You are on page 1of 33

FAKTOR POLITIK

Pada perhimpunan yang dibuat di tahun 1951, telah dapat mengenalpasti faktor
utama yang menyebabkan aliran pelarian. Faktor tersebut ialah penganiayaan
manusia. Mereka yang menjadi pelarian adalah kerana terdapatnya perbezaan dari
segi bangsa, kewarganegaraan, ahli dalam kumpulan sosial dan kepercayaan mereka
samada dari segi agama atau pandangan politik. Penganiyaan biasanya berlaku
dalam konteks pertikaian tentang hak asasi politik ke atas pemerintah dalam negara,
bagaimana negara itu ditadbir dan siapa yang memberi arahan berkaitan kuasa,
keistimewaan , naugan dan faedah sampingan dalam negara tersebut. Peraniyaan ini
hangat diperkatakan apabila berlaku zaman perubahan yang mendadak kerana
berlaku perjuangan dalam sesebuah negara atau dalam mewujudkan negara baru.
FAKTOR EKONOMI

Tekanan ekonomi adalah penyebab utama yang mewujudkan pelarian tetapi


hubungannya tidaklah secara langsung. Terlalu mudah untuk memperkatakan yang
kemiskinan merupakan penyebab pelarian. Kemiskinan ini boleh wujud disebabkan
perlucutan jawatan atau sudah tidak mahu bekerja dan ia berlaku disebabkan oleh
kemerosotan ekonomi. Penganiyaan dalam pengagihan bekalan turut memainkan
peranan utama terutama di zaman ekonomi merundum. Apa yang dapat dilakukan
oleh pemimpin adalah menyalahkan pihak-pihak lain untuk mengelak dari
dipersalahkan atas sebab kemerosotan negara mereka.
TEKANAN ETNIK

Konflik dalam kumpulan etnik berkembang dengan pesatnya dewasa ini. Armenia,
Azebaijan, Bhutan, Burma, Ethiopia, Georgia, Iraq, Sri Lanka, Sudan dan yang terbaru
sekali Yugoslavia, merupakan contoh-contoh negara yang menghadapi konflik dalam
kumpulan etniknya. Kebanyakan negara-negara moden mempunyai
ketidakseragaman dalam kumpulan etniknya. Dalam 190 buah negara-negara bebas,
terdapat sekurang-kurangnya 5000 kumpulan etnik. Kepelbagaian dalam kumpulan
etnik telah menjadi lumrah alam di mana-mana pun. Di sini bolehlah disimpulkan ,
negara yang mempunyai bangsa yang tulin tanpa ada kumpulan etnik yang lain
hanya boleh diwujudkan dalam khayalan sahaja.
Merupakan satu kumpulan etnik
beragama Islam yang menetap di
utara Negeri Rakhien
(Barat Daya Burma).

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


menjangka kira-kira terdapat seramai
800,000 orang etnik Rohingya berada di
Myanmar.

Merupakan golongan minoriti


di negara Myanmar yang sering
ditindas oleh kerajaan Myanmar.
PENCABULAN HAK ASASI

Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menderita akibat


pencabulan hak kemanusiaan mereka sejak 1978 oleh junta tentera Myanmar.

Pelbagai bentuk penindasan yang di luar batas kemanusiaan telah kerajaan junta
Myanmar lakukan terhadap mereka.

Hak mereka sebagai rakyat Myanmar telah dirampas, mereka tidak dibenarkan
keluar daripada penempatan mereka, tanah dirampas, tidak dibenarkan
mengamalkan agama mereka secara bebas dan ada yang ditangkap.

Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian


sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan
sekatan kewangan ke atas perkahwinan.
Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau
atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera.

Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang
ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon
bimbit.

Golongan wanita Islam pula tidak dibenarkan memakai hijab malahan turut ditekan
dengan pelbagai diskriminasi seperti dirogol, dibunuh dan diseksa oleh puak junta.

