You are on page 1of 28

CTU 151

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

BAB 1
KONSEP TAMADUN
ISLAM
1

PENGERTIAN TAMADUN
Kamus Dewan:
Tamadun ditakrifkan sebagai keadaan manusia yang
dicirikan oleh taraf pemikiran yang tinggi, budaya atau
cara hidup orang-orang yang tertentu dan keadaan
pemikiran yang halus.
Peradaban
merupakan
keadaan
serta
tingkat
kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu
bangsa dan masyarakat.
Terdapat beberapa istilah yang pernah diguna oleh
sejarawan Islam bagi menghuraikan makna Tamadun
iaitu:
2

Umran yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun merujuk


kepada maksud pembangunan dan kuantiti penduduk
hasil daripada kewujudan tamadun.
Hadarah juga dinyatakan oleh Ibn Khaldun
merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan
perilaku kehidupan yang tinggi.
Madaniyyah menurut Muhammad Abduh bermaksud
bandar atau kota merupakan asas perkembangan
sesuatu tamadun.

Istilah civilization bermaksud penggabungan


ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

antara

Sayid Qutb: Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan


oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial,
pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang
berteraskan syariah Allah SWT serta bercirikan nilai-nilai
moral Islam.
Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas mengatakan
bahawa istilah tamadun berasal dari perkataan al-Din.
Ia merujuk kepada kehidupan insan yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakat.
Rumusan: Tamadun adalah manifestasi kecemerlangan
sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang
merangkumi
unsur
kerohanian,
pemikiran
dan
kebendaan yang seimbang, yang terkesan secara
langsung daripada penghayatan Islam itu sendiri.
4

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Kemajuan teknologi.
Sistem pemerintahan dan ekonomi teratur.
Urbanisasi (perbandaran).
Organisasi sosial yang tersusun.
Sistem kepercayaan dan agama.
Tulisan dan bahasa.
Budaya dan kesenian.

Masyarakat hadhari mempunyai ciri dan karekter


tersendiri yang terbina di atas asas-asas akidah,
syariah dan akhlak.
Masyarakat hadhari mempunyai sistem hidup yang
teratur, komprehensif dan dinamik yang merangkumi
pelbagai aspek seperti ibadat, ekonomi, perkahwinan,
politik, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.
5

ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM


Tamadun Islam berpaksi kepada 4 aspek utama iaitu
Akidah, Syariah, Akhlak dan Ilmu.
Akidah:
Konsep kepercayaan yang akan membentuk iman
kepada Allah SWT, para rasul, malaikat, kitab, hari
akhirat serta qada dan qadar.
Dasar akidah Islam membentuk sistem nilai yang
mengawal sifat dan bentuk ketamadunan itu sendiri. Ia
berperanan sebagai sumber aspirasi dan motif
penggerak kepada tamadun Islam.

Syariah:
Himpunan peraturan dan sistem perundangan yang
mencakupi pelbagai lapangan hidup antaranya ibadah
dan muamalah.
6

Dasar Syariah Islam menjadi penunjuk jalan, penentu


kaedah dan pelaksanaan tamadun Islam.
Akhlak:
Imam al-Ghazali mendefinisikan ia sebagai sifat
tertanam dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir
perbuatan hasil daripada pancaran hati sanubari
dalamannya.
Dasar akhlak Islam menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan dan keutuhan tamadun Islam.
Ilmu:
Ilmu merupakan pelengkap kepada kejayaan pembinaan
tamadun Islam. Konsep ilmu dalam tamadun Islam
mempunyai kaitan dengan nilai ketuhanan (rabbani)
dari segi sumber, penggunaan dan matlamat ilmu.
7

SUMBER TAMADUN ISLAM


Al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang mengandungi
nilai mukjizat yang tinggi sama ada dari sudut akidah,
syariah,
akhlak,
bahasa,
sejarah,
pemikiran,
ketamadunan rahsia alam dan sebagainya.
Al-Quran telah memberikan garis panduan dalam
pembinaan tamadun dan menjadi sumber penentuan
nilai-nilai seperti iman dan kufur, makruf dan mungkar
dan sebagainya.
Sunnah/Hadis
Sunnah merupakan setiap perkara yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW sepanjang hidupnya yang meliputi tutur
bicara, praktik dan persetujuan baginda terhadap
sesuatu tindakan yang berlaku di hadapannya.
8

