You are on page 1of 3

Hutan Rimba

Sinopsis Pak Tua teringat akan tugasnya sebagai pemandu jentolak 30 tahun yang lalu. Pak Tua telah banyak merosakkan alam semula jadi. Pak Tua dihantui rasa menyesal dan bersalah atas perbuatannya itu. Mak Tua, isteri Pak Tua mencuba mententeramkan Pak Tua. Keempat-empat orang anak Pak Tua turut memujuknya supaya tidak menyalahkan diri sendiri. Pak Tua pernah terlibat dalam permusnahan laut di kampungnya. Pak Tua dan rakan-rakannya yang bekerja sebagai nelayan menggunakan bom ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak. Perbuatan Pak Tua itu telah merosakkan terumbu karang yang menjadi habitat ikan dan plankton, iaitu sumber makanan ikan. Pak Tua membawa diri dan mencuba nasib di tempat baharu setelah hasil tangkapannya berkurang. Malangnya, sekali lagi Pak Tua terlibat dalam pemusnahan alam sekitar. Pak Tua menangis mengenangkan kesilapannya. Pak Tua tersenyum puas melihat longgokan buah-buahan tempatan yang telah dikumpulkannya. Anak-anak dan cucu-cucu Pak Tua datang ke dusun buah-buahan dengan menaiki sebuah bas dan dua buah kereta. Anak-anak Pak Tua kagum akan usaha Pak Tua yang menjadikan tanah pusaka arwah bapa isterinya sabagai hutan simpan. Menurut Pak Tua, hanya dengan cara itulaj beliau dapat menebus kesilapan yang lalu. Sedikit sahaja kawasan dalam tanah pusaka itu yang dibershikan untuk dijadikan tapak rumah dan dusun buah-buahan. Anak-anak Pak Tua bersepakatan untuk menjadikan kawasan hutan simpan itu sebahai pusat pelancongan. Keluarga Pak Tua bermalam di dusun buah-buahan itu. Pak Tua becerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai kepada cucu-cucunya. Pak Tua berasa tenang dan bahagia. Pak Tua yakin bahawa mimpi ngerinya tentang kemusnahan sebuah hutan rimba itu sudah lama berlalu. Tema Penyesalan seorang lelaki tua atas perbuatannya yang lalu Persoalan i Kerakusan manusia merosakkan alam semula jadi untuk memperoleh kekayaan. ii Sikap ketua keluarga yang mementingkan pendidikan anak-anak. iii Kegiatan merosakkan alam semula jadi membawa musibah kepada kehidupan manusia sejagat. iv Usaha- usaha untuk melestarikan alam semula jadi. v Kesepakatan ahli keluarga untuk mengurus perniagaan yang berasaskan industry pelancongan.

Watak dan Perwatakan i Pak Tua -suami kepada Mak Tua dan mempunyai 4 orang anak. -mengutamakan pendidikan anak-anak. -pernah bekerja sebagai pemandu traktor sehingga merosakkan alam semula jadi untuk memperoleh sumber pendapatan. -menyesali perbuatannya selama ini yang telah merosakkan alam semula jadi. -menanam semula pokok-pokok hutan di kawasan lapang untuk dijadikan hutan simpan. -taat pada perintah agama. ii Mak Tua -berketurunan sungai dan isteri kepada Pak Tua. -pandai memujuk dan mententeramkan perasaan Pak Tua yang dihantui oleh kekesalan sebagai akibat perbuatannya merosakkan alam sekitar. -mahir memasak lauk kampung. -rajin merambat ikan di sepanjang anak-anak sungai. -menyokong usaha suaminya untuk memulihara hutan. Latar Latar Tempat i Hutan rimba - Pak Tua bekerja menolak balak dengan jentolak. ii Dusun buah-buahan - Pak Tua diulit igauan kesilapan masa lalu. iii Sungai Kinabatangan, Sabah - Ketika Pak Tua menaiki kapal yang menyusuri sungai iu menuju ke hulu, dia terpandang akan Mak Tua yang sedang mandi-manda sambil membasuh pakaian. Latar Masa i Masa lalu -30 tahun yang lalu, Pak Tua bekerja sebagai pemandu jentolak. ii Masa kini - Pak Tua tidak lagi bekerja dan anak-anaknya telah dewasa dan mempunyai cucu. iii Waktu malam - Pak Tua menceritakan kehidupan hutan rimba sambil membelai manja cucu lelakinya yang paling kecil.

Latar Masyarakat i Masyarakat yang berpendidikan tinggi. -Anak-anak Pak Tua berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik. ii Masyarakat yang tidak kesedaran untik menjaga kelangsungan alam sekitar. - Pak Tua terlibat dalam pemusnahan hidupan laut di kampungnya untuk menangkapkan ikan yang banyak. iii Masyarakat yang bijak -Anak-anak Pak Tua mahu mengeksploitasi kekayaan sumber alam tanpa mengorbankan keindahan hutan rimba bapa mereka untuk dijadikan kawasan pelancongan. iv Masyarakat sungai yang pandai merambat ikan dan memasak. -Mak Tua pandai merambat ikan dan memasak lauk kampung. Nilai i Keinsafan ii Kebijaksanaan iii Bertanggungjawab iv Kerajinan Pengajaran i Kita hendaklah menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. ii Sebagai bapa, kita mesti bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak untuk memastikan anak-anak Berjaya dalam pelajaran. iii Kita haruslah memulihara alam sekitar supaya keseimbangan alam sekitar tidak terjejas.

You might also like