Selain itu, umat Islam Rohingya juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun
melakukan penyembelihan korban semasa umat Islam menyambut Aidiladha.

Situasi sebeginilah menyebabkan golongan Muslim Rohingya terpaksa melakukan


penghirahan ke negara-negara seperti Bangladesh, India, Malaysia dan Indonesia.
PENAFIAN WARGANEGARA

Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat negara


Myanmar yang sah kerana kumpulan ini dikatakan hanya memasuki Myanmar
pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.

Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Rohingya yang tinggal di


negara ini sebelum kemerdekaan pada 1948 serta anak mereka dianggap
warganegara.

Justeru,mereka yang menetap di Myanmar selepas merdeka dianggap sebagai


pendatang asing dan mampu mengancam keselamatan Myanmar.
Dan pada tahun 1982, Kerajaan Myanmar telah melucutkan kewarganegaraan etnik
Rohingya melalui undang-undang yang dikenali sebagai Burma Citizenship Law yang telah
menjadikan mereka pelarian di negara sendiri.

Burma Citizenship Law of 1982 yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi
yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, telah mengakibatkan
golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan
sebagai pendatang di tanahair mereka sendiri.

Sejak diluluskan Burma Citizenship Law ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan
hak pelajaran mereka. Undang-undang ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka
tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran
daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.
Pada tahun 1991, penghapusan etnik telah berlaku secara besar-besaran dan lebih
suku juta etnik Rohingya melarikan diri ke negara-negara serantau seperti
Bangladesh, dan Malaysia.

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan pelarian etnik Rohingya dari tahun ke tahun
dan sebahagian besar daripada mereka tinggal di bandar-bandar seperti Kuala
Lumpur dan Butterworth.

Pada masa ini terdapat terdapat antara 10,000 dan 12,000 orang pelarian Rohingya
di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu
Bagi Orang Pelarian (UNHCR) manakala yang tidak berdaftar dianggarkan kira-kira
40 000 orang.

Status mereka di Malaysia tetap dianggap sebagai pelarian dan tidak diberi apa-apa
keistimewaan.

Walaupun kerajaan Malaysia tidak memberikan dokumen pengenalan kepada


mereka seperti sijil kelahiran tetapi ini tidak bermakna kerajaan mengabaikan
tanggungjawab sosialnya dalam menjaga kesejahteraan pelarian Rohingya ini.

Segala bentuk bantuan asas seperti perubatan sentiasa dihulurkan oleh kerajaan
melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan tempatan (NGOs) untuk
membantu meringankan beban pendatang ini.

Kerajaan Malaysia juga amat prihatin dengan pelarian Rohingya sehingga bersetuju
untuk membuka peluang pendidikan dan pekerjaan kepada mereka.

Untuk menggalakkan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh anak-anak pelarian


Rohingya ini pada tahun 2002 sebuah sekolah tidak formal telah dibuka di Cheras
yang digelar sebagai 'sekolah madrasah.

.
Sekolah ini telah ditaja oleh UNHCR dengan kerjasama Yayasan Salam Selangor dan
telah menjadi satu-satunya tempat yang memberi peluang kepada anak-anak
Rohingya untuk menimba ilmu walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Dalam aspek pekerjaan, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang sangat
berperikemanusiaan terhadap golongan pelarian ini. Pada tahun 2005 kerajaan
bersetuju untuk memanfaatkan 60 ribu pelarian termasuklah Rohingya, Aceh dan
Moro untuk diserap ke dalam sektor pekerjaan.

Di samping itu, kerajaan juga bersetuju memberi latihan kepada pelarian wanita
untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Permintaan kepada pembantu rumah
yang semakin meningkat di kalangan rakyat tempatan menyebabkan kerajaan
menggangap sudah sampai masa untuk kita memberi peluang golongan ini mencari
nafkah.
Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai serampang dua mata iaitu di samping
memberi perlindungan kepada pelarian, pada masa yang sama cuba memberikan
peluang pekerjaan supaya mereka boleh berdikari.

