You are on page 1of 49

FALSAFAH, KONSEP DAN

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN


Apakah penyelidikan tindakan?

• Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan


melihat kesan-kesan intervensi ini.
• Penyelidikan tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi
iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya
dalam konteks itu.
• Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru
bekerjasama dalam sesuatu projek.
• Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil
bahagian secara langsung atau tidak langsung
Apakah penyelidikan tindakan?

• Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat berterusan


berdasarkan penilaian berterusan
• Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu
peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk
hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis
• Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja
menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori
pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain
• Ia menambahkan pengetahuan praktik guru
Bagaimanakah penyelidikan tindakan dapat
dibezakan dengan penyelidikan gunaan?

• Penyelidikan gunaan lebih berfokus kepada menentukan


hubungan dan menguji teori. Maka ia lebih tegaskan metod
saintifik
• tetapi penyelidikan tindakan menginterpretasikan metod
saintifik dengan tidak begitu tegas.
• Ia tumpukan bukan kepada generalisasi tapi kepada ilmu
pengetahuan yang tepat kepada satu situasi spesifik.
Apakah aspek yang boleh ditumpukan oleh penyelidik tindakan?

• Kelicinan kerja, produktiviti kerja, motivasi dan hubungan


pekerja, kebajikan keseluruhan
• Analisis kerja dengan tumpuan kepada ketrampilan kerja
• Perubahan oranganisasi yang boleh membawa kepada
fungsi yang diperbaiki
• Perancangan dan penggubalan dasar
• Innovasi dan perubahan
• Penyelesaian masalah
KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN

• Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi


kendiri yang dilakukan secara kolektif;
• dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi
sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan
amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka
sendiri
• di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-
amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis
dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan
tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan
melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan,
pelaksanaan dan refleksi.
• McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai
satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan
kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan
guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan
bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam
inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-
guru lain secara bersama.
• Somekh (1989) menyatakan penyelidikan
tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi
sosial yang melibatkan peserta dalam situasi
sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan
niat untuk memperbaiki kualiti amalan
masing-masing.
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN

• Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan penyelidikan tindakan


dengan menggunakan CRASP
• Critical collaboration enquiry by
• Reflective practitioners who are
• Accountable in making the results of their enquiry public
• Self evaluative in the practice and engaged in
• Participative problem solving and continuing professional
development
Grundy dan Kemmis (1981)
menyenaraikan tiga pra syarat
• membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu
tindakan strategik yang boleh diperbaiki
• mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti
merancang, bertindak, memerhati dan merefleks
• dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti
tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa
hilang kawalan ke atas proses penyelidikan
Henry dan Henry (1982)
menyenaraikan ciri-ciri ini

• Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru


dengan pelajar atau guru dengan ibubapa
• Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak,
memantau dan mereflek serta menjana pusingan yang
berikutnya (lebih daripada satu pusingan - Elliot(1991)
berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun
pengkajian
• Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran
pembelajaran
Penyelidikan Tindakan bercirikan
• Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri
• Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
• Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan mereka
yang berminat
• Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment
• Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran kritis
-dilakukan oleh guru dlm konteks harian
• Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan
kefahaman praktis utk memperbaiki amalan pendidikan
• Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran
TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
• “There are two essential aims of all action research: to
improve and to involve. Action research aims at improvement
in these areas: firstly, the improvement of practice; secondly,
the improvement of understanding of practice by
practitioners; and thirdly the improvement of the situation in
which the practice take place….Those involved in the practice
being considered are to be involved in the action research
process in all its phases of planning, acting, observing and
reflecting”.
(Carr dan Kemmis, 1986:1)
Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:
• Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah
berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran
• Memperkembangkan kemahiran professional guru
khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah
pembelajaran yang berkesan
• Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan
profesyen perguruan
• Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan
luar
Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:

• Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin


• Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai
hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang
berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)
• Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha
sendiri
• Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman.
Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
• Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan
membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN :

• mendapat sumber maklumat penting untuk memahami


amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid,
keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
• dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih
berkesan;
• dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula
memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;
• meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan
kerja yang aktif dan efektif;
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

• dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik


yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup
menerima perubahan dan berupaya membuat
penilaian terhadap kurikulum dan
kokurikulum;
• membentukkan budaya penyelidiakn sebagai
asas dalam membuat sebarang perancangan
untuk tindakan ; dan
• merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru
yang terbabit melalui kerjasama secara
kolaboratif.
PRINSIP PENYELIDIKAN TINDAKAN &
MODEL-MODEL
Dua prinsip penyelidikan tindakan
yang utama.

