You are on page 1of 17

CONTOH-CONTOH SOALAN

MATEMATIK MENGIKUT ARAS


TAKSONOMI BLOOM YANG
DIGUNAKAN DALAM TEKNIK
PENYOALAN

ASIAH BINTI HARUN


AMANINA RAIFANA BT A AHMAD JAMILI
Soalan mengikut aras taksonomi Bloom
 ARAS- ARAS PENYOALAN.

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam


peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam
bukunya ‘ taxonomy of education objectives’ . Peringkat-
peringkat itu ialah :
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
CONTOH- CONTOH
SOALAN MENGIKUT
TAKSONOMI BLOOM
PENGETAHUAN

Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali


fakta asas, istilah,erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan
nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya
digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah
namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa,
apa, bila, mana dan sebagainya.

Contoh :
a) Beri definisi ‘pecahan’
b) Senaraikan langkah mengira operasi bahagi.
c) bilakah operasi perpuluhan terjadi?
Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh
menggunakan soalan seperti berikut:

a) Berikan jawapan 3+4.


b) Apakah jawapan 4-2?
c) Di manakah terjadinya penambahan?
d) Apakah nama hari selepas hari ahad?
KEFAHAMAN

 · Peringkat ini menguji kebolehan cara


menterjemah, memahami dan menginterprestasikan
fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah
dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan
dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah :
terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan,
tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa dan
sebagainya.
Contoh :

(a) Mengapa 3 x 8 = 24?


(b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang
taksonomi bloom
(c) Huraikan maksud ‘isipadu’.

Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh


menggunakan soalan seperti berikut:

a) Mengapa kita perlu menggunakan operasi tambah di dalam


soalan ini?
b) Mengapakah pembahagian terjadi?
c) Tuliskan huruf 1 hingga 20.
APLIKASI

 · Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon


menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan
kemahiran yang telah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasanya
digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan,
kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya.
·

Contoh :
(a) Bagaimana cara membuat pengiraan dengan menggunakan
formula?
(b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang
sisi 3 cm, 4 cm, 5 cm.

Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan


seperti berikut:
a) Bagaimanakah untuk menukarkan nombor pecahan menjadi
nombor bulat ?
b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji
guli yang diberikan oleh bapa.
c) Carikan 3 perbezaan daripada gambar 1 dengan gambar 2.
PERINGKAT ANALISIS

 · Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat


perbandingan dan menghuraikan faktor- faktor
perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan
peringkat ini ialah bandingkan, bezakan,
menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan,
membahagikan, dan sebagainya.
Contoh :

(a) Bezakan maksud ‘ kubus dan kuboid’


(b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian
kemajuan : ‘ujian objektif atau ujian subjektif ? Mengapa?
(c) Bandingkan kelebihan menggunakan kalkulator dari mengira tanpa
kalkulator.

Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan


kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan
peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan
tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus.


b) Bezakan malam dengan siang. Warnakan suasana siang sahaja.
c) Bezakan daun dengan bunga. Warnakan bunga sahaja.
PERINGKAT SINTESIS
Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar
menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan
idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil
yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.
Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat
sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan,
membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan,
gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya.
· Contoh
a) ) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum
tukar tertib bagi operasi darab.
c) Bincangkan cara penyelesaian masalah yang sesuai yang
yang menggunakan kaedah ‘polya’.
·
Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi
soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak
bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru
prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk
yang mudah seperti:
a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih,
warnakan diatas kertas dan lihat hasil warna yang baru.
Namakan warna tersebut.
b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk
menghasilkan warna kuning.
c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok
yang diberikan
PERINGKAT PENILAIAN

· Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan


digunakan untuk menguji kebolehan pelajar
membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat
atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai
sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori
dan sebagainya.
· Contoh :

(a) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a


ialah panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain.
(c) senaraikan nombor perdana antara 1 hingga 50 dan jelaskan sebab
anda memilih nombor tersebut sebagai nombor perdana.
·
Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan
kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan
peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan
tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:
a) Beri kesimpulan pendek tentang 3+2 = 5 dan 2+3 =5.
b) Beri pendapat awak tentang jalan pengiraan yang dibuat oleh kawan
awak ini.
c) Beri pendapat awak tentang pelajaran matematik pada hari ini.
SELESAI PUN AKHIRNYA..
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERBUKA..
SELAMAT SEGALANYA..

You might also like