You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH, JERTEH, TERENGGANU

Mata Pelajaran Tarikh Masa Bidang Tahun Bil Murid Topik Sub topik

: Kemahiran Hidup : 25 March 2012 : 11.45-12.45 PAGI (60 minit) : Rekabentuk dan teknologi : 4 Bestari : 28 orang : Rekabentuk dan penghasilan projek :a. Merekabentuk dan menghasilkan projek berasaskan bahan kitar semula.

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid telah melengkapkan buku idea. 2. Murid telah mengenal alatan dan bahan 3. Murid telah mempelajari langkah-langkah kerja projek.

Objektif

: Pada akhir pengajaran & pembelajaran, murid dapat:

Kognitif

: 1. Murid dapat menyenaraikan proses-proses mencantum.

Psikomotor : 1. Murid dapat melakukan proses menanda bahan dengan betul. 2. Murid dapat melakukan proses memotong dengan betul. 3. Murid dapat melakukan proses mencantum dengan betul

Afektif

: 1. Murid berasa seronok dan gembira belajar dalam sesi pnp pada hari ini. 2. Murid dapat bekerjasama bersama rakan dan guru.

Nilai Murni : kerajinan, kejujuran, kesukuran, hormat-menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir: Menjana idea Kemahiran Belajar: Membuat rujukan, Mencatat nota, Mencirikan. Penggabungjalinan Matapelajaran : Matematik (Pengiraan)

Sumber pengajaran & pembelajaran : Bil 2 Sumber Rak Buku Contoh Klasifikasi M1

Pendekatan, kaedah strategi dan teknik P&P :


1. Induktif 2. Komunikatif 3. Soal Jawab 4. Demonstrasi

5. Perbincangan

Langkah

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi ( 5 minit)

Rak buku serbaguna

1. Murid diminta mengingat semula pelajaran pada minggu lepas Apa yang kita telah pelajari pada minggu lepas? - bina buku idea - langkah kerja 2. Guru merumus isi pelajaran pada hari ini

M3: kelas L:1

Nilai : Kesyukuran

Langkah 1 (10 minit)

Proses menanda

1. Murid dalam 6 kumpulan berempat diminta melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan. 2. Murid dikehendaki mengambil alatan di meja hadapan mengikut bilangan yang ditetapkan. 3. Murid menanda ukuran 14 cm pada papan beroti inch dan 11cm dan 7 cm pada kayu.

M1: Rak buku contoh M3 : Individu L: 1 Nilai Hormatmenghormati KBT: Kemahiran berfikir Menganalisis maklumat

Langkah 2 (15 minit)

Proses menanda dan memotong

1. Murid dalam 6 kumpulan berempat diminta melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan. 2. Murid dikehendaki mengambil alatan di meja hadapan mengikut bilangan yang ditetapkan. 3. Murid menanda ukuran 11 cm pada papan beroti inch. 4. Murid memotong papan dan kayu secara bergilir gilir.

M1: Rak buku contoh

M3 kumpulan

Nilai Hormatmenghormati

Langkah 3 (25 minit)

Proses Mencantum

1. Murid melihat demontrasi oleh guru dihadapan. 2. Murid melakukan proses mencantum dengan proses yang betul. 3. Guru memantau proses mencantum yang dilakukan oleh murid.

M1: Rak buku contoh M3 individu

Nilai Kerjasama Kerajinan

Penutup

1. Murid mengimbas kembali apa yang dipelajari pada hari ini 2. Seronok ke tidak dalam melakukan kerja amali? 3. Murid mengemas alatan kumpulan dan individu 4. Murid beratur sebelum beredar.

Nilai Kejujuran

You might also like