You are on page 1of 8

Teori Atribusi Weiner

Menegaskan bahawa pelajar akan


bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil
yang diingini.
Merangkumi teori kognitif dan efikasi
kendiri, di mana penekanan ditumpukan
kepada persepsi pelajar yang
mempengaruhi cara mereka mentafsir
kejayaan atau kegagalan usaha mereka –
mempengaruhi kecenderungan pelajar
untuk mengulangi tingkah laku yang sama
Analisis tentang sebab kejayaan atau
kegagalan
Kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh
faktor luaran atau dalaman – berjaya atau gagal
kerana faktor yang kita percaya berasal daripada
kita sendiri atau daripada persekitaran.
Sebab kejayaan atau kegagalan stabil atau tidak
stabil – jika kita percaya sebabnya stabil,
hasilan/akibat akan sama jika kita melakukan
tingkah laku yang sama pada masa yang lain. Jika
ia tidak stabil, hasilan/ akibat akan berlainan pada
masa yang lain.
Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin
boleh dikawal atau tidak boleh dikawal.
Faktor yang boleh dikawal merupakan
suatu yang mana kita percaya boleh
diubah jika kita ingin lakukan. Manakala
faktor yang tidak boleh dikawal merupakan
suatu di mana kita tidak percaya kita boleh
ubah dengan mudahnnya.
4 faktor yang berkait rapat dengan teori
atribusi yang akan mempengaruhi motivasi
dalam pendidikan
Kebolehan – faktor dalaman yang stabil di mana
pelajar tidak mempunyai kawalan secara
langsung
Kesukaran tugasan – faktor luaran yang stabil
dan ini tidak boleh dikawal oleh pelajar sendiri.
Usaha – faktor dalaman yang tidak stabil dan
pelajar boleh mengawalnya.
Nasib – faktor luaran yang tidak stabil kerana
pelajar mempunyai kawalan yang paling sedikit
sekali.
Peranan guru dalam meningkatkan motivasi
pelajar
Membantu pelajar memastikan mereka percaya
bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan
sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang
tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud
pada masa hadapan.
Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan
bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada
situasi di mana pelajar berulang kali gagal kerana
ini akan menyebabkan mereka beranggapan
bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan
berhenti mengatributkan kegagalan mererka
kepada kurangnya usaha.
Galakkan mereka untuk berusaha dan jika
berjaya, mereka akan melipatgandakan
usaha mereka.
Adalah baik jika guru membantu pelajar
memahami bahawa tingkah laku mereka
akan membawa mereka ke tahap kejayaan
atau kegagalan. Hal ini dirujuk kepada
lokus kawalan dalaman.
Merangsangkan konsep kendiri pelajar
dan sentiasa berfokus kepada usaha
sebagai faktor ke arah kejayaan.
Kesimpulan
Prinsip asas teori atribusi ialah persepsi
atau atribusi seseorang terhadap
kejayaan atau kegagalan menentukan
betapa banyaknya usaha seseorang itu
dalam aktiviti yang sama pada masa
hadapan.
Guru digalakkan untuk menggunakan teori
ini untuk memotivasikan pelajar secara
efektif.

You might also like