You are on page 1of 19

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

SYARAHAN DAN BERCERITA BAHASA


MELAYU
SJKC DAN SJKT PIALA PERPADUAN PERDANA
MENTERI PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2023

ANJURAN

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMASKINI PADA 24 MEI 2023


KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
1. Senarai Pertandingan 3

2. Panduan Am Pertandingan 4

3. Kertas Konsep Syarahan 7

Borang Pemarkahan Syarahan Bahagian Satu 12

Borang Pemarkahan Syarahan Bahagian Dua 13

4. Kertas Konsep Bercerita 14

Borang Pemarkahan Bercerita 17

5. Borang Persetujuan dan Pelepasan 18

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 2


SENARAI PERTANDINGAN

BIL. PERTANDINGAN KATEGORI

1. Syarahan Sekolah Rendah Tahap 2

2. Bercerita Sekolah Rendah Tahap 2

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 3


PANDUAN AM PERTANDINGAN

1.0 PENGENALAN
Hasrat untuk mengadakan Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu ini
datangnya daripada segolongan warga pendidik sekolah jenis kebangsaan yang merasakan
bahawa penggunaan dan penguasaan bahasa Malaysia pada dulunya dan kini ialah bahasa
Melayu dalam kalangan murid kaum bukan Melayu yang bersekolah di SJK (Cina) dan SJK
(Tamil) masih cuba untuk dikuasai dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, pada tahun 1983 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memenuhi hasrat ini
yang diberi nama Jawatankuasa Kempen Bahasa Melayu atau singkatannya KBM dan
peringkat Kebangsaan Piala Perpaduan kali yang pertama telah berjaya diadakan pada 17
November 1983, bertempat di SJKC Kuen Cheng, Kuala Lumpur. Upacara perasmian itu telah
dilakukan oleh Yang Berhormat Dr. Tan Tiong Hong, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
ketika itu. Penaung pertandingan ini ialah Perdana Menteri Malaysia yang turut
menghadiahkan sebuah piala pusingan.

Bermula 2023, Ujian Bertulis dimansuhkan dan digantikan dengan Pertandingan Bercerita bagi
memastikan kemenjadian murid lebih bermakna dalam pengucapan awam.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil bertutur, menguasai serta
mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu.

2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina dan SJK Tamil di
Malaysia.
2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta ‘‘Cintailah Bahasa
Melayu’’.

2.4 Membiasakan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

2.5 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui pertandingan


syarahan dan bercerita.

2.6 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 4


3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan
menyertai satu (1) jenis pertandingan sahaja Pertandingan Syarahan dan Bercerita.

3.2 Penyertaan adalah secara individu. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar dua
(2) peserta terbaik bagi pertandingan Syarahan dan Bercerita.

3.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu tahap dua (2),
warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil di seluruh Malaysia dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu.

3.4 Setiap peserta dikehendaki menghantar satu (1) salinan sijil lahir kepada pihak
pengelola sebagai bukti pengesahan perkara 3.3.

3.5 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran yang telah
ditetapkan oleh pihak pengelola pertandingan.

3.6 Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan,


menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera,
individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang
agresif, negatif dan sensitif.

3.7 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks.

4.0 HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

4.1 Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut bagi setiap


pertandingan:

4.1.1 Pemenang Syarahan Individu


Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Naib Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Kelima
:Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 5


4.1.2 Pemenang Bercerita Individu
Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Naib Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Kelima
:Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan

4.2 Markah setiap peserta Syarahan akan digabungkan dengan markah setiap peserta
Bercerita negeri masing-masing untuk menentukan Juara Keseluruhan Piala
Perpaduan Perdana Menteri.

5.0 PANEL TEKNIKAL KEBANGSAAN

Panel Teknikal Kebangsaan bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan


berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan. Keanggotaan
Panel Teknikal Kebangsaan adalah seperti yang berikut;

5.1 Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Kecemerlangan


Kokurikulum (UPKK), BSKK;

5.2 Pegawai Meja BSKK;

5.3 Wakil Pengelola Kebangsaan Pertandingan Pertandingan Syarahan dan


Bercerita;

5.4 Ketua Pegawai Teknikal Kebangsaan Pertandingan Pertandingan Syarahan dan


Bercerita; dan

5.5 Seorang Pegawai Teknikal Pertandingan Syarahan/Bercerita.

6.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau
mengenai tafsiran akan diputuskan oleh BSKK. Keputusan hakim adalah muktamad.

Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah tertakluk


kepada BSKK, KPM.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 6


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
SYARAHAN

PERTANDINGAN SYARAHAN

1.0 PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan


idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk
menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa
bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada
tegas dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan memujuk.
Selain itu, gaya persembahan yang matang, bersantun, bersahaja dan gaya bahasa yang
menarik, dapat difahami, memberikan kesan dan mampu menghuraikan dengan baik.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SYARAHAN

2.1 Setiap peserta dikehendaki menghantar Skrip Syarahan kepada penganjur seperti
format berikut:

2.1.1 Skrip syarahan mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11 dan
jarak 1.5.

2.1.2 Skrip syarahan yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan tajuk
syarahan.

2.1.3 Skrip syarahan yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan


skrip MUKTAMAD.
2.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan berkaitan
plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak.

2.3 Para peserta WAJIB berpakaian tradisional masyarakat Malaysia sebagai imej
perpaduan dan kebudayaan negara serta aspek markah khas.

2.4 Peserta syarahan dan pengacara majlis TIDAK DIBENARKAN


memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 7


3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan syarahan dilaksanakan dalam DUA bahagian iaitu syarahan bahagian
pertama tidak melebihi lima (5) minit dan syarahan bahagian kedua (spontan)
tidak melebihi tiga (3) minit.

3.2 Syarahan bahagian pertama yang dipersembahkan mestilah berdasarkan tema


perpaduan dan diperluas kepada isu-isu semasa tetapi masih mempunyai nilai-nilai
yang berkaitan dengan:

3.2.1 Perpaduan dan muhibah

3.2.2 Kesopanan dan kesusilaan

3.2.3 Integrasi kaum

3.2.4 Patriotisme

3.2.5 Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia

3.3 Tajuk syarahan bahagian kedua (spontan) akan disediakan oleh pihak urus setia
pertandingan di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah
berdasarkan tema yang terkandung dalam sukatan pelajaran (DSKP) SJKC dan
SJKT serta boleh diolah mengikut tema-tema tersebut.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Bahagian syarahan pertama

4.1.1 Persembahan syarahan tidak melebihi lima (5) minit.

4.1.2 Peserta yang mengambil masa melebihi lima minit, markah akan ditolak.
Setiap 30 saat selepas minit yang diperuntukkan, satu (1)
markah akan ditolak daripada markah yang diperoleh.

4.1.3 Loceng akan dibunyikan sekali seminit sebelum masa sebenar tamat iaitu
pada minit keempat dan loceng akan dibunyikan dua (2) kali apabila masa
sebenar tamat iaitu pada minit kelima.

4.1.4 Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga (3) idea/isi yang
bernas dan disokong dengan data/bahan yang tepat/logik sebagai
peneguh huraiannya.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 8


4.1.5 Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa jelas, baku (struktur dan
sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

4.1.6 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan
meyakinkan, gaya yang menarik, matang, bersederhana,
bersahaja, santun dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan akan MENJEJASKAN markah persembahan).

4.1.7 Intonasi dan nada yang sesuai. Nada suara yang tinggi, menjerit, tempik,
menyanyi, berlakon, dialog, bersyair, atau bercerita tidak
dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan.

4.1.8 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu- aluan
sebelum memulakan syarahan bahagian pertama dan bahagian
kedua.

4.1.9 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan
tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang pertama, kedua, dan
ketiga pada semua peringkat pertandingan.

4.1.10 Lima (5) markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu
sensitif/menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

4.2 Bahagian dua (syarahan spontan)

4.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan dijalankan selepas sahaja selesai


pertandingan syarahan bahagian pertama.

4.2.2 Persembahan syarahan spontan tidak melebihi tiga (3) minit.

4.2.3 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara spontan


berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

4.2.4 Tajuk bertemakan perpaduan dan integrasi nasional tidak akan dikemukakan
lagi pada syarahan spontan.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 9


4.2.5 Peserta dikehendaki memilih sampul yang mengandungi tajuk spontan yang
disediakan oleh jawatankuasa pertandingan.

4.2.6 Juruacara akan membaca tajuk spontan sebanyak dua (2) kali apabila
peserta telah bersedia berada di atas pentas.

4.2.7 Satu (1) minit bermula sebaik sahaja juruacara selesai membaca tajuk
syarahan spontan. Semasa persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan
mendapat bantuan oleh mana-mana pihak sama ada menggunakan alat tulis,
kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

4.2.8 Peserta akan memulakan syarahan spontan sebaik sahaja masa persediaan
telah tamat.

4.2.9 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan sebelum tamatnya


masa persediaan.