Sunnah bertindak sebagai pentafsir yang autentik


mengenai kandungan al-Quran.
Mengenai Sunnah ketamadunan, ia tidak mengikat
umat Islam masa kini untuk mengikutnya secara literal
sehingga mengabaikan matlamat sebenar di sebalik
Sunnah-Sunnah tersebut.
Ijtihad
Bermaksud usaha, kreativiti dan inovasi para ilmuan
dan pemikir Islam dalam menangani keperluan Umat
Islam terutamanya dalam bidang-bidang berkaitan
dengan kemajuan sains dan teknologi dan juga
pembangunan sosial.
Persoalan-persoalan baru yang tidak ada hukumnya
dalam al-Quran dan al-Sunnah, umat Islam hendaklah
berijtihad untuk menentukan sesuatu hukum.
9

Peranan Ijtihad dalam pembangunan tamadun Islam


contohnya dalam institusi politik yang membenarkan
umat Islam untuk mencari bentuk kerajaan terbaik dan
sistem politik yang sesuai untuk melaksanakan segala
dasar
politik
dan
perundangan
Islam
dengan
mengambil kira realiti politik semasa dan kepentingan
masyarakat pada waktu ini.
Tamadun-tamadun Asing
Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun dan
tidak menolak segala kebaikan yang dihasilkan oleh
tamadun-tamadun lain asalkan ia tidak bercanggah
dengan prinsip akidah, syariah dan akhlak Islam.
Contohnya dalam bidang matematik, astronomi dan
perubatan daripada tamadun India dan teknologi
pembuatan kertas, percetakan dan kompas daripada
tamadun China.
10

MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Mengangkat Islam sebagai al-Din iaitu satu cara hidup yang
lengkap dan komprehensif dalam pelbagai aspek merangkumi
aspek ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, kenegaraan dan
kehakiman.
Menjaga hubungan manusia dengan Allah pencipta alam
melalui keimanan, akidah yang lurus serta teguh, pengabdian
kepada Allah dan pelaksanaan perintah dan larangan Allah.
Menjaga hubungan baik sesama manusia tanpa sebarang
bentuk diskriminasi dan penindasan. Umat Islam adalah umat
yang satu dan tidak disempitkan oleh batas geografi dan
politik. Islam mewajibkan

11

kepada pemerintah Islam untuk menjaga kepentingan


bukan Islam dengan seadil-adilnya di samping menjaga
kebajikan umat Islam.
Menjaga hubungan antara manusia dan alam sekitar
dengan memanfaatkan segala anugerah yang telah
dikurniakan oleh Allah dan hasil serta pencapaiannya
hendaklah ditujukan kepada kemaslahatan seluruh
manusia.

12

CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM


Rabbaniyah
Tamadun Islam menjadikan sumber naqli sebagai
sumber asasi di samping tidak menafikan kepentingan
sumber aqli.
Universal
Ia tidak bersifat eksklusif kepada sesuatu bangsa
sahaja bahkan ia milik seluruh manusia yang
berpegang kepada din al-Islam.
Menyeluruh
Meliputi seluruh kehidupan manusia merangkumi
akidah, syariah dan akhlak. Ia juga merupakan seruan
keadilan untuk semua, sama ada Islam atau bukan
Islam.
13

Ideal dan realistik


Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia
di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat
dicapai dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia
agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah.
Tetap dan anjal
Tetap dan tidak berubah pada tujuan dan matlamat
pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan
teknik pelaksanaannya.
Sepadu dan seimbang
Keseimbangan
di
antara
dua
keadaan
yang
bertentangan. Contohnya keseimbangan dalam aspek
kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan
masyarakat.
14

Akhlaqiyah
Menekankan pemurniaan dan pemupukan nilai akhlak
yang mulia.
Insaniyah
Mementingkan
pemeliharaan
keturunan insan.

kehormatan

dan

Tasamuh
Memberi dan menerima asalkan ia tidak bercanggah
dengan syarak. Contohnya sumbangan daripada
golongan Kristian dan Yahudi dalam pembinaan
tamadun Islam pada zaman pemerintahan kerajaan
Abbasiyyah.

