CTU Written Assignment
CTU Written Assignment
1.0 PENGENALAN........................................................................................................................1
2.0 RINGKASAN ARTIKEL.......................................................................................................... 2
2.1 Pengenalan........................................................................................................................2
2.2 Kaedah / Metode Kajian.................................................................................................... 2
2.3 Masyarakat Superdiversity di Malaysia............................................................................. 3
2.4 Konsep Kesepaduan Sosial...............................................................................................3
2.5 Cabaran............................................................................................................................. 4
2.5.1 Etnik.......................................................................................................................... 4
2.5.2 Agama.......................................................................................................................5
2.5.3 Budaya......................................................................................................................5
2.5.4 Sosioekonomi........................................................................................................... 6
2.5.5.Politik........................................................................................................................ 7
2.5.6 Pendidikan................................................................................................................ 7
3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL.................................................................................................. 10
3.1 Isi Utama Kandungan Artikel........................................................................................... 10
3.2 Isu Menarik Terdapat Dalam Artikel.................................................................................10
3.3 Adakah Artikel Ini Relevan?............................................................................................. 11
3.4 Ulasan terhadap Penulisan Penulis................................................................................. 11
3.5 Adakah Anda Setuju atau Tidak Setuju dengan Hasil Kajian Penulis?............................11
3.6 Adakah Persoalan Yang Dinyatakan Oleh Penulis Terjawab?........................................ 13
3.7 Metodologi Yang Digunakan Oleh Penulis...................................................................... 13
3.8 Kebolehpercayaan Kajian Artikel & Rujukan yang Digunakan........................................ 14
3.9 Kesan Artikel Terhadap Pemikiran/Pandangan................................................................ 15
4.0 RUMUSAN............................................................................................................................ 16
5.0 CADANGAN..........................................................................................................................16
RUJUKAN................................................................................................................................... 17
1.0 PENGENALAN
Dalam menjadi rakyat Malaysia, ianya tidak janggal bagi kita untuk hidup dengan
masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Namun begitu, walaupun sudah mencapai
kemerdekaan yang ke-67, kita masih lagi menempuh rintangan dalam memupuk perpaduan
dan harmonisasi dalam kalangan warga Malaysia. Oleh itu, kami memilih bidang kajian yang
memfokuskan tentang cabaran memperoleh kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Artikel ini ditulis oleh Lina Mastura Jusoh dan Zaleha Embong. Penulis Lina Mastura
Jusoh merupakan pelajar Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Falsafah dan Pembangunan
Kemasyarakatan di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI), Universiti
Malaysia Kelantan (UMK), manakala, penulis Zaleha Embong ialah Pensyarah Kanan di
Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI),
Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Bidang kepakaran beliau adalah Konflik dan Perdamaian,
Pengurusan Masyarakat Majmuk serta Pembangunan Komuniti. Kedua-dua penulis ini
mempunyai pengalaman dalam menulis dua artikel yang lain secara bersama-sama.
1
2.0 RINGKASAN ARTIKEL
Artikel Cabaran Memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Superdiversity di
Malaysia ini mempunyai 6 sub topik keseluruhan.
2.1 Pengenalan
Penulis memulakan artikel dengan pengenalan yang menerangkan tentang superdiversity.
Beliau menyentuh isu berkaitan kesepaduan sosial dimana ianya adalah penting untuk
mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Di Malaysia, matlamatnya
adalah untuk mencapai perpaduan melalui proses integrasi sosial yang telah wujud dalam
kehidupan seharian. Pada mulanya, kepelbagaian masyarakat diurus mengikut pengkategorian
ras, tetapi kini turut melibatkan elemen budaya. Penulis telah memberikan satu gambaran
dimana globalisasi dan transmigrasi yang pesat telah membawa kepada perubahan daripada
masyarakat homogen seperti Jepun dan Korean kepada masyarakat yang semakin heterogen
seperti United Kingdom.
