan 12 tahun
 Tindakan terakhir diambil JKPTG ialah pada 7 September 2012
623516-V 16,000
(Notis Peringatan)
 Status terkini dalam tindakan Pejabat PUU, JKPTG
JUMLAH 9,199,759
Sumber: Bahagian Harta Tanah Persekutuan (BHTP), JKPTG

Maklum balas JKPTG yang diterima pada 4 Oktober dan 18 Disember 2019

Penamatan bagi 10 syarikat hanya dibuat antara 515 hingga 4,489 hari daripada
tarikh sepatutnya dibayar atau tarikh tunggakan bermula. Ini kerana, tiada dokumen
SOP yang jelas dan teratur untuk mengendalikan syarikat yang mempunyai
tunggakan pajakan. Bengkel Penyelarasan Pengiraan Kadar Denda Lewat Pajakan
Tanah Persekutuan telah dilaksanakan pada 17 Oktober 2019. Bengkel ini telah
disertai oleh Pegawai Undang-undang JKPTG, Akauntan JKPTG dan Unit Integriti
JKPTG. Rekod tunggakan pajakan telah diselaraskan pada 6 Disember 2019.

Notis Tuntutan Tunggakan telah dikeluarkan kepada 10 pemajak antara 7 November


hingga 9 Disember 2019 dan seterusnya penyediaan dokumen untuk dikemukakan
kepada PUU bagi tindakan perundangan.

Pendapat Tindakan berterusan mengeluarkan Surat Peringatan kepada


Audit penyewa adalah penting. Hal ini bagi mengelakkan kutipan
hasil terhadap penyewa tidak dapat dikuatkuasakan akibat
melewati batas had masa tindakan di bawah Akta Had Masa
1953.

4-4
30- 30 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 30 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

c. Tunggakan Hasil Sewaan


i. Berdasarkan Penyata Tunggakan Hasil Penyewaan Tanah bagi tahun 2016
hingga 2019, jumlah tunggakan hasil sewaan telah menurun pada tahun
2017 iaitu sebanyak 7.2% dan meningkat sebanyak 44.4% pada tahun 2018.
Jumlah tunggakan ini kemudiannya kembali menurun 13.4% pada tahun
2019. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 19.
JADUAL 19
JUMLAH TUNGGAKAN SEWAAN TANAH
BAGI TAHUN 2016 HINGGA DISEMBER 2019
JUMLAH TUNGGAKAN PENINGKATAN/(PENURUNAN)
JUMLAH
TAHUN DALAM LAPORAN ABT TUNGGAKAN
PENYEWA ABT
(RM Juta) (%)
2016 321 8.24 -
2017 300 7.65 (7.2)
2018 367 11.05 44.4
2019 311 9.57 (13.4)
Sumber: Penyata Tunggakan Hasil Penyewaan Tanah, JKPTG

ii. Semakan Audit terhadap 38 sampel fail sewaan yang mempunyai ABT
mendapati, enam (6) penyewa (15.8%) mempunyai tunggakan sewa kurang
daripada enam (6) tahun berjumlah RM30,824. Sebanyak 16 penyewa
(42.1%) pula mempunyai tunggakan sewa melebihi enam (6)
tahun berjumlah RM0.43 juta.

iii. Tindakan undang-undang telah diambil antara tahun 2015 hingga 2019
terhadap tujuh (7) penyewa bagi mendapatkan semula tunggakan sewa
berjumlah RM0.24 juta namun tindakan perundangan masih belum selesai.

iv. Tempoh untuk mengeluarkan Surat Peringatan atau Notis Tuntutan sewa
berbanding tarikh tunggakan bermula adalah antara 31 hingga 3,144 hari
daripada tarikh tunggakan bermula.

Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 20.

JADUAL 20
TUNGGAKAN HASIL SEWAAN DAN
STATUS PEMANTAUAN SEWAAN SEHINGGA BULAN DISEMBER 2019
TEMPOH MASA TEMPOH SURAT PERINGATAN AMAUN
BILANGAN
TUNGGAKAN DIKELUARKAN TUNGGAKAN
PENYEWA
(Bulan) (Hari) (RM)

Tempoh Tunggakan Kurang Daripada 6 Tahun


6 42 hingga 72 31 hingga 942 30,824
Tempoh Tunggakan Lebih 6 Tahun
16 89 hingga 144 45 hingga 3,144 426,269
Telah Diambil Tindakan Undang-Undang
7 Tidak Berkaitan 161 hingga 958 242,501
JUMLAH KESELURUHAN 699,594
Sumber: Bahagian Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan (BPHP), JKPTG

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 -431
- 31
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 31 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

v. Semakan Audit juga mendapati, kesemua 38 penyewa tersebut tidak


menjelaskan sewa bulanan dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan
dalam Perjanjian melibatkan sejumlah RM1.15 juta. Maklumat lanjut seperti
dalam Jadual 21.

JADUAL 21
HASIL SEWAAN TIDAK DIPUNGUT DALAM TEMPOH KONTRAK
JUMLAH SEWA DALAM TEMPOH KONTRAK PRESTASI
SEPATUTNYA DIBAYAR SEBENAR DIBAYAR TIDAK DAPAT DIKUTIP KUTIPAN
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)

2.13 0.98 1.15 54


Sumber: Bahagian Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan, JKPTG

Maklum balas JKPTG yang diterima pada 18 Disember 2019

Sehingga 31 November 2019, baki akhir ABT sewaan adalah RM9.55 juta. Ini
bermakna berlaku pengurangan sebanyak 13.6% berbanding tahun 2018. Sejumlah
1,115 Surat Peringatan dan Notis Rampasan telah dikeluarkan pada tahun 2019.

d. Tindakan Rampasan Deposit Lewat Atau Tidak Dilaksanakan

i. Berdasarkan Fasal 4 Perjanjian Penyewaan, PTP mempunyai hak untuk


merampas atau memotong mana-mana atau kesemua wang deposit sekiranya
didapati berlaku perlanggaran terhadap perjanjian.

ii. Semakan Audit mendapati, tindakan rampasan deposit terhadap 34


penyewa yang mempunyai tunggakan berjumlah RM0.82 juta
hanya dibuat antara 199 hingga 3,758 hari dari tempoh tunggakan
bermula. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 22.

JADUAL 22
TINDAKAN RAMPASAN DEPOSIT LEWAT DILAKSANAKAN
AMAUN TUNGGAKAN TEMPOH TINDAKAN
BILANGAN AMAUN DEPOSIT
SEBELUM TOLAK DEPOSIT RAMPASAN DEPOSIT*
PENYEWA (RM)
(RM) (Hari)

34 824,108.73 212,604.69 199 - 3,758


Sumber: Bahagian Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan, JKPTG
Nota: (*) - Tempoh tindakan berdasarkan tarikh Memo Arahan Rampasan Deposit Dikeluarkan kepada
Bahagian Khidmat Pengurusan (Akauntan) JKPTG

e. Penamatan Terhadap Pajakan dan Sewaan

i. Perjanjian Pajakan melalui klausa Termination by Default telah menetapkan


penamatan pajakan boleh dibuat sekiranya penyewa gagal untuk membayar
sewa pajakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh sepatutnya sewa pajakan
dijelaskan.

4-4
32- 32 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 32 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ii. Bagi penyewaan pula, syarat Perjanjian Penyewaan menetapkan Kerajaan


boleh menamatkan perjanjian dengan memberi 30 hari notis secara bertulis
oleh pihak JKPTG kepada penyewa sekiranya penyewa gagal mematuhi syarat
perjanjian sewaan tanpa membayar apa-apa pampasan atau ganti rugi.

iii. Semakan Audit terhadap 11 sampel syarikat pemajak mendapati, tindakan


penamatan bagi 10 sampel syarikat hanya dibuat antara 493
hingga 4,467 hari daripada tarikh pajakan syarikat sepatutnya
ditamatkan. Manakala satu (1) syarikat masih belum ditamatkan pajakannya.
Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 23.

JADUAL 23
TEMPOH PENAMATAN PAJAKAN TANAH
TARIKH
TEMPOH
NO.
SEPATUTNYA SEBENAR PAJAKAN TAMAT
BIL. DAFTAR
TUNGGAKAN PATUT PAJAKAN PAJAKAN (Hari)
PEMAJAK
BERMULA BAYAR TAMAT TAMAT ( c ) = (a) – (b)
(a) (b)

1. 467433-A 07.02.2005 07.02.2005 28.02.2005 23.05.2017 4,467

2. 301908-K 07.06.2013 07.06.2007 28.06.2007 20.09.2018 4,102

3. 50945-P 30.06.1996 30.06.1996 21.07.1996 25.09.2007 4,083

4. 418398-X 07.02.2009 07.02.2006 28.02.2006 29.07.2015 3,438

5. 5718882-W 07.02.2009 07.02.2006 28.02.2006 22.05.2015 3,370

6. 763762-D 15.10.2007 15.10.2007* 5.11.2007 22.05.2015 2,755

7. 574882-U 22.10.2007 22.10.2007 12.11.2007 22.05.2015 2,748

Belum
8. 755715-M 07.01.2017 28.01.2017 18.2.2014 1,227**
ditamatkan

9. 623516-V 22.10.2007 22.10.2007 12.11.2007 11.01.2011 1,156

10. 475291-P 11.08.2011 11.08.2011* 11.08.2011 10.07.2014 1,064

11. 578819-V 07.02.2006 07.02.2006 28.02.2006 06.07.2007 493


Sumber: Bahagian Harta Tanah Persekutuan (BHTP), JKPTG
Nota: Tarikh Patut Bayar - Tarikh patut bayar yang dinyatakan dalam kontrak dan perlu dijelaskan dalam tempoh
21 hari
(*) - Tarikh sepatutnya bayar tidak dinyatakan dalam kontrak dan penentuan tempoh penamatan perjanjian
adalah berdasarkan tarikh tunggakan bermula
(**) - Tempoh pajakan belum ditamatkan sehingga tarikh maklum balas JKPTG pada 29 Jun 2020

iv. Semakan Audit juga mendapati, tempoh masa yang diambil bagi
penamatan Perjanjian Penyewaan terhadap 38 penyewa untuk
menamatkan penyewaan adalah antara 60 hingga 1,856 hari.
Daripada jumlah tersebut, 11 penyewa telah dikeluarkan Notis Penamatan
manakala 27 penyewa tidak dibuat penamatan penyewaan. Penamatan hanya
berkuat kuasa setelah tempoh kontrak tamat seperti dalam Jadual 24.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 33
- 33
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 33 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 24
TEMPOH PENAMATAN SEWAAN TANAH
BILANGAN TEMPOH PENAMATAN
PERKARA
PENYEWA (Hari)
11 Penyewa Dikeluarkan Notis Penamatan 60 - 1,856
27 Penyewa Tidak Dibuat Penamatan Penyewaan 61 - 1,402
Sumber: Bahagian Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan, JKPTG

v. Lawatan Audit selanjutnya ke tapak sewaan di QTR 1685, Lot 228, Bandar
Labis, Johor pada bulan Mac 2019 mendapati penyewa masih menduduki
tapak sewaan walaupun tempoh sewaan telah tamat sejak 14 Jun 2012. Pihak
Audit juga mendapati penyewa telah membina rumah bagi mendiami tapak
berkenaan seperti dalam Gambar 17 dan 18.

GAMBAR 17 GAMBAR 18

QTR 1685 lot 228, Labis, Johor


Keluasan Tanah 0.22005 Hektar
- Binaan Rumah yang Didiami oleh Penyewa
KJP: KPM
(06.03.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas JKPTG yang diterima pada 4 Oktober dan 18 Disember 2019

Pada tahun 2019, SOP Kutipan Hasil Sewaan telah ditambah baik dengan
perlaksanaan hanya satu (1) Surat Peringatan dan satu (1) surat Peringatan
Tunggakan Terakhir yang mana setiap satunya memberikan tempoh 14 hari untuk
penyewa melangsaikan tunggakan atau memberikan maklum balas.

SOP Kutipan Hasil Sewa tidak merangkumi tindakan rampasan deposit, tindakan
tuntutan tunggakan di Mahkamah dan tindakan untuk hapus kira tunggakan. Perkara
ini telah diberikan perhatian yang serius dan SOP Kutipan Hasil Sewa telah dikemas
kini dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Pada tahun 2019, SOP dikemas kini
dengan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mengutip tunggakan dan tempoh
masa yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan kelewatan tindakan rampasan deposit.

Tindakan yang telah dan sedang diambil oleh Jabatan ini untuk mengutip hasil sewaan
yang sepatutnya dikutip seperti:

 tindakan pengeluaran Surat Peringatan dan Tunggakan Notis Rampasan Deposit;


 Pelarasan deposit ke hasil;

4-4
34- 34 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 34 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

 Notis Tuntutan Baki Tunggakan;


 mengesan alamat semasa penyewa dan menghubungi penyewa;
 mengadakan perbincangan dengan penyewa; dan
 menyediakan kronologi kepada Unit Undang-Undang, Jabatan untuk tindakan
tuntutan tunggakan sewa di mahkamah.

Hasil semakan terhadap Akaun Subsidiari setakat September 2019, baki tunggakan
yang perlu dikutip bagi 38 penyewa adalah berjumlah RM722,527.04. Setakat
September 2019, sembilan (9) daripada 38 penyewa telah menyelesaikan tunggakan
dan baki tunggakan yang belum dikutip berjumlah RM699,594.04. JKPTG Negeri telah
mengeluarkan Notis Pengosongan Tapak bertarikh 3 Oktober 2019 kepada bekas
penyewa yang mendirikan struktur kekal di atas lot tanah.

Pendapat Ketiadaan peraturan atau prosedur yang lengkap dan kekangan


Audit yang dihadapi oleh JKPTG menyebabkan pengurusan pajakan
dan sewaan adalah tidak cekap dan berkesan.

5.2.3. Pelupusan Tanah Melalui Pindah Milik


a. Kuasa bagi meluluskan pelupusan tanah Persekutuan melalui pindah milik hanya
boleh diputuskan oleh Jemaah Menteri sebagaimana yang dijelaskan melalui
Perenggan 5.9 Lampiran I PPTP Bilangan 3 Tahun 2008.

b. Pelupusan tanah secara outright sale kepada individu dan syarikat swasta,
diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset Awam (Bahagian PAM), MoF. Manakala
pelupusan tanah kepada badan berkanun diuruskan oleh Bahagian Syarikat
Pelaburan Kerajaan (GIC), MoF.

c. Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019, sebanyak 22 lot tanah dengan keluasan
140.84 hektar telah dilupuskan secara pindah milik melalui proses penjualan.
Sebanyak 13 daripada 22 lot tanah telah dijual pada harga nominal RM100 hingga
RM1,000. Lima (5) lot pula dijual di bawah harga penilaian JPPH/rizab antara
13.9% hingga melebihi 100%. Sebanyak lima (5) lot tanah dijual melebihi harga
penilaian JPPH. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 25.

JADUAL 25
LOT TANAH PTP YANG DIPINDAH MILIK
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA DISEMBER 2019
TAHUN HARGA
PENILAIAN LEBIHAN/
PROSES NO. KELUASAN JUALAN/
BIL. KJP PEMBELI JPPH/RIZAB (KURANGAN)
PINDAH LOT (Hektar) NOMINAL
(RM) (%)
MILIK (RM )
1 2016 58749 S1 23.07 1,000 TB -
2 JPM 2016 58747 S1 20.23 1,000 TB -
3 2016 58748 S1 22.24 1,000 TB -

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 35
- 35
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 35 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

TAHUN HARGA
PENILAIAN LEBIHAN/
PROSES NO. KELUASAN JUALAN/
BIL. KJP PEMBELI JPPH/RIZAB (KURANGAN)
PINDAH LOT (Hektar) NOMINAL
(RM) (%)
MILIK (RM )
4 2016 28 BB 1 0.40
1,000,000,000* 607,392,700** 64.6
5 2016 26 BB 1 8.10
6 2017 481123 S2 7.75 646,000,000 750,305,000 (13.9)
7 2017 24 Individu 0.75 6,000,000 45,165,000 (86.7)
8 2017 44 BB 1 1.28 250,000,000* 115,200,000 117.0
9 2017 136 S3 3.77
283,073,185 245,591,500 15.3
10 2017 137 S3 1.23
11 2017 342 S4 1.40 325,500,000 461,736,000 (29.5)
12 2018 50602 S1 0.62 1,000 TB -
13 2018 50601 S1 6.24 1,000 TB -
14 2018 41 S5 27.28 1,000 2,455,350,000 >(100)***
15 2019 77 S6 0.86 1,000 TB -
16 KDN 2018 151 S7 1.85 192,336,060 241,400,000 (20.3)
17 2018 7473 BB 2 3.27 1,000 TB -
MoF
18 2018 7472 BB 2 3.29 1,000 TB -
19 2016 6769 BB 3 0.61 100 TB -
KWP Tiada
20 2017 3932 BB 3 100 TB -
Maklumat
Tiada penilaian
21 2016 161 S8 2.00 1,000 -
JPPH
MoT
Tiada penilaian
22 2018 1233 S8 4.61 1,000 -
JPPH

JUMLAH 140.84 3,703,695,105


Sumber: Bahagian Harta Tanah Persekutuan, JKPTG dan MoF
Nota: (*) – Nilai jualan keseluruhan - termasuk tanah yang dipindah milik sebelum tahun 2016 tetapi terlibat dalam
projek yang sama.
(**) – Nilai JPPH terhadap keseluruhan lot tanah yang terlibat- termasuk tanah yang dipindah milik sebelum
tahun 2016 tetapi terlibat dalam projek yang sama.
(***) – Peratusan kurangan tidak dikira kerana perbezaan yang sangat tinggi
(S) – Syarikat
(BB) – Badan Berkanun
(TB) – Tidak Berkenaan

d. Pihak Audit telah melaksanakan pengauditan secara terperinci terhadap tiga (3)
sampel lot tanah yang telah dilupuskan melalui penjualan bagi melihat sama ada
proses penjualan telah mematuhi peraturan berkaitan. Semakan Audit mendapati:

i. Prosedur Penjualan Tanah Tidak Ditetapkan

 Berdasarkan prosedur kerja di Bahagian PAM, penjualan tanah boleh


dibuat secara penjualan terus, bidaan dan tender terbuka. Bagaimanapun,
semakan Audit mendapati SOP tidak disediakan untuk
menentukan kriteria pemilihan bagi sesuatu kaedah
penjualan. Kelemahan ini menyebabkan penjualan tanah boleh dibuat
sama ada secara penjualan terus, bidaan atau tender terbuka.

4-4
36- 36 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 36 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

 Bagi tiga (3) lot tanah yang disemak, pihak Audit mendapati proses
penjualan kali pertama telah dibuat sama ada secara tender terbuka atau
bidaan. Bagaimanapun, proses penjualan kali pertama tidak dapat
diteruskan sehingga proses pindah milik selesai. Ini disebabkan oleh
syarikat yang dipilih menarik diri, keputusan penjualan ditangguhkan dan
kegagalan syarikat menyempurnakan bayaran baki harga jualan.

 Semakan Audit selanjutnya mendapati, proses penjualan kali kedua


tidak dilaksanakan secara tender terbuka atau bidaan.
Sebaliknya syarikat yang dipilih adalah secara penjualan terus. Butiran
lanjut seperti dalam Jadual 26.

JADUAL 26
PROSEDUR PEMILIHAN KAEDAH PENJUALAN TIDAK DITETAPKAN
KAEDAH JUMLAH HARGA
PETENDER/ PEMBELI
NO. LOT PENJUALAN/ TAWARAN JUALAN CATATAN
PEMOHON BERJAYA
TARIKH (RM Juta) (RM Juta)
Penjualan Kali
Pertama 732816-U 541.65
1186599-H 646.00 Pembeli menarik diri
Tender Terbuka/ 1186599-H 646.00
18.04.2016

Penjualan Kali 880358-H 558.56


GRN 78883 Ke-2 921601-D 583.57 Keputusan Jawatankuasa
Jalan Rundingan Harga telah
Lembah Bidaan/ 1068155-U 580.00 memperakukan Syarikat
Ledang 29.09.2016 1130538-K sebagai pembida
1130538-K 640.00
1049366-A 646.00 berjaya namun Syarikat
Penjualan Kali 1049366-A telah dipilih
Ke-2 secara Penjualan Terus
1049366-A 646.00 setelah proses bidaan
Penjualan
selesai.
Terus/
04.10.2016
UKAS telah mengeluarkan
arahan supaya
Penjualan Kali 243901-U 282.00
menangguhkan keputusan
Pertama
penjualan tanah kerana
Ditangguhkan -
Kerajaan akan
GRN 49800 Bidaan/
melaksanakan projek
Lot 342 12.04.2011 00000-UM 278.00
penswastaan di lot
Seksyen 63,
berkenaan.
Jalan
Penjualan Kali Syarikat 243901-U yang
Conlay
Ke-2 dipilih kemudiannya
memohon untuk
Penjualan 243901-U 310.00 941742-H 325.50
memindah milik tanah
Terus/ kepada anak syarikat
20.01.2016 (941742-H)
Penjualan Kali 206329-U 185.00
Pertama Perjanjian dibatalkan kerana
347508-T - 878116-U 190.00 pembeli gagal membayar
Bidaan/ baki harga jualan
PT 754 21.10.2011 878116-U 190.00
Jalan Hang Penjualan Kali
Tuah Ke-2 Keputusan Jemaah Menteri
meluluskan penjualan
Penjualan 1245372-A 192.34 1245372-A 192.34
kepada Syarikat 1245372-A
Terus/ pada 10.11.2017
10.11.2017
Sumber: Bahagian PAM, MoF

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 37
- 37
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 37 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ii. Harga Jualan Lebih Rendah Berbanding Harga Rizab/Penilaian JPPH


 Berdasarkan prosedur kerja penjualan tanah secara outright sale yang
dikeluarkan oleh Bahagian PAM, harga rizab bagi tanah yang akan dijual
perlu ditetapkan berdasarkan penilaian harga tanah daripada JPPH.

 Semakan Audit terhadap proses penjualan tanah di Bahagian PAM, MoF


melibatkan tiga (3) sampel lot tanah Persekutuan mendapati lot tanah
telah dijual kepada tiga (3) syarikat dengan nilai jualan antara
RM192.34 juta hingga RM646.00 juta. Bagaimanapun, nilai jualan
tersebut lebih rendah berbanding harga rizab/penilaian
JPPH yang ditetapkan, iaitu antara 13.9% hingga 29.5%.

 Semakan Audit juga mendapati tiada justifikasi yang jelas berhubung


keperluan untuk menjual ketiga-tiga lot tanah tersebut. Penjualan tanah
masih diteruskan walaupun harga yang yang ditawarkan lebih rendah
daripada harga rizab/penilaian JPPH. Tambahan pula, MoF tidak
mempunyai SOP berhubung perkara ini. Walaupun nilai jualan lebih rendah
daripada harga rizab/penilaian JPPH, penjualan tersebut telah diluluskan
oleh Jemaah Menteri. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 27.

JADUAL 27
HARGA JUALAN LEBIH RENDAH BERBANDING
HARGA RIZAB/PENILAIAN JPPH
HARGA
HARGA RIZAB/
NO. HAK NO. HAK KERUGIAN
BIL. PEMBELI JUALAN PENILAIAN
MILIK BARU MILIK ASAL (%)
(RM Juta) JPPH
(RM Juta)
PT754 Jalan Hang HSD120115,
1. 1245372-A 192.34 241.40* (20.3)
Tuah, WPKL PT151, Sek 56
GRN 49800, Lot 342,
2. 941742-H HSD 87796 325.50 461.74* (29.5)
Sek 63
GRN78883 Jalan
3. 1049366-A LOT 481123 646.00 750.31 (13.9)
Lembah Ledang
JUMLAH KESELURUHAN 1,163.84 1,453.45
Sumber: Bahagian PAM, MoF
Nota: (*) – Penilaian JPPH

iii. Earnest Money Tidak Dirampas

 Pada 29 Jun 2016, Jemaah Menteri telah bersetuju menerima tawaran


Syarikat 1186559-H bagi pembelian lot tanah GRN 78883 Jalan Lembah
Ledang dengan harga RM646 juta. Dokumen tawaran menetapkan supaya
syarikat menjelaskan earnest money 2% daripada nilai tawaran, iaitu
berjumlah RM12.92 juta.

 Bagaimanapun setelah bayaran dibuat, Syarikat 1186599-H pada 21 Ogos


2016 telah mengemukakan permohonan penarikan diri dan memohon
mendapatkan semula earnest money yang telah dibayar.

4-4
38- 38 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 38 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

 Namun begitu pada 4 Oktober 2016, Syarikat 1049366-A pula telah


mengemukakan permohonan kepada Ketua Setiausaha Negara untuk
meneruskan pembelian tanah seperti mana tawaran Syarikat 1186559-H
berjumlah RM646 juta. Permohonan tersebut dikemukakan oleh Syarikat
1049366-A disebabkan syarikat induknya telah mendapat kebenaran
daripada Syarikat 1186559-H untuk meneruskan transaksi pembelian lot
tanah.

 Kemudiannya, Perbendaharaan melalui memo daripada Timbalan Ketua


Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) memutuskan Earnest money
Syarikat 1049366-A berjumlah RM12.92 juta (2%) diselesaikan dengan
menggunakan earnest money Syarikat 1186559-H.

 Selanjutnya, Jemaah Menteri pada 25 November 2016 telah bersetuju


Syarikat 1049366-A mengambil alih pembelian tanah pada harga RM646
juta. Kesan persetujuan ini menyebabkan Kerajaan mengalami
kerugian yang mana earnest money daripada Syarikat
1186559-H berjumlah RM12.92 juta tidak dapat dirampas.

iv. Penjualan Tanah Hak Milik Kekal Tanpa Penilaian Semula Jabatan
Pernilaian dan Perkhidmatan Hartanah

● Semakan Audit terhadap dokumen berkaitan penjualan GRN 49800 Lot


342 Seksyen 63, Jalan Conlay Kuala Lumpur mendapati lot tersebut telah
dipersetujui untuk dilupuskan kepada Syarikat 243901-U dengan nilai
RM261.65 juta.

● Kemudiannya, Syarikat 243901-U melalui suratnya kepada YAB Perdana


Menteri bertarikh 20 Jun 2017 memohon penjualan dibuat dengan
perubahan syarat nyata tanah daripada pajakan 99 tahun kepada
pegangan selama-lamanya dengan harga balasan RM325.50 juta. Dalam
masa yang sama lot tanah tersebut akan dipindah milik kepada Syarikat
941742-H iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat 243901-U.

● Audit mendapati tiada asas bagi penetapan harga jualan


memandangkan tiada penilaian semula dibuat apabila
status hak milik tanah ditukar daripada pajakan 99 tahun
kepada hak milik kekal.

Maklum balas MoF yang diterima pada 3 Oktober 2019


Penjualan ketiga-tiga lot tanah tanah telah mendapat kelulusan YBMK II dan Jemaah
Menteri. Penjualan tanah milik PTP adalah tidak tertakluk kepada tatacara Perolehan
Kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 4 4- 39
- 39
Pengurusan Tanah Persekutuan
Pengurusan Tanah Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 39 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Proses penjualan tanah adalah tidak telus dan tanpa disokong
Audit justifikasi yang jelas serta di bawah harga rizab boleh
merugikan Kerajaan.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa pengurusan tanah Persekutuan adalah


kurang cekap dan kurang berkesan. Hal ini adalah kerana maklumat berkaitan
penggunaan terkini tanah tidak diselenggara dengan sempurna. Selain itu, tiada
pemantauan yang menyeluruh dibuat terhadap tanah yang belum dibangunkan yang
membawa kepada risiko tanah diceroboh. Kelemahan dalam pengurusan pajakan dan
sewaan menyebabkan berlaku tunggakan dalam tempoh yang panjang. Selain itu juga,
proses pelupusan tanah dilaksanakan tanpa justifikasi dan prosedur yang jelas serta di
bawah harga rizab/penilaian JPPH boleh merugikan Kerajaan.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak
berulang dalam pengurusan tanah di masa hadapan, adalah disyorkan supaya pihak yang
terlibat mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut:

7.1. JKPTG mengemaskini data dan keupayaan MyeTaPP supaya data tanah terutama
dari aspek status kegunaan terkini dan tempoh pemilikan lengkap bagi meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan perancangan, pengawalan dan pemantauan tanah;

7.2. JKPTG dan PTG Negeri perlu mengenal pasti perbezaan dan membuat penyelarasan
maklumat antara JKPTG, PTG dan KJP untuk memastikan ketepatan rekod tanah;

7.3. JKPTG mengenal pasti dengan tepat baki tanah-tanah yang masih belum
dibangunkan dan secara tetap serta berkala mengadakan perbincangan dengan KJP bagi
membuat penyelarasan terhadap tanah yang belum dibangun;

7.4. JKPTG dan KJP perlu mewujudkan kaedah pemantauan tanah yang lebih berkesan
seperti memanfaatkan teknologi terkini yang dimiliki Agensi Kerajaan bagi mengawal dan
mengenal pasti tanah yang diceroboh;

7.5. JKPTG perlu mewujudkan mekanisme pemantauan yang sistematik terhadap


pengurusan pajakan dan sewaan serta mewujudkan SOP yang lengkap; dan

7.6. MoF perlu mewujudkan prosedur yang jelas bagi pelupusan tanah terutama dari
aspek justifikasi pelupusan dan penetapan harga jualan untuk meningkatkan kecekapan
dan ketelusan serta melindungi kepentingan Kerajaan.

4-4
40- 40 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nTanah
T a n a hPersekutuan
Persekutuan RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 40 02/12/2020 11:14 AM


5
KEMENTERIAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR SABAH
– Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo
di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu
Bypass

JABATAN KERJA RAYA SARAWAK


– Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang
Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik
Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 41 02/12/2020 11:14 AM


3. Teks 4 - 5.indd 42 02/12/2020 11:14 AM
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR SABAH
– Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo
di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu
Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 43 02/12/2020 11:14 AM


3. Teks 4 - 5.indd 44 02/12/2020 11:14 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN KERJA RAYA


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR SABAH
PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO DI
NEGERI SABAH BAGI JAJARAN LAHAD DATU BYPASS

Perkara Utama

Apa yang  Projek Jajaran Lahad Datu Bypass dilaksanakan melalui Work
diaudit? Package 21 (WP21) dengan kos kontrak berjumlah RM174.94 juta
(termasuk GST). Objektif pelaksanaan projek adalah untuk
menghubungkan daerah Sandakan dan Tawau tanpa melalui
bandar Lahad Datu bagi mengurangkan kesesakan trafik di
bandar tersebut.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap Jajaran Lahad Datu
Bypass sepanjang 7.0 kilometer bagi tempoh tahun 2017 hingga
2019 yang meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi
projek dan pengurusan projek.
 Prestasi projek dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu
pencapaian fizikal projek dan pencapaian outcome projek.
 Pengurusan projek meliputi tujuh (7) perkara iaitu pencapaian
kewangan; pengambilan balik tanah; perolehan; pentadbiran
kontrak; penilaian kesan alam sekitar [Environmental Impact
Assessment (EIA)]; pelaksanaan pembinaan dan pemantauan.
 Pengauditan melibatkan Syarikat 1164231-M sebagai Project
Delivery Partner (PDP), JKR Sabah dan rujukan juga dilakukan
dengan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah (JPAS)
dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.

Mengapa ia  Objektif Projek LPBS adalah untuk meningkatkan keupayaan


penting rangkaian perhubungan dan akses yang lebih selamat kepada
untuk pengguna jalan raya di Sabah.
diaudit?
 Tempoh kontrak pembinaan dan penyiapan Projek LPBS adalah
69 bulan iaitu mulai bulan April 2016 dan dijangka siap pada
31 Disember 2021 dengan kos yang disasarkan berjumlah tidak
melebihi RM12.860 bilion.

Apa yang  Prestasi fizikal keseluruhan Projek LPBS bagi 11 WP semasa


ditemui tarikh penamatan perkhidmatan PDP pada 21 September 2019
Audit? adalah 12.8% berbanding 41.9% yang dirancang, iaitu lewat
29.1%. Setakat 31 Disember 2019 selepas diambil alih oleh JKR
Sabah, sebanyak 10 WP mendahului jadual antara 0.3% hingga
8.7% dan hanya satu (1) WP telah lewat jadual sebanyak 1%.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 5 - 15 - 1
Projek Pembinaan Lebuhraya
Projek Pembinaan Lebuhraya PanNegeri
Pan Borneo di Sabah
Borneo di Negeribagi
SabahJajaran Lahad
bagi Jajaran Datu Bypass
Datu
Lahad Bypass RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 1 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA PARLIMEN 20.11.2019

 Prestasi bagi Jajaran Lahad Datu Bypass hanya mencapai 37.4%


berbanding jadual sebanyak 45.7% iaitu lewat jadual sebanyak
8.3% semasa PDP ditamatkan pada 21 September 2019.
Bagaimanapun, projek telah dijadualkan semula dengan tarikh
baru penyiapan projek pada 3 Julai 2020.
 Prestasi outcome Projek LPBS dan Jajaran Lahad Datu Bypass
belum dapat dinilai kerana belum disiapkan setakat 31 Disember
2019.
 Projek Pembinaan LPBS bagi Jajaran Lahad Datu Bypass yang
dilaksanakan oleh PDP tidak diurus dengan cekap dan berkesan
kerana:
- Pengambilan balik tanah tidak diselesaikan sebelum kerja
pembinaan dimulakan yang menjejaskan jadual pelaksanaan
kerja.
- Petender berjaya bagi WP21 Lahad Datu Bypass tidak
memenuhi syarat pra-kelayakan minimum ditetapkan. Selain
itu, petender berjaya didapati tidak berkeupayaan dari segi
kewangan, tiada pengalaman membina jalan, kekurangan
kakitangan teknikal serta loji dan peralatan asas.
- Tuntutan interim WPC lewat dibayar yang menjejaskan aliran
kewangan WPC.
- PDP tidak mengambil alih kerja kontraktor WP21 yang lewat
jadual seperti mana yang dibenarkan dalam kontrak, bilangan
mesin dan tenaga kerja WPC tidak mencukupi, kerja dan
bahan pembinaan tidak diberikan perlindungan serta
pemantauan kurang berkesan di semua peringkat telah
menjejaskan pelaksanaan projek.

5-2
5-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Projek Pembinaan Lebuhraya
Projek Pembinaan Lebuhraya Pandi Borneo
Pan Borneo di Negeri
Negeri Sabah Sabah
bagi Jajaran bagi
Lahad Bypass Lahad Datu BypassRAHSIA
Jajaran
Datu

3. Teks 4 - 5.indd 2 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

KEMENTERIAN KERJA RAYA


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SABAH
1. PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO DI NEGERI SABAH
BAGI JAJARAN LAHAD DATU BYPASS

FAKTA UTAMA PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO


DI NEGERI SABAH BAGI JAJARAN LAHAD DATU BYPASS

670.28 km RM12.860 Bilion 7 km RM174.94 Juta


 Jarak keseluruhan  Kos yang disasarkan untuk  Jarak jajaran  Kos Kontrak WP21 - Lahad
dari Sindumin ke tempoh tahun 2016 hingga Lahad Datu Datu Bypass
Tawau 2021 Bypass
Kementerian Kerja Kementerian yang bertanggungjawab di peringkat Persekutuan
Raya (KKR)

Kementerian  Kementerian yang bertanggungjawab di peringkat negeri Sabah


Pembangunan
Infrastruktur (KPI)  Pengarah Projek bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPBS) ialah Setiausaha
Sabah Tetap KPI Sabah

Project Delivery Pembinaan Projek LPBS sepanjang 670.28 km dilaksanakan secara PDP
Partner (PDP)

1. LATAR BELAKANG

1.1. Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPBS) melibatkan pembinaan
jalan raya baharu dua (2) lorong dua (2) hala dan empat (4) lorong dua (2) hala
mengikut piawaian JKR R5 dan kerja naik taraf jalan sedia ada daripada dua (2) lorong
dua (2) hala kepada empat (4) lorong dua (2) hala mengikut piawaian JKR R5/U5.
Objektif Projek LPBS adalah untuk meningkatkan keupayaan rangkaian perhubungan
dan akses yang lebih selamat kepada pengguna jalan raya di Sabah.

1.2. Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan
Kerajaan Negeri Sabah diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) telah
menandatangani Project Delivery Partner Agreement (PDPA) dengan syarikat
1164231-M pada 11 April 2016. Syarikat ini dilantik sebagai Rakan Pelaksana Projek
[Project Delivery Partner (PDP)] dan bertanggungjawab melaksana, memantau,
mengurus dan menyiapkan projek mengikut perjanjian. Setiausaha Tetap Kementerian
Pembangunan Infrastruktur (KPI) Sabah dilantik sebagai Pengarah Projek [Project
Director (PD)] manakala Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebagai wakil PD.

1.3. PDP akan dibayar yuran dengan kadar 5.5% daripada kos pembinaan sebenar
tertakluk kepada had maksimum RM12.860 bilion. Kadar yuran akan diselaraskan
mengikut jadual kadar yang dipersetujui dalam PDPA jika kos melebihi had maksimum.
Peruntukan Luar Jangka pula ditetapkan sebanyak 10% daripada kos pembinaan bagi
menampung lebihan kos pembinaan dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa
Kawalan Kos/Perubahan [Cost Control/Change Committee (CCC)]. Selain itu, tuntutan

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 - 53 - 3
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 3 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

bayaran balik berjumlah RM2.200 bilion diperuntukkan untuk bayaran kos tertentu
seperti kos langsung dan perbelanjaan operasi, kos pihak ketiga (yuran konsultan),
perancangan dan penyiasatan tanah, kos pengambilalihan kerosakan/kewangan
disebabkan oleh kontraktor serta kos-kos lain yang diluluskan oleh CCC yang
disenaraikan dalam PDPA.

1.4. PDP hendaklah mematuhi dua (2) Petunjuk Prestasi Utama [Key Performance
Indicator (KPI)] iaitu, menyiapkan projek selaras dengan tempoh kontrak dan sasaran
kos yang ditetapkan. Berdasarkan PDPA, tempoh kontrak pembinaan dan penyiapan
Projek LPBS adalah 69 bulan, bermula April 2016 dan dijangka siap pada 31 Disember
2021. Kos yang disasarkan tidak melebihi RM12.860 bilion. PDP bertanggungjawab
mengadakan 35 Pakej Kerja [Work Package (WP)] dengan Kontraktor Pakej Kerja [Work
Package Contractor (WPC)] untuk pembinaan lebuh raya sepanjang 670.28 km meliputi
jajaran seperti dalam Peta 1.

PETA 1
PELAN JAJARAN PELAKSANAAN PROJEK LPBS MENGIKUT PAKEJ KERJA

Sumber: PDP
Petunjuk:
Meluaskan Jalan Sedia Ada Pakej Kerja Telah Dimulakan Pembinaan
Jalan/Bypass Baharu Pakej Kerja Belum Ditender

1.5. Sepanjang tempoh kontrak, PDP telah menawarkan 12 kontrak WP kepada


12 WPC. Bagaimanapun, satu (1) WPC telah ditamatkan perkhidmatan oleh PDP pada
25 Julai 2018.

5-4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5-4 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun 2019
Borneo d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 4 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

1.6. Kerajaan Persekutuan seterusnya telah memutuskan untuk menamatkan kontrak


perkhidmatan PDP dengan memberikan lima (5) bulan notis penamatan melalui surat
KKR bertarikh 22 April 2019. Tindakan penamatan dibuat berdasarkan Klausa 28 PDPA,
atas sebab kepentingan negara. Sehubungan itu, pada 21 September 2019 kontrak
perkhidmatan PDP telah ditamatkan dan Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan
pengurusan Projek LPBS kepada KKR pada 22 September 2019. Status kemajuan fizikal
sebenar Projek LPBS semasa ditamatkan adalah 12.8%, lewat 29.1% berbanding
41.9% kemajuan kerja yang dirancang. Kerajaan Persekutuan kemudiannya melantik
semula 11 WPC yang sama pada 2 Disember 2019. Selanjutnya, program kerja baharu
telah dirangka untuk kesemua 11 WPC tersebut.

1.7. Kos Projek LPBS dibiayai melalui peruntukan pembangunan oleh Kerajaan
Persekutuan. Peruntukan akan disalurkan ke dalam Akaun Amanah Projek Pembinaan
Lebuhraya Pan Borneo yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Akaun Amanah ini
dikawal selia oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah selaku
Pegawai Pengawal. Setakat 31 Disember 2019, kesemua peruntukan berjumlah
RM1.788 bilion yang diterima telah dibelanjakan sepenuhnya untuk Projek LPBS.

1.8. Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2.100 bilion
untuk kos pengambilan balik tanah bagi Projek LPBS. Peruntukan ini disalurkan ke
dalam Akaun Amanah Pampasan Tanah Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang
ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Pegawai Pengawal bagi Akaun Amanah ini
adalah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah. Setakat 31 Disember 2019,
sebanyak RM651 juta telah disalurkan ke dalam Akaun Amanah ini.

1.9. Projek yang dilaksanakan melalui WP21 bagi jajaran Lahad Datu Bypass adalah
dengan kos kontrak berjumlah RM174.94 juta [termasuk Goods and Service Tax (GST)]
dengan tempoh kontrak bermula pada 7 Disember 2016 hingga 6 Disember 2018.
Objektif pelaksanaan projek adalah untuk menghubungkan daerah Sandakan dan
Tawau tanpa melalui bandar Lahad Datu bagi mengurangkan kesesakan trafik di bandar
tersebut. Butiran projek seperti dalam Jadual 1 dan pelan lokasi WP21 adalah seperti
dalam Peta 2.

JADUAL 1
BUTIRAN PROJEK LPBS BAGI WP21 JAJARAN LAHAD DATU BYPASS
PERKARA BUTIRAN

Nombor Kontrak BHP/LDB/WP21/C03/2016 bertarikh 19 Julai 2017

 Road works and associated drainage works.


 1 no. of single span bridge across Sepagaya River.
 2 nos. of grade separated interchanges at the start and the end of the
Skop Projek proposed bypass.
 Slope profiling works including slope protection treatment and rock
excavation.
 Street lighting installation at the major interchanges and the U-Turn.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 - 55 - 5
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 5 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

PERKARA BUTIRAN

Jenis Perolehan Tender Terhad

Kaedah Pelaksanaan Project Delivery Partner – Syarikat No. 1164231-M

Harga Kontrak Asal RM174.94 Juta

Jarak 7 km

Kontraktor Syarikat No.165081-T

Tarikh Surat Setuju Terima 10 Oktober 2016

Tarikh Kontrak Ditandatangani 10 Julai 2017

Tarikh Milik Tapak 7 Disember 2016

Tempoh Kontrak 24 Bulan

Tarikh Siap Asal Kontrak 6 Disember 2018


Sumber: Dokumen Kontrak WP21

PETA 2
PELAN LOKASI WP21 JAJARAN LAHAD DATU BYPASS

Sumber: Pelan Lokasi WP21

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada Projek LPBS bagi Jajaran Lahad Datu
Bypass diurus dengan berhemat, cekap dan berkesan untuk mencapai objektif yang
ditetapkan. Selain itu, pengauditan juga dijalankan untuk menilai sama ada PDP
mematuhi KPI yang ditetapkan, iaitu menyiapkan projek selaras dengan tempoh kontrak
dan anggaran kos yang ditetapkan.

5-6 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5-6 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun 2019
Borneo d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 6 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan
pengurusan projek. Prestasi projek dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian
fizikal projek dan pencapaian outcome projek. Pengurusan projek meliputi tujuh (7)
perkara iaitu pencapaian kewangan, pengambilan balik tanah, perolehan, pentadbiran
kontrak, penilaian kesan alam sekitar, pelaksanaan pembinaan dan pemantauan.

3.2. Skop pengauditan meliputi pembinaan jajaran WP21 Lahad Datu Bypass
sepanjang 7 km bagi tempoh tahun 2017 hingga 2019. Sampel ini dipilih kerana
merupakan salah satu daripada tiga (3) pakej jajaran awal yang dilaksanakan pada
suku pertama tahun 2016. Pengauditan telah dijalankan di Kementerian Pembangunan
Infrastruktur (KPI) Sabah, PDP, JKR Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah dan
pejabat tapak jajaran WP21 di Lahad Datu, Sabah.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen dan fail serta menganalisis
data berkaitan projek. Selain itu, lawatan fizikal Audit bersama wakil PDP, JKR dan
kontraktor dijalankan di tapak projek WP21. Pihak Audit juga mengadakan
perbincangan dan temu bual dengan pegawai yang terlibat bagi mendapatkan
penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan. Selain itu, rujukan turut dibuat terhadap
laporan profesional daripada pihak ketiga seperti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar
(JPAS) Negeri Sabah dan JTU Sabah bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat
tambahan.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan dari bulan Julai hingga Disember 2019. Penemuan Audit
dan maklum balas KKR, JKR, PDP dan JTU Sabah telah dibincangkan dalam Mesyuarat
Penutup (Exit Conference) pada 11 Disember 2019. Penjelasan lanjut bagi setiap
penemuan adalah seperti dalam perenggan berikut:

5.1. Prestasi Projek

Bagi melaksanakan perkhidmatannya, PDP dikehendaki mematuhi dua (2) KPI yang
ditetapkan iaitu menyiapkan projek selaras dengan tempoh kontrak dan anggaran kos
yang ditetapkan. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 - 57 - 7
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 7 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

5.1.1. Pencapaian Fizikal Projek

a. Pencapaian Fizikal Keseluruhan Projek LPBS

i. Berdasarkan PDPA, tempoh pembinaan dan penyiapan Projek LPBS


sepanjang 670.28 km adalah selama 69 bulan, bermula 11 April 2016 hingga
PDP 31 Disember 2021. Kos yang disasarkan tidak melebihi RM12.860 bilion dan
komponen Projek LPBS merangkumi:

 pembinaan jalan baharu dua (2) lorong dua (2) hala mengikut piawaian
JKR R5 sepanjang 124 km dari Tuaran ke Kudat; dan

 pembinaan jalan baharu dan kerja naik taraf jalan sedia ada daripada dua
(2) lorong dua (2) hala kepada empat (4) lorong dua (2) hala mengikut
piawaian JKR R5/U5 sepanjang 546.28 km dari Sindumin ke Tuaran,
Ranau ke Sandakan dan Sandakan ke Tawau.

ii. Kerja pembinaan Projek LPBS sepatutnya dilaksanakan oleh 35 WPC yang
dilantik oleh PDP melalui 35 Kontrak Pakej Kerja. Semakan Audit mendapati
sebelum kontrak perkhidmatan PDP ditamatkan pada 21 September 2019,
sebanyak 12 WPC daripada 35 WPC telah dilantik untuk melaksanakan 12
Kontrak Pakej Kerja. Bagaimanapun, satu (1) WPC telah ditamatkan kontrak
pada 25 Julai 2018.

iii. Berdasarkan Ringkasan Keseluruhan Kemajuan Kerja sehingga 21 September


2019, iaitu semasa tarikh penamatan perkhidmatan PDP, kemajuan fizikal
sebenar keseluruhan Projek LPBS adalah 12.8% berbanding 41.9% yang
dirancang, iaitu lewat 29.1%. Semakan Audit selanjutnya mendapati
sebanyak dua (2) WP mendahului jadual antara 0.8% hingga
0.9%, manakala sembilan (9) WP telah lewat jadual antara
0.3% hingga 8.3% berbanding yang dirancang.

iv. Selepas kontrak perkhidmatan PDP ditamatkan pada 21 September 2019,


proses perundingan pengambilalihan Projek LPBS daripada PDP kepada
Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan. Seterusnya, kesemua 11 WPC
yang sama telah dilantik semula pada 2 Disember 2019. Setakat
31 Disember 2019, prestasi 10 WP didapati mendahului
jadual antara 0.3% hingga 8.7% dan hanya satu (1) WP telah
lewat daripada jadual sebanyak 1% seperti dalam Jadual 2.
Semakan Audit selanjutnya mendapati program kerja baharu telah dirangka
dan tarikh siap dipinda bagi Projek LPBS melibatkan 11 WP sehingga
3 Disember 2022 berbanding tarikh siap asal pada 31 Disember 2021.

5-8 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5-8 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun 2019
Borneo d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 8 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

JADUAL 2
STATUS KEMAJUAN FIZIKAL PROJEK LPBS SETAKAT 31 DISEMBER 2019
STATUS KEMAJUAN FIZIKAL (%)
STATUS
BIL. WPC 21 SEPTEMBER 2019 31 DISEMBER 2019 KEMAJUAN
FIZIKAL
JADUAL SEBENAR VARIAN JADUAL SEBENAR VARIAN
1. 21 45.7 37.4 -8.3 0.7 1.0 0.3
2. 01 36.1 35.2 -0.9 0.6 0.9 0.3
3. 08 10.5 10.1 -0.4 0.0 5.6 5.6
Mendahului
4. 03 9.5 9.1 -0.4 0.7 1.0 0.3
Jadual
5. 06 16.2 15.3 -0.9 0.6 1.4 0.8
6. 27 57.9 58.8 0.9 5.5 14.2 8.7
7. 04 16.8 17.6 0.8 2.7 3.7 1.0
8. 02 8.9 8.3 -0.6 10.0 9.0 -1.0 Lewat
9. 10 12.5 12.0 -0.5 0.0 2.0 2.0
Mendahului
10. 07 19.8 19.5 -0.3 2.3 5.4 3.1
Jadual
11. 05 63.9 63.4 -0.5 2.0 5.7 3.7
12. 15 100** 21.6** -78.4** Ditamatkan kontrak pada 25 Julai 2018
Sumber: JKR dan PDP
Nota: (**) – Peratus Kemajuan Kerja Semasa Tarikh Penamatan

b. Prestasi Fizikal Projek WP21 Jajaran Lahad Datu Bypass

i. Klausa 2.2 kontrak menetapkan tempoh kontrak adalah selama 24 bulan,


bermula dari tarikh milik tapak pada 7 Disember 2016 dan berakhir pada
6 Disember 2018.

ii. Semakan Audit mendapati projek Jajaran Lahad Datu Bypass tidak
dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu pada
6 Disember 2018. Di bawah PDPA, tiga (3) lanjutan masa selama 481
hari telah diluluskan dan tarikh siap dipinda adalah pada 31 Mac 2020.
Setakat 21 September 2019, kemajuan fizikal bagi projek ini
adalah 37.4%, lewat 8.3% berbanding 45.7% yang
dirancang. Bagaimanapun, berdasarkan program kerja baharu
yang dirangka, terdapat perubahan pada status kemajuan
fizikal projek pembinaan Jajaran Lahad Datu Bypass.
Semakan Audit mendapati kemajuan fizikal projek tersebut setakat
31 Disember 2019 telah mendahului jadual sebanyak 0.3%.

Maklum balas JKR Sabah yang diterima pada 25 November 2019

Kelewatan pelaksanaan Pakej WP21 telah dibincangkan dalam Mesyuarat


Pemantauan dan telah menasihatkan PDP untuk mengambil tindakan berdasarkan
syarat-syarat kontrak.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 - 59 - 9
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 9 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

Pendapat Projek LPBS secara kontrak bersama PDP tidak dilaksanakan


Audit dengan cekap dan berkesan kerana keseluruhan projek
mengalami kelewatan yang boleh menjejaskan sasaran KPI
berkaitan tempoh kontrak. KPI bagi sasaran kos tidak dapat
dinilai kerana projek masih dalam pelaksanaan. Prestasi
keseluruhan projek selepas pengambilalihan belum dapat
dinilai kerana pelantikan semula WPC dilaksanakan pada
2 Disember 2019.

5.1.2. Pencapaian Outcome

Pencapaian outcome bagi Projek LPBS dan WP21 Lahad Datu Bypass belum dapat
dinilai disebabkan pelaksanaannya belum disiapkan setakat 31 Disember 2019.

5.2. Pengurusan Projek

Untuk memastikan pengurusan projek LPBS dan sampel Audit iaitu projek pembinaan
Lahad Datu Bypass dilaksanakan mengikut peraturan dan garis panduan yang
ditetapkan, beberapa aspek pematuhan dalam pengurusan projek telah disemak. Hasil
semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

5.2.1. Pencapaian Kewangan

a. Pencapaian Kewangan Keseluruhan Projek LPBS

i. PDPA menetapkan Projek LPBS hendaklah disiapkan dengan kos berjumlah


tidak melebihi RM12.860 bilion. Semakan Audit mendapati sehingga akhir
tahun 2019, peruntukan pembangunan yang diterima
daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk pembinaan
Projek LPBS adalah berjumlah RM1.788 bilion. Bagi tempoh yang
sama, kesemua peruntukan yang diterima telah dibelanjakan sepenuhnya
seperti dalam Jadual 3. Semakan Audit selanjutnya mendapati perbelanjaan
yang telah dibuat meliputi bayaran perkhidmatan PDP berjumlah
RM48.91 juta, imbuhan bayaran balik PDP berjumlah RM590.89 juta dan
bayaran tuntutan interim bagi 12 WPC berjumlah RM1.140 bilion.

5 - 10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 10 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 10 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

JADUAL 3
PENCAPAIAN KEWANGAN BAGI KESELURUHAN PROJEK LPBS
SETAKAT 31 DISEMBER 2019
PERUNTUKAN (RM Bilion) PERATUS
JENIS
TAHUN PERBELANJAAN
AKAUN DITERIMA DIBELANJAKAN (%)
2017 0.500 0.500 100
Akaun Amanah Projek
Pembinaan Lebuhraya 2018 0.438 0.438 100
Pan Borneo
2019 0.850 0.850 100
JUMLAH 1.788 1.788 100
Sumber: Laporan Peruntukan dan Perbelanjaan JKR

ii. Dalam tempoh tahun 2016 hingga 2019, sejumlah RM651 juta telah diterima
oleh JTU Sabah bagi pengambilan balik tanah. Bagi tempoh yang sama,
kesemua peruntukan yang diterima juga telah dibelanjakan sepenuhnya bagi
bayaran pampasan tanah Projek LPBS. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PENCAPAIAN KEWANGAN BAGI PAMPASAN TANAH
PROJEK LPBS SETAKAT 31 DISEMBER 2019
PERUNTUKAN (RM Juta) PERATUSAN
JENIS AKAUN TAHUN
DITERIMA DIBELANJAKAN (%)

2016 25 5.00 20
Akaun Amanah 2017 50 54.58 109
Pampasan Tanah Projek
Lebuh Raya Pan Borneo 2018 256 166.56 65
2019 320 424.85 133
JUMLAH 651 650.99 100
Sumber: Laporan Peruntukan dan Perbelanjaan JTU Sabah

b. Prestasi Bayaran WP21 Jajaran Lahad Datu Bypass


i. Kos kontrak bagi WP21 untuk projek Jajaran Lahad Datu Bypass adalah
berjumlah RM174.94 juta. Bagaimanapun dengan kelulusan Arahan
Perubahan Kerja setakat bulan Mac 2019 bernilai RM5.97 juta, kos terkini
projek adalah berjumlah RM168.97 juta.

ii. Semakan Audit mendapati sebanyak 26 tuntutan interim bagi projek WP21
bernilai RM54.56 juta telah dikemukakan kepada JKR. Bagaimanapun, hanya
RM52.78 juta (96.7%) daripada keseluruhan nilai tuntutan telah dibayar
kepada WPC sehingga 31 Disember 2019. Sejumlah RM1.78 juta bagi
satu (1) tuntutan pula hanya dibayar pada bulan Mac 2020.

iii. Berdasarkan Klausa 26 kontrak, PDP hendaklah membayar kepada WPC


dalam tempoh 45 hari dari tarikh sijil interim dikeluarkan atau tarikh
penilaian sijil interim yang mana terkemudian. Analisis Audit mendapati
sebanyak 19 daripada 26 tuntutan tersebut dibayar melebihi
tempoh 45 hari. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 5.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 11
- 11
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 11 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

JADUAL 5
TUNTUTAN DAN BAYARAN KEMAJUAN KERJA WP21
SETAKAT 31 DISEMBER 2019
TARIKH BAYARAN TEMPOH
TARIKH NO. IPC/ TARIKH/
JUMLAH LEWAT
BIL. PENILAIAN TARIKH NO. WPC
PDP (RM) (Hari)
INTERIM (A) BAUCAR (B) [B – A]
IPC 1 / 17.05.2017 /
1. 23.01.2017 11.08.2017 14.08.2017 1,901,322 113
24.02.2017 6307-135
IPC 2 / 17.08.2017 /
2. 12.04.2017 07.09.2017 15.09.2017 4,416,066 80
18.05.2017 13093-135
IPC 3 / 28.08.2017 /
3. 26.05.2017 25.09.2017 04.10.2017 5,207,886 70
21.06.2017 13750-135
IPC 4 / 27.11.2017 /
4. 03.07.2017 27.12.2017 29.12.2017 3,324,690 100
03.08.2017 221122-135
IPC 5 / 27.11.2017 /
5. 30.08.2017 27.12.2017 29.12.2017 6,216,264 70
18.09.2017 221122-135
IPC 6 / 02.04.2018 /
6. 07.11.2017 07.05.2018 07.05.2018 4,058,316 112
22.11.2017 4334-135
IPC 7 / 02.04.2018 /
7. 06.12.2017 07.05.2018 07.05.2018 1,013,148 63
02.02.2018 4335-135
IPC 8 / 02.04.2018 /
8. 31.01.2018 07.05.2018 07.05.2018 2,043,468 55
14.02.18 4336-135
IPC 9 / 02.07.2018 /
9. 27.02.2018 27.08.2018 30.08.2018 1,642,788 116
09.03.18 10562-135
IPC 10 / 27.08.2018 /
10. 27.03.2018 24.09.2018 28.09.2018 1,447,218 112
10.04.2018 14578-135
IPC 11 / 27.08.2018 /
11. 25.04.2018 24.09.2018 28.09.2018 747,936 90
14.05.18 14580-135
IPC 12 / 27.08.2018 /
12. 22.05.2018 24.09.2018 28.09.2018 684,972 74
08.06.2018 14579-135
IPC 13 / 21.09.2018 /
13. 27.06.2018 10.10.2018 12.10.2018 1,961,204 54
23.07.18 16433-135
IPC 14 / 21.09.2018 /
14. 23.07.2018 10.10.2018 12.10.2018 1,060,470 0
09.08.2018 16439-135
IPC 15 / 31.10.2018 /
15. 29.08.2018 13.11.2018 21.11.2018 1,279,980 48
07.09.2018 19984-135
IPC 16 / 18.02.2019 /
16. 28.11.2018 18.03.2019 18.03.2019 413,820 63
10.12.2018 908-135
IPC 17 / 18.02.2019 /
17. 26.12.2018 22.03.2019 03.04.2019 43,200 57
10.01.2019 909-135
IPC 18 / 01.04.2019 /
18 29.01.2019 08.05.2019 09.05.2019 1,934,600 59
13.02.2019 3710-135
IPC 19 / 15.04.2019 /
19. 28.02.2019 06.05.2019 22.05.2019 117,900 48
12.03.2019 5023-135
IPC 20/ 17.06.2019 /
20. 23.03.2019 03.07.2019 10.07.2019 24,800 0
13.05.2019 9437-135
IPC 21 / 17.06.2019 /
21. 23.04.2019 03.07.2019 10.07.2019 31,900 0
08.05.2019 9442-135
IPC 22 / 31.07.2019 /
22. 28.05.2019 19.08.2019 21.08.2019 2,925,570 0
17.06.2019 12326-135
IPC 23 / 15.08.2019 /
23. 28.06.2019 03.09.2019 06.09.2019 3,347,590 0
17.07.2019 13679-135
IPC 24 / 04.09.2019 /
24. 24.07.2019 24.09.2019 25.09.2019 2,626,540 0
14.08.2019 14715-135
IPC 25 / 09.10.2019 /
25. 28.08.2019 24.10.2019 25.10.2019 4,305,020 0
17.07.2019 17453-135
IPC 26 / Belum
26. 20.09.2019 - - 1,783,140 60
03.10.2019 Dibayar*
JUMLAH (RM) 54,559,808
Sumber: PDP dan JKR
Nota: IPC - [Interim Payment Certificate (Sijil Tuntutan Interim)]
(*) - Telah Dibayar pada Bulan Mac 2020

5 - 12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 12 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun 2019
Borneo d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 12 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati kelewatan bayaran interim


disebabkan oleh perkara berikut:

 Proses kelulusan dan agihan peruntukan daripada Kementerian


Kewangan (MoF) Sabah kepada JKR didapati mengambil masa antara
lima (5) hingga 47 hari.

 Penyediaan baucar bayaran oleh JKR pula mengambil masa antara


satu (1) hingga 96 hari daripada tarikh peruntukan diterima.

 Sebanyak 13 daripada 18 (72%) tuntutan interim yang lewat dibayar


didapati telah dikuiri oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah disebabkan
oleh dokumen tuntutan kemajuan kerja yang tidak lengkap.

 Sebanyak satu (1) tuntutan bayaran interim bertarikh 3 Oktober 2019


berjumlah RM1.78 juta belum dibayar disebabkan peruntukan tidak
mencukupi.

Maklum balas JKR Sabah yang diterima pada 25 November 2019

Proses bayaran hanya dapat dibuat selepas menerima peruntukan daripada MoF
Sabah.

Maklum balas KKR yang diterima pada 11 Disember 2019

Pihak KKR akan mengkaji semula proses kerja bayaran tuntutan kemajuan kerja
bagi mengatasi masalah pembayaran lewat.

Pendapat Kelewatan pembayaran tuntutan interim menjejaskan aliran


Audit tunai WPC.

5.2.2. Pengambilan Balik Tanah

a. Pengambilan Balik Tanah Keseluruhan Projek LPBS

i. Pengambilan balik tanah adalah di bawah tanggungjawab JTU Sabah.


Pengambilan balik tanah dilaksanakan oleh JTU Sabah berdasarkan Seksyen
3 Ordinan Pengambilan Tanah Negeri Sabah. Berdasarkan prosedur JTU
Sabah, surat tawaran akan dikeluarkan kepada pemilik selepas penilaian
dibuat. Pampasan sebanyak 90% daripada nilai tawaran akan dibayar
selepas pemilik bersetuju dengan nilai yang ditawarkan.

ii. Semakan Audit mendapati, daripada 6,056 pemililik tanah dan 1,564 pemilik
bangunan yang terlibat di 12 Pakej Kerja, seramai 2,206 pemilik tanah

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 13
- 13
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 13 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

(36%) telah dibayar pampasan berjumlah RM361.04 juta. Bagi pemilik


bangunan, seramai 1,148 pemilik bangunan (73%) telah dibayar pampasan
berjumlah RM284.24 juta. Oleh yang demikian, setakat bulan Disember
2019 Kerajaan belum selesai membayar pampasan berjumlah
RM439.92 juta kepada 3,850 pemilik tanah dan 416 pemilik
bangunan bagi 12 WP. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
STATUS PENGAMBILAN BALIK TANAH PROJEK
LEBUHRAYA PAN BORNEO DI NEGERI SABAH BAGI 12 WP
STATUS PENGAMBILAN BALIK TANAH
JUMLAH PENGAMBILAN
BALIK TANAH
SELESAI BELUM SELESAI
PEMILIK
NILAI NILAI NILAI
BIL. BIL. BIL.
PAMPASAN PAMPASAN PAMPASAN
PEMILIK PEMILIK PEMILIK
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Tanah* 2,206 361.04 3,850 333.57 6,056 694.61

Bangunan 1,148 284.24 416 106.35 1,564 390.59

JUMLAH 3,354 645.28 4,266 439.92 7,620 1,085.20

Sumber: Rekod Pengambilan Tanah JTU Sabah


Nota: (*) - Termasuk Tanaman dan Lain-Lain

iii. Semakan Audit selanjutnya setakat bulan Disember 2019 mendapati proses
pengambilan tanah dan bangunan belum diselesaikan kerana isu pembatalan
hak milik tanah, penggantian hak milik baharu, penukaran nama pemilik
bangunan, kes rayuan serta kes mahkamah yang belum selesai. Kesan
kelewatan penyelesaian pengambilan tanah menyebabkan Projek LPBS lewat
disiapkan.

b. Pengambilan Balik Tanah bagi Projek Jajaran Lahad Datu Bypass

i. Berdasarkan Master Implementation Plan (MIP) PDP, Pelan Pengambilan


Tanah [Land Acquisition Plan (LAP)] bagi WP21 akan dikemukakan kepada
JTU Sabah pada 13 April 2016 untuk membolehkan pengambilan balik tanah
dilaksanakan.

ii. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati LAP hanya dikemukakan kepada


JTU Sabah pada 4 Julai 2016, iaitu lewat 82 hari daripada tarikh yang
dijadualkan. Hal ini menyebabkan surat tawaran kepada pemilik tanah hanya
mula dikeluarkan pada 13 Julai 2017, iaitu lapan (8) bulan selepas kontraktor
memasuki tapak. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 7.

5 - 14 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 14 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 14 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

JADUAL 7
KRONOLOGI PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI
PROJEK PEMBINAAN JAJARAN LAHAD DATU BYPASS
TARIKH PERANCANGAN TARIKH
PERKARA
BERDASARKAN MIP REV.1 PELAKSANAAN

LAP dikemukakan kepada JTU Sabah 13.04.2016 04.07.2016

LAP dikemukakan kepada JKR 13.04.2016 11.07.2016

Warta Kerajaan 24.08.2016 hingga 06.09.2016 20.10.2016

Notis kepada pemilik tanah 30.11.2016

Crop counting and structure valuation Tiada Maklumat 05.01.2017 hingga 03.07.2017

Surat Tawaran 13.07.2017


Sumber: Rekod Pengambilan Balik Tanah PDP dan JTU Sabah

iii. Selain itu, semakan Audit selanjutnya terhadap rekod JTU Sabah mendapati
seramai 76 pemilik, iaitu 49 pemilik tanah dan 27 pemilik bangunan terlibat
dalam pengambilan balik tanah bagi projek Jajaran Lahad Datu Bypass.
Daripada jumlah tersebut, pengambilan balik tanah bagi 43 pemilik (56.6%)
telah diselesaikan, 30 pemilik (39.5%) belum bersetuju dengan tawaran,
dua (2) pemilik (2.6%) tidak diberi tawaran dan satu (1) pemilik (1.3%)
telah dibatalkan pengambilan tanah beliau. Maklumat lanjut adalah seperti
dalam Jadual 8.

JADUAL 8
KEDUDUKAN PENGAMBILAN TANAH PROJEK
JAJARAN LAHAD DATU BYPASS SETAKAT BULAN DISEMBER 2019
BILANGAN PEMILIK PERATUS
BIL. STATUS
TANAH BANGUNAN JUMLAH (%)

1. Telah dibayar pampasan 20 23 43 56.6


2. Belum setuju dengan tawaran 26 4 30 39.5
3. Tidak diberi tawaran 2 0 2 2.6
4. Dibatalkan pengambilan tanah 1 0 1 1.3
JUMLAH 49 27 76 100
Sumber: Rekod Pengambilan Balik Tanah JTU Sabah

iv. Berdasarkan rekod PDP, terdapat lima (5) pemilik tanah yang menyebabkan
halangan kepada pembinaan. Menurut JTU Sabah, kesemua lima (5) pemilik
telah menerima Eviction Notice. Empat (4) pemilik masih menduduki tanah
mereka, manakala seorang pemilik sedang dalam proses merobohkan
rumahnya. Halangan kepada pembinaan ini berpunca daripada keingkaran
pemilik dan ketiadaan tindakan penguatkuasaan yang menyebabkan kerja
earthwork, drainage, pavement work dan utility relocation tidak dapat
dilaksanakan di tapak mengikut jadual. Selain itu, dua (2) pemilik belum
diberi tawaran berikutan pertikaian hak milik tanah.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 15
- 15
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 15 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

Jajaran WP21 ditetapkan selepas Value Assesment (VA) pada 28 April 2016 dan
juruukur masuk untuk pengukuran untuk penyediaan LAP. LAP disemak kali kedua
oleh JTU Sabah dan dihantar kembali kepada JTU Sabah pada 4 Julai 2016 untuk
tandatangan dan pewartaan. Tempoh yang diambil untuk menyediakan LAP adalah
munasabah.

Maklum balas JKR Sabah yang diterima pada 25 November 2019

Halangan tanah seperti rumah yang masih didiami dan mengambil kira faktor sosial
serta kemanusiaan menyebabkan Kerajaan tidak dapat melaksanakan pengambilan
tanah secara paksaan seperti dibenarkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan
Tanah.

Pendapat Proses pengambilan tanah tidak dilaksanakan dengan cekap


Audit dan berkesan menyebabkan jadual pelaksanaan kerja
kontraktor terjejas.

5.2.3. Pengurusan Perolehan

a. Pelantikan Perunding Kerajaan

i. Menurut Klausa 10.4 PDPA, Kerajaan Malaysia boleh melantik Jurutera


Perunding Bebas [Independent Consultant Engineer (ICE)] untuk membuat
semakan bebas, semakan kos dan kejuruteraan, menyemak sijil pembayaran
serta khidmat pemantauan. Skop kerja ICE juga meliputi semakan terhadap
pelan reka bentuk, dokumen tender, piawaian kualiti dan keselamatan yang
dikemukakan oleh PDP.

ii. Semakan Audit mendapati ICE dilantik setelah tiga (3) tahun Projek LPBS
bermula. Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat 173262-T sebagai ICE
bagi Projek LPBS dengan harga kontrak berjumlah RM12.86 juta. Surat
Setuju Terima (SST) bertarikh 22 Oktober 2019 telah ditandatangan oleh
syarikat 173262-T pada 24 Oktober 2019.

iii. Semakan Audit terhadap dokumen Value Engineering (VE), Value


Assessment (VA), pengesahan kerja, pelan, tender dan lain-lain dokumen
berkaitan mendapati ICE telah memulakan tugas sejak tahun 2017. Menurut
JKR, ICE telah memulakan tugas berdasarkan Surat Niat yang dikeluarkan
oleh Kerajaan Persekutuan pada 30 Ogos 2019. ICE telah membantu
Kerajaan sebagai pemeriksa bebas Projek Pembinaan LPBS mengikut
tanggungjawab seperti dalam Jadual L PDPA.

5 - 16 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 16 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 16 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

iv. ICE lewat dimuktamadkan kerana MoF telah menangguhkan kesemua


perolehan Kerajaan secara tender terbuka, tender terhad dan rundingan
terus melalui surat arahan MoF mengenai Penambahbaikan Tadbir Urus dan
Pelaksanaan Perolehan Kerajaan bertarikh 29 Jun 2018.

Maklum balas KKR yang diterima pada 9 Disember 2019

MoF telah mengemukakan surat kelulusan pelantikan syarikat 173262-T sebagai ICE
pada 2 Mac 2016. Pada 26 September 2016 hingga 14 Februari 2018, proses
perundingan tentang nisbah kepentingan, teknikal dan kewangan, skop tugas serta
perolehan ICE telah dilaksanakan. Pada Februari 2019 hingga September 2019,
proses perolehan ICE telah dimulakan dan pada 24 Oktober 2019, syarikat 173262-T
telah menandatangani pelantikan sebagai ICE bagi Projek LPBS.

b. Pelantikan Kontraktor

i. Klausa 14 (Works Package Contractors) PDPA menyatakan PDP


bertanggungjawab mengadakan WP dengan kontraktor berdasarkan Polisi
Perolehan dalam Jadual G. PDP hendaklah melaksanakan proses perolehan
termasuk penyediaan dokumen tender, pelawaan dan penilaian serta
cadangan pelantikan kontraktor kepada Jawatankuasa Tender [Tender
Committee (TC)]. Jadual G menyatakan Jawatankuasa Penilaian dan
Pengesyoran Tender [Tender Evaluation and Recommendation Committee
(TERC)] bertanggungjawab membuat penilaian tender dan mencadangkan
WPC untuk kelulusan TC. WPC yang diluluskan akan dibawa kepada
MoF untuk diperakukan. Keahlian TC dan Jawatankuasa Penilaian dan
Cadangan Tender yang ditetapkan serta peranan masing-masing seperti
dalam Jadual 9.

JADUAL 9
JAWATANKUASA TENDER/PENILAIAN DAN CADANGAN TENDER
KEANGGOTAAN PERANAN

Jawatankuasa Tender (TC)

Pengerusi:
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Sekretariat:
Jabatan Kerja Raya Sabah
Meluluskan cadangan
Ahli:
WPC untuk perakuan MoF
1. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
2. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia
3. Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah
4. Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah
5. Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PDP/Wakil

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 17
- 17
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 17 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

KEANGGOTAAN PERANAN

Jawatankuasa Penilaian dan Pengesyoran Tender (TERC)

Pengerusi: PDP
Timbalan Pengerusi: PDP
Peringkat 1: Pra-Kelayakan Teknikal dan Kewangan
Penilaian Teknikal
1. PDP
2. Wakil KKR
Menilai dan
3. Wakil JKR Sabah
mengesyorkan WPC
Penilaian Kewangan
1. PDP
Peringkat 2: Penilaian Komersil
1. PDP
2. Wakil KKR
3. Wakil JKR Sabah

Sumber: Project Delivery Partner Agreement (PDPA)

ii. Surat KKR bertarikh 13 Jun 2016 kepada Pengarah JKR Sabah menyatakan
bahawa MoF telah meluluskan supaya projek pembinaan Jajaran Lahad Datu
Bypass dilaksanakan secara tender terhad di kalangan 10 syarikat yang
disenaraikan. Sehubungan itu, surat mempelawa untuk menyertai tender
terhad telah dikeluarkan oleh JKR Sabah pada 26 Julai 2016 kepada
kesemua 10 syarikat yang disenaraikan. Kesemua 10 syarikat bersetuju
menyertai tender terhad ini. Kerajaan bersetuju supaya penilaian tender bagi
kesemua pelawaan tender terhad ini dibuat oleh pihak PDP.

iii. Mesyuarat TC Bil. 2/2016 yang diadakan pada 28 Julai 2016 telah
memutuskan supaya tatacara perolehan tender bagi WP21 dilaksanakan
seperti berikut:

 proses pra-kelayakan dilaksanakan terhadap 10 petender terpilih;

 petender terpilih hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum


sebelum memasuki tender, iaitu hendaklah berdaftar dengan CIDB, Gred
G7 dan berdaftar dengan PUKONSA, Kelas A atau memiliki Sijil Perolehan
Kerja Kerajaan beralamat di Sabah serta mempunyai minimum purata
pendapatan tahunan RM50 juta bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakang;
dan

 penilaian tender dilaksanakan melalui dua (2) peringkat iaitu penilaian


teknikal dan kewangan pada peringkat pertama dan penilaian komersil
pada peringkat kedua. Petender dengan jumlah minimum markah lulus
50% layak memasuki penilaian peringkat kedua.

5 - 18 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 18 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 18 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

iv. Berdasarkan Laporan Penilaian Tender yang dibentangkan dalam Mesyuarat


TC Bil. 3 pada 5 September 2016, TERC telah mencadangkan petender
10/10 iaitu syarikat 165081-T dipilih sebagai kontraktor bagi WP21.
Pemilihan tersebut adalah berasaskan tawaran harga yang terendah antara
empat (4) petender yang telah melepasi penilaian teknikal dan kewangan.

v. Analisis Audit selanjutnya terhadap Laporan Penilaian Tender dan dokumen


tender berkaitan mendapati terdapat kelemahan dalam penilaian dan
pemilihan petender seperti berikut:

 pada peringkat pra-kelayakan, kesemua 10 petender telah tidak


memenuhi kedua-dua atau salah satu syarat kelayakan minimum seperti
diputuskan oleh Mesyuarat TC Bil. 2/2016 pada 28 Julai 2016.

 empat (4) daripada 10 petender tidak memenuhi kedua-dua syarat


kelayakan minimum iaitu pendaftaran dan pendapatan minimum
tahunan.

 enam (6) daripada 10 petender pula tidak memenuhi salah satu daripada
dua (2) syarat kelayakan minimum ditetapkan.

vi. Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan PDP ada


memaklumkan kepada TC bahawa kesemua 10 syarikat yang
disenaraikan tidak memenuhi syarat kelayakan minimum.
Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
RUMUSAN PENILAIAN SYARAT KELAYAKAN MINIMUM
DI PERINGKAT PRA-KELAYAKAN
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM MEMENUHI KELAYAKAN MINIMUM
PETENDER
(a) (b) [ YA () / TIDAK (X) ]

1/10  X X

2/10 X X X

3/10  X X

4/10 X X X

5/10  X X

6/10 X  X

7/10  X X

8/10 X X X

9/10 X X X

10/10  X X
Sumber: Laporan Penilaian Tender BHP/LDB/WP21/T03/2016 dan Dokumen Tender
Nota: (a) - Berdaftar Dengan CIDB, Gred G7 dan Berdaftar Dengan PUKONSA, Kelas A atau Memiliki Sijil
Perolehan Kerja Kerajaan Beralamat di Sabah
(b) - Mempunyai Purata Pendapatan Tahunan Minimum RM50 juta bagi Tempoh 3 Tahun Sebelum

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 19
- 19
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 19 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

vii. Berdasarkan Jadual 10, petender 10/10 yang dicadangkan tidak memenuhi
syarat kelayakan minimum kedua iaitu pendapatan tahunan minimum
RM50 juta bagi tempoh tiga (3) tahun sebelum pelaksanaan kontrak.
Berdasarkan penyata kewangan syarikat 10/10, jumlah pendapatan tahunan
bagi tempoh tahun 2012, 2013 dan 2014 adalah masing-masing
RM49.86 juta, RM26.77 juta dan RM47.88 juta.

viii. Penilaian teknikal adalah penting untuk memastikan petender yang dipilih
mempunyai keupayaan teknikal yang mencukupi supaya kerja pembinaan
berjalan lancar. Oleh itu, petender perlu memenuhi keperluan kriteria yang
telah ditetapkan oleh TERC terutama dari aspek pengalaman kerja,
kecukupan dan keupayaan kakitangan teknikal serta peralatan/loji.

ix. Semakan Audit terhadap penilaian teknikal oleh TERC mendapati petender
10/10 juga tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan kerana tidak
berpengalaman dalam projek pembinaan jalan, kekurangan kakitangan
teknikal berpengalaman dan tidak mempunyai kelengkapan loji dan
peralatan asas yang mencukupi. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
PENEMUAN AUDIT TERHADAP RUMUSAN PENILAIAN TEKNIKAL
PETENDER DIPILIH BAGI WP21
PERINGKAT
PENEMUAN AUDIT
PENILAIAN
i. Petender tidak berpengalaman menyiapkan sebarang projek berkaitan pembinaan
jalan. Projek yang dilaksanakan oleh petender dalam tempoh lima (5) tahun
adalah:
 Cadangan Kerja-Kerja Pembinaan Struktur Pembaikan Struktur Bangunan dan
Lain-Lain Kemudahan Berkaitan di SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu
 Cadangan Kerja-Kerja Kecemasan (Perolehan Darurat AP 173.2) bagi Kerja-
Kerja Pembaikan Struktur dan Bangunan Sekolah di SK Pulau Gaya, Kota
Kinabalu, Sabah.
 Cadangan Pembinaan Kolej Komuniti Beaufort, Sabah (Reka dan Bina).
 Pembangunan Kampus Tetap Universiti Malaysia Sabah (UMS) - Sekolah
Teknikal Perubatan, Kota Kinabalu, Sabah (Reka dan Bina).
 Cadangan Membina dan Menyiapkan Sebuah Sekolah Sukan Sabah dan
Kemudahan Berkaitan di Daerah Kota Kinabalu, Sabah (Kerja-Kerja Bangunan).
ii. Petender hanya mempunyai lima (5) berbanding lapan (8) kakitangan teknikal
yang diperlukan.
iii. Kakitangan teknikal mempunyai pengalaman antara satu (1) hingga dua (2) tahun
sahaja berbanding lima (5) hingga 12 tahun pengalaman yang diperlukan bagi
projek yang ditender.
iv. Petender hanya memiliki 13 unit berbanding 52 unit loji/peralatan asas
diperlukan.
Sumber: Laporan Penilaian Tender WP21

x. Perkara ini berlaku disebabkan PDP tidak menyemak secara terperinci minit
Mesyuarat Jawatankuasa Tender Bil. 2/16 tentang RM50 juta purata
pendapatan minimum bagi tiga (3) tahun adalah syarat wajib pra-kelayakan
5 - 20 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 20 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun 2019
Borneo d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 20 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

bagi WP21. Kesannya, petender yang berjaya bagi WP21 tidak


memenuhi syarat purata pendapatan minimum ditetapkan
untuk melaksanakan projek. Selain itu, PDP juga tidak mengambil
kira penilaian teknikal oleh TERC dari segi kekurangan pengalaman, sumber
manusia serta kelengkapan petender yang berjaya.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

PDP akur tidak menyemak terperinci Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tender Bil. 2/16
tentang catatan RM50 juta bagi WP21 sebagai syarat pra-kelayakan.

Maklum balas PDP yang diterima pada 16 Disember 2019

PDP akur dengan kesilapan pemberian markah terhadap penilaian teknikal


kontraktor tidak mempunyai pengalaman kerja pembinaan jalan raya.
Bagaimanapun, jumlah markah di bahagian teknikal akan berubah daripada 62.2%
kepada 60.2% dan kontraktor masih mendapat markah melebihi 50% yang
ditetapkan sebagai tahap pencapaian minimum untuk kelayakan teknikal.

Pendapat Kriteria meluluskan tender terhad di kalangan 10 syarikat oleh


Audit MoF adalah tidak jelas serta penilaian dan pemilihan
kontraktor tidak dilaksanakan dengan cekap oleh PDP.
Kontraktor yang dilantik tidak memenuhi syarat pra-
kelayakan, prestasi kewangan kurang kukuh, kurang
berpengalaman dalam projek membina jalan serta tidak
mempunyai loji, peralatan dan kakitangan teknikal yang
mencukupi telah menjejaskan pelaksanaan kerja.

5.2.4. Pentadbiran Kontrak

Penilaian terhadap aspek pentadbiran kontrak telah dibuat terhadap projek Jajaran
Lahad Datu Bypass yang dilaksanakan melalui WP21. Hasil semakan Audit
mendapati perkara seperti berikut:

a. Kontrak Lewat Ditandatangani

i. Klausa 14.1.2 PDPA menyatakan PDP hendaklah menyempurnakan


perjanjian kontrak bersama dengan WPC. Selain itu, 1PP PK 4 (Pentadbiran
Kontrak dalam Perolehan Kerajaan) menetapkan kontrak hendaklah
ditandatangani secepat mungkin selepas semua terma dan syarat
dipersetujui oleh kedua-dua pihak selewat-lewatnya empat (4) bulan dari
tarikh keluarnya SST.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 21
- 21
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 21 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

ii. Semakan Audit mendapati SST bagi projek Jajaran Lahad Datu Bypass telah
dikeluarkan pada 10 Oktober 2016. Bagaimanapun, kontrak perjanjian
lewat ditandatangani melebihi tempoh empat (4) bulan
selepas SST dikeluarkan dengan tempoh kelewatan adalah
153 hari. Kelewatan ini disebabkan perbincangan antara PDP dan
kontraktor dilantik semasa penyediaan kontrak mengambil masa yang lama.
Kesan kelewatan ini boleh memberi risiko implikasi perundangan kepada
PDP.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

Proses rationalised Bill of Quantities (BQ) mengambil masa dan berlaku kelewatan
penyediaan dokumen kontrak oleh Konsultan QS.

b. Bon Pelaksanaan

i. SST bertarikh 10 Oktober 2016 menetapkan Bon Pelaksanaan dalam bentuk


Jaminan Bank bersamaan 5% daripada nilai kontrak dikeluarkan dalam
tempoh 14 hari dari tarikh SST. Selain itu, Klausa 8.1 kontrak juga
menetapkan tempoh Bon Pelaksanaan hendaklah dilanjutkan jika tempoh
kontrak dilanjutkan.

ii. Semakan Audit mendapati Jaminan Bank bernilai RM8.25 juta bersamaan
5% daripada nilai kontrak berjumlah RM165.04 juta (tidak termasuk GST)
telah dikeluarkan dengan tempoh liputan dari 7 Disember 2016 hingga
6 Disember 2020. Bagaimanapun, pengeluaran Jaminan Bank tersebut
dibuat pada 9 November 2016, lewat 16 hari dari tarikh SST. Selain itu,
tambahan Jaminan Bank berjumlah RM495,116.44 telah dikeluarkan pada 30
Disember 2016 menjadikan jumlah bon bernilai RM8.75 juta, bersamaan 5%
daripada nilai kontrak RM174.94 juta termasuk GST. Tempoh liputan bon
juga telah dilanjutkan sehingga 6 Disember 2021.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

WPC tidak bersetuju dengan beberapa ayat dalam Draf Bon Pelaksanaan yang
disediakan oleh PDP dalam dokumen tender. Beberapa perbincangan telah dibuat
untuk persetujuan semua pihak dan akhirnya Bon Pelaksanaan dimuktamadkan
pada 9 November 2016. Bagaimanapun terdapat kesilapan catatan jumlah jaminan
RM8.25 juta dan telah diperbetulkan kepada RM8.75 juta melalui perjanjian
tambahan bertarikh 30 Disember 2016.

5 - 22 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 22 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 22 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

c. Polisi Insurans

i. Klausa 14.3 PDPA menetapkan PDP hendaklah menyediakan sijil insurans


sebelum WPC memulakan kerja pembinaan. Perkara ini telah diperuntukkan
dalam Senarai Kuantiti Bil. No.1, Perkara Am 1.1, Insurans berjumlah
RM1.30 juta.

ii. Semakan Audit mendapati kontraktor bagi projek Jajaran Lahad Datu Bypass
telah mengemukakan Contractors’ All Risks Insurance bertarikh 14 November
2016 bernilai RM174.94 juta dan Workmen’s Compensation Insurance
bernilai RM17.49 juta kepada PDP. Tempoh liputan polisi insurans mulai
7 Disember 2016 sehingga 6 Disember 2020 termasuk 24 bulan Tempoh
Tanggungan Kecacatan.

iii. Kontraktor juga telah mengemukakan surat daripada Pertubuhan


Keselamatan Sosial bertarikh 17 November 2016 mengenai pendaftaran
kontraktor sebagai majikan yang tertakluk kepada Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja.

d. Lanjutan Masa
i. Klausa 38 Delay and Extension of Time (EOT), Condition of Contract (CoC)
kontrak menetapkan WPC hendaklah memberikan notis bertulis kepada
Project Delivery Partner Representative (PDPR) jika menjangkakan kerja
lewat disiapkan. WPC hendaklah dalam tempoh 14 hari menyatakan
penjelasan terperinci kelewatan dan langkah diambil supaya tidak
menjejaskan tarikh siap. PDP akan menilai sebab kelewatan dan meluluskan
tempoh EOT.

ii. Semakan Audit mendapati kontraktor telah memberikan notis kepada PDPR
tentang jangkaan kerja lewat disiapkan dan langkah yang diambil supaya
tidak menjejaskan tarikh siap. Semakan Audit selanjutnya mendapati
kontraktor juga telah memohon tiga (3) EOT dan PDP telah meluluskan
kesemua EOT berjumlah 481 hari. Berdasarkan kelulusan tersebut, tarikh
siap projek yang dijadualkan pada 6 Disember 2018 telah dilanjutkan kepada
31 Mac 2020. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
BUTIRAN LANJUTAN MASA BAGI WP21
TARIKH SEBAB BAGI TEMPOH TARIKH TARIKH
SEBAB PERMOHONAN EOT
E0T MOHON EOT YANG EOT PATUT SIAP
OLEH WPC
EOT DILULUSKAN (Hari) SIAP DIPINDA
 Not given possession of the site  Possession of
or any part thereof in accordance the site.
with Clause 35.3  EIA Report for
EOT 1 27.10.2017  Delay in PDP’s Representative rock blasting 183 06.12.2018 07.06.2019
direction pertaining the approval activity
of the EIA Report for rock blasting
activity.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 23
- 23
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 23 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

TARIKH SEBAB BAGI TEMPOH TARIKH TARIKH


SEBAB PERMOHONAN EOT
E0T MOHON EOT YANG EOT PATUT SIAP
OLEH WPC
EOT DILULUSKAN (Hari) SIAP DIPINDA
 WPC not being given possession
EOT 2 22.10.2018 of the site or any part thereof in  Possession of 120 07.06.2019 05.10.2019
accordance with Clause 35.3. the site

 WPC not being given possession


EOT 3 19.08.2019 of the site or any part thereof in  Possession of 178 05.10.2019 31.03.2020
accordance with Clause 35.3. the site

JUMLAH 481
Sumber: Sijil EOT

iii. Analisis Audit mendapati kontraktor memohon tiga (3) EOT kerana lewat
mendapat kelulusan EIA Report for Rock Blasting Activity dan pemilikan
tapak. Berdasarkan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan Perintah
Perlindungan Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan) 2005, Laporan EIA
hendaklah dikemukakan dan diluluskan oleh JPAS sebelum projek dimulakan.
Bagaimanapun semakan Audit mendapati Laporan EIA hanya
dikemukakan oleh PDP kepada JPAS tiga (3) bulan selepas
tarikh milik tapak pada 7 Disember 2016, iaitu pada 24 Mac
2017. Kelulusan EIA pula diperoleh pada 27 September 2017.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

Kelulusan EOT kepada kontraktor WP21 kerana kesilapan berlaku daripada pihak
PDP yang lewat mendapatkan kelulusan EIA daripada JPAS.

e. Arahan Perubahan Kerja


i. Klausa 15 kontrak dan Jadual K PDPA menetapkan setiap perubahan kerja
daripada kontraktor perlu mendapat penilaian PDP terlebih dahulu sebelum
dibentangkan dalam mesyuarat CCC untuk kelulusan. Selain itu bagi WP21,
Klausa 22.1 CoC menetapkan PDPR boleh mengeluarkan Arahan Perubahan
Kerja (APK) kepada WPC.

ii. Semakan Audit mendapati CCC telah meluluskan sembilan (9) APK bagi
WP21 sepanjang tahun 2019 seperti dalam Jadual 13. Analisis Audit
mendapati tujuh (7) daripada sembilan (9) APK yang diluluskan melibatkan
perubahan reka bentuk. Kelulusan APK ini menyebabkan 3.6% pengurangan
kos projek berjumlah RM5.97 juta, menjadikan nilai terkini kos projek
berjumlah RM159.07 juta. Semakan Audit selanjutnya juga mendapati
kelulusan APK yang diberikan adalah wajar kerana melibatkan arahan oleh
Kerajaan berhubung masalah pengambilan balik tanah dan perubahan reka
bentuk.

5 - 24 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 24 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 24 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

JADUAL 13
ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI WP21 JAJARAN LAHAD DATU BYPASS
PENAMBAHAN/
TARIKH
(PENGURANGAN)
BIL. RUJUKAN APK PERKARA KELULUSAN
NILAI SKOP KERJA
CCC
(RM)
Removal of additional existing structures
1. BHP-WP21-VO-01 98,500 15.03.2019
within the ROW
Additional 6.0m wide open channel and
2. BHP-WP21-VO-02 additional culvert at CH3+882, CH4+057 and (777,015) 15.03.2019
CH14+134 and general revision of drainage
3. BHP-WP21-VO-03 Changes to U-turn to P-turn 370,428 15.03.2019
Activation of rate “Only Items” items (BQ item
4. BHP-WP21-VO-04 (365,000) 15.03.2019
6.1.2.3 & 6.1.2.4)
5. BHP-WP21-VO-05 Revision to the structural pavement design (5,964,215) 15.03.2019
6. BHP-WP21-VO-06 Additional load test for piling works 211,500 13.05.2019
7. BHP-WP21-VO-07 Additional span for bridge 152,701 15.03.2019
8. BHP-WP21-VO-08 To construct Additional Slit Trap 60,507 15.03.2019
Design revision to the bridge (CH1+200) and
9. BHP-WP21-VO-09 243,974 15.03.2019
overpass bridge (CH0+475 & CH6+250
JUMLAH (5,968,620)
Sumber: Rekod Permohonan dan Kelulusan VO, PDP

Pendapat Pentadbiran kontrak dilaksanakan dengan teratur, kecuali


Audit kontrak yang lewat ditandatangani.

5.2.5. Penilaian Kesan Alam Sekitar


a. Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan Perintah Perlindungan Alam
Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan) 2005 di bawah perkara 9(ii) dan 12(ii)
menetapkan Laporan EIA hendaklah dikemukakan kepada JPAS sebelum projek
dilaksanakan untuk kelulusan.

b. Semakan Audit mendapati PDP telah mengemukakan Laporan EIA bagi WP21
kepada JPAS melalui surat bertarikh 24 Mac 2017 dan maklumat tambahan
yang dikehendaki pada 16 Jun 2017, iaitu selepas tiga (3) bulan daripada tarikh
milik tapak pada 7 Disember 2016. JPAS mengesahkan laporan tersebut
telah mematuhi kehendak Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 pada
27 September 2017.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati PDP telah memantau kawalan alam


sekitar di tapak dengan menyediakan Environment Monitoring and Audit Report
dan Environmental Monthly Report setiap bulan. Bagaimanapun, JPAS melalui
surat bertarikh 6 Disember 2019 kepada kontraktor mendapati
tiada sebarang Laporan Pematuhan Syarat-syarat Alam Sekitar
telah dikemukakan sekurang-kurangnya setiap tiga (3) bulan
sehingga projek tamat.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 25
- 25
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 25 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

d. Selain itu, JPAS melalui surat bertarikh 8 Januari 2020 juga mendapati
kontraktor tidak mematuhi perkara 5.5 Syarat-syarat Alam Sekitar mengenai
kawalan bahan minyak dan toksik. Hal ini kerana tangki simpanan bahan minyak
yang disediakan tidak terlindung daripada hujan. Kelemahan PDP memastikan
kontraktor mematuhi undang-undang berkenaan menyebabkan pelaksanaan
projek terdedah kepada risiko pencemaran alam sekitar.

Pendapat Laporan EIA telah diluluskan dengan sewajarnya.


Audit Bagaimanapun, terdapat isu pematuhan syarat alam sekitar
semasa pelaksanaan projek dan laporan pematuhan suku
tahun yang tidak dikemukakan kepada JPAS mendedahkan
projek kepada risiko pencemaran alam sekitar.

5.2.6. Pelaksanaan Pembinaan bagi Projek Jajaran Lahad Datu Bypass

a. PDP Tidak Mengambil Alih Kerja

i. Klausa 4.3 kontrak WP21 menetapkan WPC hendaklah mematuhi notis


bertulis yang dikeluarkan oleh PDPR dalam tempoh tujuh (7) hari. Jika WPC
gagal mematuhi, PDPR boleh mengambil alih sebahagian atau keseluruhan
kerja. Klausa 45A CoC pula menyatakan jika WPC tidak layak mendapat EOT
dan peratus kemajuan kerja adalah lewat berbanding jadual, PDPR
hendaklah mengeluarkan notis dan WPC hendaklah mengambil langkah
tambahan untuk mempercepatkan kerja.

ii. Semakan Audit mendapati sepanjang tempoh kontrak, PDPR telah


mengeluarkan 120 notis bertulis berkaitan enam (6) skop kerja yang lewat
jadual seperti dalam Jadual 14. Notis pertama telah dikeluarkan pada bulan
Mei 2017 berkenaan skop kerja drainage. Selain itu, bilangan notis yang
tertinggi adalah bagi kerja geotechnical sebanyak 47 notis (39.2%), diikuti
kedua tertinggi iaitu bridge sebanyak 30 notis (25%). Bagaimanapun,
semakan Audit selanjutnya mendapati sehingga tarikh penamatan
perkhidmatan PDP pada 21 September 2019, kesemua 120
notis bertulis tersebut tidak dijawab oleh kontraktor. Selain itu,
tiada bukti yang menunjukkan langkah tambahan diambil oleh kontraktor
untuk mempercepatkan kerja. Berdasarkan notis bertulis PDPR, analisis Audit
mendapati kontraktor telah lewat melaksanakan enam (6) skop kerja antara
4 hingga 124 hari, iaitu lewat antara 9% hingga 100% daripada jadual yang
dirancang.

5 - 26 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 26 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 26 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

JADUAL 14
NOTIS BERTULIS YANG DIKELUARKAN OLEH PDPR KEPADA
KONTRAKTOR BAGI PROJEK JAJARAN LAHAD DATU BYPASS
NOTIS BERTULIS KEMAJUAN LEWAT JADUAL
BIL.
SKOP KERJA BIL. TARIKH HARI PERATUS (%)

1. Landscapping 2 Sept. 2017 dan Mei 2018 15 - 270 Tidak Dinyatakan

2. General 2 Feb. 2018 dan Mei 2019 Tidak Dinyatakan 9

3. Geotechnical 47 Ogos 2017 – Feb. 2019 96 Tidak Dinyatakan

4. Bridge 30 Jun 2017 – Feb. 2019 Tidak Dinyatakan 19.0 - 93.2

5. Road 8 Dis. 2018 – Feb. 2019 Tidak Dinyatakan 5.3 - 66.9

6. Drainage 31 Mei 2017 – Feb. 2019 4 - 124 21.4 - 100

JUMLAH 120 4 - 124 9 - 100


Sumber: Notis Bertulis PDPR

iii. Tambahan pula, PDP juga tidak menguatkuasakan Klausa 4.3 CoC apabila
kontraktor gagal memberi maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan.
PDP sepatutnya boleh mengambil alih skop kerja yang telah lewat seawal
bulan Mei 2017 apabila notis bertulis yang pertama dikemukakan kepada
kontraktor tidak dijawab dan kerja telah lewat daripada jadual. Kegagalan
PDP mengambil alih kerja menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan
kerja WP21.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

PDP sentiasa mengeluarkan notis bertulis kepada WPC terhadap kerja yang lewat.
Perkara berkaitan telah dibincang dengan WPC. Masalah kewangan dan kekurangan
kakitangan menyumbang kepada kelewatan projek.

Pendapat PDP tidak mengambil alih kerja berdasarkan syarat kontrak


Audit telah menjejaskan pelaksanaan kerja WP21.

b. Kualiti Kerja

i. Kerja pembinaan hendaklah dilaksanakan mengikut spesifikasi dan amalan


kejuruteraan yang diterima umum. Lawatan dan pemeriksaan Audit telah
dibuat bagi menilai sama ada kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan di
Jajaran Lahad Datu Bypass (WP21) telah mematuhi spesifikasi, berkualiti dan
bahan binaan disimpan secara teratur.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 27
- 27
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 27 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

ii. Hasil lawatan dan pemeriksaan Audit mendapati kerja dan bahan binaan
telah tidak dilindungi, tidak diletakkan di tempat penyimpanan yang sesuai
dan tidak dibaiki seperti dalam Jadual 15 dan Gambar 1 hingga 5.
Berdasarkan minit mesyuarat tapak, kelemahan ini berlaku kerana masalah
kewangan kontraktor untuk menyediakan pekerja dan mesin yang
mencukupi menyebabkan pelaksanaan kerja terjejas. Kesannya, bahan
binaan tidak dilindungi dan kerja pembinaan tidak dibaiki yang mana boleh
menjejaskan kualiti bahan binaan.

JADUAL 15
PEMERIKSAAN FIZIKAL AUDIT DI TAPAK WP21
STANDARD SPECIFICATION
BIL. KEADAAN FIZIKAL KESAN
FOR ROAD WORKS

 PJ/2008-S9 JKR 20403-0004-08: Bahan


binaan hendaklah diberikan perlindungan Besi tetulang T-Beam dan tetulang besi
daripada sebarang kecacatan untuk yang siap dikimpal dibiarkan terdedah, tidak Besi Tetulang T-Beam
menjamin kualiti. berkarat dan boleh
1. diberi perlindungan dan tidak diletakkan di
menjejaskan kualiti
 PJ/2008-S9 JKR 20403-0004-08: tempat penyimpanan yang sesuai seperti bahan binaan.
Materials steel reinforcement hendaklah dalam Gambar 1 dan Gambar 2.
disimpan di stor yang kering dan bersih.

PJ/2013-S2 JKR 21300-0046-13:


Perlindungan sementara hendaklah Cerun tidak diberi perlindungan sementara Cerun terhakis dan
2.
diberikan bagi melindungi cerun daripada seperti dalam Gambar 3. runtuh.
hakisan.
Struktur konkrit yang
JKR/SPJ/2013-S3 JKR 21300-0057-14: Kerja Air bertakung (water ponding) di dalam
lemah boleh
3. pembinaan hendaklah bebas daripada air lubang pengorekan pembinaan seperti
menjejaskan kualiti
bertakung. dalam Gambar 4.
bahan pembinaan.

PJ/2008-S4JKR 20403-0003-07Standard Pemendapan (settlement) tanah pada


Menjejaskan lapisan
4. Specification for Road Works Section 4: lapisan sub-base tidak dibaiki seperti dalam
turapan.
Kawasan yang rosak perlu dibaiki. Gambar 5.

Sumber: Jabatan Audit Negara

GAMBAR 1 GAMBAR 2

Lahad Datu Bypass (WP21) Lahad Datu Bypass (WP21)


- T-Beam Terdedah dan Tidak Diberikan - Tetulang Besi yang Siap Dikimpal Dibiarkan Terdedah
Perlindungan Seperti Kanvas dan Tidak Diletakkan di Tempat Penyimpanan yang Sesuai
(22.08.2019) (22.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

5 - 28 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 28 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 28 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

GAMBAR 3 GAMBAR 4

Lahad Datu Bypass (WP21) Lahad Datu Bypass (WP21)


- Permukaan Cerun Tanah Tidak Diberi - Air Bertakung (Water Ponding) dalam Lubang
Perlindungan Sementara Pengorekan Pembinaan
(22.08.2019) (22.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 5

Lahad Datu Bypass (WP21)


- Lapisan Sub-Base Tidak Dibaiki
(22.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

PDP mempunyai prosedur dan polisi untuk memastikan kualiti kerja menepati
spesifikasi. Kualiti kerja yang dinyatakan adalah masih dalam fasa pembinaan dan
bukan produk siap.

c. Bilangan Mesin dan Pekerja Tidak Mencukupi

i. Klausa 9 (Obligations of Work Package Contractor) kontrak menetapkan WPC


hendaklah menyedia dan mengekalkan bilangan mesin dan pekerja yang
mencukupi untuk menyiapkan kerja.

ii. Semakan Audit mendapati, sepanjang tempoh kontrak PDPA kontraktor tidak
menyediakan bilangan pekerja yang mencukupi. Analisis Audit mendapati
bagi tempoh bulan Mei 2017 hingga Julai 2019, WPC hanya
membekalkan secara purata antara lapan (8) hingga 58
pekerja berbanding 61 hingga 67 pekerja yang ditetapkan,
dengan peratus kehadiran pekerja bulanan antara 11.9%
hingga 86.6%. Bilangan ini tidak mencukupi, iaitu kurang
antara lima (5) hingga 59 pekerja. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 16.

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 29
- 29
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 29 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

JADUAL 16
BILANGAN PEKERJA DI TAPAK WP21
2017 2018 2019
BULAN LEBIH/ LEBIH/ LEBIH/
JADUAL SEBENAR JADUAL SEBENAR JADUAL SEBENAR
(KURANG) (KURANG) (KURANG)

Januari 67 56 (11) 67 17 (50)


Februari 67 58 (9) 67 18 (49)
Mac 67 57 (10) 67 18 (49)
April 67 56 (11) 67 25 (42)
Mei 65 40 (25) 67 56 (11) 67 34 (33)
Jun 65 49 (16) 67 48 (19) 67 36 (31)
Julai 65 50 (15) 67 39 (28) 67 43 (24)
Ogos 61 56 (5) 67 39 (28)
September 67 51 (16) 67 39 (28)
Oktober 66 51 (15) 67 8 (59)
November 66 53 (13) 67 9 (58)
Disember 67 54 (13) 67 13 (54)
Sumber: Laporan Kemajuan Bulanan WP21

iii. Semakan Audit selanjutnya juga mendapati jumlah mesin yang dibekalkan
oleh kontraktor tidak mencukupi sepanjang tempoh kontrak. Analisis Audit
mendapati, bagi tempoh bulan Mei 2017 hingga Julai 2019
kontraktor telah membekalkan mesin secara purata antara 20
hingga 135 mesin sahaja berbanding 128 hingga 131 yang
diperlukan. Peratus pembekalan mesin bulanan adalah dalam julat 15.5%
hingga 70.8% kecuali bagi bulan Julai dan Ogos 2017 peratus pembekalan
mesin adalah masing-masing 100.8% dan 105.5%. Bilangan ini secara
purata kurang daripada keperluan yang ditetapkan antara 38 hingga 110
mesin dan menyebabkan kerja lewat disiapkan. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 17.

JADUAL 17
BILANGAN SEBENAR MESIN DISEDIAKAN BERBANDING JADUAL
2017 2018 2019
TAHUN/
BULAN SEBENAR LEBIH/ SEBENAR LEBIH/ SEBENAR LEBIH/
JADUAL JADUAL JADUAL
(PURATA) (KURANG) (PURATA) (KURANG) (PURATA) (KURANG)

Januari 130 69 (61) 130 45 (85)


Februari 130 72 (58) 130 34 (96)
20
Mac 130 62 (68) 130 (110)
(15.4%)
April 130 48 (82) 130 31 (99)
Mei 128 70 (58) 130 45 (85) 130 57 (73)
Jun 130 83 (47) 130 50 (80) 131 60 (71)
131
Julai 130 1 130 35 (95) 131 76 (55)
(100.8%)

5 - 30 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 30 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 30 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

2017 2018 2019


TAHUN/
BULAN SEBENAR LEBIH/ SEBENAR LEBIH/ SEBENAR LEBIH/
JADUAL JADUAL JADUAL
(PURATA) (KURANG) (PURATA) (KURANG) (PURATA) (KURANG)

135
Ogos 128 7 130 46 (84)
(105.5%)
September 130 70 (60) 130 32 (98)
92
Oktober 130 (38) 130 33 (97)
(70.8%)
November 130 70 (60) 130 32 (98)
Disember 130 73 (57) 130 36 (94)
Sumber: Laporan Kemajuan Bulanan WP21

iv. Berdasarkan minit mesyuarat tapak, PDPR telah memberikan teguran kepada
kontraktor kerana kegagalan membekalkan pekerja dan mesin yang
mencukupi telah menyebabkan kemajuan kerja yang perlahan. Maklum balas
oleh kontraktor menyatakan keadaan ini adalah disebabkan kelewatan
menerima bayaran kemajuan kerja daripada PDP yang menjejaskan aliran
kewangan syarikat dan memberi kesan kepada kelewatan kerja untuk
disiapkan.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

WPC tidak mengalami masalah menyediakan mesin dan pekerja pada tujuh (7)
bulan pertama namun mengalami masalah kewangan kerana lewat menerima
pembayaran.

Pendapat Pengurusan pembinaan Jajaran Lahad Datu Bypass adalah


Audit tidak cekap. Hal ini kerana PDP tidak mengambil tindakan
segera membuat pengambilalihan kerja atau tindakan lain
yang dibenarkan di bawah PDPA dan tidak menguruskan
dengan baik bahan binaan yang ditinggalkan di tapak bina.
Selain itu, kelewatan pembayaran kemajuan kerja juga telah
menjejaskan aliran tunai kewangan WPC yang telah memberi
kesan kepada kelancaran pelaksanaan projek.

5.2.7. Pemantauan

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bertanggungjawab memastikan


pemantauan dijalankan oleh PDP dan ICE bagi memastikan projek ini diurus dengan
baik dan teratur. PDP bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek sehingga
tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan. Semakan Audit mendapati perkara seperti
berikut:

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 31
- 31
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 31 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

a. Pemantauan Projek oleh Kerajaan Negeri

i. Jawatankuasa Eksekutif

 Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) telah ditubuhkan untuk memantau,


menyelaras dan menyelesaikan sebarang isu yang timbul dalam
pelaksanaan projek ini. Keahlian jawatankuasa ini adalah seperti dalam
Jadual 18. Mengikut Klausa 12.2 kontrak, PDP dikehendaki
menyediakan laporan secara berkala kepada EXCO. Selain itu
berdasarkan Jadual E (Site Possession Schedule), EXCO dikehendaki
menyelesaikan isu berkenaan tanah.

JADUAL 18
JAWATANKUASA EKSEKUTIF (EXCO)
BIL. AHLI AGENSI

1. Pengerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

2. Urus Setia Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah

3. Kementerian Kerja Raya

4. Perbendaharaan Malaysia

5. Unit Perancang Ekonomi

6. Peguam Negara

7. Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah

8. Kementerian Kewangan Negeri Sabah


Ahli
9. Jabatan Bendahari Negeri Sabah

10. Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah

11. JKR Sabah

12. Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah

13. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah

14. PDP
Sumber: Mesyuarat ECXO Bil. 1 Tahun 2016

 Semakan Audit mendapati, sepanjang tempoh kontrak PDPA EXCO telah


bermesyuarat sebanyak enam (6) kali. Antara perkara yang dibincangkan
adalah status kemajuan pelaksanaan dan isu pengambilan balik tanah
bagi keseluruhan projek serta masalah yang dihadapi oleh PDP.
Walaupun isu pengambilan balik tanah ada dibincangkan dalam setiap
mesyuarat EXCO, namun begitu didapati isu ini masih menjadi punca
utama kepada kelewatan dalam pelaksanaan kerja oleh WPC.

5 - 32 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 32 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 32 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

ii. Jawatankuasa Kawalan Kos/Perubahan (CCC)

 Klausa 12.3 dan Jadual K PDPA menetapkan fungsi utama CCC adalah
untuk mengawal kos dan jadual Projek LPBS bagi memastikan KPI dapat
dicapai oleh PDP. Pengerusi CCC adalah Setiausaha Tetap Kementerian
Pembangunan Infrastuktur Sabah dan ahli tetap CCC adalah wakil dari
KKR. Berdasarkan minit mesyuarat pra-pembentukan CCC bertarikh
29 Ogos 2016, CCC perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan
sekali.

 Semakan Audit mendapati CCC telah ditubuhkan pada 2 September


2016. Sepanjang tempoh kontrak PDPA, CCC telah bermesyuarat
sebanyak empat (4) kali dalam tahun 2017, sekali dalam tahun 2018 dan
tujuh (7) kali dalam tahun 2019 berbanding sekurang-kurangnya sebulan
sekali seperti yang ditetapkan.

 Analisis Audit selanjutnya terhadap minit mesyuarat mendapati CCC telah


membincangkan perkara yang ditetapkan dalam Terma Rujukan (TOR)
penubuhannya. Antara perkara yang dibincangkan adalah status
kemajuan kerja, perbelanjaan yang telah dibuat termasuk kos
pengambilan balik tanah, kos keseluruhan, tuntutan bayaran balik,
arahan perubahan kerja dan masalah yang dihadapi oleh PDP.

 Surat PDP kepada PD bertarikh 31 Januari 2019 menyatakan bagi


tempoh tahun 2017 sehingga 2018, sebanyak 26 Variation Order (VO)
bagi kesemua 12 WP telah dikemukakan kepada CCC untuk kelulusan.
Bagaimanapun, sehingga bulan Januari 2019 CCC tidak bermesyuarat
untuk meluluskan VO tersebut yang memberi kesan kepada kelewatan
pelaksanaan projek oleh WPC.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

Mesyuarat EXCO perlu lebih kerap bagi menyelesaikan masalah dan bersetuju
mesyuarat CCC diadakan setiap bulan untuk membincangkan isu berkaitan
perubahan kerja dan EOT.

b. Pemantauan Projek oleh JKR

i. Merujuk kepada Minit Mesyuarat CCC Bilangan 1 Tahun 2017, dimaklumkan


bahawa pihak JKR telah mewujudkan tiga (3) jawatankuasa kecil iaitu
Jawatankuasa Pemantauan Projek LPBS, Jawatankuasa Pengambilan Tanah
dan Jawatankuasa Utiliti yang dipengerusikan oleh Pengarah JKR. Setiap
jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat setiap bulan dan turut dihadiri

Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 33
- 33
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 33 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

oleh para stakeholders termasuk wakil JTU Sabah, Pejabat Hasil Bumi,
pegawai undang-undang KPI, pemilik utiliti dan pihak yang berkaitan.

ii. Semakan Audit mendapati Jawatankuasa Pemantauan Projek LPBS telah


mengadakan mesyuarat sebanyak 26 kali sepanjang tempoh tahun 2016
hingga 2019. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai status
kemajuan keseluruhan 12 projek yang sedang dilaksanakan.

iii. Jawatankuasa Pengambilan Tanah hanya mula bermesyuarat pada tahun


2017. Bagi tempoh 2017 hingga 2019, sebanyak 31 mesyuarat telah
diadakan bagi membincangkan mengenai pengambilan balik, pampasan dan
masalah dihadapi berkaitan tanah.

iv. Jawatankuasa Utiliti telah bermesyuarat 32 kali sepanjang tempoh tahun


2016 hingga 2019 bagi membincangkan status dan masalah yang dihadapi
dalam kerja pengalihan utiliti.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

Pemantauan oleh JKR telah diadakan bersesuaian dengan keperluan projek.

Maklum balas JKR Sabah yang diterima pada 25 November 2019

JKR telah ambil langkah proaktif melalui Mesyuarat Pemantauan Bulanan dan telah
memberikan PDP peringatan. Tanggungjawab PDP untuk pastikan KPI yang
ditetapkan dalam perjanjian tercapai.

c. Pemantauan Projek oleh PDP


i. Klausa 6.2(c) PDPA menyatakan mengenai kewajipan PDP untuk memastikan
kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh WPC adalah mengikut Jadual
Projek. Pemantauan serta pelaporan mengenai kemajuan di semua peringkat
hendaklah dikemukakan kepada PD.

ii. Semakan Audit mendapati PDP ada menghantar Laporan Kemajuan Bulanan
kepada PD. Antara kandungan laporan termasuk Ringkasan Eksekutif, status
kemajuan fizikal dan kewangan projek, status pengambilan tanah,
pengurusan risiko serta gambar kemajuan kerja.

iii. Semakan Audit juga mendapati sebanyak 33 Mesyuarat Kemajuan Bulanan


dan 52 Mesyuarat Teknikal telah diadakan bagi WP21 sepanjang tahun 2017
hingga 2019. Selain itu, pihak kontraktor WP21 juga ada menyediakan
Laporan Harian Tapak yang disahkan oleh PDP. Laporan tersebut
merekodkan bilangan harian pekerja dan mesin dibekalkan serta aktiviti yang
dijalankan di tapak pada hari berkenaan.

5 - 34 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 34 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun 2019
Borneo d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 34 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

iv. Lawatan Audit pada 21 Ogos 2019 mendapati projek WP21 telah
dilaksanakan lewat daripada jadual. Temubual Audit dengan pengurus projek
mendapati catch-up plan telah disediakan untuk mengatasi kelewatan kerja
di tapak. Bagaimanapun, catch-up plan yang disediakan tidak lengkap
kerana tidak memperuntukkan bilangan mesin, pekerja dan masa untuk
mengatasi kelewatan. Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan kemajuan
kerja di tapak telah dipantau berdasarkan catch-up plan yang disediakan.
Perkara ini menyebabkan kelewatan kerja di tapak tidak dapat diatasi.

v. Tambahan pula, masalah komunikasi dan koordinasi antara Pegawai


Penguasa, PDP, JTU Sabah dan agensi lain berkaitan menyebabkan isu
berbangkit seperti pengambilan tanah dan lain-lain juga tidak dapat
diselesaikan. Kesannya, kelewatan kerja di tapak tidak dapat diatasi dan
projek lewat dilaksanakan.

Maklum balas PDP yang diterima pada 2 Disember 2019

PDP sentiasa memantau pelaksanaan kerja WPC. Mesyuarat telah diadakan setiap
dua (2) minggu untuk memantau keadaan di tapak dan menyediakan catch up plan
yang lebih terperinci. PDP maklum WPC mengalami masalah kewangan
menyebabkan kerja di tapak sukar mengikut perancangan. Catch up plan oleh WPC
pada 8 April 2019 membolehkan pemantauan terperinci dilakukan oleh PDP secara
mingguan dan PDP telah memberikan notis peringatan kepada WPC sekiranya kerja
tidak mengikut jadual.

Pendapat Pemantauan terhadap pelaksanaan Projek LPBS ada dibuat


Audit dan perkara berkaitan pelaksanaan projek ada dibincangkan.
Bagaimanapun, pemantauan di semua peringkat kurang
cekap kerana tindakan tidak diambil untuk mengambil alih
kerja walaupun kemajuan fizikal telah ketinggalan. Di
samping itu, masalah pengambilan balik tanah juga gagal
diselesaikan menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek
tidak dapat ditangani dengan berkesan.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Pengauditan yang dilaksanakan pada bulan Julai 2019 sehingga Disember 2019
merumuskan bahawa pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
Jajaran Lahad Datu Bypass yang dilaksanakan oleh PDP tidak keseluruhannya diurus
dengan cekap dan berkesan dari segi pelaksanaan dan pemantauan. Pemantauan yang
lemah menyebabkan pembinaannya tidak mencapai objektif ditetapkan. Kelemahan
Laporan
Laporan KetuaKetua
AuditAudit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri1 1
Siri 5 5- 35
- 35
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi
b a g i Jajaran
J a j a r a n Lahad D a t u Bypass
L a h a d Datu Bypass
RAHSIA

3. Teks 4 - 5.indd 35 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA HANTAR CL_12.11.2020

yang ditemui adalah daripada segi keputusan untuk menawarkan tender terhad di
kalangan 10 syarikat yang tidak memenuhi kriteria pemilihan. Akibatnya kontraktor
yang tidak berkeupayaan telah dipilih, tindakan tidak diambil walaupun kontraktor tidak
mematuhi syarat kontrak, terdapat isu pengambilan balik tanah yang tidak selesai dan
pemantauan yang kurang berkesan. Secara keseluruhannya, perkara ini telah
menjejaskan pencapaian KPI PDP daripada aspek tempoh penyiapan Projek LPBS.

7. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang dalam pelaksanaan


projek pada masa akan datang, adalah disyorkan kepada pihak yang terlibat untuk
mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:

7.1. KKR, JKR dan JTU Sabah hendaklah merangka pelan penyelesaian bagi
memastikan urusan pengambilan balik tanah seperti hak milik, pampasan dan isu
berkaitan tanah diselesaikan berdasarkan Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah
sebelum pemilihan kontraktor, agar masalah pengambilan balik tanah tidak menjadi
sebab kelewatan projek;

7.2. KKR hendaklah memastikan kontraktor yang dipilih untuk pakej kerja yang belum
ditawarkan pada masa akan datang menepati kriteria pemilihan yang ditetapkan seperti
berkemampuan daripada segi kewangan, keupayaan teknikal, pemilikan jentera dan
mesin serta berpengalaman dalam kerja pembinaan berkaitan jalan raya. Ini bertujuan
agar projek dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa masalah yang berpunca daripada
kelemahan kontraktor sendiri, yang akan menyumbang kepada kelewatan penyiapan
projek;

7.3. JKR Sabah sebagai Pegawai Penguasa selepas Projek LPBS diambil alih pada bulan
Disember 2019 perlu mengkaji, mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap
kontraktor untuk mengatasi punca-punca kelewatan pelaksanaan kerja di tapak.
Tindakan hendaklah diambil berdasarkan kontrak terhadap punca kelewatan yang
dikenal pasti seperti kekurangan mesin, kekurangan pekerja, tidak mematuhi program
kerja dan tidak memberi maklum balas kepada notis bertulis; dan

7.4. KKR hendaklah menambah baik proses bayaran agar kontraktor dapat dibayar
dalam tempoh yang ditetapkan bagi melancarkan pelaksanaan projek dan tidak
menjejaskan aliran kewangan kontraktor.

5 - 36 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


5 - 36 PLaporan
r o j e k P e mKetua
b i n a a nAudit
L e b u hNegara
r a y a P a nTahun
B o r n e o2019
d i N eSiri
g e r i1S a b a h
RAHSIA
bagi Jajaran Lahad Datu Bypass
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 36 02/12/2020 11:14 AM


JABATAN KERJA RAYA SARAWAK
– Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang
Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik
Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 1 02/12/2020 11:14 AM


3. Teks 4 - 5.indd 2 02/12/2020 11:14 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN KERJA RAYA


JABATAN KERJA RAYA SARAWAK
PROJEK KICK OFF NAIK TARAF JALAN SIMPANG
NYABAU, BINTULU KE SIMPANG BAKUN DI BAWAH
PROJEK PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF
LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

Perkara Utama
Apa yang  Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke
diaudit? Simpang Bakun (Projek Kick Off) sepanjang 43 kilometer (km)
merupakan sebahagian daripada projek pembangunan dan naik
taraf Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak. Projek pembinaan ini
melibatkan kerja menaik taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke
Simpang Bakun daripada dua (2) lorong dua (2) hala kepada
empat (4) lorong dua (2) hala dengan standard jalan piawaian
R5.
 Prestasi projek dinilai berdasarkan pencapaian output dan
pencapaian outcome projek.
 Pengurusan projek pula dinilai berdasarkan sembilan (9) perkara
iaitu pencapaian kewangan, pemindahan teknologi, pelantikan
kontraktor, pentadbiran kontrak, pengambilan balik tanah,
prestasi kewangan pengambilan balik tanah, pengurusan
kawalan alam sekitar, pengurusan pembinaan dan pemantauan
projek.
 Pengauditan dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR)
Sarawak, Pejabat JKR Wilayah Utara, Jabatan Tanah dan Survei
(JTS) Sarawak serta pejabat tapak di Bintulu, Sarawak.

Mengapa ia  Pelaksanaan projek ini dapat menangani masalah kesesakan jalan


penting raya dan memberi keselesaan perjalanan serta keselamatan
untuk kepada pengguna jalan raya dengan peningkatan tahap Level of
diaudit? Service (LOS).

Apa yang  Secara keseluruhannya, pelaksanaan Projek Kick Off Naik Taraf
ditemui Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun di bawah
Audit? Projek Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo telah diuruskan dengan
memuaskan. Projek ini siap pada 18 Disember 2018 dengan
lanjutan masa sebanyak 780 hari. Namun begitu, outcome
keseluruhan projek belum dapat dinilai.
 Selain itu, terdapat kelemahan dalam pentadbiran kontrak yang
perlu diberi perhatian seperti berikut:
- Kelemahan dalam pengurusan Bon Pelaksanaan yang mana
kontraktor lewat mendepositkan jaminan bank Bon
Pelaksanaan dua (2) bulan daripada tarikh Surat Setuju
Terima.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara Tahun2019
2019Siri
Siri11 5-5
37- 37
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
RAHSIA
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 37 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA

- Kelemahan dalam polisi insurans yang mana tempoh polisi


insurans yang diambil oleh kontraktor atas nama Kerajaan dan
kontraktor tidak meliputi tempoh keseluruhan projek
dilaksanakan.
- Kelemahan dalam pengurusan pembinaan yang melibatkan
spesifikasi kerja awam dan elektrik. Kelemahan tersebut ialah
kedudukan gabion mattress berada dalam keadaan yang tidak
stabil dan sebahagiannya telah runtuh, pemasangan paip
pembetungan unplasticized Polyvinyl Chloride (uPVC) tidak
diikat, tiada pembumian menggunakan konduktor dari tiang ke
rod bumi serta tiada bukaan disediakan untuk kabel.
- Kelemahan pengurusan personel untuk Pengarah Projek di
mana tujuh (7) personel tidak disediakan sepenuhnya
sepanjang tempoh projek dan menjejaskan keberkesanan
pemantauan projek.

5 -538
- 38 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
RAHSIA
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 38 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

KEMENTERIAN KERJA RAYA


JABATAN KERJA RAYA SARAWAK
1. PROJEK KICK OFF NAIK TARAF JALAN SIMPANG NYABAU, BINTULU KE
SIMPANG BAKUN DI BAWAH PROJEK PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF
LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

FAKTA UTAMA PROJEK KICK OFF NAIK TARAF


JALAN SIMPANG NYABAU, BINTULU KE SIMPANG BAKUN

43 km 30 Bulan RM637.75 Juta


 Jarak dari Jalan Simpang  Tempoh kontrak untuk menyiapkan  Kos asal kontrak
Nyabau, Bintulu ke Simpang kerja, iaitu bermula 30 April 2015
Bakun hingga 29 Oktober 2017

Kementerian Kerja Raya Sumber kewangan adalah melalui peruntukan pembangunan KKR
(KKR)
Agensi Pelaksana JKR Sarawak

Pengarah Projek (PD) Pengurus Wilayah, Pejabat JKR Wilayah Utara


Pejabat JKR Wilayah Utara Bahagian yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Projek Kick Off
Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun

1. LATAR BELAKANG

1.1. Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun
(Projek Kick Off) sepanjang 43 kilometer (km) merupakan sebahagian daripada projek
pembangunan dan naik taraf Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak. Projek ini telah
diluluskan pada tahun 2014 oleh Kerajaan Persekutuan untuk Rolling Plan Keempat
(RP4). Jalan yang terlibat adalah sebahagian daripada jalan utama dari Bandar Bintulu
ke Bandaraya Miri bermula dari persimpangan Batu 5 ke persimpangan Bakun.

1.2. Projek pembinaan ini melibatkan kerja menaik taraf Jalan Simpang Nyabau,
Bintulu ke Simpang Bakun daripada dua (2) lorong dua (2) hala kepada empat (4)
lorong dua (2) hala dengan standard jalan piawaian R5. Standard jalan piawaian R5
adalah lebuhraya/jalan utama luar bandar dengan had laju maksimum 100 km sejam,
kawalan akses separa dan lebar lorong minima 3.5 meter. Tujuan projek ini
dilaksanakan adalah untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas dan menambah
baik jalan bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

1.3. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh Syarikat 930689-H yang
dilantik secara rundingan terus dengan kos projek berjumlah RM637.75 juta. Setakat
31 Disember 2019, sejumlah RM595.88 juta (99.9%) telah dibelanjakan daripada
RM596.10 juta peruntukan yang diterima. Agensi pelaksana bagi projek ini adalah
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak. Selain itu Pengurus Wilayah, Pejabat JKR Wilayah
Utara pula dilantik sebagai Pengarah Projek (PD). Projek yang dilancarkan pada 31 Mac
2015 bermula pada 30 April 2015 dengan tarikh siap asal pada 29 Oktober 2017.

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 39
Laporan Tahun 2019 5 - 39
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 39 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

1.4. Maklumat ringkas mengenai projek ini adalah seperti dalam Jadual 1 manakala
pelan lokasi adalah seperti dalam Rajah 1.

JADUAL 1
BUTIRAN PROJEK KICK OFF NAIK TARAF
JALAN SIMPANG NYABAU, BINTULU KE SIMPANG BAKUN
BIL. PERKARA BUTIRAN
1. Nombor Kontrak PWD/HO/B024/2015
1. Kerja Cerucuk
2. Kerja Tanah
3. Kerja Geoteknikal
4. Kerja Perparitan
2. Skop Projek 5. Jalan Raya
6. Perabot Jalan
7. Kerja Jambatan
8. Penyenggaraan Berkala
9. Lampu Jalan dan Lampu Isyarat
3. Pengarah Projek (PD) Pengurus Wilayah, Pejabat JKR Wilayah Utara
4. Jenis Perolehan Rundingan Terus
5. Kaedah Pelaksanaan Reka dan Bina
6. Harga Kontrak RM637.75 juta
7. Kontraktor Syarikat 930689-H
8. Tarikh Surat Setuju Terima (SST) 30 Mac 2015
9. Tarikh Kontrak Ditandatangani 29 April 2015
10. Tarikh Milik Tapak 30 April 2015
11. Tempoh Kontrak 30 Bulan (30 April 2015 hingga 29 Oktober 2017)
12. Tarikh Siap Asal Kontrak 29 Oktober 2017
13. Lanjutan Masa (EOT) 780 hari
14. Tarikh Siap Sebenar 18 Disember 2019
Sumber: JKR Sarawak

RAJAH 1
PELAN LOKASI PROJEK KICK OFF

PENAMAT JAJARAN
CH 45+046.596

PERMULAAN JAJARAN
CH 0+000

Sumber: JKR Sarawak

55- -40
40 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 40 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada projek telah diurus dengan berhemat,
cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan, iaitu menaik taraf jalan raya
dari Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun daripada dua (2) lorong dua (2) hala
kepada empat (4) lorong dua (2) hala dengan standard jalan piawaian R5.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan
pengurusan projek. Prestasi projek dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian
output dan pencapaian outcome projek. Pengurusan projek pula meliputi sembilan (9)
perkara iaitu pencapaian kewangan, pemindahan teknologi, pelantikan kontraktor,
pentadbiran kontrak, pengambilan balik tanah, prestasi kewangan pengambilan balik
tanah, pengurusan kawalan alam sekitar, pengurusan pembinaan dan pemantauan
projek.

3.2. Skop pengauditan ini meliputi kerja naik taraf bagi Jalan Simpang Nyabau, Bintulu
ke Simpang Bakun sepanjang 43 km. Pengauditan ini mengambil kira pembinaan bagi
tahun 2015 hingga 2019. Pengauditan dijalankan di Ibu Pejabat JKR Sarawak, Pejabat
JKR Wilayah Utara, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak serta pejabat tapak di
Bintulu, Sarawak.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen dan fail serta menganalisis
data berkaitan projek. Selain itu, lawatan Audit ke tapak projek dijalankan pada
5 hingga 7 Ogos 2019 bersama pegawai teknikal Jabatan Audit Negara, pegawai JKR
Sarawak, kontraktor dan perunding. Temu bual dan perbincangan dengan pegawai
yang terlibat juga diadakan bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai projek serta
isu Audit yang berbangkit.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos 2019. Perkara yang ditemui
dan maklum balas daripada JKR Sarawak serta JTS Sarawak telah dibincangkan dalam
Mesyuarat Penutup (Exit Conference) pada 15 Januari 2020. Penjelasan lanjut bagi
setiap penemuan adalah seperti dalam perenggan berikut:

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 41
Laporan Tahun 2019 5 - 41
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 41 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

5.1. Prestasi Projek

5.1.1. Pencapaian Output Projek

a. Mengikut Klausa 1.1(e) kontrak dan SST, tempoh kontrak adalah selama
30 bulan bermula 30 April 2015 hingga 29 Oktober 2017. Komponen projek yang
perlu disiapkan dalam tempoh tersebut adalah kerja cerucuk, kerja tanah,
geoteknikal, perparitan, jalan raya, perabot jalan, kerja jambatan,
penyenggaraan berkala, lampu jalan dan lampu isyarat.

b. Semakan Audit mendapati projek telah disiapkan dalam tempoh


lanjutan masa yang diluluskan, iaitu pada tarikh siap baharu
18 Disember 2019 dan Perakuan Siap Kerja telah dikeluarkan
pada 20 Disember 2019. Selain itu, komponen projek telah
dibina dengan memuaskan mengikut spesifikasi pembinaan dan
kos adalah tidak melebihi harga asal kontrak.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati antara penyebab kepada kelewatan


selama 780 hari ini adalah halangan kerja termasuk isu tanah melibatkan
kelewatan selama 295 hari. Selain itu, keadaan cuaca tidak menentu
menyebabkan kelewatan 19 hari, perkhidmatan saluran paip sementara selama
186 hari, tambahan simpang kecil selama 163 hari dan pengalihan semula paip
selama 117 hari.

Pendapat Projek ini disiapkan dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan


Audit dengan memuaskan.

5.1.2. Pencapaian Outcome

a. Mengikut justifikasi projek, naik taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
Bakun dilaksanakan berikutan jalan sedia ada berada pada Level of Service
(LOS) D dan dijangka mencapai LOS F pada tahun 2017. Keadaan tersebut
menjadi rungutan serta rasa tidak puas hati orang ramai terutama dari segi
keselamatan jalan raya. LOS merupakan satu ukuran kualitatif yang digunakan
untuk menentukan kualiti perkhidmatan lalu lintas bagi kenderaan bermotor
dengan kategori LOS A sehingga F. Menurut Laporan Road Traffic Volume
Malaysia (RTVM) Tahun 2013, Komposisi Lalu Lintas 16 Jam Mengikut Jenis
Kenderaan, Trafik Waktu Puncak dan Tahap Perkhidmatan (Purata 2013) adalah
seperti dalam Jadual 2. LOS D menunjukkan aliran trafik mulai tidak stabil
manakala LOS F adalah aliran trafik sangat terhad dan dalam keadaan tidak
bergerak serta masa perjalanan tidak dapat diramalkan.

55- -42
42 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 42 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

JADUAL 2
KOMPOSISI LALU LINTAS 16 JAM MENGIKUT JENIS KENDERAAN,
TRAFIK WAKTU PUNCAK DAN TAHAP PERKHIDMATAN (PURATA 2013)
16 JENIS KENDERAAN (%) TRAFIK
NOMBOR JAM KERETA VAN DAN LORI LORI WAKTU
LOS
STESEN TRAFIK DAN PENGANGKUTAN MUATAN MUATAN BAS MOTOSIKAL PUNCAK
(BIL.) TEKSI AWAM SEDERHANA BERAT (BIL.)

SR402 9,139 35.9 31.5 8.5 16.1 2.0 6.0 841 D


Sumber: JKR Sarawak

b. Semakan Audit mendapati Projek Kick Off belum dapat dinilai setakat tarikh
pengauditan kerana projek ini hanya disiapkan pada 18 Disember 2019. Pihak
Audit dimaklumkan pembentangan draf Outcome Based Assessment 2019 telah
dibentangkan oleh Pejabat JKR Wilayah Utara kepada JKR Sarawak pada 24 Jun
2020 tetapi masih belum dimuktamadkan.

Pendapat Outcome projek masih belum dapat dinilai untuk memastikan


Audit tahap LOS meningkat kepada satu tahap yang lebih baik
daripada sebelumnya.

5.2. Pengurusan Projek

5.2.1. Pencapaian Kewangan

a. Dalam pelaksanaan projek, sumber kewangan merupakan antara salah satu


input yang digunakan untuk menghasilkan output (pencapaian fizikal projek)
bagi mencapai outcome yang telah disasarkan.

b. Semakan Audit mendapati kos projek adalah berjumlah RM637.75 juta. Sumber
kewangan adalah melalui Peruntukan Pembangunan Kementerian Kerja Raya
(KKR) (P27), yang disalurkan kepada JKR Wilayah Utara. Perbelanjaan setakat
bulan Disember 2019 adalah berjumlah RM595.88 juta atau 99.9% daripada
jumlah peruntukan yang diterima iaitu RM596.10 juta. Butiran pencapaian
sebenar kewangan berbanding output projek setakat bulan Disember 2019
adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN SEHINGGA DISEMBER 2019
TAHUN (RM Juta) JUMLAH
BUTIRAN
2015 2016 2017 2018 2019 (RM Juta)

Peruntukan Diterima 15.00 90.13 173.56 162.44 154.97 596.10


Perbelanjaan 15.00 90.07 173.54 162.43 154.84 595.88
Peratusan Perbelanjaan
Daripada Peruntukan 100 99.9 99.9 99.9 99.9 99.9
Diterima (%)
Sumber: JKR Sarawak

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 43
Laporan Tahun 2019 5 - 43
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 43 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

Pendapat Pencapaian kewangan projek adalah baik kerana kos


Audit sebenar projek tidak melebihi harga kontrak.

5.2.2. Pelantikan Kontraktor

a. Perenggan 17(ii)(1) 1PP PK2.1 (Kaedah Perolehan Kerajaan) berkaitan Tatacara


Perolehan dan Pengurusan Projek Secara Reka dan Bina menetapkan projek
reka dan bina hendaklah dilaksanakan secara tender terbuka melalui proses
pra-kelayakan bagi memastikan hanya kontraktor yang berkelayakan dan
berkeupayaan sahaja dipelawa menyertai tender.

b. Semakan Audit mendapati projek ini dilaksanakan secara reka dan bina serta
rundingan terus. Pelaksanaan projek ini adalah berikutan kelulusan secara
prinsip oleh Jemaah Menteri pada 17 September 2014 mengenai pelaksanaan
Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak oleh Syarikat 930689-H. KKR telah
mengeluarkan Surat Niat kepada Syarikat 930689-H pada 9 Disember 2014
memaklumkan Kerajaan Malaysia melalui JKR Malaysia berhasrat melantik
syarikat ini untuk melaksanakan Projek Kick Off secara rundingan terus melalui
kontrak reka dan bina. Surat Niat dikeluarkan dengan merujuk kepada
keputusan Kementerian Kewangan (MoF) bertarikh 24 November 2014 dan
Mesyuarat Koordinasi di Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri
pada 29 September 2014.

c. Semakan Audit mendapati surat MoF kepada KKR pada 24 November 2014
memaklumkan tiada halangan pelaksanaan projek oleh Syarikat 930689-H
dengan anggaran kos berjumlah RM578 juta dibiayai melalui Peruntukan
Pembangunan RMKe-10 selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada
17 September 2014. Bagaimanapun, MoF menetapkan syarat supaya KKR
memastikan harga dirundingkan ke paras terendah yang menguntungkan
Kerajaan dan diperakukan oleh Lembaga Perolehan A serta dikemukakan kepada
MoF untuk dimuktamadkan. Sehubungan itu, satu (1) Makmal Pengurusan Nilai
telah diadakan pada 6 hingga 9 Januari 2015. Kos projek yang dicadangkan
daripada hasil makmal tersebut adalah berjumlah RM658.57 juta, iaitu melebihi
daripada anggaran kos berjumlah RM578 juta. Sehubungan itu, mesyuarat khas
pasca makmal pada 19 Januari 2015 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
KKR, memutuskan supaya KKR dan JKR Sarawak mengadakan rundingan lanjut
dengan Syarikat 930689-H bagi mendapatkan kos yang lebih munasabah.

d. Selaras dengan keputusan mesyuarat khas pasca makmal, dua (2) mesyuarat
rundingan harga telah diadakan pada 5 dan 9 Februari 2015. Semasa dua (2)
mesyuarat tersebut diadakan, tawaran harga JKR Sarawak masing-masing

55- -44
44 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 44 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

berjumlah RM546.44 juta dan RM584.71 juta manakala tawaran harga oleh
Syarikat 930689-H adalah RM699.63 juta dan RM681.31 juta. Tiada persetujuan
bersama diperoleh mengenai harga kontrak dalam kedua-dua mesyuarat ini.
Pada 16 Mac 2015, Syarikat 930689-H telah mengeluarkan surat pengesahan
mengenai persetujuan pihaknya untuk menyemak semula tawaran harga
kontrak daripada RM681.31 juta kepada RM637.75 juta, iaitu pengurangan
harga berjumlah RM43.56 juta.

e. Semakan Audit selanjutnya mendapati pada 24 Mac 2015, MoF telah meluluskan
perakuan Lembaga Perolehan A KKR bagi projek ini dengan harga kontrak
berjumlah RM637.75 juta. Selaras dengan kelulusan MoF, JKR Sarawak
yang dilantik oleh KKR sebagai wakil Head of Project Team telah
mengeluarkan SST pada 30 Mac 2015 dengan harga kontrak
berjumlah RM637.75 juta dan tempoh kontrak selama 30 bulan
mulai 30 April 2015 hingga 29 Oktober 2017.

f. Pada 29 Mei 2015, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah
meluluskan permohonan KKR berhubung peruntukan tambahan bagi projek ini
daripada RM578 juta kepada RM637.75 juta dalam Rolling Plan Keempat,
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RP4, RMKe-10) Tahun 2015. Oleh kerana
peruntukan RP4, RMKe-10 telah dimuktamadkan, KKR perlu menampung kos
tambahan ini dengan melaksanakan penyelarasan dalam siling KKR yang sedia
ada.

Pendapat Perolehan pelantikan kontraktor adalah memuaskan kerana


Audit mengikut prosedur yang ditetapkan.

5.2.3. Pentadbiran Kontrak

Pentadbiran kontrak hendaklah dilaksanakan mengikut syarat kontrak yang


ditetapkan bagi memastikan pembinaan sesuatu projek mencapai piawaian serta
kualiti yang ditetapkan. Aspek pentadbiran kontrak yang disemak meliputi tempoh
kontrak disempurnakan; Bon Pelaksanaan; polisi insurans; levi; pengurusan
pelanjutan masa; dan pengurusan bayaran interim:

a. Bon Pelaksanaan

i. Mengikut dokumen kontrak Klausa 10.1 Standard Form of Design and Build
Contract PWD Form DB (Rev.1/2010), sebelum memulakan sesuatu kerja
kontraktor hendaklah mendepositkan dengan Kerajaan Bon Pelaksanaan
kerja dalam bentuk yang dinyatakan dalam kontrak. Bon Pelaksanaan kerja

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 45
Laporan Tahun 2019 5 - 45
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 45 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

tersebut hendaklah dikeluarkan oleh bank berlesen atau institusi kewangan


yang diluluskan dan diperbadankan di Malaysia. Jumlah yang ditetapkan
adalah 5% daripada jumlah kontrak untuk menjamin prestasi selaras dengan
kewajipan kontraktor di bawah kontrak ini.

ii. Semakan Audit mendapati kontraktor telah mengemukakan Bon Pelaksanaan


dalam bentuk jaminan bank rujukan 306PG090336 bernilai RM31.89 juta
bertarikh 10 Julai 2015 dan tamat pada 29 November 2020, iaitu bagi
tempoh 64 bulan 20 hari. Bagaimanapun, mengikut SST tempoh liputan Bon
Pelaksanaan yang ditetapkan adalah 67 bulan dan hendaklah dikemukakan
sebelum kerja dimulakan di tapak projek. Mengikut ketetapan SST, kerja
hendaklah dimulakan dua (2) minggu selepas tarikh milik tapak pada
30 April 2015. Hal ini menunjukkan jaminan bank telah lewat
dikemukakan selama lebih dua (2) bulan daripada tarikh milik
tapak. Kesan kelewatan ini menyebabkan kerja yang dilaksanakan dalam
tempoh tersebut tidak mempunyai jaminan sekiranya kontraktor gagal
melaksanakan obligasinya.

iii. Dokumen kontrak Klausa 10.1 Standard Form of Design and Build Contract
PWD Form DB (Rev.1/2010) juga menetapkan, Bon Pelaksanaan hendaklah
berkuatkuasa dari tarikh dikeluarkan sehingga 12 bulan selepas tamat
tempoh tanggungan kecacatan atau Sijil Perakuan Siap Memperbaiki
Kecacatan, yang mana lebih lewat. Semakan Audit mendapati tarikh siap
projek yang telah disemak semula selepas Kelulusan Kelewatan dan Lanjutan
Masa kali ke lapan (8) adalah pada 18 Disember 2019. Hal ini bermakna
12 bulan dari tarikh tamat tempoh tanggungan kecacatan selepas Kelulusan
Kelewatan dan Lanjutan Masa kali ke lapan (8) diluluskan adalah
18 Disember 2022. Semakan Audit mendapati tempoh liputan jaminan bank
telah dilanjutkan daripada 30 November 2020 kepada 18 Disember 2022
pada 10 Disember 2019 selepas teguran Audit.