15

Tanawwu
Wujudnya kepelbagaian dalam kesatuan. Maksudnya
penyumbang kepada tamadun Islam ini adalah
pelbagai.
Takamul
Menerima mana-mana unsur luar yang positif dan
tidak bercanggah dengan Islam. Misalnya amalan
tradisi masyarakat arab jahiliyyah yang amat
menghormati tetamu dan diperkukuhkan dengan
tradisi ketamadunan Islam.
Wasatiyah
Kesederhanaan contohnya melihat secara adil
persoalan dunia dan akhirat, individu dan masyarakat
dan sebagainya.
16

FAKTOR KEMUNCULAN DAN


KEJAYAAN SESEBUAH TAMADUN
Politik
Kestabilan politik menjamin keutuhan sesebuah
tamadun. Contohnya tamadun Mesopotamia yang
mempunyai sistem politik dan pentadbiran yang
sistematik.
Ekonomi
Perdagangan, perniagaan dan pertanian menjadi
pemangkin kepada kepesatan ekonomi kebanyakan
tamadun.
Peranan lembah sungai dan kawasan subur seperti
sungai Tigris dan Euphrates, Nil, Indus dan Selat
Melaka amat penting kepada perkembangan ekonomi
sesebuah tamadun.
17

Sosial
Tamadun Islam memperkenalkan konsep Ummah
yang menyatupadukan seluruh masyarakat yang
berbeza bangsa atas ikatan Islam dan turut
melibatkan penyertaan masyarakat bukan Islam
seperti Yahudi dan Arab musyrik.
Pembebasan diri daripada kesengsaraan hidup
Penderitaan yang dihadapi menjadi momentum untuk
mereka memajukan masyarakat mereka. Contohnya
kebangkitan Jepun setelah peristiwa pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki.
Kedudukan yang strategik
Kedudukan yang strategik dari segi logistik, iklim dan
sumber alam. Contohnya Sungai Nil dan Selat Melaka.
18

Dorongan aspirasi keagamaan dan kerohanian


Ajaran Islam berjaya menghapuskan kejahilan dari
sudut
ilmu
pengetahuan,
semangat
asabiah,
pertelingkahan antara puak, penindasan terhadap
golongan
miskin,
hamba
dan
wanita
serta
pembunuhan anak-anak perempuan.
Toleransi dan sifat keterbukaan terhadap dunia luar
Tamadun Islam bersikap terbuka dalam menerima
sumber-sumber ilmu daripada tamadun Greek, Parsi,
India dan China.
Sanjungan terhadap bidang keilmuan
Penghayatan terhadap ilmu wujud dalam diri tokohtokoh terkemuka tamadun silam antaranya Ibn
Khaldun, al-Farabi, Kung Fu Tze, Plato, Aristotle.
19

Hijrah dan migrasi


Contohnya penghijrahan sekelompok manusia dari
Sumatera membuka Melaka dan seterusnya menjadi
pusat perdagangan, kebudayaan dan aktiviti keilmuan
di seluruh gugusan Nusantara ini.

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN


Ketidakadilan
Berlaku ketidakadilan dengan wujudnya jurang
perbezaan besar antara golongan kaya dan miskin.
Penindasan dan kezaliman
Berleluasa penindasan dan kezaliman contohnya
wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian
daripada tamadun barat telah tumbang disebabkan
penindasan dan kezaliman yang dilakukan.
20

Keruntuhan moral dan nilai


Terutamanya di kalangan pemimpin contohnya
kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan
tamadun Islam.
Sikap tertutup
Tidak mahu menerima perubahan dari segi teknologi,
ekonomi dan sosial. Contohnya tamadun Uthmaniah
mengalami keruntuhan disebabkan tidak mahu
menerima perubahan dari segi sosial dan politik.
Malapetaka dan Bencana alam
Contohnya keruntuhan kerajaan Saba.

21

KONSEP TAMADUN BARAT


Sejarah dan falsafah Tamadun Barat
Pemikiran dan falsafah barat adalah berteraskan
kepada pemikiran dan falsafah sejarah Yunani dan
Rumawi.
Kebudayaan mereka antaranya tidak mempunyai
agama yang khusus, kepercayaan, cara hidup yang
bersifat materialistik yang terpisah daripada unsur
kerohanian dan segala sesuatu termasuk tuhan boleh
digambar dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat.
Setelah Maharaja Constantine memeluk Kristian, ia
telah menjadi agama rasmi empayar Rom. Mereka
lebih menumpukan kepada bidang kerohanian dari
bidang keduniaan.

