You are on page 1of 7

KAEDAH TERUS

DISEDIAKAN OLEH:
SHAAMALA A/P NADARAJAH
SHALINE A/P VIJAYAN
RAMLEE
LEE KWAN YAU

Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (19201935). Ia mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
Kaedah ini mempunyai objektif untuk membolehkan kanak-kanak
menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara lebih efektif dan
membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam
masyarakat berkenaan.
Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan untuk mempelajari bahasa pertama
dan bahasa kedua kerana sifatnya sama dengan cara pelajar menguasai
bahasa ibunda atau bahasa natif mereka.

1) Pelajaran bahasa dimulai


dengan menghubungkan
pelajar-pelajar itu terus dengan
bahasa yang hendak dipelajari.
Kanak-kanak diperkenalkan
dengan sistem bunyi bahasa itu.

Teknik
Mengaj
ar
2) Segala makna perkataan
yang tidak difahami dijelaskan
dengan cara huraian, lukisan,
aksi, perkataan
seerti,perkataan berlawan dan
lain-lain.

3) Pelajaran tatabahasa diajar


secara induktif ,pola-pola ayat
yang hendak diajar dilatihtubi
dahulu sehingga pelajar-pelajar
dapat menguasainya.

Kebaikan Kaedah Terus


Kaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana mempunyai persamaan
dengan

cara

kanak-kanak

menguasai

bahasa

ibunda

mereka

dan

tidak

menggunakan terjemahan.
membantu

memudahkan

pencapaian

murid-murid

dan

mereka

dapat

mengaplikasikan bahasa itu secara aktif seterusnya membolehkan mereka bertutur


dengan cepat, lancar dan fasih.
Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjurpenganjur kaedah ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa pertama/ ibunda /
natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur serta pelajar-pelajar akan
dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.

Kelemahan kaedah Terus


Kaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain dalam menyampaikan
makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan yang abstrak. Oleh yang
demikian, kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan guru terlatih khas
dalam menyampaikannya.
Selain itu, kelemahan kaedah ini meliputi kemungkinan berlakunya penerimaan mesej
yang kurang tepat dan ini menyebabkan kurang penerimaan daripada murid-murid
lantas menimbulkan kekeliruan sepanjang perlaksanaan P&P.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah terus adalah berbentuk bahan-bahan
yang boleh dilafaz dan perbualan yang telah ditetapkan.

RUJUKAN
CALLEY.(2010).KAEDAH PENGAJARAN DALAM BAHASA
MELAYU.DIPEROLEHI DARIPADA :
HTTP://CALLEYCREATIVEINFINITY.BLOGSPOT.MY/2010/10/KAEDA
H-PENGAJARAN-DALAM-BAHASA-MELAYU.HTML
OXFORD.(2012). STRATEGI, PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN BAHASA.DIPEROLEHI DARIPADA
HTTP://WWW.OXFORDFAJAR.COM.MY/FILES/HE/SAMPLE_PAGES/20
1307031923355388_SPG-KAEDAH-PENGAJARAN-BM-2012.PDF

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like