You are on page 1of 2

Soalan 7: Peitikan Prosa Moden

Aku menang,bisik hati Beluntung.Bapa tentu senang hati. Seminggu yang lalu,bapa
terlalu girang (happy). Beluntung mendapat markah 98 peratus dalam peperiksaan darjah
enam. Menurut bapa, hanya dua orang sahaja yang ada sijil darjah enam di Kampung Layong
tetapi mereka cuma lulus sahaja. Bukan macam aku, lulus dengan cemerlang. Bapa kata aku
boleh jadi cikgu. Akan tetapi aku masih kecil.Tunggulah, kata bapa. Biar aku dewasa sedikit
barulah aku boleh jadi cikgu.

Sungai Layong yang mudah banjir itu menerima tetamu. Ada yang berenang, ada jaga
yang duduk berceratukan di tebingnya. Ibu-ibu separuh umur terbongkak-bongkak mencuci
pinggan mangkuk. Anak-anak muda pula sibuk mengangkat air. Ada yang sempat mengusik
seorang dua anak gadis yang menuju ke sungai. Beluntung membeliakkan matanya. Apa yang
terjadi? Mengapa tiba-tiba sahaja orang kampung berada di halaman rumahanya ?

Tuyog mendengus mengejutkan budak-budak yang mandi di sungai. Mereka segera


naik ke tebing. Jantung Beluntung berdebar-debar.Perasaan ingin tahu menguasai hatinya. Dia
terjun dari belakang Tuyog lalu berlari ke rumah.

1. Mengapakah bapa Beluntung terlalu gembira apabila Beluntung mendapat markah 98


peratus dalam peperiksaan darjah enam?

2. Nyatakan satu perwatakan Beluntung dari petikan tersebut dan satu lagi perwatakan
berdasarkan seluru cerpen.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini mengeluarkan statistik yang
menunjukkan peningkatan 30 peratus kes penderaan (abuse) ke atas haiwan di
seluruh negara daripada 510 pada 2017 kepada 662 kes tahun lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata


terdapat peningkatan 10 peratus daripada 463 kes pada 2016 kepada angka
pada 2017 dan lebih 90 peratus daripada kes-kes tersebut melibatkan anjing
dan kucing.Menurut beliau, peningkatan jumlah kes penderaan haiwan yang
dilaporkan kepada jabatan itu adalah disebabkan kesedaran yang semakin
meningkat di kalangan masyarakat terhadap penderaan ke atas haiwan.

Sumber:
“Kes kekejaman ke atas haiwan cata peningkatan”
Astro Awani, Oktober 6,2019

3. Sebagai individu yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk
membendung masalah ini selain daripada melaporkan kepada pihak berkuasa.. [3m]

You might also like