You are on page 1of 39

ISTIADAT KRS

N U R S YA F I Q A B I N T I I S H A K
NURSUHADA BINTI HAMZAH
NURUL NADHIRAH BINTI RUSDIN
ISTIADAT
PERHIMPUNAN
PERSIAPAN TEMPAT

ALATAN
PENTAS Pentas merupakan “wajah” kepada majlis yang diaturkan.
KERUSI VIP Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut
kekanan
BACKDROP DAN Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop
HIASAN PENTAS ditengahtengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat
pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu.
Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian
dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna.
MEJA HADIAH Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum
juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP.
Sediakan juga meja meletak hadiah (selepas penerima
menerima hadiah) pada kedudukan kiri (menghadap pentas)
di bawah pentas.
PERSIAPAN TEMPAT

ALATAN PENERANGAN
BENDERA Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas
atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas.
Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang
betul.
KEDUDUKAN Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut
KERUSI TETAMU keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi
bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada
bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap
kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan
dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi
mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.
KEDUDUKAN Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada
KERUSI PESERTA kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas
manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian
belakang selepas peserta-peserta kursus.
TATACARA PERHIMPUNAN

 Ianya hendaklah disusun dengan betul


 Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi
mempunyai tatacara yang sama.
 Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan
acaranya.
TATACARA PERHIMPUNAN
TATACARA PERHIMPUNAN

1. Ketibaan tetamu jemputan


2. Ketibaan tetamu kehormat (VIP)
3. Ketibaan Tetamu Utama
4. Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS.
5. Lapor
6. Bacaan doa.
7. Ucapan-ucapan.
8. Penyampaian sijil dan lain-lain
9. Penyampaian Cenderamata
10. Nyanyian lagu kebangsaan.
11. Ketua perbarisan melapor
12. Tetamu utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu meninggalkan
majlis.
13. Jamuan
14. Bersurai
1.KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

 Peserta kursus mengambil tempat duduk yang disediakan.


 Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing-
masing yang telah disediakan di bahagian hadapan tempat
duduk peserta kursus.
 Tetamu-tetamu lain mengambil tempat duduk di bahagian
belakang selepas tempat duduk peserta.
2. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT (VIP)

 Ketibannya diumumkan oleh juruacara.


 Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi
penghormatan untuk menerima tabik hormat.
3. KETIBAAN TETAMU UTAMA

 Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh


jawatankuasa penyambut tetamu.
 Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar,
persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan tidak
memakan banyak masa.
 Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik sahaja
berada dipintu masuk atau tempat yang hampir dengan
kedudukan majlis.
4. TABIK HORMAT DAN NYANYIAN LAGU
KRS

 Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas hormat untuk


menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan.
 Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang ada di
dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang diadakan di
dalam dewan. Jika majlis diadakan di luar dewan maka
semua hendaklah berdiri sedia.
 Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai dengan
minus-one.
5. LAPOR

 Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian


selesai.
6. BACAAN DOA

 Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis.


 Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan majlis.
7. UCAPAN-UCAPAN

 Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu ucapan pengacara


majlis, ucapan tetamu VIP dan tetamu VVIP.

 Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk mengalu-ngalukan


kehadiran semua tetamu dan menjelaskan mengenai nama program,
tujuan program, masa atau tarikh program dan kehadiran peserta.

 Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk menyampaikan


ucapan sebagai wakil tuan rumah atau pengelola.

 Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau


juga boleh dijemput untuk membuka rasmi atau menutup rasmi kursus
pada akhir ucapannya.
8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN LAIN-LAIN

 Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk


menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu kehormat,
pegawai pengelola, pengerusi atau yang sesuai.

 Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk


menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya hendaklah
disusun dengan betul iaitu penyampaian di akhiri dengan
tetamu utama (VVIP).
9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA

 Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan mengikut


urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu utama (VVIP)
adalah yang terakhir menerimanya.

 Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan memberi


isyarat bahawa acara majlis akan berakhir seperti "majlis
kita sudah sampai ke penghujung, majlis kita sudahpun
hampir berakhir" atau katakata lain yang bersesuaian.
Tujuannya supaya ketua perbarisan sedia untuk
menjalankan tugas seterusnya.
10. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN

 Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun jika


majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di luar dewan.
 Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan beramai-
ramai dengan iringan minus-one.
11. KETUA PERBARISAN MELAPOR

 Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas hormat.


 Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya
melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas yang
lain.
 Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP, VIP dan
tetamu yang lain beredar sebelum melaksanakan tugas
yang seterusnya.
12. TETAMU UTAMA (VVIP), TETAMU KHAS (VIP)
DAN TETAMU MENINGGALKAN MAJLIS

 Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP) akan


dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat jamuan.

 Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat pameran,


menanam pokok dan sebagainya boleh dilaksanakan pada
ketika ini sebelum semua tetamu dibawa tempat jamuan.
13. JAMUAN

 Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan


sempurna sama ada secara hidang atau buffet.
 Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
 Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.
14. BERSURAI

 Setelah selesai semua acara.


