You are on page 1of 36

Teknologi Bahan

KH 2263
Reka Bentuk Bancuhan Konkrit

oleh

Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof

Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM


2
Reka Bentuk Bancuhan
• Reka bentuk bancuhan ialah suatu proses menentukan bahan
dan perkadaran bahan untuk bancuhan konkrit.
• Dalam menentukan bahan dan perkadaran bahan ini perkara-
paerkara berikut diberi perhatian utama:
– kos - termasuklah harga bahan yang digunakan, tenaga buruh yang
diperlukan dan peralatan yang akan digunakan.
– kebolehkerjaan - kebolehkerjaan yang tidak mencukupi untuk sesuatu
jenis binaan akan menyebabkan kesan-kesan seperti indung-madu,
pengasingan (segregation) dan penjujuhan (bleeding) berlebihan.
– kekuatan mampatan dan ketahanlasakan - perlu dicapai kekuatan
minimum reka bentuk bancuhan konkrit (gred konkrit). Nisbah w/c
dan kandungan simen berperanan utama. Had w/c perlu dipatuhi, jenis
simen yang sesuai dan keperluan penggunaan bahan tambah bagi
mendapatkan ketahanlasakan konkrit bersesuaian dengan keadaan
sekitaran.
3
Reka Bentuk Bancuhan
• Reka Bentuk Bancuhan DoE UK
• Asas dalam langkah-langkah
Reka Bentuk
– Penentuan kekuatan mampatan
sasaran purata (target mean
strength=fm) berasaskan kekuatan
mampatan ciri (characteristic
strength=fc ).
– Penentuan fm menggunakan kaedah
statistik. Iaitu mengambil kira
bahawa kekuatan mampatan konkrit
bersifat rawak (random).
fm = fc + k
k=faktor statistik bergantung pada
bilangan sampel yang diuji
 = sisihan piawai
4
Reka Bentuk Bancuhan
Nilai k didapatkan daripada
jadual berikut:
Jadual Statistik untuk Nilai k:
Peratus purata Kemungkinan jatuh Nilai k
keputusan jatuh di bawah had
dlm. had fc ± kÍ
40 % 3 dalam 10 0.52
50% 2.5 dalam 10 0.67
60% 2 dalam 10 0.84
68.27% 1 dalam 6.3 1.00
70% 1.5 dalam 10 1.04
80% 1 dalam 10 1.28
90% 1 dalam 20 1.65
95% 1 dalam 40 1.96
95.45% 1 dalam 44 2.00
98% 1 dalam 100 2.33
99% 1 dalam 200 2.58
99.73% 1 dalam 741 3.00
5
Reka Bentuk Bancuhan
• Penentuan kebolehkerjaan
bancuhan konkrit: Nilai
ini bergantung pada
keperluan sesuatu binaan
dan ukuran
kebolehkerjaan ini diukur
dengan nilai
runtuhan/turunan /slump.
• Peralatan yang digunakan
ialah peralatan “slump
test” dalam unit mm dan
masa VeBe (VB) dalam
unit saat. Ada juga
menggunakan alat faktor
pemadatan
6
Reka Bentuk Bancuhan
Peralatan slump

Alat faktor Pemadatan

Peralatan Vebe
7
Reka Bentuk Bancuhan
• Keadaan agregat - keadaan agregat dianggap berada dalam
keadaan KPT (kering-tepu permukaan) (saturated surface dry)
– Air daripada agregat tidak mempengaruhi nisbah air-simen (w/c).
Kandungan air dalam w/c adalah kandungan air bebas.
• Bentuk agregat yang digunakan hanya terbahagi kepada dua
jenis
– batuan pecah (crushed agreggate)- bentuk tidak sekata, pipih, dsbnya
– batuantidak pecah (uncrushed agreggate) - bentuk sekata, bulat dan
tekstur permukaan licin.
• Pengredan agregat menggunakan kaedah penapisan ayakan
bertingkat untuk mendapatkan peratus agregat halus yang
bolos ayakan 600m. Seterusnnya digunakan dalam
menentukan peratus agregat halus (pasir) diperlukan.
8
Reka Bentuk Bancuhan
• Contoh Pengiraan Reka bentuk bancuhan konkrit
– misalkan perlu direka bentuk bancuhan konkrit untuk tiang
konkrit bergred 25 dengan kebolehkerjaan dengan turunan
100mm dengan w/c tidak melebihi 0.55. Saiz maksimum
agregat daripada batuan granit ialah 20mm dan agregat halus
ialah pasir sungai. Keadaan agregat dalam simpanan seperti
berikut:
• agregat granit berada dalam keadaan kering udara dengan R.B. = 0.7%,
ketumpatan pada KK = 1700 kg/m3
• pasir berada dalam keadaan basah dengan lembapan permukaan=5.5%,
ketumpatan pada KPT = 2600 kg/m3. Peratus bolos pada 600 =55%
• ketumpatan relatif gabungan agregat (KPT) = 2.50