• Prinsip Pertama: Penyelidikan tindakan dapat dilaksanakan


dengan satu gelungan langkah-langkah (a spiral of steps). Bagi
beliau, perubahan dan pemeringkatan prestasi kerja orang
boleh dilakukan berdasarkan pada gelungan langkah yang
terdiri daripada merancang, bertindak dan menilai tindakan
melalui memerhati dan mereflek.
• Prinsip Kedua: Langkah–langkah dalam penyelidikan
tindakan itu dijalankan oleh suatu kumpulan orang yang
berusaha bersama-sama secara kolaboratif untuk
membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja
mereka dalam situasi kerja mereka sendiri. Prinsip ini
melibatkan konsep membentuk budaya usaha sama di
kalangan ahli-ahli yang melaksanakan penyelidikan
tindakan.
GELUNGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
• Gelungan langkah penyelidikan tindakan melibatkan lima
langkah asas dalam satu gelungan dan gelungan pertama
akan diikuti oleh gelungan yang kedua dalam satu
penyelidikan tindakan yang berterusan. Langkah-langkah
dalam satu gelungan itu adalah seperti berikut:
Langkah (1) :langkah mengenal pasti isu dan masalah serta situasi
Langkah (2) :langkah merancang
Langkah (3) :langkah bertindak
Langkah (4) :langkah memerhati dan menganalisis
Langkah (5) :langkah merefleks dan menilai
Setelah menjalani gelungan kajian yang pertama, kegiatan kajian isu dan
masalah yang sama itu diteruskan lagi dengan gelungan kajian yang kedua
melalui langkah-langkah yang selanjutnya seperti langkah-langkah berikut:

Langkah I : langkah merancang semula


Langkah II: langkah melaksanakan tindakan lanjutan;
Langkah III:langkah memerhati dan menganalisis tindakan
lanjutan;
Langkah IV: langkah merefleks dan menilai tindakan lanjutan

Lazimnya beberapa gelungan kajian diadakan dalam penyelidikan tindakan


kerana masalah dan isu yang dikaji berkehendakkan tindakan susulan dan
lanjutan
MENCARI FOKUS PENYELIDIKAN TINDAKAN

• Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah atau fokus.


• Langkah ini amat penting kerana seseorang guru hanya akan rela
melibatkan diri dalam penyelidikan sekiranya fokus yang dipilih bersangkut
paut dgn dirinya.
• Walaupun faktor yang biasanya mendorongkan seseorang membuat
penyelidikan berpunca daripada situasi bermasalah, titik tolak bagi
sesuatu penyelidikan tindakan tidak semestinya hanya sedemikian.
Penentuan fokus
• Apakah isu-isu yang sesuai dijadikan focus sesuatu penyelidikan tindakan
dalam penyelidikan?
• “Broadly, any professional situation about which teachers or others want
to gain a deeper understanding, and which they want to change is a
potential starting point”
• (Altrichter et.al., 1993)
• Secara umum sebarang situasi berkaitan dengan tugas seharian yang kita
ingin mengetahui dengan lebih lanjut agar sesuatu perubahan dapat
dilakukan boleh dijadikan fokus penyelidikan.
Cara Menentukan Fokus Penyelidikan

• sesuatu masalah yang telah dikenal pasti


• keinginan untuk memperbaiki sesuatu situasi
atau amalan
• keinginan mengetahui sesuatu
• keinginan mencubakan sesuatu idea baru
Panduan Menentukan fokus
Penyelidikan Tindakan

