You are on page 1of 46

EDUP3073

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK 3
KESEDARAN KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA
• Murid di sekolah harus didedahkan kepada
kepelbagaian Sosio-Budaya dalam masyarakat
agar mereka dapat belajar dalam suasana
yang kondusif walaupun berhadapan dengan
murid dari kaum yang berlainan.
• Kepelbagaian Sosio-Budaya ini boleh ditinjau
dari segi Bangsa, Struktur Masyarakat atau
Kelas Sosial, Kepercayaan, Bahasa, Adat
Resam dan Jantina.
ASPEK BANGSA
• Bangsa menurut Kamus Dewan (1999),
merupakan sekumpulan orang yang
mempunyai ciri-ciri Kebudayaan, Nilai dan
Aspirasi yang sama.
• Bangsa merupakan suatu kelompok manusia
yang dianggap memiliki identiti bersama,
yang bersatu pada satu wilayah dan
mempunyai keterikatan dengan wilayah
tersebut.
• Contohnya, Orang Iban yang telah lama hidup
bersama sejak dahulu, membentuk identiti
Malaysia yang ada.
• Bangsa merujuk kepada nilai-nilai sosial
seperti bekerjasama, toleransi, hormat-
menghormati, setiakawan, dedikasi,
persahabatan, perkongsian, kesabaran dan
kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan
murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah
yang sihat dan dinamik.
• Istillah ‘Melayu’ pula ditakrifkan oleh UNESCO
pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Madagascar.
• Menurut Perlembagaan Malaysia, istillah
‘Melayu’ hanya merujuk kepada kepada
seseorang yang berketurunan Melayu dan
menganut Islam.
• Istillah ‘Melayu’ merujuk kepada nama Bangsa
dan Agama adalah satu perkembangan baru dari
segi sejarah setelah terdapatnya Kesultanan
Melayu Melaka.
• Etnik adalah kelompok yang wujud disebabkan
perbezaan Budaya.
• Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan
cara bertindak yang meliputi sistem politik,
kepercayaan, agama, adat resam dan lain-lain.
• Malaysia merupakan sebuah negara berbilang
bangsa yang pernah menghadapi Konflik Etnik.
• Hubungan antara etnik yang berbeza di negara
kita masih berlaku dalam satu suasana yang baik
dan mampu memacu perkembangan ekonomi
negara seperti yang terdapat pada hari ini.
• Melalui hubungan etnik juga, dapat difahami isu
yang berlaku seperti Prasangka atau Diskriminasi
dalam sesebuah negara.
• Hubungan etnik juga mempegaruhi Dasar Sosial
dan Perancangan Sosial sesebuah negara.
• Etnik adalah pecahan masyarakat dalam suatu
kaum seperti Etnik Bidayuh, Kadazan, Kenyah, dll.
• Proses Asimilasi bermaksud cara hidup atau
kebudayaan sesuatu masyarakat biasanya
daripada Golongan Migran dan Minoriti yang
telah diserap oleh Kebudayaan Dominan tanpa
membawa perubahan kepada Kebudayaan yang
wujud dalam golongan Minoriti atau Migran.
• Amalgamasi merujuk kepada proses
pencantuman dari segi Biologi.
• Proses cantuman ini boleh berlaku melalui
Perkahwinan Campur.
• Jayum A. Jawan (1977) meringkaskan proses
tersebut seperti berikut iaitu A+B+C=A+B+C.
Ini menunjukkan bahawa setiap kelompok
masih berpegang kepada kebudayaan masing-
masing walaupun berlaku perbezaan antara
kebudayaan yang diamalkan.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewargenegaraan (2001), menjelaskan
Akomodasi adalah setiap etnik menyedari nilai
dan norma antara satu sama lain.
• Ini bermaksud bahawa setiap etnik tetap
mempertahankan Budaya mereka tetapi hidup
harmoni dan saling menghormati antara satu
sama lain.
