You are on page 1of 46

Pembinaan

Persekitaran Bilik
Darjah Yang Mesra
Budaya
Pengenalan
Pengurusan kelas yang mesra
Budaya penting supaya suasana
pembelajaran menjadi kondusif
untuk murid.
Pengurusan Persekitaran
Fizikal
Pengurusan bilik darjah bermaksud satu
proses mendapatkan penyertaan dan
kerjasama ahli untuk mencapai objektif
organisasi atau kumpulan dalam sesuatu
gerakerja.
Ini termasuklah proses merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik
dapat mencapai objektif ke arah
pembinaan Modal Insan yang menjurus
kepada pembinaan JERIS.
Guru seharusnya memiliki gaya
kepimpinan, kemahiran merancang,
kecekapan mengurus, kepelbagaian
dalam pengajaran dan pembelajaran,
kebijaksanaan interpersonal, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan
mampu mengendalikan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Lemlech (1988), menjelaskan
pengurusan bilik darjah sebagai orkestra
dalam kehidupan.
Marzano (2003), menyatakan tindakan
guru dalam bilik darjah mempunyai impak
dua kali ganda dalam pencapaian murid
berbanding dengan polisi sekolah
berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama
antara guru dan penglibatan masyarakat.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru
untuk menyediakan persekitaran fizikal
efektif bagi membantu perkembangan
murid.
Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah
mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan
kebersihan.
Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan
suasana bilik darjah yang kondusif bermakna
guru telah berjaya membentuk Budaya
berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap
arahan, kehidupan berkualiti yang
melambangkan sebahagian daripada
keimanan.
Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah
dirumuskan meliputi aspek keselamatan
termasuklah menyediakan peraturan dan
amalan bilik darjah.
Peraturan diwujudkan berpandukan
Pekeliling dan Peraturan Sekolah.
Antaranya mencakupi amalan menepati
masa, amanah, rasa tanggungjawab,
menjaga kebersihan, hormat-menghormati,
bertolak ansur dan bekerjasama.
Ruang dan pergerakan harus diurus
supaya lebih fleksibel.
Penyediaan ruang yang sesuai akan
memberikan keselesaan kepada murid
ketika belajar.
Aspek pencahayaan, pengudaraan dan
kedudukan murid juga akan
mendorong murid untuk memberikan
tumpuan kepada proses P&P.
Pengurusan Persekitaran
Sosio-Emosi
Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan
menjadi perangsang dan membangkitkan
minat, sikap dan tingkah laku terhadap
pembelajaran mereka.
Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa
dalaman akan mengawal tingkah-laku murid.
Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran,
dll.
Peneguhan Positif penting untuk menambah
kebarangkalian gerak balas daripada murid.
Emosi murid yang stabil membolehkan murid
mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti.
Murid yang mempunyai emosi yang stabil
mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka,
disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara
terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik
yang berlaku dalam bilik darjah.
Emosi murid perlu diurus dengan penuh
kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada
dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.
Hubungan Positif antara guru dan murid
haruslah dibina terlebih dahulu.
Guru mestilah mengamalkan kepimpinan
Demokrasi serta mengambil berat tentang
fisiologi dan akademik murid.
Murid mestilah diberi peluang untuk
bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P.
Dengan cara ini, mereka akan dapat
memahami emosi rakan sebaya dan
mengenali perasaan orang lain.
Perkembangan kemahiran menyelesaikan
masalah mengembangkan Nilai Kendiri
(Self-Esteem) dan perasaan hormat-
menghormati di kalangan kanak-kanak.
Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif
pergaulan diri, inisiatif persefahaman
antara mereka perlu diperkembang bila
mereka sendiri digalakkan membuat
keputusan.
Perhubungan Antara
Kelompok Etnik
Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan
ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam
sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-
ahli masyarakat.
Mesra Budaya ini merupakan Budaya yang
dipersetujui oleh semua ahli dalam satu
komuniti dan mereka mengiktiraf Budaya
tersebut sebagai suatu amalan murni bersama.
Perlembagaan Persekutuan perlu memahami
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak
setiap rakyat Malaysia.
