You are on page 1of 99

PENGUBAH

(TRANSFORMER)
PENGENALAN
Pengubah ialah satu peranti yang
menggunakan aruhan magnetik untuk
menggandingkan tenaga elektrik dari litar
masukan kepada litar keluaran, tanpa
mempunyai sebarang sambungan elektrik
diantara kedua-dua litar tersebut.
STRUKTUR ASAS PENGUBAH

Rajah 1: Pengubah
TERAS
 Terdiri daripada kepingan keluli berlapis
dengan setiap satunya mempunyai
ketebalan lebih kurang 0.35mm
 Ditebatkan diantara satu sama lain
dengan lapisan tipis varnis.
 Teras dililitkan dengan dua set belitan
iaitu:
• Belitan utama (N1)
• Belitan sekunder (N2)
 Belitan utama disambungkan ke sumber
bekalan (V1).
 Belitan sekunder disambungkan ke beban
(V2).
ARUS BELITAN UTAMA
 Aliran arus didalam belitan utama akan terlaras
secara automatik untuk memenuhi keperluan
keluaran (arus beban).

 Oleh itu, apabila tiada sebarang arus


digunakan daripada belitan sekunder (i.e.tanpa
beban), belitan utama juga tidak akan
mengalirkan arus, KECUALI arus ujaan.
 Nilai arus ujaan adalah sangat rendah iaitu
setakat cukup untuk mengekalkan kewujudan
litar magnet.
 Oleh itu, arus ujaan jarang diambilkira dalam
analisis biasa dan diabaikan.
 Dalam keadaan berbeban, aliran arus didalam
belitan utama adalah berkadaran dengan beban
pada bahagian sekunder.
NISBAH
PENGUBAHAN
NISBAH PENGUBAHAN
 Apabila voltan AU dikenakan ke belitan
utama, fluks ulang alik () akan
terbentuk didalam teras keluli.

 Fluks ini akan berubah-ubah mengikut


nilai voltan seketika gelombang sinus
dibahagian utama.
 Fluks yang berubah-ubah ini akan
menjana voltan didalam belitan utama.
Voltan ini dikenali sebagai voltan aruhan.
Mengikut Hukum Faraday:
“magnitud voltan aruhan yang dijana
pada belitan ini bergantung kepada
kadar pergerakan relatif diantara fluks
dan belitan, dan juga bilangan belitan
(N).”
 Maka, voltan aruhan boleh diberi dengan
persamaan berikut:

  
E  N 
 t 
 Dimana, voltan aruhan (E- unit volts),
bilangan lilitan (N), perubahan fluks
(- unit weber), dan perubahan masa
(t- unit saat).
 Voltan teraruh juga akan menyebabkan arus
mengalir dalam litar.

 Arus ini dikenali sebagai arus aruhan.

 Didapati arus aruhan akan mengalir mengikut


arah dimana, daya gerak magnetik (d.g.m.)
yang dihasilkannya akan melawan perubahan
fluks yang berlaku dalam gegelung/belitan.
 Jika fluks magnet meningkat: d.g.m. yang
dihasilkan oleh arus aruhan akan
menghalang peningkatan fluks itu.
 Sebaliknya, jika fluks menurun: d.g.m.
dari arus aruhan akan menghalang
penurunan itu.
 Jika kesemua fluks yang dihasilkan oleh
belitan utama dapat melintasi belitan
sekunder, maka;
D.g.e belitan utama = D.g.e belitan
sekunder
 Jika N1 dan N2 mewakili bilangan lilit
belitan utama dan sekunder, maka:

Jumlah d.g.e. teraruh didlm belitan sekunder



Jumlah d.g.e. teraruh didlm belitan utama
N2  dge
lilit N2
 
N1  dge N1
lilit
 Apabila bahagian sekunder pengubah
tidak mempunyai beban, iaitu berkeadaan
litar buka: maka voltan sekunder (V2)
adalah sama dengan d.g.e. teraruh (E2)
dalam belitan sekunder.
 Dengan itu, arus utama akan menjadi
terlalu kecil (tiada beban untuk
dibekalkan) supaya voltan utama (V1)
juga mempunyai magnitud yang sama
dengan d.g.e. teraruh didalam belitan
utama (E1), tetapi dengan kekutuban yang
bertentangan.
 Oleh itu,
V2 N 2
 (1)
V1 N1
 Dengan menganggapkan pengubah
mempunyai kecekapan 100% (unggul)

Putama  Psekunder (2)

 Jumlah kuasa masukan tidak boleh melebihi


jumlah kuasa keluaran.

