You are on page 1of 9

Tajuk:Kajian Guna Tanah untuk pertanian kelapa sawit di

kampung Selampit Lundu 94500 SARAWAK.


1.Latar belakang

-Tempat kajian yang saya kaji ialah Kampung Selampit


Lundu,94500 Sarawak.Jarak Kampung Selampit dari
Pekan Lundu ialah kira kira 12 kilometer.Di Kampung
Selampit kira kira 128 orang penduduk dan terdapat 68
buah rumah.Disini terdapat Cuma satu bangsa sahaja
iaitu Bidayuh.Pada tahun 1983 jalan raya dijalankan dan
di setiap laluan jalan raya terdapat lampu jalan.Disini
juga terdapat beberapa kemudahan seperti
sekolah,dewan dan sebagainya.
2.Faktor guna tanah Kampung Selampit

(A)Iklim dan Cuaca


-Suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk pertumbuhan tanaman kelapa
sawit.Hujan lebat sepajang tahun membantu tumbesaran tanaman

(B)Bentuk muka bumi dan tanih


-Tanah pamah beralun dari jenis laterit

(2i)Faktor kemanusiaan

(A)Ekonomi
-Berkaitan dengan pasaran ,permintaan dan penawaran dan kuasa beli
pengguna.Permintaan yang tinggi daripada negara besar membolehkan sektor
pertanian berkembang pesat.
(B)Sosial
-Meliputi bekalan tenaga buruh,kemudahan asas dan elemen budaya dan adat
resam.Tenaga buruh diperlukan bagi melaksanakan tugas disemua peringkat
pengeluaran hasil tani.Kemudahan pengangkutan diperlukan untuk
membolehkan hasil tani dipasarkan dengan cepat supaya kualitinya dapat
dikekalkan.
(C)Teknologi
-usaha R&D dalam bidang broteknologi menghasilkan kaedah moden dan benih atau
baka baru yang bermutu tinggi.
(D)Goverman
-melibatkan penggubalan dasar,polis dan usaha dalam memajukan sektor
pertanian.Kemudahan kredit dan pemberian subsidi kepada petani.Mewujudkan
pelbagai agensi kerajaan dalam membantu sektor pertanian seperti Jabatan
Pertanian,FAMA,BERNAS,MPOPC,dan MARDI.
3.Kesan Guna Tanah
(A)Penebangan hutan daan perubahan iklim
-Semakin banyak hutan-hutan simpan dibersihkan bagi tujuan penanaman ladang
kelapa sawit dan akhirnya telah menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau
meningkat.

(B)Buruh kanak kanak dan kemiskinan


-tanaman kelapa sawit memberi kesan negatif kepada penduduk yang tinggal di
kawasan Borneo dan Sumatera.Orang orang tempatan bergantung kepada hutan yang
sedang dimusnahkan.satu satunya sebab mengapa mereka menjadi pekerja ladang
adalah kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

(C)Kepupusaan Flora dan Fauna


-Penebangan hutan ialah salah satu ancaman utama kepada spesis yang menjadikan
hutan di Borneo dan Sumatera sebagai habitat mereka.pemburu haram dan
penyeludupan hidupan liar melalui kerja kerja peladangan sawit menjadikan mereka
mudah untuk mendapatkan haiwan disini.Orang utan menjadi mangsa utama disini
.Mereka telah dijumpai sama ada ditanam hidup hidup atau di serang.Dalam dua
puluh tahun kebelakangan ini,lebih 50 000 orang utan telah mati akibat pengondolan
hutan.
4.Cadangan untuk megatasi kesan guna tanah
(A)Penghutanan semula
- Penghutanan semula ialah kegiatan semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan
bermutu di kawasan penebangan supaya kembali seperti hutan.Tujuan utama
penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat
dibekalakan secara berterusan.

(B)Hutan simpan
-pemeliharaan hutan termasuklah usaha usaha membela dan menjaga hutan supaya
tidak musnah.Pemeliharaan hutan pula ialah usaha usaha memperbaiki dan
mengembalikan keadaan hutan yang telah tercemar kepada keadaan semula jadinya.

(C)Kempen kesedaran
-Langkah langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.Media
massa ini termasuklah televisyen ,radio,telefon,dan surat khabar.dalam kempen ini
masyarakat akan sedar pentingnya menjaga alam sekitar.Kempen ini akan
menyedarkan masyarakat agar mejaga hutan.
THE END

You might also like