You are on page 1of 48

Kuliah 10

JQB 7005
TEORI SOSIO-BUDAYA
MELAYU

TEORI ANTROPOLOGI SIMBOLIK


Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
JABATAN SOSIOBUDAYA
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
50603 KUALA LUMPUR

awangazmansosiobudaya@gmail.com
awangazman@um.edu. my
ANTROPOLOGI SIMBOLIK (AS)
• AS IALAH KAJIAN tentang simbol atau
lambang dalam konteks sosial dan
budaya penduduk yang dikaji.
• TAS muncul pada tahun 1960-an, dan
masih lagi berpengaruh hingga kini.
ANTROPOLOGI SIMBOLIK
• Simbol atau lambang tersebut boleh berupa
perkataan, adat resam (customs) atau upacara.
• Simbol/lambang itu dikongsi bersama-sama
bermaksud menjadi milik bersama penduduk.
• Para antropologis memberi tafsiran terhadap
lambang dengan menggunakan pendekatan
emic, iaitu memberi makna terhadap symbol
atau lambang berkenaan daripada kacamata
penduduk atau dalam konteks budaya yang
dikaji.
ANTROPOLOGI SIMBOLIK
• Pendukung TAS menyatakan symbol atau
lambang adalah wahana budaya (vehicles of
culture), bermaksud simbol itu mengandungi
makna dan kepentingan (cultural meaning
and significance)
• TAS menganggap bahawa budaya tidak wujud
di luar lingkungan individu, malah, budaya
itu berkisar pada interpretasi individu
terhadap kejadian dan perkara yang berlaku
dan wujud di sekeliling beliau.
ANTROPOLOGI SIMBOLIK
• Dengan merujuk kepada lambang tertentu,
manusia membentuk pola tingkahlaku mereka
serta memberi makna kepada setiap
pengalaman yang mereka lalui.
• Mengikut TAS, budaya dizahirkan melalui
lambang itu sebagai indicator kepada
‘worldview’ masyarakat.
• 3 tokohnya penting ialah:
• Clifford Geertz, Victor Turner
• Mary Douglas,
Clifford Geertz (1926-2006)
• Geertz mengkaji dan meneliti makna tingkahlaku
budaya dengan melihat budaya itu sebagai satu koleksi
system symbol yang tersusun (organized collection of
symbolic system)
• Beliau melihat tingkah laku budaya manusia dengan
berpandukan kepada system symbol yang tersusun itu.
• Maksudnya, manusia membentuk pola tingkahlaku
mereka serta memberi makna kepada setiap
pengalaman yang mereka lalui dengan merujuk
kepada lambang tertentu yang telah sebati dalam
kehidupan masyarakat dan budaya.
Clifford Geertz (1926-2006)
• Seperti kata Geertz (1973:5),
• “manusia terperangkap dalam jaringan
penting yang dicipta sendiri, dan jaringan
itu adalah budaya”
• “man is an animal suspended in webs of
significance he himself has spun, I take
culture to be those webs)
Clifford Geertz (1926-2006)
• Geertz berpendapat bahawa setiap
budaya mempunyai keunikan tersendiri.
• Jadi, tugas seseorang antropologis adalah
mengkaji symbol yang terdapat dalam
satu-satu budaya, serta menyusun
symbol itu mengikut kepentingannya.
• Kaedah ini memerlukan seseorang
antropologis itu memahami makna
seperti yang difahami oleh penduduk
atau pendukung budaya yang dikaji.
Clifford Geertz (1926-2006)
• Salah satu daripada kajian Geertz adalah
membuat analisis tentang upacara
pengkebumian di Jawa.
• Tumpuan kajian beliau adalah ke atas
simbol politik dan simbol agama, serta
pertembungan simbol-symbol itu dengan
arus perubahan social yang pesat berlaku.
Clifford Geertz (1926-2006)
• Beliau menunjukkan apabila ‘division’
politik serta penzahiran simbolik
mengenainya berubah, ia memberi kesan
ke atas upacara pengkebumian dan juga
kesan ke atas aspek-aspek emosi
berkaitan dengan kematian.
Clifford Geertz (1926-2006)
• Satu kajian lain ialah tentang acara laga
ayam (cockfight) di Bali.
• Apabila beliau menghuraikan tentang
acara laga ayam tersebut, Geertz (1972)
menunjukkan wujud hubungan antara
acara laga ayam dengan struktur social
yang mendasari acara itu melalui
lambang.
Clifford Geertz (1926-2006)
• Pada pokoknya, acara laga ayam itu
adalah pengzahiran simbolik atau
lambang kemegahan ego lelaki yang
memiliki ayam yang bertarung.