Putama  V1  I 1   Psekunder  V2  I2  (3)


 Samakan persamaan (2) dan (3):

I1V1  I 2 V2
I1 V2
  (4)
I2 V1
 Dari persamaan (1) dan (4), dapat ditulis
sebagai:

N 2 V2 I1
  (5)
N1 V1 I 2
 Persamaan (5) dikenali sebagai nisbah
pengubahan bagi sesebuah pengubah.
SIMBOL PENGUBAH
SIMBOL PENGUBAH
 Simbol pengubah pada asasnya terdiri daripada
dua gegelung dengan kedua-dua paksinya
berkedudukan selari.
 Simbol asas ini boleh diubahsuai dengan
banyak cara, seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 6.
(a) Teras udara (b) Teras besi

(c) Sekunder tersadap tengah (d) Berbilang sekunder

Rajah 6: Simbol pengubah


PENGUBAH LANGKAH
NAIK/TURUN
1. Pengubah Langkah Turun
 Perhatikan bahawa, apabila voltan meningkat,
arus akan mengurang dan sebaliknya, apabila
voltan mengurang, arus akan meningkat.

 Jika N2 < N1 maka, V2 < V1 : pengubah yang


memiliki ciri-ciri ini dikenali sebagai
pengubah langkah turun (step down
transformer).
Rajah 2: Pengubah Langkah Turun
2. Pengubah Langkah Naik
 Jika N2 > N1 maka, V2 > V1 : pengubah yang
memiliki ciri-ciri ini dikenali sebagai
pengubah langkah naik (step up transformer).
Rajah 3: Pengubah Langkah Naik
CONTOH
Sebuah pengubah dengan 725 lilit dawai pada
belitan utamanya disambungkan ke bekalan
15V. Berapakah bilangan lilit yang diperlukan
pada belitan sekunder untuk menghasilkan:
(a) 10 V
(b) 230 V

(JAW: N2= 63 lilit, N2= 1450 lilit)


CONTOH
 Belitan voltan tinggi sebuah pengubah
mempunyai voltan kadaran 480V dan lilitan
sebanyak 400 lilit. Tentukan bilangan lilit
belitan voltan rendah, jika kadaran voltannya
ialah 120V.
CONTOH
 Sebuah pengubah langkah turun mempunyai
voltan sekunder sebanyak 120V. Perintang 5
disambung melintangi belitan sekunder
pengubah tersebut. Jika arus utama pengubah
ini ialah 6A, berapakah voltan utama pengubah
ini?
CONTOH
Belitan voltan rendah sebuah pengubah
langkah turun mempunyai hanya satu lilit,
manakala belitan voltan tingginya mempunyai
600 lilit. Apabila pengubah ini membekalkan
arus 100A, berapakah nilai arus yang mengalir
didalam belitan voltan tinggi?
PENGATURAN
PENGUBAH
Rajah 4: Prinsip pengaturan pengubah
 Merujuk rajah 4, apabila bekalan disambung
ke belitan utama dengan kesemua suis beban
terbuka (off), tiada sebarang arus yang
mengalir didalam belitan utama.
 Apabila suis beban S1 ditutup (on), arus beban
5A akan mengalir didalam belitan sekunder.
 Dengan menggangap pengubah adalah ideal,
maka arus yang mengalir dibahagian utama
juga adalah 5A
 Apabila S2 ditutup (dengan S1 masih
berkeadaan tertutup) arus yang mengalir
didalam litar sekunder meningkat kepada 10A.
 Sifat pengaturan yang dimiliki oleh pengubah
akan menyebabkan belitan utama juga akan
mengalirkan arus sebanyak 10A.
 Keadaan yg sama berlaku apabila S3 turut
diaktifkan. Belitan utama akan mengalirkan
arus 15A untuk membolehkan belitan sekunder
juga mendapat arus 15 A
KADARAN PENGUBAH
KADARAN PENGUBAH
 Kadaran pengubah perlu diketahui dengan
tepat supaya sesuatu pengubah itu sesuai
dengan penggunaannya.

