You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN

=================================================================
=

GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 2 (15%)

a) Lima sintesis literatur tentang kajian lepas yang berkaitan dengan kajian anda
b) Penulisan rumusan sintesis literatur berkenaan
c) Kerangka konseptual kajian
d) Senarai rujukan mengikut gaya UKM

=================================================================
=
Disediakan oleh:
ROSNITA BINTI ABDULLAH (P92557)
=================================================================
=
PENSYARAH:
DR. AZLIN NORHAINI BINTI MANSOR
DR. EFFENDI @ EWAN BIN MOHD MATORE
=================================================================
=
a) SYNTHESIS MATRIX

Tajuk Artikel Isu / Objektif Metodologi


(Penulis & Tahun) Teori/Kerangka Konsep/IV &DV Main findings/ Suggestion/Future Research

Artikel 1 ISU METODOLOGI


• Semua model dan teori kepimpinan pengajaran • Reka bentuk kajian tinjauan secara rentasan
Model Kepemimpinan yang diguna pakai adalah yang dibina oleh • Menggunakan kaedah kuantitatif
Pengajaran Pengetua penyelidik-penyelidik luar, khususnya persekitaran • Populasi kajian: guru-guru di sekolah menengah harian
Dan Kompetensi Amerika Syarikat dan negara Eropah yang lain. biasa di Terengganu
Pengajaran Guru • Belum ada model atau teori yang khusus untuk • Sampel Kajian:
menggambarkan set tingkah laku kepimpinan o 481 guru menggunakan teknik persampelan rawak
Mohd Yusri Ibrahim & pengajaran yang lebih sesuai dan mesra dengan berstrata (186 guru lelaki dan 295 guru perempuan)
Aziz Amin (2014) persekitaran pendidikan di Malaysia. o Menentukan bilangan sampel dengan merujuk jadual
penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970)
• Instrumen kajian:
OBJEKTIF o Principal Instructional Rating Scale (PIMRS)
Membangunkan model kesan kepimpinan pengajaran (Hallinger & Murphy, 1987) yang diubahsuai oleh
pengetua terhadap kompetensi pengajaran guru Mohd Yusri dan Wan Abd Aziz
o Kompetensi pengajaran guru diukur menggunakan
soal selidik yang diubahsuai daripada dokumen
TEORI Standard Guru Malaysia (SGM).
Menggunakan teori kepimpinan pengajaran yang dibina
oleh Hallinger dan Murphy (1985,1987) dengan sedikit
pengubahsuaian oleh Mohd Yusri dan Wan Abd Aziz
(2011)

DAPATAN KAJIAN
KERANGKA KONSEP • Berjaya membangunkan model kesan kepimpinan
pengetua terhadap kompetensi pengajaran guru.
• Dapat mengesahkan teori kepimpinan pengajaran oleh
Hallinger dan Murphy (1987) yang mencadangkan
bahawa kepimpinan pengajaran pengetua terdiri daripada
tiga dimensi utama iaitu mendefinisikan matlamat
sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran serta
memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran.
• Dapat mengesahkan tiga dimensi kompetensi pengajaran
guru yang dicadangkan iaitu kemahiran interaksi dengan
murid, strategi pengajaran dan kemampuan mengawal
IV: Kepimpinan Pengajaran kelas.
• Kepimpinan pengajaran mempunyai hubungan positif
dan menyumbang secara signifikan terhadap pengajaran
DV: Kompetensi Pengajaran guru.
• Menyokong kajian Koehler (2010), Sazali et al. (2007),
Srinides (2009) dan Robinson, Lloyd dan Rowe (2008)
yang menyatakan bahawa kepimpinan pengajaran
mempunyai hubungan yang positif dengan kompetensi
guru dan membantu meningkatkan prestasi pencapaian
murid.
• Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa dua
elemen yang saling berkait untuk meningkatkan
keberkesanan organisasi sekolah iaitu kepimpinan
pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru.