• Fokus yang sesuai akan timbul ekoran daripada melengkapkan pernyataan atau
pun mencari jawapan kepada atau ransangan tertentu (Kemmis dan
McTaggart,1982). Antara soalan atau rangsangan yang dimaksudkan ialah;
• saya ingin memperbaiki…
• ada orang (murid/ibubapa/guru lain) yang tidak puas hati dengan …
• Apakah yang dapat dilakukan untuk mengubah keadaan ini?
• saya kagum dengan…
• Bolehkah saya melakukan sedemikian?
• ………merupakan sesuatu yang membimbingkan.
• Apakah yang boleh dilakukan?
• Saya ada sesuatu idea tentang .. yang ingin saya cubakan.
• Bagaimanakah pengalaman … dapat diaplikasikan?
• Apakah yang harus saya lakukan untuk…
Memilih Fokus Penyelidikan
• Jangan pilih sesuatu yang anda tidak
melakukan tindak susul atau yang di luar
bidang kuasa anda
• Pilih sesuatu topik atau isu yang
berhubungkait dengan bidang tugas anda
• Pada permulaan, pilih suatu skop kecil yang
mudah dikendalikan
Menjelaskan Fokus Penyelidikan
• Untuk memudahkan peringkat mengumpul data dan seterusnya analisisnya, sesuatu fokus
penyelidikan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Sebagai contoh, cikgu Ang telah
menentukan fokus penyelidikannya seperti berikut:
• “murid-murid kelas saya sangat bising semasa aktiviti kumpulan kecil. Bagaimanakah dapat
saya mengelolakan aktiviti tersebut dengan lebih berkesan?”
• Soalan-soalan yang boleh membantu cikgu Ang menjelaskan lagi masalahnya adalah seperti:
• murid-murid manakah yang membuat bising?
• Apakah yang dilakukan oleh murid-murid tersebut yang menjadikan keadaan bilik darjah
bising?
• Adakah murid-murid tersebut terlibat dalam aktiviti pembelajaran ataupun perkara yang
tidak bersangkut paut dengan pelajaran tersebut?
• Adakah keadaan bising itu menganggu pelajaran?
• Apakah tugasan-tugasan yang boleh melibatkan murid-murid dalam pemikiran dan kurang
dalam perbualan?
Model-model penyelidikan tindakan
Kemmis model
ELLIOTT’S MODEL OF ACTION RESEARCH

• Identifying the General Idea


• Seeking Consensus
• Reconnaissance
• Action Cycle 1
• General plan
• Monitoring Implementation and effects
• Reconnaissance
• Action Cycle 2
• Revised General plan
• Monitoring Implementation and effects
• Reconnaissance
• ………
Action Research

Action-research might be defined as “the study of a social


situation with a view to improving the quality of action within it.”
It aims to feed practical judgment in concrete situations, and the
validity of the 'theories' or hypotheses it generates depends not so
much on 'scientific' tests of truth, as on their usefulness in helping
people to act more intelligently and skilfully. In action-research
'theories' are not validated independently and then applied to
practice. They are validated through practice.
Elliott (1991a: 69).
Stringer: Community Action Research
Look - building a picture and gathering information.
When evaluating we define and describe the problem to be investigated and the context
in which it is set. We also describe what all the participants (educators, group
members, managers etc.) have been doing.
Think - interpreting and explaining.
When evaluating we analyse and interpret the situation.
We reflect on what participants have been doing.
We look at areas of success and any deficiencies, issues or problems.
Act - resolving issues and problems. In evaluation we judge the worth, effectiveness,
appropriateness, and outcomes of those activities. We act to formulate solutions to
any problems.

