You are on page 1of 13

PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN

(PSKPP) KANOWIT 2024

_________________________________________________________
__

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


SEPAK TAKRAW
PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN
(PSKPP) KANOWIT 2024)
UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPAK
TAKRAW PESTA PSKPP DAERAH KANOWIT 2024

1.0 PROGRAM

1.1 Kejohanan Sepak Takraw ini akan dikenali sebagai Kejohanan Sepak
Takraw Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP)
Kanowit 2024

2.0 MATLAMAT

2.1 Mengenalpasti dan memilih pemain-pemain di kalangan guru dan staf


yang berkelayakan untuk mewakili Zon Kanowit.

2.2 Mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru dan staf yang


berkhidmat di bawah naungan Jabatan Pendidikan Daerah Kanowit.

2.3 Memupuk semangat bersaing secara sihat di kalangan peserta - peserta.

2.4 Memupuk budaya sukan di kalangan guru – guru dan staf.

3.0 PENGURUSAN

3.1 Kejohanan Sepak Takraw ini adalah anjuran PESTA SUKAN


KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) Kanowit.

3.2 PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN


(PSKPP) Kanowit melantik SK Ulu Ranan, Kanowit untuk mengelola
pertandingan Sepak Takraw PSKPP Daerah Kanowit

4.0 KELAYAKAN

4.1 Semua ahli Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP)


Kanowit.

4.2 Kejohanan Sepak Takraw Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran


(PSKPP) Kanowit 2024 akan dijalankan secara Regu. Setiap bahagian
menghantar satu (1) pasukan yang mengandungi;

4.2.1 Seorang pengurus pasukan

4.2.2 Seorang Ketua Pasukan

4.2.3 Satu (1) pasukan pemain senior yang mengandungi 5 orang pemain
termasuk dua (2) orang pemain simpanan
4.2.4 Satu (1) pasukan veteran umur 40 TAHUN DAN KE ATAS. (lahir
pada tahun 1984 dan sebelum)

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam dua (2) peringkat, iaitu peringkat
separuh
akhir dan peringkat akhir. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut tertib
berikut ;

5.1.1 Regu I (senior)


5.1.2 Regu II (Veteran 40 tahun ke atas)
5.1.3 Regu senior dan Regu veteran dipertandingkan secara
berasingan.

5.2 SEPARUH AKHIR (KALAH MATI)

5.2.1 Perlawanan (Senior): ZON KANOWIT vs ZON SFX


ZON SEDAYA vs ZON DAP

5.2.2 Perlawanan (Vateren) : ZON SEDAYA vs ZON KANOWIT


ZON SFX vs ZON DAP

5.3 AKHIR

5.3.1 Pemenang perlawanan 1 vs


pemenang perlawanan 2

5.3.2 Penentuan tempat ketiga dan keempat akan dijalankan sebelum


perlawana akhir

6.0 SISTEM KIRAAN MATA

6.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula,
satu mata akan diberi kepada pihak lawan.

6.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat MATA DUA PULUH SATU (21)
dengan kelebihan minima DUA (2) MATA.Bila regu terikat mata 20-20, set tersebut
dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-
mana regu mencapai mata dua puluh lima (25) ( yang mana dahulu ). Apabila regu
terikat mata 20-20, maka pengadil akan membuat pengumuman “lanjutan mata 22”

6.3 Dalam perlawanan berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 SET (BEST OF 3 )


dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 daripada 3
set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan
ketiga.

7. PEMAIN-PEMAIN

7.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3
orang pemain.

7.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan
“Tekong” (server).

7.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan
seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan ‟Apit Kiri ‟
manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan ‟Apit Kanan ‟. Kedua-dua
pemain dinamakan ‟Apit‟.

8.0 REHAT (TIME-OUT)

8.1 Setiap regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.
Rehat boleh diminta oleh pengurus pasukan atau jurulatih semasa bola tidak berada
dalam permainan.Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik

9.0 PERMAINAN TERGENDALA

9.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau
pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk
setiap regu.

9.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga
5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian
pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain
maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.

9.3 Cuma pengadil rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila


berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran jawatankuasa pertandingan.

9.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua pemain tidak dibenarkan


keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.

10.0 TATATERTIB ( DISIPLIN)

10.1 Semua pemain mestilah mematuhi undang -undang permainan.

10.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa pengadil jika ada
sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang
dibuat dan pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang
telah dibuatnya.
10.3 Pengurus / jurulatih rasmi dan pegawai dilarang membantah keputusan
Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan
kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai
berkenaan.

11.0 HUKUMAN

11.1 KAD KUNING

Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-

11.1.1 Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara-


perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan
keseluruhan pertandingan

11.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata – kata kesat.

11.1.3 Berulang kali melakukan melanggar undang – undang permainan dan


peraturan pertandingan.

11.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh pengadil.

11.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

11.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan


pengadil.

11.2 KAD MERAH

Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad


merah jika melakukan kesalahan berikut:-

11.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran


oleh pengadil.

11.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.

11.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.

11.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

11.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.

11.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam
atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, pengadil, pembantu
pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan
adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:

11.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama


Hukuman : Amaran Biasa

11.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan


yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama.

Hukuman : Digantung satu perlawanan

11.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu


perlawanan di kejohanan yang sama.

Hukuman : (i) Digantung 2 perlawanan.

11.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua


perlawanan di kejohanan yang sama.

11.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang


sama.

Hukuman : (i) Digantung dua perlawanan.

(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga


dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.