Langkah ini telah menunjukkan kepada masyarakat dunia sikap keprihatinan


kerajaan Malaysia terhadap golongan pelarian, walaupun mereka ditindas di negara
sendiri tetapi sifat kemanusiaan perlu diutamakan.

Justeru, pengurusan pelarian yang sangat berwibawa dan berperikemanusiaan


yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia perlu menjadi contoh kepada negara-
negara lain supaya golongan pelarian atau migran ini tidak mengalami kesengsaraan
kali kedua selain dari negara asal mereka.
Di Malaysia, isu pendatang asing semakin di hangat diperkatakan, namun
sebenarnya isu ini bukanlah satu perkara baru di negara kita. Pendatang asing tanpa
permit yang sah semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah ke
negara kita.

Kebanyakan pekerja asing datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti
Filipina, India, Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan yang terbaru dari China.

Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, iaitu
jumlah pekerja asing yang bekerja di Malaysia mencecah 1.91 juta.

Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki
negara ini secara haram serta hampir 100,000 tahanan di depoh imigresen.
Wikipedia menjelaskan bahawa pendatang tanpa izin atau pendatang
haram ialah golongan orang yang masuk atau tinggal di sesebuah negara lain
secara haram.

Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigrasi, contohnya


memasuki negara dengan tujuan tanpa permit dan bukan dengan melalui pintu
masuk utama.

Hal ini berlaku disebabkan beberapa faktor kenapa mereka memasuki negara lain
sedangkan mereka sudah ada negara mereka sendiri.
Kita dapat membahagikan faktor kedatangan PATI kepada dua
faktor utama iaitu :

- Faktor Penarik

- Faktor Penolak
Faktor Penarik

Peluang pekerjaan yang tinggi

- Peluang pekerjaan yang tinggi merupakan faktor utama pendatang asing tanpa izin
dalam negara.

- Permintaan tinggi dari sector perladangan dan pembinaan menyebabkan sesetengah


pihak mengambil cara mudah dengan memberikan kerja kepada pendatang asing
tanpa izin.

- Sector pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan


daripada pembangunan pesat negara.

- Hal ini ditambah pula dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di
dalam sector pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka
peluang kepada buruh asing.
Kestabilan Ekonomi di Malaysia

- Kestabilan ekonomi juga merupakan salah satu faktor tarikan pendatang asing tanpa
izin ke Malaysia.

- Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun berturut-turut
didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian,
perladangan dan perkhidmatan.

- Di sebabkan faktor inilah yang membawa pendatang asing masuk ke dalam negara ini
tanpa sebarang permit yang sah.

- Ekonomi yang stabil dan juga nilai mata wang yang tinggi di negara ini lebih menarik
minta mereka untuk masuk ke dalam negara ini.
Kadar Upah yang Tinggi

- Di negara asal pendatang asing tanpa izin, penawaran buruh melebihi


permintaan.

- Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah di negara mereka. Contohnya di
Indonesia, pekerja ladang di bayar 2000 rupiah iaitu lebih kurang RM3 sehari.

- Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan
seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran
upah yang lebih tinggi walaupun mereka terpaksa masuk secara haram ke dalam negara
ini.
Keamanan dan Kemakmuran Malaysia

- Faktor tarikan pendatang asing ke dalam Malaysia yang seterusnya ialah keamanan dan
kemakmuran negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan masyarakatnya
hidup bersatu padu.

- Hal inilah yang menarik pendatang asing untuk berhijrah ke Malaysia. Mereka mencari
tempat yang strategic untuk mencari rezeki seterusnya menetap di sini.

- Mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan
mempunyai banyak peluang pekerjaan. Sedangkan di negara mereka pelbagai masalah
yang berlaku terutamanya peperangan.

