You are on page 1of 25

KURSUS:

GGGA 5032
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TUGASAN KUMPULAN:
CABARAN GURU DALAM MEWUJUDKAN
PERSEKITARAN KERJA YANG EFEKTIF DAN
KONDUSIF BAGI MATA PELAJARAN RBT DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT
BUNGA, TANGKAK, JOHOR

NAMA PENSYARAH:
EN AZHARUDIN MOHAMED

AHLI KUMPULAN:

BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK

1 ASMIDA ZULIANA BT AZURAL P136414

2 NABILA BT NADZRI P136289

3 HAZATUL ERNINA BT ABD KEPAL P136261

4 NUR ADILLIA BT ABD RAZAK P136311

5 MARIA NABILA BT ABD AZIZ P136640


Abstrak

Antara domain penting dalam pengajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
yang diperkenalkan dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2017 adalah
kreativiti. Tahap persekitaran fizikal bilik darjah memberi kesan kepada pelaksanaan proses
pendidikan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti cabaran guru dalam
mewujudkan persekitaran kerja yang efektif dan kondusif bagi mata pelajaran RBT serta
cadangan-cadangan penambahbaikan bengkel RBT di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit
Bunga, Tangkak, Johor. Satu kajian kualitatif melibatkan 2 orang guru RBT di Sekolah
Menengah Kebangsaan Parit Bunga, Tangkak, Johor telah dijalankan. Dua orang guru RBT
dipilih mengikut dua kategori. Kategori pertama ialah yang mempunyai pengalaman
mengajar RBT bawah 10 tahun dan kategori kedua ialah yang mempunyai pengalaman
mengajar RBT atas 10 tahun. Data dikutip menggunakan soal selidik atas talian dan dianalisis
secara deskriptif. Maklum balas daripada kedua-dua responden telah diterjemah dan
dianalisis mengikut tema. Hasil kajian berdasarkan temu bual yang diperoleh dianalisis dan
diterangkan melalui empat bahagian iaitu bahagian A: Demografi responden, bahagian B:
Persepsi responden terhadap tahap kesesuaian persekitaran dalam bengkel RBT, Bahagian C:
Persepsi responden mengenai cabaran dan kekangan kelancaran sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam bengkel RBT dan Bahagian D: Cadangan-cadangan tentang
penambahbaikan persekitaran dalam bengkel RBT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
guru mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sederhana dalam melaksanakan
kurikulum RBT, semua kemudahan peralatan, dan modul perlu disediakan di peringkat
sekolah dan terdapat keperluan menambah baik persekitaran dalam bengkel untuk
memudahkan pengajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru mempunyai
pandangan yang positif terhadap persekitaran kerja yang efektif dan kondusif bagi mata
pelajaran RBT. Namun begitu, penambahbaikkan masih perlu dilakukan demi mewujudkan
persekitaran kerja yang efektif dan kondusif pada tahap yang optimum bagi mata pelajaran
RBT.

Kata kunci: persekitaran kerja; efektif dan kondusif; sekolah menengah; penambahbaikan
bengkel; Reka Bentuk dan Teknologi
Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan ......................................................................................................................... 1

1.1 Objektif Kajian ................................................................................................................. 2

1.2 Pernyataan Masalah.......................................................................................................... 2

2.0 Kajian Literatur .................................................................................................................... 3

3.0 Metodologi ........................................................................................................................... 4

4.0 Dapatan Kajian..................................................................................................................... 5

4.1 Analisis Data .................................................................................................................... 5

4.1.1 Bahagian A: Demografi responden ........................................................................... 5

4.1.2 Bahagian B: Persepsi responden terhadap tahap kesesuaian persekitaran dalam


bengkel RBT ....................................................................................................................... 6

4.1.3 Bahagian C: Persepsi responden mengenai cabaran dan kekangan kelancaran sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bengkel RBT ................................................. 7

4.1.4 Bahagian D: Cadangan-cadangan tentang penambahbaikan persekitaran dalam


bengkel RBT ....................................................................................................................... 8

5.0 Kesimpulan .......................................................................................................................... 9

6.0 Rujukan .............................................................................................................................. 11

7.0 Lampiran ............................................................................................................................ 12

7.1 Transkrip 1 ..................................................................................................................... 12

7.2 Transkrip 2 ..................................................................................................................... 17


1.0 Pendahuluan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menekankan keselesaan ruang


pembelajaran dalam bilik darjah. Fizikal pembelajaran terdiri daripada ruangan pembelajaran,
pencahayaan, akustik, keselesaan termal (Gislason, 2011), meja, kerusi, papan putih dan rak
(Doyle, 1980). Persekitaran fizikal bilik darjah haruslah dapat menyokong pembelajaran dan
pengajaran (Rands & Gansemer-Topf, 2017). Pengurusan yang sistematik akan membawa
kepada disiplin bilik darjah yang baik dan kelemahan pengurusan bilik darjah akan
mempengaruhi kesihatan emosi.

Berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, persekitaran didefinisikan


sebagai kawasan sekeliling atau sekitar bagi suatu tempat. Kondusif pula didefinisikan
sebagai sesuai atau baik bagi membantu, mencapai atau mendorong penghasilan sesuatu.
Efektif pula ditakrifkan sebagai terdapat kesan atau pengaruh, berkesan atau mujarab.
Berdasarkan definisi setiap perkataan yang dinyatakan di atas, persekitaran kerja yang efektif
dan kondusif bermaksud persekitaran iaitu bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
mendorong aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Persekitaran kerja
tersebut merangkumi pelbagai aspek, antaranya persekitaran fizikal di mana ia menyentuh
mengenai kemudahan fizikal, pencahayaan, bilangan dan susun atur perabot, warna, kualiti
udara dan suhu bilik darjah. Kemudahan dan fasiliti dalam sekolah terutamanya di dalam
bilik darjah dan bengkel perlu dijaga dengan rapi dan dihiasi dengan info-info yang penting
dan menarik.