Pendapat Pengurusan Bon Pelaksanaan adalah kurang memuaskan


Audit kerana bon tersebut lewat dikemukakan daripada tarikh milik
tapak.

b. Polisi Insurans

i. Mengikut dokumen kontrak Klausa 11.1 Standard Form of Design and Build
Contract PWD Form DB (Rev.1/2010), kontraktor hendaklah atas nama
bersama Kerajaan dan kontraktor, menginsuranskan kerugian dan kerosakan

55- -46
46 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 46 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

akibat kemalangan, bencana, rusuhan dan kekecohan awam terhadap


semua kerja yang dilaksanakan dan bahan di tapak. Nilai insurans adalah
nilai penuh kerja dan bahan di tapak serta kos reka bentuk (termasuk amaun
yang dinyatakan dalam kontrak). Tempoh insurans hendaklah meliputi
keseluruhan tempoh siap kerja dan tertakluk kepada pembatalan sebahagian
daripada insurans yang dibenarkan di bawah Kontrak ini atau pendudukan
sebahagian oleh kerajaan.

ii. Semakan Audit mendapati kontraktor telah mengemukakan polisi insurans


bagi Construction and Erection All Risk Q5-CAR-2909121 dan Workmen’s
Compensation Q5-WCI-2909214 dengan bayaran premium masing-masing
berjumlah RM0.96 juta dan RM54,112. Tempoh liputan polisi insurans adalah
mulai tarikh 20 Mac 2015 hingga 30 September 2017, iaitu tidak mengikut
tarikh siap asal projek pada 29 Oktober 2017.

iii. Semakan lanjut Audit mendapati audit dalaman yang dijalankan oleh
Bahagian Kualiti JKR Sarawak pada 9 Oktober 2015 telah mengeluarkan
laporan ketidakpatuhan mengenai tempoh insurans yang tidak meliputi
keseluruhan tempoh siap kerja. Punca ketidakpatuhan yang dilaporkan
adalah kerana kontrak tidak ditandatangani pada masa yang ditetapkan.
Tindakan pembetulan telah dibuat pada 10 Ogos 2016 dan tempoh liputan
insurans adalah mulai 20 Mac 2015 hingga 29 Oktober 2017.

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati lanjutan polisi insurans


Contractor’s All Risks dan Workmen’s Compensation ada
dikemukakan dengan tempoh sah bermula pada 30 Oktober
2017 hingga 23 Ogos 2019. Bagaimanapun, lanjutan tempoh
insurans yang dibuat tidak meliputi keseluruhan tempoh siap
kerja seperti dalam Jadual 4. Perkara ini berlaku disebabkan kelemahan
dalam pengurusan polisi insurans.

JADUAL 4
CONTRACTOR’S ALL RISKS DAN WORKMEN’S COMPENSATION YANG DIKEMUKAKAN
TARIKH CONTRACTOR’S ALL TARIKH WORKMEN’S
LANJUTAN RISKS LANJUTAN COMPENSATION TEMPOH TIDAK
POLISI POLISI DILIPUTI INSURANS
DIKELUARKAN TEMPOH LIPUTAN DIKELUARKAN TEMPOH LIPUTAN

30.10.2017 - 30.10.2017 - 21.08.2018 -


19.10.2017 06.10.2017
20.08.2018 20.08.2018 02.12.2018

03.12.2018 - 03.12.2018 - 29.02.2019 -


13.12.2018 13.12.2018
28.02.2019 28.02.2019 13.03.2019

14.03.2019 - 14.03.2019 - 24.08.2019 -


10.04.2019 09.04.2019
23.08.2019 23.08.2019 18.12.2019
Sumber: JKR Sarawak

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 47
Laporan Tahun 2019 5 - 47
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 47 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

Maklum balas JKR Sarawak yang diterima pada 5 Disember 2019

Polisi insurans bagi Construction and Erection All Risk dan Workmen’s Compensation
telah diperbaharui pada 19 November 2019 dan dilanjutkan sehingga 18 Disember
2019.

Pendapat Pengurusan polisi insurans adalah kurang memuaskan kerana


Audit tempoh dari 21 Ogos hingga 2 Disember 2018, 29 Februari
hingga 13 Mac 2019 dan 24 Ogos hingga 18 Disember 2019
tidak diliputi oleh polisi insurans semasa projek dilaksanakan.

c. Kelewatan dan Lanjutan Masa (EOT)

i. Klausa 49.1 Standard Form of Design and Build Contract PWD Form DB
(Rev.1/2010) menyatakan setelah menjadi jelas bahawa kemajuan kerja
ditangguhkan, kontraktor hendaklah dengan segera mengemukakan notis
secara bertulis kepada PD mengenai sebab kelewatan dan informasi
berkaitan yang disertakan bersama dokumen sokongan bagi pegawai
berkenaan memberi pendapat mengenai sebab dan tempoh kelewatan.

ii. Addendum no. 1 to the conditions of contract PWD Form DB (Rev. 1/2010),
Klausa 49 – Sub Clause 49.1(c) menyatakan keadaan cuaca yang sangat
buruk hendaklah dianggap merangkumi keadaan yang disebabkan oleh
jerebu dan hujan.

iii. Semakan Audit terhadap fail projek mendapati sebanyak lapan (8) lanjutan
masa (EOT) melibatkan 780 hari telah diluluskan kepada kontraktor. Analisis
Audit mendapati alasan kelewatan berdasarkan permohonan EOT adalah
munasabah. Tarikh siap baharu setelah kelulusan EOT 8 ialah pada
18 Disember 2019. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
BILANGAN HARI MOHON DAN LULUS LANJUTAN MASA (EOT)
BILANGAN
EOT PERKARA
HARI LULUS
Halangan Kerja
No. 1  Struktur sedia ada dalam lingkungan Hak Lalu-Lalang 100
 Tanaman dalam lingkungan Hak Lalu-Lalang
Halangan Kerja
No. 2  Struktur sedia ada dalam lingkungan Hak Lalu-Lalang 195
 Tanaman dalam lingkungan Hak Lalu-Lalang
Cuaca Buruk No.1
No. 3 19
 Meliputi tempoh 28 Julai 2016 hingga 27 Ogos 2017
Perkhidmatan Saluran Air Sementara
No. 4  Proses permohonan kelulusan bagi saluran air sementara dari pihak berkuasa 85
mengambil masa yang panjang

55- -48
48 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 48 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

BILANGAN
EOT PERKARA
HARI LULUS
Perkhidmatan Saluran Air Sementara
(Permohonan Kali ke 2)
No. 5 85
 Proses permohonan kelulusan bagi saluran air sementara dari pihak berkuasa
mengambil masa yang panjang
Perkhidmatan Saluran Air Sementara
(Permohonan Kali ke 3 - Final)
No. 6 16
 Proses permohonan kelulusan bagi saluran air sementara dari pihak berkuasa
mengambil masa yang panjang

Tambahan Persimpangan Kecil


No. 7 163
 Dimohon oleh penduduk tempatan

Penjajaran semula paip air di kawasan jambatan yang dimohon oleh


No. 8 117
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar

JUMLAH 780
Sumber: JKR Sarawak

Maklum balas JKR Sarawak yang diterima pada 5 Disember 2019

i. Sebanyak dua (2) EOT merangkumi 295 hari (EOT 1 dan 2) diluluskan bawah
Klausa 49.1(i) PWD Form DB (Rev.1/2010) – Kelewatan Disebabkan Pembinaan.

ii. Bagi EOT 3 sejumlah 19 hari telah diluluskan bawah Klausa 49.1(c) PWD Form
DB (Rev.1/2010) – Kelewatan Disebabkan Cuaca. EOT 4, 5, 6 dan 8 pula
diluluskan bawah Klausa 49.1(f) PWD Form DB (Rev.1/2010) – Kelewatan
Disebabkan Kebenaran atau Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Di Mana Kontraktor
Telah Mengambil Langkah Sewajarnya Untuk Mengelakkan Kelewatan.

iii. EOT 7 pula diluluskan bawah Klausa 49.1(f) PWD Form DB (Rev.1/2010) –
Kelewatan Disebabkan Arahan PD.

iv. Semua EOT tersebut diluluskan oleh Jawatankuasa EOT di Ibu Pejabat JKR
Sarawak.

Pendapat Permohonan dan kelulusan EOT telah dilaksanakan selaras


Audit dengan peraturan sedia ada dan teratur.

5.2.4. Pengambilan Balik Tanah

a. Tanah yang dikenal pasti untuk tujuan pembangunan mestilah diluluskan oleh
Majlis Perancangan Negeri. Kelulusan ini sah untuk tempoh 24 bulan seperti
yang digariskan dalam Bab VIII, Dasar Tanah di Sarawak.

b. Kuasa untuk menjalankan pengambilan balik tanah untuk tujuan awam


diperuntukkan dalam Bahagian IV (Seksyen 45 hingga 79) bagi tanah
berhakmilik dan Seksyen 5, 6(4) dan 15 di bawah Kanun Tanah Negeri (Bab 81)

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 49
Laporan Tahun 2019 5 - 49
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 49 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

untuk penamatan tanah hak adat Bumiputera. Pengambilan balik tanah untuk
tujuan awam adalah seperti yang didefinisikan di bawah Seksyen 46 Kanun
Tanah Negeri (Bab 81).

c. Seksyen 47 atau 48 membenarkan agensi pelaksana memasuki tapak untuk


menjalankan penyiasatan di lapangan bagi mengenal pasti kesesuaian tanah
untuk tujuan tersebut. Di bawah Seksyen 60(1)(a) Kanun Tanah Negeri
(Bab 81), tarikh penilaian adalah berdasarkan kepada tarikh perwartaan Seksyen
47 atau 48 yang mana lebih awal.

d. Semakan Audit mendapati Majlis Perancangan Negeri telah meluluskan


permohonan pertapakan dalam mesyuaratnya pada 24 September 2014. Pelan
jajaran dan peruntukan telah diterima masing-masing pada 18 Disember 2014
dan 23 Disember 2014. Proses pengambilan balik tanah akan dijalankan dalam
tempoh yang lazim iaitu selama enam (6) bulan setelah pelan jajaran dan
peruntukan diterima.

e. Berdasarkan rekod daripada JTS Sarawak, penyerahan tapak bagi 44 km jajaran


Projek Kick Off telah diselesaikan dalam tempoh enam (6) bulan iaitu pada 16
Jun 2015. Selain itu, lima (5) lot yang tertinggal telah diselesaikan sebulan
kemudian, iaitu pada 14 Julai 2015 setelah masalah diselesaikan oleh pihak JTS
Sarawak. Bagaimanapun pada masa penyerahan, jajaran masih belum
dikosongkan sepenuhnya. Keseluruhan jajaran hanya bebas sepenuhnya
daripada halangan pada tarikh pengosongan jajaran terakhir yang dilaksanakan
pada 27 Julai 2016. Butiran prestasi penyerahan adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
PRESTASI PENYERAHAN TAPAK
BIL. PERKARA TARIKH

Pengambilan Balik Tanah Sepatutnya Selesai


1. 23 Jun 2015
[dalam tempoh enam (6) bulan]

Serah Tapak 12 km Pertama


2. (kawasan priority seperti dipersetujui bagi maksud pelancaran 17 Mac 2015
pakej Projek Kick Off oleh YAB Perdana Menteri)

3. Serah Tapak 32 km Seterusnya 16 Jun 2015


4. Serah Tapak 5 Lot Tertinggal 14 Julai 2015
27 Oktober 2015 (Mula)
5. Tarikh Operasi Penguatkuasaan
26 – 27 Julai 2016 (Berakhir)
Sumber: JTS Sarawak

f. Semakan Audit mendapati sebanyak 634 Notis Pengosongan (NTQ) kepada


pemilik bangunan/struktur yang terlibat telah dikeluarkan pada bulan Ogos
2015. Pemilik diberi tempoh sehingga bulan September 2015 untuk berpindah
dan mengosongkan tapak yang diduduki.

55- -50
50 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 50 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

g. Operasi penguatkuasaan bermula pada bulan Oktober 2015 dan mengambil


masa sehingga 12 bulan daripada tarikh penyerahan tapak dilaksanakan.
Tempoh yang diambil selama 12 bulan untuk mengosongkan jajaran
sepenuhnya telah memberi kesan kepada jadual pelaksanaan projek. Pihak
kontraktor telah memohon lanjutan masa selama 295 hari bagi tempoh 30 April
2015 hingga 27 Julai 2016 dengan menyatakan halangan di tapak menyebabkan
kerja tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Maklum balas JTS Sarawak yang diterima pada 9 Disember 2019


i. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah melaksanakan kajian dan bancian awal
semasa proses pengambilan balik tanah menunjukkan:

 jajaran sepanjang 23.925 km (54.8%) daripada keseluruhan jajaran 43.675


km adalah bebas bebanan (free of encumbrances); dan

 baki jajaran sepanjang 19.750 km (45.2%) dikenal pasti mempunyai


bebanan berupa struktur/bangunan. Jumlah struktur/bangunan yang
direkodkan adalah sebanyak 689 melibatkan 284 struktur/bangunan
kediaman dan 405 struktur/bangunan bukan kediaman.

ii. Notis pengosongan tapak telah dikeluarkan secara berperingkat selepas


proses pengambilan balik tanah diselesaikan. Notis terakhir telah tamat pada
10 September 2015.

Pendapat Pengambilan balik tanah bagi projek ini telah dilaksanakan


Audit dengan sewajarnya.

5.2.5. Prestasi Kewangan Pengambilan Balik Tanah


a. Menurut carta aliran kerja untuk pengambilan balik tanah yang dikeluarkan oleh
JTS Sarawak dalam Manual Pengambilan Balik Tanah, pembayaran pampasan
hendaklah diselesaikan sebelum Jabatan/klien boleh memasuki tapak untuk
memulakan kerja pembangunan. Kos keseluruhan pengambilan balik tanah
setakat bulan Disember 2019 adalah berjumlah RM33.78 juta seperti dalam
Jadual 7.

JADUAL 7
KOS KESELURUHAN PENGAMBILAN BALIK TANAH PROJEK KICK OFF
JUMLAH
KEGUNAAN
(RM)
Bayaran Pampasan Tanah 19,513,777
Bayaran Ex-gratia 13,664,488
Kos Penilaian 21,965
Kos Kerja Ukur 578,121
JUMLAH 33,778,351
Sumber: JTS Sarawak
LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 51
Laporan Tahun 2019 5 - 51
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 51 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

b. Penyerahan tapak kepada JKR Sarawak telah dilaksanakan pada bulan Mac, Jun
serta Julai 2015 dan kontraktor telah mula memasuki tapak pada 30 April 2015.
Pembayaran pampasan dan ex-gratia dibuat pada bulan April 2015, Julai 2015
sehingga bulan April 2017. Hal ini bermakna pemilik tanah dan penduduk
berkaitan masih belum menerima pampasan dan ex-gratia semasa kontraktor
memasuki tapak dan memulakan kerja pembangunan. Perkara ini boleh
menyebabkan halangan timbul di tapak sebanyak 295 hari iaitu EOT No.1 dan
No.2 yang telah diluluskan.

Maklum balas JTS Sarawak yang diterima pada 9 Disember 2019

i. Berdasarkan praktis semasa di JTS Sarawak, selepas Award Penguasa bagi


Tanah Berhakmilik/Keputusan Penguasa bagi Tanah Hak Adat Bumiputera
dikeluarkan, arahan pembayaran (Minutes of Payment) kepada Seksyen Akaun
JTS Sarawak akan dibuat.

ii. Pada masa yang sama Cawangan Penilaian akan menyediakan surat cara
Memorandum of Resumption (MOR) di bawah Seksyen 54 Kanun Tanah Negeri
(sekiranya melibatkan tanah Berhakmilik) untuk tindakan Seksyen Pendaftaran.
Penyerahan tapak kepada jabatan klien akan dibuat selepas kesemua proses ini
selesai.

iii. Proses penyerahan tapak kepada Jabatan/klien tidak bergantung kepada tarikh
pembayaran atau penyerahan cek pampasan kepada pemilik/penuntut tanah.

Pendapat Pembayaran pampasan adalah kurang memuaskan kerana


Audit proses pembayaran tidak diselesaikan sebelum kerja
dimulakan di tapak.

5.2.6. Pengurusan Kawalan Alam Sekitar

a. Mengikut dokumen kontrak Klausa 71, Standard Form of Design and Build
Contract PWD Form DB (Rev.1/2010), sekiranya kontraktor dikehendaki di
bawah Environmental Quality Act 1974 untuk menjalankan Environment Impact
Assessment Report (EIA) yang berkaitan dengan kerja, kontraktor hendaklah
mematuhi semua undang-undang yang berkaitan khususnya Environmental
Quality Act 1974 dan polisi Kerajaan yang telah ditetapkan dalam syarat
kelulusan Laporan EIA.

b. Kerajaan mengakui bahawa pematuhan dengan syarat persetujuan Laporan EIA


harus memenuhi perkara ditetapkan dan memberi pertimbangan sewajarnya
terhadap pemeliharaan dan implikasi sosial terhadap kualiti air, udara, tanah
serta flora dan fauna di lokasi kerja.

55- -52
52 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 52 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

c. Semakan Audit mendapati peruntukan berjumlah RM2.89 juta telah dimasukkan


dalam kontrak bagi melaksanakan kerja pemantauan dan perlindungan terhadap
alam sekitar. Antara kerja tersebut termasuk penyediaan Environmental
Management Plan, Erosion and Sediment Control Plan serta Environmental
Report. Peruntukan ini juga bagi pelaksanaan kerja pemantauan terhadap
kawalan kualiti air, udara, bunyi bising, pengurusan bahan buangan serta
pemuliharaan flora dan fauna.

d. Semakan lanjut Audit mendapati perkara seperti berikut:

i. Penilaian Kesan Alam Sekitar

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah meluluskan Terma
Rujukan EIA pada 23 Januari 2015 dan memberi kebenaran untuk
meneruskan Kajian EIA bagi projek tersebut dengan mengambil kira perkara
yang dibincangkan dalam minit Scoping Meeting antara NREB, kontraktor
dan perunding bertarikh 24 Disember 2014. Antara perkara dibincangkan
ialah mengenai ahli pasukan perunding, GPS koordinat bagi lokasi
pensampelan, jadual pelaksanaan kerja dan kaji selidik trafik. Laporan EIA
telah diluluskan oleh NREB pada 25 Mac 2015.

ii. Pelan Pengurusan Alam Sekitar serta Pelan Kawalan Hakisan dan
Mendapan

Pelan Pengurusan Alam Sekitar yang dikemukakan kepada NREB pada


16 Julai 2015 mendapat persetujuan pada 9 September 2015. Menurut surat
kelulusan tersebut, kontraktor dikehendaki menambah sampel air daripada
Sungai Sebiew No.1, Sungai Sebiew No.2, Sungai Sebiew No.3 dan Sungai
Similajau untuk ujian kualiti air. Hal ini adalah kerana projek merentasi
Bintulu Water Catchment dan Similajau Water Catchment. Pelan Kawalan
Hakisan dan Mendapan (ESCP) pula telah diluluskan oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran Sarawak pada 16 Februari 2016. Semakan Audit terhadap
laporan pemantauan bulanan dan suku tahunan mendapati ujian telah
dilakukan terhadap sampel air yang diambil daripada lapan (8) lokasi iaitu
kawasan hulu dan hilir setiap sungai tersebut.

iii. Laporan Pemantauan Alam Sekitar

• Berdasarkan laporan Environmental Management Plan (EMP) dan


keperluan oleh NREB, pemantauan terhadap kualiti air, udara dan bunyi
perlu dijalankan setiap tiga (3) bulan sekali dan laporan pemantauan
alam sekitar [Environment Management Report (EMR)] dikemukakan
kepada NREB setiap suku tahun.

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 53
Laporan Tahun 2019 5 - 53
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 53 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

• Semakan Audit mendapati sejumlah 44 EMR telah dikeluarkan bermula


dari bulan April 2015 sehingga bulan Jun 2019. Berdasarkan minit
mesyuarat tapak dan EMR bagi tempoh 2016 hingga
Februari 2019 dilaporkan kualiti air di lapan (8) lokasi
tidak mematuhi kelas IIB Standard Kualiti Air Negara
Malaysia seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8
KUALITI AIR TIDAK MEMATUHI KELAS IIB
STANDARD KUALITI AIR NEGARA MALAYSIA
TARIKH KUALITI AIR MELEBIHI
LOKASI
PEMANTAUAN TAHAP DITETAPKAN DALAM EIA
W1 (upstream and downstream)
Ammonical Nitrogen, Total Coliform Count, Faecal W2 (upstream and downstream)
07.01.2016
Coliform Count dan Oil and Grease W3 (upstream and downstream)
W4 (upstream and downstream)
W1 (upstream and downstream)
8.09.2016
Total Suspended Solid, Turbidity dan Ammonical W2 (upstream and downstream)
hingga
Nitrogen, Oil and Grease W3 (upstream and downstream)
10.09.2016
W4 (upstream and downstream)
W1 (upstream and downstream)
17.04.2017 Turbidity, Dissolved Oxygen, Ammonical Nitrogen,
W2 (upstream and downstream)
hingga Total Coliform Count, Faecal Coliform Count dan Oil
W3 (upstream and downstream)
19.04.2017 and Grease
W4 (upstream and downstream)
Total Suspended Solid, Turbidity, Dissolved Oxygen, W1 (upstream and downstream)
26.07.2017
Chemical Oxygen Demand, Ammonical Nitrogen, Total W2 (upstream and downstream)
hingga
Coliform Count, Faecal Coliform Count dan Oil and W3 (upstream and downstream)
29.07.2017
Grease W4 (upstream and downstream)
W1 (upstream and downstream)
08.10.2018 Total Suspended Solid, Turbidity, Dissolved Oxygen,
W2 (upstream and downstream)
hingga Ammonical Nitrogen, Total Coliform Count, Faecal
W3 (upstream and downstream)
10.10.2018 Coliform Count dan Oil and Grease
W4 (upstream and downstream)
W1 (upstream and downstream)
18.02.2019 Dissolved Oxygen, Chemical Oxygen Demand, Total
W2 (upstream and downstream)
hingga Coliform Count, Faecal Coliform Count dan Oil and
W3 (upstream and downstream)
20.02.2019 Grease
W4 (upstream and downstream)
Sumber: JKR Sarawak
Nota: W1 – Jambatan Sungai Sebiew No. 1
W2 – Jambatan Sungai Sebiew No. 3
W3 – Jambatan Sungai Similajau
W4 – Jambatan Sungai Sebiew No. 2

 Perkara ini berlarutan sehingga bulan Mac 2019 seperti dalam EMR. Oleh
itu, perunding telah mengesyorkan PD untuk memastikan amalan tadbir
urus yang baik dilaksanakan terutamanya di tebing sungai. Laporan EMR
bagi bulan Jun 2019 menunjukkan kualiti air bertambah baik dan
memuaskan di Sungai Sebiew dan Sungai Similajau.

Maklum balas JKR Sarawak yang diterima pada 5 Disember 2019

Ketidakpatuhan pada kualiti air yang terjadi bukan 100% disebabkan kegiatan
pembinaan semata-mata tetapi turut disumbangkan oleh populasi penduduk yang
sedia ada di sepanjang kawasan pembinaan. Walau bagaimanapun, tindakan telah
diambil untuk mengurangkan masalah tersebut seperti pemasangan perangkap

55- -54
54 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 54 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

lumpur (silt trap), pemasangan pagar bagi mengurangkan air aliran permukaan (silt
fence), pemasangan Geotextile di permukaan cerun dan guni pasir serta
pemasangan gabion mattress untuk semua sungai bagi mengelakkan berlakunya
ketidakstabilan cerun dan penambahbaikan kepada kualiti air.

Pendapat Kawalan terhadap pengurusan alam sekitar sepanjang projek


Audit dilaksanakan adalah baik.

5.2.7. Pengurusan Pembinaan

5.2.7.1. Tahap Kualiti Kerja/Bahan Binaan

a. Skop Awam

i. Mengikut Keperluan Kontrak dan Am, kontraktor bertanggungjawab


penuh untuk kefungsian, kesesuaian, keserasian dan keselamatan reka
bentuk bagi kecukupan, kestabilan serta keselamatan semua operasi
tapak dan kaedah pembinaan.

ii. Pemeriksaan Audit di Jambatan Sebiew 1 mendapati kedudukan


gabion mattress berada dalam keadaan tidak stabil dan
sebahagiannya telah roboh dan kerja penggantian tidak
dibuat seperti dalam Gambar 1 hingga Gambar 3.

GAMBAR 1 GAMBAR 2

Jambatan Sebiew 1
- Sebahagian Gabion Mattress Telah Roboh dan Kerja Penggantian Tidak Dibuat
(06.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 3

Jambatan Sebiew 1
- Sebahagian Gabion Mattress Telah Roboh
(06.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 55
Laporan Tahun 2019 5 - 55
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 55 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

iii. Mengikut Lukisan Pembinaan, pemasangan paip pembentungan uPVC


hendaklah diikat pada struktur. Pemeriksaan Audit mendapati
pemasangan paip pembentungan uPVC tidak diikat dengan
galvanised mildsteel strap pada struktur konkrit seperti
dalam Gambar 4 dan Gambar 6. Tindakan pembetulan selepas teguran
Audit telah diambil seperti dalam Gambar 5 dan Gambar 7.

GAMBAR 4 GAMBAR 5
Sebelum Selepas

Jambatan Similajau Jambatan Similajau


- Pemasangan Paip Pembetungan uPVC - Tindakan Pemasangan Paip Pembetungan
Tidak Diikat Pada Struktur Konkrit uPVC Pada Struktur Konkrit
(06.08.2019) (21.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: JKR Sarawak)

GAMBAR 6 GAMBAR 7

Sebelum Selepas

Jambatan Similajau Jambatan Similajau


- Pemasangan Paip Pembetungan uPVC - Pemasangan Paip Pembetungan uPVC Telah Dibuat
Tidak Diikat Pada Struktur Konkrit (21.01.2020)
(06.08.2019) (Sumber: JKR Sarawak)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

iv. Semakan oleh Pasukan Teknikal Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati
kualiti kerja pembinaan yang dibangkitkan berpunca
daripada metodologi pemasangan dan penanggalan
kekotak tidak dipatuhi mengikut spesifikasi, aliran air
sungai yang deras menghakis tebing serta ketidakpatuhan
kepada lukisan pembinaan.

55- -56
56 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 56 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

Maklum balas JKR Sarawak yang diterima pada 15 Jun 2020

Kerja pembaikan gabion mattress telah dilaksanakan seperti gambar berikut:

GAMBAR 8 GAMBAR 9

Jambatan Sebiew 1
- Kerja Penggantian Gabion Matress Telah Dibuat
(05.03.2020)
(Sumber: JKR Sarawak)

Pendapat Kualiti kerja pembinaan adalah kurang memuaskan kerana


Audit masih terdapat kelemahan dalam kerja skop awam.

b. Skop Elektrik

i. Menurut Peraturan Elektrik, 1999 (Swk. L.N. 84/99) Klausa 150-(1)


Pemasangan hendaklah dikekalkan dalam keadaan baik dan berkesan
dan langkah berjaga-jaga. Keselamatan perlu dipatuhi sepanjang masa
untuk mengelakkan bahaya.

ii. Pemeriksaan Audit di semua empat (4) jambatan mendapati di Jambatan


Sebiew 1, tiada bukaan (pipe sleeve) disediakan untuk kabel yang
menembusi jambatan ke tiang lampu. Hal ini akan menyukarkan
penyenggaraan kerana ruang untuk laluan kabel yang dibuka pada
jambatan telah ditampal bersama dengan kabel tersebut seperti dalam
Gambar 10. Tindakan pembetulan telah dibuat selepas teguran Audit
seperti dalam Gambar 11.

GAMBAR 10 GAMBAR 11
Sebelum Selepas

Jambatan Sebiew 1 Jambatan Sebiew 1


- Tiada Bukaan (Pipe Sleeve) Disediakan untuk Kabel - Bukaan (Pipe Sleeve) Disediakan untuk Kabel yang
yang Menembusi Jambatan ke Tiang Lampu Menembusi Jambatan ke Tiang Lampu
(06.08.2019) (05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 57
Laporan Tahun 2019 5 - 57
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 57 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

iii. Menurut Sarawak Energy Overhead Constructional Manual Section 10,


Page 4 Every steel pole shall be earthed with an earth rod prior to
footing resistance test.

iv. Selain itu, tiada pembumian menggunakan konduktor dari tiang ke rod
bumi (yang ditanam dalam tanah) di lokasi HT Pole (TC7 0814) seperti
dalam Gambar 12. Ketiadaan pembumian pada tiang ini akan
menyebabkan arus bocor tidak dapat dialirkan ke bumi dan seterusnya
risiko renjatan elektrik kepada pengguna. Tindakan pembaikan yang
telah dibuat selepas teguran Audit adalah seperti dalam Gambar 13.

GAMBAR 12 GAMBAR 13
Sebelum Selepas

HT Pole (TC7 0814) HT Pole (TC7 0814)


- Tiada Pembumian Menggunakan - Tindakan Pembumian Menggunakan
Konduktor dari Tiang ke Rod Bumi Konduktor dari Tiang ke Rod Bumi
- yang Ditanam dalam Tanah - yang Ditanam dalam Tanah
(06.08.2019) (05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

v. Keadaan ini berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap peraturan


elektrik semasa pelaksanaan kerja.

Pendapat Kualiti kerja pembinaan adalah kurang memuaskan kerana


Audit masih terdapat kelemahan dalam kerja skop elektrik.

5.2.8. Pemantauan Projek

Bagi projek reka dan bina, kontraktor melantik perunding dalam bidang tertentu
untuk menjalankan kajian awal, menyediakan cadangan reka bentuk projek dan
menyelia pelaksanaan projek. Pengurus Wilayah, JKR Wilayah Utara dilantik sebagai
PD dan bertanggungjawab untuk memantau projek ini.

a. Personel Untuk Pengarah Projek

i. Mengikut Klausa 17.29(d)(ii) Keperluan Am dan Kontrak, kontraktor


hendaklah menyediakan personel di tapak untuk PD di sepanjang tempoh
projek. Tempoh projek mulai tarikh milik tapak pada 30 April 2015 sehingga
maklumat yang dikemukakan untuk pengauditan ini pada 30 Jun 2019

55- -58
58 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 58 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

adalah selama 50 bulan. Tujuh (7) personel yang sepatutnya disediakan oleh
kontraktor adalah dua (2) Jurutera Awam, satu (1) Jurutera Elektrik, dua (2)
Juruteknik Awam dan dua (2) Pembantu Pejabat. Jumlah pemberat (bulan)
yang perlu dipenuhi oleh kontraktor bagi tujuh (7) personel untuk tempoh
projek adalah 350 bulan.

ii. Semakan Audit terhadap maklumat personel sehingga 30 Jun 2019


mendapati, kontraktor telah menyediakan personel selama
257.4 bulan daripada 350 bulan iaitu 73.5%. Baki 92.6 bulan
lagi iaitu 26.5% tidak disediakan personel oleh kontraktor
berikutan peletakan jawatan dan jawatan belum diisi pada
awal pelaksanaan projek. Maklumat lanjut adalah seperti dalam
Jadual 9.

JADUAL 9
TEMPOH PERSONEL YANG TIDAK DISEDIAKAN
OLEH KONTRAKTOR DARI 30 APRIL 2015 HINGGA 30 JUN 2019
TEMPOH TIDAK
TEMPOH PERSONEL TEMPOH PERSONEL
JAWATAN DISEDIAKAN
DISEDIAKAN TIDAK DISEDIAKAN
(Bulan)
(Tidak Disediakan) 30.04.2015 - 18.10.2015 5.6
19.10.2015 - 01.08.2017 02.08.2017 - 31.10.2017 3
1. Jurutera Awam 1
01.11.2017 - 30.06.2018 01.07.2018 - 31.07.2018 1
01.08.2018 - 30.06.2019 - 0
JUMLAH TEMPOH (A) TIDAK DISEDIAKAN 9.6
(Tidak Disediakan) 30.04.2015 - 14.10.2015 5.5
15.10.2015 - 29.12.2016 30.12.2016 - 28.02.2017 2
2. Jurutera Awam 2 01.03.2017 - 01.04.2017 02.04.2017 - 31.07.2017 4
01.08.2017 - 31.07.2018 01.08.2018 - 30.11.2018 4
01.12.2018 - 30.06.2019 - 0
JUMLAH TEMPOH (B) TIDAK DISEDIAKAN 15.5
(Tidak Disediakan) 30.04.2015-14.09.2016 16.5
3. Jurutera Elektrik
15.09.2016 - 31.08.2018 01.09.2018-30.06.2019 10
JUMLAH TEMPOH (C) TIDAK DISEDIAKAN 26.5
(Tidak Disediakan) 30.04.2015 - 15.11.2015 6.5
4. Juruteknik Awam 1
16.11.2015 - 30.11.2018 01.12.2018 - 30.06.2019 7
JUMLAH TEMPOH (D) TIDAK DISEDIAKAN 13.5
(Tidak Disediakan) 30.04.2015 - 31.10.2015 6
01.11.2015 - 01.07.2016 02.07.2016 - 31.07.2016 1
5. Juruteknik Awam 2 01.08.2016 - 31.07.2018 - 0
01.08.2018 - 31.01.2019 01.02.2019 - 30.04.2019 3
01.05.2019 - 30.06.2019 - 0
JUMLAH TEMPOH (E) TIDAK DISEDIAKAN 10
(Tidak Disediakan) 30.04.2015 - 02.06.2015 1
03.06.2015 - 15.09.2016 16.09.2016 - 30.09.2016 0.5
6. Pembantu Pejabat 1
01.10.2016 - 31.05.2017 01.06.2017 - 02.07.2017 1
03.07.2017 - 30.06.2019 - 0
JUMLAH TEMPOH (F) TIDAK DISEDIAKAN 2.5
(Tidak Disediakan) 30.04.2015 - 31.01.2016 9
7. Pembantu Pejabat 2
01.02.2016 - 31.12.2018 01.01.2019 - 30.06.2019 6
JUMLAH TEMPOH (G) TIDAK DISEDIAKAN 15
JUMLAH KESELURUHAN
92.6
TEMPOH PERSONEL DI TAPAK TIDAK DISEDIAKAN (A - G)
Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 59
Laporan Tahun 2019 5 - 59
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 59 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA SEMAKAN KANM_21.07.2020

Pendapat Pengurusan bagi personel untuk PD kurang memuaskan


Audit kerana personel untuk PD tidak disediakan sepenuhnya
sepanjang tempoh projek seperti kehendak kontrak.

b. Laporan Ketidakpatuhan (NCR)

i. Perkara 6.2 PK 2/2013 Bahagian II Garis Panduan Pengurusan Pembinaan


Lampiran 2.32 menyatakan perunding kontraktor adalah bertanggungjawab
menjalankan penyeliaan harian kerja di tapak bagi memastikan kerja yang
dilaksanakan mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.

ii. Berdasarkan penyeliaan harian kerja di tapak oleh perunding kontraktor


untuk kerja awam dan struktur, sebanyak 31 [Non-Conformance Report
(NCR)] telah dikeluarkan mulai 15 April 2016 hingga 25 Oktober 2018. Selain
daripada NCR yang dikeluarkan oleh perunding kontraktor, pihak personel
kepada PD juga ada mengeluarkan sebanyak 14 NCR mulai 8 Jun 2016
hingga 26 April 2018 untuk penyenggaraan rutin yang dijalankan oleh
kontraktor di bawah kontrak ini.

iii. Semakan Audit sehingga bulan Disember 2019 mendapati semua NCR telah
ditutup seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
LAPORAN NCR DARI TAHUN 2015 HINGGA 2019
TAHUN DIKELUARKAN NCR DIKELUARKAN OLEH JUMLAH NCR JUMLAH DITUTUP
Perunding Kontraktor 0 -
2015
Personel untuk PD 0 -
Perunding Kontraktor 8 8
2016
Personel untuk PD 4 4
Perunding Kontraktor 10 10
2017
Personel untuk PD 7 7
Perunding Kontraktor 13 13
2018
Personel untuk PD 3 3
Perunding Kontraktor 0 0
2019
Personel untuk PD 0 -
JUMLAH NCR OLEH PERUNDING KONTRAKTOR 31 31
JUMLAH NCR OLEH PERSONEL UNTUK PD 14 14
JUMLAH KESELURUHAN NCR 45 45
Sumber: JKR Sarawak

iv. Semakan lanjut Audit mendapati kaedah pemantauan dan penyeliaan projek
juga dijalankan melalui buku harian tapak, mesyuarat teknikal, 34 mesyuarat
tapak dan 28 mesyuarat keselamatan tapak sepanjang tempoh kontrak.

55- -60
60 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Negara Tahun
Tahun2019 Siri 1
2019 Siri 1
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
di bawahKick
Projek OffPembangunan
Projek Naik Taraf Jalan Simpang
dan Naik Nyabau, Bintulu
Taraf Lebuhraya ke Simpang
Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 60 02/12/2020 11:14 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KANM_10.11.2020

Pendapat Penyediaan Laporan NCR adalah baik kerana semua NCR


Audit yang dikeluarkan telah ditutup.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau,
Bintulu ke Simpang Bakun di bawah Projek Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo telah
diuruskan dengan memuaskan. Meskipun begitu, terdapat beberapa kelemahan dalam
pentadbiran kontrak seperti pengurusan bon pelaksanaan dan polisi insurans. Projek ini
siap pada 18 Disember 2018 dengan EOT sebanyak 780 hari. Namun begitu, outcome
keseluruhan projek belum dapat dinilai. Terdapat sedikit kelewatan dari segi
penyerahan bon pelaksanaan selama 71 hari di samping beberapa kelemahan dalam
pengurusan pembinaan.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini dan juga untuk
memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam pelaksanaan projek di masa
hadapan, adalah disyorkan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan
penambahbaikan berikut:

7.1. Pengarah Projek hendaklah memastikan aspek pentadbiran kontrak terutama


berkaitan pelanjutan tempoh bon pelaksanaan dan polisi insurans diuruskan dengan
teratur supaya kepentingan kerajaan dilindungi; dan

7.2. pemantauan berterusan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan pengurusan


pembinaan kerja awam dan elektrik mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam
kontrak.

LaporanKetua
Ketua Audit
Audit Negara
NegaraTahun 2019 SiriSiri
1 1 5 - 61
Laporan Tahun 2019 5 - 61
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang Bakun RAHSIA
Projek Kick Off Naik Taraf Jalan Simpang Nyabau, Bintulu ke Simpang
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bakun
di bawah Projek Pembangunan dan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

3. Teks 4 - 5.indd 61 02/12/2020 11:14 AM


5 - 62 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Negeri Sabah bagi Jajaran Lahad Datu Bypass

3. Teks 4 - 5.indd 62 02/12/2020 11:14 AM


6
KEMENTERIAN SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI
KEMENTERIAN
PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI
– Pengurusan Projek Penyelidikan dan
Pembangunan oleh MIMOS Berhad

4. Teks 6 - 8.indd 1 02/12/2020 11:16 AM


4. Teks 6 - 8.indd 2 02/12/2020 11:16 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN


INOVASI
KEMENTERIAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
PENGURUSAN PROJEK PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN OLEH MIMOS BERHAD

Perkara Utama
Apa yang  Pengauditan melibatkan penilaian terhadap pengurusan
diaudit? peruntukan projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) oleh
MIMOS Berhad bagi melaksanakan 22 projek penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dari tahun 2011 hingga 2019 yang meliputi
dua (2) bidang utama Audit, iaitu prestasi dan pengurusan projek.
 Prestasi projek dinilai berdasarkan dua (2) perkara, iaitu
pencapaian output dan pencapaian outcome.
 Pengurusan projek pula dinilai berdasarkan tiga (3) perkara, iaitu
pencapaian kewangan, pengurusan perbelanjaan dan pengurusan
aset.
 Pengauditan telah dijalankan di MIMOS Berhad; Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI); Unit Perancang Ekonomi (UPE),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bahagian Syarikat Pelaburan
Kerajaan (GIC), Kementerian Kewangan (MoF).

Mengapa ia  Bagi tempoh tahun 2011 hingga 2015, MIMOS telah menerima
penting peruntukan RMKe-10 berjumlah RM270.77 juta bagi melaksanakan
untuk lapan (8) projek R&D dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi
diaudit? (STI). Seterusnya bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019, MIMOS
telah menerima peruntukan RMKe-11 berjumlah RM297.38 juta
untuk melaksanakan 14 projek R&D.
 Objektif projek adalah untuk meningkatkan keupayaan
penyelidikan dan inovasi dalam bidang STI bagi pembentukan
komuniti penyelidik yang aktif, dinamik dan berdaya saing supaya
dapat menghasilkan ciptaan bernilai tinggi serta merintis ilmu
baharu.
 Projek ini memberi manfaat dari aspek pembangunan modal insan,
peningkatan kepakaran tempatan dalam bidang teras teknologi,
peningkatan kualiti perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat
dan menggalakkan perkembangan inovasi di kalangan penyelidik
serta pihak industri.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 6 - 16 - 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 1 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA

Apa yang  Pengurusan projek R&D menggunakan peruntukan pembangunan


ditemui RMKe-10 dan RMKe-11 oleh MIMOS tidak diuruskan dengan
Audit? teratur, cekap dan berkesan. Hal ini kerana MIMOS tidak
mengoptimum dan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang
diterima bagi tujuan R&D. Antara penemuan yang perlu diberi
perhatian adalah seperti berikut:
- MIMOS telah menghasilkan 59 output di bawah RMKe-10 dan
33 output di bawah RMKe-11. Namun, pencapaian output yang
dihasilkan tidak dapat diukur kerana MIMOS tidak menetapkan
sasaran bilangan output yang perlu dicapai seperti bilangan
platform teknologi baharu dan Proof of Concept (PoC)
deployment.
- MIMOS telah melaporkan sembilan (9) output yang dihasilkan
menggunakan dana lain sebagai output di bawah RMKe-10.
- Setakat 31 Disember 2019, sejumlah RM118.12 juta di bawah
RMKe-10 dan sejumlah RM78.36 juta di bawah RMKe-11 telah
direkodkan bagi tujuan pembayaran gaji penyelidik projek
kontrak. Jumlah ini menunjukkan peningkatan masing-masing
sebanyak 380.2% dan 399.1% berbanding permohonan dalam
Logical Framework Matrix (LFM) berjumlah RM24.60 juta dan
RM15.70 juta. Pembayaran gaji penyelidik projek kontrak
merangkumi perkara seperti berikut:
o Gaji penyelidik projek kontrak yang layak dicaj kepada
peruntukkan pembangunan berjumlah RM28.40 juta
(RMKe-10) dan RM39.33 juta (RMKe-11).
o Gaji penyelidik projek kontrak yang tidak dapat disahkan
penglibatan mereka secara langsung dengan pelaksanaan
projek R&D di bawah RMKe-10 dan RMKe-11 masing-
masing berjumlah RM57.48 juta dan RM13.11 juta.
o Gaji dan bonus kepada pekerja lantikan tetap dan kontrak
yang telah diperuntukkan di bawah belanja mengurus
berjumlah RM27.98 juta (RMKe-10) dan RM4.33 juta
(RMKe-11).
o Gaji pelatih, pembantu penyelidik, pekerja di bawah terma
MIMOS open contract, apprentice, konsultan dan
pekerja/penyelidik yang dibekalkan oleh Agensi Pekerjaan
yang juga tidak dapat disahkan penglibatan mereka secara
langsung dengan pelaksanaan projek R&D berjumlah
RM4.26 juta (RMKe-10) dan RM21.59 juta (RMKe-11).
- Perbelanjaan mengurus seperti bayaran utiliti, sewaan, latihan,
tuntutan perjalanan, cenderahati, tempat letak kereta dan alat
tulis berjumlah RM9.04 juta telah menggunakan peruntukan
pembangunan RMKe-10.
- Sebanyak 66 aset bernilai RM3.44 juta tidak dapat disahkan
kerana nombor siri aset tidak dinyatakan dalam invois/nota
penghantaran pembekal. Selain itu, nombor siri aset juga tidak
dinyatakan dalam daftar aset.

6-2
6-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 2 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
DAN INDUSTRI
1. PENGURUSAN PROJEK PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN OLEH
MIMOS BERHAD

FAKTA UTAMA PROJEK PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


OLEH MIMOS BERHAD

RM568.15 Juta RM1.365 Bilion 22 Projek


 Jumlah peruntukan projek R&D  Jumlah keseluruhan peruntukan  Lapan (8) projek R&D
di bawah RMKe-10 dan pembangunan, mengurus dan dilaksanakan di bawah RMKe-10
RMKe-11 yang disalurkan lain-lain dana yang diterima oleh dan 14 projek R&D dilaksanakan
kepada MIMOS Berhad MIMOS Berhad dari tahun 2011 di bawah RMKe-11
hingga 2019

Kementerian Sains, Teknologi Kementerian yang menyelia MIMOS Berhad dan menyalurkan peruntukan
dan Inovasi (MOSTI) dan mengurus, pembangunan serta lain-lain dana kepada MIMOS Berhad bagi
Kementerian Perdagangan tempoh tahun 2011 hingga 2019
Antarabangsa dan Industri
(MITI)

MIMOS Berhad Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan dan melaksanakan projek
penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi di
bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMKe-11)

Matriks Kerangka Logik atau MIMOS Berhad menyediakan LFM untuk memohon peruntukan RMKe-10 dan
Logical Framework Matrix RMKe-11 yang mengandungi ringkasan objektif projek, output, aktiviti yang
(LFM) akan dilaksanakan, jangkaan outcome dan unjuran keperluan kewangan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memainkan peranan penting
dalam merealisasikan Agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara yang bertujuan
membangunkan aspek sosioekonomi berasaskan pengetahuan. MOSTI melaksanakan
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) Tahun 2013 hingga 2020 dengan
menggariskan pendekatan baharu untuk meneroka, mengaplikasi dan mengoptimumkan
potensi STI. Pendekatan ini mengambil kira kejayaan, cabaran, pengajaran dan prospek
pembangunan STI di peringkat nasional dan antarabangsa. DSTIN menetapkan hala tuju
Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju sains, berdaya saing dan inovatif pada
tahun 2020. Selaras dengan hala tuju tersebut, MOSTI memberi tumpuan terhadap
aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan [Research and Development (R&D)] dalam
bidang STI seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), nanoteknologi,
bioteknologi dan keselamatan siber bagi memacu pertumbuhan sosioekonomi ke arah
negara maju.

1.2. Melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia


Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan telah membuat pelaburan yang besar terhadap
pelaksanaan R&D dalam bidang STI. Agensi di bawah MOSTI, iaitu MIMOS Berhad
Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 6 - 63 - 3
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 3 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

(MIMOS) antara yang menerima peruntukan pembangunan di bawah RMKe-10 dan


RMKe-11 bagi melaksanakan projek R&D dalam bidang STI. Ini adalah selaras dengan
mandat yang telah diberikan kepada MIMOS supaya menjadi entiti R&D yang tertumpu
dalam bidang ICT, semikonduktor dan mikroelektronik di samping memainkan peranan
aktif untuk melahirkan syarikat berteknologi baharu.

1.3. MIMOS merupakan syarikat berhad menurut syer milikan penuh Menteri
Kewangan Diperbadankan (MKD) dengan modal berbayar berjumlah RM100 juta dan
diselia oleh MOSTI. Pada 19 Oktober 2018, melalui keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri, penyeliaan MIMOS bertukar dari MOSTI kepada Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI). Susulan pembentukan kabinet baharu pada bulan
Mac 2020, MIMOS distrukturkan semula di bawah MOSTI berdasarkan surat Ketua
Setiausaha Negara bertarikh 2 April 2020. Komposisi Lembaga Pengarah MIMOS terdiri
daripada lapan (8) ahli, iaitu Pengerusi yang baru dilantik pada 18 Mei 2020, dua (2)
wakil Kerajaan, satu (1) wakil Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), satu (1) wakil
Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan tiga (3) wakil industri. Selain itu,
Lembaga Pengarah telah menubuhkan dua (2) Jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Audit
dan Pengurusan Risiko serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan untuk
melaksanakan fungsi oversight yang berkesan. MIMOS mempunyai lima (5) bahagian
utama, iaitu Corporate Technology, Corporate Services, Corporate Human Resources,
Corporate Strategy Office dan Corporate Program Management.

1.4. MIMOS mempunyai dua (2) syarikat subsidiari, iaitu MIMOS Technology Solutions
Sdn. Bhd. (MTSSB) dan MIMOS Semiconductor (M) Sdn. Bhd. (MSSB). MTSSB
menjalankan aktiviti kewangan dan pelaburan manakala MSSB terlibat dalam
pengurusan, penyelidikan, pembangunan dan perkhidmatan prototaip dalam teknologi
semikonduktor, mikroelektronik, elektrik dan elektronik serta teknologi pembuatan.

1.5. MIMOS menerima peruntukan pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11 daripada


Unit Perancang Ekonomi (UPE) yang disalurkan melalui MOSTI dan MITI. MIMOS juga
menerima peruntukan mengurus daripada Kementerian Kewangan (MoF) yang turut
disalurkan melalui MOSTI dan MITI bagi pembayaran emolumen untuk pekerja lantikan
tetap dan kontrak; perkhidmatan dan bekalan (penyenggaraan, sewaan dan utiliti)
serta pemberian dan kenaan bayaran tetap (tuntutan insurans dan pampasan). Di
samping itu, MIMOS juga menerima dana penyelidikan daripada MOSTI untuk
pelaksanaan projek di bawah Science Fund, Techno Fund, Flagship Fund, Enterprise
Innovation Fund dan MOSTI Social Innovation Fund. MIMOS turut menerima dana
daripada MITI bagi melaksanakan Smart Manufacturing Intelligent Service Platform
(SMISP).

1.6. Bagi tempoh tahun 2011 hingga 2019, MIMOS telah menerima peruntukan
projek R&D di bawah RMKe-10 berjumlah RM270.77 juta, peruntukan projek R&D di
bawah RMKe-11 berjumlah RM297.38 juta dan peruntukan mengurus berjumlah
6
6 -- 44 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 4 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

RM635.63 juta. MIMOS juga menerima dana penyelidikan MOSTI bagi tempoh
tahun 2011 hingga 2018 serta dana daripada MITI pada tahun 2019 berjumlah
RM161.59 juta. Secara keseluruhan, MIMOS telah menerima peruntukan Kerajaan
berjumlah RM1.365 bilion bagi tempoh tersebut. Butiran peruntukan yang diterima oleh
MIMOS bagi tempoh tahun 2011 hingga 2019 adalah seperti dalam Jadual 1.

JADUAL 1
PERUNTUKAN YANG DITERIMA OLEH
MIMOS BAGI TEMPOH TAHUN 2011 HINGGA 2019
PERUNTUKAN
DANA
TAHUN RMKe-10 RMKe-11 MENGURUS PENYELIDIKAN JUMLAH
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) MOSTI/MITI (RM Juta)
(RM Juta)
2011 23.40 - 80.00 32.67 136.07

2012 45.77 - 88.00 27.56 161.33

2013 81.27 - 83.30 32.10 196.67

2014 65.33 - 97.63 12.44 175.40

2015 55.00 - 70.00 24.56 149.56

2016 - 75.99 50.01 11.70 137.70

2017 - 62.92 40.00 9.87 112.79

2018 - 126.56 68.60 0.69 195.85

2019 - 31.91 58.09 *10.00 100.00

JUMLAH 270.77 297.38 635.63 161.59 1,365.37


Sumber: Penyata Kewangan Beraudit dan Management Account MIMOS
Nota: (*) - MIMOS Menerima Dana daripada MITI pada Tahun 2019

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan peruntukan pembangunan
projek R&D yang diterima oleh MIMOS telah dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan
berkesan. Ini adalah bagi mencapai objektif projek yang ditetapkan, iaitu untuk
meningkatkan keupayaan penyelidikan dan inovasi dalam bidang STI. Selain itu, ia juga
bertujuan membentuk komuniti penyelidik yang aktif, dinamik dan berdaya saing dalam
menghasilkan ciptaan bernilai tinggi serta merintis ilmu baharu.

3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan meliputi penilaian terhadap pengurusan peruntukan pembangunan
RMKe-10 (2011 hingga 2015) dan RMKe-11 (2016 hingga 2019) oleh MIMOS bagi
melaksanakan 22 projek R&D. Dua (2) bidang utama yang dinilai adalah prestasi dan
pengurusan projek R&D menggunakan peruntukan pembangunan RMKe-10 dan
RMKe-11.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 56 - 5
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 5 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

3.2. Bagi prestasi projek, dua (2) perkara yang dinilai adalah pencapaian output dan
pencapaian outcome. Pengurusan projek pula merangkumi aspek pencapaian
kewangan, pengurusan perbelanjaan dan pengurusan aset.

3.3. Fokus pengauditan adalah tertumpu kepada aspek penggunaan peruntukan


pembangunan bagi melaksanakan projek R&D. Namun, penilaian Audit tidak meliputi
aspek teknikal dan kualiti projek R&D yang dilaksanakan oleh MIMOS.

3.4. Pengauditan telah dijalankan di MOSTI (Bahagian Pembangunan, Bahagian Dana


dan Bahagian Kewangan); MITI (Bahagian Pembangunan); MIMOS Berhad (Corporate
Services Division, Corporate Human Resource Division dan Corporate Program
Management Division); MoF [Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC)]; dan UPE
(Bahagian K-Ekonomi).

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak dan menganalisis minit mesyuarat, rekod


kewangan, data perakaunan, data pembayaran gaji (payroll) dan data sumber manusia
MIMOS dari tahun 2011 hingga 2019. Lawatan dan pemeriksaan fizikal telah dijalankan
pada bulan Oktober 2019 terhadap aset yang diperoleh melalui peruntukan
pembangunan di Ibu Pejabat MIMOS, Bukit Jalil dan pejabat MIMOS di Kulim Hi-Tech
Park, Kulim, Kedah. Perbincangan dan temu bual turut diadakan bersama pegawai
terlibat untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan antara bulan Julai hingga November 2019. Perkara yang
ditemui serta maklum balas daripada MIMOS, MOSTI, MITI, UPE dan MoF telah
dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup (Exit Conference) pada 13 Januari 2020.
Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan adalah seperti dalam perenggan berikut:

5.1. Prestasi Projek

5.1.1. Pencapaian Output

5.1.1.1. Pencapaian Output Berdasarkan Logical Framework Matrix

a. Berdasarkan Pekeliling Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana


Menteri (JPM) Bil. 1 Tahun 2009, Kementerian dan agensi di bawahnya boleh
menggunakan kaedah Logical Framework Approach (LFA) bagi menentukan
projek pembangunan yang utama untuk dilaksanakan di bawah RMKe-10
dan RMKe-11. Justeru, bagi tujuan memohon peruntukan pembangunan,
MIMOS telah melaksanakan kaedah LFA dan menghasilkan Logical

6
6 -- 66 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 6 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Framework Matrix (LFM) yang mengandungi objektif, output, aktiviti dan


unjuran keperluan kewangan bagi setiap projek yang hendak dilaksanakan.
LFM menggariskan penilaian pencapaian output bagi sesuatu projek
berdasarkan laporan R&D, penerbitan pelbagai (jurnal/artikel/buletin),
penyediaan pembuktian konsep [Proof of Concept (PoC)] dan pendaftaran
ciptaan sebagai harta intelek [Intellectual Property (IP)].

b. Standard Operating Procedure (SOP) MIMOS Innovation Gates (MiGates)


pula menetapkan setelah MIMOS menerima peruntukan, lab head perlu
menyediakan commitment book (CB) yang memperincikan output projek,
tempoh pelaksanaan projek, peruntukan yang diluluskan, ketua projek dan
nama penyelidik yang terlibat sebelum projek R&D dilaksanakan.

c. Seterusnya berasaskan LFM, UPE telah meluluskan peruntukan


pembangunan berjumlah RM270.77 juta bagi melaksanakan lapan (8) projek
R&D di bawah RMKe-10. Di bawah RMKe-11, sejumlah RM297.38 juta
diluluskan setakat 31 Disember 2019 bagi melaksanakan 14 projek R&D.
Bagi melaporkan pencapaian output/outcome projek R&D selepas tempoh
lima (5) tahun Rancangan Malaysia, ketua projek bertanggungjawab
menyediakan Program Closure Report (PCR) dan dipantau oleh Unit
Corporate Performance and Government Relations (CPGR), MIMOS.

d. PCR mengandungi maklumat mengenai platform teknologi baharu, peralatan


penyelidikan, PoC deployment serta projek yang dilaksanakan. PCR juga
mengandungi maklumat bilangan IP yang didaftarkan, penerbitan (jurnal,
artikel dan buletin) serta maklumat projek yang telah menggunakan output
yang dihasilkan oleh MIMOS.

e. Semakan Audit terhadap PCR bagi lapan (8) projek di bawah RMKe-10
mendapati sebanyak 59 output telah dihasilkan, iaitu 44 platform teknologi
baharu dan 15 PoC deployment. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 2.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 76 - 7
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 7 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 2
PERINCIAN LAPAN (8) PROJEK R&D DAN PENCAPAIAN OUTPUT
OLEH MIMOS DI BAWAH RMKe-10
*JUMLAH
KOD
BIL. OUTPUT PROJEK BELANJA
PROJEK
(RM Juta)
Intelligent Multimodal Knowledge Platforms
 Projek ini membangunkan platform pengetahuan menggunakan kepintaran
multimodal yang boleh menganalisis big data bagi tujuan memperkasakan sektor
perkhidmatan berasaskan pengetahuan.
1. P1001  Output yang dihasilkan adalah lima (5) platform teknologi, iaitu Knowledge 26.38
Representation and Reasoning, Knowledge Mining, Knowledge Analytics,
Knowledge Level Interaction dan Knowledge As A Service. Di dalam platform
tersebut terdapat search engine, iaitu Semantic Interpretation, Behaviour
Prediction, Subjective Analysis, Graph Case Representation dan Graph Case
Reasoning.
Advanced Cloud Computing (Multi Core/Multi Media/Multi Services)
 Projek ini tertumpu kepada pembangunan infrastruktur sistem seperti storan,
network dan lain-lain dengan kos yang efektif, di samping mengurangkan
kebergantungan agensi terhadap perkhidmatan vendor.
2. P1002 36.00
 Output yang dihasilkan adalah 13 platform teknologi, iaitu Mi-IaaS 1.0; Mi-IaaS 2.0;
Mi-Saas 1.0; Mi-Cloud 1.0; Mi-Cloud 2.0; Mi-Acclib 1.0; Mi-AccelMorphe 1.0; Mi-
Cloud 3.0; Mi-Ross 1.0; Mi-Galatica 1.0; Mi-Acclib 2.0; Mi-Moacha 1.0; dan Mi-Bis
1.0.
Ubiquitous Communication Platform and Solutions
 Secara umum, projek ini membangunkan platform sistem komunikasi yang boleh
3. P1003 dicapai di mana-mana sahaja untuk digunakan oleh pelbagai industri. 30.00
 Output yang dihasilkan adalah tiga (3) platform teknologi, iaitu WiWi Gen 1.5, WiWi
Gen 1.8 dan Mi-MESA.

National Secure Network Solutions, Product and Application


 Projek ini membangunkan platform bagi pengesahan pengguna yang seragam
untuk aplikasi e-Kerajaan dan sektor swasta bagi meningkatkan daya saing negara
4. P1004 35.00
dalam industri teknologi maklumat.
 Projek ini telah menghasilkan platform teknologi, iaitu satu (1) Unified
Authentication Platform (UAP) dan satu (1) Lightweight Cipher Program.
Ubiquitous NEMS-Based Sensor Network and Solutions
 Projek ini membangunkan teknologi pemprosesan bahan nano sebagai elemen
sensor untuk digunakan dalam platform sensor. Ia juga membangunkan platform
sensor yang mempunyai keupayaan mengesan elektrokimia, fizikal dan optik.
 Sebanyak lima (5) teknologi nanomaterial dan sensor dihasilkan, iaitu Carbon
Nanotubes; Silicon and Metal Oxide Nanowires; Hybrid Nanoparticles; Chemical-FET
(CHEMFET) and Extended Gate FET (EGFET); dan Fiber and Spectroscopy Sensing.
5. P1005  Sebanyak tiga (3) platform sensor utama dihasilkan, iaitu Interdigitated Electrodes 27.30
(IDE) for Gas and Physical NEMS sensors; Sense Filed Effect Transistor (SENSFET)
for Electro-chemical NEMS Sensors dan Optical Platform for Non-invasive Sensors.
 Sebanyak tujuh (7) on site PoC deployment dilaporkan, iaitu Intelligent Shrimp
Farm Management System; Intelligent Algae Integrated Management System;
Intelligent Non-Invasive Glucose Monitoring System; Intelligent Greenhouse
System; Intelligent Palm Pollination System; Intelligent Premium Fish Breeding
System; dan Intelligent Environmental Monitoring for Swiftlet Farming.
Self-Powered Micro-Nano Electronic Systems from Green Technology
 Projek ini merekabentuk sistem elektronik bersama sumber tenaga yang boleh
dicapai untuk menggerakkan self-powered wireless sensor network yang
6. P1006 bermanfaat dalam bidang pertanian, akuakultur, alam sekitar dan kesihatan. Projek 25.00
dimulakan dengan mengenal pasti sumber tenaga yang boleh digunakan bagi
menggantikan bateri.
 Platform teknologi yang dibangunkan adalah tiga (3) jenis Energy Harvester (EH),
iaitu EH Photo Voltaic, EH Thermal Energy Generator dan EH Ultracapacitor.

6
6 -- 88 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 8 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

*JUMLAH
KOD
BIL. OUTPUT PROJEK BELANJA
PROJEK
(RM Juta)
Shared Infrastructure for Integrated Circuit (IC) Design and Testing
Services
 Projek ini membangunkan infrastruktur bagi rekaan litar bersepadu bagi
menghasilkan platform teknologi kepada pihak industri dan ahli akademik untuk
7. P1007 menghasilkan produk elektrik dan elektronik yang berkualiti tinggi. 71.38
 Sebanyak 10 platform teknologi telah dihasilkan, iaitu 0.4um High Voltage Metal
Oxide Semiconductor (HVMOS); 0.2um HVMOS; 0.4um Trench Schottky; 100V
Trench Schottky Diode; Hight Temperature Schottky Diode; Dual Channel High
Voltage MOSFET; Mass Pro; Smart Secured Controller System; High Encryption
Crypto Engine Prototype; dan Prototype of Malaysian Encryption Engine.
Technology Diffusion to Market
 Projek ini memfokuskan pelaksanaan PoC menggunakan teknologi MIMOS sebagai
persediaan untuk mengkomersialkan ciptaan hasil R&D.
8. P1008  PoC deployment telah dilaksanakan terhadap lapan (8) projek, iaitu MyKira GST; 16.00
PDRM Modern Policing; Single Sign On (SSO); Intelligent Business Matching
Marketplace for Agriculture; Accelarated Immigration Processing; Patient Desease
Registry System; PDRM SMART Lokap dan Disaster Ready Infrastructure for Flood
di Pekan, Pahang.

Peruntukan Khas Harta Intelek (P1053) 3.71

JUMLAH 270.77
Sumber: PCR, Laporan Penilaian Output/Outcome kepada Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome MOSTI Tahun 2016
dan 2017
Nota: (*) – Jumlah Perbelanjaan yang Dilaporkan dalam PCR

f. Seterusnya, pihak Audit mendapati PCR bagi 14 projek R&D di bawah


RMKe-11 belum disediakan. Ini kerana tempoh lima (5) tahun, iaitu sehingga
tahun 2020 belum lagi tamat. Bagaimanapun, MIMOS telah membentangkan
laporan pencapaian output terhadap 14 projek R&D bagi tempoh tahun 2016
hingga 2019 kepada MITI (Kementerian yang menyelia MIMOS bermula
bulan Oktober 2018 hingga Mac 2020) pada 15 Mei 2019 dan 31 Disember
2019.

g. Berdasarkan pembentangan laporan pencapaian output MIMOS kepada


MITI, MIMOS melaporkan telah mencapai kemajuan 100% bagi 10 daripada
14 projek RMKe-11 yang dilaksanakan. Sebanyak empat (4) projek lagi
mencapai kemajuan antara 92% hingga 96%. Namun, pihak Audit tidak
dapat mengesahkan ketepatan status kemajuan semua projek yang
dilaporkan kerana tempoh lima (5) tahun Rancangan Malaysia belum tamat
dan PCR belum disediakan. Setakat 31 Disember 2019, MIMOS melaporkan
telah menghasilkan sebanyak 33 output, iaitu 29 platform teknologi baharu
dan empat (4) PoC deployment. Pencapaian output di bawah RMKe-11
setakat 31 Disember 2019 adalah seperti dalam Jadual 3.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 96 - 9
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 9 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 3
PERINCIAN 14 PROJEK R&D DAN PENCAPAIAN OUTPUT
OLEH MIMOS DI BAWAH RMKe-11 SETAKAT 31 DISEMBER 2019
PENCAPAIAN
JUMLAH
KOD SASARAN
BIL. OUTPUT PROJEK BELANJA
PROJEK TAHUN 2019
(RM Juta)
(%)
Secure Framework for Data Confidentiality and User Privacy
 Projek ini membangunkan komponen sekuriti untuk melindungi
kerahsiaan dan privasi data yang disimpan dalam cloud dan peranti
1. P1101 96 10.67
mudah alih. Antara komponen yang dibangunkan adalah Credential
Assurance Framework, Secure Data Vault dan Homebuilt Cryptography.
 Output yang dihasilkan adalah PoC bagi Digital ID.
Federated Mobility Cloud and Autonomic Service Management
Platform (FOCUS)
 Secara umum, projek ini membangunkan platform bersekali dengan
aplikasi berserta cloud dan tiada penggunaan server. Ia memudahkan
capaian data dan merupakan projek sedia ada yang telah dibangunkan
selama tiga (3) tahun. Platform ini akan diletakkan di laman sesawang
2. P1102 sedia ada agensi. 100 17.87
 Penerima faedah utama dari ciptaan ini adalah Kementerian Kesihatan
Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Tenaga dan
Sumber Asli serta Jabatan Kehakiman.
 Sebanyak dua (2) platform telah dibangunkan, iaitu Mi-Focus 3.0 dan
Mi-Cloud 4.1.
Scalable Heterogeneous Computing (SHC)
 Projek ini dibangunkan untuk pengkomputeran berprestasi tinggi dengan
perkakasan yang tersedia untuk mengendalikan pengiraan intensif data
yang bermanfaat kepada sektor awam dan swasta yang dipanggil Big
3. P1103 Data Analytics. 100 19.85
 Projek ini memberi impak besar terhadap pengurusan pangkalan data.
Fasa 1 projek ini dilaksanakan di pantai timur sahaja.
 Software enhancement telah dilaksanakan terhadap Mi-AccLib 2.1.1,
Mi-AccelMorphe 2.0.1 dan Mi-Galactica 2.0.1.
Qualitative Predictive and Prescriptive Analytics on Knowledge
Streams
 Projek ini membangunkan platform penggunaan big data semasa
menggunakan data berstruktur dan ianya dapat menerangkan dan
4. P1104 mendiagnosis masalah. Selain itu, data yang tidak tersusun seperti imej, 99 25.53
media sosial dan video akan berubah kepada data berstruktur dengan
menggunakan pemahaman kognitif kualitatif.
 Sebanyak dua (2) platform telah dibangunkan, iaitu Mi-Intelligence 3.0
dan Mi-Harmony 4.0.
Collaborative Multimodal Complex Event Analytics
 Projek ini membangunkan platform bagi menganalisis complex physical
events menggunakan kepintaran multimodal. Ia bermanfaat khusus untuk
keselamatan awam dan industri pengangkutan. Bagi industri
pengangkutan, ia tertumpu kepada pengecaman nombor pendaftaran
kenderaan.
5. P1105 100 15.31
 Output yang dihasilkan adalah Complex Video Event Understanding,
Collaborative Video Data Content Analysis, Collaborative Video and Sensor
Content Analysis for Large Record, Forensic Video Data Analysis,
Extended Information Incorporation for Multimodal Complex Event,
Collaborative Multimodal Complex Event Analysis dan Multimodal
Forensics Data Analytics.
Internet of Things (IoT) Open Innovation Platform
 Projek ini membangunkan platform IoT bagi mengintegrasi telefon dan
peranti pintar. Ia membolehkan penggunaan yang mudah dan cepat oleh
industri tempatan untuk memasarkan perkhidmatan baharu.
6. P1106 95 15.41
 Sebanyak tiga (3) platform telah dibangunkan, iaitu Integrated Logistics
Support Platform for the Royal Malaysia Navy, Performance Visualisation
System for Smart Manufacturing dan Production Floor-Personnel Tracking
System.
A Sensory Gigabit System
 Projek ini membangunkan sistem wireless berkelajuan ultra-tinggi dan
platform sensori multimodal yang bersepadu.
7. P1107 92 17.67
 Output yang dihasilkan adalah Mi-VHF (Very High Frequency for Long
Range Radio Communication) dan Mi-OGC (Off-Grid Communication
Device).

66--10
10 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 10 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

PENCAPAIAN
JUMLAH
KOD SASARAN
BIL. OUTPUT PROJEK BELANJA
PROJEK TAHUN 2019
(RM Juta)
(%)
Cloud-Based Software Application Evaluation Platform
 Projek ini membangunkan software testing platform yang membantu
industri ICT menghasilkan world-class quality software dan secara
8. P1108 100 17.87
langsung boleh memasarkan produk mereka secara global.
 Sebanyak dua (2) platform dibangunkan, iaitu Crowdsource Community
Enabler dan Real-time Asessment Monitoring and Dashboard.

Market Diffusion of Technology


 Projek ini adalah integrasi beberapa PoC daripada teknologi yang
dibangunkan oleh MIMOS dan boleh diguna pakai mengikut kehendak
pengguna. Produk yang terhasil daripada integrasi PoC telah melalui
9. P1109 proses modifikasi bagi memenuhi spesifikasi tertentu sebelum berpotensi 100 17.12
untuk dipasarkan.
 Ouput yang dihasilkan adalah PoC deployment Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) Data Cleansing, MoH National Pharmaceutical Regulatory
Agency IV&V dan Tabung Haji Pilgrimage Tracking.

Graphene Platform for Advanced and Flexible Nanoelectronics


 Projek ini membangunkan platform teknologi graphene yang boleh
10. P1110 menghasilkan pelbagai peranti baru. 100 30.02
 Sebanyak dua (2) platform dibangunkan, iaitu Graphene Sensor Platform
dan Flexible Graphene Sensor Platform.

Establishment of National Nanoelectronics Shared Infrastructure


 Projek ini bertujuan menyokong organisasi nanoelektronik yang mampan
supaya dapat beroperasi sepenuhnya dengan fasiliti yang boleh dikongsi 100 32.18
11. P1111
dan menjana sumber pendapatan organisasi tersebut.
 Output yang dihasilkan adalah satu GaN HEMT Device menggunakan
fasiliti di MIMOS.

Development of Open Integrated Circuit (IC) Technology Platform


for Heterogeneous Applications
 Projek ini merupakan proses merekabentuk IC daripada beberapa konsep
yang telah diluluskan, seterusnya diaplikasikan dan diterima pakai. Konsep
ini direkayasa supaya boleh diguna pakai dalam industri berskala besar.
12. P1112  Kolaborasi dengan perusahaan kecil dan sederhana [small and medium 100 59.00
enterprise (SME)] dan universiti diwujudkan bertujuan membuka peluang
perniagaan dan mengasah bakat tempatan dalam bidang reka bentuk IC.
 Sebanyak tiga (3) platform dibangunkan, iaitu Intelligent Building Control
Technology IOT Platform, Encryption IC Technology Platform dan
Common IC Design Shared Platform.
Application Migration Framework and Platform for Secured
Blockchain Networks Services
 Projek ini membangunkan teknologi blockchain yang unik berbanding
13. P1113 produk sedia ada di pasaran dengan mengambil kira keselamatan dan 100 1.88
kerahsiaan data.
 Output yang dihasilkan adalah satu program, iaitu Application Integration
Module – Application Chaincode API Prototype.
Deep Reinforcement Learning (DRL) for Advanced Analytics
 Projek ini dimulakan dengan membangunkan rangka kerja dan perisian
berasaskan DRL yang bertujuan menganalisis data yang besar. Kemudian
membangunkan working analytical models mengikut rangka kerja DRL
tadi.
14. P1114 100 2.26
 Projek ini memberi manfaat yang besar bagi mewujudkan smart city
dalam pengurusan aliran trafik dan lalu lintas yang pintar dan cekap.
Projek ini dikawal dengan teknik penyeliaan drone terutama dalam proses
pengumpulan data.
 Output yang dihasilkan adalah DRL Framework.

JUMLAH - 282.64

Sumber: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam Tahun 2018, Laporan Output/Outcome 2016-2018
kepada MITI pada 15 Mei 2019 bagi Permohonan Rolling Plan Ke-4, Laporan Output/Outcome pada
31 Disember 2019 dan Rekod Perbelanjaan MIMOS

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 611- 11
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 11 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.1.1.2. Pertindihan Pelaporan Output

Semakan Audit mendapati berlaku pertindihan pelaporan output bagi dua (2)
projek di bawah RMKe-10, iaitu projek P1005 dan P1006. Pihak Audit mendapati
enam (6) output bagi projek P1005 dan tiga (3) output bagi projek P1006 telah
dilaporkan dalam PCR projek RMKe-10 dan juga End of Project Report (EPR) bagi
projek yang dibiayai melalui dana penyelidikan MOSTI (Science Fund, Techno
Fund dan Enterprise Innovation Fund). Berdasarkan Garis Panduan Dana
Penyelidikan MOSTI, pencapaian output projek di bawah dana tersebut hendaklah
dilaporkan dalam EPR. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

a. Projek P1005

i. Semakan Audit terhadap PCR mendapati tiga (3) output telah dihasilkan di
bawah projek P1005, iaitu fiber sensing technology, spectroscopy sensing
technology dan optical platform for non-invasive sensors. Semakan Audit
juga mendapati MIMOS melaporkan output tersebut dalam EPR projek
dana penyelidikan MOSTI di bawah Science Fund. Sasaran penghasilan
output tersebut juga dinyatakan dalam dokumen perjanjian Science Fund
bernombor SF06-03-04-SF0030 dan SF06-03-04-SF0033 serta CB bagi
projek berkenaan.

ii. Berdasarkan PCR juga, MIMOS melaporkan telah menghasilkan output


tiga (3) on site pilot PoC deployment, iaitu Intelligent Shrimp Farm
Management System, Intelligent Algae Integrated Management System
dan Intelligent Non-Invasive Glucose Monitoring System di bawah projek
P1005. Bagaimanapun, semakan Audit selanjutnya terhadap senarai CB
projek P1005 mendapati tidak wujud CB untuk tujuan PoC deployment.
Pada masa yang sama, tiga (3) output tersebut telah dilaporkan dalam
EPR projek dana penyelidikan MOSTI di bawahTechno Fund dan Enterprise
Innovation Fund.

iii. Senarai enam (6) output projek P1005 yang turut dilaporkan sebagai
output projek dana penyelidikan MOSTI di bawah Science Fund, Techno
Fund dan Enterprise Innovation Fund adalah seperti dalam Jadual 4.

6
6 -- 12
12 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 20192019
Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 12 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 4
OUTPUT PROJEK P1005 YANG TURUT DILAPORKAN
SEBAGAI OUTPUT PROJEK DANA PENYELIDIKAN MOSTI
OUTPUT YANG DILAPORKAN DANA PENYELIDIKAN MOSTI
PROJEK DALAM PCR RMKE-10
RMKe-10 DAN EPR DANA PERUNTUKAN
NAMA DANA
PENYELIDIKAN MOSTI (RM Juta)

Science Fund
(06-03-04-SF0030)
Teknologi :
A Unified Quasi-Distributed Optical Sensing 0.33
Fiber sensing
for Aquaculture Based on Nanomaterial
Doped Optical Fiber
Science Fund
Teknologi :
(06-03-04-SF0033)
Spectroscopy sensing
Polarization Rotated Inferometer Approach
on Portable and Contactless Spectrocopy 0.23
Teknologi :
Optical Detection for Biomedical
Optical platform for non-invasive
Application Utilizing Phase Controlled
sensors
Connes Technique

P1005: Enterprise Innovation Fund


Ubiquitous PoC Deployment : (E0630C0105)
NEMS-Based Intelligent Algae Integrated Pre-commercialization of Algae Sensor and 0.50
Sensor Network Management System Monitoring System (Mi-ASM) for Cultivation
and Solutions and Processing of Algae Biomass

Techno Fund
(TF03313D188)
PoC Deployment :
Intelligent Shrimp Farm Pre-Commercialization of Real-time and 2.99
Management System Continuous Monitoring Integrated Multi-
Parameter Sensors for Marine Sensor
Network Solution
Techno Fund
(TF0313D187)
PoC Deployment :
Intelligent Non-Invasive Glucose Pre-commercialization of Fast Response, 2.29
Monitoring System Non-intrusive and in Vivo Blood Glucose
Sensor Using NIR Interferometer Method
for Biomedical Application

JUMLAH 6.34

Sumber: PCR, EPR, CB dan Perjanjian Projek (Science Fund, Enterprise Innovation Fund dan Techno Fund)

b. Projek P1006

i. Semakan Audit terhadap PCR projek P1006 mendapati MIMOS telah


melaporkan tiga (3) output projek, iaitu Energy Harvester (EH) Photo
Voltaic, EH Thermal Energy Generator dan EH Ultracapacitor dengan nilai
projek berjumlah RM25.00 juta. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati
CB yang disediakan bagi projek P1006 hanya menyatakan sasaran output
bagi EH Photo Voltaic dan Thermal Energy Generator dengan kos projek
berjumlah RM177,447. Semakan Audit selanjutnya mendapati
penghasilan tiga (3) output di bawah projek P1006 tersebut turut
dilaporkan dalam EPR bagi tiga (3) projek dana penyelidikan MOSTI di
bawah Science Fund dengan kos projek berjumlah RM1.08 juta.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 613- 13
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 13 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

ii. Senarai tiga (3) output projek P1006 yang turut dilaporkan sebagai
output projek dana penyelidikan MOSTI di bawah Science Fund adalah
seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
OUTPUT PROJEK P1006 YANG TURUT DILAPORKAN
SEBAGAI OUTPUT PROJEK DANA PENYELIDIKAN MOSTI
OUTPUT YANG DILAPORKAN DANA PENYELIDIKAN MOSTI
NAMA
DALAM PCR RMKE-10
PROJEK PERUNTUKAN
DAN EPR DANA NAMA DANA
RMKe-10 (RM Juta)
PENYELIDIKAN MOSTI
Science Fund
(01-03-04-SF0004)
Teknologi : Hybrid Energy Pulse Laser-assisted Nano-Texturing of
Harvester Technology - Silicon Surface with Double Nanotextured 0.33
Photo Voltaic ZnO Transparent Conducting Oxide Growth
for Effective Photon Entrapment in High
Efficiency HIT Silicon Solar Cell for Wireless
P1006: Sensor Network (WSN)
Self-Powered Science Fund
Micro-Nano
Electronic (01-03-04-SF00034)
Teknologi : Hybrid Energy
Systems from Harvester Technology - Nanostructure Thermopile Thermal-based 0.44
Green Thermal Energy Generator Energy Harvester with Thermal
Technology Concentrator for WSN Applications in
Biomedical and Precision Agriculture
Science Fund
Teknologi : Hybrid Energy (03-03-04-SF0006)
Harvester Technology - 0.31
Double Sided High Density Solid State
Ultracapasitor
Carbon Nanotube Based Ultracapacitor for
Microenergy Storage in Green Technology
JUMLAH 1.08
Sumber: PCR, EPR, CB dan Perjanjian Projek Science Fund

5.1.1.3. Pendaftaran Harta Intelek

MIMOS telah mendaftar perlindungan hasil R&D sebagai harta intelek (IP)
bermula tahun 2004 dan telah dijadikan pengukur utama pencapaian projek
R&D. Semakan Audit terhadap status bagi pendaftaran IP melalui Portal
Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) pada bulan Oktober 2020 mendapati perkara
berikut:

a. Di bawah RMKe-10, MIMOS telah mendaftarkan sebanyak 399 IP. Daripada


jumlah tersebut, sebanyak 180 (45.1%) IP berstatus granted dan 16 (4.0%)
IP melepasi pemeriksaan terperinci oleh MyIPO. Selain itu, 185 (46.4%) IP
yang didaftarkan masih dalam pemeriksaan terperinci/proses validasi oleh
MyIPO, 11 (2.8%) IP ditolak, enam (6) (1.5%) IP ditarik balik dan satu (1)
(0.2%) IP telah tamat tempoh.

b. Di bawah RMKe-11 pula, MIMOS telah mendaftarkan sebanyak 227 IP


setakat 31 Disember 2019. Sebanyak tujuh (7) IP melepasi pemeriksaan
terperinci oleh MyIPO, 218 IP yang didaftarkan masih dalam pemeriksaan
66--14
14 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pem bangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 14 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

terperinci/proses validasi oleh MyIPO, satu (1) IP ditolak dan satu (1) IP
ditarik balik. Butiran status IP adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
STATUS PENDAFTARAN IP BAGI OUTPUT PROJEK R&D
DI BAWAH RMKe-10 DAN RMKe-11
STATUS PENDAFTARAN HARTA INTELEK (IP)

PEMERIKSAAN
PROJEK MELEPASI JUMLAH
TERPERINCI/ DITARIK TAMAT
GRANTED PEMERIKSAAN DITOLAK
PROSES BALIK TEMPOH
TERPERINCI
VALIDASI

RMKe-10 180 16 185 11 6 1 399

RMKe-11 - 7 218 1 1 - 227

JUMLAH 180 23 403 12 7 1 626

Sumber: Senarai Pendaftaran Harta Intelek di bawah RMKe-10 dan RMKe-11 dari IP Management Department dan
Portal MyIPO

c. Berdasarkan pencapaian output di atas, MIMOS telah membangunkan


pelbagai platform teknologi bagi menghasilkan ciptaan bernilai tinggi dan
merintis ilmu baharu selaras dengan objektif permohonan peruntukan. Selain
itu, MIMOS telah menghasilkan 286 penerbitan pelbagai bagi projek di
bawah RMKe-10 dan 137 penerbitan bagi projek di bawah RMKe-11.

Pendapat Pencapaian output yang dihasilkan tidak dapat diukur kerana


Audit MIMOS tidak menetapkan sasaran bilangan output yang perlu
dicapai seperti bilangan platform teknologi baharu dan PoC
deployment. Selain itu, PCR bagi dua (2) projek di bawah
RMKe-10 tidak melaporkan pencapaian output dengan telus.

5.1.2. Pencapaian Outcome

5.1.2.1. MOSTI telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome


(JKPO) peringkat Kementerian bagi menilai outcome dan impak projek
pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi di bawahnya. Bahagian
Pemantauan dan Penilaian MOSTI bertindak sebagai urus setia kepada
Mesyuarat JKPO. Mesyuarat JKPO dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Setiausaha MOSTI dan ahlinya terdiri daripada wakil Unit Penyelarasan
Pelaksanaan [Implementation Coordination Unit (ICU)], UPE dan MoF.

5.1.2.2. Semakan Audit terhadap PCR bagi lapan (8) projek R&D di bawah
RMKe-10 mendapati laporan pencapaian outcome telah disediakan oleh MIMOS.
Seterusnya, semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat JKPO MOSTI bagi tempoh
Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 615- 15
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 15 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

tahun 2016 hingga 2018 mendapati JKPO MOSTI telah memilih sebanyak lima
(5) daripada lapan (8) projek R&D di bawah RMKe-10 untuk dibentangkan dan
dinilai dalam mesyuarat tersebut. Selanjutnya, dua (2) daripada lima (5) projek
R&D yang dinilai oleh JKPO MOSTI telah dipilih untuk dibentangkan di peringkat
JKPO ICU, JPM.

5.1.2.3. Bagi menilai pencapaian outcome projek R&D di bawah RMKe-10 dan
RMKe-11, pihak Audit telah membuat semakan terhadap platform teknologi yang
berjaya dikomersialkan, kolaborasi dengan universiti tempatan dan
pembangunan modal insan serta perkembangan inovasi seperti berikut:

a. Pengkomersialan Hasil R&D

i. Berdasarkan mandat MIMOS dalam kertas Jemaah Menteri pada tahun


2006 semasa penstrukturan semula, MIMOS dikekalkan sebagai entiti
R&D dengan tumpuan dalam bidang ICT, semikonduktor dan
mikroelektronik. Di samping itu, MIMOS perlu memainkan peranan yang
aktif untuk menjana syarikat berteknologi baharu (new technology
ventures). Ini bermakna MIMOS berperanan memindahkan hasil R&D
(platform teknologi) kepada syarikat tempatan.

ii. Semakan Audit mendapati MIMOS telah mengkomersialkan hasil R&D di


bawah RMKe-10 melalui projek P1008, iaitu Technology Diffusion to
Market. Peruntukan berjumlah RM16 juta di bawah projek P1008 telah
digunakan untuk melaksanakan enam (6) PoC deployment, iaitu proses
penyesuaian platform teknologi mengikut spesifikasi dan kehendak
projek. PoC deployment yang telah berjaya dilaksanakan adalah terhadap
projek MyKira GST; PDRM Modern Policing; Single Sign On (SSO);
Intelligent Business Matching Marketplace for Agriculture; Accelarated
Immigration Processing; Patient Desease Registry System; PDRM SMART
Lockup dan Disaster Ready Infrastructure for Flood di Pekan, Pahang.

iii. Selain itu, pengkomersialan hasil R&D di bawah RMKe-10 juga telah
dipindahkan kepada syarikat berteknologi baharu. Pengkomersialan ini
dilaksanakan menggunakan dana penyelidikan MOSTI, iaitu Techno
Fund, Enterprise Innovation Fund (Innofund), Flagship Fund dan Social
Innovation Fund. Sebanyak lima (5) PoC deployment telah dilaksanakan
secara bersama dengan syarikat berteknologi baharu serta agensi
berkaitan seperti dalam Jadual 7.

66--16
16 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pem bangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 16 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 7
PENGKOMERSIALAN HASIL R&D MENGGUNAKAN DANA PENYELIDIKAN MOSTI
SYARIKAT
DANA PENYELIDIKAN MOSTI
PoC DEPLOYMENT TEKNOLOGI
NAMA PROJEK YANG BAHARU
RMKe-10 DILAPORKAN (NO. DAFTAR PERUNTUKAN
DALAM PCR SYARIKAT)/ NAMA DANA
(RM Juta)
AGENSI

Techno Fund
TF03313D188
Intelligent Shrimp
Farm Management 655173-D Pre-Commercialization of Real-time 2.99
System and Continuous Monitoring Integrated
Multi-Parameter Sensors for Marine
Sensor Network Solution

Enterprise Innovation Fund


P1005: Intelligent Algae (Inno Fund)
Ubiquitous NEMS- Integrated Pre-commercialization of Algae Sensor
911642-H 0.50
Based Sensor Management and Monitoring System (Mi-ASM) for
Network and System Cultivation and Processing of Algae
Solutions Biomass

Techno Fund
TF0313D187
Intelligent Non- Pre-commercialization of Fast
Invasive Glucose 643478-M Response, Non-intrusive and in Vivo 2.29
Monitoring System Blood Glucose Sensor Using NIR
Interferometer Method for Biomedical
Application
P1001:
Intelligent Smart Video PDRM Flagship Fund
Multimodal Surveillance System (Lokap Berpusat FP0914C078 Smart Video Surveillance 2.51
Knowledge for PDRM Lockup Jinjang) System for PDRM Lockup
Platforms
Social Innovation Fund
P1008: Kerajaan Negeri
River Quality MSI 15042: Disaster Ready
Technology Pahang 0.50
Monitoring System Communication Infrastructure for
Diffusion to Market (Pekan, Pahang)
Flood (Pekan)

JUMLAH 8.79
Sumber: PCR, CB, eScience Fund, Bahagian Dana MOSTI, Surat Kelulusan dan Perjanjian Projek

iv. Di bawah RMKe-11 pula, MIMOS telah menerima peruntukan berjumlah


RM17.12 juta melalui Market Diffusion of Technology (P1109) untuk
melaksanakan tiga (3) PoC deployment, iaitu projek Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) Data Cleansing, Ministry of Health (MoH) National
Pharmaceutical Regulatory Agency IV & V dan Tabung Haji Pilgrimage
Tracking.

b. Kolaborasi Bersama Universiti

i. Berdasarkan LFM, antara outcome daripada pelaksanaan projek RMKe-10


dan RMKe-11 adalah untuk membentuk komuniti penyelidik yang aktif,
dinamik dan berdaya saing yang boleh menghasilkan ciptaan bernilai
tinggi dan merintis ilmu baharu.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 617- 17
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 17 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

ii. Pihak Audit mendapati MIMOS telah melaksanakan kerjasama dan


kolaborasi dengan universiti tempatan antaranya Universiti Sains
Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia,
Universiti Teknologi MARA, Monash University, University of
Southampton, Universiti Teknologi Petronas, University of Nottingham,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Cyberjaya
University College. Kolaborasi ini bertujuan menjalankan projek R&D
secara bersama bagi mencungkil potensi penyelidik dalam
membangunkan platform teknologi.

c. Pembangunan Modal Insan dan Perkembangan Inovasi

i. Di bawah RMKe-10, antara outcome yang dilaporkan oleh MIMOS dalam


JKPO adalah pembangunan modal insan dan peningkatan kepakaran
tempatan dalam bidang teras teknologi. Ia bertujuan menggalakkan
perkembangan inovasi di kalangan penyelidik dan pihak industri melalui
kolaborasi serta perkongsian fasiliti. Seterusnya, ia boleh menjimatkan
kos operasi agensi Kerajaan dalam pengurusan teknologi maklumat dan
mengecilkan jurang digital di kalangan penduduk bandar dengan
pedalaman [melibatkan tiga (3) kawasan terpilih]. Butiran mengenai
pencapaian outcome bagi lima (5) projek yang telah dinilai dan
dipersetujui oleh JKPO MOSTI dan ICU, JPM adalah seperti dalam
Jadual 8.

JADUAL 8
PERINCIAN OUTCOME BAGI LIMA (5) PROJEK R&D DI BAWAH RMKe-10
YANG DINILAI OLEH JKPO MOSTI DAN ICU, JPM
TARIKH
PEMBENTANGAN OUTCOME PROJEK
KEPADA JKPO
P1004: National Secure Network Solutions, Product and Application
 Sebanyak 16 aplikasi e-Kerajaan menggunakan platform projek ini, iaitu Unified Authentication
Platform. Antaranya MyResource (PDRM), Enterprise Tax Payer Profile (LHDN), Sistem Maklumat
19.09.2016 Rawatan Pesakit (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Case Intelligence System (SPRM).
(MOSTI)  Seramai 35 penyelidik telah dilatih.
 MIMOS membenarkan penggunaan platform teknologi oleh syarikat teknologi baharu melalui
program Technology Recipient. Monetisation value yang dilaporkan dalam PCR dengan mengambil
kira sepuluh (10) projek dianggar bernilai RM28.6 juta.
P1007: Shared Infrastructure for Integrated Circuit (IC) Design and Testing Services
 MIMOS telah melengkapkan infrastruktur yang boleh dikongsi bagi fasiliti failure analysis, fasiliti
reka bentuk litar bersepadu dan fasiliti fabrikasi wafer (mikroelektronik dan nanoelektronik) melalui
peruntukan projek ini. Sebanyak 68 syarikat dan tujuh (7) universiti mendapat manfaat daripada
infrastruktur ini.
14.10.2016
 Seramai 261 orang (ahli akademik/pihak industri) telah dilatih dalam bidang kepakaran elektrik dan
(MOSTI) elektronik manakala seramai 122 orang dilatih dalam bidang fabrikasi wafer dan pengujian litar
bersepadu.
08.02.2017
 Platform teknologi ini telah digunakan oleh tiga (3) syarikat dalam projek pertanian di Tuaran,
(ICU, JPM)
Sabah, Bumbung Lima, Pulau Pinang dan Setiu, Terengganu.
 Nilai komersial yang diterima adalah berjumlah RM17.78 juta berdasarkan laporan terimaan dari
tahun 2011 hingga 2015.
 Pemarkahan oleh JKPO ICU, JPM terhadap projek ini adalah 90.3%, iaitu pencapaian outcome
melebihi sasaran dan memberi kesan yang besar kepada golongan sasar.

66--18
18 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pem bangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 18 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

TARIKH
PEMBENTANGAN OUTCOME PROJEK
KEPADA JKPO
P1002: Advanced Cloud Computing (Multi Core/Multi Media/Multi Services)
 Sebanyak 23 penerima teknologi telah menggunakan perisian MIMOS. Ini mengurangkan
kebergantungan agensi Kerajaan terhadap vendor.
19.07.2017  Antara agensi Kerajaan yang mendapat manfaat dari projek ini ialah LHDN, Jabatan
(MOSTI) Pengairan dan Saliran, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
 Dianggarkan penjimatan berjumlah RM7.18 juta, iaitu perbandingan kos yang perlu dibayar
oleh Agensi Kerajaan untuk pembelian pelesenan perisian dari syarikat/vendor lain.
P1005: Ubiquitous NEMS-Based Sensor Network and Solutions
 Seramai 40 pensyarah/jurutera/graduan berkelulusan ijazah sarjana dan doktor falsafah telah
18.09.2017 dilatih dalam bidang nanoteknologi.
(MOSTI)  Teknologi sensor nano yang dihasilkan digunakan dalam projek perintis industri antaranya
Intelligent Greenhouse System di MARDI Serdang, Intelligent Shrimp Farm Management
System di Setiu, Terengganu dan Intelligent Premium Fish Breeding System di Jelebu, Negeri
Sembilan.

P1003: Ubiquitous Communication Platform and Solutions


 Platform teknologi ini telah digunakan untuk membangunkan Intelligent Community
Infrastructure (iComm) di Tasik Kenyir, Terengganu; Tuaran dan Kiulu, Sabah. Ia
membolehkan penduduk kawasan pedalaman mendapat capaian internet sekali gus
23.10.2018 mengecilkan jurang digital dalam kalangan rakyat Malaysia. Program iComm adalah inisiatif
(MOSTI) inovasi sosial oleh MOSTI.
27.11.2018  Penjimatan kos pemasangan jalur lebar sehingga 56.3% berbanding menggunakan
(ICU, JPM) perkhidmatan syarikat telekomunikasi.
 Monetisation value yang dilaporkan dalam PCR dengan mengambil kira 18 projek
menggunakan platform teknologi ini dianggar bernilai RM52.48 juta.
 Pemarkahan oleh JKPO ICU, JPM terhadap projek ini adalah 85.4%, iaitu pencapaian
outcome melebihi sasaran dan memberi kesan yang besar kepada golongan sasar.
Sumber: Laporan Penilaian Outcome MOSTI Tahun 2016, 2017 dan 2018 serta PCR

ii. Seterusnya, bagi projek RMKe-11, MIMOS telah melaporkan pencapaian


outcome projek kepada MITI dalam Mesyuarat Semakan Peruntukan
Rolling Plan ke-4 pada 15 Mei 2019. MIMOS juga telah mengemukakan
laporan outcome yang dikemaskini sehingga tahun 2019 kepada MITI
pada 31 Disember 2019. Bagaimanapun, tiada penilaian outcome melalui
JKPO dibuat sehingga kini kerana projek RMKe-11 belum tamat tempoh
dan masih dalam pelaksanaan. Setakat 31 Disember 2019, pencapaian
outcome bagi tujuh (7) daripada 14 projek di bawah RMKe-11 adalah
seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
PERINCIAN OUTCOME BAGI TUJUH (7) PROJEK R&D
DI BAWAH RMKe-11 SETAKAT 31 DISEMBER 2019
KOD
BIL. OUTCOME PROJEK
PROJEK

Secure Framework for Data Confidentiality and User Privacy


 Platform teknologi ini telah digunakan dalam sistem uPustaka (Perpustakaan Negara
1. P1101 Malaysia), MyCukai (MoF), JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) dan Malaysia Data
Health Warehouse (Kementerian Kesihatan Malaysia).
 Projek ini menjamin keselamatan data dari ancaman penggodam dan penceroboh serta
mengurangkan kebergantungan teknologi keselamatan dari negara luar.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 619- 19
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 19 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

KOD
BIL. OUTCOME PROJEK
PROJEK

Scalable Heterogeneous Computing (SHC)


 Platform teknologi ini telah digunakan dalam sistem JobsMalaysia (Kementerian Sumber
Manusia), Malaysia Data Health Warehouse (Kementerian Kesihatan Malaysia), Hidro-dynamic
2. P1103 Climate Change (Institut Penyelidikan Hidraulik Malaysia) dan Sistem Ramalan dan Amaran
Banjir (Jabatan Pengairan dan Saliran).
 Sebagai contoh bagi sistem JobsMalaysia, ia menganalisis dan membuat padanan data
pemohon dengan pekerjaan.

Qualitative Predictive and Prescriptive Analytics on Knowledge Streams


 Platform teknologi ini telah digunakan dalam sistem JobsMalaysia (Kementerian Sumber
Manusia), Malaysia Data Health Warehouse (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Intelligent
3. P1104 High Risk Profiling (Kementerian Kewangan).
 Sebagai contoh bagi sistem JobsMalaysia, ia memproses data resume pemohon yang tidak
tersusun untuk dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian. Kajian kepuasan
pelanggan secara menyeluruh telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia dan
mendapati pencari kerja dan majikan berpuas hati dengan sistem JobsMalaysia.

Collaborative Multimodal Complex Event Analytics


 Perkhidmatan yang menggunakan platform teknologi ini adalah Perkhidmatan Penyewaan
4. P1105 Sistem Kamera Litar Tertutup [Closed-Circuit Television (CCTV)] Lokap (PDRM), Sistem
Keselamatan CCTV Jabatan Perdana Menteri (JPM), Sistem Arahan dan Kawalan, Komunikasi
dan Integrasi Komputer (PDRM) dan iComm di Pekan, Pahang (MOSTI).
 Ia mengesan objek/pergerakan secara pintar dan meningkatkan keselamatan awam.

A Sensory Gigabit System


 Platform teknologi ini telah digunakan dalam sistem iComm di Tasik Kenyir, Pekan, Tuaran
dan Kiulu yang merupakan program sosial inovasi di bawah MOSTI.
 Syarikat teknologi baharu telah menggunakan platform teknologi ini dalam sistem Smart
5. P1107 Street Light, Smart Aquaculture, Smart Factory dan Smart Plantation.
 Bagi sistem iComm, sistem wireless berkelajuan ultra-tinggi dan platform sensori multimodal
yang bersepadu telah meningkatkan tahap keselamatan melalui CCTV, memberi signal
terhadap amaran awal bencana dan capaian internet yang laju. Secara tidak langsung ia
menjadi daya tarikan kepada pelancong.

Graphene Platform for Advanced Nano-Sensor Solutions


 Teknologi graphene yang berjaya dikomersialkan dan memberi pulangan pelaburan kepada
6. P1110 syarikat teknologi baharu antaranya graphene based conductive ink, graphene wafer and
nanoelectronics platform technology dan graphene and nano-testing technology.
 Ia menggalakkan perkembangan inovasi di kalangan industri tempatan.

Development of Open Integrated Circuit (IC) Technology Platform for


Heterogeneous Applications

7. P1112  Seramai 2,230 bakat tempatan dalam reka bentuk IC (design talents) telah dilatih bagi
mengukuhkan perkembangan industri elektrik dan elektronik di Malaysia.
 Sebanyak lapan (8) SME dan 39 universiti telah berada dalam ekosistem perkembangan
industri litar bersepadu bersama MIMOS.
Sumber: Laporan Output/Outcome 2016 - 2018 kepada MITI pada 15 Mei 2019 dan 31 Disember 2019

Pendapat Projek R&D yang dilaksanakan oleh MIMOS menggunakan


Audit peruntukan RMKe-10 dan RMKe-11 telah menghasilkan
outcome seperti mana yang dilaporkan dalam PCR serta
laporan JKPO MOSTI dan ICU, JPM. MOSTI juga telah
menyediakan kaedah penilaian outcome bagi menilai projek
R&D di bawah RMKe-10. Namun begitu, sasaran outcome dari
segi pulangan kewangan terhadap pelaksanaan projek R&D
tidak dinyatakan dalam LFM.

66--20
20 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pem bangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 20 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2. Pengurusan Projek

5.2.1. Pencapaian Kewangan

a. Permohonan dan Kelulusan Peruntukan Pembangunan

i. Pekeliling Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM Bil. 1 Tahun 2009 menyatakan
mulai RMKe-10, perancangan dan pelaksanaan projek akan dibuat secara
Rolling Plan pada setiap dua (2) tahun. Di samping itu, pendekatan
perancangan pembangunan berasaskan outcome juga akan dilaksanakan
mulai RMKe-10. Bagi tujuan ini, kaedah LFA boleh digunakan oleh
Kementerian/Agensi untuk mengenal pasti projek yang utama untuk
dilaksanakan. Melalui LFA, Kementerian/Agensi perlu menjalankan analisis dan
menyediakan LFM yang mempunyai maklumat mengenai objektif projek,
output, outcome, aktiviti, jadual pelaksanaan projek dan unjuran keperluan
kewangan.

ii. Dokumen LFM perlu dilampirkan dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
dan UPE amat memberi penekanan terhadap penyediaan LFM sebagai asas
kelulusan peruntukan pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11 kepada
Kementerian/Agensi. Garis Panduan Kedua RMKe-10 yang dikeluarkan pada
17 November 2009, perenggan Kaedah Mengemukakan Permohonan Program
dan Projek juga menyatakan bagi menyokong setiap cadangan projek baharu,
Kementerian/Agensi diminta menyediakan LFM dan perlu dilampirkan dalam
SPP II.

iii. Semakan Audit terhadap LFM mendapati MIMOS telah memohon sejumlah
RM292.32 juta di bawah RMKe-10 bagi melaksanakan lapan (8) projek R&D.
Selanjutnya sejumlah RM416.21 juta (sehingga 31 Disember 2019) dimohon
di bawah RMKe-11 bagi melaksanakan 14 projek R&D. Bagi tempoh tahun
2011 hingga 2019, MIMOS telah menerima kelulusan peruntukan
pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11 masing-masing berjumlah
RM270.77 juta dan RM297.38 juta. Butiran peruntukan pembangunan
RMKe-10 dan RMKe-11 yang dimohon oleh MIMOS dan diluluskan oleh UPE
bagi tempoh tersebut adalah seperti dalam Jadual 10.
JADUAL 10
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMKe-10 DAN RMKe-11 YANG DIMOHON
DAN DILULUSKAN BAGI TEMPOH TAHUN 2011 HINGGA 2019
PERMOHONAN PERUNTUKAN YANG
PROJEK TAHUN
PERUNTUKAN DILULUSKAN
PEMBANGUNAN PELAKSANAAN
(RM Juta) (RM Juta)
2011 27.12 23.40
2012 37.00 45.77
2013 81.27 81.27
RMKe-10
2014 65.33 65.33
2015 81.60 55.00
JUMLAH 292.32 270.77

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 6 -6 21
- 21
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 21 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

PERMOHONAN PERUNTUKAN YANG


PROJEK TAHUN
PERUNTUKAN DILULUSKAN
PEMBANGUNAN PELAKSANAAN
(RM Juta) (RM Juta)
2016 98.48 75.99
2017 141.50 62.92
RMKe-11 2018 87.35 126.56
2019 88.88 31.91
JUMLAH 416.21 297.38
JUMLAH BESAR 708.53 568.15
Sumber: LFM bagi RMKe-10 dan RMKe-11, Penyata Kewangan MIMOS Tahun 2011 hingga 2018 dan
Management Account MIMOS Tahun 2019

iv. Pihak Audit mendapati permohonan peruntukan RMKe-10 dan RMKe-11 dalam
LFM disediakan mengikut projek R&D. Kemudian diperincikan mengikut item,
iaitu perolehan aset/perkakasan ICT/perisian/pelesenan, perkhidmatan
perundingan dan profesional, material penyelidikan (consumables), in-situ
testing, kos pendaftaran IP, perbelanjaan mengurus dan bayaran gaji
penyelidik lantikan secara projek kontrak (penyelidik projek kontrak).
Penyelidik projek kontrak merupakan skim saraan kakitangan sementara yang
dikehendaki untuk projek berkaitan sahaja. Butiran lanjut permohonan
peruntukan adalah seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
PERMOHONAN PERUNTUKAN RMKe-10 DAN RMKe-11 DALAM LFM
RMKe-10 RMKe-11
ITEM PERMOHONAN PERUNTUKAN DALAM LFM
(RM Juta) (RM Juta)
Perolehan Aset/Perkakasan ICT/Perisian/Pelesenan 154.22 251.93
Perkhidmatan Perundingan dan Profesional/Material Penyelidikan (consumables)/
55.77 90.21
In-situ Testing/Promosi/Conference
Kos IP 20.26 19.75
Belanja Mengurus, iaitu Latihan, Tuntutan Perjalanan, Utiliti dan Penyenggaraan
37.47 38.62
Aset Penyelidikan
Gaji Penyelidik Projek Kontrak 24.60 15.70
JUMLAH PERMOHONAN PERUNTUKAN *292.32 **416.21
JUMLAH KELULUSAN PERUNTUKAN 270.77 297.38
PERATUS LULUS (%) 92.7 71.5
Sumber: LFM bagi RMKe-10 dan RMKe-11
Nota: (*) - Jumlah Keseluruhan Permohonan Peruntukan bagi 8 projek R&D di bawah RMKe-10
(**) - Jumlah Keseluruhan Permohonan Peruntukan bagi 14 Projek R&D di bawah RMKe-11

v. Semakan Audit terhadap surat penyaluran peruntukan RMKe-10


dan RMKe-11 daripada Kementerian (MOSTI dan MITI) kepada
MIMOS bagi tempoh tahun 2011 hingga 2019 mendapati
peruntukan telah diluluskan pada setiap tahun mengikut
projek R&D. Bagaimanapun, surat penyaluran peruntukan
tersebut tidak mempunyai perincian kelulusan peruntukan
mengikut item seperti dalam LFM.

6
6 -- 22
22 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 20192019
Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 22 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

vi. Seterusnya, semakan Audit terhadap senarai semak UPE untuk setiap sesi
pemeriksaan bajet mendapati kelulusan peruntukan pembangunan adalah
berdasarkan LFM dan penilaian oleh Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam
(JKPDA) terhadap outcome projek. Selain itu, senarai semak UPE juga
mengambil kira dasar semasa Kerajaan yang tidak mempertimbangkan
permohonan peruntukan di bawah item belanja mengurus. Permohonan
peruntukan dalam LFM dan kelulusan peruntukan berdasarkan surat
penyaluran peruntukan adalah seperti dalam Jadual 12 dan 13.

JADUAL 12
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMKe-10 YANG DIMOHON DAN DILULUSKAN
MENGIKUT PROJEK R&D BAGI TEMPOH TAHUN 2011 HINGGA 2015
JUMLAH
KOD JUMLAH
PERUNTUKAN 2011 2012 2013 2014 2015
PROJEK (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Permohonan LFM (a) 6.12 5.00 5.98 4.00 6.68 27.78
P1001 Kelulusan (b) 2.40 9.00 5.98 4.00 5.00 26.38
Jumlah beza (b-a) (3.72) 4.00 - - (1.68) (1.40)
Permohonan LFM (a) 3.00 5.00 5.23 7.00 20.00 40.23
P1002 Kelulusan (b) 3.00 9.77 5.23 7.00 11.00 36.00
Jumlah beza (b-a) - 4.77 - - (9.00) (4.23)
Permohonan LFM (a) 3.00 7.00 11.38 2.62 11.00 35.00
P1003 Kelulusan (b) 3.00 7.00 11.38 2.62 6.00 30.00
Jumlah beza (b-a) - - - - (5.00) (5.00)
Permohonan LFM (a) 4.50 7.00 11.50 5.00 12.00 40.00
P1004 Kelulusan (b) 4.50 7.00 11.50 5.00 7.00 35.00
Jumlah beza (b-a) - - - - (5.00) (5.00)
Permohonan LFM (a) 1.50 3.50 9.30 7.00 9.30 30.60
P1005 Kelulusan (b) 1.50 3.50 9.30 7.00 6.00 27.30
Jumlah beza (b-a) - - - - (3.30) (3.30)
Permohonan LFM (a) 1.50 3.50 8.00 8.00 8.00 29.00
P1006 Kelulusan (b) 1.50 3.50 8.00 8.00 4.00 25.00
Jumlah beza (b-a) - - - - (4.00) (4.00)
Permohonan LFM (a) 7.50 6.00 29.88 20.00 6.62 70.00
P1007 Kelulusan (b) 7.50 6.00 29.88 20.00 8.00 71.38
Jumlah beza (b-a) - - - - 1.38 1.38
Permohonan LFM (a) - - - 8.00 8.00 16.00
P1008 Kelulusan (b) - - - 8.00 8.00 16.00
Jumlah beza (b-a) - - - - - -
Permohonan LFM (a) - - - 3.71 - 3.71
Peruntukan
Khas IP Kelulusan (b) - - - 3.71 - 3.71
(P1053)
Jumlah beza (b-a) - - - - - -
PERMOHONAN
27.12 37.00 81.27 65.33 81.60 292.32
LFM (a)
JUMLAH KELULUSAN (b) 23.40 45.77 81.27 65.33 55.00 270.77
BEZA (b-a) (3.72) 8.77 - - (26.60) (21.55)
Sumber: LFM bagi RMKe-10 dan Surat Penyaluran Peruntukan dari MOSTI kepada MIMOS

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 6 -6 23
- 23
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 23 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 13
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMKe-11 YANG DIMOHON DAN DILULUSKAN
MENGIKUT PROJEK R&D BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
JUMLAH
KOD JUMLAH
PERUNTUKAN 2016 2017 2018 2019
PROJEK (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Permohonan LFM (a) 3.01 3.22 3.43 3.23 12.89
P1101 Kelulusan (b) 3.01 1.83 3.16 2.00 10.00
Jumlah beza (b-a) - (1.39) (0.27) (1.23) (2.89)
Permohonan LFM (a) 5.85 6.75 7.25 7.25 27.10
P1102 Kelulusan (b) 3.00 2.40 7.90 4.50 17.80
Jumlah beza (b-a) (2.85) (4.35) 0.65 (2.75) (9.30)
Permohonan LFM (a) 7.30 8.40 7.80 6.50 30.00
P1103 Kelulusan (b) 5.00 4.80 11.40 1.00 22.20
Jumlah beza (b-a) (2.30) (3.60) 3.60 (5.50) (7.80)
Permohonan LFM (a) 8.10 9.20 7.20 6.00 30.50
P1104 Kelulusan (b) 6.00 5.52 7.90 4.50 23.92
Jumlah beza (b-a) (2.10) (3.68) 0.70 (1.50) (6.58)
Permohonan LFM (a) 5.30 6.10 6.00 5.35 22.75
P1105 Kelulusan (b) 5.30 3.66 6.00 3.50 18.46
Jumlah beza (b-a) - (2.44) - (1.85) (4.29)
Permohonan LFM (a) 7.78 7.64 7.44 6.44 29.30
P1106 Kelulusan (b) 7.78 4.58 7.40 1.00 20.76
Jumlah beza (b-a) - (3.06) (0.04) (5.44) (8.54)
Permohonan LFM (a) 5.99 7.07 6.51 6.33 25.90
P1107 Kelulusan (b) 5.99 4.24 6.50 2.00 18.73
Jumlah beza (b-a) - (2.83) (0.01) (4.33) (7.17)
Permohonan LFM (a) 5.30 6.50 6.30 5.80 23.90
P1108 Kelulusan (b) 5.30 3.90 7.00 2.00 18.20
Jumlah beza (b-a) - (2.60) 0.70 (3.80) (5.70)
Permohonan LFM (a) 5.20 8.30 12.00 11.00 36.50
P1109 Kelulusan (b) 5.00 3.00 10.00 1.00 19.00
Jumlah beza (b-a) (0.20) (5.30) (2.00) (10.00) (17.50)
Permohonan LFM (a) 9.60 13.60 10.85 6.10 40.15
P1110 Kelulusan (b) 9.60 8.16 10.80 4.00 32.56
Jumlah beza (b-a) - (5.44) (0.05) (2.10) (7.59)
Permohonan LFM (a) 18.71 16.16 5.03 3.45 43.35
P1111 Kelulusan (b) 10.01 9.69 8.50 1.00 29.20
Jumlah beza (b-a) (8.70) (6.47) 3.47 (2.45) (14.15)
Permohonan LFM (a) 16.34 48.56 7.54 15.43 87.87
P1112 Kelulusan (b) 10.00 11.14 40.00 1.00 62.14
Jumlah beza (b-a) (6.34) (37.42) 32.46 (14.43) (25.73)
Permohonan LFM (a) - - - 3.00 3.00
P1113 Kelulusan (b) - - - 2.00 2.00
Jumlah beza (b-a) - - - (1.00) (1.00)
Permohonan LFM (a) - - - 3.00 3.00
P1114 Kelulusan (b) - - - 2.41 2.41
Jumlah beza (b-a) - - - (0.59) (0.59)
PERMOHONAN LFM (a) 98.48 141.50 87.35 88.88 416.21
JUMLAH KELULUSAN (b) 75.99 62.92 126.56 31.91 297.38
BEZA (b-a) (22.49) (78.58) 39.21 (56.97) (118.83)
Sumber: LFM bagi RMKe-11 dan Surat Penyaluran Peruntukan dari MOSTI/MITI kepada MIMOS

6
6 -- 24
24 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 20192019
Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 24 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

b. Prestasi Perbelanjaan

i. MIMOS menggunapakai System Application and Product in Data Processing


(SAP) untuk merekodkan perbelanjaan syarikat. Semakan Audit terhadap
rekod perbelanjaan MIMOS dalam SAP mendapati prestasi perbelanjaan
menggunakan peruntukan RMKe-10 dan RMKe-11 bagi tempoh tahun 2011
hingga 2019 boleh dijana mengikut item perbelanjaan. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 14.

JADUAL 14
PRESTASI PERBELANJAAN PROJEK RMKe-10 DAN RMKe-11
JUMLAH PERBELANJAAN (RM Juta)
ITEM PERBELANJAAN RMKe-10 RMKe-11
(2011-2015) (2016-2019)
Perolehan Aset/Perkakasan ICT/Perisian/Pelesenan 53.05 59.94
 Perkhidmatan Perundingan dan Profesional/Material Penyelidikan
(consumables)/In-situ Testing/Promosi/Conference
 Kos IP 99.60 139.32
 Belanja Mengurus, iaitu Latihan, Tuntutan Perjalanan, Utiliti dan
Penyenggaraan Aset
Gaji Penyelidik Projek Kontrak 118.12 78.36
Komitmen Belanja - 5.02
JUMLAH 270.77 282.64
Sumber: Rekod Perbelanjaan MIMOS dalam SAP dan Maklum Balas MIMOS pada 17 Disember 2019
Nota: (*) - Komitmen Belanja Merupakan Pesanan Pembelian/Invois yang Belum Dibayar

ii. Pihak Audit telah mengambil kira asas maklumat permohonan peruntukan
dalam LFM untuk dibuat perbandingan dengan perbelanjaan sebenar MIMOS
mengikut item. Berdasarkan maklumat permohonan peruntukan di Jadual 11
dan maklumat perbelanjaan di Jadual 14, perbelanjaan bagi item perolehan
aset/perkakasan ICT/perisian/pelesenan bagi melaksanakan projek R&D di
bawah RMKe-10 adalah berjumlah RM53.05 juta (34.4%) manakala di bawah
RMKe-11 adalah berjumlah RM59.94 juta (23.8%). Kedua-dua peratusan
perbelanjaan ini adalah rendah berbanding permohonan masing-masing
berjumlah RM154.22 juta (RMKe-10) dan RM251.93 juta (RMKe-11).

iii. Selanjutnya, perbelanjaan terhadap gaji penyelidik projek kontrak adalah


berjumlah RM118.12 juta (RMKe-10) dan RM78.36 juta (RMKe-11) berbanding
permohonan masing-masing berjumlah RM24.60 juta dan RM15.70 juta, iaitu
peningkatan ketara sehingga 380.2% dan 399.1%.

c. Pelaporan dan Pemantauan Perbelanjaan


i. Arahan No. 1 Tahun 2010 Majlis Tindakan Negara (MTN) menetapkan
Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) hendaklah
ditubuhkan antaranya untuk mengawasi, memantau dan menilai impak projek
pembangunan oleh Kementerian/Agensi. Jawatankuasa juga perlu
memastikan pelaksanaan projek Kementerian/Agensi menekankan
Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 6 -6 25
- 25
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 25 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

pendekatan outcome bagi memastikan pencapaian nilai untuk wang (value for
money). Semakan Audit terhadap minit mesyuarat JTPK MOSTI dari tahun
2011 hingga 2018 mendapati, prestasi perbelanjaan bagi projek RMKe-10 dan
RMKe-11 yang dilaksanakan oleh MIMOS telah dilaporkan dalam mesyuarat
tersebut. Perbelanjaan tahun 2019 pula telah dilaporkan kepada MITI.

ii. Semakan Audit terhadap Laporan Prestasi Kewangan dan Fizikal Projek
Pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11 yang dibentangkan dalam Mesyuarat
JTPK MOSTI mendapati MIMOS telah membelanjakan kesemua peruntukan
RMKe-10 yang diterima berjumlah RM270.77 juta manakala bagi RMKe-11
pula (setakat 31 Disember 2019), sejumlah RM282.64 juta (95%) telah
dibelanjakan daripada sejumlah RM297.38 juta peruntukan yang diterima.

iii. Pihak Audit mendapati berlaku perbelanjaan yang tinggi terhadap item gaji
penyelidik projek kontrak dan perbelanjaan yang rendah terhadap item
perolehan aset/perkakasan ICT berbanding permohonan peruntukan. Namun,
perbelanjaan yang tidak setara ini tidak dapat dikesan oleh JTPK MOSTI. Ini
disebabkan pelaporan dan pemantauan prestasi perbelanjaan projek dalam
mesyuarat JTPK hanya berdasarkan siling peruntukan yang diluluskan dan
bukan berdasarkan item perbelanjaan. Laporan prestasi perbelanjaan
yang dibentangkan oleh MIMOS kepada JTPK tidak
diperincikan mengikut item perbelanjaan. Oleh itu, ia tidak memberi
gambaran sebenar mengenai prestasi perbelanjaan projek R&D.

iv. Selanjutnya, merujuk kepada MKD Handbook perenggan 2.5 (d), semua
keputusan syarikat yang signifikan hendaklah dibuat melalui mesyuarat
Lembaga Pengarah. Semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat Lembaga
Pengarah MIMOS bagi tempoh tahun 2011 hingga 2019 yang disediakan oleh
Setiausaha Syarikat mendapati prestasi perbelanjaan projek R&D di bawah
RMKe-10 dan RMKe-11 dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP)
secara suku tahun. Perkara yang dibentangkan meliputi jumlah peruntukan
RMKe-10 dan RMKe-11 yang diterima mengikut projek (sehingga tahun 2019)
dan prestasi perbelanjaan terkini mengikut perbelanjaan modal, operasi, gaji
penyelidik projek kontrak, shared cost (meliputi perbelanjaan overhead) dan
tanggungan. Pembentangan tersebut adalah sekadar makluman kepada ALP.

v. Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) merupakan instrumen utama untuk


memantau pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia
Lima Tahun secara atas talian. Semakan Audit terhadap SPP II mendapati
MIMOS telah mengemas kini maklumat projek RMKe-10 dan RMKe-11 dalam
sistem meliputi LFM, pencapaian output/outcome, jumlah peruntukan yang
diterima mengikut tahun dan jumlah perbelanjaan yang dibuat mengikut
tahun. Bagaimanapun, maklumat perbelanjaan dalam SPP II tidak dikemaskini

6
6 -- 26
26 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 20192019
Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 26 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

mengikut perbelanjaan sebenar terutama perbelanjaan bagi tujuan bayaran


gaji pekerja (lantikan tetap dan kontrak) yang telah menggunakan peruntukan
pembangunan. Ini tidak memberi gambaran sebenar mengenai prestasi
perbelanjaan projek.

Maklum balas MOSTI yang diterima pada 20 Disember 2019


Pemantauan pelaksanaan projek adalah berdasarkan pelaporan perbelanjaan
peruntukan oleh MIMOS dalam JTPK. Memandangkan MIMOS merupakan sebuah
syarikat berhad menurut syer yang mempunyai tadbir urus sendiri, JTPK tidak
mempersoalkan pelaporan perbelanjaan MIMOS. MIMOS bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas pelaksanaan pemantauan projek dan perbelanjaan kewangan
adalah teratur, telus dan mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan. Projek yang
dilaksanakan oleh MIMOS telah dinilai output dan outcome yang mana projek MIMOS
telah diperakukan untuk penilaian JKPO. MOSTI melaksanakan penambahbaikan di
dalam memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek disiapkan mengikut
perancangan dan memenuhi output serta outcome yang ditetapkan, iaitu melalui sesi
lawatan projek oleh YB Menteri dan Ketua Setiausaha MOSTI sebulan sekali serta
melaksanakan Aktiviti Penilaian Inspektorat (API) bagi projek/program pembangunan
yang sedang dilaksanakan bersama pasukan inspektorat ICU, JPM pada setiap tahun.

Maklum balas UPE yang diterima pada 13 Disember 2019 dan 18 November
2020
ICU, JPM selaku penyelaras kepada pemantauan pelaksanaan dan penilaian outcome
projek pembangunan wajar terlibat secara aktif dalam pemantauan projek
pembangunan bersama Kementerian.

Pegawai Pengawal memainkan peranan yang penting dalam memastikan


perbelanjaan peruntukan pembangunan adalah seperti yang dirancang dan mematuhi
tatacara kewangan semasa.

Pendapat Pemantauan dan penilaian JTPK terhadap pembentangan


Audit laporan prestasi perbelanjaan oleh MIMOS mengikut siling
peruntukan yang diluluskan adalah kurang berkesan. Kaedah
pembentangan prestasi perbelanjaan projek R&D di bawah
RMKe-10 dan RMKe-11 kepada Lembaga Pengarah MIMOS
serta maklumat perbelanjaan MIMOS yang dimasukkan dalam
SPP II juga didapati kurang berkesan. Pelaporan prestasi
perbelanjaan projek R&D MIMOS kurang telus dan tidak
menunjukkan kedudukan sebenar. Keadaan ini tidak menjamin
keputusan yang dibuat oleh Kementerian dalam penyaluran
peruntukan seterusnya adalah tepat.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 6 -6 27
- 27
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 27 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2.2. Pengurusan Perbelanjaan

5.2.2.1. Pembayaran Gaji dan Bonus Pekerja yang Tidak Sepatutnya


Dibayar Menggunakan Peruntukan Pembangunan
a. Seksyen 3, Bahagian II, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
menyatakan wang dalam Kumpulan Wang hendaklah digunakan hanya
kepada maksud yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta. Selanjutnya,
pada Jadual Pertama, Seksyen 3 (Perkara 5), Akta ada menyebut bahawa
penggunaan Kumpulan Wang dibenarkan untuk pembayaran emolumen
peribadi terhadap jawatan awam yang dinyatakan di bawah subseksyen
2(b), Seksyen 15, Akta Acara Kewangan 1957. Subseksyen 2(b) dalam Akta
tersebut, antara lain menjelaskan Perbendaharaan boleh, jika difikirkan perlu
dan mustahak untuk pelaksanaan sempurna sesuatu perkhidmatan
membenarkan dibuat anggaran perbelanjaan untuk bayaran emolumen (gaji)
yang dibayar dari Kumpulanwang Pembangunan.

b. Berdasarkan maklumat dalam LFM dan kelulusan peruntukan RMKe-10 serta


RMKe-11, antara item perbelanjaan yang dibenarkan adalah bayaran gaji
penyelidik projek kontrak. Standard Operating Procedure (SOP)
MIMOS Innovation Gates (MiGates) pula menetapkan setelah
MIMOS menerima peruntukan, lab head perlu menyediakan
Commitment Book (CB) yang memperincikan output projek,
tempoh pelaksanaan projek, peruntukan yang diluluskan, ketua projek,
nama penyelidik yang terlibat berserta tugas dan kepakaran
serta status penyelidik tersebut sama ada lantikan tetap,
kontrak atau projek kontrak sebelum projek R&D dilaksanakan.

c. Semakan Audit terhadap rekod perbelanjaan MIMOS dalam SAP mendapati


perbelanjaan gaji penyelidik projek kontrak di bawah RMKe-10 (bagi tempoh
tahun 2011 hingga 2015) adalah berjumlah RM118.12 juta manakala
perbelanjaan gaji penyelidik projek kontrak di bawah RMKe-11 (bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019) adalah berjumlah RM78.36 juta.

d. Semakan Audit selanjutnya telah dijalankan terhadap proses bayaran gaji


pekerja MIMOS secara bulanan bagi mengesahkan jumlah perbelanjaan gaji
penyelidik projek kontrak tersebut. Semakan Audit mendapati MIMOS telah
membuat bayaran gaji kepada semua pekerja termasuk gaji penyelidik
projek kontrak dengan menggunakan satu kod akaun sahaja (default
account code for emolument purposes) dan dicaj kepada peruntukan
mengurus dalam SAP Modul Payroll. Bahagian Kewangan seterusnya akan
menyenaraikan nama pekerja yang perlu dibayar menggunakan peruntukan
pembangunan. Senarai nama pekerja tersebut kemudiannya dihantar kepada
Bahagian Sumber Manusia MIMOS untuk mendapatkan jumlah gaji yang

66--28
28 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pem bangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 28 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

terlibat. Selanjutnya, jurnal pelarasan disediakan oleh Bahagian Kewangan


untuk melaraskan semula caj perbelanjaan gaji dari peruntukan mengurus
kepada peruntukan pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11.

e. Semakan Audit seterusnya dibuat terhadap rekod perbelanjaan MIMOS serta


rekod gaji pekerja dalam SAP Modul Payroll dan mendapati perbelanjaan
untuk gaji penyelidik projek kontrak berjumlah RM118.12 juta dan RM78.36
juta yang dicaj kepada peruntukan pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11
adalah meliputi bayaran seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15
PEMBAYARAN GAJI PENYELIDIK PROJEK KONTRAK YANG DICAJ
KEPADA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMKe-10 DAN RMKe-11
RMKe-10 RMKe-11
BIL. JENIS BAYARAN
(RM Juta) (RM Juta)
Gaji penyelidik projek kontrak yang terlibat dengan projek R&D di
bawah peruntukan RMKe-10 dan RMKe-11 serta projek-projek R&D di
1. 85.88 52.44
bawah peruntukan lain seperti projek komersial, Science Fund,
Techno Fund dan MSI Fund
Gaji dan bonus pekerja lantikan tetap dan kontrak yang telah
2. 27.98 4.33
diperuntukkan di bawah belanja mengurus

Gaji:
 Pelatih
 Pembantu Penyelidik
3.  Pekerja di bawah terma MIMOS Open Contract 4.26 21.59
 Apprentice
 Konsultan
 Pekerja/penyelidik yang dibekalkan oleh Agensi Pekerjaan
JUMLAH DICAJ KEPADA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN 118.12 78.36
Sumber: Rekod Perbelanjaan MIMOS, Rekod Gaji Pekerja dalam SAP dan Maklum Balas MIMOS pada
17 Disember 2019

f. Analisis lanjut mengenai perbelanjaan dalam Jadual 15 di atas adalah


seperti berikut:

i. Semakan Audit dibuat terhadap 182 CB (RMKe-10) dan 137 CB


(RMKe-11) untuk mendapatkan senarai nama dan Identification Number
(ID) penyelidik projek kontrak yang melaksanakan lapan (8) projek R&D
di bawah RMKe-10 dan 14 projek R&D di bawah RMKe-11. Pihak Audit
juga menjalankan semakan silang terhadap nama-nama penyelidik
projek kontrak yang tersenarai dalam CB dengan rekod gaji pekerja
dalam SAP Modul Payroll. Pihak Audit mendapati sejumlah RM28.40 juta
(RMKe-10) dan RM39.33 juta (RMKe-11) adalah layak dicaj sebagai
perbelanjaan gaji penyelidik projek kontrak di bawah peruntukan
pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11 seperti Jadual 16. Sejumlah
RM57.48 juta dan RM13.11 juta selebihnya adalah bayaran
gaji kepada penyelidik projek kontrak yang tidak dapat
disahkan penglibatan mereka secara langsung dengan
pelaksanaan projek R&D di bawah RMKe-10 dan RMKe-11.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 629- 29
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 29 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 16
PERBELANJAAN GAJI PENYELIDIK PROJEK KONTRAK
YANG LAYAK DIBAYAR BERDASARKAN COMMITMENT BOOK
JUMLAH
BIL. JENIS BAYARAN BAYARAN
(RM Juta)
RMKe-10
Gaji penyelidik projek kontrak yang layak dibayar berdasarkan 182 Commitment
Book di bawah peruntukan pembangunan RMKe-10:
Projek Jumlah Gaji (RM Juta)
P1001 8.75
P1002 6.31
P1003 3.32
1. 28.40
P1004 3.01
P1005 4.22
P1006 1.98
P1007 0.22
P1008 0.59
Gaji penyelidik projek kontrak yang tidak dapat disahkan penglibatan mereka
secara langsung dengan pelaksanaan projek R&D di bawah peruntukan
2. 57.48
pembangunan RMKe-10 dan projek di bawah peruntukan lain seperti projek
komersial, Science Fund, Techno Fund dan MSI Fund
JUMLAH 85.88
RMKe-11
Gaji penyelidik projek kontrak yang layak dibayar berdasarkan 137 Commitment
Book di bawah peruntukan pembangunan RMKe-11:
Projek Jumlah Gaji (RM Juta)
P1101 6.48
P1102 6.84
P1103 1.27
P1104 2.48
1. P1105 3.13 39.33

P1106 5.55
P1107 8.30
P1109 4.19
P1112 0.12
P1113 0.12
P1114 0.85
Gaji penyelidik projek kontrak yang tidak dapat disahkan penglibatan mereka
secara langsung dengan pelaksanaan projek R&D di bawah peruntukan
2. 13.11
pembangunan RMKe-11 dan projek di bawah peruntukan lain seperti projek
komersial, Science Fund, Techno Fund dan MSI Fund
JUMLAH 52.44
Sumber: Rekod Perbelanjaan MIMOS, Rekod Gaji Pekerja dalam SAP dan CB

ii. Selain itu, perbelanjaan berjumlah RM27.98 juta dan


RM4.33 juta tidak sepatutnya dicaj kepada peruntukan
pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11 kerana telah
diperuntukkan di bawah belanja mengurus. Ia terdiri
daripada bayaran gaji Ketua Pegawai Eksekutif, Naib
6
6 -- 30
30 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 20192019
Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 30 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Presiden, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Teknologi,


pekerja/penyelidik berstatus lantikan tetap dan pekerja
lantikan secara kontrak khidmat sokongan. Pembayaran
bonus pada tahun 2012 turut dicaj kepada peruntukan
pembangunan ini. Butirannya adalah seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17
BAYARAN GAJI DAN BONUS KEPADA PEKERJA
MENGGUNAKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMKe-10 DAN RMKe-11
SETAKAT 31 DISEMBER 2019
JUMLAH BAYARAN
BIL. JENIS BAYARAN
(RM Juta)

RMKe-10

1. Gaji Pekerja/Penyelidik Lantikan Tetap 15.58

2. Gaji Pekerja Lantikan Secara Kontrak Khidmat Sokongan 3.56

3. Gaji Mantan Ketua Pegawai Eksekutif 0.70

4. Gaji Mantan Naib Presiden 2.65

5. Gaji Ketua Pegawai Teknologi 3.32

6. Gaji Naib Presiden Kanan 0.19

7. Bonus Tahun 2011 (Dibayar Pada Tahun 2012) 1.98

JUMLAH 27.98

RMKe-11

1. Gaji Pekerja/Penyelidik Lantikan Tetap 3.70

2. Gaji Pekerja Lantikan Secara Kontrak Khidmat Sokongan 0.63

JUMLAH 4.33
Sumber: Rekod Perbelanjaan MIMOS, Rekod Gaji Pekerja dalam Sistem SAP dan Maklum Balas MIMOS
pada 17 Disember 2019

iii. Selanjutnya, pihak Audit mendapati peruntukan pembangunan RMKe-10


dan RMKe-11 telah digunakan untuk membayar gaji pelatih, pembantu
penyelidik, pekerja di bawah terma MIMOS Open Contract, apprentice,
konsultan serta gaji pekerja/penyelidik yang dibekalkan oleh Agensi
Pekerjaan masing-masing berjumlah RM4.26 juta dan RM21.59 juta
(Rujuk Jadual 15). Namun, pembayaran gaji ini tidak dapat
disahkan kerana nama-nama pelatih, pembantu
penyelidik, apprentice, konsultan dan pekerja/penyelidik
berkenaan tidak tersenarai dalam mana-mana CB.

g. Berdasarkan minit mesyuarat Jawatankuasa Tindakan


Pembangunan Kementerian (JTPK) MOSTI, MIMOS didapati
tidak pernah melaporkan secara spesifik kepada MOSTI
mengenai penggunaan sebahagian peruntukan RMKe-10 dan
RMKe-11 bagi tujuan perbelanjaan gaji pekerja (lantikan
Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 631- 31
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 31 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

tetap dan kontrak) yang terselindung di bawah gaji


penyelidik projek kontrak.

h. Selanjutnya, berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah MIMOS bagi


tempoh tahun 2011 hingga 2019, tiada perincian yang menunjukkan ALP
maklum mengenai penggunaan peruntukan RMKe-10 dan RMKe-11
berjumlah RM27.98 juta dan RM4.33 juta untuk membayar gaji pekerja
(lantikan tetap dan kontrak) yang telah diperuntukkan di bawah belanja
mengurus. Tiada rekod dalam minit mesyuarat yang menunjukkan perkara
tersebut telah dibincangkan. Pihak pengurusan MIMOS tidak memaklumkan
ALP mengenai penggunaan peruntukan pembangunan bagi tujuan
membayar gaji pekerja berkenaan.

Maklum balas MoF yang diterima pada 20 Disember 2019 dan 17


November 2020

Pejabat Belanjawan Negara [National Budget Office (NBO)] MoF tidak menerima
sebarang permohonan bagi tujuan menampung kekurangan peruntukan gaji sedia
ada atau peruntukan bagi pembayaran bonus oleh MIMOS sepanjang tempoh
pelaksanaan RMKe-10. Keperluan gaji MIMOS telah disediakan mengikut kelulusan
anggaran perbelanjaan di bawah MOSTI pada ketika itu dengan tiada peruntukan
disediakan bagi tujuan pembayaran bonus. Sebarang permohonan peruntukan
mengurus tambahan yang dimohon akan dipertimbangkan sewajarnya oleh MoF
berdasarkan kedudukan fiskal negara dan kemampuan berbelanja Kerajaan pada
ketika itu. MIMOS pernah memohon peruntukan mengurus tambahan berjumlah
RM12 juta bagi membiayai gaji pengambilan kepakaran utama MIMOS bagi tahun
2014 dan MoF telah meluluskan sebanyak RM10 juta bagi permohonan ini sebagai
Butiran Dasar Baharu dalam Anggaran Perbelanjaan tahun 2014. NBO
berpandangan bahawa kelulusan peruntukan gaji MIMOS telah disediakan mengikut
keperluan anggaran perbelanjaan di bawah MOSTI sepanjang RMKe-10 dengan
tiada peruntukan disediakan bagi tujuan pembayaran bonus.

Menteri Kewangan (Diperbadankan) sebagai pemegang saham hanya meluluskan


permohonan pembayaran bonus dan tidak menentukan sumber dana untuk
membiayai pembayaran bonus.

Pendapat Pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja yang tidak


Audit sepatutnya dibayar dengan menggunakan peruntukan
pembangunan adalah tidak teratur. Amalan ini telah
menjejaskan peruntukan pembangunan di bawah RMKe-10
serta RMKe-11 bagi tujuan pelaksanaan projek R&D dan
seterusnya menjejaskan pencapaian outcome projek.

66--32
32 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pem bangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 32 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2.2.2. Peruntukan Pembangunan Digunakan Untuk Perbelanjaan


Mengurus

a. Berdasarkan Garis Panduan Pemeriksaan Bajet Program dan Projek Bagi


RMKe-10 oleh UPE, pemeriksaan bajet hendaklah dibuat berdasarkan
Klasifikasi Belanja Pembangunan dan Belanja Mengurus. Selain itu, antara
senarai semak UPE semasa sesi pemeriksaan bajet adalah tidak
mempertimbangkan permohonan peruntukan bagi item di bawah belanja
mengurus seperti hadiah, latihan, sewaan, biasiswa, tuntutan perjalanan dan
utiliti seperti bil elektrik dan air.

b. Pihak Audit mendapati permohonan peruntukan MIMOS di bawah RMKe-10


berjumlah RM292.32 juta adalah termasuk belanja mengurus bagi tujuan
latihan, tuntutan perjalanan, utiliti dan penyenggaraan aset penyelidikan
berjumlah RM37.47 juta. Didapati UPE telah meluluskan peruntukan RMKe-10
berjumlah RM270.77 juta, iaitu pengurangan berjumlah RM21.55 juta (7.4%)
daripada peruntukan yang dimohon oleh MIMOS. Peruntukan yang diluluskan
oleh UPE adalah mengikut projek R&D tanpa perincian mengikut item.

c. Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod perbelanjaan MIMOS dalam SAP


bagi projek RMKe-10 mendapati perbelanjaan mengurus seperti
bayaran utiliti, latihan pegawai MIMOS dan tuntutan
perjalanan telah menggunakan peruntukan pembangunan
RMKe-10 berjumlah RM9.04 juta bagi tempoh tahun 2011
hingga 2015. Namun, pihak Audit mendapati tiada perbelanjaan mengurus
menggunakan peruntukan pembangunan RMKe-11, iaitu bagi tempoh tahun
2016 hingga 2019. Senarai perbelanjaan mengurus yang menggunakan
peruntukan pembangunan RMKe-10 adalah seperti dalam Jadual 18 dan
Carta 1.

JADUAL 18
PERBELANJAAN MENGURUS YANG MENGGUNAKAN
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMKe-10
KOMPONEN 2011 2012 2013 2014 2015 JUMLAH
BIL.
PERBELANJAAN (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
1. Utiliti 282,593 673,698 787,063 1,050,361 689,340 3,483,055
2. Latihan 7,806 177,438 1,025,756 756,186 274,254 2,241,440
3. Tuntutan Perjalanan 46,708 523,720 554,861 347,279 339,994 1,812,562
4. Sewaan - 44,172 236,441 389,640 218,200 888,453
5. Penginapan - 39,617 123,622 124,166 93,877 381,282
Hadiah dan
6. 20,720 32,350 - 58,495 - 111,565
Cenderahati

7. Refreshment 3,750 14,741 21,784 23,337 - 63,612

8. Yuran Pentadbiran - - - - 50,691 50,691

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 6 -6 33
- 33
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 33 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

KOMPONEN 2011 2012 2013 2014 2015 JUMLAH


BIL.
PERBELANJAAN (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

9. Bayaran Parkir - - 1,592 703 1,071 3,366

10. Alat Tulis 2,084 - - - - 2,084

JUMLAH 363,661 1,505,736 2,751,119 2,750,167 1,667,427 9,038,110


Sumber: Rekod Perbelanjaan MIMOS dalam SAP bagi Projek RMKe-10

CARTA 1
PERBELANJAAN MENGURUS YANG MENGGUNAKAN
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMKe-10
Hadiah dan Cenderahati Refreshment
38.5% Utiliti
Penginapan
Yuran Pentadbiran
24.8% Latihan

20.1% Tuntutan Perjalanan


Sewaan
9.8% Sewaan
Utiliti
4.2% Penginapan

1.2% Hadiah dan Cenderahati

0.7% Refreshment

0.6% Yuran Pentadbiran

0.04% Bayaran Parkir


Tuntutan
Perjalanan 0.02% Alat Tulis
Latihan

Sumber: Rekod Perbelanjaan MIMOS dalam SAP bagi Projek RMKe-10

Pendapat Perbelanjaan peruntukan pembangunan termasuk item di


Audit bawah belanja mengurus adalah tidak teratur.

5.2.3. Aset Tidak Dapat Disahkan


a. Pihak Audit telah membuat pemeriksaan pada bulan Oktober 2019 terhadap
74 (47.4%) daripada 156 aset bernilai RM3.51 juta yang diperoleh bagi
pelaksanaan projek R&D di bawah RMKe-10. Bagaimanapun, kesemua
aset yang diperiksa tersebut tidak dapat disahkan. Semakan Audit
mendapati nombor siri bagi 66 aset yang bernilai RM3.44 juta tidak dinyatakan
dalam invois dan nota penghantaran pembekal. Selain itu, nombor siri bagi
8 unit aset lagi yang bernilai RM65,521 ada dinyatakan dalam invois/nota
hantaran pembekal namun didapati berbeza dengan nombor siri pada aset yang
telah disemak secara fizikal. Kelemahan ini berpunca daripada Daftar Aset yang
dijana oleh SAP Modul Asset Management tidak lengkap kerana ruangan nombor

66--34
34 Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019 2019
Siri 1 Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pem bangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 34 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

siri aset yang dihantar oleh pembekal tidak disediakan serta perekodan dan
semakan terhadap nombor siri aset tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Perkara ini telah menyebabkan aset sukar dikenal pasti dan terdedah kepada
risiko kehilangan.

b. MIMOS telah membuat penambahbaikan dalam pengurusan aset yang diperoleh


melalui peruntukan pembangunan RMKe-11. Pemeriksaan Audit terhadap 56
aset bernilai RM10.71 juta mendapati kesemua aset telah direkodkan dalam SAP
Modul Asset Management dan boleh disahkan kewujudannya.

c. Namun begitu, walaupun Finance Policy and Procedure 01 001 0001 – 1.0
MIMOS menetapkan pemeriksaan aset hendaklah dijalankan secara tahunan,
hanya satu (1) pemeriksaan aset secara rasmi telah dilaksanakan sepanjang
tempoh tahun 2011 hingga 2019. Laporan pemeriksaan aset bertajuk Internal
Audit Department (IAD): Verification Review of Fixed Assets Disposal Exercise
menunjukkan pemeriksaan aset hanya dijalankan pada tahun 2011.

Maklum balas MIMOS yang diterima pada 17 Disember 2019

i. Mulai tahun 2018, Unit Aset telah memasukkan nombor siri aset dalam SAP.
Pihak MIMOS mengambil maklum penemuan Audit ini dan akan memastikan
nombor siri akan dimasukkan bagi semua aset baharu dan bagi aset sedia ada
pengemaskinian dibuat secara berperingkat. Selain itu, pihak MIMOS juga akan
memastikan pembekal menyatakan nombor siri aset dalam Nota Penghantaran
dan garis panduan dikemaskinikan.

ii. Disebabkan kekangan peralatan pemeriksaan aset kerana gagal berfungsi,


MIMOS telah melaksanakan pemeriksaan aset secara pengisytiharan oleh
pemegang-pemegang aset mulai tahun 2018. Setiap pekerja perlu membuat
pengisytiharan aset pada setiap tahun bagi aset di bawah tanggungjawab
mereka. Unit Aset akan membuat pemantauan dan pemeriksaan secara rawak.
Aktiviti pemeriksaan aset secara pengisytiharan dijangkakan akan siap
sepenuhnya pada tahun 2020.

Maklum balas EPU yang diterima pada 18 November 2020

Pengurusan aset wajar dilaksanakan mengikut tatacara pengurusan aset yang


sedang berkuatkuasa kerana MIMOS memperoleh perbelanjaan aset menggunakan
dana Kerajaan.