 Pengubah yang beroperasi melebihi had


kadarannya akan cenderung untuk menjadi
panas dan akhirnya akan cepat rosak.
 Bergantung kepada saiznya, sesuatu pengubah
hanya boleh membawa sejumlah arus yang
tertentu tanpa mengakibatkan kesan
pemanasan yang lebih.

 Arus yang maksimum yang mampu


dikendalikan oleh pengubah dikenali sebagai
arus beban penuh.
 Kadaran pengubah biasanya dinyatakan dalam
sebutan Kuasa Ketara, iaitu:
Vterkadar  Ibeban penuh 
kVA (kadaran ) 
1000

 Kadaran bagi pengubah bersaiz kecil biasanya


dinyatakan dalam sebutan VA.
CONTOH
Pengubah satu fasa yang mempunyai kadaran
250 kVA, 11000 V/400 V, 50 Hz mempunyai
lilitan sekunder sebanyak 80 lilit. Kirakan:
(a) Arus utama dan sekunder (I1,I2)
(b) Bilangan lilitan utama (N1)

[Jaw: 22.7A,625A,2200 lilit]


KEHILANGAN/
KECEKAPAN
KEHILANGAN DAN
KECEKAPAN
 Secara praktikalnya, tidak semua kuasa yang
dibekalkan ke pengubah berjaya disalurkan ke
beban.
 Sebahagian daripada kuasa ini akan ‘hilang’
pada teras dan belitan-belitan pengubah.
 Bergantung kepada penggunaan, kehilangan
pada pengubah biasanya dalam lingkungan 1%
hingga 5%.
JENIS-JENIS KEHILANGAN
 Terdapat 3 jenis kehilangan (losses) yang biasa
berlaku didalam pengubah iaitu:
(1) Kehilangan kuprum/tembaga, PCU(copper)
(2) Kehilangan arus pusar (eddy current)
(3) Kehilangan histerisis
1. KEHILANGAN KUPRUM
 Belitan utama dan sekunder pengubah dililit
dengan menggunakan dawai kuprum.

 Kehilangan kuprum adalah kehilangan kuasa


yang berlaku didalam kedua-dua belitan ini.

 Dawai kuprum dipilih adalah kerana ciri-


cirinya yang mempunyai rintangan yang
rendah.
 Kehilangan kuprum boleh dikira menggunakan
formula:
Kehilangan kuprum , Pcu  I R ( watt )
2

 Dimana, R ialah rintangan dawai belitan.


Kehilangan kuprum diabaikan?
 Apabila pengubah tidak mempunyai beban:
tiada sebarang arus yang akan mengalir
didalam belitan sekunder.

 Maka, jumlah arus yang mengalir dalam


belitan utama juga adalah sangat kecil.

 Dengan itu, kehilangan kuprum (I2R) akan


menjadi terlalu kecil dan diabaikan.
2. KEHILANGAN ARUS
PUSAR
 Fluks magnet yang berubah-ubah didalam
teras pengubah akan mengaruh voltan pada
sebarang pengalir yang berada dikawasan
medan tersebut.

 Oleh kerana teras itu sendiri merupakan bahan


pengalir, maka fluks magnet barubah bukan
sahaja mengaruh voltan didalam belitan
pengubah, malah didalam teras juga.
 Voltan yang teraruh didalam teras pengubah ini
akan menyebabkan wujudkan arus yang
berpusar didalam teras tersebut.

 Arus ini dikenali sebagai arus pusar.

 Kehilangan kuasa berlaku disebabkan arus


pusar ini dan dikenali sebagai “Kehilangan
arus pusar”.
Bagaimana atasi Arus pusar?
 Kehilangan arus pusar dapat dikurangkan
dengan cara: meninggikan rintangan laluan
yang dilalui oleh arus pusar. Lihat rajah 5.

 Ini boleh dilakukan dengan membina teras


yang berlapis-lapis dengan setiap lapisan teras
ditebatkan menggunakan lapisan varnis.
Rajah 5: Arus pusar
3. KEHILANGAN HISTERISIS
 Kehilangan histerisis berlaku akibat dari kesan
kemagnetan baki.