– Simen yang digunakan daripada jenis OPC


9
Reka Bentuk Bancuhan
Contoh Pengiraan
Gred konkrit
= k. mampatan ciri
=fc
=25.0 N/mm2

fm = k. mampatan sasaran
= fc + k
= 25 + (1.65)x 8
jika kegagalan sampel untuk
nilai  dari Rajah sebelah mencapai gred konkrit yang
fm = 25 + 13.2 = 39 N/mm2 dibenarkan ialah 1 dalam 20,
dari jadual statistik k=1.65
kekuatan pada 28 hari
10
Reka Bentuk Bancuhan
Penentuan anggaran kekuatan mampatan bagi w/c=0.5
Table 2
Approximate compressive strength (MPa) of concrete mixes

made with a free-water/cement ratio of 0.5

Type of Compressive strengths (N/mm2)


Type of coarse Age (days)
cement aggregate 3 7 28 91
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ordinary )
Portland )
(OPC) )
or ) Uncrushed 22 30 42 49
Sulphate )-
Resistance ) Crushed 27 36 49 56
Portland )
(SRPC) )
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Rapid- Uncrushed 29 37 48 54
Hardening
Portland Crushed 34 43 55 61
(RHPC)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
11
Reka Bentuk Bancuhan
Jika w/c =0.5, jenis agregat
kasar ialah batuan pecah dan
simen yang digunakan ialah
daripada jenis OPC, daripada
Table 2, anggaran kekuatan
mampatan konkrit pada 28
hari ialah 49 N/mm2.

Tandakan (0.50, 49) ini pada


geraf sebelah.
Lukis lengkung selari yang
melalui titik (0.5,49)
Dapatkan nilai w/c untuk
nilai f = 39 N/mm2 (=0.56)
12
Reka Bentuk Bancuhan
Table 3
Approximate free-water contents (kg/m3) required
to give various levels of workability
Slump (mm) 0 - 10 10 - 30 30 - 60 60 - 180
V-B (s) >12 6 - 12 3-6 0-3
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
Maximum Type of
size of aggregate
aggregate(mm)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
10 Uncrushed 150 180 205 225
Crushed 180 205 230 250
20 Uncrushed 135 160 180 195
Crushed 170 190 210 225
40 Uncrushed 115 140 160 175
Crushed 155 175 190 205
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
Note: When course and fine aggregates of different types are used, the free-water content
is estimated by the expression (Wf = for fine aggregate, Wc = for course aggregate);
2 1
---- Wf + ---- Wc
3 3
13
Reka Bentuk Bancuhan
Had w/c dibenarkan ialah 0.55, jadi nilai w/c yang digunakan ialah
0.55

Dengan saiz maksimum agregat =20mm, kebolehkerjaan = 100mm


(slump) dan jenis agregat kasar jenis pecah dan agregat halus jenis
tidak pecah, gunakan Table 3 untuk menentukan anggaran
kandungan air bebas.

kandungan air ( jenis ag.halus) = 195 kg/m3


kandungan air (jenis ag. kasar) = 225 kg/m3
2 1
kand. air campuran agrgegat (w) = (195)  (225) = 205 kg/m3
3 3
14
Reka Bentuk Bancuhan
Jika kita menggunakan PFA (pulverished fuel ash), perlu
diubahsuai (dikurangkan) kandungan air menurut jadual berikut:

Peratus Penurunan Kandungan Air kg/m3


PFA Slump(mm) 0-10 10-30 30-60 60-100
Vebe (saat) >12 6-12 3-6 0-3
10 5 5 5 10
20 10 10 10 15
30 15 15 20 20
40 20 20 25 25
50 25 25 30 30

Misalkan bancuhan ini tidak menggunakan PFA, w = 205 kg/m3


Kandungan simen C = (w) / (w/c) = 205/0.55 = 373 kg/m3
15
Reka Bentuk Bancuhan
Dapatkan nilai-nilai
ketumpatan relatif gabungan
agregat dalam keadaan KPT.
Perlu dilakukan pengukuran
untuk mendapatkan
ketumpatan ini.
Ketumpatan gabungan
agregat = 2.50