Namun begitu, di Malaysia penulis mendapati ada faktor-faktor seperti ketidakfahaman antara
kaum, proses sosialisasi yang terhad, politik berdasarkan kaum, dan cabaran mentaliti menjadi
halangan kepada kesepaduan sosial, terutama di kalangan belia. Penulis berpendapat bahawa
kesepaduan sosial ialah proses berterusan yang telah dibangunkan melalui proses atas
top-down (atas ke bawah) yang dicetuskan oleh kerajaan seperti penggubalan dasar-dasar
negara, pembentukan rancangan jangka pendek dan jangka panjang negara penghasilan
simbol-simbol kenegaraan untuk diterapkan dalam masyarakat. Begitu juga dengan proses
bottom-up (bawah ke atas) yang telah diterapkan sekian lama dalam kalangan masyarakat
tanpa campur tangan kerajaan seperti gotong-royong. Oleh itu, bagi mengekalkan ketegangan
yang stabil di Malaysia, usaha daripada pelbagai pihak diperlukan bagi memastikan keadaan
aman dan harmoni.
2
kaum di Malaysia turut dikaji and dibicarakan daripada aspek rintangan etnik, rintangan agama,
rintangan budaya, rintangan sosioekonomi, rintangan politik dan rintangan pendidikan.
Islam ditekankan sebagai pendekatan untuk menghormati perbezaan dan mengenali satu sama
lain. Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat menekankan kepentingan manusia saling mengenali
untuk mencapai kemuliaan hati, budi, akhlak, dan ketakwaan kepada Allah. Pendekatan ini juga
bertujuan untuk mengelakkan perasaan superioriti dan mendorong hubungan positif di kalangan
masyarakat berbilang budaya.
Pandangan Hamka dan Fathi Osman menekankan kepelbagaian sebagai elemen yang
menggalakkan interaksi positif, kerjasama, dan melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu,
kepelbagaian manusia dapat menjadi sumber kekayaan dalam membina masyarakat yang
harmoni dan inklusif.
Pertama sekali, Emile Durkheim (1982) yang merupakan Bapa Sosiologi memberi
pandangannya, iaitu kesepaduan sosial bagi masyarakat bekerjasama dalam pelbagai
peringkat boleh dikekalkan dengan kerjasama kerajaan dan undang-undang yang dilaksanakan.
Hal ini kerana, pendapat beliau adalah kesepaduan sosial adalah berjenis mekanikal bagi
3
masyarakat pra-industri kepada perpaduan berbentuk organik yang boleh dilihat kepada dunia
moden. Selain itu, Max Weber (1949) juga memberi pendapat bahawa kesepaduan sosial
merupakan perkara yang perlu diambil berat dalam pembangunan sosial dari bahagian
idea-idea kolektif. Justeru itu, Talcott Parsons (1965) percaya bahawa apabila semua orang
dalam masyarakat berkongsi nilai yang sama, semua masyarakat akan bersatu dan bekerja
dengan baik sebagai satu pasukan. Sementara itu, Judith Maxwell (1996), beliau berpendapat
bahawa perpaduan sosial membantu orang ramai bekerja bersama-sama dan berasa seperti
mereka tergolong dalam komuniti mereka. Ia adalah perkara positif yang membantu semua
individu mempunyai rasa kekitaan.
Kesepaduan sosial bermakna anda tidak boleh mengelak daripada menjadi sebahagian
daripada komuniti. Perkara yang membantu mewujudkan perpaduan sosial ialah perasaan
menjadi sebahagian daripada komuniti. Perasaan seperti ini adalah perkara yang membantu
menyatukan orang ramai. Di samping itu, Jane Jenson (1998) melihat bahawa kesepaduan
sosial bererti setiap orang di suatu negara atau negeri merasa bertanggung jawab satu sama
lain dan ingin hidup dengan aman dan harmoni. Akhir sekali, penulis juga meletakkan tokoh lain
yang membincangkan kesepaduan sosial iaitu Berger (1998) dan Gough dan Olofsson (1999).
Menurut mereka, kesepaduan sosial bermaksud orang ramai berhubung dan bekerjasama
dengan baik. Ia membantu komuniti kekal kuat dan mengelakkan perpecahan. Oleh itu,
kesepaduan sosial adalah mengenai sejauh mana semua orang bergaul dan kekal bersatu.
2.5 Cabaran
Akhir sekali, penulis menekankan cabaran bagi memperkukuhkan kesepaduan sosial dalam
masyarakat superdivirsity. Untuk mengekalkan kesepaduan sosial di Malaysia, bukanlah
merupakan perkara yang mudah kerana terdapat pelbagai jenis cabaran besar yang perlu
dihadapi sebagai sebuah negara yang mempunya masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu,
terdapat beberapa cabaran utama yang dihadapi dalam perjalanan memperkukuh kesepaduan
sosial dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai diversity. Antaranya adalah cabaran
kepelbagaian etnik, cabaran kepelbagaian agama, cabarang kepelbagaian budaya, cabaran
sosioekonomi, cabaran politik dan cabaran pendidikan.