 Kemagnetan baki adalah fenomena dimana


kemagnetan sesuatu bahan itu akan terus kekal
walaupun sesudah daya kemagnetan
dikeluarkan.
Bagaimana ia berlaku?
 Setiap kali arus utama bertukar arah (ulang-
alik), kekutuban teras pengubah akan
menyongsang.
 Setiap kali kekutuban teras pengubah
menyongsang, sedikit tenaga akan digunakan.
 Tenaga ini digunakan untuk ‘memadam’
kemagnetan baki pada kekutuban teras bagi
kitar yang seterusnya.
 Kesan daripada itu, maka teras akan menjadi
panas, seterusnya akan berlaku kehilangan.
 Kehilangan histerisis ini akan berlaku pada
setiap separuh kitar.
 Perubahan separuh kitar ke separuh kitar yang
lain memerlukan teras untuk memagnet semula
dalam arah yang berlawanan.
Bagaimana mengatasinya?
 Kehilangan histerisis dikurangkan dengan
mengambil/memilih bahan teras yang
mempunyai kesan histerisis yang rendah.
 Biasanya, setiap bahan yang digunakan
sebagai teras mempunyai spesifikasi tertentu
termasuklah kesan histerisis yang dimilikinya.
 Diantara bahan yang mempunyai kesan
histerisi yang rendah ialah keluli silikon.
KECEKAPAN
PENGUBAH
KECEKAPAN PENGUBAH
 Fungsi pengubah adalah untuk memindahkan
tenaga daripada belitan utama ke belitan
kedua.
 Namun, teras besi dan belitan kuprum yang
terdapat didalam binaan pengubah telah
menyumbang kepada beberapa kehilangan
seperti yg telah dibincangkan.
 Itulah juga sebabnya pengubah akan menjadi
panas ketika beroperasi.
 Sesetengah pengubah yang besar memerlukan
sistem pendingin khas untuk mengawal
kepanasan.
 Kehilangan-kehilangan ini telah menyebabkan
sesetengah pengubah mempunyai kecekapan
yang tidak memuaskan.
Formula kecekapan pengubah
 Namun, pada umumnya kecekapan pengubah
boleh mencapai sehingga 99%.
 Penentuan kecekapan pengubah adalah
menggunakan formula berikut:
 Kecekapan pengubah diwakili oleh simbol,.

Po
 100% (6)
Pin
 Kuasa keluaran, Po adalah kuasa yang
diperlukan oleh beban.
 Manakala, kuasa masukan, Pin adalah kuasa
yang perlu dihasilkan oleh sesebuah pengubah.
 Oleh itu, kuasa masukan perlu mengambilkira
kehilangan-kehilangan didalam pengubah iaitu
kehilangan kuprum (I2R) pada kedua-dua
bahagian utama dan sekunder serta kehilangan
teras (Pteras).
 Maka, kuasa masukan diberikan:

Pin  Po  Plosses (7)

 Gantikan persamaan (7) kedlm pers. (6):

Po Po
Kecekapan   100% (8)
Pin Po  Plosses
 Dimana,
Plosses  I R 1  I R 2  Pteras
2
1
2
2
(9)

Pkuprum
Pkuprum (sekunder)
(utama)
CONTOH
Pengubah berkadaran 500 kVA mempunyai
rintangan belitan utama dan sekunder masing-
masing bernilai 0.42 dan 0.0019. Voltan
utama dan sekunder adalah 11000 V dan 400
V. Diberi kehilangan teras, Pteras=2.9 kW.
Kirakan kecekapan pengubah, jika faktor
kuasa beban ialah 0.8.
UJIAN LITAR
BUKA/PINTAS
UJIAN LITAR BUKA/TUTUP
 Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan
dengan tujuan untuk memastikan kecekapan
dan pengaturan voltan pengubah pada tahap
kejituan yang paling tinggi.
 Ujian-ujian tersebut ialah:
(a) Ujian litar buka (open circuit test)
(b) Ujian litar tutup (short circuit test)
1. UJIAN LITAR BUKA
 Untuk menjalankan ujian ini, pengubah akan
disambung seperti didalam rajah 7.
 Sumber bekalan voltan dan frekuensi yang
dikenakan adalah berpandukan pada
spesifikasi pengubah tersebut.
 Kedua-dua meter volt pada bahagian utama
dan sekunder akan memberikan nilai V1 dan
V2.
Rajah 7: Ujian litar buka
 Nisbah kedua-dua bacaan meter volt ini akan
memberi nisbah pengubahan iaitu V1/V2.