• Melalui acara laga ayam yg dijalankan
beserta dgn upacara (rituals), status
social dan juga sifat kelakian individu
(pemilik ayam) ditunjukkan dan
diperkukuhkan secara simbolik.
Clifford Geertz (1926-2006)
• Selain itu, acara laga ayam juga menjadi
perantara (medium) di mana ketegangan
dan sifat agresif boleh dipersembahkan
secara simbolik dalam bentuk ‘lakonan;
atau ‘play form’.
Mary Douglas (1921-2007)
• Mary Douglas seorang ahli antropologis
simbolik yg lain telah mengkaji
bagaimana manusia memberi makna
kepada realiti kehidupan mereka dan
bagaimana pula realiti itu
dimanifestasikan melalui simbol2
budaya.
Mary Douglas (1921-2007)
• Beliau percaya segala aktiviti manusia
mempunyai makna dalam kehidupan
social bagi tujuan pengekalan masyarakat
mereka,
• Dengan cara menganalisis makna-makna
ini, Mary Douglas cuba mencari pola-pola
symbol yang bersifat sejagat.
Mary Douglas (1921-2007)
• Mary Douglas terkenal dengan penulisan
beliau yang bertajuk Purity and danger:
analysis of consepts of pollution and taboo.
• Dengan menggunakan pendekatan analisis
silang-budaya (cross cultural analysis) beliau
meneliti takrifan penduduk tentang konsep
‘impurity’ (kotor atau tidak suci)
• Mengikut beliau, factor pencemar kesucian
(pollutants) memainkan peranan penting
dalam struktur social.
Mary Douglas
• Bagi beliau, konsep pollution dan hygiene sebagai
konsep asas analisis simbol kerana kedua2nya
bukan sahaja penting dalam agama tetapi ada juga
kaitan dgn kehidupan social dan sarat dengan
unsur-unsur simbolik.
• Beliau percaya sesetengah idea tentang pemakanan
dan pencemaran sebenarnya adalah analogi kpd
pandangan umum tentang keteraturan sosial
Mary Douglas (1921-2007)
• Contohnya, dalam masyarakat Lele di Zaire,
penduduknya mempercayai faktor2 yg
mencemarkan kesucian termasuklah: najis
manusia, darah, pakaian terpakai, dan
perhubungan kelamin.
• Perkara2 ini tidak ada kaitan dengan
‘hygiene’ (kebersihan), tetapi merupakan
simbol2 moral berlandaskan takrifan
penduduk tempatan terhadap konsep
‘impurity’.
Mary Douglas (1921-2007)
• Dengan mentakrif apakah perkara2 yg
‘tercemar’, masyarakat Lele dapat
mengklasifikasikan kehidupan social
mereka kepada 2 kategori yang berbeza,
iaitu
• A) kategori acceptable (diterima)
• B) kategori unacceptable (tidak diterima)
• Sistem simbolik seperti ini mewujudkan
satu peraturan moral (moral order) dalam
kehidupan masyarakat.
Mary Douglas (1921-2007)
• Mary Douglas menyatakan dengan
membuat perbezaan antara kategori ‘purity’
(kesucian) dan kategori ‘pollutant’
(pencemar), masyarakat boleh mengelak
diri mereka daripada tercemar, baik dari
segi fizikal mahupun dari segi moral.
• Ini dapat mengukuhkan lagi system
simbolik, seterusnya mengekalkan
ketenteraman dalam masyarakat.
Mary Douglas (1921-2007)
• Mengikut Mary Douglas lagi ‘purity’
secara keseluruhannya memerlukan 2
perkara, iaitu;
• A)setiap individu sepatutnya menjadi
insan (specimen) yg sempurna, dan
• B)tidak sepatutnya wujud percampuran
antara ‘purity’ dan ‘pollutant’.
Mary Douglas (1921-2007)
• Oleh yg demikian, kekotoran badan
(peluh dan darah), melahirkan anak,
penyakit kulit, malah orang kurang upaya
pun dianggap sebagai ‘pollutant’ yg
menjejaskan kesempurnaan insan
(specimen).
Mary Douglas (1921-2007)
• Selain itu, Mary Douglas menyatakan
khinzir (pig) adalah binatang yg
mencemar kesucian yg perlu dielak,
apalagi dimakan.
• Mengikut beliau, khinzir berbeza drp
binatang lain yg hampir semuanya
mengunyah makanan sedangkan khinzir
tidak berbuat demikian, oleh itu khinzir
adalah binatang yang tak suci.