Pendapat Pengurusan aset yang diperoleh melalui peruntukan


Audit pembangunan RMKe-10 tidak diuruskan dengan cekap,
namun telah ditambahbaik bagi perolehan melalui
peruntukan pembangunan RMKe-11.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 6 - 635- 35
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 35 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT


Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, dapat dirumuskan bahawa
pengurusan projek R&D oleh MIMOS Berhad adalah memuaskan. Namun demikian,
penggunaan peruntukan pembangunan RMKe-10 dan RMKe-11 tidak dilaksanakan
dengan teratur, cekap dan berkesan kerana MIMOS tidak mengoptimum dan
memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang diterima mengikut tujuan yang ditetapkan.
Ini kerana sebahagian peruntukan pembangunan yang dilulus dan disalurkan kepada
MIMOS telah digunakan bagi menampung bayaran gaji dan bonus kepada pekerja
lantikan tetap dan kontrak serta gaji penyelidik projek kontrak yang tidak dapat disahkan
penglibatan mereka secara langsung dengan pelaksanaan projek R&D di bawah
RMKe-10 dan RMKe-11. Di samping itu, peruntukan pembangunan juga digunakan untuk
menampung perbelanjaan mengurus seperti utiliti dan tuntutan perjalanan. Selain itu,
laporan prestasi perbelanjaan kepada Kementerian dan Lembaga Pengarah juga tidak
memberi gambaran sebenar terhadap prestasi perbelanjaan projek.

7. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan dan
pencapaian output serta outcome dapat ditingkatkan, adalah disyorkan kepada pihak
terlibat untuk mengambil tindakan seperti berikut:

7.1. MIMOS perlu menetapkan sasaran bilangan output yang hendak dicapai dan
outcome dari segi pulangan kewangan terhadap pelaksanaan projek R&D dalam LFM;

7.2. MOSTI dan UPE mengkaji semula format pelaporan prestasi kewangan dan fizikal
projek pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun yang dibentangkan oleh MIMOS
dalam mesyuarat JTPK bagi memastikan laporan yang dibentangkan memberi gambaran
sebenar dan lebih telus terhadap prestasi perbelanjaan projek;

7.3. Lembaga Pengarah memainkan peranan yang lebih efektif dalam memastikan
laporan prestasi perbelanjaan yang dibentangkan oleh pihak pengurusan MIMOS
memberi gambaran sebenar mengenai penggunaan peruntukan pembangunan di bawah
Rancangan Malaysia bagi melaksanakan projek R&D; dan

7.4. MIMOS perlu memastikan semua aset berserta komponen aset didaftarkan secara
lengkap dan teratur dalam SAP terutamanya aset yang diperoleh melalui peruntukan
pembangunan RMKe-10. MIMOS juga perlu melaksanakan pemeriksaan aset sekurang-
kurangnya satu (1) kali setahun supaya aset yang diperoleh dapat dikenal pasti dan status
aset disahkan dengan tepat sama ada masih berfungsi atau perlu dilupuskan.

6
6 -- 36
36 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 20192019
Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad
Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan oleh MIMOS Berhad RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 36 02/12/2020 11:16 AM


7
KEMENTERIAN WILAYAH
PERSEKUTUAN
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
– Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan
Penguatkuasaan Penjaja di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 37 02/12/2020 11:16 AM


4. Teks 6 - 8.indd 38 02/12/2020 11:16 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
PENGURUSAN AKTIVITI PELESENAN DAN
PENGUATKUASAAN PENJAJA DI WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Perkara Utama
Apa yang  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan Pihak
diaudit? Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kementerian Wilayah
Persekutuan yang bertanggungjawab untuk memastikan
pembangunan bandaraya Kuala Lumpur dilaksanakan secara
terancang berteraskan tadbir urus yang cemerlang.
 Pengurusan aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan penjaja oleh
DBKL bertujuan mengawal dan memantau pelesenan penjaja di
sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) serta
melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang
secara sistematik.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap Pengurusan Aktiviti
Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja di WPKL bagi tempoh
tahun 2017 hingga 2019 yang meliputi dua (2) bidang utama
Audit iaitu prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti.
 Bagi prestasi aktiviti, pencapaian output dan outcome dinilai
terhadap impak dan keberkesanan aktiviti pelesenan
penguatkuasaan terhadap penjaja dalam membasmi penjaja
warga asing dan penjaja tanpa lesen.
 Pengurusan aktiviti pula dinilai terhadap lima (5) perkara iaitu
pengurusan permohonan lesen penjaja, pengurusan kutipan hasil,
pengurusan notis kesalahan serta tawaran kompaun, pengurusan
aduan dan pemantauan oleh DBKL.
 Pengauditan melibatkan dua (2) jabatan DBKL iaitu Jabatan
Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) dan Jabatan
Penguatkuasaan (JPK).

Mengapa ia  Aktiviti perniagaan oleh penjaja warga asing dan tidak berlesen
penting menjejaskan imej Bandaraya Kuala Lumpur.
untuk
 Meskipun penguatkuasaan seperti sitaan dan pemberian notis
diaudit?
kesalahan telah dilaksanakan oleh DBKL namun isu penjaja warga
asing dan penjaja tanpa lesen masih berleluasa di kawasan
tertentu.
 Pengurusan kelulusan permohonan lesen dan kutipan hasil
sewaan petak penjaja yang kurang cekap memberi kesan kepada
hasil fi lesen dan tunggakan hasil sewa DBKL.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 7 - 17 - 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti dPelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
i Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 1 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA

Apa yang  Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, dapat


ditemui dirumuskan bahawa pengurusan aktiviti pelesenan dan
Audit? penguatkuasaan penjaja oleh DBKL tidak dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan dalam mengawal serta memantau aktiviti
penjaja. Ini kerana terdapat kelemahan dalam proses
permohonan lesen untuk mengenal pasti kesahihan dokumen
pengenalan diri, penyenggaraan laporan penguatkuasaan yang
tidak teratur serta aktiviti penguatkuasaan yang tidak
menyeluruh. Selain itu pengurusan kutipan hasil sewa tidak cekap
menyumbang kepada tunggakan sewa yang tinggi serta
berpotensi untuk dilupuskan sehingga memberi kesan kepada
hasil DBKL.
 Kelemahan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
- Pemohonan dan pembaharuan Lesen Penjaja menggunakan
kad pengenalan yang tidak sah di mana pemilik kad telah
meninggal dunia antara satu (1) tahun hingga 10 tahun yang
lalu serta ada yang tidak dikenal pasti status kewarganegaraan
mereka kerana tiada rekod di Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN).

- Data hartanah sewaan yang dikemukakan oleh JPPP tidak


diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.

- Tunggakan hasil sewaan petak penjaja sehingga 31 Disember


2019 adalah berjumlah RM21.11 juta melibatkan 12,534
penjaja.

- Sejumlah 776 (13.1%) unit petak penjaja mempunyai


perjanjian sewaan manakala sejumlah 5,143 (86.9%) tidak
mempunyai perjanjian sewaan dan hanya berdasarkan Surat
Tawaran.

- Sistem Penguatkuasaan Jabatan (SPJ) JPK dan Sistem


Penguatkuasaan Undang-undang (SP2U) JPPP tidak
berintegrasi dengan Sistem eLesen milik JPPP menjejaskan
keberkesanan pemantauan terhadap penjaja.

- Sejumlah 214 (13.2%) daripada 1,624 aduan yang diterima


lewat diselesaikan iaitu antara satu (1) hingga 177 hari
melibatkan aduan JPPP.

7-2
7-2 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 2 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
1. PENGURUSAN AKTIVITI PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN PENJAJA
DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

FAKTA UTAMA AKTIVITI PELESENAN DAN


PENGUATKUASAAN PENJAJA

Lesen 3 Kategori Jenis


Penjaja Lesen Penjaja Penguatkuasaan
 27,274 lesen penjaja yang  Penjaja statik, sementara dan  Pemantauan harian mengikut zon dan
aktif bagi tahun 2019 bergerak cawangan oleh DBKL
 Operasi Tegas dengan penglibatan
JIM, PDRM dan JPN

DBKL Merealisasikan WPKL sebagai bandaraya bertaraf dunia yang unggul dan
cemerlang menjelang tahun 2020

Jabatan Pelesenan dan Memproses, mengeluar dan memantau lesen penjaja


Pembangunan Perniagaan
Jabatan Penguatkuasaan Menjalankan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan

Lokasi Hotspot Pasar Pudu, Pasar Harian Selayang, Pasar Borong Kuala Lumpur, Penjaja di Jalan
Silang dan Penjaja di Jalan Petaling

1. LATAR BELAKANG

1.1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. DBKL bertanggungjawab untuk
memajukan, memakmurkan dan mensejahterakan Ibu Kota Kuala Lumpur menerusi
program pembangunan fizikal, sosioekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan
perbandaran secara terancang berteraskan tadbir urus yang cemerlang.

1.2. Pengurusan Tertinggi DBKL diketuai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan
dibantu empat (4) Pengarah Eksekutif yang bertanggungjawab dalam Sektor
Perancangan, Pengurusan, Pembangunan Sosioekonomi dan Pengurusan Projek.
Pengurusan terhadap aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan penjaja di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) oleh DBKL dikawal selia oleh dua (2) jabatan di bawah
Sektor Pembangunan Sosioekonomi iaitu Jabatan Pelesenan dan Pembangunan
Perniagaan (JPPP) serta Jabatan Penguatkuasaan (JPK). JPPP bertanggungjawab dalam
pengendalian, pengeluaran lesen dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti
perniagaan dan penjaja di dalam kawasan WPKL. JPK bertanggungjawab dalam
mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen yang
tidak mematuhi syarat lesen serta penjaja warga asing.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 - 37 - 3
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 3 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

1.3. Pengurusan aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan penjaja oleh DBKL bertujuan
mengawal dan memantau pelesenan penjaja di sekitar WPKL serta melaksanakan
pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang secara sistematik. Bagi tujuan
pentadbiran, DBKL membahagikan kawasan WPKL kepada tiga (3) zon iaitu Utara,
Tengah dan Selatan.

1.4. Perenggan 2 Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016


menyatakan penjaja adalah seseorang penjaja statik, penjaja sementara dan penjaja
bergerak yang dilesenkan di bawah UUK. Penjaja statik ialah penjaja yang mempamerkan
barang di gerai atau petak di mana-mana jalan. Penjaja sementara ialah penjaja yang
menjalankan perniagaan mengikut tempoh dan waktu perniagaan yang tertentu. Penjaja
bergerak pula ialah penjaja yang menjalankan perniagaan dengan atau tanpa kenderaan
serta bergerak dari setempat ke setempat.

1.5. Lesen penjaja yang aktif pada tahun 2019 adalah berjumlah 27,274. Pecahan
bilangan lesen penjaja mengikut zon dan jenis lesen mengikut kategori yang dikeluarkan
oleh DBKL kepada penjaja adalah seperti dalam Jadual 1 dan 2.

JADUAL 1
BILANGAN LESEN PENJAJA AKTIF MENGIKUT ZON
BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
TAHUN
ZON PARLIMEN
2017 2018 2019
Batu 4,246 4,559 4,952
Kepong 2,487 2,321 2,945
Utara
Segambut 1,593 1,514 1,220
Wangsa Maju 1,362 1,219 1,323
Bukit Bintang 4,332 4,028 4,462
Tengah Setiawangsa 1,281 1,378 659
Titiwangsa 2,523 2,113 2,691
Bandar Tun Razak 2,077 1,948 1,652
Cheras 3,948 2,781 2,832
Selatan
Lembah Pantai 1,554 1,288 1,429
Seputeh 3,730 2,404 3,109
JUMLAH 29,133 25,553 27,274
Sumber: Sistem eLesen JPPP

JADUAL 2
KATEGORI DAN JENIS LESEN PENJAJA
BIL. KATEGORI LESEN JENIS PENJAJA
Gerai Berkunci
Penjaja Tepi Jalan
Kiosk
1. Penjaja Statik Pasar Berbangunan
Pasar Terbuka
Pusat Penjaja
Pusat Penjaja Swasta

7 - 47 - 4 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 4 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

BIL. KATEGORI LESEN JENIS PENJAJA


Bazaria Larut Malam
2. Penjaja Sementara Pasar Malam
Permit Sementara
Food Truck
3. Penjaja Bergerak
Penjaja Beredar
Sumber: Garis Panduan Pelesenan Perniagaan WPKL 2016

1.6. DBKL telah mengenal pasti lima (5) lokasi hotspot yang menjadi tumpuan penjaja
warga asing dan penjaja tanpa lesen menjalankan aktiviti perniagaan iaitu Pasar Pudu,
Pasar Harian Selayang, Pasar Borong Kuala Lumpur, Penjaja di Jalan Silang dan Penjaja
di Jalan Petaling.

1.7. Aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan terhadap penjaja WPKL mengguna pakai
beberapa peruntukan undang-undang iaitu UUK Pelesenan Penjaja dan Gerai Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1989, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK
Pasar (WPKL) 1984, UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2016, UUK Pasar Borong (WPKL) 2002,
Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan aktiviti pelesenan dan
penguatkuasaan penjaja di WPKL telah diurus dengan cekap dan berkesan oleh DBKL
dengan memastikan pengawalan dan pemantauan pelesenan penjaja di sekitar WPKL
adalah teratur.

3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi aktiviti dan
pengurusan aktiviti bagi tahun 2017 hingga 2019. Bagi prestasi aktiviti, pencapaian output
dinilai berdasarkan pencapaian permohonan, kelulusan dan pengeluaran lesen penjaja
serta pelaksanaan penguatkuasaan dan pemantauan penjaja. Pencapaian outcome dinilai
berdasarkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing dan
penjaja tanpa lesen. Pengurusan aktiviti meliputi lima (5) perkara iaitu pengurusan
permohonan lesen penjaja, pengurusan kutipan hasil, pengurusan notis kesalahan serta
tawaran kompaun, pengurusan aduan dan pemantauan oleh DBKL.

3.2. Pengauditan telah dilaksanakan pada bulan Mac 2019 hingga Jun 2020 di Jabatan
Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) dan Jabatan Penguatkuasaan (JPK).
Sampel Audit adalah berdasarkan dua (2) daripada 11 kawasan parlimen yang
mempunyai populasi penjaja berlesen tertinggi iaitu Batu (13,757) dan Bukit Bintang
(12,822) bagi tahun 2017 hingga 2019. Sampel pengauditan bagi dua (2) parlimen
Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 - 57 - 5
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 5 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

tersebut dipilih berdasarkan lokasi hotspot dan mempunyai bilangan penjaja warga asing
serta penjaja tanpa lesen yang tinggi meliputi pasar berbangunan dan penjaja tepi jalan.
Pihak Audit telah menjalankan lawatan fizikal bersama pegawai DBKL ke 17 lokasi penjaja
terpilih adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
LAWATAN FIZIKAL KE LOKASI PENJAJA DI WPKL
BIL. TARIKH LOKASI
1. 10.04.2019 *Pasar Borong Kuala Lumpur
10.04.2019
2. *Pasar Harian Selayang
25.07.2019
3. *Pasar Pudu
11.04.2019
4. Pasar Taman Sri Sentosa
5. 18.04.2019 Taman Koperasi Polis (Ops Tegas)
6. Bangsar City
22.04.2019
7. Pantai Dalam/Lembah Pantai
8. *Jalan Silang
23.04.2019
9. Jalan Petaling
24.04.2019
10. *Jalan Selayang Baru (berhampiran Pasar Harian Selayang)
27.08.2019
24.04.2019
11. *Jalan 2/3a, Pusat Bandar Utara Selayang (berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur)
28.08.2019
12. Pasar Berbangunan Pasar Besar Cheras
13. 08.07.2020 Pusat Penjaja Damai, Jalan Batu Bata (Medan Selera)
14. Pusat Penjaja Jalan Tun Razak Lot 97/98 Jalan Pangkor
15. Pusat Penjaja Bazaria Pantai (Lembah Pantai)
16. 09.07.2020 Pusat Penjaja Dataran Sri Angkasa
17. Medan Aneka Lorong Masjid Pakistan
Sumber: Lawatan Fizikal Jabatan Audit Negara
Nota: (*) – Lokasi Hotspot

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dilaksanakan dengan menyemak rekod, dokumen dan fail kelulusan lesen,
sewaan petak penjaja dan kompaun penjaja serta menganalisis data daripada sistem di
DBKL yang berkaitan serta data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lawatan
fizikal turut dijalankan di lokasi penjaja terpilih. Selain itu, temu bual dijalankan terhadap
pegawai bertanggungjawab di JPPP, JPK dan wakil penjaja.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan dari bulan Mac 2019 hingga Jun 2020. Penemuan Audit
dan maklum balas daripada DBKL telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup (Exit
Conference) pada 10 Oktober 2019. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan adalah
seperti dalam perenggan berikut:

7 - 67 - 6 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 6 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

5.1. Prestasi Aktiviti

5.1.1. Pencapaian Output

a. Permohonan, Kelulusan dan Pengeluaran Lesen Baharu

i. JPPP bertanggungjawab memproses dan mengeluarkan lesen kepada penjaja


melalui Sistem eLesen berdasarkan syarat dan peraturan DBKL sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan. Sistem eLesen merupakan sistem pemantauan yang
diguna pakai oleh JPPP yang merangkumi semua proses aktiviti pelesenan
bermula daripada permohonan lesen sehingga lesen dikeluarkan. JPPP akan
meluluskan setiap permohonan baharu lesen yang lengkap serta mematuhi
Garis Panduan Pelesenan Perniagaan WPKL 2016. Tempoh kelulusan
permohonan baharu lesen adalah berdasarkan piagam pelanggan iaitu antara
14 hingga 30 hari. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PIAGAM PELANGGAN PERMOHONAN BAHARU LESEN PENJAJA
BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
TEMPOH KELULUSAN
BIL. JENIS PENJAJA (Hari Bekerja)
2017 2018 2019
1. Pasar Berbangunan
2. Pusat Penjaja
3. Pasar Terbuka 14 14 14
4. Bazaria Larut Malam
5. Pasar Malam
6. Penjaja Tepi Jalan 30 30 30
7. Permit Sementara 20 30 30
8. Penjaja Beredar 20 30 30
Sumber: Piagam Pelanggan JPPP

ii. Semakan Audit terhadap tempoh proses permohonan baharu untuk semua
jenis lesen penjaja mendapati peratus ketidakpatuhan terhadap piagam
pelanggan bagi tahun 2017 adalah 67.5%. Pada tahun 2018, pencapaian
peratus ketidakpatuhan menurun kepada 52.7% namun meningkat kepada
84.3% pada tahun 2019. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
PEMATUHAN TEMPOH PROSES PERMOHONAN BAHARU BERDASARKAN
PIAGAM PELANGGAN BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
PEMATUHAN PIAGAM PELANGGAN
JUMLAH
TAHUN PERMOHONAN PATUH TIDAK PATUH
(BIL. LESEN) PERATUS PERATUS
BILANGAN BILANGAN
(%) (%)
2017 4,708 1,529 32.5 3,179 67.5
2018 3,913 1,849 47.3 2,064 52.7
2019 3,424 536 15.7 2,888 84.3
Sumber: Sistem eLesen JPPP

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 - 77 - 7
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 7 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

iii. Semakan Audit selanjutnya berdasarkan Sistem eLesen mendapati trend


kelulusan lesen penjaja baharu menurun sepanjang tahun 2017 sehingga
2019 masing-masing dengan jumlah kelulusan lesen sebanyak 4,147 (88.0%),
3,025 (77.3%) dan 2,144 (62.6%) berbanding permohonan. Penurunan
peratus kelulusan adalah kerana dasar pembekuan kelulusan lesen Gerai Tepi
Jalan yang berkuat kuasa pada 1 November 2016. Maklumat lanjut adalah
seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
TREND KELULUSAN LESEN PENJAJA BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
2017 2018 2019
KATEGORI
BIL. JENIS LESEN DALAM
LESEN MOHON LULUS MOHON LULUS MOHON LULUS
PROSES
1. Gerai Berkunci 6 6 4 1 8 0 8
2. Gerai Tepi Jalan 654 589 897 628 223 0 96
3. Kiosk 9 9 14 8 10 1 8
Pasar
4. Penjaja 1,496 1,270 548 328 472 143 148
Berbangunan
Statik
5. Pasar Terbuka 282 249 177 120 188 76 79
Pusat Penjaja
6. 439 278 446 239 406 159 135
DBKL
Pusat Penjaja
7. 38 38 56 56 32 0 32
Swasta
Bazaria Larut
8. 27 27 18 18 470 1 467
Malam
Penjaja
9. Pasar Malam 1,545 1,528 1,462 1,461 993 5 988
Sementara
Permit
10. 45 19 193 90 594 2 172
Sementara
11. Penjaja Food Truck 130 111 77 64 19 2 13
12. Bergerak Penjaja Beredar 37 23 21 12 9 2 5
JUMLAH 4,708 4,147 3,913 3,025 3,424 392 2,144
Sumber: Sistem eLesen

iv. Semakan Audit juga mendapati hingga 30 Jun 2020 permohonan 392 (11.4%)
lesen penjaja baharu bagi tahun 2019 masih berstatus “dalam proses” dan
telah melebihi tempoh kelulusan permohonan lesen baharu yang ditetapkan.
Kelewatan kelulusan adalah antara 152 hingga 515 hari.

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 dan 11 Oktober 2019

Merinyu Lesen yang berkaitan juga bertanggungjawab melaksanakan tugas siasatan


lesen lain seperti lesen premis, iklan, hiburan, tempat letak kereta, lesen minuman
keras serta melaksanakan tugas bancian penjaja, pengurusan pasar/pusat penjaja,
gotong-royong serta rundingan awam bersama penjaja. Kajian sedang dilaksanakan
DBKL berkaitan proses pengisian penjaja di pasar/pusat penjaja, semakan piagam
pelanggan, pembahagian tugas serta mengadakan mesyuarat pemantauan eLesen
dua (2) minggu sekali.

7 - 87 - 8 Laporan Ketua Audit


Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 8 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

Terdapat permohonan tahun sebelum diproses dan dilulus pada tahun berikutnya
kerana jumlah permohonan lesen adalah tinggi dan tidak dapat diselesaikan pada
tahun tersebut.

Pendapat Proses kelulusan permohonan lesen penjaja adalah tidak


Audit cekap kerana 52.7% hingga 84.3% daripada permohonan baru
tidak mematuhi piagam pelanggan yang ditetapkan. Keadaan
ini boleh melewatkan operasi perniagaan penjaja secara sah di
samping boleh meningkatkan risiko peningkatan bilangan
penjaja tanpa lesen.

b. Penguatkuasaan Harian

i. Pihak JPK menjalankan penguatkuasaan secara harian termasuklah


penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen dan penjaja warga asing.
Cawangan Penguatkuasaan Zon (CPZ) dan Cawangan Penguatkuasaan
Pasar/Pusat Penjaja (CPPP) terlibat secara langsung dalam penguatkuasaan
terhadap penjaja.

ii. Penguatkuasaan harian dilaksanakan secara syif iaitu antara satu (1) hingga
tiga (3) syif setiap hari. Setiap Pegawai Penguatkuasa menjalankan rondaan
dan pemantauan mengikut jadual serta kawasan yang telah ditetapkan dalam
Jadual Tugas Harian (JPK-01) yang disediakan oleh Bahagian Penguatkuasaan
Zon, Cawangan Zon Bahagian Penguatkuasaan. Prosedur Tindakan
Penguatkuasaan menetapkan hasil rondaan dan pemantauan direkodkan ke
dalam Laporan Harian (JPK-02). Maklumat terperinci Jadual Tugas Harian
mengikut CPZ dan CPPP adalah seperti dalam Jadual 7 dan 8.

JADUAL 7
PENGUATKUASAAN HARIAN OLEH CAWANGAN PENGUATKUASAAN ZON
BIL. PEGAWAI/
KAWASAN AKTIVITI
BIL. KUMPULAN LORI/VAN WAKTU TUGASAN
PENGUATKUASAAN PENGUATKUASAAN
SESYIF
 11 mlm – 7 pg;
Tindakan Khas Sitaan terhadap penjaja
1. Parlimen Bukit Bintang 7 - 9 orang/lori  7 pg – 3 ptg; dan
(Task Force) warga asing
 3 ptg – 11 mlm
 7 pg – 3 ptg; dan
2. Masjid India Masjid India 7 - 11 orang/lori
 2 ptg – 10 mlm
 8 pg – 4 ptg; dan
3. Chow Kit Chow Kit 6 - 10 orang/van
 2 ptg – 10 mlm
 8 pg – 4 ptg; dan
4. Brickfields Brickfields 7 - 9 orang/van
 2 ptg – 10 mlm
Rondaan dan
 8 pg – 4 ptg; dan
5. Petaling Petaling 8 - 11 orang/van pemantauan
 2 ptg – 10 mlm
 9 mlm – 5 pg;
5 - 9 orang/
6. Imbi Imbi  8 pg – 4 ptg; dan
lori/van
 4 ptg – 12 mlm
6 atau 7
7. Pudu Pudu  8 pg – 4 ptg
orang/van
Sumber: Jadual Tugas Harian (JPK-01)

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 - 97 - 9
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 9 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 8
PENGUATKUASAAN HARIAN OLEH
CAWANGAN PENGUATKUASAAN PASAR/PUSAT PENJAJA
BIL. PEGAWAI/
KAWASAN AKTIVITI
BIL. KUMPULAN LORI/VAN WAKTU TUGASAN
PENGUATKUASAAN PENGUATKUASAAN
SESYIF

Task Force
1. Pasar Kuala 11 Pasar 6 - 8 orang/van  6 pg – 3 ptg
Lumpur
Pemantauan dan
 11 mlm - 8.15 pg; penguatkuasaan
Pasar Borong  7 pg - 4.15 ptg; dan
2. Dua (2) Pasar 4 - 6 orang/lori
Kuala Lumpur  2.45 ptg - 12.00
mlm
Sumber: Jadual Tugas Harian (JPK-01)

iii. Semakan Audit mendapati JPK tidak dapat mengemukakan borang JPK-02
dengan lengkap bagi tempoh pengauditan dari bulan Januari 2017 hingga
Disember 2019. Hal ini kerana borang yang disimpan tidak direkod dan
diselenggara dengan baik. Oleh itu, pihak Audit tidak dapat mengukur secara
menyeluruh prestasi pemantauan harian yang dijalankan berdasarkan
perancangan yang telah ditetapkan dalam JPK-01.

iv. Berdasarkan Mesyuarat Kajian Semula MS ISO 9001:2008 pada 3 November


2014, borang JPK-02 telah dikeluarkan daripada borang prosedur kualiti kerja.
Bermula bulan Januari 2018 JPK tidak mewajibkan penggunaan borang
JPK-02 dan diganti dengan sistem SPJ untuk merekodkan hasil pemantauan
harian. Keputusan ini diambil setelah kajian semula terhadap pemakaian
borang tersebut dibuat. Pengukuran prestasi pemantauan harian
menggunakan sistem SPJ adalah kurang tepat kerana laporan yang dijana
adalah berdasarkan jumlah notis kesalahan sahaja dan bukan kekerapan serta
laporan operasi pemantauan sesuatu lokasi. Sekiranya tiada tindakan notis
kesalahan dikeluarkan di kawasan berkenaan berdasarkan jadual harian, hasil
pemantauan tidak dilaporkan dalam sistem SPJ. Selain daripada itu, sistem
SPJ juga tidak merekodkan jumlah tindakan terhadap penjaja warga asing
seperti sitaan memandangkan SPJ hanya menjana notis kesalahan sahaja.
Oleh itu, pihak Audit tidak dapat mengukur secara menyeluruh prestasi
pemantauan harian yang dijalankan berdasarkan perancangan.

v. Semakan terhadap sistem SPJ mendapati sebanyak 16,725 jumlah notis


kesalahan telah dikeluarkan bagi tahun 2017 hingga 2019 terhadap penjaja
hasil daripada pemantauan harian yang dilaksanakan. Parlimen Bukit Bintang
merekodkan jumlah pengeluaran notis kesalahan tertinggi berjumlah 8,111.
Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 9.

7-7
10- 10 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 10 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

JADUAL 9
BILANGAN NOTIS KESALAHAN DIKELUARKAN MENGIKUT PARLIMEN
BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
TAHUN
ZON PARLIMEN JUMLAH
2017 2018 2019
Batu 236 279 304 819
Kepong 198 149 249 596
Utara
Segambut 250 199 169 618
Wangsa Maju 230 312 516 1,058
Bukit Bintang 2,796 2,506 2,809 8,111
Tengah Setiawangsa 230 226 215 671
Titiwangsa 322 454 310 1,086
Bandar Tun Razak 77 144 53 274
Cheras 356 512 736 1,604
Selatan
Lembah Pantai 184 132 115 431
Seputeh 502 454 501 1,457
JUMLAH 5,381 5,367 5,977 16,725
Sumber: Sistem SPJ JPK

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Bermula bulan Januari 2018, Jabatan Penguatkuasaan tidak mewajibkan penggunaan


borang JPK-02 tetapi menjana pelaporan harian daripada sistem SPJ.

Pendapat Laporan pemantauan harian JPK melalui sistem SPJ yang


Audit hanya menumpukan kepada kes ketidakpatuhan
menyebabkan prestasi sebenar pemantauan tidak dapat
diukur keberkesanannya.

c. Pelaksanaan Operasi Tegas

i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 menetapkan supaya Ketua


Jabatan mengadakan sistem dan prosedur kerja yang teratur, jelas dan
difahami oleh semua pegawai di jabatan. JPK melaksanakan operasi
bersepadu iaitu Operasi Tegas (Ops Tegas) bersama jabatan dalaman DBKL
dan agensi penguatkuasaan. Jabatan dalaman DBKL yang terlibat adalah
JPPP, Pejabat Cawangan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Jabatan
Integriti, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan, Jabatan Kawalan
Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran. Agensi
penguatkuasaan lain yang terlibat adalah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tujuan
Ops Tegas dijalankan untuk menangani isu penjaja warga asing yang semakin
berleluasa di WPKL.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -711
- 11
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 11 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

ii. Berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama JPK pelaksanaan Ops Tegas pada tahun
2017 hingga 2019 masing-masing ditetapkan pada 40, 50 dan 36 siri.
Semakan Audit terhadap Laporan Tindakan Operasi Tegas tahun 2017 hingga
2019 mendapati bilangan Ops Tegas yang dilaksanakan tidak mencapai
sasaran KPI pada tahun 2017 iaitu 33 siri (82.5%). Pada tahun 2018 dan 2019
JPK telah mencapai sasaran KPI iaitu masing-masing 51 (102.0%) dan 37 siri
(102.8%). Pihak Audit dimaklumkan sungguhpun sasaran KPI Ops Tegas tidak
tercapai namun ia telah diganti dengan 11 Tindakan Khas Warga Asing dan
dua (2) Operasi Tunda Lori Buruk untuk mencapai sasaran KPI. Maklumat
lanjut adalah seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
BILANGAN OPS TEGAS BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
LAPORAN PELAKSANAAN
SASARAN TINDAKAN SEBENAR PERATUS
PERBEZAAN
TAHUN KPI (SIRI) OPERASI OPERASI (%)
(d=c-a)
(a) TEGAS TEGAS (e=c/a x 100)
(b) (c)
2017 40 34 33 (7) 82.5
2018 50 59 51 1 102.0
2019 36 37 37 1 102.8
JUMLAH 126 130 121 (5) 96.0
Sumber: Laporan Tindakan Operasi Tegas dan Statistik Tindakan Operasi Tegas DBKL

iii. Prosedur Tindakan Penguatkuasaan menyatakan semua operasi yang


melibatkan tangkapan warga asing perlu melibatkan tindakan bersama JIM
bagi memastikan tindakan dijalankan secara menyeluruh. Semakan Audit
terhadap Statistik Tindakan Operasi Tegas bagi tahun 2017
hingga 2019 mendapati penglibatan JIM tidak sepenuhnya
dalam semua operasi tersebut. JIM hanya terlibat dalam Ops
Tegas untuk 41 siri (33.9%) daripada 121 siri operasi yang
dijalankan dengan penangkapan 673 penjaja warga asing.
Sepanjang tahun 2019, pihak JIM tidak melibatkan diri dalam
setiap Ops Tegas yang dilaksanakan dan tiada tangkapan
terhadap penjaja warga asing dilakukan. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
PENGLIBATAN JIM DALAM OPS TEGAS BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
BILANGAN PENGLIBATAN PERATUS JUMLAH TANGKAPAN
TAHUN OPERASI JIM (%) PENJAJA WARGA
(a) (b) (c=b/a x 100) ASING
2017 33 16 48.5 387
2018 51 25 49.0 286
2019 37 0 0 0
JUMLAH 121 41 33.9 673
Sumber: Statistik Tindakan Operasi Tegas Tahun 2017 Hingga 2019 DBKL

7-7
12- 12 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 12 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

iv. Semakan Audit selanjutnya terhadap semua Laporan Tindakan Harian/Khas


Ops Tegas dan surat perintah operasi bagi tahun 2017 hingga 2019 mendapati
JPK tidak menetapkan sebarang norma tempoh masa bagi
mengeluarkan surat jemputan operasi kepada agensi
penguatkuasaan yang lain. Ketiadaan norma tersebut menyebabkan
surat panggilan bagi 82 operasi dikeluarkan dalam tempoh
yang singkat antara satu (1) hingga enam (6) hari sebelum
operasi dilaksanakan. Tempoh yang singkat boleh menyebabkan agensi
yang terlibat tidak dapat merancang operasi dengan rapi bagi memastikan
keberkesanannya. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
PENGUMURAN TEMPOH PANGGILAN OPERASI OPS TEGAS KURANG
DARI 1 MINGGU BAGI TAHUN 2017 HINGGA TAHUN 2019
JUMLAH
1 HARI 2 HARI 3 HARI 4 HARI 5 HARI 6 HARI
(Bil. Operasi)

4 27 16 11 12 12 82

Sumber: Surat Panggilan Operasi

v. Pihak Audit telah menyertai operasi Ops Tegas pada 18 April 2019 di Taman
Koperasi Polis Fasa 2 yang turut disertai oleh PDRM dan JPN. Susulan daripada
operasi tersebut, sebanyak lapan (8) notis kesalahan dikeluarkan di bawah
peruntukan UUK 3 (1) Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Sek. 46 (1) (d)
Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta lapan (8) tindakan sita diambil.
Bagaimanapun, tangkapan terhadap 19 warga asing tidak dapat
dilakukan kerana ketiadaan wakil daripada pihak JIM. Hanya
pemeriksaan kewarganegaraan sahaja dapat dilakukan. Maklumat lanjut
adalah seperti dalam Jadual 13. Gambar 1 menunjukkan Ops Tegas sedang
dijalankan.

JADUAL 13
LAPORAN OPS TEGAS DI TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2 TIDAK
MELIBATKAN JIM PADA 18 APRIL 2019
BIL. HASIL OPERASI BILANGAN JUMLAH
Warganegara 6 Kes
1 Tindakan Sitaan 8 Kes
Bukan Warganegara 2 Kes

Kesalahan di Bawah UUK 3 (1) 1 Kes


2. 8 Kes
Peruntukan Undang-undang Sek. 46 (1) d 7 Kes
Warga Bangladesh 2 Orang
Warga India 1 Orang
3. Pemeriksaan Kewarganegaraan Warga Indonesia 3 Orang 19 Orang
Warga Myanmar 1 Orang
Warga Thailand 12 Orang
Sumber: Laporan Operasi Tegas Bertarikh 18 April 2019

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -713
- 13
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 13 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GAMBAR 1

Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Muda


- Sitaan Barangan Penjaja Tanpa Lesen dalam Ops
Tegas
(18.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Pendapat Pengurusan Ops Tegas tidak dilaksanakan dengan cekap.


Audit Ketidakhadiran agensi penguatkuasa terutamanya JIM dalam
Ops Tegas menyebabkan tindakan terhadap warga asing tidak
dapat diambil.

5.1.2. Pencapaian Outcome

Pencapaian outcome bagi pengurusan pelesenan dan penguatkuasaan penjaja dinilai


berdasarkan objektif iaitu mengawal dan memantau pelesenan penjaja di WPKL.
Walau bagaimanapun, pihak DBKL tidak menetapkan indikator dan sasaran kuantitatif
secara khusus untuk mengukur keberkesanan aktiviti dalam pencapaian objektif ini.

5.1.2.1. Pencapaian Pengeluaran Notis Dan Sitaan

a. Pengeluaran notis dan tindakan sitaan dilaksanakan bagi penjaja yang


melanggar UUK berkaitan aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan. Bagi
penjaja bukan warganegara, notis kesalahan tidak dikeluarkan kerana
ketiadaan dokumen pengenalan diri yang boleh digunakan untuk merekod
kesalahan. Tindakan yang menyeluruh terhadap penjaja bukan warganegara
tidak dapat dilaksanakan secara harian disebabkan bidang kuasa JPK yang
terhad serta tidak melibatkan agensi lain seperti JIM. Berdasarkan Akta
Imigresen, agensi yang bertanggungjawab terhadap tangkapan bukan
warganegara adalah JIM. Oleh itu, hanya tindakan menyita barang niaga
sahaja yang boleh diambil JPK terhadap penjaja bukan warganegara.
Semakan Audit mendapati sebanyak 17,560 sitaan melibatkan penjaja bukan
warganegara telah dilaksanakan bagi tahun 2017 hingga 2019.

b. Semakan Audit terhadap notis kesalahan yang dikeluarkan mendapati,


kesalahan berniaga tanpa lesen mencatatkan jumlah notis
tertinggi iaitu 12,785 (83.2%). Analisis terhadap trend
pengeluaran notis mendapati berlaku sedikit penurunan notis
yang dikeluarkan iaitu sejumlah 16 (0.3%) pada tahun 2018
berbanding tahun 2017 iaitu daripada 4,586 kepada 4,570.

7-7
14- 14 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 14 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

Bagaimanapun pada tahun 2019, berlaku peningkatan yang besar iaitu


sejumlah 1,637 (35.8%) notis menjadikan pengeluaran notis pada tahun
tersebut adalah berjumlah 6,207. Maklumat lanjut adalah seperti dalam
Jadual 14.

JADUAL 14
PENGELUARAN NOTIS KESALAHAN PENJAJA BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
TAHUN
BIL. JENIS KESALAHAN JUMLAH
2017 2018 2019
1. Berniaga tanpa lesen 4,025 3,819 4,941 12,785
2. Halangan 6 91 261 358
3. Pembantu tanpa kebenaran 71 111 187 369
4. Kebersihan 19 34 90 143
5. Menyerah atau memajak atau menyewa lesen 4 2 6 12
6. Menjaja bukan di tapak di dalam lesen 38 10 13 61
Melebihi saiz dan pembinaan kajang atau atap
7. 227 66 123 416
tanpa kebenaran
8. Tidak hadir di petak perniagaan 19 114 288 421
9. Lain-lain kesalahan 177 323 298 798
JUMLAH 4,586 4,570 6,207 15,363
Sumber: Sistem SP2U JPPP dan Sistem SPJ JPK

c. Semakan Audit terhadap trend sitaan penjaja warganegara mendapati berlaku


penurunan sebanyak 289 (8.9%) pada tahun 2018 dan 349 (11.9%) pada
tahun 2019. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15
SITAAN PENJAJA WARGANEGARA BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
B TAHUN
BIL. JUMLAH
PARLIMEN
2017 2018 2019 SITAAN

1. Bukit Bintang 1,799 2,033 1,659 5,491

2. Titiwangsa 192 129 103 424

3. Batu 181 122 134 437

4. Wangsa Maju 217 128 106 451

5. Setiawangsa 139 102 48 289

6. Kepong 100 73 105 278

7. Segambut 65 51 55 171

8. Lembah Pantai 107 48 80 235

9. Cheras 151 74 65 290

10. Bandar Tun Razak 177 108 147 432

11. Seputeh 91 62 79 232

JUMLAH 3,219 2,930 2,581 8,730


Sumber: Unit Stor Sitaan DBKL

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -715
- 15
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 15 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

d. Semakan Audit terhadap sitaan penjaja bukan warganegara mendapati


kawasan Parlimen Batu mencatatkan jumlah sitaan tertinggi sepanjang
tempoh tiga (3) tahun iaitu 8,515 (48.4%). Trend sitaan mendapati berlaku
penurunan sebanyak 104 (1.9%) pada tahun 2018 berbanding tahun
sebelumnya iaitu daripada 5,714 kepada 5,610 sitaan. Walau bagaimanapun
trend sitaan meningkat semula pada tahun 2019 dengan kenaikan sebanyak
626 (11.2%) daripada 5,610 kepada 6,236. Maklumat lanjut adalah seperti
dalam Jadual 16.

JADUAL 16
SITAAN PENJAJA BUKAN WARGANEGARA BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
TAHUN JUMLAH
BIL. PARLIMEN
2017 2018 2019 SITAAN
1. Bukit Bintang 2,352 2,439 2,620 7,411
2. Titiwangsa 87 184 99 370
3. Batu 2,944 2,692 2,879 8,515
4. Wangsa Maju 42 49 111 202
5. Setiawangsa 13 32 36 81
6. Kepong 32 44 81 157
7. Segambut 23 17 50 90
8. Lembah Pantai 21 29 57 107
9. Cheras 80 39 149 268
10. Bandar Tun Razak 32 46 80 158
11. Seputeh 88 39 74 201
JUMLAH 5,714 5,610 6,236 17,560
Sumber: Unit Stor Sitaan DBKL

e. Berdasarkan trend tindakan sitaan yang dilaksanakan, secara keseluruhannya


Parlimen Bukit Bintang dan Batu mencatatkan jumlah sitaan yang tinggi.
Analisis Audit mendapati 83.1% daripada jumlah keseluruhan sitaan
sepanjang tiga (3) tahun adalah di lokasi tersebut. Daripada jumlah tersebut,
trend sitaan bagi lima (5) lokasi hotspot yang menjadi tumpuan penjaja warga
asing dan penjaja tanpa lesen tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Ini
menunjukkan keberkesanan operasi penguatkuasaan masih belum tercapai.
Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17
SITAAN DI LIMA (5) KAWASAN HOTSPOT
BAGI TAHUN 2017 HINGGA 31 DISEMBER 2019
TAHUN JUMLAH
BIL. KAWASAN
2017 2018 2019 SITAAN

1. Pasar Harian Selayang 2,003 1,862 1,881 5,746


2. Pasar Borong Kuala Lumpur 202 419 773 1,394
3. Pasar Pudu 9 235 72 316
4. Jalan Silang 824 767 493 2,084
5. Jalan Petaling 45 59 44 148
JUMLAH 3,083 3,342 3,263 9,688
Sumber: Unit Stor Sitaan DBKL

7-7
16- 16 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 16 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Pihak DBKL mengambil maklum dan dalam proses untuk membuat penambahbaikan
terhadap penilaian outcome keberkesanan aktiviti penguatkuasaan terhadap penjaja.

DBKL menerusi JPPP telah menyediakan draf Pelan Strategik Pembangunan Penjaja
berkenaan dengan penjaja di sekitar WPKL. Objektif utama pelan ini adalah untuk
mewujudkan pengurusan dan persekitaran penjajaan yang maju dan bersistematik
selain disokong oleh sistem pencegahan dan penguatkuasaan berdasarkan
perundangan yang terkini dan relevan.

Pendapat Pemantauan DBKL masih kurang berkesan terutamanya


Audit melibatkan penjaja warga asing dan zon/kawasan yang
berisiko tinggi. Kolaborasi antara Jabatan/Agensi lain amat
penting bagi memastikan keberkesanan dalam menangani
penjaja tanpa lesen dan warga asing.

5.1.2.2. Pematuhan Syarat-Syarat Penjaja

Semakan Audit telah dilaksanakan di beberapa lokasi penjaja untuk menilai


pematuhan kepada syarat-syarat penjaja serta kesan daripadanya. Hasil semakan
mendapati perkara-perkara berikut:

a. Penjaja Tanpa Lesen

i. UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, perenggan 3 (1) menyatakan lesen


diperlukan bagi aktiviti penjajaan manakala perenggan 3 (2) menyatakan
mana-mana orang yang menjalankan penjajaan tanpa lesen merupakan
satu kesalahan.

ii. Lawatan Audit pada 11 April 2019 mendapati 15 penjaja di Jalan Pasar,
Pudu dan 30 penjaja di Jalan Selayang Baru menjalankan aktiviti
perniagaan tanpa lesen adalah seperti dalam Gambar 2 dan 3.

GAMBAR 2 GAMBAR 3

Jalan Pasar, Pudu Jalan Selayang Baru


- Penjaja Tanpa Lesen - Penjaja Tanpa Lesen
(11.04.2019) (11.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -717
- 17
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 17 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

iii. Lawatan Audit pada 24 April 2019 di Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang
Baru mendapati tapak penjaja tanpa lesen dibina berhampiran valve udara
paip air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Terdapat juga penjaja
tanpa lesen beroperasi berhampiran tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad
(TNB) di sekitar Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang. Keadaan ini
mendedahkan risiko keselamatan dan menyukarkan kerja penyenggaraan
paip air dan tiang elektrik oleh pihak berwajib seperti dalam Gambar 4
dan 5.

GAMBAR 4 GAMBAR 5

Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang Baru Jalan Selayang Baru


- Tapak Penjaja Tanpa Lesen Dibina - Tapak Penjaja Tanpa Lesen Berhampiran
Berhampiran Valve Udara Paip Air Tiang TNB
(24.04.2019) (24.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

iv. Aktiviti penjaja tanpa lesen juga menyebabkan aliran longkang tersumbat
kesan pembuangan sisa sayuran dan plastik ke dalam longkang adalah
seperti dalam Gambar 6.

GAMBAR 6

Sekitar Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang Baru


- Sisa Buangan Dibuang ke dalam Longkang
(24.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Bancian penjaja di Jalan Pasar, Pudu telah dilakukan untuk melesenkan penjaja dan
mesyuarat telah diadakan pada 26 Ogos 2019 bersama tiga (3) wakil persatuan
penjaja. Sehingga bulan Ogos 2019, DBKL telah mengeluarkan 194 kompaun dan
menyita 1,367 peniaga tanpa lesen di Jalan Pasar, Pudu dan Jalan Selayang Baru.
DBKL telah mengambil tindakan mengosongkan tapak penjaja pada 6 Ogos 2019
mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) terhadap struktur tanpa izin di

7-7
18- 18 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 18 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

atas tanah Kerajaan yang terlibat dengan Projek Cadangan Menaiktaraf Jalan Ipoh
dari Selayang Lama hingga Bulatan Batu Caves, Selayang Baru bersama agensi
berkaitan iaitu PDRM, SYABAS, TNB, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pejabat
Tanah dan Galian (PTG), JPK, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan
(JPEP), JPPP, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME) serta Jabatan
Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB).

DBKL menyediakan pelan tindakan di dalam Program Blueprint Penarafan Kebersihan


dengan kerjasama pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (SWCorp), Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB), JPPP, JPK dan Pejabat Cawangan.
Kerja pembersihan dan kutipan dilakukan secara berjadual oleh pihak SWCorp/AFSB
dengan mengemukakan penambahbaikan daripada aspek penempatan semula lokasi
sedia ada dan engagement terhadap pematuhan syarat.

v. Lawatan Audit ke Jalan Bangsar Utama pada 22 April 2019 bersama


pegawai dari Pejabat Cawangan Lembah Pantai mendapati 10 unit penjaja
beroperasi tanpa lesen di bahu jalan. Sebanyak 10 notis kesalahan serta
tawaran kompaun telah dikeluarkan. Temu bual mendapati penjaja
berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan seawal jam 11.00 pagi hingga
2.30 petang sejak tahun 2017. Kesan peniaga berniaga tanpa lesen
dilokasi tidak sesuai berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas
terutama ketika waktu puncak seperti dalam Gambar 7 dan 8.

GAMBAR 7 GAMBAR 8

Jalan Bangsar Utama


- Kesesakan Lalulintas Kerana Penjaja Berniaga Tanpa Lesen di Lokasi Tidak Dibenarkan
(22.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

DBKL telah membuat bancian pada 9 Mei 2019, 3 Julai 2019 dan 11 Julai 2019
terhadap penjaja di Jalan Bangsar Utama. Penjaja tidak dilesenkan kerana lokasi tidak
sesuai serta kerap menerima aduan daripada orang ramai. Sehingga bulan Ogos
2019, DBKL telah mengeluarkan 972 notis kesalahan terhadap peniaga tanpa lesen di
lokasi tersebut.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -719
- 19
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 19 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

b. Kewujudan Penjaja Bukan Warganegara

i. UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 perenggan 5 menyatakan penjaja


bukan warganegara tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan.

ii. Lawatan Audit pada 24 dan 28 Ogos 2019 mendapati penjaja warga asing
menjalankan perniagaan di kaki lima 10 lot kedai, Jalan 2/3a, Pusat Bandar
Utara Selayang dan di sekitar Jalan Selayang Baru. Kebanyakan warga
asing yang berniaga merupakan pemegang kad United Nations High
Commission For Refugees (UNHCR). Lot kedai di Pusat Bandar Utara
Selayang dan Jalan Selayang Baru berhampiran dengan Pasar Sementara
Harian Selayang telah menjadi kawasan penempatan utama warga asing.
Maklumat lanjut adalah seperti dalam Gambar 9 dan 10.

GAMBAR 9 GAMBAR 10

Jalan Selayang Baru Jalan Selayang Baru


- Aktiviti Penjaja Warga Asing - Aktiviti Penjaja Warga Asing
di Kaki Lima Berhadapan Lot Kedai di Kaki Lima Berhadapan Lot Kedai
(28.08.2019) (28.08.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

iii. Penjaja warga asing juga didapati membuang sampah dan sisa sayuran
serta buah-buahan di sekitar kawasan penjajaan adalah seperti dalam
Gambar 11.

GAMBAR 11

Jalan 2/3a Pusat Bandar Utara Selayang


- Sisa Buangan daripada Aktiviti Penjaja
Warga Asing Menjadi Halangan Jalan Raya
(24.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

DBKL tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan terhadap individu warga
asing dan hanya boleh mengambil tindakan sita terhadap peralatan dan barang yang
diniagakan. Tindakan ini dilakukan setiap hari secara berterusan di lokasi tersebut.

7-7
20- 20 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 20 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

Kerja pembersihan pada masa ini dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kawasan Jalan Selayang Baru dan Jalan
2/3a Pusat Bandar Utara Selayang didiami oleh ramai penjaja warga asing dengan
menjana sisa sangat tinggi. Budaya dan sikap warga asing yang mendiami kawasan
tersebut menyumbang kepada berlakunya kekotoran di kawasan tersebut.

c. Pengambilan Pembantu Bukan Warganegara

i. UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, perenggan 14 (1) (b) menyatakan


pemegang lesen tidak boleh mengambil pembantu warga asing.

ii. Lawatan Audit pada 24 April 2019 di sekitar Pasar Harian Selayang
mendapati 11 penjaja menggunakan khidmat pembantu warga asing.
Maklumat lanjut adalah seperti dalam Gambar 12.

GAMBAR 12

Pasar Harian Selayang


- Pembantu Penjaja Warga Asing
(24.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

DBKL telah mengeluarkan notis larangan dan memasang banner di kawasan pasar
pada tahun 2018. DBKL akan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada semua
pelesen yang didapati menggunakan khidmat pembantu warga asing.

d. Berniaga di Lokasi Tidak Dibenarkan

i. UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 Bahagian III Peruntukan Am para 23


(1) menyatakan pemegang lesen tidak boleh menjalankan aktiviti menjaja
dalam lingkungan sembilan (9) meter daripada simpang jalan.

ii. Lawatan Audit di Jalan Bangsar Utama 3 UOA pada 22 April 2019
mendapati penjaja menjalankan aktiviti menjaja di simpang jalan seperti
dalam Gambar 13.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -721
- 21
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 21 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GAMBAR 13

Jalan Bangsar Utama 3 UOA


- Penjaja di Simpang Jalan
(22.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

iii. UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 Bahagian III Peruntukan Am para 23
(2) menyatakan pemegang lesen tidak boleh menjalankan aktiviti penjaja
yang boleh menghalang atau mengganggu kelancaran arus lalu lintas
kenderaan dan pergerakan pejalan kaki.

iv. Lawatan Audit di Pasar Pudu pada 11 April 2019 mendapati penjaja
meletakkan sangkar ayam dan bekas polystyrene di tempat laluan awam
di hadapan kedai seperti dalam Gambar 14. Penjaja juga didapati
menjaja di atas laluan pejalan kaki di Jalan Bangsar Utama 3 UOA seperti
dalam Gambar 15.

GAMBAR 14 GAMBAR 15

Pasar Pudu Jalan Bangsar Utama 3 UOA


- Barang Penjaja Menghalang Laluan - Penjaja di Laluan Pejalan Kaki
(11.04.2019) (22.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Siasatan mendapati penjaja yang berniaga di Pasar Pudu dan Jalan Bangsar Utama
telah diambil tindakan oleh pihak DBKL. Sebanyak dua (2) dan 10 notis kesalahan
serta tawaran kompaun telah dikeluarkan masing-masing kepada penjaja di Pasar
Pudu dan di Jalan Bangsar Utama 3 UOA.

e. Pemilik Tiada di Petak

i. UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 Bahagian III Peruntukan Am para


16 (1) menyatakan seseorang pemegang lesen hendaklah setiap masa
hadir untuk menjalankan atau mengawasi aktiviti penjaja. Lawatan Audit
7-7
22- 22 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 22 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

di Pasar Harian Selayang pada 24 Julai 2019 mendapati 94 pemilik tiada


di petak tetapi gerai dikendalikan oleh orang lain di kalangan warganegara
Malaysia. Status pemilik tapak berkenaan adalah penjaja tidak aktif.

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Pihak DBKL telah membuat bancian pertama bermula bulan Ogos 2019 dan sehingga
kini proses bancian telah diadakan untuk kali ke tiga (3) bagi tujuan pemantauan
tapak, penjaja aktif atau tidak aktif. Pembatalan lesen sebanyak tujuh (7) pelesen
telah dibuat.

f. Kawasan Menjaja Kotor

i. UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 Bahagian III Peruntukan Am para 30


(1) (b) menyatakan tapak menjaja yang disenggara mestilah berada dalam
keadaan bersih pada setiap masa. Para 30 (1) (c) pula menyatakan
kawasan di sekitar yang hampir sekali di hadapan, belakang dan tepi tapak
menjaja yang diperuntukkan kepada pemegang lesen hendaklah berada
dalam keadaan bersih. Lawatan Audit di Pasar Pudu pada 11 April 2019
mendapati tapak memproses ayam kotor kerana sisa pemprosesan ayam
tidak diuruskan dengan teratur. Kekotoran yang berlaku menyebabkan
tikus berkeliaran dan mengundang risiko penyebaran penyakit seperti
dalam Gambar 16.

GAMBAR 16

Pasar Pudu
- Tapak Penjaja Kotor
(11.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober dan 11 Oktober 2019

Aktiviti gotong-royong telah diadakan pada 8 Julai 2019 dan 25 November 2019. Pihak
DBKL juga telah mengeluarkan sebanyak enam (6) notis kesalahan dan tawaran
kompaun kepada penjaja yang didapati tidak mematuhi peraturan kebersihan yang
telah ditetapkan oleh UUK. JKAS mengadakan program menangkap tikus di Pasar
Pudu dengan insentif RM3 untuk satu (1) ekor tikus. Jumlah kutipan tikus bagi tahun
2017 sehingga bulan Ogos 2019 adalah 16,049 ekor dengan kos bayaran berjumlah
RM48,147.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -723
- 23
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 23 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Pendapat Strategi pemantauan dan penguatkuasaan DBKL kurang


Audit berkesan menyebabkan kesalahan penjaja yang menyalahi
undang-undang kerap berulang.

5.2. Pengurusan Terhadap Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja

Pengurusan aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan penjaja melibatkan lima (5) perkara
iaitu pengurusan permohonan lesen penjaja, pengurusan kutipan hasil, pengurusan notis
kesalahan serta tawaran kompaun, pengurusan aduan dan pemantauan oleh DBKL.
Penemuan Audit adalah seperti berikut:

5.2.1. Pengurusan Permohonan Lesen Penjaja

a. Permohonan Baharu dan Pembaharuan Lesen Menggunakan Kad


Pengenalan Individu yang Telah Meninggal Dunia dan Individu yang
Tiada Rekod di JPN

i. Garis Panduan Pelesenan Perniagaan WPKL menyatakan bahawa pemohon


lesen perlu mengemukakan salinan kad pengenalan bagi tujuan permohonan
baharu dan pembaharuan lesen. Pemohon juga mestilah terdiri daripada
warganegara Malaysia.

ii. Maklumat dalam Sistem eLesen DBKL menunjukkan sebanyak 27,274 lesen
penjaja yang aktif pada tahun 2019. Semakan Audit terhadap nombor kad
pengenalan penjaja aktif DBKL tersebut dengan rekod di JPN bagi menilai
kesahihan maklumat pengenalan diri mereka mendapati sebanyak 219
individu yang telah meninggal dunia tetapi kad pengenalan mereka digunakan
untuk memperbaharui lesen penjaja. Semakan Audit selanjutnya mendapati
penjaja tersebut telah meninggal dunia di antara satu (1) hingga 10 tahun.
Butiran pengumuran adalah seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18
PENGUMURAN LESEN AKTIF MENGGUNAKAN KAD PENGENALAN
INDIVIDU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA TETAPI LESEN
DIPERBAHARUI PADA TAHUN 2019
BILANGAN LESEN
JUMLAH
KURANG DARIPADA SATU (1) TAHUN SATU (1) HINGGA 10 TAHUN

70 149 219
Sumber: Sistem eLesen JPPP dan Rekod JPN

iii. Analisis Audit mendapati bagi tahun 2017 hingga 2019 sebanyak tujuh (7)
permohonan baharu dan 568 pembaharuan lesen telah diluluskan melibatkan
penggunaan kad pengenalan individu yang telah meninggal dunia. Didapati

7-7
24- 24 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 24 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

sejumlah tiga (3) permohonan baharu dan 180 pembaharuan lesen penjaja
tidak dapat dikenal pasti kesahihan nombor kad pengenalan kerana tiada
rekod di JPN. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 19.

JADUAL 19
BILANGAN PERMOHONAN BAHARU DAN PEMBAHARUAN LESEN MELIBATKAN
PENGGUNAAN KAD PENGENALAN INDIVIDU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
TAHUN/
2017 2018 2019
KATEGORI

JENIS
PERMOHONAN BAHARU PEMBAHARUAN BAHARU PEMBAHARUAN BAHARU PEMBAHARUAN
LESEN

Individu yang
5 146 2 203 0 219
Meninggal Dunia

Individu yang
Tiada Rekod di 2 110 1 70 0 0
JPN

JUMLAH 7 256 3 273 0 219


Sumber: Sistem eLesen JPPP dan rekod JPN

iv. Analisis Audit mendapati perkara ini berlaku kerana pihak DBKL tidak
mewajibkan pelesen untuk hadir sendiri dan mengemukakan kad pengenalan
asal bagi tujuan permohonan dan pembaharuan lesen. Prosedur permohonan
hanya memerlukan borang permohonan disertakan dengan salinan kad
pengenalan tanpa pengesahan maklumat/dokumen yang dikemukakan.

v. Selain itu, sistem eLesen tidak berintegrasi dengan sistem JPN bagi membuat
pengesahan dan semakan kad pengenalan pemohon. Keadaan ini
menunjukkan kawalan dalaman yang lemah dalam proses permohonan lesen
penjaja. Kelemahan ini menimbulkan isu integriti pangkalan data eLesen.

Maklum balas DBKL yang diterima pada 7 Oktober 2019

DBKL tidak meletakkan syarat pelesen wajib hadir sendiri untuk urusan pembaharuan
lesen di Kaunter Lesen Berpusat DBKL. Setelah mendapat teguran Audit, pihak DBKL
telah mengambil tindakan membatalkan 164 pelesen dan pelesen selebihnya sedang
dalam proses tindakan pembatalan.

Maklum balas DBKL yang diterima pada 17 November 2020

Berkuatkuasa pada Februari 2020, pelesen telah diwajibkan hadir untuk urusan
pembaharuan lesen di Kaunter Lesen Berpusat DBKL dan mulai Julai 2020 juga, DBKL
telah menggunakan alat pembaca Mykad untuk pengesahan kad pengenalan pelesen
yang hadir di Kaunter Lesen Berpusat DBKL.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -725
- 25
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 25 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Pendapat Prosedur kawalan dalaman yang lemah dalam memproses


Audit permohonan dan pembaharuan lesen mendedahkan kepada
risiko berlakunya lesen dikeluarkan secara tidak sah kepada
individu yang menjalankan aktiviti penjajaan. Di samping itu,
berlakunya keadaan ini secara berterusan menunjukkan DBKL
gagal mengkaji semula keutuhan kawalan dalaman proses
yang terlibat. Kelemahan ini telah menjejas kredibiliti proses
tersebut dan juga integriti pangkalan data serta mendedahkan
kepada risiko fraud.

5.2.2. Pengurusan Kutipan Hasil

a. Pengurusan Hartanah Sewaan

i. Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 yang merupakan kesinambungan Dasar


Pengurusan Aset Kerajaan menetapkan objektif daftar premis aset
kementerian, jabatan dan agensi adalah untuk mewujudkan pangkalan data
aset yang lengkap, tepat dan terkini dalam bentuk digital atau cetakan.

ii. Melalui data hartanah sewaan yang disediakan oleh Seksyen Penjaja, JPPP
sehingga 30 Jun 2020 terdapat sejumlah 11,181 unit petak yang boleh
disewakan kepada penjaja di pelbagai lokasi di bawah seliaan JPPP. Sebanyak
623 petak terdiri daripada enam (6) lokasi telah dipilih untuk semakan fizikal.

iii. Lawatan fizikal Audit pada 8 dan 9 Julai 2020 mendapati jumlah sebenar unit
petak penjaja yang dimiliki oleh DBKL bagi enam (6) lokasi yang dipilih adalah
berjumlah 582 unit sahaja. Sebanyak 386 unit petak telah diisi manakala
196 unit petak tidak beroperasi disebabkan oleh penjaja yang
tidak aktif dan lesen dibatalkan. Sebanyak 28 unit petak penjaja di
Pusat Penjaja Jalan Tun Razak Lot 97/98 Jalan Pangkor dan 24 daripada 32
unit petak penjaja di Medan Aneka Lorong Masjid Pakistan yang direkodkan
masih wujud sebenarnya telah dirobohkan. Data hartanah sewaan yang
dikemukakan oleh JPPP didapati tidak diselenggara dengan lengkap dan
kemas kini. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 20, Gambar 17
dan 18.

7-7
26- 26 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 26 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

JADUAL 20
BILANGAN UNIT PETAK HASIL SEMAKAN FIZIKAL DI LOKASI PUSAT PENJAJA
DATA DARI SEKSYEN
SEMAKAN DI TAPAK
PENJAJA
(b) PERBEZAAN
BIL. LOKASI (a) CATATAN
(c)=(a) – (b)
TIDAK JUMLAH TIDAK JUMLAH
DIISI DIISI
DIISI (a) DIISI (b)
Pasar
Berbangunan
1. 109 154 263 166 122 288 (25)
Pasar Besar
Cheras
Pusat Penjaja
Damai, Jalan
2. Batu Bata 21 40 61 15 25 40 21
(Medan
Selera)

Dirobohkan
Pusat Penjaja berikutan kelulusan
Jalan Tun pembangunan
3. Razak Lot 8 20 28 0 0 0 28 bercampur oleh
97/98 Jalan Jabatan
Pangkor Perancangan
Bandar, DBKL

Pusat Penjaja
Bazaria Pantai
4. 114 37 151 143 15 158 (7)
(Lembah
Pantai)
Pusat Penjaja
5. Dataran Sri 63 25 88 54 34 88 0
Angkasa

Dirobohkan
berikutan kelulusan
Medan Aneka Naiktaraf Masjid
6. Lorong Masjid 8 24 32 8 0 8 24 Pakistan oleh
Pakistan Jabatan
Perancangan
Bandar, DBKL

JUMLAH 323 300 623 386 196 582


Sumber: Data Hartanah Sewaan Seksyen Penjaja, JPPP dan Lawatan Audit Pada 8 dan 9 Julai 2020

GAMBAR 17 GAMBAR 18

Pusat Penjaja Jalan Tun Razak Lot 97 dan 98, Medan Aneka Lorong Masjid Pakistan
Jalan Pangkor - Dirobohkan bagi Naiktaraf Masjid Pakistan
- Dalam Pembinaan Pembangunan Bercampur (09.07.2020)
(08.07.2020) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -727
- 27
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 27 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

b. Hasil Sewa dan Tunggakan Sewaan Petak Penjaja

i. AP53 menetapkan Pegawai Pengawal bertanggungjawab melaksanakan


kewajipan kewangan dengan memungut semua terimaan yang patut
diterima dan disimpan selamat serta diakaunkan dengan betul. Manakala
AP89A pula menyatakan Akaun Belum Terima perlu diselenggara dengan
lengkap dan kemas kini bagi merekodkan semua tunggakan hasil dan
bayaran balik berkaitan.

ii. DBKL menggunakan Sistem ePihak Berkuasa Tempatan (ePBT) untuk


menguruskan hasil sewaan petak penjaja. Sewaan dikenakan terhadap
penjaja yang menyewa petak perniagaan DBKL manakala bagi penjaja yang
tidak menyewa petak seperti gerai tepi jalan, tiada caj sewaan dikenakan.

iii. Semakan Audit terhadap Customer Balance Report (CBR) yang dijana dari
sistem ePBT bagi tahun 2017 hingga 2019 mendapati jumlah akaun penjaja
yang membayar sewa petak adalah 25,329 dengan kutipan hasil berjumlah
RM51.20 juta. Trend jumlah kutipan hasil sewa petak bagi tahun 2017
menunjukkan penurunan sebanyak 15.2% berbanding tahun 2016 dan
menurun lagi pada tahun 2018 sebanyak 1.2%. Walau bagaimanapun,
terdapat peningkatan pada tahun 2019 sebanyak 5.2%. Maklumat lanjut
seperti dalam Jadual 21.

JADUAL 21
KUTIPAN HASIL SEWAAN PETAK PENJAJA BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
KUTIPAN HASIL SEWAAN PETAK PENJAJA

PENJAJA AKTIF PENJAJA BATAL JUMLAH KUTIPAN HASIL SEWAAN


TAHUN PERATUS
JUMLAH AMAUN JUMLAH AMAUN BIL. AMAUN
BIL. BIL. MENINGKAT/
BAYAR (RM Juta) BAYAR (RM Juta) AKAUN (RM Juta)
AKAUN AKAUN (MENURUN)
(a) (b) (c) (d) [e=(a+c)] [f=(b+d)]
(%)
2017 5,555 4,569 14.34 10,439 3,407 2.57 7,976 16.91 (15.2)*

2018 5,946 5,820 15.78 10,218 2,867 0.93 8,687 16.71 (1.2)

2019 5,919 5,075 15.44 10,704 3,591 2.14 8,666 17.58 5.2

JUMLAH 15,464 45.56 9,865 5.64 25,329 51.20


Sumber: CBR JPPP
Nota: (*) - Bilangan Akaun Penjaja bagi Tahun 2016 Adalah Sebanyak 15,000 Akaun
- Jumlah Kutipan Hasil Sewaan Petak Penjaja pada Tahun 2016 adalah Sejumlah RM19.93 Juta

iv. Mengikut Garis Panduan Permohonan Bayaran Tunggakan Sewa Gerai Pasar
Secara Ansuran Berjadual yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018, penyewa
tertunggak perlu membayar sewa bulan semasa dan komitmen sebanyak
30% hingga 50% daripada jumlah tunggakan. Baki tunggakan boleh
diselesaikan secara ansuran berjadual dengan tempoh bayaran selama
12 bulan dengan bayaran minimum sejumlah RM100 sebulan.

7 -728
- 28 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 28 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

v. Semakan Audit mendapati DBKL mempunyai RM21.11 juta tunggakan hasil


sewaan petak penjaja (termasuk akaun air) sehingga 31 Disember 2019
melibatkan 12,534 akaun penjaja. Semakan terhadap pengumuran dalam
CBR mendapati tempoh tunggakan hasil sewaan petak penjaja yang melebihi
enam (6) tahun adalah sebanyak 5,933 akaun penjaja berjumlah RM11.95
juta. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 22.

JADUAL 22
PENGUMURAN TEMPOH TUNGGAKAN HASIL SEWAAN PETAK PENJAJA
PADA 31 DISEMBER 2019
PENGUMURAN/TEMPOH TUNGGAKAN HASIL SEWAAN PETAK
JUMLAH
PENJAJA

JENIS MELEBIHI 3 HINGGA MELEBIHI 6 HINGGA


0 HINGGA 3 TAHUN
AKAUN/ 6 TAHUN 10 TAHUN
JUMLAH AKAUN AMAUN
BIL. BIL. BIL. PENJAJA (RM Juta)
AMAUN AMAUN AMAUN
AKAUN AKAUN AKAUN
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
PENJAJA PENJAJA PENJAJA

Aktif 3,225 4.30 486 0.72 171 0.23 3,882 5.25

Batal 1,346 1.93 1,544 2.21 5,762 11.72 8,652 15.86

JUMLAH 4,571 6.23 2,030 2.93 5,933 11.95 12,534 21.11


Sumber: CBR JPPP

vi. Pihak Audit mendapati butiran penjaja yang menyewa tidak diselenggara
dengan baik dalam sistem ePBT . Perkara ini menjejaskan proses kutipan
sewa dilakukan berikutan kesukaran DBKL untuk mengesan penjaja tersebut.
Semakan Audit selanjutnya melalui nama dan nombor kad pengenalan
penjaja yang mempunyai tunggakan sewa telah dibuat. Perbandingan
dengan rekod di JPN menunjukkan sejumlah 93 penjaja yang mempunyai
tunggakan sejumlah RM246 ribu telah meninggal dunia.

vii. Semakan Audit berdasarkan CBR terhadap penjaja yang mempunyai


tunggakan sewaan petak berjumlah melebihi RM20,000 mendapati 12 akaun
penjaja mempunyai jumlah sewaan petak tertunggak berjumlah RM0.45 juta
dengan 11 (91.7%) akaun penjaja berkenaan tidak mempunyai perjanjian
sewaan. Selain itu, lima (5) akaun penjaja masih diluluskan lesen manakala
tujuh (7) penjaja telah dibatalkan lesen penjaja. Didapati tindakan tegas
tidak diambil terhadap penjaja yang mempunyai tunggakan yang tinggi.
Menurut DBKL, lesen penjaja berkenaan masih diluluskan kerana tiada
integrasi di antara sistem ePBT dengan eLesen. Keadaan ini juga
menyukarkan pemantauan yang berkesan terhadap penyewa petak penjaja.
Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 23.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri 11 7-7
29- 29
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti dPelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
i Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 29 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 23
SENARAI TUNGGAKAN SEWAAN PETAK PENJAJA BERJUMLAH MELEBIHI
RM20,000 SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
SISTEM ePBT SISTEM eLESEN
BIL. AMAUN
TARIKH LESEN
NO. AKAUN PENJAJA TUNGGAKAN STATUS LESEN
DIBATALKAN
(RM)
1. 409576.2101 * 76,560 Batal 11.03.2019

2. 411664.2101 * 66,850 Batal 02.02.2017

3. 112022.2101 * 37,259 Batal 02.07.2018

4. 109138.2101 * 33,444 Batal 11.03.2019

5. 410846.2101 * 32,802 Batal 11.03.2019

6. 422053.2101 * 22,958 Batal 06.03.2019

7. 410845.2101 * 22,836 Batal 05.10.2017

8. 112741.2101 * 47,332 Lulus Lesen Aktif

9. 409504.2101 * 41,400 Lulus Lesen Aktif

10. 411541.2101 * 33,033 Lulus Lesen Aktif

11. 411539.2101 * 22,893 Lulus Lesen Aktif

12. 102194.2101 14,886 Lulus Lesen Aktif

JUMLAH KESELURUHAN 452,253


Sumber: CBR JPPP dan Sistem eLesen JPPP
Nota: (*) - Tidak Mempunyai Perjanjian Sewaan

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Penurunan adalah disebabkan bilangan akaun penjaja bertambah tetapi kutipan hasil
sewaan petak penjaja berkurang kerana terdapat penghutang yang tidak menjelaskan
bayaran sewa walaupun notis peringatan telah dikeluarkan.

Dalam usaha untuk mengutip balik tunggakan sewa dari penjaja, DBKL mengambil
tindakan seperti berikut:
 mencetak terus notis peringatan melalui Sistem yang sedang dibangunkan (Core
System) mulai bulan Januari 2020;
 membuka kaunter rundingan dan kaunter bayaran di lokasi gerai pasar dan pusat
penjaja yang mempunyai tunggakan yang tinggi bermula pada bulan Februari
2019;
 menggunakan fungsi Blacklist di dalam Core System bagi memantau akaun
tertunggak;
 melakukan integrasi di antara Modul Sewaan dalam Core System dan eLesen; dan
 menyediakan perkhidmatan bayaran secara Direct Debit dan atas talian melalui
JomPay.

Selain itu, DBKL telah mengkaji proses kerja pelesenan penjaja bertarikh 24 Januari 2020
dan mengambil kira perkara ini dalam penyediaan SOP (Standard Operating Procedure)
Pengurusan dan Pelesenan Penjaja.

7-7
30- 30 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 30 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

Maklum balas DBKL yang diterima pada 21 Februari 2020

Sejumlah 12 notis pengosongan telah dikeluarkan pada 18 Februari 2020 kepada


penyewa yang mempunyai sewa tertunggak di atas. Permohonan menyambung
sewaan hanya dipertimbangkan setelah sewa tertunggak dijelaskan atau berdasarkan
jadual ansuran.

vii. Maklumat yang disediakan oleh Seksyen Penjaja, JPPP menunjukkan sehingga
31 Disember 2019 sebanyak 5,919 unit petak penjaja telah disewakan.
Semakan Audit mendapati sejumlah 776 (13.1%) unit petak mempunyai
perjanjian sewaan manakala sejumlah 5,143 (86.9%) tidak mempunyai
perjanjian sewaan dan hanya berdasarkan Surat Tawaran sahaja. Maklumat
lanjut adalah seperti dalam Jadual 24. Ketiadaan perjanjian sewaan akan
menjejaskan pelaksanaan kutipan sewa serta sukar untuk mengambil tindakan
undang-undang.

JADUAL 24
PENYEWAAN UNIT PETAK PENJAJA BERDASARKAN PERJANJIAN SEWAAN
PETAK PENJAJA DAN SURAT TAWARAN BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
PERJANJIAN SEWAAN PETAK SURAT TAWARAN
BILANGAN
TAHUN UNIT PETAK PERATUS PERATUS
BILANGAN BILANGAN
(a) (%) (%)
(b) (c)
(b/a x 100) (c/a x 100)

2017 5,555 412 7.4 5,143 92.6

2018 5,946 572 9.6 5,374 90.4

2019 5,919 776 13.1 5,143 86.9


Sumber: Seksyen Penjaja, JPPP

Pendapat Pengurusan hartanah sewaan dan pengurusan kutipan hasil


Audit kurang cekap kerana berlaku premis diduduki penjaja tanpa
kontrak, premis tidak disewakan serta trend tunggakan sewa
adalah meningkat. Keadaan ini disebabkan kegagalan DBKL
untuk mengemaskini maklumat dalam sistem ePBT, ketiadaan
perjanjian sewa yang sah serta pemantauan tunggakan yang
kurang berkesan. Ketiadaan integrasi sistem ePBT dan eLesen
menyukarkan pemantauan terhadap penjaja yang mempunyai
tunggakan sewa petak penjaja ketika hendak memperbaharui
lesen penjaja.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -731
- 31
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 31 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2.3. Pengurusan Notis Kesalahan serta Tawaran Kompaun

a. Pihak DBKL menggunakan dua (2) sistem untuk menyimpan dan merekod notis
kesalahan yang dikeluarkan iaitu sistem SPJ (diselia oleh JPK) dan SP2U (diselia
oleh JPPP). Notis kesalahan serta tawaran kompaun dikeluarkan kepada penjaja
yang melanggar UUK berkaitan penjaja dan akan direkodkan ke dalam sistem SPJ
dan SP2U. Dalam tempoh 14 hari tawaran kompaun perlu dijelaskan. Kegagalan
menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut menyebabkan tindakan mahkamah
boleh diambil.

b. Semakan terhadap Laporan Pengeluaran Notis Kesalahan bagi tahun 2017 hingga
2019 mendapati bilangan notis kesalahan yang dikeluarkan adalah berjumlah
15,363. Walau bagaimanapun, bilangan kompaun yang telah dibayar adalah
sebanyak 4,153 (27.03%) iaitu bernilai RM269,955. Semakan lanjut mendapati
daripada jumlah keseluruhan notis kesalahan, sebanyak 10,639 notis dalam
proses tindakan mahkamah. Manakala sebanyak 464 notis kesalahan masih belum
dibayar dan tiada tindakan diambil bagi tahun 2017 hingga 2019. Maklumat lanjut
adalah seperti dalam Jadual 25.

JADUAL 25
NOTIS KESALAHAN BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
BILANGAN NOTIS AMAUN
KES UNTUK
KESALAHAN BAYARAN KES KES TIADA
TAHUN TINDAKAN
NOTIS BATAL TINDAKAN
DIKELUARKAN DIBAYAR MAHKAMAH
(RM)
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
2017 477 141 7,580 334 2 -
2018 1,199 112 6,580 1,087 - -
2019 2,386 211 16,030 2,125 23 27
JUMLAH 4,062 464 30,190 3,546 25 27
JABATAN PENGUATKUASAAN
2017 4,109 1,475 95,110 2,559 12 63
2018 3,371 1,061 65,570 2,227 47 36
2019 3,821 1,153 79,085 2,307 23 338
JUMLAH 11,301 3,689 239,765 7,093 82 437
JUMLAH
15,363 4,153 269,955 10,639 107 464
KESELURUHAN
Sumber: Sistem SP2U JPPP dan Sistem SPJ JPK

c. Pihak Audit mendapati sistem SPJ dan SP2U tidak berintegrasi dengan sistem
eLesen. Perkara ini boleh mengakibatkan kesukaran untuk menyemak rekod notis
kesalahan yang telah dikeluarkan terhadap setiap pemilik lesen penjaja. Selain itu,
semakan Audit mendapati notis kesalahan dikeluarkan bukan kepada pemilik lesen
tetapi kepada peniaga yang menjalankan perniagaan pada ketika itu. Semakan
Audit terhadap 14 notis kesalahan yang dikenakan kepada penjaja semasa
lawatan tapak di Pasar Harian Selayang bersama pegawai DBKL mendapati
tiga (3) notis kesalahan telah dikenakan ke atas penjaja yang bukan pemilik lesen

7-7
32- 32 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 32 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

bagi petak bernombor 641, 654 dan 705. Perkara ini menyebabkan kesukaran
pihak DBKL untuk memantau rekod kesalahan yang telah dilakukan oleh
pemegang lesen.

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019


Kaedah pengeluaran notis kesalahan adalah tertakluk kepada Prosedur Pengeluaran
Notis Kesalahan di dalam Prosedur Tindakan Penguatkuasaan Jabatan
Penguatkuasaan DBKL. Pihak DBKL dalam usaha mengurangkan tunggakan notis
kesalahan dengan membawa Orang Kena Saman (OKS) yang gagal menjelaskan
kompaun ke mahkamah.

DBKL juga dalam proses untuk membangunkan satu sistem Rasionalisasi dengan
menggabungkan data dan maklumat di antara tiga (3) jabatan iaitu JPPP, JPK dan
JKAS bertujuan membuat sekatan urusniaga berkaitan lesen kepada OKS yang gagal
menjelaskan kompaun tertunggak.

Pendapat Wujud kelemahan dalam pungutan kompaun daripada penjaja


Audit disebabkan oleh pengurusan pengeluaran notis dan
penguatkuasaan yang tidak cekap. Ini disebabkan juga sistem
SPJ dan SP2U tidak berintegrasi dengan sistem eLesen.

5.2.4. Pengurusan Aduan

a. Piagam Pelanggan Aduan JPPP bagi tahun 2017 hingga 2019 menyatakan maklum
balas aduan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan
diterima.

b. JPPP mengguna pakai Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam


(iSPAAA) manakala JPK pula mengguna pakai iSPAAA dan manual. Aduan manual
adalah melalui e-mel, bersemuka, surat, telefon dan WhatsApp. Bilangan aduan
berkaitan penjaja yang diterima oleh JPPP dan JPK adalah sebanyak 1,624 seperti
dalam Jadual 26.

JADUAL 26
BILANGAN ADUAN DITERIMA OLEH JABATAN PELESENAN DAN
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN DAN JABATAN PENGUATKUASAAN
BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
TAHUN JUMLAH
JABATAN SALURAN ADUAN
2017 2018 2019 ADUAN

JPPP iSPAAA 164 102 503 769


iSPAAA 240 263 35 538
JPK
Manual 90 117 110 317
JUMLAH ADUAN 494 482 648 1,624
Sumber: Laporan Maklumbalas iSPAAA (JPPP & JPK) dan Daftar Aduan Manual JPK

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -733
- 33
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 33 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

c. Analisis Audit mendapati aduan lewat diselesaikan melebihi 14 hari bekerja


daripada tarikh aduan diterima. Sebanyak 214 (13.2%) daripada 1,624 aduan
yang diterima lewat diselesaikan antara satu (1) hingga 177 hari melibatkan aduan
JPPP seperti dalam Jadual 27. Jumlah aduan ini diselesaikan melebihi tempoh
yang ditetapkan dalam piagam pelanggan. Kelewatan penyelesaian aduan
disebabkan oleh lokasi aduan yang tidak tepat, tidak mendapat kerjasama
daripada pemilik premis, premis tidak beroperasi semasa siasatan dijalankan dan
siasatan perlu dilakukan berulang kali bagi mengesahkan aduan yang diterima.

JADUAL 27
ADUAN LEWAT DISELESAIKAN OLEH
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
BIL. LEWAT TEMPOH KELEWATAN
BIL. PARLIMEN
(Bil. Aduan) (Hari)

1. Setiawangsa 8 1 hingga 31

2. Lembah Pantai 8 1 hingga 105

3. Segambut 31 1 hingga 161

4. Wangsa Maju 36 1 hingga 163

5. Batu 26 1 hingga 170

6. Bukit Bintang 47 1 hingga 177

7. Bandar Tun Razak 14 2 hingga 131

8. Titiwangsa 11 2 hingga 133

9. Cheras 16 1 hingga 123

10. Seputeh 9 1 hingga 118

11. Kepong 8 1 hingga 71

JUMLAH 214 ANTARA 1 HINGGA 177


Sumber: Sistem iSPAAA JPPP

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Sistem iSPAAA DBKL mempunyai 31 kategori dan 142 sub kategori yang lebih spesifik
untuk tindakan jabatan. Penetapan kategori aduan adalah di bawah penyelarasan
Unit Aduan Awam, Jabatan Perancangan Korporat yang berdasarkan keperluan
pelaporan kepada Pihak Pengurusan DBKL dan Biro Pengaduan Awam (BPA). DBKL
telah mengadakan mesyuarat aduan secara mingguan dan bulanan bagi memantau
aduan dari masa ke semasa.

Pendapat Pengurusan aduan yang kurang berkesan menyebabkan aduan


Audit tidak dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan mengikut
Piagam Pelanggan.

7-7
34- 34 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 34 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

5.3. Pemantauan

5.3.1. Pemantauan oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan

a. Pemantauan terhadap penjaja oleh JPPP dilaksanakan oleh Bahagian


Pembangunan dan Kawalan Pelesenan (BPKP). Antara tanggungjawab BPKP
adalah menyiasat semua jenis permohonan lesen, memantau semua jenis lesen
yang telah dikeluarkan dan mengeluarkan notis kesalahan terhadap pelanggaran
syarat-syarat pelesenan DBKL. Laporan Pemantauan Penjaja oleh BPKP untuk
tahun 2017 hingga 2019 menunjukkan pemantauan dijalankan mengikut zon dan
kawasan parlimen.

b. Pihak Audit juga mendapati tiada norma kekerapan pemantauan ditetapkan oleh
DBKL. Berdasarkan laporan pemantauan yang dikemukakan, kekerapan
pemantauan berkala yang dijalankan adalah berbeza bagi setiap parlimen.
Kekerapan paling tinggi adalah di Parlimen Setiawangsa iaitu lapan (8) kali
pemantauan sebulan. Parlimen Bukit Bintang dan Kepong menjalankan
pemantauan di antara satu (1) hingga tiga (3) kali sebulan. Kekerapan
pemantauan Parlimen Titiwangsa pula adalah sebanyak dua (2) kali sebulan.
Tujuh (7) parlimen yang lain hanya menetapkan pemantauan dilaksanakan sekali
sebulan. Pihak Audit mendapati tidak ada konsistensi dalam menentukan
kriteria/asas penetapan kekerapan pemantauan khususnya dari segi bilangan
pelesen yang ada bagi sesuatu Parlimen. Keadaan ini boleh menjejaskan
keberkesanan pemantauan. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 28.

JADUAL 28
JADUAL KEKERAPAN PEMANTAUAN OLEH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN KAWALAN PELESENAN JPPP
BIL. ZON PARLIMEN BIL. PELESEN 2019 KEKERAPAN PEMANTAUAN

Batu 4,952 Sekali (1) sebulan

Tidak tetap iaitu antara sekali (1) hingga


Kepong 2,945
1. Utara tiga (3) kali sebulan

Segambut 1,220 Sekali (1) sebulan

Wangsa Maju 1,323 Sekali (1) sebulan

Tidak tetap iaitu di antara sekali (1) hingga


Bukit Bintang 4,462
tiga (3) kali sebulan
2. Tengah
Setiawangsa 659 Lapan (8) kali sebulan

Titiwangsa 2,691 Dua (2) kali sebulan

Bandar Tun Razak 1,652

Cheras 2,832
3. Selatan Sekali (1) sebulan
Seputeh 3,109

Lembah Pantai 1,429


Sumber: Laporan Pemantauan Penjaja, JPPP

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -735
- 35
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 35 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas DBKL yang diterima pada 2 Oktober 2019

Pemantauan berbeza untuk setiap zon kerana setiap kawasan Parlimen mempunyai
isu dan aduan yang berbeza manakala laporan pemantauan bagi setiap zon tidak
seragam menyebabkan beberapa makluman tidak dapat dilaporkan.

Pendapat Pemantauan pelesen oleh JPPP adalah kurang cekap kerana


Audit tiadanya justifikasi bagi menentukan norma kekerapan yang
terbaik bagi sesuatu kawasan Parlimen. Penetapan kriteria
kekerapan pemantauan yang bersesuaian membolehkan jadual
disediakan secara objektif dan konsisten.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, dapat dirumuskan bahawa


pengurusan aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan penjaja oleh DBKL adalah kurang
cekap dan kurang berkesan dalam mengawal dan memantau aktiviti penjaja. Ini kerana
terdapat kelemahan dalam proses permohonan lesen untuk mengenal pasti kesahihan
dokumen pengenalan diri, penyenggaraan laporan penguatkuasaan yang tidak teratur
serta aktiviti penguatkuasaan yang tidak menyeluruh. Selain itu, pengurusan kutipan hasil
sewa tidak cekap menyumbang kepada tunggakan sewa yang tinggi serta berpotensi
untuk dilupuskan sehingga memberi kesan kepada hasil DBKL.

7. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan dan
objektif program dapat dicapai, adalah disyorkan kepada pihak DBKL untuk mengambil
tindakan terhadap perkara seperti berikut:

7.1. mengkaji semula setiap proses dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti
pelesenan serta penguatkuasaan dengan menetapkan sasaran dan norma tertentu serta
menambahbaik prosedur yang ada seperti penetapan tempoh panggilan operasi yang
wajar, mewujudkan laporan post-mortem dan sebagainya bagi meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan aktiviti;

7.2. mewujudkan dasar berkaitan perancangan dan pelaksanaan operasi bersepadu


yang dipersetujui bersama antara semua agensi penguatkuasaan dan juga
mempertimbangkan penurunan kuasa di bawah Akta Imigresen kepada DBKL untuk
tujuan penguatkuasaan yang melibatkan penjaja warga asing;

7.3. mengkaji semula mekanisme kelulusan permohonan lesen baharu dan


pembaharuan lesen serta mengoptimumkan penggunaan dan integrasi sistem sedia ada

7-7
36- 36 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 36 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA PINDAAN SELEPAS AGONG 26.11.2020

supaya aktiviti pelesenan, penyewaan hartanah, penguatkuasaan serta pemantauan


terhadap rekod penjaja seperti kutipan hasil sewa, pengeluaran notis kesalahan serta
tawaran kompaun dapat dibuat dengan lebih berkesan dan penyalahgunaan dokumen
pengenalan diri dapat dielakkan;

7.4. mengambil tindakan tegas terhadap penjaja yang mempunyai tunggakan hasil
sewaan berdasarkan perjanjian dan peraturan berkaitan sewaan petak penjaja dengan
menyediakan pelan tindakan yang jelas dalam garis masa tertentu; dan

7.5. menetapkan indikator dan sasaran tertentu bagi membolehkan pencapaian outcome
aktiviti dinilai secara berkala supaya penambahbaikan dapat dibuat dari semasa ke
semasa.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 7 -737
- 37
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RAHSIA
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 37 02/12/2020 11:16 AM


7 - 38 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Aktiviti Pelesenan dan Penguatkuasaan Penjaja
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Teks 6 - 8.indd 38 02/12/2020 11:16 AM


8
KEMENTERIAN PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
NEGARA
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
DAN PEMBERSIHAN AWAM
– Pengurusan Pelupusan Sisa Pepejal di Tapak
Pelupusan dan Loji Insinerator

4. Teks 6 - 8.indd 39 02/12/2020 11:16 AM


4. Teks 6 - 8.indd 40 02/12/2020 11:16 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN


KERAJAAN TEMPATAN
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
NEGARA/PERBADANAN PENGURUSAN SISA
PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
PENGURUSAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI TAPAK
PELUPUSAN DAN LOJI INSINERATOR

Perkara Utama
Apa yang  Bagi memastikan alam sekitar yang selamat dan bersih, Kerajaan
diaudit? meneruskan dasar pengurusan sisa pepejal dengan
menggunakan teknologi yang berkesan, kos efektif dan mesra
alam. Terdapat dua (2) kaedah bagi menguruskan pelupusan
sisa pepejal, iaitu melalui pelupusan di tapak pelupusan dan
pembakaran sisa pepejal menggunakan suhu tinggi di loji
insinerator.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap pengurusan
pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan dan loji insinerator
selaras dengan objektif aktiviti pelupusan yang digariskan dalam
Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Pindaan) 2016 (DPSPN
2016).
 Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu
prestasi dan pengurusan aktiviti bagi tempoh tahun 2016 hingga
2019.
 Bagi prestasi aktiviti, pencapaian output dinilai terhadap
pematuhan KPI operasi oleh syarikat pengendali bagi 24 tapak
pelupusan yang masih beroperasi dan tiga (3) tapak pelupusan
tamat operasi serta empat (4) loji insinerator di bawah seliaan
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(SWCorp). Pencapaian outcome dinilai terhadap kualiti pelepasan
air larut resapan tapak pelupusan dan pelepasan gas serta
bendasing loji insinerator berdasarkan piawaian Jabatan Alam
Sekitar (JAS) selaras dengan objektif pengurusan pelupusan sisa
pepejal untuk memastikan alam sekitar terpelihara.
 Pengurusan aktiviti pula merangkumi pencapaian kewangan,
pentadbiran kontrak, pengendalian operasi tapak pelupusan dan
loji insinerator, penyenggaraan serta pematuhan keselamatan.
 Pengauditan melibatkan tiga (3) pihak utama iaitu Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPSPN dan SWCorp.

Mengapa ia  Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan


penting tapak pelupusan dan loji insinerator telah dilaksanakan dengan
untuk berhemat, cekap dan berkesan selaras dengan objektif aktiviti
diaudit? pelupusan yang digariskan dalam DPSPN 2016.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8 - 18 - 1
Pengurusan Pelupusan Sisa Pepejal di Tapak Pelupusan dan Loji Insinerator
Pengurusan Pelupusan Sisa Pepejal di Tapak Pelupusan dan Loji Insinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 1 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA

Apa yang  Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit


ditemui dapat dirumuskan bahawa pengurusan pelupusan sisa pepejal di
Audit? tapak pelupusan dan loji insinerator kurang cekap dan kurang
berkesan iaitu melibatkan ketidakpatuhan Key Performance
Indicators (KPI) bagi pengoperasian tapak pelupusan dan
Leachate Treatment Plant (LTP) serta loji insinerator. Antara
ketidakpatuhan KPI adalah penilaian ujian air larut resapan dan
pelepasan gas serta bendasing tidak mematuhi piawaian JAS
yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.
Selain itu, loji insinerator yang masih belum beroperasi telah
menyebabkan objektif pelupusan sisa pepejal iaitu pemilihan
teknologi yang telah terbukti, mampu bayar dan mesra alam
serta alam sekitar yang terpelihara masih belum dicapai
sepenuhnya. Di samping itu, berlaku kelemahan dalam
pentadbiran kontrak, pengurusan lesen syarikat pengendali dan
penyenggaraan fasiliti di tapak pelupusan dan loji insinerator.
 Kelemahan-kelemahan yang perlu diberi perhatian adalah seperti
berikut:
- 24 tapak pelupusan mencapai markah KPI 89.99% dan ke
bawah dengan kekerapan antara satu (1) bulan hingga 33
bulan (3% hingga 100%) dari keseluruhan tempoh yang
dinilai.
- Tiga (3) syarikat pengendali telah dilantik untuk
mengendalikan empat (4) loji insinerator bagi tahun 2016
hingga 2023. Namun begitu, hanya satu (1) loji insinerator
yang telah beroperasi manakala tiga (3) belum beroperasi
sehingga kini.
- Kualiti air larut resapan yang dirawat bagi sembilan (9) tapak
pelupusan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
- Pelepasan gas merbahaya bagi Loji Insinerator Pulau Tioman
tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Selain itu, loji
tersebut beroperasi tanpa lesen.
- Tempoh masa memuktamadkan perjanjian tambahan bagi
satu (1) tapak pelupusan mengambil masa 13 bulan manakala
bagi lima (5) tapak pelupusan masih belum ditandatangani
sehingga tarikh pengauditan.

8-2
8-2 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n PPelupusan
e l u p u s a n Sisa
S i s a Pepejal
P e p e j a l di
d i Tapak
T a p a k Pelupusan
P e l u p u s a ndan
d a nLoji
I n s Insinerator
inerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 2 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN


TEMPATAN
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA/
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN
PEMBERSIHAN AWAM
1. PENGURUSAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI TAPAK PELUPUSAN
DAN LOJI INSINERATOR
FAKTA UTAMA PENGURUSAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL
DI TAPAK PELUPUSAN DAN LOJI INSINERATOR

Akta 672 RM336.08 Juta


 Mula berkuat kuasa di enam (6) negeri dan dua (2)  Jumlah peruntukan dan sumbangan yang diterima
Wilayah Persekutuan (WP) pada 1 September 2011 (2016 hingga 2019)

Kementerian Perumahan Mengurus permohonan dan menyediakan peruntukan serta mengurus dan
dan Kerajaan Tempatan meluluskan pelantikan syarikat pengendali
(KPKT)
Jabatan Pengurusan Sisa Mengurus perolehan jabatan, menggubal peraturan dan garis panduan untuk
Pepejal Negara (JPSPN) operasi serta meluluskan permohonan lesen syarikat pengendali

Perbadanan Pengurusan Mengurus pembayaran kepada syarikat pengendali, memberi input teknikal
Sisa Pepejal dan kepada JPSPN menganalisis, menyelaras dan memantau operasi
Pembersihan Awam
(SWCorp)
Syarikat Pengendali Syarikat yang dilantik oleh JPSPN untuk menguruskan operasi di tapak pelupusan
dan loji insinerator

1. LATAR BELAKANG

1.1. Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Pindaan) 2016 (DPSPN 2016) adalah satu
langkah penambahbaikan yang strategik dalam mencapai status negara maju dan
pengurusan sisa pepejal yang lebih mapan. Dasar ini mempunyai dua (2) matlamat
utama iaitu:

a. mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos


efektif, mampan dan diterima masyarakat, yang mementingkan pemeliharaan
alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan
awam; dan
b. melaksanakan pengurusan sisa pepejal berdasarkan waste management
hierarchy yang memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui reduce,
reuse, recycle rawatan perantaraan dan pelupusan akhir.

1.2. Bagi menjamin persekitaran yang sihat, Kerajaan akan memastikan semua fasiliti
pelupusan sisa pepejal yang dikawal selia tidak mencemarkan alam sekitar dan kacau
ganggu kepada masyarakat. Selain itu, Kerajaan juga akan menggunakan teknologi

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8 - 38 - 3
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 3 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

yang berkesan, kos efektif dan mesra alam bagi memastikan alam sekitar yang selamat
dan bersih.

1.3. Bagi mencapai matlamat DPSPN 2016, antara objektif yang telah digariskan dan
berkait secara langsung dengan pengurusan pelupusan sisa pepejal adalah:

a. pemilihan teknologi yang telah terbukti, mampu bayar serta mesra alam; dan
b. memastikan alam sekitar terpelihara.

1.4. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) telah
diwartakan pada tahun 2007. Akta ini memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan
Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk
menguruskan dan mengawal selia sisa pepejal dan pembersihan awam yang sebelum
ini diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Akta 672 mula berkuat kuasa di
negeri Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang,
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada 1 September 2011. Bagi negeri Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Terengganu, Kelantan dan WP Labuan, pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam tertakluk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
172). Negeri Sarawak tertakluk kepada Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 dan
negeri Sabah di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

1.5. Mengikut Seksyen 2 Akta 672, sisa pepejal ditafsirkan sebagai apa-apa bahan
sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang
timbul daripada penggunaan apa-apa proses atau apa-apa benda yang dikehendaki
dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak. Terdapat dua (2)
kaedah bagi menguruskan pelupusan sisa pepejal, iaitu melalui pelupusan di tapak
pelupusan dan pembakaran sisa pepejal menggunakan suhu tinggi di loji insinerator.
Tapak pelupusan terbahagi kepada dua (2) iaitu Tapak Pelupusan Sanitari (TPS) dan
Tapak Pelupusan Tidak Sanitari (TP).

1.6. Berdasarkan Data Inventori Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang dikemas
kini sehingga 11 Mac 2020, terdapat 138 tapak pelupusan yang beroperasi dan empat
(4) loji insinerator di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 23 tapak pelupusan dan
empat (4) loji insinerator adalah di bawah seliaan JPSPN dan SWCorp manakala
selainnya diuruskan oleh PBT.

1.7. Kontrak operasi di tapak pelupusan dan loji insinerator ditandatangani antara
JPSPN, SWCorp dan syarikat pengendali yang dilantik. Pengurusan operasi sisa pepejal
yang dilaksanakan oleh syarikat pengendali di tapak pelupusan dan loji insinerator
dinilai melalui prestasi pelaksanaan ke atas pematuhan setiap kategori operasi melalui
Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan dalam kontrak.

8 8- -4 4 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 4 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

1.8. Perkhidmatan pengurusan pelupusan sisa pepejal melibatkan tiga (3) pihak iaitu
KPKT, JPSPN dan SWCorp. Peranan/tanggungjawab kementerian/jabatan/agensi
tersebut adalah seperti dalam Jadual 1.

JADUAL 1
PERANAN/TANGGUNGJAWAB KPKT, JPSPN DAN SWCORP
KEMENTERIAN/
BAHAGIAN PERANAN/TANGGUNGJAWAB
JABATAN/AGENSI

 Mengurus dan meluluskan permohonan harga siling daripada


Kerajaan dan menyalurkan peruntukan tersebut kepada SWCorp
Bahagian
bagi tujuan operasi fasiliti.
KPKT Kewangan dan
 Mengemukakan senarai pembida syarikat pengendali kepada
Perolehan
Lembaga Perolehan Tender peringkat kementerian untuk tujuan
keputusan meluluskan pelantikan syarikat pengendali tapak.

 Menyedia, mengawal dan menyelaras Belanja Mengurus (B.43)


Bahagian Khidmat termasuk dana sisa pepejal dan pembersihan awam.
Pengurusan  Menguruskan perolehan bekalan/kerja/perkhidmatan dan
perunding secara sebut harga/tender bagi bahagian/jabatan.

Menggubal peraturan dan garis panduan untuk operasi dan


Bahagian
penyenggaraan fasiliti, piawaian minima dan spesifikasi reka
Perkhidmatan
bentuk, kaedah kutipan, pengangkutan dan lain-lain seperti yang
Teknikal
terkandung dalam Akta 672.

 Mengkaji dan menyemak semula perjanjian konsesi dan


perjanjian kontrak termasuk kadar caj mengikut keperluan
JPSPN
semasa.
Bahagian Kelulusan  Memproses dan memberi kelulusan atau menolak permohonan
dan Pelesenan untuk membina, mengubah suai dan menutup kemudahan
pengurusan sisa pepejal.
 Memproses permohonan dan mengeluarkan/memperbaharui/
membatal/menggantung lesen operasi kemudahan.

 Melaksanakan pelantikan syarikat pengendali fasiliti sisa pepejal


yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Bahagian
 Menyemak dan memperakukan skop-skop berkenaan
Pengurusan Projek
pengoperasian seperti KPI, spesifikasi tender dan perjanjian
operasi.

Bahagian
Mengurus pembayaran kepada syarikat-syarikat pengendali tapak.
Kewangan
 Memberikan input teknikal kepada JPSPN untuk perancangan
fasiliti, menyelaras fasiliti, menganalisis dan memantau data
Bahagian
operasi.
SWCorp Pengurusan Fasiliti
 Menyemak tuntutan bayaran dari syarikat pengendali dan
mengesyorkan jumlah bayaran untuk diperakukan.
Menyelaras fasiliti, menganalisis dan memantau data operasi serta
Pejabat Negeri
menilai pematuhan syarikat-syarikat pengendali ke atas KPI bagi
SWCorp
tujuan pembayaran.
Sumber: KPKT, JPSPN dan SWCorp

1.9. Selaras dengan Seksyen 103 (1) Akta 672, Kumpulan Wang Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (KWPSPPA) ditubuhkan untuk membayar aktiviti
perkhidmatan operasi fasiliti pelupusan sisa pepejal serta kos perkhidmatan pengurusan
sisa pepejal dan pembersihan awam seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Akta
672. Mengikut Seksyen 103 (2)(a) Akta 672, sumber kewangan KWPSPPA adalah
daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan serta sumbangan daripada Kerajaan Negeri
dan PBT.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8 - 58 - 5
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 5 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

1.10. Berdasarkan rekod kewangan KPKT dan SWCorp bagi tahun 2016 hingga 2019,
jumlah keseluruhan peruntukan bagi menguruskan aktiviti perkhidmatan operasi fasiliti
pelupusan sisa pepejal adalah berjumlah RM336.08 juta. Jumlah ini termasuk
peruntukan yang diterima daripada KPKT dan sumbangan daripada dua (2) PBT iaitu
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Port Dickson bagi tahun 2016
hingga 2019. Sehingga tahun 2019, sejumlah RM278.61 juta (82.9%) telah
dibelanjakan bagi aktiviti perkhidmatan ini.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan pelupusan sisa pepejal
di tapak pelupusan dan loji insinerator telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan
berkesan selaras dengan objektif aktiviti pelupusan yang digariskan dalam DPSPN 2016.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit, iaitu prestasi dan
pengurusan aktiviti bagi tahun 2016 hingga 2019. Prestasi aktiviti merangkumi
pencapaian output dan outcome. Pengurusan aktiviti pula merangkumi pencapaian
kewangan, pentadbiran kontrak, pengendalian operasi tapak pelupusan dan loji
insinerator, penyenggaraan serta pematuhan keselamatan.

3.2. Semakan Audit telah dibuat terhadap 27 tapak pelupusan (termasuk tiga (3) tapak
pelupusan yang tutup operasi pada tahun 2018 dan 2019) dan empat (4) loji insinerator
di bawah seliaan JPSPN dan SWCorp. Tiga (3) tapak pelupusan yang telah tamat
operasi pada tahun 2018 dan 2019 turut diambil kira kerana tapak pelupusan tersebut
masih beroperasi dalam tempoh yang diaudit. Daripada jumlah tersebut, sembilan (9)
tapak pelupusan dan loji insinerator telah dipilih untuk semakan fizikal. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2
TAPAK PELUPUSAN DAN LOJI INSINERATOR
YANG DIPILIH SEBAGAI SAMPEL AUDIT
SELIAAN JPSPN DAN SWCORP
JUMLAH TAPAK PELUPUSAN DAN LOJI
BIL. NEGERI
TAPAK LOJI INSINERATOR YANG DILAWATI
PELUPUSAN INSINERATOR
1. Perlis 1 - 1

2. Kedah 3 1 3

3. Negeri Sembilan 4* - -

4. Melaka 1 - -
5. Johor 8** - 1
6. Pahang 9 2 4

7. Terengganu 1 - -

8 8- -6 6 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 6 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

SELIAAN JPSPN DAN SWCORP


JUMLAH TAPAK PELUPUSAN DAN LOJI
BIL. NEGERI
TAPAK LOJI INSINERATOR YANG DILAWATI
PELUPUSAN INSINERATOR
8. Perak - 1 -
JUMLAH 27*** 4 9

JUMLAH KESELURUHAN 31 9

Sumber: Data Inventori Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal Kemas Kini 11 Mac 2020
Nota: (*) - Satu (1) TP di Negeri Sembilan iaitu TP Kok Foh Telah Ditutup Operasi Mulai Bulan Mac 2019
(**) - Dua (2) TP di Negeri Johor iaitu TP Bekoh dan TP Ladang CEP 1 Telah Ditutup Operasi Mulai
Bulan Disember 2018 dan Mac 2019
(***) - Jumlah 27 Tapak Pelupusan Merangkumi 24 Tapak Pelupusan yang Masih Beroperasi (Termasuk
Satu (1) LTP) dan Tiga (3) Tapak Pelupusan yang Telah Tamat Operasi

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen serta
menganalisis data yang berkaitan dengan pengurusan operasi. Pengauditan ini telah
dijalankan di Bahagian Kewangan dan Perolehan KPKT, Ibu Pejabat JPSPN yang
melibatkan Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Projek, Bahagian
Kelulusan dan Pelesenan serta Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Pengauditan ini juga
melibatkan bahagian di SWCorp, iaitu Bahagian Kewangan, Bahagian Pengurusan Fasiliti
serta Pejabat Negeri SWCorp.

4.2. Selain itu, khidmat nasihat juga diperoleh daripada Bahagian Teknikal Jabatan
Audit Negara (JAN) bagi operasi loji rawatan air larut resapan yang melibatkan bidang
mekanikal dan elektrikal. Seksyen Khidmat Nasihat, Cawangan Audit Air dan Alam
Sekitar JAN telah menilai kualiti pelepasan air larut resapan di kawasan tapak
pelupusan. Di samping itu, cerapan data daripada imej satelit dan pengukuran tapak di
kawasan tapak pelupusan juga telah diperoleh daripada Agensi Angkasa Malaysia
(MYSA).

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan dijalankan antara bulan Mac hingga September 2019. Perkara yang ditemui
serta maklum balas daripada JPSPN dan SWCorp telah dibincangkan dalam Mesyuarat
Penutup (Exit Conference) pada 30 September 2019 dan perbincangan susulan pada
21 Mei 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan adalah seperti dalam perenggan
berikut:

5.1. Prestasi Aktiviti


Pengoperasian tapak pelupusan dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu tapak
pelupusan yang mempunyai operasi tapak dan Leachate Treatment Plant (LTP) atau
operasi LTP sahaja. LTP adalah fasiliti di tapak pelupusan yang berfungsi untuk
merawat air larut resapan mengikut piawaian yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke
dalam longkang atau saluran utama. Selaras dengan penguatkuasaan Akta 672,

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8 - 78 - 7
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 7 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

Kerajaan Persekutuan melalui JPSPN mula mengambil alih pengoperasian kemudahan


pelupusan sisa pepejal iaitu tapak pelupusan dan LTP sedia ada daripada PBT.
Pengambilalihan dibuat secara berperingkat bermula pada tahun 2016. Selain
memenuhi kehendak Akta 672, pengambilalihan perkhidmatan pengoperasian
kemudahan pelupusan sisa pepejal oleh Kerajaan Persekutuan adalah perlu bagi
memastikan kemudahan pelupusan PBT diurus dengan sempurna dan mengurangkan
pencemaran alam sekitar selaras dengan objektif pengurusan pelupusan sisa pepejal.

5.1.1. Pencapaian Output


Pencapaian output bagi tapak pelupusan dan loji insinerator dinilai berdasarkan
kepada pematuhan KPI oleh syarikat pengendali bagi 24 tapak pelupusan yang
masih beroperasi dan tiga (3) tapak pelupusan tamat operasi serta empat (4) loji
insinerator di bawah seliaan JPSPN dan SWCorp.

5.1.1.1. Pencapaian KPI Operasi Tapak Pelupusan

a. Berdasarkan Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak Pelupusan,


penilaian KPI perlu dibuat setiap bulan bagi memantau perkhidmatan
syarikat pengendali sepanjang tempoh kontrak. Kontrak Operasi dan
Penyelenggaraan Tapak Pelupusan menetapkan KPI dinilai berdasarkan
peratus pematuhan prestasi bagi enam (6) kategori operasi di tapak
pelupusan dan operasi LTP. Markah keseluruhan KPI bulanan yang perlu
dicapai adalah 90% dan ke atas. Penalti kewangan akan dikenakan bagi
markah KPI 89.9% dan ke bawah. Bagi tapak pelupusan yang hanya
mempunyai operasi LTP, KPI dinilai berdasarkan peratus pematuhan prestasi
bagi empat (4) kategori operasi. Butiran kategori operasi tapak pelupusan
yang dinilai adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
KATEGORI OPERASI TAPAK PELUPUSAN YANG DINILAI
KATEGORI TAPAK PELUPUSAN YANG
KATEGORI TAPAK PELUPUSAN YANG
KATEGORI MEMPUNYAI OPERASI TAPAK PELUPUSAN
HANYA MEMPUNYAI OPERASI LTP
DAN OPERASI LTP
Perkara Am Perkara Am
1  Meliputi aspek pentadbiran, keselamatan dan  Meliputi aspek pentadbiran, keselamatan dan
kebersihan. kebersihan.
Kemudahan LTP Fasiliti
Operasi Jambatan Timbang dan Kemudahan
2  Meliputi aspek operasi LTP dan rawatan air larut
 Meliputi operasi penerimaan sisa pepejal.
resapan.
Operasi Tapak Pelupusan
Penyenggaraan Peralatan dan Aset LTP
3  Meliputi proses pelupusan sisa pepejal di
 Meliputi keseluruhan fasiliti di LTP.
tapak sel.
Penyenggaraan Aset Tapak Pelupusan Laporan dan Pemantauan
4
 Meliputi keseluruhan fasiliti di tapak.  Meliputi penyelenggaraan data dan rekod LTP.
Pemantauan, Pelaporan dan Rekod
5  Meliputi penyelenggaraan data dan rekod -
sisa pepejal.
Perancangan Kemajuan Sel dan Piawaian
6  Meliputi penilaian keupayaan tapak untuk -
beroperasi.
Sumber: Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak Pelupusan

8 8- -8 8 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 8 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

b. Klausa 20 syarat Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak Pelupusan


menetapkan syarikat pengendali akan diberi notis (default notice) bagi
pencapaian KPI di bawah 50% untuk tempoh tiga (3) bulan berturut-turut
dalam setahun. Notis akan diberikan untuk memperbaiki ketidakpatuhan
dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut. Jika gagal dipatuhi,
perjanjian perkhidmatan boleh dibatalkan selepas notis dikeluarkan.

c. Analisis Audit terhadap penilaian prestasi KPI di 27 tapak pelupusan bagi


tempoh bulan Januari 2016 hingga Disember 2019 mendapati penilaian KPI
telah dilaksanakan setiap bulan kecuali satu (1) tapak pelupusan iaitu TPS
Belanga Pecah. Penilaian KPI tidak dilaksanakan kerana sebahagian daripada
fasiliti masih diuruskan oleh PBT. Secara keseluruhannya didapati:

i. Dua (2) tapak pelupusan iaitu TPS Rimba Mas dan TPS Padang Cina
mencapai markah KPI 90% ke atas pada setiap bulan bagi keseluruhan
tempoh yang dinilai, iaitu masing-masing 32 bulan dan 21 bulan. Bagi 23
tapak pelupusan pula didapati kekerapan pencapaian markah KPI 90%
ke atas adalah antara satu (1) bulan hingga 36 bulan (3.7% hingga
84.8%) dari keseluruhan tempoh yang dinilai. Selain itu, satu (1) tapak
pelupusan iaitu TP Pekan Nenas tidak pernah mencapai markah KPI 90%
dan ke atas sepanjang tempoh 33 bulan penilaian.

ii. 24 tapak pelupusan mencapai markah KPI 89.99% dan ke


bawah dengan kekerapan antara satu (1) bulan hingga 33
bulan (3% hingga 100%) dari keseluruhan tempoh yang dinilai.
SWCorp didapati telah mengenakan penalti terhadap kegagalan
mencapai KPI yang ditetapkan.

iii. Satu (1) tapak pelupusan iaitu TP Muadzam didapati


memperoleh markah KPI 49.99% dan ke bawah bagi
tempoh empat (4) bulan secara berturut-turut pada bulan
April hingga Julai 2017. Pihak Audit mendapati notis memperbaiki
ketidakpatuhan sebagaimana yang ditetapkan dalam klausa kontrak tidak
dikeluarkan oleh SWCorp kepada syarikat pengendali tapak pelupusan
(367713-X). Namun, SWCorp mengenakan penalti terhadap kegagalan
mencapai KPI yang ditetapkan bagi tuntutan bayaran bulan April hingga
Julai 2017.

iv. Butiran lanjut penilaian KPI tapak pelupusan bagi tempoh bulan Januari
2016 hingga Disember 2019 adalah seperti dalam Jadual 4.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8 - 98 - 9
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 9 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

JADUAL 4
PENILAIAN PRESTASI KPI TAPAK PELUPUSAN BAGI TEMPOH
BULAN JANUARI 2016 HINGGA 31 DISEMBER 2019
KEKERAPAN (BULAN)
BILANGAN KPI
TEMPOH
BIL. TAPAK PELUPUSAN BULAN YANG ≥50% KPI
KONTRAK KPI ≥90%
DINILAI HINGGA ≤49.99%
≤ 89.99%
Mei 2017 – 32
1. TPS Rimba Mas 32 0 0
Disember 2019 (100%)
Mac 2018 – 21
2. TPS Padang Cina 21 0 0
Disember 2019 (100%)
April 2017 – 28 5
3. TP Sungai Muntoh 33 0
Disember 2019 (84.8%) (15.2%)
April 2017 – 19 4
4. TP Kok Foh* 23 0
Februari 2019 (82.6%) (17.4%)
April 2017 – 27 6
5. TP Ulu Maasop 33 0
Disember 2019 (81.8%) (18.2%)
Januari 2016 – 36 12
6. TPS Sungai Udang 48 0
Disember 2019 (75%) (25%)
April 2017 – 23 9
7. LTP Jabor Jerangau 32 0
Disember 2019 (71.9%) (28.1%)
TPS Ladang Tanah Januari 2016 – 28 20
8. 48 0
Merah Disember 2019 (58.3%) (41.7%)
April 2017 – 19 14
9. TP Bukit Bakri 33 0
Disember 2019 (57.6%) (42.4%)
April 2017 – 19 14
10. TP Jalan Lipis 33 0
Disember 2019 (57.6%) (43.8%)
Julai 2017 – 17 13
11. TPS Belenggu 30 0
Disember 2019 (56.7%) (44.8%)
April 2017 – 17 15 1
12. TPS Padang Sertik 33
Disember 2019 (51.5%) (45.5%) (3%)
Januari – 6 6
13. TPS Jabi 12 0
Disember 2019 (50%) (50%)
Januari – 5 7
14. TPS Tertak Batu 12 0
Disember 2019 (41.7%) (58.3%)
April 2017 – 13 18 2
15. TP Kg. Feri 33
Disember 2019 (39.4%) (54.5%) (6%)
April 2017 – 19 14 6
16. TP Muadzam 33
Disember 2019 (39.4%) (42.4%) (18.2%)
April 2017 – 12 20 1
17. TP Keledang 33
Disember 2019 (36.4%) (60.6%) (3%)
April 2017 – 11 21 1
18. TP Jengka 10 33
Disember 2019 (33.3%) (66.7%) (3%)
April 2017 – 11 19 3
19. TP Kg. Chuat 33
Disember 2019 (33.3%) (57.6%) (9.1%)
April 2017 – 10 22 1
20. TP Batu 4 33
Disember 2019 (30.3%) (66.7%) (3%)
April 2017 – 9 24
21. TP Maokil 33 0
Disember 2019 (27.3%) (72.7%)
April 2017 – 5 15
22. TP Bekoh** 20 0
November 2018 (25%) (75%)
April 2017 – 3 30
23. TP Buloh Kasap 33 0
Disember 2019 (9.1%) (90.9%)
April 2017 – 2 31
24. TP Jemaluang 33 0
Disember 2019 (6.1%) (93.9%)
April 2017 – 1 26
25. TP Ladang CEP 1*** 27 0
Mac 2019 (3.7%) (96.3%)
April 2017 – 33
26. TP Pekan Nenas 33 0 0
Disember 2019 (100%)
Oktober 2016 –
27. TPS Belanga Pecah KPI Tidak Dilaksanakan
Januari 2019
Sumber: Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak Pelupusan serta Laporan Pemeriksaan Fasiliti oleh SWCorp
Nota: (*) - TP Kok Foh – Operasi Ditutup Mulai Bulan Mac 2019
(**) - TP Bekoh – Operasi Ditutup Mulai Bulan Disember 2018
(***) - TP Ladang CEP 1 – Operasi Ditutup Mulai Bulan Mac 2019

8
8 -- 10
10 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 10 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

d. Daripada 27 tapak pelupusan, analisis Audit telah dilaksanakan terhadap


purata pencapaian pematuhan kategori operasi 12 tapak pelupusan bagi
tempoh dari bulan Januari hingga 31 Disember 2019. Tujuan analisis ini
adalah untuk menilai pematuhan KPI mengikut kategori operasi tapak
pelupusan dalam penilaian markah KPI. Pihak Audit mendapati secara
keseluruhannya purata pematuhan KPI adalah di bawah 90% di tiga (3)
tapak pelupusan bagi Kategori 1, empat (4) tapak pelupusan bagi Kategori 2,
10 tapak pelupusan bagi Kategori 3 dan dua (2) tapak pelupusan bagi
Kategori 4. Bagi Kategori 5 dan 6 semua tapak pelupusan mencapai markah
purata 90% hingga 100%. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
PURATA PENCAPAIAN PEMATUHAN KATEGORI OPERASI
TAPAK PELUPUSAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA 31 DISEMBER 2019
PURATA PENCAPAIAN PEMATUHAN KATEGORI KPI (%)
TAPAK
BIL. KATEGORI KATEGORI KATEGORI KATEGORI KATEGORI KATEGORI
PELUPUSAN
1 2 3 4 5 6
1. TPS Jabi 98 91 84 95 100 92

2. TPS Tertak Batu 81 96 95 90 100 100

3. TP Kg. Feri 99 95 93 100 99 100


4. TP Keledang 99 97 89 100 100 100

5. TP Jengka 10 100 86 82 100 100 100

6. TP Kg. Chuat 99 87 89 93 98 100


7. TP Batu 4 95 96 89 83 97 100

8. TP Maokil 92 93 82 100 100 100


9. TP Buloh Kasap 91 91 81 100 100 100

10. TP Jemaluang 91 98 84 92 98 100


11. TP Ladang CEP 1 78 74 65 80 90 100

12. TP Pekan Nenas 86 89 76 90 95 100


Sumber: Laporan Pemeriksaan Fasiliti oleh SWCorp
Nota: Purata pematuhan KPI di bawah 90%

e. Analisis Audit selanjutnya mendapati antara punca pencapaian pematuhan


KPI tapak pelupusan di bawah 90% bagi Kategori 1 hingga 4 adalah seperti
dalam Jadual 6.

JADUAL 6
ANTARA PUNCA PURATA PENCAPAIAN PEMATUHAN KPI
TAPAK PELUPUSAN BAWAH 90% MENGIKUT KATEGORI
TAPAK
KATEGORI PUNCA KETIDAKPATUHAN BULAN PENILAIAN
PELUPUSAN

 Tiada pegawai keselamatan (Safety Officer) di


tapak pelupusan.
Kategori 1  Pusat panggilan tidak beroperasi, buku rekod
TPS Tertak Batu Januari 2019
(Perkara Am) dan tindakan aduan tidak disediakan.
 Pembersihan kawasan sekitar tapak
pelupusan tidak dibuat.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
11- 11
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 11 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

TAPAK
KATEGORI PUNCA KETIDAKPATUHAN BULAN PENILAIAN
PELUPUSAN

 Tiada pegawai keselamatan (Safety Officer) di


tapak pelupusan.
TP Ladang CEP 1 Januari hingga Mac 2019
 Tidak menggunakan Personal Protective
Equipment (PPE) dengan lengkap.
Januari, Februari, April,
 Jalan masuk ke tapak pelupusan tidak
TP Pekan Nenas Jun, Oktober, November
disenggara.
dan Disember 2019
Januari, Februari dan
TP Jengka 10
 LTP beroperasi mengikut Standard
tidak Disember 2019

Kategori 2 Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.


 Tiada pegawai kompeten di LTP. TP Ladang CEP 1 Januari hingga Mac 2019
(Operasi
Jambatan TP Kg. Chuat Disember 2019
Timbang dan
Kemudahan)  Mobile Leachate Treatment Plant (MLTP) tidak
beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan. Januari, Februari dan
TP Pekan Nenas
 Ujian penilaian air larut resapan tidak dibuat Mac 2019
mengikut jadual.
TPS Jabi Januari hingga Mei 2019
TP Keledang Januari dan Mei 2019
Januari hingga Disember
TP Maokil
2019
 Operasi tapak, daily cover dan intermediate TP Ladang CEP 1 Januari hingga Mac 2019
cover tidak dibuat mengikut SOP yang Januari hingga Jun dan
ditetapkan. TP Pekan Nenas Ogos hingga
Disember2019
Januari hingga April dan
TP Jemaluang Jun hingga September
2019
 Compaction test tidak dibuat di kawasan tapak
TP Kg. Chuat Disember 2019
Kategori 3 pelupusan.
(Operasi Tapak
 Leachate pond dan drain tidak disenggara Januari, Mac, April, Mei
Pelupusan) TP Batu 4
dengan baik dan berkala. Jun dan Disember 2019
Januari hingga
TP Maokil
Disember 2019
 Kerja-kerja di kawasan tipping face tidak
dibuat mengikut tipping plan. Januari hingga Mac dan
TP Buloh Kasap Mei hingga September
2019
TP Ladang CEP 1 Januari hingga Mac 2019
 Tidak membuat penyenggaraan di longkang, Januari hingga Mac dan
longkang air larut resapan dan kolam air larut TP Buloh Kasap Mei hingga September
resapan (leachate pond) dan waste slope 2019
mengikut jadual dan SOP ditetapkan.
Januari hingga Disember
TP Maokil
2019

Kategori 4 Rekod dan SOP di tapak perlu dikemas kini dan


TP Batu 4 Jun 2019
(Penyenggaraan diwujudkan.
Aset Tapak
Longkang rosak dan tidak disenggara mengikut
Pelupusan) TP Ladang CEP 1 Januari hingga Mac 2019
jadual.
Sumber: Laporan Pemeriksaan Fasiliti oleh SWCorp

f. Semakan Audit mendapati ketidakpatuhan yang sama berulang di tapak


pelupusan dalam tempoh penilaian KPI dibuat antara bulan Januari hingga
Disember 2019. Pihak Audit mendapati SWCorp telah mengenakan penalti
terhadap ketidakpatuhan KPI yang ditetapkan.

8
8 -- 12
12 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 12 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

Maklum balas SWCorp yang diterima pada 6 Mei, 3 Jun dan 17 November
2020

Bagi setiap ketidakpatuhan yang berlaku di tapak pelupusan, SWCorp membuat


penolakan markah KPI berdasarkan jumlah peratusan (%) keseluruhan KPI bagi
setiap bulan dan pemotongan bayaran akan dilakukan kepada syarikat pengendali.
Bermula tahun 2019, syarikat pengendali fasiliti pengurusan sisa pepejal yang baru
dilantik oleh Kerajaan akan menggunakan KPI yang telah dibuat penambahbaikan.
Antara penambahbaikan yang telah dibuat adalah terhadap skala pemarkahan
merangkumi pecahan weightage bagi TP dan LTP/MLTP. Markah tambahan inisiatif
diberikan sekiranya syarikat pengendali membuat sebarang penambahbaikan yang
membawa kebaikan kepada fasiliti. Maklum balas mengikut tapak pelupusan adalah
seperti berikut:

TPS Jabi
Kerja-kerja pengoperasian tapak pelupusan oleh syarikat pengendali tidak dapat
dibuat bagi tempoh bulan Januari hingga Mac 2019 kerana pengurusan tapak
pelupusan masih dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar dan syarikat
pengendali tidak dapat melaksanakan kerja pengoperasian di tapak. Bermula bulan
Mac 2019, syarikat pengendali telah menyelaras operasi tapak sepenuhnya dan
markah KPI telah pun menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun, pemotongan KPI
telah dilakukan pada item yang tidak mengikut SOP.

TPS Tertak Batu


Markah KPI yang rendah pada bulan Januari 2019 disebabkan syarikat pengendali
baru mengambil alih operasi tapak tersebut bermula bulan Januari 2019 dan
memerlukan masa untuk menyelaras operasi tapak secara menyeluruh.

TP Jengka 10
SWCorp telah mengeluarkan surat bertarikh 27 April 2020 kepada SWCorp Negeri
dan disalinkan kepada syarikat pengendali bagi tujuan melantik pihak ketiga
sekiranya syarikat pengendali masih gagal melaksanakan kerja-kerja pembaikan
sepertimana yang terdapat dalam dokumen kontrak Klausa 18.1(f). Pengoperasian
tapak pelupusan ini akan tamat pada bulan Disember 2020 dan tindakan
penambahbaikan akan dilaksanakan dengan memasukkan kerja-kerja menaik taraf
LTP dalam pengoperasian Dokumen Tender baharu kelak.

TP Kg. Chuat
KPI pada bulan Februari 2020 telah dijalankan dan kerja compaction test dan kerja
membaiki intercepting drain telah dilaksanakan di tapak oleh syarikat pengendali.
Untuk mematuhi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Akta 127), LTP perlu dinaik taraf. Kerja-kerja naik taraf LTP telah
bermula pada 1 Februari 2020 dengan tempoh lapan (8) bulan dan dijangka siap
sepenuhnya pada 30 September 2020. Syarikat pengendali telah memohon lanjutan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
13- 13
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 13 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

tempoh masa selama dua (2) bulan sehingga 30 November 2020 kerana Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kerja-kerja tidak dapat diteruskan.

TP Batu 4 dan TP Jemaluang


Tindakan yang diambil oleh SWCorp terhadap syarikat pengendali bagi markah KPI
yang rendah adalah dengan melaksanakan pemotongan KPI dan sentiasa
mengawasi kemajuan kerja di tapak melalui mesyuarat bulanan pengoperasian. KPI
terendah pada bulan Jun 2019 adalah disebabkan pengambilalihan operasi oleh
syarikat pengendali baru. Berdasarkan dokumen kontrak, SOP perlu dikemukakan
oleh syarikat pengendali kepada Kerajaan/Perbadanan dalam tempoh 60 hari.
Mesyuarat pada 20 Jun 2019, telah bersetuju agar pemarkahan item KPI yang
melibatkan SOP dikecualikan dan hanya akan dinilai pada Ogos 2019. Ini adalah
sejajar dengan Klausa 10.2 (C)(ii) kontrak.

TP Maokil
Kerja-kerja intermediate cover dan daily cover telah dibuat oleh syarikat pengendali
di tapak pelupusan dan telah siap pada 25 Februari 2020. Tindakan yang diambil
oleh SWCorp terhadap penilaian markah KPI yang rendah sepanjang tahun 2019
adalah dengan melaksanakan pemotongan KPI dan penalti.

TP Buloh Kasap
Tindakan yang diambil oleh SWCorp terhadap syarikat pengendali bagi tahun 2019
adalah dengan melaksanakan pemotongan KPI dan sentiasa mengawasi kemajuan
kerja di tapak melalui mesyuarat bulanan pengoperasian. Kerja-kerja intermediate
cover dan daily cover telah pun disiapkan oleh syarikat pengendali pada 25 Februari
2020.

TP Ladang CEP 1
Kerja-kerja intermediate cover dan daily cover bagi Kategori 3 telah siap
dilaksanakan berdasarkan pemeriksaan oleh pegawai SWCorp Negeri dan Ibu
Pejabat pada 3 September 2019. Markah KPI bagi tempoh bulan April hingga
September 2019 tidak dinilai adalah disebabkan kesemua sisa yang perlu dilupuskan
di Ladang CEP 1 dialihkan ke TPS Seelong sepertimana yang diarahkan oleh Yang
Berhormat (YB) Menteri KPKT dan TP Ladang CEP 1 telah ditutup pada 26 Mac
2019. Bagi Kategori 2 dan 3 penambahbaikan di LTP telah dibuat oleh SWCorp dan
JPSPN. Kerja-kerja naik taraf LTP dari kapasiti 150m³ kepada 300m³ mula dibina.
Kerja-kerja tersebut bermula pada 8 April 2019 dan tarikh siap asal pada 8 Ogos
2019. Lanjutan masa telah diberikan sehingga 29 Ogos 2019, namun projek telah
siap pada 28 Ogos 2019.

TP Pekan Nenas
Bermula 1 Jun 2019, syarikat pengendali baru mengambil alih pengoperasian tapak.
Pihak SWCorp Negeri telah mengambil tindakan dengan mengadakan perbincangan
mengenai markah KPI rendah bagi Kategori 1, 2 dan 3 di dalam mesyuarat

8
8 -- 14
14 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 14 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

pengoperasian bulan November yang diadakan pada 25 November 2019.


Pemotongan KPI telah pun dikenakan bagi kategori yang tidak patuh. Syarikat
pengendali telah mengambil tindakan penambahbaikan pada Kategori 1 berdasarkan
peningkatan markah KPI pada bulan Januari 2020 bagi item tersebut.

5.1.1.2. Pencapaian KPI Operasi Loji Insinerator

a. Kontrak Perkhidmatan Pengoperasian dan Penyelenggaraan Loji Insinerator


menetapkan KPI dinilai berdasarkan peratus pematuhan prestasi bagi
tujuh (7) kategori adalah seperti dalam Jadual 7. Markah keseluruhan KPI
yang perlu dicapai adalah 50% dan ke atas. Penalti kewangan akan
dikenakan bagi markah KPI 49.9% dan ke bawah.

JADUAL 7
KATEGORI OPERASI LOJI INSINERATOR YANG DINILAI
KATEGORI KATEGORI OPERASI LOJI INSINERATOR

1 Kebolehgunaan loji menerima sisa pepejal

2 Penyenggaraan loji

3 Lantikan kakitangan yang berkebolehan dan berkelayakan


4 Kebersihan loji
5 Throughput (Peratusan sisa pepejal dibakar)
6 Pelaporan/dokumentasi

7 Perhubungan awam
Sumber: Kontrak Perkhidmatan Pengoperasian dan Penyelenggaraan Loji Insinerator

b. Semakan Audit mendapati penilaian KPI telah dilaksanakan di Loji


Insinerator Pulau Tioman manakala di Loji Insinerator Cameron
Highlands, Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, KPI belum
dapat dinilai kerana loji insinerator tersebut masih belum
beroperasi disebabkan pemasangan komponen serta pengujian dan
pentauliahan belum disiapkan. Analisis Audit terhadap pencapaian KPI di Loji
Insinerator Pulau Tioman bagi tempoh 14 bulan, iaitu dari bulan November
2018 hingga Disember 2019 mendapati pencapaian pematuhan keseluruhan
KPI adalah melebihi 50% iaitu antara 91% hingga 99.5%.

Pendapat Pencapaian pematuhan KPI tapak pelupusan yang rendah


Audit menunjukkan ketidakcekapan operasi di tapak walaupun
pelaksanaan penilaian KPI telah dibuat pada setiap bulan.
Penilaian KPI bagi loji insinerator pula tidak dapat dinilai
sepenuhnya kerana tiga (3) daripada empat (4) loji insinerator
belum beroperasi.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
15- 15
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 15 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

5.1.2. Pencapaian Outcome Aktiviti

Pencapaian outcome aktiviti dinilai terhadap kualiti pelepasan air larut resapan tapak
pelupusan dan pelepasan gas serta bendasing loji insinerator berdasarkan piawaian
JAS selaras dengan objektif pengurusan pelupusan sisa pepejal untuk memastikan
alam sekitar terpelihara.

5.1.2.1. Kualiti Air Larut Resapan di Tapak Pelupusan

a. Berdasarkan kepada Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran


Daripada Stesen Pemindahan dan Kambus Tanah) 2009 (P.U. (A) 433/2009),
Akta 127 menetapkan 29 bacaan parameter yang perlu dipatuhi.

b. Semakan Audit terhadap penilaian prestasi KPI bagi pengujian air larut
resapan di 27 tapak pelupusan bagi bulan April 2019 hingga 31 Disember
2019 mendapati penilaian telah dilaksanakan terhadap 11 tapak pelupusan.
Baki 16 tapak pelupusan tidak dinilai sama ada kerana telah dikecualikan,
kriteria ujian air larut resapan tidak termasuk dalam penilaian KPI, MLTP
telah dipindahkan atau operasi telah ditamatkan. Butiran lanjut tapak
pelupusan adalah seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8
PENILAIAN UJIAN AIR LARUT RESAPAN DI TAPAK PELUPUSAN
BIL. TAPAK PELUPUSAN CATATAN

1. TPS Sungai Udang


2. LTP Jabor Jerangau
3. TPS Rimba Mas
4. TPS Ladang Tanah Merah
5. TPS Padang Cina
6. TPS Belenggu Penilaian ujian air larut resapan dilaksanakan.
7. TP Jalan Lipis
8. TPS Padang Sertik
9. TP Kg. Chuat
10. TP Jengka 10
11. TP Kg. Feri

12. TPS Belanga Pecah  Dikecualikan penilaian ujian air larut resapan kerana LTP belum berfungsi dan
di bawah pentadbiran PBT.
13. TPS Jabi  Air larut resapan yang berkumpul di sel-sel akan disalurkan ke kolam
pengumpulan (leachate collection pond) sebelum disalurkan ke kolam
14. TPS Tertak Batu pengolahan air larut resapan (leachate re-circulation) untuk dirawat.

15. TP Jemaluang
16. TP Batu 4
 Kriteria ujian air larut resapan tidak termasuk dalam penilaian KPI kerana tiada
17. TP Ulu Maasop LTP dan MLTP disediakan.
18. TP Sungai Muntoh  Air larut resapan yang berkumpul di sel-sel akan disalurkan ke kolam
pengumpulan (leachate collection pond) sebelum disalurkan ke kolam
19. TP Muadzam
pengolahan air larut resapan (leachate re-circulation) untuk dirawat.
20. TP Keledang
21. TP Bekoh

8
8 -- 16
16 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 16 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

BIL. TAPAK PELUPUSAN CATATAN

22. TP Pekan Nenas  Setiap tapak pelupusan telah disediakan MLTP.


23. TP Bukit Bakri  MLTP berfungsi dengan air larut resapan yang berkumpul di sel akan mengalir
masuk ke leachate collection pipe sebelum disalurkan ke MLTP untuk dirawat.
24. TP Maokil
 MLTP pada tapak ini telah dipindahkan ke TP Ladang CEP 1 pada 29 Mac 2019
25. TP Buloh Kasap untuk merawat limpahan air larut resapan di TP Ladang CEP 1.
26. TP Kok Foh Operasi TP telah ditamatkan pada bulan Mac 2019.
27. TP Ladang CEP 1 Operasi TP telah ditamatkan pada bulan Mac 2019.
Sumber: Laporan Pemeriksaan Fasiliti oleh SWCorp

c. Bagi 11 tapak pelupusan yang dinilai, sembilan (9) tapak pelupusan


tidak mematuhi piawaian bacaan parameter bagi penilaian
ujian larut resapan seperti yang ditetapkan Akta 127. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
PENILAIAN KETIDAKPATUHAN UJIAN AIR LARUT RESAPAN TAPAK PELUPUSAN
BAGI BULAN APRIL HINGGA 31 DISEMBER 2019
JUMLAH BULAN (2019)
BULAN
BIL. TAPAK PELUPUSAN

Sept.
Ogos
Julai
April

Nov.
TIDAK

Okt.

Dis.
Mei

Jun

PATUH

1. TPS Padang Sertik 8 / / / / / / / / TB

2. TP Kg. Chuat 8 / / / / / / / / TB

3. TP Kg. Feri 8 / / / / / / / / TB

4. TP Jengka 10 7 / / TB / / / / / TB

5. TPS Belenggu 6 / / / / / / TB TB TB

6. LTP Jabor Jerangau 5 TB TB TB / / TB / / /

7. TP Jalan Lipis 2 / / TB TB TB TB TB TB TB

8. TPS Padang Cina 2 TB TB / TB TB TB / TB TB

9. TPS Sungai Udang 1 TB TB TB / TB TB TB TB TB


Sumber: Sijil Analisis Air Larut Resapan oleh Makmal Bertauliah
Nota: ( / ) - Ketidakpatuhan Ujian Air Larut Resapan
(TB) - Tidak Berkenaan

5.1.2.2. Pencemaran Air Larut Resapan di Tapak Pelupusan

a. Semakan Audit mendapati JAS telah mengeluarkan Notis Arahan di bawah


Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta 127 kepada syarikat pengendali di TP
Ladang CEP 1 pada tahun 2017 dan 2018. Di dalam notis tersebut
dinyatakan kualiti efluen yang diambil di takat pelepasan premis semasa
penguatkuasaan, tidak mematuhi Peraturan 13, Jadual Kedua, Peraturan-
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen
Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009. Bacaan parameter
yang tidak dipatuhi antaranya adalah ammonia.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
17- 17
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 17 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

b. Mengikut rekod operator Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam, berlaku
penutupan loji rawatan air pada tahun 2015 hingga April 2019. Penutupan
tersebut disebabkan oleh pencemaran ammonia di sumber air mentah
Sungai Ulu Benut yang melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Antara punca pencemaran yang dikenal pasti adalah
dari pelepasan air larut resapan di TP Ladang CEP 1.

c. Berdasarkan rekod juga, pada tahun 2015 hingga bulan April 2019,
pencemaran ammonia mengakibatkan LRA Simpang Renggam ditutup
selama 635.99 jam seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
TEMPOH PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR
PADA TAHUN 2015 HINGGA BULAN APRIL 2019
TEMPOH PENUTUPAN LOJI
TAHUN TARIKH PENUTUPAN
(Jam)

2015 Antara 27.07.2015 hingga 29.12.2015 (6 hari) 55.47

2016 Antara 09.05.2016 hingga 20.11.2016 (5 hari) 37.08

2017 Antara 03.01.2017 hingga 01.12.2017 (30 hari) 204.38

2018 Antara 02.01.2018 hingga 05.12.2018 (31 hari) 210.56

2019 Antara 02.02.2019 hingga 27.04.2019 (10 hari) 128.50

JUMLAH 635.99
Sumber: Rekod Operator Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam

d. Berikutan daripada isu limpahan air larut resapan ke sungai berhampiran,


KPKT telah menghentikan sepenuhnya operasi pelupusan sisa pepejal di TP
Ladang CEP 1 berkuatkuasa pada 26 Mac 2019. Bagi mengatasi isu limpahan
air larut resapan, JPSPN telah melantik kontraktor untuk melaksanakan
projek pengukuhan benteng di TP Ladang CEP 1 bagi tempoh 4 April 2019
hingga 4 Julai 2019 melalui kaedah perolehan darurat di bawah Arahan
Perbendaharaan 173.2 dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.24 juta.
Kerja-kerja pengukuhan benteng di TP Ladang CEP 1 telah diperakukan siap
oleh JPSPN pada 2 Julai 2019 berdasarkan pemeriksaan tapak pada tarikh
tersebut.

5.1.2.3. Kualiti Pelepasan Gas dan Bendasing di Loji Insinerator


a. Pelepasan gas di loji insinerator hendaklah mematuhi Peraturan 13,
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) Tahun 2014.
Sebanyak 12 parameter pelepasan gas dan bendasing yang perlu dipatuhi
adalah seperti dalam Jadual 11.

8
8 -- 18
18 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 18 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

JADUAL 11
PIAWAIAN PELEPASAN BAGI GAS
DAN BENDASING DARI CEROBONG (CHIMNEY)
BIL. PARAMETER HAD PELEPASAN
1. Asid hidroklorida (HCI) 40 mg/m3
2. Karbon monoksida (CO) 50 mg/m3
3. Oksid-oksid sulfur (SO2) 50 mg/m3
4. Oksid-oksid nitrogen (NO2) 200 mg/m3
5. Kadmium (Cd) 0.05 mg/m3
6. Merkuri (Hg) 0.05 mg/m3
7. Plumbum (Pb) 0.5 mg/m3
8. Arsenik (As) 0.5 mg/m3
9. Kromium (Cr) 0.5 mg/m3
10. Antimoni (Sb) 0.5 mg/m3
11. Kuprum (Cu) 0.5 mg/m3
12. Zink (Zn) 0.5 mg/m3
Sumber: Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) Tahun 2014

b. Semakan Audit terhadap laporan analisis makmal bertarikh 11 November


2019 mendapati pelepasan gas/asap bagi kepekatan metal berat dari Loji
Insinerator Pulau Tioman adalah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan
oleh JAS. Bagaimanapun, pelepasan gas merbahaya iaitu karbon
monoksida dan oksid-oksid sulfur melebihi had yang
ditetapkan oleh JAS. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
PELEPASAN GAS LOJI INSINERATOR PULAU TIOMAN
YANG MELEPASI HAD YANG DITETAPKAN JAS
KEPUTUSAN BACAAN
BIL. PARAMETER HAD PELEPASAN
LOJI INSINERATOR
1. Karbon monoksida (CO) 999 mg/m3 50 mg/m3
2. Oksid-oksid sulfur (SO2) 737 mg/m 3
50 mg/m3
Sumber: Laporan Stack Flue Gas Monitoring Loji Insinerator Pulau Tioman

c. Kesan pelepasan gas merbahaya secara berterusan berisiko menyebabkan


pencemaran udara berlaku di kawasan sekitar. Pelepasan gas/asap dari
tiga (3) loji insinerator yang lain, iaitu di Pulau Langkawi, Cameron
Highlands dan Pulau Pangkor belum dapat dinilai kerana loji insinerator
tersebut belum beroperasi.

Maklum balas SWCorp yang diterima pada 6 Mei, 3 Jun dan 17 November
2020

TPS Belenggu
SWCorp telah mengeluarkan satu (1) notis penambahbaikan kepada syarikat
pengendali pada 4 September 2019 dan surat bagi memastikan pelepasan air larut

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
19- 19
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 19 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

resapan melepasi piawaian yang ditetapkan pada 20 Februari 2020. Pemotongan


KPI telah dibuat dari bulan April 2019 hingga September 2019. Bermula dari bulan
Oktober 2019 sehingga Mac 2020 semua keputusan ujian telah mematuhi piawaian
JAS.