 Nisbah ini juga menunjukkan nisbah lilitan


pengubah.

 Perhatikan bahawa didalam ujian ini, pengubah


adalah tidak mempunyai sebarang beban.
 Inilah sebabnya ia dikenali sebagai ujian litar buka.
 Dengan itu, meter ampere A akan memberikan
nilai bacaan arus tanpa beban.
 Bacaan arus ini adalah sebagai pemeriksaan
terhadap kualiti magnet teras yang digunakan
didalam pengubah.
 Nilai arus utama ini biasanya adalah kecil iaitu
kurang dari 5% daripada arus beban penuh.
 Oleh itu, jika dikira kehilangan kuasa kuprum
bagi pengubah menggunakan formula: I2R
maka, didapati pada keadaan tanpa beban, nilai
I2R ini adalah kecil dan diabaikan.
 Bagaimanapun, nilai kehilangan teras (Pteras)
akan tetap wujud sekalipun tanpa beban,
kerana voltan utama dan sekunder masih
wujud.
 Oleh demikian, kita boleh katakan meter watt
W yang terdapat dalam ujian ini hanyalah
memberikan bacaan bagi kehilangan teras
(Pteras).
Ringkasan bacaan meter bagi ujian
litar buka

 Meter volt utama, V1: Bacaan V1


 Meter watt: Kehilangan teras, Pteras = Poc
 Meter ampere utama: arus tanpa beban, INL
 Meter volt sekunder: Bacaan V2
UJIAN LITAR TUTUP
 Rajah 8 menunjukkan sambungan ujian litar tutup.

 Bahagian sekunder pengubah dilitar pintaskan


melalui sebuah meter ampere, A2.

 Voltan yang rendah dibekalkan pada bahagian utama,


dan voltan ini dilaraskan supaya ia mampu
mengalirkan arus beban penuh didalam kedua-dua
bahagian utama dan sekunder.
Rajah 8: Ujian litar tutup
 Tidak seperti ujian litar buka, kehilangan
kuprum iaitu I2R didalam belitan adalah sangat
tinggi sepertimana pada beban penuh.
 Bagaimanapun, kehilangan teras, Pteras adalah
rendah disebabkan voltan bekalan yang
dikenakan adakah rendah dan diabaikan.
 Voltan bekalan yang rendah menyebabkan
fluks juga adalah rendah iaitu hanya 1/20-1/30
daripada voltan dan fluks kadaran.
 Dengan itu, semasa ujian litar tutup,
kehilangan teras, Pteras yang berkadar langsung
dengan kuasa dua fluks ini, adalah diabaikan.
 Oleh demikian, meter watt pada rajah hanya
akan memberikan bacaan bagi kehilangan
kuprum iaitu I2R.
Ringkasan bacaan meter bagi ujian
litar tutup
 Meter volt utama: Bacaan V1= Vsc
 Meter watt: Kehilangan kuprum, Pkuprum = Psc
 Meter ampere utama, A1: Bacaan I1
 Meter ampere sekunder, A2: Bacaan I2 = IFL
LAIN-LAIN JENIS
PENGUBAH
PENGUBAH AUTO
 Satu-satunya kelainan pengubah auto
berbanding pengubah lain ialah pengubah auto
hanya mempunyai satu belitan sahaja. Lihat
rajah 9.
 Nisbah pengubahan bagi pengubah auto adalah
rendah, biasanya kurang dari 4:1.
Rajah 9: Pengubah Auto Langkah Turun
 Pengubah auto hanya menggunakan sedikit
kuprum dan dengan demikian kos
pengeluarannya lebih rendah berbanding
pengubah lazim.
 Untuk kadaran kuasa yang sama, pengubah
auto mengendali dengan kecekapan yang lebih
baik dan mempunyai saiz yang lebih kecil
berbanding pengubah dua belitan lazim.
KEBURUKAN
 Satu keburukan pengubah auto ialah ia boleh
mendatangkan bahaya jika digunakan untuk
menurunkan voltan dengan kadar penurunan
yang besar.
 Contoh:
Katakan sebuah pengubah auto digunakan
untuk menurunkan voltan dari 415 V ke 110 V
untuk kegunaan beban yang tertentu.
Jika berlaku kerosakan pada belitan sepunya,
beban akan menerima bekalan 415 V dan
bukannya 110 V.
Lihat rajah 10.
Rajah 10(a): Operasi normal
Rajah 10(b): Operasi kerosakan
PENGUBAH ALATAN
 Pengubah alatan adalah sejenis pengubah yang
dibina khusus untuk mengukur voltan yang
tinggi atau arus yang besar.
 Melalui pengubah alatan, kuantiti talian yang
tinggi akan direndahkan kepada suatu nilai
yang rendah dan selamat sebelum diukur oleh
alatan seperti meter volt, meter ampere, atau
meter watt.
 Pengubah alatan juga dapat mengasingkan
alatan pengukuran dan operator daripada
talian voltan yang tinggi.
 Terdapat dua jenis pengubah alatan:
(a) Pengubat arus (CT)
(b) Pengubah upaya (PT)
 Rajah 11 menunjukkan kaedah
penyambungan pengubah alatan ke litar
voltan tinggi.
Rajah 11: Sambungan Pengubah Alatan
(a) PENGUBAH ARUS (CT)
 Pengubah arus (CT) disambung secara sesiri didalam
litar ber arus tinggi untuk mengukur arus tersebut.