11.4 Mana – mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh pengadil
sama ada Kesalahan di dalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak
lawan, rakan sepasukan, pengadil, pembantu pengadil, pengadil garisan atau
mana-mana pegawai: Kad merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut
akan di ambil:-

11.4.1 Kesalahan : Menerima Kad merah

Hukuman : Di gantung serta – merta daripada bermain dalam mana –


mana perlawanan

12.0 PERATURAN DAN UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN

12.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan


dijalankan menurut UNDANG – UNDANG PERMAINAN GABUNGAN
SEPAK TAKRAW ANTARABANGSA ( ISTAF) (Pindaan dalam Kongres
ISTAF pada 17 hb Januari 2011 di Bangkok, Thailand) jika berlaku
pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam
Undang-Undang Permainan ini, keputusan pengadil rasmi adalah
MUKTAMAD.
13.0 GELANGGANG

13.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga
8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

13.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari
penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0
m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

13.3 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari
penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0
m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

13.3 Garisan Tengah

Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua


bahagian yang sama besar.

13.4 Garisan Suku Bulatan

Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah
berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan
tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.

13.5 Bulatan Sepak Mula

Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan
kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan
belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari
garisan tepi.

Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

14.0. TIANG

14.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya
hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04
m.

14.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan
sebaris dengan garisan tengah gelanggang.
15.0 JARING

15.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran
0.06 m hingga 0.08 m.

15.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari
dengan garisan tengah gelanggang.

15.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke
bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

15.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di
perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali
regangan di atas paras tiang.

15.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk
wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m dari permukaan gelanggang.

16.0 BOLA TAKRAW

16.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat,
ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.

16.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

16.2.1 Mempunyai 12 lubang.

16.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

16.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk
pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.

16.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain
lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.

16.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang
tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
17.0 PAKAIAN PEMAIN

17.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan
sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau
mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang
sama sekali.

17.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai


warna jersi yang berlainan.

17.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut
sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan
sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke
dalam seluar.

17.5 Semua pakaian pemain hendaklah BERNOMBOR DIBAHAGIAN


BELAKANG. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk
keseluruhan kejohanan.

17.6 Ketua regu hendaklah memakai “ARM BAND” di lengan kiri.

18.0 GANTIAN PEMAIN

18.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain
simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang
lain di dalam pertandingan yang sama.

18.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan
Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam
permainan.

18.3 Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum SEORANG
(1) PEMAIN SIMPANAN bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang
sedia ada .

18.4 Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada pengadil


rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana pengadil
bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh
dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.

18.5 Jika regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya,
maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.

18.5 Mana-mana regu yang mempunyai KURANG DARIPADA TIGA (3)


PEMAIN tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan DIANGGAP KALAH.

18.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu
tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya pertukaran masih
belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika pertukaran telah dilakukan dalam set
tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad
merah dianggap kalah.

19.0 UNDIAN DAN WARM-UP

19.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran
kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama
ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian
hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu
hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.

19.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan “Warm-Up” selama 2 minit dan
diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya EMPAT (4) orang sahaja yang
dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola
rasmi.

20.0 KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam
petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.

9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi
kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.

9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam
suku bulatan masing-masing.

9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak
gelanggangnya.
21.0 PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.

21.1 Perlawanan dikendalikan oleh seorang pengadil ( berada di salah satu hujung
Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ),
seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), Regu melakukan sepak
mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung
oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir
selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata
dius ( bila kedua-dua regu pada mata 20-20 ) servis akan bertukar pada setiap
mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya.
Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

21.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata.
Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka
campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi
olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan
yang sama maka campakan itu dianggap batal.

21.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di
dalam gelanggang masing-masing.

21.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring
atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang
pasukan lawan.

21.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika
keputusan telah diperolehi.

21.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga – tiga regu dalam pasukan hendaklah
bermain.

22.0 PERKARA-PERKARA BATAL

22.1 Pihak Sepak Mula

22.1.1 Apit yang membuat campakan, memain – mainkan bola ( menghempas,


mencampak dan lain – lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

22.1.2 Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau
melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk
servis.

22.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki
memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan
sepak mula.
22.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.

22.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke


gelanggang lawan.

22.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

22.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

22.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain – lain bahagian tangan semasa
melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi
menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.

22.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil


mengumumkan mata buat kali kedua.

22.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

22.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau


menengking pihak lawan.

22.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

22.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan

22.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang


lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa “follow –
through”.

22.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

22.3.4 Bola menyentuh tangan.

22.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara


kedua – dua paha / kaki atau badan.

22.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit
kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh
ke kawasan gelanggang lawan.

22.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

22.3.8 Mana – mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu
melakukan sepakan.

23.0 PENGADILAN

23.1 Semua perlawanan akan diadili oleh wakil dari setiap pasukan yang bertanding
ataupun setiap zon perlu menghantar seorang wakil untuk menjadi pengadil.
Keputusan Pengadil adalah muktamad sebarang bantahan tidak akan dilayan.
24.0 AM

24.1 Pengelola TIDAK bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kecederaan,


kematian dan kehilangan barang – barang pegawai dan pemain – pemain di
sepanjang kejohanan ini

25.0 TAKLIMAT

25.1 Taklimat pengurus pasukan hanya akan dihadiri oleh pengurus pasukan yang
berdaftar, dan kehadiran jurulatih sebagai pemerhati sahaja.

You might also like