You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BAN FOO


MINIT MESYUARAT PBPPP BIL. 2/2023

Tarikh : 5 Oktober 2023 (Khamis)

Masa : 1:30 tengah hari

Tempat : Kelas 6M, SJK (C) Ban Foo

Pengerusi : Pn Loh Chow Yoong (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : Sila rujuk lampiran senarai kehadiran

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Guru Besar, Pn Loh Chow Yoong mengucapkan selamat menghadiri ke mesyuarat
PBPPP kali kedua yang diadakan di Kelas 6M, SJK (C) Ban Foo. Beliau
memaklumkan keperluan mengisi markah untuk borang keberhasilan penilaian akhir.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En Koo Boon Boon
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Thoo Fong Mooi

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada.

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1 Borang Keberhasilan PBPPP
Penolong Kanan Pentadbiran, En Chiam Wei Hoon memaklumkan
keperluan mengisi markah untuk borang keberhasilan bagi penilaian akhir.
Pengisian markah haruslah berdasarkan situasi sebenar. Guru tidak
digalakkan mengisi markah lebih daripada 90%. Markah cadangan adalah
antara 60% hingga 89%. Markah guru harus disokong dengan bukti. Sijil-sijil
program boleh dimasukkan ke dalam fail keberhasilan jika guru menyertai
program di luar sekolah. Fail keberhasilan harus dihantar kepada Pegawai
Penilai Pertama (PP1) pada atau sebelum 14 November 2023. Borang
Keberhasilan kali terakhir perlu dimuat naik ke dalam Google Classroom
sebelum atau pada 14 November 2023.
Tindakan: Pegawai Penilai Pertama

4.2 Cara Mengisi Borang Keberhasilan PBPPP


Penolong Kanan Pentadbiran, En Chiam menerangkan cara mengisi borang
keberhasilan. Beliau mengingatkan semua warga guru supaya mengisi
status pencapaian semasa penilaian akhir dan markah penilaian akhir. Guru
boleh menjalankan perbincangan dengan PP1. Guru perlu mengira bilangan
murid yang mendapat TP yang ditetapkan dan dikira peratusnya. Semua
warga guru perlu memastikan amalan baik murid telah dimasukkan ke dalam
sistem SSDM untuk bahagian HEM. Pihak pentadbir akan menyemak
bilangan amalan baik murid yang telah dimasukkan oleh guru. Peratus
kehadiran murid juga perlu dimasukkan. Guru kelas boleh merujuk kepada
sistem APDM untuk mengetahui peratus kehadiran murid. Di samping itu,
guru perlu merujuk kepada kehadiran murid dalam kokurikulum untuk
bahagian kokurikulum.
Makluman

5 HAL-HAL LAIN
Tiada.

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 petang.

Disediakan oleh,
Low Kah Yee
Mesyuarat PBPPP Bil. 2/2023
Tarikh : 6 Oktober 2023

You might also like