 Arus tinggi yang hendak diukur ini akan diturunkan


kepada satu nilai terkadar iaitu kira-kira 5 A supaya
sesuai digunakan untuk meter.

 Rajah 12 menunjukkan cara penyambungan meter


ampere melalui pengubah arus.
Rajah 12: Pengubah Arus
 Terdapat juga pengubah arus yang menjadikan
talian yang hendak diukur sebagai belitan
utama.
 Didalam kes sebegini, pengubah arus jenis
bergelang akan digunakan. Dimana, belitan
utama adalah talian yang hendak diukur,
manakala belitan sekunder akan dililitkan ke
gelang teras.
 Rajah 13 menunjukkan cara penyambungan
pengubah arus yang menjadikan talian sebagai
belitan utama dan gelang teras sebagai belitan
sekunder.
 Jika belitan sekunder mempunyai N lilitan,
maka nisbah pengubahan adalah bersamaan
dengan N.
 Oleh itu pengubah arus 300A/5A mesti
mempunyai lilitan sekunder sebanyak 60 lilit.
Rajah 13: Pengubah arus teras bergelang
 Binaan pengubah arus jenis teras gelang ini
adalah paling mudah dan murah.
 Ini menjadikan penggunaannya paling meluas
terutamanya dalam pemasangan elektrik dalam
bangunan.
 Pengubah jenis ini juga sering digunakan
didalam pemutus litar untuk mengawasi arus
yang mengalir melaluinya.
(b) PENGUBAH UPAYA (PT)
 Pengubah upaya pada asasnya adalah sama
dengan pengubah dua belitan biasa.
 Kelainan pengubah upaya ialah nisbah
pengubahan voltan yang dimilikinya adalah
sangat jitu.
 Bagi kebanyakan pengubah peralatan,
peratusan ralat adalah pada 5% atau kurang.
 Perlu diketahui bahawa nisbah pengubahan
yang tidak tepat menyumbang kepada ralat
yang besar.
 Sebagai contoh: jika sebuah pengubah alatan
mempunyai ralat sebanyak 4%. Pengubah
alatan ini digunakan untuk mengubah voltan
2400V kepada 120V, dengan nisbah
pengubahan sebanyak 20:1.
 Jika sebuah meter volt yang disambungkan
melintangi belitan 120V, maka meter tersebut
harus menunjukkan nilai 120V.
 Nilai ini kemudiannya akan didarabkan dengan
nisbah pengubahan iaitu 20, dan memberikan
jawapan akhir iaitu 2400V.
 Tetapi, pengubah tersebut mempunyai ralat
sebanyak 4% pada nisbah pengubahan.
 Maka, meter volt tersebut sebenarnya akan
menujukkan nilai bacaan 115.2V sahaja.
 Dan, jawapan akhir setelah didarabkan dengan
nisbah pengubahan ialah 2304V.
 Ini menunjukkan terdapat ralat iaitu bacaan
yang dikehendaki ialah 2400V manakala
bacaan sebenar meter ialah 2304V. Maka ralat
yang dihasilkan adalah sebanyak 96V.

You might also like