2.5.1 Etnik
Penulis memulakan dengan memberi pengertian etnik yang dirujuk daripada Wan Hashim
(2014) dimana etnik ialah sekumpulan manusia yang telah membentu satu jati diri berasaskan
4
persamaan latar belakang sejarah, budaya, bahasa dan adat resam. Penulis juga menguraikan
konsep masyarakat majmuk yang berkembang melalui kedatangan Cina dan India, membawa
kepada perubahan komposisi penduduk. Seterusnya penulis menghuraikan salah satu
rintangan utama terhadap perpaduan adalah rintangan mentaliti, termasuk stereotaip,
prasangka, diskriminasi, dan etnosentrisme. Meskipun terdapat konflik, Malaysia diakui sebagai
negara aman dan stabil, dengan pentingnya memahami isu-isu yang berkaitan dengan
hubungan etnik untuk menjaga kesejahteraan hidup yang harmoni.
2.5.2 Agama
Penulis menunjukkan pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian agama di Malaysia.
Beliau membawa masuk konsep toleransi beragama dan menyelaraskan ajaran agama,
khususnya Islam, dengan nilai-nilai toleransi dan keadilan terhadap golongan bukan Islam.
Pendekatan penulis juga mencerminkan keprihatinan terhadap cabaran dalam memastikan
kefahaman terhadap budaya kaum lain diambil kira dengan serius. Dengan membawa masuk
contoh-contoh seperti isu azan, perayaan Thaipusam dan Qing Ming, penulis menunjukkan
pemahaman terhadap ketidakfahaman yang mungkin timbul dan perlunya usaha konkrit untuk
mengatasi masalah tersebut.
Penulis turut menyoroti asas toleransi beragama di Malaysia yang berasaskan kepada
perlembagaan negara. Ini menunjukkan kesedaran terhadap struktur undang-undang dan
prinsip-prinsip yang menggalakkan kebebasan beragama sambil tetap menjaga keharmonian
sosial. Dengan merujuk kepada ayat Al-mumtahanah dalam Al-Quran dan pendapat Hamka,
penulis menekankan pentingnya perbuatan baik dan perlakuan adil terhadap semua golongan
termasuk yang berlainan agama. Ini mencerminkan pendekatan yang inklusif dan
menggalakkan sikap hormat-menghormati dalam masyarakat.
2.5.3 Budaya
Seterusnya, penulis juga meletakkan cabaran kepelbagaian budaya antara salah satu cabaran
yang dihadapi bagi mengekalkan kesepaduan sosial. Penulis sekali lagi menyebut bahawa di
Malaysia terdapat pelbagai kaum yang. Ini menjadikan terdapat pelbagai jenis cara hidup dan
budaya yang diamalkan bagi setiap jenis kaum. Penulis seterusnya, menerangkan
kepelbagaian budaya boleh dilihat dari makanan, sosialisasi keluarga, amalan agama dan
pembentukan organisasi bagi menjaga kepentingan kaum mereka sendiri.
5
Penulis juga menyatakan setiap kaum masyarakat akan mempunyai budaya dan pantang
larang yang mempunyai kaitan dengan agama mereka. Ini boleh menyebabkan setiap budaya
mempunyai perbezaan antara satu kaum dengan kaum yang lain yang boleh dijadikan sebagai
konflik antara masyarakat superdiversity kerana akan terdapat isu-isu sensitif pada salah satu
budaya yang tidak diamalkan di budaya yang lain. Oleh itu, penulis menekankan bahawa isu-isu
budaya perlu ditangani sebagai masyarakat yang hidup di negara yang mempunyai pelbagai
kau, budaya dan pegangan agama mereka kerana kelalaian dalam mengelakkan konflik antara
budaya bagi satu kaum dengan kaum yang lain boleh menyebabkan negara menjadi tidak
aman.