TP Jalan Lipis, TPS Padang Sertik, TP Kg. Chuat, TP Jengka 10 dan TP Kg. Feri
Pemotongan KPI telah dilakukan bagi ketidakpatuhan ujian air larut resapan di
semua tapak. SWCorp telah mengeluarkan surat kepada syarikat pengendali
mengenai pelepasan efluen yang tidak mematuhi piawaian JAS melalui surat
bertarikh 26 Jun 2019 dan 20 Disember 2019. Penambahbaikan bagi ketiga-tiga TP
Jalan Lipis, TP Kg. Chuat dan TPS Padang Sertik dibuat iaitu dengan melaksanakan
kerja menaik taraf LTP.

Kerja-kerja naik taraf LTP TP Kg. Chuat dan TP Padang Sertik telah bermula pada 1
Februari 2020 dengan tempoh lapan (8) bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada
30 September 2020. Syarikat pengendali memohon lanjutan tempoh masa selama
dua (2) bulan sehingga 30 November 2020 kerana PKP yang menyebabkan kerja-
kerja tidak dapat diteruskan.

Kerja-kerja naik taraf LTP TP Jalan Lipis bermula pada 1 Disember 2019 dan di
jangka siap pada 31 Ogos 2020. Syarikat pengendali memohon lanjutan masa
sehingga 30 Oktober 2020 kerana PKP yang menyebabkan kerja-kerja tidak dapat
diteruskan.

Bagi TP Jengka 10 dan TP Kg. Feri yang akan tamat kontrak operasi pada bulan
Disember 2020, penambahbaikan akan dibuat dengan memasukkan kerja-kerja naik
taraf LTP dalam spesifikasi tender akan datang.

TPS Sungai Udang


SWCorp Negeri Melaka telah mengeluarkan surat kepada syarikat pengendali
bertarikh 14 Ogos 2019 meminta justifikasi daripada pihak syarikat pengendali bagi
parameter pH yang tidak melepasi piawaian.

LTP Jabor Jerangau


SWCorp telah mengeluarkan surat kepada syarikat pengendali untuk memberi
justifikasi terhadap efluen yang tidak melepasi piawaian JAS melalui surat bertarikh
19 Ogos 2019, 18 September 2019 dan 27 Januari 2020. Pemotongan KPI telah
dilakukan dari bulan Julai sehingga Disember 2019.

TPS Padang Cina


SWCorp Negeri Kedah telah mengeluarkan notis pemberitahuan ketidakpatuhan
pada 3 Julai 2019 dan 14 November 2019. Sijil analisis air larut resapan oleh
makmal bertauliah pada bulan Julai dan November 2019 menunjukkan ujian air larut
resapan telah mematuhi piawaian JAS.

8
8 -- 20
20 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 20 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

TP Ladang CEP 1
TP Ladang CEP 1 adalah berdekatan dengan Sungai Benut yang merupakan
kawasan tadahan air. Selain pencemaran dari TP Ladang CEP 1, terdapat juga
ladang ayam, loji rawatan kumbahan dan monsoon drain daripada kawasan PBT
yang turut menyumbang kepada pencemaran air sungai tersebut.

Bagi kerja-kerja pengukuhan benteng yang telah siap pada 2 Julai 2019, surat
pelepasan bon pelaksanaan telah dikeluarkan kepada syarikat pengendali pada 28
Ogos 2020.

Loji Insinerator Pulau Tioman


Bagi pelepasan gas/asap di Loji Insinerator Pulau Tioman mengalami
ketidakpatuhan antaranya adalah disebabkan keadaan sampah yang lembab
menyebabkan pembakaran tidak sempurna di dalam kebuk pembakaran. Selain itu
sampel yang diambil adalah ketika loji baru mula beroperasi (baru sahaja selesai
proses start-up/re-heat). Pada ketika ini proses pembakaran sampah masih belum
stabil disebabkan keadaan sampah yang basah. Pihak syarikat pengendali telah
menambah baik kerja-kerja memproses sampah bagi mengurangkan kadar
kelembapan sampah untuk memastikan pembakaran yang lengkap dan sempurna di
dalam kebuk pembakaran. Selain itu, kerja-kerja penyenggaraan seperti
pembersihan pada peralatan Air Pollution Control (Gas Cooler dan Cyclone)
dilaksanakan setiap minggu. Hasil daripada tindakan penambahbaikan oleh syarikat
pengendali, laporan keputusan pemantauan oleh pihak ketiga menunjukkan bacaan
parameter telah mematuhi piawaian pelepasan yang telah ditetapkan oleh JAS.

Pendapat Bacaan parameter ujian air larut resapan di tapak pelupusan


Audit dan pelepasan gas merbahaya dari loji insinerator yang tidak
mematuhi piawaian JAS menunjukkan ketidakcekapan
pengoperasian LTP di tapak pelupusan dan loji insinerator.
Kegagalan mematuhi piawaian JAS, berisiko menyebabkan
pencemaran air dan udara berlaku di kawasan sekitar
seterusnya boleh memberi kesan kepada pencapaian objektif
iaitu memastikan alam sekitar terpelihara.

5.2. Pengurusan Aktiviti

5.2.1. Pencapaian Kewangan

a. Bagi menguruskan aktiviti perkhidmatan operasi fasiliti, SWCorp telah menerima


peruntukan daripada KPKT dan sumbangan daripada PBT. Berdasarkan kepada
rekod kewangan KPKT dan SWCorp sehingga tahun 2019, baki peruntukan
KWPSPPA berjumlah RM48.53 juta.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
21- 21
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 21 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

b. Bagi tahun 2016 hingga 2019, jumlah keseluruhan peruntukan dan sumbangan
yang diterima berjumlah RM374.94 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah
RM266.38 juta diterima daripada KPKT, manakala RM108.56 juta adalah
sumbangan daripada PBT. Pada tahun 2018 sejumlah RM38 juta telah
dipindahkan ke aktiviti pembersihan awam dan pada tahun 2019 sejumlah
RM0.86 juta telah dipindahkan ke kumpulan wang mengurus. Oleh itu, jumlah
keseluruhan peruntukan bagi tahun 2016 hingga tahun 2019 adalah berjumlah
RM336.08 juta.

c. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM278.61 juta (82.9%) telah dibelanjakan


bagi menguruskan aktiviti perkhidmatan operasi fasiliti. Bagi tempoh tahun 2016
sehingga 2019, peratus perbelanjaan tahun 2019 adalah yang terendah iaitu
60.1%. Butiran peruntukan dan perbelanjaan bagi tahun 2016 hingga 2019
adalah seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN KWPSPPA DI BAWAH
OPERASI FASILITI BAGI TEMPOH TAHUN 2016 SEHINGGA 2019
TAHUN (RM Juta)
JUMLAH
BUTIRAN
(RM Juta)
2016 2017 2018 2019

Baki Awal Peruntukan (8.94) 1.86 8.43 (1.68)

(+) Peruntukan KPKT Diterima Dalam Tahun 31.96 53.57 80.85 100.00 266.38

(+) Sumbangan PBT Diterima Dalam Tahun 30.85 27.36 26.28 24.07 108.56

(-) Pindah Peruntukan - - (38.00) (0.86) (38.86)

Jumlah Peruntukan 53.87 82.79 77.56 121.53 336.08

Perbelanjaan Operasi Fasiliti 52.01 74.36 79.24 73.00 278.61

Jumlah Perbelanjaan 52.01 74.36 79.24 73.00 278.61


(Peratus) (92.5%) (89.8%) (102.2%) (60.1%) (82.9%)

Baki Akhir Peruntukan 1.86 8.43 (1.68)* 48.53

Sumber: Baucar Bayaran KPKT dan SWCorp, Penyata Terimaan dan Perbelanjaan Akaun Perkhidmatan Operasi Fasiliti
(AFAS) Tahun 2015 hingga 2019
Nota: (*) - Peruntukan Tahun 2018 Berbaki Negatif kerana Perbelanjaan Operasi Fasiliti Adalah Berasaskan Prinsip
Perakaunan Akruan yang Diguna Pakai oleh SWCorp

Maklum balas JPSPN dan SWCorp yang diterima pada 6 Mei 2020

Baki peruntukan akaun AFAS bagi tahun 2019 yang berjumlah RM48.53 juta adalah
berdasarkan asas akruan, di mana sumbangan daripada PBT adalah berdasarkan
jumlah yang dituntut pada tahun tersebut dan bukan jumlah sebenar yang diterima
pada tahun tersebut. Manakala perbelanjaan AFAS pula adalah berdasarkan tahun
perkhidmatan semasa dan bukan berdasarkan tahun ianya dibayar.

8
8 -- 22
22 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 22 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

5.2.2. Pentadbiran Kontrak

5.2.2.1. Pelanjutan Tempoh Kontrak

a. Berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan 201, perubahan kontrak dan


pelanjutan tempoh kontrak bekalan dan perkhidmatan bagi perolehan
Persekutuan boleh diluluskan oleh pihak berkuasa.

b. Semakan Audit mendapati Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak


Pelupusan bagi lima (5) tapak pelupusan di negeri Johor telah tamat pada
31 Oktober 2018 dan satu (1) tapak pelupusan di negeri Pahang telah
tamat pada 31 Disember 2018. Kelulusan pelanjutan tempoh kontrak
diperoleh daripada Kementerian Kewangan (MoF) melalui surat bertarikh 23
Oktober 2018. Mengikut surat tersebut, tapak pelupusan di negeri Johor
diluluskan lanjutan kontrak sehingga 30 April 2019 manakala tapak
pelupusan di negeri Pahang sehingga 30 Jun 2019. Selain itu, MoF melalui
surat bertarikh 23 Mei 2019, telah meluluskan permohonan pelanjutan
tempoh kontrak dengan kos tambahan sebanyak RM0.57 juta bagi LTP
Jabor Jerangau yang tamat pada 2 April 2019. Tempoh lanjutan kontrak
yang diluluskan adalah mulai 3 April 2019 sehingga 2 Julai 2019.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati sehingga bulan Disember 2019,


perjanjian tambahan bagi Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak
Pelupusan bagi tiga (3) tapak pelupusan di negeri Johor iaitu TP Bukit Bakri,
TP Ladang CEP 1 dan TP Pekan Nenas telah ditandatangani namun belum
dimatikan setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Selain itu, deraf
perjanjian tambahan dua (2) tapak pelupusan iaitu TP Batu 4 dan TP
Jemaluang masih di peringkat semakan Bahagian Undang-undang (BUU)
KPKT. Kesemua perjanjian tambahan tapak pelupusan tersebut belum
dimuktamadkan walaupun tempoh lanjutan kontrak telah tamat pada 30
April 2019. Perjanjian tambahan bagi Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan
Tapak Pelupusan TP Jalan Lipis dan LTP Jabor Jerangau pula telah
dimuktamadkan masing-masing pada 29 November 2019 dan 1 Julai 2019.

d. Sehingga 31 Disember 2019, didapati tempoh masa yang diambil


untuk memuktamadkan dokumen perjanjian tambahan bagi
satu (1) tapak pelupusan di negeri Pahang adalah 13 bulan
manakala lima (5) tapak pelupusan di negeri Johor masih
belum ditandatangani sehingga tarikh pengauditan. Butiran
lanjut mengenai status perjanjian tambahan dan tempoh masa yang diambil
adalah seperti dalam Jadual 14.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
23- 23
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 23 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

JADUAL 14
STATUS PERJANJIAN TAMBAHAN KONTRAK OPERASI DAN
PENYELENGGARAAN TAPAK PELUPUSAN DAN TEMPOH MASA YANG
DIAMBIL UNTUK MEMUKTAMADKAN DOKUMEN PERJANJIAN TAMBAHAN
TEMPOH MASA
TEMPOH OPERASI
NO. PERJANJIAN
RUJUKAN/ TAMBAHAN DARI
STATUS
TAPAK TARIKH TARIKH KELULUSAN
BIL. PERJANJIAN
PELUPUSAN KONTRAK LANJUTAN KELULUSAN MoF SEHINGGA
TAMBAHAN
ASAL KONTRAK DARIPADA 31 DISEMBER 2019
MoF ATAU PERJANJIAN
DITANDATANGANI
Perjanjian
01.01.2017 01.01.2019
TP Jalan ditandatangani
1. hingga hingga 13 bulan
Lipis pada
31.12.2018 30.06.2019
29.11.2019

01.11.2016 01.11.2018
TP Bukit Proses matikan
2. hingga hingga
Bakri setem LHDN
31.10.2018 30.04.2019

01.11.2016 01.11.2018
TP Ladang Proses matikan
3. hingga hingga S/K.KEW/PK/KPK
CEP 1 setem LHDN
31.10.2018 30.04.2019 T/OS3/04 JLD.3
SK.4(41)
01.11.2016 01.11.2018 23.10.2018
4. TP Batu 4 hingga hingga Semakan BUU 14 Bulan
31.10.2018 30.04.2019

01.11.2016 01.11.2018
TP
5. hingga hingga Semakan BUU
Jemaluang
31.10.2018 30.04.2019

01.11.2016 01.11.2018
TP Pekan Proses matikan
6. hingga hingga
Nenas setem LHDN
31.10.2018 30.04.2019
Sumber: Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak Pelupusan dan Surat Kelulusan MoF

Maklum balas JPSPN yang diterima pada 6 Mei 2020

Perjanjian tambahan bagi lima (5) tapak pelupusan telah dimuktamadkan dan
dimatikan setem pada tarikh berikut; TP Ladang CEP 1 pada 27 Februari 2020,
TP Bakri pada 27 Februari 2020, TP Pekan Nenas pada 27 Februari 2020, TP
Jemaluang pada 17 Mac 2020, TP Batu 4 pada 17 Mac 2020 dan TP Jalan Lipis pada
29 November 2019.

JPSPN mengalami kelewatan untuk memuktamadkan perjanjian tambahan kerana


kelewatan syarikat pengendali berkenaan mengemukakan maklum balas klausa
perjanjian tambahan tersebut pada 4 Julai 2019 di mana tempoh pelanjutan telah
tamat. Selain itu, BUU KPKT memaklumkan bahawa pihaknya hanya akan
memuktamadkan perjanjian tambahan tersebut jika JPSPN telah mendapatkan
pandangan dan nasihat daripada Bahagian Kewangan dan Perolehan KPKT serta
MoF berhubung kelewatan menandatangani perjanjian tambahan. Proses
mendapatkan maklum balas daripada Bahagian Kewangan dan Perolehan KPKT
serta MoF adalah punca kelewatan memuktamadkan perjanjian tambahan ini.

8
8 -- 24
24 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 24 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

5.2.2.2. Perjanjian Novasi

a. Perjanjian Novasi antara Kerajaan, SWCorp serta syarikat pengendali


(380208-V dan 1068667-X) untuk menjalankan operasi di tapak pelupusan
telah ditandatangani pada 17 Julai 2017 bagi 12 tapak pelupusan.
Berdasarkan kepada Klausa 3 (a) Perjanjian Novasi, semua hak, tanggungan,
faedah, tanggungjawab dan obligasi syarikat pengendali (380208-V) di
bawah Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan Tapak Pelupusan yang
ditandatangani telah dipindah dan dikuat kuasa, novasi, dipindah milik
kepada syarikat pengendali (1068667-X). Selain itu, berdasarkan kepada
Klausa 6 Perjanjian Novasi, sebarang pindaan terhadap klausa kontrak
hendaklah dibuat secara bertulis melalui perjanjian tambahan.

b. Semakan Audit mendapati berdasarkan Perjanjian Novasi, tempoh operasi


syarikat pengendali (1068667-X) bermula dari 1 November 2016 sehingga
tamat kontrak. Bagaimanapun, Ibu Pejabat SWCorp telah mengeluarkan
surat bertarikh 22 Januari 2018 mengenai penguatkuasaan operasi di bawah
Perjanjian Novasi dipinda kepada 1 Januari 2018. Namun begitu,
perjanjian tambahan didapati masih belum disediakan bagi
perubahan tarikh tersebut.

Maklum balas JPSPN yang diterima pada 3 Oktober 2019 dan 3 Jun 2020

Surat arahan kepada syarikat pengendali (1068667-X) untuk menyediakan


perjanjian tambahan bagi tujuan pembayaran telah dikeluarkan pada 30 September
2019. Syarikat pengendali (1068667-X) telah mengemukakan deraf perjanjian
tambahan tersebut pada 1 Oktober 2019. Jabatan ini telah mengemukakan deraf
perjanjian tambahan tersebut ke BUU KPKT pada 2 Oktober 2019 dan 4 Februari
2020 untuk semakan dan ulasan. Sehingga 3 Jun 2020, JPSPN masih belum
menerima maklum balas dan ulasan BUU KPKT.

Pendapat Pengurusan pentadbiran kontrak adalah kurang cekap kerana


Audit perjanjian tambahan Kontrak Operasi dan Penyelenggaraan
Tapak Pelupusan mengambil masa melebihi setahun untuk
dimuktamadkan. Selain itu, perjanjian tambahan bagi
Perjanjian Novasi masih belum dimuktamadkan hingga kini.
Pengurusan pentadbiran kontrak yang kurang cekap bagi
kedua-dua perkara ini boleh menjejaskan kepentingan
Kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
25- 25
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 25 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

5.2.3. Pengendalian Operasi Tapak Pelupusan dan Loji Insinerator

5.2.3.1. Loji Insinerator Belum Beroperasi

Berdasarkan justifikasi pelantikan syarikat pengendali Loji Insinerator Cameron


Highlands, Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, loji insinerator perlu segera
diperbaiki dan beroperasi kerana tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada tidak
mempunyai ruang mencukupi untuk melupuskan sisa pepejal. Semakan Audit
mendapati bagi ketiga-tiga loji insinerator yang belum beroperasi,
klausa mengenai tempoh masa bagi fasa kerja-kerja pembaikan
termasuk pelaksanaan sesi pengujian dan pentauliahan [Testing
and Commissioning (T&C)] dan pengoperasian tidak dinyatakan
dalam Kontrak Perkhidmatan Pengoperasian dan
Penyelenggaraan Loji Insinerator. Selain itu, klausa denda atau
penalti sekiranya kerja-kerja pembaikan tidak disiapkan tidak
dinyatakan dalam dokumen kontrak tersebut. Kesan ketiadaan klausa
tersebut menyebabkan pemantauan terhadap pelaksanaan kerja-kerja
pembaikan kurang cekap dan kurang berkesan serta tiada sebarang denda atau
penalti kelewatan siap kerja dapat dikenakan.

a. Loji Insinerator Cameron Highlands

i. Klausa 10.6.1 Kontrak Perkhidmatan Pengoperasian dan


Penyelenggaraan Loji Insinerator Cameron Highlands menetapkan
pengujian dan pentauliahan dilaksanakan terhadap pemasangan
komponen loji insinerator bagi memastikan peralatan telah diselaraskan
dengan betul dan ditentu ukur bagi memastikan loji insinerator dapat
beroperasi dan berfungsi dengan baik.

ii. Semakan Audit mendapati sehingga akhir bulan Disember 2019, sesi T&C
masih belum dilaksanakan. Semakan Audit selanjutnya mendapati
sehingga 23 Januari 2020, tarikh sesi T&C telah dipinda sebanyak lima
(5) kali dari tarikh asal yang dijadualkan pada 30 September 2018.
Bagaimanapun didapati syarikat pengendali (938781-W) tidak
menyatakan justifikasi secara bertulis berkenaan pindaan tarikh T&C
tersebut bagi Line A dan Line B. Pihak JPSPN dan SWCorp didapati telah
melaksanakan pemantauan terhadap pelaksanaan T&C melalui
mesyuarat pemantauan dan surat peringatan yang dikeluarkan kepada
syarikat pengendali (938781-W). Butiran mengenai pindaan tarikh T&C
dan pemantauan yang dilaksanakan antaranya adalah seperti dalam
Jadual 15.

8
8 -- 26
26 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 26 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

JADUAL 15
PINDAAN TARIKH T&C DAN PEMANTAUAN YANG DILAKSANAKAN
BIL. PERKARA/TARIKH KETERANGAN

Surat bertarikh Syarikat pengendali (938781-W) menghantar surat makluman kepada JPSPN
1.
27.04.2018 mengenai tarikh mula T&C dijangkakan pada 30.09.2018.

Mesyuarat Pemantauan
Syarikat pengendali (938781-W) memaklumkan sesi T&C akan diadakan pada
2. Bilangan 8 Tahun 2018
bulan Disember 2018.
bertarikh 28.11.2018
Mesyuarat Berkaitan
T&C melibatkan Line A dan Line B. Syarikat pengendali (938781-W)
Sesi T&C Bilangan 1
3. memaklumkan bahawa T&C yang diadakan adalah bagi operasi Line A sahaja
Tahun 2018
manakala bagi Line B, T&C akan diadakan pada bulan Mei 2019.
bertarikh 26.11.2018
Surat bertarikh Syarikat pengendali (938781-W) memaklumkan sesi T&C dijangkakan bermula
4.
13.05.2019 pada 15.05.2019.

Surat bertarikh Surat dari SWCorp kepada syarikat pengendali (938781-W) mengingatkan supaya
5.
05.07.2019 tindakan segera diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan T&C.

Surat bertarikh Surat dari JPSPN kepada syarikat pengendali (938781-W) supaya menyegerakan
6.
08.08.2019 kerja-kerja pembaikan loji insinerator.

Surat bertarikh Syarikat pengendali (938781-W) memaklumkan sesi T&C untuk Line A bermula
7.
23.01.2020 pada 06.02.2020 hingga 21.03.2020 selama 45 hari.
Sumber: Fail JPSPN dan SWCorp

iii. Oleh kerana loji insinerator masih belum beroperasi, JPSPN telah
melantik syarikat pengendali (367713-X) untuk mengalihkan sisa pepejal
dari tapak loji insinerator ke TP Jalan Lipis dengan kos berjumlah
RM7.81 juta bagi tempoh dua (2) tahun mulai 28 September 2016
hingga 27 September 2018. Bagaimanapun sehingga bulan Januari 2019
loji insinerator tersebut masih belum beroperasi. Oleh itu, SWCorp telah
mengeluarkan surat kepada syarikat pengendali (938781-W) pada
7 Februari 2019 yang menghendaki syarikat pengendali (938781-W)
menanggung kos penghantaran sisa ke TP Jalan Lipis bermula 1 Oktober
2018.

b. Loji Insinerator Pulau Langkawi

i. Klausa 10.5.1 Kontrak Perkhidmatan Pengoperasian dan


Penyelenggaraan Loji Insinerator Pulau Langkawi menetapkan pengujian
dan pentauliahan dilaksanakan terhadap pemasangan komponen
insinerator bagi memastikan peralatan dan komponen loji insinerator
telah diselaraskan dengan betul dan ditentu ukur bagi memastikan loji
insinerator dapat beroperasi dan berfungsi dengan baik.

ii. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Disember 2019, sesi T&C bagi
Loji Insinerator Pulau Langkawi masih belum dilaksanakan. Semakan
Audit selanjutnya mendapati sehingga bulan Februari 2020, tarikh sesi

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
27- 27
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 27 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

T&C telah dipinda sebanyak lima (5) kali dari tarikh asal yang dijadualkan
pada bulan Jun 2018. Bagaimanapun tiada justifikasi serta penjelasan
secara bertulis dari syarikat pengendali (534760-A) berkenaan pindaan
tarikh T&C tersebut. Pihak JPSPN telah mengemukakan surat peringatan
kepada syarikat pengendali (534760-A) supaya mematuhi tarikh T&C
yang ditetapkan. Butiran mengenai pindaan tarikh T&C adalah seperti
dalam Jadual 16.

JADUAL 16
PINDAAN TARIKH T&C DAN PEMANTAUAN YANG DILAKSANAKAN
BIL. PERKARA/TARIKH KETERANGAN
 Syarikat pengendali (534760-A) mengemukakan pelan perancangan
1. Surat bertarikh 11.04.2017 pemasangan loji insinerator.
 T&C akan dilaksanakan pada bulan Jun 2018.

 JPSPN telah mengeluarkan surat peringatan pertama kepada syarikat


pengendali (534760-A) kerana kelewatan kemajuan kerja di tapak.
 JPSPN memaklumkan tempoh kontrak selama enam (6) tahun dari
03.04.2017 hingga 02.04.2023 yang mana tahun pertama untuk kerja-kerja
2. Surat bertarikh 16.10.2018 pembaikan dan tahun kedua untuk loji insinerator akan mula beroperasi.
 JPSPN menyarankan syarikat pengendali (534760-A) mematuhi cadangan
tarikh pengoperasian pada 15.12.2018 dan melaksanakan T&C pada bulan
Disember 2018.

 Memo dari Ketua Pengarah JPSPN kepada YB Menteri melalui Ketua


Setiausaha (KSU) KPKT berkaitan status pelaksanaan kerja penambahbaikan
3. Memo bertarikh 17.12.2018 dan pengoperasian Loji Insinerator Pulau Langkawi memaklumkan kerja T&C
dalaman bermula pada 16.01.2019 hingga 22.01.2019.
 Sesi T&C akan bermula selepas T&C dalaman dilaksanakan.

Laporan Kerja-kerja
Pemasangan, Pengoperasian
dan Penyelenggaraan Loji Syarikat pengendali (534760-A) menyatakan T&C akan bermula pada
4.
Insinerator oleh syarikat 08.05.2019 hingga 08.08.2019.
pengendali (534760-A)
bertarikh 20.03.2019
Memo dari Ketua Pengarah JPSPN kepada KSU KPKT berkaitan kerja-kerja
5. Memo bertarikh 29.10.2019 pemasangan bagi loji insinerator pada 15.09.2019 hingga 20.10.2019 (T&C –
15.12.2019).
Syarikat pengendali (534760-A) memaklumkan tarikh T&C baru adalah pada
6. Surat bertarikh 18.02.2020
akhir bulan Mac 2020 iaitu 31.03.2020.
Sumber: Fail JPSPN dan SWCorp

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati syarikat pengendali (534760-A)


tidak dapat melaksanakan T&C pada tarikh yang ditetapkan kerana
syarikat pengendali (534760-A) mengalami masalah kewangan bagi
membiayai kos penghantaran komponen loji insinerator dari Korea
Selatan ke Pulau Langkawi. Bagaimanapun setelah syarikat pengendali
(534760-A) mendapat pembiayaan baru, didapati kerja pemasangan
komponen loji insinerator masih juga belum siap sepenuhnya kerana
terdapat komponen loji insinerator yang masih belum diterima dari Korea
Selatan menyebabkan sesi T&C tidak dapat dilaksanakan.

8
8 -- 28
28 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 28 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

iv. Loji insinerator yang masih belum beroperasi menyebabkan sisa pepejal
perlu dilupuskan di TPS Belanga Pecah yang terletak bersebelahan
dengan Loji Insinerator Pulau Langkawi. Pada 30 Januari 2019, JPSPN
telah melantik syarikat pengendali Loji Insinerator Pulau Langkawi
(534760-A) untuk mengambil alih pengoperasian TPS Belanga Pecah
tanpa sebarang kos di pihak Kerajaan disebabkan kerja pembaikan loji
insinerator belum siap.

v. Pemeriksaan fizikal Audit pada 15 April 2019 mendapati penyenggaraan


tidak dilaksanakan yang mana kolam takungan air larut resapan telah
dimasuki sisa pepejal seperti dalam Gambar 1 dan 2. Bagaimanapun
pada 19 September 2019, syarikat pengendali (534760-A) telah
membersihkan kolam takungan air larut resapan tersebut seperti dalam
Gambar 3 dan 4.

GAMBAR 1 GAMBAR 2

TPS Belanga Pecah


Kolam Pengumpulan Air Larut Resapan yang Tidak Terurus
(15.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 3 GAMBAR 4

TPS Belanga Pecah TPS Belanga Pecah


Kerja Pembersihan Sedang Dilakukan Kolam Pengumpulan Air Larut Resapan Telah Dibersihkan
(19.09.2019) (19.09.2019)
(Sumber: SWCorp) (Sumber: SWCorp)

vi. Isu mengenai loji insinerator yang masih belum beroperasi juga telah
mendapat perhatian dan penglibatan Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Dalam surat KSN kepada KSU KPKT bertarikh 25 Julai 2019, beliau telah
mengarahkan supaya KSU KPKT menyediakan seorang pegawai
pemantau khusus dan memberikan laporan bergambar aktiviti di tapak
pada setiap 15 dan 30 hari bulan setiap bulan bermula bulan Ogos 2019.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
29- 29
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 29 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

c. Loji Insinerator Pulau Pangkor

i. Berdasarkan Klausa 10.1.2(x) Kontrak Perkhidmatan Pengoperasian dan


Penyelenggaraan Loji Insinerator Pulau Pangkor, syarikat pengendali
hendaklah melaksanakan semua keperluan pengujian dan pentauliahan
ke atas loji insinerator supaya dapat berfungsi dan beroperasi dengan
baik bagi tempoh tiga (3) bulan secara berterusan. Selaras dengan
kerja-kerja membaik pulih, syarikat pengendali hendaklah menjalankan
semua pengujian dan pentauliahan yang diperlukan seperti yang
dinyatakan dalam Klausa 10.1.2(x) bagi membuktikan fungsi dan
prestasi loji sebelum tarikh operasi sebenar.

ii. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Februari 2020, sesi T&C di
Loji Insinerator Pulau Pangkor masih dalam proses pelaksanaan.
Semakan Audit juga mendapati sehingga 3 Februari 2020, tarikh sesi
T&C telah dipinda sebanyak sembilan (9) kali dari tarikh asal T&C yang
dijadualkan pada Februari dan September 2017. Perkara ini berlaku
antaranya disebabkan penarikan diri syarikat pembekal yang dilantik
oleh syarikat pengendali (938781-W) untuk kerja-kerja pembaikan dan
pengubahan loji, insiden kebakaran dan masalah teknikal di loji
insinerator semasa sesi T&C dijalankan.

iii. Pihak JPSPN dan SWCorp didapati telah melaksanakan pemantauan


terhadap pelaksanaan T&C melalui mesyuarat pemantauan, lawatan
tapak dan surat peringatan yang dikeluarkan kepada syarikat
pengendali (938781-W). Butiran mengenai pindaan tarikh T&C dan
pemantauan yang dilaksanakan antaranya adalah seperti dalam
Jadual 17.

JADUAL 17
PINDAAN TARIKH T&C DAN PEMANTAUAN YANG DILAKSANAKAN
BIL. PERKARA KETERANGAN

SWCorp memaklumkan mengenai kelewatan pemasangan peralatan oleh syarikat


Surat bertarikh
1. pembekal (165029-H) yang dilantik syarikat pengendali (938781-W) menyebabkan T&C
09.01.2018
Line B yang sepatutnya dijalankan pada bulan Januari 2018.

Surat bertarikh Selepas mesyuarat pemantauan bil. 4/2018, syarikat pengendali (938781-W)
2.
27.04.2018 memaklumkan tarikh mula T&C dijangka pada 30.06.2018.

 Syarikat pengendali (938781-W) memohon penangguhan untuk menghantar sampah


Surat bertarikh
3. sehingga penghujung bulan Februari 2019.
20.12.2018
 Syarikat pengendali (938781-W) memaklumkan T&C dijangka pada 01.03.2019.

Surat bertarikh Selepas mesyuarat pemantauan bil. 3/2019 pada 08.05.2019, syarikat pengendali
4.
13.05.2019 (938781-W) memaklumkan tarikh mula T&C dibuat pada 15.05.2019.

Surat bertarikh
5. Syarikat pengendali (938781-W) memaklumkan tarikh mula T&C dibuat pada 18.07.2019.
15.07.2019

8
8 -- 30
30 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 30 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

BIL. PERKARA KETERANGAN

Pihak syarikat pengendali (938781-W) mengemukakan dokumen untuk tujuan T&C seperti:
Surat bertarikh  Method of statement (Rev.2).
6.
04.12.2019  T&C Schedule [16.12.2019 hingga 31.01.2020 (45 hari): Line B – 30 hari diikuti
Line A - 15 hari].
Memo SWCorp memaklumkan mengenai pindaan tarikh pelaksanaan T&C yang akan
Memo bertarikh
7. bermula pada 13.01.2020 hingga 28.01.2020 (15 hari – Line A):
09.01.2020
 ditangguhkan T&C sebelumnya kerana masalah teknikal.

Syarikat pengendali (938781-W) memaklumkan mengenai jadual baru T&C Line A selama
Surat bertarikh 15 hari bermula 20.01.2020 hingga 03.02.2020:
8.
14.01.2020  ditangguhkan T&C sebelumnya (14.01.2020 hingga 20.01.2020) kerana masalah teknikal
Continuous Emission Monitoring System (CEMS).

Surat bertarikh Syarikat pengendali (938781-W) memaklumkan mengenai pelanjutan T&C Line A dari
9.
03.02.2020 03.02.2020 kepada 06.02.2020 disebabkan masalah sistem CEMS dan ash conveyor.

Syarikat pengendali (938781-W) mengemukakan dokumen berkaitan Laporan T&C Line A:


Surat bertarikh
10.  18.07.2019 hingga 31.08.2019.
05.03.2020
 20.01.2020 hingga 04.02.2020.
Sumber: Fail JPSPN dan SWCorp

iv. Semakan Audit pada bulan Februari 2020 mendapati sesi T&C di loji
insinerator bagi Line A dan Line B yang dijadualkan pihak syarikat
pengendali (938781-W) adalah bagi tempoh tiga (3) bulan bermula
18 Julai 2019 hingga 17 Oktober 2019 tidak dilaksanakan secara
berterusan bagi tempoh tiga (3) bulan. Dalam tempoh tersebut, sesi
T&C yang telah dilaksanakan adalah bagi loji Line A yang bermula pada
18 Julai 2019 dan tamat pada 31 Ogos 2019 bagi tempoh 45 hari.
Bagaimanapun sesi T&C bagi loji Line A telah dilaksanakan semula bagi
tempoh 15 hari lagi bermula 20 Januari 2020 hingga 4 Februari 2020
disebabkan insiden kebakaran yang berlaku pada 5 Oktober 2019.
Perkara ini disebabkan oleh masalah teknikal di loji tersebut seperti
kerja-kerja pembaikan dan penggantian sistem wayar yang rosak akibat
kebakaran hanya selesai pada 10 Januari 2020.

v. Semakan Audit juga mendapati sesi T&C bagi loji Line B didapati tidak
dilaksanakan secara berterusan selepas sesi T&C Line A selesai kerana
masih dalam proses kerja-kerja pembaikan. Perkara ini adalah
bertentangan dengan kehendak Klausa 10.1.2(x) yang menetapkan sesi
T&C dilaksanakan secara berterusan.

Maklum balas JPSPN dan SWCorp yang diterima pada 6 Mei, 3 Jun dan
17 November 2020

Proses T&C melibatkan dua (2) line merangkumi Line A iaitu line utama operasi loji
insinerator dan Line B iaitu line operasi kedua (standby) loji insinerator yang
digunakan sekiranya Line A rosak atau dibuat penyenggaraan. Surat arahan
bertarikh 6 November 2020 dikeluarkan kepada ketiga-tiga syarikat pengendali
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
31- 31
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 31 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

supaya pelaksanaan T&C bagi ketiga-tiga loji insinerator hendaklah dijalankan


mengikut kontrak di Klausa 10.1.2(x). Pelaksanaan T&C hendaklah dijalankan secara
serentak selama tempoh 90 hari berterusan bagi kedua-dua Line A dan B.
Sehubungan itu, syarikat pengendali perlu menyiapkan kerja-kerja pembaikan
sepenuhnya sebelum sesi T&C bersama pihak Kerajaan.

Loji Insinerator Cameron Highlands


Kelewatan sesi T&C dilaksanakan adalah disebabkan berlaku kelewatan oleh pihak
pembekal yang dilantik serta masalah teknikal yang dihadapi dalam menyiapkan
kerja baik pulih dan pembaikan Line A dan Line B. Kerja pembaikan Line A telah siap
pada 12 November 2019 dan kerja-kerja internal testing antara syarikat pengendali
dan pembekal terus dijalankan pada hari yang sama. Internal testing ini adalah bagi
memastikan semua peralatan telah sedia dan mematuhi segala had pelepasan JAS
sebelum pelaksanaan sesi T&C boleh dijalankan bersama JPSPN dan SWCorp.
Pindaan sesi T&C Line A telah dibuat dan dijadualkan pada 6 Februari 2020 hingga
21 Mac 2020 telah berjaya siap dilaksanakan. Kerja pembaikan pada Line B pula
dijangka mengambil masa selama enam (6) bulan yang dijangkakan akan bermula
pada bulan Jun 2020. Sesi T&C untuk Line B dijangka akan dijalankan pada bulan
Januari 2021.

Loji Insinerator Pulau Langkawi


Pindaan tarikh sesi T&C adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kelewatan
ketibaan kapal (shipment) yang membawa peralatan loji insinerator, kelewatan
pengesahan reka bentuk teknikal loji insinerator oleh perunding, kerosakan kren
bagi kerja pengalihan peralatan loji insinerator serta kelewatan pemasangan
peralatan Continuos Emission Monitoring System (CEMS). Sesi T&C yang dijangka
akan bermula pada 31 Mac 2020 tidak dapat dilaksanakan oleh kerana arahan PKP
oleh Kerajaan. Pemasangan CEMS telah siap dan mendapat kelulusan JAS pada 30
Oktober 2020.

Syarikat pengendali (534760-A) hendaklah membuat pengurusan bau dan leachate


dan perlu diuruskan sendiri oleh syarikat. Syarikat pengendali (534760-A) telah
membersihkan kolam takungan air larut resapan itu dalam tempoh sebulan sekali
atau bila-bila dirasakan perlu. Pengoperasian ini tidak melibatkan sebarang kos
kepada Kerajaan. Tiada pemantauan KPI dikenakan kepada syarikat pengendali
tetapi SWCorp membuat pemantauan kepada syarikat pengendali dari segi paras
air daripada melimpah keluar berdasarkan SOP yang telah disediakan oleh SWCorp.
Syarikat pengendali perlu memenuhi kehendak Peraturan 13, Jadual Kedua,
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen
Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009, di mana sebarang leachate
yang terhasil dan terkeluar ke luar kawasan operasi boleh dikenakan denda oleh
JAS.

8
8 -- 32
32 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 32 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

Pendapat Klausa kontrak loji insinerator yang tidak menetapkan tempoh


Audit masa pembaikan serta ketiadaan klausa penalti menyebabkan
pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan tidak dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Perkara ini tidak menjamin
kepentingan Kerajaan dari segi perkhidmatan yang diberikan.

5.2.3.2. Loji Insinerator Beroperasi Tanpa Lesen

a. Mengikut Seksyen 14 Akta 672, lesen hendaklah diperoleh bagi


mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal,
mengurus dan mengendali kemudahan sisa pepejal atau menyediakan
perkhidmatan pembersihan awam.

b. Seksyen 16 Akta 672 menyatakan pemohon perlu memohon lesen melalui


SWCorp dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti yang telah
ditetapkan. Seksyen 18 Akta 672 menyatakan SWCorp diberi tempoh 60 hari
dari tarikh mohon perlu mengemukakan pengesyoran lesen kepada JPSPN
untuk kelulusan.

c. Proses permohonan dan kelulusan lesen dibuat melalui sistem Business


Licensing Electronic Support System (BLESS). BLESS merupakan sistem
perlesenan perniagaan atas talian yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa
Berlesen bagi lesen-lesen perniagaan Persekutuan yang dibangunkan oleh
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

d. Berdasarkan Carta Alir Proses Permohonan Lesen Bagi Pengurusan atau


Pengendalian Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal JPSPN, proses
permohonan lesen adalah seperti berikut:

i. Pemohon membuat permohonan melalui sistem BLESS dan


mengemukakan dokumen sokongan kepada SWCorp.

ii. SWCorp membuat penilaian dalam BLESS dan mengesahkan


permohonan melalui Laporan Pengesyoran Kelulusan Lesen dan
menghantar laporan kepada JPSPN.

iii. JPSPN akan mengesahkan permohonan dan laporan pengesyoran untuk


kelulusan lesen.

iv. Surat makluman keputusan permohonan lesen akan dikeluarkan selepas


selesai pengesahan permohonan dalam BLESS.

e. Merujuk kepada Carta Alir yang sama, pemohon akan dimaklumkan status
permohonan melalui sistem BLESS. Proses seterusnya adalah seperti berikut:

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
33- 33
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 33 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

i. Surat makluman permohonan lesen dan sijil lesen (sekiranya lulus) akan
disediakan dan ditandatangani.

ii. Surat dikemukakan kepada pemohon melalui pos berdaftar


memaklumkan keputusan dan jumlah bayaran fi lesen yang perlu
dibayar dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh surat (sekiranya lulus).
Dalam surat tersebut dinyatakan kegagalan syarikat pengendali berbuat
demikian boleh menyebabkan lesen dibatalkan.

iii. Sekiranya permohonan tidak berjaya, pihak syarikat boleh membuat


rayuan terus kepada YB Menteri KPKT dalam tempoh 14 hari dari tarikh
surat diterima.

f. Semakan Audit mendapati tempoh kontrak operasi Loji Insinerator Pulau


Tioman oleh syarikat pengendali (534760-A) berkuat kuasa mulai 15 Mac
2018 hingga 14 Mac 2021. Syarikat pengendali (534760-A) didapati
mengemukakan permohonan lesen melalui sistem BLESS pada 8 April 2019
iaitu selepas setahun kontrak operasi bermula. Pada 30 September 2019
iaitu selepas enam (6) bulan permohonan dikemukakan, pihak SWCorp telah
menghantar laporan pengesyoran permohonan lesen Bil. 25/2019 kepada
JPSPN. Tempoh ini tidak mematuhi Seksyen 18 (1) Akta 672 yang
menetapkan SWCorp diberi tempoh 60 hari dari tarikh permohonan untuk
mengemukakan pengesyoran lesen kepada JPSPN untuk kelulusan. Pihak
Audit mendapati tempoh masa yang lama diambil kerana permohonan yang
dikemukakan oleh syarikat pengendali (534760-A) tidak disertakan dengan
dokumen sokongan yang lengkap.

g. Semakan Audit selanjutnya mendapati lima (5) kriteria pemilihan yang dinilai
bagi pengesyoran Lesen Operasi Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal Loji
Pengolahan Haba (Thermal Treatment Plant). Berdasarkan kepada kriteria
yang dinilai oleh Ahli Jawatankuasa Pengesyoran Tawaran Kelulusan Lesen,
syarikat pengendali (534760-A) didapati gagal bagi kriteria keupayaan
kewangan. Syarikat didapati tidak memenuhi keupayaan kewangan minimum
yang ditetapkan iaitu sebanyak RM75,000. Oleh itu, SWCorp telah
mengemukakan syor tidak lulus bagi permohonan lesen tersebut kepada
JPSPN.

h. Pada 7 November 2019, pihak JPSPN telah mengeluarkan surat kepada


syarikat pengendali (534760-A) memaklumkan permohonan tidak berjaya
dan pihak syarikat boleh membuat rayuan terus kepada YB Menteri KPKT
dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat diterima. Bagaimanapun sehingga
31 Disember 2019 tiada surat rayuan dihantar oleh syarikat pengendali
(534760-A). Kegagalan syarikat pengendali (534760-A)

8
8 -- 34
34 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 34 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

mendapatkan lesen adalah tidak mematuhi kehendak


Seksyen 14 Akta 672 dan sehingga tarikh pengauditan
syarikat tersebut telah beroperasi tanpa lesen.

5.2.3.3. Bayaran Lesen Tidak Dijelaskan dan Tiada Pembatalan Lesen

a. Semakan Audit mendapati dua (2) sijil lesen telah diluluskan bagi syarikat
pengendali (1075467-M) di TPS Belanga Pecah dan TPS Jabi bagi tempoh
dua (2) tahun, iaitu mulai 21 Jun 2017 sehingga 20 Jun 2019. Surat
pemakluman keputusan telah dikemukakan kepada syarikat pengendali pada
13 Julai 2017 yang menyatakan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh
surat, syarikat pengendali perlu membuat bayaran fi lesen. Kegagalan
membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen
dibatalkan. Bagaimanapun sehingga tempoh lesen tamat pada 20 Jun 2019,
bayaran fi lesen berjumlah RM13,200 tidak diterima dan tiada
tindakan susulan serta pembatalan lesen dibuat oleh JPSPN.
Pemantauan terhadap bayaran lesen oleh syarikat pengendali dalam tempoh
yang ditetapkan juga didapati tidak dilaksanakan oleh JPSPN.

b. Pihak Audit mendapati Proses Kerja Permohonan Lesen Bagi Pengurusan


Atau Pengendalian Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal di Bahagian
Kelulusan dan Perlesenan, JPSPN tidak lengkap. Proses Kerja tersebut
didapati tidak meliputi proses untuk pemantauan bayaran fi lesen oleh
syarikat pengendali, pemantauan terhadap syarikat yang gagal permohonan
lesen dan pembatalan lesen jika syarikat gagal membuat bayaran.

Maklum balas JPSPN dan SWCorp yang diterima pada 6 Mei dan
17 November 2020

SWCorp telah mengeluarkan surat kepada syarikat pengendali (534760-A)


untuk mengemukakan permohonan semula lesen melalui sistem BLESS kepada
SWCorp pada 13 Disember 2019 dan 14 Februari 2020. Seterusnya, SWCorp telah
menghantar permohonan baharu lesen operasi syarikat pengendali (534760-A)
kepada JPSPN pada 13 Mac 2020.

Sebagai tindakan pencegahan dan penambahbaikan, SWCorp dan JPSPN telah


membuat penambahbaikan dengan menyediakan garis panduan penilaian lesen bagi
memastikan syarikat pengendali yang ingin memasuki tender perlu memohon lesen
dan garis panduan pemantauan lesen bagi memastikan tiada syarikat pengendali
beroperasi tanpa lesen.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
35- 35
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 35 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

Pendapat Pengurusan pengeluaran lesen adalah kurang cekap kerana


Audit proses kerja pemohonan, kelulusan dan pembayaran lesen
yang tidak lengkap menyebabkan Loji Insinerator Pulau
Tioman beroperasi tanpa lesen dan pembayaran serta
pembatalan lesen tidak dibuat.

5.2.4. Penyenggaraan

5.2.4.1. TPS Jabi

a. Berdasarkan kepada Part II - Chapter 5: Liner Facility, Technical Guideline


for Sanitary Landfill, Design and Operation (Revised Draft, 2004), liner
adalah komponen penting bagi tapak pelupusan sanitari yang berfungsi
untuk menghalang pencemaran air larut resapan ke dalam mana-mana
sumber air seperti sungai, tasik mahupun air bawah tanah. Persediaan kerja
tanah dan pemasangan liner hendaklah rata dan dipadatkan dengan
sempurna.

b. Pemeriksaan fizikal Audit pada 17 April 2019 mendapati sebahagian liner


yang telah dipasang pada kolam air larut resapan melorot (sagging) seperti
dalam Gambar 5. Tindakan pembaikan liner telah dilaksanakan seperti
dalam Gambar 6.

GAMBAR 5 GAMBAR 6
SEBELUM SELEPAS

TPS Jabi TPS Jabi


- Liner yang Telah Dipasang pada Kolam Air - Liner yang Telah Dibaiki pada Kolam Air Larut Resapan
Larut Resapan Melorot (Sagging) (23.09.2019)
(17.04.2019) (Sumber: SWCorp)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

5.2.4.2. Loji Insinerator Cameron Highlands

a. Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Peraturan 110 (4) menyatakan mana-


mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentu ukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya
sekali setiap dua (2) tahun atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh
Suruhanjaya.

8
8 -- 36
36 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 36 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

b. Pemeriksaan fizikal Audit mendapati geganti dan peranti perlindungan tidak


ditatah/kalibrasi menunjukkan kerja-kerja senggaraan papan suis tidak
dibuat. Semakan juga mendapati pihak syarikat pengendali (938781-W)
tidak melantik Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Tenaga bagi memeriksa, menguji dan menentukur semula
semua geganti perlindungan elektrik seperti dalam Gambar 7 hingga 9.

GAMBAR 7

Loji Insinerator Cameron Highlands


Papan Suis Utama
Tarikh Luput Kalibrasi Geganti dan Peranti Perlindungan Adalah pada 25.07.2014
(22.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 8

Loji Insinerator Cameron Highlands


SSB Process Plant
Tarikh Luput Kalibrasi Geganti dan Peranti Perlindungan Adalah pada 25.07.2014
(22.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 9

Loji Insinerator Cameron Highlands


MCC Panel: Incinerator System Line B
Tarikh Luput Kalibrasi Geganti dan Peranti Perlindungan Adalah pada 25.07.2014
(22.04.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
37- 37
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 37 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

Maklum balas JPSPN yang diterima pada 13 September, 24 September


dan 3 Oktober 2019

Loji Insinerator Cameron Highlands


Kerja-kerja pembaikan dan kalibrasi peralatan geganti dan peranti perlindungan
adalah termasuk di bawah skop pembaikan loji insinerator. Peralatan geganti telah
siap dikalibrasi pada 2 Oktober 2019.

Pendapat Penyenggaraan dan kalibrasi peralatan adalah kurang cekap


Audit kerana tidak dilaksanakan mengikut tempoh dan peraturan
yang ditetapkan.

5.2.5. Pematuhan Keselamatan di Loji Insinerator Cameron Highlands

a. Selaras dengan Seksyen 8 (1) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
menyatakan jika berlaku apa-apa bahaya kebakaran di dalam premis, Ketua
Pengarah perlu mengeluarkan notis kepada penghuni premis, atau pemunya
premis atau notis menghapuskan bahaya kebakaran dalam Borang A. Penghuni
atau pemunya menghendaki menghapuskan bahaya kebakaran itu dalam
tempoh yang dinyatakan dalam notis tersebut dan melakukan apa-apa kerja
yang perlu dilaksanakan bagi menghapus bahaya kebakaran.

b. Seksyen 8 (2) Akta 341 pula menyatakan jika bahaya kebakaran mungkin akan
berulang, Ketua Pengarah adalah dibenarkan melalui notis tersebut melakukan
dan menyatakan kerja bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran seperti
di Borang B. Kerja yang perlu dilaksanakan dan kehendak-kehendak walaupun
bahaya kebakaran mungkin telah dihapuskan pada masa yang ditetapkan. Jika
didapati penghuni atau pemunya tidak mematuhi notis menghapus kebakaran
yang dikeluarkan, denda boleh dikenakan jika didapati tidak mematuhi arahan
notis tersebut.

c. Semakan Audit mendapati 23 Notis Menghapus Bahaya Kebakaran telah


dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pahang pada
26 Oktober 2018. Antara notis yang dikeluarkan mengenai lampu tanda keluar
yang tidak berada dalam keadaan baik dan berfungsi, sistem pengesanan asap
tidak berada dalam keadaan baik dan berfungsi, sistem panel penggera tidak
berada dalam keadaan baik, sistem gegelung hos tidak berada dalam keadaan
baik serta alat pemadam api jenis debu kering tidak berada dalam keadaan
baik dan berfungsi. Mengikut notis tersebut syarikat pengendali (938781-W)
perlu membaik pulih kesemua 23 perkara tersebut dalam masa 90 hari supaya
berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan apabila berlakunya
kebakaran.

8
8 -- 38
38 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 38 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

d. Sehingga bulan April 2019, iaitu enam (6) bulan selepas Notis Menghapus
Bahaya Kebakaran dikeluarkan, tindakan baik pulih masih belum diambil.
Selanjutnya pihak Audit mendapati sehingga 13 September 2019, tujuh (7)
perkara daripada 23 notis tersebut telah siap dilaksanakan dan baki kerja
dijangka siap pada 28 September 2019.

Maklum balas JPSPN yang diterima pada 3 Oktober 2019

Kerja pembaikan bagi 23 Notis Menghapus Bahaya Kebakaran telah selesai


dijalankan oleh syarikat pengendali (938781-W) pada 2 Oktober 2019. Kerja ini juga
telah disemak dan diperaku oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Pahang pada 2 Oktober 2019.

Pendapat Pematuhan keselamatan di Loji Insinerator Cameron


Audit Highlands adalah kurang cekap kerana kelewatan syarikat
pengendali mengambil tindakan terhadap Notis Menghapus
Bahaya Kebakaran.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit dapat dirumuskan bahawa
pengurusan pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan dan loji insinerator kurang cekap
dan kurang berkesan iaitu melibatkan ketidakpatuhan KPI bagi pengoperasian tapak
pelupusan dan LTP serta loji insinerator. Antara ketidakpatuhan KPI adalah penilaian
ujian air larut resapan dan pelepasan gas serta bendasing tidak mematuhi piawaian JAS
yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. Selain itu, loji insinerator
yang masih belum beroperasi telah menyebabkan objektif pelupusan sisa pepejal iaitu
pemilihan teknologi yang telah terbukti, mampu bayar dan mesra alam serta alam
sekitar yang terpelihara masih belum dicapai sepenuhnya. Selain itu terdapat juga
kelemahan dalam pentadbiran kontrak, pengurusan lesen syarikat pengendali dan
penyenggaraan fasiliti di tapak pelupusan dan loji insinerator.

7. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan dan
aktiviti pelupusan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan baik, adalah disyorkan
supaya pihak JPSPN dan SWCorp mengambil tindakan seperti berikut:

7.1. JPSPN perlu menambah baik klausa berkaitan tempoh masa kerja disiapkan dan
penalti tidak siap kerja dalam Kontrak Perkhidmatan Pengoperasian dan
Penyelenggaraan Loji Insinerator supaya menjamin kepentingan Kerajaan;

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 8-8
39- 39
P e n g u r u s a n P e l u p u s a n S i s a P e pPepejal
Pengurusan Pelupusan Sisa e j a l d i di
T a Tapak
p a k P ePelupusan
l u p u s a n d adan
n L oLoji
j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 39 02/12/2020 11:16 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_10.11.2020

7.2. JPSPN perlu menyediakan satu pelan tindakan khas untuk menyelesaikan isu
tiga (3) loji insinerator yang masih belum beroperasi. Tindakan ini bagi menjamin
Kerajaan mendapat manfaat sepatutnya daripada penggunaan teknologi loji insinerator
sebagai kaedah pelupusan sisa pepejal;

7.3. JPSPN perlu memastikan sebarang perubahan atau pindaan kontrak dibuat secara
bertulis serta memuktamadkan segera perjanjian tambahan bagi menjamin kepentingan
Kerajaan; dan

7.4. JPSPN perlu melaksanakan pemantauan yang berterusan terhadap pembayaran


lesen oleh syarikat pengendali dan mengambil tindakan segera membatalkan lesen
sekiranya bayaran lesen tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

8
8 -- 40
40 Laporan
Laporan Ketua
Ketua AuditAudit Negara
Negara TahunTahun 2019
2019 Siri 1 Siri 1
P e nPengurusan
g u r u s a n P e lPelupusan
u p u s a n S i sSisa
a P e Pepejal
p e j a l d i diT aTapak
p a k P ePelupusan
lupusan da n L oLoji
dan j i I nInsinerator
sinerator RAHSIA

4. Teks 6 - 8.indd 40 02/12/2020 11:16 AM


9
KEMENTERIAN PERTAHANAN
– Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera
Udara Diraja Malaysia
– Penyenggaraan In-Service Support dan Refit
Aset Tentera Laut Diraja Malaysia
– Pengurusan Projek Pembangunan
Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat
Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 1 02/12/2020 11:17 AM


5. Teks 9 new.indd 2 02/12/2020 11:17 AM
KEMENTERIAN PERTAHANAN
– Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera
Udara Diraja Malaysia

5. Teks 9 new.indd 3 02/12/2020 11:17 AM


5. Teks 9 new.indd 4 02/12/2020 11:17 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PERTAHANAN
PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Perkara Utama
Apa yang  Perolehan Aset X oleh Kementerian Pertahanan adalah untuk
diaudit? meningkatkan keupayaan aset angkut taktikal milik Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan untuk menggantikan Aset Y
yang sudah berusia. Perolehan ini dilaksanakan melalui program
aset dalam pembangunan melalui sebuah agensi antarabangsa
yang dianggotai oleh tujuh (7) negara.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap perolehan dan
pengurusan Aset X bagi tempoh tahun 2015 hingga 2019 yang
meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan
pengurusan program.
 Bagi prestasi program, pencapaian outcome dinilai terhadap
keupayaan aset angkut taktikal milik Tentera Udara Diraja
Malaysia dan penggantian Aset Y yang telah berusia.
 Pengurusan program pula dinilai terhadap tujuh (7) perkara iaitu
prestasi pencapaian kewangan, pengurusan perolehan,
pentadbiran kontrak, pelaksanaan program offset, pengurusan
program retrofit, penyenggaraan Aset X dan pemantauan.
 Pengauditan melibatkan Kementerian Pertahanan (MinDef).

Mengapa ia  Kerajaan telah melibatkan diri dalam perolehan aset yang masih
penting dalam pembangunan.
untuk
 Perolehan empat (4) Aset X melibatkan implikasi kewangan yang
diaudit?
tinggi iaitu €769.89 juta bersamaan nilai RM3.574 bilion.
 Bagi memastikan Aset X yang diperoleh dapat meningkatkan
keupayaan aset angkut taktikal milik TUDM sedia ada dalam
menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara.

Apa yang  Secara keseluruhannya, perolehan Aset X melalui kaedah


ditemui perolehan dalam pembangunan berjumlah €769.89 juta (RM3.574
Audit? bilion) telah dilaksanakan tanpa perancangan yang rapi.
Perolehan Aset X iaitu untuk meningkatkan keupayaan aset
angkut taktikal milik TUDM dan menggantikan Aset Y sedia ada
tidak tercapai sepenuhnya. Hal ini kerana kesemua Aset X yang
diterima tidak menepati spesifikasi dan konfigurasi yang
ditetapkan. Selain itu, tempoh penyerahan Aset X telah
mengalami kelewatan selama 36 hingga 312 hari dalam tahun
2015 hingga tahun 2017.
 Selain itu, pengurusan program perolehan Aset X adalah kurang
cekap. Hal ini kerana perancangan perolehan tidak teratur dan
Program Offset tidak dilaksanakan mengikut klausa kontrak yang

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 19 - 1
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 1 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA

ditetapkan. Program retrofit bagi meningkatkan keupayaan Aset X


dan pemantauan juga tidak dilaksanakan dengan teratur. Namun,
pentadbiran kontrak dari aspek pindaan kontrak perolehan Aset X
dan bayaran kemajuan telah dilaksanakan selaras dengan
peraturan yang berkuat kuasa. Kelemahan yang perlu diberi
perhatian adalah seperti berikut:
- Penerimaan empat (4) Aset X tidak menepati spesifikasi dan
konfigurasi yang ditetapkan dalam kontrak.
- Aset X lewat diserahkan kepada MinDef antara 36 hari hingga
312 hari dari tempoh yang ditetapkan dalam kontrak. Denda
lewat [Liquidated Damages (LD)] dikenakan berjumlah €20.91
juta (RM97.08 juta) yang dilaraskan dalam bentuk in-kind.
- Tiada bukti menunjukkan perancangan perolehan Aset X
dibuat oleh TUDM, Air Staff Requirement (ASR) tidak
disediakan dan perolehan tidak melalui proses penyediaan
spesifikasi yang ditetapkan.
- Program Offset dengan anggaran nilai minimum berjumlah
€52.20 juta (RM242.35 juta) tidak dilaksanakan bagi dua (2)
kontrak pindaan dan laporan offset tidak dikemukakan.
- Perancangan program retrofit oleh Syarikat M bagi
meningkatkan keupayaan Aset X telah tersasar dari
perancangan asal dan denda dengan anggaran berjumlah
€3.45 juta (RM16.02 juta) belum dikenakan terhadap syarikat
tersebut.
- Kelewatan pembaikan peralatan antara 40 hingga 235 hari
daripada tarikh peralatan dihantar ke gudang sehingga
peralatan diterima selepas pembaikan.
- Tiada bukti pemantauan laporan pakej kerja dikemukakan
setiap enam (6) bulan oleh Syarikat M kepada MinDef sejak
Program Offset dilaksanakan.

Nota: (*)- Bagi tujuan pelaporan, kadar pertukaran yang digunakan dalam LKAN ini adalah pada
31 Disember 2019 iaitu €1 bersamaan RM4.6428.

9 - 92 - 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 2 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

KEMENTERIAN PERTAHANAN
1. PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

FAKTA UTAMA
PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

2005 €769.89 Juta 8 Pindaan Kontrak


(RM3.574 bilion)
Perolehan empat (4) Kos keseluruhan kontrak Berjumlah €349.89 juta (RM1.624 bilion)
Aset X

Program Aset X Program Aset X dalam pembangunan hasil kerjasama yang disertai oleh tujuh (7) negara
melalui Organisasi R

Objektif Meningkatkan keupayaan aset angkut taktikal milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Pelaksanaan Program yang melibatkan aktiviti yang akan memberi nilai tambah ke atas sesuatu
Program Offset perolehan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kos yang efektif. Pelaksanaan Program Offset
melibatkan 12 pakej kerja dengan syarikat yang dipilih Kerajaan iaitu syarikat beneficiary

Nota: (*) - Bagi tujuan pelaporan, kadar pertukaran yang digunakan dalam LKAN ini adalah pada 31 Disember
2019 iaitu €1 bersamaan RM4.6428

1. LATAR BELAKANG

1.1. Kementerian Pertahanan (MinDef) telah membuat perolehan empat (4) Aset X pada
tahun 2005 melalui program aset dalam pembangunan, hasil kerjasama yang disertai
oleh tujuh (7) negara melalui Organisasi R. Organisasi R merupakan satu organisasi
antarabangsa yang menjalankan program pengurusan hayat bagi peralatan pertahanan.
Syarikat M dari luar negara dilantik oleh Organisasi R sebagai syarikat yang
bertanggungjawab dalam proses perolehan dan pembangunan kesemua Aset X untuk
anggota Organisasi R. Syarikat tersebut merupakan Original Equipment Manufacturer
(OEM) dan pembekal tunggal Aset X.

1.2. Objektif perolehan Aset X adalah untuk meningkatkan keupayaan aset angkut
taktikal milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan untuk menggantikan Aset Y
yang sudah berusia.

1.3. MinDef telah membuat permohonan bagi perolehan empat (4) Aset X melalui surat
kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertarikh 17 Disember 2004 dan telah diluluskan
oleh JPM pada 14 Januari 2005. Seterusnya, Kementerian Kewangan (MoF) pada
18 Februari 2005 bersetuju perolehan Aset X dibuat secara rundingan terus dengan
Syarikat M. Perolehan tersebut dibuat secara bayaran tertangguh (deferred payment)
dengan syarat harga dirundingkan ke paras terendah dan dimuktamadkan oleh MoF.

1.4. MinDef telah menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) bersama dengan


Syarikat M bagi perolehan empat (4) Aset X pada 31 Mac 2005. Kontrak Utama dalam

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 39 - 3
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 3 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

matawang Euro bernilai €420 juta (RM1.949 bilion) antara MinDef dan Syarikat M pula
dimeterai pada 8 Disember 2005. Berdasarkan Kontrak Utama, Aset X akan diterima
secara berperingkat mulai bulan Mei 2013 hingga Jun 2014 dengan spesifikasi dan
konfigurasi keupayaan penuh. Bagaimanapun pada 12 Jun 2013, Kontrak Pindaan
Pertama telah ditandatangani antara MinDef dan Syarikat M bagi meminda tarikh
penerimaan Aset X kepada bulan Januari 2015 hingga April 2016. Pindaan juga
melibatkan konfigurasi Aset X daripada keupayaan penuh kepada beberapa peringkat
Standard Operating Clearance (SOC). Keupayaan Aset X kemudiannya dinaik taraf
kepada keupayaan penuh pada bulan Februari 2020 melalui program retrofit. Butiran
lanjut keupayaan Aset X adalah seperti dalam Jadual 1.

JADUAL 1
STANDARD OPERATING CLEARANCE (SOC) BAGI ASET X
JENIS STANDARD
BIL. OPERATING KEUPAYAAN
CLEARANCE (SOC)
a. Keupayaan untuk beroperasi sebagai aset angkut;
b. Keupayaan untuk melaksanakan misi taktikal iaitu sebahagian aerial delivery; dan
1. SOC1 c. Keupayaan untuk melakukan penerbangan berdasarkan Standard and National
Configuration Items dengan berkonfigurasi Defensive Aids Sub-System (DASS)
(sebahagian).

a. Keupayaan untuk beroperasi sebagai aset angkut;


b. Keupayaan untuk melaksanakan misi taktikal dengan kemampuan yang diuruskan
2. SOC1.5 oleh Flight Management System (FMS); dan
c. Keupayaan untuk melakukan penerbangan berdasarkan Standard and National
Configuration Items dengan berkonfigurasi DASS (penuh).

a. Keupayaan untuk beroperasi sebagai aset taktikal SOC1.5;


b. Keupayaan untuk melaksanakan misi taktikal dengan keupayaan tambahan yang
3. SOC2 diurus melalui FMS; dan
c. Keupayaan untuk melakukan penerbangan berdasarkan konfigurasi Take-Off and
Landing Performance Optimization Computing System (TOPOCS).

a. Keupayaan untuk beroperasi sebagai aset taktikal SOC2;


b. Keupayaan untuk melaksanakan misi taktikal dengan keupayaan tambahan yang
4. SOC2.5 diurus melalui FMS; dan
c. Keupayaan untuk melakukan penerbangan berdasarkan konfigurasi Terrain
Reference Navigation.

a. Keupayaan untuk beroperasi sebagai aset taktikal SOC2.5;


b. Keupayaan untuk melaksanakan misi taktikal dengan tambahan keupayaan Low
5. SOC3 Level Flight yang dikendalikan melalui FMS; dan
c. Keupayaan untuk melakukan penerbangan berdasarkan konfigurasi Future Air
Navigation System (FANS A).
Sumber: Kontrak Pindaan Pertama, Bahagian Perolehan, MinDef

1.5. Sehingga bulan Disember 2019, satu (1) kontrak utama dan lapan (8) siri kontrak
pindaan dilaksanakan mulai tahun 2005 hingga tahun 2019 menjadikan kos keseluruhan
kontrak berjumlah €769.89 juta (RM3.574 bilion). Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 2.

9-4
9-4 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 4 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

JADUAL 2
BUTIRAN KONTRAK PEROLEHAN ASET X
Nama Kontraktor Syarikat M
Kos Projek Keseluruhan RM3.900 bilion
Kos Kontrak Utama €420.00 juta (RM1.949 bilion)
Kos Kontrak Selepas Pindaan €769.89 juta (RM3.574 bilion)
Jenis Kontrak Rundingan Terus
Tarikh Kontrak Ditandatangani 8 Disember 2005
Tarikh Penyerahan Asal Bermula Mei 2013 sehingga Jun 2014
Tarikh Penyerahan Selepas Kontrak Pindaan Pertama Bermula Januari 2015 sehingga April 2016
Aset X1 : 9 Mac 2015
Aset X2 : 23 Disember 2015
Tarikh Transfer of Title (ToT)
Aset X3 : 9 Jun 2016
Aset X4 : 9 Mac 2017
Aset X1 : 13 Mac 2015
Aset X2 : 29 Disember 2015
Tarikh Penyerahan Aset X
Aset X3 : 13 Jun 2016
Aset X4 : 14 Mac 2017
a. Perolehan Empat (4) Buah Aset X
b. Ground Support System (GSS)
c. Government Furnished Equipment (GFE)
d. Integrated Logistic Support (ILS) / In Service Support
Skop Perolehan
(ISS)
e. Latihan
f. Infrastruktur
g. Lain-lain Kos
Sumber: Bahagian Perolehan, MinDef

1.6. Bahagian utama yang terlibat dalam perolehan dan pengurusan Aset X adalah
seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
PERANAN BAHAGIAN BERKAITAN PENGURUSAN ASET X
KEMENTERIAN/
BIL. BAHAGIAN PERANAN
JABATAN
Bahagian Pembangunan
a. Unit Belanjawan dan Menguruskan peruntukan berkaitan peruntukan dan perbelanjaan
Penswastaan pembangunan.
b. Unit Pengurusan Membuat pembayaran bagi projek-projek pembangunan.
Kementerian Kewangan
1. Pertahanan a. Merancang dan mengurus perolehan peralatan, kelengkapan
(MinDef) serta perkhidmatan yang menepati keperluan MinDef
berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Bahagian Perolehan Kerajaan; dan
b. Menentukan setiap perolehan diuruskan dengan baik bagi
mendapatkan faedah yang maksima.
a. Berperanan menggubal dan merancang segala dasar dan
strategi serta merencana pembangunan keupayaan Tentera
Bahagian Perancangan Udara Diraja Malaysia (TUDM);
dan Pembangunan b. Memastikan semua perancangan yang dirancang
dilaksanakan; dan
Markas Tentera
2. c. Menentukan dan memantau kesemua projek dalam negara.
Udara (MTU)
a. Berperanan menggubal dasar dan tatacara serta prosedur
yang menggabungkan aktiviti-aktiviti perolehan dalam TUDM
Bahagian Material – Unit dan agensi-agensi berkaitan untuk menentukan kelicinan dan
Perolehan pembahagian tanggungjawab sesuai dalam sistem perolehan
TUDM;

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 59 - 5
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 5 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

KEMENTERIAN/
BIL. BAHAGIAN PERANAN
JABATAN
b. Melaksanakan perolehan sistem persenjataan TUDM
mengikut kelulusan dalam Rancangan Pembangunan
Malaysia Lima (5) Tahun dan juga mengikut kelulusan
Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan;
c. Menyemak dan meneliti semua keperluan alatan kapital
termasuk penentuan kelulusan Air Staff Operational
Requirement (ASOR), spesifikasi dan peruntukan
kewangan dari semua pihak berkenaan sebelum proses
perolehan dimulakan;
d. Melaksanakan tindakan pembelian alatan khas udara
dengan penyusulan permohonan lengkap bagi tiap-tiap
projek perolehan dan mengawasinya hingga peralatan itu
diterima mengikut spesifikasi dan berfungsi sepertimana
yang dikehendaki oleh perkhidmatan/unit-unit pengguna;
e. Mengikuti perkembangan tiap-tiap projek perolehan pada
setiap masa termasuk Tender, Jawatankuasa Penilaian
Teknikal Tender, Letter of Intent (LOI), Rundingan
Kontrak, Letter of Offer and Acceptance (LOA) dan
sebagainya bagi menentukan dan memastikan kelancaran
pelaksanaan projek-projek berkenaan;
f. Mengambil bahagian dalam rundingan kontrak bersama
Bahagian Perolehan Kementerian dengan pembekal-
pembekal yang telah berjaya dalam tender;
g. Mengkoordinasikan pelaksanaan tugas Pemeriksaan
Sebelum Penghantaran [Pre Delivery Inspection (PDI)],
Pemeriksaan dan Penerimaan Akhir [Final Acceptance
Test (FAT)], latihan/kursus dan sebagainya bagi
menentukan dan memastikan kelicinan pelaksanaan
projek-projek berkenaan; dan
h. Bertindak sebagai Setiausaha dalam Lembaga
Penerimaan Sistem [System Acceptance Board (SAB)].
a. Bertanggungjawab kepada fungsi pengoperasian pesawat
meliputi tugas-tugas operasi, latihan operasi juruterbang
dan kuartermaster udara serta latihan teknikal anggota
kejuruteraan;
b. Melaksanakan tugas-tugas Military Operations Others
Than War (MOOTW) mengikut arahan pihak atasan yang
merangkumi operasi bantuan awam, bantuan kecemasan,
pemindahan, pelaksanaan undang-undang, bantuan
kemanusiaan iaitu Humanitarian Assistance Disaster
Markas Tentera Relief (HADR) dan tugas keamanan;
3. No.22 Skuadron
Udara (MTU) c. Melakukan penerbangan perubatan dan kecederaan;
d. Melaksanakan penerbangan taktikal iaitu melibatkan
tugas-tugas bersama pasukan khas Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dan penghantaran/pengguguran dari
udara;
e. Melaksanakan penerbangan Emergency Evacuation di luar
negara yang melibatkan konflik di negara asing; dan
f. Melaksanakan penugasan Air to Air Refuelling bagi
mendukung operasi pesawat pejuang.
Sumber: MinDef

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada perolehan dan pengurusan Aset X telah
diurus dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan,
iaitu meningkatkan keupayaan aset angkut taktikal milik TUDM dan untuk menggantikan
Aset Y yang sudah berusia.

9-6
9-6 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 6 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Skop pengauditan ini meliputi dua (2) bidang Audit utama iaitu prestasi program
dan pengurusan program bagi tahun 2015 hingga 2019. Prestasi program dinilai
berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian output dan outcome. Pengurusan program
pula meliputi tujuh (7) perkara iaitu prestasi pencapaian kewangan, pengurusan
perolehan, pentadbiran kontrak, pengurusan Program Offset, pengurusan program
retrofit, penyenggaraan Aset X dan pemantauan.

3.2. Pengauditan dijalankan di MinDef [Bahagian Pembangunan, Bahagian Akaun,


Bahagian Perolehan dan Bahagian Industri Pertahanan (BIP)] dan Markas Tentera Udara
(MTU) (Bahagian Perancangan dan Pembangunan serta Bahagian Material). Selain itu,
pengauditan juga dijalankan di Directorate General Technical Airworthiness (DGTA),
Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU), Markas Pemerintahan Operasi Udara
(MPOU), MoF, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi serta syarikat beneficiary. Lawatan fizikal terhadap Aset X telah
dijalankan di Pangkalan Udara TUDM.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen serta
menganalisis data yang berkaitan dengan perolehan, pengoperasian dan penyenggaraan
Aset X. Lawatan dan pemeriksaan fizikal serta perbincangan dengan pegawai yang
bertanggungjawab juga dijalankan.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan dari bulan Jun hingga Disember 2018. Penemuan Audit
dan maklum balas MinDef telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup (Exit
Conference) pada 17 April 2019. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan adalah seperti
dalam perenggan berikut:

5.1. Prestasi Program

5.1.1. Pencapaian Output

a. Berdasarkan Exhibit K - Part 1 Kontrak Utama, perolehan ini melibatkan empat


(4) Aset X. Tempoh penerimaan empat (4) Aset X yang dinyatakan adalah mulai
daripada bulan Mei 2013 hingga Jun 2014 dan kesemua Aset X akan diterima
dengan konfigurasi penuh. Melalui Kontrak Pindaan Pertama yang telah
ditandatangani pada 12 Jun 2013, tempoh penerimaan telah dipinda kepada
bulan Januari 2015 hingga April 2016 dan konfigurasi Aset X dipinda kepada
kaedah pecah kecil keupayaan Aset X. Bagi Aset X pertama hingga ketiga,
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 79 - 7
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 7 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

keupayaan Aset X adalah pada konfigurasi SOC1.5 dan SOC2 bagi Aset X
keempat. Pindaan ini dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Rundingan
Semula Kontrak yang dibuat pada 19 dan 21 Disember 2011. Klausa 11.2.1
kepada Kontrak Pindaan Pertama menyatakan denda perlu dikenakan terhadap
kelewatan penyerahan Aset X mengikut kadar yang telah ditetapkan. Berdasarkan
Kontrak Pindaan Keenam yang ditandatangani pada 23 Disember 2016, denda
lewat [Liquidated Damages (LD)] akan dilaksanakan dalam bentuk in-kind.

b. Semakan Audit mendapati TUDM telah menerima empat (4) Aset X antara bulan
Mac 2015 hingga Mac 2017. Bagaimanapun, berlaku kelewatan penerimaan Aset
X dan konfigurasi Aset X yang diterima adalah di bawah standard yang ditetapkan
seperti berikut:

i. Tempoh penyerahan Aset X oleh Syarikat M telah mengalami kelewatan


antara 36 hingga 312 hari daripada tarikh penyerahan yang termaktub pada
Kontrak Pindaan Pertama. Butiran lanjut tempoh penyerahan Aset X adalah
seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PENYERAHAN ASET X
TARIKH TARIKH TARIKH
TARIKH TEMPOH
BUTIRAN PENYERAHAN PINDAAN TRANSFER
BIL. PENYERAHAN KELEWATAN
ASET KONTRAK PERTAMA OF TITLE
SEBENAR ASET X (Hari)
UTAMA PENYERAHAN (TOT)
1. Aset X1 Mei 2013 Januari 2015 09.03.2015 13.03.2015 36

2. Aset X2 Oktober 2013 Jun 2015 23.12.2015 29.12.2015 175

3. Aset X3 April 2014 Ogos 2015 09.06.2016 13.06.2016 282

4. Aset X4 Jun 2014 April 2016 09.03.2017 14.03.2017 312


Sumber: Kontrak Perolehan dan Dokumen Transfer of Title, MinDef
Nota: Tempoh Kelewatan yang Dikira dari Tarikh Terakhir dalam Bulan Sepatutnya Diserah Berbanding Tarikh Transfer
of Title

ii. Semakan lanjut mendapati Syarikat M telah dikenakan LD berjumlah


€20.91 juta (RM97.08 juta). LD ini dilaraskan dalam bentuk in-kind, iaitu ganti
rugi/pampasan dalam bentuk peralatan atau perkhidmatan seperti operation
loose items, improvement items dan latihan. Pelarasan LD adalah dengan
persetujuan Bahagian Perancangan dan Pembangunan MTU dan kelulusan
Bahagian Perolehan Kerajaan MoF antara 29 Julai 2015 hingga 11 November
2016.

iii. Konfigurasi empat (4) Aset X yang diterima adalah di bawah


standard iaitu Initial Operating Clearance (IOC) berbanding
konfigurasi SOC yang ditetapkan dalam Kontrak Utama dan
Kontrak Pindaan Pertama. Penerimaan Aset X adalah berdasarkan
kepada keputusan Mesyuarat Konfigurasi Penyerahan Aset X1 pada
3 Disember 2014 yang dihadiri oleh pegawai MinDef dan TUDM. Mesyuarat
9-8
9-8 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 8 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

tersebut bersetuju Aset X1 diterima walaupun konfigurasi pada ketika itu


masih belum mencapai standard seperti yang dinyatakan dalam Kontrak
Pindaan Pertama. Hal ini disebabkan Syarikat M tidak dapat mencapai tahap
pembangunan yang ditetapkan, seperti dinyatakan dalam Laporan Executive
Reporting Meeting ke 22 bertarikh 2 Julai 2014. Selanjutnya, penerimaan Aset
X2 dan seterusnya diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Keupayaan (JPK) Khas Siri 14A pada 6 Ogos 2015 dan Mesyuarat Hala Tuju
Penerimaan Aset X pada 4 Mac 2016. Penerimaan ini adalah sebagai platform
tambahan yang membolehkan TUDM mengoptimumkan penggunaan Aset X
terutamanya aspek aktiviti penerbangan dan senggaraan.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 25 September dan 22 Oktober


2018 serta 4 dan 23 April 2019

Pihak MinDef bersetuju dengan penemuan berkenaan kelewatan penyerahan Aset X


yang tidak mematuhi tarikh penyerahan yang termaktub pada Kontrak Pindaan
Pertama. Pada ketika itu, Kerajaan bersetuju untuk memberikan komitmen untuk
terlibat secara langsung dalam program pembangunan Aset X yang akan
dilaksanakan. Semasa dipersetujui, ia hanya berdasarkan kepada lukisan Blueprint
sahaja dan tiada prototaip dibangunkan oleh Syarikat M pada ketika itu. Isu
kelewatan Aset X lanjutan permasalahan teknikal berkaitan flight test campaign,
protokol dan sijil bagi Aset X dalam pembangunan.

Pendapat Output perolehan Aset X tidak tercapai. Hal ini kerana


Audit kelewatan penyerahan Aset X oleh Syarikat M dan Aset X yang
diterima adalah di bawah konfigurasi yang ditetapkan.
Kelemahan ini menyebabkan objektif perolehan Aset X untuk
meningkatkan keupayaan aset angkut taktikal mengikut
perancangan dan spesifikasi kontrak belum tercapai
sepenuhnya.

5.1.2. Pencapaian Outcome

a. Peningkatan Keupayaan Aset Angkut Taktikal

i. Objektif perolehan Aset X ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan


keupayaan aset angkut taktikal milik TUDM dan untuk menggantikan Aset Y
yang sudah berusia. Aset X berupaya untuk melaksanakan misi dan operasi
berkaitan Strategic Airlift, Tactical Airlift, Air-to-Air Refueling (AAR) dan
Humanitarian Aids and Disaster Relief (HADR) seperti berikut:

 Strategic Airlift: pelaksanaan misi logistik dengan beban yang berat dan
jarak yang jauh;

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 99 - 9
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 9 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

 Tactical Airlift: pelaksanaan misi logistik yang melibatkan penghantaran


udara di kawasan berisiko tinggi serta mampu melaksanakan pendaratan
di landasan separa tersedia;

 Air-to-Air Refueling (AAR): berperanan sebagai pesawat tangki yang


membekalkan bahan api kepada pesawat pejuang atau helikopter; dan

 Humanitarian Aids and Disaster Relief (HADR): melaksanakan misi


kemanusiaan di waktu aman dengan keupayaan sebagai air ambulance.

ii. Semakan Audit mendapati keupayaan Aset X belum tercapai kerana


keupayaan taktikal masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Sehingga
bulan Disember 2019, Aset X hanya berupaya melaksanakan tiga (3) daripada
empat (4) operasi berkaitan Strategic Airlift, AAR dan HADR. Bagaimanapun,
operasi Tactical Airlift seperti pelaksanaan misi logistik yang melibatkan
penghantaran udara di kawasan berisiko tinggi serta keupayaan
melaksanakan pendaratan di landasan separa tersedia belum dapat
dilaksanakan. Hal ini kerana semua Aset X masih belum mencapai keupayaan
penuh. Aset X hanya beroperasi menggunakan Special Flight Permit (SFP)
yang mana penerbangan dan keupayaan terhad berpandukan limitasi yang
terdapat pada manual penerbangan Aset X tersebut.

b. Jam Penerbangan

i. Berdasarkan jadual perancangan penerbangan yang disediakan oleh Skuadron


TUDM yang berkenaan, Aset X perlu mencapai 80% daripada jadual latihan
dan penugasan operasi yang ditetapkan.

ii. Semakan Audit terhadap Laporan Pencapaian Jam Penugasan Operasi Aset X
mendapati pada tahun 2015 dan 2016, jam penerbangan tidak mencapai
jumlah jam yang dirancang. Hal ini disebabkan tahap boleh guna Aset X
adalah rendah dan berlaku kejadian Aset X milik negara lain yang terhempas
pada tahun 2015. Berikutan kemalangan tersebut, Syarikat M telah
mengeluarkan arahan penangguhan penerbangan bagi kesemua Aset X. Mulai
tahun 2017, jam penugasan operasi telah mencapai jumlah jam penerbangan
tahunan yang dirancang.

iii. Selain melaksanakan penugasan operasi, TUDM juga menggunakan Aset X


bagi tujuan latihan. Semakan Audit terhadap Laporan Pencapaian Jam
Penerbangan Latihan Aset X mendapati peratusan pencapaian jam
penerbangan latihan bagi tahun 2015 hingga 2017 tidak mencapai sasaran
tahunan yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, purata pencapaian jam
penerbangan latihan pada tahun 2018 dan 2019 telah mencapai sasaran yang
ditetapkan.

9 -910
- 10 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 10 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

iv. Analisis Audit mendapati antara sebab penerbangan tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan dan jam penerbangan yang rendah adalah kerana Aset X
mengalami kerosakan, keadaan cuaca yang buruk akibat jerebu, keutamaan
kepada penugasan operasi dan arahan penangguhan penerbangan apabila
Aset X milik luar negara mengalami kemalangan. Purata pencapaian jam
penerbangan latihan pada tahun 2018 dan 2019 telah mencapai sasaran
melebihi 80% iaitu masing-masing sebanyak 757.40 jam (85.7%) dan 652.80
jam (125.5%) berbanding sasaran tahunan masing-masing sebanyak 884 jam
dan 520 jam.

c. Penggantian Aset Y
i. Berdasarkan surat permohonan perolehan MinDef kepada pihak JPM pada
17 Disember 2004, Aset X berupaya melaksanakan pelbagai tugas operasi
pengangkutan strategik dan taktikal seperti yang dilaksanakan oleh Aset Y.
Aset X merupakan aset pengangkut masa depan yang mampu mengambil alih
dengan lebih cekap dan berkesan tugasan Aset Y. Semasa permohonan
tersebut, Aset Y telah beroperasi selama 28 tahun dan tempoh hayatnya akan
tamat pada 2014.

ii. Mengikut perjanjian asal, Aset X akan diterima mulai bulan Mei 2013 hingga
bulan Jun 2014. Bagaimanapun, disebabkan kelewatan penerimaan Aset X
dan dengan keupayaan di bawah standard, MinDef masih menggunakan
Aset Y sebagai aset angkut pelbagai guna.

iii. Kerajaan terpaksa menanggung beban kos penyenggaraan Aset Y yang


tinggi. Isu berkenaan peningkatan kos ini telah dibangkitkan terlebih dahulu
oleh Ketua Setiausaha Kementerian kepada JPM melalui suratnya bertarikh
17 Disember 2004 yang menyatakan kos menaik taraf dan penyenggaraan
Aset Y yang sedia ada akan meningkat disebabkan oleh faktor obsolete in
terms of platform, technology and operational cost. Bagi tempoh tahun 2015
hingga 2019, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM723.17 juta bagi
tujuan penyenggaraan Aset Y. Analisis Audit mendapati kos penyenggaraan
Aset Y meningkat setiap tahun seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
KOS PENYENGGARAAN ASET Y
KOS PENYENGGARAAN
TAHUN
(RM Juta)
2015 121.09
2016 132.27
2017 130.50
2018 202.83
2019 136.48
JUMLAH 723.17
Sumber: Markas Pemerintahan Operasi Udara, MinDef

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
11- 11
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 11 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

Maklum balas MinDef yang diterima pada 25 September dan 22 Oktober


2018 serta 4 dan 23 April 2019

Pihak MinDef bersetuju dengan penemuan berkenaan objektif Aset X sebagai aset
angkut taktikal tidak tercapai dan konfigurasi semua Aset X yang diterima adalah di
bawah standard yang ditetapkan. Limitasi bagi mencapai kedua-dua objektif ini
adalah disebabkan perolehan Aset X ini dilaksanakan dalam fasa pembangunan.
Perolehan Aset X adalah memenuhi aspirasi TUDM dalam meningkatkan keupayaan
pengangkutan udara. Selain itu, ia berupaya untuk menampung pencapaian operasi
sedia ada yang didokong oleh Aset Y sedia ada, terutamanya yang telah berusia
menjelang tahun 2020. Objektif pembelian Aset X pada asalnya dicadangkan untuk
menggantikan lapan (8) buah Aset Y yang bakal menjangkau usia melebihi 40 tahun
menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, memandangkan Aset X ini masih lagi
dalam proses pembangunan, pengoperasian Aset Y perlu diteruskan. Ini adalah
untuk memenuhi keperluan kesiagaan operasi TUDM terutamanya dalam
pelaksanaan penerbangan taktikal yang belum dicapai Aset X.

Pendapat Objektif perolehan Aset X tidak tercapai sepenuhnya. Hal ini


Audit kerana keupayaan taktikal penuh Aset X masih belum dapat
dicapai. Selain itu, hasrat MinDef menggantikan Aset Y juga
tidak tercapai dan MinDef masih menyediakan peruntukan
yang tinggi untuk penyenggaraan Aset Y.

5.2. Pengurusan Program

Pengurusan program terdiri daripada tujuh (7) perkara iaitu prestasi pencapaian
kewangan, pengurusan perolehan, pentadbiran kontrak, pengurusan Program Offset,
pengurusan program retrofit, penyenggaraan Aset X dan pemantauan. Semakan Audit
mendapati terdapat kelemahan dalam pengurusan perolehan, Program Offset, Program
Retrofit dan penyenggaraan Aset X. Penemuan Audit adalah seperti di perenggan
berikut:

5.2.1. Prestasi Pencapaian Kewangan

a. Bahagian Pembangunan, MinDef bertanggungjawab menguruskan peruntukan


yang diterima dan mengawal perbelanjaan bagi perolehan Aset X. Berdasarkan
Exhibit K-Part 2 kepada Kontrak Pindaan Pertama, harga bagi Aset X [Aircraft
Reference Price (ARP)] ialah €97.29 juta (RM451.69 juta) bagi Aset X1,
€97.23 juta (RM451.42 juta) bagi Aset X2 serta €94.75 juta (RM439.90 juta) bagi
Aset X3 dan Aset X4 masing-masingnya. Unit Perancang Ekonomi (UPE) telah
meluluskan kos keseluruhan projek berjumlah RM3.900 bilion bagi perolehan
empat (4) aset tersebut. Kos yang diluluskan meliputi skop perolehan adalah
seperti dalam Jadual 6.

9 -912
- 12 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 12 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

JADUAL 6
PEROLEHAN ASET X
BIL. SKOP PROJEK
1. Empat (4) Aset X
2. Ground Support System (GSS)
3. Government Furnished Equipment (GFE)
4. Integrated Logistic Support (ILS)/In Service Support (ISS)
5. Latihan
6. Perbelanjaan pasukan projek
7. Infrastruktur Aset X
8. Lain-lain kos yang terlibat secara tidak langsung dengan perolehan Aset X
Sumber: Kontrak Aset X

b. Surat MTU/RANUD/403/1/2 BHG 2 bertarikh 18 Mac 2014 menyatakan pada


peringkat awal Kerajaan telah memperakukan kos keseluruhan projek berjumlah
RM3.686 bilion dalam RMKe-9 namun telah dikurangkan kepada RM2.823 bilion
dalam RMKe-10. Pada Mei 2014, MinDef telah memohon tambahan peruntukan
dan pada Disember 2014, UPE telah meluluskan kos keseluruhan sejumlah
RM3.900 bilion.
c. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Disember 2019, sejumlah RM4.062
bilion telah diterima. Bagaimanapun, peruntukan yang diterima melebihi kos
projek yang diluluskan berjumlah RM3.900 bilion. Bagi tempoh yang sama,
sejumlah RM3.549 bilion (87.4%) daripada RM4.062 bilion yang diterima telah
dibelanjakan. Bagaimanapun peruntukan yang diterima melebihi kos projek yang
diluluskan. Analisis Audit selanjutnya pula mendapati perbelanjaan yang dibuat
bagi RMKe-9 melebihi peruntukan yang diterima. Sejumlah RM581.18 juta
(101.6%) telah dibelanjakan berbanding RM572.15 juta yang diterima,
mengakibatkan lebihan perbelanjaan berjumlah RM9.03 juta. Perkara ini berlaku
disebabkan terdapat maklumat peruntukan yang tidak dikemas kini di dalam
Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) selepas pindah peruntukan dibuat. Aset X
mula diterima pada tahun 2015. Namun, bayaran mula dilaksanakan pada
RMKe-9 dan RMKe-10 kerana syarat kontrak menetapkan bayaran perlu
dilaksanakan berdasarkan milestone yang ditetapkan. Butiran lanjut perbelanjaan
adalah seperti dalam Jadual 7.
JADUAL 7
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PENGURUSAN ASET X
SETAKAT BULAN DISEMBER 2019
KOS BAKI PERATUS
PERUNTUKAN PERBELANJAAN
BUTIRAN PROJEK PERUNTUKAN PERBELANJAAN
(RM Juta) (RM Juta)*
(RM Juta) (RM Juta) (%)
RMKe-9
572.15 581.18 (9.03) 101.6
(2006 - 2010)
RMKe-10
3,900.00 2,049.01 1,886.09 162.92 92.0
(2011 - 2015)
RMKe-11
1,441.69 1,082.69 359.00 75.1
(2016 - 2019)
JUMLAH
4,062.85 3,549.96 358.84 87.4
KESELURUHAN
Sumber: Laporan Sistem Pemantauan Projek II, MinDef
Nota (*) - Perbelanjaan Mengambil Kira Escalation Rate Seperti Klausa 4.5 (Changes of Price and Price Revision)
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
13- 13
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 13 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

Pendapat Prestasi pencapaian kewangan sehingga tahun 2019 adalah


Audit baik.

5.2.2. Pengurusan Perolehan

a. Berdasarkan fail meja pegawai, proses perolehan TUDM menetapkan Bahagian


P&P, MTU perlu menyediakan Air Staff Requirement (ASR) apabila perancangan
sesuatu perolehan aset ketenteraan udara diputuskan. ASR merupakan justifikasi
keperluan bagi pengoperasian sesuatu aset sebelum ia dimajukan ke Bahagian
Kejuruteraan MTU untuk membolehkan spesifikasi yang terperinci berkaitan aset
tersebut disediakan. Science and Technology Research Institute for Defence
(STRIDE) akan membuat penilaian terhadap spesifikasi dan laporan teknikal
tersebut sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Spesifikasi Udara.

b. Semakan Audit mendapati tiada bukti yang menunjukkan perancangan perolehan


Aset X telah dibuat oleh TUDM. Perolehan yang dibuat hanya berdasarkan kepada
lukisan blueprint semata-mata. Selain itu, proses perolehan juga tidak dilaksana
seperti yang ditetapkan, iaitu ASR tidak disediakan oleh TUDM. Perolehan Aset X
juga tidak melalui proses penyediaan spesifikasi yang ditetapkan.

c. MoF telah meluluskan perolehan Aset X pada 18 Februari 2005 secara rundingan
terus dengan Syarikat M secara bayaran tertangguh (deferred payment).
Kelulusan MoF menetapkan MinDef perlu melaksanakan rundingan tersebut
dengan syarat harga dirundingkan ke paras terendah dan dimuktamadkan oleh
MoF. Semakan Audit mendapati tiada bukti yang menunjukkan harga telah
dirundingkan ke paras terendah dan dimuktamadkan oleh MoF.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 25 September dan 22 Oktober


2018 serta 4 dan 23 April 2019

Pihak MinDef bersetuju dengan penemuan bahawa tiada bukti menunjukkan


perancangan perolehan Aset X telah dibuat. Berdasarkan prosedur semasa bagi
perolehan aset-aset lain dalam inventori TUDM, proses bagi membangunkan ASR
akan dilaksanakan setelah keperluan perolehan aset ini dipersetujui dalam
Jawatankuasa Pembangunan Keupayaan (JPK) yang dipengerusikan oleh Panglima
Tentera Udara.

Pendapat Perolehan yang dibuat tanpa perancangan dan kajian yang


Audit terperinci menyebabkan Kerajaan membuat perolehan aset
dalam pembangunan. Kelemahan ini menyebabkan berlaku
kelewatan dalam penerimaan Aset X dan Aset X yang
diterima juga di bawah standard yang ditetapkan.

9 -914
- 14 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 14 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

5.2.3. Pentadbiran Kontrak

a. Memorandum of Agreement (MoA)

Memorandum of Agreement (MoA) telah ditandatangani antara MinDef dengan


Syarikat M pada 31 Mac 2005. Berdasarkan MoA tersebut, kontrak perolehan
perlu ditandatangani 12 bulan daripada tarikh MoA ditandatangani. Semakan
Audit mendapati ketetapan ini telah dipatuhi. Kontrak Utama Aset X bernilai
€420 juta (RM1.949 bilion) telah ditandatangani pada 8 Disember 2005, iaitu
12 bulan daripada tarikh MoA ditandatangani.

b. Pindaan Kontrak

Klausa 3.1 Kontrak Utama menetapkan pindaan kontrak boleh dibuat sekiranya
terdapat persetujuan dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak berdasarkan
prosedur yang telah ditetapkan. Semakan Audit selanjutnya mendapati sebanyak
lapan (8) kontrak pindaan berjumlah €349.89 juta (RM1.624 bilion) telah
ditandatangani secara berperingkat bermula tahun 2013 sehingga tahun 2019
bagi memperluaskan skop program. Kesemua kontrak pindaan ini telah mendapat
kelulusan MoF. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8
PINDAAN KONTRAK PEROLEHAN ASET X
TARIKH
JUMLAH
BIL. NOMBOR KONTRAK TANDATANGAN SKOP PINDAAN
(€ Juta)
OLEH MINDEF

Contract Realignment
 Bagi merasionalkan program pembangunan Aset
X secara keseluruhan serta membolehkan Aset X
tersebut diserahkan secepat mungkin kepada
negara pelanggan.
 Melaksanakan kaedah pecah kecil keupayaan
1. Kontrak Pindaan 1 12.06.2013 Aset X (Multiple Type Acceptances) untuk -
membolehkan Aset X diserahkan di bawah
spesifikasi penuh (Single Type Acceptance).
 Tempoh rundingan Kontrak Pindaan 1 adalah
selama dua (2) tahun.
 Pengecualian daripada kenaan denda Liquidated
Damages (LD) sejumlah €23 juta.

Perolehan Integrated Logistic Support (ILS)


 Memperkemas dan memperlengkap perolehan
elemen logistik yang kritikal sebelum
penerimaan Aset X1.
 Elemen yang dimasukkan ke dalam kontrak:
- latihan peringkat pertama bagi juruterbang,
2. Kontrak Pindaan 2 25.01.2015 jurutera, Loadmaster dan juruteknik; 54.40
- perolehan peralatan latihan – Computer
Based Trainer;
- Initial Provisioning List (IPL) peringkat
pertama; dan
- kaedah-kaedah pembayaran bagi elemen
ILS tersebut di dalam kontrak.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
15- 15
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 15 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

TARIKH
JUMLAH
BIL. NOMBOR KONTRAK TANDATANGAN SKOP PINDAAN
(€ Juta)
OLEH MINDEF
Penerimaan Aset X1
 Pindaan dilaksanakan bagi memasukkan
perincian kaedah dan protokol penerimaan Aset
X1.
3. Kontrak Pindaan 3 05.02.2015  Elemen Customer Inspection Guide dan -
Customer Acceptance Manual (CAM)
dimasukkan sebagai asas kepada protokol
Individual Aircraft Acceptance Protocol (IAAP)
/Final Acceptance Test (FAT).

Perolehan Integrated Logistic Support (ILS)


 Elemen Entering Into Services (EIS) dan
sebahagian elemen In Service Support (ISS)
dimasukkan ke dalam kontrak.
4. Kontrak Pindaan 4 20.01.2016 135.00
 Merangkumi latihan, Aircraft Ground Equipment
(AGE), alatganti fasa kedua, perolehan Ground
Support Device (GSD) dan Training Logistic
Support Package.

Perolehan Integrated Logistic Support (ILS)


dan In Service Support (ISS)
 Melengkapkan perolehan elemen ISS.
5. Kontrak Pindaan 5 07.06.2016 85.50
 Meliputi Spare Availability Service, Technical
Support, Flight Operation and Training Support,
dan Maintenance Support Services.

Penerimaan Aset X2, X3 dan X4


 Memuktamadkan denda Liquidated Damages
(LD) bagi Aset X1 hingga X3.
6. Kontrak Pindaan 6 23.12.2016  Penambahan pembangunan sistem Study Item -
for Secured Communications (SECOS) Radio,
Identification Friend or Foe (IFF) Mode 4 dan
Improvement Item.
Perolehan Integrated Logistic Support (ILS)
dan In Service Support (ISS) tambahan
 Untuk perolehan tambahan elemen alat ganti
fasa kelima (dukungan Check C1-L Consumable
7. Kontrak Pindaan 7 01.03.2018 and Expandable Items), perolehan Aircraft 49.99
Ground Equipment (AGE) dan Tools and
Equipment, perolehan.
 peralatan Quick Engine Change (QEC) dan
Maintenance Services.
 The contractual provisions related to the
ILS Option 06M07000 (PFMSE)
8. Kontrak Pindaan 8 15.01.2019 25.00
 The price correction for the AGE
AJE71104165, PWP R/I MULTI TASK AGE

JUMLAH 349.89
Sumber: Kontrak Perolehan, Bahagian Perolehan, MinDef

c. Bayaran Kemajuan

Berdasarkan Kontrak Perolehan Pindaan Pertama (CA1) (Exhibit C), terdapat


tiga (3) jenis bayaran kemajuan iaitu initial payment, pre-delivery payment dan
final payment. Berdasarkan klausa 21.4 CA1 pula menyatakan Aset X yang tidak
mencapai milestone yang ditetapkan akan dikenakan penangguhan bayaran
sebanyak 18.8% bagi bayaran pre-delivery payment. Semakan Audit mendapati

9 -916
- 16 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 16 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

bayaran kemajuan dan penangguhan bayaran sejumlah €50.03 juta


(RM232.28 juta) bagi Aset X yang tidak mencapai milestone yang ditetapkan
telah dilaksanakan mengikut kontrak.

5.2.4. Pengurusan Program Offset

Garis Panduan Program Perdagangan Timbal Balas tahun 2005 dan Lampiran 1.5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (1PP) PK1/2013 menjelaskan Program Kolaborasi
Industri (ICP) merupakan program yang melibatkan aktiviti yang akan memberi nilai
tambah ke atas sesuatu perolehan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kos yang
efektif. ICP tersebut merangkumi Program Pengukuhan Ekonomi, Program
Perdagangan Timbal Balas (countertrade) dan Program Offset.

a. Nilai Program Offset

i. Garis Panduan Program Perdagangan Timbal Balas tahun 2005 dan Lampiran
1.5 Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (1PP) PK1/2013 menetapkan syarikat
luar negara yang mendapat kontrak Kerajaan yang bernilai RM50 juta ke atas
perlu melaksanakan Program Offset atau perdagangan timbal balas tertakluk
kepada nilai had minimum 50% daripada nilai kontrak perolehan. Klausa 23.8
Kontrak Utama dan Kontrak Pindaan Aset X menyatakan program work
allocation atau Program Offset perlu dilaksanakan untuk manfaat kepada
industri tempatan. MoA antara Kerajaan dan syarikat M pada 31 Mac 2005
menetapkan Kerajaan sepatutnya menerima manfaat daripada perolehan
Aset X dalam bentuk pakej kerja bernilai €195 juta (RM905.35 juta).

ii. Semakan Audit mendapati Program Offset bagi Kontrak Utama telah
dilaksanakan. Nilai offset yang diterima adalah berjumlah €241.64 juta
(RM1.121 bilion), iaitu melebihi nilai offset yang ditetapkan €195 juta
(RM905.35 juta).

iii. Seterusnya sehingga bulan Disember 2019, terdapat lapan (8) kontrak
pindaan telah ditandatangani. Empat (4) daripadanya merupakan kontrak
perolehan peralatan sokongan Aset X, sistem dan latihan dengan tambahan
nilai kontrak berjumlah €349.89 juta (RM1.624 bilion).

iv. Semakan Audit mendapati Program Offset bagi Kontrak Pindaan Kedua,
Keempat, Kelima dan Ketujuh tidak dilaksanakan walaupun setiap kontrak
bernilai melebihi RM50 juta. Bagaimanapun, Kontrak Pindaan Keempat dan
Kelima telah mendapat pengecualian untuk melaksanakan Program Offset
daripada MoF pada 30 September 2015. Butiran lanjut Program Offset yang
tidak dilaksanakan adalah seperti dalam Jadual 9.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
17- 17
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 17 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

JADUAL 9
NILAI PAKEJ KERJA PROGRAM OFFSET YANG TIDAK DILAKSANAKAN
BAGI PEROLEHAN ASET X
TARIKH NILAI ANGGARAN NILAI
NAMA KONTRAK TANDATANGAN KONTRAK MINIMUM OFFSET
OLEH MINDEF (€ Juta) (€ Juta)

Kontrak Perolehan Pindaan Kedua


25.01.2015 54.40 27.20
- Perolehan Integrated Logistic Support (ILS)

Kontrak Perolehan Pindaan Ketujuh


- Perolehan tambahan Integrated Logistic 01.03.2018 49.99 25.00
Support (ILS) dan In Service Support (ISS)

JUMLAH NILAI PROGRAM OFFSET 52.20


Sumber: Kontrak Perolehan, Bahagian Perolehan, MinDef

b. Pelaksanaan Program Offset

i. Program Offset Kontrak Utama telah dilaksanakan iaitu merangkumi 12 pakej


kerja bagi mereka bentuk, pembangunan dan pengilangan airframe
manufacturing Aset X berasaskan bahan komposit/metal dengan Syarikat
beneficiary yang telah dilantik sebagai beneficiary. Syarikat beneficiary telah
menandatangani kontrak dengan lima (5) syarikat luar negara yang
disarankan oleh Syarikat M bagi tempoh tahun 2005 hingga 2023.

ii. Semakan Audit mendapati 10 pakej kerja bernilai €159.43 juta (RM740.20
juta) sedang dalam pelaksanaan. Nilai program yang telah diterima oleh
syarikat beneficiary adalah berjumlah €109.26 juta (RM507.27 juta) dan baki
nilai program berjumlah €50.17 juta (RM232.93 juta) belum diterima. Hal ini
disebabkan oleh syarikat beneficiary masih belum menerima sebarang
tempahan daripada syarikat yang terlibat.

iii. Seterusnya, dua (2) pakej kerja bernilai €82.21 juta (RM381.68 juta) telah
dibatalkan berikutan masalah kekangan kapasiti syarikat beneficiary serta
tidak mencapai technical qualification yang ditetapkan. Pada 1 Oktober 2014,
Mesyuarat Status Pelaksanaan Program Industrial Participation telah diadakan
antara Bahagian Industri Pertahanan (BIP) dan syarikat beneficiary untuk
membincangkan mengenai perkara tersebut. BIP memaklumkan sedia
membantu syarikat, bagaimanapun perbincangan susulan tidak diadakan
sehingga kini. Semakan Audit setakat 18 Februari 2019 mendapati penawaran
program lain untuk menggantikan nilai dua (2) pakej kerja offset yang telah
dibatalkan masih belum dilakukan. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 10.

9 -918
- 18 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 18 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

JADUAL 10
PENCAPAIAN PROGRAM OFFSET BAGI ASET X SETAKAT DISEMBER 2019
NILAI NILAI NILAI PAKEJ KERJA
NAMA TARIKH PENGURANGAN
BUTIRAN TARIKH KONTRAK PAKEJ
SYARIKAT KUAT NILAI OFFSET
BIL. PAKEJ PELAKSANAAN PAKEJ KERJA TELAH BELUM
PEMBEKAL KUASA DITERIMA DITERIMA DITERIMA
KERJA (SEBENAR) KERJA SEBENAR
SUBSIDIARI KONTRAK (€ Juta) (€ Juta) (€ Juta)
(€ Juta) (€ Juta)
Wing Trailing April
1. Syarikat A April 2005 37.44 37.44 - 27.52 9.92
Edge (WTE) 2005
Vertical Tail
Plane
Januari
2. Leading Mac 2005 11.16 11.16 - 7.83 3.33
2005
Edge
(VTPLE)

Vertical Tail
Plane Januari
3. Mac 2005 18.80 18.80 - 13.10 5.70
Trailing Edge 2005
(VTPTE)
Horizontal
Tail Plane Januari
4. Syarikat B Mac 2005 30.03 30.03 - 20.19 9.84
Trailing Edge 2005
(HTPTE)
Januari
5. Air Duct Ogos 2011 13.32 13.32 - 7.78 5.54
2005
Non
Januari
6. Common Jun 2012 9.12 9.12 - 5.37 3.75
2005
Cowling
Januari September
7. HTP TE RIBS 3.39 3.39 - 2.15 1.24
2005 2012
Common
Januari
8. Cowling Dibatalkan 44.56 - 44.56 - -
2005
(CC)*
Nacelle
Julai
9. Extension November 2005 10.76 10.76 - 8.02 2.74
2005
Syarikat C Fairing (NEF)
Fuel Pump November
10. November 2005 16.52 16.52 - 11.64 4.88
Fairing (FPF) 2005
Main
Landing
11. Syarikat D Jun 2006 Mac 2005 8.89 8.89 - 5.66 3.23
Gear Door
(MLGD)
Inner
Inboard
Fixed Ogos
12. Syarikat E Dibatalkan 37.65 - 37.65 - -
Leading 2008
Edge
(IIFLE)*
NILAI PROGRAM OFFSET SEMASA 241.64 159.43 82.21 109.26 50.17
Sumber: Laporan Pencapaian Program Offset, Bahagian Industri Pertahanan, MinDef
Nota: (*) - Nilai Dua (2) Program Offset yang Dibatalkan Adalah €82.21 Juta

c. Pemantauan Terhadap Pelaksanaan Program Offset

i. Klausa 23.8.4 kontrak perolehan menyatakan “The Seller shall provide work
allocation reports every 6 months to the Buyer, in respect of the value of
Programme work for first and second level sub-contracts for systems and
equipment for the unallocated amount…”

ii. Semakan Audit mendapati tiada bukti yang menunjukkan laporan pakej kerja
telah dikemukakan setiap enam (6) bulan oleh Syarikat M kepada MinDef
sejak Program Offset dilaksanakan bagi membolehkan pemantauan
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
19- 19
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 19 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

dilaksanakan oleh BIP. Perkara ini juga menjadi salah satu punca kelemahan
yang timbul di peringkat pelaksanaan dan pencapaian Program Offset. Hal ini
menyebabkan pihak BIP tidak mendapat sebarang maklumat semasa dan
dokumentasi berkaitan Program Offset yang dijalankan.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 25 September dan 22 Oktober


2018, 4 dan 23 April 2019 serta 16 November 2020

Dua (2) pakej kerja tertangguh disebabkan kekangan daripada pihak syarikat
beneficiary. Syarikat M berjanji walaupun terdapat isu pembatalan dan penangguhan
pakej kerja tersebut, nilai kontrak masih dikekalkan. Ini akan dilakukan dengan
peningkatan volume kepada pakej kerja yang lain sehingga kontrak antara kedua-
dua pihak tamat pada tahun 2023. Namun kaedah ini masih dalam perbincangan.

MinDef akan sentiasa berusaha di dalam memastikan Kerajaan mendapat manfaat


sepenuhnya melalui Program Offset dan memastikan nilai tambah ke atas setiap
perolehan Kerajaan berdasarkan garis panduan Program Kolaborasi Industri yang
telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Sebagai makluman, kontrak yang ditandatangani antara syarikat beneficiary dan


Syarikat M tidak terikat mengikut tempoh kontrak tetapi berdasarkan kepada jumlah
kuantiti work allocation yang telah dipersetujui. Sehingga bulan September 2020,
sejumlah €159.44 juta (RM740.25 juta) (81.7%) daripada €195 juta (RM905.35 juta)
nilai kontrak telah berjaya dilaksanakan.

Pendapat Pemantauan terhadap program Offset adalah lemah


Audit menyebabkan Kerajaan melalui syarikat beneficiary tidak
mendapat faedah sepenuhnya daripada Program Offset.

5.2.5. Pengurusan Program Retrofit

a. Berdasarkan klausa kontrak 9A Kontrak Pindaan Pertama, keupayaan Aset X akan


dipertingkatkan secara berperingkat melalui program retrofit yang dibiayai
sepenuhnya oleh Syarikat M sehingga mencapai spesifikasi dan konfigurasi penuh
pada bulan Februari 2020. Merujuk klausa 11A.1, pembeli mempunyai hak untuk
mengenakan denda [Liquidated Damages (LD)] dengan kadar yang telah
ditetapkan mengikut kontrak dan tidak melebihi 9% dari Retrofit Retention
Amount.

b. Semakan Audit mendapati Syarikat M telah membuat perancangan untuk


program retrofit setelah pembangunan Aset X mengalami kelewatan. Hal ini
kerana Aset X yang diterima adalah di bawah standard iaitu pada keupayaan IOC
berbanding konfigurasi yang ditetapkan iaitu SOC1.5 dan SOC2. Bagaimanapun,
perancangan program retrofit telah tersasar dari perancangan asal.

9 -920
- 20 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 20 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

c. Bagi Aset X1, semakan Audit mendapati aset tersebut telah menjalani program
retrofit pada bulan Januari 2017 bagi meningkatkan keupayaan Aset X1.
Bagaimanapun, sehingga bulan Disember 2019 program retrofit bagi Aset X1
masih belum mencapai standard yang ditetapkan. Kelewatan pencapaian
keupayaan Aset X1 mengikut tahap yang ditetapkan menyebabkan Aset X1 tidak
dapat melaksanakan tugasan taktikal. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 11.

JADUAL 11
PELAKSANAAN PROGRAM RETROFIT
KEUPAYAAN/ TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM RETROFIT
TARIKH KEUPAYAAN
BUTIRAN SOC1.5 SOC2 SOC2.5 SOC3
PENERIMAAN ASET X
ASET
ASET X (SEBENAR)
(KONTRAK) RANCANG SEBENAR RANCANG SEBENAR RANCANG SEBENAR RANCANG SEBENAR

Januari
SOC1.5 2017 Februari Belum Februari Februari
Aset X1 TM TB TB
(Januari 2015) (Belum 2017 Laksana 2019 2020
Capai)
SOC1.5 Belum Februari Belum Februari Februari
Aset X2 TM TB TB
(Jun 2015) IOC Laksana 2017 Laksana 2019 2020

SOC1.5 Belum Februari Belum Februari Februari


Aset X3 TM TB TB
(Ogos 2015) Laksana 2017 Laksana 2019 2020

SOC2 Belum Belum Februari Februari


Aset X4 TM TM TB TB
(April 2016) Laksana Laksana 2019 2020
Sumber: Kontrak Perolehan Pindaan Pertama, Bahagian Perolehan, MinDef
Nota: TM - Tiada Maklumat Kerana Dijangka Tiada Aset Memerlukan Program Retrofit SOC1.5 Atau SOC2 Ketika Itu
TB - Tidak Berkenaan Kerana Masih Belum Sampai Tempoh Masa Ditetapkan

d. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada pindaan dibuat terhadap


perancangan program retrofit dan pelaksanaannya masih tertakluk kepada
tempoh yang ditetapkan dalam Kontrak Pindaan Pertama. Hal ini menyebabkan
pelan peningkatan keupayaan Aset X yang sepatutnya bermula berdasarkan
keupayaan sebenar Aset X semasa diterima tidak dapat ditentukan. Mengikut
perkiraan Audit berdasarkan klausa 11A.1.1, sehingga bulan Disember 2019,
anggaran nilai denda yang boleh dikenakan adalah berjumlah €10.18 juta
(RM47.26 juta) adalah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
KADAR DENDA YANG BOLEH DIKENAKAN BAGI PROGRAM RETROFIT
AIRCRAFT TARIKH TEMPOH
KADAR LD TEMPOH
BUTIRAN REFERENCE ASAS KADAR SEPATUT CUT OFF JUMLAH LD
SEHARI LEWAT
ASET PRICE LD LD RETROFIT HARI (€ Juta)
(€) (Hari)
(€ Juta) (TAHAP II) LEWAT
Disember
Aset X1 97.29 10% 0.03% 2,918.57 Februari 2017 1,064 3.11
2019

Disember
Aset X2 97.23 10% 0.03% 2,917.02 Februari 2017 1,064 3.10
2019

Disember
Aset X3 94.75 10% 0.03% 2,842.43 Februari 2017 1,064 3.02
2019

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
21- 21
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 21 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

AIRCRAFT TARIKH TEMPOH


KADAR LD TEMPOH
BUTIRAN REFERENCE ASAS KADAR SEPATUT CUT OFF JUMLAH LD
SEHARI LEWAT
ASET PRICE LD LD RETROFIT HARI (€ Juta)
(€) (Hari)
(€ Juta) (TAHAP II) LEWAT
Disember
Aset X4 94.75 10% 0.03% 2,842.43 Februari 2019 334 0.95
2019
JUMLAH DENDA 10.18
Sumber: Analisis Audit
Nota: Anggaran Pengiraan Denda Tidak Mengambil Kira Escalation Rate Seperti Klausa 4.5, Kontrak Perolehan
Pindaan Pertama

e. Bagaimanapun, klausa 11A.1 seterusnya menetapkan kadar denda maksimum


yang boleh dikenakan adalah tertakluk kepada 9% nilai penangguhan bayaran
Aset X. Berdasarkan perkiraan Audit sehingga bulan Disember 2019, dengan
menggunakan kadar denda maksimum terhadap pelaksanaan retrofit dalam
klausa 11A.1, anggaran denda yang boleh dikenakan adalah berjumlah €3.45 juta
(RM16.02 juta) berbanding €10.18 juta (RM47.26 juta) tanpa kadar denda
maksimum. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13
KADAR DENDA YANG DIKENAKAN BAGI PROGRAM RETROFIT
MENGIKUT KADAR DENDA MAKSIMUM
PENANGGUHAN BAYARAN KADAR DENDA ANGGARAN JUMLAH
BUTIRAN ASET ASET X MAKSIMUM DENDA
(€ Juta) (%) (€ Juta)

Aset X1 9.73 9 0.88

Aset X2 9.72 9 0.87

Aset X3 9.47 9 0.85

Aset X4 9.47 9 0.85

JUMLAH 3.45
Sumber: Analisis Audit
Nota: Anggaran Pengiraan Denda Tidak Mengambil Kira Escalation Rate Seperti Klausa 4.5, Kontrak Perolehan
Pindaan Pertama

Maklum balas MinDef yang diterima pada 25 September dan 22 Oktober


2018, 4 dan 23 April 2019

Program retrofit tidak dapat dilaksanakan kerana pencapaian konfigurasi dan


capability berdasarkan pencapaian milestone setiap Standard Operating Clearance
(SOC) tidak tercapai sepenuhnya. Program retrofit ini hanya akan dilaksanakan
setelah setiap milestone SOC ke SOC3 yang mencakupi konfigurasi dan kapabiliti
khusus dicapai dan disahkan oleh Certification and Qualification Committee (CQC)
OCCAR. Kegagalan Syarikat M melaksanakan program retrofit seperti jadual
pelaksanaan kontrak semasa membolehkan Kerajaan menguatkuasakan kadar denda
yang merujuk kepada klausa 11A.1.1.

9 -922
- 22 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 22 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

Pendapat Perolehan Aset X dalam pembangunan telah menyebabkan


Audit MinDef terpaksa menandatangani pindaan kontrak yang
memerlukan Aset X menjalani program retrofit selepas
penerimaan. Pengurusan program retrofit juga tidak
memuaskan kerana gagal mengikut pelan yang ditetapkan dan
tiada pindaan terhadap pelan tersebut. Hal ini menyebabkan
Kerajaan tidak dapat menggunakan Aset X yang diperoleh
mengikut fungsi dan kapabiliti sepenuhnya seperti yang
dirancang. Kadar denda maksimum yang ditetapkan dalam
kontrak pula telah merugikan Kerajaan kerana tidak dapat
mengenakan kadar denda yang sepenuhnya ke atas jumlah
kelewatan pelaksanaan program retrofit.

5.2.6. Penyenggaraan Aset X

a. Penyenggaraan Aset X dilaksanakan berdasarkan terbitan Operator Maintenance


Programme (OMP) yang dikeluarkan oleh Syarikat M. Sebelum arahan
penyenggaraan dikeluarkan, Markas Tentera Udara (MTU) Cawang Kejuruteraan
perlu menganalisis manual mengikut keperluan senggaraan Aset X dan mematuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh state airworthiness authority sebelum ia
diubahsuai sebagai arahan penyenggaraan Aset X.

b. Penyenggaraan terhadap Aset X dilaksanakan bagi memastikan tahap boleh guna


Aset X berada pada kesiapsiagaan yang ditetapkan. Hal ini untuk menjamin
setiap operasi dan penggunaan Aset X dapat dijalankan mengikut perancangan.
Pelan senggaraan lengkap adalah seperti dalam Jadual 14. Pelan senggaraan
Aset X terbahagi kepada tiga (3) iaitu barisan pertama, barisan kedua dan depot
level maintenance. Penyenggaraan Aset X di barisan pertama dilaksanakan
sepenuhnya oleh Cawang Kejuruteraan Skuadron manakala senggaraan di
barisan kedua dilaksanakan oleh Cawang Kejuruteraan Skuadron dan juga
Kontraktor. Kontraktor juga bertanggungjawab melaksanakan depot level
maintenance.

JADUAL 14
PELAN SENGGARAAN ASET X
BARISAN PERTAMA BARISAN KEDUA
DEPOT LEVEL MAINTENANCE
(FIRST LINE MAINTENANCE) (SECOND LINE MAINTENANCE)

 Ground handling and routine check  C check Heavy every 8 yearly


 A check every 500 hours
(A,B,C,D,E) (C4,C8,C12)
 C check every 2 yearly
 Maintenance management Item  Major structure repair
(MMI) line replacement  Engine line replacement unit strip,
installation and removal quick engine  Aircraft stripping and painting
 Servicing instruction, special
change  Structural heavy inspection for
technical instruction, special bulletin
modification embodiment  Propeller blade and propeller gear box fatigue and corrosion
strip inspection n rebuilt  Retrofit
 Field loadable software

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
23- 23
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 23 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

BARISAN PERTAMA BARISAN KEDUA


DEPOT LEVEL MAINTENANCE
(FIRST LINE MAINTENANCE) (SECOND LINE MAINTENANCE)
 Unscheduled maintenance (heavy  Wheel and brake  Rework and repair of engine
landing, bird strike,lightning strike,  Battery bay component inside the modules
special occurrence report)  Composite repair
 Role change
 Non distructive testing MMI/ component
 Aircraft battle damage repair repair (Hole In The Wall)
 Engine condition monitoring system  Engine passed off test
 Powerplant health monitoring, engine
condition and trend monitoring.
Sumber: Minit Mesyuarat Pengoperasian Projek Aset X

c. Semakan Audit mendapati senggaraan berjadual di barisan pertama dan kedua


telah dilaksanakan oleh Cawang Kejuruteraan Skuadron mengikut tempoh dan
jam penerbangan yang ditetapkan. Bagaimanapun, senggaraan berjadual di
peringkat barisan kedua dan depot level maintenance belum dilaksanakan oleh
kontraktor kerana Aset X masih belum mencapai tahap senggaraan di peringkat
ini. TUDM sedang dalam usaha untuk mewujudkan kontrak Maintenance Repair
Operation (MRO) dengan melantik kontraktor tempatan bagi senggaraan di
peringkat ini.

d. Semakan Audit selanjutnya mendapati penyenggaraan Aset X juga dilaksanakan


oleh Syarikat M melalui perkhidmatan Integrated Logistic Support (ILS) dan In
Service Support (ISS). Perkhidmatan tersebut melibatkan bantuan khidmat
teknikal dan menyediakan setiap kategori peralatan yang dinyatakan dalam
Kontrak Perolehan Pindaan Kedua, Keempat dan Kelima. Ia termasuk pembaikan
peralatan yang mengalami kerosakan mengikut turn around time (TAT) yang
ditetapkan. TAT merupakan tempoh masa pembaikan peralatan yang dikira dari
tarikh peralatan dihantar untuk pembaikan sehingga tarikh peralatan
dikembalikan.

e. Semakan Audit terhadap 88 laporan (10.9%) daripada 809 laporan pembaikan


peralatan kepada Syarikat M bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018 mendapati
sebanyak 24 peralatan (27%) telah lewat dibuat pembaikan. Tempoh kelewatan
adalah selama 40 hingga 235 hari daripada tarikh peralatan dihantar ke gudang
syarikat sehingga peralatan diterima selepas pembaikan.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 25 September dan 22 Oktober


2018, 4 dan 23 April 2019 serta 16 November 2020

Kelewatan yang berlaku adalah disebabkan oleh setiap peralatan yang dihasilkan
oleh Syarikat M dan pembekalnya masih lagi di peringkat pembangunan. Kuantiti
peralatan yang dihasilkan adalah terhad dan perlu menjalani evolusi sehingga
mencapai spesifikasi dan standard berdasarkan kepada keupayaan dan konfigurasi
Aset X. Malah, proses evolusi dan kemas kini TAT bagi setiap peralatan akan
berasaskan kepada maklum balas daripada pengguna. Walau bagaimanapun, pihak
9 -924
- 24 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 24 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

skuadron telah menggesa Syarikat M agar membuat pembaikan dengan segera agar
tidak mengganggu operasi dan latihan yang dirancang oleh TUDM. Pemantauan telah
dilaksanakan bagi memastikan Syarikat M menyediakan semua alat ganti yang
diperlukan mengikut keperluan. Dalam masa yang sama, TUDM memfokuskan
kepada tahap boleh guna Aset X berdasarkan kepada konsep Performance Based
Logistic (PBL).

Denda lewat bagi kelewatan pembaikan peralatan hanya dapat dikenakan setelah
tempoh jaminan (warranty) Aset X tamat pada 13 Mac 2019. Tindakan telah diambil
dengan mewujudkan klausa Denda Lewat di dalam kontrak ISS Aset X yang berkuat
kuasa mulai 14 Mac 2019.

Pendapat Kelewatan pembaikan peralatan oleh syarikat dilantik boleh


Audit menjejaskan tahap boleh guna Aset X.

5.2.7. Pemantauan
a. Pemantauan terhadap perolehan Aset X dilaksanakan melalui Executive Reporting
Meeting (ERM) yang melibatkan pasukan projek Aset X dan wakil MinDef serta
Syarikat M. Klausa 17, syarat Kontrak Utama menetapkan supaya mesyuarat ini
diadakan dua (2) kali setahun. Bagi aspek pengoperasian Aset X, perkara ini
dipantau oleh Mesyuarat Pengoperasian Aset TUDM di peringkat Markas Wilayah
Udara. Mesyuarat ini diadakan pada setiap bulan bagi membincangkan perkara
berkaitan operasi, latihan, kejuruteraan, material dan sumber tenaga.

b. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2006 hingga 2019, sebanyak 24
ERM telah dijalankan iaitu masing-masing sebanyak dua (2) kali setahun bagi
tahun 2006 hingga 2009 dan 2013 hingga 2016. ERM diadakan sekali pada tahun
2010, 2012, 2017, 2018 dan 2019. Bagi tahun 2011 pula ERM telah diadakan
sebanyak tiga (3) kali. Analisis Audit terhadap minit mesyuarat yang dikemukakan
mendapati antara perkara yang dibincangkan adalah isu berkaitan kelewatan
penerimaan Aset X dan pandangan TUDM terhadap cadangan penerimaan Aset X
di bawah standard. Selain itu, mesyuarat juga turut membincangkan kadar denda
yang patut dikenakan terhadap kontraktor, rundingan terhadap pindaan kontrak
dan hal berkaitan pembangunan Aset X.

c. Bagi isu kelewatan penyerahan Aset X dan penerimaan Aset X di bawah standard,
tindakan yang diambil oleh MinDef berdasarkan mesyuarat tersebut adalah
seperti berikut:

i. menangguhkan sebahagian bayaran yang dikenakan;


ii. kontraktor dikenakan LD; dan
iii. kontrak pindaan ditandatangani bagi penerimaan Aset X di bawah keupayaan
penuh.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
25- 25
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 25 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_20.10.2020

d. Bagi pemantauan berhubung pengoperasian Aset X untuk tempoh tahun 2015


hingga 2019, mesyuarat telah diadakan dengan teratur dan mengikut tempoh
waktu yang ditetapkan. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan
status perolehan Aset X, rancangan dan pelaksanaan sebenar latihan bagi
juruterbang, loadmaster dan groundcrew, perolehan peralatan, status perolehan
peralatan Aset X dan penyenggaraan Aset X. Tindakan telah diambil oleh
skuadron antaranya pelaksanaan latihan secara berperingkat mengikut
keupayaan semasa Aset X. MinDef juga telah memohon kelulusan MoF untuk
pelantikan Maintenance Repair and Overhaul (MRO) bagi penyenggaraan Aset X.

Pendapat Pemantauan terhadap pelaksanaan perolehan Aset X telah


Audit dilakukan dengan teratur dan mengikut peraturan kontrak
yang ditetapkan. Selain itu, tindakan terhadap perkara yang
dibincangkan juga telah diambil sewajarnya.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, perolehan Aset X melalui kaedah perolehan dalam


pembangunan berjumlah €769.89 juta (RM3.574 bilion) tanpa perancangan yang rapi
menyebabkan objektif perolehan bagi meningkatkan keupayaan aset angkut taktikal
tidak tercapai. Selain itu rancangan menggantikan Aset Y yang sedia ada juga tidak
tercapai sepenuhnya. Disebabkan kelewatan penerimaan Aset X serta keupayaan di
bawah standard, Aset Y masih terpaksa digunakan dengan kos penyenggaraan yang
tinggi dan merugikan Kerajaan.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak
berulang, pihak Audit mengesyorkan tindakan seperti berikut:

7.1. MinDef perlu memastikan perancangan rapi dan justifikasi bagi perolehan aset
tentera hendaklah dilakukan sebelum dilaksanakan;

7.2. MinDef perlu memastikan denda bagi kelewatan pembaikan peralatan diwujudkan,
dan penetapan had maksimum terhadap kadar denda dikaji semula. Penetapan had
maksimum terhadap denda lewat dirujuk kepada MoF sebelum kontrak ditandatangani
bagi menjamin kepentingan Kerajaan;

7.3. MinDef perlu memastikan penyenggaraan dan kerja pembaikan Aset X dilaksanakan
mengikut tempoh ditetapkan bagi memastikan tahap boleh guna Aset X tercapai;

9 -926
- 26 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
PPerolehan
e r o l e h a n ddan
a n PPengurusan
e n g u r u s a n Aset
A s e t Tentera
T e n t e r a Udara
U d a r a Diraja
D i r a j aMalaysia
Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 26 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF

7.4. MinDef perlu memastikan Kerajaan mendapat manfaat yang sepenuhnya melalui
program offset bagi setiap perolehan Kerajaan yang berkaitan; dan

7.5. MinDef perlu memastikan pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa oleh
pihak BIP terhadap semua program offset di MinDef.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9-9
27- 27
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 27 02/12/2020 11:17 AM


9 - 28 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Perolehan dan Pengurusan Aset Tentera Udara Diraja Malaysia

5. Teks 9 new.indd 28 02/12/2020 11:17 AM


KEMENTERIAN PERTAHANAN
– Penyenggaraan In-Service Support dan Refit
Aset Tentera Laut Diraja Malaysia

5. Teks 9 new.indd 1 02/12/2020 11:17 AM


5. Teks 9 new.indd 2 02/12/2020 11:17 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PERTAHANAN
PENYENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT DAN
REFIT ASET TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Perkara Utama
Apa yang  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki dua (2) aset yang
diaudit? diterima pada tahun 2009. Aset perlu disenggara bagi
memastikan aset tersebut sentiasa berada dalam siap siaga dan
beroperasi sepenuhnya.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap penyenggaraan aset
TLDM bagi tempoh tahun 2009 hingga bulan Disember 2019
meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan
pengurusan penyenggaraan.
 Bagi prestasi penyenggaraan, dua (2) perkara yang dinilai
merangkumi pencapaian output dan outcome.
 Pengurusan penyenggaraan pula dinilai terhadap tujuh (7)
perkara iaitu prestasi kewangan, pengurusan perolehan
penyenggaraan, pentadbiran kontrak, pelaksanaan
penyenggaraan, settlement agreement, Program Kolaborasi
Industri (ICP) dan pemantauan penyenggaraan.
 Pengauditan telah dijalankan di Kementerian Pertahanan dan
Tentera Laut Diraja Malaysia melibatkan Bahagian Perolehan;
Cawangan Kelulusan Kewangan, Bahagian Kewangan; Unit
Pengurusan Kewangan, Bahagian Pembangunan; Bahagian
Undang-Undang (BUU); Bahagian Industri Pertahanan (BIP);
Markas Pemerintahan; Cawangan Materiel dan Bahagian
Kejuruteraan (JUTRA), Markas Tentera Laut; serta
Syarikat 0861849-V.

Mengapa ia  Kos senggaraan yang melibatkan implikasi kewangan yang tinggi.


penting Bagi tempoh tahun 2010 hingga Disember 2019, Markas
untuk menerima peruntukan senggaraan berjumlah RM3.353 bilion.
diaudit? Sejumlah RM2.026 bilion telah dibelanjakan untuk senggaraan
In-Service Support (ISS) dan RM1.068 bilion bagi senggaraan
Refit.
 Tujuan senggaraan dibuat bagi memastikan aset TLDM sentiasa
berada dalam keadaan siap siaga dan boleh beroperasi
sepenuhnya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 29


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 29
Penyenggaraan In-Service Support dan Refit Aset Tentera Laut Diraja Malaysia
Penyenggaraan In-Service Support dan Refit Aset Tentera Laut Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 29 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA

Apa yang  Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, dapat


ditemui dirumuskan bahawa pengurusan senggaraan ISS dan Refit adalah
Audit? memuaskan dari segi prestasi kewangan dan pemantauan.
Bagaimanapun, terdapat kelemahan yang ditemui seperti berikut:
- Penyenggaraan Refit Aset 1 lewat dimulakan dari tarikh asal
senggaraan dan lewat disiapkan. Sehubungan itu,
penyenggaraan Refit Aset 2 juga lewat dimulakan dari tarikh
asal senggaraan.
- Jumlah Liquidated Damages (LD) yang boleh dikenakan bagi
kontrak utama ISS adalah berjumlah [RM100.83 juta dan
EUR26.88 juta] (RM225.63 juta). Namun disebabkan
penetapan nilai capping dalam perjanjian, nilai LD yang boleh
dituntut hanya berjumlah [RM53.2 juta dan EUR19.3 juta]
(RM142.81 juta). Kesan daripada capping tersebut, sejumlah
[RM47.63 juta dan EUR7.58 juta] (RM82.82 juta) tidak dapat
dituntut. Klausa had siling LD dimasukkan dalam kontrak tanpa
dirujuk kepada MoF.
- Program ICP di bawah Syarikat 0861849-V dan Syarikat A
masih belum diselesaikan.
- Kelewatan memuktamadkan harga kerana proses rundingan
mengambil masa yang lama, iaitu antara 37 hingga 486 hari
bagi kontrak ISS dan Refit.

Nota: (*) - Bagi tujuan pelaporan, kadar pertukaran mata wang asing yang digunakan adalah
pada 31 Disember 2019 iaitu €1 bersamaan RM4.6428.

9 - 30 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 30 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Penyenggaraan In-Service Support dan Refit Aset Tentera Laut Diraja Malaysia
Penyenggaraan In-Service Support dan Refit Aset Tentera Laut Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 30 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

KEMENTERIAN PERTAHANAN
2. PENYENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT DAN REFIT ASET
TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

FAKTA UTAMA
PENYENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT DAN REFIT
ASET TENTERA LAUT DIRAJA MALASYIA

Tempoh RM844.35 Juta RM432.40 Juta


kontrak dan dan
EUR267.50 Juta* EUR169.86 Juta*
(RM2.086 Bilion) (RM1.221 Bilion)
 ISS: 2009 – 2019 Kos senggaraan In-Service Support (ISS) Kos senggaraan Refit
 Refit: 2015 - 2019

Penyenggaraan Melibatkan dua (2) jenis penyenggaraan iaitu berjadual dan tidak berjadual.
- ISS Penyenggaraan berjadual dilaksanakan dalam kitaran senggaraan Assisted
Maintenance Period (AMP) dan Docking for Essential Defects (DED). Penyenggaraan
tidak berjadual pula dilaksanakan akibat daripada insiden atau kerosakan yang
memerlukan pembaikan segera dan memerlukan penggunaan limbungan kering
- Refit Kerja proses melerai, memeriksa keseluruhan bahagian aset, membaiki dan mengganti
komponen yang rosak sebelum dipasang semula (overhaul)

Objektif Memastikan aset TLDM berada dalam keadaan siap siaga serta dapat beroperasi
sepenuhnya

Kontraktor Syarikat 0861849-V iaitu syarikat usahasama antara Syarikat 11106-V dan sebuah
Senggaraan ISS syarikat dari luar negara (Syarikat A)
dan Refit

Nota: (*) - Bagi tujuan pelaporan, kadar pertukaran mata wang asing yang digunakan adalah pada 31 Disember 2019
iaitu €1 bersamaan RM4.6428

1. LATAR BELAKANG

1.1. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki dua (2) aset TLDM yang diterima
pada tahun 2009. Kontrak perolehan ini telah ditandatangani antara Kementerian
Pertahanan (Kementerian) dengan sebuah syarikat luar negara (Syarikat A) pada tahun
2002 dengan nilai kontrak berjumlah EUR1,084.11 juta (RM5.421 bilion). Kedua-dua
aset ini telah diterima oleh TLDM di luar negara pada tahun 2009 dan ditauliahkan pada
tahun yang sama. Aset 1 telah tiba di Malaysia pada tahun 2009 dan Aset 2 pada tahun
2010.

1.2. Markas Pemerintahan telah diwujudkan dalam tahun 2009 bagi menguruskan
pengoperasian dan penggunaan aset dan bertanggungjawab terus kepada Panglima
Tentera Laut. Markas berperanan memantau, menyenggara dan menyediakan aset
untuk beroperasi pada tahap kesiagaan tertinggi, melaksanakan penugasan dan operasi
seperti patrolling, scouting, mining, screening, special forces insertion and extraction
serta Intelligence Surveillance and Reconnaissance (ISR). Selain itu, Markas juga
mentadbir dan mengurus sumber yang diperuntukkan; melaksanakan fungsi Penguasa

9-9
31- 31
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 31 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Operasi Aset TLDM; dan menyedia serta membangunkan modal insan bagi memenuhi
keperluan TLDM.

1.3. Senggaraan aset dikategorikan kepada tiga (3) peringkat iaitu:

1.3.1. Organisation Level Maintenance (OLM) - Penyenggaraan di peringkat


OLM dilaksanakan oleh anggota TLDM antaranya seperti pemeriksaan pintu, panel,
minyak pelincir, sistem imbangan, operasi valve, sambungan Automatic Voltage
Regulator, pengesan kebakaran dan operasi elektrikal (minor servicing and
inspection, adjustment and standard replacement activities).

1.3.2. Intermediate Level Maintenance (ILM) dan Depot Level


Maintenance (DLM) - Penyenggaraan peringkat ILM dan DLM dilaksanakan
sepenuhnya oleh kontraktor yang dilantik meliputi skop kerja yang telah dinyatakan
dalam kontrak ISS dan Refit. Kerja senggaraan ini merupakan kerja senggaraan
yang telah ditetapkan oleh pihak pembuat (Design Authority).

1.4. Kontraktor yang dilantik akan melaksana senggaraan ISS yang melibatkan
penyenggaraan berjadual terhadap komponen yang telah dinyatakan dalam kontrak.
Selain itu, kontraktor juga melaksana senggaraan pasang pulih (Refit) iaitu kerja
berkaitan repairing, fixing, restoring, renewing, mending dan renovating yang
dilaksanakan selepas enam (6) tahun aset beroperasi. Penyenggaraan berjadual ISS
dan Refit dilaksana berdasarkan kepada kitaran senggaraan yang ditetapkan oleh
Design Authority bermula dari tarikh penerimaan aset.

1.5. Kontrak penyenggaraan ISS dan Refit aset TLDM dimeterai antara Kementerian
dan Syarikat 0861849-V setelah rundingan terus diluluskan MoF pada bulan Mac 2009
dan September 2015 masing-masingnya. Syarikat 0861849-V adalah syarikat
usahasama antara Syarikat 11106-V dan Syarikat A. Kos kontrak penyenggaraan ISS
bagi tempoh bulan Februari 2009 hingga bulan Disember 2019 adalah berjumlah
RM2.086 bilion. Bagi senggaraan Refit, kos kontrak penyenggaraan adalah berjumlah
RM1.221 bilion bagi tempoh tiga (3) tahun mulai bulan November 2015 hingga Februari
2019 bagi kedua-dua aset. Secara keseluruhannya, Kementerian telah diperuntukkan
sejumlah RM3.353 bilion untuk senggaraan ISS dan Refit. Sehingga bulan Disember
2019, sejumlah RM2.026 bilion telah dibelanja bagi kontrak senggaraan ISS manakala
bagi kontrak Refit berjumlah RM1.068 bilion. Butiran kontrak adalah seperti dalam
Jadual 1.

9 -932
- 32
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 32 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 1
BUTIRAN KONTRAK SENGGARAAN ISS DAN REFIT
PERKARA KETERANGAN
Nama Kontraktor Syarikat 0861849-V Syarikat 0861849-V
Jenis Senggaraan ISS Refit
Kaedah Perolehan Rundingan Terus Rundingan Terus

RM532 juta dan EUR193 juta* RM432.40 juta dan EUR169.86 juta*
Kos dan Tempoh Kontrak Utama (RM1.428 bilion) (RM1.221 bilion)
(01.02.2009 hingga 30.11.2015) (16.11.2015 hingga 18.02.2019)

RM162.35 juta dan EUR74.50* juta


Kos dan Tempoh Kontrak
(RM508.24 juta) -
Tambahan Pertama ISS
(01.02.2015 hingga 31.05.2017)

Kos dan Tempoh Kontrak RM150 juta


-
Khusus ISS (01.12.2018 hingga 31.12.2019)

Kerja proses melerai, memeriksa


Penyenggaraan berjadual dan tidak keseluruhan bahagian aset, membaiki dan
Skop Kerja
berjadual mengganti komponen yang rosak sebelum
dipasang semula (overhaul).
Sumber: Dokumen Kontrak ISS dan Refit
Nota: (*) - Bagi Tujuan Pelaporan, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing yang Digunakan Adalah Pada 31 Disember
2019 iaitu €1 Bersamaan RM4.6428

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada penyenggaraan aset TLDM telah
dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan bagi memastikan aset sentiasa
dalam keadaan siap siaga serta beroperasi sepenuhnya.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Skop pengauditan melibatkan dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi
penyenggaraan dan pengurusan penyenggaraan ISS dan Refit yang dilaksanakan oleh
kontraktor. Prestasi penyenggaraan dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian
output dan pencapaian outcome. Bidang kedua Audit pula iaitu pengurusan
penyenggaraan yang merangkumi tujuh (7) perkara iaitu prestasi kewangan,
pengurusan perolehan penyenggaraan, pentadbiran kontrak, pelaksanaan
penyenggaraan, settlement agreement, Program Kolaborasi Industri (ICP) dan
pemantauan penyenggaraan. Tempoh penyenggaraan yang diliputi adalah mulai dari
tempoh tahun 2009 hingga bulan Disember 2019.

3.2. Bahagian/Unit yang terlibat dalam pengauditan ini di peringkat Kementerian


adalah Bahagian Perolehan; Cawangan Kelulusan Kewangan, Bahagian Kewangan;
Unit Pengurusan Kewangan, Bahagian Pembangunan; Bahagian Undang-Undang (BUU);
dan Bahagian Industri Pertahanan (BIP). Di peringkat Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM), markas/bahagian yang terlibat adalah Markas Pemerintahan; Cawangan

9-9
33- 33
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 33 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Materiel dan Bahagian Kejuruteraan (JUTRA), Markas Tentera Laut. Selain itu, semakan
juga dilaksanakan di Syarikat 0861849-V.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod, baucar bayaran dan dokumen
serta menganalisis data yang berkaitan dengan penyenggaraan aset bagi tahun 2009
hingga Disember 2019. Lawatan dan pemeriksaan fizikal dijalankan pada bulan Jun dan
Julai 2019 di Markas. Perbincangan dan temu bual turut diadakan bersama pegawai
yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan dari bulan Jun hingga Ogos 2019. Penemuan Audit dan
maklum balas Kementerian telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup
(Exit Conference) pada 22 Oktober 2019. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan
adalah seperti dalam perenggan berikut:

5.1. Prestasi Penyenggaraan

Penyenggaraan aset dilaksanakan melalui dua (2) kontrak iaitu kontrak senggaraan ISS
dan kontrak senggaraan Refit. Skop kedua-dua kontrak ini secara amnya melibatkan
butiran seperti di Carta 1.