Daripada jadual sebelah,


pada ketumpatan agregat
=2.50, kandungan air = 205,
didapatkan nilai ketumpatan
konkrit = 2270 kg/m3

Berat gabungan agregat/m3 = 2270 - 373 - 205 = 1692 kg/m3


16
Reka Bentuk Bancuhan
Dengan nilai w/c =0.55, slump 60 -180mm (100mm), saiz maks.
Agregat =20mm, dan peratus pasir bolos = 55% didapatkan peratus
kandungan pasir. Peratus pasir = 39% atau 0.39 x 1692 = 660 kg/m3
17
Reka Bentuk Bancuhan
18
Reka Bentuk Bancuhan
19
Reka Bentuk Bancuhan
Perkadaran Bancuhan konkrit dengan agregat pada keadaan KPT
ialah:
Simen = 373 kg/m3
Pasir = 660 kg/m3
Granit = 1692 - 660 = 1032 kg/m3
Air = 205 kg/m3

atau 1: 1.77:2.77:0.55

oleh kerana kedua-dua agregat tidak dalam keadaan KPT, perlu


dilakukan ubahsuaian kandungan air.
20
Reka Bentuk Bancuhan
Pengubahsuaian kandungan air
Agregat Granit berada dalam keadaan kering udara (KU) dengan
resapan berkesan (R.B.) = 0.7%
WKPT  WKU RB
RB  x100 WKU(1  )  WKPT
WKU 100
WKPT 1032
WKU  WKU   1025
RB 0.7
(1  ) (1  )
100 100
Berat agregat granit (KU) = 1025 kg/m3
Berat air yang diserap oleh agregat granit = 1032 - 1025 =7 kg/m3
21
Reka Bentuk Bancuhan
Pengubahsuaian kandungan air
Agregat Pasir berada dalam keadaan basah dengan Lembapan
Permukaan (L.P.) = 5.5%
Wbasah  WKPT LP
LP  x100 WKPT(1  )  Wbasah
WKPT 100
5.5
Wbasah  660(1  )  696
100

Berat agregat pasir (basah) = 696 kg/m3


Berat air yang diberikan kepada bancuhan = 696 - 660 =36 kg/m3
22
Reka Bentuk Bancuhan
Perkadaran Bancuhan Konkrit

Simen = 373 kg/m3


Pasir = 696 kg/m3
Granit = 1025 kg/m3
Air = 205 - 36 + 7 = 176 kg/m3

Dengan perkadaran ini dilakukan bancuhan percubaan dan diuji


slump sama ada memenuhi keperluan slump yang dicadangkan.
Jika tidak dilakukan pengubahsuaian ke atas kandungan air dan
pasir. Biasanya setiap 25mm slump perlu tambah air 6kg/m3
23
Reka Bentuk Bancuhan
Jika bancuhan konkrit yang direka bentuk mengandungi agen
seret udara, perlu dilakukan pengubahsuaian terhadap kekuatan
mampatan sasaran fm kerana kesan agen ini menurunkan
kekuatan mampatan.

Bagi tiap 1% kandungan udara terseret, menyebabkan kekuatan


mampatan turun 5.5%, jika A ialah peratus udara terseret,
umumnya kekuatan mampatan sasaran fm,a