Stringer 1999: Action Research by Ernest. T. Stringer. Publisher: Sage Publications; 2nd edition
Using Action Research Cycles

Action Research should offer the capacity to deal with a number of problems
at the same time by allowing the spirals to develop spin-off spirals. (Jean
McNiff, 1988)
http://www.jeanmcniff.com
REKABENTUK KAJIAN
TINDAKAN Bahagian
Pendidikan Guru -KPM
PROSES MENGENALPASTI ASPEK
AMALAN
PENYELIDIKAN
• Mengumpul data untuk
TINDAKAN
mengenalpasti aspek amalan
yang ingin ditambahbaik
Kitaran seterusnya

MERANCANG
REFLEKSI
• merancang pelan tindakan
• Menganalisis dan menilai
untuk menambahbaik
• Membuat refleksi mengenai RAJAH 1 amalan
keberkesanan tindakan Merancang pengumpulan
berdasarkan data yang data tentang kesan tindakan
dikumpul

MELIHAT KESAN TINDAKAN


TINDAKAN/IMPLEMENTASI
• mengumpul data tentang kesan
• Melaksanakan pelan
tindakan
tindakan
• Perhatikan dua peringkat dimana data
dikumpul dan dianalisis untuk
(a) Mengenal pasti aspek amalan
(b) Melihat kesan tindakan
• Peringkat ‘mengenalpasti aspek amalan dan
merancang nampaknya terpisah, tetapi
dalam pelaksanaan sebenar, kedua-dua
peringkat ini boleh berlaku serentak
• Peringkat ‘tindakan/implementasi’ dan
‘melihat kesan tindakan’ ini boleh berlaku
serentak
• Refleksi juga boleh dibuat sepanjang kitaran
penyelidikan. Walaupun peringkat
‘tindakan/implementasi dipisahkan daripada
peringkat ‘refleksi’ seperti RAJAH 1,situasi
yang sebenarnya kedua-dua peringkat ini
boleh berlaku serentak
REFLEKSI
PENGERTIAN REFLEKSI
• Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan
bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan
(ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap
rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.

“reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or
purported form of knowledge, in the light of the grounds that support it and the
further conclusions toward which it tends”.
(Dewey dalam Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and
development, Oxford: Heinemann,p.89)
Satu aspek “central” bagi refleksi kritis dalam pendidikan ialah
(bila pendidik) merefleksi secara kritis terhadap segala amalan
pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan
suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka
ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan
dengan persekolahan, dan bagi menemui cara-cara mengatasi
percanggahan di antaranya untuk menghasilkan bentuk
amalan baru.
Fokus refleksi

• amalan/ tingkah laku pengajaran


• hasil/ akibat/ kesan
• kepercayaan, pegangan andaian
• kewajaran, kerasionalan
Hasil refleksi
• kefahaman ‘baru’
• kesedaran
• keinsafan
• perubahan persepsi
Prasyarat refleksi

• keterbukaan minda/fikiran
• kesungguhan
• penanggungjawaban
Prosedur

• Kembali kepada pengalaman (“locating oneself in an action


frame…” Kemmis (1987) iaitu melihat apa yang kita lakukan,
apakah yang terjadi kepada murid dsb.
• Teliti perasaan
• Teliti kewajaran/ kerasionalan
• Apakah alasan bagi amalan tindakan
Alat bantu refleksi

• diari / jurnal
Kesan/ akibat Melakukan Refleksi

Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang:


1. tingkah laku atau amalan pengajarannya
2. makna atau pengertian tingkah laku/amalan pengajarannya
3. tabiat atau kebisaannya – tabiat ‘melihat sesuatu, tabiat berfikir, tabiat
bertindak
4. perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau
bertindak
5. kecekapannya membuat tanggapan, membentuk makna/memberi pengertian,
atau mengenal pasti sebab kepada sesuatu
6. perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi
7. penghakiman (value judgement)
8. memberi nilai/label terhadap sesuatu
9. mengatakan sesuatu sebagai positif/negatif
Transformasi perspektif

• Refleksi dalam konteks penyelidikan tindakan


• Refleksi berlaku sepanjang kitar penyelidikan
namun tumpuan ialah pada dua peringkat.
Di peringkat memulakan penyelidikan
tindakan

• membuat tinjauan atau analisis situasi


• menentukan isu dan bidang keprihatinan
• menentukan fokus penyiasatan atau
perubahan
• menganalisis kefahaman semasa kendiri dan
orang lain
Di peringkat post tindakan dan pemantauan
(berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul) penyelidik

• mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan murid


• menilai kembali kefahaman dan tanggapan
• menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat
• menentukan tindakan selanjutnya

You might also like