CADANGAN
• Pengetua perlu memberi tumpuan utama dalam aspek
kepimpinan pengajaran dalam urusan kerja sehariannya.
• KPM melalui agensi berkaitan seperti Institut
Aminuddin Baki (IAB) dan Institut Pendidikan Guru
(IPG) perlu membuat penambahbaikan terhadap
kurikulum latihan kepengetuaan dengan memberi
penekanan kemahiran dalam aspek kepimpinan
pengajaran.
• KPM perlu memberi merit kemahiran dalam aspek
kepimpinan pengajaran sebagai antara aspek utama yang
dipertimbangkan untuk perlantikan, kenaikan pangkat
dan anugerah kepada pengetua sekolah.
• KPM/JPN/PPD dan pihak berwajib lain perlu merancang
dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme
keguruan seperti latihan dalam perkhidmatan dan
motivasi secara berterusan untuk meningkatkan tahap
kompetensi pengajaran guru. Aspek yang perlu diberi
penekanan adalah kemahiran berinteraksi dengan murid,
penggunaan strategi pengajaran yang efektif dan
kemahiran mengawal kelas

RUMUSAN • Kajian literatur dan dapatan kajian mendapati bahawa kepimpinan pengajaran pengetua memberi kesan yang
signifikan terhadap kompetensi pengajaran guru dan seterusnya membantu peningkatan prestasi pelajaran
murid.
• Mohd Yusri dan Wan Abd Aziz (2011) mendapati bahawa terdapat tiga dimensi kepimpinan pengajaran yang
dilengkapkan dengan 12 fungsi iaitu:
i. penentuan matlamat sekolah
ii. penyebaran matlamat sekolah
iii. penyeliaan dan penilaian pengajaran
iv. penyelarasan kurikulum
v. penjagaan masa pengajaran guru
vi. sokongan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
vii. pengukuhan usaha guru
viii. menggalakkan perkembangan profesional guru
ix. penguatkuasaan dasar akademik
x. pemberian insentif untuk pembelajaran
xi. pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
xii. melibatkan sokongan komuniti untuk pembelajaran.

Artikel 2 ISU METODOLOGI


Kejayaan sesebuah sekolah sangat berkait rapat dengan
Gaya Kepimpinan Guru gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua atau • Kaedah Kajian: Soal selidik dalam talian
Besar Dan Tahan guru besar. • Instrumen:
Efikasi Guru o Borang Soal Selidik dalam talian
OBJEKTIF o Bahagian A, B dan C
Baharuzaini Baharin, Mengenal pasti gaya kepimpinan guru besar dan tahap o Bahagian A – demografi
Mohammad Hisham efikasi guru di sebuah sekolah rendah luar bandar di o Bahagian B – gaya kepimpinan Guru Besar (34 item)
Adnan. Mohd Hanif daerah Gua Musang Kelantan o Bahagian C – tahap efikasi guru ( 12 item)
Mohd Zin, MOhd
Norhisyam Kamaludin KERANGKA KONSEP • Pensampelan:
dan Azlin Nor Norhaini o 31 orang guru
Mansor (2016) GAYA
KEPIMPINAN o Sebuah sekolah di daerah Gua Musang Kelantan
Autokratik
Demokratik EFIKASI
Laissez-Faire GURU DAPATAN
Transformasi • Gaya kepimpinan instruksional paling tinggi diamalkan
Instruksional oleh Guru Besar di sekolah yang dikaji
• Gaya kepimpinan moden yang diamalkan oleh Guru
Besar ialah kepimpinan instruksional paling kerap
diamalkan berbanding Kepimpinan Transformasi.
(menyokong kajian dibuat oleh Marzano et al. (2005)
IV: Gaya Kepimpinan
dan Nor Asikin (2011)
• Gaya kepimpinan tradisional yang kerap digunakan ialah
Kepimpinan Autokratik berbanding Kepimpinan
DV: Efikasi Guru
Demokratik dan Laissez-Faire.
CADANGAN
• Kepimpinan intruksional, transformasional dan
demokratik perlu diberi penekanan bagi meningkatkan
profesionalisme guru menerusi efikasi diri yang tinggi.