22

Penyalahgunaan kuasa oleh pihak gereja menyebabkan


berlakunya pemberontakan, terhadap institusi gereja
dan agama Kristian di Eropah.
Mereka mula meneroka bidang sains dengan
membelakangkan falsafah agama yang berbentuk
spiritual.
Bermulalah pemisahan keilmuan antara kehidupan dan
beragama dalam kehidupan masyarakat barat.
Justeru unsur sekularisme, rasionalisme, materialisme,
humanisme dan nasionalisme yang mempengaruhi
perkembangan masyarakat Eropah pada waktu itu.

23

Dasar Tamadun Barat


Ciri-ciri tamadun barat menurut Prof Muhamad Kamal
Hassan:
Wujudnya pemisahan antara undang-undang dan
akhlak, dunia dan akhirat.
Tidak ada ukuran baik buruk yang mutlak. Semua nilai
moral-agama bersifat relatif.
Kelakuan bermoral mesti mengikut keadaan, tempat,
masa dan lingkungan.
Hidup hanya sekali, jadi sebelum mati biarlah berjaya
menikmati kemewahan dan kemegahan dunia.
Agama
dianggap
sebagai
penghalang
kepada
kemajuan dan ia mesti dipisahkan dari segi politik,
pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Agama adalah urusan peribadi yang berkaitan hanya
dengan upacara ritual di tempat dan masa tertentu
untuk tujuan kerohaniaan semata-mata.
24

Ciri-ciri tamadun barat menurut Dr Yusof al-Qardhawi:


Kejahilan dalam memahami konsep ketuhanan.
Kecenderungan kebendaan.
Aliran sekularisme.
Perbalahan dan pertelingkahan.
Barat juga merasakan mereka lebih tinggi daripada
masyarakat lain dan menganggap diri mereka sebagai
polis dunia.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas:


Tamadun barat diikat dengan pengaruh adat Inggeris klasik.
Berasaskan falsafah kemanusiaan mutlak dan bukan agama.
Bersifat humanisme iaitu manusia sebagai penentu nilai.
Dualisme dalam kehidupan iaitu memisahkan antara rohani dan
jasmani, antara wahyu dan sains.
Tiada konsep tauhid dan pengabdian diri kepada tuhan.
25

Perbezaan Tamadun Islam dan Barat


Tamadun Islam

Tamadun Barat

Kedudukan agama
Islam sebagai cara hidup.
Pembaharuan dalam Islam adalah
mengikut agama dan bukan agama
mengikut pembaharuan.

Kedudukan agama
Agama adalah sebahagian daripada
kebudayaan. Kebudayaan sentiasa
mengalami perubahan dan agama
juga dicorak oleh perubahan.

Konsep kesepaduan dan


pengawalan
Segala bentuk pembangunan
kebendaan berkait rapat dengan
kerohanian.

Konsep kesepaduan dan


pengawalan
Segala urusan tidak berkaitan
dengan agama.
Bentuk pengawalan tidak
didasarkan kepada iman yang
kukuh.
Konsep Kemajuan
Konsep kemajuan menjurus
kepada meraih keuntungan

Konsep Kemajuan
Kemajuan diperolehi dengan cara
yang betul dan dibenarkan agama.

26

Tamadun Islam
Konsep Kemajuan
Kemajuan diperolehi dengan cara
yang betul dan dibenarkan agama.
Untuk mencapai matlamat, kaedah
yang diguna mesti tidak
bercanggah dengan hukum syarak.
Matlamat tidak menghalalkan cara.

Tamadun Barat
Konsep Kemajuan
Konsep kemajuan menjurus
kepada meraih keuntungan.
Tidak mementingkan bentuk
pembaharuan, matlamat dan cara
memperolehinya.
Matlamat menghalalkan cara.

Penekanan sudut kemajuan


Penekanan sudut kemajuan
Memberi penekanan kepada akhlak Penekanan kepada pembangunan
rohani, jasmani dan aqliah.
kebendaan semata-mata.
Pembangunan kebendaan adalah
Kemajuan tanpa keseimbangan
sebagai alat untuk
rohani dan jasmani memusnahkan
menyempurnakan tuntutan
masyarakat itu sendiri.
keagamaan dan kerohaniaan.

27

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD ZAKI RAZALY

28

You might also like