2.5.4 Sosioekonomi
Penulis menggariskan isu keadilan sosial dalam konteks ekonomi Malaysia, khususnya dalam
aspek perbezaan etnik. Penulis merujuk kepada kajian oleh Siti Noor Atikah Mohd Shamsuddin,
Ahmad Sunawari Long dan Yuri Mohamad Ramli (2021) serta pandangan Chandra Muzaffar
(2012) untuk menggambarkan ketidakseimbangan ekonomi di masyarakat atasan dan bawahan
dalam kelompok Bumiputra.
Penulis memberi penekanan terhadap perubahan sejak awal 1970 an dalam usaha Malaysia
untuk menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang pelbagai. Kerajaan
memajukan bidang perindustrian, meningkatkan peluang pekerjaan dan memperhebatkan
pembangunan kawasan desa. Namun, penulis mencadangkan bahawa pendekatan ekonomi
yang hanya memperbaiki keadaan ekonomi tanpa mengambil kira ketidakseimbangan dalam
strata sosial mungkin tidak mencukupi.
Penulis juga merujuk kepada pandangan Khoo Kay Kim (1984) yang menyokong idea
penyusunan semula masyarakat dengan melibatkan orang Melayu dalam sektor perindustrian
dan perdagangan. Namun, penulis juga menekankan bahawa pendekatan ini harus dilakukan
tanpa mengabaikan kedudukan masyarakat dalam strata atas atau bawah.
Akhirnya, penulis merujuk kepada pandangan Syed Husin Ali (2015) yang menyeru agar sistem
ekonomi diberi penelitian tersusun untuk mengelakkan pemisahan dalam masyarakat pelbagai
kaum. Kesimpulannya, esei ini memberikan analisa yang mendalam tentang keadaan ekonomi
Malaysia, menyoroti keretakan yang ada dalam sistem ekonomi berdasarkan etnik dan
6
mencadangkan perlunya pendekatan yang menyeluruh dan adil untuk memastikan keadilan
sosial di dalam masyarakat pelbagai kaum.
2.5.5.Politik
Penulis membincangkan kestabilan politik Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957. Malaysia dikenali sebagai negara yang aman dan stabil, kecuali insiden
ketegangan kaum pada tahun 1969 yang membawa kepada perubahan politik. Namun, penulis
menyoroti perubahan terkini dalam senario politik Malaysia, terutama setelah Pilihan Raya
Umum 2008.
Penulis juga menekankan bahawa walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik,
mereka dapat hidup secara aman dan damai dan harmoni. Walau bagaimanapun, penulis juga
mencatatkan bahwa kesepaduan di antara semua pihak penting untuk mempertahankan
kemakmuran. Dalam konteks politik, Malaysia menjalankan pilihan raya sebagai salah satu ciri
keunikan negara ini.
Selanjutnya, penulis membincangkan budaya politik dalam masyarakat Malaysia. Budaya politik
dijelaskan sebagai corak berfikir, sikap dan tindakan individu atau masyarakat dalam
menyatakan sokongan terhadap ahli politik atau parti politik. Budaya politik ini dipengaruhi oleh
faktor-faktor seperti agama, identiti etnik, dan wilayah geografi, yang dianggap sebagai
sentimen primordial. Penulis menyatakan bahawa budaya politik ini memainkan peranan
penting dalam pembangunan politik di Malaysia.
2.5.6 Pendidikan
Penulis menyatakan bahawa pendidikan boleh mengubah taraf hidup seseorang oleh itu,
pendidikan merupakan faktor yang penting dalam hidup sesebuah masyarakat. Penulis
kemudian merujuk Abd Rahim Abd Rashid (2002) yang menyatakan untuk memastikan tahap
pendidikan ditingkatkan di negara, kita akan lebih cepat menghadam ilmu apabila kita
memulakan pembelajaran dari kecil bermula sebelum tadika, sehingga ke peringkat tertinggi.
7
Penulis juga merujuk sekali lagi kepada Banks (1993) yang menekankan bahawa apabila
terdapat pelbagai jenis pelajar yang berlainan kaum di sekolah, adalah penting untuk guru
memainkan peranan mereka. Guru perlu menerapkan dalam diri pelajar untuk bersikap mesra
dan membantu pelajar daripada budaya, bahasa dan latar belakang yang berbeza supaya
semua pelajar boleh bergaul dan belajar bersama.