KAJIAN AKAN DATANG


• Fokus kepada bagaimana gaya kepimpinan instruksional
meningkatkan efikasi guru ke arah persekitaran
pembelajaran.

RUMUSAN • Gaya Kepimpinan yang paling kerap diamalkan di sekolah tersebut ialah Kepimpinan Instruktional
• Tahap efikasi guru-guru sekolah tersebut berada pada tahap tinggi.
• Tiada perbezaan yang signifikan tahap efikasi guru mengikut tempoh pengalaman mengajar guru.
• Hubungan yang signifikan antara Gaya Kepimpinan Instruksional, Transformasional dan Demokratik dengan
Tahap Efikasi Guru.
• Gaya Kepimpinan Autokratik dan Laissez-Faire tiada hubungan yang signifikan dengan Tahap Efikasi Guru.

Artikel 3 ISU METODOLOGI


Bagaimana dimensi amalan kepimpinan sekolah • Kajian kualitatif: Kaedah temu bual
Amalan Kepimpinan memupuk iklim pembelajaran di sekolah berprestasi • Populasi: Guru besar sekolah rendah berprestasi tinggi di
Pengajaran Untuk tinggi di Malaysia mampu memberi impak terhadap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penambahbaikan keberhasilan murid. • Sampel kajian: 6 orang guru besar sekolah rendah
Sekolah: Retrospeksi berprestasi tinggi di Wilayah Persekutuan KL
Guru Besar Sekolah • Kesahan dan kebolehpercayaan protokol soalan temu
Berprestasi Tinggi bual yang dibina telah dinilai dan disemak oleh 3 orang
OBJEKTIF pakar.
Mariani Md Nor, Mohd • Mengenal pasti aspek kepimpinan pengajaran • Data temu bual melalui proses transkripsi, disemak dan
Nazri Abdul Rahman, dalam kalangan guru besar sekolah rendah diletakkan tema-tema penting. Proses diulang sehingga
Norazana Mohd Nor, berprestasi tinggi di Malaysia bagi dimensi tahap ketepuan data.
Nor’ ain Mat Taha dan memupuk iklim pembelajaran. • Analisis data dilakukan secara manual, hasil transkripsi
Zabidi Abdul Razak • Mendapatkan maklumat tentang amalan dibersihkan dengan cara ‘peer-checking’ oleh subjek lain
(2016) kepimpinan pengajaran yang sesuai dipraktikkan dan seterusnya mencari tema berdasarkan persoalan
oleh guru besar di sekolah kajian.

KERANGKA KONSEP DAPATAN


• Terdapat lima dimensi utama kepimpinan pengajaran
bagi aspek memupuk iklim pembelajaran di sekolah
yang diamalkan oleh guru besar sekolah rendah
berprestasi tinggi dalam usaha melonjak kecemerlangan
sekolah iaitu mengawasi masa pengajaran, memberi
insentif kepada murid, memberi insentif kepada guru,
menggalakkan perkembangan profesional dan sentiasa
kelihatan di sekolah.
• Menggalakkan perkembangan profesional guru seperti
latihan dalam perkhidmatan serta memberi galakan
kepada guru untuk mengikuti kursus, seminar atau
lawatan benchmarking juga membantu meningkatkan
kemahiran dan kompetensi guru. Guru memperoleh
kompetensi yang tinggi dalam pengajaran ia dapat
mengoptimumkan pengawalan masa pengajaran guru.
• Pengawalan masa pengajaran yang teratur seperti sistem
IV: Kepimpinan Pengajaran guru ganti, tiada perjumpaan dan mesyuarat diadakan
semasa waktu PdP, menyediakan rekod kehadiran kelas
DV: Memupuk Iklim Pembelajaran yang perlu ditandatangani oleh guru dan murid tidak
dibenarkan ke bilik guru. Cara ini dapat meningkatkan
kompetensi guru dalam pengurusan kelas secara
berkesan.
• Walau bagaimanapun dimensi sentiasa kelihatan di
sekolah agak sukar untuk di realisasikan. 50% responden
menyatakan bahawa mereka jarang kelihatan di sekolah
kerana menghadiri mesyuarat, kursus, seminar serta
aktiviti rasmi di luar sekolah. Namun, untuk memastikan
guru besar kelihatan di sekolah, beliau akan melibatkan
diri dalam kurikulum dan kokurikulum di peringkat
sekolah, meluangkan masa bersama-sama guru semasa
sesi coffee talk dan sentiasa hadirkan diri ke
perhimpunan mingguan.