- Peperangan sering berlaku di negara asing yang menyebabkan mereka terpaksa


mengambil risiko dengan menyelinap masuk secara haram ke dalam negara Malaysia.
Faktor Penolak

Kekurangan Peluang Pekerjaan

- Antara faktor tolakan negara mereka ialah kekurangan peluang


pekerjaan di negara asal

- Penduduk yang ramai menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat menampung


penduduk yang ada.

- Hal ini menyebabkan mereka nekad untuk berhijrah ke negara lain demi mendapatkan
rezeki untuk menyara keluarga dan diri mereka sendiri.

- Contohnya boleh dilihat di Pulau Jawa Indonesia yang kekurangan tanah menyebabkan
ramai penduduk terpaksa menganggur.

- Pengangguran inilah yang akan menyebabkan berlakunya berlakunya pelbagai masalah


social terutamanya yang melibatkan remaja.
Kemiskinan di Negara Asal

- Kemiskinan di negara asal yang mendatangkan pelbagai masalah mendorong pendatang


asing tanpa izin masuk secara haram ke dalam Malaysia.

- Akibat kemiskinan penduduk di negara seperti Myanmar, Indonesia, India dan


Bangladesh mengalami kebuluran disebabkan oleh bencana alam yang kerap kali terjadi
di negara mereka.

- Di sebabkan itulah yang menyebabkan negara mereka tidak boleh berdiri sama tinggi
dengan negara yang sentiasa membangun. Selain itu, disebabkan oleh kemiskinan juga
kadar buta huruf semakin bertambah.

- Keadaan ini yang mendorong mereka masuk secara haram ke dalam negara ini dan
meninggalkan negara mereka.
Kesan Positif

- Mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja

- Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia

- Merapatkan hubungan masyarakat tempatan dan pendatang asing.


Kesan Negatif

- Masalah rumah setinggan

- Menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan

- Keselamatan sosial terancam


Memantau kedudukan pendatang asing selepas tamat tempoh VISA

- Merujuk dalam Utusan Malaysia kerajaan bercadang mewujudkan jabatan khusus


bagi menangani isu pekerja asing termasuk memantau kedudukan mereka semasa
bekerja di negara ini selepas tamat tempoh visa.

- Jabatan berkenaan juga berfungsi untuk mengatasi lambakan pekerja asing di negara
ini yang didapati menimbulkan banyak masalah sosioekonomi kepada negara.

- Selain itu, warga asing yang ingin datang ke Malaysia perlu menjalani proses saringan
di nagara asal masing-masing supaya tidak timbul masalah selepas berada di negara
ini.
Memperketatkan Kawalan dan Pengawasan Disepanjang Persisiran Pantai

- Pihak kerajaan perlu lebih mengambil berat iaitu dengan memperketatkan kawalan
dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara dan pengawasan di sepanjang
persisiran perairan negara diperketatkan.

- Hal ini demikian kerana, terdapat kawasan- kawasan yang menjadi laluan pendatang
asing untuk menceroboh masuk ke negara kita tanpa izin menyebabkan ramai
pendatang asing terutamanya rakyat dari Indonesia yang datang ke negara kita untuk
mencari sumber pendapatan.

- Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengenal pasti kawasan yang dijadikan sebagai tempat
pendaratan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin atau dikenali sebagai PATI.
Walau apa jua pendapat dan pandangan masyarakat tentang isu pendatang tanpa izin
ini, kedatangan pekerja ini masih lagi tetap ada keburukan dan kebaikannya.

Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah
dengan isu ini.

Hal ini kerana kedatangan warga asing ke Malaysia banyak memberi sumbangan tetapi
mereka juga memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
http://mynewshub.my/2012/07/23/hentikan-penghapusan-etnik-rohingya/

http://merhrom.wordpress.com/

Pendatang asing tanpa asing (2011). Diperoleh pada Julai 25, 2012 daripada
http://beritasemasa.com/pendatang-asing-tanpa-izin-pati-di-malaysia

Wikipedia, ensiklopedia bebas.

http://rashid1218.tripod.com/janmel1.html

You might also like