PENTAULIAHAN
Istiadat Pentauliahan Dalam Kadet Remaja
Sekolah

 Majlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang


memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan
protokol dan istiadat rasmi.

 Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis.


1. Majlis di dalam dewan
2. Majlis di luar dewan
3. Majlis di dalam pejabat
 Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan
khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis
boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan
lapang.

 Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika


penerimanya tidak ramai atau sebagai majlis istimewa
kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan.
Pelaksanaan

 Majlis Di Dalam Dewan

A. Persiapan tempat:
Pentas :
 Susun atur pentas perlu dilakukan dengan betul bagi menggambarkan
pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang berhubungkait dengan istiadat.

Kerusi Tetamu Utama dan Tetamu Khas (VVIP dan VIP):


 Kerusi tetamu utama dan tetamu khas hendaklah disusun dengan betul
bagi menunjukkan kekananan jawatan

Bendera:
 Susunan bendera hendaklah dibuat mengikut kedudukan yang betul.
Terdapat beberapa untuk mengibarkan bendera seperti bendera pada satu
tiang, tiga tiang dan bendera-bendera negeri.
B. Aliran Naik Turun Pentas:
 Peserta yang akan naik ke pentas untuk menerima tauliah atau sijil
hendaklah secara kumpulan. Biasanya kumpulan-kumpulan ini di bentuk
berdasarkan barisan pada setiap kolum.
 Setiap penerima sijil dalam kolum barisan akan bergilir-gilir seorang
demi seorang naik ke pentas mengikut ‘masa’ yang betul. Satu baris
penerima sijil akan naik ke pentas seorang demi seorang
C. Tatacara menerima sijil, tauliah atau pangkat di atas pentas:

 Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang


ditanda. Apabila berada di hadapan untuk menerima sijil,
penerima hendaklah melakukan kawad selaku terima iaitu
hormat, membuat satu langkah ke hadapan, bersalam dan
menerima sijil.
 Selepas menerima sijil hendaklah mengucapkan terima kasih.
Ketika beredar, melakukan satu langkah undur ke belakang,
memberi hormat, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar turun
pentas.
D. Penyampaian tauliah/sijil :

 Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk menyampaikan sijil


atau tauliah dan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai
pengelola, pengerusi atau yang sesuai.
 Majlis Di Luar Dewan
- Secara keseluruhannya yang dapat kita lihat tatacara dan
tertib istiadat pentauliahan bagi keadaan majlis di luar
dewan adalah sama bagi majlis di dalam dewan.
- Tetapi terdapat sedikit perbezaan:
A. Kedudukan Penerima Tauliah, Sijil atau Kenaikan
Pangkat:
a. Berseorangan
b. Berkumpulan
 Majlis Dalam Pejabat
- Hampir kesemua tertib dan tatacara majlis dalam pejabat
adalah hampir sama dengan tertib dan tatacara bagi majlis
dalam dewan dan dan majlis di luar dewan.

A. Penyampai Hadiah:
 Penyampai sijil atau hadiah adalah merupakan tetamu
utama (seorang sahaja.sahaja). Jika penerima sijil terlalu
ramai, maka hendaklah ada masa rehat 5 minit untuk
pemberi sijil duduk sebentar. Semasa rehat ini, bolehlah
diadakan selingan seperti permainan muzik gamelan atau
tambor.
B. Pembawa dulang:

 Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang


pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah.
 Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini hendaklah memberi
hormat (sekali) sama ada tabik hormat sebaik sahaja berada di hadapan
pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah
menghadap ke arah kanan pentas.
 Orang kedua akan bersedia memberikan sijil atau hadiah kepada orang
pertama manakala orang ketiga berada di meja hadiah untuk menyusun
dan memastikan sijil atau hadiah yang disampaikan itu betul.
 Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama akan memberikan sekali
lagi hormat atau tunduk kepada pemberi hadiah, sijil atau pangkat.
C. Sijil, Tauliah dan Pangkat:

 Kertas sijil atau tauliah hendaklah dimasukkan dalam skrol.


Jika tidak ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung
dan diikat kemas menggunakan riben. Bagi pemakaian
pangkat, appuleete dan pangkat hendaklah terlebih dahulu
disediakan.
 Bagi pangkat yang perlu dilekatkan di bahu, maka
hendaklah disediakan pin pelekat yang siap dijahit untuk
memudahkan pangkat dilekatkan.
Istiadat Menaik
Bendera
Pegawai
Komander

Kadet
SUSUN ATUR MAJLIS
 Nyanyian lagu.
 Bacaan doa.
 Ketua kadet melapor kepada pegawai bertugas.
 Laporan dari pegawai bertugas.
 Penyerahan buku kepada pegawai bertugas yang
seterusnya.
 Taklimat daripada pegawai bertugas.
 Majlis bersurai.
TERIMA
KASIH

You might also like