CADANGAN
Guru dan murid yang berjaya dalam apa jua bidang yang
diceburi perlu diberi insentif dalam bentuk sijil, hadiah atau
menyediakan sudut khas untuk memaparkan kejayaan yang
diperoleh oleh guru dan murid untuk terus menjadi
perangsang kepada mereka untuk terus berusaha
merealisasikan impian.

RUMUSAN • Amalan dimensi memupuk iklim pembelajaran di Sekolah Berprestasi Tinggi sesuai dipraktikkan oleh guru
besar dalam usaha melonjak kecemerlangan sekolah.
• Sebahagian besar responden yang ditemu bual bersetuju bahawa lima dimensi kepimpinan pengajaran perlu
dijadikan fokus utama guru besar untuk memastikan sekolah terus cemerlang dan berdaya saing.
• Dimensi menggalakkan pembangunan profesional seperti penyediaan program perkembangan profesional untuk
guru agar mereka berupaya mencetuskan idea yang inovatif untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
• Dimensi memberi insentif kepada murid dan guru dalam bentuk sijil, hadiah dan menyediakan sudut khas untuk
memaparkan kejayaan yang dicapai oleh murid dan guru adalah penting untuk melonjakkan kecemerlangan
sekolah.

Artikel 4 ISU METODOLOGI


Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada • Reka bentuk kajian: Kuantitatif dalam bentuk tinjauan
Amalan Kepimpinan gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pemimpin • Kaedah Kajian: Soal selidik
Instruksional Guru sekolah. Kepimpinan guru besar amat mempengaruhi • Sampel Kajian:
Besar dan kejayaan sekolah. o 217 guru menggunakan teknik persampelan rawak
Hubungannya Terhadap o Menentukan bilangan sampel dengan merujuk jadual
Komitmen Kerja Guru OBJEKTIF penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970)
Sekolah Rendah di 1. Menentukan tahap amalan kepimpinan instruksional (populasi 517, sampel kajian 217)
Daerah Lawas guru besar di daerah Lawas Sarawak.
2. Menentukan tahap komitmen kerja dalam kalangan• Instrumen: Borang Soal Selidik Bahagian A, B dan C
Noorshazrina Faustine guru sekolah rendah di daerah Lawas, Sarawak. o Bahagian A – demografik
dan Mohd Izham Mohd 3. Mengenal pasti perbezaan tahap komitmen kerja o Bahagian B – amalan kepimpinan instruksional guru
Hamzah (2017) guru sekolah rendah berdasarkan faktor demografi besar (52 item)
guru sekolah rendah di daerah Lawas Sarawak. o Bahagian C – komitmen kerja guru ( 18 item)
4. Mengenal pasti perbezaan amalan kepimpinan
instruksional guru besar berdasarkan faktorDAPATAN
demografi guru sekolah rendah di daerah Lawas• Amalan kepimpinan instruksional guru besar berada pada
Sarawak. tahap rendah.
5. Mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan• Tahap komitmen kerja guru juga pada tahap rendah
instruksional guru besar dengan komitmen kerja guru
sekolah rendah di daerah Lawas Sarawak. Ujian T
• Tidak terdapat perbezaan signifikan antara komitmen kerja
TEORI/MODEL guru berdasarkan kategori pegawai perkhidmatan.
Model kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy • Terdapat perbezaan yang signifikan antara komitmen kerja
(1985) dan model komitmen kerja Meyer dan Allen guru dalam kalangan guru berdasarkan umur, ini
(1997) bermaksud umur merupakan faktor penyebab dalam
komitmen kerja guru.
• Terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan
kepimpinan instruktional guru besar berdasarkan kategori
pegawai perkhidmatan. Oleh itu, kategori pegawai
perkhidmatan merupakan faktor penyebab dalam amalan
KERANGKA KONSEP kepimpinan instruksional guru besar.