Untuk persekitaran psikososial pula, emosi dan tingkah laku memainkan peranan
untuk menentukan suasana pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana yang
harmoni. Kesemua aspek ini perlulah diambil kira bagi menjamin persekitaran kerja
guru yang efektif dan kondusif. Pendidik sering bergelut dengan cabaran membentuk
persekitaran pembelajaran yang produktif dan kondusif, walaupun selepas seolah-olah
melakukan segala yang mereka mampu dalam kapasiti mereka. Masalahnya, ialah
penyelesaian untuk membina persekitaran belajar yang berkesan dan diurus dengan baik tidak
terletak pada alat, rancangan pelajaran, atau aktiviti, sebaliknya bergantung pada gaya
pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru.

1
Gaya pengurusan bengkel yang berkesan mewujudkan persekitaran yang selamat dan
bermotivasi, di mana murid merasa dihormati, dihargai dan lebih terbuka untuk berkongsi
pendapat mereka. Ini adalah motivator terkuat bagi murid untuk mengambil bahagian secara
aktif dalam pembelajaran mereka sendiri. Secara ringkasnya, persekitaran kerja yang selesa
memberikan kesan yang positif kepada guru untuk bertugas dalam keadaan yang bersemangat
dan harmoni.

1.1 Objektif Kajian


1. Mengenal pasti tahap kesesuaian persekitaran dalam bilik RBT di sekolah.
2. Mengenal pasti cabaran dan kekangan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam bilik RBT di sekolah.
3. Mengenal pasti cadangan-cadangan penambahbaikan persekitaran dalam bilik RBT di
sekolah.

1.2 Pernyataan Masalah


1. Sejauh manakah tahap kesesuaian persekitaran dalam bilik RBT di sekolah?
2. Apakah cabaran dan kekangan sesi P&P dalam bilik RBT di sekolah?
3. Bagaimanakah persekitaran bilik RBT di sekolah dapat ditambah baik demi
meningkatkan keberkesanan kelancaran sesi P&P untuk subjek RBT di sekolah
tersebut?

2
2.0 Kajian Literatur

Guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah
mungkin menghadapi beberapa cabaran dalam usaha untuk mencipta persekitaran kerja yang
efektif dan kondusif. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru RBT ialah kekurangan sumber
dan peralatan. Hal ini kerana guru RBT mungkin menghadapi cabaran mendapatkan sumber
dan peralatan yang mencukupi bagi sesebuah kelas. Ini termasuk peralatan elektronik,
perisian khusus, atau bahan-bahan pembinaan (Sanders, M., & Stappers, P. J., 2014). Selain
itu, kekurangan kemahiran digital guru juga boleh menjadi halangan dalam menyampaikan
subjek RBT. Guru yang tidak mempunyai kemahiran digital yang mencukupi mungkin
menghadapi kesukaran dalam mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran RBT (Ertmer,
P. A., & Ottenbreit-Leftwich, A. T., 2010).

Guru juga dihadapkan dengan murid yang mempunyai tahap kemahiran teknikal yang
berbeza-beza, dan perlu mencari cara untuk menyediakan pengajaran yang bersifat inklusif
(Knezek, G., & Christensen, R., 2016). Tidak kurang dengan itu, murid juga memerlukan
lebih banyak bimbingan dan sokongan untuk memahami konsep teknikal dalam projek-projek
RBT (Guzey, S. S., Harwell, M., & Moore, T. J., 2016).

Selain daripada itu, mengevaluasi projek-projek RBT secara objektif dan menyeluruh
boleh menjadi cabaran, terutama apabila melibatkan elemen-elemen subjektif seperti
kebolehlaksanaan dan kreativiti (Black, P., & Wiliam, D., 1998). Guru juga menghadapi
kesukaran dalam mencetuskan minat murid dalam subjek RBT dan memotivasikan mereka
untuk mengambil bahagian dalam projek-projek yang melibatkan reka bentuk dan teknologi
Eccles, J. S. (2009). Oleh itu, guru perlu mengambil pendekatan holistik untuk menangani
cabaran ini dan berusaha untuk memperbaiki persekitaran pembelajaran RBT di sekolah.

3
3.0 Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mendapatkan data menerusi temu
bual bersama responden. Kajian ini tidak melibatkan sebarang kajian lapangan dimana
penyelidik tidak “turun padang” untuk membuat pemerhatian terhadap fenomena yang
diselidiki. Melalui kajian kualitatif, unsur-unsur seperti emosi, motif dan empati yang
berkaitan dengan semulajadi atau kumpulan tertentu adalah sesuai kerana unsur ini tidak
dapat dihuraikan secara terperinci berdasarkan kepada angka-angka kuantitatif. Kaedah
kualitatif digunakan oleh pengkaji kerana penggunaan kaedah temu bual sebagai instrumen
utama dalam proses pengumpulan dan penganalisasian data untuk memahami dengan lebih
mendalam tentang sesuatu keadaan sosial atau aktiviti daripada perspektif responden kajian.

Kajian yang menggunakan kaedah temu bual adalah lebih efektif dalam mendapatkan
maklum balas daripada responden. Bagi kajian ini, sasaran responden adalah dua orang guru
yang sangat berpengalaman mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi atau RBT
lanjutan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Parit Bunga, Tangkak, Johor.

