You are on page 1of 8

TEORI

PERKEMBANGAN
KOGNITIF VYGOTSKY

LEV VYGOTSKY

Lev Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Rusia.

Beliau berpengaruh dalam sumbangan penulisan yang berkaitan dengan


peranan bahasa dan budaya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

Idea Vygotsky dikemukakan pada era yang sama dengan Piaget.

Vygotsky berpendirian bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung


kepada interaksinya dengan orang-orang berkepentingan dalam persekitaran.

Lev Vygotsky tidak bersetuju dengan pandangan Piaget bahawa kanak-kanak


membina pengetahuan secara sendirian dan membentuk realiti secara
dalaman.

Persekitaran sosiobudaya adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan


kanak-kanak.

Tiga idea penting yang berkaitan dengan perkembangan kognitif :

Internalization

Scaffolding

Zon perkembangan proksimal

Perkembangan kognitif kanak-kanak dibentuk melalui interaksi sosial dengan ahli


keluarga, komuniti dan masyarakat di sekitarnya.

Menurut Vygotsky, alat budaya seperti alat kognitif dan alat fizikal turut
menyokong pembinaan pemikiran kanak-kanak yang kompleks yang menyumbang
ke arah pembinaan pengetahuan, sikap dan nilai seseorang individu.

Alat kognitif

Alat fizikal

Penggunaan simbol bahasa, lakaran, peta


=

Penyepit makanan, alat anyaman, komputer

Kanak-kanak berbincang tentang sesuatu perkara, objek, tugas dan masalah


dengan orang dewasa, kanak-kanak beransur-ansur menyebatikan cara-cara
bertutur.

Secara ringkasnya, Vygotsky mengatakan bahawa bahasa merupakan sistem


simbol yang paling penting dalam menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak.

INTERNALIZATION

Pengalaman dan aktiviti sosial yang disebatikan dalam aktiviti minda


dalaman (internal mental activity).

Kanak-kanak beransur-ansur menyebatikan arahan atau tutur kata


orang dewasa dalam pemikiran mereka.

SCAFFOLDING

Scaffolding bermaksud sesuatu kerangka yang menyokong proses


pembelajaran individu.

Kanak-kanak memerlukan orang dewasa yang lebih kompeten atau


fasih untuk berbual dan membimbing mereka untuk menggunakan
bahasa yang betul.

Kanak-kanak memberi tunjuk ajar apabila melakukan sesutu tugasan


dengan bersendirian atau tanpa bantuan.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Merupakan lingkungan kemampuan seseorang untuk melakukan tugastugas dengan berjaya.

TAHAP PERKEMBANGAN SEBENAR :

Tahap yang dicapai oleh seseorang apabila ia berfungsi secara


bersendirian.

TAHAP PERKEMBANGAN BERPOTENSI :


Aras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya
jika mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan.

Perbezaan antara kedua-dua tahap ini merupakan zon perkembangan


proksimal.

Vygotsky juga membincangkan peranan bicara kendiri dan bicara


hati.

Bicara kendiri = Situasi kanak-kanak bercakap sendiri dengan suara


nyaring.

Bicara hati = Kanak-kanak bercakap kepada diri sendiri secara


mental.

Melalui kedua-dua bicara, kanak-kanak belajar menyediakan


scaffolding kepada dirinya sendiri dalam proses pembelajaran.

TERIMA
KASIH

You might also like