You are on page 1of 35

BML 3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK

BAHASA MELAYU

BAB : TEORI-TEORI SEMANTIK

PENSYARAH : PM DR . ANIDA SARUDIN

SEMESTER 2 SESI 2017/2018


MINGGU 2

TEORI-
TEORI
SEMANTIK
PENGENALAN
Makna perkataan semantik yang
digunakan dalam bahasa harian adalah
berlainan daripada makna perkataan
semantik yang digunakan sebagai istilah
ilmu

 Makna perkataan boleh berubah


mengikut perkembangan zaman dan
kebudayaan serta perkembangan sains
dan teknologi.
 Perubahan makna merupakan salah satu
fenomena bahasa yang selalu berlaku di
mana-mana bahasa di dunia ini.

 Oleh itu, terdapat teori-teori makna dalam


semantik yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana
ilmuan semantik melalui kajian-kajiannya untuk
menerangkan tentang makna.
TEORI-TEORI MAKNA
TEORI TRADISIONAL
SINONIM DAN ANTONIM

•Dalam Bahasa Melayu pengkajian makna


boleh berlaku dengan melihat makna
perkataan secara sinonim dan antonim.

Sinonim

•Menurut Kamus Linguistik (1997:204); Sinonim


merupakan dua kata atau lebih yang
mempunyai makna yang sama atau hampir
sama dalam sesuatu bahasa.
Ibu = Emak

• Perkataan lain yang boleh disamakan maksud:

Perempuan Wanita
Ekonomi Iktisad
Kain Sarung
Terdapat kekecualian, iaitu tidak semua kata-kata bersinonim ini
sesuai digunakan dalam ayat. Walaupun sama maksud tetapi
banyak bergantung kepada jenis dan konteks ayat yang dibina.
Contohnya

a)Emak Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands terletak di


negeri Pahang.

Sekiranya digantikan kata ‘emak’ dengan ‘ibu’ ayat di atas


diterima dan gramatis.

b) Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands terletak di


negeri Pahang.
ANTONIM

Kamus Dewan (1998;56), menjelaskan antonim


sebagai kata yang berlawanan maknanya
dengan kata lain.
Tinggi Rendah
Miskin Kaya
Gemuk Kurus

Contoh ayat:
‘Walaupun Ahmad miskin, tetapi dia kaya budi bahasa’
• Antonim juga tidak boleh dikatakan sebagai
mengandungi makna yang benar-benar berlawanan. Ini
kerana terdapat kata yang tidak mendokong makna
berantonim yang sebenar.
• Sebagai contoh, kata jantan tidak boleh dikatakan
berantonim dengan dengan kata betina kerana ia
membawa maksud yang lain.
SEGITIGA MAKNA ODGEN DAN RICHARDS

KONSEP

Perkataan

BENTUK SIMBOL RUJUKAN/BENDA


CONTOH

Orang yang Orang yang


menutur mendengar
Teringat
Lambang@nama kepada
KERUSI
kepada benda benda yg
konkrit
SEGITIGA SEMIOTIK ULLMAN
•Istilah semiotik berasal dari kata Yunani
‘semion’ yang bermaksud ‘simbol atau tanda’.

•Ullman menyatakan 6 sebab berlakunya


perubahan makna dalam bahasa, iaitu
linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima
pengaruh luar serta keperluan kata baharu.
Menganalisi makna menggunakan konsep lain iaitu
maksud(m), nama(n) dan benda.
Maksud-sesuatu maklumat yang terdapat pada
nama.
Benda-sama seperti dalam Teori Odgen dan
Richards

Menurut beliau, Odgen dan Richards dalam teorinya


meninggalkan sesuatu hal iaitu hubungan yang
berbalas antara nama dan maksud.
Oleh sebab itu, apabila seseorang berfikir
akan nama sesuatu perkataan, maka
beliau akan berfikir tentang benda itu atau
sebaliknya.

Contohnya: padi > beras > nasi


 Ullmann (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan
melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian.
 Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih
daripada satu pengertian dan juga sebaliknya..
Segitiga Semiotik Ullman

n n n n n

m m m m m

 Petunjuk:

n nama
m maksud
 Oleh sebab itu, kita mungkin mempunyai lebih
daripada satu maksud tentang sesuatu nama
dan sebaliknya juga, iaitu satu atau lebih nama
terdapat pada satu maksud. Kadang-kadang
juga terdapat lebih daripada satu maksud,
berhubungan dengan lebih daripada satu
makna.
Pemeringkatan Makna Osgood

 Osgood dan rakan-rakannya


menggunakan
suatu teknik yang melibatkan sebuah alat pengukur
statistik juga disebut ‘semantik differential’.

 Teknik ini diberi label dengan mengkontraskan


beberapa pasangan kata-kata sifat seperti sedih-
gembira, cantik- hodoh, kurus-gemuk, cepat- lambat,
keras- lembut dan sebagainya.
Konsep Makna
Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran
pemikiran tentang konsep makna:
-aliran anatikal @ referensial
-aliran operasional @ kontekstual.
 Analisis komponen makna ialah seluruh makna
sepatah perkataan boleh dilihat dalam satu
jumlah unsur yang berbeza atau komponen-
komponen makna.

 Analisis komponen bertujuan untuk


menganalisis makna sesuatu perkataan secara
terperinci sehingga ke peringkat konstrastif yang
paling rendah (komponen yang terkecil sekali).
 Melalui teknik ini, setiap konsep dipecahkan ke
dalam komponen atau fitur yang terkecil dipanggil
fitur distingtif (diperkenalkan Jacobson, 1938).