Mary Douglas (1921-2007)
• Seterusnya, mengikut Mary Douglas,
mereka yg berada di pinggiran
masyarakat (people at the borders of
society) seperti wanita hamil, wanita yg
bersalin, orang kurang upaya, orang
berpenyakit kulit dll dianggap berbahaya
kerana mereka mempunyai kuasa
(power) yg boleh mencemarkan kesucian
dan kesempurnaan insan (specimen).
Mary Douglas (1921-2007)
• Oleh yg demikian, wujud pantang larang
tertentu yg menyekat masyarakat
bercampur atau bergaul dgn mereka,
contohnya: wanita yg bersalin
dikehendaki tinggal berasingan buat
beberapa hari selepas bersalin.
• Cth: orang tak siuman diikat, diletakkan
berasingan di Indonesia
Aplikasi Teori Antropologi
Simbolik dan Soalan Tutorial
• Bincangkan kesucian dan pencemaran
dalam masyarakat Malaysia (Melayu)
berdasarkan pemahaman prinsip teori
antropologi simbolik.
Beberapa Tips
• .wanita bersalin-dalam keadaan nifas
• Wanita dalam haid?
• Seseorang dalam hadas?
• Binatang-khinzir dan anjing?
• Minuman keras?
• Wang haram?
Victor Turner (1920-1983)
• Victor Turner yg juga seorang ahli
antropologi mengkaji bagaimana manusia
memberikan makna kepada realiti
kehidupan mereka, dan bagaimana realiti
itu diekspresikan dalam simbol/lambang
budaya.
• Turner mengkaji upacara2 (rituals) yg
dilakukan dalam masyarakat bukan barat
(non-western societies) dengan melihat
peranan lambang dalam keadaan social
tertentu.
Victor Turner
• Bagi Turner, makna symbol boleh difahami
sepenuhnya melalui pemerhatian dan
mengemukakan pelbagai pertanyaan.
• Katanya, symbol itu merupakan satu benda
yg dipersetujui umum mewakili atau
menggambarkan ssuatu yg mempunyai
ciri2 yg sama ataupun melalui asosiasi dari
segi fikiran atau fakta.
Victor Turner (1920-1983)
• Simbol2 yg diperhatikan beliau ialah;
• “empirically, objects, activities, relationships,
events, gesture, and spatial units in ritual
situation (Turner, 1967:19) A Forest of Symbols
Victor Turner yakin bahawa;
• 1) struktur atau ciri2 simbol2 ritual boleh
dibaca atau difahami dari 3 jenis data
• i. bentuk luaran dan sifat2 yg boleh
diperhatikan
• ii. Tafsiran yg dibuat oleh pakar dan orang
biasa
• iii. Konteks situasi
• 2) terdapat 2 jenis symbol, iaitu dominan dan
tambahan.
Victor Turner (1920-1983)
• Simbol dominan merujuk kpd simbol2 yg;
• “…are regarded not merely as means to the
fulfillment of the avowed purposes of a given
ritual but also and more important refer to
values that are regarded as ends in themselves
(Turner, 1967:20)
• Simbol tambahan :
• Milk tree ialah symbol dominan upacara
Nkanga
• Milk tree melambangkan susu dada manusia
dan buah dada yg membekalnya ialah symbol
tambahan.
Victor Turner (1920-1983)
• Pokok itu juga dirujuk sebagai ‘the tree of a
mother and her child’.
• Ini merujuk kepada ikatan social yang amat
penting dalam hubungan domestic dan
struktur masyarakat.
Victor Turner (1920-1983)
• Salah satu daripada kajian Turner ialah
upacara budaya (yang melibatkan gadis muda)
dalam kalangan suku kaum Ndembu di
Zambia Afrika.
• Dalam upacara tersebut kaum Ndembu
menggunakan beberapa jenis pokok dan
setiap pokok ada makna simbolik masing-
masing.
• Pokok yg mengeluarkan getah putih
melambangkan susu, dan yang mengeluarkan
getah merah melambangkan darah.
Victor Turner (1920-1983)
• Melalui upacara ini, gadis Ndembu, diajar
atau diterapkan supaya menerima peranan
asasi mereka sebagai isteri dan ibu, dengan
demikian mereka tidak akan mencabar
atau mempersoalkan peranan lelaki.
• Matlamat utama upacara ini adalah untuk
mengekalkan stability dalam masyarakat
Ndembu agar masing2 faham tentang
peranan gender (gender roles) mereka.
Victor Turner (1920-1983)
• Dengan contoh yg diberi, Turner
menganggap lambang atau simbol sebagai
mekanisme bagi pengekalan dan
pelestarian masyarakat.