4
4.0 Dapatan Kajian

4.1 Analisis Data

Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan maklumat berkaitan
cabaran guru dalam mewujudkan persekitaran kerja yang efektif dan kondusif dalam mata
pelajaran RBT. Dua orang guru yang mengajar mata pelajaran RBT di Sekolah Menengah
Kebangsaan Parit Bunga, Tangkak, Johor telah di temu bual secara maya. Hasil kajian
berdasarkan temu bual yang diperoleh akan dianalisis dan diterangkan melalui empat
bahagian iaitu bahagian A: Demografi responden, bahagian B: Persepsi responden terhadap
tahap kesesuaian persekitaran dalam bengkel RBT, Bahagian C: Persepsi responden
mengenai cabaran dan kekangan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam
bengkel RBT dan Bahagian D: Cadangan-cadangan tentang penambahbaikan persekitaran
dalam bengkel RBT.

4.1.1 Bahagian A: Demografi responden

Responden kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata


pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi atau RBT. Dua orang guru yang berpengalaman
dalam bidang RBT telah dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga,
Tangkak, Johor. Kedua-dua orang guru yang dipilih mempunyai pengalaman
mengajar secara keseluruhan selama 26 tahun. Bagi pengalaman mengajar dalam
mata pelajaran RBT pula, masing-masing mempunyai pengalaman selama 6 tahun
mengajar RBT sejak mata pelajaran tersebut diperkenalkan pada tahun 2017.

5
4.1.2 Bahagian B: Persepsi responden terhadap tahap kesesuaian persekitaran dalam
bengkel RBT

Terdapat perbezaan jawapan namun tidak ketara perbandingannya telah


diberikan oleh responden mengenai keselamatan persekitaran murid dan guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran RBT adalah selamat daripada sebarang
kemalangan. Dapatan kajian daripada responden, pendapat mereka adalah bersifat
majoriti dimana guru-guru tersebut menyatakan bahawa murid akan sentiasa diberi
peringatan tentang peraturan dan keselamatan semasa berada di bengkel RBT.
Seorang responden menyebutkan bahawa faktor terjadinya kemalangan di bengkel
RBT disebabkan oleh murid tidak berhati-hati ketika mengendalikan peralatan
disamping peralatan yang digunakan tidak diselenggara dengan sebaiknya atau
peralatan tersebut tidak diletakkan kembali ke tempat asal. Tidak hanya itu, setiap
bengkel RBT perlu dipastikan agar pelan kebakaran serta alat pemadam api boleh
digunakan sekiranya berlakunya sebarang kebakaran. Murid juga diingatkan berkaitan
disiplin dengan mematuhi etika pemakaian yang sesuai dengan bengkel RBT.
Manakala seorang responden lagi menyatakan bahawa keselamatan di bengkel boleh
dikawal dengan cara melantik seorang ketua dalam sebuah kumpulan kecil sewaktu
menghasilkan produk bagi membolehkan ketua tersebut melaporkan sebarang
permasalahan yang timbul ketika pengajaran dan pembelajaran RBT atau projek amali
di bengkel. Responden juga menjelaskan dengan lebih terperinci bahawasanya jika
didapati bilangan murid dalam sesebuah kelas melebihi 25 orang murid, maka mereka
akan dipecahkan kepada dua kumpulan yang kecil bagi memudahkan pemantauan
guru.

Rata-rata responden memberikan respon yang diterima. Dapatan kajian


mengenai kriteria bengkel RBT yang diperlukan mestilah memenuhi ciri-ciri yang
dinyatakan. Seorang responden menyatakan bahawa sebuah bengkel RBT yang baik
dilihat mempunyai ruang bengkel yang agak luas dan besar bagi membolehkan
penampungan murid-murid yang ramai dengan tidak menyekat laluan sekaligus
membataskan perhubungan komunikasi dan gerak kerja antara mereka. Tidak hanya
itu, kesesuaian fasiliti seperti kerusi dan meja mestilah bersifat mudah alih bagi
mewujudkan suasana bengkel yang selesa dan kondusif. Responden ini turut
menyebutkan bahawa bilangan plug-point mestilah mencukupi bagi memudahkan

6
akses kepada makmal komputer, laptop atau komputer bagi mencapai keperluan saiz
bengkel dan jumlah murid. Seorang responden yang lain menyebutkan bahawa
bengkel RBT mestilah mempunyai kelengkapan almari atau rak kayu yang cukup
untuk menyimpan segala kelengkapan dan hasil kerja murid. Bagi mengelakkan
kesulitan semasa melaksanakan amali, responden menyatakan bahawa bengkel RBT
mestilah tidak lari daripada segala kelengkapan kerja elektronik dan elektrik.

4.1.3 Bahagian C: Persepsi responden mengenai cabaran dan kekangan kelancaran


sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bengkel RBT

Dapatan kajian yang diperoleh secara keseluruhan, kedua-dua orang


responden menyebutkan bahawa cabaran atau kekangan yang mengganggu kelancaran
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bengkel RBT adalah kekurangan
bahan dan peruntukan kewangan atau dana untuk membeli peralatan dan bahan
pengajaran bagi melaksanakan projek amali di bengkel RBT. Tidak hanya itu,
responden juga menyatakan bahawa cabaran yang paling besar apabila guru-guru
khasnya guru-guru yang opsyen mereka bukan daripada kemahiran teknikal atau RBT
sebelum ini, mereka kurang menguasai topik-topik tertentu seperti elektronik dan
kawalan atur pengacaraan, disamping mereka kurang mahir untuk bermain dengan
teknologi oleh kerana mereka adalah guru-guru lama. Selain itu, seorang responden
menyebutkan bahawa murid-murid terpaksa menghadapi kekangan waktu untuk
melaksanakan sebarang projek amali atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran RBT
yang mempengaruhi kadar penyelesaian sesuatu projek. Tambahan, bagi
melaksanakan sebarang projek amali, bahan atau peralatan bengkel perlu disediakan
sendiri oleh guru dan murid kerana tiadanya pembantu dalam penyediaan bahan di
bengkel. Seorang responden lagi juga menjelaskan bahawasanya proses pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran RBT menjadi mencabar apabila murid-murid
itu sendiri kurang menyumbang idea dan kurang berfikir secara kreatif dalam
menyelesaikan masalah.