Seterusnya, penulis merujuk Noraini, Mohd Aderi & Mohd Isa, (2014), bahawa kebudayaan
masyarakan perlu diambil berat dalam bahagian pendidikan dalam masyarakat yang berbilang
kaum. Penulis menerangkan di Malaysia sistem persekolahan dibahagi kepada tiga jenis aliran
iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) rendah dan menengah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) di mana, setiap jenis sekolah
menggunakan bahasa utama yang berbeza. Bahasa Melayu digunakan di SK, bahasa Cina dan
Tamil digunakan di SJKC dan SJKT. Penulis meneruskan penjelasan mengapa pendidikan
merupakan salah satu cabaran memperkukuhkan kesepaduan sosial kerana kewujudan tiga
jenis sekolah menyebablan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang
mempunyai majoriti kaum tersendiri seperti ibu bapa Melayu menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Kebangsaan, manakala ibu bapa Cina dan India pula menghantar anak-anak mereka
ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Hal ini menyebabkan terdapat pembahagian
kaum yang ketara. Penulis teruskan penjelasannya dengan memberikan sebab utama para ibu
bapa membuat kepitusan untuk menghantar anak mereka ke sekolah tertemtu adalah kerana
faktor bahasa utama yang digunakan di sekolah. Penulis memberikan contoh seperti Ibu bapa
Cina dan India tidak mahu menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan dengan alasan
tidak mahu anaknya menjadi Melayu dan menggunakan bahasa Melayu iaitu bukan bahasa
ibunda mereka kerana Sekolah Kebangsaan mempunyai majoriti anak-anak Melayu
(Shaharuddin Badaruddin, Azman Ayob & Mazlan Che Soh, t.t).
Di samping itu, penulis menerangkan usaha kerajaan untuk menambah kelas Mandarin dan
Tamil di sekolah, tetapi ibu bapa Cina dan India masih belum berminat untuk menghantar anak
mereka ke sekolah ini.
Bagi membantu rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang kuat dan penyayang, kerajaan ingin
mewujudkan sebuah sekolah khas yang dinamakan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan
merupakan kelompok Sekolah Kebangsaan, Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina dan
Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang semuanya berada di satu tempat. Cara sekolah
8
ini dikendalikan dan disusun akan kekal sama. Bezanya sekolah-sekolah ini kini berada di
tempat yang sama dan bukannya terpisah. Idea Sekolah Wawasan adalah untuk
menghimpunkan rakyat dari pelbagai kaum di Malaysia. Ini boleh membantu merapatkan rakyat
Malaysia dan mengurangkan pemisahan antara kumpulan etnik yang berbeza. Penulis
seterusnya merujuk Shaharuddin Badaruddin, Azman Ayob & Mazlan Che Soh, t.t, apabila
budaya yang berbeza bersatu dan berfungsi dengan baik, ia mewujudkan masyarakat yang
pelbagai dan inklusif di mana semua orang bersatu.
Selain itu, penulis meneruskan lagi pandangannya dengan merujuk ujuk Pembelajaran Abad
Ke-21 dalam kepelbagaian budaya adalah untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum
dan etnik di Malaysia agar dapat menghapuskan prasangka dan stereotip kaum bagi usaha
memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya (Ab.
Halim Tamuri & Nur Hanani Husin, 2017).
9
3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL
Pengenalan artikel ini telah merungkai dengan jelas tentang konsep masyarakat superdiversity
di Malaysia, memberikan pemahaman terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi dalam
mencapai kesepaduan sosial. Kemudian, penulis membincangkan cabaran utama yang
dihadapi oleh Malaysia sebagai sebuah negara super diversity. Terdapat pelbagai cabaran
dalam aspek-etnik, budaya dan agama termasuk dalam bidang politik, sosioekonomi, dan
pendidikan. Dalam arena politik, parti-parti cenderung untuk mengikuti garis etnik, yang
mencipta dinamika kompleks dalam usaha mencapai kesepaduan. Cabaran sosioekonomi
terutama mencakup jurang pendapatan yang semakin ketara, khususnya di kalangan kelompok
Bumiputra, yang memerlukan pendekatan efektif untuk mengatasi jurang tersebut. Isu-isu
pendidikan termasuk perbahasan tentang pembahagian aliran sekolah dan inisiatif seperti
konsep Sekolah Wawasan sebagai upaya untuk memupuk integrasi etnik. Cabaran dalam
bidang budaya dan agama memerlukan pendekatan holistik dalam mengelola kepelbagaian dan
memastikan toleransi serta pemahaman saling-menghormati antara masyarakat berbilang
kaum. Keseluruhannya, artikel ini menggambarkan cabaran-cabaran utama yang perlu diatasi
untuk mencapai kesepaduan sosial dalam masyarakat super diversity di Malaysia.