CARTA 1
SKOP KONTRAK SENGGARAAN ASET TLDM

Senggaraan

In-Service Refit
Support (ISS)*

Spare Parts Maintenance


Facilities Work Spare Parts Spare Parts
Maintenance Procurement & Procurement Replenishment
Maintenance Replenishment (Scheduled &
Corrective)

Sumber: Nota Entrance, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut


Nota: (*) - Kontrak Utama ISS, Kontrak Tambahan Pertama dan Kontrak ISS (Khusus)

9 -934
- 34
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 34 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.1.1. Pencapaian Output ISS

a. Bilangan AMP Dan DED Yang Dirancang Berbanding Yang


Dilaksanakan Dalam Satu Kitaran ISS
i. Schedule 4 Kontrak ISS menyatakan konsep penyenggaraan yang
dilaksanakan melibatkan sistem perancangan terancang dan menyeluruh
terhadap kedua-dua aset TLDM ini. Sistem ini terbahagi kepada
penyenggaraan pencegahan (preventive tasks) dan penyenggaraan
pembaikan (corrective tasks) yang melibatkan tempoh penyenggaraan
berjadual iaitu Assisted Maintenance Period (AMP) dan Docking for Essential
Defects (DED). Kitaran perancangan senggaraan ISS dalam satu
kitaran selama enam (6) tahun adalah terdiri daripada 13 AMP dan
tiga (3) DED bagi setiap aset sebelum Refit dilaksanakan.

ii. Semakan Audit mendapati kitaran penyenggaraan ISS bagi Aset 1 telah
bermula dari bulan Februari 2009 hingga Januari 2015. Dalam tempoh
tersebut sebanyak 10 AMP (76.9%) dan dua (2) DED (66.7%) telah
dilaksanakan berbanding 13 AMP dan tiga (3) DED yang ditetapkan dalam
kontrak. Bagi Aset 2 pula, kitaran senggaraan bermula dari bulan Disember
2009 hingga November 2015 yang mana sebanyak 11 AMP (84.6%) dan
dua (2) DED (66.7%) telah dilaksanakan. Butiran bilangan AMP dan DED
berdasarkan kontrak dan dilaksanakan bagi kedua-dua aset bagi satu kitaran
ISS adalah seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2
BILANGAN AMP DAN DED YANG DIRANCANG DAN
DILAKSANAKAN DALAM SATU KITARAN ISS (6 TAHUN)
JENIS ASET 1 ASET 2 JUMLAH
SENGGARAAN KONTRAK LAKSANA KONTRAK LAKSANA KONTRAK LAKSANA
IN-SERVICE SUPPORT (ISS)
Assisted Maintenance
13 10 13 11 26 21
Period (AMP)

Docking for Essential


3 2 3 2 6 4
Defects (DED)
Sumber: Analisis Audit Terhadap Perancangan dan Pelaksanaan AMP dan DED

iii. Semakan Audit telah dilaksanakan terhadap keseluruhan senggaraan


melibatkan 10 AMP dan dua (2) DED bagi Aset 1 serta 11 AMP dan dua (2)
DED bagi Aset 2 di bawah satu kitaran senggaraan ISS. Walaupun jumlah
AMP dan DED yang dilaksanakan tidak mengikut kontrak, kesemua kerja
telah meliputi keseluruhan senggaraan yang diperlukan bagi satu kitaran
senggaraan ISS. Semakan Audit juga telah dilaksanakan terhadap
senggaraan AMP selepas habis kitaran ISS melibatkan tambahan tiga (3)
AMP bagi Aset 1 dan tambahan lima (5) AMP bagi Aset 2.

9-9
35- 35
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 35 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

b. Tempoh Senggaraan AMP dan DED

Semakan Audit selanjutnya mendapati jadual penyenggaraan berdasarkan


penetapan kontrak tidak dapat dipatuhi oleh kontraktor kerana tempoh masa
yang diambil bagi setiap AMP dan DED adalah panjang. Perkara ini berlaku
antaranya disebabkan oleh perkara seperti berikut:

i. penemuan kerosakan baru semasa kerja penyenggaraan dilaksanakan;

ii. pertambahan skop kerja akibat pembaikan yang tidak dapat diselesaikan
sepenuhnya pada AMP semasa dan dibawa ke AMP berikutnya;

iii. percanggahan tarikh permulaan kitaran senggaraan;

iv. tempoh perolehan dan pembaikan komponen aset di luar negara mengambil
masa yang panjang;

v. keadaan cuaca buruk yang menghalang kerja senggaraan; dan

vi. kerosakan kritikal yang memerlukan tempoh pembaikan yang lama.

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 18 Oktober


2019 dan 24 Oktober 2019

Tempoh lima (5) minggu bagi AMP dan 12 minggu bagi DED hanya mengambil kira
kerja-kerja senggaraan pencegahan sahaja. Tarikh mula, tarikh siap dan tempoh
AMP/DED ditetapkan setelah mengambil kira keadaan semasa seperti keperluan
operasi, kerosakan, pembekalan alat ganti, keperluan kepakaran OEM dan tempoh
pembaikan.

Pendapat Penyenggaraan aset mengambil tempoh masa yang panjang


Audit menyebabkan aset tidak berada dalam keadaan siap siaga
untuk tempoh yang lama.

5.1.2. Pencapaian Output Refit

a. Berdasarkan Schedule 1 kontrak, penyenggaraan Refit dilaksanakan di


Limbungan Kering setelah aset beroperasi selama enam (6) tahun dan
pelaksanaan senggaraan dibuat ke atas keseluruhan aset. Tempoh
penyenggaraan Refit untuk setiap aset telah ditetapkan seperti Klausa 4 kontrak
Refit. Tempoh ini akan melibatkan kerja serta proses melerai dan memeriksa
keseluruhan bahagian aset serta membaiki dan mengganti komponen yang
rosak dan lama sebelum dipasang semula. Di samping itu, kerja modifikasi, naik
taraf dan penambahbaikan sistem kombat turut dijalankan semasa Refit.

9 -936
- 36
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 36 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

b. Senggaraan Refit dilaksanakan melalui 18 milestone yang mana setiap


milestone melibatkan skop kerja yang berbeza-beza seperti yang dirancang
dalam Preparation Data Package. Milestone juga digunakan bagi tujuan
pemantauan dan bayaran kemajuan kepada Syarikat 0861849-V.

c. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Disember 2019, penyenggaraan


Refit telah selesai dijalankan bagi Aset 1 manakala bagi Aset 2 masih dalam
pelaksanaan. Semakan Audit selanjutnya mendapati penyenggaraan Refit
Aset 1 telah lewat dimulakan. Ini disebabkan bangunan dan fasiliti yang
akan digunakan bagi tujuan Refit yang merupakan timbal balas dalam
Settlement Agreement masih dalam pembinaan ketika itu. Selain itu,
kelewatan menyiapkan penyenggaraan Refit Aset 1 telah menyebabkan
penyenggaraan Refit Aset 2 lewat dimulakan.

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 22 Oktober


2019, 17 Februari 2020, 30 Oktober 2020 dan 17 November 2020

Kementerian mengambil maklum berkaitan perkara ini. Penangguhan memulakan


senggaraan ini adalah disebabkan bangunan woksyop dan fasiliti yang akan
digunakan bagi tujuan Refit, yang merupakan balasan dalam Settlement Agreement
masih dalam pembinaan dan hanya diserahkan kepada TLDM pada bulan Januari
2016. Lanjutan kelewatan Refit Aset 1, Kementerian telah mengeluarkan notis LD
kepada Syarikat 0861849-V berjumlah [RM22.43 juta dan €8.81 juta] (RM63.33
juta) pada bulan Jun 2019. Kelewatan permulaan Refit Aset 2 telah pun diselaraskan
dengan kelulusan MoF dalam bulan Disember 2018. Kemajuan kerja bagi Refit Aset
2 sehingga bulan Disember 2019 adalah 93.6% berbanding yang dirancang 99.46%
iaitu lewat 5.86%. Berkenaan status kontrak Refit, Kementerian telah membuat
rayuan kali ketiga bagi permohonan lanjutan tempoh Refit selama 23 bulan bagi
Aset 2 susulan lesson learnt daripada Aset 1. MoF dalam bulan Oktober 2019 telah
meluluskan pelanjutan tempoh kontrak sehingga akhir tahun 2019 tetapi
mengekalkan tempoh Refit selama 18 bulan. Pada bulan Januari 2020, Kementerian
telah mengemukakan rayuan kali keempat kepada MoF untuk pertimbangan
pelanjutan tempoh kontrak selama lima (5) bulan. Pada bulan Februari 2020, MoF
telah meluluskan permohonan pelanjutan tempoh Refit tersebut.

Sehingga bulan Oktober 2020, Refit Aset 2 masih belum disiapkan sepenuhnya.
Bagaimanapun, kelulusan telah diberikan oleh MoF berkaitan penerimaan hull/
platform yang membenarkan TLDM mengoperasikan Aset 2 bermula bulan Jun
2020.

Pendapat Kelewatan penyiapan penyenggaraan Refit Aset 1


Audit menyebabkan Aset 2 beroperasi melebihi tempoh kitaran
senggaraan. Kelewatan siap ini telah menjejaskan
perancangan tahunan operasi aset.

9-9
37- 37
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 37 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.1.3. Pencapaian Outcome

a. Objektif senggaraan aset TLDM adalah untuk memastikan aset sentiasa berada
dalam keadaan siap siaga serta boleh beroperasi sepenuhnya. Kesiapsiagaan
aset dapat dilihat apabila aset bersedia dan boleh beroperasi serta melaksanakan
semua fungsinya. Berdasarkan Sistem Integrasi Bersepadu TLDM, TLDM
mengkategorikan kesiapsiagaan aset kepada empat (4) peringkat iaitu Full
Mission Capable (FMC), Partial Mission Capable (PMC), Non Mission Capable
(NMC) dan Non-Operational (Non-Ops). Bagi membolehkan aset bersedia,
melaksanakan fungsi dan misi serta peranan sepenuhnya, aset perlu berada
dalam keadaan FMC. Bagi mencapai FMC, Technical Availability (TA) perlu
diperoleh. Selain itu, pengoperasian aset diukur melalui pencapaian Operational
Availability (OA) yang ditetapkan. OA merupakan keadaan yang mana aset
bersedia untuk melaksanakan fungsi dan misi pada bila-bila masa, sama ada
berada di pelabuhan atau melaksanakan operasi di laut.

b. Semakan dan analisis Audit telah dilaksanakan terhadap pencapaian TA dan OA


bagi tahun 2010 hingga 2019. Semakan Audit mendapati sepanjang tahun 2010
hingga 2019, kesiapsiagaan aset yang diukur melalui pencapaian TA berada
dalam keadaan FMC, PMC, NMC dan juga Non-Ops. Kadar pencapaian OA
setahun telah ditetapkan berdasarkan penetapan KPI Kesiagaan Tertinggi TLDM
dan Penguasa Operasi aset boleh memberikan kebenaran dan arahan untuk aset
beroperasi selagi tidak menjejaskan keselamatan aset dan kru.

c. Kesiapsiagaan aset bukan sahaja diukur secara teknikal dan fizikal tetapi juga
bergantung kepada ketersediaan (availability) pengendali aset. Berdasarkan
trend permohonan untuk menyertai kru aset bagi tahun 2010 hingga 2019,
terdapat penurunan yang ketara. Trend calon yang lulus dan layak juga
menunjukkan penurunan. Tambahan pula, masih terdapat calon yang sedang
menjalani latihan di pelbagai peringkat bagi melayakkan mereka menjadi
pengendali aset. Selain itu bagi tempoh lima (5) tahun akan datang bermula
tahun 2019, terdapat pengendali aset yang akan bersara. Keadaan ini boleh
memberi kesan kepada perancangan pihak Markas untuk melahirkan pengendali
aset setiap tahun bermula tahun 2023.

d. Jika trend penurunan permohonan dan kelayakan menjadi pengendali aset masih
berterusan, situasi ini boleh menjejaskan pengoperasian aset secara optimum
pada masa hadapan. Di samping itu, trend ini boleh memberi kesan kepada
perancangan dan perkembangan Markas untuk meningkatkan lagi keupayaan
ketenteraan.

9 -938
- 38
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 38 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2. Pengurusan Penyenggaraan

Pengurusan penyenggaraan terdiri daripada tujuh (7) perkara iaitu prestasi kewangan,
pengurusan perolehan penyenggaraan, pentadbiran kontrak, pelaksanaan
penyenggaraan, settlement agreement, Program Kolaborasi Industri (ICP) dan
pemantauan penyenggaraan. Semakan Audit mendapati ada kelemahan dari aspek
pengurusan perolehan, pentadbiran kontrak dan pelaksanaan penyenggaraan yang
menjejaskan kecekapan prestasi pengurusan penyenggaraan. Penemuan Audit adalah
seperti dalam perenggan berikut:

5.2.1. Prestasi Kewangan

a. Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 54, Pegawai Pengawal dikehendaki


mengawal perbelanjaan berkenaan projek yang diperuntukkan dalam Maksud
Perbelanjaan Anggaran Belanjawan di bawah kawalannya supaya peruntukan
tidak terlebih dibelanjakan.

b. Bagi tempoh tahun 2010 hingga Disember 2019, Markas telah menerima
peruntukan berjumlah RM2.245 bilion untuk senggaraan ISS dan RM1.108 bilion
untuk senggaraan Refit. Sejumlah RM2.026 bilion (90.2%) telah dibelanjakan
untuk senggaraan ISS dan RM1.068 bilion (96.4%) untuk senggaraan Refit bagi
tempoh bulan Disember 2015 hingga Disember 2019.

c. Semakan Audit terhadap perbelanjaan tahunan mendapati bagi tempoh tahun


2010 hingga 2016, prestasi perbelanjaan telah melebihi 90% setiap tahun
kecuali pada tahun 2014 yang hanya mencapai 88.1%. Bagi tahun 2016, Markas
telah berbelanja melebihi peruntukan yang diterima berjumlah RM3.89 juta
(1.7%) untuk senggaraan ISS. Perbelanjaan melebihi peruntukan ini adalah bagi
pembayaran Goods and Services Tax (GST) yang dikenakan. Bagi tahun 2017
dan 2018 pula, prestasi perbelanjaan adalah rendah iaitu masing-masingnya
berjumlah RM88.77 juta (58.9%) dan RM149.93 juta (74.5%). Peratus
perbelanjaan yang rendah ini adalah disebabkan oleh kelewatan pembekalan
alat ganti pada tahun 2017 dan 2018 yang hanya diterima pada tahun 2018
dan 2019. Bagi tahun 2019, perbelanjaan yang dibuat hanya berjumlah
RM74.46 juta (53.2%) daripada peruntukan yang diterima.

d. Peratus perbelanjaan yang rendah ini adalah disebabkan oleh Perjanjian Utama
Program Kolaborasi Industri (ICP) masih belum ditandatangani sehingga akhir
tahun 2019. Pihak Audit juga mendapati, berdasarkan perenggan 4.2.6.2 Dasar
dan Garis Panduan Program Kolaborasi Industri di dalam perolehan Kerajaan
Edisi Kedua menyatakan sekiranya berlaku kelewatan menandatangani
Perjanjian Utama ICP, MoF berhak untuk mengambil tindakan menahan
pembayaran berjadual kepada kontraktor.

9-9
39- 39
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 39 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

e. Seterusnya, bagi tempoh bulan Januari hingga bulan Disember 2019, hanya
sejumlah RM103.19 juta (79.4%) daripada RM130 juta yang diterima untuk
senggaraan Refit telah dibelanjakan. Ini adalah disebabkan kerja-kerja
senggaraan semasa yang masih belum siap sehingga Disember 2019. Butiran
peruntukan diterima dan dibelanjakan bagi kontrak senggaraan ISS dan Refit
adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN SENGGARAAN UNTUK KONTRAK
IN-SERVICE SUPPORT DAN REFIT ASET TLDM SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
ISS PERATUS REFIT PERATUS
TAHUN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN
(RM Juta) (RM Juta) (%) (RM Juta) (RM Juta) (%)

2010 114.80 114.80 100.0 TB TB TB

2011 477.64 473.64 99.2 TB TB TB

2012 251.74 237.54 94.4 TB TB TB

2013 231.54 230.95 99.7 TB TB TB

2014 202.09 178.10 88.1 TB TB TB

2015 248.59 246.40 99.1 199.15 199.13 100.0

2016 227.31 231.20 101.7 309.83 300.22 96.9

2017 150.82 88.77 58.9 145.15 143.35 98.8

2018 201.14 149.93 74.5 323.55 322.12 99.6

2019 140.00 74.46 53.2 130.00 103.19 79.4

JUMLAH 2,245.67 2,025.79 90.2 1,107.68 1,068.01 96.4


Sumber: Waran Peruntukan dan Baucar Bayaran Markas Pemerintahan Aset
Nota: (TB) - Tidak Berkenaan Kerana Kontrak Refit Bermula Tahun 2015

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 18 Oktober


2019 dan 17 Februari 2020

Kementerian ini mengesahkan bahawa prestasi pembayaran bagi senggaraan ISS


pada tahun 2017 dan 2018 yang rendah adalah disebabkan kelewatan bekalan alat
ganti di bawah Kontrak Tambahan Pertama. Prestasi belanja yang kurang bagi
tahun 2019 adalah disebabkan Markas hanya dapat melaksanakan pembayaran
sebanyak 53.19% sahaja disebabkan Perjanjian Utama Program Kolaborasi Industri
(ICP) masih belum ditandatangani sehingga tarikh penutupan akaun awam
persekutuan pada 7 Disember 2019.

Pendapat Prestasi kewangan bagi senggaraan ISS adalah baik kecuali


Audit bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 disebabkan kelewatan
pembekalan alat ganti dan Perjanjian Utama ICP masih belum
ditandatangani. Prestasi kewangan bagi senggaraan Refit juga
adalah baik bagi setiap tahun.

9 -940
- 40
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 40 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2.2. Pengurusan Perolehan Penyenggaraan

a. Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PK) 2.1, perolehan


Kerajaan hendaklah dilaksana sama ada secara perolehan terus, sebutharga,
tender terbuka atau terhad serta perolehan secara Rundingan Terus. Bagi
perolehan secara Rundingan Terus kelulusan hendaklah diperoleh daripada MoF.
Berdasarkan Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) bertarikh 26 Mac 2008 dan
1PP – PK 7.14, rundingan harga hendaklah diselesaikan dalam tempoh tidak
melebihi dua (2) minggu daripada tarikh proses rundingan harga dimulakan.
Surat Setuju Terima (SST) hendaklah dikeluarkan kepada syarikat secepat
mungkin tetapi tidak lewat dari satu (1) hari (SAP 2008) dan tujuh (7) hari (1PP
– PK 7.14) selepas kelulusan MoF.

b. Semakan Audit mendapati Kementerian telah membuat proses perolehan


senggaraan ISS dan Refit dengan teratur. MoF telah meluluskan pelantikan
Syarikat 0861849-V menggunakan kaedah perolehan secara Rundingan Terus.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati proses rundingan harga untuk ISS dan
Refit lewat dimuktamadkan dan mengambil masa antara 37 hingga 486 hari
untuk diselesaikan. Kelewatan menyelesaikan rundingan harga telah
menyebabkan SST juga lewat dikeluarkan iaitu selama 27 hari dari tarikh
kelulusan MoF bagi senggaraan ISS. SST bagi Kontrak ISS Tambahan Pertama,
Kedua (Khusus) dan Refit juga lewat dikeluarkan antara enam (6) hingga
277 hari. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
TEMPOH KELEWATAN MENGELUARKAN SURAT SETUJU TERIMA
TARIKH TEMPOH
BIL. KONTRAK KELULUSAN KELEWATAN
SST (Hari)
PEROLEHAN MoF

1. Kontrak Utama ISS* 15.07.2010 12.08.2010 27

2. Kontrak Tambahan Pertama ISS 19.12.2014 29.09.2015 277

3. Kontrak ISS (Khusus) 17.01.2019 21.03.2019 56

4. Kontrak Refit 30.10.2015 12.11.2015 6


Sumber: Surat Kelulusan MoF dan Surat Setuju Terima
Nota: (*) - Kiraan Hari Berdasarkan Surat Arahan Perbendaharaan Bertarikh 26 Mac 2008

d. Kelewatan pengeluaran SST adalah disebabkan oleh proses untuk


memuktamadkan skop kerja dan jadual pembayaran oleh Bahagian Perolehan
dan Syarikat 0861849-V. Keadaan ini menyebabkan empat (4) AMP bagi Aset 1
dan Aset 2 dilaksanakan sebelum SST dikeluarkan. Syarikat 0861849-V telah
memohon kelulusan untuk melaksanakan kerja senggaraan sebelum SST
dikeluarkan bagi memastikan kitaran senggaraan aset tidak terganggu dan boleh
beroperasi. Kerja senggaraan ini telah dipersetujui oleh Kementerian melalui

9-9
41- 41
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 41 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

surat yang dikeluarkan pada bulan Jun 2009, September 2009 dan Februari
2010. Sehubungan itu, Markas telah membuat bayaran bagi kerja senggaraan
berjadual yang dilaksanakan tersebut secara ex-gratia berjumlah RM97.99 juta
pada bulan Disember 2010 dan April 2011.

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 18 Oktober


2019

Kementerian mengambil maklum akan kelewatan tersebut. Bagaimanapun,


kelewatan menyelesaikan rundingan harga dan pengeluaran SST adalah disebabkan
Kementerian perlu melaksanakan beberapa siri rundingan bagi mendapatkan
pengurangan harga serta memperincikan skop kerja berkaitan kontrak ISS, ISS
Tambahan Pertama, kontrak Khusus dan kontrak Refit.

Pendapat Pelantikan kontraktor secara rundingan terus bagi senggaraan


Audit ISS dan Refit telah diuruskan dengan teratur. Bagaimanapun,
proses rundingan harga mengambil masa yang lama untuk
dimuktamadkan antara 37 hingga 486 hari. Kelewatan ini
memberi kesan kepada pengeluaran SST dan menyebabkan
penyenggaraan dilaksanakan sebelum SST dikeluarkan.

5.2.3. Pentadbiran Kontrak


a. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, Perenggan 47.1 dan
1PP PK-4.2 Tahun 2013, Perenggan 4.1 menyatakan kontrak hendaklah
ditandatangani secepat mungkin selepas semua terma dan syarat dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Kontrak ini perlu ditandatangan selewat-lewatnya
empat (4) bulan dari tarikh keluar SST.

b. Semakan Audit mendapati Kontrak Utama ISS, ISS Tambahan Pertama, ISS
Khusus dan Refit telah lewat ditandatangani antara 40 hingga 1,359 hari dari
tarikh SST dikeluarkan. Bagaimanapun bagi dua (2) kontrak iaitu Kontrak Utama
ISS dan Refit, Kementerian telah memperolehi kelulusan khas dari MoF bagi
pengecualian menandatangani kontrak dalam tempoh empat (4) bulan dari SST.

c. Semakan Audit juga mendapati kontrak ISS (Khusus) sepatutnya ditandatangani


pada bulan Julai 2019 bagaimanapun hanya ditandatangani pada bulan
November 2019 dengan kelewatan 116 hari. Perkara ini disebabkan tempoh
masa yang diambil oleh Markas dan Syarikat 0861849-V untuk memperhalusi
klausa kontrak selepas mendapat pandangan Bahagian Undang-Undang (BUU)
Kementerian.

9 -942
- 42
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 42 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

d. Sehingga bulan Disember 2019, kontrak tambahan Refit masih belum


ditandatangani walaupun kontrak telah tamat pada bulan Februari 2019. Hal ini
berlaku kerana permohonan Kementerian bagi pelanjutan tempoh pelaksanaan
Refit dari 18 bulan ke 23 bulan dalam kontrak tambahan masih belum diluluskan
oleh MoF. Perkara ini tidak menjamin kepentingan Kerajaan dan kontraktor
sekiranya mana-mana pihak tidak melaksanakan obligasinya.

e. Berdasarkan maklum balas Kementerian pada bulan Oktober 2020, kontrak


tambahan Refit telah ditandatangani pada bulan Julai 2020. Tempoh kuat kuasa
kontrak tambahan ini telah diselaraskan mengikut tarikh mula kontrak utama
Refit iaitu dari bulan November 2015 hingga Mei 2020. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
TEMPOH KELEWATAN MENANDATANGANI KONTRAK
SENGGARAAN ISS DAN REFIT ASET TLDM
TEMPOH KONTRAK NILAI KONTRAK TARIKH
TEMPOH
BUTIRAN RINGGIT AKHIR KONTRAK
EURO LEWAT
KONTRAK ASET 1 ASET 2 MALAYSIA SST TANDA DITANDA
(€ Juta) (Hari)
(RM Juta) TANGAN TANGANI

ISS

01.02.2009 01.12.2009
i. Kontrak
- - 532.00 193.00 12.08.2010 11.12.2010 29.08.2014 #1,359
Utama ISS
31.01.2015 30.11.2015

ii. Kontrak
01.02.2015 01.12.2015
Tambahan
- - 162.35 74.50 29.09.2015 28.01.2016 17.11.2016 #294
Pertama
31.10.2015 31.05.2017
ISS*

iii. Kontrak ISS


01.12.2018 - 31.12.2019 150.00 - 21.03.2019 20.07.2019 13.11.2019 116
(Khusus)

REFIT

Kontrak Refit 16.11.2015 - 18.02.2019 432.40 169.86 12.11.2015 11.03.2016 19.04.2016 #40
Sumber: Dokumen Kontrak Senggaraan ISS dan Refit
Nota: Tarikh 4 bulan setelah SST dikeluarkan (sebulan bersamaan dengan 30 hari)
(*) - Tempoh Kontrak Sebenar Mulai bulan Februari 2015 Hingga Mac 2018 Kerana Termasuk Skop Kerja
Pembekalan Alat Ganti bagi Program Refit
(#) - Memperolehi Kelulusan Khas MoF bagi Pengecualian Menandatangani Kontrak dalam Tempoh Empat (4)
Bulan dari SST

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 18 Oktober


2019, 17 Februari 2020 dan 30 Oktober 2020

Kontrak ISS lewat dimuktamadkan kerana terdapat pertikaian berkaitan Settlement


Agreement aset TLDM yang menjadi pertikaian kedua-kedua pihak iaitu TLDM dan
Syarikat A. Settlement Agreement hanya dapat diselesaikan pada bulan April 2014.
Draf kontrak telah teratur pada bulan Januari 2014 namun disebabkan persetujuan
baru dimuktamadkan dalam Settlement Agreement, maka beberapa pindaan perlu
dilaksanakan dan kontrak ditandatangani pada bulan Ogos 2014.

9-9
43- 43
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 43 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Bagi kontrak ISS Tambahan Pertama dan kontrak Khusus, kontrak lewat
ditandatangani disebabkan Kementerian dan Syarikat 0861849-V masih tidak
mencapai kata sepakat terutama berhubung klausa berkaitan tempoh kontrak, Pelan
Pembayaran dan Denda Lewat (Liquidated Damages). Kontrak Refit ini lewat
ditandatangani disebabkan kontrak ini merupakan kontrak pertama Refit selepas
penerimaan aset dan memerlukan penelitian kontrak bersama pihak TLDM dan
Syarikat 0861849-V.

MoF melalui surat yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2019 telah meluluskan
pelanjutan tempoh kontrak sehingga akhir tahun 2019 tetapi mengekalkan tempoh
Refit selama 18 bulan. Pada bulan Januari 2020, Kementerian telah mengangkat
rayuan kali keempat kepada MoF untuk pertimbangan pelanjutan tempoh kontrak
selama lima (5) bulan. MoF pada bulan Februari 2020 telah meluluskan pelanjutan
tempoh senggaraan Refit tersebut.

Pendapat Pengurusan pentadbiran kontrak adalah kurang memuaskan


Audit kerana tempoh menandatangani kontrak melebihi empat (4)
bulan. Bagaimanapun, perkara ini telah mendapat
pengecualian daripada MoF.

5.2.4. Pelaksanaan Penyenggaraan

a. Pengenaan dan Kutipan Liquidated Damages (LD)

i. Berdasarkan klausa 17 kontrak ISS, LD akan dikenakan pada kadar


[RM280,880 dan EUR87,877] (RM688,875) bagi setiap hari apabila aset
berstatus Technical Unavailable (TU). Bagi kontrak Refit, LD akan dikenakan
pada kadar 1% daripada nilai Refit atas kelewatan setiap bulan bagi setiap
aset seperti ditetapkan dalam klausa 15. Bagaimanapun klausa pengenaan
LD telah dihadkan (capping) kepada peratusan yang tertentu. Berdasarkan
kepada klausa kontrak, penetapan kenaan LD sehingga maksimum 10% dari
jumlah kos kontrak ISS dan 12% dari jumlah kos kontrak Refit.

ii. Analisis Audit mendapati sehingga tarikh kontrak ISS tambahan tamat
bagi kedua-dua aset pada bulan Mei 2017, sejumlah [RM112.48 juta dan
EUR29 juta] (RM247.12 juta) LD boleh dikenakan terhadap kegagalan
kontraktor untuk memastikan aset berada di tahap Technical Availability.
Manakala bagi senggaraan Refit Aset 1, sejumlah [RM22.43 juta dan
EUR8.81 juta] (RM63.33 juta) denda dikenakan kerana kelewatan
senggaraan siap pada tempoh yang ditetapkan.

iii. Mengikut kepada pengiraan LD yang telah dibuat oleh MTL berasaskan
kepada nilai capping bagi kontrak ISS, Kerajaan hanya boleh menuntut

9 -944
- 44
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 44 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

maksimum LD berjumlah [RM64.85 juta dan EUR21.42 juta] (RM164.29


juta). Perkara ini menyebabkan kerajaan tidak dapat menuntut LD bagi
kontrak ISS berjumlah [RM47.63 juta dan EUR7.58 juta] (RM82.82 juta).
Bagaimanapun tuntutan LD bagi kontrak Refit masih kekal kerana belum
mencapai nilai capping yang telah ditetapkan. Semakan Audit mendapati
tiada peraturan yang berkuat kuasa berkaitan penetapan had siling LD.

iv. Seterusnya, didapati pada bulan Jun 2017, Kementerian telah


mengemukakan tuntutan LD bagi kontrak utama ISS kepada Syarikat
0861849-V berjumlah [RM53.20 juta dan EUR19.30 juta] (RM142.81).
Pada bulan Jun 2019, tuntutan untuk LD kontrak Refit dibuat berjumlah
[RM22.43 juta dan EUR8.81 juta] (RM63.33 juta) manakala LD bagi kontrak
ISS tambahan berjumlah [RM11.65 juta dan EUR2.12 juta] (RM21.49 juta)
masih belum dituntut oleh Kementerian.

v. Pada bulan Ogos 2019, Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP)


yang dipengerusikan oleh KSU Kementerian telah bersetuju dengan
cadangan pengurangan tuntutan LD bagi kontrak Refit berjumlah [RM12.89
juta dan EUR4.97 juta] (RM35.96 juta). Hal ini menjadikan jumlah akhir
LD bagi kontrak Refit sebanyak [RM9.54 juta dan EUR3.85 juta] (RM27.41
juta). Jawatankuasa CCP telah mengemukakan rayuan pengurangan LD
kepada MoF pada bulan Oktober 2019 untuk dimuktamadkan dan diluluskan.
Berdasarkan maklum balas daripada Kementerian pada bulan Oktober 2020,
MoF pada bulan Februari 2020 telah bersetuju dan meluluskan perakuan
Jawatankuasa CCP Kementerian bagi pengurangan LD tersebut. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
PENGIRAAN LIQUIDATED DAMAGES (LD)
LD YANG BOLEH LD YANG BOLEH DITUNTUT
JUMLAH LD TIDAK BOLEH
DIKENAKAN MENGIKUT CAPPING
DITUNTUT
(TANPA CAPPING) (Max 10%/12%)
KONTRAK
RINGGIT EURO RINGGIT EURO RINGGIT EURO
MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA
(RM Juta) (€ Juta) (RM Juta) (€ Juta) (RM Juta) (€ Juta)
(a) (b) (c) (d) e=(a-c) f=(b-d)

ISS
Kontrak Utama ISS 100.83 26.88 53.20 19.30 47.63 7.58

Kontrak ISS Tambahan 11.65 2.12 11.65 2.12 TB TB

JUMLAH 112.48 29.00 64.85 21.42 47.63 7.58

REFIT

Aset 1 22.43 8.81 *9.54 *3.85 TB TB

JUMLAH KESELURUHAN 134.91 37.81 74.39 25.27 47.63 7.58


Sumber: MAKS.400-10/5/49V2-(12) – Tuntutan LD bagi Kontrak ISS dan MAKS.400-10/5/124V18-(13) Tuntutan LD bagi
Kontrak Refit, Minit Mesyuarat Jawatankuasa CCP dan Surat Kelulusan MoF
Nota: (*) – Nilai Akhir Selepas Kelulusan MoF bagi Pengurangan Denda Lewat Kontrak Refit

9-9
45- 45
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 45 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

b. Kronologi Penetapan Had Siling Liquidated Damages (LD)

i. Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 204.1, jika sesuatu syarat perjanjian


telah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara atau Penasihat
Undang-Undang bagi kegunaan am, pegawai yang diberi kuasa bolehlah
melaksanakannya tanpa merujuk semula untuk nasihat undang-undang
selanjutnya. Nasihat dari Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang
adalah perlu sekiranya:

 dibuat pindaan matan ke atas sesuatu bentuk kontrak tertentu;

 kontrak walaupun kecil nilainya tetapi mengandungi implikasi undang-


undang; atau

 sesuatu kontrak memasukkan prinsip-prinsip atau dasar baru atau


kontrak bagi sesuatu jenis perkhidmatan yang belum pernah
dikontrakkan.

ii. Semakan Audit selanjutnya terhadap kontrak ISS juga mendapati klausa
43.1 berkaitan liabiliti telah mengehadkan kadar tuntutan terkumpul yang
boleh dituntut oleh Kerajaan tidak melebihi 10% dari nilai kontrak. Klausa ini
menyatakan liabiliti ke atas apa-apa tuntutan termasuk klausa 17-LD, klausa
20-liquidation, klausa 21-indemnity against damages and claim, klausa
25-termination of contract, klausa 27-termination due to corruption, unlawful
or illegal activities dan klausa 28-indemnity against intelectual property
infringement adalah tidak melebihi 10% dari nilai kontrak. Sehubungan itu,
klausa liabiliti bagi kontrak ISS ini tidak dapat melindungi klausa yang lain
kerana analisis Audit mendapati tuntutan LD sahaja telah mencapai had
maksimum 10% dari nilai kontrak.

iii. Bahagian Undang-Undang (BUU) Kementerian telah mengeluarkan memo


pada bulan Januari 2010 dan berpandangan klausa 43.1 dan 43.2 tidak
dipersetujui kerana klausa tersebut mengehadkan liabiliti kontraktor dan
selanjutnya mengehadkan tuntutan yang boleh dibuat oleh Kerajaan. BUU
Kementerian juga meminta pendapat daripada Bahagian Perolehan dan
TLDM sama ada bersetuju dengan cadangan capping tersebut.
Bagaimanapun, Bahagian Perolehan tidak mengemukakan maklum balas
terhadap cadangan capping tersebut.

iv. BUU Kementerian juga melalui memo yang dikeluarkan pada bulan Februari
2010 menyatakan klausa 43.1 adalah untuk pertimbangan Bahagian
Perolehan dan TLDM. Seterusnya TLDM dalam suratnya yang dikeluarkan
pada bulan Februari 2010 menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan
Syarikat 0861849-V untuk LD dihadkan kepada 10%. TLDM mencadangkan

9 -946
- 46
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 46 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

agar had maksimum 20% dipertahan memandangkan 10% dari nilai kontrak
adalah sangat kecil berbanding dengan signifikan kontrak ini.

v. Bagaimanapun, klausa ini diteruskan juga dan didokumenkan dalam kontrak


yang ditandatangani. Penetapan capping ini tidak menjamin kepentingan
Kerajaan sekiranya LD dan liabiliti yang dinyatakan seperti klausa 17, 20, 21,
25, 27 dan 28 berlaku.

vi. Menurut pandangan BUU Kementerian yang dikemukakan kepada pihak JAN
pada bulan Ogos 2019, tiada sebarang prosedur dan/atau ketetapan yang
membenarkan peruntukan capping pada LD dalam Perolehan Kerajaan.
Perkara ini adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan(PP) PK 4.2.
BUU Kementerian berpandangan klausa capping adalah tidak
teratur bagi kontrak Kerajaan kerana:

 klausa ini didapati tidak menjaga kepentingan Kerajaan;

 Klausa capping ini mengehadkan jumlah LD yang boleh dituntut


oleh Kerajaan terhadap syarikat; dan

 memberikan ruang kepada syarikat untuk tidak menyiapkan


obligasi kontrak dalam tempoh masa yang ditetapkan Kontrak.

vii. Ini kerana capping kepada LD tersebut menjadi klausa perlindungan


sekiranya Kerajaan membuat tuntutan LD terhadap syarikat. Tuntutan
Kerajaan bagi LD terhadap syarikat terhad kepada 10% atau 12% sahaja
daripada nilai Kontrak.

viii. Sekiranya Kementerian memasukkan klausa capping tersebut, ianya adalah


tertakluk kepada keputusan dasar Kementerian. Perkara ini sewajarnya
dirujuk kepada MoF untuk kelulusan memandangkan tiada sebarang
Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan peruntukan capping dalam
Perolehan Kerajaan.

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 18 Oktober


2019, 17 Februari 2020, 30 Oktober 2020 dan 17 November 2020

Mesyuarat Jawatankuasa CCP, Kementerian yang diadakan pada bulan Ogos 2019
telah membincangkan dan menimbangkan permohonan rayuan pengurangan denda
lewat (LD) Kontrak ISS dan Refit. Jumlah keseluruhan nilai LD yang akan dituntut
mengikut Kontrak ISS (capping 10%) terhadap Syarikat 0861849-V adalah
berjumlah [RM53.2 juta dan EUR19.3 juta] (RM142.81 juta). Manakala bagi kontrak
Refit adalah berjumlah [RM9.54 juta dan EUR3.85 juta] (RM27.41 juta). LD bagi ISS
dan Refit ini telah diangkat ke MoF pada bulan Oktober 2019 untuk dimuktamadkan.
Rayuan pengurangan denda lewat (LD) Kontrak ISS dan Refit telah diluluskan oleh

9-9
47- 47
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 47 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

MoF pada bulan Februari 2020. Sehingga Oktober 2020, sejumlah RM36 juta LD
bagi kontrak ISS telah dikutip oleh Kementerian melalui pemotongan bayaran
kemajuan. Bagi LD Refit, bayaran masih belum diterima dari syarikat.

Kementerian ini akur akan pandangan pihak audit. Namun begitu pada masa akan
datang, Kementerian akan merujuk kepada MoF terlebih dahulu berhubung
penetapan had siling denda lewat (LD) sebelum kontrak ditandatangani bagi
menjamin kepentingan kerajaan. Walau bagaimanapun, kaedah penetapan had
siling bagi kontrak sedia ada adalah terletak pada pentadbir kontrak iaitu
Kementerian.

Pendapat Klausa capping dalam perjanjian adalah tidak teratur bagi


Audit kontrak Kerajaan kerana klausa ini tidak menjaga kepentingan
Kerajaan.

5.2.5. Settlement Agreement

a. TLDM telah membuat perancangan senggaraan AMP dan DED mengikut kitaran
senggaraan seperti yang dinyatakan dalam Schedule 4 Kontrak ISS. Pada bulan
April 2011, TLDM merancang untuk melaksanakan AMP6. Semakan Audit
mendapati Syarikat A (Design Authority) mengesyorkan agar Aset 1 menjalani
senggaraan berkala untuk komponen sea water pipes pada bulan tersebut.
Pengesyoran ini mengambil kira komponen tersebut telah mencapai tempoh
36 bulan untuk disenggara.

b. Namun demikian, pihak TLDM berpendapat senggaraan terhadap komponen sea


water pipes pada ketika itu masih belum perlu dilaksanakan. Ini adalah kerana
tempoh 36 bulan masih belum cukup dengan mengambil kira tarikh permulaan
senggaraan pada bulan Februari 2009 iaitu tarikh penerimaan aset di luar
negara. Namun begitu, Syarikat A menyatakan tarikh permulaan senggaraan
sepatutnya pada bulan Oktober 2007 dengan mengambil kira tarikh hull aset
mencecah air laut di luar negara. Oleh demikian, menurut Syarikat A senggaraan
berkala terhadap sea water pipes sepatutnya telah dilaksanakan pada bulan
Oktober 2010.

c. Perbezaan tarikh permulaan kitaran senggaraan aset ini telah mengakibatkan


Aset 1 tidak selamat untuk beroperasi dan berada dalam keadaan tidak siap
siaga. Perkara ini mengakibatkan Markas terpaksa menangguhkan operasi aset
dalam tempoh 13 bulan dari tempoh aset berlabuh hingga senggaraan sea water
pipes selesai.

9 -948
- 48
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 48 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

d. TLDM berpendapat perkara ini merupakan satu kerugian terhadap TLDM kerana
aset tidak dapat beroperasi bagi tempoh yang dirancang. Dengan demikian,
Kerajaan mengambil tindakan menuntut ganti rugi daripada Syarikat A.
Beberapa siri perbincangan terhadap isu kerugian yang ditanggung oleh
Kerajaan telah diadakan. Penyelesaian bagi isu ini dibuat pada bulan April 2014
melalui Kementerian dan Syarikat A telah menandatangani satu (1) Settlement
Agreement.

e. Berdasarkan kepada perjanjian ini, Syarikat A akan melabur dalam menyediakan


kemudahan, naik taraf serta aktiviti berkaitan through-life support aset.
Kerajaan pula akan melepaskan tuntutan bayaran pampasan berkaitan kontrak
perolehan aset dan isu percanggahan tarikh permulaan kitaran senggaraan serta
menjamin penglibatan Syarikat A dalam program Refit aset akan datang. Selain
itu, dipersetujui juga bahawa tarikh siap senggaraan bagi DED1 untuk kedua-
dua aset adalah masing-masingnya pada bulan Ogos 2012 bagi Aset 1 dan
bulan Mac 2013 bagi Aset 2. Berdasarkan kepada kontrak ini, Syarikat A
dikehendaki untuk menyediakan kemudahan berbentuk pelaburan untuk
kegunaan senggaraan Refit aset. Butiran pelaburan ini adalah seperti dalam
Jadual 7.

JADUAL 7
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT A
BERDASARKAN KEPADA SETTLEMENT AGREEMENT
BIL. KEMUDAHAN BUTIRAN STATUS

Bangunan utiliti

Bengkel paip

Bengkel Hull
Kemudahan bengkel telah disiapkan
Bengkel cat, komposit serta sistem dan diserahkan kepada Markas, TLDM
1. Bengkel Refit kombat dan elektronik pada bulan Januari 2016. Manakala
bengkel bateri siap sepenuhnya pada
Bengkel bateri
bulan Februari 2017.
Pejabat/bilik persalinan

Stor penyimpanan

Naik taraf kawalan keselamatan

Menyediakan tempat dan semua


Kemudahan bengkel telah disiapkan
peralatan yang diperlukan untuk
2. Bengkel flare dan diserahkan kepada Markas, TLDM
menyenggara flares yang digunakan
pada bulan April 2017.
dalam aset

Semi Mobile Magnetic


3. Pemasangan Semi Mobile MRF Belum selesai
Range Facility (MRF)

Perkhidmatan Pengukuran Akustik


sebelum Refit bagi Aset 1 pada bulan
Perkhidmatan Pengukuran Perkhidmatan Pengukuran Akustik akan
Oktober 2015 manakala bagi Aset 2
4. Akustik (Acoustic dijalankan oleh Syarikat A sebelum dan
pada bulan Mei 2017. Pengukuran
Measurement Services) selepas program senggaraan Refit
selepas Refit bagi kedua-dua aset
dirancang pada tahun 2021.
Sumber: Settlement Agreement

9-9
49- 49
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 49 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

f. Semakan Audit selanjutnya mendapati Syarikat A telah menyiapkan bengkel


berkaitan dengan Refit, bengkel flare dan menjalankan perkhidmatan
pengukuran akustik bagi Aset 1 dan Aset 2. Bagaimanapun, kemudahan Semi
Mobile Magnetic Range Facility (MRF) tidak diserahkan kepada Kerajaan. Hal ini
disebabkan kemudahan MRF ini telah dinaiktaraf kepada Magnetic Range and
Deperming Facilities (MRDF).

g. Kemudahan MRDF yang berfungsi sebagai degaussing (mengukur dan merawat


medan magnet kapal untuk mengelak daripada ancaman periuk api), masih
belum diserahkan kepada Markas kerana belum siap sepenuhnya. Ini
menyebabkan kemudahan MRDF tidak dapat dimanfaatkan.

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 22 Oktober


2019 dan 30 Oktober 2020

Beberapa pertikaian timbul semasa pembinaan MRDF seperti kos limpah (overrun)
dan timbal balik LD yang menyebabkan projek ini tidak dapat disiapkan dalam
tempoh yang dipersetujui. Pihak Kementerian Pertahanan sentiasa memantau
perkembangan projek ini dan berusaha mencari penyelesaian bagi memastikan
projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada TLDM. Pembinaan MRDF sedang
berjalan dan sehingga Oktober 2020 masih belum disiapkan.

5.2.6. Program Kolaborasi Industri (ICP)

ICP mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1983 dan dikenali
sebagai Countertrade di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI). Seterusnya, dalam tahun 1990an aktiviti ini lebih tertumpu kepada perolehan
berkaitan peralatan pertahanan di bawah Kementerian Pertahanan. Dalam tahun
2005, Kementerian Pertahanan telah menetapkan stipulation countertrade/Offset
dalam setiap perolehan yang dibuat tertakluk kepada nilai perolehan yang dibuat.
Program ini seterusnya telah berkembang dan dikenali sebagai program Offset. Skop
program ini telah dikembangkan bagi membantu industri tempatan dikenali sebagai
Program Kolaborasi Industri (ICP). ICP adalah program yang melibatkan aktiviti yang
akan memberi nilai tambah ke atas sesuatu perolehan yang dibuat oleh Kerajaan
dengan mengambil kira kos yang efektif. ICP merangkumi Program Pengukuhan
Ekonomi, Program Perdagangan Timbalbalas dan Program Offset.

a. Program Offset Bagi Kontrak ISS

i. Pelaksanaan program offset bagi Kontrak Utama ISS adalah tertakluk kepada
Policy dan Guideline on Countertrade Programmes tahun 2005 kerana
perolehannya dibuat pada tahun 2009. Pelaksanaan program offset di bawah
kontrak ISS juga tertakluk kepada klausa 44.1 kontrak ISS iaitu “the
9 -950
- 50
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 50 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

supplier, where possible, shall provide transfer-of-technology (ToT) and/or


transfer-of-know-how to the Malaysians, including the local subcontractors
during the course of this contract”. Nilai kontrak utama senggaraan ISS
adalah berjumlah [RM532 juta dan EUR193 juta] (RM1.428 bilion).
Sehubungan itu, nilai kredit offset yang perlu disediakan oleh penyedia
ICP adalah minimum 50% dari nilai kontrak iaitu [RM266 juta dan
EUR96.50 juta] (RM714.03 juta).

ii. Semakan Audit mendapati nilai offset yang diluluskan adalah melebihi nilai
minimum 50% nilai kontrak iaitu [RM1.664 bilion dan EUR30.31 juta]
(RM1.804 bilion). Kesemua Offset Programme telah selesai dilaksanakan
oleh Penyedia ICP (Syarikat 0861849-V) iaitu Know-How Licensing
Agreement, Subcontract & Developing Local Contents, Initial Maintenance
Training, High Value Job Creations dan Investment in Yard Equipment &
Tools. Offset Programme tersebut telah diaudit dan disahkan oleh Bahagian
Industri Pertahanan (BIP), Kementerian. Pada bulan Disember 2018, surat
pelepasan obligasi kepada Syarikat 0861849-V telah dikeluarkan bagi
menyatakan Syarikat 0861849-V telah selesai melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai Penyedia ICP.

b. Program Offset Bagi Kontrak Tambahan ISS

i. Bagi program ICP di bawah kontrak tambahan ISS, pelaksanaan program


offset dinyatakan di bawah klausa 44.1 iaitu the supplier, where possible,
shall provide transfer-of-technology (ToT) and/or transfer-of-know-how to the
Malaysians, including the local subcontractors during the course of this
contract. Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada Dasar dan Garis Panduan
Industrial Collaboration Programme (ICP) tahun 2014. Penyedia ICP perlu
menyediakan satu program ICP berdasarkan kadar 100% bersamaan dengan
nilai Kontrak Perolehan Utama walaupun kontrak ini adalah tambahan kepada
Kontrak Utama ISS. Nilai kredit ICP (ICV) yang perlu disediakan oleh penyedia
ICP adalah sekurang-kurangnya berjumlah [RM162.35 juta dan EUR74.50
juta] (RM508.24 juta).

ii. Semakan Audit mendapati nilai ICV yang diluluskan adalah RM408.79 juta.
Semua program iaitu Subcontract & Developing Local Contents dan
Investment in Yard Equipment & Tools telah selesai dilaksanakan. Pada bulan
Disember 2018 surat pelepasan obligasi telah dikeluarkan bagi menyatakan
Syarikat 0861849-V telah selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
penyedia ICP.

9-9
51- 51
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 51 02/12/2020 11:17 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

c. Program Offset Bagi Kontrak Refit

i. Bagi kontrak Refit keperluan untuk melaksanakan program ICP adalah


berdasarkan klausa 40.1 yang menyatakan the supplier shall, as part of this
contract, perform an Industrial Collaboration Programme (ICP) and the
related Offset programme which shall be set out in a separate contract and
shall be supplemental to this contract. Pelaksanaan program offset bagi
kontrak Refit ini juga adalah tertakluk kepada Dasar dan Garis Panduan
Industrial Collaboration Programme (ICP) tahun 2014. Penyedia ICP perlu
menyediakan program ICP berdasarkan kepada kadar 100% bersamaan
dengan nilai Kontrak Perolehan Utama.

ii. Nilai kredit ICP (ICV) yang perlu disediakan oleh penyedia ICP iaitu
Syarikat 0861849-V dan Syarikat A adalah sekurang-kurangnya berjumlah
[RM432.40 juta dan EUR169.86 juta] (RM1.221 bilion) iaitu bersamaan nilai
kontrak Refit. Butiran lanjut terhadap Offset Programme bagi kontrak Refit
adalah seperti dalam Jadual 8 dan 9.

JADUAL 8
OFFSET PROGRAMME BAGI KONTRAK REFIT OLEH SYARIKAT 0861849-V
ICP CREDIT VALUE
BIL. NAMA PROGRAM PERKARA
(RM Juta)

Pelantikan kontraktor tempatan dalam


4 Syarikat
OP1 Local Contents melaksanakan penyenggaraan dalam 377.01
Penerima ICP
kontrak Refit.

Introduction of New Companies Teknologi terkini berkaitan senggaraan 2 Syarikat


OP2 3.55
with New Technology aset Penerima ICP

TLDM dan 2
Development & Transfer of
OP3 Pemindahan Teknologi Syarikat Penerima 9.54
Technology
ICP

OP4 Human Capital Development Pelaksanaan masih dalam rundingan antara BIP dan Syarikat 0861849-V

Pembangunan teknologi terkini termasuk


OP5 New Technology 292.00
pembinaan MRDF
Sumber: Dokumen Program Offset Bahagian Industri Pertahanan

JADUAL 9
OFFSET PROGRAMME BAGI KONTRAK REFIT OLEH SYARIKAT A
ICP CREDIT VALUE
BIL. NAMA PROGRAM PERKARA
(€ Juta)

OP1 RMN E-Learning Phase 1 Latihan kepada TLDM 22.92

OP2 RMN E-Learning Phase 2 Latihan kepada TLDM 23.20

OP3 RMN E-Learning Phase 3 Latihan kepada TLDM 22.32

OP4 Master In Cyber Security Latihan kepada pelajar UPNM 68.70


Sumber: Dokumen Program Offset Bahagian Industri Pertahanan

9 -952
- 52
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 52 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

iii. Semakan Audit mendapati tiga (3) daripada lima (5) program ICP yang
dilaksanakan oleh Syarikat 0861849-V telah selesai iaitu OP1 hingga OP3 dan
telah diaudit oleh BIP dan MoF pada bulan September 2019. Perkara ini telah
diangkat dan diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa ICP pada bulan
November 2019 bagi tujuan pelepasan obligasi.

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati OP4 iaitu Human Capital Managment
masih belum dilaksanakan walaupun telah diluluskan pada bulan November
2019. Ini kerana Syarikat 0861849-V berhasrat untuk menjadikan OP4 ini
sebagai sebahagian daripada pembayaran LD aset tertakluk kepada
keputusan MoF.

v. Selain itu, didapati Magnetic Ranging and Deperming Facilities (MRDF) telah
dimasukkan oleh BIP sebagai salah satu program di bawah ICP iaitu OP5.
Perkara ini tidak dipersetujui oleh Syarikat 0861849-V kerana melibatkan kos
yang perlu ditanggung oleh Syarikat 0861849-V dan dengan ini Syarikat
0861849-V telah memohon kepada BIP pada bulan Januari 2018 supaya OP5
dikeluarkan dari program ICP Refit. Surat dari BIP kepada Bahagian
Perolehan pada bulan yang sama menyatakan bahawa BIP bersetuju MRDF
di bawah OP5 diambil kira sebagai sebahagian LD kontrak ISS. Persetujuan
ini tertakluk kepada kelulusan Lembaga Mesyuarat ICP serta Syarikat
0861849-V perlu memberi cadangan baru bagi penggantian OP5. JUTRA
melalui surat yang dikeluarkan pada bulan Disember 2018 kepada Syarikat
0861849-V memaklumkan permohonan Syarikat 0861849-V untuk
melaksanakan MRDF jika kos yang ditanggung Syarikat 0861849-V dikontra
dengan LD kontrak ISS telah ditolak oleh Contract Coordination Panel
Kementerian dan MRDF kekal sebagai sebahagian program ICP seperti yang
dipersetujui pada awalnya. Sehingga bulan Oktober 2020, OP5 masih dalam
pelaksanaan.

vi. Semakan Audit mendapati pelaksanaan program ICP oleh Syarikat A telah
diluluskan oleh Jawatankuasa ICP pada bulan April 2018. Bagaimanapun
sehingga bulan Oktober 2020, program ICP ini masih belum selesai.

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 22 Oktober


2019 dan 17 November 2020
Kelewatan menandatangani kontrak ICP bagi ISS Tambahan Pertama adalah
disebabkan penggunaan Dasar dan Garis Panduan ICP Tahun 2014 ke atas kontrak
ISS Tambahan Pertama yang juga merupakan kesinambungan dari Kontrak ISS
Utama.

Program ICP di bawah Syarikat 0861849-V:


Kementerian ini telah mendapat pandangan daripada Bahagian Undang-Undang
(BUU) pada bulan April 2020 berkaitan MRDF seperti berikut:

9-9
53- 53
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 53 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

a) MRDF adalah tertakluk di bawah Settlement Agreement yang menjadi


tanggungjawab Syarikat A untuk menyiapkan kemudahan MRDF tanpa sebarang
kos kepada Kerajaan;
b) Kementerian mempunyai dokumen daripada Syarikat A yang menyatakan pihak
firma bersetuju untuk menaik taraf Semi Mobile Magnetic Ranging kepada MRDF
dengan syarat kontrak Refit diberikan kepada Syarikat 0861849-V.
c) Kerajaan telah melepaskan hak Kerajaan bagi tuntutan bayaran pampasan
berkaitan kontrak perolehan aset dan isu Settlement Agreement.
d) Skop MRDF tidak sewajarnya diletakkan di bawah OP No. 5 Kontrak ICP. BUU
Kementerian berpandangan, walaupun ianya diletak di bawah Kontrak ICP ianya
tertakluk kepada persetujuan di antara Syarikat A dan Syarikat 0861849-V tanpa
sebarang kos kepada Kerajaan.

Kementerian bercadang untuk memasukkan obligasi yang masih belum selesai di


bawah Settlement Agreement untuk diletakkan di bawah Kontrak Refit bagi mengikat
kedua-dua pihak.

Program Offset 4 (OP4) iaitu Human Capital Development dan Program Offset 5
(OP5) iaitu kemudahan Magnetic Ranging and Deperming Facilities (MRDF) di bawah
Program Kolaborasi Industri (ICP) Kontrak Refit telah diambil tindakan. Bahagian
Industri Pertahanan (BIP) telah mengeluarkan surat kepada Syarikat pada bulan
Julai 2020 berkaitan MRDF adalah tertakluk di bawah Settlement Agreement yang
menjadi tanggungjawab Syarikat A. Seterusnya Syarikat telah memajukan
permohonan pengguguran OP5 melalui surat pada bulan Ogos 2020 dan
mengemukakan cadangan baru bagi penggantian OP4 dan OP5 yang lama.
Seterusnya cadangan pengguguran OP 4 dan OP5 yang lama dan digantikan dengan
OP4 yang baru telah diluluskan oleh Jawatankuasa ICP pada bulan September 2020.

Program ICP di bawah Syarikat A:


Program ICP di bawah Syarikat A sedang dalam fasa pelaksanaan yang juga
memerlukan beberapa penambahan keperluan TLDM iaitu tambahan hardware
e-learning, perisian firewall dan server. Keperluan tambahan TLDM ini telah dijadikan
sebagai OP5-RMN E-Learning System Phase 4 yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa ICP pada bulan Julai 2020. Perancangan asal sepatutnya diselesaikan
pada tahun ini namun tidak dapat diselesaikan disebabkan penularan Pandemik
COVID-19 dan perkara ini dijangka dapat dilengkapkan dalam Disember 2021.

Pendapat Secara keseluruhannya pelaksanaan ICP bagi Kontrak Utama


Audit ISS dan Kontrak Tambahan ISS telah dilaksanakan seperti
yang dirancang. Namun begitu masih terdapat Program ICP di
bawah Syarikat 0861849-V dan Syarikat A yang masih belum
diselesaikan.

9 -954
- 54
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 54 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.3. Pemantauan Penyenggaraan


5.3.1. Bagi memantau pelaksanaan senggaraan melalui kontrak ISS, Bahagian
Kejuruteraan (JUTRA), Markas Tentera Laut telah mengeluarkan arahan
pengendalian kontrak melalui surat pada bulan Februari dan April 2011. Melalui
Arahan ini JUTRA telah menggariskan peranan dan tanggungjawab unit yang terlibat
iaitu JUTRA, Cawangan Materiel MTL dan Markas. Antara peranan yang dinyatakan
dalam arahan tersebut adalah seperti di Jadual 10. Manakala untuk kontrak Refit,
pemantauan kerja senggaraan dilaksanakan oleh pasukan yang ditubuhkan seperti
dinyatakan dalam klausa 33.1 dan berperanan seperti di klausa 33.1.1. hingga
klausa 33.1.7.

JADUAL 10
BAHAGIAN DAN TANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN TANGGUNGJAWAB
SENGGARAAN ISS
 Penguasa keseluruhan kontrak
 Menyelaras keperluan pembaharuan, lanjutan dan tambahan had bumbung
 Mengkoordinasikan isu berbangkit
Kejuruteraan
 Memberi khidmat nasihat berkaitan aspek kejuruteraan
 Memajukan laporan prestasi akhir, pelepasan jaminan bank, denda lewat ke Bahagian Perolehan,
Kementerian
Materiel  Mengurus hal berkaitan pentadbiran kontrak
 Melantik penguasa pesanan kontrak
 Menyelaras dan memantau skop kerja kontrak
 Menyediakan keperluan kewangan, memantau, mengemaskini perbelanjaan dan aliran kewangan
sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa
 Menentukan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan serta memajukan keperluan peruntukan
tambahan
Markas  Menganalisa prestasi kontrak bagi tujuan pelanjutan tempoh atau had bumbung dan memajukan
cadangan pembaharuan dalam tempoh 13 bulan sebelum kontrak tamat
 Memajukankan laporan kepada Bahagian Kejuruteraan
- Penyata Perbelanjaan Bulanan (Setiap Bulan pada Minggu Pertama)
- Laporan Prestasi kontraktor – Setiap enam (6) bulan sekali
- Laporan prestasi akhir kontrak – Dua (2) minggu selepas tamat kontrak
- Laporan Pengurusan Maklumat (Maintenance Engineering) – Setiap tiga (3) Bulan
SENGGARAAN REFIT
 Clarify, verify, validate, inspect, witness, monitor, approve, authorise, endorse, accept, reject dan
certify bagi memastikan semua aktiviti Refit dilaksanakan mengikut kontrak
- Penilaian Pengurusan Kontrak (Contract Management Review) setiap enam (6) bulan dari
Pasukan Refit
mula kontrak
- Quarterly Review – Setiap tiga (3) bulan sekali
- Mesyuarat Kemajuan – Bulanan, Mingguan dan Harian
Sumber: Surat Arahan Pengendalian Kontrak [MTL/N4(JUTRA)/5355/3-(36) dan (40)]

5.3.2. Berdasarkan kepada arahan pengendalian kontrak ini, Markas memainkan


peranan penting memantau kerja senggaraan yang dilaksanakan oleh kontraktor
yang dilantik. Pelaksanaan senggaraan ISS dipantau oleh Unit Logistik manakala bagi
senggaraan Refit dipantau oleh Tim Pengurusan Projek Refit.

5.3.3. Semakan Audit mendapati pemantauan pelaksanaan senggaraan ISS telah


dilaksanakan oleh Markas di mana mesyuarat secara harian dan mingguan telah
diadakan semasa senggaraan ISS dijalankan. Selain itu, berdasarkan Arahan

9-9
55- 55
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 55 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Pengendalian Kontrak yang dikeluarkan oleh JUTRA, Laporan Prestasi Kontraktor


(LPK), Penyata Perbelanjaan Bulanan (PPB) dan Laporan Pengurusan Maklumat
(LPM) hendaklah dikemukakan oleh Markas kepada JUTRA secara berkala mengikut
tempoh yang ditetapkan. Pihak Audit mendapati LPK, PPB dan LPM telah
dikemukakan oleh Markas kepada JUTRA.

5.3.4. Semakan Audit mendapati pemantauan telah dilaksanakan oleh Tim


Pengurusan Projek Refit (TPPR) seperti berikut:

a. Contract Management Review (CMR)

Berdasarkan Schedule 1 Scope Of Work, CMR perlu dilaksanakan setiap enam (6)
bulan dari tarikh efektif kontrak Refit yang dipengerusikan oleh Asisten Ketua
Staf Kejuruteraan atau wakil yang dilantik. Semakan Audit mendapati, CMR telah
dilaksanakan setiap enam (6) bulan mulai tahun 2016 sehingga 2019 dan
membincangkan perkara yang berkaitan kontrak dan isu-isu kritikal berkaitan
pelaksanaan Refit.

b. Quarterly Review

Quarterly Review perlu dilaksanakan setiap tiga (3) bulan dari tarikh efektif
kontrak Refit yang dipengerusikan oleh Ketua TPPR sebagaimana ditetapkan
dalam Schedule 1 Scope Of Work. Semakan Audit mendapati Quarterly Review
telah dilaksanakan setiap tiga (3) bulan mulai tahun 2016 sehingga 2019 bagi
pemantauan secara suku tahunan dan membincangkan perkara yang berkaitan
kontrak dan isu-isu kritikal berkaitan pelaksanaan Refit.

c. Mesyuarat Kemajuan Bulanan

Berdasarkan Schedule 1 Scope Of Work, Mesyuarat Kemajuan perlu dilaksanakan


secara bulanan, mingguan dan harian bagi membantu TPPR memantau
kemajuan Refit. Semakan Audit mendapati Mesyuarat Kemajuan telah
dilaksanakan setiap bulan dari bulan Januari 2016 sehingga kini. Dalam
mesyuarat ini Syarikat 0861849-V membentangkan perkara seperti peratus
kemajuan kerja, status kemajuan kerja, kerja-kerja semasa yang dilaksanakan,
isu kelewatan, kerja-kerja kritikal dan perkara yang berkaitan Refit telah
dibincangkan dalam mesyuarat ini. Isu-isu berbangkit juga didapati dipantau
setiap bulan sehingga isu-isu tersebut diselesaikan. Laporan Kemajuan Bulanan
Refit telah disediakan oleh TPPR selepas Mesyuarat Kemajuan Bulanan diadakan.
Laporan tersebut telah dikemukakan kepada Panglima setiap bulan bagi
memaklumkan semua status dan isu berkaitan pelaksanaan Refit serta tindakan
yang diambil bagi memastikan permasalahan yang timbul dapat diselesaikan.

9 -956
- 56
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n y e n g g a r a a n IIn-Service
PPenyenggaraan n - S e r v i c e Support d a n Refit
S u p p o r t dan R e f i tAset
A s e tTentera
T e n t e r aLaut
L a u Diraja Malaysia
t Diraja Malaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 56 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas Kementerian Pertahanan yang diterima pada 18 Oktober


2019

Kementerian mengambil maklum penemuan pihak Audit. Isu yang dibangkitkan


sememangnya di bawah pemantauan pihak TLDM di mana tindakan pembetulan
telah diambil sejak tahun 2014 bagi memastikan PPB dimajukan setiap bulan sesuai
dengan arahan yang dikeluarkan.

Pihak Kementerian mengambil berat perkara berkaitan peruntukan dan perbelanjaan


kontrak. Justeru, selain PPB, pemantauan berterusan dilaksanakan melalui Contract
Management Review setiap tahun dan pelaporan lain seperti Laporan Prestasi
Kontraktor yang dimajukan secara berkala.

Pendapat Pemantauan telah dilaksanakan seperti yang ditetapkan


Audit namun kelancaran senggaraan adalah tertakluk kepada
tindakan yang akan diambil oleh kontraktor.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan, dapat dirumuskan bahawa


pengurusan senggaraan ISS dan Refit adalah memuaskan dari segi prestasi kewangan
dan pemantauan. Bagaimanapun, terdapat kelemahan iaitu berlaku kelewatan dalam
memuktamadkan rundingan harga dan pengeluaran SST. Penetapan klausa capping
bagi denda lewat (LD) dalam kontrak juga adalah tidak menjamin kepentingan Kerajaan
serta program ICP di bawah kontrak Refit masih belum selesai.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan pelaksanaan mencapai


objektif yang ditetapkan, adalah disyorkan pihak yang terlibat mengambil tindakan
penambahbaikan seperti berikut:

7.1. Kementerian perlu memastikan penetapan had siling denda lewat (LD) dirujuk
kepada MoF sebelum kontrak ditandatangani bagi menjamin kepentingan Kerajaan; dan

7.2. Kementerian perlu memastikan Program ICP di bawah Syarikat 0861849-V dan
Syarikat A diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

9-9
57- 57
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
e n g g a r a a n I n - SIn-Service
P e n yPenyenggaraan e r v i c e S u pSupport n R e Refit
p o r t d a dan f i t A sAset
e t T eTentera
n t e r a L aLaut
u t D iDiraja
r a j a MMalaysia
alaysia RAHSIA

5. Teks 9 new.indd 57 02/12/2020 11:18 AM


9 - 58 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Penyenggaraan In-Service Support dan Refit Aset Tentera Laut Diraja Malaysia

5. Teks 9 new.indd 58 02/12/2020 11:18 AM


KEMENTERIAN PERTAHANAN
– Pengurusan Projek Pembangunan
Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat
Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 59 02/12/2020 11:18 AM


5. Teks 9 new.indd 60 02/12/2020 11:18 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PERTAHANAN
PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN PENEMPATAN
SEMULA MARKAS/UNIT TENTERA UDARA DIRAJA
MALAYSIA DAN TENTERA DARAT MALAYSIA DI
PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR

Perkara Utama
Apa yang  Projek penempatan semula PUKL meliputi dua (2) komponen
diaudit? utama iaitu pembinaan dan perpindahan Markas/Unit TUDM dan
TDM di PUKL ke enam (6) lokasi baharu iaitu Pangkalan Udara
(PU) Subang, PU Sendayan, Kem 31 Rejimen Artileri Diraja (RAD)
Kajang, PU Kuantan, PU Butterworth dan PU Gong Kedak.
 Bagi prestasi program, pencapaian output dinilai berdasarkan
tahap penyiapan empat (4) projek pembinaan penempatan
semula PUKL dan dua (2) projek naik taraf garaj. Pencapaian
outcome pula dinilai dari segi objektif Projek Penempatan Semula
Markas/Unit TUDM dan TDM di PUKL iaitu penyediaan prasarana
yang lebih sistematik dan berpusat bagi kepentingan pertahanan
di seluruh Malaysia.
 Bagi pengurusan program, empat (4) perkara yang dinilai adalah
perancangan projek, pencapaian kewangan, pelaksanaan projek
dan pentadbiran kontrak.
 Pengauditan melibatkan Kementerian Pertahanan (MinDef),
Kementerian Kewangan (MoF), Unit Perancang Ekonomi (UPE)
dan satu (1) syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan
(MKD).

Mengapa ia  Melibatkan kos RM2.166 bilion bagi enam (6) projek


penting pembangunan penempatan semula di bawah MinDef yang terdiri
untuk daripada peruntukan Kerajaan dan pembiayaan oleh syarikat
diaudit? induk.

Apa yang  Secara keseluruhannya, projek mengambil masa selama tujuh (7)
ditemui tahun untuk dilaksanakan berbanding tempoh asal selama
Audit? empat (4) tahun. Sehingga 31 Disember 2019, PU Sendayan, PU
Kuantan dan baki dua (2) komponen di PU Subang masih belum
siap iaitu National Air Defence Operational Centre (NADOC) dan
fasiliti-fasiliti lain. Kelewatan ini menyebabkan sebanyak 20
Markas/Unit di PUKL telah berpindah ke lokasi masing-masing
sebelum [Certificate of Acceptance (COA)] dikeluarkan bermula
pada bulan Januari 2017 hingga 31 Disember 2019.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit NegaraTahun
Negara Tahun2019
2019 Siri 11 9 - 959- 59
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera Udara
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur
RAHSIA
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 59 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA

 Selain itu, pengurusan projek Pembangunan Penempatan Semula


Markas/Unit TUDM dan TDM di PUKL adalah kurang cekap. Hal ini
kerana berlaku kelemahan di peringkat perancangan projek dan
kelemahan dalam pentadbiran kontrak yang menjejaskan
kecekapan pengurusan projek secara keseluruhan. Perkara yang
perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

- Justifikasi kelulusan pelantikan syarikat induk (848230-V) oleh


Jemaah Menteri tidak dapat dipastikan memandangkan
penyediaan Memorandum Jemaah Menteri bertarikh 27 April
2010 yang disediakan oleh UPE adalah kurang terperinci.
Kertas kerja lengkap mengenai asas dan justifikasi penetapan
kos projek berjumlah RM2.166 bilion yang diluluskan dalam VM
Lab tidak dikemukakan untuk semakan Audit.
- Di samping itu juga, ketiadaan project brief di peringkat awal
semasa penyediaan Perjanjian Penempatan Semula telah
menyebabkan pertikaian antara syarikat induk (848230-V) dan
MinDef berkaitan pertambahan skop kerja dan pembekalan
perabot.
- Skop kerja pembinaan kolam latihan Underwater Escape
Training (UWET) di PU Subang telah dikeluarkan selepas VM
Lab II pada 4 hingga 7 Februari 2014 tetapi telah dimasukkan
semula dalam Supplemental Agreement 2 (SA 2) pada 31 Mei
2016. Keadaan ini menyebabkan kos pembinaan kolam latihan
UWET berjumlah RM1.67 juta diambil kira dalam kos kontrak.
- Terdapat kerja tidak mengikut spesifikasi serta kualiti
pembinaan dan penyenggaraan yang kurang memuaskan.
- Terdapat kelemahan pentadbiran kontrak antaranya syarikat
induk (848230-V) mengemukakan Bon Jaminan Reka Bentuk
yang diserah hak oleh kontraktor A, Polisi Insurans atas nama
kontraktor A dan nilai yang dikemukakan kurang daripada nilai
yang sepatutnya dilindungi. Di samping itu berlaku kelewatan
kelulusan lanjutan masa [Extension of Time (EOT)] antara 132
hingga 967 hari, EOT 2 diluluskan tanpa dokumen dan
justifikasi yang jelas serta EOT 3 masih belum diluluskan dan
telah mencapai selama 232 hari hingga 667 hari menyebabkan
wujud time at large.

9 - 60 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 60 PLaporan
e n g u r u s a Ketua
n P r o j eAudit
k P e m bNegara
a n g u n a nTahun
P e n e m2019
p a t a n Siri
S e m1
ula Markas/Unit Tentera
RAHSIA
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 60 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

KEMENTERIAN PERTAHANAN
1. PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN PENEMPATAN SEMULA MARKAS/
UNIT TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DAN TENTERA DARAT
MALAYSIA DI PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR

FAKTA UTAMA PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN


PENEMPATAN SEMULA MARKAS/UNIT TUDM DAN TDM DI PUKL

2010 RM2.166 Bilion 4 Lokasi


Penempatan
Semula dan 2
Projek Naik Taraf
 Kelulusan Jemaah  Kos keseluruhan bagi enam (6) projek  Pangkalan Udara (PU) Subang
Menteri di bawah Kementerian Pertahanan  PU Sendayan
(MinDef)  PU Kuantan
 Sejumlah RM0.924 bilion dibiayai oleh  PU Butterworth
Kerajaan dan baki berjumlah RM1.242  PU Gong Kedak
bilion dibiayai oleh syarikat induk  Kem 31 Rejimen Artileri Diraja
(848230-V) (RAD) Kajang

Objektif Menyediakan prasarana yang lebih sistematik dan berpusat bagi kepentingan
pertahanan di seluruh Malaysia

Kementerian/Jabatan/ Kementerian Kewangan (MoF), MinDef, Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan
Jawatankuasa yang Project Monitoring Committee (PMC)
Terlibat

1. LATAR BELAKANG

1.1. Pada 28 April 2010, Jemaah Menteri telah meluluskan secara prinsip cadangan
Pembangunan Strategik Kuala Lumpur di kawasan Bandar Malaysia. Bagi tujuan
pembangunan semula kawasan tersebut, Markas/Unit Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL),
Sungai Besi perlu dipindahkan yang melibatkan pembangunan di enam (6) lokasi
baharu. Empat (4) lokasi melibatkan projek pembinaan penempatan semula iaitu
Pangkalan Udara (PU) Subang, PU Sendayan, Kem 31 Rejimen Artileri Diraja (RAD)
Kajang dan PU Kuantan. Dua (2) lokasi projek iaitu di PU Butterworth dan PU Gong
Kedak hanya melibatkan projek menaik taraf garaj. Objektif projek pembangunan
penempatan semula adalah untuk menyediakan prasarana yang lebih sistematik dan
berpusat bagi kepentingan pertahanan di seluruh Malaysia.

1.2. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 April 2010 telah memutuskan tawaran
diberikan kepada syarikat induk (848230-V) untuk menerajui, merancang, melaksana,
mengurus dan memiliki projek Pembangunan Strategik Kuala Lumpur.

Laporan Ketua
Laporan KetuaAudit
AuditNegara Tahun 2019
Negara Tahun 2019Siri
Siri1 1
9-9
61- 61
P e n g u r u s a nPengurusan
D i r a jDiraja
P r o j e k P e mProjek
a M a l aMalaysia
b a n g u nPembangunan
y s i a d a n dan
a n P e n e m p a t aPenempatan
T e n tTentera
e r a D a r Darat
n S e m u l a M aSemula
a t M a l Malaysia
r k a s / U nMarkas/Unit
a y s i a d i Pdia nPangkalan
i t T e n t e r a UTentera
g k a l a n U d Udara
a r a K u Kuala
dara
a l a L u Lumpur
mpur
RAHSIA
Udara

5. Teks 9 new.indd 61 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

1.3. Kos keseluruhan projek Kementerian Pertahanan (MinDef) adalah berjumlah


RM2.166 bilion. Kos projek yang ditanggung oleh Kerajaan dan syarikat induk
(848230-V) masing-masing adalah berjumlah RM0.924 bilion dan RM1.242 bilion.

1.4. Dua (2) Kementerian dan satu (1) Jabatan yang terlibat di dalam Projek
Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit TUDM dan TDM PUKL adalah
Kementerian Kewangan (MoF), MinDef dan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Ketua
Setiausaha Kementerian (KSU) MinDef dilantik sebagai Pegawai Projek Kerajaan (PPK).
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) MinDef dilantik sebagai wakil
pemantau dan penasihat teknikal MinDef bagi projek tersebut. Bagi menguruskan projek
ini secara keseluruhannya, pihak yang terlibat adalah seperti dalam Jadual 1.

JADUAL 1
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
KEMENTERIAN/AGENSI/JAWATANKUASA YANG TERLIBAT
KEMENTERIAN/JABATAN/
BIL. PERANAN
JAWATAN KUASA
 Merupakan wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Pengerusi
1. UPE
Jawatankuasa Pemantauan Projek

2. MoF  Sebagai lead agency bagi menyelaraskan urusan berkaitan kewangan projek
 Merupakan pemilik projek
3. MinDef
 Ketua Setiausaha (KSU) MinDef sebagai Pegawai Projek Kerajaan (PPK)
 Sebagai penasihat teknikal bagi MinDef bertanggungjawab menyediakan
penyata kehendak projek (project brief)
 Dilantik sebagai wakil Pegawai Projek Kerajaan (PPK)
BPKP, Markas Angkatan  Memantau pelaksanaan kerja pembinaan, sistem dan perpindahan mengikut
4.
Tentera kemajuan kerja/spesifikasi dan tempoh masa
 Memaklumkan percanggahan atau ketidakpatuhan kerja sebenar dengan
Project Brief, Approved Schematic Drawing, Detailed Design, Facilities Design
Criteria dan JKR Building Specification 2005
 Merupakan Tim Projek perpindahan PUKL
Bahagian Perancangan dan
 Merupakan wakil pihak pengguna (TUDM) dalam menentukan keperluan dari
5. Pembangunan,
segi peralatan, perabot, ruang dan kemudahan bagi penempatan semula PUKL
Markas Tentera Udara (MTU)
 Menyediakan penyata kehendak projek (project brief)
(TUDM)/31 Rejimen Artileri
6.  Merupakan pengguna
Diraja
 Mengenal pasti dan menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan berkaitan
dengan tafsiran project brief, schematic design yang diluluskan dan reka
bentuk terperinci, kos projek serta pelaksanaan jadual kerja
 Keahlian bagi PMC seperti berikut:
Project Monitoring Committee - Ketua Pengarah, UPE atau wakil
7. - Satu (1) wakil MoF
(PMC)
- Satu (1) wakil Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Dua (2) wakil Kerajaan
- Dua (2) wakil syarikat induk (848230-V)
- Seorang wakil agensi Kerajaan yang memegang peranan sebagai penasihat
dan tiada hak mengundi
Sumber: Perjanjian dan Kertas Taklimat MinDef
Nota: (Tim Projek) - merupakan istilah yang merujuk kepada pasukan projek

1.5. Projek Pembangunan Penempatan Semula PUKL meliputi dua (2) komponen utama
iaitu pembinaan dan perpindahan. Projek pembinaan dilaksanakan di enam (6) lokasi
dengan kaedah reka dan bina oleh kontraktor A yang dilantik oleh syarikat induk
(848230-V). Kontraktor A telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan

9 - 62 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 62 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 62 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Tentera (LTAT) 1984. Kontraktor A menjalankan aktiviti perniagaan antaranya


berhubung dengan pembinaan, pembangunan dan penjualan aset. Tempoh
pelaksanaan adalah selama enam (6) bulan hingga 51 bulan bermula bulan Februari
2012 hingga Jun 2016. Berdasarkan perancangan syarikat induk (848230-V),
perpindahan Markas/Unit TUDM dan TDM akan bermula pada tahun 2016 setelah projek
pembinaan di enam (6) lokasi tersebut selesai. Sebanyak dua (2) jenis perjanjian telah
ditandatangani di antara Kerajaan dengan syarikat induk (848230-V) iaitu Perjanjian
Penempatan Semula dan Perjanjian Pembangunan. Perjanjian Penempatan Semula
adalah persetujuan syarikat induk (848230-V) bagi pembangunan penempatan semula
di lokasi baharu yang ditetapkan. Perjanjian Pembangunan pula merupakan perjanjian
projek pembinaan bagi setiap lokasi penempatan semula. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 2.

JADUAL 2
BUTIRAN PROJEK PEMBANGUNAN PENEMPATAN SEMULA PUKL
PERKARA KETERANGAN
Pemaju Projek Syarikat Induk (848230-V)
Kaedah Pelaksanaan Projek Reka dan Bina
Kos Projek RM2.166 Bilion
Kontraktor Dilantik Kontraktor A
Jenis Penswastaan Outright Sale
 PU Subang
 PU Sendayan
 Kem 31 RAD Kajang
Lokasi Penempatan Semula
 PU Kuantan
 PU Butterworth
 PU Gong Kedak
Tarikh Perjanjian Penempatan Semula 15 Jun 2011
Tarikh Perjanjian Pembangunan 21 Disember 2011 – 17 Februari 2012
Tarikh Asal Mula Projek 17 Februari 2012 – 22 Jun 2012
Tempoh Pembinaan Enam (6) bulan – 51 bulan
Tarikh Asal Siap Projek 21 Mei 2013 – 17 Jun 2016
Tarikh Lanjutan Masa (EOT) 29 Ogos 2016 – 30 Ogos 2018
Tarikh Siap Sebenar Projek 09 Januari 2014 – 30 Oktober 2019
Sumber: Perjanjian Penempatan Semula dan Perjanjian Pembangunan

1.6. Pada 11 Mac 2013, syarikat induk (848230-V) telah melantik syarikat subsidiari
LTAT sebagai kontraktor bagi mereka bentuk, membina dan menyiapkan fasiliti dan
infrastruktur untuk TUDM dan TDM di enam (6) lokasi penempatan semula melalui
kaedah reka dan bina. Seterusnya, syarikat induk (848230-V) melantik subsidiarinya
iaitu syarikat 888740-X sebagai pemaju penempatan semula PUKL.

1.7. Pada 28 April 2017, syarikat induk (848230-V) melantik subsidiari syarikat
888740-X iaitu syarikat 900528-T sebagai pemaju bagi projek penempatan semula
PUKL. Hal ini berlaku kerana perubahan struktur syarikat di mana syarikat 888740-X
yang sebelum ini adalah subsidiari syarikat induk (848230-V) telah dipindahkan menjadi

Laporan Ketua
Laporan KetuaAudit
AuditNegara Tahun 2019
Negara Tahun 2019Siri
Siri1 1
9-9
63- 63
P e n g u r u s a nPengurusan
D i r a jDiraja
P r o j e k P e mProjek
a M a l aMalaysia
b a n g u nPembangunan
y s i a d a n dan
a n P e n e m p a t aPenempatan
T e n tTentera
e r a D a r Darat
n S e m u l a M aSemula
a t M a l Malaysia
r k a s / U nMarkas/Unit
a y s i a d i Pdia nPangkalan
i t T e n t e r a UTentera
g k a l a n U d Udara
a r a K u Kuala
dara
a l a L u Lumpur
mpur
RAHSIA
Udara

5. Teks 9 new.indd 63 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada 6 Jun 2016. Kronologi
pelantikan syarikat pemaju projek PUKL seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
KRONOLOGI PELANTIKAN SYARIKAT PEMAJU PROJEK PUKL
TARIKH PERKARA

Melalui keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, mandat diberi kepada syarikat induk (848230-V)
28.04.2010 untuk menerajui, merancang, melaksanakan, mengurus dan memiliki projek Pembangunan Strategik
Kuala Lumpur

Syarikat induk (848230-V) melantik kontraktor A sebagai kontraktor utama bagi mereka bentuk,
11.03.2013
membina dan menyiapkan enam (6) penempatan semula PUKL melalui kaedah reka dan bina

12.12.2013 Syarikat induk (848230-V) melantik subsidiarinya iaitu syarikat 888740-X sebagai pemaju

Syarikat induk (848230-V) melantik subsidiari syarikat 888740-X iaitu syarikat 900528-T sebagai
28.04.2017
pemaju bagi projek penempatan semula PUKL

Sumber: Minit Mesyuarat Jemaah Menteri, Surat Pelantikan Kontraktor A dan Surat-Menyurat Syarikat 900528-T

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dilaksanakan untuk menilai sama ada Projek Pembangunan Penempatan


Semula PUKL telah diurus dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai
objektif yang ditetapkan, iaitu menyediakan prasarana yang lebih sistematik dan
berpusat bagi kepentingan pertahanan di seluruh Malaysia.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Skop pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan
pengurusan projek bagi tempoh tahun 2012 hingga 2019. Prestasi projek dinilai
berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian output dan outcome. Pengurusan projek
pula meliputi empat (4) perkara iaitu perancangan projek, pencapaian kewangan,
pelaksanaan projek dan pentadbiran kontrak.

3.2. Pengauditan ini melibatkan MinDef, MoF, UPE dan satu (1) syarikat milik MKD.
Bahagian/Unit yang terlibat di peringkat MinDef adalah Bahagian Pembangunan, BPKP,
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Udara (MTU)/Tim Projek dan
Bahagian Undang-Undang (BUU). Di peringkat MoF dan UPE, bahagian yang terlibat
masing-masing adalah Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan serta Bahagian
Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

3.3. Bagi pengauditan terperinci, sebanyak tiga (3) sampel telah dipilih daripada
enam (6) lokasi penempatan semula iaitu PU Subang, PU Sendayan dan Kem 31 RAD
Kajang. Asas pemilihan sampel adalah berdasarkan kos projek tertinggi.

9 -964
- 64 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera Udara
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur
RAHSIA
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 64 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen, menganalisis
data bagi tempoh tahun 2012 hingga bulan Disember 2019 dan perbincangan dengan
pegawai yang bertanggungjawab bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Maklumat
berkaitan pengauditan juga diperoleh dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM). Lawatan dan pemeriksaan fizikal turut dilaksanakan di tiga (3) sampel lokasi
terpilih pada bulan November dan Disember 2019.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan pada bulan Jun hingga Disember 2019. Penemuan serta
maklum balas MinDef, MoF dan UPE, telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup (Exit
Conference) yang diadakan pada 22 Julai 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan
adalah seperti dalam perenggan berikut:

5.1. Prestasi Projek

5.1.1. Pencapaian Output

a. Prestasi Pencapaian Fizikal Lokasi Penempatan Baharu

i. Berdasarkan enam (6) Perjanjian Pembangunan yang ditandatangani, syarikat


induk (848230-V) perlu menyiapkan projek pembinaan penempatan semula di
empat (4) lokasi baharu iaitu di PU Subang, PU Sendayan, Kem 31 RAD Kajang
dan PU Kuantan serta dua (2) projek menaik taraf garaj iaitu di PU Butterworth
dan PU Gong Kedak. Jadual 4 Perjanjian Pembangunan bagi empat (4) projek
pembinaan penempatan semula menyatakan keseluruhan projek perlu
disiapkan antara enam (6) bulan hingga 51 bulan bermula tahun 2012 dan
dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun 2016. Seterusnya bagi projek PU
Subang, projek ini mempunyai empat (4) komponen dan tempoh siap adalah
berdasarkan kepada sectional completion masing-masing.

ii. Berdasarkan Perjanjian Pembangunan, tempoh siap asal yang ditetapkan bagi
kesemua projek adalah antara tempoh bulan Mei 2013 hingga Jun 2016.
Namun selepas mengambil kira Lanjutan Masa [Extention of Time (EOT)],
tarikh siap baharu adalah dari bulan Ogos 2016 hingga bulan Ogos 2018.
Semakan terhadap tarikh siap asal projek mendapati kesemua projek tidak
dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi keseluruhan projek,
tempoh EOT yang dikeluarkan adalah antara 74 hingga 1,404 hari. Sehingga
31 Disember 2019, semua projek telah dikeluarkan Sijil
Perakuan Siap dan Pematuhan [Cerfificate of Completion and

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 65


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 65
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 65 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Compliance (CCC)] dari tempoh bulan Mac 2017 hingga


September 2019 dengan kelewatan di antara 258 hari hingga
609 hari dari tarikh tamat tempoh EOT.

iii. Namun begitu projek tersebut boleh diserahkan kepada TUDM/TDM dan
dikategorikan sebagai siap selepas Sijil Perakuan Penerimaan [Certificate of
Acceptance (COA)] dikeluarkan. Perkara ini selaras dengan klausa 8.6.2 (a)
Perjanjian Pembangunan, COA bagi fasiliti dan infrastruktur perlu dikeluarkan
selepas fasiliti dan infrastruktur siap tertakluk kepada syarat-syarat yang
dinyatakan.

iv. Sehingga 31 Disember 2019 daripada semua projek dan komponen yang telah
dikeluarkan CCC, dua (2) komponen projek PU Subang iaitu Fasiliti National
Air Defence Operational Centre (NADOC) dan fasiliti-fasiliti lain serta dua (2)
projek iaitu PU Sendayan dan projek PU Kuantan masih belum dikeluarkan
COA. Pihak Audit mendapati kelewatan pengeluaran COA adalah disebabkan
oleh masalah teknikal berkaitan dengan Bon Jaminan Reka bentuk yang
dikemukakan oleh syarikat induk (848230-V) kepada MinDef. Semakan Audit
selanjutnya mendapati MinDef tidak menetapkan sebarang tarikh siap baharu
dari tarikh akhir EOT 2 tamat. Oleh demikian didapati sehingga
31 Disember 2019, kesemua projek telah mengalami
kelewatan pengeluaran COA antara 488 hingga 730 hari.

v. Pihak Audit mendapati walaupun dua (2) komponen projek dan dua (2) projek
masih belum dikeluarkan COA dan diserahkan kepada TUDM, penempatan
semula 20 Markas/Unit dari PUKL ke lokasi baharu telah mula dilaksanakan
lebih awal sejak bulan Disember 2019. Pihak Audit dimaklumkan oleh Tim
Projek TUDM bahawa arahan perpindahan ini dilaksanakan secara
berperingkat di atas keperluan operasi. Kesannya, perpindahan
sebelum pengeluaran COA menyebabkan risiko keselamatan
kepada pengguna.

vi. Semakan Audit selanjutnya mendapati pada bulan Mei 2020, MinDef telah
mengeluarkan COA bagi tiga (3) projek dan tarikh kuat kuasa
COA ini telah dikebelakangkan (backdated). Tarikh kuat kuasa COA
bagi PU Subang adalah pada 30 Oktober 2019, PU Kuantan pada 12 Julai 2019
dan PU Sendayan pada 15 Oktober 2019. Namun begitu berdasarkan klausa
8.6.2 (c) Perjanjian Pembangunan, tempoh tanggungan kecacatan [Defect
Liability Period (DLP)] hanya akan bermula selepas tarikh COA. Hal
demikian menyebabkan tempoh kuat kuasa DLP di ketiga-tiga

9 - 66 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 66 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 66 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

lokasi menjadi lebih awal berbanding tempoh perpindahan di


lokasi baharu. Butiran lanjut mengenai prestasi projek pembinaan di lokasi
baharu bagi penempatan semula Markas/Unit TUDM dan TDM PUKL adalah
seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PRESTASI PROJEK PEMBINAAN LOKASI BAHARU
BAGI PENEMPATAN SEMULA PUKL SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
TARIKH TEMPOH
TARIKH COA STATUS PROJEK
TARIKH SIAP KELEWATAN
BIL. LOKASI (DIKELUARKAN/ SEHINGGA
SIAP ASAL SELEPAS SELEPAS
KUATKUASA) 31.12.2019
EOT TAMAT EOT*
PU Subang
i. Staff Flight
Tidak 23.01.2014 /
Conversion Unit 21.05.2013 232 Telah terima COA
Berkaitan 09.01.2014
(SFCU)
ii. Institut Perubatan 03.04.2017 /
1. 15.06.2015 31.03.2017 - Telah terima COA
Penerbangan (IPP) 31.03.2017
15.05.2020 /
iii. NADOC 01.03.2014 31.12.2017 730 Belum terima COA.
30.10.2019
COA dikeluarkan
15.05.2020 / pada 15.05.2020
iv. Fasiliti-fasiliti lain 15.06.2016 31.12.2017 730 dan kuatkuasa COA
30.10.2019
dikebelakangkan
15.05.2020 / masing-masing
2. PU Sendayan 17.06.2016 30.08.2018 488
15.10.2019 pada 30.10.2019,
15.10.2019 dan
15.05.2020 /
3. PU Kuantan 15.01.2016 30.06.2018 549 12.07.2019.
12.07.2019
24.08.2017 /
4. Kem 31 RAD Kajang 15.04.2016 23.08.2017 - Telah terima COA
23.08.2017
30.08.2016 /
5. PU Butterworth 15.06.2016 29.08.2016 - Telah terima COA
29.08.2016
07.09.2016 /
6. PU Gong Kedak 15.06.2016 06.09.2016 - Telah terima COA
06.09.2016
Sumber: Dokumen di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan dan Syarikat 900528-T
Nota: (*) - tempoh kelewatan dikira sehingga 31.12.2019 bagi projek yang belum terima COA

vii. Semakan terhadap kelulusan EOT mendapati antara sebab EOT diluluskan
adalah proses kelulusan permohonan kos tambahan yang lama, cuaca buruk
luar biasa, perubahan rekabentuk bangunan NADOC dan penemuan kuantiti
batu di luar jangkaan. Namun analisis Audit mendapati masalah utama
kelewatan adalah berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh
syarikat induk (848230-V).

viii. Semakan lanjut terhadap sampel Audit iaitu PU Subang, PU Sendayan dan
Kem 31 RAD Kajang mendapati bagi tempoh tahun 2012 hingga bulan Mei
2015, projek pembangunan dibiayai oleh Kerajaan. Bagaimanapun, mulai
bulan Jun 2015, projek dibiayai oleh syarikat induk (848230-V). Analisis
Audit terhadap hubung kait antara peratus kemajuan kerja
dengan tempoh pembiayaan mendapati berlaku kelewatan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 67


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 67
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 67 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

yang sangat ketara apabila projek mula dibiayai oleh syarikat


induk (848230-V). Perbezaan peratus kemajuan kerja antara
perancangan dan sebenar bagi tempoh tahun 2015 hingga 2016 adalah
sebanyak 7.0% hingga 54.5%. Namun mulai bulan Oktober 2016, projek telah
diberikan kelulusan EOT dan perancangan kerja asal telah dijadualkan semula.
Butiran berkaitan prestasi projek antaranya adalah seperti dalam Graf 1
dan 2.

GRAF 1
PERATUS KEMAJUAN KERJA BAGI PANGKALAN UDARA SENDAYAN
SETAKAT MEI 2019
PERATUSAN
KEMAJUAN (%)
SIAP ASAL: JUN 2016
RANCANG: 100%
Chart Title EOT 1: DIS. 2017
RANCANG: 93.3% SEBENAR: 100%
SEBENAR: 50% SEBENAR: 92%
EOT 2: OGOS 2018
120 RANCANG: 100%
SEBENAR: 98.9%

100

80

60
PEMBIAYAAN OLEH KERAJAAN PEMBIAYAAN OLEH SYARIKAT INDUK

40

TELAH SIAP
SIAP ASAL

EOT 2
EOT 1

20

0
Aug-12
Nov-12

Aug-13
Nov-13

Aug-14
Nov-14

Aug-15
Nov-15

Aug-16
Nov-16

Aug-17
Nov-17

Aug-18
Nov-18
Feb-12
May-12

Feb-13
May-13

Feb-14
May-14

Feb-15
May-15

Feb-16
May-16

Feb-17
May-17

Feb-18
May-18

Feb-19
May-19

RANCANG SEBENAR

Sumber: Laporan Kemajuan Kerja Syarikat Induk (848230-V)

9 - 68 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 68 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 68 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GRAF 2
PERATUS KEMAJUAN KERJA BAGI PANGKALAN UDARA SUBANG
(FASILITI-FASILITI LAIN)
SIAP ASAL: JUN 16 EOT 1: OKT. 16 EOT 2: DIS. 17 SETAKAT SEPT. 2019
PERATUS RANCANG: 100% RANCANG: 100% SEBENAR: 100%
RANCANG: 100%
KEMAJUAN (%) SEBENAR: 51% SEBENAR: 97.7%
SEBENAR: 46.8%

90

PEMBIAYAAN OLEH KERAJAAN PEMBIAYAAN OLEH SYARIKAT INDUK

60

TELAH SIAP
30

SIAP ASAL

EOT 1

EOT 2
0
Okt-12

Okt-13

Okt-14

Okt-15

Okt-16

Okt-17

Okt-18

Okt-19
Jun-12

Jun-13

Jun-14

Jun-15

Jun-16

Jun-17

Jun-18

Jun-19
Feb-12

Feb-13

Feb-14

Feb-15

Feb-16

Feb-17

Feb-18

Feb-19
RANCANG SEBENAR

Sumber: Laporan Kemajuan Kerja Syarikat Induk (848230-V)

ix. Berdasarkan Graf 1 dan 2, terdapat hubung kait yang ketara


antara peratus kemajuan kerja yang tidak memuaskan dengan
sumber pembiayaan oleh syarikat induk. Perbezaan yang ketara ini
disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat induk
(848230-V). Berdasarkan semakan terhadap baucar bayaran syarikat 900528-
T, tunggakan bayaran kemajuan projek kepada kontraktor A adalah berjumlah
RM912.40 juta. Tunggakan tersebut melibatkan bayaran kemajuan bagi empat
(4) projek iaitu PU Subang, PU Sendayan, Kem 31 RAD Kajang dan PU Kuantan
antara bulan Jun 2015 hingga Mac 2016 dan Jun 2017 hingga November 2018.

x. Berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat


induk (848230-V), dua (2) pinjaman berjumlah RM230 juta
daripada syarikat milik MKD telah diluluskan oleh MoF pada
20 Disember 2017 dan 3 Mei 2018. Selain itu, pada
20 Jun 2018, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan
geran sejumlah RM744 juta melalui sumber dana Private

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 69


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 69
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 69 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Finance Initiative (PFI) IIA. Daripada RM744.00 juta tersebut,


sehingga tahun 2019 sejumlah RM661.00 juta telah disalurkan kepada syarikat
induk (848230-V). Pinjaman dan pemberian geran tersebut adalah bagi
menampung kekurangan dana syarikat untuk meneruskan kelangsungan
projek pembangunan penempatan semula PUKL.

b. Perpindahan Markas/Unit TUDM dan TDM PUKL

i. Berdasarkan Jadual 4 Perjanjian Pembangunan, perpindahan Markas/Unit di


PUKL ke lokasi penempatan baharu akan dilaksanakan dari bulan Januari 2016
hingga Disember 2016 mengikut penempatan masing-masing. Penempatan
semula 24 Markas/Unit yang berada di PUKL akan dilaksanakan selepas semua
pembangunan fasiliti dan infrastruktur di lokasi baharu siap sepenuhnya.
Butiran lanjut lokasi perpindahan yang terlibat adalah seperti dalam Rajah 1.

RAJAH 1
UNIT YANG TERLIBAT DALAM PROSES PERPINDAHAN PUKL

Sumber: Dokumen Pembentangan Taklimat Audit Pengurusan Projek Perpindahan PUKL

ii. Semakan Audit mendapati kesemua 24 Markas/Unit telah berpindah antara


bulan Januari 2014 hingga Disember 2019. Bagaimanapun, berlaku
kelewatan perpindahan antara 429 hingga 2,005 hari daripada
tempoh asal yang ditetapkan disebabkan penempatan baharu
tersebut lewat disiapkan. Selain itu, perpindahan 20 daripada 24
Markas/Unit di PUKL telah dilaksanakan sebelum COA dikeluarkan iaitu

9 - 70 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 70 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 70 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

sebelum projek tersebut diserahkan kepada TUDM dan ini adalah melanggar
syarat perjanjian yang ditetapkan.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 16 Jun 2020 dan 10 Ogos 2020

Lembaga Ambil Alih di peringkat pasukan telah ditubuhkan untuk melaksanakan tugas
ambil alih bangunan dan fasiliti setelah pemeriksaan pra ambil alih dan verifikasi
selesai dijalankan oleh BPKP. COA bagi PU Subang (Fasiliti NADOC dan fasiliti-fasiliti
lain), PU Sendayan dan PU Kuantan telah ditandatangani oleh KSU MinDef pada bulan
Mei 2020 selaku pegawai yang dinamakan di dalam kontrak [Pegawai Projek Kerajaan
(PPK)]. Tarikh kuatkuasa COA bagi PU Subang adalah pada 30 Oktober 2019, PU
Kuantan pada 12 Julai 2019 dan PU Sendayan pada 15 Oktober 2019.

Pendapat Prestasi kemajuan projek tidak memuaskan kerana projek


Audit tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan
perpindahan lewat dilaksanakan. Tarikh COA yang
dikebelakangkan (back dated) telah menyebabkan tempoh
DLP tidak dapat digunakan secara optimum.

5.1.2. Pencapaian Outcome

a. Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012 mengenai Garis Panduan Penilaian Program
Pembangunan meletakkan kementerian, jabatan dan badan berkanun
persekutuan membuat penilaian outcome [dalam jangka masa pendek/
sederhana - lazimnya satu (1) hingga lima (5) tahun] dan impak [dalam jangka
masa panjang - selepas lima (5) tahun] terhadap sesuatu projek yang
dilaksanakan. Penilaian tersebut bertujuan mengukur sama ada projek yang
dilaksanakan telah mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat
kepada golongan sasaran. Objektif pengurusan Projek Penempatan Semula PUKL
adalah menyediakan prasarana yang lebih sistematik dan berpusat bagi
kepentingan pertahanan di seluruh Malaysia.

b. Semakan Audit mendapati MinDef belum menjalankan penilaian outcome


terhadap projek pembangunan penempatan semula PUKL. Selain itu, didapati
tiada mekanisme atau indikator ditetapkan oleh MinDef bagi menilai atau
mengukur pencapaian objektif yang ditetapkan. Sehingga 31 Disember
2019, pencapaian objektif Projek Penempatan Semula PUKL dari
aspek prasarana yang lebih sistematik dan berpusat juga tidak
dapat diukur. Hal ini kerana terdapat fasiliti/bangunan masih
belum siap sepenuhnya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 71


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 71
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 71 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

c. Objektif projek jangka pendek telah dicapai kerana prasarana yang lebih
sistematik dan berpusat telah disediakan. Pembinaan fasiliti dan infrastruktur di
atas tapak projek adalah lebih luas dengan kapasiti bangunan yang mengambil
kira perancangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa hadapan
termasuk keperluan perjawatan. Contohnya, penempatan semula di PU
Sendayan dibina dengan 693 unit kuarters kediaman pelbagai kategori termasuk
banglo, rumah berkembar dua (2) serta pangsapuri untuk pegawai dan
anggotanya berbanding di PUKL yang hanya mempunyai 250 kuarters kediaman.
Disamping itu, kemudahan yang dibina di penempatan baharu ini merangkumi
fasiliti yang baharu dan canggih yang melibatkan operasi dan pentadbiran
ketenteraan serta Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang lebih luas
dilengkapi dengan kemudahan serta perabot baharu. Kesemua markas/unit ini
telah beroperasi mengikut fungsi yang ditetapkan kecuali bagi dua (2)
komponen projek di PU Subang iaitu Fasiliti NADOC dan fasiliti-fasiliti lain.
Kedua-dua komponen ini belum beroperasi kerana projek masih belum disiapkan
sehingga 31 Disember 2019. Prasarana yang telah siap dan digunakan
antaranya adalah seperti dalam Gambar 1 dan Gambar 2.

GAMBAR 1 GAMBAR 2

- PU Sendayan - Kem 31 RAD Kajang


(10.11.2020) (10.11.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas MinDef yang diterima pada 17 November 2020

COA bagi PU Subang telah dikeluarkan secara rasmi pada bulan Mei 2020. Sehingga
17 November 2020, projek telah disahkan siap sepenuhnya mengikut fungsi
pengoperasian yang telah ditetapkan. Semua komponen fasiliti bagi PU Subang iaitu
NADOC dan fasiliti lain telah diduduki sepenuhnya.

Pendapat Objektif projek jangka pendek penempatan semula PUKL


Audit setakat 31 Disember 2019 belum dicapai sepenuhnya kerana
terdapat fasiliti/bangunan masih belum diserahkan secara
rasmi dan COA belum dikeluarkan.

9 -972
- 72 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera Udara
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur
RAHSIA
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 72 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2. Pengurusan Projek


Semakan Audit terhadap aspek pengurusan projek melibatkan empat (4) perkara iaitu
perancangan projek, pencapaian kewangan, pelaksanaan projek dan pentadbiran
kontrak. Penemuan Audit seperti di perenggan berikut:

5.2.1. Perancangan Projek


a. Pelantikan Pemaju Projek
i. Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 28 April 2010, Mesyuarat
bersetuju melantik syarikat induk (848230-V) sebagai pemaju utama dengan
kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi melaksanakan
Projek Penempatan Semula PUKL.

ii. Pihak Audit tidak dapat memastikan justifikasi kelulusan pelantikan syarikat
induk (848230-V) oleh Jemaah Menteri memandangkan penyediaan
Memorandum Jemaah Menteri bertarikh 27 April 2010 yang
disediakan oleh UPE adalah kurang terperinci. Memorandum
tersebut tidak memperihalkan kedudukan dan prestasi kewangan serta rekod
operasi pengalaman syarikat induk (848230-V) dalam projek yang melibatkan
pembangunan hartanah.

iii. Semakan Audit selanjutnya terhadap Penyata Kewangan syarikat induk


(848230-V) berakhir 31 Mac 2020 mendapati syarikat ini ditubuhkan pada
27 Februari 2009. Penubuhan syarikat ini adalah sebagai sebuah syarikat
pembangunan strategik milik penuh MKD dengan modal dibenarkan berjumlah
RM1 bilion dan modal berbayar berjumlah RM1,000,002. Sejak
penubuhannya sehingga syarikat dilantik sebagai pemaju
projek, syarikat induk (848230-V) tidak terlibat dalam
pelaburan dan pembangunan hartanah. Bagaimanapun,
syarikat induk (848230-V) hanya membuat pelaburan usaha
sama dengan syarikat luar negara. Bagi tempoh tahun 2009 hingga
bulan Mac 2010, syarikat induk (848230-V) tidak mempunyai sebarang hasil
utama kecuali faedah simpanan dan keuntungan penjualan pelaburan dalam
syarikat usaha sama.

b. Penetapan Kos Projek


i. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 April 2010 telah
bersetuju melantik syarikat induk (848230-V) sebagai pemaju projek. Susulan
daripada mesyuarat tersebut, syarikat induk (848230-V) telah mengemukakan
surat anggaran kos keseluruhan projek penempatan semula yang berjumlah
RM1.066 billion pada 25 Oktober 2010 kepada mantan Yang Amat Berhormat
(YAB) Perdana Menteri.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 73
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 73
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 73 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

ii. Mesyuarat Permohonan Peruntukan Pembangunan Semula Tapak PUKL telah


diadakan pada 25 November 2010 dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah I, UPE dengan syarikat induk (848230-V) dan agensi berkaitan.
Mesyuarat tersebut mendapati jumlah kos awal yang perlu ditanggung oleh
Kerajaan berjumlah RM1.066 bilion adalah tidak mengambil kira beberapa kos
projek penting yang lain.

iii. Oleh itu, syarikat induk (848230-V) telah membuat penilaian semula dan kos
perpindahan telah meningkat kepada RM1.196 bilion dengan peningkatan
sejumlah RM130 juta. Peningkatan tersebut terdiri daripada peningkatan kos
pengambilan tanah, bangunan dan perolehan peralatan. Bagaimanapun, kos
tersebut tidak dipersetujui oleh ATM kerana terdapat keperluan kritikal
bangunan/peralatan yang sepatutnya diganti berdasarkan kaedah one to one.

iv. Sehubungan itu, mesyuarat telah memutuskan supaya syarikat induk


(848230-V) mengemukakan jumlah kos, cadangan tapak gantian skop dan
peralatan yang perlu digantikan kepada UPE. Semua cadangan akan diteliti
bersama oleh UPE, JKR dan Jabatan Penerbangan Awam.

v. Pihak Audit tidak menemui sebarang maklumat terperinci


bahawa UPE telah melaksanakan kajian secara menyeluruh
dan komprehensif terhadap cadangan dan justifikasi kos
perpindahan yang dikemukakan oleh syarikat induk
(848230-V). Di samping itu, tiada sebarang cadangan kos baharu yang
dikemukakan oleh syarikat induk (848230-V) sehingga Makmal Pengurusan
Nilai (VM Lab) I dilaksanakan pada 9 hingga 12 April 2011 dan 18 hingga
20 April 2011.

vi. Semakan Audit selanjutnya terhadap memo UPE bertarikh 2 Januari 2011
menyatakan UPE juga telah menyediakan anggaran kos projek berjumlah
RM1.331 bilion. Kos tersebut adalah termasuk kos keperluan
bangunan/peralatan baharu dan kos kerja fizikal. Namun kos tersebut tidak
termasuk kos tanah, inventori peralatan dan lain-lain kelengkapan sedia ada
serta kos perpindahan. Bagaimanapun, anggaran kos projek yang disediakan
oleh UPE tidak dimuktamadkan dan tidak dibincangkan dalam sebarang
mesyuarat berikutnya atau VM Lab.

vii. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Mac 2011, jumlah kos projek masih
belum dimuktamadkan. Oleh itu, Mesyuarat VM Lab I telah menggunakan
cadangan kos RM1.196 bilion sebagai asas perbincangan untuk
memuktamadkan kos penempatan semula.

viii. Berdasarkan Minit Mesyuarat UPE bertarikh 26 April 2011, hasil daripada VM
Lab tersebut, kos projek telah meningkat daripada RM1.196 bilion kepada

9 - 74 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 74 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 74 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

RM2.600 bilion. Peningkatan kos ini disebabkan cadangan asal syarikat induk
(848230-V) tidak mengambil kira keperluan perjawatan terkini, tidak menepati
garis panduan ATM sedia ada, terdapat komponen yang tidak dimasukkan di
dalam kos asal dan halangan yang berlaku semasa pembinaan dilaksanakan.
Bagaimanapun, tiada kertas kerja lengkap mengenai asas dan
justifikasi penetapan kos projek yang diluluskan dalam VM Lab
dikemukakan untuk semakan Audit.

ix. Selanjutnya, pada 30 Mei 2011 UPE telah membentangkan kertas kerja dalam
Mesyuarat Majlis Ekonomi bagi mendapatkan keputusan kos projek. Kos yang
dibentang dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi adalah berjumlah RM2.924 bilion
iaitu peningkatan tambahan sejumlah RM0.324 bilion daripada kos yang
diluluskan dalam VM Lab pada bulan April 2011. Peningkatan kos ini setelah
mengambil kira kos pengambilalihan tanah bagi pembinaan PU Sendayan.
Bagaimanapun, kos akhir yang diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi ini
adalah berjumlah RM2.718 bilion setelah ditolak keperluan sekolah menengah
dan rendah serta additional request TUDM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

x. Mesyuarat Majlis Ekonomi pada tarikh yang sama juga telah membincangkan
tiga (3) pilihan jumlah pembiayaan yang akan ditanggung oleh syarikat induk
(848230-V) dan Kerajaan bagi kos penempatan semula PUKL yang berjumlah
RM2.718 bilion. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
PEMBIAYAAN PROJEK YANG DICADANGKAN MELALUI MESYUARAT MAJLIS EKONOMI
PERUNTUKAN
PERUNTUKAN
YANG
JUMLAH YANG
DITANGGUNG
CADANGAN KOS DITANGGUNG KETERANGAN
OLEH SYARIKAT
(RM Bilion) OLEH KERAJAAN
848230-V
(RM Bilion)
(RM Bilion)

 RM1.600 bilion – nilai tanah PUKL oleh syarikat


induk (848230-V)
 Nilai tanah Bandar Sri Sendayan – RM9.00 sekaki
Pilihan
2.718 1.600 1.118 persegi
Pertama
 Kos tanah Permodalan Negeri Selangor Berhad
(PNSB) ditanggung 50.0% oleh Malaysia Airlines
(MAS)

 RM2.218 bilion – nilai tanah PUKL oleh Jabatan


Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Pilihan
2.718 2.218 0.500  Nilai tanah Bandar Sri Sendayan - RM9.00 sekaki
Kedua
persegi
 Kos tanah PNSB ditanggung 50% oleh MAS

 RM2.718 bilion - nilai tanah dan bangunan serta


peralatan PUKL oleh JPPH
Pilihan
2.718 2.718 -  Nilai tanah Bandar Sri Sendayan - RM9.00 sekaki
Ketiga
persegi
 Kos tanah PNSB ditanggung 50% oleh MAS

Sumber: Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 30 Mei 2011

xi. Mesyuarat tersebut telah memutuskan pilihan pertama daripada tiga (3)
pilihan iaitu syarikat induk (848230-V) menanggung kos sejumlah

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 75


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 75
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 75 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

RM1.600 bilion dan Kerajaan menanggung kos pembiayaan sejumlah


RM1.118 bilion. Bagaimanapun, jumlah kos yang dinyatakan dalam klausa 4.4
Perjanjian Penempatan Semula adalah tidak melebihi RM2.717 bilion. Syarikat
induk (848230-V) kekal menanggung kos berjumlah RM1.600 bilion manakala
RM1.117 bilion akan dibiayai oleh Kerajaan. Daripada jumlah RM2.717 bilion
tersebut, sejumlah RM2.166 bilion adalah kos projek MinDef dan
RM0.551 bilion bagi kos projek PDRM.

xii. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Julai 2010 telah memberi kelulusan untuk
tanah Kerajaan Persekutuan yang merangkumi tanah PUKL dipindah milik
kepada syarikat induk (848230-V) pada harga nominal sejumlah RM1,000 bagi
setiap satu hak milik. Pada 15 Jun 2011, Kerajaan telah memindah milik 12 lot
tanah PUKL seluas 442.46 ekar kepada syarikat induk (848230-V) dengan nilai
keseluruhan berjumlah RM12 ribu. Berdasarkan kertas pembentangan oleh
pihak MinDef, pelupusan tanah PUKL oleh Kerajaan kepada syarikat induk
(848230-V) dibuat melalui kaedah outright sale purchase.

xiii. Merujuk kepada Minit Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 17/2011 bertarikh 30 Mei
2011, tanggungan kos oleh syarikat induk (848230-V) berjumlah
RM1.600 bilion adalah berdasarkan penilaian tanah PUKL oleh syarikat induk
(848230-V). Bagaimanapun, penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada 28 Jun 2010 adalah pada kadar
RM2.200 bilion. Pihak Audit mendapati penilaian tanah oleh syarikat induk
(848230-V) adalah lebih rendah sebanyak RM0.600 bilion berbanding
penilaian oleh JPPH.

Maklum balas UPE yang diterima pada 29 Jun 2020

Kos yang diputuskan dalam VM Lab pada bulan April 2011 adalah sebanyak
RM2.600 bilion. Walau bagaimanapun, kos projek yang dibentangkan dalam Majlis
Ekonomi adalah sebanyak RM2.924 bilion, setelah mengambil kira kos tanah di
Sendayan. Kos yang diluluskan oleh Majlis Ekonomi adalah sebanyak RM2.718 bilion
setelah ditolak keperluan sekolah menengah dan rendah, tadika, kelas Permata,
abortive fee Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), pagar dan naik taraf
jalan masuk, Additional Request TUDM dan PDRM.

Pendapat Penetapan kos penempatan semula adalah sangat penting


Audit kerana akan memberi kesan langsung terhadap jumlah kos
yang akan ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh
kontrak. Kelemahan dalam asas penetapan kos projek telah
menyebabkan kesukaran untuk menentukan sama ada
Kerajaan telah mendapat value for money bagi kos pembinaan
yang tinggi.

9 - 76 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 76 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 76 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

c. Penyediaan Project Brief


i. Berdasarkan Klausa 2.1 Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka
dan Bina yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 5 Mac 2007,
Needs Statement adalah pernyataan keperluan dan skop yang ditetapkan bagi
maksud asas dalam perlaksanaan sesuatu projek dan merupakan suatu pra-
syarat yang amat penting dalam projek Reka dan Bina. Needs Statement
Kerajaan hendaklah dinyatakan dengan lengkap dan jelas yang boleh dinilai
tahap kualitinya dalam bentuk petunjuk prestasi yang boleh diukur.
Berdasarkan Klausa 1 Perjanjian Pembangunan, project brief adalah merujuk
kepada Needs Statement.

ii. Pada 15 Jun 2011, Perjanjian Penempatan Semula telah ditandatangani antara
MinDef dengan syarikat induk (848230-V). Perjanjian yang ditandatangani
mengandungi maklumat kos projek yang ditetapkan berdasarkan butiran kos
projek dalam bentuk Preliminary Detailed Abstract (PDA). Bagaimanapun,
PDA hanya menyatakan secara umum senarai bangunan yang
perlu dibina tanpa spesifikasi dan butiran terperinci. Selain itu,
peralatan yang perlu dibekalkan mengikut spesifikasi dan
keperluan sebenar MinDef tidak dinyatakan. Berdasarkan klausa
4.1 kepada Perjanjian tersebut, MinDef hendaklah menyediakan project brief
untuk dikemukakan kepada syarikat induk (848230-V) dalam tempoh tujuh (7)
hari bekerja daripada tarikh perjanjian ditandatangani.

iii. Semakan Audit mendapati project brief hanya dikemukakan pada


18 November 2011 iaitu selepas lima (5) bulan Perjanjian Penempatan Semula
ditandatangani. Project brief tersebut telah didokumenkan dalam kesemua
enam (6) Perjanjian Pembangunan. Antara skop kerja yang dinyatakan dalam
project brief adalah keperluan kerja-kerja arkitek, sivil dan struktur, mekanikal
dan elektrik serta keperluan perabot.

iv. Ketiadaan project brief di peringkat awal semasa penyediaan


Perjanjian Penempatan Semula telah menyebabkan pertikaian
antara syarikat induk (848230-V) dan MinDef berkaitan
pertambahan skop kerja dan pembekalan perabot. Bagi
memuktamadkan isu permohonan pertambahan skop kerja, lima (5) siri VM
Lab II telah dilaksanakan selama tiga (3) bulan mulai bulan Januari 2014
hingga April 2014. Keputusan daripada VM Lab II telah dimuktamadkan dalam
SA 2 yang ditandatangani antara syarikat induk (848230-V) dan MinDef pada
31 Mei 2016. Semakan Audit mendapati keputusan memuktamadkan
kos yang mengambil masa selama 25 bulan dari tarikh VM Lab
II diluluskan hingga SA 2 ditandatangani pada 31 Mei 2016
telah menjejaskan prestasi pelaksanaan projek.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 77
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 77
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 77 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas MinDef yang diterima pada 16 Jun 2020, 10 Ogos 2020 dan
17 November 2020

Project brief yang lengkap hanya dijilidkan bersama Perjanjian Pembangunan pada
17 Februari 2012. Syarikat induk (848230-V) kemudiannya mempertikaikan skop
project brief sebagai skop kerja tambahan kerana pihaknya berpendapat Schedule of
Area (SOA) tersebut adalah skop kerja muktamad dan kos projek telah
dimuktamadkan semasa Perjanjian Penempatan Semula ditandatangani. BPKP
berpendirian bahawa skop kerja tidak berubah sejak dari Perjanjian Penempatan
Semula ditandatangani. Hal ini kerana SOA yang sama digunakan dalam penyediaan
project brief, di mana project brief tersebut hanya dapat dilengkapkan dan dijilidkan
bersama Perjanjian Pembangunan.

Pihak MinDef menyatakan permohonan skop kerja tambahan dibuat oleh pihak TUDM
bagi menyesuaikan keperluan operasi semasa ketika itu. Kekurangan disedari semasa
penyelarasan penyediaan project brief Perjanjian Pembangunan. Ini adalah
sebahagian daripada proses perkembangan reka bentuk kerana Perjanjian
Penempatan Semula ditandatangani hanya berasaskan PDA dan SOA tanpa sebarang
reka bentuk konsep yang dipersetujui.

Pertikaian syarikat induk (848230-V) terhadap skop kerja Perjanjian Penempatan


Semula dan Perjanjian Pembangunan berlarutan sehingga memaksa UPE
mengadakan beberapa siri VM Lab II untuk memurnikan semula kesemua skop dan
kos projek. Laporan VM Lab yang dikeluarkan pada bulan Jun 2013 hingga April 2014
telah memuktamadkan skop projek yang telah dimurnikan (addition and omission)
dan dijilidkan bersama SA kepada Perjanjian Pembangunan bertarikh 31 Mei 2016.
MinDef telah menilai semula keutamaan skop kerja dengan kaedah rescoping untuk
memastikan skop kerja yang kritikal dan penting dapat dilaksanakan dan
menggugurkan skop kerja yang tidak kritikal untuk mengelakkan pertambahan had
siling projek.

Selain itu, MinDef terikat dengan arahan daripada UPE supaya menyediakan project
brief dalam masa yang singkat selepas Perjanjian Penempatan Semula ditandatangani
tanpa pertimbangan skop dan kos projek yang besar serta lokasi perpindahan yang
berbeza-beza. Project brief yang terpaksa dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tidak
dapat menghasilkan suatu need statement yang sempurna dan komprehensif
tambahan pula hanya berpandukan sumber rujukan kepada PDA dan SOA semata-
mata. Sekiranya pihak MinDef dipertimbangkan masa yang secukupnya semasa
peringkat perancangan untuk meneliti keperluan pihak pengguna sudah tentu
kelemahan dan kekurangan yang timbul pada peringkat pelaksanaan projek akan
dapat dikenalpasti dan diatasi lebih awal.

9 - 78 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 78 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 78 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas UPE yang diterima pada 29 Jun 2020

Semasa penyediaan Perjanjian Pembangunan iaitu dalam tempoh lapan (8) bulan
selepas Perjanjian Penempatan Semula ditandatangani, pihak pengguna iaitu TUDM,
TDM dan PDRM telah semakin jelas dengan keperluan sebenar mereka dan beberapa
keperluan baru telah dimasukkan. Perkara ini telah menyebabkan peningkatan Gross
Floor Area (GFA) dalam project brief dalam Perjanjian Pembangunan berbanding GFA
dalam Technical Requirement dalam Perjanjian Penempatan Semula.

Pendapat Perancangan kerja yang lemah menyebabkan project brief


Audit hanya disediakan dan dimasukkan dalam Perjanjian
Pembangunan dan tidak semasa Perjanjian Penempatan
Semula ditandatangani. Ketiadaan project brief yang lengkap
dan jelas dari peringkat awal telah menjejaskan kelancaran
pelaksanaan projek dan objektif projek tidak dapat dicapai
mengikut ketetapan.

d. Perolehan Perabot

i. Penyediaan keperluan perabot di semua lokasi projek perlu mengikut skala


perabot ATM yang ditetapkan dalam Bab 1 Skala Bangunan dan Kemudahan
ATM. Berdasarkan Perjanjian Pembangunan, skop kerja pembekalan perabot
adalah di bawah tanggungjawab syarikat induk (848230-V). Jadual 3A
Perjanjian Pembangunan menetapkan skop kerja kelengkapan perabot
bersekali dengan skop kerja bagi hiasan dalaman, rak senjata dan papan
tanda.

ii. Semakan Audit mendapati spesifikasi perabot dalam project


brief tidak terperinci dan tidak mengikut skala perabot ATM.
Skala perabot ATM hanya diserahkan kepada syarikat induk (848230-V) pada
4 Julai 2013 iaitu setelah Perjanjian Pembangunan ditandatangani pada
17 Februari 2012. Berdasarkan memo dalaman BPKP bertarikh 30 Januari
2019, semua pejabat dan bilik gunasama di Kem 31 RAD Kajang tidak
disediakan perabot-perabot asas seperti meja kerja, kerusi kerja, kerusi
pelawat dan rak dokumen. Contoh perbezaan keperluan perabot di ruang
pejabat mengikut skala ATM berbanding project brief adalah seperti dalam
Jadual 6.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 79


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 79
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 79 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 6
PERBEZAAN KEPERLUAN PERABOT DI RUANG
PEJABAT BAGI KEM 31 RAD KAJANG
KEPERLUAN PERABOT DI RUANG KEPERLUAN YANG DIBEKALKAN
PEJABAT MENGIKUT SKALA ATM BERDASARKAN PROJECT BRIEF
Kabinet besi berkunci Kabinet besi berkunci
Papan Putih Papan Putih
Softboard Softboard
Meja kerja -
Kerusi kerja -
Kerusi pelawat -
Rak dokumen -
Sumber: Project Brief

iii. Lawatan fizikal Audit yang telah dijalankan di Kem 31 RAD Kajang pada
5 dan 6 Disember 2019 mendapati syarikat induk (848230-V) telah
membekalkan perabot mengikut Perjanjian Pembangunan namun tidak
mengikut skala perabot ATM. Oleh itu, pihak Kem mengambil inisiatif untuk
menggunakan perabot lama yang kebanyakannya berkeadaan kurang baik
yang dibawa dari PUKL seperti dalam Gambar 3 hingga Gambar 8.

GAMBAR 3 GAMBAR 4

Pejabat Semboyan, Kem 31 RAD Kajang Bilik Cas Bateri, Kem 31 RAD Kajang
- Perabot/Fasiliti Lama - Perabot/Fasiliti Lama
(05.12.2019) (05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 5 GAMBAR 6

Stor Am, Kem 31 RAD Kajang Stor Am, Kem 31 RAD Kajang
- Perabot/Fasiliti Lama - Perabot/Fasiliti Lama
(06.12.2019) (06.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

9 - 80 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 80 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 80 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GAMBAR 7 GAMBAR 8

Bilik Rehat Stor Meriam/Radar, Kem 31 RAD Kajang Bilik Rehat Stor Meriam/Radar, Kem 31 RAD Kajang
- Keadaan Perabot yang dibawa dari Tempat Lama Untuk - Keadaan Perabot yang dibawa dari Tempat Lama Untuk
Digunakan Kerana Kekurangan Perabot Digunakan Kerana Kekurangan Perabot
(06.12.2019) (06.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

iv. Spesifikasi perabot berdasarkan skala ATM tidak dipersetujui oleh syarikat
induk (848230-V) kerana melibatkan peningkatan kos berbanding kos asal
dalam Perjanjian Pembangunan. Seterusnya, Mesyuarat Status Pembangunan
Projek Penempatan Semula PUKL pada 10 Januari 2017 telah memutuskan
skop perabot dikeluarkan daripada Perjanjian Pembangunan kecuali bagi Kem
31 RAD Kajang dan Institut Perubatan Penerbangan (IPP) PU Subang. Perkara
ini telah disahkan dalam Mesyuarat Project Monitoring Committee (PMC) pada
22 Februari 2017.

v. Pada 1 November 2017, syarikat induk (848230-V) telah menyalurkan


peruntukan sejumlah RM64.78 juta ke dalam Akaun Amanah Projek PUKL bagi
perolehan perabot di PU Subang, PU Sendayan dan PU Kuantan. Namun,
keperluan berdasarkan unjuran sebenar yang dibuat oleh MinDef bagi ketiga-
tiga PU adalah berjumlah RM76.38 juta. Keadaan ini menyebabkan
peruntukan yang diperlukan terkurang sejumlah
RM11.60 juta. Kekurangan peruntukan akan ditampung melalui
perbelanjaan mengurus TUDM tahun 2020. Sehingga bulan September 2020,
peruntukan tersebut masih belum dibelanjakan.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 30 Jun 2020 dan 10 Ogos 2020

Pihak MinDef memaklumkan perabot yang dibekalkan oleh syarikat induk (848230-V)
kepada Kem 31 RAD Kajang menerusi projek ini adalah mengikut interpretasi syarikat
induk (848230-V) kepada project brief yang dilampirkan dalam Perjanjian
Pembangunan semata-mata. Bagaimanapun, project brief yang disediakan oleh BPKP
telah menyatakan keperluan perabot yang dinyatakan di dalam SOA hanyalah indikasi
manakala keperluan sebenar perabot mengikut kelayakan skala ATM. Pihak Kem 31
RAD Kajang perlu memohon tajaan peruntukan tambahan kepada pihak Markas
Tentera Darat bagi melengkapkan skop kerja perabot di Kem 31 RAD Kajang.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 81


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 81
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 81 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Proses perolehan tender terbuka bagi pembekalan perabot telah bermula pada bulan
Januari 2020. Kontraktor yang berjaya bagi kontrak perolehan perabot bina dalam di
PU Kuantan telah dilantik pada bulan Mei 2020 dan akan memulakan kerja bermula
bulan Julai 2020.

Pendapat Perancangan yang lemah dan pengurusan pembekalan perabot


Audit yang kurang teratur telah menyebabkan peruntukan tidak
mencukupi bagi membiayai perolehan perabot mengikut skala
sepatutnya.

5.2.2. Pencapaian Kewangan

a. Projek Penempatan Semula PUKL MinDef berjumlah RM2.166 bilion dibiayai


melalui dua (2) kaedah iaitu pembiayaan oleh Kerajaan berjumlah RM0.924 bilion
dan RM1.242 bilion daripada syarikat induk (848230-V).

b. Semakan Audit mendapati pada peringkat awal projek ini dibiayai sepenuhnya
oleh Kerajaan. Bagi tempoh bulan Ogos 2012 hingga bulan Mei 2015, MoF telah
meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM0.924 bilion. Keseluruhan
pembayaran telah dibuat secara reimbursement berdasarkan kemajuan kerja
yang dikemukakan oleh syarikat induk (848230-V). Butiran lanjut peruntukan dan
pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan adalah seperti dalam Jadual 7.

JADUAL 7
PERUNTUKAN DAN PEMBAYARAN BAGI PROJEK PERPINDAHAN PUKL
PERUNTUKAN PERBELANJAAN
TAHUN
(RM Juta) (RM Juta)

2012 323.48 323.48

2013 211.07 211.07

2014 367.86 367.86

2015 21.78 21.78

JUMLAH 924.19 924.19


Sumber: Waran Tuntutan dan Baucar Bayaran, MoF

Pendapat Pembiayaan di pihak Kerajaan pada peringkat awal


Audit pembangunan projek berjumlah RM0.924 bilion adalah selari
dengan prestasi pelaksanaan projek.

9 - 82 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 82 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 82 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

5.2.3. Pelaksanaan Projek

5.2.3.1. Skop Kerja Supplemental Agreement (SA) 2

a. SA 2 kepada Perjanjian Pembangunan yang ditandatangani pada 31 Mei 2016


melibatkan tambahan skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh syarikat induk
(848230-V) di setiap lokasi. Peruntukan bagi pelaksanaan skop kerja ini
sebahagiannya ditanggung oleh syarikat induk (848230-V) dan sebahagiannya
ditanggung oleh Kerajaan.

b. Semakan Audit mendapati skop kerja bagi pembinaan kolam latihan


Underwater Escape Training (UWET) di PU Subang berjumlah RM2 juta
digugurkan dari kontrak asal bertarikh 17 Februari 2012 dan digantikan
dengan pembinaan kolam renang latihan baharu berjumlah RM0.95 juta.
Perkara tersebut telah dipersetujui dalam VM Lab II pada 4 hingga 7 Februari
2014. Bagaimanapun, kedua-dua skop kerja pembinaan kolam latihan telah
dimasukkan dalam SA 2 iaitu pembinaan kolam latihan UWET berjumlah
RM1.67 juta dan RM0.95 juta bagi kolam latihan baharu. Namun pemeriksaan
fizikal Audit mendapati hanya kolam latihan renang baharu yang dibina.

c. Perkara ini berpunca daripada ketidaktelitian pegawai ketika penyemakan


SA 2. Kesan kepada perkara tersebut telah menyebabkan kos pembinaan
kolam latihan UWET berjumlah RM1.67 juta diambil kira dalam kos kontrak.
Pihak Audit tidak dapat mengesahkan status bayaran pembinaan kolam latihan
UWET yang tidak dibina. Hal ini kerana pembayaran kos projek dibuat oleh
pihak Kerajaan dan syarikat induk (848230-V) di mana pihak Audit hanya
dapat menyemak bayaran kos projek yang dibuat oleh pihak Kerajaan.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 16 Jun 2020

BPKP akur dengan keputusan VM Lab pada 4 hingga 7 Februari 2014 yang
menggugurkan skop kerja bagi kolam latihan UWET dan menggantikan dengan skop
kerja kolam renang latihan baharu. Perkara ini juga tidak berbangkit dan dibincangkan
dalam mana-mana surat-menyurat dan mesyuarat bersama syarikat induk
(848230-V) selepas VM Lab tersebut.

Laporan VM Lab yang dijilidkan bersama SA 2 telah disediakan oleh perunding ukur
bahan yang dilantik oleh syarikat induk (848230-V) tidak mengemas kini kedua-dua
skop kerja tersebut (kolam UWET dan kolam renang latihan) sebagaimana yang
diputuskan oleh UPE di dalam VM Lab tersebut. Perkara ini disedari setelah dokumen
SA 2 ditandatangani pada 31 Mei 2016 dan MinDef akan memastikan item ini
dikemaskini semula oleh syarikat induk (848230-V) sebagai addendum di dalam SA 3
yang akan diangkat untuk kelulusan PMC. Sehingga kini, SA3 masih belum
ditandatangani.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 83


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 83
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 83 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Pendapat Kecuaian pegawai MinDef telah menyebabkan skop kerja


Audit pembinaan kolam latihan UWET dimasukkan dalam SA 2. Ini
menyebabkan kos pembinaan kolam latihan UWET berjumlah
RM1.67 juta diambil kira dalam kos kontrak.

5.2.3.2. Kualiti Kerja

a. Berdasarkan Klausa 4.1 Perjanjian Pembangunan, syarikat induk (848230-V)


hendaklah menyiapkan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Berdasarkan Klausa 8.6.2 (a) menyatakan syarikat induk (848230-V) perlu
menyiapkan fasiliti dan infrastruktur mengikut kualiti yang ditetapkan. Klausa
4.2 Perjanjian Pembangunan, Kerajaan hendaklah melantik PPK dalam tempoh
tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kuat kuasa sebagai wakil Kerajaan. Klausa
11.2 pula menyatakan PPK hendaklah memaklumkan kepada syarikat induk
(848230-V) jika berniat untuk membuat pemeriksaan di tapak. PPK perlu
memaklumkan secara bertulis kepada syarikat induk (848230-V) sebarang
percanggahan atau ketidak patuhan kerja yang melibatkan Project Brief,
Approved Schematic Design, Detailed Design, Facilities Design Criteria dan JKR
Building Specifications 2005.

b. Pemeriksaan Audit ke atas empat (4) skop iaitu arkitek, awam dan struktur,
mekanikal dan elektrikal bagi 65 sampel di tiga (3) lokasi telah dilaksanakan.
Pemeriksaan tersebut mendapati kerja yang dilaksanakan tidak mengikut
spesifikasi serta kualiti kerja pembinaan dan penyenggaraan kurang
memuaskan. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

i. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi

Lawatan Audit ke lokasi sampel projek mendapati tujuh (7) kerja


tidak mengikut spesifikasi antaranya ialah tiada apron
1500mm di sekeliling menara dan tiada alas getah di
hadapan papan suis di Kem 31 RAD Kajang. Di samping itu
juga, tiada lukisan skematik di sekitar papan suis di PU
Sendayan dan pencahayaan tidak memenuhi kehendak di
PU Subang. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.

9 - 84 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 84 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 84 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 8
KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI
BIL. KRITERIA PENEMUAN
Perjanjian Pembangunan Kem 31 RAD Kajang: Menara
Abseiling
Architectural Guidelines
g) Concrete apron to be provided around building of minimum Tiada apron 1500mm di sekeliling menara
1. 900mm width with perimeter drain and shall be provided with mild
Rujuk gambar 9
steel grating at appropriate cross-over points. Deep drain sump,
wherever located near the public area should be totally covered
Lukisan: B1011-AD-MA/02
Peraturan-peraturan Elektrik 1994 PU Sendayan: Pencawang Elektrik
No.13
Peraturan 19(1)(b)
Susunan am papan suis, pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah Rujuk Gambar 10
2.
boleh dikesan dan gambar rajah sambungan-sambungan yang
dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan
papan suis itu
PU Subang: Markas Logistik Udara
1. Bilik Mesyuarat 1
2. Bilik Mesyuarat 2
3. Perpustakaan
Bacaan pencahayaan tidak memenuhi
Perjanjian Pembangunan spesifikasi iaitu bacaan sebenar hanya 170
lux berbanding bacaan standard iaitu 300
Electrical Work Requirement for Cadangan Pembangunan Baharu lux.
oleh syarikat induk (848230-V)
3. Rujuk Gambar 11
13. Illumination. The illumination levels shall generally be in
accordance with the IES Codes and the current MINDEF practice.
As a general reference, the installed illumination level for the
following rooms/area can be referring to Appendix B

Peraturan-Peraturan Elektrik 1994: Kem 31 RAD Kajang: Rumah Keluarga


Angkatan Tentera (RKAT) F, Bilik Suis
Peraturan 19. (2)
4. Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah Tiada alas getah di hadapan papan suis
diletakkan di atas lantai di hadapan setiap papan suis untuk Rujuk Gambar 12
mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali

Sumber: Jabatan Audit Negara

GAMBAR 9 GAMBAR 10

Tiada Lukisan
Skematik di Sekitar
Papan Suis

Menara Abseiling, Kem 31 RAD Kajang Pencawang Elektrik No.13, PU Sendayan


- Tiada Apron 1500mm di Sekeliling Menara Abseiling - Tiada Lukisan Skematik di Sekitar Papan Suis
(05.12.2019) (04.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 85


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 85
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 85 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GAMBAR 11 GAMBAR 12

Bacaan sebenar 170 lux


berbanding bacaan
standard iaitu 300 lux

Markas Logistik Udara 1 PU Subang Bilik Suis, Kem 31 RAD Kajang


- Bacaan Pencahayaan Tidak Memenuhi Spesifikasi - Tiada Alas Getah di Hadapan Papan Suis
(21.02.2020) (05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

ii. Kualiti Kerja Pembinaan Kurang Memuaskan

Lawatan Audit ke lokasi sampel projek mendapati kualiti kerja kurang


memuaskan antaranya berlaku kebocoran disebabkan
sambungan paip yang tidak sempurna di PU Subang. Di
samping itu juga, Fan Coil Unit (FCU) bersentuhan dengan
plaster ceiling menyebabkan plaster tersebut merekah di 31
RAD Kajang dan pergantungan diffuser tidak dipasang
dengan betul di PU Subang. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 9.

JADUAL 9
KUALITI KERJA PEMBINAAN KURANG MEMUASKAN
BIL. KRITERIA PENEMUAN
Lukisan Pelan Bumbung Blok Markas Pemerintahan Operasi Udara (MOU) PU Subang: Markas
No. Projek: RSP/M281 Pemerintahan Operasi Udara
No. Lukisan: 2013 (MOU)

r.c flat roofing to engr’s detail c/w water prof system strictly to specialist a. Pembaikan yang tidak
detail and arch’s approval sempurna kepada bumbung
konkrit (flat roof) telah
JKR Standard Specification for Building Works 2005 menyebabkan masalah lain
- Section J: Plastering, Paving and Tiling Works iaitu air bertakung akibat aras
1.7 Surface Preparation lantai yang tidak sekata dan
1.
juga air menyusup mengalir
1.9 Curing and Protection masuk ke bawah bahagian
1.10 Making Good yang telah dirender semula.
Perjanjian Pembangunan b. Bocor di ruang pejabat
For The Proposed Development Of The Pangkalan Udara Subang Bahagian Perisikan Taktikal
Udara (RISUD)
Architecture Guideline
c. Bocor di bilik sesalur Mekanikal
17. General dan Elektrikal

9 - 86 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 86 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 86 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

BIL. KRITERIA PENEMUAN


b) The design should take heavy rain fall, high wind, heat and glade into
accommodation building should shall be orientated such majority of Rujuk Gambar 13 hingga 15
window and opening face the north-south. Exposed concrete canopy
should be avoided.

e) Generally the roof must pitched concrete tiles roof. Low pitched roofs
are not recommended. Metal decking roofing complete with sound and heat
insulation system could be used. Concrete flat roof and parapet wall should
be avided.

Akta Bekalan Elektrik 1990 (AKTA 447), Akta Bekalan Elektrik (Syarikat
Pengganti) 1990 (Akta 448) & Peraturan-peraturan Kehendak-kehendak
Am Pepasangan

37. Ruang bagi papan suis atau kelengkapan

Mana-mana bahagian sesuatu pepasangan yang papan suis atau


kelengkapan di pasang di dalam mana-mana premis hendaklah cukup
terang, dialih udara dan sentiasa kering.

PU Subang: Markas
Pemerintah Operasi Udara
(MOU), Tandas Lelaki
2. -
Terdapat kebocoran pada siling
tandas lelaki.