• Namun begitu, setiap etnik ini saling bergantung
dalam hal tertentu seperti ekonomi dan
pendidikan untuk mencapai matlamat bersama.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewarganeragaan (2001), Akulturasi Budaya
adalah manusia dalam kumpulan Minoriti
menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah-
laku golongan Majoriti.
• Proses Akulturasi membolehkan masyarakat
meminjam atau menerima unsur-unsur Budaya
golongan Majoriti tanpa mengubah unsur-unsur
Budaya asal. Proses ini dikenali sebagai Asimilasi
Budaya.
• Kita tidak harus berbicara tentang Melayu,
India dan Cina sehingga terlupa kaum pribumi
di Sabah serta Sarawak seperti Iban, Dayak,
Malanau, Kadazan, Dusun, Bajau, dll.
• Dalam masyarakat keturunan Cina, terdapat
suku-suku seperti Hakka, Hailam, Kantonis, dll.
• Dalam masyarakat India, terdapat pula Tamil,
Jaffna, Sikh, dll.
• Setiap kelompok memiliki dialek, adat
kebiasaan, nilai dan kepercayaan agama
tersendiri.
• Kita telah hidup sebelah-menyebelah, berjauhan
dan pada umumnya dalam keadaan aman dan
harmoni baik di kawasan kediaman, institusi
pendidikan, pejabat, syarikat dan persatuan.
• Pada hari ini, kerjasama serta perhubungan
antara kaum berlaku dari sudut ekonomi dan
sosial.
• Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk
merancang secara berkesan dalam jangka masa
panjang untuk mewujudkan sikap mebina
kehidupan yang aman dengan orang lain.
Bahasa
• Bahasa merupakan satu sistem komunikasi
yang harus menggunakan bunyi atau simbol
dengan pengertian dan mempunyai
mempunyai struktur.
• Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan
aturcara yang disusun dengan kaedah yang
bermakna, ditambah dengan sistem
komunikasi yang kompleks (Cole, 1998).
• Bahasa mengalami perubahan.
• Perubahan dalam bahasa berlaku akibat
daripada pertembungan masyarakat dan
budaya, penjajahan, peperangan, perubahan
populasi, kelas sosial, etnik, umur, pekerjaan,
penemuan baru, pendidikan, penghijrahan,
perdagangan, agama, status ekonomi, dll.
• Bahasa menjadi alat komunikasi untuk
manusia bekerjasama melestarikan
Kebudayaan dan penerusan pemikiran.
• Bahasa ialah Sistem Orisyaratan (Semiotik)
yang terdiri daripada unsur isyarat dan
hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata
lain, bahasa terbuka untuk penafsiran=
Fonologi (Bunyi Perkataan) + Morfologi
(Pembinaan Perkataan) + Sintaksis (Susunan
Perkataan).
• Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa
Melayu tetapi dialek antara negeri-negeri yang
terdapat di Malaysia ini berbeza.
• Orang India bertutur dalam bahasa Tamil berasal
dari Tamil Nadu, India. Namun terdapat juga
bahasa Malayalam dan Telegu.
• Kebanyakan bahasa orang Cina dikenalpasti
melalui kumpulan penutur mereka.
• Orang Cina yang menetap di Pulau Pinang serta
Melaka bertutur dalam bahasa Hokkien.
• Mereka yang tinggal di Seremban, Ipoh dan Kuala
Lumpur menggunakan bahasa Kantonis dan
Hakka.
• Di Malaysia Timur, bahasa Hakka dan
Mandarin lebih dominen, kecuali di Sibu yang
cenderung kepada bahasa Foochow serta
Sandakan dengan bahasa Kantonis.
• Di Selatan Semenanjung Malaysia,
terutamanya di Johor, bahasa Mandarin paling
banyak digunakan oleh masyarakat Cina
sebagai kesan pengaruh media berbahasa
Mandarin dari Singapura serta penggunaan
bahasa Mandarin dalam pendidikan formal.
