You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI RAMPAI

53300 SETAPAK KUALA LUMPUR


Tel : 03-4024 2990
Faks: 03-4021 0429
E-mel : wba0060@moe.edu.my
Ruj. Kami : SKTSR 500-8/2 (20)
Tarikh : 2 MEI 2023

Ibu/ Bapa / Penjaga Murid Tahun 4, 5 dan 6


SK Taman Seri Rampai,
Kuala Lumpur.

Tuan,

MAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum bagi sesi akademik 2023 akan bermula
pada 3 Mei 2023 hari Rabu seperti ketetapan berikut:

Tahun Hari Tarikh / Hari Masa Tempat


4, 5 dan 6 Rabu Bermula 3 Mei 2023 2.00 petang Dewan Sekolah
dan setiap hari Rabu hingga
minggu berikutnya. 4.00 petang

3. Aktiviti kokurikulum akan dijalankan secara bersemuka. Semua murid akan berkumpul di
dewan sekolah bermula jam 2.00 petang. Aktiviti kokurikulum ini sangat penting bagi
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-
nilai yang dipelajari di bilik darjah. Kehadiran murid adalah WAJIB dan ketidakhadiran perlu
mengemukakan surat makluman ketidakhadiran. Kehadiran murid akan dimasukkan di dalam
sistem PAJSK dan membawa mata kredit dalam markah PAJSK.

4. Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa/penjaga/waris untuk bersama-sama menyokong


penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan dan menguruskan
pengangkutan dan makan minum anak sebaiknya. Segala kerjasama yang diberikan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD FIRDAUS BIN AHMAD SUHAIMI)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Taman Seri Rampai,
Kuala Lumpur.

You might also like