7
4.1.4 Bahagian D: Cadangan-cadangan tentang penambahbaikan persekitaran dalam
bengkel RBT

Berdasarkan perbualan bersama responden, mereka menyatakan bahawa


fungsi bengkel RBT boleh ditingkatkan dengan penambahbaikkan terhadap
persekitaran di dalam bengkel tersebut. Rata-rata responden memberi respon kepada
membaik pulih keperluan asas di dalam bengkel RBT. Seorang responden menyentuh
mengenai fasiliti perabot dimana beliau mencadangkan penukaran perabot tersebut
daripada lama kepada baru seperti memaksimumkan penggunaan kerusi berlipat.
Tambahan lagi, responden mencadangkan agar penggunaan papan tulis mestilah
mempunyai ciri-ciri seperti besar, interaktif dan senang untuk dibersihkan. Bagi
memelihara persekitaran yang kondusif, perabot seperti almari perlu dikurangkan bagi
mengelakkan bengkel RBT menjadi sempit dan kurang selesa untuk murid
melaksanakan projek amali atau sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di
bengkel RBT. Seorang responden lagi, beliau menyebutkan mengenai persekitaran di
dalam bengkel. Beliau mencadangkan supaya bengkel RBT digalakkan untuk
menggunakan jenis lampu yang bersifat LED, mentol dan kalimantang bagi
memudahkan projek amali dilaksanakan dalam keadaan yang terang dan tidak malap.
Bukan itu sahaja, penggunaan tingkap yang betul seperti tingkap jenis terbuka sangat
diperlukan bagi membolehkan pengaliran udara keluar dan masuk secara semulajadi
disamping bagi menjamin keselamatan murid- murid sewaktu projek amali dan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bengkel RBT.

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperoleh, responden turut memberikan


cadangan atau inisiatif dalam meningkatkan kualiti mata pelajaran RBT sekaligus
memaksimumkan penggunaan bengkel RBT secara menyeluruh. Seorang responden
menyatakan bahawa guru perlu menguasai ilmu dan kemahiran RBT dengan
mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) bagi membolehkan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan baik. Beliau turut
menegaskan bahawa penggunaan bengkel dalam kalangan murid boleh ditingkatkan
dengan penghasilan jadual penggunaan bengkel supaya semua guru dan murid akan
dapat merasai sendiri pengalaman melaksanakan projek amali di bengkel dengan
bantuan bahan dan alatan bengkel. Seorang responden lagi, beliau menjelaskan
bahawa penguasaan penggunaan bengkel boleh dicapai apabila guru menunjukkan

8
‘tutorial’ atau ‘sampel’ kepada murid sebelum murid melaksanakan sebarang projek
atau aktiviti di bengkel supaya murid dan guru sentiasa berada dalam keadaan yang
selamat. Tidak hanya itu, kualiti mata pelajaran dapat ditingkatkan apabila guru
mengajar menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu LCD bagi membolehkan
guru memberikan contoh maujud dalam bentuk video dan juga penggunaan slaid
‘Powerpoint’.

5.0 Kesimpulan

Kajian ini telah menentukan cabaran guru dalam mewujudkan persekitaran kerja yang
efektif dan kondusif bagi mata pelajaran RBT di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit
Bunga, Tangkak, Johor dengan menilai tahap kesesuaian persekitaran dalam bengkel RBT,
meninjau cabaran dan kekangan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam
bengkel RBT dan seterusnya mengenal pasti cadangan-cadangan penambahbaikan
persekitaran dalam bengkel RBT demi meningkatkan keberkesanan kelancaran sesi P&P
untuk subjek RBT di sekolah tersebut.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesesuaian persekitaran dalam bengkel RBT di


sekolah tersebut berada pada tahap memuaskan, di mana guru telah menerapkan peraturan
dan nilai seperti pengendalian peralatan, etika permakaian dan disiplin pembelajaran dalam
bengkel RBT demi menjamin keselamatan, keselesaan dan kelancaran dalam menjalani
proses P&P dalam bengkel RBT di sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, guru masih
mendapati bahawa peralatan dan bahan dalam bengkel RBT tidak mencukupi. Selain itu,
adanya masalah dalam menjalankan proses pembelajaran RBT seperti guru-guru yang kurang
berkemahiran kerana mereka bukan daripada kemahiran teknikal atau RBT sebelum ini dan
murid-murid sendiri kurang menyumbang idea dan kurang berfikir secara kreatif dalam
menyelesaikan masalah. Tambahan pula, sekolah tidak menyediakan pembantu makmal
untuk menyediakan peralatan untuk menjadikan proses P&P lebih lancer serta murid
menghadapi kekangan waktu untuk melaksanakan sebarang projek amali atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran RBT yang mempengaruhi kadar penyelesaian sesuatu projek.