Rujuk Gambar 16

Kem 31 RAD Kajang: Bilik


Mechanical System Design and Installation Guidelines For Architects and Mesyuarat, Markas Bateri
Engineers
3. Fan Coil Unit (FCU) bersentuhan
JKR 20500-0008-10
dengan plaster ceiling.
Clearance 300mm above ceiling level for crossing
Rujuk Gambar 17 - 18

PU Subang: Markas
Mechanical System Design and Installation Guidelines For Architects and Pemerintahan Operasi Udara
Engineers (MPOU)
4.
JKR 20500-0008-10
Diffuser digantung pada konduit.
Clearance 300mm above ceiling level for crossing
Rujuk Gambar 19 - 20
Sumber: Jabatan Audit Negara

GAMBAR 13 GAMBAR 14

Markas Pemerintahan Operasi Udara (MOU), PU Subang Bilik Sesalur Mekanikal dan Elektrikal, MOU PU Subang
- Air Bertakung Akibat Aras Lantai yang Tidak Sekata - Kebocoran di Bilik Mekanikal dan Elektrikal
dan Juga Air Mengalir Masuk ke Bawah Bahagian (18.12.2019)
yang Telah Dirender Semula (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 87


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 87
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 87 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GAMBAR 15 GAMBAR 16

Bahagian Perisikan Taktikal Udara (RISUD) MOU, Tandas Lelaki Markas Pemerintah Operasi Udara,
PU Subang PU Subang
- Bocor di Ruang Pejabat - Kebocoran Disebabkan Sambungan
(18.12.2019) Paip yang Tidak Sempurna
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (30.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 17 GAMBAR 18

Fan Coil Unit (FCU)

Fan Coil Unit (FCU)

Ceiling Tee

Bilik Mesyuarat, Markas Bateri, Kem 31 RAD Kajang Bilik Mesyuarat, Markas Bateri, Kem 31 RAD Kajang
- Fan Coil Unit (FCU) Bersentuhan dengan Plaster Ceiling - Fan Coil Unit (FCU) Bersentuhan dengan Plaster Ceiling
Walaupun Peralatan Tersebut Telah Sokong Pada Slab Walaupun Peralatan Tersebut Telah Sokong Pada Slab
Menyebabkan Plaster Tersebut Merekah Menyebabkan Plaster Tersebut Merekah
(05.12.2019) (05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 19 GAMBAR 20

Markas Pemerintahan Operasi Udara, PU Subang Markas Pemerintahan Operasi Udara, PU Subang
- Penggantungan Diffuser Tidak Dipasang dengan Betul - Penggantungan Diffuser Tidak Dipasang dengan Betul
(23.12.2019) (23.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

iii. Penyenggaraan Kurang Memuaskan

Semakan Audit terhadap sampel projek mendapati berlaku


penyenggaraan kurang memuaskan antaranya Sijil Bomba
bagi Portable Fire Extinguisher telah tamat melibatkan
ketiga-tiga tempat. Di samping itu, Addressable Fire Alarm

9 -988
- 88 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera Udara
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur
RAHSIA
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 88 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

System tidak berfungsi, berlaku limpahan pada tangki air


domestik dan terdapat kebocoran pada pam air. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
PENYENGGARAAN KURANG MEMUASKAN
BIL. KRITERIA PENEMUAN
Guide to Fire Protection in Malaysia
5.3.1 Visual Inspection Checklist : Portable Fire PU Sendayan: Semua Lokasi dan Blok
Extinguisher. Each extinguisher shall have a valid Fire and Bangunan
1. Rescue Department Approval Letter
Sijil Bomba bagi Portable Fire Extinguisher telah
Perjanjian Pembangunan tamat tempoh (Tarikh Luput : 09.03.2019)
Mechanical Requirement Rujuk Gambar 21
Fire Fighting Installation- 13.0 Portable Fire Extinguisher
Perjanjian Pembangunan Kem 31 RAD Kajang: Garaj Meriam dan Radar
2. Fire Fighting Installation- 12.0 Fire Alarm and Detection Addressable Fire Alarm System tidak berfungsi
System Rujuk Gambar 22
Perjanjian Pembangunan
31 RAD Kajang: Bilik Tangki, Kuarters Blok F
Schedule 6: List of Items for Maintenance
Berlaku overflow pada tangki air domestik
A. Mechanical and Electrical Services Rujuk Gambar 23
3. 2. Contractor’s Undertaking Kem 31 RAD Kajang: Bilik Pam, Garaj Cuci
b. This maintenance shall include regular and systematic Kenderaan, Garaj Meriam dan Radar
checking, cleaning, servicing testing, calibration and Terdapat kebocoran air pada pam air
services as recommended by manufacturer/supplier as Rujuk Gambar 24
required by the relevant authorities
Kem 31 RAD Kajang
Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Peraturan 110 (4): 1. Rumah Keluarga Angkatan Tentera F, Bilik Suis
 Sub Main Board (SMB) - A5/N
mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu
4. pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentu ukur oleh 2. Pencawang Elektrik No. 4
orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua (2)  Main Switch Board (MSB) - 4/E
tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh  Main Switch Board (MSB) - 4/N@G4
Suruhanjaya
Rujuk Gambar 25
Sumber: Perjanjian Pembangunan dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994

GAMBAR 21 GAMBAR 22

Stor Gas Wisma Perwira Kem 31 RAD Kajang, Bilik Pusat Garaj Meriam dan Radar, Kem 31 RAD Kajang
Operasi Tentera Udara, MPOU PU Subang, dan Semua - Addressable Fire Alarm System Tidak Berfungsi dan
Lokasi dan Bangunan PU Sendayan Tiada Penyelenggaraan
- Sijil Bomba Bagi Portable Fire Extinguisher (05.12.2019)
Telah Tamat Tempoh (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(04.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 89


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 89
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 89 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

GAMBAR 23 GAMBAR 24

Bilik Tangki, Kuarters Blok F, Kem 31 RAD Kajang Bilik Pam, Garaj Cuci Kenderaan, Kem 31 RAD Kajang
- Berlaku Limpahan Pada Tangki Air Domestik - Terdapat Kebocoran Pada Pam Air
(05.12.2019) (05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Peranti Perlindungan
Tamat Tempoh
Kalibrasi Pada
10.08.2018
GAMBAR 25

Main Switch Board – 4/N @G4, Kem 31 RAD Kajang


- Peranti Perlindungan Tamat Tempoh Kalibrasi
Pada 10.08.2018
(05.12.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

c. Kerja yang tidak mengikut spesifikasi serta kualiti kerja pembinaan dan
penyenggaraan yang kurang memuaskan berlaku disebabkan pemantauan
yang kurang cekap. MinDef tidak memainkan peranan sepenuhnya selaku PPK
seperti yang dinyatakan dalam kontrak. Selaku PPK, MinDef boleh memberi
teguran secara bertulis, mengeluarkan Non-Compliance Report dan
pemantauan yang lebih kerap seperti dinyatakan di bawah Klausa 11.2
Perjanjian Pembangunan. Bagaimanapun, tiada bukti tindakan tersebut
dilakukan.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 16 Jun 2020

Dari segi praktis PPK hanya mengeluarkan notis dan teguran kepada syarikat induk
(848230-V) sebagaimana peruntukan kontrak terhadap sebarang ketidak patuhan
seperti kualiti pembinaan tidak sempurna dan pembinaan tidak mengikut spesifikasi
yang diluluskan. Justeru itu PPK tidak dapat melaksanakan enforcement yang
berkesan di tapak disebabkan limitasi kontrak tersebut. Tambahan pula, Kerajaan

9 - 90 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


9 - 90 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 90 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

tiada sebarang ikatan kontrak dengan pihak downstream iaitu kontraktor A.


Kontraktor A juga tidak mempunyai obligasi untuk mematuhi notis daripada PPK selagi
syarikat induk (848230-V) tidak mengeluarkan notis yang serupa kepada kontraktor
A tersebut. Penilaian kerja siap di tapak dan pengesahan bayaran dibuat oleh
perunding ukur bahan yang dilantik oleh syarikat induk (848230-V). PPK atau wakilnya
tidak menandatangani sebarang dokumen pengesahan berhubung pembayaran
kepada syarikat induk (848230-V). Kesimpulannya, semua peruntukan kuasa
Pengawai Penguasa (Superintending Officer, SO) seperti arahan menghentikan kerja,
EOT, arahan perubahan kerja, penilaian kerja siap serta pengesahan tuntutan interim
tidak diperuntukkan kepada PPK. Sebarang isu berbangkit berhubung pelaksanaan
projek atau lain-lain isu yang melibatkan kepentingan kedua-dua pihak yang
berkontrak perlu diangkat kepada PMC untuk diputuskan.

Pendapat Pemantauan yang kurang efektif telah menyebabkan berlaku


Audit kelemahan kualiti projek pembinaan.

5.2.4. Pentadbiran Kontrak

5.2.4.1. Bon Pelaksanaan

a. Arahan Perbendaharaan 200.2 menetapkan Bon Pelaksanaan hanya


dikenakan bagi kontrak yang melebihi RM200 ribu. Sebelum sesuatu kontrak
kerja yang bernilai melebihi RM200 ribu dimulakan, Kontraktor hendaklah
mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada jumlah harga
kontrak. Pentadbiran kontrak dalam Perolehan Kerajaan PK4/2014, para 1.5.1
menjelaskan mengenai kepentingan Bon Pelaksanaan. Tujuan Bon
Pelaksanaan ini adalah suatu aku janji tidak bersyarat oleh sesuatu institusi
kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan. Sekiranya kontraktor tidak
atau gagal memenuhi, mematuhi dan melaksana obligasinya di bawah
kontrak, Kerajaan akan dibayar dari Bon Pelaksanaan.

b. Semakan Audit mendapati tiada klausa bon pelaksanaan dimasukkan sebagai


terma dan syarat perjanjian di dalam kesemua enam (6) Perjanjian
Pembangunan.

c. Berdasarkan maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) bertarikh 15 Jun


2020, AGC berpandangan projek tersebut tidak tertakluk kepada pekeliling dan
tatacara perolehan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan. Hal ini kerana
tanggungan kos projek dikongsi bersama Kerajaan dengan syarikat induk
(848230-V). Pelaksanaan projek juga dibuat melalui keputusan Jemaah

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 91


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 91
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 91 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Menteri pada 28 Julai 2010 dan tidak melalui tatacara perolehan lazim seperti
yang ditetapkan dalam Peraturan/Pekeliling Perbendaharaan.

d. Menurut AGC pelaksanaan projek bukanlah merupakan projek konvensional


sebaliknya satu projek hybrid. Oleh yang demikian, perolehan projek adalah
tidak termasuk dalam takrif aset awam sebagaimana ditakrifkan dalam Arahan
Perbendaharaan (AP) 3. Perkara ini juga tidak berada dalam kawal selia
Perbendahaan berdasarkan AP 166.1 kerana kos projek tidak ditanggung
sepenuhnya oleh wang Kerajaan. Terma dan syarat dalam Perjanjian
Pembangunan adalah tertakluk kepada rundingan oleh pihak-pihak yang
terlibat. Perjanjian tersebut tidak semestinya mengandungi terma dan syarat
lazim yang diperuntukkan dalam perjanjian Kerajaan atau pekeliling/tatacara
perolehan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Pendapat Ketiadaan Bon Pelaksanaan menunjukkan berlakunya


Audit kelemahan dalam penyediaan klausa kontrak memandangkan
bon pelaksanaan merupakan klausa asas yang perlu ada bagi
setiap projek. Hal ini bagi menjamin kepentingan Kerajaan dan
memastikan kontraktor melaksanakan semua obligasi di
bawah sesuatu kontrak.

5.2.4.2. Bon Jaminan Reka Bentuk

a. Berdasarkan Klausa 7.8 Perjanjian Pembangunan bagi Kem 31 RAD Kajang


dan klausa 7.9 Perjanjian Pembangunan bagi PU Subang dan PU Sendayan,
syarikat induk (84820030-V) hendaklah mengemukakan Bon Jaminan Reka
Bentuk daripada bank atau institusi kewangan yang berlesen dengan nilai lima
peratus (5%) daripada jumlah harga pembinaan. Bon tersebut hendaklah
dikeluarkan sebelum atau pada tarikh COA dikeluarkan dengan tempoh sah
laku selama lima (5) tahun daripada tarikh COA tersebut. Penyediaan bon
jaminan rekabentuk merupakan tanggungjawab syarikat induk (848230-V)
kepada pihak Kerajaan.

b. Semakan Audit mendapati syarikat induk (848230-V) tidak


mengemukakan Bon Jaminan Reka Bentuk kepada MinDef
sebaliknya dikemukakan oleh syarikat 900528-T. Semakan Audit
selanjutnya mendapati bon tersebut merupakan bon yang dikemukakan oleh
kontraktor A kepada syarikat 900528-T dan diserah hak kepada MinDef.

c. Berdasarkan maklum balas AGC kepada BUU MinDef bertarikh 5 Mac 2020,
AGC berpandangan MinDef tidak sewajarnya menerima bon tersebut dengan
9 - 92 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
9 - 92 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 92 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

mengambil kira obligasi untuk mengemukakan bon kekal di bawah syarikat


induk (848230-V). Jika MinDef bersetuju menerima bon yang telah diserah
hak oleh syarikat 900528-T, pindaan hendaklah dibuat terlebih dahulu
terhadap Perjanjian Pembangunan. Bagaimanapun, semakan Audit
selanjutnya mendapati MinDef telah menerima bon jaminan yang
dikemukakan atas nama kontraktor A sebelum pindaan terhadap Perjanjian
Pembangunan dibuat.

d. Ketidakpastian mengenai keesahan bon jaminan ini telah menyebabkan


sehingga 31 Disember 2019, COA tidak dapat dikeluarkan bagi projek PU
Sendayan, PU Kuantan dan dua (2) komponen PU Subang walaupun projek
telah dikeluarkan CCC.

Maklum balas MinDef yang diterima pada 16 Jun 2020

Pihak MinDef bersetuju menerima Bon Jaminan Reka Bentuk yang telah diserah hak
oleh syarikat induk (848230-V), pindaan yang sewajarnya akan dibuat pada Perjanjian
Pembangunan sedia ada dan pindaan-pindaan tersebut dimasukkan ke dalam SA 3.
COA bagi PU Subang (Fasiliti NADOC dan fasiliti-fasiliti lain), PU Sendayan dan PU
Kuantan telah ditandatangani oleh KSU MinDef selaku pegawai yang dinamakan di
dalam kontrak (PPK) pada bulan Mei 2020.

Pendapat Penerimaan Bon Jaminan Reka Bentuk oleh MinDef daripada


Audit syarikat induk (848230-V) sebelum pindaan yang sewajarnya
dibuat terhadap perjanjian boleh mendedahkan Kerajaan
kepada risiko kerugian dan kepentingan Kerajaan tidak terjaga.

5.2.4.3. Polisi Insurans

a. Klausa 17 Perjanjian Pembangunan bagi Kem 31 RAD Kajang dan PU


Sendayan dan Klausa 18.1 bagi PU Subang menjelaskan berkaitan Polisi
Insurans. Perjanjian ini menetapkan syarikat induk (848230-V) hendaklah
memastikan perlindungan insurans bagi projek ini dikemukakan. Perlindungan
insurans ini mempunyai tempoh sah laku sehingga tarikh siap projek dan
sehingga tamat tempoh membaiki kecacatan. Perlindungan insurans
merangkumi polisi insurans liabiliti awam dengan nilai tidak kurang daripada
nilai projek dan polisi tanggungan kerja dengan nilai yang ditetapkan.

b. Pihak Audit mendapati syarikat induk (848230-V) telah


mengemukakan Polisi Insurans Liabiliti Awam dan
Tanggungan Kerja di atas nama kontraktor A bagi semua

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 93


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 93
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 93 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

projek kepada MinDef. Perkara ini telah dirujuk kepada BUU, MinDef dan
maklum balas diterima menyatakan bahawa polisi insurans hendaklah
dikeluarkan oleh syarikat induk (848230-V) atas nama Kerajaan dan syarikat
induk (848230-V). Pihak Audit mendapati tempoh perlindungan insurans
berdasarkan tempoh projek masing-masing iaitu bermula 8 April 2013
sehingga 7 April 2016 dan kemudian tempoh ini dilanjutkan sehingga 30 April
2019. Bagaimanapun, didapati tiada perlindungan insurans diperbaharui
selepas tempoh 30 April 2019. Projek yang terlibat adalah Kem 31 RAD Kajang,
PU Sendayan, dan PU Subang.

c. Selanjutnya, pihak Audit mendapati nilai Polisi Insurans Tanggungan Liabiliti


Awam bagi PU Subang dan PU Sendayan adalah kurang daripada nilai yang
sepatutnya dilindungi. Hal ini disebabkan kontraktor A mengemukakan nilai
polisi berdasarkan kontrak antara kontraktor A dan syarikat induk (848230-V).
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
NILAI POLISI INSURANS TANGGUNGAN LIABILITI AWAM
NILAI KOS MENGIKUT
NILAI LEBIHAN/
PERJANJIAN
LOKASI PENAMA DIKEMUKAKAN (KURANGAN)
PEMBANGUNAN
(RM Juta) (RM Juta)
(RM Juta)

Pangkalan Udara Subang 801.65 618.81 (182.84)


Kontraktor A
Pangkalan Udara Sendayan 758.98 747.09 (11.89)

Sumber: SA 2 kepada Perjanjian Pembangunan dan Polisi Insurans

Pendapat Polisi insurans yang tidak dikemukakan di atas nama syarikat


Audit induk (848230-V) dan nilai perlindungan insurans yang kurang
boleh mendatangkan risiko kerugian kepada Kerajaan
sekiranya terdapat tuntutan pada aset yang dilindungi.

5.2.4.4. Lanjutan Masa Kontrak (EOT)

a. Berdasarkan Klausa 13 bagi PU Sendayan dan Kem 31 RAD Kajang serta


Klausa 14 bagi PU Subang Perjanjian Pembangunan, PMC akan mengenal pasti
dan menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan
interpretation of the project brief, schematic design yang diluluskan dan
rekabentuk terperinci, kos projek dan pelaksanaan jadual kerja.

b. Wakil AGC melalui mesyuarat PMC pada 27 Oktober 2016 menyatakan perkara
mengenai EOT dalam Perjanjian Pembangunan diperuntukkan dalam Klausa
19.1 (b) bagi PU Sendayan dan Kem 31 RAD Kajang serta klausa 20.1 (b) dan
9 - 94 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
9 - 94 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 94 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

20.2 (b) bagi PU Subang. Peruntukan ini telah digubal secara lebih umum di
mana perkara-perkara yang membolehkan EOT diberikan, syarat dan tempoh
masa tidak diperuntukkan secara khusus berbanding peruntukan lazim dalam
kontak pembinaan yang menyenaraikan perkara-perkara yang membolehkan
EOT diberikan.

c. AGC berpendapat memandangkan peruntukan mengenai EOT bersifat umum,


maka dalam mempertimbangkan permohonan EOT oleh syarikat induk
(848230-V), Kerajaan/PMC boleh merujuk kepada keadaan yang lazimnya
dipertimbangkan EOT atau amalan lazim JKR menurut PWD Contract.
Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

i. Kelewatan Kelulusan EOT

 Buku Pentadbiran Kontrak Kerja Raya Edisi Ketiga Bab 10 menjelaskan


kontraktor layak untuk mendapat lanjutan masa. Pegawai Penguasa
hendaklah memberikan kelulusan sebelum berakhir tempoh kontrak
yang ditetapkan. Kegagalan Pegawai Penguasa berbuat demikian
dikhuatiri masa bukan lagi menjadi teras kepada kontrak tersebut dan
kontraktor hanya bertanggungan untuk menyiapkan kerja dalam
tempoh yang munasabah (time at large).

 Lima (5) EOT 1 telah lewat diluluskan iaitu antara 132


hingga 967 hari dari tarikh siap yang telah ditetapkan.
MinDef telah mengeluarkan Perakuan Kerja Tidak Siap [Certificate of
Non-Completion (CNC)] terhadap tiga (3) projek iaitu PU Sendayan,
PU Subang (Fasiliti NADOC dan fasiliti-fasiliti lain) dan Kem 31 RAD
Kajang setelah tamat tempoh siap asal seperti yang dinyatakan dalam
Perjanjian Pembangunan. Bagaimanapun, selepas EOT diluluskan,
tarikh EOT telah dikebelakangkan dan CNC terbatal seterusnya denda
lewat [Liquidated and Ascertained Damages (LAD)] diselaraskan.

 MinDef telah mengeluarkan CNC fasiliti NADOC bertarikh 3 Mac 2014.


Bagaimanapun, permohonan EOT bagi fasiliti NADOC hanya dibuat
oleh syarikat induk (848230-V) pada 21 Mac 2016 iaitu selepas 749
hari tamat tempoh siap asal. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 12.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 95


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 95
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 95 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

JADUAL 12
BUTIRAN TEMPOH PERMOHONAN DAN KELULUSAN PERAKUAN KELAMBATAN
DAN EOT 1 BAGI PU SENDAYAN, PU SUBANG DAN KEM 31 RAD KAJANG
TEMPOH
TARIKH
TARIKH KELEWATAN LULUS
LANJUTAN ASAL TARIKH
TARIKH LULUS EOT DARI TARIKH
LOKASI MASA PROJEK MOHON
CNC EOT 1 AKHIR PROJEK SIAP
(EOT) SIAP EOT 1
(b) (Hari)
(a)
c=(a)-(b)
Pangkalan Udara
1 17.06.2016 11.03.2016 20.06.2016 27.10.2016 132
Sendayan
Kem 31 RAD
1 15.04.2016 18.03.2016 18.04.2016 28.10.2016 193
Kajang
PU SUBANG
NADOC 1 01.03.2014 21.03.2016 03.03.2014 27.10.2016 967
Fasiliti-fasiliti lain 1 15.06.2016 11.03.2016 16.06.2016 27.10.2016 132
IPP 1 15.06.2015 12.06.2015 - 22.02.2017 616
Sumber: Sijil Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa
Nota: (EOT) - Extension of Time
(CNC) - Certificate of Non-Completion

ii. Tiada Justifikasi Pengiraan Jumlah Hari dan Sebab EOT Diberikan

 Buku Pentadbiran Kontrak Kerja Raya Edisi Ketiga Bab 10 berkaitan


kelambatan dan EOT menjelaskan kontraktor berhak mendapat
lanjutan masa berdasarkan sebab-sebab yang dibenarkan. Kontraktor
berhak mendapat EOT sekiranya telah sedaya-upaya untuk
mengelakkan kelambatan dan telah melaksanakan semua perkara
yang munasabah yang dikehendaki oleh Pegawai Penguasa.

 Mesyuarat mengenai status pembangunan yang dipengerusikan oleh


YB Menteri Kewangan II telah meluluskan EOT 2 bagi tiga (3)
komponen di PU Subang dan PU Sendayan. Perkara ini telah disahkan
melalui mesyuarat PMC yang diadakan pada 22 Februari 2017.
Bagaimanapun, tiada maklumat justifikasi dan penilaian
terhadap EOT serta dokumen sokongan dikemukakan
untuk semakan Audit bagi menyokong kelulusan EOT berkenaan.

iii. Time at Large

 Klausa 19.1 bagi PU Sendayan dan Kem 31 RAD Kajang serta Klausa
20.1 dan 20.2 bagi PU Subang menyatakan ganti rugi kepada Kerajaan
hendaklah dibayar sekiranya syarikat induk (848230-V) gagal
menyiapkan kerja pada tarikh yang ditetapkan.

 Bangunan Staff Flight Conversion Unit (SFCU) telah disiapkan pada


9 Januari 2014 berbanding tarikh siap asal pada 21 Mei 2013 iaitu lewat
selama 232 hari. Bagaimanapun, tiada EOT diberikan dan CNC tidak
dikeluarkan.
9 - 96 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
9 - 96 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) di
RAHSIA
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 96 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

 Tempoh EOT 2 bagi PU Sendayan dan dua (2) komponen projek di PU


Subang (Fasiliti NADOC dan fasiliti-fasiliti lain) telah tamat. Syarikat
induk (848230-V) telah mengemukakan permohonan EOT 3 bagi
kedua-dua Pangkalan dan telah dibincangkan dalam Mesyuarat PMC
pada 6 September 2018. Bagaimanapun sehingga akhir tahun 2019,
permohonan EOT tersebut masih belum diluluskan. Semakan Audit
juga mendapati tiada rekod menunjukkan satu (1) tempoh masa
diberikan kepada syarikat induk (848230-V) secara bertulis untuk
menyiapkan baki projek.

 Tempoh masa yang lama diambil untuk membuat pertimbangan


terhadap EOT boleh menyebabkan berlakunya situasi masa kontrak
berada dalam keadaan tergantung (time at large). Berdasarkan
pengiraan Audit dari tamat tempoh EOT 2 sehingga tarikh kuatkuasa
COA status projek di PU Sendayan dan dua (2) komponen projek di PU
Subang adalah tidak jelas selama 232 hingga 667 hari. Berdasarkan
pengiraan Audit jumlah denda yang tidak dapat
dikenakan adalah berjumlah RM178.30 juta disebabkan
CNC tidak dikeluarkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 13.

JADUAL 13
PERKIRAAN DENDA LEWAT
TEMPOH JUMLAH DENDA
TARIKH KELEWATAN KADAR SEHINGGA TARIKH
TARIKH
SIAP SEHINGGA DENDA KUAT KUASA COA
KUAT KUASA
FASILITI ASAL/ TARIKH KUAT SEHARI BERDASARKAN
COA
EOT 2 KUASA COA (RM) PENGIRAAN AUDIT
(b)
(a) (Hari) (d) (RM Juta)
(c = b - a) (e = c x d)

PU Sendayan 30.08.2018 15.10.2019 410 166,963.20 68.45

PU SUBANG

NADOC 31.12.2017 30.10.2019 667 23,787.37 15.87


Fasiliti-fasiliti lain 31.12.2017 30.10.2019 667 140,898.04 93.98

SFCU 21.05.2013 09.01.2014 232 Tiada Maklumat -

PENGIRAAN AUDIT TERHADAP DENDA LEWAT 178.30


Sumber: EOT 1 dan Minit Mesyuarat PMC Bertarikh 22 Februari 2017
Nota: Jumlah Denda SFCU Tidak Dapat Dikira Kerana Tiada Kadar Denda Sehari Berdasarkan Rujukan Kadar pada
EOT 1

 Kerajaan telah mengalami kerugian kerana masa bukan lagi menjadi


teras terhadap pelaksanaan projek dan tindakan untuk pengenaan
denda tidak dapat dilaksanakan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 97


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 97
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala PUKL)

5. Teks 9 new.indd 97 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

Maklum balas MinDef yang diterima pada 16 Jun 2020 dan 10 Ogos 2020

MinDef memaklumkan melalui Mesyuarat PMC No. 3 pada 27 Oktober 2016, wakil
AGC telah memberikan ulasan bahawa walaupun peruntukan klausa EOT tiada
dinyatakan secara khusus di dalam Perjanjian Pembangunan, pihak-pihak terlibat
perlu merujuk kepada Klausa 13 kepada Perjanjian Pembangunan. Selain itu,
dinyatakan PMC diperuntukkan kuasa untuk menentukan dan menyelesaikan
sebarang isu berbangkit berkaitan projek serta membuat keputusan yang mengikat
pihak-pihak yang terlibat di dalam perjanjian. Syarikat induk (848230-V) telah
mengemukakan permohonan EOT 3 semasa mesyuarat PMC No. 7 pada 6
September 2018 tanpa melalui penilaian oleh BPKP. BPKP tidak bersetuju dengan
justifikasi yang dikemukakan syarikat induk (848230-V) berkenaan keperluan
tambahan vendor pihak ketiga untuk skop Regional Air Defence Operational Centre
(RADOC) dan NADOC serta bilik kripto kerana ianya lebih menjurus kepada kerja
tambahan bukannya justifikasi EOT. Tempoh masa yang dipohon juga terlalu lama
dan tidak munasabah untuk dipertimbangkan. Pengerusi PMC meminta pertikaian ini
diselesaikan terlebih dahulu di peringkat MinDef sebelum diangkat semula untuk
pertimbangan PMC.

MinDef memaklumkan kelewatan meluluskan EOT 1 disebabkan proses semakan


justifikasi yang dikemukakan oleh syarikat induk (848230-V) menerusi permohonan
kelulusan prinsip perubahan kerja yang dimajukan pada bulan Mei dan Jun 2013.
Mesyuarat koordinasi tatacara perubahan kerja, persediaan VM Lab dan siri VM Lab
yang dianjurkan oleh UPE yang memakan masa daripada bulan Jun 2013 sehingga
April 2014.

Tarikh-tarikh EOT 2 telah diluluskan secara ex-gratia dalam mesyuarat mengenai


status pembangunan projek penempatan semula PUKL Bil. 1/2017 yang
dipengerusikan oleh YB Menteri Kewangan II pada 10 Januari 2017. Tiada dokumen
permohonan yang dimajukan oleh syarikat induk (848230-V) kepada BPKP untuk
disemak.

Pendapat Pemantauan yang lemah di peringkat PPK dalam pengurusan


Audit EOT telah menyebabkan berlakunya time at large dan denda
berjumlah RM178.30 juta belum dikenakan. Selain itu,
kelewatan ini telah memberi kesan terhadap pelaksanaan
projek.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Objektif projek jangka pendek penempatan semula PUKL setakat 31 Disember 2019
belum dicapai sepenuhnya kerana terdapat fasiliti/bangunan masih belum diserahkan
secara rasmi dan COA belum dikeluarkan. Secara keseluruhannya, projek mengambil
masa selama tujuh (7) tahun untuk dilaksanakan berbanding tempoh asal selama

9 -998
- 98 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera Udara
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur
RAHSIA
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 98 02/12/2020 11:18 AM


RAHSIA DRAF KEDUA KAN_11.11.2020

empat (4) tahun. Pengurusan Projek Penempatan Semula Markas/Unit TUDM dan TDM
di PUKL adalah kurang cekap kerana berlaku kelemahan yang ketara di peringkat
perancangan dan pelaksanaan projek serta kelemahan dalam pentadbiran kontrak yang
menjejaskan kecekapan pengurusan projek secara keseluruhan. Selain itu, perpindahan
TUDM dan TDM ke lokasi penempatan baharu tidak berlaku seperti perancangan asal.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak
berulang, pihak Audit mengesyorkan tindakan seperti berikut:

7.1. MoF hendaklah mewujudkan satu dasar dan garis panduan yang jelas bagi projek
yang melibatkan beberapa transaksi dan perjanjian seperti pembiayaan bersama untuk
memastikan pelaksanaan projek dirancang dan dilaksanakan dengan teliti serta menjamin
kepentingan Kerajaan terpelihara;

7.2. MinDef hendaklah memastikan klausa dalam perjanjian projek mengambil kira
syarat-syarat kontrak Kerajaan yang lazim dan penguatkuasaan terhadap klausa kontrak
dilaksanakan;

7.3. MinDef hendaklah memastikan perjanjian tambahan dimeterai jika terdapat


sebarang pertikaian atau pindaan terhadap perjanjian asal sebelum sebarang tindakan
dilaksanakan bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak; dan

7.4. MinDef hendaklah memastikan semua kerja yang tidak mengikut spesifikasi, kualiti
kerja pembinaan dan penyenggaraan yang kurang memuaskan serta semua kecacatan
yang berlaku selepas projek siap diambil tindakan pembaikan dengan segera oleh
kontraktor sebelum tamat tempoh tanggungan kecacatan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 99


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 9 - 99
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera RAHSIA
U d a r a D iProjek
Pengurusan r a j a M aPembangunan
l a y s i a ( T U D M )Penempatan
d a n T e n t e r Semula
a D a r a t Markas/Unit
Malaysia (TD M) di
Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia P a n g k adi
l a nPangkalan
U d a r a K uUdara
ala Lum p u r (Lumpur
Kuala P UKL)

5. Teks 9 new.indd 99 02/12/2020 11:18 AM


9 - 100 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Pembangunan Penempatan Semula Markas/Unit Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia di Pangkalan Udara Kuala Lumpur

5. Teks 9 new.indd 100 02/12/2020 11:18 AM


10
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
– Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub
di Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 1 02/12/2020 11:20 AM


6. Teks 10-11.indd 2 02/12/2020 11:20 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PROJEK PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB
DI SEKOLAH LUAR BANDAR SABAH DAN SARAWAK

Perkara Utama
Apa yang  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan
diaudit? projek bekalan air bersih ke sekolah luar bandar Sabah dan
Sarawak bermula dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8)
iaitu pada tahun 2000 hingga 2005. Tujuan projek tersebut
adalah sebagai alternatif kepada sekolah yang tidak mendapat
bekalan air awam.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap Projek Bekalan Air
Bersih Menggunakan Kaedah Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar
Bandar Sabah dan Sarawak bagi tempoh tahun 2017 hingga 2019
yang meliputi dua (2) bidang utama Audit, iaitu prestasi dan
pengurusan projek.
 Prestasi projek dinilai berdasarkan kebolehfungsian peralatan dan
tahap kepuasan pelanggan.
 Pengurusan projek pula dinilai terhadap tujuh (7) perkara iaitu
pencapaian kewangan, perancangan projek, pelantikan
kontraktor, pentadbiran kontrak, pelaksanaan kerja
penyenggaraan, pengurusan sistem telaga tiub oleh pihak
sekolah dan sumber air telaga tiub.
 Pengauditan dijalankan di Bahagian Pengurusan Aset, Bahagian
Pembangunan dan Bahagian Perolehan KPM serta Bahagian
Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan (MoF) dan 48
sekolah luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak.

Mengapa ia  Kos kontrak penyenggaraan bermula tahun 2006 hingga 2021


penting adalah berjumlah RM733.51 juta.
untuk
 Objektif projek adalah untuk membekalkan air bersih untuk
diaudit?
sekolah-sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak. Objektif projek
penyenggaraan telaga tiub pula adalah untuk memastikan
keseluruhan fasiliti berfungsi dengan sempurna, efisien dan
berterusan bagi menyalurkan air bersih dan/atau air minuman ke
sekolah sehingga mendapat bekalan air awam.
 Projek ini bukan sahaja memberi implikasi kewangan yang tinggi
kepada Kerajaan, bahkan adalah salah satu inisiatif penting
Kerajaan untuk menyediakan sumber air bersih kepada sekolah
luar bandar.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 10 -10
1-1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 1 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA

Apa yang  Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit,


ditemui dapat dirumuskan bahawa pengurusan projek penyenggaraan
Audit? sistem telaga tiub di sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak
tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan terutama
pemantauan oleh KPM yang menjadi punca kepada
ketidakpatuhan terhadap syarat kontrak dan garis panduan
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Keadaan ini
menyebabkan objektif projek yang ditetapkan masih belum dapat
dicapai sepenuhnya. Antara kelemahan yang perlu diberi
perhatian adalah:
 31 (64.6%) sistem telaga tiub berada dalam keadaan baik,
manakala 14 (29.2%) dalam keadaan separa baik disebabkan
ketiadaan air daripada telaga tiub serta berlaku kerosakan
pada sistem osmosis berbalik (RO), jana kuasa (genset) dan
sistem elektrik.
 Soal selidik Audit mendapati 237 (49.0%) responden tidak
bersetuju air telaga tiub mencukupi. Kekurangan air telaga tiub
menyebabkan 28 (58.3%) sekolah bergantung kepada sumber
air lain iaitu air graviti (sungai atau bukit) dan air tadahan
hujan. Hanya 59.9% responden berpuas hati dengan
perkhidmatan kontraktor serta prestasi bekalan air sistem
telaga tiub. Selain itu, tahap kebolehfungsian peralatan sistem
telaga tiub adalah antara 65.2% hingga 100%.
 Harga perolehan projek penyenggaraan Fasa 1 (lanjutan
ketiga) oleh Syarikat 247680-P berjumlah RM239.04 juta yang
diluluskan oleh MoF adalah lebih tinggi sebanyak 54.4%
berbanding anggaran Jabatan dan 78.4% lebih tinggi
berbanding kos yang diputuskan VM.
 Syarikat 247680-P yang dilantik kontraktor penyenggaraan
sistem telaga tiub Fasa 1 hingga 4 diluluskan lanjutan kerja
penyenggaraan sebanyak sembilan (9) kali untuk tempoh
tahun 2009 hingga 2020 secara rundingan terus melalui
supplementary agreement setelah kontrak asal tamat.
 Tiada klausa kontrak yang menjelaskan tindakan terhadap
pemberhentian penyenggaraan di sekolah yang telah
mendapat bekalan air awam. Ini menyebabkan KPM membuat
bayaran tuntutan pemberhentian kerja penyenggaraan di 18
sekolah kepada Syarikat 247680-P berjumlah RM393,239 pada
14 Ogos 2017.
 Kos projek penyenggaraan di semua sekolah sama walaupun
komponen sistem telaga tiub berbeza disebabkan kos tersebut
dibuat secara lump sum, pro rata dan tiada perincian kos.
 Kerja penyenggaraan sistem telaga tiub bagi projek Fasa 1,
Fasa 2 dan Fasa 3 hanya dimulakan dalam tempoh antara 25
hingga 41 bulan dari tarikh tamat pembinaan.
 Pelaksanaan ujian kualiti air tidak mengikut ketetapan kontrak
dan kualiti air melebihi had parameter yang ditetapkan serta
tidak selamat.

1010
- 2- 2 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 2 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

 Jana kuasa sistem telaga tiub tidak didaftar, tidak dikendalikan


oleh orang kompeten dan tidak dikalibrasi. Selain itu, jana
kuasa tidak berfungsi dan kerja penyenggaraan tidak
memuaskan di 10 (20.8%) sekolah yang dilawati antaranya
disebabkan ketiadaan bateri, bateri rosak, tiada minyak diesel
serta conduit, voltmeter dan ammeter tiada/rosak.
 Kerosakan sistem telaga tiub di sembilan (9) (18.8%) sekolah
yang berlaku antaranya sejak 5 Jun 2015 masih belum dibaiki
oleh kontraktor sehingga tarikh pengauditan dilaksanakan.
Selain itu, telaga tiub yang sudah tidak digunakan di empat (4)
(8.3%) sekolah ditinggalkan terbiar dan tidak ditutup serta
dikunci secara kekal.
 22 sekolah di Sarawak dan tiga (3) sekolah di Sabah
mengalami masalah kekurangan air daripada sistem telaga tiub
antaranya disebabkan kelemahan semasa pembinaan
menyebabkan syarikat 247680-P telah melaksanakan
penggerudian semula di sekolah tersebut antara 28 Mac 2010
hingga 25 Ogos 2014.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 10 -10
3-3
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 3 02/12/2020 11:20 AM


10 - 4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 4 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1. PROJEK PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB DI SEKOLAH LUAR
BANDAR SABAH DAN SARAWAK

FAKTA UTAMA PROJEK PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB


DI SEKOLAH LUAR BANDAR SABAH DAN SARAWAK
PPPM 2013-2025 RM220.36 Juta RM733.51 Juta
 Setiap sekolah perlu mencapai  Kos Kontrak Pembinaan Sistem  Kos Kontrak Penyenggaraan
tahap keperluan infrastruktur yang Telaga Tiub di 419 sekolah luar Sistem Telaga Tiub di 419
minimum bagi mewujudkan bandar di negeri Sabah dan sekolah luar bandar di negeri
persekitaran pembelajaran yang Sarawak (2002 hingga 2016) Sabah dan Sarawak (2006
selamat, bersih dan kondusif hingga 2021)

Agensi Pelaksana  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Objektif Projek  Membekalkan air bersih ke sekolah luar bandar negeri Sabah dan
Sarawak
 Memastikan sistem telaga tiub berfungsi dengan sempurna, efisien
dan berterusan bagi menyalurkan air bersih ke sekolah sehingga
mendapat bekalan air awam
Bil. Sekolah Terlibat  419 sekolah meliputi 196 sekolah (46.8%) di Sabah dan 223 sekolah
(53.2%) di Sarawak
Status Kerja Penyenggaraan  334 (79.7%) sekolah masih disenggara, 85 (20.3%) sekolah
(Setakat 31 Januari 2020) ditamatkan penyenggaraan kerana telah mendapat bekalan air awam

1. LATAR BELAKANG
1.1. Sistem telaga tiub merupakan salah satu sumber air alternatif untuk kawasan
luar bandar yang belum mendapat air terawat atau air bersih di Malaysia. Terdapat
empat (4) agensi Kerajaan yang melaksanakan projek sistem telaga tiub, iaitu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Jabatan Mineral dan Geosains
Malaysia (JMG). Setakat tahun 2019, sebanyak 15,856 telaga tiub dengan kos
berjumlah RM1,636.11 juta telah dibina oleh KKM, KPM dan JMG, iaitu 13,312 di
Semenanjung Malaysia dan 2,544 di Sabah dan Sarawak. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 1.

JADUAL 1
BILANGAN DAN KOS PEMBINAAN SISTEM TELAGA TIUB
SEMENANJUNG SABAH DAN JUMLAH
MALAYSIA SARAWAK KESELURUHAN
BIL. AGENSI PELAKSANA
KOS KOS KOS
BIL. BIL. BIL.
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
1. Kementerian Pendidikan Malaysia 206 *70.23 419 194.26 625 264.49
2. Kementerian Kesihatan Malaysia 8,855 44.28 1,578 7.89 10,433 52.17
3. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 4,251 **1,169.03 547 **150.43 4,798 **1,319.45
JUMLAH 13,312 1,283.54 2,544 352.58 15,856 1,636.11
Sumber: KPM, KKM dan JMG
Nota: KPLB Tidak Dapat Mengemukakan Data Telaga Tiub yang Dibina
(*) – Kos Kontrak adalah Lump Sum
(**) – Dikira Berdasarkan Purata Anggaran Kos Pembinaan Satu Telaga Tiub (RM275,000)

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 10 -10
5-5
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 5 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

1.2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dalam anjakan
enam (6) menggariskan setiap sekolah di Malaysia, tanpa mengira lokasi, saiz atau
jenis, perlu mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif termasuklah bekalan air
terawat.

1.3. KPM telah melaksanakan projek bekalan air bersih ke sekolah luar bandar Sabah
dan Sarawak bermula dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), iaitu pada tahun
2000 hingga 2005. Tujuan projek tersebut adalah sebagai alternatif kepada sekolah
yang tidak mendapat bekalan air awam. Kesukaran sekolah di luar bandar atau
pedalaman negeri tersebut mendapatkan bekalan air awam adalah disebabkan faktor
geografi, kedudukan yang jauh daripada kemudahan bekalan air awam dan kos
mendapatkan bekalan air awam yang tinggi.

1.4. Terdapat dua (2) kaedah bekalan air bersih yang diguna pakai oleh KPM dalam
membekalkan air bersih di sekolah luar bandar iaitu sistem telaga tiub (tube well) dan
sistem tadahan air hujan (rain water harvesting). Sistem telaga tiub merupakan kaedah
mendapatkan air bersih daripada sumber air di dalam tanah pada kedalaman sekurang-
kurangnya 30 meter di bawah paras permukaan bumi. Sistem tadahan air hujan pula
merupakan kaedah mendapatkan air bersih daripada sumber air hujan.

1.5. KPM telah memeterai empat (4) kontrak pembinaan sistem telaga tiub di sekolah
luar bandar Sabah dan Sarawak dengan Syarikat 247680-P yang dilantik secara lantikan
terus dengan kos keseluruhan berjumlah RM220.36 juta. Projek pembinaan sistem
telaga tiub ini telah dilaksanakan melalui empat (4) fasa. Fasa 1 dan Fasa 2 masing-
masing dilaksanakan pada tahun 2002 dan 2005 di bawah Rancangan Malaysia Kelapan
(RMKe-8) manakala Fasa 3 pada tahun 2007 di bawah RMKe-9. Fasa 4 pula
dilaksanakan pada tahun 2014 di bawah RMKe-10. Jumlah sekolah yang terlibat adalah
sebanyak 419 sekolah, iaitu 223 di Sarawak dan 196 di Sabah. Agensi pelaksana bagi
projek pembinaan sistem telaga tiub adalah KPM dan Jabatan Pembangunan
Persekutuan Sabah (JPPS). Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2
KONTRAK PROJEK PEMBINAAN SISTEM TELAGA TIUB
DI SEKOLAH LUAR BANDAR SABAH DAN SARAWAK
TEMPOH KONTRAK KAPASITI*
BIL. SEKOLAH KOS
AGENSI
FASA (Juta Liter KONTRAK
PELAKSANA
TARIKH MULA DAN SIAP TEMPOH SARAWAK SABAH JUMLAH Sehari) (RM Juta)

Fasa 1 20.09.2002 - 19.09.2004 2 tahun JPPS dan KPM 211 74 285 21.09 124.37

Fasa 2 15.08.2005 - 15.02.2006 6 bulan JPPS - 30 30 2.22 17.00

Fasa 3 04.06.2007 - 03.12.2007 6 bulan JPPS - 12 12 0.88 8.00

Fasa 4 25.08.2014 - 24.08.2016 2 tahun KPM 12 80 92 6.81 70.99

JUMLAH 223 196 419 31.00 220.36


Sumber: MoF dan KPM serta Laporan Teknikal (Manual Operasi dan Penyenggaraan)
Nota: (*) – Reka Bentuk Setiap Sistem Telaga Tiub Adalah dengan Kapasiti 0.074 Juta Liter Sehari (JLH)
JPPS – Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah

1010
- 6- 6 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 6 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

1.6. Selanjutnya, Kontrak Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di 419 sekolah
luar bandar Sabah dan Sarawak telah diberikan kepada Syarikat 247680-P secara
lantikan terus bermula pada tahun 2006, iaitu syarikat yang sama melaksanakan
pembinaan sistem telaga tiub. Selain itu, projek penyenggaraan ini turut dilaksanakan
oleh Syarikat 456872-M yang dilantik secara tender terbuka bagi tempoh tahun 2018
hingga 2021. Projek penyenggaraan ini dilaksanakan mengikut fasa projek pembinaan,
iaitu Fasa 1 dan Fasa 2 selama tiga (3) tahun, Fasa 3 dan Fasa 4 selama lima (5) tahun
serta dilanjutkan sehingga 28 Februari 2021. Agensi pelaksana bagi projek
penyenggaraan ini adalah KPM.

1.7. Setakat 31 Januari 2020, kos kontrak penyenggaraan yang telah dimeterai adalah
berjumlah RM733.51 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2021. Penyenggaraan sistem
telaga tiub ini adalah bertujuan untuk memastikan keseluruhan fasiliti berfungsi dengan
sempurna, efisien dan berterusan untuk menyalurkan air bersih ke sekolah sehingga
mendapat bekalan air awam. Butiran lanjut kontrak projek penyenggaraan adalah
seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
KONTRAK PROJEK PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB DI SEKOLAH LUAR
BANDAR SABAH DAN SARAWAK DALAM TEMPOH TAHUN 2006 HINGGA 2021
TEMPOH KONTRAK BIL. SEKOLAH KOS
KONTRAK FASA TARIKH MULA DAN KONTRAK
TEMPOH SARAWAK SABAH JUMLAH (RM Juta)
SIAP
Syarikat 247680-P
Asal 01.11.2006 – 31.10.2009 3 tahun 211 74 285 113.78
Lanjutan 1 01.11.2009 – 31.10.2012 3 tahun 191 73 264 121.34
Lanjutan 2 Fasa 1 01.11.2012 – 31.10.2014 2 tahun 179 66 245 84.97
Lanjutan 3 01.11.2014 – 31.10.2019 5 tahun 164 66 230 235.68
Lanjutan 4 01.11.2019 – 30.04.2020 6 bulan 137 65 202 20.70
Asal 24.04.2008 – 23.04.2011 3 tahun - 30 30 10.98
Lanjutan 1 24.04.2011 – 23.04.2016 5 tahun - 30 30 22.27
Fasa 2
Lanjutan 2 24.04.2016 – 23.10.2016 6 bulan - 30 30 2.23
Lanjutan 3 24.10.2016 – 23.10.2017 1 tahun - 30 30 4.61
Asal 25.04.2011 – 24.04.2016 5 tahun - 12 12 8.96
Lanjutan 1 Fasa 3 26.04.2016 – 25.10.2016 6 bulan - 12 12 0.90
Lanjutan 2 26.10.2016 – 25.10.2017 1 tahun - 12 12 1.86
Asal Fasa 4 25.08.2016 – 24.08.2021 5 tahun 12 80 92 87.33
Syarikat 456872-M
Sambungan
Asal 01.03.2018 – 28.02.2021 3 tahun - 40 40 17.90
Fasa 2 dan 3
JUMLAH 733.51
Sumber: KPM

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 10 -10
7-7
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 7 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada Projek Penyenggaraan Sistem
Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak dilaksanakan dengan
berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Objektif
projek ini adalah untuk membekalkan air bersih ke sekolah luar bandar negeri Sabah
dan Sarawak serta memastikan keseluruhan fasiliti berfungsi dengan sempurna, efisien
dan berterusan bagi menyalurkan air bersih ke sekolah sehingga mendapat bekalan air
awam daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
bagi tempoh tahun 2017 hingga 2019. Pengauditan juga mengambil kira projek
pembinaan bekalan air bersih sistem telaga tiub di sekolah luar bandar Sabah dan
Sarawak bagi tahun 2002 hingga 2016 kerana berkaitan dengan pelaksanaan kerja
penyenggaraan. Prestasi projek dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian
output dan outcome. Pengurusan projek pula dinilai berdasarkan tujuh (7) perkara iaitu
pencapaian kewangan, perancangan projek, pelantikan kontraktor, pentadbiran
kontrak, pelaksanaan kerja penyenggaraan, pengurusan sistem telaga tiub oleh pihak
sekolah dan sumber air telaga tiub.

3.2. Pengauditan dijalankan di Bahagian Pengurusan Aset, Bahagian Pembangunan


dan Bahagian Perolehan KPM serta Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian
Kewangan (MoF). Lawatan fizikal Audit pula dilaksanakan di 48 (14.4%) sampel sekolah
daripada 334 sekolah yang telaga tiubnya masih disenggara di negeri Sabah dan
Sarawak.

3.3. Asas pemilihan sampel sekolah adalah berdasarkan aduan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), kemudahan yang disediakan serta pelaksanaan tambahan
kerja penggerudian semula. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PERSAMPELAN AUDIT
KRITERIA PEMILIHAN SAMPEL SEKOLAH PERATUS
PERSAMPELAN
BIL.
JUMLAH BERBANDING
SEKOLAH KEMUDAHAN
FASA BIL. ADUAN GERUDI JUMLAH POPULASI BIL.
SEDANG YANG
SEKOLAH JPN SEMULA SAMPEL SEKOLAH SEDANG
DISENGGARA DISEDIAKAN DISENGGARA
(%)
A. Sekolah di Negeri Sarawak

Fasa 1 211 137 17 - 5 22 16.1


Fasa 4 12 12 - 2 - 2 16.7

JUMLAH 223 149 17 2 5 24 16.1

1010
- 8- 8 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 8 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

KRITERIA PEMILIHAN SAMPEL SEKOLAH PERATUS


PERSAMPELAN
BIL.
JUMLAH BERBANDING
SEKOLAH KEMUDAHAN
FASA BIL. ADUAN GERUDI JUMLAH POPULASI BIL.
SEDANG YANG
SEKOLAH JPN SEMULA SAMPEL SEKOLAH SEDANG
DISENGGARA DISEDIAKAN DISENGGARA
(%)
B. Sekolah di Negeri Sabah

Fasa 1 74 65 6 2 2 10 15.4
Fasa 2 30 29 - 4 - 4 13.8
Fasa 3 12 11 - 3 - 3 27.3
Fasa 4 80 80 - 6 1 7 8.8

JUMLAH 196 185 6 15 3 24 13.0


JUMLAH
419 334 23 17 8 48 14.4
(A) + (B)
Sumber: KPM dan Analisis Audit Berdasarkan Maklumat Terkini Sistem Telaga Tiub KPM
Nota: Sebanyak 85 Sekolah Telah Ditamatkan Kerja Penyenggaraan kerana Telah Mendapat Bekalan Air Awam

3.4. Dalam melaksanakan pengauditan, limitasi Audit adalah untuk mendapatkan


dokumen dan maklumat berkenaan perancangan dan pembinaan sistem telaga tiub bagi
tempoh tahun 2002 hingga tahun 2016.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

4.1. Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak dan menganalisis rekod, dokumen
berkaitan Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan
Sarawak. Temu bual dan perbincangan dengan pegawai terlibat di Bahagian
Pengurusan Aset, Bahagian Pembangunan, Bahagian Perolehan KPM dan Bahagian
Perolehan Kerajaan MoF serta pihak sekolah dan kontraktor juga diadakan.

4.2. Selain itu, pemeriksaan fizikal dilaksanakan di sekolah yang dipilih dan turut
disertai oleh wakil JMG. Pihak KKM (sebagai agensi pengawasan kualiti air) turut
dijemput untuk menjalankan ujian kualiti air di sampel sekolah yang dipilih bagi menilai
tahap keselamatan air telaga tiub. Soal selidik diedarkan kepada 1,030 responden (40
pentadbir, 444 guru dan 546 murid) untuk menilai tahap kepuasan terhadap bekalan air
melalui sistem telaga tiub dan perkhidmatan penyenggaraan sistem telaga tiub.
Pengauditan ini turut dibantu oleh Bahagian Teknikal serta Cawangan Audit Air dan
Alam Sekitar, Jabatan Audit Negara.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan dari bulan Februari hingga Mac 2020. Penemuan Audit
dan maklum balas KPM telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup (Exit Conference)
pada 25 Jun 2020. Penjelasan lanjut adalah seperti dalam perenggan berikut:

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 10 -10
9-9
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 9 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

5.1. Prestasi Projek

5.1.1. Pencapaian Output

a. Mengikut dokumen kontrak, kerja penyenggaraan bagi Fasa 1 melibatkan 285


sekolah dilaksanakan selama 13 tahun 6 bulan bermula pada 1 November 2006
hingga 30 April 2020. Selanjutnya Fasa 2 melibatkan 30 sekolah dan Fasa 3 bagi
12 sekolah masing-masing dilaksanakan selama 12 tahun 10 bulan dan
sembilan (9) tahun 10 bulan. Kedua-dua fasa tersebut masing-masing bermula
pada 24 April 2008 dan 25 April 2011 berakhir pada 28 Februari 2021. Fasa 4
pula dilaksanakan selama lima (5) tahun bermula pada 25 Ogos 2016 hingga 24
Ogos 2021 melibatkan 92 sekolah. Butiran lanjut adalah seperti dalam Rajah 1.

RAJAH 1
KERJA PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB BAGI FASA 1 HINGGA 4

FASA FASA FASA FASA


1 2 3 4

285 buah sekolah 30 buah sekolah 12 buah sekolah 92 buah sekolah

Tempoh: Tempoh: Tempoh: Tempoh:


1 November 2006 - 24 April 2008 - 25 April 2011 - 25 Ogos 2016 -
30 April 2020 28 Februari 2021 28 Februari 2021 24 Ogos 2021
(13 Tahun 6 bulan) (12 Tahun 10 (9 Tahun 10 Bulan) (5 Tahun)
Bulan)
Sumber: KPM

b. Semakan Audit mendapati setakat 31 Mac 2020, kerja penyenggaraan sistem


telaga tiub di 334 (79.7%) daripada 419 sekolah masih dilaksanakan dengan kos
penyenggaraan bagi setiap dua (2) bulan berjumlah RM10.69 juta.
Bagaimanapun, kerja penyenggaraan di 85 (20.3%) sekolah telah ditamatkan
sejak bulan November 2009 hingga Disember 2017 kerana sekolah telah
mendapat bekalan air awam. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
STATUS PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB SEHINGGA 31 MAC 2020
BUTIRAN PENYENGGARAAN
SEKOLAH MASIH DISENGGARA
NEGERI FASA DITAMATKAN**
(BIL.) KOS*
BIL. (BIL.)
(RM Juta)
1 74 65 2.22 9
2 30 29 0.64 1
Sabah
3 12 11 0.24 1
4 80 80 2.53 -
1 211 137 4.68 74
2 - - - -
Sarawak
3 - - - -
4 12 12 0.38 -
JUMLAH (BIL.) 419 334 10.69 85
PERATUS (%) 100.0 79.7 20.3
Sumber: KPM
Nota: (*) – Kos Berdasarkan Nilai Kerja Penyenggaraan bagi Tempoh Setiap 2 Bulan
(**) – Penyenggaraan Ditamatkan Kerana Sekolah Telah Mendapat Bekalan Air Awam

10--10
10 10 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 10 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

c. Lawatan fizikal Audit ke 48 sekolah di Sabah dan Sarawak pada 24 hingga


29 Februari 2020 mendapati hanya 31 (64.6%) sistem telaga tiub
berada dalam keadaan baik, manakala 14 (29.2%) dalam
keadaan separa baik. Keadaan ini disebabkan ketiadaan air
daripada telaga tiub serta berlaku kerosakan pada sistem
osmosis berbalik (RO), jana kuasa dan sistem elektrik.
Bagaimanapun, tempoh sebenar kerosakan tidak dapat dipastikan kerana
tiada rekod berkenaannya yang disimpan oleh pihak sekolah. Selain itu, terdapat
tiga (3) sistem telaga tiub tidak digunakan kerana sekolah telah mendapat
bekalan air awam dan kerja penyenggaraan telah dihentikan. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
KEADAAN SISTEM TELAGA TIUB DI SEKOLAH YANG DILAWATI
JUMLAH KEADAAN SISTEM TELAGA TIUB
NEGERI FASA SAMPEL SEPARA TIDAK
SEKOLAH BAIK
BAIK DIGUNA
Fasa 1 10 8 1 1
Fasa 2 5 4 - 1
Sabah
Fasa 3 2 2 - -
Fasa 4 7 7 - -
JUMLAH 24 21 1 2
Fasa 1 22 9 12 1
Fasa 2 - - - -
Sarawak
Fasa 3 - - - -
Fasa 4 2 1 1 -
JUMLAH 24 10 13 1
JUMLAH KESELURUHAN 48 31 14 3
PERATUS (%) 100 64.6 29.2 6.2
Sumber: Lawatan Fizikal Audit pada 24 hingga 28 Februari 2020
Nota: (-) – Tidak Digunakan kerana Telah Mendapat Bekalan Air Awam

Maklum balas KPM yang diterima pada 23 Jun 2020 dan 3 Julai 2020

Pelbagai medium aduan disediakan untuk pihak sekolah melaporkan sebarang


kerosakan sistem telaga tiub. KPM akan menyekat bayaran tuntutan interim
kontraktor sehingga isu selesai bagi laporan yang diterima melalui borang
Maintenance Service Report (MSR).
KPM juga membuat lawatan tapak bersekali dengan Mesyuarat Penyelarasan dan
Kemajuan Projek bagi memantau isu/aduan di tapak. Aduan seperti ketiadaan air
telaga tiub dan RO, jana kuasa dan sistem elektrik yang rosak disampaikan oleh
wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) semasa mesyuarat tapak.

KPM telah mengeluarkan arahan kepada pihak kontraktor pada 12 Jun 2020 untuk
melaksanakan penambahbaikan bagi sekolah yang dilawati Audit. Selain itu, KPM
telah memohon status penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh kontraktor
pada 26 Jun 2020.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 11
- 11
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 11 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Projek ini telah dapat memberi manfaat kepada sekolah luar
Audit bandar di Sabah dan Sarawak untuk mendapat bekalan air
bersih. Bagaimanapun, penyenggaraan sistem telaga tiub yang
dilaksanakan oleh kontraktor adalah kurang memuaskan
kerana hanya 64.6% sistem telaga tiub di sekolah yang
dilawati berstatus baik.

5.1.2. Pencapaian Outcome

Objektif sistem telaga tiub adalah untuk membekalkan air bersih di sekolah luar
bandar Sabah dan Sarawak dan penyenggaraan dibuat untuk memastikan
keseluruhan fasiliti berfungsi dengan sempurna, efisien dan berterusan bagi
menyalurkan air bersih ke sekolah sehingga mendapat bekalan air awam. Air bersih
yang disalurkan perlulah cukup dan mengikut piawaian.

5.1.2.1. Kecukupan Air Telaga Tiub

a. Semakan Audit mendapati tiada mekanisme yang boleh digunakan untuk


mengukur sama ada bekalan air ke sekolah adalah mencukupi kerana sistem
telaga tiub yang dipasang tidak mempunyai meter bagi pengukuran
penyaluran air. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati KPM telah
melaksanakan kajian kepuasan pelanggan di kalangan Guru Besar, guru dan
pegawai PPD pada tahun 2019 bagi mengukur sama ada bekalan air melalui
sistem telaga tiub di sekolah adalah mencukupi. Kajian melibatkan 295
responden meliputi Fasa 1 (kerja penyenggaraannya dilaksanakan oleh
Syarikat 247680-P) serta Fasa 2 dan 3 (kerja penyenggaraannya
dilaksanakan oleh Syarikat 456872-M). Hasil kajian mendapati 80.4%
responden di sekolah Fasa 1 dan 97.5% responden di sekolah Fasa 2 dan 3
bersetuju bekalan air telaga tiub mencukupi untuk kegunaan seluruh
sekolah. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.

JADUAL 7
HASIL KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN YANG
DILAKSANAKAN OLEH KPM PADA TAHUN 2019
KONTRAKTOR BIL. TEMPOH METODOLOGI
FASA DAPATAN KAJIAN
PENYENGGARAAN RESPONDEN KAJIAN KAJIAN

80.4% responden bersetuju


Sabah - 51
Fasa 1 Syarikat 247680P Ogos 2019 Atas talian air mencukupi untuk
Sarawak - 204
kegunaan seluruh sekolah

97.5% responden bersetuju


Mac dan Borang Soal
Fasa 2 dan 3 Syarikat 456872M Sabah - 40 air mencukupi untuk
April 2019 Selidik
kegunaan seluruh sekolah
Sumber: Borang Penilaian Kontraktor dan Laporan Semakan Audit Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub Fasa 1

10--12
10 12 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 12 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

b. Selanjutnya pihak Audit telah melaksanakan kajian kepuasan pelanggan


dengan mengedarkan 484 borang soal selidik kepada pentadbir dan guru di
sekolah yang dilawati untuk menentukan kecukupan air telaga tiub. Hasil
kajian Audit mendapati hanya 247 (51.0%) responden bersetuju
bekalan air telaga tiub mencukupi, manakala 237 (49.0%)
responden tidak bersetuju. Selain itu, lawatan audit ke 48 sampel
sekolah pada 24 hingga 28 Februari 2020 mendapati 28 (58.3%)
sekolah bergantung kepada sumber air selain daripada telaga
tiub, iaitu sumber air graviti (air sungai atau bukit) dan air
tadahan hujan kerana kekurangan air telaga tiub seperti dalam
Jadual 8. Keadaan ini berlaku antaranya disebabkan kontraktor pembinaan
sistem telaga tiub tidak mendapatkan khidmat nasihat JMG sebelum
memulakan pembinaan menyebabkan pelaksanaan kerja pembinaan tidak
mengikut amalan terbaik.

JADUAL 8
SUMBER AIR SEKOLAH DI SABAH DAN SARAWAK
SUMBER AIR DISEKOLAH (BILANGAN SEKOLAH)
SELAIN TELAGA TIUB
BIL.
NEGERI FASA TELAGA TIUB (GRAVITI/SUNGAI/ PAIP AWAM
SAMPEL
HUJAN)
BIL. PERATUS BIL. PERATUS BIL. PERATUS
Fasa 1 10 9 90.0 4 40.0 3 30.0
Fasa 2 4 4 100 1 25.0 2 50.0
Sabah
Fasa 3 3 3 100 - - 1 33.3
Fasa 4 7 7 100 4 57.1 - -
Fasa 1 22 21 95.5 17 77.3 1 4.5
Fasa 2 - - - - - - -
Sarawak
Fasa 3 - - - - - - -
Fasa 4 2 2 100 2 100 - -
JUMLAH 48 46 95.8 28 58.3 7 14.6
Sumber: Analisis Borang Pengesahan Pihak Sekolah

c. Perbezaan hasil kajian KPM dan Audit untuk menilai kecukupan air ini
disumbang faktor sampel sekolah dan responden yang berbeza. Berdasarkan
rekod kajian KPM, hanya 17 (11.2%) daripada 152 sekolah yang
dilaksanakan kajian oleh KPM adalah meliputi sampel sekolah yang dipilih
Audit. Selain itu, responden kajian KPM meliputi Guru Besar, guru dan
pegawai PPD manakala kajian oleh Audit adalah di kalangan Guru Besar,
guru dan pentadbir sekolah. Responden sekolah yang dilawati Audit juga
meliputi purata sepuluh (10) responden setiap sekolah berbanding kajian
KPM hanya satu (1) responden di kalangan Guru Besar di 142 sekolah,
manakala di sepuluh (10) sekolah melibatkan antara dua (2) hingga 18
responden.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 13
- 13
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 13 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

5.1.2.2. Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan


Kontraktor serta Kualiti dan Prestasi Bekalan Air

a. Pihak Audit telah mengedarkan borang soal selidik kepada 1,030 pentadbir,
guru dan murid di 48 sampel sekolah yang dilawati bagi menilai tahap
kepuasan terhadap perkhidmatan kontraktor serta kualiti dan prestasi
bekalan air. Perkara yang dinilai dalam aspek perkhidmatan kontraktor
meliputi penyenggaraan, pengendalian aduan dan khidmat nasihat. Aspek
kualiti dan prestasi bekalan air pula meliputi kualiti air, gangguan bekalan air
dan keberkesanan sistem telaga tiub. Skala pemarkahan yang digunakan
dalam menilai tahap kepuasan responden adalah Lemah (0 – 39%), Tidak
Memuaskan (40 – 59%), Sederhana (60 – 79%), Baik (80 – 89%) dan
Cemerlang (90 – 100%).

b. Analisis Audit terhadap maklum balas 1,030 responden mendapati secara


keseluruhannya, hanya 59.9% responden berpuas hati dengan
perkhidmatan kontraktor serta prestasi bekalan air melalui
sistem telaga tiub, manakala 40.1% responden tidak berpuas
hati. Analisis Audit juga mendapati aspek perkhidmatan kontraktor yang
tidak memuaskan adalah pengendalian aduan, iaitu 41.7% dan khidmat
nasihat 58.2%. Selain itu, untuk aspek kualiti dan prestasi bekalan air,
sebanyak 42.1% responden tidak berpuas dengan gangguan bekalan air,
manakala 74.7% berpuas hati dengan keberkesanan sistem telaga tiub dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Rajah 2.

RAJAH 2
TAHAP KEPUASAN PENGGUNA SECARA KESELURUHAN
TERHADAP PERKHIDMATAN KONTRAKTOR
Perkhidmatan Kontraktor Kualiti dan Prestasi Bekalan Air KESELURUHAN

100
Tahap Kepuasan (%)

25.3
37.7 41.7 35.5 42.1
80 58.2
60
40.1%
40 74.7
62.3 58.3 64.5 57.9 59.9%
41.8
20

0
Penyenggaraan Pengendalian Khidmat Kualiti Air Gangguan Keberkesanan
Aduan Nasihat Bekalan Air STT

ELEMEN YANG DINILAI

Tidak Berpuas Hati Berpuas Hati Tidak Berpuas Hati

Sumber: Analisis Soal Selidik JAN


Nota: (STT) – Sistem Telaga Tiub

10--14
10 14 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 14 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

5.1.2.3. Kebolehfungsian Peralatan Sistem Telaga Tiub

a. Pemeriksaan Audit terhadap kebolehfungsian peralatan sistem telaga tiub di


45 (93.8%) daripada 48 sekolah yang dilawati mendapati tahap
kebolehfungsian peralatan adalah antara 65.2% hingga
100%. Peralatan yang mempunyai tahap kebolehfungsian kurang daripada
100% adalah berdasarkan keadaan fizikal komponen sistem telaga tiub yang
menunjukkan kesan wear and tear seperti karat yang ketara, kebocoran
pada gasket, seal dan sambungan paip. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 9.

JADUAL 9
RUMUSAN KEBOLEHFUNGSIAN DAN KEADAAN SEMASA KOMPONEN UTAMA
SISTEM TELAGA TIUB SEKOLAH LUAR BANDAR SABAH DAN SARAWAK
KEBOLEHFUNGSIAN DAN KEADAAN SEMASA KOMPONEN UTAMA
KOMPONAN
BIL. 22 SEKOLAH DI SABAH (BIL. SEKOLAH) 23 SEKOLAH DI SARAWAK (BIL. SEKOLAH)
UTAMA
a b c d e f (%)* a b c d e f (%)*
1. Hand pump 17 3 1 - - 1 81.0 22 1 - - - - 95.7
2. Submersible pump 16 - - - 5 1 100.0 22 1 - - - - 95.7
3. Booster pump 18 1 2 - - 1 85.7 16 - 7 - - - 69.6
4. Water tank 17 1 3 - 1 - 81.0 21 - - 2 - - 91.3
5. Filter 17 3 - 2 - - 77.3 20 - - 3 - - 87.0
6. RO Unit 9 1 - - 12 - 90.0 15 3 3 2 - - 65.2
Sumber: Lawatan Fizikal Audit
Nota: (a) - Berfungsi dengan Baik
(b) - Rosak/Tidak Berfungsi dengan Baik
(c) - Berfungsi Tetapi Terdapat Kesan Wear and Tear Ketara dan Memerlukan Pembaikan
(d) - Berfungsi Tetapi Tidak Disenggara dengan Baik
(e) - Tidak Memerlukan Pemasangan Komponen Berkaitan
(f) - Hilang
(%)* - Peratusan Kebolehfungsian (Tidak Termasuk Peralatan yang Tidak Dipasang dan Hilang)

Maklum balas KPM yang diterima pada 23 Jun 2020 dan 3 Julai 2020

Isu ketidakcukupan air telaga tiub, RO dan tangki simpanan air telah dibincang
dalam Bengkel Penyediaan Dokumen Tender Kontrak Penyenggaraan Sistem
Telaga Tiub di Miri, Sarawak pada 26 hingga 29 Ogos 2019 serta Mesyuarat
Penyelarasan dan Kemajuan Projek Bil. 1/2020 pada 21 Januari 2020. Bengkel
ini dihadiri oleh pihak JMG, Jabatan Kerja Raya (JKR), KPM, JPN Sabah dan
Sarawak serta PPD yang berkaitan. Penyaluran air selain air bawah tanah ke
dalam sistem telaga tiub telah dibincang terlebih dahulu dengan mengambil kira
pandangan antara pihak PPD, kontraktor dan KPM semasa Mesyuarat
Penyelarasan dan Kemajuan Projek.

KPM juga telah mengemukakan surat kepada kontraktor pada 6 September 2019
untuk melaksanakan semakan senarai komponen utama telaga tiub dan keadaan
jana kuasa bagi memastikan aset yang diserahkan mencukupi dan mengikut
spesifikasi. Bagaimanapun, sehingga bulan Jun 2020, syarikat 247680-P masih
belum mengemukakannya dan KPM telah mengeluarkan surat peringatan
kepada syarikat 247680-P pada 14 November 2019 dan 29 April 2020.
Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 15
- 15
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 15 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Objektif sistem telaga tiub di sekolah luar bandar Sabah


Audit dan Sarawak masih belum tercapai sepenuhnya kerana
tahap bekalan air secara keseluruhan dari aspek
kecukupan, kualiti dan prestasi serta perkhidmatan
kontraktor masih di tahap yang tidak memuaskan.

5.2. Pengurusan Projek

5.2.1. Pencapaian Kewangan

a. Kos kontrak projek penyenggaraan melibatkan 419 sekolah luar bandar Sabah
dan Sarawak bagi Fasa 1 hingga 4 telah dimeterai dengan syarikat 247680-P
berjumlah RM221.05 juta. Semakan Audit mendapati kos keseluruhan kerja
penyenggaraan sistem telaga tiub sehingga 31 Mac 2020 adalah berjumlah
RM733.51 juta. Kos ini meliputi kerja penyenggaraan di 334 (79.7%) sekolah
yang masih memerlukan sistem telaga tiub kerana belum mendapat bekalan air
awam. KPM telah melanjutkan kerja penyenggaraan di sekolah tersebut melalui
supplementary agreement dengan syarikat 247680-P berjumlah RM494.56 juta
dan kontrak baru dengan syarikat 456872-M berjumlah RM17.90 juta. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
KONTRAK PROJEK PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB DI SEKOLAH
LUAR BANDAR SABAH DAN SARAWAK DALAM TEMPOH TAHUN 2006 HINGGA 2021
KONTRAK LANJUTAN
BIL. KONTRAK ASAL OLEH KONTRAK LANJUTAN OLEH
OLEH SYARIKAT JUMLAH KOS
SEKOLAH SYARIKAT 247680-P SYARIKAT 247680-P
456872-M KONTRAK
FASA DI SABAH
KOS KOS KOS (RM Juta)
DAN
SARAWAK TEMPOH (RM Juta) BIL. TEMPOH (RM Juta) TEMPOH (RM Juta) (A)+(B)+(C)
(A) (B) (C)
01.11.2009 -
01.11.2006 –
30.04.2020
Fasa 1 285 31.10.2009 113.78 4 kali 462.69 - - 576.47
(10 tahun
(3 tahun)
6 bulan)
24.04.2011 -
24.04.2008 –
23.10.2017
Fasa 2 30 23.04.2011 10.98 3 kali 29.11
(6 tahun
(3 tahun) 01.03.2018
6 bulan)

17.90 69.71
26.04.2016 - 28.02.2021
25.04.2011 – (3 tahun)
25.10.2017
Fasa 3 12 24.04.2016 8.96 2 kali 2.76
(1 tahun
(5 tahun)
6 bulan)

25.08.2016 –
87.33
Fasa 4 92 24.08.2021 - - 0 - - 87.33
(5 tahun)

JUMLAH 419 - 221.05 - - 494.56 - 17.90 733.51


Sumber: MoF dan KPM
Nota: Kontrak dengan Syarikat 456872-M yang Dilantik Secara Tender Terbuka adalah bagi Sambungan Kerja
Penyenggaraan Fasa 2 dan Fasa 3 melibatkan 40 Sekolah. Dua (2) Sekolah Ditamatkan Kerja Penyenggaraan
kerana Telah Mendapat Bekalan Air Awam

10--16
10 16 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 16 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

b. Peruntukan keseluruhan projek penyenggaraan sistem telaga tiub di sekolah luar


bandar Sabah dan Sarawak yang telah diluluskan bagi tahun 2017 hingga 2019
berjumlah RM233.92 juta. Sehingga bulan Disember 2019 sejumlah RM220.42
juta (94.2%) telah dibelanjakan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
PRESTASI PERBELANJAAN PROJEK PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB
DI SEKOLAH LUAR BANDAR SABAH DAN SARAWAK SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
PERUNTUKAN (RM Juta) PERBELANJAAN
TAHUN JUMLAH
ASAL (A) TAMBAHAN (B) (RM Juta) PERATUS
(A) + (B)
2017 69.32 0.00 69.32 69.32 100
2018 60.00 16.10 76.10 66.95 88.0
2019 60.00 28.50 88.50 84.15 95.1
JUMLAH 189.32 44.60 233.92 220.42 94.2
Sumber: KPM

Pendapat Prestasi perbelanjaan bagi projek penyenggaraan sistem


Audit telaga tiub dalam tempoh tahun 2017 hingga 2019 secara
purata adalah sebanyak 94.2%.

5.2.2. Perancangan Projek

a. Penetapan Harga Kontrak Lanjutan Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub

i. Berdasarkan Pekeliling Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana


Menteri (JPM) Bilangan 3 Tahun 2009, Pengurusan Nilai (VM) hendaklah
dilaksanakan untuk mengenal pasti, menyediakan pilihan dan mengeluarkan
komponen dan kos yang tidak menyumbang kepada nilai projek tanpa
menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.

ii. Semakan Audit mendapati KPM telah melaksanakan VM bagi projek


penyenggaraan sistem telaga tiub Fasa 1 (lanjutan ketiga) pada 3 hingga 5
November 2014. VM ini dibuat selepas MoF meluluskan projek tersebut
dibuat secara lantikan terus dengan syarikat 247680-P pada 2 September
2014 dan kos kontrak ditetapkan berdasarkan anggaran jabatan setelah
dibawa dan diputuskan dalam VM. Hasil VM tersebut, anggaran kos asal
projek berjumlah RM154.80 juta dapat dikurangkan kepada RM133.97 juta,
iaitu penjimatan berjumlah RM20.83 juta (13.5%). KPM telah
mengemukakan Laporan VM ini kepada MoF pada 9 Disember 2014 untuk
memuktamadkan harga kontrak.

iii. Bagaimanapun, MoF pada 10 Disember 2014 memaklumkan


kepada KPM bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju
Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 17
- 17
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 17 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

meluluskan harga perolehan berjumlah RM239.04 juta seperti


yang dipohon oleh syarikat 247680-P. Ini menyebabkan
Kerajaan terpaksa menanggung kos kontrak yang lebih tinggi
sebanyak RM84.24 juta (54.4%) berbanding Anggaran
Jabatan dan RM105.07 juta (78.4%) berbanding kos dalam
VM. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
KRONOLOGI KELULUSAN PELANJUTAN KONTRAK PENYENGGARAAN
SISTEM TELAGA TIUB FASA 1 (LANJUTAN KETIGA)
BIL. TARIKH PERIHAL

Syarikat 247680-P mengemukakan surat kepada YAB Perdana Menteri (PM)


memohon sambungan kontrak penyenggaran Fasa 1 selama lima (5) tahun dengan harga
1. 17.06.2014
kontrak berjumlah RM239,042,816, iaitu berdasarkan kepada nilai kontrak semasa dengan
kenaikan harga pada kadar 5% compounded setiap tahun.

MoF dalam Memorandum Pertimbangan YAB Menteri Kewangan berpandangan Kontrak


Penyenggaraan Fasa 1 dilaksanakan secara tender terbuka merupakan pilihan terbaik.
2. 29.08.2014 Namun, YAB Menteri Kewangan pada 2 September 2014 memutuskan kontrak penyenggaraan
Fasa 1 dilaksanakan secara rundingan terus dengan Syarikat 247680-P untuk tempoh
lima (5) tahun
MoF meluluskan permohonan KPM untuk melanjutkan kontrak penyenggaraan sistem telaga
3. 02.09.2014 tiub (Fasa 1) di 167 sekolah di Sarawak dan 66 sekolah di Sabah dengan Syarikat 247680-P
selama lima (5) tahun mulai 1 November 2014 hingga 31 Oktober 2019

KPM memohon Syarikat 247680-P untuk mengemukakan cadangan skop dan butiran terperinci
4. 15.10.2014
kewangan (Bill of Quantity) selewat-lewatnya pada 21 Oktober 2014

KPM mengemukakan surat kepada MoF mengambil maklum kelulusan MoF melanjutkan kontrak
Fasa 1 kepada Syarikat 247680-P (lanjutan 3) selama lima (5) tahun (1 November 2014 hingga
31 Oktober 2019) dan KPM telah memanjangkan surat kepada EPU pada 26 September 2014
5. 23.10.2014
untuk melaksanakan VM. Pra-Lab VM telah diadakan pada 8 Oktober 2014 dengan pandangan
EPU antaranya bengkel VM diadakan pada 3 hingga 5 November 2014 dan pihak Syarikat
247680-P turut dijemput.

MoF mengemukakan surat kepada KPM bersetuju meluluskan permohonan KPM untuk
pelanjutan kontrak Fasa 1 dengan Syarikat 247680-P bagi tempoh dua (2) bulan mulai
6. 31.10.2014
1 November 2014 hingga 31 Disember 2014 atau sehingga Surat Setuju Terima (SST) kontrak
baharu dikeluarkan mengikut mana yang terdahulu

 Syarikat 247680-P kemuka surat kepada MoF menyatakan YAB PM telah meluluskan
permohonannya selama lima (5) tahun. Namun MoF hanya melanjutkan kontrak selama
dua (2) bulan. Jumlah harga tahunan kontrak bagi tempoh sambungan adalah berdasarkan
7. 08.12.2014 kepada nilai kontrak semasa dengan kenaikan pada kadar 5% compounded setiap tahun.
Jumlah keseluruhan kontrak RM239,042,816.
 YAB PM meminitkan di atas surat tersebut bersetuju kontrak disambung kepada Syarikat
247680-P

KPM mengemukakan Laporan Bengkel VM kepada MoF bagi tujuan memuktamadkan harga. Kos
8. 09.12.2014 projek sebelum VM (Anggaran Jabatan) berjumlah RM154,800,000 dan kos selepas VM
berjumlah RM133,973,557.

MoF kemuka surat kepada KPM bersetuju meluluskan permohonan Syarikat


247680-P untuk melanjutkan kontrak penyenggaraan Fasa 1 seperti kontrak asal melalui
supplementary agreement dengan syarat antaranya seperti berikut:

9. 10.12.2014  Tempoh kontrak 1 November 2014 hingga 31 Oktober 2019 bagi 233 sekolah (167 Sarawak
dan 66 Sabah);
 Harga kontrak berdasarkan nilai kontrak semasa dengan kenaikan 5% setiap
tahun. Harga purata bagi tempoh lima (5) tahun adalah RM47,808,563 dan jumlah
keseluruhan harga kontrak berjumlah RM239,042,816.

Sumber: Bahagian Perolehan Kerajaan, MoF

10--18
10 18 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 18 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Maklum balas MoF yang diterima pada 18 Jun 2020

Justifikasi keputusan MoF melalui surat bertarikh 10 Disember 2014 adalah


berdasarkan catatan minit YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di
atas surat Syarikat 247680-P bertarikh 8 Disember 2014 iaitu “Bersetuju kontrak ini
disambung kepada Syarikat 247680-P”. Surat KPM bertarikh 9 Disember 2014
mengenai VM diperoleh setelah keputusan tersebut telah dibuat oleh YAB Perdana
Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Pendapat Penetapan harga pelanjutan kontrak penyenggaraan


Audit melebihi anggaran Jabatan, iaitu sebanyak 54.4% dan VM
sebanyak 78.4% tanpa justifikasi yang jelas menyebabkan
Kerajaan terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi dan
tidak memperoleh nilai terbaik dalam perolehan.

5.2.3. Pelantikan Kontraktor

a. Pelantikan Kontraktor Secara Lanjutan Untuk Tempoh Yang Panjang

i. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK 2.1 (Kaedah Perolehan Kerajaan),


Perenggan 8, menetapkan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang
melibatkan perbelanjaan tahunan atau sesuatu kontrak melebihi RM500,000
hendaklah dipelawa secara tender terbuka.

ii. Semakan Audit mendapati syarikat 247680-P yang dilantik sebagai


kontraktor penyenggaraan sistem telaga tiub Fasa 1 hingga 4
telah diluluskan lanjutan kerja penyenggaraan secara
rundingan terus melalui supplementary agreement sebanyak
sembilan (9) kali untuk tempoh tahun 2009 hingga 2020
setelah kontrak asal tamat. Pelanjutan ini meliputi empat (4) kali
untuk Fasa 1, tiga (3) kali untuk Fasa 2 dan dua (2) kali untuk Fasa 3
dengan kos kontrak penyenggaraan berjumlah RM494.56 juta.

Maklum balas KPM yang diterima pada 22 Mei 2020

KPM telah kemukakan cadangan untuk kontrak penyenggaraan sistem telaga


tiub dilaksanakan secara tender terbuka pada 10 November 2005. Namun
begitu, pelantikan kontraktor yang sama bagi kontrak Fasa 1 secara lantikan
terus dilaksanakan selaras dengan surat MoF bagi lanjutan masa kedua, ketiga
dan keempat. Bagi kontrak Fasa 2 dan Fasa 3 yang telah tamat pada tahun
2017, KPM berjaya melaksanakan pelantikan kontraktor baharu secara tender
terbuka.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 19
- 19
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 19 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

b. Pelantikan Kontraktor Tanpa Melalui Kaedah Perolehan yang


Diputuskan oleh MoF

i. Berdasarkan surat kelulusan projek penyenggaraan bertarikh 16 Februari


2006, 12 November 2009 dan 23 Mac 2012, MoF memutuskan pelaksanaan
semua kontrak penyenggaraan sistem telaga tiub selepas tamat kontrak
dengan syarikat 247680-P hendaklah dipelawa secara tender terbuka.

ii. Semakan Audit mendapati MoF meluluskan sembilan (9) kali


lanjutan kontrak kepada syarikat 247680-P walaupun telah
memutuskan kontrak penyenggaraan tersebut selepas tamat
tempoh kontrak dengan syarikat 247680-P dipelawa secara
tender terbuka.

iv. Semakan Audit selanjutnya terhadap proses perolehan projek


penyenggaraan Fasa 1 (lanjutan pertama) mendapati KPM selepas kontrak
penyenggaraan Fasa 1 tamat, mengemukakan surat kepada MoF pada
9 Oktober 2009. KPM telah memaklumkan MoF bahawa dokumen dan
senarai kuantiti (BQ) sedang disediakan untuk tawaran penyambungan kerja
penyenggaraan Fasa 1 yang dijangka diiklankan pada 26 Oktober 2009.
Bagaimanapun, MoF pada 12 November 2009 memaklumkan KPM bahawa
kelulusan telah diberikan terhadap permohonan Syarikat 247680-P untuk
pelanjutan kerja penyenggaraan bagi tempoh tiga (3) tahun mulai
1 November 2009 dengan opsyen tambahan dua (2) tahun. Kronologi proses
kelulusan Fasa 1 (lanjutan pertama) adalah seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13
KRONOLOGI PELAKSANAAN KONTRAK LANJUTAN PERTAMA (FASA 1) BAGI
PENYENGGARAAN DI 211 SEKOLAH DI SARAWAK DAN 74 SEKOLAH DI SABAH
BIL. TARIKH PERIHAL

Syarikat 247680-P kemuka surat kepada MoF bagi permohonan penyambungan kontrak
1. 25.08.2009
penyenggaraan 211 sekolah di Sarawak dan 74 sekolah di Sabah.

KPM mengemukakan surat kepada MoF memaklumkan kontrak penyenggaraan oleh Syarikat
247680-P akan tamat pada 31 Oktober 2009. KPM sedang dalam penyediaan dokumen dan BQ
2. 09.10.2009
serta tawaran dijangka diiklankan pada 26 Oktober 2009. Syarikat 247680-P boleh menyertai
tender sekiranya berminat.

Syarikat 247680-P kemuka surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), MoF
memaklumkan YAB PM pada 27 Oktober 2009 telah meluluskan lanjutan kontrak
penyenggaraan di 211 sekolah di Sarawak dan 74 sekolah di Sabah. Tempoh sambungan
3. 29.10.2009
kontrak lima (5) tahun iaitu 1 November 2009 hingga 31 Oktober 2014. Jumlah tahunan
kontrak berdasarkan kontrak asal dengan penambahan 5% setiap tahun sepanjang
tempoh sambungan kontrak.

10--20
10 20 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 20 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

BIL. TARIKH PERIHAL

MoF dalam Memorandum Pertimbangan bertarikh 30 Oktober 2009 bagi permohonan Syarikat
247680-P untuk menyambung kontrak penyenggaraan sistem telaga tiub di 211 sekolah di
Sarawak dan 74 sekolah di Sabah antaranya mengesyorkan:
4. 30.10.2009
 Permohonan Syarikat 247680-P tidak diluluskan.
 Keputusan MoF untuk melaksanakan kontrak penyenggaraan secara tender
terbuka dikekalkan.

KSP, MoF mempengerusikan perbincangan mengenai penyenggaraan telaga tiub di 211


5. 30.10.2009 sekolah di Sarawak dan 74 sekolah di Sabah yang dihadiri wakil KPM dan Syarikat 247680-P.
Susulan kelulusan sambungan kontrak oleh YAB Perdana Menteri.

Memorandum Pertimbangan YAB Menteri Kewangan berkaitan permohonan Syarikat 247680-P


untuk menyambung kontrak penyenggaraan sistem telaga tiub di 211 sekolah di Sarawak dan
74 sekolah di Sabah diangkat pada 5 November 2009. KSP, MoF bersetuju dengan syor MoF
antaranya seperti berikut:
 Permohonan Syarikat 247680-P untuk melanjutkan kontrak penyenggaraan diluluskan bagi
tempoh dua (2) tahun mulai 1 November 2009.
6. 05.11.2009
 Pelaksanaan semua kontrak penyenggaraan sistem telaga tiub selepas tamat
kontrak dengan Syarikat 247680-P hendaklah dipelawa secara tender terbuka.
YAB PM dalam memorandum tersebut meminitkan bersetuju diluluskan untuk tempoh
tiga (3) tahun tambah dua (2) tahun (diputuskan kemudian), iaitu sepertimana
permohonan Syarikat 247680-P pada 29 Oktober 2009 yang memohon untuk tempoh
sambungan kontrak selama lima (5) tahun.

 MoF kemuka surat kepada KPM memaklumkan bersetuju meluluskan permohonan Syarikat
247680-P sepertimana Memorandum Pertimbangan YAB Menteri Kewangan pada
5 November 2009 dengan tempoh lanjutan selama tiga (3) tahun mulai 1 November 2009
dengan opsyen lanjutan dua (2) tahun lagi tertakluk kepada pertimbangan semula MoF.
7. 12.11.2009
 MoF dalam surat kelulusan menyambung kontrak projek penyenggaraan sistem telaga tiub
di 211 sekolah di Sarawak dan 74 sekolah di Sabah, memutuskan pelaksanaan semua
kontrak penyenggaraan untuk sistem perigi tiub selepas tamat tempoh kontrak dengan
Syarikat 247680-P hendaklah dipelawa secara tender terbuka.
Sumber: MoF

Maklum balas KPM yang diterima pada 13 November 2020

KPM telah melaksanakan perolehan secara tender terbuka bagi Kontrak Fasa 1
pada tahun 2014 dengan menambahbaik syarat kontrak namun dibatalkan oleh
MoF pada 2 September 2014. KPM telah berjaya melaksanakan perolehan tender
terbuka bagi Kontrak Penyelenggaraan Telaga Tiub bagi 40 di Sabah pada tahun
2018 dengan menambahbaik syarat kontrak dan mendapat harga yang lebih
kompetitif serta memihak kepada Kerajaan. Selain itu, KPM telah mendapat
persetujuan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 19 Oktober
2020 untuk dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek penyenggaraan sistem
di sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak.

Maklum balas MoF yang diterima pada 18 Jun 2020

MoF mengesyorkan kelulusan melanjutkan kontrak penyenggaraan Fasa 1


(lanjutan pertama) memandangkan tempoh kontrak semasa telah tamat pada
31 Oktober 2009 dan KPM pada masa tersebut belum memuktamadkan tender
baharu. KPM memaklumkan hanya bercadang untuk mengiklankan tender

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 21
- 21
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 21 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

tersebut pada 26 Oktober 2009 (berdasarkan maklum balas KPM bertarikh


9 Oktober 2009). Oleh yang demikian, YAB PM merangkap Menteri Kewangan
telah meluluskan pelanjutan kontrak kepada Syarikat 247680-P.

MoF telah meluluskan lanjutan kedua kontrak selama dua (2) tahun lagi
berdasarkan minit kelulusan YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) bertarikh 19 Mac 2012 iaitu
“Bersetuju disambung 2 tahun lagi seperti keputusan asal. Sila uruskan”.

Pendapat Proses pelantikan kontraktor yang dibuat secara lanjutan


Audit sebanyak sembilan (9) kali untuk tempoh 2009 hingga
2020 secara rundingan terus menyebabkan Kerajaan
tidak mendapat harga yang kompetitif serta value for
money.

5.2.4. Pentadbiran Kontrak

5.2.4.1. Tiada Exit Clause untuk Pemberhentian Perkhidmatan


Penyenggaraan

a. Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK 4.1, Perenggan 1,


agensi hendaklah memastikan pentadbiran kontrak diberi perhatian yang
serius. Ini adalah bagi menjaga kepentingan Kerajaan dan melicinkan urusan
berkaitan pelaksanaan sesuatu perolehan.

b. Semakan Audit mendapati tiada klausa dalam kontrak yang


menjelaskan tindakan di peringkat Kerajaan atau kontraktor
terhadap pemberhentian penyenggaraan di sekolah yang
telah mendapat bekalan air awam. Kelemahan ini menyebabkan
berlaku percanggahan antara KPM dan Syarikat 247680-P terhadap kos
pampasan pemberhentian kerja penyenggaraan di 18 sekolah pada tahun
2012 selepas sekolah mendapat bekalan air awam.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati Syarikat 247680-P telah membuat


tiga (3) tuntutan bayaran pampasan bagi tempoh 31 Oktober 2012 hingga
27 Mac 2018 berjumlah RM4.09 juta. Tuntutan ini adalah bagi 53 sekolah
yang telah ditamatkan kerja penyenggaraan dalam tempoh tersebut. Setakat
bulan April 2020, KPM hanya membuat bayaran bagi tuntutan pertama
berjumlah RM393,239 pada 14 Ogos 2017. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 14.

10--22
10 22 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 22 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 14
TUNTUTAN PAMPASAN YANG DIBUAT OLEH SYARIKAT 247680-P
JUMLAH 70%
BIL.
BIL. KONTRAK KOS TETAP TARIKH DIBAYAR
SEKOLAH
(RM)
1. Supplementary Agreement 1 18 393,239 14.08.2017
2. Supplementary Agreement 2 12 1,375,674 Belum bayar
3. Supplementary Agreement 3 23 2,319,691 Belum bayar
JUMLAH 53 4,088,604
Sumber: Dokumen Tuntutan Syarikat 247680-P Bertarikh 5 April 2019

d. Semakan Audit terhadap tuntutan pampasan oleh Syarikat 247680-P pada


tahun 2013 mendapati KPM pada 10 Julai 2013 telah mengemukakan surat
kepada MoF mengesyorkan 37% nilai tuntutan layak dibayar kepada Syarikat
247680-P. Bagaimanapun, Syarikat 247680-P tidak bersetuju dan menuntut
bayaran mengikut pecahan kos iaitu kos tetap sebanyak 70% dan kos
berubah 30%. MoF pada 2 Mei 2014, memutuskan tuntutan tersebut
dirunding oleh KPM bersama Syarikat 247680-P tertakluk kepada
persetujuan kedua-dua pihak dan keputusan rundingan dikemukakan kepada
MoF untuk dimuktamadkan sekiranya tiada persetujuan dicapai.

Maklum balas KPM yang diterima pada 22 Mei 2020

KPM telah memasukkan klausa pemberhentian penyenggaraan sekolah yang


telah disambung kepada paip awam dalam kontrak Syarikat 456872-M
berkuatkuasa mulai 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2021, Supplementary
Agreement lanjutan keempat Fasa 1 berkuatkuasa mulai 1 November 2019
hingga 30 April 2020 dan Dokumen Tender Kontrak baharu Fasa 1.

5.2.4.2. Komponen Sistem Telaga Tiub Berbeza Tetapi Kos


Penyenggaraan Sama

a. Berdasarkan kontrak penyenggaraan, setiap sekolah dilengkapi kemudahan


sistem telaga tiub yang berbeza. Antaranya control panel, generator, booster
pump, hand pump, submersible pump, sedimentation filter, iron removal
filter, activated carbon, water softener, pH adjuster, anti scalent, tangki air
dan sistem Osmosis Berbalik (sistem RO).

b. Semakan Audit mendapati kos projek penyenggaraan di semua


sekolah adalah sama walaupun komponen sistem telaga tiub
berbeza. Ini disebabkan kos tersebut telah dibuat secara lump sum, pro
rata dan tiada perincian. Berdasarkan dokumen kontrak, pecahan kos hanya
dibuat mengikut item preliminaries dan kos penyenggaraan yang sama bagi
setiap sekolah untuk tempoh tahun kontrak seperti dalam Jadual 15.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 23
- 23
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 23 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 15
KOS PROJEK PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB DI SABAH DAN SARAWAK
PERIHAL KOS SETAHUN (RM)
JUMLAH
FASA PENYENGGARAAN SETAHUN
TAHUN PRELIMINARIES
(BIL. SEKOLAH) (RM) JUMLAH (RM)
(A) PER SEKOLAH (RM) (A) + (B)
(B)
Fasa 1 (285) 1 1,896,401 RM126,427 x 285 sekolah 36,031,695 37,928,096
 Sarawak – 211
(RO) 2 1,896,401 RM126,427 x 285 sekolah 36,031,695 37,928,096
 Sabah – 74
3 1,896,401 RM126,427 x 285 sekolah 36,031,695 37,928,096
(Tanpa RO)
JUMLAH KOS FASA 1 5,689,203 - 108,095,085 113,784,288
Fasa 2 1 182,954 RM115,870 x 30 sekolah 3,476,100 3,659,054
Sabah – 30 2 182,954 RM115,870 x 30 sekolah 3,476,100 3,659,054
(RO - 27; Tanpa RO – RM115,870 x 29 sekolah
3) 3 182,954 3,476,185 3,659,139
RM115,955 x 1 sekolah
JUMLAH KOS FASA 2 548,862 - 10,428,385 10,977,247
1 89,604 RM141,874 x 12 sekolah 1,702,488 1,792,092
2 89,604 RM141,874 x 12 sekolah 1,702,488 1,792,092
Fasa 3 3 89,604 RM141,874 x 12 sekolah 1,702,488 1,792,092
Sabah - 12 (RO)
4 89,604 RM141,874 x 12 sekolah 1,702,488 1,792,092
RM141,874 x 11 sekolah
5 89,604 1,702,491 1,792,095
RM141,877 x 1 sekolah
JUMLAH KOS FASA 3 448,020 - 8,512,443 8,960,463
1 873,251 RM180,345 X 92 sekolah 16,591,740 17,464,991
Fasa 4 (92) 2 873,251 RM180,345 X 92 sekolah 16,591,740 17,464,991
Sarawak - 12 (RO) 3 873,251 RM180,345 X 92 sekolah 16,591,740 17,464,991
Sabah - 80 (RO) 4 873,251 RM180,345 X 92 sekolah 16,591,740 17,464,991
5 873,251 RM180,345 X 92 sekolah 16,591,740 17,464,991
JUMLAH KOS FASA 4 4,366,255 - 82,958,700 87,324,955
JUMLAH KOS KESELURUHAN 221,046,953
Sumber: KPM

c. Menurut KPM, penetapan kos tersebut dibuat berdasarkan anggaran kos


penyenggaraan mengikut kemudahan sistem telaga tiub yang dibina dan
juga lokasi sekolah. Kos bagi setiap sekolah ini dicampur dan di pro rata
mengikut bilangan sekolah. Keperluan kajian kos ini penting kerana
perbezaan kos yang signifikan terutamanya bagi penyenggaraan sistem
telaga tiub yang dilengkapi dengan sistem RO, iaitu melibatkan tambahan
kos penyenggaraan berjumlah RM9,569 setahun berdasarkan surat Syarikat
247680-P bertarikh 5 Julai 2006.

d. Semakan Audit selanjutnya mendapati MoF telah meluluskan peningkatan


kos bagi setiap kontrak lanjutan sebanyak 5% setahun berdasarkan kontrak
sedia ada. Mengikut perkiraan Audit, peningkatan kos penyenggaraan
setahun per sekolah bagi Fasa 1 adalah antara 13.2% hingga 18.2% untuk
setiap kali lanjutan. Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan asas kos dalam
kontrak tambahan tersebut dikaji semula berikutan pemberhentian kerja
penyenggaraan di 15 hingga 28 sekolah yang mendapat bekalan air awam
pada setiap lanjutan. Butiran lanjut seperti di Jadual 16.

10--24
10 24 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 24 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 16
KOS ASAS BAGI SETIAP KONTRAK UTAMA DAN KONTRAK LANJUTAN
KONTRAK PENYENGGARAAN FASA 1

PERIHAL KONTRAK KONTRAK KONTRAK KONTRAK


KONTRAK
LANJUTAN LANJUTAN LANJUTAN LANJUTAN
ASAL
PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT
Tempoh Kontrak (Tahun) 3 3 2 5 0.5
Bil. Sekolah / (Pengurangan) 285 264 / (21) 245 / (19) 230 / (15) 202 / (28)
Kos Pro Rata Setiap Sekolah
133,081 153,210 173,404 204,937 102,469
Setahun (RM)
Peratus Peningkatan Kos (%) - 15.1 13.2 18.2 -
Sumber: Dokumen Kontrak Fasa 1 dan Dokumen Kontrak Lanjutan
Nota: Dua (2) Sekolah Sekolah yang Ditamatkan Kerja Penyenggaraan Adalah di bawah Kontrak Baru Dengan
Syarikat 456872-M

e. Semakan Audit mendapati daripada 85 sekolah yang telah ditamatkan kerja


penyenggaraan antara tempoh tahun 2009 hingga 2017, sebanyak 76
(89.4%) sekolah dipasang sistem RO dengan kos penyenggaraan setahun
berjumlah RM727,244 (RM9,569 x 76 sekolah). Sekiranya tiada kajian
semula terhadap asas kos bagi baki sekolah yang masih disenggara setiap
kali lanjutan kontrak diluluskan, Kerajaan masih menanggung kos tersebut
setiap tahun kerana asas kos untuk setiap sekolah akan di buat secara lump
sum dan pro rata. Selain itu, purata kos penyenggaraan sebulan bagi setiap
murid yang ditanggung Kerajaan adalah bersamaan antara RM246 hingga
RM300,264 seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17
ANALISIS KOS PENYENGGARAAN PER MURID SETAHUN
PURATA KOS KONTRAK PER MURID PER BULAN

FASA SABAH SARAWAK

BIL. SEKOLAH RM BIL. SEKOLAH RM

Fasa 1 10 2,641 hingga 51,770 22 7,679 hingga 300,264

Fasa 2 5 400 hingga 1,647 - -

Fasa 3 2 246 dan 5,123 - -

Fasa 4 7 4,115 hingga 30,725 4 13,295 dan 15,194


Sumber: Analisis Audit Berdasarkan Maklumat KPM dan Borang Pengesahan Sekolah

Maklum balas KPM yang diterima pada 26 Jun 2020

Kontrak penyenggaraan sistem telaga tiub di Sabah (Fasa 2 dan Fasa 3) yang
berkuatkuasa mulai 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2021 telah dilaksanakan
secara tender terbuka yang lebih memihak kepada Kerajaan dengan
memperincikan senarai harga bagi setiap skop kerja. KPM akan memastikan kos
kontrak dikaji semula selaras dengan pengurangan bilangan sekolah.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 25
- 25
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 25 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Pentadbiran kontrak tidak diuruskan dengan teratur dan


Audit cekap kerana wujud kelemahan dalam syarat kontrak
yang menyebabkan kepentingan Kerajaan tidak terjamin.
Kos kontrak yang disediakan secara lump sum, pro rata
dan tiada perincian boleh memberi risiko Kerajaan
menanggung kos yang lebih tinggi berbanding yang
sepatutnya.

5.2.5. Pelaksanaan Kerja Penyenggaraan

5.2.5.1. Telaga Tiub Tidak Disenggara Untuk Tempoh yang Lama

a. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, AM 1.1 (Pengurusan Aset Kerajaan),


Perenggan 4, menetapkan Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
memastikan pengurusan aset dilaksanakan dengan cekap, teratur dan
berkesan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, antaranya memastikan
penyenggaraan ke atas aset dilaksanakan.

b. Semakan Audit mendapati kerja penyenggaraan sistem telaga tiub


bagi projek Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 hanya dimulakan dalam
tempoh antara 25 hingga 41 bulan dari tarikh tamat
pembinaan seperti dalam Jadual 18. Perkara ini berlaku disebabkan KPM
lewat mengemukakan cadangan perolehan projek penyenggaraan kepada
MoF. Cadangan perolehan projek penyenggaraan Fasa 1 hanya dikemukakan
oleh KPM kepada MoF pada 10 November 2005 berbanding tarikh tamat
projek pembinaan pada 19 September 2004, iaitu setelah hampir 13 bulan
projek siap. Cadangan perolehan penyenggaraan untuk Fasa 2 pula hanya
dikemukakan pada 27 Ogos 2007 berbanding tarikh tamat projek pembinaan
pada 15 Februari 2006 iaitu setelah hampir 18 bulan projek siap. Pihak Audit
tidak dapat menentukan tempoh proses perolehan penyenggaraan Fasa 3
mula dibuat kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati kerja penyenggaraan Fasa 1


hingga 3 telah dimulakan selepas tamat tempoh Defect
Liability Period (DLP) antara satu (1) hingga 17 bulan.

10--26
10 26 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 26 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 18
KELEWATAN PEROLEHAN KERJA PENYENGGARAAN SISTEM TELAGA TIUB
TEMPOH DIAMBIL TEMPOH DIAMBIL
MEMULAKAN MEMULAKAN
FASA/ TARIKH TARIKH
TARIKH KERJA KERJA
TEMPOH BIL. KONTRAK KONTRAK
TAMAT PENYENGGARAAN PENYENGGARAAN
KONTRAK SEKOLAH PEMBINAAN SENGGARA
DLP BERBANDING BERBANDING
PEMBINAAN TAMAT BERMULA
TARIKH TARIKH
SIAP PEMBINAAN DLP
Fasa 1
(20.09.2002 285 19.09.2004 19.09.2006 01.11.2006 773 hari (25 bulan) 43 hari (1 bulan)
-19.09.2004)
Fasa 2
(15.08.2005 30 15.02.2006 15.02.2008 24.04.2008 799 hari (26 bulan) 69 hari (2 bulan)
-15.02.2006)
Fasa 3
(04.06.2007 12 03.12.2007 03.12.2009 25.04.2011 1,239 hari (41 bulan) 508 hari(17 bulan)
-03.12.2007)
Fasa 4
(25.08.2014 92 24.08.2016 24.08.2018 25.08.2016 - -
-24.08.2016)
Sumber: KPM

d. Kelewatan proses perolehan kerja penyenggaraan


menyebabkan sistem telaga tiub tidak disenggara untuk
tempoh yang lama dan boleh menjejaskan kualiti air di
sekolah. Selain itu, pihak Audit tidak dapat memastikan sama ada projek
pembinaan Fasa 1 hingga 3 ada meliputi komponen penyenggaraan. Perkara
ini disebabkan dokumen projek pembinaan tidak dapat dikemukakan kepada
Audit untuk semakan. Berdasarkan kertas cadangan kerja penyenggaraan
bagi Fasa 3 oleh Syarikat 247680-P pada tahun 2008, didapati keadaan
fasiliti/kemudahan di 12 sekolah di Sabah berada dalam keadaan teruk
kerana tidak disenggara untuk tempoh yang lama iaitu 40 bulan seperti
dalam Gambar 1 hingga 4.

GAMBAR 1 GAMBAR 2

SK Putatan, Kota Kinabalu, Sabah SMK Simpangan, Kota Marudu, Sabah


- Keadaan Booster Pump yang Berkarat Akibat Tidak - Keadaan Air Filter yang Tidak Lagi Boleh Digunakan
Disenggara Akibat Tidak Disenggara
(Tahun 2008) (Tahun 2008)
(Sumber: Laporan Syarikat 247680-P kepada MoF) (Sumber: Laporan Syarikat 247680-P kepada MoF)

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 27
- 27
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 27 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 3 GAMBAR 4

SK Lidong, Beluran, Sabah SK Pengiran Siti Hafsah, Karambunai, Sabah


- Keadaan Penapis (Sedimentation Filter, Iron Removal - Keadaan RO Catridge yang Dipenuhi Sisa Kotoran dan
Filter dan Activated Carbon) yang Dipenuhi Sisa Kotoran Tidak Diganti Akibat Tiada Kerja Penyenggaraan
dan Tidak Diganti Akibat Tiada Kerja Penyenggaraan (Tahun 2008)
(Tahun 2008) (Sumber: Laporan Syarikat 247680-P kepada MoF)
(Sumber: Laporan Syarikat 247680-P kepada MoF)

Maklum balas KPM yang diterima pada 23 Jun 2020

KPM telah melaksanakan penambahbaikan dalam projek penyenggaraan Fasa 4


di mana kerja penyenggaraan dilaksanakan sebaik kerja pembinaan selesai.

Pendapat Kelewatan dalam melaksanakan perolehan penyenggaraan


Audit adalah disebabkan kelemahan perancangan di peringkat KPM
yang boleh menjejaskan kemudahan sistem telaga tiub yang
dibina dan kualiti air yang dibekalkan kepada pihak sekolah.

5.2.5.2. Kekerapan Kerja Penyenggaraan


a. Dokumen kontrak dengan Syarikat 247680-P dan Syarikat 456872-M
menetapkan kerja penyenggaraan sistem telaga tiub di sekolah hendaklah
dilaksanakan untuk tempoh dua (2) bulan sekali. Selain itu, dokumen
kontrak dengan Syarikat 456872-M menetapkan secara terperinci kekerapan
kerja penyenggaraan untuk setiap komponen sistem telaga tiub seperti
dalam Jadual 19.

JADUAL 19
KEKERAPAN PENYENGGARAAN KOMPONEN SISTEM TELAGA TIUB
BIL. KOMPONEN SISTEM TELAGA TIUB KEKERAPAN PENYENGGARAAN
1. Telaga Tiub 2 kali setahun
2. Penjana Kuasa Elektrik 6 kali setahun
3. Sistem Rawatan Air 6 kali setahun
4. Tangki Air 6 kali setahun
5. Panel Kawalan 6 kali setahun
6. Sistem Saluran Paip dan Mekanikal 6 kali setahun
7. Struktur dan Bangunan 6 kali setahun
8. Pengambilan Sampel Air dan Ujian 6 kali setahun
9. Latihan 6 kali setahun
Sumber: Dokumen Kontrak Dengan Syarikat 456872-M

10--28
10 28 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 28 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

b. Lawatan fizikal Audit ke 48 sekolah pada 24 hingga 28 Februari 2020


mendapati kerja penyenggaraan sistem telaga tiub telah dilaksanakan setiap
dua (2) bulan mengikut syarat kontrak. Semakan Audit selanjutnya
mendapati Syarikat 456872-M telah melaksanakan kerja penyenggaraan
terhadap setiap komponen sistem telaga tiub sebanyak dua (2) hingga
enam (6) kali setahun. Bagaimanapun, Syarikat 247680-P hanya
melaksanakan penyenggaraan apabila terdapat komponen
yang tidak beroperasi secara optimum. Keadaan berlaku
disebabkan kontrak dengan Syarikat 247680-P tidak
menetapkan kekerapan kerja penyenggaraan untuk setiap
komponen sistem telaga tiub walaupun sistem yang sama
dipasang.

Maklum balas KPM yang diterima pada 23 Jun dan 13 November 2020

Walaupun tiada ketetapan berkenaan kekerapan penyelenggaraan dalam


kontrak bagi Syarikat 247680-P, namun laporan kerja kontraktor yang
dikemukakan kepada KPM telah disahkan pihak sekolah dengan kekerapan
setiap 2 bulan sekali. KPM sedang menambah baik Dokumen Tender Kontrak
baharu Fasa 1.

5.2.5.3. Ujian Kualiti Air Tidak Mematuhi Syarat Kontrak

a. Garis Panduan Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) menyatakan air selamat
dikawal berdasarkan lima (5) parameter utama dalam Program Jaminan
Kualiti (QAP), National Drinking Water Quality Surveillance Programme
(NDWQSP) iaitu E-Coli, kekeruhan, baki klorin, aluminium, serta baki klorin
dan E-Coli. Kekerapan persampelan yang digariskan adalah secara
mingguan. Bagi sumber air telaga tiub, hanya tiga (3) parameter yang
berkaitan iaitu E-Coli, kekeruhan dan aluminium. Selain itu, dokumen
kontrak penyenggaraan menghendaki kontraktor mengemukakan water
analysis report according to National Standard for Drinking Water Quality,
Ministry of Health Malaysia (revised December 2000, second version January
2004) for every school under this contract twice a year.

b. Semakan Audit mendapati KPM telah menetapkan 26 parameter yang perlu


dipatuhi oleh kontraktor dalam pelaksanaan ujian kualiti air. Bagaimanapun,
satu (1) daripada tiga (3) parameter utama, iaitu aluminium
tidak termasuk dalam 26 parameter yang ditetapkan oleh
KPM. Semakan Audit selanjutnya terhadap laporan analisis air mendapati

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 29
- 29
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 29 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ujian kualiti air telah dilaksanakan oleh kedua-dua kontraktor bagi tahun
2018 dan 2019. Bagaimanapun, Syarikat 247680-P tidak
melaksanakan ujian kualiti air bagi parameter E-Coli
(MPN/100ml) di semua sekolah Fasa 1 di Sabah untuk tempoh
tersebut.

c. Selanjutnya, mengikut dokumen kontrak penyenggaraan, kontraktor


hendaklah melaksanakan ujian kualiti air sebanyak dua (2) kali setahun.
Bagaimanapun, analisis Audit terhadap laporan ujian kualiti air bagi tempoh
tahun 2017 hingga 2019 mendapati pada tahun 2019 ujian kualiti air
kali pertama hanya dilaksanakan oleh kontraktor di 323
(96.7%) daripada 334 sekolah. Ujian kali kedua hanya
dilaksanakan di 281 (84.1%) sekolah. Pada tahun 2018,
daripada 344 sekolah yang terlibat, ujian kali pertama dan
kedua masing-masing hanya dilaksanakan di 297 (86.3%)
dan 340 (98.8%) sekolah. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 20.

JADUAL 20
BILANGAN SEKOLAH YANG TIDAK DILAKSANAKAN UJIAN KUALITI AIR
DUA (2) KALI SETAHUN OLEH KONTRAKTOR
STATUS PELAKSANAAN UJIAN KUALITI AIR
TAHUN 2019 TAHUN 2018
FASA NEGERI UJIAN UJIAN UJIAN UJIAN
JUMLAH PERTAMA KEDUA JUMLAH PERTAMA KEDUA
SEKOLAH SEKOLAH
√ X √ X √ X √ X
Sabah 65 65 0 53 12 65 61 4 62 3
Fasa 1
Sarawak 137 132 5 134 3 147 145 2 146 1
Fasa 2 dan 3 Sabah 40 35 5 37 3 40 TB TB 40 0
Sabah 80 79 1 45 35 80 79 1 80 0
Fasa 4
Sarawak 12 12 0 12 0 12 12 0 12 0
JUMLAH KESELURUHAN 334 323 11 281 53 344 297 7 340 4
% PELAKSANAAN UJIAN 96.7 84.1 86.3 98.8
Sumber: Laporan Ujian Kualiti Air oleh Syarikat 247680-P dan Syarikat 456872-M
Nota: (√) - Bilangan Sekolah yang Dilaksanakan Ujian
(X) - Bilangan Sekolah yang Tidak Dilaksanakan Ujian
(TB) - Tidak Berkenaan

5.2.5.4. Kualiti Air Telaga Tiub Melebihi Had Parameter Ditetapkan

a. Mengikut Garis Panduan KMAM, water for drinking, culinary and other
domestic use should be safe, palatable and aesthetically appealing. Garis
Panduan KMAM juga menetapkan had bagi unsur-unsur yang mungkin
terdapat di dalam air yang mungkin membahayakan kesihatan atau tidak
dapat diterima oleh deria fizikal pengguna.

10--30
10 30 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 30 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

b. Analisis Audit terhadap laporan ujian kualiti air oleh kontraktor pada tahun
2019 mendapati kualiti air di sekolah Fasa 1 tidak mencapai
tahap yang ditetapkan dengan lapan (8) (30.8%) daripada 26
parameter melebihi had melibatkan satu (1) hingga 85
sekolah. Analisis Audit di sekolah Fasa 2, 3 dan 4 mendapati hanya
satu (1) (4%) daripada 26 parameter melebihi had yang ditetapkan
melibatkan lima (5) hingga 65 sekolah. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 21.

JADUAL 21
KUALITI AIR MELEBIHI HAD PARAMETER BAGI UJIAN TAHUN 2019
BIL. SEKOLAH YANG BIL. SEKOLAH YANG
PARAMETER
SAMPEL TIDAK MEMATUHI SAMPEL TIDAK MEMATUHI
BIL. UJIAN PERTAMA UJIAN KEDUA
HAD UJIAN UJIAN
BUTIRAN SEBENAR
DITETAPKAN PERTAMA BIL. PERATUS KEDUA BIL. PERATUS
FASA 1
1. PH Value 6.5 - 9.0 5.0 - 6.4 60 30.5 85 45.5
2. Colour 15 15.4 - 239 27 13.7 7 3.7
Total Dissolved
3. 1000 4,496 1 0.5 1 0.5
Solid
4. Cloride 250 854 - 2,400 2 1.0 0 -
Nitrate 197 187
5. 10 172 - 177 2 1.0 0 -
Nitrogen
6. Magnesium 150 169 1 0.5 0 -
7. Hardness 500 880 1 0.5 0 -
Total E-Coli Absent in 100ml
8. 1.1 - 3.6 3 1.5 0 -
Count sample
FASA 2
1. PH Value 6.5 - 9.0 5.7 - 6.0 26 0 0 26 10 42.3
FASA 3
1. PH Value 6.5 - 9.0 5.7 - 6.0 9 0 0 11 5 45.5
FASA 4
1. PH Value 6.5 - 9.0 4.32 - 6.37 91 65 71.4 57 43 75.4
JUMLAH 323 281
Sumber: Analisis Audit Berdasarkan Laporan Ujian Kualiti Air

c. Lawatan fizikal Audit ke 48 sekolah pada 24 hingga 28 Februari 2020


mendapati kualiti air sangat tidak memuaskan di tujuh (7)
sekolah seperti dalam Jadual 22 dan Gambar 5 hingga 9.
JADUAL 22
KUALITI AIR TIDAK MEMUASKAN DI SEKOLAH YANG DILAWATI
BIL. PENEMUAN AUDIT SEKOLAH TERLIBAT
Air daripada tangki simpanan keruh dan berbau kerana SK Nanga Sikat, Mukah, Sarawak (Gambar 5)
1. struktur aerator dan tangki aerator kotor. Ini menunjukkan SK Hj. Bollah, Saratok, Sarawak (Gambar 6)
kerja penyenggaraan tidak dilaksanakan dengan baik SK Perpat, Saratok, Sarawak
 Air lebih keruh selepas ditapis kerana tangki elevated tidak
disenggara menyebabkan tanah dan lumpur memenuhi
dasar tangki elevated SK Sembayang, Sri Aman, Sarawak
2.
(Gambar 7)
 Menurut pihak sekolah, air daripada sistem telaga tiub tidak
digunakan dan sekolah bergantung kepada tadahan hujan
Air bersih yang telah melalui proses tapisan (iron filter) SK Daingin, Papar, Sabah (Gambar 8)
3.
mengeluarkan bau mineral besi (iron) SK Belatik, Papar, Sabah
4. Terdapat mendapan putih pada tangki SK Kapa, Tuaran, Sabah (Gambar 9)
Sumber: Lawatan Fizikal Audit pada 24 hingga 28 Februari 2020

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 31
- 31
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 31 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 5 GAMBAR 6

Peringkat Peringkat
akhir permulaan

Air RO Air setelah Air yang belum


Air keruh dan berkeladak ditapis keruh ditapis lebih
dan berkeladak jernih

SK Nanga Sikat, Mukah, Sarawak SK Haji Bollah, Saratok, Sarawak


- Air untuk Kegunaan Domestik Keruh dan Berkeladak - Air untuk Kegunaan Domestik Lebih Keruh Berbanding
(24.02.2020) yang Belum Ditapis
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (28.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 7 GAMBAR 8

Peringkat Peringkat
akhir permulaan

Paip air Paip air Paip air Tangki Tangki Tangki


luar Bilik rumah rumah Guru elevated post pre Kesan aliran air berwarna kuning walaupun
Serbaguna guru Besar filtration filtration selepas melalui proses tapisan (iron filter)

SK Sembayang, Sri Aman, Sarawak SK Daingin, Papar, Sabah


- Air untuk Kegunaan Domestik Lebih Keruh Berbanding - Kesan Aliran Air Berwarna Kuning Walaupun Selepas
yang Belum Ditapis Proses Tapisan Iron Menunjukkan Kandungan Mineral Besi
(27.02.2020) yang Tinggi
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (28.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 9

Kesan putih pada


tangki pre filter SK Kapa, Tuaran, Sabah
- Kesan Putih pada Tangki Pre Filter Menunjukkan
Kandungan Mineral yang Tinggi
(26.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

10--32
10 32 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 32 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

d. Pada 2 hingga 12 Mac 2020, pihak KKM telah melaksanakan ujian kualiti air di
47 sampel sekolah yang meliputi 35 parameter. Semakan Audit terhadap
Laporan Kualiti Air Bagi Aktiviti Pemantauan Kualiti Air Luar Bandar oleh KKM
mendapati kualiti air adalah tidak selamat di empat (4) (17.4%)
sekolah di Sabah dan 15 (62.5%) sekolah di Sarawak. Perkara
ini adalah disebabkan ketidakpatuhan terhadap parameter bakteria dan logam
berat. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 23.

JADUAL 23
ANALISIS KUALITI AIR DI SAMPEL SEKOLAH YANG DIUJI OLEH KKM
TIDAK SELAMAT
SELAMAT
BIL. BAKTERIA LOGAM BERAT
NEGERI CATATAN
SAMPEL BIL. BIL. BIL.
% % %
SEK SEK SEK
SABAH

Fasa 1 10 9 90.0 1 10.0 - - Bakteria E-Coli

Fasa2 4 4 100 - - - - -

Fasa 3 2 1 50.0 1 50.0 - - Bakteria E-Coli

Fasa 4 7 5 71.4 2 28.6 - - Bakteria E-Coli

JUMLAH 23 19 82.6 4 17.4 - - -

SARAWAK

Bakteria E-
Coli, Arsenik
Fasa 1* 22 7 31.8 14 63.6 3 13.6
dan/atau
Plumbum

Fasa 2 - - - - - - - -

Fasa 3 - - - - - - - -

Fasa 4 2 1 50.0 1 50.0 - - Bakteria E-Coli

JUMLAH* 24 8 33.3 15 62.5 3 12.5 -

JUMLAH
47 27 57.4 19 40.4 3 6.4
KESELURUHAN
Sumber: Laporan Kualiti Air Bagi Aktiviti Pemantauan Kualiti Air Luar Bandar oleh KKM
Nota: (*) - Terdapat Sekolah yang Tidak Selamat Dalam Kedua-Dua Kategori Iaitu Bakteria dan
Logam Berat
SEK = Sekolah

e. Selain itu, semakan Audit terhadap laporan tersebut juga mendapati 2.0%
hingga 92.7% sampel sekolah yang dilawati melanggar
18 parameter yang ditetapkan dengan 11 parameter adalah meliputi
26 parameter yang ditetapkan oleh KPM untuk dipatuhi kontraktor. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Rajah 3.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 33
- 33
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 33 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

RAJAH 3
ANALISIS UJIAN KUALITI AIR OLEH KKM
DI SAMPEL SEKOLAH YANG DILAWAT AUDIT
92.7
100.0%
75.0

Peratus Pelanggaran (%)


80.0%
57.0
60.0%
37.0 39.2
31.8
40.0% 25.8
17.4
10.6 12.1 10.3 8.8
20.0% 7.7
0.0 0.0 0.0 0.0 0.0
0.0%

Parameter

100.0%
Peratus Pelanggaran (%)

80.0%

60.0%

40.0%
17.9
20.0% 6.1 10.0 10.2
0.0 0.0 2.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0
0.0%

Parameter
Sumber: Laporan Kualiti Air Bagi Aktiviti Pemantauan Kualiti Air Luar Bandar oleh KKM
Nota: - Parameter yang Turut Diuji oleh Kontraktor

f. Semakan Audit selanjutnya mendapati kualiti air RO di sampel sekolah yang


dilawati juga tidak selamat diminum. Berdasarkan Laporan Kualiti Air Bagi
Aktiviti Pemantauan Kualiti Air Luar Bandar oleh KKM, didapati 13
parameter melanggar had ditetapkan meliputi satu (1) hingga
28 sekolah dengan air RO di 16 sekolah mengandungi E-Coli.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Rajah 4.

10--34
10 34 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 34 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

RAJAH 4
ANALISIS UJIAN KUALITI AIR RO OLEH KKM
DI SAMPEL SEKOLAH YANG DILAWATI AUDIT

50
45

Bilangan Sekolah Yang Melanggar


40

Parameter Ditetapkan
35
28
30
25
19
20 16
15
10
3 2 3
5 1 1 1 1 1 1 1
-

Parameter

Sumber: Laporan Kualiti Air Bagi Aktiviti Pemantauan Kualiti Air Luar Bandar oleh KKM

Maklum balas KPM yang diterima pada 22 Mei 2020 dan 3 Julai 2020

Reka bentuk sistem telaga tiub di sekolah pedalaman hanya mampu


melaksanakan penapisan air untuk kegunaan domestik dan menggunakan
sistem RO untuk kegunaan minuman. Air yang dihasilkan adalah air bersih tetapi
tidak terawat dan tidak mampu mencapai standard QAP bagi dua (2) parameter
utama yang telah ditetapkan iaitu parameter aluminium dan klorin. Tindakan
penambahbaikan dilaksana seperti berikut:

i. Penyediaan laporan analisis air dalam dokumen tender hendaklah merujuk


kepada garis panduan KKM yang berkuat kuasa;

ii. Mesyuarat Penyelarasan dan Kemajuan Projek Bil. 2/2020 bertarikh 11 Mac
2020 memutuskan supaya kontraktor mendapatkan pengesahan dan syor
daripada pihak makmal berkenaan keputusan kualiti air selamat untuk
diminum;

iii. Merangka dan menetapkan kualiti air sebagai salah satu elemen Service
Level Agreement dalam dokumen tender kontrak baru Fasa 1 berkenaan
standard kualiti air yang perlu dipatuhi;

iv. KPM telah berbincang dan bersetuju untuk mengadaptasi sistem aduan/
laporan yang dibangunkan oleh JKR. Cadangan ini telah dibentangkan
semasa Mesyuarat Penyelarasan dan Kemajuan Projek Bil. 2/2020 bertarikh
11 Mac 2020 bagi memastikan sebarang aduan dapat direkodkan dan
dipantau dengan lebih sistematik; dan

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 35
- 35
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 35 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

v. Pengetua/Guru Besar perlu mengambil tindakan proaktif dalam mengguna


pakai sistem aduan online yang akan dilaksanakan kelak dan KPM
bertanggungjawab memantau pelaksanaan pengurusan aduan tersebut.

Pendapat Penyenggaraan komponen sistem telaga tiub yang tidak


Audit dibuat mengikut kekerapan yang ditetapkan dan ujian
kualiti air yang tidak mengikut ketetapan kontrak adalah
suatu pelanggaran kepada syarat-syarat kontrak.
Kegagalan pengujian kualiti air mengikut kekerapan dan
parameter yang ditetapkan mendedahkan pengguna
kepada risiko keselamatan bekalan air daripada sistem
telaga tiub.

5.2.5.5. Pengurusan Jana Kuasa dan Kerja Elektrik

a. Jana Kuasa Sistem Telaga Tiub Tidak Didaftarkan

i. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, Seksyen 21 (1) dan Laws of


Sarawak, Chapter 50 Electricity Ordinance (2007), Section 4, sebelum
siapnya sesuatu pepasangan baru, selain pepasangan yang dipunyai oleh
pihak berkuasa bekalan atau yang dikendalikan atau dipunyai oleh
pemegang lesen, pemunya pepasangan hendaklah mengemukakan,
dengan pendua, kepada Suruhanjaya Tenaga, suatu permohonan bagi
pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.

ii. Semakan Audit di 48 sekolah yang dilawati mendapati tiada


pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah atau
Electrical Inspectorate Utiliti Sarawak (EIU) bagi setiap
jana kuasa yang dipasang.

b. Jana Kuasa Tidak Dikendalikan oleh Orang Kompeten


i. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, Seksyen 23 (1) dan Laws of
Sarawak Chapter 50 Electricity Ordinance, Section 4G Competent Control
(1), tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain yang
dipunyai atau diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan boleh dikerjakan
atau dikendalikan kecuali oleh atau di bawah kawalan orang yang
memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan
sebagaimana yang ditetapkan. Selain itu, tiada seorang pun yang tidak
memiliki kelayakan atau memegang perakuan seperti yang disebut
terdahulu boleh menjaga apa-apa pepasangan atau boleh mengawal
pengendalian apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

10--36
10 36 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 36 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ii. Semakan Audit terhadap kontrak penyenggaraan mendapati tidak


dinyatakan dengan jelas berkaitan keperluan menyediakan operator jana
kuasa di sekolah yang terlibat. Operasi telaga tiub untuk semua sekolah
meliputi kerja elektrik telah dilaksana oleh pihak sekolah berkenaan.
Namun, tiada bukti menunjukkan wakil sekolah yang
melaksanakan operasi tersebut adalah daripada kalangan
orang yang kompeten. Jana kuasa perlu dikendali oleh orang yang
kompeten kerana tugas tersebut adalah berisiko dan membahayakan
keselamatan.

c. Jana Kuasa Tidak Dikalibrasi

i. Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Peraturan 110 (4),


menyatakan mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentu ukur oleh orang
kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua (2) tahun, atau pada
bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

ii. Semakan Audit mendapati dokumen Kontrak Projek Sistem Telaga Tiub
Fasa 4 menetapkan setiap papan kawalan dipasang dengan satu (1)
peranti kebocoran Earth Leakage Relay. Pemeriksaan Audit di sampel
sekolah Sabah mendapati setiap peranti di sekolah tidak
dikalibrasi. Keperluan kalibrasi adalah supaya peranti terbelantik pada
masa yang ditetapkan apabila berlaku arus bocor. Arus bocor boleh
menyebabkan kerosakan peralatan, kebakaran dan maut.

d. Kelemahan Penyenggaraan Jana Kuasa

i. Setiap jana kuasa yang dikeluarkan oleh pengilang dilengkapi dengan


hours meter yang berfungsi merekod jumlah jam bagi operasi jana kuasa
atau dipanggil running hours. Semakan Audit mendapati MSR tidak
mempunyai maklumat running hours bagi setiap jana
kuasa yang disenggara. KPM juga didapati tidak melaksanakan
pemantauan terhadap running hours jana kuasa melalui wakil
sekolah/PPD. Ketiadaan maklumat dan pemantauan ini menyebabkan
KPM tidak dapat menilai tahap penggunaan jana kuasa sama ada masih
beroperasi, rosak atau tidak digunakan. Selain itu, didapati MSR yang
digunakan juga tidak dilengkapi dengan maklumat penyenggaraan
(interval service hours) seperti manual pengilang.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 37
- 37
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 37 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ii. Mengikut Klausa 4.4 kontrak, Notwithstanding any other provisions of


this Agreement, the Maintenance Contractor shall at all times during the
Contract Period, ensure that the Facilities are in a good and in working
condition. Semakan Audit mendapati jana kuasa tidak berfungsi di
10 (20.8%) sekolah disebabkan ketiadaan bateri, bateri rosak,
komponen jana kuasa seperti fuel pump dan starter rosak, jana kuasa
tidak dapat menghasilkan bekalan elektrik serta jana kuasa tidak
disambungkan ke panel kawalan elektrik. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 24.

JADUAL 24
STATUS KEFUNGSIAN JANA KUASA SISTEM
TELAGA TIUB DI SEKOLAH YANG DILAWATI
BATERI
DISAMBUNG
NO. STATUS
PADA JANA
BIL. SEKOLAH / FASA JANA [Ada (
) / JANA PUNCA
KUASA
KUASA Tiada (X)] KUASA
[Ya (
) /
Tidak (X)]
NEGERI SABAH
Bateri tidak
SK Putaton Inanam, Kota Kinabalu Tidak
1. 1 X X dipasang dan
(Fasa 2) berfungsi
tiada diesel
NEGERI SARAWAK
1 X X Tiada bateri
2. SK Nanga Sikat, Mukah (Fasa 1)
2  X Bateri rosak
3. SK Kuala Kenyana, Mukah (Fasa 1) 1 X X Tiada bateri
SK Sungai Kemena, Selangau 1  X Bateri rosak
4.
(Fasa 1) 2 X X Tiada bateri
Tidak
Tiada bekalan
1   berfungsi
5. SK Sungai Buloh, Selangau (Fasa 1) elektrik
2   Fuel pump rosak
6. SK Nanga Kua, Selangau (Fasa 1) 2   Starter rosak
7. SK Nanga Poi, Kanowit (Fasa 1) 1 X X Tiada bateri
8. SK Ulu Majau, Kanowit (Fasa 1) 2  X Bateri rosak
1 Jana kuasa tidak berfungsi dan tidak disambung ke panel
9. SK Hj Bollah, Saratok (Fasa 1)
2 kawalan elektrik kerana dalam pembinaan rumah pam baru
Tidak
10. SK Sungai Anak, Selangau (Fasa 4) 1   Bateri rosak
berfungsi
Sumber: Lawatan Fizikal Audit

iii. Pemeriksaan Audit mendapati kerja penyenggaraan jana kuasa


dan peralatan elektrik sistem telaga tiub yang
dilaksanakan di 10 (20.8%) daripada 48 sekolah yang
dilawati adalah tidak memuaskan. Perkara ini antaranya
disebabkan ketiadaan bateri jana kuasa, bateri jana kuasa rosak, minyak
diesel jana kuasa tiada, coolant jana kuasa kotor, air filter berhabuk dan
kotor, conduit kabel jana kuasa tiada atau rosak, voltmeter dan ammeter
rosak, pintu panel kawalan elektrik rosak/tidak boleh dibuka serta lampu
rumah pam rosak. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 25.

10--38
10 38 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 38 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 25
STATUS JANA KUASA DAN PERALATAN ELEKTRIK SISTEM TELAGA TIUB
PANEL KAWAL ELEKTRIK

BIL. NO. JANA KUASA

BATERI JANA KUASA

KABEL JANA KUASA


MINYAK ENJIN

RUMAH PAM
AIR FILTER

PINTU PANEL
COOLANT

KONDUIT

VOLT-METER
DIESEL

LAMPU
AM-METER
BIL. SEKOLAH

Fasa 1
1 X  X Baik Baik Baik Rosak Rosak Satu (1)
SK Nanga Sikat,
1. Habuk tidak boleh Baik
Mukah, Sarawak 2 Rosak  X Baik Rosak Baik Baik
& Kotor dibuka

1 X   Kotor Baik Baik Baik Baik


SK Kuala Kenyana,
2. Habuk Baik Baik
Mukah, Sarawak 2 Rosak   Baik Baik Baik Rosak
& Kotor

SK Sungai Kemena, 1 Rosak  X Baik Baik Baik Baik Baik


3. Baik Baik
Selangau, Sarawak 2 X  X Baik Baik Baik Baik Baik

SK Sungai Buloh, 1 Baik   Baik Baik Baik Baik Baik


4. Baik Rosak
Selangau, Sarawak 2 Baik   Baik Baik Baik Baik Baik

SK Nanga Kua, 1 Baik   Baik Baik X Baik Baik


5. Baik Rosak
Selangau, Sarawak 2 Baik   Baik Baik Baik Rosak Baik
1 X   Baik Baik Baik Rosak Baik Satu (1)
SK Nanga Poi,
6. Habuk tidak boleh Rosak
Kanowit, Sarawak 2 Baik   Baik Baik Rosak Baik
& Kotor dibuka

SK Ulu Majau, 1 Baik   Baik Baik Baik Rosak Baik


7. Baik Baik
Kanowit, Sarawak 2 Rosak   Baik Baik Baik Rosak Baik

SK Hj Bollah, 1 Jana kuasa berada di dalam rumah pam baru dan - -


8. Baik Baik
Saratok, Sarawak 2 tidak boleh diakses kerana berkunci Rosak Baik

SK Perpat, Saratok, 1 Baik  Baik Baik Baik Rosak Baik Baik Satu
9. Rosak
Sarawak 2 Jana kuasa tiada di tapak Rosak Baik Rosak

Fasa 4

SK Sungai Anak,
10. 1 Rosak   Baik Baik Baik Baik Baik Baik Rosak
Selangau, Sarawak
Sumber: Lawatan Fizikal Audit
Nota: () – Ada
(X) – Tiada

e. Jana Kuasa Tidak Digunakan Secara Optimum

i. Mengikut dokumen kontrak Klausa 4.3, In carrying out the Maintenance


Services, the Maintenance Contractor shall at all times use reasonable
skill and care as a specialist Maintenance Contractor in accordance with
Clause 5.0 hereof to ensure that facilities are, if operated correctly and
not damaged, capable of perfoming to their original design specifications
throughout the Contract Period. Pemeriksaan Audit mendapati sistem
telaga tiub di 18 (75.0%) daripada 24 sekolah di Sarawak
tidak menggunakan jana kuasa yang disediakan

Laporan Ketua
Laporan KetuaAudit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 10
Siri 1 1 - 39
10 - 39
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub RAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
di Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 39 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

sebaliknya menggunakan jana kuasa sekolah sebagai


sumber bekalan elektrik utama. Sambungan jana kuasa sekolah
ke sistem telaga tiub adalah tidak mematuhi klausa tersebut.

ii. Semakan Audit selanjutnya mendapati kontraktor tetap


menjalankan penyenggaraan terhadap jana kuasa sistem
telaga tiub walaupun ianya tidak digunakan dan
pembayaran tetap dibuat oleh pihak KPM bagi kerja
tersebut. Perkara ini disebabkan kos kontrak yang dibuat secara lump
sum, pro rata dan tiada perincian mengikut skop kerja penyenggaraan.

Maklum balas KPM yang diterima pada 23 Jun 2020 dan 3 Julai 2020

KPM telah mengemukakan surat berserta maklumat sekolah kepada


Suruhanjaya Tenaga dan EIU pada 2 Julai 2020. KPM juga telah memasukkan
elemen ELR dalam kontrak baru. Isu berkaitan keperluan maklumat running
hours sedang dibincangkan bersama JKR di bawah kontrak bekalan elektrik
menggunakan jana kuasa sedia ada. Tindakan penambahbaikan oleh KPM:

i. Mesyuarat Penyelarasan dan Kemajuan Projek Bil. 1/2020 bertarikh 21


Januari 2020 bersetuju supaya kontraktor membantu untuk melaksanakan
pendaftaran aset dan menyediakan Facilities Condition Assessment (FCA);

ii. Mengemukakan surat kepada kontraktor pada 6 September 2019, 14


November 2019 dan 29 April 2020 untuk melaksanakan semakan senarai
dan kondisi jana kuasa bagi memastikan aset yang diserahkan mencukupi
dan mengikut spesifikasi sebagaimana yang disenaraikan di bawah kontrak;

iii. Perincian keperluan dan pengurusan jana kuasa telah diambil perhatian serta
diteliti dalam dokumen tender kontrak baharu Fasa 1 dengan merujuk
peraturan-peraturan yang berkuatkuasa;

iv. Mengemukakan surat kepada JPN pada 4 April 2019 untuk melaksanakan
pelupusan bagi komponen sistem telaga tiub yang tidak digunakan lagi; dan

v. Menyediakan operator jana kuasa di sekolah di bawah kontrak Syarikat


456872-M bagi penyenggaraan sistem telaga tiub di Sabah.

Pendapat Pengurusan jana kuasa dan kerja elektrik di bawah projek


Audit sistem telaga tiub tidak dilaksanakan dengan memuaskan
dan teratur serta tidak mengikut peraturan yang berkuat
kuasa. Keadaan ini berlaku disebabkan kelemahan
pemantauan oleh pihak KPM/sekolah.

10--40
10 40 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 40 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

5.2.6. Pengurusan Sistem Telaga Tiub oleh Pihak Sekolah


a. Kekerapan Pelaksanaan Backwash oleh Pihak Sekolah
i. Mengikut dokumen kontrak, backwash hendaklah dilaksanakan oleh pihak
sekolah secara berkala.

ii. Lawatan fizikal Audit ke 48 sekolah pada 24 hingga 28 Februari 2020


mendapati backwash telah dilaksanakan oleh pihak sekolah sama ada guru,
pegawai pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, tukang kebun atau pihak
kontraktor perkhidmatan pembersihan yang dilantik oleh pihak sekolah.
Berdasarkan temu bual dan semakan Audit mendapati kekerapan
backwash adalah berbeza antara sekolah, iaitu antara tiga (3)
kali sehari hingga sekali sebulan. Kerja backwash yang kurang kerap
dilaksanakan boleh menyebabkan kualiti air terjejas seperti air menjadi
berbau atau keruh. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 26 dan Gambar 10
hingga 12 menunjukkan kualiti air backwash di sekolah.

JADUAL 26
ANALISIS KEKERAPAN BACKWASH OLEH
PIHAK SEKOLAH DI SEKOLAH YANG DILAWATI
BILANGAN SEKOLAH MELAKSANAKAN
BIL. BACKWASH
NEGERI FASA SAMPEL CATATAN
SEKOLAH HARIAN MINGGUAN TIDAK
BULANAN
(1 – 3 kali) (1 – 3 kali) LAKSANA

Satu (1) sekolah tidak


menjalankan backwash kerana
1 10 1 7 1 1
telah mendapat bekalan air
awam
Sabah
Dua (2) sekolah tiada
2 5 - 3 - -
maklumat

3 2 - 2 - - -
4 7 - 7 - - -
 satu (1) sekolah telah
dihentikan kerana mendapat
1 22 15 4 - 1 bekalan air awam
 satu (1) sekolah tiada
maklumat
Sarawak
2 - - - - - -
3 - - - - - -

Satu (1) sekolah tiada


4 2 - - 1 -
maklumat

JUMLAH 48 16 23 2 1

Sumber: Analisis Audit Berdasarkan Borang Pengesahan Pihak Sekolah

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 41
- 41
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 41 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 10 GAMBAR 11

SK Merotai Besar, Tawau, Sabah SK Sembayang, Sri Aman, Sarawak


- Air Kotor yang Keluar Semasa Backwash Dilaksanakan. - Air Kotor yang Keluar Semasa Backwash Dilaksanakan.
Backwash Dilaksanakan Tiga (3) Kali Seminggu Backwash Tidak Dilaksanakan oleh Pihak Sekolah
(24.02.2020) (27.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 12

SK Long Kevok, Marudi Baram, Sarawak


- Air yang Keluar Semasa Backwash Dilaksanakan Tidak
Terlalu Kotor kerana Backwash Kerap Dilaksanakan
iaitu Tiga (3) Kali Sehari
(24.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

b. Penyelenggaraan Rekod Gangguan Bekalan Air, Kerosakan dan Aduan

i. Mengikut dokumen kontrak, sebarang kerosakan hendaklah disiasat oleh


kontraktor dalam tempoh lima (5) hari selepas aduan dibuat pihak Kerajaan.

ii. Semakan Audit mendapati kesemua 48 sekolah yang dilawati tidak


merekodkan gangguan, kerosakan atau aduan sistem telaga tiub dalam
mana-mana dokumen seperti buku log kerana tiada mekanisme yang
ditetapkan oleh KPM. Selain itu, gangguan atau kerosakan yang berlaku
hanya dibuat aduan melalui telefon dan aplikasi Whatsapp kepada
kontraktor.

iii. Lawatan fizikal Audit pada 24 hingga 28 Februari 2020 pula mendapati
berlaku kerosakan kepada sistem telaga tiub di sembilan (9)
(18.8%) sekolah sejak 5 Jun 2015. Sehingga tarikh
pengauditan dilaksanakan, tindakan pembaikan masih belum
dilaksanakan oleh kontraktor. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 27.

10--42
10 42 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 42 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 27
SISTEM TELAGA TIUB ROSAK/TIDAK BERFUNGSI DI SEKOLAH YANG DILAWATI
BIL. SEKOLAH ULASAN AUDIT TEMPOH ROSAK
SK Long Atip, Marudi, Sistem RO tidak berfungsi sejak 29 Januari 2020 sehingga tarikh Mulai
1.
Baram Sarawak lawatan Audit iaitu selama tiga (3) minggu 29 Januari 2020
 Sistem RO tidak berfungsi sejak bulan September 2019
sehingga tarikh lawatan Audit, iaitu selama lima (5) bulan
SK Pasir Tengah, Mulai bulan
2.  Semakan rekod penyenggaraan mendapati RO unit masih
Lundu, Sarawak September 2019
disenggara walaupun telah mengalami kerosakan sejak
September 2019
SK Sembayang, Sri Sistem RO tidak berfungsi sejak penghujung tahun 2018 sehingga Mulai penghujung
3.
Aman, Sarawak tarikh lawatan Audit, iaitu melebihi satu (1) tahun tahun 2018
Sistem RO tidak berfungsi dengan sepenuhnya di mana tekanan air
SK Munggu Bringin,
4. yang rendah menyebabkan air RO tidak dapat dimasukkan ke Tiada maklumat
Sri Aman, Sarawak
dalam tangki RO (storage) (Gambar 13 dan 14)
Keretakan struktur rumah pam. Ketebalan konkrit dari permukaan
SK Sungai Buloh, ke besi tetulang yang sepatutnya adalah 20-25mm, namun
5. Tiada maklumat
Selangau, Sarawak didapati bahawa ketebalan konkrit pada struktur yang retak ini
secara purata berketebalan 10-15mm sahaja (Gambar 15)
SK Merotai Besar, Skru dan gasket tidak dipasang pada hand pump menyebabkan
6. Tiada maklumat
Tawau, Sabah kebocoran air di telaga tiub
SK Binuang, Lahad Kebocoran pada socket paip booster pump menyebabkan booster
7. Tiada maklumat
Datu, Sabah pump berkarat (Gambar 16)
Kabel penyambungan pada water level sensor tidak dipasang
SK Lanas, Keningau,
8. dengan sempurna boleh mengakibatkan kerosakan pada sensor Tiada maklumat
Sabah
dan berbahaya kepada kerja-kerja penyenggaraan (Gambar 17)
Sumber: Lawatan Fizikal Audit pada 24 hingga 28 Februari 2020

GAMBAR 13 GAMBAR 14

SK Munggu Bringin, Sri Aman, Sarawak


- Air yang Keluar daripada Paip Air RO Setelah Melalui Proses RO Tidak Dapat Dipenuhkan ke Dalam Tangki RO
kerana Tekanan Air Rendah Berbanding Tangki Air RO di Atas Platform yang Tinggi
(24.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 15

SK Sungai Buloh, Selangau, Sarawak


Rasuk Bawah dan Dinding Rumah Pam Retak
(26.2.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 43
- 43
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 43 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 16 GAMBAR 17

SK Binuang, Lahad Datu, Sabah SK Lanas, Keningau, Sabah


- Kebocoran pada Socket Paip Booster Pump yang - Kabel Penyambungan pada Water Level Sensor Tidak Dipasang
Boleh Menyebabkan Berlakunya Pengaratan dan dengan Sempurna Boleh Mengakibatkan Berlaku Kerosakan
Tekanan Air Terjejas pada Sensor dan Berbahaya kepada Kerja Penyenggaraan
(25.02.2020) (26.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Maklum balas KPM yang diterima pada 23 Jun 2020 dan 3 Julai 2020

KPM merekodkan aduan yang diterima berkenaan kerosakan sistem telaga tiub
secara manual sahaja dalam borang MSR. Sebagai langkah penambahbaikan, KPM
telah bersetuju secara prinsip untuk mengadaptasi sistem aduan yang dibangunkan
oleh JKR. Cadangan ini telah dibentangkan semasa Mesyuarat Penyelarasan dan
Kemajuan Projek Bil. 2/2020 bertarikh 11 Mac 2020. KPM pada 26 Jun 2020 telah
memohon kontraktor untuk mengemukakan status terkini penambahbaikan yang
telah dilaksanakan terhadap kerosakan sistem telaga tiub di sekolah. KPM akan
mengenakan penalti bagi sistem yang tidak dibaiki semasa Pelarasan Harga Kontrak.

c. Tindakan bagi Sistem Telaga Tiub yang Telah Tidak Digunakan

i. Mengikut JMG, telaga tiub yang tidak diguna dicadangkan untuk menjalani
proses decommission di mana telaga tiub tersebut perlu diganti fungsi
kepada telaga pemantauan dan diserahkan kepada JMG untuk tujuan
pemantauan. Telaga tiub tersebut juga perlu ditutup dan dikunci secara
kekal bagi menghindari sebarang ancaman pencemaran yang boleh memberi
kesan kepada keselamatan air bawah tanah (akuifer).

ii. Semakan pihak JMG bersama pasukan Audit semasa lawatan fizikal Audit
mendapati telaga tiub yang sudah tidak digunakan di empat (4)
(8.3%) sekolah ditinggalkan terbiar dan tidak ditutup serta
dikunci secara kekal. Keadaan ini boleh memberi risiko ancaman
pencemaran yang memberi kesan kepada keselamatan air bawah tanah
(akuifer). Butiran lanjut seperti dalam Jadual 28.