Struktur Sosial
• Kumpulan Masyarakat terdiri daripada manusia yang
hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling
berhubungan dari segi pelbagai aspek kehidupan.
• Ciri mengklasifikasikan sesuatu masyarakat adalah
seperti berikut:
i. Hidup berkelompok
ii. Mempunyai Budaya
iii. Sering mengalami perubahan
iv. Saling berinteraksi sama ada dalaman
dengan pihak luar
v. Mempunyai kepimpinan
vi. Mempunyai aturan sosial (Susun Lapis, Kelas,
Status dan Kasta)
• Kelas Sosial Masyarakat Tradisional boleh
diklasifikasikan seperti berikut;
(a) Sultan : Kelas Hieraki Tertinggi
(b) Kelas Bawahan : Kaum Keluarga Diraja
(c) Kelas Pembesar : Pembesar Negeri
(d) Rakyat Biasa : Golongan Diperintah
Setiap ahli Masyarakat mempunyai
Tanggungjawab Sosial yang diterima dan
diakui umum.
Ikatan ini dinamakan Kontrak Sosial.
• Menurut J.S.Furnival, Masyarakat Majmuk terdiri
daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri.
• Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai
kaum, mereka berganding bahu di bawah sistem
politik sama tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan.
• Interaksi Sosial dalam kalangan mereka amat
kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan
pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis Ras.
• Asas Sosial sesuatu Masyarakat Majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia.
• Dari segi politik, Masyarakat Majmuk timbul
akibat Dominasi Penjajah.
• Menurut De Fleur (1974), Masyarakat ialah
sebuah pola yang sangat kompleks mengenai
organisasi sosial di mana ahli-ahlinya saling
bergantung dan terdapat garis panduan bagi
semua bidang tingkah laku sosial.
• Menurut Kamadudin Jaafar (1974), Masyarakat
Majmuk adalah kaum yang bercampur tetapi
mempunyai kehidupan yang berasingan, interaksi
sesama terbatas, penuh prasangka serta
‘bersama’ tetapi ‘tidak bersatu’.
• Bagi J.S.Furnival (1948), Masyarakat Majmuk
adalah Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
Kelompok Ras dan Etnik yang berlainan berada di
bawah satu sistem pemerintahan.
• Satu lagi ciri Masyarakat Majmuk ialah
ketiadaan atau kelemahan ‘Azam Sosial
Bersama’ (Common Social Will) yang
merupakan satu set nilai yang dipersetujui
anggota masyarakat bagi mengawal dan
memberi panduan kepada tingkah-laku sosial.
• Ini bermakna masyarakat pada hari ini
dikatakan tidak mempunyai keazaman sosial
yang sama dalam membentuk Budaya
Kehidupan Bermasyarakat.
• Perkembangan dalam masyarakat boleh
dilihat dalam aspek kehidupan mereka seperti
berikut:-
. Masyarakat Petani
. Masyarakat Industrial
. Masyarakat Pasca Industrial
• Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial berperanan
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
• Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam suatu
masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan.
• Murid golongan bawahan dapat bergaul dan
berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa
mengira Budaya dan Masyarakat lain.
• Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat
mengelakkan rasa bangga diri dan seterusnya
menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti
dalam kehidupan mereka.
Kepercayaan (Belief)
• Kepercayaan bermaksud perakuan benarnya sesuatu
perkara.
• Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu
perkara itu akan disertai oleh perasaan ‘pasti’ atau
kepastian terhadap perkara berkenaan.
• Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah
bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan
sikap berkedudukan memihak (Propositional Attitude).
• Dalam konteks Agama, Kepercayaan adalah sebahagian
daripada asas ‘Pembangunan Modal Insan’.
• Menurut Kamus Dewan (1994), Kepercayaan
adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima
secara turun-temurun.
• Kepercayaan juga adalah sesuatu yang
dipercayai dan diterima secara turun-
temurun.
• Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat
mengetahui dan memahami kepelbagaian
kepercayaan masyarakat di negara kita.