Ujian ANOVA
• Terdapat perbezaan signifikan antara komitmen kerja guru
berdasarkan tempoh perkhidmatan, ini menunjukkan
bahawa tempoh perkhidmatan merupakan faktor
penyebab dalam komitmen kerja guru.
• Terdapat perbezaan signifikan antara amalan kepimpinan
instruksional dalam kalangan guru berdasarkan umur. Oleh
itu, umur merupakan faktor penyebab dalam amalan
kepimpinan instruksional dalam kalangan guru.
• Terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan
kepimpinan instruksional dalam kalangan guru
berdasarkan tempoh perkhidmatan. Oleh itu, tempoh
perkhidmatan merupakan faktor penyebab dalam amalan
kepimpinan isntruksional dalam kalangan guru.

Pearson
• Amalan kepimpinan instruksional mempunyai hubungan
positif yang lemah serta signifikan dengan komitmen
kerja.

CADANGAN
• Untuk meningkatkan kepimpinan instruksional guru besar
dan hubungannya dengan komitmen kerja guru sekolah
rendah, guru besar perlu memainkan peranan untuk
merangka matlamat sekolah. Peranan ini berkait rapat
dengan kepimpinan instruksional guru besar dalam
mewujudkan persekitaran sekolah yang cemerlang dan
kondusif .
• Guru besar bertanggungjawab untuk memastikan proses
IV: Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Di pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan
Sekolah Rendah Di Daerah Lawas Sarawak berkesan dengan mempraktikkan kesemua dimensi
kepimpinan instruksional

DV: Komitmen Kerja Guru


KAJIAN AKAN DATANG
• Melaksanakan kajian tentang perbandingan daerah-
daerah yang terdapat di Sarawak mahupun di negeri lain
bagi mengetahui amalan kepimpinan instruksional guru
besar dan hubungannya terhadap komitmen kerja guru
sekolah rendah.
• Kajian akan datang perlu melibatkan sampel yang lebih
banyak serta menambahkan amalan-amalan tambahan
kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya
terhadap komitmen kerja guru.
• Kajian juga boleh dilaksanakan untuk membuat
perbandingan mengenai amalan kepimpinan
isntruksional guru besar dan hubungannya dengan
komitmen kerja guru mengikut jenis sekolah.

RUMUSAN Terdapat hubungan signifikan bagi amalan kepimpinan instruksional guru besar terhadap variasi dalam komitmen
kerja sekolah rendah di daerah Lawas, Sarawak. Ini bererti, faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen kerja guru
merupakan faktor utama yang menyumbang kepada amalan kepimpinan instruksional guru besar. Kesimpulannya
terdapat hubungan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dan komitmen kerja guru di sekolah rendah di
daerah Lawas Sarawak.