4.2.10 Permintaan bacaan tajuk semula oleh peserta selepas loceng persediaan
tamat dibunyikan tidak dibenarkan.

5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Penilaian pada peringkat kebangsaan akan menggunakan sistem markah


bersepadu.

5.2 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) hakim yang dilantik oleh pihak
penganjur (BSKK, KPM).

5.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-aluan sebelum
memulakan syarahan.

6.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh,
membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan
politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai
murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 10


6.3 Peserta yang melihat atau membaca nota atau tidak mengikut tema yang
ditetapkan, markah yang boleh diberikan ialah 5 markah maksimum sahaja.

6.4 Syarahan bahagian pertama, peserta akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut;

i. Idea/Isi : 20 markah
ii. Bahasa : 30 markah
iii. Penyampaian : 50 markah
Jumlah : 100 markah

6.5 Syarahan bahagian kedua (spontan), peserta akan dinilai berdasarkan kriteria yang
berikut;

i. Idea/Isi : 40 markah
ii. Bahasa : 30 markah
iii. Penyampaian : 30 markah
Jumlah : 100 markah

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 11


Borang pemarkahan pertandingan syarahan bahagian pertama

BORANG PEMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN SJKC & SJKT 2023
Bahagian Pertama: 5 minit Peserta : ..................
Idea/Isi (20 markah) Bilangan Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
Idea/Isi (2 markah) (3 markah) (1 markah)
Peserta akan diadili dari segi: Idea/ Isi 1
-idea/ isi yang bernas
-huraian yang jelas Idea/Isi 2
-data / contoh yang tepat/logik
Idea/Isi 3
-maksimum 3 idea/isi
Takrifan tajuk Markah maksimum (2 markah)

Jumlah markah idea/isi dan takrifan


Bahasa (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi; Tatabahasa (10 markah)


-bahasa yang jelas & kemas
-sebutan baku Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
-gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Sebutan baku (10 markah)

Jumlah markah bahasa


Penyampaian, persembahan, adab dan bonus
(50 markah)

Peserta akan diadili dari segi; Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara (10 markah)
-kepetahan
-kelancaran
Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)
-intonasi suara
-gaya yang menarik/berkeyakinan
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens Susunan idea/isi (10 markah)
-susunan idea/isi
Adab Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian
Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika; audiens (10 markah)
-menyentuh isu sensitif
Adab (5 markah)
-menggunakan bahasa yang kurang sopan
-tidak sempat membuat kesimpulan
Bonus: Keterampilan imej Keterampilan imej & nilai budaya (5 markah)
Peserta akan diadili dari segi nilai budaya dan
keterampilan imej (busana tradisional) Jumlah markah penyampaian, persembahan, adab dan
keterampilan imej

Jumlah Markah Keseluruhan: 100 %

Disahkan oleh,

Tandatangan :……………………………………….

Nama Hakim :………………………………………. Tarikh :..........................

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 12


Borang pemarkahan pertandingan syarahan bahagian kedua (spontan)

BORANG PEMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN SJKC & SJKT 2023

Bahagian Kedua: 3 minit Peserta: ...............


Isi (40 markah) Bilangan Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
Idea/isi (5 markah) (10 markah) (4 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Isi 1


-idea/ isi yang bernas Isi 2
-huraian yang jelas
-data / contoh yang tepat/logik Takrifan tajuk Markah maksimum (2 markah)
-maksimum 2 idea/isi
Jumlah markah idea/isi dan takrifan
Bahasa (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Tatabahasa (10 markah)


-bahasa yang jelas & kemas
-sebutan baku Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
-gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Sebutan bahasa (10 markah)

Jumlah markah bahasa


Penyampaian, persembahan, adab dan bonus
(30 markah)
Peserta akan diadili dari segi;
-kepetahan Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara (5 markah)
-kelancaran
-intonasi suara Gaya yang menarik (5 markah)
-gaya yang menarik/berkeyakinan
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens Isi yang tertib (5 markah)
-susunan idea/isi
Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)
Adab
Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika;
-menyentuh isu sensitif Adab (5 markah)
-menggunakan bahasa yang kurang sopan
-tidak sempat membuat kesimpulan Istimewa (5 markah)

Istimewa Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab


Peserta akan diadili dari segi persembahan dan istimewa
keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri

Jumlah Markah Keseluruhan: 100 %

Disahkan oleh,

Tandatangan :……………………………………….