fm
fm, a 
1  0.055A
24
Reka Bentuk Bancuhan
Reka Bentuk Bancuhan ACI
Maklumat-maklumat bahan yang diperlukan dalam reka bentuk
ini seperti berikut:
Jenis Simen: Simen OPC, ketumpatan relatif = 3.15
Agregat Kasar: Ketumpatan relatif (KPT) = 2.40
Keupayaan Resapan (K.R.) = 1.0%
Resapan Berkesan (R.B.) = 0.7%
kandungan lembapan (K.L.) = 3.0%
Ketumpatan agregat pada KK = 1700 kg/m3
Agregat Halus: Ketumpatan Relatif (KPT) = 2.50
Keupayaan Resapan = 1.4%
Kandungan total lembapan (K.L.) = 6.0%
Modulus Kehalusan = 2.70
25
Reka Bentuk Bancuhan
Penentuan Kekuatan Sasaran
Kekuatan mampatan sasaran = fm = fc + k
1
  ( xi  x ) 2 
2
 = sisihan piawai =   utk sampel 30 atau lebih.
 n  1 
Jika sampel kurang daripada 30 nilai sisihan piawai perlu didharab
dengan faktor berikut:
Bil. Sampel Faktor Pendharab(fp)
15 1.16
20 1.08
25 1.03
’ = (fp) x 
26
Reka Bentuk Bancuhan
Kekuatan mampatan sasaran = fm = fc + k’
dengan k = 1.34 bagi kegagalan mencapai kekuatan ciri pada
1 sampel dalam 100.
Kekuatan mampatan sasaran = fm = fc + 1.34’
atau
Kekuatan mampatan sasaran = fm = fc + 2.33’ - 500(psi)
Kekuatan mampatan sasaran = fm = fc + 2.33’ - 3.45(MPa)
Jika tiada cukup data untuk mendapatkan sisihan piawai,
fc (psi) (MPa) fm (psi) (MPa)
<3000 < 21 fc + 1000 fc + 7
3000 - 5000 21 - 35 fc + 1200 fc + 8.3
>5000 >35 fc + 1400 fc + 9.7
27
Reka Bentuk Bancuhan
Penentuan Kebolehkerjaan
Kebolehkerjaan bergantung pada jenis binaan dan diukur dalam
runtuhan (slump) - inci.
Jadual Menunjukkan Nilai Slump untuk kerja konkrit berbeza
Jenis Pembinaan Runtuhan(slump) (inci) Runtuhan (slump) (mm)
maks. min. maks. min.
Dinding Tapak 3 1 80 20
bertetulang dan
tapak.
Tapak biasa,
struktur takung 3 1 80 20
air dan dinding
sub-struktur.
Dinding tetulang 4 1 100 20
dan rasuk
Tiang Bangunan 4 1 100 20
Turapan dan papak 3 1 80 20
Konkrit Besar 3 1 80 20
Antara kedua-dua nilai yang didapati dalam jadual ini, nilai slump yang minimum yang
digunakan.
28
Reka Bentuk Bancuhan
Saiz agregat maksimum - dipilih saiz agregat paling besar
dibenarkan bertujuan menjimatkan simen. Antara syarat-syarat
untuk saiz maksimum agregat:
1. konkrit tetulang / konkrit pasca tegangan - tidak lebih satu per lima
drpd. dimensi terkecil ruang acuan atau tiga per empat jarak terkecil
antara tetulang / kumpulan tetulang, lembar dan tetulang, tetulang dan
acuan.
2. Konkrit papak - tidak lebih satu per tiga tebal papak.
Anggaran Air Bancuhan
Air bancuhan dianggarkan berdasarkan maklumat saiz maksimum
agregat dan kebolehkerjaan yang telah ditentukan dan seterusnya
peratus udara terseret ke dalam bancuhan konkrit berdasarkan
Jadual berikut.
29
Reka Bentuk Bancuhan
Jadual Penganggaran Air bancuhan konkrit
Slump Air (kg/m3) untuk konkrit beragregat saiz maksimum
mm 10mm 12.5mm 20mm 25mm 40mm 50mm 70mm
Untuk konkrit tidak seret udara
30-50 205 200 185 180 160 155 145
80-100 225 215 200 195 175 170 160
150-180 240 230 210 205 185 180 170

Peratus udara
terseret
% 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0.3
Untuk konkrit seret udara
30-50 180 175 165 160 145 140 135
80-100 200 190 180 175 160 155 150
150-180 215 205 190 185 170 165 160

