You are on page 1of 10

BAHASA MELAYU

SENJA DIPALANG BESI

NAMA AHLI : ALIF FAUZAN , AHMAD ZIHAN , NIK AMIRUL SYAFIQ


KELAS : 3A2

NAMA GURU : PN. ERNI SUNARTI BT. ZULKIFLI


SAJAK
MAKSUD RANGKAP SAJAK
• rangkap 1
• Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh penyajak
melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan
suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati.
• Rangkap 2
• Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala menjelang
malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan, terbuang, dan terasing dari
dunia luar.
• Rangkap 3
• Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi, penyajak resah berteleku dalam suasana hening
akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam,
penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu
ditempuhinya.
TEMA
KESENGSARAAN DAN
KESEPIAN SEORANG
BANDUAN YANG HIDUP
DI DALAM SEL PENJARA
PERSOALAN
A PENYESALAN HIDUP YANG TIADA BERPENGHUJUNG.
B KEHIDUPAN DI DALAM SEL PENJARA YANG AMAT MEMILUKAN.
C PENDERITAAN HIDUP YANG TERPAKSA DITEMPUHI SENDIRIAN.
D HARGA KEBEBASAN BAGI SEBUAH KEHIDUPAN
BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK

• (a) Terdiri daripada tiga rangkap.


• (b) Rangkap pertama dan kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai
lapan baris.
• (c) Bilangan katanya tiga hingga sembilan patah kata.
• (d) Terdiri daripada tujuh hingga lapan belas suku kata.
• (e) Berbentuk bebas.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI, NADA

• (a) Anafora. Contohnya,


• dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam
• (b) Responsi. Contohnya,
• dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam
• (c) Metafora. Contohnya, jemari malam, samudera jiwa.
• (d) Personifikasi. Contohnya, Senja mula menangis.
• (e) Kata ganda. Contohnya, kuntum-kuntum, dedawai.
• (f) Inversi. Contohnya, Pilu wajahmu sang senja.
• (g) Asonansi. Contohnya, hukuman terhebat hikayat kemanusiaan (perulangan vokal a).
• (h) Aliterasi. Contohnya: Tanpa pasir pantai atau silir angin (perulangan konsonan p).
• (i) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcdef, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcbb, dan rima akhir bagi rangkap ketiga
ialah abcddedd.
NILAI
(a) Ketabahan
(b) Kebebasan
(c) Keredaan
PENGAJARAN
• (a) Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala
negatif yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.
• (b) Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniakan
oleh Tuhan.
• (c) Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara.
• (d) Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang
tindakan agar tidak tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.
TAMAT
SUDAH

You might also like