Justeru, guru-guru berpandangan bahawa langkah-langkah penambahbaikan seperti


penggantian fasiliti dalam bengkel RBT. Antaranya penukaran perabot lama yang usang

9
kepada perabot baru yang lebih tahan lasak dan senang untuk disimpan, penukaran papan
tulis yang lebih senang untuk dipadam dan penggunaan lampu jenis LED di dalam bengkel.
Selain itu juga, guru-guru perlu dilatih untuk menguasai ilmu dan kemahiran RBT dengan
mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) bagi membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan baik. Sebagai contoh, penggunaan LCD
amat digalakkan bagi membolehkan guru memberikan contoh maujud dalam bentuk video
dan juga penggunaan slaid ‘Powerpoint’sebagai ‘tutorial’ atau ‘sampel’ kepada murid
sebelum melaksanakan sebarang projek agar murid lebih memahami prosedur dalam
menjalankan latihan amali dan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran RBT lebih
efektif

Penyediaan persekitaran kerja yang efektif dan kondusif bagi mata pelajaran RBT
sangatlah penting demi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan. Hal ini
kerana bengkel RBT dipenuhi dengan peralatan-peralatan yang berbahaya seperti peralatan
memotong, kayu-kayu dan besi-besi yang boleh mengundang bahaya kepada murid dan guru
sekiranya tiada kawalan yang rapi dalam bengkel RBT. Pengurusan bengkel RBT haruslah
dijalankan dengan baik yang meliputi pemilihan dan kawalan alatan, kaedah penyusunan dan
penyimpanan alat serta mematuhi semua peraturan dan amalan yang terdapat dalam bengkel
RBT. Dengan ini, proses pembelajaran dan pengajaran (P&P), serta latihan amali oleh murid
dan guru dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ini dapat dijalankan dengan
sempurna seterusnya melahirkan murid yang menguasai kemahiran yang pelbagai dalam
bidang teknologi dan reka bentuk seperti penghasilan projek elektronik, perpaipan, lukisan
kerja, jahitan, memasak dan penanaman.

Intihannya, guru perlulah sentiasa megawasi murid semasa proses P&P berlangsung
dalam bengkel RBT kerana tanggungjawab guru bukan sahaja setakat melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran subjek RBT ini, malah juga melibatkan tanggungjawab
mengendalikan bengkel RBT demi menjamin kelancaran proses P&P subjek RBT ini, di
samping memastikan keselamatan murid dan guru semasa berada dalam bengkel. Pengurusan
bengkel RBT yang baik ini juga akan meningkatkan lagi tahap prestasi pendidikan subjek
RBT ke arah kecemerlangan sekolah dan pendidikan murid-murid selaras dengan kehendak
kerajaan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berteknologi tinggi.

10
6.0 Rujukan

Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and Classroom Learning.

Ertmer, P. A., & Ottenbreit-Leftwich, A. T. (2010). Teacher technology change: How


knowledge, confidence, beliefs, and culture intersect.

Guzey, S. S., Harwell, M., & Moore, T. J. (2016). Building Up STEM: An Analysis of
Teacher-Developed Engineering Design-Based STEM Integration Curricular
Materials.

Hashim, H., Nasri, S. M. M., & Mustafa, Z. (2016). Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru
Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog Di Bilik Darjah (Teachers’
Challenges in the Implementation of Frog Virtual Learning Environment in the
Classrooms). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31(31), 115-129.

Jouflin, S., & Yasin, M. H. B. M. (2022). Persekitaran Fizikal Pembelajaran dan Indeks
Keselesaan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kota Kinabalu.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 59-72.

Knezek, G., & Christensen, R. (n.d.). Impact of Active Learning on Students’ Perceptions of
The Classroom Environment. 2016.

Sahaat, Z., & Nasri, N. M. (2020). Cabaran pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 51-59.

Sanders, M., & Stappers, P. J. (2014). Probes, Toolkits and Prototypes: Three Approaches to
Making in Codesigning.

11
7.0 Lampiran

7.1 Transkrip 1

Maklumat penemu bual

Nama Nur Adillia binti Abd Razak

Maklumat responden yang ditemu bual

Nama Nor Aziah binti Md Yusof

Umur 48 tahun

Pengalaman mengajar 26 tahun

secara keseluruhan

Pengalaman mengajar 6 tahun (sejak mata pelajaran RBT diperkenalkan pada tahun 2017)

mata pelajaran RBT

Maklumat temubual

Tempat Menerusi aplikasi ‘Whatsapp’

Tarikh 26 November 2023

Masa 10:00 pagi

12
Adillia: Assalamualaikum Cikgu Nor Aziah. Saya, Nur Adillia binti Abd Razak
(P136311) merupakan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
yang kini menuntut di UKM. Saya sedang menjalankan sedikit mini kajian
untuk projek kumpulan saya. Saya mendapat tahu bahawa Cikgu Aziah sudah
lama mengajar mata pelajaran RBT. Jadi dikesempatan ini, demi menjayakan
projek kumpulan saya, saya ingin menemu bual cikgu secara ringkas
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran RBT.

Cikgu Aziah: Waalaikumussalam, Insha Allah boleh sahaja.

Adillia: Sebelum kita mulakan temu bual kita, bolehkah sekiranya saya meminta cikgu
untuk memperkenalkan diri sebagai tanda perkenalan kita hari ini.

Cikgu Aziah: Nama saya ialah Nor Aziah binti Md Yusof dan berumur 48 tahun. Saya
adalah seorang guru dan telah berkhidmat secara keseluruhan selama 26 tahun
di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga, Tangkak, Johor. Bagi mata
pelajaran RBT, saya telah mengajar selama 6 tahun sejak mata pelajaran ini
diperkenalkan pada tahun 2017. Saya mengambil tugas mengajar
pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi mata pelajaran ini.