Nama Hakim :………………………………………. Tarikh :...........................

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 13


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
BERCERITA

1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberikan
pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu,
tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit
merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak
bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita penting dalam kalangan murid sekolah rendah jenis kebangsaan untuk
mempertingkatkan kualiti kemahiran psikomotor dan membina kecekapan berbahasa iaitu
bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya serta ekspresi yang sesuai. Secara tidak
langsung dapat memperkayakan kemahiran bertutur dalam kalangan murid bagi meletakkan
bahasa Melayu yang sepatutnya, seiring dengan kedudukan sebagai bahasa kebangsaan
seperti termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Oleh demikian, Pertandingan
Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan bagi murid tahap 2 sangat
sesuai dijadikan aktiviti pertandingan pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA

2.1 Setiap negeri dikehendaki menghantar Skrip Cerita setiap peserta kepada pihak
penganjur seperti format berikut:

2.1.1 Skrip cerita mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11 dan
jarak 1.5.
2.1.2 Skrip cerita yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan tajuk
cerita.
2.1.3 Skrip cerita yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip
MUKTAMAD.
2.2 Para peserta dibenarkan memakai kostum mengikut kesesuaian cerita yang
disampaikan. Kostum dan persembahan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum,
agama, negeri atau negara. Markah bonus diperuntukkan kepada peserta yang
memakai kostum.

2.3 Peserta tidak dibenarkan memperkenalkan diri, sekolah dan negeri


masing-masing semasa menyampaikan cerita.

2.4 Pengacara majlis tidak dibenarkan memperkenalkan nama sekolah dan


nama negeri setiap peserta semasa pertandingan dijalankan.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 14


3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan bercerita yang dipersembahkan mestilah bertunjangkan;

3.1.1 Tema Perpaduan / Patriotik.

3.1.2 Berkonsepkan cerita-teater (bergerak/berlakon/main suara/dialog).

3.1.3 Persembahan WAJIB mempunyai watak pencerita dan jalan cerita.

3.1.4 Penceritaan yang kreatif, menarik dan memberikan kesan kepada


khalayak.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan bercerita dilaksanakan dalam satu pusingan sahaja.

4.2 Masa penyampaian cerita antara enam (6) minit hingga lapan (8) minit sahaja.

4.3 Satu (1) markah akan ditolak jika peserta menyampaikan cerita kurang enam
(6) minit manakala peserta menyampaikan cerita melebihi 8 minit yang
diperuntukkan, satu (1) markah akan ditolak setiap 30 saat.

4.3.1 Sistem Penolakan Markah :


4.3.1 (a) Sebelum 6 minit : - 1 markah
4.3.1 (b) Selepas 8 minit : - 1 markah (8.01s - 8.30s)
- 1 markah (8.31s - 9.00s)

4.4 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-6. Pada minit ke-8, loceng akan
dibunyikan sebanyak dua (2) kali menandakan masa persembahan telah tamat.

4.5 Kandungan cerita yang dipersembahkan mestilah berdasarkan tema perpaduan dan
patriotik seperti kisah pahlawan, tokoh negara, tokoh sejarah, haiwan dan lain-lain.
Dilarang menyentuh isu-isu sensitif seperti isu politik, isu ras, isu agama dan
sebagainya.

4.6 Sumber bahan cerita boleh dipilih daripada medium yang berikut:

4.6.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.


4.6.2 Cerita daripada hasil karya sendiri, majalah, media massa atau Internet.

4.7 Peserta boleh menggunakan teknik main peranan bagi menghidupkan


watak penceritaan berkonsepkan teater.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 15


4.8 Peserta dibenarkan bergerak di atas pentas semasa menyampaikan cerita tetapi
tidak keterlaluan sehingga menyinggung perasaan.

4.9 Unsur puisi, nyanyian, tukar suara dan cakap ajuk dibenarkan untuk
mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.

4.10 Tidak dibenarkan menggunakan prop, muzik, kesan bunyi semasa


menyampaikan cerita.

5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Sistem markah bersepadu akan digunakan pada peringkat kebangsaan.