 Bagi menghuraikan status seseorang manusia,


kata kekerabatan digunakan berdasarkan jantina,
perbezaan generasi dan darjah pertalian. Teori ini
perbaharui oleh Katz dan Fodor (1963).
 Teori ini menganalisis menggunakan kata-kata
kekerabatan.Contoh bagi set kata: man, woman,
boy dan girl yang tergolong dalam medan makna
manusia.

 Teori ini menggunakan fitur yang ditandai


dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau
tiada fitur pada perkataan itu.
Teori ini menghuraikan makna perkataan dengan
memasukkan unsur pertentangan.Dalam
pengaplikasiannya, teori ini juga menghadapi
masalah:

1. Komponen semantik untuk sesuatu perkataan


mempunyai makna tersendiri dan perlu
dihuraikan.

2. Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada


perkataan dan tidak pada ayat.

3. Makna yang tepat sukar diperolehi kerana


terikat dengan ciri hiponim.
Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk
memperlihatkan elemen semantik dalam ayat.

i. menganalisis komponen kata yang


diberikan misalnya ‘bunga’.
ii. melakukan analisis fitur atau ciri
semantik.
Analisis komponen bagi kata ‘bunga’. Kata ‘bunga’
telah dianalisis komponennya sehingga boleh
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu berduri dan
tidak berduri. Bunga berduri mempunyai ciri-ciri
seperti berbatang keras dan daunnya lebar. Bunga
mawar adalah contoh bunga jenis ini. Manakala,
untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya
termasuklah berbatang kecil dan lembut. misalnya
bunga kekwa dan bunga orkid.
 Fitur atau ciri semantik merupakan
hubungan makna bagi sejumlah kata yang
masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.

 Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis


ini. Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau
wujud pada perkataan yang hendak dianalisis
maknanya, manakala tanda (-) pula membawa
makna kata itu tidak mempunyai ciri itu.
Contoh perkataan seperti ‘makanan’ boleh dianalisis fiturnya seperti berikut :

Nasi Aiskrim Buah-Buahan Sayur-Sayuran

(+) Berkhasiat (-) Berkhasiat (+) Berkhasiat (+) Berkhasiat

(-) Lemak (+) Lemak (-) Lemak (-) Lemak

(+) Bertenaga (-) Bertenaga (+) Bertenaga (+) Bertenaga


KESIMPULAN
Berdasarkan daripada teori-teori semantik seperti
Segitiga Semiotik, Pemeringkatan Makna Osgood dan
Analisis Komponen Katz dan Fodor. Dapat dilihat disini
bahawa terdapat berbezaan pendapat yang signifikan
antara para sarjana mengenai teori-teori semantik.
akan tetapi teori-teori makna dalam semantik masih
lagi boleh digunakan sehingga sekarang. walauapapun
bahasa yang hidup sentiasa berkembang, menerima
kata-kata baru atau frasa baru bagi memantapkan lagi
penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan
seharian.
TEORI J.R FIRTH (TEORI
KEPERIHALAN KEADAAN)
J. R. Firth mendapat ilham tentang
kaedah mengkaji makna ini adalah
daripada kawannya iaitu B. L.
Malinowski.

B. L. Malinowski mengkaji tentang bahasa


penduduk-penduduk Pulau Corral dalam usaha
untuk memahami cara hidup mereka dengan
sempurna.

Kajian yang dilakukan oleh B. L. Malonowski itu


telah memberi ilham kepada J. R. Firth untuk
mengkaji makna seterusnya menghasilkan teori
Keperihalan Keadaan ini.
TEORI KEPERIHALAN KEADAAN

Rangkai kata “keperihalan keadaan” pada mulanya digunakan


sebagai isitilah bahasa inggeris iaitu “Context of Situation”.

Pada pendapatnya, keperihalan keadaan itu lebih baik digunakan


sebagai rangka-rangka untuk memahami makna sesuatu pertuturan
dan sesuatu keperihalan keadaan itu adalah sekumpulan kategori
yang berhubungan antara satu sama lain, di suatu peringkat yang
berlainan dengan kategori tatabahasa.

Menurut J. R. Firth, perkara yang paling penting dalam


kajian linguistik adalah konteks. Firth melihat sesuatu
yang dianalisisnya secara keseluruhan iaitu setiap
perkara memainkan peranan dan mempunyai konteks.

Teori ini amat sesuai digunakan bagi menjelaskan makna sesuatu


perkataan atau ayat berhubungan tepat dengan sesuatu kejadian
dalam fungsi masyarakat dan juga kebudayaan.
Faktor-faktor Perubahan Kategori
Keperihalan Keadaan

Penutur Suasana Pendengar

Pangkat Hubungan Umur


Kita dapat kenal pasti keperihalan keadaan tersebut
berdasarkan makna ganti nama yang digunakan oleh penutur,
antaranya ialah:

• Bapa dan anak


• Ibu dan anak
• Suami dan isteri
• Abang dan adik
• Nenek dan cucu
• Murid dan guru
• Pekerja dan majikan
Contoh Situasi
 Dua beradik yang berkhidmat dalam pasukan
tentera, di mana yang muda lebih berpangkat tinggi
berbanding yang tua.

 Orang tua bercakap dengan seorang guru yang bukan


ahli keluarganya.

 Anak yang bekerja dengan bapanya.

 Seorang pelajar dari Amerika dipanggil oleh ibu


angkatnya tuan puteri kerana suka datang makan
sahaja dan tidak membantu membuat kerja rumah.
KESIMPULAN
• Secara keseluruhannya, teori ini menceritakan
tentang makna berdasarkan konteks tertentu.

• Teori keperihalan keadaan memberi perhatian


terhadap semua perkara atau faktor yang
terlibat.

• Setiap ucapan atau pertuturan yang berlaku


mempunyai konteks tersendiri dan daripada
konteks tersebut makna sebenar dapat difahami.

You might also like