Adillia: Selamat berkenalan cikgu. Moga cikgu santai-santai menjawab persoalan


daripada saya.

Cikgu Aziah: Baik, salam perkenalan juga daripada saya.

Adillia: Menurut pengetahuan saya, RBT merupakan mata pelajaran lanjutan atau
gantian daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).
Bolehkah cikgu ceritakan sedikit mengenai mata pelajaran RBT dan mengapa
ianya merupakan salah satu mata pelajaran penting yang perlu dipelajari oleh
pelajar?

Cikgu Aziah: Benar, mata pelajaran RBT adalah mata pelajaran lanjutan bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Namun begitu, aras pengetahuan dan
kemahiran dalam mata pelajaran RBT lebih tinggi dan sangat sesuai dengan
perkembangan teknologi terkini. Mata pelajaran ini sangat penting untuk
dipelajari oleh pelajar agar mereka tidak ketinggalan dalam bidang ini.

13
Adillia: Menurut apa yang saya faham, RBT mempunyai kaitan dengan basic life skills
manusia. Contohnya kita boleh belajar baiki paip, belajar tukang kayu yang
mana kita melakukan semua itu dalam kehidupan seharian kita.

Cikgu Aziah: Betul, dengan itu kita boleh mengetahui apa punca terjadi dan seterusnya
mencari jalan penyelesaian.

Adillia: Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran RBT,
bagaimana cikgu mengoptimumkan penglibatan pelajar secara aktif di dalam
bengkel RBT?

Cikgu Aziah: Setiap pelajar boleh dilibatkan secara aktif di dalam bengkel dengan aktiviti
yang berpusatkan murid iaitu menggunakan pelbagai aktiviti PAK 21. Setiap
pelajar perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di dalam kumpulan kecil.
Contohnya, seorang pelajar ditugaskan sebagai pencatat, ada yang berfungsi
sebagai pembentang serta ada juga mereka yang ditugaskan untuk mengambil
bahan dan alatan untuk digunakan.

Adillia: RBT iaitu Reka Bentuk dan Teknologi juga terkait rapat dengan pengajaran
dan pembelajaran secara amali di bengkel bagi menghasilkan suatu produk
mengikut kreativiti pelajar. Bagaimana cikgu dapat memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran RBT adalah selamat daripada
sebarang kemalangan?

Cikgu Aziah: Perkara pentingnya ialah pelajar akan sentiasa diingatkan tentang peraturan
dan keselamatan di bengkel. Tidak hanya itu, peralatan yang digunakan
hendaklah dipastikan diselenggara dengan baik dan segala peralatan
digunakan perlu diletakkan semula. bagi mengelakkan daripada sebarang
kemalangan, guru bertindak mengawal disiplin pelajar-pelajar ketika di dalam
bengkel, pelan kebakaran dan alat pemadam api perlulah dipastikan untuk
sentiasa berfungsi dengan baik, etika pemakaian di bengkel hendaklah sesuai
dengan aktiviti yang dijalankan serta bengkel hendaklah sentiasa bersih
sebelum dan selepas digunakan bagi memudahkan urusan guru dan pelajar
seterusnya untuk menggunakan bengkel.

14
Adillia: Menurut cikgu sendiri, apakah kriteria bengkel RBT yang sesuai bagi
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik
di sekolah?

Cikgu Aziah: Bagi pandangan saya, bengkel RBT yang baik perlulah mempunyai ciri-ciri
yang berikut iaitu ruang yang cukup besar untuk menampung jumlah pelajar
yang ramai sekaligus tidak membataskan pergerakan pelajar-pelajar supaya
mereka dapat bergerak dengan bebas dan selesa. Selain itu, kerusi dan meja
mestilah jenis mudah alih agar persekitaran kelas lebih fleksibel, kondusif dan
boleh diubah mengikut kesesuaian P&P. Tidak hanya itu, kemudahan laptop
atau komputer mestilah mencukupi atau mempunyai akses kepada makmal
komputer disamping bilangan plug-point yang bersesuaian dengan saiz
bengkel dan bilangan pelajar.

Adillia: Mata pelajaran RBT dalam pendidikan menyumbang kepada peningkatan


penguasaan dan kemahiran pelajar dalam pembelajaran. Apakah cabaran atau
kekangan yang dihadapi oleh cikgu dan juga pelajar untuk menguasai elemen
RBT dan mempratikkannya di dalam bengkel RBT semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung?

Cikgu Aziah: Cabaran yang dihadapi ialah guru-guru khasnya guru-guru opsyen Kemahiran
Hidup Bersepadu (KHB) yang lama ialah guru sendiri kurang menguasai
topik-topik tertentu seperti elektronik dan kawalan dan pengaturcaraan. Tidak
hanya itu, sekolah juga mempunyai kekurangan dari segi bahan dan peralatan
pengajaran di bengkel. Guru-guru dan pelajar turut menghadapi kekangan
masa untuk melaksanakan projek dan pengajaran RBT yang melibatkan
sebarang aktiviti amali atau penggunaan bengkel kerana masa P&P yang
terhad.

Adillia: Saya bersetuju dengan kenyataan cikgu sebentar tadi. Kekurangan mampu
memberi sedikit kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran RBT.
Oleh itu, apakah penambahbaikkan bagi keperluan asas di bengkel RBT di
sekolah yang dapat memudahkan proses pengajaran pembelajaran?