5.2 Tiga (3) orang hakim yang dilantik oleh pihak penganjur (BSSK,KPM)
akan bertanggungjawab untuk proses penilaian dan pemarkahan.

5.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti persembahan yang berpandukan tema
perpaduan dan patriotik serta menepati kriteria yang telah ditetapkan.

6.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh,
membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan
politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni
sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.

6.3 Lima (5) markah maksimum sahaja akan diberikan kepada peserta yang pegang
nota atau teks serta cerita tidak menepati tema.

6.4 Peserta bercerita akan dinilai berdasarkan kriteria seperti yang berikut;
i. Isi cerita dan nilai cerita : 30 markah
ii. Bahasa : 20 markah
iii. Persembahan : 35 markah
iv. Kawalan suara dan kostum : 15 markah
Jumlah : 100 markah

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 16


Borang Pemarkahan Pertandingan Bercerita

BORANG PEMARKAHAN
BERCERITA PIALA PERPADUAN SJKC & SJKT 2023
Masa: 8 minit Peserta : ..................
Isi Cerita dan Nilai Cerita (30 Markah) Jumlah
Kriteria Markah
Peserta akan diadili berdasarkan penceritaan yang
Isi cerita dan plot cerita yang menarik (10 markah)
dibawa dari segi:
-Isi cerita dan plot cerita yang kemas dan menarik Pengolahan isi cerita yang menarik dan menepati tema (10 markah)
(keseluruhan)
-Pengolahan isi cerita menarik dan menepati tema Mesej perpaduan/patriotik (10 markah)
perpaduan/patriotik
- Mesej perpaduan/patriotik dipersembahkan Jumlah Markah Isi Cerita
jelas & berkesan
Bahasa (20 markah)
Peserta akan diadili berdasarkan penceritaan yang
Sebutan baku dan struktur bahasa yang kemas (10 markah)
dibawa dari segi:
-Sebutan baku dan struktur bahasa yang kemas
Bahasa yang kreatif, indah dan menarik (10 markah)
dalam penceritaan
-Petah dan bahasa yang jelas serta tepat Jumlah Markah Bahasa
-Pengolahan bahasa yang kreatif, indah dan menarik
Persembahan (35 markah)
Peserta akan diadili dalam persembahan dari segi:
Kepetahan dan kelancaran (10 markah)
-Kepetahan dan kelancaran semasa bercerita
-Menghayati watak dan perwatakan Menghayati watak dan perwatakan (10 markah)
-Gaya yang menarik, berkeyakinan dan mampu
mempengaruhi/menarik perhatian audiens Gaya, keyakinan dan penguasaan pentas (10 markah)
-Tidak melanggar isu sensitif dan keunikan
persembahan Adab dan keistimewaan (5 markah)
Jumlah Markah Persembahan
Kawalan Suara dan Kostum (15 markah)

Peserta akan diadili dari segi:


Corak intonasi & kawalan suara menarik (10 markah)
-Corak intonasi dan kawalan suara yang
menarik dan sesuai Kostum/Pakaian yang menepati dengan cerita (5 markah)
Bonus: Keterampilan kostum
Peserta akan diadili dari segi
Jumlah Markah Kawalan Suara dan Kostum
-Pakaian yang menepati cerita

Jumlah markah keseluruhan: 100 %

Disahkan oleh,

Tandatangan :……………………………………….

Nama Hakim :………………………………………. Tarikh :.................................

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 17


BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN

Saya (nama ibu/bapa/penjaga)........................................................................................................................kepada


(nama anak) ........................................................................................................…................…..
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak......................................................................................................dari sekolah
..........................................................................……………Negeri...................................................................untuk
menyertai aktiviti .........................................……………………………………………………………………
….…………………………………………………………………………………………………………………..
Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak penganjur. Walaupun
demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan arahan sepanjang program
dijalankan.

Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej dan/atau suara dan
menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada rakaman video, pada filem, pada
gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk medium elektronik atau cetak dan untuk mengedit atau
merekod mengikut budi bicara mereka.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ..............................................


(R) : ............................................... (P) : ..............................................

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................................................

(Nama : ) Tarikh: ......................

(No. KP...........................................................)

Pengesahan Pengetua/Guru Besar

.................................................................
(Nama: )
Cop Jawatan: Tarikh: ........................
No. KP: Cop Sekolah :

(Satu (1) salinan dihantar kepada penganjur melalui pautan yang akan diberikan.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 18

You might also like