3.2 Isu Menarik Terdapat Dalam Artikel
Isu yang diketengahkan oleh penulis adalah menarik dan sesuai dengan pengedaran masa
kerana dunia kini bukan lagi ditakuk yang sama. Rakyat perlu lebih terbuka dari segi pergaulan
dan pemikiran mereka. Seperti yang telah diulas dan dikupas oleh penulis dalam artikel ini,
perbezaan dari segi etnik, agama, budaya, sosioekonomi, politik dan pendidikan tidak
seharusnya dijadikan faktor penghalang atau pengasingan bagi masyarakat untuk bersatu dan
hidup harmoni.
Pada pendapat kami, dengan penulisan artikel ini, dapat membuka mata dalam mendalami
isu-isu yang muncul dalam usaha mencapai kesepaduan sosial di Malaysia. Melalui
pemahaman yang mendalam terhadap cabaran etnik, politik, sosioekonomi, pendidikan,
budaya, dan agama, kita dapat mengenali akar masalah dan bekerjasama untuk merangkumi
kepelbagaian yang ada. Hanya dengan pemahaman yang mendalam, kita dapat bersatu untuk
menghadapi cabaran ini dan membina masyarakat yang seimbang dan bersatu padu di negara
kita.
10
3.3 Adakah Artikel Ini Relevan?
Artikel ini sesuai untuk digunakan sebagai sumber rujukan para penyelidik di masa hadapan
kerana tajuknya dan isi kandungannya adalah sentiasa relevan untuk dikaji. Masalah dalam
kalangan masyarakat tak akan pernah hilang kerana manusia adalah ciptaan Tuhan yang
kompleks dan pelbagai.
Penyelidik lain boleh menggunakan isi-isi artikel ini untuk dijadikan sebagai titik permulaan
untuk mengembangkan penyelidikan yang lebih mendalam. Dengan mengetahui
cabaran-cabaran dalam mencapai kesepaduan sosial di Malaysia, ia membuka peluang untuk
melahirkan kajian lanjut yang dapat meneliti aspek-aspek tertentu dengan lebih terperinci.
Setiap bahagian dalam isi kandungan memberikan landasan bagi penyelidikan yang lebih
menyeluruh, menyediakan ruang untuk penemuan baru, dan membantu menyumbang kepada
pemahaman yang lebih mendalam tentang dinamik kesepaduan sosial di negara ini.
Gaya penulisan penulis ini boleh dikatakan sebagai formal dengan penggunaan bahasa yang
tepat dan kosa kata yang sesuai bagi konteks artikel tersebut. Penulis berjaya menyampaikan
maklumat secara sistematik dan jelas.
Struktur artikel teratur dengan baik, mengikut format umum yang terdiri daripada pengenalan,
isi, dan kesimpulan. Penulis juga menggunakan sub-bahagian dan sub-tajuk dengan bijak untuk
menyusun kandungan, memudahkan pembaca untuk mengikuti susun alur isinya.
Maklumat yang disampaikan dapat dianggap boleh dipercayai dengan baik, terutama dengan
disertakan rujukan kepada sumber dan bukti yang mendukung setiap pernyataan atau
pandangan. Ini menambahkan keyakinan kepada kandungan artikel.
Namun begitu, penulis disarankan agar menambah dengan lebih banyak pendapat dan
pandangan peribadi mereka terhadap isu yang dibincangkan. Ini bukan sahaja akan memberi
kelebihan tersendiri kepada artikel, tetapi juga memberikan sentuhan personal yang dapat
menarik minat pembaca untuk lebih terlibat dengan kandungan yang disampaikan.
11
3.5 Adakah Anda Setuju atau Tidak Setuju dengan Hasil Kajian Penulis?
Hasil kajian yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini adalah kritikal untuk membentuk
pandangan yang menyeluruh mengenai cabaran kesepaduan sosial dalam masyarakat
Malaysia yang pelbagai. Dalam artikel ini, penulis menggariskan cabaran utama yang dihadapi
oleh Malaysia dalam konteks kepelbagaian agama, budaya, sosioekonomi, politik, dan
pendidikan. Kesedaran terhadap pelbagai agama dan kepercayaan, termasuk Islam, Buddha,
Kristian, Hindu, Tao, Sikh, Bahai, dan kepercayaan tradisional, adalah langkah positif dalam
mewujudkan masyarakat yang berbilang budaya.