10--44
10 44 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 44 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 28
SISTEM TELAGA TIUB YANG TIDAK DIGUNAKAN
DITINGGALKAN TERBIAR DI SEKOLAH YANG DILAWATI
BIL. SEKOLAH DAERAH ULASAN JMG

1.0. NEGERI SABAH

1.1. SK Binuang Lahad Datu Telaga tiub tidak digunakan kerana telah mendapat bekalan air awam

1.2. SK Tamalang Beaufort Telaga tiub pertama tidak berfungsi kerana tiada air

Dua (2) telaga tiub tidak digunakan kerana imbuhan air tidak mencukupi
1.3. SK Balung Tawau
(Gambar 18 dan 19)
2.0. NEGERI SARAWAK
Telaga tiub (TT1) telah rosak dan Telaga tiub 3 (TT3) tidak digunakan
2.1. SK Perpat Saratok
(Gambar 20 dan 21)
Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

GAMBAR 18 GAMBAR 19

SK Balung, Tawau, Sabah SK Balung, Tawau, Sabah


- Telaga Tiub 1 Telah Rosak dan Tidak Digunakan - Telaga Tiub 2 Tidak Digunakan kerana Imbuhan Air
(24.02.2020) Tidak Mencukupi
(Sumber: JMG) (24.02.2020)
(Sumber: JMG)

GAMBAR 20 GAMBAR 21

SK Perpat, Saratok, Sarawak SK Perpat, Saratok, Sarawak


- Telaga Tiub 1 Telah Rosak dan Tidak Digunakan - Telaga Tiub Baru Tidak Digunakan
(28.02.2020) (28.02.2020)
(Sumber: JMG) (Sumber: JMG)

Maklum balas KPM yang diterima pada 3 Julai 2020

KPM telah mengeluarkan arahan pelupusan aset sistem telaga tiub yang tidak
diperlukan kepada JPN Sabah dan JPN Sarawak melalui surat bertarikh 4 April 2019.
Selain itu, senarai sekolah yang telah disambungkan bekalan air awam telah
dikemukakan pada 1 Julai 2020 untuk tindakan bagi proses pelupusan aset tak alih.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 45
- 45
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 45 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

d. Penyimpanan Rekod Inventori Sistem Telaga Tiub oleh Pihak Sekolah

i. Garis panduan JMG menyatakan maklumat dan inventori data seperti


maklumat Log Gerudi, Reka bentuk Telaga Tiub dan Log Ujian Pampa
(pumping test) disarankan dihantar kepada Ketua Pengarah JMG untuk
tujuan penyelarasan inventori data air bawah tanah seperti termaktub dalam
Peraturan-Peraturan Penyiasatan Kajibumi (Pemberitahuan Pemajuan Telaga
dan Korekan 2013).

ii. Semakan pihak JMG bersama pasukan Audit semasa lawatan Audit
mendapati dokumentasi dan data inventori sistem telaga tiub antaranya
seperti maklumat Log Gerudi, reka bentuk telaga tiub dan Log Ujian Pampa
(pumping test) tidak lengkap dan tidak disimpan dengan baik bagi semua
sekolah Fasa 1, 2 dan 3 yang dilawati.

Pendapat Pengurusan sistem telaga tiub oleh pihak sekolah tidak dibuat
Audit dengan cekap kerana tiada ketetapan yang seragam
dikeluarkan oleh KPM. Selain itu, penyenggaraan dan
penyimpanan rekod mengenai kerosakan sistem telaga tiub
juga adalah kurang memuaskan. Ini boleh menyebabkan
gangguan dan kerosakan sistem telaga tiub tidak dapat
dikenal pasti dan diselesaikan dengan segera serta
menjejaskan kualiti air.

5.2.7. Sumber Air Telaga Tiub

a. Objektif projek sistem telaga adalah untuk membekalkan air bersih ke sekolah
luar bandar negeri Sabah dan Sarawak serta memastikan penyaluran air bersih
berterusan sehingga mendapat bekalan air awam daripada pihak berkuasa yang
berkenaan.

b. Semakan Audit mendapati 22 sekolah di Sarawak dan tiga (3) sekolah


di Sabah mengalami masalah kekurangan air daripada telaga
tiub. Sehubungan itu Syarikat 247680-P telah melaksanakan
penggerudian semula di sekolah tersebut antara 28 Mac 2010
hingga 25 Ogos 2014. Bagaimanapun, kerja tersebut adalah di
luar skop projek penyenggaraan dan dibuat tanpa kelulusan
bertulis daripada KPM. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 29.

10--46
10 46 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 46 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 29
BILANGAN SEKOLAH YANG TERLIBAT DENGAN PENGGERUDIAN SEMULA
BIL. TARIKH TARIKH PENGGERUDIAN TEMPOH PENGGERUDIAN SEMULA
FASA
SEKOLAH SIAP BINA SEMULA BERBANDING TARIKH SIAP BINA

Sarawak 22 28.03.2010 – 25.08.2014 7 tahun - 9 tahun 11 bulan


19.09.2004
Sabah 3 16.11.2011 – 22.05.2014 7 tahun 1 bulan - 9 tahun 8 bulan

JUMLAH 25
Sumber: KPM

c. Semakan dan pemeriksaan Audit selanjutnya bersama pihak JMG semasa


lawatan Audit pada 24 hingga 28 Februari 2020 mendapati masalah
kekurangan air berlaku antaranya disebabkan kelemahan
semasa pembinaan sistem telaga tiub seperti berikut:

i. Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974, Seksyen 13 (1) menyatakan segala kerja
korekan, gerudi dan menggali air bawah tanah melebihi 30 kaki atau 9 meter
dengan pengeluaran air melebihi 500 gelen atau 1,892 liter sehari hendaklah
diberitahu kepada Ketua Pengarah JMG. Semakan Audit mendapati tiada
bukti menunjukkan kontraktor memaklumkan pihak JMG
sebelum melaksanakan pengorekan.

ii. Garis Panduan JMG menyatakan kontraktor dengan kerjasama JMG akan
mengenal pasti lokasi takungan air di bawah tanah melalui resistivity survey
dan melaksanakan tiga (3) ujian. Ujian tersebut adalah ujian kadar luahan
bagi tempoh lima (5) jam, ujian ketersediaan bagi tempoh 24 sehingga 72
jam dan ujian surutan air yang tidak berkurang daripada 90% simpanan.
Semakan Audit terhadap laporan teknikal oleh kontraktor bagi enam (6)
sampel sekolah Fasa 4 yang dilawati mendapati perunding yang dilantik oleh
kontraktor telah melaksanakan ujian pengempaman selama 24 jam dan ujian
surutan air selama satu (1) jam di enam (6) sekolah. Namun, pihak Audit
tidak dapat mengesahkan sama ada ujian kadar luahan dilaksanakan kerana
maklumat berkaitan tidak dikemukakan. Semakan Audit selanjutnya
mendapati keputusan ujian menunjukkan air surut kurang
daripada 90% daripada kapasiti simpanan. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 30.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 47
- 47
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 47 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 30
KEPUTUSAN UJIAN PENGEMPAMAN DAN SURUTAN AIR FASA 4
BIL. SEKOLAH UJIAN PENGEMPANAN (72 JAM) UJIAN SURUTAN AIR (24 JAM)
Sabah
Air surut dari 18.9 meter kepada 14 meter
SK Kionsom, Kota Ujian 24 jam dengan paras air bawah tanah
1. dalam tempoh satu (1) jam (74% kurang dari
Kinabalu di antara 13.5 meter sehingga 18.9 meter
90%)
Air surut dari 9.5 meter kepada 1.52 meter
SK Timbang, Kota Ujian 24 jam dengan paras air bawah tanah
2. dalam tempoh lapan (8) jam (16% kurang dari
Belud di antara 1.52 meter sehingga 9.15 meter
90%)
Air surut dari 24.38 meter kepada 0.3 meter
SK Tiong Baru, Ujian 24 jam dengan paras air bawah tanah
3. dalam tempoh lapan (8) jam (1.23% kurang
Beaufort di antara 0.3 meter sehingga 24.38 meter
dari 90%)
SK Napong, Ujian 24 jam dengan paras air bawah tanah Air surut dari 15 meter kepada 6.7 meter dalam
4.
Ranau di antara 6.7 meter sehingga 15.0 meter tempoh dua (2) jam (44.6% kurang dari 90%)
Sarawak

SK Sungai Anak, Ujian 24 jam dengan paras air bawah tanah Air surut dari 30.5 meter kepada 3 meter dalam
1.
Selangau di antara 3 meter sehingga 30.5 meter tempoh tiga (3) jam (9.83% kurang dari 90%)

SK Munggu Ujian 24 jam dengan paras air bawah tanah Air surut dari 22 meter kepada 5.4 meter dalam
2.
Bringin, Sri Aman di antara 5.40 meter sehingga 22.0 meter tempoh dua (2) jam (24.5% kurang dari 90%)
Sumber: Technical Report
Nota: SK Kayangat, Tuaran, Sabah, SK Quoin, Tawau, Sabah dan SK Ulu Senagang, Keningau, Sabah Tiada Maklumat
kerana Laporan Teknikal Tidak Dikemukakan untuk Semakan

iii. Mengikut garis panduan JMG, jarak zon penampan telaga tiub perlulah
sekurang-kurangnya 200 meter daripada potensi punca pencemaran air
bawah tanah dan ancaman fizikal keselamatan telaga seperti hakisan dan
cerun tanah. Semakan pihak JMG bersama pasukan Audit mendapati lokasi
telaga tiub di 10 (20.8%) sekolah kurang sesuai dan terdedah
kepada ancaman keselamatan telaga tersebut. Perkara ini
disebabkan lokasi pengorekan tidak mengambil kira zon penampan daripada
potensi punca pencemaran air bawah tanah dan terlalu hampir dengan
lereng cerun bukit. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 31.

JADUAL 31
PEMILIHAN TAPAK TELAGA TIUB DI SEKOLAH DI SABAH DAN SARAWAK
SEKOLAH YANG TIDAK PATUH
NEGERI BIL. SAMPEL
BIL. PERATUS

Sabah 24 3 12.5

Sarawak 24 7 29.2

JUMLAH 48 10 20.8
Sumber: JMG

iv. Mengikut garis panduan JMG, pembinaan telaga tiub hendaklah mempunyai
kedalaman sekurang-kurangnya 50 meter dan sumber air bawah tanah dari
telaga tersebut perlu diambil daripada kedalaman sekurang-kurangnya
30 meter di bawah paras permukaan bumi. Pembinaan telaga tiub juga perlu

10--48
10 48 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 48 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

mengambil kira paras banjir dan kolar telaga, selongsong perlu ditinggikan
melebihi paras banjir yang diketahui dan dipasang dengan penutup kedap air
yang boleh dikunci. Semakan pihak JMG bersama pasukan Audit mendapati
telaga tiub yang dibina di 12 (25%) sekolah adalah terlalu
cetek iaitu kurang daripada 30 meter dan dibina di sekitar
kawasan tanah rendah (mudah banjir). Selain itu, telaga tiub yang
dibina di tujuh (7) (14.6%) sekolah tiada ciri-ciri keselamatan banjir dan
ketinggian kolar serta selongsong telaga berada di bawah paras banjir.
Selanjutnya, pemasangan pam tangan di tiga (3) (6.3%) sekolah adalah
tidak sesuai menyebabkan objektif fungsi pam tangan tersebut tidak
tercapai. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 32.

JADUAL 32
PEMBINAAN TELAGA TIUB YANG TIDAK MENGIKUT AMALAN TERBAIK
BIL. SEKOLAH YANG TERLIBAT
BIL.
NEGERI PERATUS PERATUS PERATUS
SAMPEL A B C
(%) (%) (%)
Sabah 24 6 25 4 16.7 3 12.5

Sarawak 24 6 25 3 12.5 - -

JUMLAH 48 12 25 7 14.6 3 6.3


Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Nota: (A) - Pembinaan Telaga Tiub Cetek (<30 meter) dan Dibina di Kawasan Mudah Banjir
(B) - Ciri-Ciri Keselamatan Banjir Tidak Dibina
(C) - Pam Tangan Tidak Sesuai Digunakan

Maklum balas KPM yang diterima pada 22 Mei 2020 dan 23 Jun 2020

KPM akan memastikan kapasiti air sentiasa mencukupi dan berkualiti termasuk
mengambil kira sumber air alternatif selain telaga tiub dalam kontrak akan datang.
Penyaluran air selain air bawah tanah ke dalam sistem telaga tiub telah dibincang
terlebih dahulu dengan mengambil kira pandangan antara pihak PPD, kontraktor
dan KPM semasa Mesyuarat Penyelarasan dan Kemajuan Projek.

Pendapat Masalah kekurangan sumber air daripada telaga tiub


Audit berpunca daripada perancangan pembinaan sistem telaga tiub
yang kurang cekap dan tidak merujuk kepada pihak JMG.
Keadaan ini menyebabkan lokasi telaga tiub kurang sesuai
dan kerja penggerudian semula terpaksa dibuat.

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit NegaraTahun
Tahun2019
2019 Siri
Siri 11 1010
- 49
- 49
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub diS eSekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
kolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak
RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 49 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit, dapat dirumuskan bahawa
pengurusan projek penyenggaraan sistem telaga tiub di sekolah luar bandar Sabah dan
Sarawak tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Ini timbul terutamanya kerana
kelemahan pemantauan oleh KPM yang menjadi punca kepada ketidakpatuhan terhadap
syarat kontrak dan garis panduan JMG. Keadaan ini menyebabkan objektif projek yang
ditetapkan masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, terdapat juga kelemahan
dalam perancangan, pelantikan kontraktor, pentadbiran kontrak, pelaksanaan projek
dan pengurusan sistem telaga tiub di peringkat sekolah.

7. SYOR AUDIT

Bagi mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan projek pembinaan dan


penyenggaraan sistem telaga tiub di sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak, adalah
disyorkan KPM mengambil langkah seperti berikut:

7.1. mewujudkan satu prosedur kerja yang jelas dan terperinci untuk kontrak kerja
pembinaan yang melibatkan keperluan teknikal yang spesifik seperti mematuhi Akta dan
Garis Panduan yang dikeluarkan oleh JMG dalam pembinaan dan penyenggaraan sistem
telaga tiub;

7.2. mengambil tindakan segera untuk menyemak semula syarat kontrak pembinaan
dan penyenggaraan sistem telaga tiub bagi kontrak sedia ada serta menambah baik
syarat dan terma kontrak meliputi hal berkaitan pematuhan akta dan garis panduan
agensi berkaitan, penetapan kos dan penamatan kerja penyenggaraan di sekolah yang
telah mendapat bekalan air awam bagi memastikan hak Kerajaan terjamin;

7.3. KPM/JPN/PPD/sekolah perlu meningkatkan penyeliaan dan melaksanakan


penyenggaraan, persampelan dan pemantauan bagi memastikan kualiti air mematuhi
standard yang ditetapkan serta penguatkuasan bagi memastikan syarat kontrak dipatuhi
sepenuhnya serta mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal mematuhi
syarat kontrak; dan

7.4. mewujudkan satu mekanisme bagi merekodkan penggunaan, gangguan,


kerosakan atau aduan berkaitan sistem telaga tiub serta menyelaras penggunaan jana
kuasa di sekolah secara berpusat untuk meningkatkan kecekapan dari segi
penyampaian perkhidmatan dan kos.

10--50
10 50 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 Siri 1Siri 1
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di Sekolah Luar Bandar Sabah dan SarawakRAHSIA
Projek Penyenggaraan Sistem Telaga Tiub di
Sekolah Luar Bandar Sabah dan Sarawak

6. Teks 10-11.indd 50 02/12/2020 11:20 AM


11
KEMENTERIAN PENGAJIAN
TINGGI
– Pengurusan Projek Hospital Pengajar
Universiti Putra Malaysia

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
– Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
Secara Kerjasama Awam Swasta melalui
Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 51 02/12/2020 11:20 AM


6. Teks 10-11.indd 52 02/12/2020 11:20 AM
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
– Pengurusan Projek Hospital Pengajar
Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 53 02/12/2020 11:20 AM


6. Teks 10-11.indd 54 02/12/2020 11:20 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


PENGURUSAN PROJEK HOSPITAL PENGAJAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Perkara Utama
Apa yang  Pengauditan melibatkan penilaian terhadap pengurusan projek
diaudit? Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) bagi tempoh
tahun 2011 hingga 2019 yang meliputi dua (2) bidang utama Audit,
iaitu prestasi dan pengurusan projek.
 Prestasi projek, dinilai berdasarkan dua (2) perkara, iaitu
pencapaian fizikal projek dan pembangunan Total Hospital
Information System (THIS) serta pencapaian outcome.
 Pengurusan projek pula dinilai berdasarkan enam (6) perkara, iaitu
pencapaian kewangan projek, perancangan projek, pelantikan
kontraktor, pelaksanaan projek pembinaan, pelaksanaan
pembekalan peralatan perubatan dan pelaksanaan pembangunan
THIS.
 Pengauditan dijalankan di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) sebagai pemilik projek, Universiti Putra Malaysia (UPM)
sebagai pengguna dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi
pelaksana.

Mengapa ia  Projek ini diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan


penting Pembangunan Negara (JPPN) pada tahun 2012 dengan kos siling
untuk berjumlah RM600 juta di lokasi bersebelahan Hospital Serdang.
diaudit?
 Hospital ini berkapasiti 400 katil dengan empat (4) pengkhususan
utama iaitu Strok, Zoonotik, Gerontologi dan Kanser serta
perkhidmatan berkonsep perkongsian dengan Hospital Serdang.
 Objektif projek adalah untuk menyediakan prasarana bagi
pengajaran dan pembelajaran sarjana perubatan, peluang
menjalankan penyelidikan dan meningkatkan kapasiti
perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di sekitar.
 Projek ini bukan sahaja memanfaatkan pelajar dalam bidang
perubatan, bahkan memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan
kepada masyarakat.

Apa yang  Pengurusan projek dilaksanakan dengan kurang cekap dan


ditemui berkesan disebabkan kelemahan perancangan di peringkat JKR dan
Audit? KPT/HPUPM serta kelemahan pelaksanaan oleh kontraktor utama
dan kontraktor bagi pembangunan THIS. Antaranya:
- Pembangunan THIS hanya mula dilaksanakan oleh kontraktor
pada 12 Jun 2019, iaitu kelewatan selama 134 hari berbanding
tarikh mula asal pada 29 Januari 2019. Ini menyebabkan semua
modul telah lewat disiapkan antara 98 hingga 169 hari dari tarikh
yang sepatutnya iaitu 1 Julai dan 1 Ogos 2019.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111
- 1- 1
Pengurusan Projek
Pengurusan Projek HoHospital
s p i t a l P Pengajar
e n g a j a r UUniversiti Putra
niversiti P u t r a Malaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 1 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA

- HPUPM yang telah siap pada 15 Mac 2019 masih belum dapat
digunakan secara menyeluruh berpunca daripada fasiliti dan
peralatan yang belum sempurna disediakan serta pembangunan
THIS yang masih belum siap.
- Kos projek pembinaan dan pembekalan peralatan meningkat
sejumlah RM91.58 juta (18.8%) kepada RM579.58 juta disebabkan
perubahan dan pertambahan skop kerja asal.
- Pembinaan HPUPM belum mendapat kelulusan dan perlesenan Akta
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
(Akta 586).
- Saiz ruang bangunan klinikal yang dipersetujui dalam kontrak hanya
seluas 49,331.00 meter persegi iaitu perbezaan sebanyak 9,212.60
meter persegi berbanding kehendak pengguna dalam Laporan
Value Management (VM) seluas 58,543.60 meter persegi.
Perbezaan ini berlaku kerana Dokumen Pra Tawaran Projek HPUPM
tidak memperincikan saiz setiap ruang sebagai penanda aras seperti
yang diputuskan di dalam Laporan VM.
- Perolehan tender THIS hanya mula dilaksanakan pada bulan
September 2018 iaitu semasa prestasi kemajuan projek pembinaan
pada tahap 91.0%. Keadaan ini menyebabkan THIS belum siap
dibangunkan sepenuhnya dan HPUPM tidak dapat beroperasi
mengikut perancangannya, iaitu bermula pada bulan Ogos hingga
Oktober 2019.
- Link bridge berjumlah RM3.95 juta tidak sesuai diguna bagi tujuan
memindahkan pesakit disebabkan jarak yang jauh iaitu 445 meter
berbanding jarak 140 meter yang diputuskan dalam makmal VM
dan kerana melintasi jalan yang dilalui kenderaan. Perkara ini
menyebabkan link bridge yang dibina tidak mencapai fungsi yang
ditetapkan.
- Setiap Air Handling Unit (AHU) di setiap sepuluh (10) Dewan Bedah
(OT) dibina tanpa standby unit iaitu tidak memenuhi keperluan
Technical Brief of Requirement (TBOR).
- 13 kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi, 11 kerja tidak
berkualiti, tidak sempurna dan tidak sesuai serta berlaku kecacatan
serius akibat kondensasi di enam (6) lokasi dan kebocoran di
38 lokasi.
- Tiga (3) kemudahan masih belum dapat digunakan setakat
31 Disember 2020 iaitu Bilik Angiografi yang belum mendapat
kelulusan KKM, Ruang Menunggu di Nuclear Imaging belum
melepasi piawaian radiasi dan Bilik Stor di Central Sterile Service
Department (CSSD) belum lulus ujian particle count bagi standard
kebersihan bilik.
- Kontrak tambahan yang ke-tiga (3) bagi pembekalan 3,751
peralatan perubatan List B1 berjumlah RM68.00 juta hanya
dimeterai pada 28 Februari 2019 iaitu 50 hari sebelum projek
sepatutnya siap pada 19 April 2019 menyebabkan peralatan lewat
dibekalkan.
- Keputusan penggantian THIS oleh pengurusan HPUPM dibuat tanpa
kelulusan Lembaga Perolehan UPM. Selain itu, pakar THIS yang
ditugaskan dari negara India tidak memiliki permit pas pekerja asing
dan hanya menggunakan pas lawatan sosial.

11 -11
2- 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan
P e n g u r u s a nProjek
P r o j e kHospital
H o s p i t aPengajar
l P e n g a j aUniversiti
r U n i v e r s iPutra
t i P u t Malaysia
ra Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 2 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


1. PENGURUSAN PROJEK HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA

FAKTA UTAMA PROJEK HPUPM

Tahun 2012 RM600 Juta 15 Mac 2019


 Projek dilulus Jawatankuasa  Siling peruntukan meliputi  Tarikh projek disiapkan
Perancangan Pembangunan pembinaan RM490 juta dan
Negara peralatan RM110 juta

RM91.58 Juta 31 Disember 2019


 Kos tambahan projek  HPUPM masih belum beroperasi
seperti dirancang

Agensi berkaitan KPT (pemilik projek), UPM (pengguna) dan JKR (agensi pelaksana)

Projek HPUPM Dibiayai oleh dana pembangunan dan dilaksana secara reka dan bina dengan
kaedah perolehan tender terbuka pra kelayakan

Maklumat HPUPM  Hospital berkapasiti 400 katil dengan empat (4) pengkhususan utama iaitu
Strok, Zoonotik, Gerontologi dan Kanser
 Terletak bersebelahan Hospital Serdang dan dihubungkan dengan link bridge
 Perkhidmatan berkonsep perkongsian dan memperlengkap Hospital Serdang
 Berkongsi kemudahan kecemasan, forensik dan nutrasi dengan Hospital
Serdang secara guna sama

1. LATAR BELAKANG

1.1. Hospital Pengajar Universiti di Malaysia telah dibangunkan sebagai pusat


penyebaran ilmu perubatan dan penyampai perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Sehingga kini, terdapat lima (5) Hospital Pengajar Universiti yang telah dibina iaitu
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tahun 1968, Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) tahun 1983, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (sekarang
dikenali sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz) tahun 1997, Pusat Perubatan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (sekarang dikenali sebagai Pusat Perubatan
Sultan Ahmad Shah) tahun 2016 dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
(HPUPM) tahun 2019.

1.2. Projek pembinaan HPUPM telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang


Pembangunan Negara (JPPN) pada 11 September 2012 dengan siling peruntukan
berjumlah RM600 juta. Objektif projek adalah untuk menyediakan prasarana yang
optimum untuk pengajaran dan pembelajaran sarjana perubatan serta peluang
menjalankan penyelidikan. Ia juga bertujuan meningkatkan kapasiti perkhidmatan
kesihatan kepada masyarakat di kawasan persekitaran.

1.3. HPUPM merupakan keperluan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK),
Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memperluas program akademiknya serta
memberi kemudahan kepada pelajar. Sejak penubuhannya pada 1 Ogos 1996, program
di bawah FPSK meliputi latihan praktikal telah dilaksanakan di luar dengan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 11 11
- 3- 3
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 3 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

menggunakan kemudahan seperti di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Kajang dan
Hospital Serdang. Keperluan HPUPM ini amat penting bagi menampung bilangan pelajar
yang meningkat setiap tahun. Untuk tempoh tahun 2012 hingga 2019, bilangan
enrolmen pelajar setiap tahun adalah antara 1,032 hingga 1,373 pelajar seperti dalam
Jadual 1.

JADUAL 1
ENROLMEN PELAJAR PERUBATAN FPSK, UPM TAHUN 2012 HINGGA 2019
PROGRAM BIDANG ENROLMEN PELAJAR MENGIKUT TAHUN (BIL. PELAJAR)
BIL.
PERUBATAN 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
1. Pra Siswazah Perubatan 344 352 330 376 350 332 308 313
2. Siswazah Perubatan 447 497 568 581 593 612 616 627
3. Doktor Falsafah (PhD) 241 273 337 350 383 406 411 433
JUMLAH 1,032 1,122 1,235 1,307 1,326 1,350 1,335 1,373
Sumber: HPUPM

1.4. HPUPM dibina di Lot 48693 (PT535) iaitu tanah milik UPM yang terletak di Mukim
Dengkil, Daerah Sepang, bersebelahan Hospital Serdang. HPUPM merupakan hospital
berkapasiti 400 katil dengan empat (4) pengkhususan utama iaitu Strok, Zoonotik,
Gerontologi dan Kanser. Fasiliti bagi perkhidmatan yang ditawarkan berkonsep
perkongsian dengan Hospital Serdang. Selain itu, kedua-dua hospital ini juga berkongsi
kemudahan seperti kecemasan, forensik dan nutrasi secara guna sama. Rajah 1
menunjukkan pelan layout projek HPUPM.

RAJAH 1
PELAN LAYOUT HPUPM
A B C
Sumber: JKR D

A. BLOK HOSPITAL B. BLOK PSIKIATRI

C. PLANT ROOM D. RUMAH MAYAT


Hospital
E. ASRAMA F. LINK BRIDGE Serdang
JURURAWAT

Sumber: JKR

1.5. Pembangunan HPUPM meliputi tiga (3) skop utama iaitu skop pembinaan hospital
dan skop pembekalan peralatan perubatan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR),
manakala skop pembangunan Total Hospital Information System (THIS), iaitu sistem
perkhidmatan penyampaian hospital di bawah UPM. Pembinaan hospital dan
pembekalan peralatan perubatan telah dilaksanakan oleh syarikat bernombor
pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 80904-H yang dilantik secara tender
terbuka. Projek dilaksanakan melalui kaedah reka dan bina dengan kos kontrak

1111
- 4- 4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 4 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

berjumlah RM488 juta dalam tempoh 182 minggu bermula pada 27 Oktober 2014
hingga 22 April 2018. Pembangunan THIS pula dilaksanakan oleh syarikat bernombor
pendaftaran SSM 361777-H yang dilantik secara tender terbuka dengan kos kontrak
berjumlah RM12.45 juta dalam tempoh selama 24 bulan bermula 22 Januari 2019.
Butiran lanjut seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2
BUTIRAN PROJEK HPUPM
PEMBINAAN DAN PEMBEKALAN TOTAL HOSPITAL INFORMATION
PERKARA
PERALATAN SYSTEM (THIS)
Pemilik Projek Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Agensi Pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat
Pengarah Projek (P.D)
(CKP), JKR dan Komunikasi (IDEC), UPM
Kaedah Pelaksanaan Projek Reka dan Bina Off the Shelf System
Kaedah Perolehan Tender Terbuka Tender Terbuka
Harga Kontrak RM488 juta RM12.45 juta
Kontraktor Dilantik Syarikat 80904-H Syarikat 361777-H
Tarikh Surat Setuju Terima 24 September 2014 18 Januari 2019
Tarikh Tandatangan Kontrak 22 Januari 2015 27 Jun 2019
22 Januari 2019 hingga tarikh tamat
27 Oktober 2014 – 22 April 2018
Tempoh Kontrak tempoh penyelenggaran dan sokongan
(182 minggu)
iaitu 24 bulan modul akhir diserahkan
Tarikh Go Live Tidak Berkenaan 1 Julai dan 1 Ogos 2019
EOT 1: 158 hari
(22 April - 27 September 2018)
Lanjutan Masa (EOT) Tiada
EOT 2: 185 hari
(27 September 2018 - 19 April 2019)
Tarikh Siap Baru 19 April 2019 Tiada
Tarikh Sijil Siap Kerja (CPC) 15 Mac 2019 Belum Siap
Tempoh Tanggungan Kecacatan 15 Mac 2019 - 14 Mac 2021 (2 tahun) -
Sumber: Surat Setuju Terima, Dokumen Kontrak, EOT dan CPC

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan projek HPUPM telah
dirancang dan dilaksana secara berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif
untuk menyediakan prasarana yang optimum untuk pengajaran dan pembelajaran
sarjana perubatan. Selain itu, HPUPM juga memberi peluang untuk menjalankan
penyelidikan dan meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di
sekitarnya.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan
pengurusan projek. Prestasi projek dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian
fizikal projek dan pembangunan sistem THIS serta pencapaian outcome. Pengurusan
projek pula berdasarkan enam (6) perkara iaitu pencapaian kewangan projek,

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 11 11
- 5- 5
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 5 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

perancangan projek, pelantikan kontraktor, pelaksanaan projek pembinaan,


pelaksanaan pembekalan peralatan perubatan dan pelaksanaan pembangunan THIS.

3.2. Skop pengauditan tertumpu kepada pengurusan kelulusan projek HPUPM meliputi
pembinaan dan pembekalan peralatan perubatan oleh JKR serta pembangunan THIS
oleh UPM bagi tempoh tahun 2011 (cadangan diangkat untuk kelulusan) hingga tahun
2019.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak dan menganalisis rekod, dokumen dan
kontrak berkaitan projek HPUPM. Temu bual dan perbincangan dengan pegawai terlibat
di Seksyen Universiti Awam (UA) dan Private Finance Initiative (PFI), KPT; Cawangan
Kerja Pendidikan, JKR; Pasukan Projek HPUPM, JKR dan UPM serta kontraktor juga
diadakan. Selain itu, pemeriksaan fizikal di tapak projek HPUPM dan walkthrough sistem
THIS juga dilaksanakan. Pengauditan ini turut dibantu oleh Bahagian Teknikal dan
Bahagian Audit ICT, Jabatan Audit Negara (JAN).

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan dari bulan September hingga Disember 2019. Perkara
yang ditemui serta maklum balas KPT dan JKR telah dibincangkan dalam Mesyuarat
Penutup (Exit Conference) pada 19 Jun 2020. Penjelasan lanjut adalah seperti dalam
perenggan berikut:

5.1. Prestasi Projek

5.1.1. Pencapaian Fizikal Projek dan Pembangunan Sistem THIS

5.1.1.1. Pembinaan dan Pembekalan Peralatan Perubatan

a. Mengikut dokumen kontrak pembinaan HPUPM, skop projek meliputi


pembinaan blok hospital, blok psikiatri, rumah mayat, asrama jururawat,
plant room dan link bridge serta pembekalan peralatan perubatan hendaklah
disiapkan pada 22 April 2018.

b. Semakan Audit mendapati JKR telah mengeluarkan Sijil Siap Kerja (CPC)
projek HPUPM pada 15 Mac 2019, iaitu selepas projek diluluskan dua (2)
Lanjutan Masa (EOT) selama 343 hari bermula 22 April 2018 hingga 19 April
2019. EOT ini disebabkan kelewatan JKR dan UPM memuktamadkan Master
Planning and Departmental Zoning, Schematic Design Layout dan Room
Data Interaction (RDI) sebelum pembinaan dapat dimulakan.

1111
- 6- 6 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 6 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati, dua (2) skop projek masih


belum siap sepenuhnya semasa CPC dikeluarkan iaitu link
bridge yang menghubungkan HPUPM dengan Hospital
Serdang bagi tujuan memindahkan pesakit dan pembekalan
peralatan perubatan. Skop link bridge hanya dapat disiapkan dalam
kawasan HPUPM, manakala peralatan perubatan yang dibekalkan hanya
sebanyak 93.3%.

d. Bagaimanapun, CPC masih dapat dikeluarkan kerana skop yang belum siap
tersebut tidak menghalang Kerajaan mendapat penggunaan yang
sepenuhnya terhadap kemudahan HPUPM. Kontraktor juga telah
mengemukakan akujanji untuk menyiapkannya dalam Tempoh Tanggungan
Kecacatan (DLP) selaras dengan syarat pengeluaran CPC dalam dokumen
kontrak klausa 44.6.

e. Setakat 31 Disember 2019, sebanyak 99.3% peralatan


perubatan telah dibekalkan dengan baki peralatan yang
belum dibekalkan sebanyak 43 (0.7%) item bernilai RM0.70 juta. Link
bridge dalam kawasan Hospital Serdang telah disiapkan pada 20 Januari
2020. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 3 dan 4.

JADUAL 3
PRESTASI PROJEK HPUPM SEMASA CPC
DIKELUARKAN DAN SETAKAT 31 DISEMBER 2019
KONTRAK EOT PERATUS SIAP (%)
TARIKH SIAP
SKOP UTAMA TARIKH
BIL. TARIKH TARIKH BARU SEMASA CPC 31 DISEMBER
PROJEK BIL. HARI DITETAPKAN CPC
MULA SIAP ASAL DIKELUARKAN 2019

1. Blok Hospital 100 100


32
2. Blok Psikiatri 100 100
3. Rumah Mayat 1 27.09.2018 100 100

Asrama 126
4. 100 100
Jururawat

5. Plant Room 100 100


27.10.2014 22.04.2018 15.03.2019
6. Infrastruktur 100 100

Link Bridge (Di


dalam 2 185 19.04.2019
7. 100 100
kawasan
HPUPM)

Peralatan
8. *93.3 99.3
Perubatan
Sumber: JKR
Nota: (*) - Peratus Peralatan Perubatan Berdasarkan Surat Akujanji Menyiapkan Kerja Kontraktor Bertarikh 14 Mac
2019.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 11 11
- 7- 7
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 7 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 4
PRESTASI PEMBEKALAN PERALATAN PERUBATAN SETAKAT 31 DISEMBER 2019
STATUS PEMBEKALAN PERALATAN
PEMBEKALAN PERALATAN PERUBATAN
PERUBATAN SETAKAT 31 DISEMBER 2019
TELAH BEKAL
BIL. MENGIKUT KONTRAK SEMASA CPC TELAH BEKAL BELUM BEKAL
DIKELUARKAN
BIL. AMAUN BIL. BIL. AMAUN
JENIS BIL. ITEM % % %
ITEM (RM Juta) ITEM ITEM (RM)
1. List A1 985 67.22 982 99.7 982 99.7 3 0.3 5,100
2. List A2 1,123 30.63 1,121 99.8 1,121 99.8 2 0.2 111,826
3. List B1 3,757 68.00 3,369 89.7 3,719 99.0 38 1.0 584,423

JUMLAH 5,865 165.85 5,472 93.3 5,822 99.3 43 0.7 701,349


Sumber: HPUPM

Maklum balas JKR yang diterima pada 13 Mac dan 16 Jun 2020
 Peralatan perubatan yang belum dibekalkan sepenuhnya terutamanya bagi
List B1 merupakan peralatan plug and play dan tidak menjejaskan operasi
HPUPM secara keseluruhan.

 Walaupun berlaku kelewatan iaitu EOT, proses semakan dan ulasan loaded
drawing interaction telah mengambil masa yang munasabah memandangkan
projek hospital adalah kompleks. Masa yang munasabah amat diperlukan
bagi memastikan loaded drawing interaction yang dihasilkan adalah teratur
bagi meminimumkan sebarang perubahan di peringkat pembinaan.

 Kontraktor telah mengemukakan cadangan tempoh pelaksanaan di dalam


Program Kerja untuk Departmental Zoning, Schematic Design Layout dan
RDI selama 6 bulan dan telah diluluskan oleh JKR. Bagaimanapun,
penambahan masa berlaku disebabkan terdapat penambahan Schedule of
Accommodation (SOA) Ruangan Klinikal di Blok Hospital oleh HPUPM.
Penambahan SOA tersebut telah menyebabkan satu (1) Supplemental
Agreement dikeluarkan.

Maklum balas KPT yang diterima pada 25 Jun 2020


 Setakat 25 Jun 2020, hanya 12 peralatan yang tidak dapat dibekalkan dan
akan dibuat Pelarasan Harga Kontrak (PHK). Peralatan tersebut tidak dapat
dibekalkan disebabkan digugur semasa proses Technical Specification
Adherence (TSA), tiada pensijilan Medical Device Authority (MDA) dan tiada
lagi dalam pasaran seperti berikut:

BIL. PERALATAN KUANTITI STATUS


1. UVA phototest 1 Peralatan digugurkan semasa TSA.
2. Lamp woods w magnifying lens 1 Peralatan tiada Pensijilan MDA.
3. System verify now 1
4. Pelvic and lumbar traction set 5 Peralatan tiada lagi di pasaran.
5. Cervical traction set 4
JUMLAH 12

1111
- 8- 8 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 8 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

 UPM sedang membuat semakan semula terhadap beberapa peralatan yang


telah dibekalkan dan tidak dapat dikenal pasti lokasinya. JKR memaklumkan
kontraktor bersetuju untuk membuat penggantian peralatan yang tidak dapat
dikenal pasti bagi memastikan semua peralatan siap dibekalkan dalam DLP
yang akan tamat pada 14 Mac 2021 sebagaimana dalam Surat Aku Janji
bertarikh 14 Mac 2019.

5.1.1.2. Total Hospital Information System (THIS)

a. Berdasarkan dokumen kontrak THIS, pembangunan THIS hendaklah bermula


pada 29 Januari 2019 dengan enam (6) komponen utama dalam aplikasi
sistem termasuk latihan seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
PERINCIAN ITEM THIS DAN FUNGSI
BIL. ITEM KETERANGAN
 34 modul
Aplikasi Klinikal Dan
1.  Merangkumi semua proses lengkap di hospital dari proses
Sokongan Klinikal
pendaftaran pesakit hingga bayaran bil perkhidmatan hospital
 Lima (5) modul
 Menyediakan sistem pengurusan maklumat penyelidikan
 Menyediakan sistem pentadbiran dan pengurusan meliputi maklumat
Aplikasi Sokongan sumber manusia
2.
Pentadbiran  Menyediakan modul kewangan
 Mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran e-Learning serta
aplikasi tontonan prosedur perubatan secara maya
 Mewujudkan portal khusus bagi HPUPM

 Satu (1) modul


3. Medical Device Interface
 Mewujudkan integrasi antara peralatan perubatan dengan THIS

Infrastruktur bagi Server  Sembilan (9) item


4.
dan Storan  Menyimpan maklumat rekod pesakit

Infostruktur bagi Database


 Empat (4) item
5. dan Sistem Pengurusan ID
 Menyimpan data berkenaan sistem dan aplikasi
(IDMS)
 Memberi latihan kepada kakitangan HPUPM mengenai penggunaan
6. Latihan
dan pengendalian THIS
Sumber: Dokumen Kontrak THIS

b. Semakan Audit kontraktor THIS hanya mula


mendapati
melaksanakan pembangunan THIS pada 12 Jun 2019, iaitu
kelewatan selama 134 hari berbanding tarikh mula asal pada
29 Januari 2019. Seterusnya, UPM telah mengeluarkan surat peringatan
pada 7 Mei 2019, 30 Mei 2019 dan 12 September 2019 berserta denda
berjumlah RM233,469. Ini kerana kontraktor gagal memastikan sistem go
live pada 1 Julai 2019 bagi Fasa 1 melibatkan 29 modul dan 1 Ogos 2019
bagi Fasa 2 melibatkan 11 modul.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 11 11
- 9- 9
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 9 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

c. Semakan Audit selanjutnya terhadap pencapaian deliverables THIS


sehingga 17 Disember 2019 mendapati pembangunan
keseluruhan THIS hanya pada tahap 45.5% melibatkan kerja
penyediaan infrastruktur dan infostruktur. Modul Klinikal dan
Sokongan pada tahap 52.9% dan Modul Sokongan Pentadbiran 20.0%,
manakala kerja Medical Device Interface dan latihan hanya akan
dilaksanakan setelah THIS siap sepenuhnya. Secara keseluruhannya
semua modul telah lewat disiapkan antara 98 hingga 169 hari
dari tarikh yang sepatutnya iaitu 1 Julai dan 1 Ogos 2019.
Setakat 31 Disember 2019, hanya satu (1) bayaran berjumlah RM379,501
telah dibuat kepada kontraktor THIS pada 22 Ogos 2019.

d. Antara punca kelewatan penyiapan THIS adalah disebabkan pakar yang


ditugaskan oleh kontraktor THIS adalah dari negara India dan tidak memiliki
permit pas pekerja asing. Pakar tersebut hanya menggunakan pas lawatan
sosial yang terhad untuk tempoh 90 hari sahaja.

Maklum balas KPT yang diterima pada 18 Mei, 16 dan 25 Jun 2020

 Status keseluruhan pembangunan THIS setakat 15 Mac 2020 seperti berikut:

PERATUSAN PELAKSANAAN (%)


ITEM
BERDASARKAN KONTRAK SEBENAR

Infrastruktur bagi Server dan Storan 100 100.0

Infrastruktur: Database dan IDMS 100 100.0

Aplikasi Klinikal dan Sokongan Klinikal 100 60.7

Aplikasi Sokongan Pentadbiran 100 62.0

Medical Device Interface 100 29.0

Latihan 100 50.0

PERATUSAN PENCAPAIAN KESELURUHAN 100 63.6

 Setakat bulan Mei 2020, jumlah bayaran yang telah dibuat untuk projek ini
adalah sebanyak RM4.15 juta (33.3%) daripada kos keseluruhan projek
THIS sebanyak RM12.45 juta. Bayaran yang telah dibuat adalah selaras
dengan jadual yang ditetapkan di dalam kontrak dan mengikut modul yang
siap dan telah melepasi Final Acceptance Test.

 Pakar daripada India dijemput membantu menyelesaikan masalah teknikal


untuk modul pendaftaran pesakit yang tidak boleh diselesaikan melalui skype
call dan emel. Kesukaran mendapat kelulusan pas pekerja pada masa
tersebut disebabkan Kerajaan Malaysia mengetatkan perolehan pas pekerja
kepada warga India. Expert reference sangat diperlukan untuk berada di

11
11--10
10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 10 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

HPUPM bagi proses transfer of knowledge kepada staf HPUPM dan pembekal
sebelum pembukaan HPUPM. Pas lawatan sosial hanya diguna pada
peringkat awal customization dan implementation THIS. Pada masa ini, pas
pekerja yang sah telah diperoleh bagi dua (2) pakar daripada India untuk
tempoh 12 bulan masing-masing berkuatkuasa mulai 18 November 2019 dan
27 Disember 2019.

5.1.1.3. Pencapaian Objektif Projek

a. Berdasarkan Laporan Pengurusan Nilai (VM) Projek HPUPM, objektif projek


adalah untuk menyediakan prasarana yang optimum bagi pengajaran dan
pembelajaran sarjana perubatan serta peluang menjalankan penyelidikan.
Projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan
kesihatan kepada masyarakat di kawasan persekitaran.

b. Semakan Audit mendapati HPUPM telah berjaya dibina bagi memenuhi


objektifnya, iaitu untuk menyediakan kemudahan pembelajaran perubatan
dan pusat rawatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan sekitar.
Bagaimanapun setakat 31 Disember 2019, fasiliti yang telah siap
pada 15 Mac 2019 masih belum dapat digunakan secara
menyeluruh berpunca daripada fasiliti dan peralatan yang
belum sempurna disediakan serta pembangunan THIS yang
masih belum siap. Keadaan ini menyebabkan perkara berikut berlaku:

i. hanya 12 (57.1%) daripada 21 klinik/wad/jabatan yang


telah beroperasi berbanding perancangan asal HPUPM,
iaitu selewat-lewatnya pada bulan Oktober 2019. Selain itu,
sembilan (9) (42.9%) klinik/wad/jabatan mengalami kelewatan
beroperasi antara tiga (3) hingga empat (4) bulan.

ii. guna tenaga (doktor/jururawat/staf) tidak dapat


dimanfaatkan mengikut fungsi atau tugas hakikinya.
Daripada 525 perjawatan yang diperuntukkan pada tahun 2016 hingga
2019, sebanyak 343 (65.3%) telah diisi tetapi masih belum
melaksanakan tugas hakiki sepenuhnya.

iii. kekurangan katil sebanyak 1,152 dan 1,010 pada tahun


2017 dan 2018 di zon tengah, iaitu Selangor, Kuala
Lumpur dan Putrajaya masih belum dapat ditampung
sebahagiannya oleh HPUPM yang berkapasiti 400 katil. Ini

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -1111
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 11 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

berdasarkan analisis Audit terhadap Bed Population Ratio (BPR) yang


merupakan sasaran ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
iaitu dua (2) katil bagi 1,000 penduduk (2 nisbah 1,000). Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
ANALISIS AUDIT NISBAH KATIL KEPADA PENDUDUK DI ZON TENGAH
BIL. KATIL DI HOSPITAL BIL. KATIL

BIL. DIPERLUKAN
TAHUN NEGERI
PENDUDUK BERDASARKAN [LEBIH/
KKM SWASTA JUMLAH
BIL. PENDUDUK (KURANG)]
SEMASA

Selangor 5,383 4,091 9,474 6,401,100

2017 Kuala Lumpur 2,405 1,863,700


3,024 6,083 16,709 (1,152)
Putrajaya 654 89,800

JUMLAH 8,442 7,115 15,557 8,354,600

Selangor 5,514 4,248 9,762 6,509,400

2018 Kuala Lumpur 2,409 1,880,200


3,059 6,190 16,962 (1,010)
Putrajaya 722 91,600

JUMLAH 8,645 7,307 15,952 8,481,200


Sumber: KKM
Nota: Data Bagi Tahun 2019 Masih Belum Diperolehi.

c. Semakan Audit juga mendapati peralatan perubatan yang belum dibuat


perolehan sepenuhnya di bawah projek ini juga menyumbang kepada
HPUPM belum dapat beroperasi dengan optimum. Berdasarkan Laporan VM,
daripada RM300 juta peralatan yang diperlukan oleh HPUPM, hanya RM190
juta diluluskan iaitu RM110 juta dalam kontrak utama, RM68 juta kontrak
tambahan dan RM12 juta untuk THIS. Kelulusan tersebut dibuat bagi
mengurangkan kos projek tanpa menjejaskan kefungsian HPUPM. Untuk
membolehkan HPUPM beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti 400 katil, baki
peralatan tersebut perlu dibuat perolehan.

Maklum balas KPT yang diterima pada 10 April, 5 dan 25 Jun 2020

 HPUPM bercadang untuk memulakan operasi bersekali dengan THIS kerana


hasrat untuk beroperasi sebagai paperless hospital. HPUPM telah mula
beroperasi pada 3 September 2019 dengan pembukaan Klinik Perubatan
Keluarga. Namun, pada peringkat permulaan perkhidmatan dihadkan hanya
kepada staf UPM, ahli keluarga dan penjawat awam yang mempunyai kad
pencen. Klinik Perubatan Keluarga bersama perkhidmatan sokongan yang
lain, iaitu Makmal Patologi dan Mikrobiologi, Radiologi, Farmasi dan Nuclear
Imaging telah dibuka kepada orang awam bermula pada 29 September

11
11--12
12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 12 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

2019. Setakat 25 Jun 2020, hanya wad (kecuali Wad Medikal) yang masih
belum beroperasi kerana masalah kulat dan bilangan perjawatan yang
diluluskan di UPM tidak mencukupi.

 Sebahagian staf yang dilantik masih memerlukan latihan kemahiran sebagai


persiapan operasi HPUPM dan masa ini digunakan untuk menghantar mereka
menjalani latihan di Hospital Serdang, Hospital Kajang dan HKL. Sebahagian
staf ini juga membantu menyediakan Standard Operating Procedure (SOP)
dan perancangan operasi HPUPM.

 Unit Perancangan Ekonomi (UPE) telah memberi pengecualian pelaksanaan


VM bagi baki peralatan yang belum dibuat perolehan dan UPM telah
mengemukakan senarai penuh peralatan tersebut berjumlah RM122 juta
untuk kelulusan pada 5 Mei 2020.

Pendapat Objektif projek HPUPM sebagai pusat pengajaran dan


Audit pembelajaran sarjana perubatan, penyelidikan serta pusat
perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat di kawasan
persekitaran masih belum dapat dicapai. Ini adalah
disebabkan HPUPM masih belum dapat beroperasi
sepenuhnya kerana fasiliti dan peralatan yang belum
sempurna disediakan serta pembangunan THIS yang
merupakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada
operasi HPUPM masih belum siap.

5.1.2. Pencapaian Outcome

a. Mengikut Laporan VM, terdapat empat (4) outcome yang disasarkan mulai tahun
2012 hingga 2020 dalam pelaksanaan projek HPUPM.

b. Berdasarkan rekod HPUPM, setakat 31 Disember 2019, pencapaian sasaran bagi


Enrolmen Pelajar Siswazah Perubatan adalah antara 15.5% hingga 70.8%,
Graduan Pakar Perubatan 42.2% hingga 100%, Enrolmen Pelajar Pasca
Siswazah 44.6% hingga 95.3% dan Doktor Pakar 40.0% hingga 50.0% bagi
tempoh tahun 2012 hingga 2019. Bagaimanapun, penilaian terhadap
pencapaian outcome HPUPM masih belum dapat diukur
sepenuhnya disebabkan HPUPM belum beroperasi sepenuhnya.
Butiran lanjut seperti dalam Jadual 7.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -1313
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 13 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

JADUAL 7
PENCAPAIAN OUTCOME DARIPADA PELAKSANAAN PROJEK HPUPM
UNJURAN ENROLMEN/GRADUAN/PAKAR MENGIKUT TAHUN
(BILANGAN)
SASARAN/
BIL. OUTCOME
PENCAPAIAN SEBELUM BINA DALAM TEMPOH BINA SIAP BINA

2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020


Enrolmen pelajar
siswazah perubatan Sasaran 28 48 82 120 172 250 400 500 600
meningkat daripada
1.
28 orang tahun 2012 Pencapaian/ 11 34 36 41 52 73 62 84
kepada 600 orang -
(%) (39.3) (70.8) (43.9) (34.2) (30.2) (29.2) (15.5) (16.8)
tahun 2020.
Graduan pakar Sasaran 0 4 3 7 14 24 37 45 66
perubatan bagi 12
bidang meningkat
2.
daripada 4 orang Pencapaian/ 2 3 5 7 15 19 19
tahun 2013 kepada 66 0 -
(%) (50.0) (100.0) (71.4) (50.0) (62.5) (51.4) (42.2)
orang tahun 2020.

Enrolmen pelajar
pasca siswazah Master Sasaran 360 410 460 510 560 610 660 710 760
Sains (MS) meningkat
3. daripada 360 orang
tahun 2012 kepada
Pencapaian/ 343 380 406 380 353 326 318 317
760 orang tahun -
(%) (95.3) (92.7) (88.3) (74.5) (63.0) (53.4) (48.2) (44.6)
2020.

Doktor pakar di
Sasaran 0 0 0 0 0 0 10 20 30
bidang sub kepakaran
meningkat daripada 0
4.
pada tahun 2014 Pencapaian/ 5 8
kepada 30 orang pada 0 8 6 16 10 5 -
(%) (50.0) (40.0)
tahun 2020.
Sumber: Laporan VM dan UPM
Nota: (-) – Pencapaian belum dapat dinilai

Maklum balas KPT yang diterima pada 5 Jun 2020

Sasaran tidak dapat dicapai kerana HPUPM baru diserahkan dan tidak semua fasiliti
boleh digunakan serta peralatan tidak mencukupi. Selain itu, pengisian perjawatan
klinikal juga belum dibuat sepenuhnya. HPUPM menjangkakan sasaran ini akan
dapat dicapai menjelang tahun 2023/2024 apabila HPUPM telah beroperasi
sepenuhnya dan perolehan perubatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 selesai.

Pendapat Outcome projek HPUPM berkaitan enrolmen pelajar serta


Audit peningkatan doktor pakar masih belum dapat dicapai
disebabkan projek ini baru siap dan belum beroperasi
sepenuhnya. Selain itu, pengukuran pencapaian outcome dari
peringkat awal tidak akan dapat dibuat oleh HPUPM dengan
ketiadaan Key Performance Indicators (KPI), sistem dan
pangkalan data yang khusus. Ini akan menimbulkan masalah
dalam penilaian outcome pada masa akan datang.

11
11--14
14 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 14 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

5.2. Pengurusan Projek

5.2.1. Pencapaian Kewangan Projek

a. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan kos siling
projek HPUPM berjumlah RM600 juta pada 22 Februari 2013. Mengikut dokumen
kontrak, kos pembinaan dan pembekalan peralatan perubatan adalah berjumlah
RM488 juta manakala kos pembekalan THIS berjumlah RM12.45 juta.

b. Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2019, kos projek


pembinaan dan pembekalan peralatan perubatan berjumlah
RM488 juta telah meningkat RM91.58 juta (18.8%) kepada
RM579.58 juta. Peningkatan ini disebabkan kelulusan terhadap perubahan
dan pertambahan skop kerja yang dibuat melalui Arahan Perubahan Kerja (APK)
dan perjanjian tambahan (supplemental agreement). Perkara ini meliputi
perubahan spesifikasi peralatan perubatan, pertambahan senarai peralatan
perubatan dan pertambahan ruang. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8
MAKLUMAT KEWANGAN PROJEK HPUPM SETAKAT 31 DISEMBER 2019
APK/ KONTRAK TAMBAHAN/
KOS PROJEK PELARASAN HARGA KONTRAK JUMLAH AKHIR KONTRAK
(PHK)
JUMLAH
KONTRAKTOR HARGA PERATUS
TERKUMPUL
KONTRAK AMAUN BERBANDING
BIL. SKOP KERJA BIL. PERIHAL (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) KONTRAK
(Jumlah A) +
(A) (B) (%)
(Terkumpul B)
PEMBINAAN DAN PEMBEKALAN PERALATAN
Syarikat 1. Kerja Preliminary 52.25 1. APK 1 8.10 496.10 101.7
80904-H
Bangunan dan
2. 201.72 2. PHK 1 (0.29) 495.81 101.6
Infra
3. Kerja Mekanikal 80.82 3. PHK 2 0.63 496.44 101.7
Kontrak Tambahan
4. Kerja Elektrikal 52.74 4. 6.35 502.79 103.0
1 (PHK 3)
Peralatan Kontrak Tambahan
5. 89.12 5. 11.44 514.23 105.4
Perubatan 2 (PHK 4)
Kontrak Tambahan
6. Perabot 9.05 6. 68.00 582.23 119.3
3 (PHK 5)
Kerja
7. 2.30 7. PHK 6 (2.65) 579.58 118.8
Penyenggaraan
JUMLAH 488.00 - 91.58 579.58 118.8
TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)
Syarikat
361777-H 1. Sistem THIS 12.45 Tiada 12.45 100.0

JUMLAH 12.45 - - 12.45 100.0


JUMLAH KESELURUHAN 500.45 - 91.58 592.03 118.3
Sumber: JKR dan UPM

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati setakat 31 Disember 2019, daripada


RM600 juta yang diperuntukkan untuk pembangunan HPUPM, sejumlah

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -1515
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 15 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

RM572.44 juta (95.4%) telah dibelanjakan. Butiran lanjut seperti dalam


Jadual 9.
JADUAL 9
PRESTASI PERBELANJAAN PROJEK HPUPM SETAKAT 31 DISEMBER 2019
SILING PERUNTUKAN PERBELANJAAN BAKI PERUNTUKAN
TAHUN PROJEK DITERIMA
(RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) RM Juta %

2014 12.00 0.23 1.9 11.77

2015 60.66 52.58 86.7 19.85

2016 130.00 76.83 59.1 73.02


600.00
2017 150.00 133.87 89.2 89.15

2018 150.00 146.93 98.0 92.22

2019 97.34 162.00 166.4 27.56

JUMLAH 600.00 600.00 572.44 95.4 27.56


Sumber: JKR dan Pejabat Bursar UPM

Maklum balas JKR yang diterima pada 5 Jun 2020

Status Kewangan Projek HPUPM setakat bulan Mac 2020 adalah sebanyak
RM570.12 juta setelah mengambil kira Pelarasan Harga Kontrak (PHK). Akaun
Muktamad Projek HPUPM hanya boleh disediakan selepas Certificate of Making Good
Defect (CMGD) dikeluarkan selepas bulan April 2021 selaras dengan Klausa 54.1.

5.2.2. Perancangan Projek

a. Pematuhan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan


Swasta 1998 (Akta 586)

i. Akta 586 adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi


pengawalseliaan dan pengawalan kemudahan dan perkhidmatan jagaan
kesihatan swasta dan kemudahan serta perkhidmatan lain yang
berhubungan dengan kesihatan. Mengikut Seksyen 3, tiada seorang boleh
menubuh atau menyenggara kemudahan jagaan kesihatan swasta tanpa
kelulusan dan lesen daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

ii. Menurut KKM, semua kemudahan jagaan kesihatan di Malaysia perlu


mendapat kelulusan penubuhan dan perlesenan operasi di bawah Akta 586
kecuali hospital Kerajaan di bawah KKM. Selain itu, kemudahan dan
perkhidmatan jagaan kesihatan universiti disifatkan sebagai swasta di bawah
Akta 586 kerana status penubuhan institusi sebagai pertubuhan perbadanan
di bawah akta-akta tertentu seperti Akta 30 (Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971), Akta 489 (Akta Majlis Amanah Rakyat 1966) dan Akta 125
(Akta Syarikat 2016).

11
11--16
16 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 16 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

iii. Semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat Tapak Bil. 19 bertarikh 13 Mei
2016 mendapati, FPSK ada memaklumkan keperluan mendapatkan lesen
menjalankan operasi hospital. FPSK juga memaklumkan keperluan
perlesenan telah dibincangkan bersama KPT, namun masih belum mendapat
sebarang keputusan daripada KPT. Setakat 31 Disember 2019, tiada
bukti menunjukkan HPUPM ada mendapatkan kelulusan dan
lesen di bawah Akta 586. Berdasarkan data di KKM, setakat
31 Disember 2019 sebanyak lima (5) Universiti Awam (UA) dan tiga (3)
private wing di hospital UA telah memohon kelulusan dan perlesenan di
bawah Akta 586 seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
HOSPITAL UNIVERSITI YANG MEMBUAT PERMOHONAN PERLESENAN
DI BAWAH AKTA 586 SETAKAT 31 DISEMBER 2019
TARIKH TARIKH LESEN DAN
BIL. HOSPITAL
PERMOHONAN STATUS SEMASA

Universiti Awam
1. IIUM Medical Specialist Centre (IMSC), Kuantan, Pahang 19.03.2009 Berlesen mulai 25.08.2011
Hospital Pegajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak
2. 17.07.2017 Sah hingga 25.07.2021
Alam, Selangor
Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu,
3. 20.03.2017 Sah hingga 25.07.2021
Sabah
Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala
4. 28.09.2018 Sedang diproses
Terengganu, Terengganu
Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia
5. 16.08.2019 Sedang diproses
(UKM), Cheras, Kuala Lumpur
Private Wing Hospital Universiti Awam
16.02.2017
1. Pusat Pakar UKM, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Berlesen mulai 01.06.2007
(Lesen baru)
2. UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh, Selangor 12.09.2014 Lesen baru mulai 14.06.2016
Universiti Malaya (UM) Private Specialist Centre, Lembah
3. 02.06.2016 Sedang diproses
Pantai, Kuala Lumpur
Sumber: KKM

Maklum balas KPT yang diterima pada 25 Jun, 27 Julai dan 17 November
2020

 Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 30 April 2018 telah mengeluarkan


pandangan berkaitan pematuhan Akta 586. Berdasarkan kepada perlembagaan
UA, Hospital Pengajar Universiti (HPU) adalah Pihak Berkuasa Universiti yang
dikawal selia oleh Lembaga Pengurus yang bertanggungjawab bagi pengurusan
dan pentadbiran sesebuah HPU. Oleh itu, HPU bukan merupakan entiti
berasingan dengan UA (melainkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan
tidak terangkum dalam tafsiran “Pertubuhan Perbadanan” iaitu pertubuhan yang
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang tertakluk kepada
kelulusan dan perlesenan di bawah Akta 586.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -1717
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 17 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

 Mesyuarat bersama YB Menteri Pengajian Tinggi dan YB Menteri Kesihatan pada


22 Julai 2020 berkaitan status HPU di bawah seliaan Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) bersetuju KPT memaklumkan secara rasmi kepada YB Menteri
Kesihatan berkaitan pandangan rasmi AGC berhubung status HPU dalam konteks
mematuhi Akta 586. Selain itu, KPT juga membuat permohonan pengecualian
terhadap pematuhan Akta 586 bagi HPU untuk pertimbangan oleh YB Menteri
Kesihatan selaras dengan Seksyen 103 (1) Akta 586. Surat permohonan melalui
YB Menteri Pengajian Tinggi telah dikemukakan kepada YB Menteri Kesihatan
pada 29 Julai 2020.

Pendapat Ketiadaan koordinasi di antara KPT dan KKM untuk


Audit menentukan dasar berkenaan kelulusan dan perlesenan di
bawah Akta 586 bagi hospital pengajar UA menyebabkan
kedudukan HPUPM dalam pematuhan akta tersebut masih
belum diputuskan.

c. Schedule of Accommodation (SOA)

i. Reka bentuk dalam kontrak projek pembinaan hendaklah dibuat mengikut


kehendak pengguna, antaranya berdasarkan Schedule of Accommodation
(SOA) yang meliputi jenis fasiliti, ruang dan keluasan. Selain itu, reka bentuk
tersebut juga hendaklah mengikut Garis Panduan dan Peraturan bagi
Perancangan Bangunan, UPE.

ii. Semakan Audit mendapati makmal VM pada 17 hingga 21 Disember 2012


dan 7 hingga 11 Januari 2013 telah memutuskan saiz ruang bangunan
klinikal bagi projek HPUPM adalah sebanyak 58,543.60 meter persegi dengan
kos projek berjumlah RM600 juta. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati
saiz ruang yang dipersetujui dalam kontrak hanya seluas
49,331.00 meter persegi dengan kos kontrak berjumlah
RM488 juta iaitu perbezaan sebanyak 9,212.60 meter persegi.
Perbezaan ini berlaku kerana Dokumen Pra Tawaran Projek
HPUPM tidak memperincikan saiz setiap ruang sebagai
penanda aras seperti yang diputuskan di dalam Laporan VM.

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati pada 17 September 2014, iaitu


selepas pelantikan kontraktor, HPUPM bersama kontraktor telah
menandatangani Jadual Ketidakpatuhan Keperluan Teknikal dan Kontraktual
yang dikeluarkan JKR. HPUPM telah memohon pertambahan saiz ruang
bangunan klinikal dan persetujuan dengan kontraktor dicapai pada keluasan
56,821.50 meter persegi iaitu pertambahan 7,490.50 meter persegi
11
11--18
18 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 18 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

berbanding tawaran asal kontraktor. Kontraktor bersetuju pertambahan


tersebut tidak akan melibatkan sebarang tuntutan kos tambahan dan JKR
tidak akan mengenakan penalti sekiranya kontraktor gagal mencapai jumlah
ruang tersebut.

iv. Analisis Audit terhadap data keluasan bangunan klinikal mendapati saiz
ruang yang dibina hanya seluas 55,477.97 meter persegi iaitu pertambahan
sebanyak 6,146.97 meter persegi. Saiz ruang ini juga adalah berbeza
sebanyak 3,065.63 meter persegi berbanding yang dimuktamadkan dalam
VM. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
PERBANDINGAN SAIZ RUANG DALAM VM, KONTRAK DAN TAMBAHAN PEMATUHAN
KEPERLUAN ASAL
TAMBAHAN PEMATUHAN KEPERLUAN
PERBEZAAN
ASAL
RUANG
VM KONTRAK
TAMBAHAN/ MUKTAMAD
BIL. PERIHAL RUANG
RUANG MUKTAMAD BERBANDING VM
(KURANGAN)

(A) (B) (C) (D)=(B)+(C) (A)-(D)

1. Administration 6,026.00 4,502.00 1,071.30 5,573.30 452.70

2. Outpatient Services 10,118.50 8,739.00 812.90 9,551.90 566.60

3. Inpatient Services 11,566.00 10,540.00 (621.60) 9,918.40 1,647.60

4. Diagnostic Services 8,190.60 5,745.00 2,143.60 7,888.60 302.00

5. Treatment Services 9,039.00 7,093.00 1,107.70 8,200.70 838.30

Medical Support
6. 4,797.00 3,648.00 739.80 4,387.80 409.20
Services

7. Non Medical Support 1,927.50 1,726.00 139.60 1,865.60 61.90

8. Training & Edu 4,199.00 3,511.00 742.40 4,253.40 (54.40)

9. Staff Facilities 1,575.00 1,621.00 7.82 1,628.82 (53.82)

10. Others 1,105.00 2,206.00 (70) 2,136.00 (1,031)

11. Ruang Pelbagai - - 73.45 73.45 (73.45)

JUMLAH RUANG
58,543.60 49,331.00 6,146.97 55,477.97 3,065.63
BANGUNAN KLINIKAL

Sumber: JKR

Maklum balas JKR yang diterima pada 5 dan 16 Jun 2020

Projek ini adalah reka dan bina di mana reka bentuk dicadangkan oleh kontraktor
dan dipersetujui oleh Kerajaan. Reka bentuk tersebut perlu mematuhi Kehendak
Kerajaan seperti di dalam Dokumen Pra Tawaran. Adalah ideal sekiranya setiap
ruang yang diperlukan dalam projek ditetapkan saiz bagi memastikan petender
mengemukakan ruang yang sama. Bagaimanapun, untuk mendapatkan reka bentuk
yang optimum dan menguntungkan Kerajaan, petender diberi kebebasan dan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -1919
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 19 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

kreativiti untuk menyedia dan mencadangkan reka bentuk yang terbaik dan fit for
purpose. Perbezaan saiz ruang berbanding keluasan yang telah dimuktamadkan
dalam VM tidak menjejaskan fungsi ruang sedia ada dan memenuhi kefungsian,
keselamatan dan fit for purpose sepertimana Kehendak Kerajaan dalam Dokumen
Pra Tawaran.

Maklum balas KPT yang diterima pada 16 Jun 2020

Pihak KPT akan mengemukakan Nota Pemakluman kepada UPE berkenaan Gross
Floor Area (GFA) sebenar yang telah dibina berdasarkan kepada proses RDI yang
telah disahkan oleh pihak JKR bagi menjelaskan perbezaan GFA yang ditetapkan di
dalam laporan VM dan jumlah ruang yang telah dibina.

Maklum balas UPE yang diterima pada 27 Julai 2020

Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian dan Agensi Pelaksana untuk


memastikan pelaksanaan hasil makmal VM dipatuhi (merujuk kepada Panduan
Pelaksanaan Pengurusan Nilai dalam Program/Projek Kerajaan UPE edisi 2011).
Keperluan untuk memasukkan keluasan yang diperincikan semasa VM ke dalam
Dokumen Pra Tawaran adalah tertakluk kepada pihak Kementerian/Agensi
Pelaksana dalam mematuhi peraturan perolehan semasa Kerajaan yang berkuat
kuasa.

Pendapat Pendekatan yang dibuat oleh JKR untuk tidak memasukkan


Audit perincian saiz ruang dalam Dokumen Pra Tawaran bukan
merupakan kaedah yang terbaik. Perkara ini menyebabkan
pengguna tidak mendapat saiz ruang bangunan klinikal yang
sebenarnya diperlukan seperti yang diputuskan dalam makmal
VM.

5.2.3. Pelantikan Kontraktor

a. Kontraktor Pembinaan dan Pembekalan Peralatan Perubatan

i. Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK2.1, Perenggan 8,


perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang melibatkan perbelanjaan
tahunan atau sesuatu kontrak melebihi RM500,000 hendaklah dipelawa
secara tender terbuka.

ii. Semakan Audit mendapati, Kementerian Kewangan (MoF) pada 3 Julai 2013
bersetuju pelaksanaan projek oleh JKR dibuat secara reka dan bina dengan
kaedah perolehan tender terbuka pra kelayakan. Proses pra kelayakan telah
dibuat oleh JKR terhadap 41 petender. Semakan Audit selanjutnya terhadap
Kertas Perakuan Tender kepada Lembaga Perolehan A JKR bertarikh 17 Julai
11
11--20
20 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 20 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

2013 mendapati sebanyak 15 petender lulus penilaian pra kelayakan tetapi


hanya sepuluh (10) petender yang diperakukan oleh Lembaga Perolehan A
JKR. Bagaimanapun, hanya sembilan (9) daripada sepuluh (10) petender
mengemukakan Dokumen Pra Tawaran kepada JKR. Berdasarkan Laporan
penilaian, syarikat 80904-H memperoleh markah keseluruhan tertinggi iaitu
64.4% dalam Penilaian Teknikal. Syarikat tersebut juga menawarkan harga
terendah berjumlah RM488 juta iaitu 15.6% lebih rendah berbanding harga
anggaran jabatan berjumlah RM578.04 juta. Sehubungan itu, Lembaga
Perolehan A JKR pada 26 Mac 2014 bersetuju melantik syarikat tersebut atas
justifikasi daripada Jawatankuasa Penilaian.

Pendapat Proses perolehan HPUPM telah dibuat dengan teratur dan


Audit menggunakan kaedah yang baik melalui saringan proses
pra kelayakan yang membolehkan JKR membuat penilaian di
kalangan petender yang berkelayakan dan mempunyai
kewangan yang baik.

b. Kontraktor THIS

i. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK2, perolehan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (ICT) hendaklah mematuhi peraturan semasa
berkaitan ICT dan perkhidmatan perunding asing secara outsourcing
hendaklah mendapat kebenaran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU). Mengikut makmal VM, pihak UPM hendaklah
membangun THIS secara in-house dengan mengadakan kerjasama antara
hospital pengajar yang lain dengan anggaran kos RM9.80 juta.

ii. Semakan Audit mendapati proses perolehan THIS telah dibuat dengan
teratur mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Bagaimanapun,
perolehan tender THIS hanya mula dilaksanakan pada bulan
September 2018, iaitu semasa kemajuan projek HPUPM pada
tahap 91.0%. Pelantikan syarikat bernombor pendaftaran SSM 361777-H
sebagai kontraktor THIS hanya dibuat oleh HPUPM pada 18 Januari 2019
dengan kos berjumlah RM12.45 juta. Menurut HPUPM, kelewatan ini
disebabkan keperluan untuk mendapatkan kelulusan UPE kerana kelulusan
asal projek tidak meliputi skop THIS. Sehubungan itu, pada 5 Julai 2018,
HPUPM telah memohon kelulusan daripada UPE untuk menggunakan
peruntukan kontigensi projek HPUPM sejumlah RM12 juta bagi perolehan
THIS. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh UPE pada 18 Julai 2018.
Keadaan ini menyebabkan pembangunan THIS tidak dapat disiapkan
bersekali dengan tempoh siap projek HPUPM.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -2121
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 21 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati setakat 31 Disember 2019


THIS masih belum siap dibangunkan sepenuhnya
menyebabkan HPUPM tidak dapat beroperasi mengikut
perancangannya secara berperingkat, iaitu bermula pada
bulan Ogos hingga Oktober 2019.

iv. Semakan Audit seterusnya terhadap kelulusan kos siling projek pada
22 Februari 2013 mendapati UPE memaklumkan kos pembangunan dalam
makmal VM perlu dipatuhi sepenuhnya, iaitu RM490 juta untuk pembinaan
dan RM110 juta untuk perolehan peralatan. Berdasarkan Laporan VM, pihak
Audit mendapati kos projek berjumlah RM600 juta yang dimuktamadkan
sebenarnya termasuk kos THIS berjumlah RM9.80 juta di bawah skop kerja
ICT berjumlah RM35 juta. Kelulusan kos siling oleh UPE telah dibuat
berdasarkan keputusan makmal VM di mana kos RM490 juta tersebut
sebenarnya telah meliputi RM35 juta bagi skop ICT termasuk kos THIS.

Maklum balas KPT yang diterima pada 16 Jun 2020

 Perolehan THIS dengan kos baru sejumlah RM9.80 juta memang termasuk di
dalam kos projek HPUPM berjumlah RM600 juta yang dimuktamadkan melalui
makmal VM. Keputusan tidak membuat permohonan siling tambahan adalah
berdasarkan perbincangan bersama JKR dan pihak UPM di mana bersetuju untuk
menggunakan peruntukan kontigensi bagi melaksanakan projek THIS.

 Jika perolehan THIS (berserta server dan storan) dibuat terlalu awal, HPUPM
mungkin akan memperoleh server dan storan berteknologi lama.

Pendapat Kelewatan pembangunan THIS adalah disebabkan kelemahan


Audit di peringkat perancangan projek kerana tidak mengambil kira
kelulusan UPE yang meliputi THIS. Keadaan ini telah
menyumbang kepada kelewatan penyiapan THIS dan
menjejaskan operasi HPUPM.

5.2.4. Pelaksanaan Projek Pembinaan

a. Pembinaan Link Bridge

i. Berdasarkan Laporan VM, link bridge menghubungkan HPUPM dengan


Hospital Serdang hendaklah dibina bagi tujuan memindahkan pesakit di
antara kedua-dua hospital. Jarak link bridge sepanjang 250 meter
dikurangkan kepada 140 meter bagi menjimatkan kos pembinaan dan
mengurangkan masa perjalanan memindahkan pesakit. Mengikut Medical
11
11--22
22 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara TahunTahun 2019 2019
Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n PProjek Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 22 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Brief HPUPM, The width (minimum of 3.6 meter) of connection modality,


must be adequate to accommodate at least a two lane passageway (to and
from HPUPM) for pedestrian, patients on trolleys/beds and 4-seater buggies,
all to move in opposite directions simultaneously.

ii. Semakan Audit mendapati link bridge telah siap dibina sepenuhnya pada
20 Januari 2020. Bagaimanapun, jarak link bridge yang dibina
adalah sepanjang 445 meter berbanding jarak 140 meter
yang diputuskan dalam makmal VM. Ini disebabkan cadangan reka
bentuk asal yang berukuran panjang 240 meter terpaksa diubah atas
permintaan Hospital Serdang. Mengikut Hospital Serdang, cadangan reka
bentuk asal tersebut akan menjejaskan perkhidmatan hospital dan juga
risiko dari aspek keselamatan pelanggan seperti menjejaskan peranan first
responder untuk bencana di Kuala Lumpur International Airport (KLIA),
laluan ambulans dan Bilik Dekontaminasi Jabatan Kecemasan serta
perkhidmatan Obstetrik. Selain itu, cadangan reka bentuk tersebut juga
membahayakan pendaratan helikopter dan pergerakan pelanggan kerana
reka bentuknya yang cerun.

iii. Pemeriksaan Audit selanjutnya mendapati link bridge di dalam


kawasan Hospital Serdang hanya berukuran lebar (width)
dua (2) meter berbanding minimum 3.6 meter yang
ditetapkan dalam Medical Brief HPUPM dan jajarannya
melintasi laluan kenderaan. Perkara ini menyebabkan link bridge
yang dibina tidak mencapai fungsi yang ditetapkan. Butiran
lanjut seperti dalam Rajah 2 serta Gambar 1 hingga 3.
RAJAH 2
JAJARAN LINK BRIDGE
Hospital Serdang

Tapping point di
HPUPM dalam Hospital
Serdang mengikut
Jarak jajaran dalam
reka bentuk asal
Hospital Serdang
100 meter

Jarak jajaran dalam


HPUPM 345 meter
Tapping point dalam Hospital Serdang
mengikut reka bentuk baru

Keseluruhan jajaran link bridge Tapping point link bridge asal dalam kawasan Hospital Serdang
Tambahan jajaran link bridge dalam Tambahan jajaran link bridge dalam kawasan Hospital Serdang
kawasan HUPUPM
Sumber: Google Map Pada 20 Januari 2020

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -2323
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 23 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 1 GAMBAR 2

Link bridge Link bridge sebelah


Sambungan link
sebelah HPUPM Hospital Serdang
bridge selepas
melintasi jalan

Link bridge yang


Banyak kereta yang melalui jalan dipisahkan dengan
terutamanya waktu pagi jalan

Link Bridge
- Pengguna Link Bridge Termasuk Pesakit Perlu Melintasi Jalan yang Sesak Terutamanya Pada Waktu Pagi untuk ke
HPUPM atau ke Hospital Serdang Kerana Reka Bentuk Link Bridge yang Melalui Jalan Raya
(22.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 3

Link Bridge
- Lebar (Width) Di Dalam Kawasan Hospital Serdang
Hanya Berukuran 2 Meter Berbanding Ketetapan
Minimum 3.6 Meter dan Tidak Sesuai Untuk
Laluan Buggy
(22.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

iv. Pembinaan link bridge hanya dapat disiapkan pada 20 Januari 2020
disebabkan Hospital Serdang hanya memberi kelulusan permit kerja
pembinaan di dalam kawasan Hospital Serdang pada bulan Oktober 2019
walaupun kontraktor telah membuat permohonan pada 25 April 2019. Masa
yang lama ini adalah disebabkan keperluan semakan di peringkat Hospital
Serdang dan keperluan untuk mendapatkan pandangan daripada Bahagian
Pembangunan KKM. Pada bulan September 2019, Bahagian Pembangunan
KKM telah bersetuju kerja pembinaan link bridge di dalam Hospital Serdang
dibuat mulai 10 Oktober 2019 hingga 19 Januari 2020. Kronologi
perbincangan link bridge yang melibatkan Hospital Serdang dan KKM seperti
dalam Jadual 12.

JADUAL 12
KRONOLOGI PERBINCANGAN LINK BRIDGE
BIL. TARIKH PERIHAL

Perbincangan Link Bridge Bersama Hospital Serdang


 Pihak kontraktor mengemukakan cadangan reka bentuk link bridge berukuran 238 meter
dan lebar 3.6 meter seperti dalam Medical Brief of Requirement (MBOR) dibina dari aras
1. 07.07.2015 dua (2) HPUPM ke Accident and Emergency (A&E) Hospital Serdang.
 Laluan masuk link bridge ke Hospital Serdang akan melalui laluan koridor berhampiran
labor room dan exhaust fan bilik mayat.

11
11--24
24 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 24 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

BIL. TARIKH PERIHAL

Mesyuarat Kunjungan Hormat dari UPM ke Hospital Serdang


 Pihak kontraktor mencadangkan reka bentuk link bridge dengan jarak 240 meter dan lebar
3.6 meter dan laluan bermula dari parkir ambulans Jabatan Kecemasan Hospital Serdang
hingga aras dua (2) HPUPM dengan konsep terbuka bagi pengudaraan dan pencahayaan
semulajadi.
2. 28.06.2016  Pihak Hospital Serdang memaklumkan laluan di hadapan A&E akan menjadi sibuk kerana
menjadi laluan utama pejalan kaki menghubungkan kedua-dua hospital. Selain itu, Hospital
Serdang juga bercadang membina Decontamination Unit di hadapan A&E.
 Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memaklumkan link bridge tidak akan memberi
gangguan kepada helikopter jika kedudukan 10% lebih tinggi atau lebih rendah daripada
platform level Hospital Sedang.

Mesyuarat Tapak Bil. 1/2016


3. 30.09.2016 Hospital Serdang dan KKM bersetuju dengan jajaran baru yang dibentangkan oleh pihak
kontraktor.
Sumber: JKR

Maklum balas JKR yang diterima pada 13 Mac dan 25 Jun 2020

 Kelewatan mendapat kelulusan pembinaan link bridge daripada KKM adalah di


luar kawalan JKR. Pemindahan pesakit dengan menggunakan trolley dan buggy
akan dibuat untuk memendekkan masa dan merupakan kaedah yang praktikal.

 Pembinaan link bridge dengan jajaran asal 140 meter telah dinyatakan di dalam
laporan VM. Bagaimanapun, jajaran asal tersebut merupakan anggaran awal
berdasarkan kepada SOA yang disediakan oleh UPM tanpa melibatkan
perbincangan teliti bersama Hospital Serdang. Pembinaan link bridge dengan
jajaran baharu sepanjang 445 meter tersebut memenuhi keperluan operasi
HPUPM dan Hospital Serdang tanpa melibatkan kos tambahan kepada Kerajaan.

Maklum balas Hospital Serdang yang diterima pada 24 Jun 2020

 Hospital Serdang telah memohon agar cadangan reka bentuk pertama dikaji
semula dalam mesyuarat bertarikh 28 Jun 2016 setelah mengambil kira
ketidaksesuaian laluan reka bentuk tersebut dari aspek keselamatan, operasi kes
materniti, laluan ambulans serta tapak pendaratan helikopter. Mesyuarat
bertarikh 30 September 2016, telah memutuskan jajaran baharu yang
dipersetujui adalah dari Regional Emergency Stroke Quick (RESQ) HPUPM terus
ke pintu gerbang Emergency & Trauma Department (ED), Hospital Serdang.

 Permohonan permit kerja yang diterima pada 25 April 2019 disemak dari segi
perjalanan kerja dan pandangan daripada Bahagian Pembangunan KKM
terutamanya mengenai isu paip air utama Syarikat Bekalan Air Selangor
(Syabas) di bawah laluan walkway ke ED di mana sebarang kerosakan akibat
kerja laluan walkway ini tidak termasuk dalam skop kerja syarikat konsesi
penyelenggaran hospital (Radicare). JKR mengemukakan maklum balas pada
bulan Ogos 2019 berkaitan status keutuhan struktur pembinaan yang tidak
memberi impak kepada struktur paip air utama hospital.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -2525
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 25 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Pendapat Kelewatan mendapat kelulusan pembinaan link bridge di


Audit dalam kawasan Hospital Serdang adalah disebabkan
kelemahan koordinasi antara KPT, JKR, HPUPM dengan KKM
dan Hospital Serdang. Perkara ini telah menyebabkan
kelewatan penyiapan link bridge. Selain itu, reka bentuk link
bridge yang telah dipinda menyebabkan tujuan asalnya untuk
memendekkan masa dan keselamatan pemindahan pesakit
tidak tercapai sepenuhnya.

b. Air Handling Units (AHU) Dewan Bedah (OT)

i. Mengikut Technical Brief of Requirement (TBOR) - Mechanical, Perenggan


4.5.4 (Air Handling Units/ Fan Coil Units) menetapkan semua Dewan
Pembedahan (OT) dan makmal (laboratories) masing-masingnya perlu
dilengkapi dengan Air Handling Units (AHU). Setiap AHU di semua OT perlu
dilengkapi dengan standby unit.

ii. Semakan Audit mendapati sepuluh (10) OT telah dibina dengan satu (1) OT
dilengkapi peralatan Robotic Surgery System 4 Arms bernilai RM16.50 juta
yang merupakan robot pengganti manusia dalam menjalankan pembedahan.
Kesemua sepuluh (10) OT tersebut telah dibina dengan dilengkapi AHU.
Bagaimanapun, didapati setiap AHU di sepuluh (10) OT tersebut
tidak dilengkapi dengan standby unit seperti ketetapan TBOR.
Mengikut JKR, AHU tidak dibina dengan standby unit untuk mengelakkan kos
penyenggaraan yang tinggi kepada pengguna (HPUPM). Namun, ketiadaan
standby unit ini boleh menjejaskan pembedahan sekiranya kerosakan AHU
berlaku semasa pembedahan dijalankan dan seterusnya memberi risiko
kepada pesakit yang dibedah. Selain itu, sekiranya AHU tidak berfungsi boleh
memberi risiko kerosakan kepada peralatan pembedahan kerana OT yang
ditetapkan pada suhu yang tinggi akan mengalami kondensasi dan
menjejaskan peralatan pembedahan tersebut apabila tiada penyaman udara.

Maklum balas JKR yang diterima pada 5 dan 25 Jun 2020

 Bilik OT telah dipasang unit AHU yang berprestasi tinggi. Bagi memenuhi TBOR,
JKR telah menyenaraikan kerja ini untuk dibuat pelarasan harga dan akan
dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pelarasan Harga Kontrak.

 Kelebihan peralatan AHU yang dibekalkan berbanding kontrak adalah reliability


dan efficient performance yang lebih ketara. Ianya menggunakan direct coupling
berserta Variable Speed Drive (VSD) bagi mengawal operasi motor ketika
digunakan (operation mode) dan ketika tidak digunakan (eco mode). Spesifikasi
yang tinggi ini terutamanya dengan ketiadaan belting system akan mengelakkan
11
11--26
26 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 26 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

kebarangkalian kerosakan berbanding AHU konvensional yang menggunakan


belting system. Jangka hayat AHU dengan plug fan system adalah lebih lama
berbanding AHU konvensional. Namun ianya tertakluk kepada tahap
penggunaan dan penyelenggaraan.

 Peralatan AHU yang dipasang tidak akan mengalami kerosakan sekiranya


penyelenggaraan berkala yang baik dan tepat pada masanya dilaksanakan.
Namun, kontraktor bersedia untuk memasang motor siap sedia (standby motor)
sebagai sistem sokongan kepada sistem sedia ada.

Pendapat Pembinaan OT tanpa standby unit AHU adalah tidak


Audit mematuhi kehendak pengguna dan amat berisiko kepada
pesakit yang dibedah sekiranya kerosakan AHU berlaku
semasa pembedahan dijalankan.

c. Kerja Pembinaan Tidak Mengikut Spesifikasi/Standard, Tidak


Sempurna dan Tidak Sesuai

i. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK 2.1 Bahagian II Perenggan


2.2, kerja pembinaan hendaklah mengikut piawaian kualiti, garis panduan
dan amalan kejuruteraan terbaik. Ia hendaklah dilaksanakan berdasarkan
TBOR dan Medical Brief of Requiremant (MBOR) serta disiapkan dengan
berkualiti, sempurna dan boleh digunakan mengikut fungsinya.

ii. Lawatan fizikal Audit pada bulan Oktober dan November 2019 bersama pihak
JKR dan HPUPM mendapati 13 kerja pembinaan tidak mengikut
spesifikasi/standard dan 11 kerja pembinaan tidak berkualiti,
tidak sempurna dan tidak sesuai. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 13 dan 14 serta Gambar 4 hingga 22.

JADUAL 13
KERJA PEMBINAAN TIDAK MENGIKUT SEPESIFIKASI/STANDARD
MAKLUM BALAS JKR PADA
BIL. SPESIFIKASI SEBENAR LOKASI
13 MAC DAN 5 JUN 2020
1. Psychiatry Ward: No. Lukisan HFP- Pintu (sliding door) tidak ECT Room dan Sliding door telah dipasang
HPUPM-S4-LD-L1-22B, Perenggan 20 disediakan menyebabkan bilik Recovery Room, pada 5 Mac 2020.
- The room is located next to the ECT tidak menepati fungsi yang Wad Psikiatri (Gambar 5)
room connected with a connecting diperlukan pelanggan.
sliding door. (Gambar 4)
2. Lukisan pembinaan menyatakan Dinding dibina dari jenis Bumbung Asrama Penambahbaikan telah dibuat
dinding dibina dari jenis 3300mm insulation wall iaitu kandungan Jururawat dan pada 5 Mac 2020 dengan
High Parapet Wall with 110mm thick. bahan dalam dinding dari jenis Creche penggunaaan m.s railing
Clay brickwall with 20mm thick. polystyrene. Ini boleh ketinggian 1.2 meter menepati
Cement plaster and painted on menyebabkan kualiti dinding fungsi sebagai penghadang.
bothside with selected weathercoat terjejas dan kekuatan struktur (Gambar 7)
paint to client, acrhitect approval. dinding menjadi lemah
disebabkan terdedah kepada
perubahan cuaca luar
(hujan/panas). (Gambar 6)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -2727
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 27 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

MAKLUM BALAS JKR PADA


BIL. SPESIFIKASI SEBENAR LOKASI
13 MAC DAN 5 JUN 2020
3. Medical Brief HPUPM - The wall Cermin observation room bukan  Wad Ear, Nose One way glass telah dipasang
connected to EEG room will be dari jenis one way mirror and Throat (ENT) pada 5 Mac 2020.
installed with a large one-way glass. menyebabkan tiada privasi dan
dengan pesakit lain. Ophtalmology
(Gambar 8)  Wad Paediatrics 2
4. Government Technical Requirement, Digital Call System tidak  Ruang Dalam Need Statement for
1.1, Need Statement for Electrical dipasang. Ini boleh Pendaftaran Electrical Works Clause
Works, Clause 7.3.6.1, the digital call menyebabkan pengurusan Jabatan 7.3.6.3, dan MBOR tidak
system among others shall consist of rawatan pesakit di klinik Perubatan menyatakan keperluan bagi
counter terminal, sufficient LED TV menjadi tidak cekap. Rehabilitasi sistem Digital Call di Jabatan
Monitor (minimum 42 inch) installed Perubatan Rehabilitasi.
at a centralised location in the  Pusat Kemasukan Manakala, di Pusat
waiting area to display the current dan Pesakit Kemasukan Obestetric and
serving queue number and counter Obstetric and Gynaecology, digital call hanya
number and a ticket dispenser Gynaecology disediakan di kaunter
machine. Clause 7.3.6.3, The digital pendaftaran sahaja. Keperluan
call system shall be installed at the digital call telah memenuhi
general waiting areas of skop kontrak. Namun,
Outpatient/Inpatient departments, Kontraktor bersetuju untuk
Outpatient Clinics, Specialist Clinics, membekalkan dan memasang
X-ray Department, Pharmacy and Digital Call tersebut dalam
other areas as required by P.D / tempoh satu (1) bulan tanpa
mentioned in MBOR. sebarang pertambahan kos di
ruang Pendaftaran Jabatan
Perubatan Rehabilitasi.
5. Specification For Low Voltage Internal Tiada lukisan skematik Family Medicine Lukisan skematik telah
Electrical Installation (L-S1) dipamerkan pada penutup DB. Specialist Clinic, dipamerkan di semua DB pada
CKE.LS.01.01.(02).2011, Section 3.9 Ini boleh melambatkan kerja Post-Grad Medical 5 Mac 2020.
(Distribution Boards and Consumer penyenggaraan kerana Centre dan Kitchen
Units), each Distribution Board (DB) ketiadaan rujukan lukisan and Dietetic
shall be provided with a laminated skematik tersebut.
schematic diagram and paste on the
inside cover of the DB.
6. Government Technical Requirement, Papan suis (DB) ditempatkan di Papan Suis (Sub JKR telah menyenaraikan
1.1 - Need Statement for Electrical ruang terbuka. Ini boleh switchboard kitchen kerja tersebut untuk dibuat
Works (Electrical Design Brief), Item menyebabkan risiko renjatan dan semua pelarasan harga dan akan
7.2.2.1.2. - Main switchboards, Sub- elektrik kepada individu yang Distribution Board) dimuktamadkan oleh
switchboards and distribution boards menyentuhnya dan risiko papan di Blok Hospital Jawatankuasa Pelarasan
must be placed into dedicated fully suis terdedah kepada tindakan Harga Kontrak.
enclosed electrical service rooms and vandalisme.
not be placed in exposed areas.
7. Specification For Low Voltage Internal MEB tidak dilabel ‘Safety Bilik Main MEB cover dan sticker telah
Electrical Installation (L-S1) Electrical Connections-Do Not Switchboard dan dipasang pada 27 Mei 2020.
CKE.LS.01.01.(02).2011 (Earthing) Remove’. Plant Room M&E
Section 14.11, A Permanent label
marked with words “Main Earthing
Bar (MEB) - Safety Electrical
Connections - Do Not Remove‟ shall
be installed near to the main earthing
bar.
8. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Trenches untuk laluan kabel Bilik Pengguna, Lubang kabel asal telah
Bahan Kelengkapan dan Kaedah elektrik dibina di permukaan Plant Room M&E ditutup dan dicat semula.
Pepasangan, Bab 15 - Radas, lantai dan membahayakan Kabel TNB yang terdedah
Konduktor dan Aksesori, Perenggan keselamatan pengendali telah ditutup dengan batu-
2, sesuatu konduktor hendaklah switchgear. bata. Kerja plaster dan cat
ditebat dan dilindungi secara telah siap pada 3 Jun 2020.
berkesan atau ditempatkan atau
dikawal keselamatannya sedemikian
rupa bagi mencegah bahaya.
9. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Soket elektrik dipasang Kitchen and Kesemua soket yang terdedah
Bahan, Kelengkapan dan Kaedah berhampiran dengan punca air. Dietetic telah ditutup menggunakan
Pepasangan, Bab 15 (Radas, Ini boleh menyebabkan IP65 cover plate pada 10 Mac
konduktor dan aksesori), perenggan kerosakan dan litar pintas dan 2020 supaya tiada unsur
6, mana-mana konduktor atau radas sekiranya soket dimasuki air water splashing dan hazard.
yang terdedah pada cuaca, air, serta risiko renjatan elektrik
kakisan, pemanasan yang tidak kepada penggunaan.
sewajarnya atau digunakan dalam
persekitaran yang mudah terbakar
atau dalam persekitaran yang mudah
meletup hendaklah dibina atau
dilindungi sedemikian rupa bagi
mencegah bahaya.

11
11--28
28 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara TahunTahun 2019 2019
Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n PProjek Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 28 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

MAKLUM BALAS JKR PADA


BIL. SPESIFIKASI SEBENAR LOKASI
13 MAC DAN 5 JUN 2020
10. Dokumen Kontrak, Part 2.2, Section Tiada pemasangan electric Bilik Genset JKR telah menyenaraikan
10.3, Fuel Transfer System for motor-driven pump selari kerja tersebut untuk dibuat
transferring fuel from drums into the dengan hand operated pump pelarasan harga dan akan
service fuel tank shall be supplied sedia ada di tapak. Ini dimuktamadkan oleh
and installed. The fuel transfer menyebabkan minyak diesel Jawatankuasa Pelarasan
system shall consist of hand-operated dari tong drum perlu dipam Harga Kontrak.
pump installed in parallel with an secara manual semasa
electric motor-driven pump. penyenggaraan.
11. Dokumen Kontrak (Architectural Peralatan tidak dapat Hot Lab, Nuclear Semakan semula susun atur
Requirement), Paragraph 6.2.1(d) - ditempatkan di lokasi yang Imaging telah dibuat. Penambahbaikan
The successful tenderer shall take telah ditetapkan disebabkan penyusunan bagi Lead Linen
dimensions on site before fabrication, saiz peralatan yang berubah Refrigerator telah dibuat tanpa
check and allow for whatever dan besar. Ini telah menjejaskan aliran kerja atau
tolerances and any short menjejaskan ruang kerja bilik fungsi Hot Lab.
measurement to the dimensions so yang menjadi semakin kecil dan
that modules indicated can be menyukarkan pegawai/
properly installed. kakitangan mengendalikan
peralatan atau berkerja.
12. Standard Specifications for Building Permukaan jubin tidak kemas Lobi di Wad Pemasangan granite adalah
Works JRK 20800 (2005), 4.9.4 dan menjejaskan kualiti struktur Paediatrik kerja naik taraf dari jubin
(Homogenous Tiles) - For polished binaan hospital (nilai estetika). homogeneous inisiatif pihak
tiles, tile impregnator solution shall kontraktor. Staining yang
be applied before grouting to prevent terdapat di sebahagian kecil
grout haze. On completion, the tiles kemasan granite mengambil
shall be well-cleaned with tile masa yang lama untuk hilang
cleaning solution. dan sebarang kerja
penggantian jika dilakukan
akan mengakibatkan
kerosakan pada kawasan
terlibat dan kawasan
sekitarnya serta akan
menganggu operasi HPUPM.
Pressure grouting telah siap
dibuat pada 15 Mac 2020 di
sepanjang dinding luar
sebagai langkah tambahan
menghalang kemasukan air.
13. Dokumen Kontrak, 4.0 Air Bilik yang tidak dilengkapi Patient Clothes Louvre di pintu telah ditutup
Conditioning and Mechanical dengan penyaman udara tidak Drying Area di Wad dengan kepingan perspect
Ventilation System, As all the non air dipasang alat pengaliran udara Surgikal, Wad bagi mengekalkan
conditioned areas abutting air secara mekanikal (Mechanical Medikal, Wad kelembapan (humidity) ruang
conditioned area are provided with ventilation). Ini menyebabkan Paediatrik, Wad yang berhawa dingin di
mechanical ventilation to ensure air berlaku kondensasi di dalam Obstetrics and dalamnya untuk mengelakkan
circulation and avoidance of bilik tersebut yang Gynaecology risiko pembiakan kulat dan
condensation. mengakibatkan dinding dan (O&G), Wad kondensasi.
lantai basah serta mudah Psikiatri, Wad
ditumbuhi kulat pada struktur Ortopedik dan Wad
dinding. ENT &
Ophthalmology
Sumber: Medical Brief HPUPM, Dokumen Kontrak, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Standard Specifications for Building
Works JRK 20800 (2005) dan Lawatan Fizikal Audit

GAMBAR 4 GAMBAR 5
Recovery ECT
Room Room

Pintu sliding
tidak dipasang

ECT Room dan Recovery Room, Wad Psikiatri ECT Room dan Recovery Room, Wad Psikiatri
- Pintu Sliding Tidak Dipasang/Dibina - Pintu Sliding Telah Dipasang
(24.10.2019) (05.03.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Kerja Raya)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -2929
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 29 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 6 GAMBAR 7

Asrama Jururawat Asrama Jururawat


- Dinding Dipasang Dari Jenis Insulation Wall iaitu Kandungan - Penambahbaikan Telah Dibuat Dengan Memasang
Bahan Dalam Dinding Adalah Dari Jenis Polystyrene M.S Railing Berketinggian 1.2 Meter Sebagai Penghadang
(24.10.2019) (05.03.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Bilik 2 Bilik 1 Keadaan dalam bilik


1 dapat dilihat
daripada bilik 2 dan
sebaliknya. GAMBAR 8

Bilik Polysomnography 1 dan 2 serta Bilik Observation,


Wad ENT dan Ophtalmology, Blok Hospital
- Cermin Observation Room Bukan Dari Jenis One Way Mirror
Cermin observation bukan (23.10.2019)
dari jenis one way mirror (Sumber: Jabatan Audit Negara)
dipasang bertentangan di
antara 2 bilik.

JADUAL 14
KERJA PEMBINAAN TIDAK BERKUALITI, TIDAK SEMPURNA DAN TIDAK SESUAI
MAKLUM BALAS JKR PADA 13
BIL. PENEMUAN AUDIT LOKASI
MAC, 5 JUN, 17 NOVEMBER 2020

Terdapat manhole di dalam bilik yang menyebabkan


Bilik Persalinan Kakitangan Penambahbaikan dengan pemasangan
1. bau yang sangat busuk dalam bilik tersebut walaupun
Wanita, Stor Perubatan sealer siap pada 15 Mac 2020.
exhaust fan dipasang dan berfungsi.
Bilik Stor Condemned,
Bilik stor tidak dilengkapi dengan ramp bagi tujuan Stor Medical Gas, Stor
Steel ramp telah dipasang pada 12 Mei
2. menyimpan dan mengeluarkan stok daripada stor. Corrosive dan Stor
2020. (Gambar 10)
(Gambar 9) Inflamable, Stor
Perubatan
Alat Pemadam kebakaran (fire extinguisher) tidak
Peti simpanan bagi alat pemadam
disimpan dalam peti simpanan sebagai langkah
kebakaran di Wad Psikiatri telah
Bilik 2
3. keselamatan bagi mengelakkan pesakit di Wad Psikiatri Wad Psikiatri
dipasang pada 11 Mac 2020.
menggunakan pemadam kebakaran tersebut.
(Gambar 12)
(Gambar 11)

Tali/Wayar call bell telah dibuka pada


Tali/wayarcall bell dipasang di katil pesakit dan juga di
Katil Pesakit dan Tandas 1 Jun 2020 dan tidak digunakan untuk
4. dalam tandas pesakit tidak sesuai kerana boleh
Pesakit di Wad Psikiatri keselamatan pesakit setelah mendapat
mencederakan pesakit. (Gambar 13)
persetujuan HPUPM. (Gambar 14)

Semakan semula pemasangan RWDP


di seluruh Blok Hospital telah dibuat
Rain Water Down Pipe (RWDP) yang dipasang di Blok
5. Blok Hospital dan kerja susulan penambahbaikan
Hospital mudah tertanggal. (Gambar 15)
telah siap dilaksanakan pada 5 Mac
2020. (Gambar 16)

11
11--30
30 LaporanKetua
Laporan Ketua Audit
Audit Negara
Negara TahunTahun 2019 2019
Siri 1Siri 1
PPengurusan
e n g u r u s a n PProjek Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 30 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

MAKLUM BALAS JKR PADA


BIL. PENEMUAN AUDIT LOKASI
13 MAC DAN 5 JUN 2020
Kerja pembinaan saliran air yang tidak sempurna di
Rumah Mayat dan walkway berhampiran Rumah Mayat
kerana outlet air tidak disediakan. Air yang mengalir Penambahbaikan pemasangan precast
daripada rantai air hujan boleh menyebabkan concrete slab di rumah mayat telah
6. Rumah Mayat
permukaan jalan/premix/lot parking bertakung. Rantai siap pada 5 Jun 2020.
air hujan tersebut juga dipasang dengan tidak sesuai (Gambar 18)
di lot parking kereta berhampiran Rumah Mayat.
(Gambar 17)

Reka bentuk bangunan Rumah Mayat yang tidak


dilengkapi dengan Foyer atau awning di hadapan pintu Penambahbaikan pemasangan porch
7. masuk utama pelawat menyebabkan air masuk ke Rumah Mayat telah siap pada 20 Julai 2020.
dalam lobi ruang counter reception sekiranya berlaku (Gambar 20)
hujan. (Gambar 19)

Pemasangan thermostat yang tidak berkualiti di dalam


Bilik Pesakit Terkawal Penambahbaikan telah dibuat pada
8. Bilik Pesakit Terkawal (Lelaki) boleh membahayakan
(Lelaki) di Wad Psikiatri 5 Mac 2020.
pesakit.

Thermostat telah dipasang di dalam


Thermostat (alat kawalan suhu) berserta sensor suhu bilik tersebut. Namun, alat
dipasang di luar bilik menyebabkan suhu di dalam bilik pengawalan suhu (Thermostat
9. Bilik CT, Nuclear Imaging
tidak dapat dilaraskan pada suhu yang sepatutnya. Controller) ditempatkan di bilik
(Gambar 21) kawalan bersebelahan di mana ianya
dikendalikan oleh pegawai bertugas.

Reka bentuk tingkap bercermin di aras atas yang


Pembinaan tingkap bercermin di aras
disediakan bertujuan untuk pemantauan oleh Pegawai
atas adalah menurut ketetapan RDI
Dietetic terhadap proses penyediaan makanan adalah
yang diluluskan oleh pihak pengguna
10. tidak sesuai. Ini kerana reka bentuk tingkap cermin Kitchen & Dietetic
yang mana pegawai perlu mendekati /
tersebut tidak membolehkan pandangan yang
menghampiri cermin untuk melihat
menyeluruh dibuat semasa proses penyediaan
proses penyediaan makanan.
makanan. (Gambar 22)

Penetapan tiada plug point di dalam


Bilik Pejabat Operasi dan Penerimaan
adalah menurut ketetapan RDI yang
diluluskan oleh pihak pengguna.
Tiada plug point disediakan di dalam Bilik Pejabat
11. Kitchen & Dietetic Kontraktor bersetuju untuk membuat
Operasi dan Penerimaan.
penambahbaikan dengan
menyediakan dua (2) bilangan plug
point di bilik tersebut dalam tempoh
sebulan.
Sumber: Lawatan Fizikal Audit

GAMBAR 9 GAMBAR 10
Ramp yang tidak
dibina menyukarkan
kerja loading barang

Contoh ramp yang


dibina di bangunan
Conezion, IOI,
Putrajaya

Stor Perubatan Stor Perubatan


- Ramp yang Tidak Dibina Menyukarkan Kerja Memindahkan - Ramp Telah Disediakan oleh Kontraktor
Stok Terutamanya Stok Tong Gas (12.05.2020)
(06.11.2019) (Sumber: Jabatan Lerja Raya)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -3131
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 31 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 11 GAMBAR 12
Katil menempatkan
pesakit psikiatri

Contoh alat pemadam


kebakaran yang ada
peti keselamatan di
Pusat Kejiranan
Presint 11, Putrajaya
Alat
pemadam
kebakaran
yang
terdedah

Wad Psikiatri Wad Psikiatri


- Alat Pemadam Kebakaran Tidak Dipasang Bersekali - Peti Simpanan Alat Pemadam Kebakaran Telah Dipasang
Dengan Peti Keselamatan Boleh Membahayakan Pesakit (11.03.2020)
(24.10.2019) (Sumber: Jabatan Kerja Raya)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 13 GAMBAR 14

Katil

Tandas

Wad Psikiatri Wad Psikiatri


- Tali/WayarCall Bell yang Dipasang Boleh Mencederakan - Tali/WayarCall Bell Telah Dibuka
Pesakit Psikiatri (05.06.2020)
(24.10.2019) (Sumber: Jabatan Kerja Raya)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 15 GAMBAR 16

Rain Water
Down Pipe
telah tertanggal

Rain Water
Down Pipe yang
tertanggal jatuh
di atas bumbung
blok hospital

Blok Hospital Blok Hospital


- RWDP di Blok Hospital Mudah Tertanggal dan Boleh - RWDP di Blok Hospital Telah Dibaiki
Membahayakan Kakitangan Hospital, Pesakit dan Pelawat (05.03.2020)
(07.11.2019) (Sumber: Jabatan Kerja Raya)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

11
11--32
32 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 32 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

GAMBAR 17 GAMBAR 18

Rantai air hujan


Longkang ada dibina
tetapi tiada outlet

Rantai air hujan


dipasang di dalam lot
parking kereta

Walkaway Berhampiran Rumah Mayat dan Pump House Walkaway Berhampiran Rumah Mayat dan Pump House
- Rantai Air Hujan Dipasang Dengan Tidak Sesuai di Lot - Pemasangan Precast Concrete Slab Telah Disiapkan
Parking Kereta. Tiada Outlet Aliran Air Hujan ke Longkang (05.06.2020)
(06.11.2019) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 19 GAMBAR 20

Pandangan
hadapan Rumah
Mayat

Tiada foyer atau


awning dibina

Pintu masuk utama

Rumah Mayat Rumah Mayat


- Bangunan Rumah Mayat yang Tidak Dilengkapi Dengan - Pemasangan Porch Telah Disiapkan
Foyer atau Awning di Hadapan Pintu Masuk Utama (20.05.2020)
(25.10.2019) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 21 GAMBAR 22
Cermin
Thermostat (alat kawalan pemantauan
aircond dan sensornya)
dipasang di luar Bilik
CT Scan

Pandangan daripada cermin


pemantauan menunjukkan
Sensor pada thermostat yang berfungsi kekangan penglihatan
Bilik CT Scan
untuk mengesan suhu dalam bilik CT Scan terhadap aktiviti di bawah

Bilik CT, Nuclear Imaging Kitchen & Dietetic


- Thermostat (Alat Kawalan Suhu) Berserta Sensor Suhu - Cermin Pemantauan oleh Pegawai Dietetic Terhadap
Dipasang di Luar Bilik Proses Penyediaan Makanan yang Kurang Berfungsi
(07.11.2019) Kerana Kesukaran untuk Melihat Dengan Jelas
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (25.10.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -3333
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 33 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Maklum balas JKR yang diterima pada 17 November 2020

JKR bertanggungjawab untuk memastikan setiap kerja yang dilaksanakan oleh


kontraktor mematuhi spesifikasi dan berkualiti. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan,
JKR akan mengeluarkan Non Compliance Report dan jika kontraktor masih tidak
menjalankan kerja tersebut, maka pelarasan harga kontrak boleh dibuat. Selain itu,
dalam kes tertentu JKR boleh melantik pihak ketiga untuk menjalankan kerja
tersebut dengan kos pelaksanaannya akan dituntut daripada kontraktor asal.

Pendapat Pemantauan projek oleh JKR adalah lemah di mana berlaku


Audit kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak berkualiti, tidak
sempurna dan tidak sesuai.

d. Kecacatan/Kerosakan Kemudahan HPUPM

i. Mengikut dokumen kontrak, klausa 47.2, tempoh tanggungan kecacatan


yang diperuntukkan adalah selama 24 bulan. Sebarang kecacatan atau
kerosakan yang berlaku disebabkan kualiti binaan bangunan hendaklah
dibaikpulih oleh kontraktor dan kosnya ditanggung sepenuhnya oleh
kontraktor.

ii. Lawatan fizikal Audit pada bulan Oktober dan November 2019 bersama pihak
JKR dan HPUPM mendapati, berlaku kondensasi yang serius di
enam (6) lokasi HPUPM. Lazimnya, kondensasi ini berlaku apabila
terdapat dua (2) ruang yang mempunyai suhu yang amat berbeza. Butiran
lanjut seperti dalam Jadual 15 dan Gambar 23 dan 24.

JADUAL 15
MASALAH KONDENSASI DI HPUPM
MAKLUM BALAS JKR PADA
BIL. LOKASI FASILITI PENEMUAN AUDIT
13 MAC DAN 5 JUN 2020
Mechanical ventilation telah disediakan
Bilik Utiliti Kotor, bagi Bilik Utiliti Kotor di Wad Medikal
1.
Wad Medikal 1. Kondensasi berlaku disebabkan tiada penebat antara 1. Louvre di pintu telah ditutup
ruang berpenghawa dingin dengan ruang tidak dengan kepingan perspect bagi
Patient Clothes berpenghawa dingin mengakibatkan kemasan siling mengekalkan kelembapan di dalam
2. Drying Area, Wad mengalami kelembapan. ruang yang berhawa dingin dan
Surgikal mengelakkan risiko kondensasi dan
pembiakan kulat.
Berlaku kondensasi pada bahagian pintu sistem Fan Coil
Unit (FCU) yang berada di atas siling mengakibatkan air
Ruang Loker,
menitis dari siling menjadikan lantai basah dan berair. Penambahbaikan penukaran FCU door
3. Stor Perubatan.
Ini disebabkan pemasangan lapisan thermal insulation access telah dibuat pada 15 Mac 2020.
(Gambar 23)
pada bahagian pintu FCU yang tidak berkualiti dan tidak
sempurna.
Kondensasi berlaku disebabkan door seal gasket yang
dipasang adalah dari jenis yang tidak berkualiti. Air yang
bertakung di bawah pintu daripada kondensasi ini Penambahbaikan penyelarasan suhu
Cold Room,
mengakibatkan lantai licin dan membahayakan heater di pintu dan penukaran door
4. Stor Perubatan.
pengguna. Suhu sejuk yang keluar melalui door seal seal gasket telah dibuat pada 15 Mac
(Gambar 23)
gasket tersebut juga boleh menjejaskan prestasi dan 2020. (Gambar 24)
jangka hayat cold room serta membazirkan tenaga
elektrik.

11
11--34
34 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 34 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

MAKLUM BALAS JKR PADA


BIL. LOKASI FASILITI PENEMUAN AUDIT
13 MAC DAN 5 JUN 2020
Berlaku kondensasi pada FCU mengakibatkan air menitis
Bilik Penyelia, dari siling menjadikan lantai basah dan merosakkan
Penambahbaikan penukaran valve
5. Pejabat Am di Stor siling. Ini disebabkan berlaku kerosakan actuator pada
telah dibuat pada 5 Mac 2020.
Perubatan. Cassette Fan Coil Unit menyebabkan sistem penyaman
udara sentiasa hidup dan suhu tidak dapat dikawal.
Berlaku kondensasi pada FCU yang berada di atas siling
mengakibatkan air menitis daripada siling ke lantai
Ruang Menunggu, Penambahbaikan penukaran valve
6. menjadikan siling rosak dan lantai basah yang boleh
Wad Medikal 2 telah dibuat pada 5 Mac 2020.
membahayakan pengguna. Ini disebabkan pemasangan
drain try FCU yang tidak sempurna.
Sumber: Lawatan Fizikal Audit

GAMBAR 23 GAMBAR 24

Ruang Locker
basah pada
06.11.2019

Locker
yang
dipindahkan
untuk elak
kerosakan
akibat air
daripada
kondensasi
Air yang bertakung Ruang Locker
dihadapan peti sejuk masih basah
akibat kondensasi pada 07.11.2019

Ruang Locker dan Peti Sejuk, Wad Perubatan Ruang Locker dan Peti Sejuk, Wad Perubatan
- Ruang Locker dan Peti Sejuk yang Dibasahi - Penambahbaikan Penyelarasan Suhu Heater Di Pintu
Air Akibat Kondensasi dan Penukaran Door Seal Gasket Telah Dibuat
(06.11.2019 dan 07.11.2019) (05.03.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Kerja Raya)

iii. Selain itu, pihak Audit juga dimaklumkan oleh HPUPM bahawa berlaku
banyak kes kebocoran apabila hujan di blok hospital dan asrama jururawat.
Keadaan ini dapat dilihat daripada kesan kebocoran yang ada pada dinding
dan siling di beberapa lokasi semasa lawatan fizikal Audit dilaksanakan.
Berdasarkan surat aduan kecacatan bertarikh 17 Oktober 2019 oleh
kontraktor Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Kejuruteraan Fasiliti yang
dilantik oleh HPUPM, terdapat 20 aduan kebocoran melibatkan
38 lokasi yang berlaku disebabkan kecacatan pada struktur
bangunan.

Pendapat Masalah kondensasi dan kebocoran ini disebabkan oleh


Audit kelemahan koordinasi di peringkat perunding semasa reka
bentuk dan pengawasan kualiti pembinaan serta kerja yang
kurang berkualiti oleh kontraktor. Keadaan tersebut boleh
menjejaskan operasi bagi kawasan berkenaan serta
membahayakan pengguna hospital.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -3535
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 35 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

e. Kemudahan yang Telah Siap Tetapi Belum Dapat Digunakan

i. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK 4.7, Perenggan 10.2.2


kerja hendaklah diperakukan siap apabila antaranya (b) Kerajaan boleh
mendapat penggunaan yang penuh berhubung dengan tujuan kerja
dilaksanakan meskipun masih terdapat baki kerja kecil yang perlu
dilaksanakan dengan syarat ia tidak menghalang atau mengurangkan
penggunaan yang penuh, dengan sewajarnya dan mendapat manfaat.

ii. Lawatan fizikal Audit pada bulan Oktober dan November 2019 bersama pihak
JKR dan HPUPM mendapati tiga (3) kemudahan masih belum dapat
digunakan walaupun CPC telah dikeluarkan pada 15 Mac
2019. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 16 serta Gambar 25
dan 26.

JADUAL 16
KEMUDAHAN YANG BELUM DAPAT DIGUNAKAN SEMASA CPC DIKELUARKAN
PADA 15 MAC 2019
SKOP KERJA/
BIL. PENEMUAN AUDIT
KEMUDAHAN
Belum mendapat kelulusan KKM disebabkan reka bentuk bilik yang
Bilik Angiografi, Nuclear
1. dikemukakan kepada KKM berbeza dengan yang sebenar dibina menyebabkan
Imaging. (Gambar 25)
bilik tersebut belum boleh digunakan.
Pemeriksaan Audit pada 7 November 2019 mendapati kerja menaik taraf Ruang
Ruang Menunggu 2 (Pos
Menunggu 2 sedang dilaksanakan oleh kontraktor. HPUPM memaklumkan bilik
2. Imbasan) di Nuclear
tersebut tidak melepasi piawaian radiasi yang dilaksanakan oleh independent
Imaging. (Gambar 26)
checker yang dilantik oleh kontraktor.

Bilik stor tidak melepasi ujian Particle Count yang dilaksanakan pada 5
Bilik Stor di Central
September 2019 oleh Independent Checker yang dilantik oleh kontraktor. Bilik
3. Sterile Services
stor perlu lulus ujian tersebut bagi mematuhi standard kebersihan bilik yang
Department (CSSD)
ditetapkan bagi membolehkan operasi klinikal dilaksanakan.
Sumber: JKR, HPUPM, Dokumen Kontrak, Minit Mesyuarat Tapak dan Lawatan Fizikal Audit

GAMBAR 25 GAMBAR 26

Dinding dipasang material


untuk menghalang radiasi
Bilik Pintu yang sepatutnya Control keluar daripada bilik
Scrub dibina di Control Room Room

Bilik Angiografi Ruang Menunggu 2 (Pos Imbasan) di Nuclear Imaging


- Hanya Satu (1) Pintu Dibina untuk ke Bilik Angiografi - Kerja Menaik Taraf Bilik Sedang Dilaksanakan
iaitu Daripada Bilik Scrub. Tiada Pintu Daripada (07.11.2019)
Control Room Seperti Reka Bentuk Awal (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(07.11.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

11
11--36
36 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 36 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Maklum balas JKR yang diterima pada 13 Mac dan 5 Jun 2020

 Bilik Angiografi telah boleh digunakan memandangkan kelulusan telah diperoleh


pada 25 Februari 2020 setelah rundingan dibuat antara KKM dan HPUPM.

 Ruang Menunggu 2 (Pos Imbasan) telah boleh digunakan setelah mematuhi


piawaian berhubung radiasi dan telah disahkan oleh Independent Checker yang
dilantik kontraktor.

 Bilik stor di CSSD telah lulus ujian particle count pada 3 Januari 2020.
Pelaksanaan ujian tidak boleh dibuat terlalu awal (premature) disebabkan ujian
hanya akan dilakukan sebaik sahaja sebelum bilik tersebut beroperasi. Ia
dilaksanakan setelah Pengarah HPUPM memaklumkan CSSD akan beroperasi
dalam waktu terdekat.

Pendapat Kemudahan yang telah siap tetapi belum dapat digunakan


Audit antaranya telah menyumbang kepada kelewatan HPUPM
beroperasi.

5.2.5. Pelaksanaan Pembekalan Peralatan Perubatan

a. Perolehan Peralatan Perubatan List B1

i. Berdasarkan Medical, Non-Medical Equipment and Furniture Brief dalam


kontrak utama, peralatan perubatan diklasifikasi kepada empat (4) kumpulan
iaitu Kumpulan I, II, III dan IV seperti dalam Jadual 17. Selain itu,
mengikut klausa 2.1.1 dokumen kontrak, kontraktor hendaklah membekal
peralatan perubatan Kumpulan I dan sebahagian Kumpulan III yang masing-
masing disenaraikan sebagai List A1 dan A2. Manakala, perolehan peralatan
List B1 yang merangkumi baki peralatan perubatan Kumpulan III dan
Kumpulan IV telah diputuskan dalam Laporan VM dibuat secara berasing.

JADUAL 17
KLASIFIKASI PERALATAN PERUBATAN MENGIKUT KUMPULAN
KUMPULAN PERIHAL

Dibekal dan dipasang oleh petender berjaya. Sistem peralatan dan peralatan utama
I yang mempunyai keperluan mekanikal dan elektrikal (M&E) yang tinggi dan
memerlukan penyelarasan dalam terma kontrak bangunan.

Peralatan dengan keperluan M&E tinggi yang dibekalkan oleh pelanggan yang mungkin
II memerlukan penyelarasan dalam terma kontrak bangunan. Contoh utama adalah item
yang boleh dikesan dari hospital sedia ada.

Peralatan plug and play dengan keperluan M&E normal yang boleh dengan mudah
III
disambungkan ke saluran elektrik standard dan/atau sumber air.
Barangan tanpa keperluan M&E tetapi memerlukan perancangan ruang dan
IV
penyimpanan. Barangan termasuk perabot perubatan, barangan dan lain-lain.
Sumber: Dokumen Kontrak

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -3737
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 37 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ii. Semakan Audit mendapati JKR telah memeterai kontrak tambahan


ketiga (3) bagi pembekalan peralatan perubatan List B1 pada
28 Februari 2019, iaitu 50 hari sebelum tarikh projek
sepatutnya disiapkan pada 19 April 2019. Bagaimanapun, proses
pembekalan ini telah mula dibuat oleh kontraktor pada bulan November
2018 selepas kelulusan perolehan oleh Lembaga Perolehan A JKR pada
30 Oktober 2018. Keputusan pelaksanaan pembekalan peralatan perubatan
List B1 ini dibuat selepas terdapat penjimatan kos projek HPUPM. Mengikut
surat JKR kepada MoF bertarikh 9 Ogos 2017, peralatan perubatan List B1
adalah keperluan HPUPM bagi kelancaran operasi hospital kelak. Kelewatan
perolehan ini menyebabkan hanya 89.7% peralatan perubatan List B1 dapat
dibekalkan semasa CPC dikeluarkan.

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati perancangan untuk melaksanakan


perolehan peralatan perubatan List B1 bersekali dalam projek HPUPM ini
telah mula dibuat pada tahun 2015. Pada 30 April 2015, pihak UPM melalui
surat kepada KPT telah mencadangkan agar perolehan peralatan ini
dilaksanakan oleh kontraktor projek HPUPM. Bagaimanapun, perolehan
tersebut hanya diluluskan oleh KPT melalui Mesyuarat Memuktamadkan
Senarai Peralatan Perubatan List B1 pada 11 Julai 2017. Analisis Audit
terhadap kronologi proses perolehan peralatan perubatan List B1 mendapati
tempoh yang diambil untuk memeterai kontrak daripada
tarikh kelulusan KPT selama 597 hari (1 tahun 8 bulan). Butiran
lanjut seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18
KRONOLOGI PEMBEKALAN PERALATAN LIST B1
TEMPOH MASA
TARIKH PERIHAL TINDAKAN
(Hari)
Mesyuarat Memuktamadkan Senarai Peralatan Perubatan B1 yang dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPT bersetuju cadangan UPM
11.07.2017 -
agar JKR menguruskan perolehan peralatan perubatan B1 oleh syarikat 80904-H
dengan anggaran kos RM70 juta menggunakan baki lebihan peruntukan siling.

JKR menghantar permohonan kepada MoF untuk mendapatkan kelulusan


09.08.2017 pemberian secara terus kepada kontraktor utama bagi membekal dan memasang 29
peralatan perubatan B1.

MoF bersetuju meluluskan permohonan JKR melaksanakan pembekalan peralatan


08.09.2017 B1 melalui kaedah rundingan terus dengan kontraktor utama pada anggaran kos 30
sebanyak RM70 juta.

27.11.2017 Kontraktor memberi tawaran harga berjumlah RM134.63 juta. 80

Kontraktor membuat tawaran semula berjumlah RM72.54 juta selepas mengambil


15.03.2018 kira cadangan senarai yang disediakan oleh perunding untuk membolehkan 108
hospital beroperasi secara minimum.
Kontraktor membuat tawaran berjumlah RM74.32 juta selepas mengambil kira
19.03.2018 4
tambahan bilangan peralatan B1 yang diperlukan oleh HPUPM.
Rundingan harga pertama diadakan dengan tawaran harga JKR sebanyak RM69.48
20.03.2018 1
juta dan kemudian dinaikkan kepada RM69.68 juta.

11
11--38
38 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 38 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

TEMPOH MASA
TARIKH PERIHAL TINDAKAN
(Hari)
Lembaga Perolehan A JKR Bil. 18/2018 pada 20 April 2018 bersetuju terima
20.04.2018 31
tawaran harga RM69.68 juta untuk kelulusan MoF.
MoF memutuskan bahawa rundingan harga muktamad RM69.68 juta tidak
diluluskan. JKR diminta untuk melaksanakan semula proses rundingan harga
20.08.2018 122
dengan pengurangan kos projek kepada RM68 juta dan kontraktor utama perlu
mengekalkan skop yang sama.
Kontraktor membuat tawaran semula kepada Kerajaan sebanyak RM68 juta
07.09.2018 18
dengan mengekalkan skop yang sama.
Rundingan harga kedua diadakan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua
24.10.2018 pihak sebanyak RM68 juta. Mesyuarat bersetuju harga RM68 juta adalah harga 47
munasabah dan paling menguntungkan Kerajaan.
Lembaga Perolehan A JKR Bil. 27/2018 bersetuju terima tawaran harga RM68 juta
30.10.2018 6
untuk kelulusan MoF.
Kontraktor menandatangani kontrak tambahan ketiga (3). Tempoh siap
28.02.2019 pembekalan peralatan B1 tertakluk kepada kontrak utama iaitu pada 22 April 2018 121
atau pada tarikh siap baru selepas kelulusan EOT 1 iaitu pada 31 Mac 2019.

JUMLAH 597
Sumber: JKR dan KPT

Maklum balas JKR yang diterima pada 13 Mac 2020

Mesyuarat Memuktamadkan Senarai Peralatan B1 pada 11 Julai 2017 yang


dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan KPT bersetuju JKR
menguruskan perolehan peralatan tersebut. Oleh itu, perolehan peralatan hanya
dimulakan pada tahun 2017. Senarai peralatan dan cadangan kos yang
dikemukakan kepada MoF untuk kelulusan mengambil masa lama disebabkan
arahan penangguhan oleh MoF pada 17 Mei 2018 ke atas semua perolehan
Kerajaan secara tender terbuka, tender terhad dan rundingan terus bagi perolehan
bekalan, perkhidmatan, perunding dan kerja.

Pendapat Kelewatan dalam proses perolehan peralatan perubatan List


Audit B1 berpunca daripada perancangan yang tidak teliti dan
kelewatan kelulusan perolehannya di peringkat KPT. Keadaan
ini telah menyebabkan peralatan perubatan tidak dapat
dibekalkan sepenuhnya semasa CPC dikeluarkan.

b. Pendaftaran Aset

i. Mengikut dokumen kontrak, klausa 2.5.1, kontraktor hendaklah


mengemukakan dalam bentuk cetakan fizikal dan softcopy bagi semua kos
peralatan yang dibekalkan selepas aktiviti pembelian selesai tidak lewat
daripada enam (6) bulan selepas fasiliti diserahkan kepada pengguna.
Dokumen aset ini hendaklah diserahkan kepada pelanggan semasa
penyerahan bangunan. Pekeliling Bursar Bilangan 1 Tahun 2018 - Tatacara
Pengurusan Aset Alih Universiti UPM menetapkan setiap aset didaftarkan
dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -3939
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 39 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

ii. Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2019, iaitu


sembilan (9) bulan selepas projek HPUPM siap, JKR masih
belum mengemukakan senarai aset yang lengkap kepada
UPM disebabkan kelewatan kontraktor mengemukakan
senarai muktamad. Berdasarkan Minit Mesyuarat DLP Bilangan 05/2019
bertarikh 29 Ogos 2019, kontraktor memaklumkan akan mengemukakan
senarai aset kepada UPM secara berperingkat dan keseluruhannya sebelum
29 September 2019. Bagaimanapun, semasa lawatan fizikal Audit
dilaksanakan pada bulan Oktober dan November 2019, HPUPM
memaklumkan hanya beberapa senarai aset dikemukakan namun ianya tidak
lengkap serta tidak kemas kini. Perkara ini menyebabkan UPM masih belum
dapat menyediakan perancangan terhadap pelaksanaan pengurusan Planned
Preventive Maintenance selepas tamat tempoh DLP kelak.

Maklum balas JKR yang diterima pada 13 Mac dan 17 November 2020

Proses kelulusan aset dan perolehan juga telah menyumbang kepada kelewatan di
mana prosesnya perlu mematuhi segala peraturan dan prosedur yang tertentu yang
di luar bidang kuasa dan kawalan pihak JKR. JKR telah mengemukakan salinan
softcopy semua senarai terperinci aset alih dan tidak alih kepada HPUPM pada 31
Disember 2019.

Maklum balas KPT yang diterima pada 10 April 2020


 Proses verifikasi/asset tagging masih berjalan dan dijangka selesai sepenuhnya
pada bulan September 2020. Bilangan dan jumlah aset alih dan tidak alih
yang telah didaftarkan di dalam Fixed Asset Management System (FAMS) pada
31 Disember 2019 berdasarkan Malaysian Private Entities Reporting Standard
(MPERS) adalah seperti di dalam jadual berikut:

KATEGORI BIL. RM Juta


Aset (Bangunan/ Kemudahan/ Peralatan) 4,009 567.03
Inventori 19,913 9.79
Bekalan 4,429 2.06
Perkhidmatan - 0.69
JUMLAH 28,351 579.57

 Bagaimanapun, masih terdapat 16 peralatan yang belum dikenal pasti walaupun


penghantaran telah disahkan oleh pihak JKR/perunding seperti berikut:
− aset sebanyak dua (2) item berjumlah RM100,368
− inventori sebanyak empat (4) item berjumlah RM4,114
− bekalan sebanyak sepuluh (10) item berjumlah RM12,990

11
11--40
40 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 40 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

 Pendaftaran baki peralatan ini hanya akan dilaksanakan sebaik sahaja kontraktor
membekalkan/menggantikan peralatan tersebut.

Pendapat Kelewatan pendaftaran aset adalah disebabkan kelewatan di


Audit peringkat kontraktor mengemukakan senarai muktamad.
Perkara ini boleh memberi risiko kepada kehilangan aset
Kerajaan.

5.2.6. Pelaksanaan Pembangunan THIS

a. Perubahan Model Sistem THIS

i. Berdasarkan Laporan Penilaian Spesifikasi/Teknikal Tender Sistem Hospital


Bersepadu di HPUPM bertarikh 19 Oktober 2018, syarikat 361777-H telah
dinilai berdasarkan produk sistem off the shelf iaitu Sistem Medisys daripada
syarikat tempatan berstatus Multimedia Super Corridor (MSC). Lembaga
Perolehan UPM bersetuju melantik syarikat tersebut kerana menduduki
tempat pertama dalam penilaian.

ii. Semakan Audit mendapati pengurusan HPUPM telah bersetuju dengan


cadangan penggantian sistem Medisys kepada sistem Healthmed yang
dikemukakan oleh kontraktor THIS pada 31 Mei 2019. Sistem Healthmed
merupakan sistem yang dibangunkan di negara India. Bagaimanapun,
keputusan penggantian sistem Healthmed tersebut telah
dibuat tanpa kelulusan Lembaga Perolehan UPM. Lembaga
Perolehan UPM hanya meluluskannya pada 18 Oktober 2019
iaitu 140 hari selepas syor penggantian tersebut. Penggantian ini
dibuat kerana sistem Medisys telah gagal dalam Analisis Jurang (Gap
Analysis) yang dilaksanakan oleh Pasukan Teknikal THIS bersama perunding.
Berdasarkan Laporan Penilaian Sistem Maklumat Hospital Bersepadu
T05/2018 (7511901), kontraktor THIS telah diminta membetulkan Sistem
Medisys supaya mematuhi keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan.
Kontraktor THIS juga telah berusaha membangunkan sendiri sistem THIS
dalam tempoh dua (2) bulan bagi menggantikan Sistem Medisys, namun
gagal memenuhi spesifikasi. Pada bulan Mei 2019, kontraktor THIS telah
mengemukakan empat (4) cadangan sistem THIS kepada UPM untuk dinilai
iaitu ArcusAir (India), Innova (Indonesia), Healthmed (India) dan Smart
HMIS (India). Setelah penilaian dibuat oleh Pusat Pembangunan Maklumat
dan Komunikasi UPM, Sistem Healthmed disyorkan kerana mempunyai
modul terbanyak dan mematuhi 90% keperluan spesifikasi tender yang
ditetapkan.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -4141
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 41 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

Maklum balas KPT yang diterima pada 5, 16 Jun dan 17 November 2020

 HPUPM tidak membuat sebarang keputusan sebaik sahaja menerima cadangan


daripada kontraktor THIS. HPUPM telah menjalankan beberapa aktiviti seperti
perbincangan, demonstrasi dan analisis SOP bagi memastikan sistem baru yang
dicadangkan menepati keperluan HPUPM.

 Permohonan cadangan pertukaran sistem Medisys pada 31 Mei 2019 tidak


dibawa kepada Mesyuarat Lembaga Perolehan lebih awal disebabkan
kekosongan ahli lembaga perolehan dan tidak memenuhi korum mesyuarat.
Permohonan tersebut telah dibawa kepada Mesyuarat Lembaga Perolehan pada
18 Oktober 2019 dan telah diluluskan dengan syarat tiada sebarang
pertambahan harga.

Pendapat Keputusan penggantian sistem THIS di peringkat pengurusan


Audit HPUPM adalah tidak teratur kerana dibuat tanpa merujuk
kepada Jawatankuasa Penilaian Tender UPM terlebih dahulu.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa Pengurusan Projek HPUPM


dilaksanakan dengan kurang cekap kerana kelemahan perancangan di peringkat JKR
dan KPT/HPUPM serta kelemahan pelaksanaan oleh kontraktor utama dan kontraktor
THIS. Perkara ini menyebabkan HPUPM masih belum dapat beroperasi sepenuhnya dan
objektif serta outcome projek yang ditetapkan belum dapat dicapai.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara sama tidak
berulang dalam projek pembinaan lain, adalah disyorkan tindakan penambahbaikan
seperti berikut:

7.1. KPT perlu menentukan keputusan makmal VM digunakan dalam mencapai nilai
yang lebih baik dan kos yang optimum dalam pelaksanaan projek;

7.2. KPT dan KKM berbincang untuk menentukan sama ada Akta 586 meliputi hospital
atau pusat kesihatan yang dibina di bawah KPT dan menambah baik ketetapan dalam
Akta tersebut;

7.3. HPUPM dan Hospital Serdang menilai semula tujuan dan fungsi link bridge yang
telah dibina dari segi kesesuaian pemindahan pesakit;

11
11--42
42 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
P e n g u r u s a n PProjek
Pengurusan Hospital
rojek H o s p i t a l Pengajar
P e n g a j a r Universiti
U n i v e r s i t iPutra
P u t r aMalaysia
Malaysia RAHSIA

6. Teks 10-11.indd 42 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_10.11.2020

7.4. JKR hendaklah memastikan semua kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak
berkualiti, tidak sesuai dan tidak sempurna serta semua kecacatan yang berlaku selepas
projek siap diambil tindakan pembaikan dengan segera oleh kontraktor sebelum tamat
tempoh DLP;

7.5. JKR hendaklah menyelesaikan isu berkaitan semua peralatan perubatan yang tidak
dapat dikenalpasti lokasinya dengan segera; dan

7.6. HPUPM hendaklah menguatkuasakan syarat kontrak perihal penamatan kontraktor


dan menyenarai hitam pemilik serta syarikat 361777-H sekiranya THIS masih gagal
disiapkan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 1111- -4343
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia RAHSIA
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 43 02/12/2020 11:20 AM


11 - 44 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pengurusan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia

6. Teks 10-11.indd 44 02/12/2020 11:20 AM


UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA

UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA


– Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
Secara Kerjasama Awam Swasta melalui
Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 1 02/12/2020 11:20 AM


6. Teks 10-11.indd 2 02/12/2020 11:20 AM
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
PEMBANGUNAN HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK
SECARA KERJASAMA AWAM SWASTA MELALUI
KAEDAH INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA

Perkara Utama

Apa yang  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membangunkan


diaudit? Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) yang merupakan hospital
kanak-kanak pertama di Malaysia. Projek ini akan merealisasikan
aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan
kesihatan khususnya dalam bidang kepakaran kanak-kanak yang
menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran kanak-kanak,
pusat latihan kepakaran, memperkasa penyelidikan dan
mempromosikan pelancongan kesihatan.
 Pengauditan melibatkan penilaian terhadap pelaksanaan projek
pembangunan HPKK secara Private Finance Initiative (PFI).
Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi
dan pengurusan projek.
 Prestasi projek dinilai berdasarkan pencapaian fizikal untuk
menentukan status penyiapan projek, manakala pencapaian
outcome dinilai berdasarkan pencapaian objektif penubuhan
HPKK.
 Pengurusan projek pula dinilai dari aspek perancangan projek,
komitmen Kerajaan, pematuhan kepada Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586),
pembekalan peralatan perubatan, pembangunan Total Hospital
Information System (THIS) dan pemantauan HPKK.
 Pengauditan dijalankan di UKM sebagai pemilik projek yang
bertanggungjawab mentadbir dan memantau pelaksanaan projek,
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang menilai cadangan awal
dan menyelaras Perjanjian Konsesi serta Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)/Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang
memantau pelaksanaan projek.

Mengapa ia  Kos pembinaan projek ini adalah berjumlah RM606 juta yang
penting melibatkan komitmen Kerajaan berjumlah RM3.678 bilion bagi
untuk tempoh 306 bulan.
diaudit?

Laporan Ketua
Laporan Audit
Ketua Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun 2019Siri
Siri11 11
11- -45
45
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Melalui Kaed ah Inisiatif Pembiayaan Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 45 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA

Apa yang  Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan dapat


ditemui dirumuskan bahawa pembinaan HPKK telah dilengkapi dengan
Audit? pelbagai kemudahan prasarana dan program bagi menyokong
pencapaian objektif projek. Bagaimanapun kelemahan
perancangan dan ketiadaan business model yang bersesuaian
boleh menyebabkan HPKK sukar beroperasi pada tahap optimum
akibatnya sukar mencapai kelestarian kewangan. Selain itu,
kelemahan dalam tadbir urus projek seperti perubahan skop
projek, pematuhan Akta 586, pengesahan senarai peralatan
perubatan serta pembangunan THIS menyebabkan kelewatan
dalam pelaksanaan keseluruhan projek. Penyediaan klausa
Perjanjian Konsesi berkaitan penyenggaraan seperti penetapan
kadar caj perkhidmatan pengurusan penyenggaraan biomedikal
[Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)] dan
perkhidmatan pengurusan penyenggaraan fasiliti [Facility
Engineering Maintenance Services (FEMS)] serta penyenggaraan
THIS juga kurang memihak kepada Kerajaan.
 Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian seperti
berikut:
- Tarikh mula dan siap projek serta perubahan kos link bridge
belum diputuskan. Perkara ini perlu dinyatakan dan
dimuktamadkan dalam Perjanjian Tambahan.
- Analisis bagi menentukan kaedah pelaksanaan projek dan
pembiayaan yang memberi lebih manfaat kos serta
menguntungkan Kerajaan tidak dijalankan.
- Kelulusan pertambahan kos berjumlah RM53 juta telah
menyebabkan pertambahan komitmen Kerajaan berjumlah
RM538.90 juta (17.2%).
- Kadar caj FEMS yang sama dikenakan untuk ruang yang
memerlukan sistem penyenggaraan berbeza.
- Penetapan caj BEMS tidak mengambarkan perkhidmatan yang
diberikan. Caj BEMS yang hanya melibatkan kerja
penyenggaraan peralatan bioperubatan dan peralatan
perubatan di bangunan hospital dicaj berdasarkan keseluruhan
GFA projek.
- Setakat akhir bulan Ogos 2020, keputusan berkaitan
pematuhan Akta 586 masih belum diputuskan.
- Tiada pengesahan terhadap senarai akhir peralatan yang
dibekalkan oleh syarikat konsesi bagi memastikan semua
peralatan yang diperlukan disediakan.
- Tiada klausa yang memperuntukkan kerja penyenggaraan
berjadual bagi sistem THIS perlu dilaksanakan selepas tamat
tempoh tanggungan kecacatan.

1111 - 46
- 46 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua AuditNegara
Negara Tahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 46 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
1. PEMBANGUNAN HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK SECARA KERJASAMA
AWAM SWASTA MELALUI KAEDAH INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA

FAKTA UTAMA PEMBANGUNAN HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK

RM606 Juta 8 September 2010 RM3.678 Bilion


 Kos projek  Jemaah Menteri meluluskan  Bayaran konsesi bermula daripada
pelaksanaan projek HPKK secara PFI tarikh projek diserahkan kepada
Kerajaan dalam tempoh 306 bulan
22 Ogos 2013
 Perjanjian Konsesi ditandatangani

Universiti Kebangsaan  Pemilik projek


Malaysia (UKM)  Menyediakan Medical Brief of Requirement (MBOR)
 Menilai cadangan teknikal yang dikemukakan oleh pembida
Unit Kerjasama Awam  Meneliti cadangan awal dan need statement projek
Swasta (UKAS)  Menilai keupayaan kewangan pembida
 Merunding terma dan syarat untuk diangkat kepada Jemaah Menteri
 Menyediakan dan memuktamadkan Perjanjian Konsesi
Kementerian Pengajian  Memudah cara proses penyediaan dokumen projek penswastaan untuk
Tinggi (KPT) ditandatangani oleh Kerajaan dan syarikat konsesi
 Memantau pematuhan conditions precedent syarikat konsesi
 Menyediakan dan menyalurkan peruntukan kewangan kepada UKM

1. LATAR BELAKANG

1.1. Projek Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) yang dilaksanakan oleh UKM bertujuan
merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan
kesihatan khususnya dalam bidang kepakaran kanak-kanak. HPKK merupakan hospital
kanak-kanak yang pertama di Malaysia.

1.2. Objektif penubuhan HPKK adalah untuk menjadi pusat rujukan dalam bidang
kepakaran kanak-kanak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran kanak-
kanak, pusat latihan kepakaran, memperkasa penyelidikan dan mempromosikan
pelancongan kesihatan. Antara bidang kepakaran yang akan disediakan adalah pusat
jagaan paediatrics, neonatology, child and adolescent gyneagology, patology paediatrics,
diagnostic and interventional radiology, paediatrics medical specialities and paediatrics
surgical specialities intensive.