Etnik adalah perkataan Yunani, iaitu
ethnos yang bermakna orang.
Etnik merujuk kepada kelompok manusia
yang ditentukan menerusi perbezaan ciri
Budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Modul Hubungan Etnik yang diluluskan oleh
kabinet pada 2004 mewajibkan semua pelajar
Tahun Pertama mengikuti kursus Hubungan
Etnik di semua pusat pengajian tinggi.
Kontrak Sosial ialah persetujuan yang
dicapai antara pemimpin kumpulan Etnik
Malaysia ketika Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dan ketika merangka dan
merumuskan Perlembagaan Persekutuan tahun
1957.
Unsur tradisi itu dianggap faktor utama
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk
persefahaman ke arah perpaduan kerana
unsur tradisi ini sebahagian daripada Kontrak
Sosial.
Modul Hubungan Etnik menyatakan 6
perkara utama:
i. Perkara 8: Persamaan dan hak sama
rata dan pengecualian peruntukan itu
dalam soal agama, kedudukan istimewa
orang Melayu.
ii. Perkara 10 (4): Batasan hak
kebebasan bersuara daripada menyentuh
kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa
Melayu dan Islam.
iii.Perkara 38: Kuasa Raja-Raja Melayu
menghalang Parlimen membuat undang-
undang yang menyentuh kedudukan
Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa
Melayu dan Islam.
iv. Perkara 150 (6a): Kedudukan agama
Islam, adat istiadat Melayu, Bumiputera
Sabah dan Sarawak, kewargenegaraan
meskipun dalam darurat.
v. Perkara 152: Kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa
menafikan hak etnik lain menggunakan
bahasa mereka.
vi.Perkara 153: Kedudukan istimewa
orang Melayu tanpa menafikan kedudukan
etnik lain.
Semua murid perlu memahami kesedaran,
kefahaman, akomodasi, saling
menghormati dan perpaduan.
Usaha untuk mewujudkan kesepaduan
daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa
dilakukan dengan teliti dan mengambil kira
sensitiviti etnik lain.
Sifat Akomodasi serta kesanggupan
menerima
etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan,
adat-resam dan agama adalah penting sebagai
pembuka jalan kepada kerjasama dan
kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik
harmoni.
Interaksi lebih rapat antara kelompok dan
etnik yang berbeza boleh dijamin
keutuhannya oleh sikap saling menghormati
dan menghindari konflik dalam segala bentuk.
Perpaduan boleh wujud menerusi pendekatan
top-down atau bottom-up membabitkan
kerajaan, orang ramai, sektor swasta, dll.
Guru haruslah memilih tajuk pembelajaran
berkaitan kepelbagaian Budaya masyarakat
di Malaysia.
Orientasi Sosial di dalam bilik darjah
menentukan apa yang patut diamalkan serta
perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di
dalam bilik darjah.
Setiap program serta aktiviti yang dilakukan
haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang
mampu mengguris perasaan mana-mana
pihak.
Setiap Etnik perlu diberi peluang untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran.
Pengurusan Pengajaran
& Pembelajaran
Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik
darjah yang berkesan supaya objektf pelajaran
tercapai.
Guru berperanan sebagai pendidik,
pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai,
perancang, perunding dan pendorong ke arah
kecemerlangan murid.
Guru perlu merancang kurikulum, sukatan,
huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan
tambahan atau maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber.
Prinsip utama pembelajaran adalah
meningkatkan dan mengekalkan rasa
kejayaan, meluaskan tahap keintelektualan,
kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan
jasmani, merangsang minat dan
menghasilkan keseronokan.
Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah,
model, teknik dengan menggunakan
kemahiran berkomunikasi, interpersonal,
bimbingan dan kaunseling dalam proses P&P.
Guru perlu berperanan sebagai penggerak kepada
pembelajaran berpusatkan murid.
Guru perlu menjadikan pembelajaran semakin aktif,
Interaktif dan Konstruktif.
Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan lebih
berkesan berasaskan penggunaan Pendekatan
Koperatif dan Kolaboratif.
Kaedah pengajaran seperti ini memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan, latar belakang Budaya,
campuran jantina dan pelbagai Etnik bekerjasama
dalam pasukan kecil untuk mencapai matlamat yang
sama.