15
Cikgu Aziah: Menurut saya sendiri, dari segi penambahbaikkan perabot, saya
mencadangkan supaya kerusi jenis berlipat dapat dimaksimumkan
penggunaannya, kaki meja hendaklah tidak diperbuat daripada besi,
menggunakan warna cat kerusi yang menarik dan pelbagai, tahan lasak serta
melakukan transformasi perabot baru daripada yang lama disamping susunan
perabot mestilah bersesuaian dengan keluasan bengkel. Tidak dilupakan,
papan tulis mestilah mempunyai ciri-ciri seperti interaktif, mudah untuk
dibersihkan dan besar. Perkara lainnya, perabot yang telah rosak dan tidak
boleh digunakan perlulah dibawa keluar dari bengkel, bilangan almari juga
perlu dikurangkan kerana ianya akan menghalang laluan dan akan
menyebabkan ruang bengkel menjadi sempit. Akan tetapi, almari tersebut
perlulah sentiasa berkunci bagi meningkatkan tahap keselamatan barang-
barang di bengkel daripada hilang, rosak dan sebagainya.

Adillia: Panjang dan jelas ulasan yang diberikan oleh cikgu. Selain daripada aspek
bengkel RBT itu sendiri, bagaimana pula dengan inisiatif yang diambil oleh
cikgu sendiri untuk memastikan elemen RBT dan juga penguasaan
penggunaan bengkel RBT dapat dikuasai sepenuhnya oleh para pelajar?

Cikgu Aziah: Semuanya bermula dengan penguasaan ilmu dan kemahiran guru yg mengajar
yang akan membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yg bersesuaian
perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Dari segi penguasaan penggunaan
bengkel pula, jadual penggunaan bengkel perlu dibuat agar semua guru dan
pelajar dapat menggunakan bengkel sewaktu P&P dan merasai sendiri
pengalaman melaksanakan projek di dalam bengkel RBT.

Adillia: Alhamdulillah, terjawab juga semua persoalan saya yang dilontarkan kepada
cikgu. Sangat jelas dan bermanfaat untuk digunakan sebagai rujukan di masa
akan datang. Terima kasih cikgu Aziah atas kerjasama yang diberikan.

Cikgu Aziah: Alhamdulillah. Sama-sama, saya hanya menjalankan tugas saya. Selamat maju
jaya, Adillia.

16
7.2 Transkrip 2

Maklumat penemu bual

Nama Hazatul Ernina binti Abd Kepal

Maklumat responden yang ditemu bual

Nama Nor Aini binti Giman

Umur 49 tahun

Pengalaman mengajar 26 tahun

secara keseluruhan

Pengalaman mengajar 6 tahun (sejak mata pelajaran RBT diperkenalkan pada tahun 2017)

mata pelajaran RBT

Maklumat temubual

Tempat Menerusi aplikasi ‘Whatsapp’

Tarikh 25 November 2023

Masa 10:30 pagi

Ernina: Assalamualaikum Cikgu Nor Aini. Saya, Hazatul Ernina binti Abd
Kepal (P136261) merupakan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (DPLI) yang kini menuntut di UKM. Saya sedang menjalankan
sedikit mini kajian untuk projek kumpulan saya. Saya mendapat tahu
bahawa cikgu Aini sudah lama mengajar matapelajaran RBT. Jadi
dikesempatan ini, demi menjayakan projek kumpulan saya, saya ingin

17
menemu bual cikgu secara ringkas mengenai proses pengajaran dan
pembelajaran RBT.

Cikgu Nor Aini: Waalaikumussalam, boleh. Tiada masalah.

Ernina: Sebelum kita mulakan temu bual kita, bolehkah sekiranya saya
meminta cikgu untuk memperkenalkan diri sebagai tanda perkenalan
kita hari ini.

Cikgu Nor Aini: Baiklah, saya, Nor Aini binti Giman dan berumur 49 tahun. Saya kini
merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit
Bunga, Tangkak, Johor dan telah berkhidmat secara keseluruhan
selama 26 tahun. Bagi matapelajaran RBT, saya telah mengajar selama
6 tahun sejak matapelajaran ini diperkenalkan pada tahun 2017. Kini,
saya sedang mengajar pelajar-pelajar daripada tingkatan 1, tingkatan 2,
tingkatan 4 dan juga tingkatan 5.

Ernina: Baiklah cikgu. Salam perkenalan daripada saya.

Cikgu Nor Aini: Salam perkenalan.

Ernina: Menurut pengetahuan saya, RBT merupakan matapelajaran lanjutan


atau gantian daripada subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).
Bolehkah cikgu ceritakan sedikit mengenai matapelajaran RBT dan
mengapa ianya merupakan salah satu matapelajaran penting yang perlu
dipelajari oleh pelajar?

Cikgu Nor Aini: Matapelajaran RBT adalah matapelajaran yang ditukar pada asalnya ia
adalah matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), dimana
matapelajaran KHB dulu menitikberatkan kemahiran kendiri, di mana
kemahiran yang dipelajari boleh diselesaikan sekiranya berlaku
masalah yang timbul di dalam rumah kita sendiri, jika berlaku masalah
contohnya paip menitis, paip tersumbat, mereka tahu apa punca
kerosakan, dan mereka boleh membaiki sendiri. Namun bagi mata
pelajaran RBT ini, ianya sangat berbeza dari segi sukatan pelajaran,
dimana RBT adalah gabungan kemahiran mereka merekacipta bentuk

18
secara kreatif, sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Yang mana ianya menjurus kepada penghasilan produk yang menarik
perhatian pengguna bagi memenuhi keperluan masyarakat sekarang.

Ernina: Dulu, saya juga pernah merasai pengalaman mempelajari


matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sebelum mata
pelajaran RBT diperkenalkan. Saya pernah melibatkan diri dalam
aktiviti amali seperti membaiki paip, projek kayu, aktiviti menjahit dan
projek litar cahaya.

