You are on page 1of 8

SKALA PENGUKURAN

SKALA NOMINAL

• ‘data kategori’
• klasifikasi data yang paling asas dan mudah
• Data-data akan dikelompokkan kepada beberapa
kategori atau kumpulan
• Cth; jantina, bangsa, taraf perkahwinan,
kerakyatan, tempat tinggal
SKALA ORDINAL

• skala yang menunjukkan urutan atau pangkat


• Skala ordinal sebenarnya membolehkan pengkaji
mendapat maklumat lebih dari sekadar maklumat
asas sahaja seperti yang diperolehi dalam skala
norminal
• perbezaan magnitud antara setiap nilai atau tidak
diketahui atau tidak tetap. Cth: kedudukan dalam
lumba kuda. @ turutan kegemaran 1,2,3…
SKALA INTERVAL (SELA)

• skala interval atau sela mempunyai satu ciri yang


tidak dapat dalam skala nominal dan skala ordinal.
• Mempunyai ciri perbezaan magnitud ataupun nilai
yang sama. Cth; perbezaan suhu. 10c, 20c, 30c.
• Sebarang nombor atau nilai boleh ditambah ke
atas skala di atas dan ia tetap mengekalkan
perbezaan magnitud yang sama.
SKALA INTERVAL (SELA)

• dipopularkan oleh Likert pada tahun 1932


• Sangat tidak setuju 1
• Tidak Setuju 2
• Tidak Pasti 3
• Setuju 4
• Sangat Setuju 5
• analisis frekuensi dan peratusan,
• beberapa analisis statistik seperti min, sisihan piawai
dan analisis statistik lanjutan
SKALA NISBAH (RATIO)

• Skala yang mempunyai kesemua ciri yang dipunyai oleh


skala-skala nominal, ordinal dan interval yakni
mempunyai kategori, urutan dan juga perbezaan
magnitud yang sama
• mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak.
• Nilai 0 (sifar) ini merupakan nilai yang mempunyai
makna
• umur, pendapatan, berat, bil anak
• merupakan skala yang mempunyai kuasa statistik yang
tinggi dan data-data yang diperolehi menggunakan
skala ini berupaya dianalisis menggunakan analisis
statistik
KEPENTINGAN SKALA PENGUKURAN

i) menjadi panduan kepada pengkaji untuk


mengenal pasti jenis pembolehubah yang akan
digunakan sama ada pembolehubah bebas,
terikat dan sebagainya.
ii) menjadi panduan kepada bentuk
alat/instrumen/soal selidik yang akan
digunakan. Sebelum membentuk soal selidik
yang diingini, pengkaji biasanya akan
menentukan jenis skala yang akan digunakan
bagi disesuaikan dengan analisis dan hipotesis
yang akan diuji.
iii) Skala yang sesuai akan memudahkan hipotesis
dibentuk.
iv) Analisis statistik yang sesuai akan dapat ditentukan
apabila skala pengukuran telah dikenal pasti.

You might also like