Pelaksanaan aktiviti dapat dikawal
mengikut masa yang ditetapkan.
Guru juga boleh memberi murid ruang
untuk merehatkan minda (Brain
Breaks) untuk mengelakkan murid
berasa bosan.
Pengurusan pembelajaran yang
terancang akan menjadikan murid
lebih berani, yakin dan berwibawa.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral adalah
Jabatan yang bertanggungjawab untuk
memperkenalkan dan menyelaraskan
instrumen yang dikehendaki oleh
Pengurusan Sekolah dan Jemaah Nazir.
Beberapa perkara penting yang
dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu
hasil pembelajaran, perkembangan P&P,
penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.
Pembinaan Modal Insan yang
berkualiti menjadi agenda negara
sewajarnya dipupuk dalam proses P&P.
Apabila seluruh potensi insan
dimajukan secara integrasi dan
bersepadu, ia bakal melahirkan insan
berketrampilan yang mampu
menyumbang segala kebolehan untuk
kebaikan diri, masyarakat dan negara.
Pedagogi Releven
Budaya dan
Kepelbagaian Kelompok
Pedagogi yang releven menggunakan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran
menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.
Menurut ahli Sosiologi, konsep Kebudayaan dikatakan
sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan
diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.
Menurut pandangan ahli Fungsionalisme, sekolah
dilihat berfungsi sebagai Proses Sosialisasi mendidik
kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat.
Modal Budaya merujuk kepada seseorang individu
yang mewarisi dan memperoleh keupayaan Bahasa
dan Budaya dari keluarga dan masyarakat.
Mengikut Kajian Pierce Bourdie (1930), ahli
sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian
persekoahan seseorang individu adalah berkait
rapat dengan latar belakang Kebudayaan ibu
bapanya iaitu tahap pendidikan ibu bapa.
Guru seharusnya memilih strategi, kaedah dan
teknik dalam pedagogi pendidikan.
Latihan penggunaan bahasa mampu
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di
kalangan murid bukan Melayu.
i. Kaedah Direktif- Murid belajar melalui
penerangan dan diikuti ujian kefahaman dan
latihan.
ii. Kaedah Mediatif- Guru menggunakan
bahan media dalam pembelajaran.
iii. Kaedah Generatif- Guru boleh menjana
idea murid.
iv. Kaedah Kontekstual- Murid mengaitkan
bahan P&P kepada situasi dunia sebenar.
v. Kaedah Metakognitif- Ia memberi peluang
kepada murid-murid memikirkan proses
pembelajaran, rancangan pembelajaran,
pemantauan dan penilaian kendiri tentang
tugasan yang diberi.
vi. Kaedah Kajian Luar/ Konteks Luar-
Aktiviti P&Pnyang dilakukan oleh guru di luar
bilik darjah.
vii. Kajian Masa Depan- Murid-murid
mengambil bahagian dalam penciptaan masa
depan.
viii. Kaedah Kooperatif- Diaplikasikan
dalam kelas yang mengandungi murid-
murid dari pelbagai Budaya supaya
mereka dapat belajar secara
berkumpulan dalam keadaad harmonis.
ix. Kaedah Kolaboratif- Kerjasama
erat di antara dua pihak atau lebih.
Murid berusaha untuk mencapai
matlamat pembelajaran.
Pedagogi Kelas
Bercantum
Kelas Bercantum diwujudkan apabila bilangan
murid dalam satu tahun persekolahan adalah
kurang daripada 15 orang.
Biasanya, di kawasan pedalaman dan terpencil,
Kelas Bercantum masih wujud untuk
menyediakan peluang pendidikan ke seluruh
negara.
Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid
tidak melebihi 145 orang.
Bilangan guru termasuk guru besar tidak
melebihi 5 orang.
Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu
tahun persekolahan secara serentak dalam kelas
bercantum.
Guru menjalankan P&P secara berkumpulan.
Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam
kumpulan yang dibina.
Guru juga boleh menggunakan kaedah perbincangan.
Kaedah perbincangan kelas serta perbincangan dalam
kumpulan kecil digalakkan.
Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana
terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri
murid.