• Murid perlu didedahkan kepada kepercayaan
masyarakat lain supaya tidak timbul salah
faham ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
• Masarakat lama banyak meninggalkan
pelbagai kepercayaan yang mana terdapat
pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan
nasihat yang berguna kepada anak cucu.
• Kepercayaan dan pantang larang bertujuan
untuk mendidik dengan cara halus supaya
tidak menyinggung perasaan mereka yang
ditegur.
• Antara kepercayaan dalam masyarakat Melayu
adalah seperti kepercayaan terhadap Pawang
dalam apa jua jenis situasi seperti waktu-
waktu kecemasan.
• Kepercayaan tersebuat biasanya diamalkan di
kawasan-kawasan kampung dan pedalaman.
• Bomoh sering menggunakan mentera atau jampi
serapah.
• Mentera diambil daripada perkataan Sanskrit
“mantra” atau “manir” yang merujuk kata-kata
dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
• Masyarakat Melayu juga mengamalkan pantang
larang menjahit pada waktu malam. Jika
melakukannya dikatakan mata mereka akan jadi
buta.
• Tujuan sebenar untuk melarang mereka adalah
untuk menjaga mata supaya tidak menjadi kabur
dan rosak atau jarum tercucuk tangan.
• Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam
semesta ini dikuasai oleh semangat yang
kekuatannya luar biasa.
• Beberapa semangat ini berada dan hidup
dalam fenomena-fenomena alam seperti
langit, matahari, tanah, air, tumbuh-
tumbuhan, gunung serta fenomena lain.
• Fenomena alam ini dikalsifikasikan kepada
‘Yin’ dan ‘Yang’.
• ‘Yin’ adalah satu prinsip seperti wanita, bulan,
arah Utara, dingin, gelap (malam) dan segala
yang bersifat pasif.
• ‘Yang’ merupakan prinsip dasar untuk lelaki,
matahari, arah Selatan, panasnya cahaya
(Siang) dan segala yang bersifat aktif..
• Masyarakat Cina juga percaya bahawa ‘jade’
dapat memberi kekayaan dan keharmonian.
• Feng-Shui dikatakan akan memberi tuah
dalam kehidupan.
• Kepercayaan dalam Masyarakat India pula
dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam,
unsur jahat hantu, roh dan penunggu serta
kesan-kesan negatif.
• Sebai contohnya, bersiul pada waktu malam
akan mengundang ular masuk ke dalam
rumah.
• Bagi yang makan di tempat gelap, mereka
ditakutkan dengan cerita bahawa makanan
mereka akan dikongsi bersama oleh hantu,
roh atau penunggu.
• Kepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada
makhluk halus dan roh dipercayai merupakan
asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul
dalam kalangan manusia primitif purba kala.
• Kepercayaan Animisme mempercayai bahawa
setiap benda seperti gua, pokok, batu besar atau
kawasan tertentu mempunyai semangat yang
mesti dihormati agar semangat tersebut tidak
mengganggu manusia, malah membantu mereka
dari semangat jahat dalam kehidupan seharian.
• Semangat ini juga dikenali sebagai jin, mambang,
roh, datuk, tuan dan penunggu.
• Nilai merupakan prinsip-prinsip yang
menentukan apakah yang sesuai dan bermoral
dalam sesebuah masyarakat.
• Nilai Etnosentrisme bermaksud memandang
rendah Kebudayaan orang lain.
• Nilai Xenosentrisme bermaksud memandang
tinggi terhadap Kebudayaan orang lain.
• Nilai Relativisme bermaksud kesanggupan
menerima kebudayaan orang lain. Kebudayaan
yang diterima daripada orang lain akan
mengayakan kebudayaan tempatan tanpa
memberi kesan kepada penduduk asal.
Adat Resam
• Adat Resam adalah sesuatu cara melakukan
sesuatu yang telah diakui oleh sesebuah
masyarakat. Adat resam mempunyai ‘isbat’
kepada pelaku sama ada positif atau negatif.
• Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang
berbeza.
• Adat Resam yang diamalkan ini masih releven
dan dapat diterima oleh masyarakat umum dan
generasi muda tidak berasa kekok
mengamalkannya dalam kehidupan seharian
mereka.
• (a) Adat Resam Melayu
(i) Melenggang Perut
Adat ini merujuk kepada satu amalan yang
dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7
bulan hamil.
(ii) Meminang dan Bertunang
Adat ini bertujuan untuk mengenali
pasangan dengan lebih mendalam sebelum
akad nikah.
• (iii) Kematian
Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan
mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan
kepada arwah. Ada yang mengadakan kenduri
arwah 3 malam berturut-turut, 7 malam
berturut-turut atau pada malam ke- 40.
(iv) Bercukur Jambul
Merupakan adat yang diamalkan untuk mencukur
jambul bayi yang baru dilahirkan. Adat ini
biasanya dijalankan setelah ibu tamat tempoh
berpantang.
• (b) Adat Resam Cina
(i) Kelahiran
Semasa mengandung, ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung.
Adat dalam masyarakat Cina mementingkan anak
lelaki kerana mereka dapat mewariskan
keturunan melalui pewarisan nama nenek
moyang.
. Dalam memberikan nama kepada bayi, nama
orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai
dengan nama keluarga. Patah ke-2 mewakili
nama segenerasi dalam kalangan adik-beradik
dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula merupakan
nama bagi panggilan diri sendiri.
• (ii) Kenduri Selepas Kelahiran
Mereka membuat sejenis kuih khas yang
berbentuk merah dan kuning yang berintikan
kacang dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada saudara
mara yang terdekat.
(iii) Mencukur Rambut
Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan
terhadap kelahiran orang baru ke dalam
masyarakat mereka.
• (c) Adat Resam India
(i) Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan
ketika kandungan sulong wanita hamil
menjangkau usia 7 hingga 9 bulan.
.Wanita hamil dipakaikan sebentuk gelang
tangan baru yang dikenali sebagai ‘Suulkaapu’.
• ‘Suul’ bermaksud ‘Kandungan Ibu’ manakala
‘Kaapu’ pula bermaksud ‘Perlindungan’.
• Tujuan adat ini adalah untuk memberi nama
kepada bayi yang baru dilahirkan tersebut.
• (ii) Selepas Bersalin
Membisikkan Nama Tuhan - ‘Gayattri
Mantiram’ (Doa) ke telinga bayi tersebut.
• Setelah itu diadakan upacara potong tali pusat.
• Adat menyapu madu diadakan bertujuan
untuk kecantikan. Madu akan disapukan pada
lidah bayi berkenaan.
Jantina
• Menurut Butler dan Mannning (1998), “The term
gender describes masculinity and femininity-the
thoughts, feelings, and behaviour that identify
one as either male or female”.
• Walaupun ada persamaan antara lelaki dan
perempuan, terdapat juga perbezaan yang ketara
antara mereka. Justeru, guru harus mengenal
pasti dan merancang pengalaman pembelajaran
yang bersesuaian dengan jantina.
KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA KEPADA GURU DI MALAYSIA.

1. Penggunaa tutur kata bebas dari berbaur


perkauman dan sensiviti agama.
2. Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina
dan India mempengaruhi kefahaman konsep.
3. Menambah pengetahuan tentang budaya lain.
4. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
5. Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai
kaum dalam bilik darjah.
TONGGAK 12
• Menghargai Masa
• Ketekunan membawa kejayaan
• Kemuliaan kesederhanaan
• Ketinggian peribadi
• Kekuatan sifat baik hati
• Kewajipan menjalankan tugas
• kebijaksanaan berhemat
• Keutamaan kesabaran
• Peningkatan bakat
• Pengaruh teladan
• Keseronokan bekerja
• Nikmat mencipta
TERIMA KASIH
ATAS PERHATIAN ANDA

You might also like