1.3. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 September 2010 telah meluluskan pelaksanaan
projek ini secara Private Finance Initiative (PFI) melalui kaedah Build-Lease-Maintain-
Transfer (BLMT) dan pemilihan syarikat konsesi dibuat secara tender terbuka. Skop
pembinaan bagi projek ini meliputi dua (2) fasa iaitu Fasa 1 pembinaan Bengkel Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kampus Pendidikan Teknik, Nilai dan Fasa 2 pembinaan HPKK.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 47
47
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 47 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

1.4. Pembinaan Fasa 1 bertujuan untuk menggantikan bangunan bengkel sedia ada di
tapak HPKK. Perjanjian Konsesi telah ditandatangani antara Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Syarikat 722191-V pada
22 Ogos 2013. Ringkasan mengenai projek pembangunan HPKK adalah seperti dalam
Jadual 1.

JADUAL 1
RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK
PERKARA KETERANGAN
Wakil Kerajaan Ketua Setiausaha KPM
Wakil UKM Naib Canselor UKM
Model Penswastaan Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT)
Syarikat Pembida Syarikat 134463-X
Tarikh Perjanjian 22 Ogos 2013
Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian 15 Mei 2014
Tarikh Mula Pembinaan
29 Mei 2014
[Construction Commencement Date (CCD)]
Tarikh Siap Pembinaan 28 November 2018
Tempoh Konsesi 30 tahun (termasuk tempoh pembinaan)
Tempoh Pembinaan 54 bulan (4.5 tahun) (29 Mei 2014 – 28 November 2018)
Syarikat Konsesi
Syarikat 722191-V
[Special Purpose Vehicle (SPV)]
Pegawai Penyelia [Supervising Officer ] Syarikat 1253170-H

Fasa 1
Bengkel Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Pendidikan Teknik,
Bandar Enstek, Nilai (18 bulan)
Skop/Tempoh Pembinaan
Fasa 2
Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, Cheras
(36 bulan)

Kos Pembinaan RM606 juta


Sumber: Perjanjian Konsesi Bertarikh 22 Ogos 2013

1.5. Bagi melaksanakan projek ini, syarikat konsesi (Syarikat 722191-V) perlu mereka
bentuk, membangun dan membina projek, menyedia dan memasang peralatan serta
menjalankan ujian dan pentauliahan bagi semua peralatan dan sistem yang dibangunkan.
Syarikat konsesi juga perlu menyenggara dan memastikan semua aset serta fasiliti berada
dalam keadaan baik sepanjang tempoh konsesi. Selain itu bagi memastikan kerja
pembinaan mematuhi konsep reka bentuk yang telah diluluskan, syarikat konsesi perlu
melantik pegawai penyelia (Syarikat 1253170-H) untuk menyelia projek.

1.6. Pelaksanaan projek ini melibatkan empat (4) agensi iaitu Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)/Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), UKM, Unit Kerjasama
Awam Swasta (UKAS) dan syarikat konsesi. Butiran mengenai tugas dan tanggungjawab
adalah seperti dalam Jadual 2.

11- -48
11 48 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 48 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

JADUAL 2
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI PELAKSANA
BIL. AGENSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 Memproses dan meneliti cadangan awal serta need statement projek;


 Menyelaras penyediaan dokumen tender projek;
 Menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money;
 Merunding terma dan syarat dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan;
1. UKAS
 Menyediakan Perjanjian Konsesi;
 Menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperaku terma dan syarat perjanjian;
 Menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswasta; dan
 Menilai sama ada diteruskan sebagai projek penswastaan atau sebaliknya.
 Menilai pelaksanaan projek melalui kaedah penswastaan yang bersesuaian dan menguntungkan
pihak Kerajaan;
 Memudah cara proses penyediaan dokumen projek penswastaan untuk ditandatangani oleh
Kerajaan dan syarikat;
 Memantau pematuhan syarat duluan (conditions precedent) perjanjian penswastaan oleh pihak
2. KPM/KPT* syarikat;
 Ahli Project Monitoring Committee (PMC) untuk mentadbir dan memantau projek;
 Menyediakan dan menyalurkan bajet kepada UKM; dan
 Menyediakan Perjanjian Pajakan Tanah untuk kelulusan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan
Galian.
 Pemilik projek;
 Menyediakan Medical Brief of Requirement (MBOR);
 Meneliti dan menilai cadangan teknikal;
3. UKM  Mentadbir dan memantau projek;
 Memastikan bayaran konsesi dijelaskan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi dengan
mematuhi tatacara serta kaedah yang telah ditetapkan; dan
 Memastikan aset disenggara dengan baik, teratur dan sedia untuk digunakan.

 Melantik pegawai penyelia bertauliah untuk menyelia projek dan memastikan kerja pembinaan
mematuhi konsep reka bentuk yang telah diluluskan;
 Merancang, mereka bentuk, membangun, membina projek, membuat lanskap, menyediakan dan
Syarikat memasang peralatan serta menjalankan ujian dan pentauliahan bagi semua peralatan serta
4.
konsesi sistem yang dibangunkan; dan
 Memastikan semua aset disenggara dengan baik dan sedia digunakan sepanjang tempoh konsesi
serta memastikan aset/kemudahan dalam keadaan baik (good working order) pada akhir tempoh
konsesi.
Sumber: UKAS, KPM/KPT dan UKM
Nota: (*) - Mulai Bulan Mac 2020, Tugas dan Tanggungjawab KPM Telah Dipindahkan Sepenuhnya Kepada KPT

1.7. Bagi mentadbir dan memantau pelaksanaan projek HPKK, Jawatankuasa Pemantau
Projek (PMC) telah ditubuhkan pada 16 Jun 2016. PMC berperanan untuk memantau
kemajuan dan status projek serta menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan projek selaras
dengan Klausa 34, Perjanjian Konsesi. Ahli yang dilantik adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
AHLI JAWATANKUASA PEMANTAU PROJEK (PMC)
BIL. JAWATAN KEAHLIAN PMC
Naib Canselor UKM Pengerusi
1. i. Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, UKM
Dua (2) Ahli dari UKM
ii. Pengarah Institut Perubatan Molekul, UKM
i. Setiausaha Bahagian Pembangunan KPT
2. Dua (2) Ahli dari KPM/KPT
ii. Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan - Seksyen Teknikal KPT
i. Pengerusi
3. Dua (2) Ahli dari Syarikat Konsesi
ii. Pengarah Urusan
Sumber: Surat Pelantikan

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 49
49
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 49 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

1.8. UKM juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Projek pada 11 Februari
2014 bagi memantau pelaksanaan projek HPKK dan membuat persediaan perpindahaan
ke HPKK. Pengerusi yang dilantik adalah Pengarah Institut Perubatan Molekul, UKM dan
seramai 18 ahli daripada pelbagai jabatan juga dilantik menganggotai jawatankuasa ini.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pelaksanaan projek pembangunan
HPKK secara PFI telah diuruskan dengan cekap, berhemat dan berkesan serta mencapai
objektif projek yang ditetapkan. Objektif projek HPKK adalah untuk menyediakan
perkhidmatan rawatan kepakaran kanak-kanak, pusat latihan kepakaran, memperkasa
penyelidikan dan mempromosikan pelancongan kesihatan.

3. SKOP PENGAUDITAN

Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan projek.
Prestasi projek dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu prestasi fizikal dan prestasi
outcome. Pengurusan projek pula meliputi enam (6) perkara iaitu penilaian perancangan
projek, komitmen Kerajaan, pematuhan kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), pembekalan peralatan perubatan,
pembangunan Total Hospital Information System (THIS) dan pemantauan HPKK.
Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek HPKK
bagi tempoh 2010 hingga bulan Jun 2020.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan di Seksyen Sosial Pendidikan dan Kesihatan, UKAS; Bahagian


Pembangunan, KPT; Bahagian Pembangunan, KPM; Pejabat Pengurusan Projek HPKK;
dan Pejabat Prasarana, UKM. Lawatan Audit di tapak projek HPKK dan IPG Nilai telah
dijalankan. Temu bual dan perbincangan juga diadakan dengan pegawai terlibat di KPT,
UKAS, UKM dan syarikat konsesi. Selain itu, khidmat nasihat juga diperoleh daripada
Bahagian Teknikal, Jabatan Audit Negara yang melibatkan bidang kejuruteraan seni bina,
awam, mekanikal dan elektrikal.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan antara bulan September 2019 hingga Jun 2020. Perkara
yang ditemui serta maklum balas daripada UKM, KPT dan UKAS telah dibincangkan dalam
Mesyuarat Penutup (Exit Conference) pada 10 Julai 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap
penemuan yang dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:

11- -50
11 50 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 50 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

5.1. Prestasi Projek HPKK

5.1.1. Pencapaian Fizikal

5.1.1.1. Skop Projek

a. Pembinaan HPKK bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan


kesihatan, menjadi pusat penyelidikan kesihatan kanak-kanak dan pusat
pembelajaran dalam bidang pediatrik. Selain itu, HPKK juga dibangunkan
sebagai sebuah hospital pakar kanak-kanak di Malaysia dan hub bagi
pelancongan kesihatan.

b. Berdasarkan kepada Memorandum Jemaah Menteri bertarikh 8 September


2010 meluluskan pembangunan HPKK dilaksanakan secara PFI. Hospital yang
dibina akan dilengkapi dengan 243 katil pesakit, 54 unit pangsapuri untuk
menempatkan pesakit dari dalam dan luar negara serta klinik swasta primer
untuk pesakit berbayar.

c. Skop asal projek HPKK meliputi pembinaan blok hospital, blok pentadbiran,
apartment/hotel dan link bridge. Kos asal projek adalah berjumlah RM553 juta.
Seterusnya pada 19 Disember 2012, Jemaah Menteri telah meluluskan
pertambahan skop projek dengan kos berjumlah RM53 juta menjadikan kos
keseluruhan berjumlah RM606 juta. Butiran adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
SKOP PROJEK BERDASARKAN RFP DAN PERJANJIAN KONSESI
KOS PROJEK
BIL. SKOP BUTIRAN
(RM Juta)
SKOP ASAL
1. Tower A Blok Pentadbiran
Blok Hospital
- 243 katil
- Lobi dan Kaunter Pendaftaran
- Ruang menunggu klinikal
- Wad dan 12 bilik bedah
- Ruang legar dan koridor
2. Tower B - Kawasan permainan kanak-kanak
- Kemudahan awam seperti surau, tandas dan parkir
- Peralatan perubatan
- Computerized Maintenance Management System (CMMS) 553.0
- Konsep Green Building Environment
- Total Hospital Information System (THIS)
- Helipad
Apartment/Hotel
3. Tower C - 54 unit
- Kolam Renang
4. Sub-Basement: Parkir, Peralatan Mekanikal dan Elektrikal/Bio-Bank
5. Link Bridge
SKOP BAHARU
6. Pertambahan GFA 4.0
7. Parkir Bertingkat 26.0
8. Bengkel Institut Pendidikan Guru (IPG) 23.0
JUMLAH KOS PROJEK 606.0
Sumber: Request for Proposal (RFP) dan Perjanjian Konsesi

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 51
51
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 51 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

d. Semakan Audit mendapati semua skop projek telah dibina


kecuali skop kerja link bridge yang telah digugurkan.
Mesyuarat PMC Bilangan 1 Tahun 2017 bertarikh 25 Januari
2017 memutuskan link bridge digugurkan kerana tiada
keperluan yang tinggi dan berpandangan pembinaan akan
membahayakan keselamatan pengguna.

e. Semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat PMC Bilangan 2 Tahun 2017


bertarikh 4 Mei 2017, mendapati syarikat konsesi menganggarkan penjimatan
RM1.50 juta dengan pembatalan pembinaan link bridge tersebut. Syarikat
konsesi mencadangkan peruntukan berkenaan digunakan untuk menampung
kos seperti dalam Jadual 5. Bagaimanapun PMC belum memberikan
persetujuan terhadap cadangan tersebut.

JADUAL 5
CADANGAN PENGGUNAAN KOS PEMBINAAN LINK BRIDGE
TAMBAHAN DARI KOS
KOS ASAL JUMLAH
BIL. PERKARA LINK BRIDGE
(RM Juta) (RM Juta)
(RM Juta)

1. Signboard 0.69 0.80 1.49

2. Hiasan Dalaman 4.00 0.50 4.50

3. Lab Benches 0.80 0.20 1.00

JUMLAH 5.49 1.50 6.99


Sumber: Minit Mesyuarat PMC Bilangan 2 Tahun 2017 Bertarikh 4 Mei 2017

f. Sehingga 17 November 2020, PMC masih belum membuat


keputusan terhadap cadangan perubahan kos tersebut.

Maklum balas UKM yang diterima pada 5 Jun 2020

Fungsi utama link bridge tersebut adalah untuk membawa bayi yang baru lahir ke
wad NICU HPKK. Bagaimanapun, reka bentuk tidak sesuai kerana penyambungan
yang dicadangkan adalah daripada aras 1 HPKK ke aras 2 Blok Pendidikan HCTM.
Oleh itu, pengangkutan pesakit tidak kondusif, mengambil masa yang lama, tidak
selamat serta tidak praktikal. Oleh demikian, pergerakan pesakit menerusi inkubator
dan menggunakan perkhidmatan ambulans adalah lebih praktikal dan mudah.
Keputusan untuk membatalkan link bridge telah diputuskan di peringkat PMC pada
Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2017 bertarikh 25 Januari 2017. Namun, cadangan
penjimatan daripada link bridge belum dipersetujui dan diputuskan oleh PMC.

11- -52
11 52 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a h Hospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 52 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

5.1.1.2. Pencapaian Kemajuan Fizikal

a. Berdasarkan kepada Laporan Kemajuan Projek bagi bulan Jun 2020, projek
masih dalam pembinaan dengan prestasi keseluruhan kerja di tapak adalah
97.5% berbanding kemajuan kerja yang dirancang adalah 99%. Semakan
Audit terhadap pencapaian prestasi bulan Jun 2020 mengikut skop kerja
mendapati, prestasi pembinaan telah mencapai 99.3% manakala prestasi
kerja mekanikal dan elektrikal adalah pada tahap 98.7%. Bagaimanapun
prestasi pembekalan dan pemasangan peralatan perubatan hanya mencapai
79% dan prestasi pembangunan sistem THIS dan sistem lain adalah 92.4%.
Prestasi pencapaian bagi setiap skop kerja adalah seperti dalam Rajah 1.

RAJAH 1
PENCAPAIAN PRESTASI HPKK SETAKAT BULAN JUN 2020

Prestasi Keseluruhan
Sebenar 97.5%
[Sepatut 99%]

Sumber: Laporan Kemajuan Kerja Bulan Jun 2020

b. Berdasarkan Apendiks E, Perjanjian Konsesi, Sistem Operasi dan


Penyenggaraan Aset [Computerized Maintenance Management System
(CMMS)] hendaklah dibangunkan bagi merekodkan maklumat berkaitan jenis
dan lokasi aset, rekod penyenggaraan dan penggantian aset, jadual
penyenggaraan serta status aset. Pemeriksaan Audit pada 16 Jun 2020
mendapati CMMS masih belum siap dibangunkan. Bagaimanapun status
kemajuan kerja berkaitan sistem CMMS tidak dinyatakan dalam Laporan
Kemajuan Projek.

c. Pembinaan IPG dan HPKK perlu disiapkan dalam tempoh 54 bulan. Tempoh
pembinaan IPG adalah selama 12 bulan bermula dari 29 Mei 2014 sehingga
28 Mei 2015. Projek HPKK pula hendaklah dimulakan pada bulan ke-13 dan
perlu disiapkan dalam tempoh 42 bulan iaitu pada 28 November 2018.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 53
53
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 53 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

d. Semakan Audit mendapati projek IPG siap dibina pada 3 Julai 2015, lewat dua
(2) bulan daripada tarikh sepatut siap asal iaitu pada 28 Mei 2015. Bagi
pembinaan HPKK pula, projek hanya dimulakan pada 25 Oktober 2016 kerana
kebenaran memulakan kerja lewat diperoleh daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).

e. Klausa 13.2 Perjanjian Konsesi menyatakan tarikh mula projek atau


Construction Commencement Date (CCD) adalah bergantung kepada tarikh
kelulusan PBT diperoleh atau effective date, yang mana terkemudian.
Mesyuarat PMC pada 18 Disember 2019 memutuskan tarikh mula projek perlu
mengambilkira tarikh kelulusan daripada kedua-dua PBT memandangkan
projek ini dilaksanakan di dua (2) PBT berbeza.

f. Berdasarkan klausa tersebut, tarikh siap projek HPKK telah


dipersetujui untuk dipinda kepada 25 April 2020. Pindaan
tarikh mula dan siap projek perlu dimeterai dalam Perjanjian
Tambahan, bagaimanapun sehingga bulan Jun 2020 Perjanjian
Tambahan belum dimuktamadkan. Pemeriksaan Audit pada 12
Februari 2020 mendapati, antara kemudahan yang siap dibina adalah seperti
dalam Jadual 6.

JADUAL 6
KEMUDAHAN HPKK YANG SIAP DIBINA
SKOP PERKARA BUTIRAN BILANGAN BILIK
Pusat Rawatan Pesakit Antarabangsa Bilik Konsultansi 12
Bilik Konsultansi 6
Pusat Perkembangan Kanak-kanak
Bilik Rawatan Psikologi 4
Fisioterapi Pesakit Luar dan
2
Dalam dilengkapi Gimnasium
Bilik Terapi Individu 2
Rehabilitation Centre And Allied
Health Services Bilik Terapi Pertuturan 6
Bilik Pemerhatian 4
Ruang Hospital Bilik Terapi Pendengaran 8
Neonatal Intensive Care Unit Bilik Ibu dilengkapi tandas 10
Paediatric Intensive Care Unit/
Bilik Rawatan 2
Paediatric High Dependency Unit
Bilik Pemeriksaan 8
Multidiscipline/Thalasamia Day Care
Taman Permainan 1
Klinik Pakar Bilik Rawatan Pakar Pelbagai
44
(Perubatan dan Pembedahan) Bidang Kepakaran
Bilik Pembedahan Bilik Pembedahan 11
VIP Lounge Bilik VIP 1
Permata Sihat (Wellness Centre ) Bilik Konsultansi 4
Gimnasium 2
Ruang Pentadbiran
Taman Permainan 1
dan Pembelajaran
Kemudahan Rekreasi Staf Bilik Televisyen 1
Bilik Permainan Video 1
Bilik Persidangan 1

11- -54
11 54 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 54 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

SKOP PERKARA BUTIRAN BILANGAN BILIK


Bilik Seminar 4
Bilik Latihan dan Pembelajaran Bilik Makmal 3
Bilik Koordinator 3
Bilik Seminar 1
Bilik Perbincangan 4
Penyelidikan Klinikal
Makmal 10
Emergency Shower 3
Bilik Pejabat Pakar 80
Bilik Mesyuarat dan
Ruang Pentadbiran 4
Perbincangan
Bilik Seminar 1
Bilik Perkhidmatan
Pejabat Konsesi 1
Kejuruteraan
Bilik Mesyuarat 1
Yayasan HPKK
Pejabat Kakitangan 1
Penthouse 4
Bilik Studio 10
Hotel 1 bilik 20
Hotel 2 bilik 20
Gimnasium 1
Hotel/Apartment Hotel (54 Bilik)
Bilik Permainan Video 1
Kolam Renang 1
Auditorium
1
(Kapasiti 500 pax)
Bilik Sidang Media 1
Pawagam Mini 1
Basement 315 lot
Parkir
Bertingkat 1,303 lot
Sumber: Perjanjian Konsesi dan Lukisan Kejuruteraan Bulan Disember 2019

g. Semakan Audit mendapati Yayasan HPKK ada disediakan, bagaimanapun


setakat bulan Jun 2020 Yayasan HPKK belum didaftarkan dan secara tidak
langsung belum boleh beroperasi. Yayasan HPKK berperanan membantu
pesakit mendapatkan dana dari pelbagai sumber.

Maklum balas UKM yang diterima pada 5 Jun 2020

Mesyuarat PMC Bilangan 4 Tahun 2019, bersetuju supaya definisi dan interpretasi
tarikh CCD di bawah Klausa 1 dipinda. Pindaan klausa berkaitan tarikh “approval”
bagi projek IPG dan HPKK akan disediakan oleh syarikat konsesi. Semakan akan
dijalankan dan akan dimajukan kepada UKAS untuk pertimbangan dan perakuan.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 16 November 2020

Draf Perjanjian Tambahan berhubung perubahan tarikh CCD telah dikemukakan oleh
UKAS melalui e-mel bertarikh 12 Februari 2020 kepada KPT untuk penelitian KPT
Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 55
55
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 55 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

bersama UKM. Berdasarkan semakan dengan KPT pada 12 November 2020, draf
Perjanjian Tambahan tersebut masih dalam semakan UKM yang melibatkan pindaan
lain seperti perubahan senarai peralatan perubatan dan pelanjutan masa berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan.

Pendapat Pembinaan HPKK memenuhi keperluan Perjanjian Konsesi


Audit dalam konteks skop pembinaan. Pindaan tarikh penyiapan
projek tidak memberikan implikasi kewangan kepada Kerajaan
kerana pembayaran projek PFI hanya bermula setelah projek
disetuju terima.

5.1.2. Pencapaian Outcome

a. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012, Garis Panduan Pengukuran


Pencapaian Program/Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome
menetapkan, sebelum penilaian outcome dibuat agensi perlu mewujudkan
kerangka keberhasilan dengan menentukan Key Performance Indicator (KPI),
indikator penilaian serta data yang perlu dikumpul bagi membuat penilaian.

b. Pencapaian outcome bagi projek pembinaan HPKK belum dapat dinilai


memandangkan hospital masih di peringkat pembangunan dan belum beroperasi.
Bagaimanapun pada bulan Mei 2020, UKM telah menyediakan enam (6) kerangka
keberhasilan bagi menilai pencapaian outcome berdasarkan objektif yang
ditetapkan seperti dalam Jadual 7.

JADUAL 7
ENAM (6) KERANGKA KERBERHASILAN
BIL. OBJEKTIF SASARAN OUTCOME/KPI

20% pertambahan rujukan untuk penilaian perkembangan dari instutusi


Pusat rujukan dalam bidang awam dan swasta
1. kepakaran perkembangan kanak-
kanak 20% pengurangan tempoh rujukan untuk saringan perkembangan kanak-
kanak

20% pertambahan rujukan untuk perawatan tulang belakang (spine)


Pusat rujukan dalam bidang
20% pertambahan untuk pembedahan tulang belakang (spine)
2. kepakaran pembedahan tulang
belakang (spine) Dua (2) pakar diterima setiap tahun dalam latihan sub kepakaran
pembedahan tulang belakang (spine) kanak-kanak dan remaja

Pusat latihan kepakaran bagi 20% pertambahan rujukan pesakit luar kanak-kanak dan remaja
melahirkan Pegawai Perubatan
3.
Siswazah yang kompeten dan 20% pertambahan pegawai perubatan pasca siswazah yang menerima
berkualiti latihan

Menghasilkan satu (1) koloborasi penyelidikan dengan industri


Penyelidikan dalam bidang
4.
perawatan pediatrik dan remaja
50% penyelidikan menghasilkan penerbitan dalam jurnal berwasit

11- -56
11 56 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 56 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

BIL. OBJEKTIF SASARAN OUTCOME/KPI

20% pertambahan bilangan kes yang dirawat di Pusat Pakar Swasta HPKK
Perkhidmatan Pusat Pakar Swasta di
HPKK (termasuk pesakit 20% pertambahan dalam jumlah penjanaan (dari baseline RM500,000
5.
antarabangsa) yang akan dikenakan setahun)
caj premium dan kompetitif
10% pesakit adalah pesakit antarabangsa

Kadar penginapan (occupancy) permulaan 30% pada tahun pertama dengan


Khidmat penginapan kepada
peningkatan 20% setiap tahun
6. keluarga pesakit, pelawat dan orang
awam
Pulangan keuntungan 50% dari kos operasi
Sumber: Sasaran Kerangka Keberhasilan HPKK Bulan Mei 2020

c. Pembinaan HPKK dilengkapi dengan peralatan perubatan, sistem maklumat


hospital serta pelbagai prasarana seperti klinik pakar, pusat rawatan pesakit
antarabangsa, hotel, auditorium, kafeteria dan parkir bagi memenuhi objektif
projek yang telah ditetapkan. Bagaimanapun semakan Audit mendapati business
model untuk pengoperasian HPKK belum dibangunkan.

d. Bagi menilai keupayaan HPKK beroperasi serta mencapai sasaran outcome/KPI


yang ditetapkan, pihak Audit telah menjalankan analisis berkaitan perjawatan, Bed
Occupancy Rate (BOR) dan kos operasi. Hasil analisis Audit mendapati HPKK
berhadapan dengan risiko pengoperasian dan risiko ketidakcapaian outcome/KPI
disebabkan faktor berikut:

i. Perjawatan HPKK

 Semakan Audit mendapati setakat bulan Jun 2020, HPKK telah menerima
192 waran perjawatan baru dan 134 pindah butiran dari HCTM ke HPKK
menjadikan jumlah perjawatan yang diluluskan adalah 326 perjawatan.
Daripada jumlah tersebut, 146 perjawatan merupakan pegawai
perubatan/pakar yang akan berkhidmat di HPKK. Bagaimanapun hanya
42 (28.8%) merupakan pegawai perubatan/pakar yang akan berkhidmat
sepenuh masa di HPKK. Baki 104 (71.2%) merupakan pegawai
perubatan/pakar guna sama yang juga memberikan perkhidmatan di
HCTM, Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.

 Selain itu, HPKK hanya mempunyai seorang pakar anestesiologi


(akademik) dan dua (2) pakar perunding anestesiologi (sambilan) yang
akan berkhidmat di 11 bilik bedah. Berdasarkan data perjawatan tersebut
adalah dikhuatiri perkhidmatan secara guna sama akan menjejaskan
pengoperasian dan pencapaian outcome/KPI HPKK. Butiran lanjut seperti
dalam Rajah 2.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 57
57
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 57 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

RAJAH 2
PEGAWAI PERUBATAN/ PAKAR GUNA SAMA

Sumber: Maklum Balas HPKK Bertarikh 6 Julai 2020

ii. Bed Occupancy Rate (BOR)

 Analisis Audit terhadap Bed Occupancy Rate (BOR) pesakit kanak-kanak di


Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) yang juga merupakan hospital
pengajar milik UKM mendapati operasi hospital tersebut masih belum
mencapai tahap optimum. Data yang dikeluarkan pada tahun 2010 hingga
2019 menunjukkan julat BOR pesakit kanak-kanak hanya antara 38.4%
hingga 55.6% sahaja. Berdasarkan data BOR HCTM dikhuatiri HPKK juga
sukar untuk beroperasi tahap optimum serta sukar mencapai outcome/KPI
yang ditetapkan. Butiran adalah seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8
BOR PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUKHRIZ (HCTM)
JUMLAH PESAKIT JUMLAH PESAKIT BOR PESAKIT KANAK-KANAK
BIL. TAHUN
KANAK-KANAK DALAM KANAK-KANAK (%)
1. 2010 18,162 4,319 38.4

2. 2011 18,326 4,538 45.2

3. 2012 25,044 4,420 50.2

4. 2013 25,609 4,407 49.6

5. 2014 26,275 4,558 47.9

6. 2015 27,094 4,676 46.9

7. 2016 27,810 4,939 47.6

8. 2017 28,115 4,862 49.4

9. 2018 29,109 5,245 52.4

10. 2019 30,033 5,499 55.6


Sumber: Surat HCTM Bertarikh 3 Februari 2020

11- -58
11 58 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 58 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

iii. Kos Operasi HPKK

 Semakan Audit juga mendapati, caj katil, hotel dan parkir masih belum
ditentukan. Berdasarkan kepada kiraan Audit, kos harian mengikut fungsi
yang perlu ditanggung oleh UKM bagi tempoh 25 tahun untuk satu (1) katil
adalah RM1,091 sehari, satu (1) bilik hotel RM511 sehari dan satu (1) lot
parkir RM58 sehari. Kos ini hanya melibatkan bayaran Availability Charges
(AC) dan Maintenance Service Charges (MC) tetapi belum mengambil kira
kos tetap lain seperti bayaran utiliti, caj barang pakai habis (consumable
items), emolumen dan lain-lain kos operasi. Berdasarkan data sedia ada
dikhuatiri pengoperasian HPKK sukar memperoleh pulangan keuntungan
(return on investment) disebabkan kos operasi yang tinggi. Butiran adalah
seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
ANALISIS KOS OPERASI MENGIKUT FUNGSI BAGI TEMPOH 25 TAHUN
GFA *KOMITMEN KOS
BUTIRAN 2 KERAJAAN SEBULAN KOS/HARI MENGIKUT
BIL. PERKARA (m ) (RM Juta) FUNGSI/HARI
(a) (b) (c) (d) = (c/30 hari) ( e) = (d)/(a)
Bangunan
1. 243 katil 139,925 7.95 265,024.00 1,090.63
Hospital
2. Hotel 54 Bilik 14,577 0.83 27,609.47 511.29

3. Parkir 1,303 lot 39,564 2.25 74,936.00 57.51


JUMLAH SEBULAN 194,066 11.03 367,569.47 -
Sumber: Perjanjian Konsesi dan PDA
Nota: (*) - Pengiraan Komitmen Kerajaan Hanya Mengambil Kira Kos MC yang Melibatkan Perkhidmatan FEMS, BEMS,
CLS yang Kadarnya Ditentukan Mengikut Keluasan Bangunan (GFA)

Maklum balas UKM yang diterima pada 5 Jun 2020 dan 20 Julai 2020

HPKK telah merangka kerangka keberhasilan beserta Key Performance Indicator (KPI)
dan indikator penilaian berdasarkan data yang bersesuaian untuk diukur bagi
penilaian terhadap projek pembangunan HPKK. Kerangka keberhasilan ini adalah
selaras dengan nic perubatan dan nic surgeri seperti yang terkandung dalam kertas
cadangan HPKK. Pada 16 Julai 2020, HPKK telah menyediakan strategi pelan
perancangan penjanaan seperti berikut:

STRATEGI PELAN PERANCANGAN PENJANAAN


BIL. PERKARA BUTIRAN
Bertujuan untuk mengetuai perancangan penjanaan HPKK. Selain itu, pejabat ini
Mewujudkan pejabat
akan menyelaras segala keperluan aspek Request for Proposal berkaitan
1. Business Development
penjanaan HPKK termasuklah hotel yang akan memastikan pulangan maksima
Office
diperolehi
Hasil-hasil daripada penjanaan di HPKK akan dimasukkan ke dalam tabung pesakit
Mewujudkan tabung
2. dan tabung hasil HPKK. Tabung pesakit ini dapat membantu mengurangkan beban
pesakit kanak-kanak
pesakit yang kurang berkemampuan
Bertujuan untuk pelanggan yang akan dikenakan caj premium dan kompetitif.
International Patient HPKK berhasrat untuk mengendali pusat ini dan bukan diswastakan kepada pihak
3. Centre (Full Paying ketiga untuk mengendalikannya. Ia sekaligus dapat memberikan hasil yang lebih
Patient) banyak kepada HPKK dan membantu meningkatkan bilangan pesakit
antarabangsa serta mempromosikan pelancongan kesihatan

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 59
59
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 59 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

BIL. PERKARA BUTIRAN


HPKK merancang untuk meningkatkan tenaga kerja di makmal penyelidikan bagi
Perkhidmatan makmal
4. membolehkan makmal ini memberikan perkhidmatan makmal berbayar kepada
penyelidikan
institusi luar dan sekaligus memberi pulangan hasil kepada HPKK
HPKK merancang untuk melihat penjanaan menerusi perkhidmatan farmasi
Perkhidmatan Farmasi
5. berbayar dan sedang melihat sama ada perkhidmatan farmasi berbayar
berbayar
berdasarkan preskripsi dari luar HPKK dapat dilaksanakan
6. Bekalan Alat Implan HPKK juga akan turut mengadakan bekalan alat implan sebagai hasil penjanaan
HPKK merancang untuk menyediakan perkhidmatan aktiviti berbayar seperti
Perkhidmatan aktiviti
7. taman permainan berbayar dan bilik tayangan berbayar yang boleh diguna pakai
berbayar
oleh pelawat
Perkhidmatan fasiliti berbayar juga turut dirancang sebagai kaedah penjanaan di
Perkhidmatan fasiliti
8. HPKK. Antara perkhidmatan fasiliti yang dicadangkan adalah fasiliti hydropool atau
berbayar
fasiliti radiologi berbayar yang boleh disewakan
HPKK turut bercadang untuk menyediakan perkhidmatan konsultasi kesihatan
bergerak sebagai salah satu kaedah penjanaan. Perkhidmatan konsultasi
Perkhidmatan Konsultasi
9. kesihatan bergerak ini akan memberikan perkhidmatan secara berbayar kepada
Kesihatan Bergerak
pihak yang memerlukan pemeriksaan kesihatan seperti sekolah swasta, taska,
tadika dan sebagainya
HPKK juga turut merancang untuk menyediakan perkhidmatan berbayar seperti
Mewujudkan lain-lain
10. pengiring khas pesakit yang akan membantu menguruskan keperluan pelanggan
perkhidmatan berbayar
sepanjang mendapatkan perkhidmatan di HPKK
HPKK juga turut merancang untuk mengadakan perkhidmatan resource and
Perkhidmatan Resource
11. wellness centre yang mensasarkan pelanggan yang memerlukan khidmat nasihat
and Wellness Centre
dan rundingan secara walk in
HPKK merancang untuk menyediakan sewaan ruang iklan sama ada di dalam
12. Sewaan ruang iklan
bangunan dan juga menerusi perkhidmatan wifi
HPKK merancang untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terhadap
13. Sewaan hotel/pangsapuri
sewaan hotel/pangsapuri
HPKK merancang untuk menyediakan kemudahan sewaan untuk ruang
14. Sewaan ruang perniagaan
perniagaan
Sewaan/caj parkir
15. HPKK merancang untuk menyediakan kemudahan ruang parkir berbayar
berbayar
Sewaan fasiliti untuk
HPKK merancang untuk menyediakan sewaan ruang dari fasiliti persidangan/
16. penganjuran persidangan
seminar seperti dewan dan ruang perbincangan
dan seminar

Maklum balas KPT yang diterima pada 27 Mei 2020 dan 16 November 2020

Kajian impak/outcome akan dilaksanakan oleh KPT dan UKM dengan kerjasama Unit
Penyelarasan dan Pelaksanaan, JPM setelah projek ini siap diterima dan beroperasi
dalam tempoh setahun daripada tarikh penerimaan sebagaimana yang ditetapkan di
dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012, JPM.

Kajian Penilaian Outcome yang akan dilaksanakan akan turut mengambil kira objektif
penubuhan HPKK dan maklum balas terbaharu berkaitan Strategi Pelan Perancangan
Penjanaan yang telah ditetapkan oleh UKM.

Pendapat Pembinaan HPKK dilengkapi dengan pelbagai kemudahan


Audit prasarana dan program bagi menyokong pencapaian objektif
projek. Bagaimanapun dengan sumber perjawatan yang
terhad, bilangan pesakit yang masih rendah dan kos operasi
yang tinggi dikhuatiri HPKK sukar beroperasi pada tahap yang
optimum. Akibatnya HPKK akan menghadapi kesukaran untuk
mencapai outcome/KPI yang ditetapkan, seterusnya sukar
mencapai kelestarian kewangan.

11- -60
11 60 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a h Hospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 60 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

5.2. Pengurusan Projek

5.2.1. Perancangan Projek Secara PFI

5.2.1.1. Kertas Cadangan

a. Kertas cadangan pembinaan HPKK telah disediakan oleh UKM pada bulan Mei
tahun 2010 dan telah dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) serta UKAS pada bulan Jun tahun 2010. Berdasarkan kepada kertas
cadangan, keperluan pembinaan HPKK adalah disebabkan oleh peningkatan
bilangan penduduk dan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti.

b. Hospital ini akan menyediakan 200 katil dan 50 unit pangsapuri yang mana 40
daripadanya untuk penginapan keluarga berdasarkan konsep family-centred
care, manakala 10 unit khusus untuk menempatkan pesakit antarabangsa
(medical tourism). HPKK juga akan mempunyai private wing di mana pesakit
antarabangsa dan swasta akan dikenakan fi mengikut kadar swasta manakala
pesakit lain akan dikenakan fi mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan.

c. HPKK dianggarkan akan berupaya memberikan perkhidmatan kesihatan


kepada 40,000 pesakit luar dan 28,000 pesakit dalam untuk tempoh setahun.
Kos projek yang dicadangkan adalah RM200 juta dan model pembiayaan
adalah secara PFI.

d. Semakan Audit terhadap Kertas Cadangan Pembangunan HPKK yang


disediakan oleh UKM dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) bertarikh 6
September 2010 yang disediakan oleh UKAS mendapati model pembiayaan
yang dicadangkan adalah secara PFI. Bagaimanapun tiada justifikasi terhadap
cadangan tersebut dinyatakan.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 17 Julai 2020 dan 16 November
2020

Sebarang keperluan untuk pelaksanaan projek secara PFI atau konvensional adalah
tertakluk kepada perancangan oleh Kementerian/Agensi pengguna berkaitan. Oleh
itu, pelaksanaan projek HPKK dilaksanakan secara PFI adalah berdasarkan justifikasi
dan keperluan yang telah ditentukan oleh UKM dan KPT pada ketika itu. Berdasarkan
Kertas Kerja Cadangan Pembinaan Hospital Kanak-Kanak ada justifikasi keperluan
projek ini dilaksanakan ada dinyatakan dan model pembiayaan secara PFI telah
dicadangkan oleh UKM.

Fungsi UKAS adalah merancang, menyelaras dan menilai cadangan projek PPP serta
merunding terma dan syarat perjanjian penswastaan/konsesi bersama Jabatan
Peguam Negara (AGC) dan Kementerian/Agensi pengguna menerusi Jawatankuasa
Pemandu Projek (JPP) dan Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) setelah
Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 61
61
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 61 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

mendapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri. Penilaian cadangan projek ini telah
melalui proses penelitian di peringkat UKAS melibatkan pelbagai Kementerian dan
Agensi Kerajaan sebelum ia diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Asas
pertimbangan bagi keperluan pelaksanaan cadangan projek telah pun diambil maklum
oleh Jemaah Menteri pada 8 September 2010.

Projek-projek PFI yang melibatkan komitmen kewangan Kerajaan dipertimbangkan


secara terpilih oleh Kerajaan (dengan kelulusan Jemaah Menteri) mengambil kira
agihan peruntukan siling Kementerian bagi tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun
bagi menangani masalah aliran tunai semasa Kerajaan. Dengan pendekatan PFI,
Kerajaan tidak perlu mengeluarkan sejumlah besar wang sekaligus untuk membiayai
projek berkaitan. Oleh itu, rakyat boleh menerima perkhidmatan daripada fasiliti
tersebut melalui kaedah PFI.

5.2.1.2. Penilaian Pengurusan Nilai dan Value For Money

a. Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai menyatakan pengurusan nilai


perlu dilaksanakan di peringkat permulaan (reka bentuk) dan di peringkat reka
bentuk konsep untuk mendapatkan value for money dalam projek Kerajaan.
Pengurusan Nilai perlu dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi
projek bernilai RM50 juta ke atas.

b. Manual Prosedur Kerja UKAS juga menyatakan penilaian value for money
merupakan salah satu aspek yang perlu diteliti dan dikaji. Bagaimanapun,
UKAS tidak menyediakan garis panduan atau kriteria terperinci mengenai
bagaimana proses penilaian value for money ini perlu dilaksanakan.

c. Sebagai asas perbandingan, Value for Money Assessment Guidance,


November 2006 oleh HM1 Treasury telah dirujuk bagi penilaian dari aspek
value for money. Mengikut panduan tersebut, penilaian value for money untuk
projek PFI boleh dilaksanakan di peringkat penilaian program, projek dan
perolehan.

d. Berdasarkan MJM bertarikh 6 September 2010, Kementerian Kewangan (MoF)


menyatakan Jawatankuasa Penswastaan, UKAS perlu meneliti pelaksanaan
projek ini bagi memastikan Kerajaan memperoleh value for money dan projek
HPKK berdaya maju tanpa membebankan Kerajaan.

e. Semakan Audit tidak menemui bukti yang menunjukkan penilaian pengurusan


nilai dan value for money bagi projek ini dilaksanakan. Selain itu, analisis
perbandingan pelaksanaan projek secara PFI atau konvensional tidak
dijalankan bagi menentukan kaedah yang memberi lebih manfaat kos (cost
benefits), berdaya maju dan tidak membebankan Kerajaan.

1 Her Majesty’s Government of United Kingdom


11- -62
11 62 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 62 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

Maklum balas UKAS yang diterima pada 29 Mei 2020 dan 17 Julai 2020

UKAS tidak menyediakan garis panduan atau kriteria terperinci mengenai proses
penilaian value for money. Tafsiran penilaian value for money tidak hanya terhad
kepada penilaian secara kuantitatif sebaliknya juga boleh dilihat secara kualitatif
seperti dari aspek pengagihan risiko, manfaat kecekapan pihak swasta dan skop kerja
yang lebih komprehensif. Semasa projek ini dicadangkan, penilaian value for money
tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan Public Sector Comparator (PSC) bagi
tujuan perbandingan. Pada masa tersebut, Kerajaan tidak mampu untuk
melaksanakan semua projek secara serentak menggunakan peruntukan
pembangunan yang terhad. Melalui pelaksanaan projek secara PFI, Kerajaan boleh
mendapatkan fasiliti dan menyediakan kemudahan perkhidmatan pediatrik lebih awal
tanpa menyediakan peruntukan terlebih dahulu.

Kajian analisis pasaran, teknikal, kewangan, ekonomi, sosial dan politik termasuklah
perbandingan kos antara pelaksanaan projek secara PFI dan konvensional sewajarnya
dilaksanakan oleh Kementerian/Agensi Pengguna sebelum sesuatu projek tersebut
dicadangkan pelaksanaan secara PFI ataupun konvensional. Tiada sebarang rekod
yang menunjukkan projek ini telah melalui proses penilaian pengurusan nilai di
peringkat UKAS.

Walaupun Pekeliling Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM berkenaan arahan


pelaksanaan pengurusan nilai telah dikeluarkan pada 29 Disember 2009 tetapi
pelaksanaan secara menyeluruh hanya dilaksanakan selepas 24 Mei 2011 iaitu setelah
UPE, JPM mengeluarkan panduan pelaksanaan. Sehubungan itu, UKAS berpendirian
bahawa penilaian value for money bagi projek ini pada masa itu tidak semestinya
mengikut panduan pelaksanaan/amalan pada masa ini memandangkan pada tempoh
2010 hingga 2011, format dan panduan bagi pelaksanaan pengurusan nilai masih
belum dimantapkan/diperkukuhkan oleh pihak UPE, JPM.

Pendapat Memandangkan skop dan kos projek HPKK yang telah


Audit dipersetujui adalah selari dengan hasrat Kerajaan, namun
ketiadaan pelaksanaan penilaian awal projek yang teliti boleh
menyebabkan pembangunan fasiliti dan kemudahan melebihi
keperluan sebenar. Penilaian awal projek yang teliti bertujuan
memastikan pembangunan fasiliti dan kemudahan dapat
dioptimumkan bagi memperoleh manfaat kos dan menjamin
kelestarian kewangan.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 63
63
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 63 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

5.2.1.3. Kelulusan Perubahan Skop dan Kos Projek

a. UKM mengemukakan cadangan penubuhan HPKK kepada UKAS pada 2 Jun


2010 dan kelulusan Jemaah Menteri telah diterima pada 8 September 2010.
Pada 14 Oktober 2010, Badan Petugas Penubuhan HPKK yang terdiri daripada
kakitangan perubatan dan teknikal UKM telah dilantik bagi menyediakan skop
projek [Medical Brief of Requirement (MBOR)].

b. Tawaran tender telah dikeluarkan oleh UKAS pada bulan Februari 2011,
sebanyak sembilan (9) syarikat telah mengemukakan dokumen cadangan
tender RFP dan penilaian tender telah diadakan antara bulan Jun hingga Julai
2011.

c. Seterusnya pada 7 Oktober 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) telah


memperaku pelantikan Syarikat 722191-V sebagai syarikat konsesi dengan
kos RM553 juta berdasarkan skop projek yang dicadangkan oleh syarikat.
JKAS dibenarkan merunding terma dan syarat dalam tempoh tiga (3) bulan.
Sekiranya dalam tempoh tersebut rundingan terma dan syarat utama gagal,
pembida seterusnya layak dipertimbangkan. Hasil rundingan tersebut perlu
dikemukakan semula untuk pertimbangan selanjutnya oleh Jemaah Menteri.

d. Surat pelantikan telah dikemukakan kepada syarikat konsesi pada 27 Oktober


2011 beserta 638 Non Compliance Report (NCR). NCR dikeluarkan oleh Badan
Petugas HPKK atas ketidakpatuhan syarikat konsesi terhadap keperluan MBOR
dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen tender. Syarikat
dikehendaki mengemukakan surat persetujuan dan cadangan
baharu projek berdasarkan penutupan kepada NCR tanpa
mengubah kos asal dalam tempoh tiga (3) bulan.

e. Bagi memastikan cadangan baharu mematuhi NCR, beberapa sesi Bengkel


Interaksi antara Badan Petugas HPKK dan syarikat konsesi telah diadakan
antara bulan Disember 2011 hingga Januari 2012. Hasil daripada sesi interaksi
tersebut, syarikat konsesi telah menyediakan cadangan reka bentuk baharu
projek pada 30 Januari 2012 dan dipersetujui oleh UKM bagi memenuhi
keperluan NCR. Semakan Audit mendapati reka bentuk bangunan asal adalah
15 tingkat telah diubah kepada bangunan sembilan (9) tingkat.

f. Pada 17 Januari 2012 sebelum memberikan persetujuan pelantikan, syarikat


konsesi telah memohon pertambahan kos projek disebabkan oleh perubahan
reka bentuk bagi mematuhi NCR. Syarikat konsesi memaklumkan reka bentuk
asal tidak memperuntukkan ruang dan sirkulasi yang mencukupi serta
memerlukan pertambahan GFA daripada 103,710m2 kepada 194,310m2 iaitu
peningkatan 87.4% berbanding cadangan asal. Ringkasan permohonan
syarikat konsesi adalah seperti dalam Jadual 10.

11- -64
11 64 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 64 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

JADUAL 10
PERMOHONAN PERTAMBAHAN GFA
TENDER PERMOHONAN PERATUS
RFP CADANGAN PERTAMBAHAN
MBOR
BAHARU
BIL. RUANG
(a) (b) c=[(b-a)/a*100]

(m2) (%)

1. Hospital 54,093 59,566 102,240 71.6

2. Hotel/Apartment 5,608 6,051 12,720 110.2

3. Parkir 29,265 38,093 79,350 108.3

JUMLAH GFA 88,966 103,710 194,310 87.4


Sumber: Surat Permohonan Bertarikh 17 Januari 2012

g. Selain itu, syarikat konsesi turut memaklumkan terdapat tujuh (7) ruang
memerlukan GFA tambahan seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
GFA TAMBAHAN YANG DIMOHON
GFA
BIL. RUANG
(m2)

1. Bilik Mayat 65

2. Farmasi 300

3. Pusat Perkembangan Kanak-kanak 15

4. Neonatal Intensive Care Unit (NICU) – Procedure Room /Minor Operation Theatre (OT) 25

5. Paediatric Intensive Care Unit (PICU) – Mother’s Lounge for Paediatric High Dependency Unit 40

6. Pusat Konvensyen 120

7. Public Amenities for each floor 80

JUMLAH GFA 645


Sumber: Surat Syarikat Konsesi Bertarikh 17 Januari 2012

h. Bagi menilai permohonan pertambahan kos, pada 29 Februari 2012 UKAS


telah memohon JKR untuk membuat penilaian terhadap Laporan Pematuhan
Dokumen RFP Pembida dan NCR. Maklum balas daripada JKR diterima pada
28 Mac 2012. Antara ulasan JKR adalah sekiranya pertambahan kos
disebabkan keperluan pematuhan MBOR maka pertambahan kos tersebut
tidak boleh diambil kira. Memandangkan cadangan pindaan adalah untuk
pematuhan NCR, maka kos bagi mematuhi NCR tersebut perlu ditanggung
oleh pembida kecuali bagi perkara yang melibatkan kekurangan MBOR dan
pertambahan skop projek. Antara ulasan JKR adalah seperti dalam Jadual
12.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 11 - 65


Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
RAHSIA
LaporanM eKetua
l a l u i KAudit
a e d a h Negara
I n i s i a t i f Tahun
P e m b i a2019
y a a n SSiri
w a s t1a 11 - 65
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 65 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

JADUAL 12
ULASAN DAN SYOR JKR
BIL. ULASAN
 Penyemakan terperinci tidak dapat dilakukan kerana pembida tidak mengemukakan perbandingan Schedule
of Area (SOA) asal dengan SOA pindaan bagi setiap ruang. Ini penting untuk menilai pertambahan atau
pengurangan bilik berdasarkan MBOR dan fungsi
 Permohonan pertambahan GFA dan kos hendaklah disemak semula dengan cadangan asal untuk memastikan
1.
GFA dan kos tersebut munasabah dan penggunaan ruang adalah optimum
 Sekiranya keperluan pematuhan MBOR, pertambahan kos tidak boleh diambil kira. Memandangkan cadangan
pindaan adalah untuk pematuhan NCR, maka kos bagi mematuhi NCR tersebut perlu ditanggung oleh pembida
kecuali bagi perkara yang melibatkan kekurangan MBOR dan tambahan skop projek
Keperluan pengasingan berdasarkan operasi keseluruhan hospital tidak dinyatakan secara khusus dalam MBOR.
Cadangan pindaan menyatakan dedicated vertical route akan menggunakan lif untuk laluan besih dan laluan
2. kotor. Akses berasingan bagi laluan bersih dan kotor yang disediakan menyebabkan peningkatan ruang sirkulasi.
Cadangan ini juga menyebabkan kemudahan lif telah bertambah daripada 11 (cadangan asal) kepada 31
(cadangan pindaan)
MBOR menyatakan bilangan parkir yang diperlukan adalah 1,600 lot manakala keluasan saiz (GFA) parkir tidak
dinyatakan. Adalah menjadi tanggungjawab perunding arkitek untuk memastikan bilangan dan keluasan saiz
3.
parkir adalah mencukupi. Peningkatan anggaran keluasan parkir daripada cadangan asal (38,093m2) kepada
cadangan pindaan (79,350m2) adalah ketara. Keseluruhan bilangan lot parkir dikaji semula
Analisa kos berdasarkan borang Construction Cost Analysis yang dikemukakan tidak dapat dinilai kerana
formatnya yang tidak teratur. Agihan kos dan peratusan setiap elemen tidak dapat dikenal pasti. Jika
pertambahan ruang dan SOA dipersetujui oleh Kerajaan ia akan menyebabkan perubahan reka bentuk sistem
4.
perkhidmatan elektrik dan mekanikal berbanding cadangan asal yang memerlukan pengiraan dibuat semula.
Justifikasi terperinci terhadap perbezaan kos perlu disediakan bagi membolehkan penentuan sama ada
perbezaan kos tersebut disebabkan keperluan UKM atau keperluan pematuhan MBOR
SYOR JKR
5. Penilaian semula cadangan teknikal dan penilaian cadangan RFP pembida dibuat semula dan sekiranya semua
pembida tidak dapat memenuhi keperluan MBOR, adalah disyorkan tawaran tender dibuat semula
Sumber: Laporan Pematuhan Dokumen RFP dan NCR Bertarikh 21 Mac 2012

i. Bagaimanapun sebelum ulasan JKR diterima, Menteri di JPM


pada 22 Mac 2012 telah bersetuju pertambahan kos RM53 juta
diberikan. Keputusan ini telah diperaku oleh JKAS pada 4 April
2012 dan diluluskan dalam MJM pada 19 Disember 2012.

j. Semakan Audit mendapati, pertambahan kos berjumlah RM53 juta yang


diluluskan adalah melibatkan pertambahan ruang GFA 645m2, pembinaan
parkir yang terdiri daripada parkir basement (500 lot) dan parkir bertingkat
(1,758 lot) serta pembinaan bengkel baharu IPG di Nilai. Pembinaan parkir
bertingkat di atas tanah milik IPG memerlukan pemindahan dan pembinaan
bengkel baru IPG dilaksanakan terlebih dahulu. Butiran kelulusan adalah
seperti dalam Jadual 13.
JADUAL 13
KELULUSAN PERTAMBAHAN SKOP DAN KOS
BIL. BUTIRAN KOS (RM Juta)

1. Pembinaan IPG (Skop Kerja Baharu – Fasa 1) 23.0


Parkir
2. - Basement 500 lot (RM17.3 juta) 26.0
- Parkir Bertingkat 1,258 lot (RM8.3 juta)
3. Tambahan Ruang (GFA) - 645 m2 4.0
JUMLAH KOS TAMBAHAN 53.0
Sumber: Nota Mesyuarat Bertarikh 22 Mac 2012 dan Minit Mesyuarat JKAS Bertarikh 4 April 2012

11- -66
11 66 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 66 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

k. Kronologi permohonan dan kelulusan perubahan kos, skop projek dan


pertambahan GFA adalah seperti dalam Rajah 3.

RAJAH 3
KRONOLOGI PERMOHONAN DAN KELULUSAN PERUBAHAN SKOP PROJEK

Sumber: Minit Mesyuarat, Kertas Jemaah Menteri dan Surat Permohonan

l. Semakan Audit mendapati pertambahan ruang dan parkir merupakan


pertambahan bagi item yang telah dinyatakan dalam MBOR manakala
pembinaan bengkel IPG adalah skop baharu yang diluluskan. Berdasarkan
ulasan JKR sekiranya pertambahan kos adalah disebabkan pematuhan kepada
MBOR dan NCR pertambahan kos tersebut perlu ditanggung oleh syarikat
konsesi. Ulasan JKR ini juga selaras dengan keputusan JM pada 7 Oktober
2011. Selain itu, pada 7 Disember 2012 MoF turut memberikan pandangan
perubahan skop yang ketara tidak seharusnya berlaku bagi projek yang
dilaksankan secara RFP dan MoF memandang berat pertambahan skop yang
menyebabkan peningkatan kos dan bayaran komitmen Kerajaan.

m. Analisis Audit terhadap ruang tambahan yang dimohon mendapati kesemua


ruang tersebut keperluannya telah dinyatakan dalam MBOR. Selain itu didapati
juga keluasan cadangan RFP asal syarikat konsesi tidak mematuhi keperluan
MBOR. Butiran adalah seperti dalam Jadual 14.

JADUAL 14
ANALISIS PERMOHONAN PERTAMBAHAN GFA
RFP
PERMOHOHAN MBOR BEZA
TENDER
BIL. RUANG GFA (a) (c) = (a-b) ULASAN AUDIT
(b)
(m )
2

1. Bilik Mayat 65 595 534.1 60.9


RFP kurang
2. Farmasi 300 922.1 559.7 362.4

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 67
67
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 67 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

RFP
PERMOHOHAN MBOR BEZA
TENDER
BIL. RUANG GFA (a) (c) = (a-b) ULASAN AUDIT
(b)
(m2)
Neonatal Intensive Care
Unit (NICU) – Procedure
3. 25 20 0 20 Tiada dalam RFP
Room/Minor Operation
Theatre (OT)
Pusat Perkembangan
4. 15 498 502 (4)
Kanak-kanak
Paediatric Intensive Care
Unit (PICU) – Mother’s Tambahan GFA
5. 40 30 30 0
Lounge for Paediatric High kepada cadangan
Dependency Unit RFP
6. Pusat Konvensyen 120  931 TB
Public Amenities for each
7. 80  * TB
floor *
JUMLAH GFA 645 2,065.1 2,556.8 439.3
Sumber: Permohonan Syarikat Konsesi Bertarikh 17 Januari 2012, Perjanjian Konsesi
Nota: () Keperluan Ruang Ada Dinyatakan Dalam MBOR Tetapi Keluasan Ruang Tidak Dinyatakan
(*) Public Amenities Telah Disediakan di Setiap Aras Dalam Cadangan Asal RFP Syarikat Konsesi

n. Analisis Audit seterusnya terhadap perbandingan GFA asal dan GFA baharu
mendapati internal built-up area bertambah 33,337m2 (24%), manakala
keluasan parkir bertambah 18,715m2 (89.8%). Analisis Audit mendapati
antara perkara utama yang menyumbang kepada
pertambahan internal built-up area adalah hotel dengan
keluasan 8,969m2 (159.9%) dan external circulation, hospital
street, mechanical and electrical (M&E) and lift core yang
berkeluasan 13,372m2 (212.1%).

o. Bagaimanapun external built-up area yang merangkumi ruang road/services,


lanskap dan parkir ruang terbuka tidak dapat dibuat perbandingan kerana
tiada perincian GFA dinyatakan dalam cadangan asal. Perbandingan GFA
berdasarkan fungsi semasa cadangan asal (tender) dan cadangan baharu
yang dimuktamadkan dalam Perjanjian Konsesi adalah seperti dalam
Jadual 15.

JADUAL 15
PERBANDINGAN GFA ASAL DAN GFA BAHARU
GFA(m2) PERBEZAAN
KATEGORI BIL. BUTIRAN ASAL BAHARU GFA (m2)
(%)
(a) (b) (c)=(b – a)
Internal Built-Up Area
1. Hospital, Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran 63,910 76,359 12,449 19.5
A. 2. Hotel 5,608 14,577 8,969 159.9
External Circulation, Hospital Street,
3. 6,304 19,676 13,372 212.1
Mechanical and Electrical and Lift Core

11- -68
11 68 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a h Hospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 68 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

GFA(m2) PERBEZAAN
KATEGORI BIL. BUTIRAN ASAL BAHARU GFA (m2)
(%)
(a) (b) (c)=(b – a)
4. Public Amenities - 1,580 1,580 100.0
5. Mechanical and Electrical Plant Room 6,590 3,557 (3,033) (46.0)
Jumlah Internal Built-Up Area 82,412 115,749 33,337 24.0
#
B. Parkir 20,849 39,564 18,715 89.8
JUMLAH A+B 103,261 155,313 52,052 50.4
External Built-Up Area
1. Road/Services 32,615
C.
2. Lanskap dan teres -* 6,138 TB^
Jumlah External Built-Up Area 38,753
JUMLAH KESELURUHAN 103,261 194,066 -
Sumber: Minit Mesyuarat JKAS Bertarikh 5 Oktober 2012, Pengesahan GFA Bulan September 2012, UKM dan Laporan
Penilaian Teknikal
Nota: (#) Keluasan parkir telah dinyatakan dalam Nota Mesyuarat Bertarikh 5 Oktober 2012, bagaimanapun keluasan
tidak dinyatakan dalam Pengesahan GFA Bulan September 2012
(*) Merujuk kepada Lukisan Tender RFP-UKAS/02/2011(3), External Built-up Area telah dinyatakan dalam
Lukisan namun tidak diperincikan saiz keluasan dalam Pengesahan GFA Bulan September 2012
(^) Perbezaan tidak dapat dibuat kerana maklumat keluasan GFA asal tidak dinyatakan dalam Pengesahan GFA
Bulan September 2012

p. Secara keseluruhannya dengan peningkatan kos projek


berjumlah RM53 juta (9.6%) ia telah menyebabkan
pertambahan komitmen Kerajaan berjumlah RM538.90 juta
(17.2%) seperti dalam Jadual 16.

JADUAL 16
KOS PROJEK DAN KOMITMEN KERAJAAN
CADANGAN CADANGAN BAHARU/
PENINGKATAN
PERKARA ASAL PERJANJIAN KONSESI

(RM Juta) (RM Juta) (%)


Kos Projek 553.00 606.00 53.00 9.6
Availability Charges (AC) 1,620.00 1,910.99 290.99 18.0
Maintenance Service Charges (MC) 1,123.00 1,369.91 246.91 21.9
Maintenance Reserve Fund (MRF) 397.00 398.00 1.00 0.8

JUMLAH KOMITMEN
3,140.00 3,678.90 538.90 17.2
KERAJAAN
Sumber: Laporan Penilaian Kormersial dan Perjanjian Konsesi

Maklum balas UKM yang diterima pada 5 Jun 2020

Pertambahan ruang sirkulasi adalah kesan daripada merendahkan ketinggian aras


bangunan dari 15 tingkat kepada sembilan (9) tingkat. Keperluan dan justifikasi
pertambahan ruang yang dipohon sebelum kelulusan adalah hasil daripada proses
interaksi di antara pihak syarikat konsesi dan Badan Petugas Penubuhan HPKK UKM.
Proses ini melibatkan perunding yang dilantik oleh syarikat konsesi dan ahli-ahli Badan
Petugas Penubuhan HPKK yang terdiri daripada pasukan teknikal dan kepakaran

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 69
69
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 69 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

berkaitan. Semua keperluan tambahan dan perubahan ini dibincangkan sebelum


diangkat ke JKAS dan akhirnya telah diluluskan dan disahkan dalam Perjanjian
Konsesi.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 17 Julai 2020

Meskipun terdapat perubahan skop dan kos projek yang dipohon UKM dan syarikat
konsesi bagi projek ini tetapi UKAS menerusi siri proses rundingan telah berjaya
mengurangkan kos bayaran Kerajaan tersebut daripada RM4.24 bilion kepada
RM3.68 bilion. Mesyuarat JKAS pada 19 Oktober 2012 telah bersetuju untuk
memperakukan jumlah bayaran oleh Kerajaan kepada syarikat konsesi sebanyak
RM3.68 billion mengambil kira pertambahan skop projek. Jemaah Menteri pada
19 Disember 2012 bersetuju dengan cadangan tambahan skop dan kos pembangunan
sebanyak RM53 juta.

Pendapat Pertambahan skop telah menyebabkan peningkatan kos projek


Audit dan bayaran komitmen Kerajaan dari RM3.140 bilion kepada
RM3.678 bilion.

5.2.2. Komitmen Kerajaan

a. Komitmen Kerajaan meliputi bayaran kemudahan (Availability Charges),


perkhidmatan penyenggaraan (Maintenance Service Charges) dan caruman
kepada tabung penyenggaraan (Maintenance Reserve Fund) bagi tujuan
penggantian peralatan perubatan dan peralatan ICT. Bayaran ini adalah untuk
tempoh 306 bulan bermula dari tarikh projek diserahkan. Bayaran komitmen
Kerajaan adalah seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17
BAYARAN KONSESI
JUMLAH BAYARAN SEPANJANG TEMPOH KONSESI
PERKARA
(RM Juta)

Availability Charges (AC) 1,910.99

Maintenance Service Charges (MC) 1,369.91

Maintenance Reserve Fund (MRF) 398.00

JUMLAH KESELURUHAN 3,678.90


Sumber: Perjanjian Konsesi

b. Bayaran Perkhidmatan Penyenggaraan [Maintenance Service Charges


(MC)]

i. Perkhidmatan penyenggaraan merangkumi lima (5) jenis skop perkhidmatan


iaitu pengurusan penyenggaraan fasiliti (FEMS), pengurusan penyenggaraan

11- -70
11 70 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a h Hospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 70 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

biomedikal (BEMS), pembersihan/pencucian [Cleansing Services (CLS)],


pembersihan linen dan dobi [Linen and Laundry Services (LLS)] serta
pengurusan sisa klinikal [Health Waste Management Services (HWMS)]. Skop
kerja penyenggaraan dan asas penetapan kos bagi setiap perkhidmatan
adalah seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18
SKOP KERJA PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN HPKK
ANGGARAN
BAYARAN
ASAS
SKOP KADAR BAGI
BIL. BUTIRAN PENENTUAN
PENYENGGARAAN BAYARAN TEMPOH
KOS
KONSESI
(RM Juta)
Penyenggaraan semua sistem
Perkhidmatan
kejuruteraan elektrikal, mekanikal Jumlah luas
Pengurusan
1. dan awam merangkumi bangunan, RM13.91/m2 826.71 keseluruahan
Penyenggaraan
jalan, longkang, bekalan air, sistem bangunan (GFA)
Fasiliti (FEMS)
pembentungan, tanah dan lanskap
Perkhidmatan Penyenggaraan peralatan
Jumlah luas
Pengurusan bioperubatan dan peralatan
2. RM4.73/m2 281.12 keseluruahan
Penyenggaraan perubatan lain yang digunakan di
bangunan (GFA)
Biomedikal (BEMS) hospital
Pembersihan dan pencucian
seluruh kawasan HPKK yang
Perkhidmatan Jumlah luas
merangkumi ruang hospital, wad,
3. Pembersihan/ RM2.26/m2 134.32 keseluruahan
dewan bedah, makmal, hotel,
Pencucian (CLS) bangunan (GFA)
pejabat pentadbiran, parkir dan
lanskap

Perkhidmatan Linen Pengumpulan, pembersihan (dobi) Berat sebenar


4. RM6.46/kg 89.51
dan Dobi (LLS) dan penyediaan linen bersih (kg)

Perkhidmatan Pengumpulan, penyimpanan,


Berat sebenar
5. Pengurusan Sisa perawatan dan pelupusan sisa RM5.70/kg 38.25
(kg)
Klinikal (HWMS) klinikal
JUMLAH 1,369.91
Sumber: Perjanjian Konsesi Apendiks E1 Hingga E6

ii. Klausa 17.5 Perjanjian Konsesi menyatakan bagi sebarang perubahan skop
kerja pengurusan aset, UKM hanya dibenarkan untuk merunding dengan
syarikat konsesi selepas (lima) 5 tahun dari tarikh kerja penyenggaraan aset
bermula.

iii. Semakan Audit mendapati kadar yang sama bagi


perkhidmatan FEMS iaitu RM13.91/m2 dikenakan bagi
keseluruhan GFA HPKK yang melibatkan ruang hospital
(klinikal), pejabat pentadbiran, hotel, parkir, jalan dan ruang
sirkulasi dalam dan luar. Skop perkhidmatan FEMS merangkumi kerja
penyenggaraan bagi sistem mekanikal, elektrikal dan awam yang berbeza bagi
setiap ruang. Sebagai perbandingan kadar caj FEMS bagi Perjanjian Konsesi

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 71
71
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 71 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

Pekhidmatan Sokongan Hospital KKM adalah berbeza bagi setiap ruang


mengikut sistem kejuruteraan yang digunakan.

iv. Semakan Audit seterusnya mendapati caj BEMS juga


dikenakan pada keseluruhan GFA HPKK pada kadar yang sama
sepanjang tempoh konsesi iaitu RM4.73/m2. Skop
perkhidmatan BEMS hanya melibatkan kerja penyenggaraan
peralatan bioperubatan dan peralatan perubatan di bangunan
hospital. Selain itu, bagi peralatan perubatan kebiasaannya syarikat
pembekal akan memberikan tempoh jaminan dan waranti yang mana
sepanjang tempoh tersebut penyenggaraan, kerosakan dan penggantian akan
ditanggung oleh syarikat pembekal.

v. Sebagai perbandingan caj BEMS bagi Perjanjian Konsesi Perkhidmatan


Sokongan Hospital KKM ditetapkan berdasarkan kepada jenis peralatan
mengikut senarai Universal Medical Device Nomenclature System (UMDNS)
yang dikeluarkan oleh Emergency Care Research Institute (ECRI). Selain itu,
KKM juga menetapkan kadar penyenggaraan yang berbeza bagi tempoh
waranti dan selepas tamat waranti. Berdasarkan analisis Audit hanya 12,242
(31.7%) daripada keseluruhan 38,672 peralatan perubatan merupakan
peralatan yang disenaraikan di bawah UMDNS dan memerlukan
penyenggaraan BEMS.

vi. Berdasarkan klausa 19 Perjanjian Konsesi, syarikat konsesi perlu mematuhi


KPI yang ditetapkan bagi perkhidmatan penyenggaraan. Sekiranya berlaku
ketidakpatuhan, penolakan maksimum 5% setiap bulan daripada jumlah
bayaran dibenarkan. KPI bagi perkhidmatan penyenggaraan BEMS yang
ditetapkan adalah berasaskan kebolehfungsian dan kebolehgunaan sesuatu
peralatan perubatan. Semakan Audit seterusnya mendapati,
pengukuran pemotongan KPI BEMS tidak berdasarkan
keluasan GFA walaupun asas bayaran adalah keluasan GFA.

vii. Semakan Audit terhadap PDA, mendapati GFA bagi ruang klinikal hospital yang
menempatkan peralatan perubatan adalah 65,374m2 (33.7%) daripada luas
keseluruhan HPKK (194,225m2). Berdasarkan kiraan Audit sekiranya
BEMS dicaj mengikut luas ruang klinikal, kos BEMS hanyalah
RM3.71 juta setahun berbanding RM11.04 juta. Penetapan caj
BEMS berasaskan ruang klinikal sebenar memberikan
penjimatan sepanjang tempoh konsesi berjumlah RM186.50
juta. Analisis Audit adalah seperti dalam Jadual 19 dan Jadual 20.

11- -72
11 72 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 72 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

JADUAL 19 JADUAL 20
PERBANDINGAN JUMLAH BAYARAN BEMS GFA BERDASARKAN PDA
LUAS LANTAI GFA
BIL. BUTIRAN
(m2)
APENDIKS PDA PERBEZAAN
G Hospital 65,374
BIL. BUTIRAN 194,225m2 65,374m 2

1. Hotel 14,577
RM Juta RM Juta (RM Juta)
(a) (b) (c)=(a)-(b) Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran 10,985

External Circulation, Hospital Street,


1. Caj Setahun 11.04 3.71 7.33 2. 19,676
Mechanical and Electrical and Lift Core

Caj Tempoh 3. Public Amenities 1,580


2. 281.12 94.62 186.50
Konsesi
4. Road/Services 32,615
Sumber: Perjanjian Konsesi dan PDA
5. Mechanical and Electrical Plant Room 3,557
6. Lanskap dan teres 6,138
7. Parkir Bertingkat 39,564
JUMLAH 194,066
Sumber: PDA, HPKK

viii. Semakan Audit mendapati penetapan asas dan kadar bayaran ditentukan
semasa syarikat mengemukakan dokumen tender. Tiada bukti menunjukkan
kajian analisa perbandingan kos telah dilaksanakan.

ix. Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada klausa yang
menyatakan pemotongan bayaran komitmen Kerajaan (AC)
boleh dibuat terhadap GFA yang tidak berfungsi/tersedia
(available) kesan daripada kerosakan yang melibatkan kerja
FEMS dan BEMS.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 29 Mei 2020 dan 17 Julai 2020

Berdasarkan aliran tunai, syarikat telah memperincikan kos bagi lima (5) skop
penyenggaraan perkhidmatan sokongan hospital (FEMS, BEMS, LLS, CLS dan HWMS)
yang berjumlah RM53.73 juta setahun. Bayaran MC mengambil kira kesemua jenis
kerja penyenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi. Walau bagaimanapun,
setiap skop perkhidmatan akan dibayar berdasarkan kadar sebenar (actual payment
rate) sebagaimana di dalam Apendiks G Perjanjian Konsesi.

Berhubung caj penyenggaraan skop perkhidmatan BEMS, sebarang kadar yang


ditetapkan adalah berdasarkan hasil penilaian Jawatankuasa Kecil Penilaian Teknikal
(JKPT) dan ditentukan oleh Kementerian/Agensi Pengguna. Bagi caj FEMS, pada 20
September 2012 UKM memaklumkan anggaran purata penyenggaraan FEMS adalah
sebanyak RM1.67 kaki persegi. Bagaimanapun, tiada perincian asas penetapan bagi
kadar tersebut yang dikemukakan oleh UKM.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 73
73
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 73 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

Berdasarkan Perjanjian Konsesi, syarikat konsesi sepatutnya memastikan pembinaan


bangunan adalah berdasarkan GFA yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Konsesi.
Dalam hal ini, UKM dan KPT semasa sesi Joint Inspection (JI) bersama syarikat
konsesi perlu memastikan keseluruhan ruang dan aspek teknikal bangunan adalah
mematuhi kehendak Kerajaan sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perjanjian
Konsesi. Sekiranya terdapat aspek teknikal yang tidak dipatuhi, syarikat konsesi perlu
melaksanakan rektifikasi sehinggalah Kerajaan berpuas hati sebelum pengeluaran
penerimaan bangunan menerusi Certificate of Acceptance (CoAC) kepada syarikat
konsesi. Walaubagaimanapun, terdapat kes terdahulu (precedent cases) yang mana
proses rektifikasi berlaku selepas CoAC dikeluarkan iaitu semasa Asset Management
Services Period. Sekiranya syarikat konsesi masih gagal melaksanakan kerja-kerja
rektifikasi, penalti akan dikenakan iaitu menerusi pemotongan bayaran AC.

Maklum balas UKM yang diterima pada 5 Jun 2020

Tindakan oleh Kementerian Kewangan dan UKAS.

Pendapat Penetapan caj FEMS dan BEMS berdasarkan keseluruhan GFA


Audit adalah tidak wajar dan mengelirukan kerana tidak
mengambarkan perkhidmatan yang diberikan. Ketiadaan klausa
berkaitan pemotongan GFA yang tidak tersedia adalah
merugikan Kerajaan akibat penggunaan ruang yang tidak dapat
dioptimumkan.

5.2.3. Pematuhan Kepada Akta 586

a. Seksyen 2, Akta 586 menyatakan hospital swasta bermaksud hospital atau institusi
Kerajaan yang digunakan untuk perawatan yang memerlukan kemasukan ke
hospital. Seksyen 19 (a) pula menyatakan institusi Kerajaan perlu mendapatkan
lesen untuk menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan jagaan kesihatan
swasta daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), KKM.

b. Pematuhan kepada Akta 586 bertujuan memastikan standard perkhidmatan


jagaan kesihatan yang selamat, cekap dan berkualiti. Selain itu, pematuhan akta
ini akan membolehkan HPKK mendapat manfaat untuk meningkatkan penarafan
hospital dan mematuhi kualiti serta amalan baik profesion kesihatan.

c. Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 2 September 2010 berpandangan


penubuhan HPKK adalah tertakluk kepada Akta 586 kerana HPKK merupakan
hospital swasta di bawah seliaan dan bidang kuasa UKM. Kemudahan dan
perkhidmatan jagaan kesihatan universiti disifatkan sebagai hospital swasta
kerana status penubuhan UKM sebagai pertubuhan perbadanan di bawah Akta

11- -74
11 74 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 74 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Pada 5 Disember 2012, AGC sekali
lagi mengemukakan pandangan yang menyatakan penubuhan HPKK adalah
tertakluk kepada Akta 586.

d. Semakan Audit seterusnya mendapati MBOR yang disediakan pada tahun 2010
dan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani pada 22 Ogos 2013 telah menyatakan
keperluan untuk mematuhi Akta 586. Perkara ini selaras dengan pandangan AGC
yang diterima pada tahun 2010 dan 2012. Berdasarkan Akta 586 permohonan
untuk menubuhkan hospital perlu dikemukakan pada peringkat perancangan.

e. Semakan Audit seterusnya mendapati, UKM hanya


mengemukakan permohonan penubuhan HPKK bagi mematuhi
Akta 586 kepada CKAPS pada 15 Ogos 2019 iaitu semasa
kemajuan penyiapan projek mencapai 73%. Kelewatan UKM
mengemukakan permohonan kelulusan penubuhan
menyebabkan penyerahan lukisan reka bentuk hospital tidak
dikemukakan kepada CKAPS pada peringkat awal untuk
kelulusan.

f. Lanjutan daripada itu, maklum balas CKAPS telah diterima pada 14 Februari 2020
beserta 216 penemuan. Antara penemuan yang dibangkitkan CKAPS adalah
berkaitan layout projek dan saiz ruang HPKK yang tidak mematuhi kehendak
CKAPS. Selain itu, CKAPS juga memberi penekanan terhadap keberkesanan
pengasingan laluan bersih dan kotor, fungsi bilik dan ruang serta penempatan
peralatan yang tidak jelas.

g. Bagi mematuhi keperluan CKAPS, kerja pembesaran dan pengubahsuaian,


penukaran jenis kemasan pintu dan lantai serta pengalihan lokasi bilik perlu
dilakukan. Selain itu syarikat konsesi juga perlu membuat pindaan reka bentuk
terhadap lukisan kejuruteraan dan ianya perlu dikemukakan semula kepada
CKAPS dan PBT untuk kelulusan. Perkara ini akan menyebabkan penyerahan
bangunan yang dijadualkan pada akhir bulan Ogos 2020 terpaksa ditangguhkan
antara enam (6) hingga lapan (8) bulan.

h. Bagimanapun, pada 30 April 2018 KPT telah membuat semakan terhadap


keperluan Hospital Pengajar Universiti (HPU) mematuhi Akta 586 bersama Unit
Undang-Undang KPT dan AGC. Semasa mesyuarat tersebut AGC telah
memberikan pandangan universiti awam (selain Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)) tidak termasuk dalam tafsiran “Pertubuhan Perbadanan” yang
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang tertakluk kepada
Akta 586. Oleh itu, HPU boleh memilih untuk menerima pakai atau sebaliknya

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 75
75
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 75 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

pekeliling dan peraturan Kerajaan berkaitan perubatan dan penjagaan kesihatan


yang dikeluarkan oleh KKM.

i. Pada 5 Februari 2020 semasa Mesyuarat Penyelarasan di antara UKAS, KPT, MoF
dan UKM, isu berkaitan keperluan pematuhan kepada CKAPS sekali lagi telah
dibincangkan. Mesyuarat tersebut memutuskan UKM dan KPT mendapatkan
keputusan berkaitan pematuhan CKAPS daripada YB Menteri KKM dan YB Menteri
KPT. Seterusnya pada bulan Julai 2020, syarikat konsesi telah memohon
pengecualian sementara terhadap pematuhan Akta 586 daripada YB Menteri KPT
bagi membolehkan penyerahan HPKK dilaksanakan.

j. Pelaksanaan pelancongan kesihatan memerlukan pengiktirafan dan akreditasi


daripada badan profesional dan antarabangsa seperti Medical Society Quality in
Health (MSQH), Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) dan Joint Commission
International (JCI) daripada World Health Organization (WHO). Bagi
membolehkan HPKK mendapat pengiktirafan dan akreditasi ini, Akta 586 perlu
dipatuhi terlebih dahulu.

k. Lanjutan daripada permohonan syarikat konsesi berkaitan pengecualian


sementara terhadap pematuhan Akta 586, KPT telah mengemukakan pandangan
pada bulan Ogos 2020 yang menyatakan HPU (kecuali Hospital Pengajar UIAM)
tidak tertakluk kepada Akta 586 dan bukan merupakan hospital Kerajaan. Oleh
yang demikian, KPT memohon UKM menyelaras isu berkaitan CKAPS bersama
syarikat konsesi.

l. Setakat bulan Ogos 2020 UKM belum membuat keputusan


berkaitan keperluan HPKK mematuhi Akta 586. Maklum balas
UKM terhadap 216 penemuan CKAPS juga belum dikemukakan.

Maklum balas UKM yang diterima pada 20 Julai 2020 dan 16 November
2020

UKM menerima hakikat tentang keperluan pematuhan kepada Akta 586 yang
dinyatakan dalam MBOR dan juga dalam Perjanjian Konsesi. Syarikat konsesi
diarahkan untuk memastikan skop lukisan arkitek dan kejuruteraan serta pembinaan
HPKK mengikut spesifikasi dan panduan CKAPS. Adalah menjadi tanggungjawab
syarikat konsesi untuk mematuhi Perjanjian Konsesi.

Kelewatan penghantaran pemohonan pematuhan Akta 586 kepada CKAPS pada


16 Ogos 2019 adalah disebabkan oleh ada usaha di pihak KPT atas usul dari
Konsortium Hospital Pengajar Universiti untuk mendapatkan pengecualian dari
CKAPS. Pada bulan April 2018, perjumpaan diantara YB Menteri KPT dan YB Menteri

11- -76
11 76 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 76 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

KKM telah memutuskan untuk menubuhkan satu task force bagi melihat isu keperluan
hospital pengajar mematuhi Akta 586 dengan lebih terperinci.

UKM bersetuju untuk mematuhi Akta 586 dan telah menyediakan maklum balas
terhadap 216 penemuan CKAPS serta memohon syarikat konsesi menyediakan lukisan
arkitek dan kejuruteraan yang baharu.

Maklum balas KPT yang diterima pada 27 Julai 2020 dan 16 November 2020

Mesyuarat berhubung status hospital yang dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi
telah diadakan pada 22 Julai 2020 bersama YB Menteri KPT dan YB Menteri KKM,
mesyuarat bersetuju agar KPT memaklumkan secara rasmi berkaitan pandangan
rasmi AGC berhubung status hospital pengajar dalam konteks mematuhi Akta 586
dan permohonan pengecualian terhadap pematuhan Akta 586 untuk pertimbangan
oleh YB Menteri KKM selaras dengan Seksyen 103 (1) Akta 586.

Surat permohonan bagi mendapatkan pengecualian (different treatment) keperluan


CKAPS dan penguatkuasaan Akta 586 telah dikemukakan kepada YB Menteri KKM
pada 29 Julai 2020.

Pendapat Selaras dengan objektif penubuhan HPKK sebagai sebuah


Audit hospital pakar kanak-kanak, pusat latihan, penyelidikan serta
mempromosikan pelancongan kesihatan, pengiktirafan oleh
badan profesional dan antarabangsa adalah penting. Keperluan
mematuhi Akta 586 yang telah dipersetujui di peringkat awal
gagal disusuli oleh UKM di peringkat pelaksanaan. Akibatnya
keputusan berkaitan pematuhan Akta 586 masih belum
diputuskan dan memberi implikasi kepada aspek pemantauan
projek dan kelewatan penyiapannya.

5.2.4. Pembekalan Peralatan Perubatan

a. Klausa 16.2 Perjanjian Konsesi menyatakan syarikat konsesi perlu mengemukakan


Pematuhan Spesifikasi Teknikal [Technical Specification Adherence (TSA)]
peralatan perubatan kepada UKM tidak lewat daripada 30 bulan dari tarikh
perjanjian bagi membolehkan UKM memilih dan mengesahkan senarai akhir
peralatan perubatan. UKM perlu menandatangani pemilihan senarai akhir (sign
off) peralatan perubatan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh penyerahan
TSA oleh syarikat konsesi. Jika pihak UKM tidak memuktamadkan dalam tempoh
tersebut maka syarikat konsesi berhak untuk memilih spesifikasi peralatan
perubatan dan senarai tersebut dianggap sebagai sign off.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 77
77
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 77 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

b. Pengesahan spesifikasi peralatan perubatan disahkan dalam borang TSA oleh


pengguna (Wakil Kepakaran UKM) dan Pengerusi Jawatankuasa Projek HPKK.
Semakan Audit mendapati pengesahan spesifikasi bermula pada 26 Januari 2018
sehingga 11 November 2019.

c. Berdasarkan Apendiks B3, B5 dan B8 Perjanjian Konsesi, peralatan perubatan


yang perlu dibekalkan terdiri daripada Kumpulan I, III, IV dan V merangkumi
1,515 jenis item dengan 42,735 unit pada kos RM169.82 juta. Semakan Audit
terhadap senarai akhir peralatan perubatan yang dikemukakan pada bulan Ogos
2020 mendapati berlaku pertambahan 74 jenis item namun bilangan unit
peralatan berkurang daripada 42,735 unit kepada 38,672 unit. Kos keseluruhan
peralatan yang dibekalkan meningkat RM15.98 juta (9.4%) kepada RM185.80
juta. Walaupun terdapat peningkatan kos secara keseluruhan namun kuantiti
peralatan yang dibekalkan berkurangan berbanding Perjanjian Konsesi. Maklumat
terperinci seperti dalam Jadual 21.

JADUAL 21
PERBEZAAN BILANGAN DAN KOS PERALATAN PERUBATAN
PERJANJIAN KONSESI SENARAI AKHIR (OGOS 2020)

JUMLAH JUMLAH
KUMPULAN BUTIRAN JUMLAH JUMLAH
BILANGAN UNIT BILANGAN UNIT
KOS KOS
JENIS ITEM SETIAP JENIS ITEM SETIAP
(RM Juta) (RM Juta)
ITEM ITEM

Peralatan perubatan
melibatkan kerja
I 81 323 64.21 75 236 71.12
mekanikal dan
elektrikal.

Peralatan merangkumi
waste bin, loose
medical equipment,
III 993 17,970 87.50 996 16,639 91.14
loose non medical
equipment dan loose
furniture.

Instrumen dan barang


IV 426 24,404 12.92 502 21,759 18.36
pakai habis.

V Kenderaan. 15 38 5.19 16 38 5.18

JUMLAH 1,515 42,735 169.82 1,589 38,672 185.80

Sumber: Perjanjian Konsesi Apendiks B dan Senarai Akhir Bulan Jun 2020

d. Analisis Audit terhadap senarai akhir peralatan perubatan mendapati berlaku


perubahan terhadap 456 jenis item. Sebanyak 265 jenis item peralatan baharu
telah ditambah dan 191 item peralatan digugurkan menjadikan bilangan item jenis
peralatan yang dibekalkan adalah 1,589 seperti dalam Jadual 22.

11- -78
11 78 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 78 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

JADUAL 22
BILANGAN JENIS ITEM PERALATAN PERUBATAN
JENIS ITEM
KUMPULAN PERJANJIAN BILANGAN
TAMBAHAN GUGUR
KONSESI AKHIR
I 81 13 19 75

III 993 97 94 996

IV 426 154 78 502

V 15 1 0 16

JUMLAH 1,515 265 191 1,589


Sumber: Perjanjian Konsesi Apendiks B dan Senarai Akhir Bulan Jun 2020

e. Semakan Audit seterusnya mendapati, keputusan memuktamadkan senarai


peralatan dibuat melalui Mesyuarat Room Data Interactions (RDI) yang
dipengerusikan oleh wakil Badan Petugas Penubuhan HPKK, dihadiri oleh wakil
pegawai UKM dan syarikat konsesi. Bagi tahun 2016 hingga 2017 sebanyak 27
Mesyuarat RDI telah diadakan bagi memutuskan perubahan 24 jenis item
peralatan. Perubahan jenis item yang tidak dibincangkan dalam Mesyuarat RDI
diputuskan oleh pengguna akhir (end-user) semasa pengesahan TSA.
Bagaimanapun tiada dokumen pengesahan disediakan bagi 191 jenis peralatan
yang digugurkan.

f. Semakan Audit juga mendapati peralatan yang disenaraikan bercampur antara


peralatan perubatan, bukan perubatan, perabot, barang pakai habis dan
kenderaan. Analisis Audit terhadap senarai tersebut mendapati kos
sebenar peralatan perubatan adalah RM172.82 juta berbanding
kos keseluruhan RM185.80 juta. Bagaimanapun pengesahan
terhadap perubahan kos ini belum dimuktamadkan. Pecahan kos dan
kuantiti berdasarkan kepada kumpulan peralatan perubatan adalah seperti
Jadual 23.

JADUAL 23
MAKLUMAT KUMPULAN PERALATAN DAN KOS TERLIBAT
PERALATAN BUKAN PERALATAN
KENDERAAN JUMLAH
BIL. PERKARA PERUBATAN PERUBATAN
(RM Juta)
UNIT RM Juta UNIT RM Juta UNIT RM Juta

1. Kumpulan I 236 71.12 - - - - 71.12

2. Kumpulan III 11,933 89.10 4,706 2.04 - - 91.14

3. Kumpulan IV 9,194 12.60 12,565 5.76 - - 18.36

4. Kumpulan V - - - - 38 5.18 5.18

JUMLAH 21,363 172.82 17,271 7.79 38 5.18 185.80


Sumber: Senarai Akhir Bulan Jun 2020

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 79
79
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 79 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

g. Semakan Audit seterusnya mendapati lima (5) daripada 11 peralatan perubatan


yang dinyatakan jenama dalam dokumen RFP telah ditukar kepada jenama baharu
dan kuantiti baharu yang melibatkan perubahan kos sejumlah RM5.16 juta.
Butiran adalah seperti dalam Jadual 24.

JADUAL 24
SENARAI PERALATAN YANG DINYATAKAN JENAMA DAN KUANTITI
KOS ASAL
JUMLAH KOS
SEUNIT KUANTITI PERUBAHAN
(RM Juta)
BIL. NO. KOD PERALATAN (RM) (RM Juta)
ASAL BAHARU (c) = (a)-(b)
ASAL BAHARU ASAL BAHARU
(a) (b)
KEKAL JENAMA PERALATAN
Steriliser Water UV
1. 38,000 1 2 0.03 0.07 (0.04)
(HST-S701)
Digital Operating Room
2. System Integration High 775,000 5 5 3.88 3.88 -
End (HTR-M101)
Digital Operating Room
3. System Integration 700,000 4 4 2.80 2.80 -
Medium End (HTR-M102)
High End Operating
4. Theatre Telemedicine 257,530 1 1 0.26 0.26 -
System (HTR-M103)
Xenon Headlight System
5. 34,000 4 7 0.14 0.24 (0.10)
HTC-M107
Intraop Neuro Physiology
6. Monitoring System 440,000 1 1 0.44 0.44 -
HTE-M102
TUKAR JENAMA PERALATAN
Magnification Loupe For
1. 12,000 8 8 0.10 0.10 -
Hand (HTC-M119)
Ears, Nose and Throat-
Camera System Single
2. 154,000 3 2 0.46 0.31 0.15
Chip with Recording &
Printer (HET-M117)
Electrosurgical
3. 41,166 3 3 0.12 0.12 -
HTD-M102
Cavitron Ultrasonic
4. Surgical Aspirator 12,000 2 1 0.02 0.01 0.01
(HTE-M105)

Hybrid MRI 1.5T


14.4
5. Integrated Solution 9.35 juta 1 1 14.4 9.35 5.05
juta
HXR-M117

JUMLAH PERUBAHAN KOS 5.16


Sumber: Perjanjian Konsesi Senarai Akhir Peralatan Bulan Jun 2020

h. Setakat akhir bulan Jun 2020, tiada pengesahan terhadap senarai


akhir peralatan yang dimuktamadkan oleh syarikat konsesi bagi
memastikan semua jenis peralatan yang diperlukan telah
dibekalkan memandangkan terdapat pengurangan kuantiti
keseluruhan peralatan perubatan.

11- -80
11 80 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 80 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

Maklum balas UKM yang diterima pada 20 Julai 2020

Secara umumnya perubahan jenama bertujuan mengelakkan peralatan perubatan


menjurus kepada sesuatu jenama. Oleh demikian, peralatan perubatan yang
dinyatakan jenama dalam kontrak telah dipersetujui untuk dipinda kepada spesifikasi
umum. Ia merupakan langkah pro-aktif UKM supaya proses perolehan dibuat
mengikut peraturan perolehan yang telus dan berintegriti. Terdapat dua (2) pakej
peralatan perubatan yang ditentukan jenama iaitu pakej dewan bedah digital dan
dewan bedah hybrid dengan peralatan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Peralatan
ini melibatkan kos yang tinggi. Mesyuarat PMC pada 28 Julai 2017 bersetuju kedua-
dua pakej ini dibuat perolehan secara tender terbuka oleh syarikat konsesi.

Pada 16 Disember 2019 dan 13 Mei 2020, HPKK telah mengemukakan permohonan
kepada syarikat konsesi bagi mendapatkan perubahan harga peralatan perubatan dan
kos pembinaan. Pada 27 Mei 2020, syarikat konsesi telah mengemukakan maklumat
berhubung harga bagi peralatan perubatan terkini namun perbandingan dengan
harga asal tidak dapat dijalankan berikutan tiada harga terperinci dalam senarai Bill
of Quantity di dalam Perjanjian Konsesi. Bagaimanapun, UKM dalam proses untuk
menyemak semula perbezaan harga terbabit sebelum disahkan di PMC dan akan
dibincangkan di dalam Bengkel Penyediaan Perjanjian Tambahan bagi projek HPKK
yang akan diadakan kelak.

Maklum balas UKAS yang diterima pada 17 Julai 2020

Sebarang penetapan senarai peralatan perubatan yang dirunding adalah berdasarkan


keperluan Agensi Pengguna pada ketika itu dengan mengambil kira perubahan
semasa dan keperluan teknologi. Sebarang perubahan kepada jenama dan senarai
peralatan perubatan ianya akan dipinda dan diselaraskan di dalam Perjanjian
Tambahan bagi memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara.

Pendapat Ketiadaan pengesahan senarai akhir menyebabkan berlaku


Audit perbezaan kuantiti dan kos peralatan yang dibekalkan.
Pengesahan terhadap senarai akhir peralatan yang tidak
dilaksanakan boleh menyebabkan pembekalan peralatan
perubatan tidak memenuhi keperluan pengguna.

5.2.5. Total Hospital Information System (THIS)

5.2.5.1. Pembangunan THIS

a. Berdasarkan kepada Apendiks C Perjanjian Konsesi, Total Hospital Information


System (THIS) hendaklah disediakan dengan kos RM42 juta. Syarikat konsesi
perlu membekalkan peralatan ICT, memasang, menjalankan ujian dan
pentauliahan sistem, membaiki serta menyediakan alat ganti perkakasan

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 81
81
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 81 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

sistem. Perunding ICT yang dilantik perlu berdaftar dengan MoF dan Disaster
Recovery Centre perlu disediakan dalam jarak 30 km iaitu di Teknologi Park.
Skop kerja dan butiran skop ICT telah ditetapkan seperti dalam Jadual 25.

JADUAL 25
SKOP DAN BUTIRAN THIS
BIL. SKOP BUTIRAN SKOP
i. Interbuilding backbone
ii. Intrabuilding backbone (vertical dan horizontal)
1. Infrastruktur Rangkaian Kabel
iii. Horizontal Cabel
iv. Network Room
2. Active Network Equipment untuk sistem rangkaian
i. Servers
ii. Storage
iii. Computer dan Laptop
iv. Printers
v. Flatbed Scanner
vi. Info Kiosk
vii. Barcode Reader
3. Hardware
viii. MyKad Reader
ix. Video Conferencing Set (telepresence)
x. Uninterruptible Power Supply (UPS)
xi. Diagnostic X-Ray Viewer
xii. Computer on Wheels
xiii. Thin Client
xiv. Based Solutions
4. Software for Automation and Back-End Databased
5. Application for Business Operation Including Business Process Reengineering
6. Software Maintenance and Support Services
i. Training for Key User, Application, Network and System
ICT Training Centre/Computer
7. Administrator
Lab and Facilities
ii. Data Centre/Room Server
8. Operation, Maintenance and Support
9. Integration Work with existing ICT Facilities
10. External Telecommunication Lines
11. Disaster Recovery Centre
Sumber: Perjanjian Konsesi ICT

b. Klausa 16.3 Perjanjian Konsesi menyatakan syarikat konsesi perlu


menjalankan ujian penerimaan pengguna [User Acceptance Test (UAT)] tidak
lewat tiga (3) bulan dari tarikh siap projek. Apendiks D Perjanjian Konsesi pula
menyatakan, bagi menguruskan perkakasan, sistem operasi, rangkaian dan
aplikasi yang merangkumi proses keseluruhan sistem ICT, Service Level
Agreement (SLA) hendaklah dimuktamadkan. Bagaimanapun sehingga bulan
Jun 2020 ujian penerimaan belum dijalankan dan SLA masih belum disediakan.
Semakan lanjut Audit mendapati penempatan Disaster Recovery Centre telah
diubah dari Teknologi Park ke Klang Valley Core Data Centre.

c. Semakan Audit terhadap Laporan Kemajuan Kerja ICT bagi bulan Jun 2020
mendapati prestasi kerja ICT adalah 92.4% berbanding kemajuan dirancang
97.4%. Semakan terperinci Audit mendapati skop kerja bagi pembangunan
Pusat Data dan Rangkaian Infrastruktur ICT, Aplikasi THIS serta lain-lain
11- -82
11 82 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a h Hospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 82 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

aplikasi masih belum selesai. Status pelaksanaan adalah seperti dalam Jadual
26.

JADUAL 26
STATUS KEMAJUAN KERJA ICT SETAKAT BULAN JUN 2020
TARIKH TARIKH
BIL. SKOP KERJA MULA SEPATUT STATUS
KERJA SIAP

Belum Selesai
Pusat Data dan Rangkaian Pengujian dan pentauliahan bagi kerja
1. 11.05.2020 05.06.2020
Infrastruktur penyambungan di antara Pusat Data HPKK dan Data
Recovery Centre (DRC) sedang dijalankan.

Belum Selesai
Pengujian dan pentauliahan aplikasi, pengumpulan
2. Aplikasi THIS 01.03.2020 22.05.2020
data dan ujian muat naik data bagi aplikasi klinikal
sedang dijalankan.

Aplikasi Lain
Belum Selesai
[Sistem Pendaftaran, Sistem
3. 11.05.2020 30.06.2020 Penyemakan dan pengesahan spesifikasi teknikal
Pengurusan dan
sedang dijalankan.
Pentadbiran Aset (CMMS)]
Belum Mula
Rangkaian Perkakasan dan
4. 20.07.2020 14.08.2020 Pemasangan wireless network dan pemasangan
Peranti ICT
server di DRC sedang dijalankan.
Sumber: Laporan Kemajuan Kerja dan Jadual Pelaksanaan Kerja Bulan Jun 2020

5.2.5.2. Penyenggaraan Sistem ICT

a. Perkara 3.5.1 (a), Surat Arahan Pembida dalam dokumen RFP menyatakan
pembida yang berjaya perlu membangun dan menyenggara semua sistem ICT
HPKK. Semakan terhadap maklum balas NCR yang diterima pada 30 Januari
2012 mendapati syarikat konsesi menyatakan persetujuan untuk menjalankan
kerja penyenggaraan sistem ICT sepanjang tempoh konsesi. Nota Mesyuarat
Cadangan Pembangunan HPKK pada 22 Mac 2012 menyatakan laporan NCR
menjadi sebahagian terma dan syarat dalam Perjanjian Konsesi.

b. Semakan Audit mendapati tiada klausa perjanjian yang


memperuntukkan kerja penyenggaraan berjadual
dilaksanakan bagi sistem THIS selepas tamat tempoh
tanggungan kecacatan [Defect Liability Period (DLP)]. Semakan
Audit terhadap Apendiks D Perjanjian Konsesi menyatakan penyenggaraan
berjadual akan dijalankan dalam tempoh DLP. Apendiks E Perjanjian Konsesi
pula menyatakan kerja pembaikan sistem dijalankan berdasarkan kepada
aduan yang diterima daripada pengguna. Sekiranya tiada
penyenggaraan dilaksanakan, dikhuatiri sistem THIS gagal
beroperasi dengan baik dan menggangu kelancaran operasi
HPKK.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 83
83
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 83 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

Maklum balas UKM yang diterima pada 5 Jun 2020 dan 16 November 2020

Secara keseluruhannya status kerja ICT setakat Mac 2020 telah mencapai 81.1%.
Business Process Reengineering telah selesai dilaksanakan dan syarikat konsesi
sedang melakukan pengumpulan data bagi sistem THIS. Data Recovery Centre (DRC)
bagi HPKK terletak di Klang Valley Core Data Centre (KVCD). DRC ini telah
dianugerahkan Uptime Institute sebagai rekabentuk DRC Tier 3 dan memenuhi
piawaian Treat Vulnerability and Risk Assessment (TVRA), ISO 27001 dan Payment
Card Industry Data Security Standard (PCI-DSS). Kapasiti bandthwith di antara HPKK
dan DRC adalah 100Mbps. Kemajuan penyediaan DRC HPKK sehingga Mac 2020
adalah sebanyak 50%. Setakat akhir bulan Ogos 2020, skop kerja bagi pembangunan
Ringkasan Pekakasan dan Peranti ICT serta UAT telah selesai dilaksanakan.

Tempoh penyenggaraan sistem ICT ini menjadi pertikaian antara pihak UKM dan
syarikat konsesi. Namun, hasil semakan pihak UKM terhadap Perjanjian Konsesi,
dokumen RFP dan NCR mendapati penyenggaraan sistem ICT di bawah syarikat
konsesi. Penyenggaraan sistem ICT ini amatlah penting memandangkan ia
merupakan nadi utama bagi membolehkan HPKK beroperasi dengan lancar. Isu ini
masih dalam perbincangan antara UKM dan syarikat konsesi.

Pendapat THIS merupakan nadi dalam pengoperasian sistem hospital.


Audit Kelewatan menjalankan ujian penerimaan atau kegagalan
sistem THIS boleh menyebabkan pelbagai sistem, peralatan
dan perkakasan tidak dapat diintegrasikan untuk
membolehkan HPKK beroperasi dengan lancar. Ketiadaan
klausa berkaitan penyenggaraan sistem THIS tidak menjamin
kepentingan Kerajaan. Memandangkan keperluan
penyenggaraan telah dinyatakan dalam RFP dan NCR,
sewajarnya keseluruhan penyenggaraan sistem ICT yang
dibangunkan adalah di bawah tanggungjawab syarikat
konsesi.

5.2.5.3. Pembekalan Komputer Peribadi dan Komputer Riba/Tablet

a. Apendiks B6, Perjanjian Konsesi menyatakan, syarikat konsesi perlu


membekalkan 1,241 unit komputer peribadi dan 94 komputer riba/tablet.
Semakan terhadap Minit Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2019 yang diadakan
pada 18 Disember 2019 mendapati syarikat konsesi memaklumkan komputer
peribadi dan komputer riba/tablet telah dibekalkan dan diterima oleh syarikat
konsesi.

11- -84
11 84 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 84 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

b. Semakan Audit seterusnya mendapati setakat bulan Jun 2020, HPKK hanya
mempunyai 326 perjawatan. Berdasarkan kepada perjawatan
tersebut, dikhuatiri berlaku lebihan komputer peribadi dan
komputer riba/tablet yang tidak akan diguna pakai.

c. Semakan lanjut mendapati Laporan Kemajuan Kerja bulan Jun 2020


menyatakan pemasangan, pengujian dan kongfigurasi komputer peribadi
serta komputer riba/tablet telah selesai dijalankan pada bulan Mei 2020.
Bagaimanapun pemeriksaan Audit pada bulan Jun 2020
mendapati komputer peribadi dan komputer riba/tablet belum
dipasang dan masih disimpan di stor. Komputer peribadi dan
komputer riba/tablet yang belum dipasang adalah seperti Gambar 1 dan
Gambar 2.

GAMBAR 1 GAMBAR 2

Stor, Pejabat Syarikat Konsesi


- Komputer Peribadi dan Komputer Riba/Tablet Belum Dipasang
(16.06.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

d. Selain itu, Apendiks E1-E7, Perjanjian Konsesi menyatakan kos pusingan


penggantian bagi komputer peribadi/komputer riba yang ditetapkan setiap
lima (5) tahun. Penggantian tersebut melibatkan bayaran konsesi di bawah
MRF berjumlah RM6.69 juta setahun dan RM33.43 juta sepanjang tempoh
konsesi.

Maklum balas UKM yang diterima pada 5 Jun 2020 dan 16 November 2020

Jumlah pembahagian komputer berdasarkan keperluan pertambahan jawatan adalah


sebanyak 238 unit. Jumlah pembahagian komputer berdasarkan fungsi guna sama
adalah sebanyak 789 unit. Manakala perancangan pada masa akan datang adalah
sebanyak 220 unit. Ia akan ditempat di lokasi mengikut penambahan perjawatan
kelak.

Kuantiti komputer/komputer riba adalah mengambil kira jumlah keseluruhan


kakitangan HPKK apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Selain itu, ia juga untuk

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 85
85
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 85 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

kegunaan pensyarah, pegawai perubatan siswazah dan pelajar dari Fakulti Kesihatan
yang akan menjalankan perkhidmatan di HPKK.

Sehingga tahun 2020 jumlah perjawatan yang diperolehi HPKK adalah sebanyak 368
dan pada tahun 2021 HPKK telah menerima tambahan perakuan perjawatan sebanyak
391. Selain itu, HPKK akan mengambil kira kakitangan daripada Fakulti-fakulti di UKM
yang akan mengunasama ruang di HPKK bagi memberikan perkhidmatan dan
menjalankan pembelajaran. Setakat 16 November 2020, komputer peribadi telah
mula dipasang di lokasi manakala baki masih dalam proses pemasangan.

Pendapat Peranti komputer, komputer riba/tablet akan mengalami


Audit transformasi teknologi yang pantas dan cepat berevolusi
dalam jangka waktu yang pendek. Penyediaan komputer untuk
penggunaan masa hadapan adalah satu pembaziran
disebabkan oleh transformasi teknologi.

5.2.6. Pemantauan HPKK

a. HPKK merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah UKM. Pada


14 Oktober 2010, UKM telah menubuhkan Badan Petugas Penubuhan HPKK yang
bertanggungjawab menyediakan MBOR dan meneliti serta menilai cadangan
teknikal bagi projek HPKK pada peringkat awal.

b. Bagi memantau pelaksanaan projek HPKK, Mesyuarat Lembaga Pengarah


Universiti Bilangan 1 Tahun 2011 bertarikh 10 Februari 2011 telah meluluskan
penubuhan Pejabat Pengurusan Projek HPKK. Seterusnya, pada 11 Februari 2014,
UKM telah melantik Pengerusi bagi mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Projek
(JPP) HPKK yang berperanan memantau pembangunan HPKK dan membuat
persediaan bagi pelaksanaan semua aspek perkhidmatan dan perpindahan
sebelum HPKK mula beroperasi.

c. Pada 16 Jun 2016, UKM telah menubuhkan serta mempengerusikan Jawatankuasa


Pemantau Projek (PMC) untuk mentadbir dan memantau pelaksanaan projek
HPKK sepanjang tempoh konsesi. Penubuhan PMC selaras dengan Klausa 34
Perjanjian Konsesi. UKM dan syarikat konsesi perlu melantik PMC bagi memantau
keseluruhan prestasi projek dengan kekerapan mesyuarat empat (4) kali setahun.
Bagaimanapun, penubuhan PMC ini hanya dibuat selepas 763 hari daripada tarikh
perjanjian berkuat kuasa.

d. Mulai bulan November 2019, UKM telah melantik Pengarah HPKK yang akan
menjalankan tanggungjawab bagi pihak UKM dalam mentadbir pengoperasian
HPKK mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan UKM.

11- -86
11 86 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 86 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

e. Bagaimanapun setakat 31 Disember 2019 masih terdapat


empat (4) isu berbangkit yang belum selesai. Butiran lanjut seperti
dalam Jadual 27.

JADUAL 27
ISU BERBANGKIT BERKAITAN PROJEK HPKK DALAM MESYUARAT PMC
BIL. ISU BERBANGKIT TINDAKAN STATUS
Permohonan Lanjutan Masa
Permohonan Lanjutan Masa selama 14.4 bulan PMC bersetuju tarikh mula projek Fasa 2
atas sebab: kepada 25.10.2016 dan tarikh serahan projek
1. i. Kelewatan mendapatkan kelulusan pelan adalah pada 25.01.2020 disebabkan oleh
Belum
pembangunan dan pelan bangunan daripada kelewatan menerima kelulusan daripada PBT.
selesai
PBT; PMC mohon syarikat konsesi untuk
ii. Isu kerja lencongan jajaran longkang menyediakan Perjanjian Tambahan
monsoon drain (Mesyuarat PMC Bil.4/2019)
Senarai Peralatan dan Penyediaan Spesifikasi Peralatan
Interaksi dengan end-user telah Membentangkan perbandingan dan perubahan
disempurnakan pada 16.03.2017 dan terdapat senarai peralatan dan perubahan kerja
perubahan peralatan dan proses penyediaan termasuk implikasi kos yang terlibat. Senarai
2. spesifikasi peralatan sedang dimuktamadkan. perubahan peralatan akan dinyatakan dalam Belum
Dua (2) peralatan masih belum Bill of Quantity Perjanjian Tambahan untuk selesai
dimuktamadkan perakuan PMC
(Mesyuarat PMC Bil.2/2017) (Mesyuarat PMC Bil.4/2019)

Status Pematuhan Akta 586


Layout telah dikemaskini untuk memenuhi Penasihat Undang-Undang akan mengadakan
keperluan CKAPS. Penyediaan permohonan pertemuan bersama Bahagian Penafsiran, AGC
3. pelesenan bagi kelulusan Bahagian Amalan untuk mendapatkan pandangan serta
Belum
Perubatan, KKM sedang giat dijalankan penyelesaian berkaitan CKAPS sekali gus
selesai
membolehkan proses kelulusan Lesen
Pelindungan Radiasi diperoleh
(Mesyuarat PMC Bil.4/2019)
Pembinaan Link Bridge
 Mesyuarat telah dimaklumkan pada Syarikat konsesi telah menganggarkan
14.10.2016 sewaktu interaksi sesi ruang penjimatan RM1.50 juta dengan pembatalan
NICU, wakil NICU bersetuju sekiranya link link bridge tersebut serta mencadangkan
bridge dipinda berikutan tiada keperluan peruntukan berkenaan digunakan untuk
yang tinggi serta berkemungkinan akan menampung kos bagi kerja-kerja berikut;
mengakibatkan permasalahan keselamatan  signboard
(Mesyuarat PMC Bil 1/2016)  hiasan dalaman
4. Belum
 lab benches
 Mesyuarat telah memutuskan link bridge (Mesyuarat PMC Bil 1/2018) selesai
tidak perlu dibina dan kos penjimatan hasil
daripada pembatalan tersebut akan
dipindahkan kepada keperluan yang lebih
kritikal yang tiada dalam perjanjian
(Mesyuarat PMC Bil 1/2017)

Sumber: Minit Mesyuarat PMC

Maklum balas KPT yang diterima pada 27 Mei 2020 dan 16 November 2020

Fungsi dan penubuhan PMC jelas dibawah tanggungjawab UKM sebagaimana yang
dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi. KPT juga menegaskan agar UKM melaksanakan
tanggungjawab menjalankan tugas PMC. Kegagalan UKM dalam memastikan
mesyuarat PMC bersidang sebagaimana keperluan perjanjian telah mengakibatkan
pengurusan projek tidak dapat dipantau dengan berkesan. Sebarang isu berkaitan

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 87
87
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 87 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

pembangunan HPKK perlu dibincang di peringkat PMC selaras dengan peranan dan
fungsi penubuhan PMC.

Sebanyak tiga (3) surat teguran bertarikh 26 April 2016, 12 Mei 2016 dan 25 Mei 2016
telah dikeluarkan terhadap kelewatan UKM menubuhkan jawatankuasa PMC. Melalui
surat teguran KPT telah menggesa agar UKM melaksanakan tanggungjawab
mewujudkan mesyuarat PMC. Kegagalan pihak UKM dalam memastikan mesyuarat
PMC bersidang sebagaimana keperluan Perjanjian Konsesi telah mengakibatkan
pengurusan projek tidak dapat dipantau dengan berkesan.

KPT juga sedang meneliti dan mengkaji klausa-klausa Perjanjian Konsesi yang dilihat
tidak memihak kepada Kerajaan. Proses rundingan semula terma dan syarat-syarat
Perjanjian Konsesi akan dijalankan. Perjanjian Tambahan akan dilaksanakan dengan
persetujuan pihak berkaitan selepas joint inspection selesai dijalankan oleh UKM.

Pendapat Kelemahan pemantauan dan kelewatan memberi kelulusan


Audit mengenai perkara penting menjejaskan kelancaran projek dan
mengakibatkan tindakan lewat diambil.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan dapat dirumuskan bahawa


pembinaan HPKK telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana dan program
bagi menyokong pencapaian objektif projek. Bagaimanapun kelemahan perancangan dan
ketiadaan business model yang bersesuaian boleh menyebabkan HPKK sukar beroperasi
pada tahap optimum akibatnya sukar mencapai kelestarian kewangan. Selain itu,
kelemahan dalam tadbir urus projek seperti perubahan skop projek, pematuhan Akta 586,
pengesahan senarai peralatan perubatan serta pembangunan THIS menyebabkan
kelewatan dalam pelaksanaan keseluruhan projek. Penyediaan klausa Perjanjian Konsesi
berkaitan penyenggaraan seperti penetapan kadar caj BEMS dan FEMS serta ketiadaan
klausa penyenggaraan THIS juga kurang memihak kepada Kerajaan.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak
berulang dalam pelaksanaan projek pada masa akan datang, adalah disyorkan tindakan
penambahbaikan seperti berikut:

7.1. UKM hendaklah memastikan sebelum projek diterima semua skop pembinaan yang
ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi telah dilaksanakan oleh syarikat konsesi dan segala
pertikaian dan ketidakpatuhan dapat diselesaikan;

11- -88
11 88 Laporan
LaporanKetua
KetuaAudit Negara
Audit Tahun
Negara 2019
Tahun Siri 1Siri
2019 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
MPembangunan
e l a l u i K a e d a hHospital
I n i s i a t i fPakar
P e m bKanak-Kanak
i a y a a n S w a s tSecara
a Kerjasama Awam Swasta RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 88 02/12/2020 11:20 AM


RAHSIA CL_18.11.2020

7.2 UKM perlu menyediakan business model dan perancangan yang rapi bagi
memastikan HPKK dapat beroperasi secara optimum, efisien dan memberi manfaat kos
daripada pelaburan Kerajaan;

7.3. HPKK perlu menetapkan sasaran pesakit berbayar dengan kadar caj rawatan yang
berpatutan supaya HPKK boleh menjana pendapatan dan mengurangkan kebergantungan
kepada dana awam. Perkara ini adalah selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN) yang menetapkan Universiti Awam perlu menjana pendapatan bagi
mengurangkan kebergantungan kepada dana awam; dan

7.4. UKAS, KPT dan UKM perlu mengkaji klausa Perjanjian Konsesi khususnya bagi
projek PFI akan datang dengan mengambil kira penemuan Audit bagi memastikan
kepentingan Kerajaan terjamin.

Laporan
Laporan Ketua
Ketua Audit
Audit Negara
Negara Tahun
Tahun 2019Siri
2019 Siri11 11
11 -- 89
89
Pembangunan Hospital Pakar Kanak -Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak
M e l a l u i K a e dSecara
a h I n i s Kerjasama
i a t i f P e m b iAwam
a y a a n Swasta
Swasta
RAHSIA
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 89 02/12/2020 11:20 AM


11 - 90 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pembangunan Hospital Pakar Kanak-Kanak Secara Kerjasama Awam Swasta
melalui Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

6. Teks 10-11.indd 90 02/12/2020 11:20 AM


PENUTUP

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 1 02/12/2020 11:22 AM


7. PENUTUP & AKRONIM.indd 2 02/12/2020 11:22 AM
RAHSIA LKAN2019 Siri 1

PENUTUP

1. Pada umumnya, kementerian/jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan mempunyai


perancangan yang baik untuk melaksanakan program/aktiviti/projek. Namun demikian,
wujud keperluan untuk memastikan kajian awal dilakukan dengan terperinci bagi
menentukan skop projek serta mengenal pasti data dan sistem di peringkat awal
perancangan agar pengukuran pencapaian kelak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Daripada segi pelaksanaannya masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditangani
segera bagi memastikan sesuatu program/aktiviti/projek dilaksanakan dengan ekonomi,
cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan.

2. Berdasarkan pengauditan yang dijalankan, terdapat kelemahan dalam pelaksanaan


sesuatu aktiviti berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya adalah kerana kurang
pemantauan/penyeliaan oleh pihak berkenaan, kurang kepakaran teknikal dan
kebergantungan sepenuhnya kepada perunding/kontraktor. Selain itu, ketiadaan
penyelarasan antara agensi berkenaan serta masalah dalaman kontraktor turut
menyumbang kepada kelemahan pelaksanaan. Kelemahan ini menyebabkan
program/aktiviti/projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kualiti kerja tidak
memuaskan, kos meningkat dan Kerajaan tidak mendapat nilai faedah wang yang
dibelanjakan. Objektif pelaksanaan program/aktiviti/projek juga tidak dapat dicapai
sepenuhnya dan kurang memberi impak kepada kumpulan sasaran. Sehubungan ini,
adalah disyorkan perkara berikut:

a. kajian terperinci terhadap cadangan projek dijalankan terlebih dahulu sebelum ia


diluluskan. Bagi tujuan ini, selaras dengan Arahan Perbendaharaan 182.1,
kementerian/jabatan/agensi perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti
kedudukan status tapak projek, ringkasan projek, siling projek, peruntukan
tahunan dan jadual pelaksanaan projek kepada jabatan teknikal. Langkah ini perlu
untuk memastikan semua projek dilaksanakan mengikut jadual dan Kerajaan
mendapat nilai faedah wang yang dibelanjakan;

b. perancangan bersepadu dan penyelarasan antara kementerian/jabatan/agensi


terlibat perlu dilakukan terutama bagi projek yang besar dan aktiviti yang
melibatkan pelbagai kepentingan stakeholder. Oleh itu, setiap projek utama
Kerajaan perlu diselaraskan supaya pelaksanaannya adalah efektif dan
menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan negara;

c. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu mahir dalam prosedur perolehan dan


memberi latihan secukupnya kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam
pengurusan perolehan. Langkah ini penting untuk mengelakkan salah laku,
Laporan KetuaKetua
Laporan AuditAudit
Negara Tahun
Negara 2019
Tahun Siri
2019 11
Siri B -B1- 1
Penutup
Penutup RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 1 02/12/2020 11:22 AM


RAHSIA LKAN2019 Siri 1

ketirisan dan memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara serta Kerajaan


mendapat nilai faedah terbaik bagi setiap perolehan;

d. penguatkuasaan dan pemantauan hendaklah dipertingkatkan untuk memastikan


program/aktiviti/projek dapat dilaksanakan mengikut jadual serta mematuhi
syarat dan spesifikasi kontrak atau Standard Operating Procedure (SOP) yang
ditetapkan. Langkah ini akan mengelakkan pembaziran dan kegagalan mencapai
impak yang diharapkan daripada pelaksanaan program/aktiviti/projek;

e. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu mempertingkatkan pengurusan aset


Kerajaan untuk mengelakkan pembaziran dan memandang serius tugas
penyenggaraan, pemantauan dan penyeliaan. Rekod mengenai aset perlu
sentiasa dikemas kini sebagai persiapan Kerajaan Persekutuan ke arah
pelaksanaan perakaunan akruan;

f. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu menetapkan kriteria dan mekanisme


penilaian outcome semasa di peringkat perancangan untuk setiap
program/aktiviti/projek. Selain itu, setiap kriteria tersebut hendaklah dinilai dan
dipantau secara berterusan supaya objektif program/aktiviti/projek dapat dicapai
sepenuhnya;

g. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan sewajarnya


dengan tegas dan segera sekiranya wujud risiko unsur penyelewengan,
pembaziran dan pemborosan yang dikesan melalui mekanisme pemantauan agar
amalan tadbir urus yang baik dalam pengurusan projek wujud setiap masa; dan

h. sebagai bukti komitmen yang tinggi, Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah


mengambil tindakan segera terhadap teguran Ketua Audit Negara. Laporan
tindakan dan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dikemukakan kepada
Bahagian Susulan Audit, Jabatan Audit Negara bagi membolehkan segala status
tindakan dikemaskinikan ke dalam Auditor General’s Dashboard di
http://agdashboard.audit.gov.my.

3. Pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) adalah berdasarkan
kepada sampel dan skop tertentu sahaja. Sehubungan itu, Ketua Setiausaha
Kementerian/Ketua Jabatan yang berkenaan perlu menjalankan pemantauan rapi dan
pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan sama ada program/aktiviti/projek
lain juga mempunyai kelemahan yang sama. Jika terdapat kelemahan yang serupa
tindakan pembetulan dan penambahbaikan juga perlu diambil. Di samping itu, selain
daripada menjalankan penilaian terhadap sistem kawalan dalaman, Unit Audit Dalam
perlu juga diminta untuk menjalankan pengauditan prestasi terhadap pengurusan

B - 2B - 2 Laporan
Laporan Ketua Audit Negara
Ketua Audit NegaraTahun
Tahun 2019
2019 SiriSiri
1 1
Penutup
Penutup RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 2 02/12/2020 11:22 AM


RAHSIA LKAN2019 Siri 1

program/aktiviti/projek. Tujuannya adalah untuk menentukan sejauh mana


program/aktiviti/projek telah dilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.

4. Oleh itu, saya berharap Laporan ini dapat dijadikan asas untuk memperbaiki segala
kelemahan, memantapkan lagi usaha penambahbaikan serta meningkatkan akauntabiliti
dan integriti Sektor Awam di Malaysia. Laporan ini juga penting dalam usaha Kerajaan
untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan awam serta
mewujudkan budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti.

Ketua Audit Negara


Malaysia

Putrajaya
20 November 2020

Laporan KetuaKetua
Laporan AuditAudit
Negara Tahun
Negara 2019
Tahun Siri
2019 11
Siri B -B3- 3
Penutup
Penutup RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 3 02/12/2020 11:22 AM


B-4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Penutup

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 4 02/12/2020 11:22 AM


AKRONIM

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 5 02/12/2020 11:22 AM


7. PENUTUP & AKRONIM.indd 6 02/12/2020 11:22 AM
RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

AKRONIM BIP
Bahagian Industri
Pertahanan
Business Licensing Electronic
BLESS
Support System
A
Build-Lease-Maintain-
A&E Accident and Emergency BLMT
Transfer
AAR Air-to-Air Refueling BOR Bed Occupancy Rate

ABT Akaun Belum Terima BPA Biro Pengaduan Awam

AC Availability Charges Bahagian Penguatkuasaan


BPHP
dan Hasil Persekutuan
Akaun Perkhidmatan Operasi
AFAS Bahagian Pembangunan dan
Fasiliti BPKP
Kawalan Pelesenan
AFSB Alam Flora Sdn. Bhd.
Bahagian Penyelarasan
AGC Jabatan Peguam Negara BPPBPP Penyertaan Bumiputera
Pulau Pinang
AHU Air Handling Unit
BPR Bed Population Ratio
Akta Lembaga Kemajuan
Akta 49 BUU Bahagian Undang-Undang
Ikan Malaysia 1971
Akta Kualiti Alam Sekeliling BQ Bill of Quantities
Akta 127
1974
Akta Perancangan Bandar C
Akta 172
dan Desa 1976 Kontrak Perolehan Pindaan
CA1
Akta Perkhidmatan Bomba Pertama
Akta 341
1988
CAPEX Capital Expenditure
Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan CB Commitment Book
Akta 349
(Pemerbadanan) 1957
Cukai Barang dan
(disemak 1988) CBP
Perkhidmatan
Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Akta 672 dan Pembersihan Awam CBR Customer Balance Report
2007 Cost Control/Change
CCC (m/s 5-3)
ALP Ahli Lembaga Pengarah Committee
Certificate of Completion
AMP Assisted Maintenance Period CCC (m/s 9-8)
and Compliance
AMS Asset Management Service Construction Commencement
CCD
Date
API Aktiviti Penilaian Inspektorat
CCTV Closed Circuit Television
ARP Aircraft Reference Price
CDR Critical Design Review
Agensi Remote Sensing
ARSM Continuous Emission
Malaysia CEMS
Monitoring System
ASR Air Staff Requirement
CKP Cawangan Kerja Pendidikan
ATM Angkatan Tentera Malaysia
CLS Cleansing Services
B CM Catalogue Management
Biomedical Engineering
BEMS CM Contract Management
Maintenance Services
Bahagian Harta Tanah Certificate of Making Good
BHTP CMGD
Persekutuan Defect

C -C1- 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 1 02/12/2020 11:22 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

Computerised Maintenance Dasar Sains, Teknologi,


CMMS DSTIN
Management System Inovasi dan Negara
Contract Management DTL Daerah Timur Laut
CMR
Review
CNC Certificate of Non-Completion E
Emergency Care Research
CO Corbon Monoxide ECRI
Institute
COA Certificate of Acceptance Emergency and Trauma
ED
Department
CoAC Certificate of Acceptance
Electronic Government
eGPA
CoC Condition of Contract Procurement Application

CONOPS Concept of Operations EH Energy Harvester

Certificate of Practical Environmental Impact


CPC EIA
Completion Assessment

Corporate Performance and EIU Electrical Inspectorate Unit


CPGR
Government Relations
Equity Internal Rate of
EIRR
Cawangan Penguatkuasaan Return
CPPP
Pasar/Pusat Penjaja
Environmental Management
EMP
Cawangan Penguatkuasaan Plan
CPZ
Zon
Environment Management
EMR
Central Sterile Services Report
CSSD
Department
EOT Extension of Time
CT Component Test
eP ePerolehan
CV Curriculum Vitae
Sistem ePihak Berkuasa
ePBT
D Tempatan

EPR End of Project Report


DB Distribution Board
ePerolehan Working
DBD Daerah Barat Daya ePWC
Committee
Dewan Bandaraya Kuala Jawatankuasa Pemandu
DBKL ePSC
Lumpur ePerolehan
DCA Jabatan Penerbangan Awam EPU Unit Perancang Ekonomi

DED Docking for Essential Defects ERM Executive Reporting Meeting


Detailed Environmental Pelan Kawalan Hakisan dan
DEIA ESCP
Impact Assessment Endapan
Directorate General Technical Sistem Perancangan dan
DGTA
Airworthiness eSPKB Kawalan Belanjawan
Elektronik
DLM Depot Level Maintenance
EU European Union
DLP Defect Liability Period
EXCO Jawatankuasa Eksekutif
Dasar Pengurusan Sisa
DPSPN 2016 Pepejal Negara (Pindaan)
2016 F
Fixed Asset Management
Dr. Doktor FAMS
System
DRC Data Recovery Centre FAT Final Acceptance Test
Deep Reinforcement Facilities Condition
DRL FCA
Learning Assessment

C - 2C - 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 2 02/12/2020 11:22 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

FCU Fan Coil Unit Intelligent Community


iComm
Infrastructure
Facility Engineering
FEMS Industrial Collaboration
Maintenance Services ICP
Programme
FL Fulfilment
Unit Penyelarasan
ICU
FMC Full Mission Capable Pelaksanaan
Information and
Fakulti Perubatan dan Sains ICT
FPSK Communication Technology
Kesihatan
ID Idenfication Number
FT Functional Test
Pusat Pembangunan
G IDEC
Maklumat dan Komunikasi

GDA Gross Department Area IDMS Sistem Pengurusan ID

GFA Gross Floor Area Integrated Government


iGFMAS Financial Management
Government Furnished Accounting System
GFE
Equipment
IIUM Medical Specialist
IMSC
Bahagian Syarikat Pelaburan Centre
GIC ]
Kerajaan
IKRAM Pertubuhan IKRAM Malaysia
Geographic Information
GIS
System IKS Industri Kecil dan Sederhana
GSS Ground Support System Intermediate Level
ILM
Maintenance
GST Goods and Services Tax
ILS Integrated Logistic Support
Government Public Key
GPKI
Infrastructure IOC Initial Operating Clearance

H IoT Internet of Things


Humanitarian Aids and IP Intellectual Property
HADR
Disaster Relief
IPC Interim Payment Certificate
Hospital Canselor Tuanku
HCTM
Mukhriz IPG Institut Pendididikan Guru
HDPE High Density Polyethylene Insitut Perubatan
IPP
Penerbangan
HPKK Hospital Pakar Kanak-Kanak
IPR Intellectual Property Rights
HKL Hospital Kuala Lumpur
Institut Pengajian Tinggi
HPU Hospital Pengajar Universiti IPTA
Awam
Hospital Pengajar Universiti Institusi Pendidikan Tinggi
HPUPM IPTS
Putra Malaysia Swasta

HTP Harta Tanah Persekutuan IRR Internal Rate of Return

Hospital Universiti Sains Information Security


HUSM ISMS
Malaysia Management System
Health Waste Management Integrated Sistem
HWMS
Services iSPAAA Pemantauan Aduan Agensi
Awam
I
ISS In Service Support
IAD Internal Audit Department
J
IC Integrated Circuit
JAN Jabatan Audit Negara

C -C3- 3
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 3 02/12/2020 11:22 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

Jabatan Akauntan Negara JPN Jabatan Pendaftaran Negara


JANM
Malaysia
Jawatankuasa Pemandu
JAS Jabatan Alam Sekitar JPP
Projek
Joint Commission Jabatan Penilaian dan
JCI JPPH
International Perkhidmatan Harta
JI Joint Inspection Jawatankuasa Perancang
JPPN
Pembangunan Negara
JIM Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Pelesenan dan
JPPP
Jawatankuasa Kerjasama Pembangunan Penjaja
JKAS (m/s 3-17)
Awam Swasta Jabatan Pembangunan
JPPS
Jabatan Kesihatan dan Alam Persekutuan Sabah
JKAS (m/s 7-23)
Sekitar
JPS Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Kastam Diraja
JKDM Jabatan Pengurusan Sisa
Malaysia JPSPN
Pepejal Negara
Jabatan Kejuruteraan
JKME Jawatankuasa Penilaian
Mekanikal dan Elektrikal JPTK
Teknikal dan Kewangan
Jabatan Kejuruteraan Awam
JKPB Jawatankuasa Spesifikasi
dan Pengangkutan Bandar JSU
Udara
Jawatankuasa Pelaburan
JKPDA Jawatankuasa Tindakan
Dana Awam JTPK
Pembangunan Kementerian
Jawatankuasa Kerja Penilaian
JKPO JTS Jabatan Tanah dan Survei
Outcome
Jawatankuasa Kecil Penilaian JTU Jabatan Tanah dan Ukur
JKPT
Teknikal
Jabatan Ukur dan Pemetaan
Jabatan Ketua Pengarah JUPEM
Malaysia
JKPTG Tanah dan Galian
Persekutuan JUTRA Bahagian Kejuruteraan TLDM

JKR Jabatan Kerja Raya


K
JKSH Jawatankuasa Sebut Harga
KAS Kawalan Aset dan Stok
Jabatan Mineral dan Kementerian Air, Tanah dan
JMG KATS
Geosains Malaysia
Sumber Asli
JLH Juta Liter Sehari KBS Kementerian Belia dan Sukan
Jabatan Perancangan
JPEP KDN Kementerian Dalam Negeri
Ekonomi dan Pembangunan

JPA Jabatan Perkhidmatan Awam KIU Kementerian Industri Utama

Jabatan Perlindungan Alam Kementerian/Jabatan


JPAS KJP
Sekitar Pengguna
Kementerian Kesihatan
JPK Jabatan Penguatkuasaan KKM
Malaysia
Jawatankuasa Pembangunan Kementerian Komunikasi dan
JPK
Keupayaan KKMM
Multi Media
JPM Jabatan Perdana Menteri KKR Kementerian Kerja Raya
Jawatankuasa Perolehan
JPMKI Kuala Lumpur International
Menteri Kewangan I KLIA
Airport
Jawatankuasa Perolehan
JPMKII KLN Kementerian Luar Negeri
Menteri Kewangan II

JPN Jabatan Pendidikan Negeri KMAM Kawalan Mutu Air Minum

C - 4C - 4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 4 02/12/2020 11:23 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

Kementerian Perdagangan LPBS Lebuhraya Pan Borneo Sabah


KPDNHEP Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna LPK Laporan Prestasi Kontraktor

KPI Key Performance Indicators LRA Loji Rawatan Air


Kementerian Pembangunan Laporan Pengurusan
KPI LPM
Insfrastruktur Maklumat
Kementerian Perumahan dan Lembaga Sungai-Sungai
KPKT LSS
Kerajaan Tempatan Sarawak
Kementerian Pembangunan LTP Leachate Treatment Plant
KPLB
Luar Bandar

KPM
Kementerian Pelajaran M
Malaysia
m2 Meter Persegi
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
M&E Mekanikal dan Elektrikal
Kementerian Pembangunan
KPWKM Wanita, Keluarga dan Kementerian Pertanian dan
MAFI
Masyarakat Industri Makanan

KSM Kementerian Sumber Manusia Unit Pemodenan Tadbiran dan


MAMPU Perancangan Pengurusan
KSN Ketua Setiausaha Negara Malaysia

Ketua Setiausaha MBAS Majlis Bandaraya Alor Setar


KSP
Perbendaharaan
MBOR Medical Brief of Requirement
KSU Ketua Setiausaha
MC (m/s 3-7) Maintenance Charges
KTN Kanun Tanah Negara
MC (m/s 11-57) Maintenance Service Charges
KVCD Klang Valley Core Data Centre
MDA Medical Device Authority
Kementerian Wilayah
KWP
Persekutuan Kementerian Hal Ehwal
MEA
Ekonomi
Kumpulan Wang Pengurusan
KWPSPPA Sisa Pepejal dan Pembersihan MEB Main Earthing Bar
Awam
Kementerian Pembangunan
MED
L Usahawan

Liquidated and Ascertained Kementerian Tenaga, Sains,


LAD MESTECC Teknologi, Alam Sekitar dan
Damages
Perubahan Iklim
LAP Land Acquisition Plan
Malaysia Healthcare Travel
MHTC
LD Liquidated Damages Council
Malaysian Institute
LFA Logical Framework Approach MIAT
of Aviation Technology
LFM Logical Frameworks Matrix MiGates MIMOS Innovation Gates

LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysian Institute of


MIMOS
Microelectronic Systems
Lembaga Kemajuan Ikan
LKIM
Malaysia MinDef Kementerian Pertahanan

LLS Linen and Laundry Services MIP Master Implementation Plan


LOA Letter of Acceptance Kementerian Perdagangan
MITI
Antarabangsa dan Industri
LOI Letter of Intention
MJM Memorandum Jemaah Menteri
LOS Level of Service

C -C5- 5
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 5 02/12/2020 11:23 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

Menteri Kewangan MIMOS Technology Solutions


MKD MTSSB
Diperbadankan Sdn. Bhd.
Mobile Leachate Treatment MTU Markas Tentera Udara
MLTP
Plant
Portal Perbadanan Harta
MoA (m/s 9-3) Memorandum of Agreement MyIPO
Intelek

MoA (m/s 3-5)


Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani
N
National Air Defence
MoF Kementerian Kewangan NADOC
Operational Centre
Modul PM Modul Pengurusan Profil NBO National Budget Office
MOR Memorandum of Resumption NCR (m/s 11-62) Non-Compliance Report
Kementerian Sains, Teknologi NCR (m/s 5-62) Non-Conformance Report
MOSTI
dan Inovasi
National Drinking Water
Markas Pemerintahan
MPBU NDWQSP Quality Surveillance
Bantuan Udara
Programme
Malaysian Private Entities
MPERS NextGen eP Sistem ePerolehan Baharu
Reporting Standard
MPK Manual Prosedur Kerja NICU Neonatal Intensive Care Unit

MoH Ministry of Health NMC Non-Mission Capable

Markas Pemerintahan Operasi Non-Ops Non-Operational


MPOU
Udara
Lembaga Sumber Asli dan
Magnetic Ranging and NREB
MRDF Alam Sekitar
Deperming Facilities
NTQ Notis Pengosongan
MRF Maintenance Reserve Fund
Semi Mobile Magnetic Range O
MRF
Facility
O&G Obstetrics and Gynaecology
MRI Magnetic Resonance Imaging
OA Operational Availability
MS Master Sains
OAD Operation Available Day
MSB Main Switch Board
Original Equipment
OEM
MSI MOSTI Social Innovation Manufacturer
OKS Orang Kena Saman
MSR Maintenance Service Report
Organisational Level
Medical Society Quality in OLM
MSQH Maintenance
Health
MIMOS Semiconductor (M) OOS Outsourcing of Services
MSSB
Sdn. Bhd.
OP Program Offset
MyCoID Malaysia Corporate Identity
Ops Tegas Operasi Tegas
Sistem Pengurusan Tanah
MyeTaPP Persekutuan dan OPEX Operating Expenditure
Pembahagian Pusaka
ORT Operational Readiness Test
Sistem Maklumat Bersepadu
MyGPIS
Perolehan Kerajaan OT Operation Theatre
MYSA Agensi Angkasa Malaysia
P
mt Metric Tonne 1PP 1Pekeliling Perbendaharaan
MTN Majlis Tindakan Negara P2 Fasa 2

C - 6C - 6 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 6 02/12/2020 11:23 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

Peruntukan Pembangunan PPP Public Private Partnership


P27
KKR
Pelan Pembangunan
PAM Pengurusan Aset Awam PPPM
Pendidikan Malaysia

PBT Pihak Berkuasa Tempatan PPT Pengambilan Tanah

Payment Card Industry Data Pusat Perubatan Universiti


PCI-DSS PPUM
Security Standard Malaya

PCR Programme Closure Report Pekeliling Pesuruhjaya Tanah


PPTP
Persekutuan
PD Pengarah Projek
PSC Public Sector Comparator
PDA Preliminary Detailed Abstract
Pelan Strategik Pengajian
PSPTN
PDI Pre-Delivery Inspection Tinggi Negara

PTG Pejabat Tanah dan Galian


PDP Project Delivery Partner
Project Delivery Partner PTJ Pusat Tanggungjawab
PDPA
Agreement
PTU Panglima Tentera Udara
Project Delivery Partner
PDPR PU Pangkalan Udara
Representative
PDRM Polis Diraja Malaysia Public Work Department
PWD Form DB
Form Design and Build
PFI Private Finance Initiative
PY (m/s 2-27) Supplier Payment
PhD Doktor Falsafah
Q
PHK Pelarasan Harga Kontrak
QAP Quality Assurance Program
Penguatkuasa dan Hasil
PHP
Persekutuan QT Quotation and Tender
PICU Pediatric Intensive Care Unit
R
PKP Perintah Kawalan Pergerakan
R1 Release 1
PM Profile Management
R2 Release 2
PM Perdana Menteri
R3 Release 3
PMC Partial Mission Capable
R4 Release 4
Project Monitoring
PMC R5 Release 5
Committee
PoC Proof of Concept R6 Release 6

Performance Operation R7 Release 7


POMS
Monitoring System
R8 Release 8
PP Procurement Plan
R&D Research and Development
Penyata Perbelanjaan
PPB
Bulanan RAD Rejimen Artileri Diraja
PPD Pejabat Pendidikan Daerah Regional Air Defence
RADOC
Operational Centre
PPK Pegawai Projek Kerajaan
RDI Room Data Interaction
Pelabuhan Perikanan LKIM
PPLTB
Tanjung Bako Regional Emergency Stroke
RESQ
Quick
Planned Preventive
PPM
Maintenance RFP Request for Proposal

C -C7- 7
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 7 02/12/2020 11:23 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

Rumah Keluarga Angkatan Sekolah Menengah


RKAT SMK
Tentera Kebangsaan

RMKe-8 Rancangan Malaysia Kelapan SOA (m/s 8-31) Supplementary of Agreement


Rancangan Malaysia SOA (m/s 11-8) Schedule of Accommodation
RMKe-9
Kesembilan
SOA (m/s 11-64) Schedule of Area
Rancangan Malaysia
RMKe-10
Kesepuluh Standard Operating
SOC
Rancangan Malaysia Clearance
RMKe-11
Kesebelas Standard Operating
SOP
Rancangan Makanan Procedure
RMT
Tambahan SPC State Planning Committee
RO Reverse Osmosis Sistem Penguatkuasaan
SPJ
Jabatan
ROI Return on Investment
Supplier’s Public Key
RP4 Rolling Plan Keempat SPKI
Infrastructure
RTVM Road Traffic Volume Malaysia SPPII Sistem Pemantauan Projek II

RWDP Rain Water Down Pipe Sistem Penguatkuasaan


SP2U
Undang-Undang
S Suruhanjaya Pencegahan
SPRM
Rasuah Malaysia
SA Supplemental Agreement
SPT Seberang Perai Tengah
SAB System Acceptance Board
Sistem Pengurusan Tanah
SPTB
System Application and Bersepadu
SAP
Product in Data Processing
SPU Seberang Perai Utara
SBR Sequential Batching Reactor
SPV Special Purpose Vehicle
Setiausaha Bahagian
SBPK SSB Sub Switchboard
Perolehan Kerajaan

SC Sourcing Suruhanjaya Syarikat


SSM
Malaysia
Sektor Sistem Perolehan dan
Sektor S SSO Single Sign On
Pendaftaran

SF Science Fund SST Surat Setuju Terima

SFCU Staff Flight Conversion Unit STI Sains, Teknologi dan Inovasi

SIR System Investigation Report Science and Technology


STRIDE Research Institute for
SIT System Integration Test Defence

SK Sekolah Kebangsaan STS Surat Tunjuk Sebab

SKN Setiausaha Kerajaan Negeri SUK Setiausaha Kerajaan Negeri

Perbadanan Pengurusan Sisa


SLA Service Level Agreement
SWCorp Pepejal dan Pembersihan
SM Supplier Management Awam

SYABAS Syarikat Bekalan Air Selangor


SMB Sub Main Board

SME Small and Medium Enterprise T


Smart Manufacturing T&C Testing and Commissioning
SMISP
Intelligent Service Platform
TA Technical Availability

C-8
C-8
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
AAkronim
kronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 8 02/12/2020 11:23 AM


RAHSIA LKAN2019 SIRI 1

Technical Brief of Unit Perancang Ekonomi


TBOR UPEN
Requirement Negeri

TC Tender Commitee UPM Universiti Putra Malaysia

TDM Tentera Darat Malaysia UPS Uninterruptible Power Supply

Tender Evaluation and UUK Undang-undang Kecil


TERC
Recommendation Committee
UWET Underwater Escape Training
Total Hospital Information
THIS
System
V
TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia
VA Value Assessment
TNB Tenaga Nasional Berhad
VE Value Engineering
ToT Transfer of Technology
VO Variation Order
Tapak Pelupusan Tidak
TP VM Value Management
Sanitari

TPL Template VM Lab Value Management Lab

TPPR Tim Pengurusan Projek Refit VSD Variable Speed Drive

TPS Tapak Pelupusan Sanitari W


Technical Specification
TSA WHO World Health Organization
Adherence
TU Technical Unavailability WO Work Order

TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia WP Wilayah Persekutuan

Threat, Vulnerability and Risk WP Work Package


TVRA
Assessment
WPC Work Package Contractor
U Wilayah Persekutuan Kuala
WPKL
Lumpur
UA Universiti Awam
WSN Wireless Sensor Network
UAT User Acceptance Test

UiTM Universiti Teknologi MARA Y


Universiti Islam Antarabangsa YAB Yang Amat Berhormat
UIAM
Malaysia
YB Yang Berhormat
UKAS Unit Kerjasama Awam Swasta
YBM Yang Berhormat Menteri
Universiti Kebangsaan
UKM Yang Berhormat Menteri
Malaysia YBMK II
Kewangan II
UM Universiti Malaya

Universal Medical Device


UMDNS
Nomenclature System
UMS Universiti Malaysia Sabah

United Nations High


UNHCR
Commission for Refugees

UNISZA Universiti Sultan Zainal Abidin

United Nations Standard


UNSPSC
Products and Services Code
UPE Unit Perancang Ekonomi

C -C9- 9
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
Akronim RAHSIA

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 9 02/12/2020 11:23 AM


DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
KUALA LUMPUR, 2020
www.printnasional.com.my
email: cservice@printnasional.com.my
Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773
Dibentang di Dewan Rakyat : 10 Disember 2020

7. PENUTUP & AKRONIM.indd 10 02/12/2020 11:23 AM


KETUA AUDIT NEGARA
LAPORAN 2019
SIRI 1 DAN BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
2019 SIRI 1
www.audit.gov.my

AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
ARAS 1-9, BLOK F2 & F3, KOMPLEKS F
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62000 PUTRAJAYA

JABATAN AUDIT NEGARA


MALAYSIA

COVER PERSEKUTUAN NEW 1.indd 1 02/12/2020 9:55 AM

You might also like