You are on page 1of 14

MOTIVASI DAN

PEMBELAJARAN
Pensyarah:
DR. SALINA BT. MOKHTAR
Jabatan Ilmu Pendidikan
salinamokhtar11@gmail.com
013-4531418
Motivasi
 Asalnya perkataan Latin (movere) yang
bermaksud menggerakkannya
 Suatu usaha yang menggerakkan individu untuk
melakukan sesuatu tindakan
 Motivasi ialah rangsangan yang
membangkitkan dan mengekalkan minat
seseorang individu ke arah mencapai
sesuatu matlamat termasuk mengubah sikap,
minat dan tingkah laku
 Woolfolk (1990), Motivasi ialah kuasa dalaman
yang membangkit, mengarah dan mengawal
tingkah laku serta minat manusia
 Biasanya motivasi wujud kerana keperluan
fisiologi atau psikologi yang timbul
 Tahap motivasi akan berubah secara
positif atau negatif disebabkan suasana
bilik darjah
 Faktor seperti minat, persepsi, keyakinan
diri dan keinginan utk berjaya
mempengaruhi motivasi murid dalam
pelajaran
Ciri-ciri Motivasi
 Wujud akibat keperluan fisiologi atau
psikologi
 Tidak diwarisi
 Tidak wujud secara semula jadi
 Suatu insentif untuk mencapai matlamat
 Aras motivasi berkadar langsung terus
mengikut kadar keinginan. Semakin tinggi
keinginan mencapai matlamat semakin
tinggi motivasinya.
JENIS-JENIS MOTIVASI

 Motivasi Ekstrinsik

 Motivasi Intrinsik
Motivasi Ekstrinsik

 Wujud daripada rangsangan luaran


dengan tujuan menggerakkan
individu untuk melakukan sesuatu
aktiviti yang berfaedah
 Dirangsang dalam bentuk pujian,
hadiah, pengiktirafan, insentif dan
sebagainya
Motivasi Intrinsik

 Wujud secara semula jadi yang bersifat


dalaman
 Terdiri daripada dorongan/minat
melakukan sesuatu tanpa mengharapkan
ganjaran
 Terdapat juga motivasi intrinsik yang
dibentuk melalui pembelajaran dan
pengalaman yang membawa kepuasan
 Cth-tabiat membaca buku cerita dan bermain
alat muzik
Bagaimana hendak mewujudkan
motivasi intrinsik?
 Matlamat dan ganjaran pembelajaran
bermakna, boleh dicapai tetapi bukan
terjamin perolehannya
 Pembelajaran penting untuk capai prestasi
yang diingini
 Murid berupaya untuk kawal kadar
pembelajaran masing-masing
 Pengalaman pembelajaran yang
mencabar kebolehan, timbul rasa ingin
tahu
Faktor yang mempengaruhi motivasi
 Minat
 Timbul apabila aktiviti tersebut dapat
menghasilkan kepuasan
 Naluri dan inkuiri
 Naluri ingin tahu – Akibat rangsangan
dalam persekitaran
 Naluri inkuiri (Exploration) – Mencuba,
menjelajah, mencipta dan mereka
bentuk
Faktor yang mempengaruhi motivasi
 Desakan dan keperluan
 Desakan - Perubahan tingkah laku akibat
keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi
 Keperluan – Keinginan memenuhi
kekurangan seseorang individu daripada
aspek fisiologi dan psikologi
 Sikap, harapan dan aspirasi
 Sikap – Sikap positif terhadap sesuatu aktiviti
 Harapan – merujuk kpd ramalan yg subjektif
 Aspirasi – setakat mana objektif
pencapaiannya ke atas sesuatu kerja atau
tugasan yang dilakukan
PENDEKATAN MOTIVASI
 Pendekatan Behavioris
 Motivasi Ekstrinsik Skinner
 Pendekatan Humanistik
 Hierarki Keperluan Maslow
 Teori Carl Rogers

 Pendekatan Kognitif
 Teori Atribusi Weiner
 Teori “Expectancy X Value”

 Pendekatan Sosiobudaya
Pendekatan Behavioris
 Motivasi – Perubahan tingkah laku akibat
interaksi pengalaman seseorang dengan
persekitaran
 Konsep pengukuhan dapat meningkatkan
tahap motivasi murid
 Tokoh utama : Pavlov, Thorndike dan
Skinner
 Tumpuan utama: Hubungan antara
rangsangan dan tindak balas yang
membawa kepada perubahan tingkah laku
Motivasi Ekstrinsik Skinner
 Ganjaran – Sesuatu objek atau peristiwa
yang diberi akibat kelihatan atau
manifestasi sesuatu tingkah laku yang
diingini.
 Murid beri jawapan betul – Dapat satu
bintang (token)
 Insentif – Sesuatu objek atau peristiwa yg
menggalakkan atau tdk menggalakkan
tingkah laku yg diingini.
 Jaminan bahawa murid akan mendapat
gred A setelah berjaya menghimpun
sejumlah bintang (token) yg ditentukan.
 Jika murid-murid diberi pengukuhan
secara konsisten bg sesuatu tingkah laku
mereka akan dilazimkan utk bertindak
mengikut cara-cara tertentu.
 Contoh: murid diberi ganjaran (wang, hadiah,
pujian) apabila menang dlm sukan &
permainan.
 Pemberian gred, bintang, token bagi
tingkah laku yg diingini dan markah
demerit bagi salah laku merupakan
motivasi ekstrinsik dlm bentuk insentif,
ganjaran dan dendaan.

You might also like