Pertama sekali, penulis menyampaikan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Malaysia,
termasuk isu-isu etnik, budaya, agama, politik, sosioekonomi, dan pendidikan. Bagi sesetengah
individu, analisis ini mungkin dianggap tepat dan mencerminkan realiti masyarakat Malaysia.
Sebaliknya, orang lain mungkin berpendapat bahawa aspek tertentu tidak mencerminkan
keadaan sebenar atau ditekankan secara berlebihan.
Kedua, adalah penting untuk menilai metodologi penyelidikan yang digunakan oleh penulis. Jika
kajian itu dijalankan dengan teliti, menggunakan sampel yang mewakili masyarakat Malaysia
dengan baik, dan melibatkan analisis data yang kukuh, maka keputusan kajian tersebut
mungkin lebih boleh dipercayai.
Akhir sekali, pandangan peribadi pembaca juga memainkan peranan penting. Kepercayaan dan
pandangan seseorang terhadap isu-isu tertentu akan mempengaruhi penilaian mereka terhadap
hasil kajian ini. Seseorang yang telah mengalami atau terlibat secara langsung dengan cabaran
kesepaduan sosial mungkin mempunyai pandangan yang berbeza daripada mereka yang
melihatnya dari perspektif luar.
Secara keseluruhan, kami setuju dengan hasil kajian yang dipersembahkan oleh penulis.
Pengenalan artikel telah memberikan gambaran yang jelas mengenai konsep masyarakat
superdiversity di Malaysia dan cabaran yang dihadapi dalam mencapai kesepaduan sosial.
Penulis dengan bijak menghuraikan pelbagai cabaran yang merentasi aspek etnik, budaya,
agama, politik, sosioekonomi, dan pendidikan. Analisis ini diperkuatkan dengan merujuk kepada
sumber-sumber yang relevan.
Namun demikian, walaupun hasil kajian ini memberikan pemahaman yang baik tentang
12
cabaran-cabaran tersebut, mungkin terdapat keperluan untuk memberi penekanan lebih kepada
beberapa aspek yang mungkin masih perlu kajian lebih mendalam. Dalam konteks ini,
kesedaran terhadap isu-isu yang mungkin belum mencapai penumpuan yang mencukupi boleh
memberikan dimensi yang lebih holistik kepada analisis kesepaduan sosial dalam masyarakat
superdiversity Malaysia.
Dalam aspek politik, artikel memberikan wawasan tentang bagaimana kecenderungan parti
politik untuk mengikuti garis etnik mencipta dinamika kompleks dalam mencapai kesepaduan.
Begitu juga dengan cabaran sosioekonomi yang menyoroti jurang pendapatan yang semakin
ketara, terutamanya di kalangan kelompok Bumiputra. Isu-isu pendidikan seperti pembahagian
aliran sekolah dan konsep Sekolah Wawasan juga dibincangkan secara terperinci.
Walau bagaimanapun, sementara sebahagian besar persoalan telah dijawab, terdapat
beberapa aspek yang mungkin memerlukan penjelasan lanjut atau penelitian mendalam.
Sebagai contoh, meskipun artikel menyentuh tentang kepelbagaian budaya dan agama,
penekanan yang lebih mendalam pada strategi atau inisiatif yang dapat mengelola
kepelbagaian ini secara efektif dan memastikan toleransi serta pemahaman saling menghormati
mungkin dapat memberikan perspektif yang lebih komprehensif.
13
politik, sosioekonomi, dan pendidikan.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tanpa pendedahan metodologi yang jelas, kita
tidak dapat mengetahui dengan pasti kaedah kajian yang digunakan oleh penulis. Penekanan
lebih lanjut atau keterangan tambahan mengenai proses penyelidikan dan pemilihan sumber
mungkin dapat meningkatkan ketepatan dan kejelasan artikel.
Dengan itu, walaupun artikel ini memberikan pemerhatian yang mendalam mengenai
masyarakat superdiversity di Malaysia, aspek metodologi kajian masih menjadi satu bidang di
mana kejelasan lebih lanjut dapat diperbaiki.