Sosiolinguistik
Sosiolinguistik berasal daripada
gabungan sosio dan linguistik.
Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi
dengan Linguistik.
Sosiolinguistik adalah ilmu inter-
disiplin yang membincangkan dan
menyusun teori-teori tentang
perhubungan masyarakat dan bahasa
yang dituturkan dalam komunikasi
seharian.
Maksud istillah masyarakat dalam ilmu
Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai
pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok
besar mahupun kecil, fungsi kelompok,
pertembungan antara kelompok, sektor sosial,
perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa.
Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan
seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia,
Inggeris, Arab, dll.
Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian
kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata,
ciri-ciri gramatika, dll.
Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan
yang mutlak dan abstrak.
Bidang ini memberi pengertian umum,
rasional dan empirikel serta bersifat
umum (Soekanto, 1982).
Linguistik memiliki rumus-rumus yang
menjelaskan sistem, rasional,
empirikel, kenyataan struktur,
penggolongan dan rumus bahasa.
Kita menilai orang bukan hanya dengan
apa yang dituturkan oleh seseorang
tetapi juga bagaimana kedengarannya
bahasa yang diucapkan.
Timbulnya kesedaran baru dalam
kalangan ilmuan Amerika akan
hubungan yang tidak boleh
dipisahkan antara Perilaku Bahasa
dan Perilaku Sosial (Loveday, 1982).
Ahli linguistik Antropologi berpendapat
bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai
keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu)
(Fishman, 1968).
. Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi
sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian.
. Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor
sosial seperti bahasa dialek, bahasa
pembakuan, perancangan bahasa, dll.
Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan
Bahasa terhadap masyarakatnya.
Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan
nilai masyarakat, harapan masyarakat,
suasana yang wujud dalam masyarakat, dll.
Dell Hymes (1962), bahasa yang
digunakan seharian dalam perbicaraan
melalui telefon, bergurau, berbual kosong,
dll dikenali sebagai Etngrafi pertuturan
(The Ethnography of Speaking).
Kesemua yang dibincangkan tadi dapat
disimpulkan dalam 4 perkara:-
i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan
sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui
jadual ataupun statistik tetapi pada
kenyataannya dibangunkan dalam Proses
Interaksi. Ahli Antropologi menganalisis
cerita dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan
upacara keagamaan yang terdapat dalam
sesuatu masyarakat lama.
ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-norma
dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku
linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan
oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya
pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas
Atasan masyarakat Inggeris.
iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan
maklumat sosial bermula daripada bahasa loghat,
pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil
(1974), menunjukkan perbezaan sosial
orang Inggeris yang berasal dari Norway.
iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa
dalam politik juga menjadi sasaran
kajian Sosiolinguistik. Lembaga seperti
Academie Francaise secara rasmi
menentukan apa yang boleh diterima
atau tidak dalam bahasa Peranchis.
Pemurnian bahasa Jerman sewaktu
pemerintahan Nazi pernah diakukan
sebagai satu eksploitasi bahasa.
Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit
putih di New Zealand.
Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.
Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa
pribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-
negara Afrika.
Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai
bahasa Nasional Indonesia seperti yang
dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini
bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa
atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang
jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu.
Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme
dan Multilingualisme adalah juga
penting dalam kajian sosiolinguistik.
Kebanyakan kajian memberi tumpuan
kepada kelompok-kelompok minoriti di
pelbagai negara.
Kajian lain juga melihat motivasi sosial
dalam amalan meminjam perkataan
asing.
Konferens pertama Sosiolinguistik
berlangsung di University of California di
Los Angeles pada tahun 1964.
Salah satu hasil daripada konferens
dirumuskan oleh Dittmar (1976).
i. Identiti Sosial Penutur
ii. Identiti Sosial Pendengar dalam
komunikasi
iii.Lingkungan sosial tempat peristiwa
perbicaraan berlaku.
iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial.
v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur.
vi. Tingkatan ragam linguistik.
vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan
sosiolinguistik.
. Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris digunakan dengan meluasnya.
. Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan
kedua-dua bahasa tersebut sebagai alat
komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi
secara rasmi dan tidak rasmi.

You might also like