You are on page 1of 1

 BAHASA MELAYU MODEN

 Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden.

 Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di
pusat pendidikan Islam.

 Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris
sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

 Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152


menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan negara.

You might also like