You are on page 1of 4

Definisi

Menurut Yin (1994), mentakrifkan kajian kes sebagai


penyelidikan empirik (suatu pengetahuan yang didapatkan setelah
melalui pengalaman) yang menyelidik fenomena kontemporari di
dalam konteks kehidupan nyata, serta batas-batas antara fenomena
dan konteks tidak jelas kelihatan.

Kajian ini merupakan salah satu pendekatan yang biasa


digunakan kerana ia berkeupayaan menyokong siasatan dengan
lebih mendalam dan lebih terperinci untuk setiap kes dan ia
adalah perlu untuk menjawab soalan yang berbentuk bagaimana
dan mengapa.
Definisi

Penyelidikan kajian kes ini digunakan untuk mengkaji


peristiwa-peristiwa semasa yang berkaitan tingkah laku
yang tidak boleh dimanipulasi.

Penyelidikan kajian kes menggunakan pelbagai bukti yang


didapati daripada sumber-sumber yang berbeza, seperti
dokumen, artifak, temu bual , pemerhatian dan juga
daripada pelbagai sumber bukti yang mungkin boleh
didapati dalam kajian-kajian lepas.
Definisi

Menurut Kardos dan Smith (1979) kajian kes yang baik


mempunyai ciri-ciri berikut:

diambil dari kehidupan sebenar (identiti sebenar boleh


dirahsiakan).
terdiri daripada pelbagai bahagian dan setiap bahagian
kebiasaannya berakhir dengan masalah dan isi untuk
perbincangan. Ada kemungkinan juga setiap masalah yang
dibincangkan bukan titik penamatan yang jelas kepada
sesuatu keadaan yang dikaji.
Definisi

Menurut Kardos dan Smith (1979) kajian kes yang baik


mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi maklumat yang cukup untuk pembaca


dengan bertujuan untuk merawat sesuatu masalah dan isu-isu
yang dibincangkan.

harus mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kepada


pembaca (mana-mana kes yang mengandungi ketetapan,
personaliti, turutan peristiwa-peristiwa, masalah dan konflik)

You might also like