You are on page 1of 9

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE SUNWAY BIG BOX

TARIKH
27 JULAI 2023

AHLI KUMPULAN:

NAMA ANGKA GILIRAN

Muhammad Naufal Farabi bin Mohd Nazri K531LKPD031

Mohamad Badrul Eman bin Yusri K531LKPD027


Shafiz Haikal bin Suhaimi K531LKPD039

Muhammad Firdaus bin Abd Karim K531LKPD029


LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE SUNWAY BIG BOX

1. Nama Kolej : Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru.

2. Tajuk Aktiviti : Lawatan sambil belajar ke Sunway Big Box.

3. Tarikh : 27 Julai 2023.

4. Tempat : Sunway Big Box.

5. Penganjur : Pelajar Tahun 2 SVM Program Sistem Pengurusan Pangkalan Data


Web.

6. Peringkat aktiviti : Peringkat Kolej Vokasional Perdagangan.

7. Penglibatan : Pelajar Tahun 2 SVM Program Sistem Pengurusan Pangkalan Data


Web.

8. Objektif aktiviti : - Merealisasikan pengetahuan dalam PdP dengan pengalaman yang


sebenar.
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang adab-adab semasa
bermusafir.
- Memberi nilai tambah kepada pengetahuan am murid-murid tentang
tempat-tempat yang menarik yang terdapat dalam negeri.
- Menjana idea kreatif dan sikap yang positif dalam pembelajaran
- Melihat seni bina bangunan-bangunan yang cantik dan menarik
untuk dijadikan sebagai panduan.

9. Impak Aktiviti : - Menambah ilmu pengetahuan berkaitan industri pelancongan.

- Pandai menguruskan masa dengan baik dalam keadaan tertentu


seperti mengaturkan masa perjumpaan dan jangkaan yang di ambil
semasa melakukan aktiviti.
- Menguruskan kadar pembelajaan yang digunakan semasa
melaksanakan aktiviti.
- Dapat meluangkan masa bersama sahabat semasa menjalankan
aktiviti lawatan sambil belajar ke Sunway Big Box.

- Belajar berdikari sebagai contoh melaksanakan aktiviti tanpa


bantuan ibu bapa dari segi kewangan.
Pada 27 Julai 2023 yang lalu, kami sekumpulan daripada Kelas 2KPD2 telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Sunway Big Box Iskandar Puteri di Johor Bahru.
Lawatan ini disertai oleh Muhammad Naufal Farabi Bin Mohd Nazri, Shafiz Haikal Bin
Suhaimi, Mohamad Badrul Eman Bin Yusri dan Muhammad Firdaus Bin Abd Karim. Tujuan
lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang
destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
Pada hari kejadian kami bangun pada jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap
menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau. Kami pergi ke kolej seperti biasa pada
jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Pada jam 2.30 petang kami berkumpul di hadapan asrama
blok D untuk membincangkan tentang aktiviti seterusnya. Naufal , Firdaus dan Badrul
menumpang ayah Badrul untuk bergerak terus ke Sunway Big Box manakala Shafiz pulang
ke rumahnya untuk menukar bajunya.
Setelah Naufal , Firdaus dan Badrul sampai di sana, sementara menunggu
Shafiz kami singgah sebentar di kedai sukan iaitu“SPORTS DIRECT” untuk membeli barangan
sukan yang dikehendaki. Sebaik sahaja Shafiz tiba di hadapan kedai “SPORTS DIRECT” , kami
berhenti seketika di kedai makan yang berada dalam pusat beli-belah iaitu “CHICKEN RICE
SHOP”. Selepas kami selesai sahaja makan, kami pergi ke tempat menarik yang ada di sana
iaitu tempat mengambil gambar dan bermain permainan arked seperti permainan baling
bola keranjang. Terdapat banyak tempat mengambil gambar yang menarik di sana. Gambar
tersebut boleh dijadikan sebagai memori dan kenangan kami semasa sedang menyiapkan
PB Bahasa Melayu ini.
Sebaik sahaja kami selesai bermain arked, kami meneruskan aktiviti kami
dengan pergi ke sebuah salah satu kedai buku terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu “Book
Xcess”. Ia merupakan kedai buku yang ke-9 dibuka di bawah jenama BookXcess. Kedai ini
mempunyai lebih dari 1 juta buku yang meliputi pelbagai genre seperti sains fiksyen,
romance, fiksyen, bibliography, dan banyak lagi. Apabila kami masuk sahaja ke dalam kedai
buku itu, kami sangat terkejut kerana kedai buku itu lain daripada yang lain dari segi reka
bentuk dan bentuk dalamannya. Kami cuci mata kerana melihat pemandangan kedai yang
sangat cantik dan menarik . Selain daripada itu, harga buku yang ditawar sangatlah murah
dan berpatutan. Kemudian kami menerokai perpustakaan tersebut dan mengambil banyak
gambar yang menarik di sana. Terdapat juga piano yang disediakan untuk kegunaan semua
orang. Kebetulan juga apabila kami melawati tempat itu terdapat permain piano yang
handal sedang bermain piano disitu . Selepas selesai meneroka dan melihat buku di sana,
kami membeli sebuah novel yang menarik dan terus pergi ke kaunter untuk membayar.
Setelah selesai membayar kami keluar daripada kedai tersebut dengan perasaan gembira
kerana ia merupakan pengalaman baharu yang menarik bagi kami.
Akhirnya, setelah kami selesai kami melakukan aktiviti di sana. Kami
melakukan aktiviti bebas di sana seperti membeli air “Starbucks” dan menikmati mesin urut
berbayar. Kami bergerak pulang ke rumah masing masing pada jam 8.00 malam. Kami
berasa gembira kerana dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan baharu di sana.
Akhir kata, kami berharap agar dapat mengadakan lawatan yang lagi menarik daripada ini
pada masa akan datang.
Gambar aktiviti yang dilakukan:

Pada jam 3.30 petang kami Sebelum memulakan aktiviti,


telah tiba ke tempat lawatan kami singgah ke “CHICKEN RICE
dan berkumpul di hadapan SHOP” untuk makan petang.
kedai SPORTS DIRECT.

Kami mengambil gambar pusat Kemudian kami mengisi masa


membeli-belah di tingkat 1. dengan bermain permainan
arked.

Kumpulan pemain kedua Selepas itu, kami mengambil gambar


bermain selepas menunggu di hadapan salah sebuah tempat
giliran pemain pertama habis tarikan pelancong iaitu “ENERGX”
bermain. iaitu tempat bermain trampolin.
Kemudian kami pergi ke Kemudian kami mengambil
bahagian tempat yang menarik gambar di dalam bilik tentang
untuk mengambil gambar. penyiasatan.

Seorang daripada kami telah Gambar kedua dengan gaya


mengambil gambar di dalam yang menunjukkan nama kedai
sebuah bilik yang hiasannya buku tersebut.
bertemakan zaman dahulu iaitu
menggunakan telefon antik.
Dua orang ahli kumpulan kami Gambar ini menunjukan dua
mengambil dua gambar di orang yang sedang bermain
hadapan kedai tersebut. piano di kedai buku tersebut.

Gambar apabila sejurus sahaja Selain menjual buku, di situ


masuk ke dalam kedai buku juga terdapat lukisan yang
tersebut. menarik dijual di sana.

Salah seorang ahli kumpulan Jurugambar dalam kumpulan


kami mengambil gambar kami telah mengambil
dengan sebuah lukisan yang gambar kedai buku tersebut
menarik . dari aras 2.
Gambar sebuah rak buku Gambar ini menunjukkan keunikan
yang diambil oleh kedai bukutersebut dengan rak
jurugambar kami. bukunya yang dihiasi dengan lampu
dan bentuk rak yang menarik.

Gambar semua ahli kumpulan Mencuba mengambil gambar


dengan berlatar belakangkan rak di yang bergaya bebas.
kedai buku tersebut.

Akhir sekali, kami singgah Sebelum kami pulang ke rumah


sebentar ke Starbucks untuk pada jam 8.00 malam, kami
membeli air dan meletakkan mengambil sebuah gambar yang
nama kami sebagai kenang- bertulis Sunway Big Box yang
kenangan. bertemakan suasana yang menarik
sebagai penutup lawatan sambil
Disediakan Oleh,

Firdaus
(Muhammad Firdaus bin Abd Karim)

Setiausaha Lawatan Sambil Belajar

You might also like