You are on page 1of 5

BANK ITEM

KONSEP BANK ITEM


• Bank item mengandungi fail-fail item ujian yang disimpan untuk
kegunaan pembinaan ujian pada masa hadapan
• Item ujian dalam bank item biasanya dikodkan dan disusun mengikut
mata pelajaran, tahap pengajaran, topik, objektif pengajaran yang
diuji serta ciri-ciri lain seperti kesukaran item dan indeks diskriminasi
item (Grolund,1998).
• Sebelum item-item baharu dimasukkan ke dalam bank item, biasanya
perlu dipastikan bahawa item-item itu dibina mengikut jadual
spesifikasi ujian.
• Selepas itu, item-item tersebut akan ditadbirkan dalam ujian kepada
sekumpulan murid.
• Hal ini bertujuan untuk rintisan.
• Berdasarkan respons murid, item analisis dijalankan terhadap item-
item yang dirintis itu untuk memastikan bahawa item-item itu
mempunyai ciri-ciri seperti indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
yang wajar serta sesuai bagi kumpulan murid yang disasarkan.
• Apabila sudah ditentukan bahawa item tersebut mempunyai ciri-ciri
yang baik, makakesemua item tersebut akan dimasukkan ke dalam
bank item.
• Apabila diperlukan, kesemua atau sebahagian daripada item-item
tersebut boleh boleh dikeluarkan untuk pembinaan ujian yang baharu..
KELEBIHAN MEWUJUDKAN BANK
ITEM
• Proses pembinaan ujian mengambil masa yang lama
• Guru atau pendidik tidak perlu tergesa-gesa dalam pembinaan ujian
kerana item-item sudah pun dibina dan dirintis.
• Bank item juga boleh membantu dalam memastikan bahawa item
yang sama tidak diulangi dalam tahun yang berturut-turut.
• Menambahkan kepelbagaian item yang diuji.
• Pembina ujian mempunyai fleksibiliti dalam pembinaan dan mereka
bentuk ujian
• Boleh berkongsi item dengan guru yang lain.
KEKANGAN DALAM PEMBINAAN
BANK ITEM
• Proses pembinaan dan pengurusan bank item adalah rumit
• Proses seperti perintisan item, analisis item serta pengekodan item
memerlukan masa yang lama serta usaha yang cermat untuk
memastikan bahawa item-item di dalam bank bermutu tinggi dan
pengendalian bank item dapat berjalan dengan lancar.
• Perlu mengemaskini item-item di dalam bank soalan.

You might also like