Artikel 5 ISU METODOLOGI


Kepimpinan guru besar merupakan salah satu faktor • Reka bentuk kajian: Kuantitatif dalam bentuk tinjauan
Amalan Kepimpinan penanda aras dalam kecemerlangan sesebuah sekolah. • Kaedah Kajian: Soal selidik
Guru Besar dan Kepimpinan yang berkualiti amat diperlukan bagi • Sampel Kajian:
Hubungannya dengan menjamin kepuasan kerja guru di sekolah yang akan o 121 guru (76 perempuan dan 45 lelaki) dari 13 buah
Kepuasan Kerja Guru mempengaruhi mutu kerja yang dihasilkan. sekolah
di Daerah Asajaya o Menggunakan teknik persampelan rawak
OBJEKTIF
Johan Bin Gohet dan 1. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan • Instrumen: Borang Soal Selidik Bahagian A, B dan C
Jamalul Lail Bin Abdul instruksional guru besar di sekolah-sekolah o Bahagian A – maklumat diri guru
Wahab (2017) kebangsaan Daerah Asajaya. o Bahagian B – amalan kepimpinan instruksional guru
2. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di besar (30 item)
sekolah-sekolah kebangsaan Daerah Asajaya o Bahagian C – kepuasan kerja guru di sekolah terbabit (
3. Mengenal pasti hubungan antara amalan 30 item)
kepimpinan instruksional guru besar dan kepuasan
kerja guru di sekolah-sekolah kebangsaan Daerah
Asajaya. DAPATAN
• Amalan kepimpinan instruksional guru besar berada pada
TEORI/MODEL tahap tinggi bagi ketiga-tiga komponen.
• Model Kepimpinan Instruksional Hallinger & • Kepuasan kerja guru juga berada pada tahap tinggi bagi
Murphy (1985) semua komponen. Namun skor min bagi komponen
• Adaptasi dan ubahsuai kerangka konsep Zainudin peluang kenaikan pangkat adalah yang terendah (3.67).
Awang (2010)
Ujian Pekali Kolerasi Pearson
• Kesemua komponen mempunyai kolerasi antara satu sama
lain.
• Terdapat hubungan yang signifikan antara amalan
kepimpinan instruksioanl guru besar dengan tahap
kepuasan guru di sekolah-sekolah kebangsaan Daerah
Asajaya

KERANGKA KONSEP CADANGAN


• Semua guru besar perlu sentiasa menetapkan visi dan misi
sekolah masing-masing dengan jelas.
• Dialog prestasi perlu sentiasa diadakan untuk memantau
perkembangan sekolah dari semasa ke semasa.
• Guru besar perlu bekerjasama dengan sekolah lain agar
dapat bertukar pendapat untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah masing-masing.
• Pihak sekolah juga boleh mengadakan kerjasama dengan
pihak luar atau NGO untuk memohon sumbangan seperti
peralatan ICT. Hal ini dapat memberikan kelainan kepada
iklim pembelajaran sekolah.

IV: Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar

DV: Kepuasan Kerja

RUMUSAN • Hipotesis: Terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan tahap
kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Asajaya diterima.
• Analisis statistik inferensi yang diperoleh menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan
kepimpinan instruksional guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah di Daerah Asajaya.
• Hasil kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar di sekolah-sekolah yang dikaji
adalah tinggi. Semua guru besar di sekolah tersebut mengamalkan kepimpinan instuksional berdasarkan tiga
komponen yang dinyatakan dalam instrumen.
• Selain itu, hasil kajian juga mendapati tahap kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah
Asajaya adalah tinggi. Guru-guru di sekolah tersebut berpuas hati untuk bekerja di sekolah masing-masing.
Dengan adanya kepuasan kerja yang tinggi ia akan membantu dalam penghasilan kerja yang terbaik.
• Tahap amalan kepimpinan instuksional penting untuk memberikan kepuasan kerja kepada guru. Kepuasan kerja
yang tinggi dapat melahirkan sebuah organisasi yang cemerlang dan modal insan yang mempunyai pelbagai
kelayakan dapat dilahirkan sejajar dengan kehendak masa kini.
b) RUMUSAN KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya


kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua/guru besar (PGB). Amalan kepimpinan
instruksional merupakan salah satu gaya kepimpinan yang boleh menyumbang kepada
banyak perkara seperti tahap kompetensi pengajaran guru, tahap efikasi guru, kepuasan kerja
guru, iklim pembelajaran, tahap komitmen kerja guru dan tahap kepuasan kerja guru.