Cadangan % purata
kandungan udara
seret mengikut
tahap dedahan:
Sedikit 4.5 4.0 3.5 3.0 2.5 2.0 1.5
Sederhana 6.0 5.5 5.0 4.5 4.5 4.0 3.5
Tinggi 7.5 7.0 6.0 6.0 5.5 5.0 4.5
30
Reka Bentuk Bancuhan
Menentukan Nisbah Air-Simen - berdasarkan kekuatan sasaran
yang telah ditentukan dan jadual berikut ditentukan nisbah w/c
Perlu dilihat had ketentuan w/c untuk ketahanlasakan
Hubungan antara Nisbah air-simen dan kekuatan mampatan konkrit
Kekuatan Mampatan Nisbah Air-Simen menurut berat
pada 28 hari bagi Konkrit bukan Konkrit
silinder 150 x 300mm iring udara Iring udara
diawet lembap
45 MPa 0.37 -
40 MPa 0.42 -
35 MPa 0.47 0.39
30 MPa 0.54 0.45
25 MPa 0.61 0.52
20 MPa 0.69 0.60
15 MPa 0.80 0.71
(Untuk jenis simen OPC dan kekuatan pada umur 28 hari)
31
Reka Bentuk Bancuhan
Had w/c untuk ketahanlasakan konkrit
Jika w/c didapati lebih besar dari had ini, nilai had w/c ini
digunakan
Had Maksimum Nisbah Air-Simen Konkrit Normal dalam sekitaran berbeza
Kelas Dedahan Keadaan Dedahan Had Maksimum Contoh
yang Setara Nsibah W/c
A Mengalami kitaran 0.45 Binaan yang terdedah pada
dingin-panas air laut keadaan pasang surut air laut
B Mengalami kitaran 0.50 Tiang, rasuk dsbnya yang
dingin-panas air biasa/ terendam dalam air biasa atau
sedikit air laut hampir dengan laut.
C Mengalami kitaran 0.55 Tiang, rasuk, dinding yang
dingin-panas dalam terdedah pada udara.
keadaan tidak tepu.
D Mengalami kitaran Bergantung pada Konkrit papak atas tanah tetapi
dingin-panas sahaja. pilihan dan binaan dalaman
kesesuaian
32
Reka Bentuk Bancuhan
Pengiraan Kandungan Simen - dikira daripada nilai kandungan
air W dan nilai W/C. Tentukan kandungan simen tidak kurang
daripada had yang diperlukan.
Had Kandungan Simen Minimum bagi konkrit beragregat saiz maksimum 20mm
(kg/m3)
Keadaan Dedahan Kandungan Simen Minimum untuk konkrit
Biasa Tetulang Pasca-tegangan
Tidak Mengkakis. 220 250 300

Tertanam atau terlindung 250 290 300


daripada hujan/kedinginan.

Terdedah pada keadaan 310 360 360


basah dan kering berulang
atau membeku ketika basah
atau pada air laut.

Terdedah pada garam 280 290 300


nyah-ais.
33
Reka Bentuk Bancuhan
Anggaran Kandungan Agregat Kasar - Penentuan kandungan ini
berdasarkan isipadu KK (kering ketuhar) agregat untuk saiz
maksimum agregat kasar tertentu dan modulus kehalusan agregat
halus (pasir) menurut jadual berikut:

Isipadu Agregat Kasar/unit isipadu konkrit


Saiz Maksimum Isipadu Agregat kasar kering (KK) tiap
agregat unit isipadu konkrit untuk modulus halus
in. mm 2.40 2.60 2.80 3.00
3/8 10 0.50 0.48 0.46 0.44
1/2 12.5 0.59 0.57 0.55 0.53
3/4 20 0.66 0.64 0.62 0.60
1 25 0.71 0.69 0.67 0.65
1.5 40 0.76 0.74 0.72 0.70
2 50 0.78 0.76 0.74 0.72
3 75 0.82 0.80 0.78 0.76
6 150 0.87 0.85 0.83 0.81
Nota: Isipadu ini boleh ditambah atau dikurangi dalam julat 10% mengikut keperluan.
34
Reka Bentuk Bancuhan
Nilai Isipadu yang diperolehi digunakan untuk mengira berat agregat
kasar pada keadan KK dan seterusnya boleh ditukarkan kepada berat
agregat pada keadaan KPT.

Berat KK agregat kasar = isipadu pada KK x ketumpatan relatif KK

Berat KPT ag.kasar = berat pada KK x (1 + KR/100)

KK = kering ketuhar
KPT = kering permukaan tepu
KR = keupayaan resapan
35
Reka Bentuk Bancuhan
Anggaran Kandungan Agregat Halus
Kandungan agregat halus dianggarkan menurut kaedah isipadu.-
iaitu menentukan ruang diperlukan bagi setiap komponen
bancuhan konkrit.

Bahan Pengiraan Isi padu (m3)


Air: W/1000 Vw
Simen: C/[1000 Gc] Vc
Ag.kasar: WA/[1000 GA] VA
(KPT)
Udara: A%/100 Vu
Jumlah isi padu = Vw + Vc + VA + Vu

Isi padu ag. halus (Va) = 1 - [Vw + Vc + VA + Vu]

Berat (KPT) ag. halus = Va x Ga x 1000 kg.


36
Reka Bentuk Bancuhan
Pengubahsuaian Kandungan Lembapan

Jika kedua-dua jenis agregat dalam keadaan basah:


Berat agregat = berat agregat (KPT)x{[1 + KL/100] - KR/100}

Kandungan air sumbangan:


dari agregat kasar = KL(ag kasar) - KR (kasar) = (A)
dari agregat halus = KL(halus) - KR (halus) = (B)

Berat kandungan air = W - (A + B)

Dapatkan rumus jika agregat halus dan kasar pada keadaan kering
udara (KU) ?

You might also like