• Beliau menyatakan perpaduan dalam
masyarakat perlu sentiasa diperkukuhkan
dan lambang upacara (ritual symbols)
memainkan peranan penting bagi
mewujudkan ketenteraman social.
Victor Turner (1920-1983)
• Dalam kajian tersebut, Turner
merumuskan kaum Ndembu memberi
makna kepada reality kehidupan mereka
dgn menggunakan warna (colour) sbg
simbol berikut;
• Warna putih melambang kebaikan
(goodness), kesihatan (health), kuasa
(power), dan kehidupan (life)
Victor Turner (1920-1983)
• Warna merah melambangkan darah-darah
baik (good blood) adalah darah binatang
yang dimakan, sedangkan darah tidak baik
(bad blood) adalah darah haid dan darah
pembunuhan.
• Warna hitam melambangkan kejahatan
(evil), penyakit (disease), sihir (witchcraft),
kematian (death) dan kekotoran (impurity)
Victor Turner (1920-1983)
• Bagi kaum Ndembu, warna putih dan warna
merah dihubungkan dengan kehidupan (life)-
putih melambangkan pengekalan hidup
(preservation of life) sedangkan merah
melambangkan pengambilan nyawa dan
pertumpahan darah (bloodshed) bagi kebaikan
bersama.
• Namun demikian, warna putih dan hitam
adalah memperlihatkan pertentangan binary
(binary opposition), iaitu putih melambangkan
kehidupan (life) dan hitam melambangkan
kematian (death)
Soalan Tutorial
• Rumuskan lambang warna dalam
masyarakat Malaysia (Melayu) berdasarkan
idea teori antropologi simbolik yang
dikemukakan oleh Victor Turner.
Soalan Tutorial
• Putih-kesucian, kebersihan, kedamaian?
• Hitam-kejahatan, keburukan?
• Merah-keberanian?
• Kuning-kebesaran, kedaulatan?
• Hijau- keislaman, kecerahan?
• Kelabu-kekeliruan, kekaburan?
• Biru-keikhlasan, perpaduan, romantic??
Firth (1973:77) Pelbagai Fungsi
Simbol
• Menurut Raymond Firth symbol mempunyai
4 peranan besar, iaitu
• Peranan ekspresif
• Komunikasi
• Pengetahuan
• Kawalan
(Symbols: public and private. Symbol, myth and
ritual series. Author, Raymond Firth. Edition, 2.
Publisher, Allen & Unwin, 1973)
Peranan Ekspresif
• Terdapat pelbagai bentuk symbol dalam
pelbagai kehidupan manusia.
• Cth symbol sebagai alat ekspresif ialah symbol
politik dan symbol agama spt bendera, masjid,
lagu kebangsaan, pakaian kebangsaan yang
boleh bangkitkan emosi dan identifikasi
anggota masyarakat.
• Menimbulkan kesan positif dan negarif
• Nilai ekspresif pada symbol boleh dipertingkat
atau diturunkan. Cth: lagu kebangsaan, masa
perang, diubah keaslian
Komunikasi
• Peranan utama symbol ialah membantu dan
memudahkan komunikasi.
• Cth: pengucapaan kata2 dan gerak budaya
• Dalam upacara adalah salah satu perlakuan
simbolik, mempunyai pelbagai idea
disampaikan untuk dikongsi dan dikukuhkan
sesama anggota masyarakat.
• Perlu ada keselarasan makna simbol
Kawalan
• Simbol mempunyai kuasa sebagai alat untuk
mengawal khususnya kawalan kuasa, iaitu kuasa
dalam domain awam. Cth, symbol politik
pemerintah dan industry iklan
• Sbg instrument kawalan kuasa symbol boleh;
• i. dihidupkan apabila diperlukan. Cth semangat
hidup melayu, mengaitkan perlakuan dgn agama yg
blh pengaruh perlakuan seseorang
• Ii. Ditonjol dan dikawal pihak tertentu, dimanipulasi
untuk mempengaruhi dan mengawal perlakuan
anggota masyarakat. Spt simbol2 politik digunakan
oleh ahli2 politik.
Pengetahuan
• Simbol dan simbolisasi dapat bantu peneliti
budaya memahami pemikiran anggota
masyarakat. Cth. Raja2 Melayu sbg lambang
kekuasaan Melayu, Agong pemerintah
tertinggi, tidak boleh dicabar, benteng
terakhir pertahanan nasional,
• Masa colonial: tak boleh diganggu institusi
• Apakah relevan, kesan, fenomena terhadap
dasar kehidupan atau budaya masyarakat.
KESIMPULAN
-symbol tidak boleh dipisahkan
maknanya.
-tafsiran simbol sewajarnya
objektif
Sekian. Terima kasih

You might also like