Cikgu Nor Aini: Ya betul.

Ernina: Berdasarkan pemerhatian cikgu semasa proses pengajaran dan


pembelajaran bagi matapelajaran RBT, bagaimana cikgu
mengoptimumkan penglibatan pelajar secara aktif di dalam bengkel
RBT?

Cikgu Nor Aini: Saya akan melibatkan semua pelajar dalam pembelajaran RBT,
kebiasaannya pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
untuk menyelesaikan masalah atau membuat perbincangan. Pada akhir
pembelajaran, pelajar akan membuat pembentangan hasil perbincangan
dalam kumpulan.

Ernina: RBT iaitu Reka Bentuk dan Teknologi juga terkait rapat dengan
pengajaran dan pembelajaran secara amali di bengkel bagi
menghasilkan suatu produk mengikut kreativiti pelajar. Bagaimana
cikgu dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran RBT adalah selamat daripada sebarang kemalangan?

Cikgu Nor Aini: Pelajar akan sentiasa diingatkan tentang peraturan dan keselamatan di
bengkel. Aktiviti penghasilan produk juga dilakukan dalam kumpulan
kecil dengan melantik ketua yang akan melaporkn sebarang masalah.
Segala aktiviti akan dilaksanakan dengan pemantauan guru. Jumlah
pelajar dalam setiap kelas amali RBT adalah tidak melebihi 25 orang
bagi memudahkan pengawasan guru. Jika melebihi 25 orang, maka
ianya perlu dipecahkan kepada dua kelas.

19
Ernina: Menurut cikgu sendiri, apakah kriteria bengkel RBT yang sesuai bagi
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan
dengan baik di sekolah?

Cikgu Nor Aini: Kriteria bengkel RBT yang sesuai ialah perlu mempunyai kelengkapan
kerja kayu dan rak atau almari yang cukup untuk menyimpan semua
kelengkapan. Rak atau almari juga perlu ada untuk menyimpan hasil
kerja pelajar. Tidak hanya itu, bengkel RBT juga perlu lengkap dengan
kelengkapan kerja elektrik dan elektronik bagi memudahkan pelajar-
pelajar melaksanakan amali.

Ernina: Baiklah, untuk seterusnya, matapelajaran RBT dalam pendidikan


menyumbang kepada peningkatan penguasaan dan kemahiran pelajar
dalam pembelajaran. Apakah cabaran atau kekangan yang dihadapi
oleh cikgu dan juga pelajar untuk menguasai elemen RBT dan
mempratikkannya di dalam bengkel RBT se masa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung?

Cikgu Nor Aini: Cabaran yang dihadapi oleh guru ialah antaranya bahan dan
peruntukan kewangan yang kurang untuk membeli alatan dan bahan,
pelajar-pelajar kurang memberikan idea dan kurang kreatif dalam
menyelesaikan masalah disamping pendedahan yang kurang untuk
mata pelajaran yang berkaitan teknologi bagi guru-guru yang lama.

Ernina: Betul apa yang dikatakan oleh cikgu sebentar tadi. Tidak semua cikgu
mampu untuk menguasai teknologi lebih-lebih lagi bagi guru yang
‘senior’. Oleh itu, apakah penambahbaikkan bagi keperluan asas di
bengkel RBT di sekolah yang dapat memudahkan proses pengajaran
pembelajaran?

Cikgu Nor Aini: Jika dilihat, bagi pencahayaan di bilik RBT, saya sebagai cikgu sendiri
mencadangkan agar memilih jenis lampu yang bersesuaian seperti
LED, kalimantang dan mentol untuk sebarang aktiviti seperti amali.
Bagi faktor pengudaraan pula, penggunaan tingkap yang betul
dicadangkan bagi meningkatkan pengudaraan secara semula jadi
dimana aliran udara dapat keluar dan masuk. Jenis tingkap juga perlu

20
ditukar kepada yang lebih bersesuaian dan selamat untuk semua pelajar
kerana tingkap jenis terbuka adalah sangat digalakkan bagi
meningkatkan pengudaraan secara semula jadi dalam bengkel RBT
disamping mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan atau apa-apa
yang tidak diingini. .

Ernina: Selain daripada aspek bengkel RBT itu sendiri, bagaimana pula dengan
inisiatif yang diambil oleh cikgu sendiri untuk memastikan elemen
RBT dan juga penguasaan penggunaan bengkel RBT dapat dikuasai
sepenuhnya oleh para pelajar?

Cikgu Nor Aini: Inisiatif yang perlu diambil oleh semua guru termasuk saya ialah guru
perlu membuat amali terlebih dahulu sebelum ditunjukkan apa yang
perlu dilakukan oleh pelajar sebagaimana contoh yang telah dilakukan
oleh guru. Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar melaksanakan amali
dengan selamat di dalam bengkel RBT. Tidak hanya itu, guru
digalakkan untuk menggunakan LCD dengan memberi contoh maujud
dalam bentuk video kepada pelajar serta mengajar pelajar untuk
menggunakan slaid ‘Power Point’ supaya pelajar lebih memahami dan
menguasai mata pelajaran RBT.

Ernina: Alhamdulillah dan terima kasih cikgu di atas kerjasama dan


penerangan yang mantap. Saya menghargainya sangat. Memohon maaf
di atas segala salah silap jikalau terdapat tutur kata yang tidak sopan
yang tidak menyenangkan cikgu. Doakan kami cikgu, semoga berjaya
di masa akan datang.

Cikgu Nor Aini: Sama-sama. Selamat maju jaya dan semoga awak semua dapat
‘posting’ dan berjaya dunia dan akhirat.

21

You might also like