Kemudian, rujukan yang digunakan dalam artikel ini boleh dianggap mencukupi. Setiap
pernyataan yang diberikan oleh penulis disertakan dengan rujukan yang merujuk kepada
sumber-sumber yang boleh dipercayai. Ini mencerminkan ketelitian dan kebolehpercayaan
14
dalam penyampaian maklumat. Rujukan yang merangkumi pelbagai sumber, termasuk
kajian-kajian terkini, memberi kekuatan kepada argumen yang dibangunkan oleh penulis.
Selain itu, kebolehpercayaan artikel diperkuat oleh penggunaan rujukan yang mencukupi dan
merujuk kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, termasuk kajian-kajian terkini dan
pendapat pakar sosiologi Malaysia dan antarabangsa. Oleh itu, artikel ini memberikan
sumbangan yang meyakinkan kepada literatur dalam bidang kesepaduan sosial dan
masyarakat superdiversity.
Dalam konteks pemikiran dan pandangan, artikel ini membuka ruang untuk refleksi kritis dan
pemahaman yang lebih mendalam mengenai cabaran dan peluang dalam mencapai
kesepaduan sosial di Malaysia. Keseluruhannya, artikel ini memberikan impak positif terhadap
pemikiran pembaca dan menyumbang kepada dialog yang lebih berkualiti tentang isu-isu sosial
yang penting dalam konteks negara kita.
15
4.0 RUMUSAN
Kesimpulan daripada penemuan yang diperoleh daripada artikel ini adalah penulisan
artikel ini mampu memberikan penjelasan yang jelas tentang bidang kajian yang telah kami
pilih. Dalam artikel ini, dapat kita lihat bagaimana penulis-penulis ini menceritakan dan
menjelaskan konsep kesepaduan sosial dengan teliti kepada pembaca. Penulis artikel ini juga
menyokong penulisan mereka dengan pelbagai pendapat daripada pakar sosiologi bukan
sahaja daripada malaysia malah pakar sosiologi luar negara juga dan turut merujuk buku atau
artikel yang lain. Selain itu, daripada artikel ini dapat kami fahami dengan lebih mendalam
tentang cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan kesepaduan sosial. Ini
kerana para penulis memberikan penerangan dan contoh cabaran dengan jelas kepada
pembaca. Oleh yang demikian, dengan penerangan dan penjelasan yang lengkap tentang isu
yang ingin diketengahkan dalam artikel ini, kami sebagai pembaca mampu memahami dengan
senang dan artikel ini juga dapat membantu kami mendalami lagi bidang kajian yang kami pilih.
Melihat pada kesepaduan sosial rakyat Malaysia pada masa kini, artikel ini juga boleh
digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang kerana isu atau topik yang diketengahkan
adalah isu yang sukar untuk dibendung.
5.0 CADANGAN
Walaupun penulisan artikel ini penerangannya dan penjelasannya sudah mencukupi
untuk pembaca, namun ada beberapa cadangan bagi menambah baik lagi artikel ini. Antaranya
ialah susunan ayat oleh penulis. Terdapat beberapa susunan ayat di dalam artikel ini yang
berselerak hingga membuatkan kami sebagai pembaca perlu baca berulang kali untuk
memahami konteks yang ingin disampaikan oleh penulis. Oleh itu, dicadangkan oleh penulis
agar membina dan menyusun ayat dengan baik agar tidak berlaku kecelaruan ketika membaca.
Seterusnya ialah penggunaan perkataan yang kurang difahami. Di dalam artikel ini terdapat
beberapa perkataan atau istilah yang kurang difahami. Ianya lebih baik jika penulis memberikan
maksud atau perkataan sinonim kepada perkataan yang jarang digunakan. Ia akan amat
membantu pembaca dalam memahami lagi penulisan penulis. Tidak juga dilupakan pendapat
pribadi penulis juga boleh dimasukkan dan dibincangkan di dalam artikel. Akhir sekali, di dalam
artikel ini, kami mengharapkan penulis dapat menambah jalan penyelesaian atau pendekatan
yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia untuk mengukuhkan lagi kesepaduan sosial antara
rakyat Malaysia.
16
RUJUKAN
Jusoh, L. M., & Embong, Z. (2021). Cabaran Memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam
Masyarakat Superdiversity di Malaysia. International Online Journal of Language,
Communication, and Humanities, 109-120. Retrieved from
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/197
17