Dapatan kajian mendapati bahawa sekiranya amalan kepimpinan instruksional PGB


berada pada tahap tinggi, maka tahap kompetensi pengajaran guru, tahap efikasi guru,
kepuasan kerja guru, iklim pembelajaran, tahap komitmen kerja guru dan tahap kepuasan
kerja guru juga turut berada pada tahap tinggi. (Mohd Yusri Ibrahim & Aziz Amin, 2014;
Baharuzaini Baharin, et. al , 2016; Mariani Md Nor et. al , 2016; Noorshazrina Faustine, &
Mohd Izham Mohd Hamzah, 2017 dan Johan Bin Gohet & Jamalul Lail Bin Abdul Wahab,
2017).

Tahap kompetensi pengajaran guru, tahap efikasi guru, kepuasan kerja guru, iklim
pembelajaran, tahap komitmen kerja guru dan tahap kepuasan kerja guru yang berada pada
tahap tinggi berupaya menjadikan sebuah organisasi yang cemerlang dan berdaya saing serta
melahirkan modal insan yang mempunyai pelbagai kelayakan sejajar dengan kehendak masa
kini.

c) KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Berdasarkan Rajah 1, kajian ini merangkumi dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah tidak
bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah tidak bersandar ialah amalan
kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh guru besar di Sekolah Kurang Murid (SKM)
di daerah Kuala Langat, Selangor. Manakala, pemboleh ubah bersandar pula ialah komitmen
kerja guru di sekolah terlibat. Kerangka konsep ini adalah merujuk kepada Model
Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985) dan Model Komitmen Kerja Meyer
dan Allen (1997).
Amalan Kepimpinan Instruksional
Guru Besar
1. Dimensi Mendefinisikan Matlamat
• Merangka matlamat sekolah
• Menyampaikan matlamat
kurikulum sekolah
2. Dimensi Mengurus Program
Komitmen Kerja Guru
Instruksional
1. Komitmen afektif
• Penyeliaan dan penilaian
2. Komitmen normatif
instruksional
3. Komitmen berterusan
• Menyelaras kurikulum
• Memantau kemajuan murid
3. Dimensi Mewujudkan Iklim
Pembelajaran Positif
• Melindungi waktu PdP
• Mengekalkan kehadiran
• Menyediakan ganjaran kepada
guru

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian


Sumber: Model Kepimpinan Instruksional Halingger dan Murphy (1985) dan Model
Komitmen Kerja Meyer dan Allen (1997)

DEFINISI OPERASIONAL PEMBOLEH UBAH KAJIAN

Kepimpinan
Kepimpinan didefinisikan sebagai seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan
matlamat organisasi yang diterajui dan strategi pelaksanaan untuk memastikan matlamat yang
ditetapkan dapat dicapai.

Kepimpinan Instruksional
Amalan kepimpinan instruksional adalah berasaskan kepada tiga dimensi kepimpinan
instruksional iaitu mendefinisikan matlamat sekolah, mengurus program instruksional dan
mewujudkan iklim pembelajaran yang positif ( Halingger dan Murphy, 1985)
Mendefinisikan Matlamat Sekolah
Dimensi pertama ialah pentakrifan matlamat sekolah, pemimpin sekolah bertanggungjawab
untuk menentukan dan memperkenalkan matlamat sekolah. Terdapat dua fungsi di dalamnya
iaitu merangka matlamat sekolah dan memperjelaskan matlamat kurikulum sekolah
( Halingger dan Murphy, 1985).

Menguruskan Program Instruksional


Dimensi kedua adalah berkaitan dengan pengurusan program pengajaran. Beberapa tindakan
yang mesti dilakukan oleh pengetua dalam dimensi pengurusan program pengajaran iaitu
mencerap/menyelia dan menilai pengajaran guru, membuat penyelarasan kurikulum dan
memantau kemajuan akademik pelajar.

Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif


Dimensi ketiga dalam kepemimpinan pengajaran ialah pemupukan iklim pengajaran dan
pembelajaran iaitu norma dan sikap guru serta murid yang boleh mempengaruhi pengajaran
dan pembelajaran. Ia merangkumi fungsi mengawal dan melindungi waktu pengajaran, fungsi
mengekalkan kehadiran dan fungsi memberi ganjaran terhadap usaha guru.

