You are on page 1of 7

Kata Naf

Kata nafi ialah perkataan yang


hadir dalam ayat untuk
menafikan sesuatu.
Terdapat dua kata nafi iaitu:
bukan
tidak

Kata nafi bukan digunakan untuk


menafikan sesuatu dalam frasa nama
dan frasa sendi nama.
Contoh:
i. Saya bukan murid tingkatan dua.
(FN)

ii.

Tempat tinggal Leong bukan di bandar.


(FS)

Kata nafi tidak digunakan untuk


menafikan sesuatu dalam frasa kerja
atau frasa adjektif.
Contoh:
i. Rumahnya tidak besar.
(FA)

ii.

Samad tidak dipilih mewakili


sekolah.

Kata nafi bukan boleh juga


digunakan di hadapan frasa kerja
dan frasa adjektif apabila
digunakan untuk mendukung
maksud pertentangan maklumat.
Contoh:
Dia bukan sahaja pandai, malah
berbudi bahasa.

Latihan
1.
2.

3.

4.

5.

6.

Kelab catur __________ pilihannya.


Beliau _____________ ke Sarawak, tetapi
ke Sabah.
Walaupun rumahnya kecil, dia _________
miskin.
Pelajar itu ___________ sahaja bijak, malah
bersopan pula.
Dia _____________ peserta yang
memenangi pertandingan itu.
Hairul __________ menghadiri kelas
tambahan pada petang itu.

7.

8.

Mereka ___________ memerlukan


pakaian, tetapi memerlukan wang.
Shazwan ___________ pengawas sekolah,
tetapi pengawas pusat sumber.

You might also like