Komitmen Kerja Guru


Komitmen kerja bermaksud memberikan sepenuh tenaga, perhatian dan berazam sepenuhnya
untuk melaksanakan sesuatu kerja. Meyer dan Allen (1991) membahagikan komitmen
pekerja terhadap organisasi kepada tiga jenis komitmen iaitu, Komitmen Afektif (Affective
Commitment), Komitmen Normatif (Normative Commitment) dan Komitmen Berterusan
(Continuance Commitment). Ketiga-tiga jenis komitmen ini boleh dijadikan sebagai penilaian
kepada gaya kepimpinan seorang ketua. Ini kerana, gaya kepimpinan seseorang pemimpin
dapat digambarkan melalui komitmen pekerja. Seorang pemimpin yang berkesan dan
berkualiti dapat melahirkan pekerja yang komited terhadap organisasi. Komitmen pekerja
yang tinggi dapat mempengaruhi prestasi organisasi. Oleh itu, komitmen pekerja yang tinggi
dapat dilihat melalui kerja yang dihasilkan dan kesungguhan dalam mencapai matlamat
organisasi seterusnya menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.
(Swailes, 2000).
Komitmen Afektif
Komitmen Afektif merujuk kepada pengikatan perasaan pekerja untuk terus mengekalkan
penglibatan pekerja dalam organisasi. pekerja yang mempunyai komitmen afektif yang kuat
akan bekerja berterusan dengan organisasi tersebut kerana mereka mendapati terdapat nilai
pekerjaan yang murni mengikut perasaan mereka terhadap organisasi itu (Meyer dan Allen,
1997).

Komitmen Normatif
Komitmen Normatif yang merujuk kepada perasaan pekerja dan kesediaan mereka untuk
terus kekal bekerja di organisasi tertentu berlandaskan kepada perasaan dan kepercayaan
mengenai nilai benar dan nilai moral yang menjadi norma dan nilai kerja di organisasi
tersebut (Wiener, 1982; Allen dan Meyer, 1996).

Komitmen Berterusan
Komitmen Berterusan pula merujuk kepada kesedaran pekerja bahawa kos operasi di dalam
organisasi adalah berkaitan dengan keputusan untuk terus kekal bekerja atau meninggalkan
organisasi tersebut. Komitmen berterusan pekerja bermakna apabila pekerja itu akan terus
bertahan dan kekal bekerja di sesebuah organisasi itu walaupun tidak mendapat pulangan
seperti yang dijangkakan.

Sekolah Kurang Murid


Merujuk kepada Surat Pekeliling Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3
Tahun 1967, Sekolah Kurang Murid (SKM) ialah sekolah yang mempunyai bilangan murid
kurang daripada 150 orang.
d) RUJUKAN

Baharuzaini Baharin, Mohammad Hisham Adnan. Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam
Kamaludin dan Azlin Nor Norhaini Mansor. 2016. Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan
Tahan Efikasi Guru. Jurnal of Personalized Learning, 2(1): 9-17.

Johan Bin Gohet & Jamalul Lail Bin Abdul Wahab. 2017. Amalan Kepimpinan Guru Besar
dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru di Daerah Asajaya. Seminar
Penyelidikan Pendidikan 2017, 617 – 630.

Mariani Md Nor, Mohd Nazri Abdul Rahman, Norazana Mohd Nor, Nor’ ain Mat Taha dan
Zabidi Abdul Razak. 2016. Amalan Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan
Sekolah: Retrospeksi Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 3(3): 44 – 53.

Mohd Yusri Ibrahim & Aziz Amin. 2014. Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dan
Kompetensi Pengajaran Guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik,
2(1):11-25.

Noorshazrina Faustine & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2017. Amalan Kepimpinan
Instruksional Guru Besar dan Hubungannya Terhadap Komitmen Kerja Guru Sekolah
Rendah di Daerah Lawas. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2017),
439 - 447.

You might also like